TERKINI :

Wednesday, June 29, 2011

Akan munculkah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Dengan kelebihan media-media arus perdana yang dimiliki BN, mereka memanipulasi semahu-mahu dan sepuas-puas isu Bersih 2 supaya persepsi rakyat terhadap maksud asal Bersih terpesong.

Sikap berat sebelah serta manipulasi jahat media BN dalam isu Bersih adalah perkara yang sama dilakukan dalam pilihanraya terhadap pembangkang. Inilah antara tuntutan Bersih yang menuntut supaya media adil terhadap semua pihak.

Sekarang media BN telah berjaya melakukan dua perkara besar:

1. Menghilangkan isu pokok Bersih 2 iaitu tuntutan terhadap sebuah pilihanraya yang bersih. Mereka mengalih fokus kepada rusuhan, huru hara, ketidaktenteraman, kesusahan orang awam, isu kemasukan pelancong, pelaburan dan sebagainya walhal himpunan yang dicadangkan hanya himpunan aman dan santai.

2. Menukar kepada isu racis iaitu kononnya perancangan oleh puak anti Islam, anti Melayu, komunisme, konspirasi asing, memecahbelahkan Melayu dan 'diwarnai' lagi dengan kehadiran Perkasa dan Pemuda UMNO untuk 'berperang' dengan Bersih.

Bukan susah sangat nak ramal strategi UMNO, macam kebanyakan drama atau filem Melayu jugak kesudahannya dah boleh agak.

Ramalan untuk filem bertajuk 'Bersih 2' ini ialah nanti akan muncul Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja membawa titah supaya semua pihak yakni Bersih, Perkasa, Pemuda UMNO dan NGOs supaya membatalkan hasrat mengadakan perhimpunan pada 9 Julai nanti. Tiada siapa rakyat Malaysia yang akan derhaka pada Sultan. UMNO sudah tidak bermaya mengekang kebangkitan rakyat, benteng terakhirnya tentulah istana.

Namun, saya masih berharap plot cerita filem 'Bersih 2' ini masih mengekalkan skrip asal.

http://kedahla.blogspot.com


Polis nasihatkan rakyat jauhi KL 9 Julai ini

Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada Kuala Lumpur menjelang 9 Julai ini, kata pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh.

selangor water demo Deputy police chief of KL Amar Singh, Khalid Samad on far leftMenurut beliau dengan ibu negara pada hari berkenaan dijadikan lokasi bagi tiga perhimpunan besar, beliau menjangkakan kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Sya ingin nasihatkan orang ramai supaya jauhkan diri dari Kuala Lumpur. Cuma untuk sehari. Pergilah mana-mana.

“Akan terdapat kesesakan lalu lintas,” katanya.

Namun, beliau enggan mengesahkan atau juga menafikan bahawa seluruh ibu negara akan lumpuh menjelang 9 Julai kerana perhimpunan berkenaan.azlan

“Mungkin khabar angin, mungkin tidak. Saya tidak boleh beritahu secara khusus apa yang kami akan lakukan kecuali akan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk,” katanya kepada Malaysiakini.

Amar Singh berkata beberapa jalan utama akan ditutup tetapi beliau memberi jaminan polis telah mempunyai rancangan untuk mengatasi perkara berkenaan.

Menurut spekulasi jalan-jalan sekitar lingkungan 10 km dari pusat bandar akan ditutup dengan pihak polis membuat sekatan jalan sehari sebelum tarikh berkenaan.

Pada Sabtu itu, KL akan menyaksikan tiga demonstrasi berasingan dengan yang terbesar anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA juga telah menyatakan hasrat mereka untuk berhimpun bagi membantah tindakan BERSIH.

bersih rally 271207 01Pada perhimpunan BERSIH pada tahun 2007, tidak kurang 40,000 rakyat turun ke jalanan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Meskipun perhimpunan itu lebih seminggu lagi, namun pihak polis terus menekan penyokong BERSIH dan mereka yang dikaitkan dengan perhimpunan berkenaan.

Setakat ini, hampir 100 orang ditangkap dan kenyataaan mereka telah dirakamkan oleh pihak polis sejak seminggu lalu.

Cikgu Majid tegur pengamal silat supaya tidak bermegah-megah dengan ilmu yg ada..

KeadilanDaily

http://2.bp.blogspot.com/-jmCjXpi5TpU/Tgr1-AKBUJI/AAAAAAAAFGs/TpKZYj3lT2I/s1600/2011-06-29_175129.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-blr7-kpca-M/Tgr1-EJKPSI/AAAAAAAAFG0/3bOLM7Zmfqg/s1600/2011-06-29_175207.jpg

PULAU BESAR: Pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah.

“Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya,” demikian dinyatakan Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Omardin Mauju, Guru Utama Silat Lincah Malaysia yang mengancam supaya perhimpunan Bersih 9 Julai ini dibatalkan, jika tidak mahu ‘berperang’ dengan pengamal seni silat di negara ini.

Omardin, mengeluarkan ugutan kepada Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan supaya menghentikan hasrat itu kerana khuatir tidak dapat mengawal ‘emosi’ anak-anak didiknya jika mereka ‘bertembung’ pada perhimpunan itu nanti.

