
Tuesday, June 28, 2011
Kerajaan Malaysia patut dakwa askar pencen ni
Kerajaan menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa wujudnya manipulasi dalam proses undian pos bagi pilihan raya umum 1999 dan 2008.
Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu sidang Dewan Rakyat hari ini bahawa dalam dua pilihan raya tersebut, kebanyakan undi pos memihak kepada pembangkang.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) yang ingin tahu mengenai statistik pengundi tentera yang bersara bertukar kepada pengundi awam.
Nazri berkata seramai 3,894 anggota tentera yang bersara telah memohon semula mendaftar sebagai pengundi awam sepanjang tahun 2010.
Beliau juga berkata anggota tentera perlu memohon mendaftar semula sebagai pengundi biasa setelah bersara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa yang sama akan memotong nama mereka daripada daftar pemilih pengundi tidak hadir. - Mkini.
Memang macam dijangka kerajaan akan nafikan punya. Tu pun nasib baik ditanya dalam parlimen, menteri atau timbalann menteri kena jawab bagi pihak kementerian. Kalau takat tanya dalam ceramah, depa buat-buat tak dengar ja.
Kalau tanya mana-mana askar yang dah pencen aku yakin kalau pun mungkin tak semua tapi akan ada yang jawab tak pernah tengok pun kertaas undi masa dia dalam askar. Maksudnya dia memang tak pernah dapat kertas undi, dan dah tentu la bukan dia yang pangkah kertas undi dia tu.
Kalau betul macam yang Nazri Aziz kata, kerajaan patutnya dakwa orang yang mengaku buat kerja pangkah kertas semua kertas undi pos tu. Bukan orang tu saja tapi lebih patut lagi orang yang bagi arahan buat kerja celaka tu.
Bukan payah-payah nak kena selongkar sapa yang buat kerja tu pasai dah ada pun yang mengaku. Bukan setakat mengaku kat kedai kopi tapi pengakuan dia disiarkan dalam akhbar.
![]() |
Klik untuk imej lebih besar [kredit: Fb Tulangbesi] |
source: http://cenangau.blogspot.com
Anwar mesti dihapuskan, demi survival UMNO
Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun. Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain. Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar Mahathir pada tahun 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah.
Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA. Pada ketika itu lubang-lubang tikus di sempadan juga akan menjadi tidak selamat.
Dia adalah penggugat yang mengancam tahta dan singahsana kuasa berupaya menggegarkan tenaga muda progresif membina garis baru politik Malaysia - Negara bangsa yang adil serta hak asasi lebih terjamin.
Politik UMNO adalah warisan politik bangsawan Melayu feudal yang melihat Jebat sebagai orang yang sangat berbahaya. Warisan Pateh Karma Wijaya mencetus fitnah yang menyebabkan Jebat mengamuk dan akhirnya dibunuh. Pun begitu, Jebat tidak pernah mati. Semangat Jebat terus hidup dalam setiap jiwa yang cintakan keadilan.
Dalam konflik kuasa politik orang-orang Melayu sejak dulu fitnah adalah aparat politik yang sangat ampuh untuk menghapuskan musuh. Dalam hal ini Datok Bahaman pernah berpesan kepada pengikutnya agar jangan sekali-kali percaya kepada pembesar-pembesar Melayu. Bahaman adalah panglima raja - bergelar Orang Kaya Semantan menentang dasar cukai tanah yang zalim oleh Inggeris di Pahang akhirnya menjadi orang buruan. Minumannya pernah dibubuh racun dalam satu majlis bersama pembesar-pembesar Melayu di Kota Bharu pada tahun 1896. Ia terselamat dan selepas itu Bahaman kemudian menukar namanya untuk setiap perjalanannya agar jejak beliau tidak dikesan.
Abdullah CD adalah warisan Perang Bahaman pemimpin Regimen 10 yang memakai berbagai nama dihutan akhirnya termakan juga racun yang dimasukkan di dalam makanannya. Dia diracun oleh orang yang diupah pada tahun 1971 yang kemudian telah membuat pengakuan secara pribadi kepadanya. Ketika itu Regimen 10 (Melayu) amat menjadi ancaman terhadap UMNO.
Dalam kes Anwar walaupun dikenali sebagai pemimpin yang begitu toleran namun Anwar adalah pemberontak terhadap ketidakadilan dan kerakusan kuasa kaum bangsawan Melayu yang telah berlanjutan lebih setengah abad. Pidatonya jitu dan mencengkam jiwa pendengar serta mampu mencetuskan gelombang kebangkitan di kalangan orang muda.