Kenyataan Omardin itu disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Bercakap lebih lanjut, Cikgu Majid berpendapat tujuan Bersih adalah berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan, justeru tidak ada sebab mana-mana pertubuhan silat memusuhi peserta himpunan itu.

“Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu. “Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya,” kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid juga memberi jaminan bahawa penuntut Silat Gayung Pusaka sendiri tidak akan mengancam dan menakut-nakutkan orang lain daripada menyertai mahupun menghindari perhimpunan tersebut.

“Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini,” kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid atau nama penuhnya Abdul Majid Mat Isa adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia dan masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu” walaupun beliau sendiri sebenarnya bertaraf seorang mahaguru dalam dunia persilatan.

Cikgu Majid adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan menuntut seni silat Melayu itu di Woodlands, Singapura.

Mengapa PM, TPM bermewah dengan wang rakyat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa terkejut dan kesal di atas tindakan kerajaan Malaysia membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Timbalan ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mempersoalkan mengapa kerajaan sanggup membelanjakan berjuta ringgit setahun semata-mata untuk kos kediaman pemimpin-pemimpin negara.

Katanya, dalam keadaan bebanan kos sara hidup yang meningkat, dengan kenaikan harga minyak petrol, kenaikan kadar tarif eletrik, kenaikan harga barang-barang keperluan, Perdana Menteri dan timbalannya pula sanggup hidup bermewahan dengan duit rakyat.

Dalam keadaan demikian, soalnya patutkah kerajaan menarik balik subsidi yang sepatutnya dimiliki rakyat sedangkan kehidupan pemimpin negara dalam keadaan serba selesa.

Menurutnya, nilai RM49 juta jika diagihkan untuk pendidikan rakyat, mampu memberi biasiswa percuma ribuan mahasiswa setiap tahun.

“Bagaimanakah negara dapat melahirkan rakyat yang bertaqwa, berdisiplin, berhemah, berjimat dan mengutamakan kepentingan negara melebihi diri mereka sendiri jika pemimpin negara sendiri hidup dengan mementingkan kepentingan diri mereka sendiri berbanding kepentingan rakyat?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya DPPWP meminta agar kerajaan mengkaji balik kos perbelanjaan kediaman Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Tidak semestinya kena banyak belanja jika inginkan keselesaan buat pemimpin negara. Banyak lagi keperluan mendesak untuk negara diperlukan dengan nilai sebanyak itu,” katanya.

Akhirnya, kata beliau DPPWP mengingatkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa rakyat sentiasa melihat mereka.

“Sikap ‘cakap tak serupa bikin’ amat dibenci oleh rakyat,” ujarnya.

Wardina: Saya tak sertai parti politik, tiada niat tanding PRU

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Selebriti popular dan pengacara rancangan Malaysia Hari Ini, Wardina Safiyyah Fadlullah berkata buat masa ini beliau tidak ada niat untuk menjadi calon pilihan raya atau bertanding mana-mana pilihan raya.

“Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya umum,” kata beliau yang sejak beberapa lalu dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat dan Himpunan Bersih 2.0.

Selebriti itu menafikan beliau merupakan anggota PKR atau menyokong Himpunan Bersih 2.0.

Malah beliau juga menjadi kecaman blog-blog pro-Umno sejak dikaitkan dengan komponen Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun selepas menafikan tanggapan itu beliau pula menjadi kritikan blog yang berlainan aliran politik.

“Saya menyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR,” katanya dipetik Utusan Malaysian hari ini.

Tulisan-tulisan blog dan mesej Twitter sejak awal minggu ini memberi gambaran beliau menyokong Himpuan Bersih 2.0 dan berada bersama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada satu majlis baru-baru ini.

Mesej Twitter yang dihantar atas akaun unitmediabaru menyebut “gambar Wardina Bersama Azmin Ali di Majlis Pakatan — TV3 Hanya Diam?: Kita tidak dengki dengan Wardina.”

Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.

“Oleh sebab itu saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.

“Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak akan saya nak beredar,”
katanya lagi.

Wardina berkata tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah satu perkara yang serius dan mengaibkan diri dan keluarganya.

Justeru katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel-artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin. -TMI

Fikiran kusut antara punca kemalangan

SEPANG 28 Jun — Fikiran kusut, mengejar kad perakam waktu atau tergesa-gesa ke tempat kerja dikatakan antara punca kemalangan semasa pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Kebanyakan kemalangan berlaku pada waktu pagi antaranya kerana fikiran kusut memikirkan pelbagai tanggungjawab untuk dilaksanakan hari itu, mengejar kad perakam waktu atau lambat bertolak dari rumah," kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau melancarkan Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja Kebangsaan 2011.

Beliau berkata, jumlah kes kemalangan pergi dan pulang dari tempat kerja meningkat 38 peratus dengan 22,036 kes dilaporkan tahun lepas berbanding 20,810 kes pada tahun sebelumnya.