Lebih menggugat apabila dia berjaya membawa PAS-DAP duduk semeja sekaligus menghancurkan seluruh usaha UMNO selama ini agar PAS dan DAP terus bercakaran. Anwar juga telah berjaya mengubah persepsi negatif orang-orang Tionghua terhadap PAS. Sokongan orang-orang Tionghua terhadap calon PAS di beberapa kawasan pilihanraya kecil menjadi bukti perkara ini. Sebelum ini PAS adalah "kui" atau hantu kepada orang Tionghua yang selalu diusik-usik oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menjauhi parti ini kecuali jika mereka sanggup disunat….!
Anwar berjaya melunturkan kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan Gerakan. Di Bandar-bandar di Semenanjung boleh dikatakan hampir tiada lagi orang-orang Tionghua yang percaya pada MCA atau Gerakan. Kalau adapun mungkin yang sangat terpencil. Arus ini tidak mungkin surut lagi malah diramal akan menjadi gelombang lebih besar dalam PRU 13 nanti. Ada baiknya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan bungkus kain baju mereka dan tinggalkan parti. Parti itu sudah tidak relevan. Orang-orang Tionghua tidak mudah dibeli dengan duit seperti orang Melayu, Malanau, Iban dan Kardazan. Sekolah Cina telah wujud di Malaya sejak tahun 1930 lagi ketika itu sekolah Melayu pun belum ada. Ini bermakna mereka kenal huruf-huruf p-o-l-i-t-i-k itu lebih awal.
Selain daripada fitnah dan isu perkauman apakah alat lain yang boleh diketengahkan untuk menyekat Anwar kecuali good governance dan jangan menindas rakyat. Dan ini tidak mungkin terjadi! Dalam hal ini pilihan yang ada ialah "Anwar" dia mestilah dihapus demi kesinambungan kuasa bangsawan Melayu itu. Sekali lagi kaum bangsawan menuduh Anwar sebagai orang keciwa yang kononnya memberi harapan kepada orang-orang Tionghua untuk memerintah negara ini.
Fitnah bersiri yang dilancarkan UMNO terhadap Anwar bukanlah suatu yang aneh kerana hanya cara ini sahaja watak ini boleh dihapuskan. Selain Anwar siapa lagi yang boleh menyatukan PAS-DAP yang sepanjang sejarah bertikaian tetapi hari ini telah menjadi benteng baru untuk rakyat sandarkan harapan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak pernah percaya bahawa akan wujud barisan alternatif seperti BN. Justeru mereka percaya hanya BN sahaja yang boleh mendirikan kerajaan.
Lebih 50 tahun PAS dan DAP dilaga-lagakan agar berkelahi seperti anjing dengan kucing. Bila anjing dan kucing sibuk bercakar maka ada peluang untuk mereka menyelongkar. Anwar telah menukar emosi anjing dan kucing hingga mereka boleh makan bersama. Justeru kebelakangan ini, strategi melaga-lagakan PAS - DAP sudah tidak berguna lagi. Dalam keadaan ini adakah aneh sekiranya "Anwar" dijadikan sasaran supaya semuanya berkecai! Rekayaksa video lucah dan tayangannya di TV untuk ditonton oleh rakyat adalah hanya untuk memainkan emosi Melayu. Kenapakah isu Sodomi dan video lucah ini langsung tidak mempengaruhi masyarakat Tionghua?
Ternyata isu video lucah ini telah digunakan sepenuhnya oleh UMNO demi menyelamatkan Serawak dalam PRN baru-baru ini. Ia telah ditayangkan tidak henti-henti tanpa ada sedikitpun perasaan bersalah kerana melancarkan fitnah yang besar. Ia belum pasti benar dan dilarang Allah. Kerja terdesak ini hanya sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sangat jahat dan rendah akhlaknya.
Isu video lucah ini meletup pada hari DUN Serawak dibubarkan. Tayangan video ini terhenti sebaik sahaja pilihanraya selesai. Kenapa tidak diteruskan saja tayangan itu dan CDnya dibekalkan ke setiap sekolah supaya semua anak-anak kita di sekolah juga tahu siapa itu Anwar Ibrahim! Bila mereka keluar sekolah nanti mereka semuanya akan mendaftar menjadi ahli UMNO.
Anwar adalah pemimpin kepada kelas rakyat yang mendambakan pembelaan yang hidup tapi mabuk dalam derita. Kelas ini miskin namun mereka tidak tahu bahawa tidak sepatutnya miskin dalam sebuah negara yang begitu kaya. Mereka tidak sedar walaupun mereka bekerja keras namun hidupnya berselimut hutang demi menyara keperluan keluarga dan pendidikan anak-anak. Mereka tidak peduli dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang horaa sana dan horaa sini dengan duit yang mereka rompak dan pau daripada rakyat menerusi berbagai sumber cukai, lesen, permit, denda, toll, saman ekor dan sebagainya. Dengan berbagai-bagai cara mereka tekan dan tindas asal mereka boleh dapat duit dari saku rakyat
Semua fitnah ini perlu dilancarkan demi melencungkan perhatian rakyat terhadap pelbagai penyelewengan. Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Najib dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal selam Scorpene sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Begitu juga desakan yang berulang kali dari Anwar terhadap Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya dan Rosmah atas dakwaan berwibawa pembunuhan yang terkenal - wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.
Ternyata UMNO bukan saja telah menyalahguna media milik kerajaan malah lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Kehakiman Suruhan-jaya demi kuasa. Tanpa mempeduli tunjang sebuah negara demokrasi iaitu separation of power seluruh lembaga ini sejak 1998 telah dikerah untuk menghapuskan seorang yang bernama Anwar Ibrahim kerana ia memimpin kesedaran kelas yang mengancam masa depan BN. Untuk menghapuskan watak ini tidak mustahil juga pada PRU 13 kita akan menyaksikan RPK, Nalakarupan dan Ummi Hafilda akan bergabung membalun Anwar. Dalam politik kawan adalah musuh yang paling berbahaya.
Sudah 13 tahun Anwar dipukul dan dibalun. Dihina supaya ia dibenci namun nampaknya watak ini tidak terjejas sedikitpun. Yang terakhir ialah konspirasi video lucah yang tidak begitu rapi perancangannya telah mendedahkan kejahatan mereka selama ini. Sanggupkah mereka menyembelih ketiga-tiga monyet video lucah itu sebagai langkah bermuka-muka terhadap rakyat dan apakah akan terjadi sekiranya ketiga-tiga monyet ini menyanyi mengikut musik kemudian melompat menggigit lengan tuannya sekiranya ia ingin disembelih seperti si toyol.
Anwar tidak akan mati dek keris pundek UMNO yang sebilah itu. Sudah 13 tahun dia dibalun bertalu-talu. Suaranya terus lantang dan matanya tetap tajam memaku wajah orang yang membuat tuduhan terhadapnya. Tidak henti-henti turun naik mahkamah tinggi dan rendah terutama apabila menjelang pilihanraya kecil. Pada 21 Februari 2011 hari dia dibicarakan Sodomi II dia dikatakan sempat pula melanggan seorang perempuan cina - dikatakan pelacur untuk melampiasi nafsu gilanya. Benarkah dia begitu rendah?
*Tulisan ini dipetik dari blog Tongkat Bahaman.
Aduhaii..Nak pie BERSIH pon tambang bayaq sendiri baju beli sendiri..mai kot mana pulak KRISTIAN taja pulak nie..!!??
BERSIH DITAJA OLEH KRISTIAN, PULAK DAH !! SIAPA KATA? UTUSAN LIDAH SYAITAN...
SATU lagi tuduhan baru terhadap BERSIH setelah semuanya tidak berjalan. Seperti biasa akhbar yang menjadi Utusan dan lidah syaitan punya kerja. Kali ini dituduhnya Pertubuhan Kristian salurkan dana untuk BERSIH. Baca di sini.
"Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing hari ini mengecam apa yang dilabelnya sebagai tindakan “Hentam Kristian” berikutan laporan di Utusan Malaysia yang mendakwa dana bagi perhimpunan BERSIH 2.0 dibiayai oleh pertubuhan Kristian. Beliau yang juga presiden Catholic Bishops Conference of Malaysia berkata akhbar milik Umno itu seolah-olah mempunyai lesen bagi menerbitkan dakwaan liar serta tanpa bukti bagi mengeruhkan hubungan masyarakat Kristian dan Islam di negara ini." (Malaysiakini)Ertinya, modal mereka kering kontang untuk menggagalkan Perhimpunan aman oleh BERSIH. Berbagai cara telah digunakan termasuk cara malam tadi di mana ada ugutan mahu mahu membakar Ibu Pejabat PKR di Tropicana. Ramai yang telah ditahan kerana memakai baju kuning BERSIH termasuk yang baca puisi berkaitan BERSIH.
Mereka sanggup mainkan sentimen kaumn dan agama demik mempertahan sang Penguasa. Pihak yang kita bantah, SPR terus membisu dan menjadi penonton `pergelutan' di antara kebenaran dan kebathilan ini, sedangkan mereka lah punca semua ini. Tidakkah mereka merasa berdosa? Tidak mungkin, ini adalah kerana mereka mempunyai jiwa yang terlalu kecil dan kehidupan mereka tidak ubah seperti robot.