Katanya, daripada jumlah itu, 63 pekerja meninggal setiap bulan kerana kemalangan semasa berulang-alik ke tempat kerja.

Maznah turut berkata, kajian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan 80 peratus mangsa kemalangan adalah pekerja lelaki yang melibatkan pekerja sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Beliau berkata, Perkeso mengeluarkan RM1.8 bilion pampasan kepada pekerja yang mengalami kemalangan sewaktu di tempat kerja atau pun sewaktu berulang-alik ke tempat kerja berbanding RM1.3 bilion pada tahun 2009.

"Sasaran pengurangan sebanyak 30 peratus kes kemalangan pergi dan pulang dari tempat kerja diharap dapat dicapai tahun ini sempena kempen yang dilancarkan bermula hari ini.

"Saya harap kempen ini akan dapat mencapai matlamat untuk meningkatkan kesedaran betapa tingginya risiko berulang-alik ke tempat kerja. Ia tertumpu kepada 100 majikan yang pekerjanya paling tinggi terlibat kemalangan ke tempat kerja," katanya.

Maznah berkata, kempen juga akan tertumpu kepada kawasan kemalangan berisiko tinggi di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Ipoh. — BERNAMA

Subsidi: Kerajaan utamakan syarikat besar daripada rakyat miskin

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng terkejut apabila mengetahui Kerajaan Persekutuan mengenakan pemotongan subsidi barangan keperluan harian yang membebankan rakyat tetapi masih kekalkan subsidi tinggi bagi gas petroluem cecair, diesel dan petrol yang menguntungkan Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Mengikut jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Razak (gambar kanan) di Dewan Rakyat baru-baru ini, subsidi kerajaan bagi barangan keperluan harian seperti padi, beras, gula dan tepung hanya 10% daripada subsidi yang diberikan kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol.

Subsidi yang diberikan kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol pada tahun 2011 adalah RM 10.25 billion (dan telah ditambah sebanyak RM5.6 billion kepada RM15.9 billion kerana kerajaan terpaksa menambah subsidi untuk mengekalkan harga runcit RON95), tetapi subsidi untuk barang-barang keperluan rakyat seperti beras, gula dan tepung hanya RM 1.5 billion. Kenapa Kerajaan Persekutuan tidak memotong subsidi kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol, dan mengembalikan subsidi yang benar-benar dapat meringankan beban rakyat golongan pertengahan dan bawahan tanpa membebankan kedudukan kewangan negara?

Kerajaan yang berjiwa rakyat sepatutnya mengurangkan beban rakyat jelata dan bukannya membantu kroni-kroni mereka untuk mencapai kejayaan. Nampaknya Kerajaan BN buat yang sebaliknya.

Di Dewan Rakyat, Lim bertanya apakah langkah Kerajaan dalam mengatasi inflasi dan mengurangkan kesannya terhadap peniaga dan rakyat Malaysia ekoran penarikan subsidi diesel dan statistik kenaikan harga barang mentah, minyak dan diesel sejak lima tahun lalu.

Menteri Kewangan menjelaskan bahawa Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM23.7 bilion atau 14.6% daripada perbelanjaan mengurus bagi jumlah keseluruhan subsidi untuk tahun 2011. Pecahan terperinci perbelanjaan tahunan subsidi mulai tahun 1999 hingga 2011 adalah seperti dalam Jadual di bawah.

JUMLAH PERBELANJAAN SEBENAR SUBSIDI (RM JUTA) ~ 1999 – 2011

1.Daripada tahun 2008, biasiswa dan bantuan pelajaran diklasifikasikan di bawah subsidi.
2.Termasuk bantuan kepada golongan miskin, warga emas, Orang Asli, orang kelainan upaya dan golongan mudah terjejas.
3.Insentif untuk membantu petani, nelayan dan penternak bagi meningkatkan pengeluaran makanan.
4.Termasuk rebat tunai dan lain-lain.

Kerajaan Persekutuan telah menambah peruntukan bagi subsidi petroleum, diesel dan LPG sebanyak RM 5.6 billion daripada RM 10.3 billion kepada RM 15.9 billion bagi tahun 2011. Begitu juga dengan subsidi minyak masak di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ditambah sebanyak RM 700 juta daripada RM 928 juta kepada RM 1.6 billion bagi tahun 2011, menjadikan jumlah besar Perbelanjaan subsidi RM 30 billion.

Beliau mengatakan bahawa pada bulan Mei 2011, subsidi gula telah dikurangkan 20 sen yang dijangka memberi penjimatan sebanyak RM117 juta. Walau bagaimanapun, Kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak RM283 juta. Selain itu, pemansuhan diesel super subsidi bagi pengangkutan darat tertentu seperti penggerak utama (prime mover), kargo am dan teksi limosin serta nelayan laut dalam (zon C2) mulai 1 Jun 2011 dijangka menghasilkan penjimatan sebanyak RM712 juta.

Penjimatan daripada pemotongan subsidi tersebut tak sampai RM1 billion tetapi tetap telah membebankan rakyat. Sebaliknya subsidi untuk gas dan minyak telah bertambah.