Tidak masuk akal langsung perhimpunan BERSIH ini dibiayai. Rata-rata yang akan hadir nanti mereka semua gunakan wang poket sendiri. Mereka beli baju BERSIH bukan diberi percuma seperti baju 1 Malaysia atau `Patriot'. Justeru itu, akhbar Utusan lidah syaitan ini sudah sampai masanya untuk dikuburkan. Selagi ada akhbar pencacai yang pernah menghina hukum Allah ini, negara tidak akan aman./wfauzdin.blogspot.com
Papagomo kata Johari Abdul mintak sejuta... saman ja blogger tu bang Joe..jika dia merapu!!
Ahli Majlis Tertinggi PKR Johari Abdul menolak dakwaan penulis blog pro-Umno bahawa beliau meminta wang bagi tugas menyakinkan ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya menonton video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Johari hari ini dituduh oleh blog Papagomo cuba mendapatkan RM100,000 sebagai 'bayaran pelincir' bagi menjalankan tugas itu.
Penulis blog itu juga menuduh beliau cuba meminta RM1 juta bagi setiap ahli parlimen yang berjaya yang dipujuknya menonton video itu.
Papagomo tidak membekalkan bukti bagi mempertahankan dakwaannya tetapi hanya menyiarkan klip video yang memaparkan Johari menonton video seks berkenaan dengan kumpulan trio 'Datuk T'.

Adalah dipercayai klip video berkenaan dirakamkan pada 21 Mac di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari yang sama Datuk T menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan dan editor terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.
Datuk T adalah nama samaran yang sebelum ini digunakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKAS Datuk Shuaib Abdul Lazim.
Ditanya mengapa beliau sebegitu tenang semasa tayangan itu, Johari berkata beliau rasa 'rileks' kerana merasakan sesuatu yang tidak kena.
“Saya suspek yang saya dirakamkan sebab itu saya banyak tersenyum,” jelasnya.
Lebih-lebih lagi, kata Johari, beliau mengenali Rahim sejak zaman mereka bersama di Umno manakala Shuib adalah bapa saudaranya.
“Saya seorang MP lah bagaimana harus saya bertindak? Patutkah saya menanggis?” soalnya lagi.
PM,TPM bayaq bil letrik RM160,00 sbln relax jaa.. hangpa naik sikit dah hingaq dah..!!!


"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.
Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.
Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.
"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.
UMNO BN & Media Dayus Perdana semakin hilang punca..!!
oleh wira arjuna @ kedahlanie.info

Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, seorang peguam yang amat dihormati, kini dilabel oleh media sebagai tali barut pembangkang yang mahu menjatuhkan BN menerusi demostrasi jalanan.
Rasanya tidak perlu dihuraikan di sini apa yang dilaporkan oleh akhbar dan TV mengenai pemimpin-pemimpin seperti Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan “buah hati” mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akhbar The Star yang selama ini dilihat sebagai “cuba” memberi perimbangan dalam laporan-laporannya, akhirnya tunduk kepada tekanan BN, khususnya Umno, dan kini menfitnah Ambiga, Anwar dan BERSIH 2.0 secara keseluruhannya.

Hujah The Star dan media arus perdana lain bahawa kononnya BERSIH 2.0 akan menyebabkan peniaga rugi berjuta-juta ringgit adalah dangkal dan tidak masuk akal jika lunas-lunas demokrasi dihormati.
Tutup kedai
Antara prinsip demokrasi yang dimaksudkan itu adalah hak rakyat berkumpul secara aman untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu yang dirasakan penting untuk negara.
Malaysia tidak akan “tutup kedai” (shutdown) mahupun mengalami kemusnahan ekonomi (meltdown) jika peserta Bersih dibenarkan berkumpul dan berarak di dua tiga batang jalan raya untuk menyampaikan sebuah memorandum kepada Istana Negara.Namun jika polis bertindak secara provokasi iaitu menutup jalan , menahan sesiapa yang memakai baju T kuning, menembak gas pemedih mata dan air berkimia terhadap pemimpin dan peserta Bersih serta membelasah mereka dengan belantan – ya, perhimpunan BERSIH akan dicemari dengan keganasan.
Segala tindakan polis yang dinyatakan di atas, berlaku pada perhimpunan BERSIH pertama tahun 2007.Sebaliknya, jika polis menjalankan tanggungjawab untuk menyuburkan demokrasi dengan memberi kerjasama kepada penganjur supaya perhimpunan BERSIH dilaksanakan secara teratur, adakah ini akan mendatangkan kerugian kepada negara?
Malah sebaliknya, ia akan menjadi mercutanda betapa suburnya amalan demokrasi di negara ini dan akan menanam keyakinan pelancong dan pelabur asing betapa sopan, tertib dan teraturnya penghayatan demokrasi di negara ini.
Anak jantan sihat akal
Pilihan itu hak pihak polis; dan pegawai atasan serta menteri serta kabinet Malaysia. Itu baru namanya anak jantan yang sihat akal fikirannya; dan murni serta ikhlas akal budinya untuk menabur bakti kepada negara.Kerjasama sedemikian oleh polis akan memperagakan kepada pelawat asing, sebuah Malaysia moden yang mengamalkan demokrasi tanpa menjejaskan kehidupan harian.
Tapi sayang, kerjasama polis yang diharapkan adalah ibarat pungguk rindukan bulan. Polis sudahpun memulakan tangkapan ke atas sesiapa sahaja yang memakai T-shirt BERSIH selain penganjur menjadi sasaran.
Apakah yang begitu menakutkan BN mengenai BERSIH 2.0 sehingga pemimpin-pemimpin kerajaan, Pemuda Umno, PERKASA, Polis dan media dayus perdana digerakkan secara begitu agresif untuk membanterasnya?BN sebenarnya khuatir perhimpunan BERSIH akan mencetuskan gelombang kemarahan rakyat terhadap Umno-BN kerana mencabuli kewibawaan institusi-institusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya.
Dalam beberapa minggu lalu, kebejatan SPR semakin terserlah dengan pendedahan-pendedahan yang menzahirkan masalah pengundi hantu, penukaran pengundi biasa kepada pengundi pos secara haram dan pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.
Pengundi hantu
Ini diburukkan dengan dakwaan Projek IC Sabah - yang menyaksikan ratusan ribu warga asing diberi kerakyatan Malaysia untuk membolehkan mereka mengundi BN - kini menular ke Semenanjung Malaysia.
Pertubuhan Bukan Kerajaan dan parti pembangkang khuatir Umno-BN akan mengotakan janji untuk memenangi PRU-13 dengan apa sekali cara pun.
Wartawan-wartawan kanan di akhbar The Star, New Straits Times, TV3, malah Utusan Malaysia sendiri cukup arif mengenai isu pengundi hantu dan pengundi pos dan impaknya ke atas keputusan di kerusi-kerusi tertentu semasa PRU yang lalu.
Ekonomi ranap?
Namun akhbar-akhbar berkenaan tidak menegur SPR di atas kepincangan-kepincangannya, tetapi memilih untuk melancarkan tohmahan dan fitnah terhadap penganjur BERSIH 2.0.Wartawan-wartawan yang pernah mewawancara Ambiga, pengerusi BERSIH 2.0, akan memberi pengakuan bahawa beliau seorang berprinsip dan bukan tunduk di bawah telunjuk pembangkang mahupun kerajaan.
Malangnya, pengakuan ini tidak boleh diberikan secara terbuka kerana ia tentunya akan mengundang tindakan daripada media itu sendiri atau Kementerian Dalam Negeri . Itulah realiti politik di negara ini.
Kes bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari yang dipecat oleh Utusan kerana mengkritik arah tuju laporan-laporan Utusan adalah contoh hidup dan nyata!London, New York, New Dehli, Bangkok, Jakarta – semua bandaraya-bandaraya ini sering menyaksikan perhimpunan dan bantahan. Tiada pula laporan system ekonominya ranap kerana demonstrasi.
Hakikatnya adalah, perhimpunan yang bersih dan teratur dengan kawalan polis tidak pernah menyebabkan sebarang masalah kepada peniaga, menyusahkan rakyat atau menggugat kestabilan negara yang mahukan kelangsungan pemerintah yang menghormati asas demokrasi.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.
Polis perlu professional & bertindak adil jika mahu dihormati rakyat..PKR ka UMNO ka Jika didapati bersalah siasat saja..
Jangan main-main dengan kami’, Pemuda Umno beri PKR amaran
KUALA LUMPUR, 28 Jun — Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar mempertahankan tindakan ‘ganas’ sekitar 600 ahli sayap itu di luar ibu pejabat PKR dekat sini malam tadi atas alasan ia satu-satunya cara untuk memastikan pesaing politik menerima mesej bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman ke atas pemimpin mereka.
“Kami tahu pemimpin-pemimpin PKR di belakang ugutan bunuh ke atas Ketua Pemuda kami. Itu sebabnya kami mahu menghantar mesej. Jangan cuba main-main dengan kami,” kata beliau (gambar) kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi pagi ini.
Rakaman gelagat mereka mengepung ibu pejabat PKR lewat malam tadi boleh diikuti di YouTube.
Sesetengah pihak menyamakan tindakan mereka itu seolah-olah aksi ‘mat rempit’.