Mengikut Jadual Subsidi Tahunan, berbanding dengan tahun lepas, semua subsidi tahun ini untuk syarikat besar naik kecuali subsidi untuk rakyat biasa telah turun. Ini memberikan gambaran bahawa kerajaan persekutuan lebih memberikan prihatin kepada syarikat besar dan kaya daripada rakyat miskin. Contohnya subsidi untuk gas dan minyak telah naik daripada RM 9,605 juta dalam 2010 kepada RM 10,256 juta dalam 2011 (dan ditambah RM 5.6 billion kepada RM 15.9 billion).

Manakala subsidi bantuan kebajikan lain untuk orang miskin telah turun daripada RM 2,376 juta untuk 2010 kepada RM 1,879 juta untuk 2011. Subsidi untuk beras dan gula pun telah turun daripada RM 1,927 juta untuk 2010 kepada RM 1,572 juta untuk 2011. Dan lagi, insentif untuk membantu petani, nelayan dan penternak bagi meningkatkan pengeluaran makanan pun telah turun daripada RM 524 juta untuk 2010 kepada RM 401 juta untuk 2011.

Jelas dalam gelombang pengurangan subsidi, subsidi untuk rakyat biasa dan miskin dipotong lebih secara perbandingan dengan subsidi untuk korporat.

*Kenyataan oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Kawasan Bagan dan Setiausaha Agung DAP.

Kompom BAJU BERSIH HARAM di pakai...

nak baca detail KLIK SINI

baju macam nie
http://2.bp.blogspot.com/-qFeqrvs4tio/TfAz4YSil9I/AAAAAAAAE2c/Iykbl5byH-E/s320/baju%2BBERSIH%2BSAMM.jpg

macam nie
http://2.bp.blogspot.com/-rl2b12fZfWU/TY83K2y7XuI/AAAAAAAAAwk/nmBFb_0NgOM/s400/Iklan+A1.jpg

macam nie OK kot..??
http://media3.activedd.com/media/Onyx/78845068-be19-4a6a-982a-2e7ef76c6349.jpghttp://76.my/Malaysia/jersey-malaysia-home-2011-2012-1012-10-mazaris@1.jpg

dan macam nie lagi OK he he he..!!
http://3.bp.blogspot.com/_gZPBtRWWMTI/S7nbEpF59PI/AAAAAAAABuo/3Tbu50fQzVY/s1600/018.JPG

Aduhai mahaguru omar din.... siapa yg nak berperang nie..???

KENYATAAN MEDIA

KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

MENGENAI

PROVOKASI KETERLALUAN TERHADAP HIMPUNAN BERSIH 2.0

29 JUN 2011


Saya ingin merujuk kepada laporan berita bertajuk, “Batalkan Jika Tidak Mahu ‘Perang’ – Omardin” yang telah dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 27 Jun 2011.

Sejak pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengeluarkan kenyataan media mengenai teknik kerajaan menakutkan rakyat untuk menghadiri Himpunan BERSIH 2.0 beberapa hari lalu, kami telah menjangkakan tekanan dan ugutan yang lebih dahsyat akan dipertingkatkan menjelang 9 Julai nanti.

Keadaan pada hari ini bertambah getir apabila provokasi demi provokasi terus dimarakkan oleh akhbar lidah UMNO, Utusan Malaysia. Terbaru, sepertimana petikan daripada laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun 2011, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan.

Memetik daripada laporan berita tersebut ;

Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

Hari ini kita dapat saksikan bagaimana pihak kerajaan dan pengamal media tertentu dengan sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang suatu keadaan yang huru hara sehingga melibatkan pertembungan fizikal pada 9 Julai ini.

DPPM ingin tegaskan bahawa tiada sebarang agenda sulit atau himpunan untuk mencetuskan kekacauan daripada rakyat menerusi anjuran BERSIH. Ini adalah satu perkara yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan.

Amat mengecewakan apa yang berlaku hari ini adalah hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan malah diancam dengan pelbagai cara. Ancaman demi ancaman inilah yang membawa kepada kekacauan yang dimomokkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Lebih mengecewakan tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen huru hara berkenaan.

DPPM yakin semua pihak mahukan negara yang aman. Maka, tidak perlu provokasi keterlaluan sehingga boleh mengheret rakyat kepada situasi yang menakutkan.

NASRUDIN HJ HASAN AT-TANTAWI
KETUA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

BERSIH 2.0 Punya pasai Dewan Orang Ramai kena 'sita' dek Polis


Dewan Org Ramai Kg. Melayu Wira Damai di tutup oleh Polis Gombak

Polis2 bertugas mengawal Dewan Org Ramai Kg. Melayu Wira Damai krn kononnya akan diadakan ceramah Bersih 2.0

Seluruh kawasan padang bola Kg. Wira Damai telah ditutup oleh Polis Gombak krn kononnya ada ceramah Bersih

Balai Polis bergerak & kereta peronda polis diletakkan mengawal padang bola Kg. Wira Damai krn BERSIH 2.0

AJK Persatuan Penduduk Kg. Wira Damai berbincang dgn pegawai Polis utk membuka Dewan yang disita polis krn kononnya terlibat dgn Ceramah BERSIH 2.0

Selepas membuat laporan polis di IPD Gombak

Salinan laporan Polis terhadap OCPD Gombak..

Isu : Polis sita sebab kononnya malam ni 29/6/2011 akan diadakan Ceramah BERSIH 2.0..... laporan polis terhadap polis telah dibuat dan susulannya akan difailkan Saman ke atas OCPD Gombak krn salahguna kuasa polis...

:: dari facebook ::

Omar Din nak bertempur dengan hangpa..bersedialah...!!

50,000 pengamal silat sedia 'bertempur'


OMARDIN Mauju bersama ahli-ahli pertubuhan silat menunjukkan laporan polis yang dibuatnya
bagi membantah perhimpunan Bersih di Balai Polis Batu 6, Gombak, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Jun - Lebih 50,000 pengamal silat di negara ini bersedia untuk bertempur dengan pihak yang terlibat dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini.

Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju berkata, seramai 100 guru daripada pelbagai pertubuhan silat akan membuat kata sepakat pada pertemuan Sabtu ini demi mempertahankan keselamatan negara.

Tegasnya, sebagai benteng ketiga selepas tentera dan polis dalam menjaga keamanan negara, adalah menjadi tanggungjawab pertubuhan itu untuk berdepan dengan mereka yang cuba membuat kacau dan mengganggu gugat keharmonian negara.

''Kami tetap dengan pendirian untuk 'berperang' jika mereka mahu meneruskan perhimpunan haram itu.

''Jika benar ia berlaku, saya tidak boleh jamin untuk mengawal emosi anak-anak buah saya pada hari tersebut kerana mereka diajar untuk bertindak jika berdepan dengan pihak lawan.

''Bukan kerja kita hendak bersorak atau menjerit seperti mereka, tetapi kerja kami hanya untuk memastikan negara tidak susah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga bertegas tidak akan menukar pendiriannya untuk menganjurkan perhimpunan haram itu meskipun dihalang pihak berkuasa dan pihak lain.

Omardin berkata, Pertubuhan Silat juga tidak akan berganjak dengan pendirian mereka, bagaimanapun ia tidak bermaksud bahawa pertubuhan itu anti kaum atau agama selain Islam.

Tuntutan BERSIH nie hangpa tau ka apa dia sampai dok tentang sangat nie..??

Aku tidak suka demonstrasi. Panas! Kadang-kadang pedih mata percuma. Adakalanya penat dikejar ke sana ke mari. Hanya lokap dan pukulan cota sahaja yang aku belum rasai. Begitu juga dengan tumbukan padu dari Unit FRU. Paling hampir kelongsong gas pemedih mata melintas depan mata. Demonstrasi adalah antara pilihan terakhir bagi menyuarakan sesuatu bantahan atau tuntutan. Jika ada perundingan, sudah tentu itu lebih baik. Dalam kes-kes tertentu, biasanya perundingan dibuat acuh tak acuh sahaja. Lebih teruk, dibakul sampahkan sahaja. Lebih menyakitkan hati, di media bercakap lunak, hakikatnya memang sudah ada satu sikap yang mahu menolak perundingan.

Bersih 2 adalah kesinambungan Himpunan Bersih pada 10 November 2007. Pada ketika itu, Bersih mengemukakan 4 tuntutan iaitu:

1. Penghapusan Undi Pos
2. Pembersihan Daftar Pemilih
3. Akses Yang Adil Terhadap Media
4. Penggunaan Dakwat Hitam

Malangnya, kesemua tuntutan tersebut tidak mendapat respon yang baik. Penggunaan dakwat hitam bagi ditanda pada jari pengundi pula yang pada mulanya dilihat sudah diterima, akhirnya dibatalkan di saat menjelangnya PRU 12. Ini adalah sesuatu yang sangat-sangat dikesali oleh pihak Bersih. Bersih hanya membuat tuntutan ke arah pilihan raya yang lebih bersih dan lebih adil bagi parti-parti politik. Tuntutan yang sepatutnya dapat diterima oleh semua pihak. Supaya pertandingan berlangsung di atas padang yang sama rata, pengadil tidak berat sebelah. Itu sahaja.

Bersih 2 pula menambah beberapa tuntutan bagi penambahbaikan kepada perjalanan pilihan raya. Antara tuntutan tambahan tersebut adalah:

1. Masa berkempen minima 21 hari
2. Kukuhkan institusi awam
3. Hentikan rasuah
4. Hentikan politik kotor

Semalam, akhbar-akhbar melaporkan sudah lebih 350 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak (dibaca UMNO dan Perkasa - UMNO juga!) bagi membantah perhimpunan Bersih 2. Dipercayai lebih banyak lakonan demi lakonan laporan polis dibuat bagi memberi gambaran buruk kepada rakyat mengenai Bersih 2. Sebagai salah seorang yang menyokong tuntutan Bersih 2, laporan-laporan polis tersebut sebenarnya langsung tidak memberi kegentaran kepada kami. Malah ianya tidak lebih kepada publisiti percuma kepada pihak Bersih 2. Makin ditekan, sebenarnya lantunan balas adalah semakin tinggi!