Rizalman tidak menafikan label itu selepas sayap tersebut berjanji akan mengadakan perhimpunan balas dengan aman pada 9 Julai ini.
Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh tersebut.
“Kami tidak melihat adanya cara lain. Jika kami melakukan dengan cara yang baik, kumpulan macam ini, sangat sukar untuk bercakap dengan mereka. Mereka selalu mempolitikkan isu-isu semasa,” katanya yang merujuk kepada PKR.
“Ini adalah tahap maksimum untuk menunjukkan kami ini serius,” kata beliau. -TMI
Pemuda-pemuda UMNO ini jelas membelakangkan undang-undang malah mereka meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka sendiri dengan membuat ugutan dan ancaman yang boleh menimbulkan kekacauan dan huru-hara.
Apakah benar SMS Ugutan yang diterima oleh Ketua Pemuda itu datang dari PKR? Jika benar, mengapa tidak buat laporan polis dan biar polis menahannya? Mengapa perlu berhimpun untuk menimbulkan ketegangan dan kekecohan disamping ugutan untuk membakar bangunan? Apa hak mereka berbuat demikian? Apakah di Malaysia ini undang-undang hanya dikenakan untuk rakyat yang menyokong PR tetapi Pemuda UMNO/BN bebas melakukan apa saja?
Polis perlu menyiasat dan mendedahkan semua SMS ugutan bunuh yang tersebar. Sebelum ini pemimpin BERSIH seperti Ambiga turut menerima ugutan bunuh. Tidak sukar untuk mengesan penghantar SMS itu kerana nombor telefon yang menghantarnya terpapar jelas.
Dan pemuda-pemuda UMNO yang mencabuli undang-undang dan bertindak mengancam, mengugut serta mengambil tindakan sendiri hendaklah dikenakan tindakan sewajarnya. Kami juga serius di dalam hal ini.
Polis perlu professional dan bertindak adil jika mahu dihormati rakyat.
Mai Pemuda UMNO nak bakaq Pejabat Orang pun tak ada apa tindakan..
Gambar : 600 Pemuda UMNO yang nak bakar HQ PKR..

Hairan.. Balai Polis dekat saja tu.. tapi kenapa Polis takut untuk bertindak sedangkan jelas itu adalah perhimpunan haram.. sedangkan yang pakai dan jual 'T' Shirt kuning ditangkap mereka..
Adakah kerana mereka dari UMNO mereka bebas melakukan apa saja? kalau begitu income tax tu.. potong dari Ahli UMNO sajalah...

Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.
Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.

Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.”

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa sekitar 300 ahli Pemuda Umno kebanyakannya bermotosikal bergerak dari Shah Alam tetapi tidak dihalang oleh polis meskipun membawa bendera Umno.
“Mereka memberikan ucapan di luar (pejabat PKR), mengancam jika Himpunan Bersih diteruskan, mereka akan mencederakan Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau.
Ambiga merupakan pengerusi Bersih manakala Anwar pula Ketua Umum Pakatan Rakyat.
“Mereka juga mengugut mahu membakar ibu pejabat (PKR),” kata Ahli Parlimen Machang ini.
Saifuddin berkata beliau telah membuat laporan polis di balai polis yang terletak bersebelahan ibu pejabat PKR.
Bagaimanapun Lokman memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia tidak mengugut PKR dengan kasar.
“Kami telah memberi arahan keras agar tidak membakar ibu pejabat mereka. Kami bukan macam mereka,” katanya.


Berita dari : The Malaysian Insider
Gambar dari : Semut dan Papan Kekunci lagi gambar sila lihat di SINI
Pakat kena tipu di negara tumpah darahku..terima kasih Barisan Nasional.
Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.


Siasat PAC
KP JKR: PAS mahu polis, PAC siasat


TGNA tak dapat bersama kita BERSIH 2.0 sebaliknya berdoa di makam Rasulullah.
Tok Guru Nik Aziz menziarahi ke Makam Bukhari, Termizi sebelum ke Makam Rasulullah
Hari ini Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama rombongan berlepas ke Uzbekistan jam 11:00 di Lapangan Terbangan KLIA Kuala Lumpur. Beliau dan rombongan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa jam 6:30 pagi.
Lawatan beliau ke negeri bekas jajahan Russia itu dalam rangka menziarahi makam Imam Bukhari dan Imam Termizi yang terletak di negara berkenaan. Imam Bukhari dan Imam Termizi adalah antara perawi hadith yang terkenal dan tergolong dalam hadith-hadith sahih.