Di sini, aku suka mencadangkan satu tips kepada UMNO dan Perkasa yang dilihat gerun dan gentar dengan Himpunan Bersih 2. Bagi menggagalkan Himpunan Bersih 2 adalah dengan sama-sama mendesak pihak-pihak terbabit menunaikan tuntutan-tuntutan Bersih 2. Setelah tuntutan tersebut ditunaikan dan diterima, tiada lagi alasan untuk Bersih 2 berhimpun.

Wallahua'lam.
http://gajahmenta.blogspot.com

Dok.. Ya! Ya! Ya!....dah masuk 2 hari dah nie Ya apanya..

'Ya, ya, ya', polis akan bertindak ke atas Pemuda

NONEPemuda Umno akan berdepan dengan tindakan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di hadapan ibu pejabat PKR pada lewat malam Isnin lalu, kata Menteri Dalam Negeri.

Ditanya secara spesifik sama ada polis akan bertindak berhubung insiden itu, Hishammuddin Hussein berkata: "Ya! Ya! Ya!"

Katanya, tida ada mana-mana individu yang akan mendapat layanan istimewa dan kerajaan telha menjelaskan pendiriannya itu.

"Saya telah arahkan (polis) supaya Pemuda (Umno) diberikan layanan yang sama. Tidak ada sesiapun mengatasi undang-undang,” katanya.Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

NONESetiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.
NONE
Bagaimanapun exco pergerakan itu Lokman Noor Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau hanya dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:

"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".

Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka itu.

Ahli PAS selamatkan penyokong PSM dari puak provokasi..

Kira-kura 40 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang 'berkhemah' di luar balai polis Kepala Batas malam semalam diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali tetapi mendakwa diri mereka sebagai penduduk kampung di sekitar kawasan itu.

NONEPenyokong parti PSM itu termasuk ahli keluarga mangsa yang ditahan reman selama tujuh hari atas dakwaan cuba mencetuskan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka berkumpul seawal jam 11.30 pagi semalam tetapi dinafikan hak untuk melawat oleh polis.

Antara yang ditangkap itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai dan 27 aktivis lain.

Semua mereka dicekup di pondok tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang Ahad lalu bagi menghadiri sebuah majlios yang bertema "Udahlah...Bersaralah" yang dianjurkan parti itu.

Mereka dikenakan perintah tahan reman sehingga 2 Julai ini tetapi peguam tahanan itu cuba membuat semakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini pada jam 2.30 petang.

“Penduduk kampung” yang dianggarkan kira-kira 100 orang itu muncul pada jam 9 malam dan menuntut penyokong PSM supaya segera meninggalkan kawasan itu kerana tidak mahu melihat sebarang 'huru-hara'.

Kumpulan itu menafikan mereka terbabit dengan sebarang parti politik tetapi enggan mendedahkan siapa pemimpin mereka.

Mereka datang dengan menaiki kereta dan motorsikal tetapi berjaya disuraikan oleh kira-kira 50 anggota polis kira-kira 30 minit kemudian.

NONEPada satu ketika, apabial ketegangan memuncak, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu V Selvam terpaksa mendapatkan perlindungan daripada polis.

Selvam kemudiannya mempersalahkan polis kerana 'memaksa' kumpulan PSM itu berkumpul secara tidak sah.

"Mereka tidak benarkan kita masuk balai polis dan minta kita tunggu di jalan raya di luar balai,” katanya kepada Malaysiakini.

"Ada kawasan letak kereta yang luas di luar balai polis tetapi mereka juga tidak benarkan kita tunggu di sana, jadi kita terpaksa berkumpul di tepi jalan,” katanya.

Arutchelvan pula mendakwa kumpulan penunjuk perasaan itu cuba menghasut penyokong partinya supaya bergaduh.

Dakwanya penganjur penunjuk perasaan besar kemungkinan mahu melihat pergaduhan tercetus.

NONE"Kita tidak mahu diheret dengan isu lain sebab itu kita berundur,” katanya sambil menambah perkara itu akan diadukan kepada ketua polis Pulau Pinang hari ini.

Keluarga mangsa tahanan kemudiannya diiringi oleh beberapa anggota PAS yang membawa mereka ke kampung tersebut untuk bermalam dan dilindungi daripada kumpulan penunjuk perasaan itu.

Sementara itu, seorang anggota PAS dari Kepala Batas Abu Muaz (kiri) berkata beliau mengenal-pasti penunjuk perasaan itu adalah ahli Umno kerana mereka tinggal di kawasan yang sama.

Punca ketakutan BN...tektik KOTOR pun menang 5 negeri..Jika BERSIH.. mau sapu semua nie...!!!

BERSIH Alor Setar: Penganjur & penceramah kena soal siasat


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Gara-gara menganjurkan program yang di dalamnya ada perkataan BERSIH disebutkan oleh penceramah maka beberapa orang pemimpin PAS kawasan Alor Setar telah disoalsiasat oleh pihak polis. Program ceramah tersebut telah mengundang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Ketua Penerangan PAS Pusat sebagai penceramah utama.