Beberapa orang wakil rakyat mengikuti rombongan berkenaan antara mereka ialah Adun Limbongan, Drs Zainudin Awah Hamat, Adun Meranti Nasaruddin Daud yang juga Speaker Dun Kelantan, Adun Kemumin Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Exco kerajaan Kelantan dan Adun Lanas, Abdullah Yaacob.
Rombongan Tok Guru dijangka akan berada di Uzbekistan selama dua hari sebelum berlepas ke Dubai untuk menujuk ke Madinah. Selepas mengerjakan umrah rombongan dijangka akan pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih. Ini bermakna Tok Guru Nik Aziz tidak akan menyertai himpunan Bersih.
Kepada Tok Guru dan rombongan diucapkan selamat berangkatan dan selamat pulang dan jangan lupakan sampai salam hamba kepada kedua imam besar itu dan juga Muhamamd Rasulullah.
17 juta dlm masa 3 tahun.. sikit jer kot?
Lawatan Rasmi : Najib Dan Rosmah Belanja RM 17 Juta Sejak 2008

Berapa kandang tempat hangpa nak sumbat org Kuning nie?
Tangkapan menjelang himpunan BERSIH cecah 81

Ketika pemimpin BN memberi amaran kepada BERSIH 2.0 berhubung perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai, polis melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihan raya itu daripada mempromosi perhimpunannya.
Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas, polis sehingga ini telah menahan 81 orang dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.
Bagaimanapun, tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan gabungan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut pilihan raya bebas dan adil itu, akan membatalkan perhimpunan tersebut.
Sebaliknya, tindakan keras terhadapnya itu telah memberi publisiti kepada BERSIH dan sekaligus membantu membina momentum menjelang perhimpunannya.
Polis mula melancarkan operasinya Rabu lalu dengan menangkap ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Razali Abd Ghafar, yang menjual baju-T BERSIH semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sepang.
Penjualan baju-T kuning - warna tema BERSIH - kini mendapat sambutan hebat di Lembah Klang.
NONEIa diikuti dengan lebih banyak tangkapan apabila siri jelajah
pra-perhimpunan BERSIH ke seluruh negara dilancarkan pada hari Jumaat di Shah Alam.
Polis mengerahkan lebih 50 anggotanya ke tempat berkenaan dan menangkap timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, yang berpakaian baju-T BERSIH.
Polis terus mengawal tempat berkenaan sehingga jam 3 pagi.
Pada hari yang sama, tujuh ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Kluang, Johor, semasa mereka mengedarkan risalah mengenai perhimpunan tersebut.
Kain rentang sokong BERSIH 2.0 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor
Kain rentang "Bersama Berhimpun untuk pilihanraya bersih dan adil" telah digantung di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan dan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai 2011.
Stanley menganggap kerajaan harus mendengar suara rakyat, dan harus respon kepada rakyat secara serius apabila rakyat mengetengahkan pandangan atau kritikan. "Di Malaysia, sering kali kerajaan mendakwa bahawa rakyat diberi saluran untuk meluahkan pandangan. Namun demikian, kita kekurangan saluran secara 'terus-terang dan tulus ikhlas'. Meskipun terdapat liputan media yang melaporkan ketidakpuasan rakyat, namun kebanyakan masanya kerajaan kelihatan tidak mengendahkan kritikan tersebut, atau mendakwa sedang diuruskan. Kemudian, ia berakhir begitu sahaja," kata Stanley Yong.
Beliau berkata, rakyat secara umumnya berharap agar kerajaan respon dengan tindakan setelah kritikan diketengahkan. Dalam keadaan di mana kerajaan tidak respon dengan tepat persoalan daripada rakyat, maka satu-satunya jalan rakyat adalah jalan raya - sebagai manifestasi ketidakpuasan dan tindakan protes secara kolektif. |
BERSIH 2.0: Melangkah Ke Zaman "Kuku-Besi"

Ketika itu, PERKASA dan Pemuda UMNO Malaysia diam membisu. Suruhanjaya Pilihan-Raya pula dalam tempoh tersebut sentiasa berdolak-dalik setiap kali rundingan antara Jawatan-kuasa BERSIH 2.0 dan Suruhanjaya Pilihan-Raya cuba diadakan.
Sementara tempoh tersebut, Jawatan-kuasa BERSIH 2.0 sentiasa mengadakan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan-Raya disamping mengadakan Roadshow BERSIH 2.0 yang berbentuk Majlis Penerangan betapa perlunya rombakan dan penambah-baikkan dalam sistem Pilihanraya Negara Malaysia.