Antara yang dipanggil pihak polis memberi keterangan ialah:
1. Haji Zulkifli Yahaya (Timbalan YDP PAS Kaw. A. Setar) - penceramah
2. Haji Adnan Saad (S/Usaha PAS Kaw. A. Setar) - penceramah
3. Sdr. Mohd Azam Awang (Ketua Pemuda PAS Kaw. A. Setar) - pengerusi majlis
4. Sdr. Kasmani Abdul Latif (Ketua Penerangan PAS Kaw. A. Setar) - penganjur

Pihak polis juga sedang berusaha untuk mendapatkan keterangan dari Dato' Tuan Ibrahim.

MK melaporkan ini untuk menceritakan kepada semua betapa KELAM KABUT & TAKUTNYA BN dalam menghadapi kebangkitan rakyat untuk menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Kalaulah semua tuntutan 8 perkara itu terpaksa mereka lakukan, maka percayalah mereka mereka tidak mampu bertahan lagi di Putrajaya.

Kalau dalam keadaan pilihanraya yang tidak adil serta penuh penipuan PR berjaya menang di 5 negeri, maka kalau pilihanraya berlaku secara adil dan bebas maka InsyaALLAH PR akan sapu bersih 11 negeri.

Itulah punca ketakutan BN.

PM pon dok rumah sewa kaa.. kata pegawai kerajaan rumah dah disediakan..??

RM48j kos kediaman rasmi PM, TPM: Nazri



KUALA LUMPUR – Sebanyak RM48,789,115.03 juta dibelanjakan untuk membiayai kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun bermula 2006.

Maklumat itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berhubung kos sebenar tanggungan kerajaan untuk kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya, semalam.

Menerusi jumlah itu, sebanyak RM32,972,155.55 dibelanjakan untuk kos sewa kediaman rasmi, RM3,581,744.78 untuk kos baik pulih, RM10,267,868.15 bagi kos bil elektrik dan RM 1,967,386.55 untuk bil air.

Berikutan itu, Siti Zailah menyifatkan jumlah kos ditanggung kerajaan untuk pembiayaan kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya bagi jangka masa lima tahun tidak munasabah dan meragukan.

Merujuk kepada jumlah itu, beliau berkata, ia bermaksud perbelanjaan untuk bil elektrik kediaman rasmi itu RM5,704.00 sehari, sementara bil air mencecah RM1,092.00 sehari.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pula menggesa kerajaan mendedahkan perjanjian sewa kediaman rasmi dengan Perbadanan Putrajaya Holding kepada rakyat.

“Kita rasa banyak pembaziran berlaku,. Ini baru melibatkan kediaman rasmi, belum lagi melihat kepada aset kerajaan yang lain. Jadi timbul persoalan di sini kenapa kediaman rasmi ini disewa daripada Perbadanan Putrajaya Holding,” katanya.

Tunku Intan Safinaz rasmi Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum

images/stories/Jun2011/sungaibatumerbok 046.jpgALOR SETAR - Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz baru-baru ini merasmikan Program Cintai Sungai Kita dan Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum yang diadakan di Sungai Batu Besi (Sungai Merbok), Sungai Petani.

Program itu dianjurkan oleh pihak pengurusan Menara Alor Setar dengan kerjasama Pertubuhan Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak serta badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir, program itu dianjurkan secara permuafakatan di antara agensi-agensi, badan-badan sukarela, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT).

“Oleh itu, Menara Alor Setar mengambil inisiatif ini sebagai salah satu langkah mewujudkan suatu suasana yang sesubur mungkin agar semangat kasih sayang di antara kita dapat disemai dalam kalangan masyarakat yang berbeza keturunan, agama dan budaya,” katanya.

Beliau memberitahu, program yang diadakan itu secara tidak langsung dapat memupuk minat di kalangan masyarakat agar dapat berinteraksi dengan ikatan persahabatan dan perpaduan.

Hariyati menjelaskan, objektif utama program itu diadakan adalah untuk menekankan penghayatan dan cinta kepada alam sekitar, khususnya untuk memelihara Sungai Merbok dan hutan bakau.

“Selain itu, program ini juga diharap mampu menyemai dan memupuk semangat kasih sayang serta toleransi di antara kaum melalui suatu program perkhemahan bagi kanak-kanak antara kaum dan antarabangsa,” ujarnya.

Tambahnya, antara aktiviti yang menjadi pengisian program itu ialah sukan air, perlumbaan perahu tangkul dan kayak serta aktiviti menanam anak-anak bakau di pinggir sungai.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib.

[VIDEO] BERSIH 2.0 : Apa Kata MB Kedah?


Menara Telekom anjur lawatan sambil belajar

images/stories/Jun2011/dscn7297.jpgALOR SETAR - Menara Alor Setar dengan kerjasama Muzium Telekom dan Menara Kuala Lumpur mengadakan pakej lawatan sambil belajar untuk pelajar sekolah di negeri ini.

Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir berkata, setiap pelajar hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan mereka akan dibawa menaiki ke menara tersebut.

“Selain itu, pelajar juga akan dibawa menginap di Muzium Telekom di Kuala Lumpur selama satu malam sebelum dibawa naik ke Menara Kuala Lumpur pada keesokan harinya,” ujarnya.

Menurutnya, pihak sekolah hanya perlu menyediakan pengangkutan untuk membawa pelajar mereka manakala lain-lain keperluan seperti penginapan, makanan dan aktiviti akan ditanggung oleh pihak menara.

“Tujuan utama pakej ini diperkenalkan kepada pelajar khususnya pelajar luar bandar adalah untuk mengikuti perkembangan dan sejarah telekomunikasi negara di samping mewujudkan lawatan sambil belajar yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan,” katanya.

Beliau memberitahu, pakej ini sebenarnya telah dibuka bermula awal September tahun lalu.

Tambahnya, pihak sekolah perlu membuat tempahan awal supaya ia tidak berselisih dengan sekolah lain kerana pihaknya hanya menghadkan 80 orang pelajar untuk satu-satu masa.

Mai dok bawa cerita Sidang DUN tergempar laa pulak...

MB perjelas Sidang DUN tergempar

ALOR SETAR - Awal pagi semalam, pihak media digemparkan dengan khabar angin kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar dan agenda utama adalah untuk membubarkan DUN.

Khabar angin yang bertiup kencang itu agak heboh apabila beberapa pemimpin dan wakil rakyat turut mendapat khabar yang sama, dan membuatkan ramai pihak tertanya-tanya ‘kenapa isu ini dibangkitkan secara tiba-tiba’, sedangkan tiada isu panas melanda Kedah buat masa ini.

Ketika persoalan itu diajukan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada 2.30 petang semalam, beliau yang pada mulanya agak terperanjat dengan khabar angin itu akhirnya ketawa kecil, sambil menyifatkan ianya fitnah semata-mata.

“Saya tak tahu apa-apa mengenai perkara itu, saya baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat di pejabat. Siapa pula yang sebarkan khabar tidak betul ini,” katanya.

Azizan berkata, sepatutnya pihak media bertanya kepada pihak yang menyebarkan khabar angin itu, kerana ianya bukan daripada kenyataan rasmi Kerajaan Negeri.

“Saya malas nak layan khabar angin macam ini sebab ianya tidak betul,” katanya.

Bagaimana pun Azizan enggan membuat spekulasi berhubung penyebaran khabar angin itu sama ada sengaja diadakan oleh parti lawan atau sekadar dijadikan ‘bahan lawak’ oleh beberapa individu yang mahu mencetuskan kontroversi.

“Cukuplah penjelasan saya bahawa tidak ada Sidang DUN tergempar untuk bubar DUN Kedah, tak perlu saya ulas lebih lanjut dan perkara ini juga tak perlu diperbesarkan,” katanya.

Azizan tidak menolak kemungkinan isu itu sengaja dibangkitkan setelah Kerajaan Negeri berjaya menerbitkan buku penjelasan kejayaan janji-janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) seperti yang dinyatakan dalam buku, “Pencapaian Kedah Sejahtera’.

“Mungkin ada pihak yang panik bila lihat buku itu berjaya diedarkan pada rakyat, sehingga mereka ketandusan idea untuk calarkan imej Kerajaan Negeri dengan sebar perkara tidak benar,” katanya.

MKK perlu serah profil kampung

PENDANG – Semua Pengerusi Majlis Ketua-ketua Kampung (MKK) di daerah ini diingatkan dapat menyiapkan dan menyerahkan profil kampung yang diminta kepada pejabat daerah Pendang dengan segera bagi membantu memudahkan pentadbiran daerah dan negeri mendapatkan maklumat.

Pegawai Daerah Pendang, Helwi Harun berkata, pada tahun lalu pihak Unit Perancangan Ekonomi Kerajaan Negeri (Upen) merencanakan penghasilan profil kampung untuk setiap MKK di daerah ini.

“Berdasarkan rekod, masih terdapat pengerusi-pengerusi yang belum menyerahkan profil itu, jadi saya berharap kerjasama semua untuk menyerahkan fail berkenaan untuk diambil tindakan lanjut oleh pejabat daerah dan Upen seterusnya Kerajaan Negeri.

“Saya difahamkan bahawa pada November 2010 pentadbiran daerah menyerahkan buku profil itu kepada semua pengerusi MKK untuk diambil tindakan dan saya rasa masa yang diberikan lebih lapan bulan serta yakin tugasan itu berjaya dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Penyerahan Tauliah MKK.

Beliau berkata, sejajar dengan program Bandar Selamat, terdapat isu yang berkaitan maklumat profil kampung ini diserahkan kepada pihak polis untuk diambil maklumat untuk program profil keselamatan kampung.

Sementara itu, beliau difahamkan banyak pihak yang gusar sekiranya maklumat terperinci dalam profil kampung itu disalahgunakan, namun beliau yakin semua pihak tidak perlu takut kerana peratusan salah guna ini hanya sedikit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...