PERKASA dan Pemuda UMNO dalam tempoh tersebut, diam membisu langsung tak peduli akan apa yang cuba diusahakan oleh Jawatankuasa BERSIH 2.0 jauh lagi berusaha untuk membantu Jawatankuasa BERSIH 2.0 dalam usaha mereka menambah-baik sistem Pilihanraya Negara Malaysia yang sering dipersoalkan pihak Pakatan Rakyat.
KERAjaan Malaysia pimpinan UMNO/BN pun sejak tamat Pilihanraya Umum ke-12 juga langsung tak peduli pada BERSIH 2.0.
Sebelum ini langsung tak pernah ada mana-mana pihak yang mempersoalkan "Siapa itu Ambiga". Tak pernah keluar dalam mana-mana Media Perdana atau Blog pro KERAjaan "Siapa itu Ambiga" dan Ambiga bersama Jawatankuasa BERSIH 2.0 terus bergerak mengikut jadual dan perancangan awal.
Perhimpunan BERSIH 2.0 dilancarkan secara rasminya pada 19hb. Jun, 2011 setelah rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan-Raya gagal mencapai persetujuan.Bukan sahaja gagal mencapai persetujuan malah permohonan untuk mengadakan rundingan pun ditolak mentah-mentah oleh Suruhanjaya Pilihan-Raya.
9hb. Julai, 2011 secara rasminya telah diisytiharkan sebagai Hari Himpunan BERSIH 2.0 dan semua rakyat yang mahukan sebuah Negara Malaysia yang lebih baik dijemput untuk bersama dengan NGO BERSIH 2.0 berkumpul menyatakan sokongan terhadap 8 Tuntutan BERSIH 2.0.
Tiba-tiba PERKASA timbul...
PERKASA isytihar akan berhimpun pada tarikh yang sama dan menjelaskan tanpa berselindung, akan berlaku pertembungan... Tiba-tiba PERKASA prihatin pada isu Murtad.
Pemuda UMNO muncul dan mengumumkan juga akan berkumpul pada tarikh yang sama...
Sampai ke saat artikel ini ditaip, hampir 90 individu pro BERSIH 2.0 telah ditahan oleh pihak Polis atas kesalahan "Memakai Baju Kuning BERSIH 2.0", hampir 20 pimpinan dan aktivis BERSIH 2.0 pula telah dipanggil untuk memberi keterangan di beberapa balai Polis berkenaan dengan Himpunan BERSIH 2.0.
Di pihak BERSIH 2.0 sehingga kehari ini, masih tiada gerakan-gerakan Agresif... apa yang ada hanyalah majlis-majlis penerangan BERSIH 2.0 dan juga majlis Pelancaran BERSIH 2.0 peringkat Negeri dan kawasan tanpa ada berlaku apa-apa insiden yang menggugat ketenteraman awam.
Walau bagaimanapun, tangkapan terus berlaku di pihak BERSIH 2.0.
PERKASA yang terang-terangan "mengugut" untuk bertembung - masih bebas dan tidak dipanggil untuk memberi apa-apa keterangan diatas kenyataan-kenyataan mereka yang jelas agak mengganggu ketenteraman awam.
Pemuda UMNO pula, malam tadi telah mengumpul sejumlah hampir 200 biji motor dan hampir 20 biji motokar berarak dan berkumpul dihadapan Ibu Pejabat KeADILan dengan berbaju merah bertulisan "Patriot" sambil melaung-laungkan kata-kata ugutan akan memecah dan membakar Ibu Pejabat PKR sambil pihak Polis sekadar memerhati tanpa apa-apa tindakan.
Gua pasti dan yakin bahawa gua sekarang berada dibawah pemerintahan Kuku-Besi.
http://www.perisik-rakyat.com/
@ FACEBOOK : Topeng Perak
That is the stupidest news from UTUSAN....
Perhimpunan BERSIH 2.0 terus dimomok hari ini melalui laporan akhbar Utusan Malaysia yang antara lainnya mengaitkan badan pemantau pilihan raya itu dengan gerakan bersenjata komunis Filipina dan juga NGO pro-demokrasi Amerika Syarikat.
Dengan memetik sumber, akhbar berkenaan mendakwa "ancaman terhadap keselamatan negara" kini "berada pada tahap membimbangkan" memandangkan perhimpunan BERSIH 2.0 "diresapi "gerakan komunis."
Utusan mengaitkan demikian dengan menamakan dua orang individu warga asing yang ditahan bersama sekumpulan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Sabtu lalu.
Laporan itu juga mendakwa, BERSIH yang dikepalai PSM "bersekongkol" dengan "ejen asing" berkenaan bagi "menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan."
Seorang daripada individu yang dinamakan dalam laporan bertajuk 'Keselamatan negara diancam' itu ialah seorang lelaki warga Filipina, Romeo Castillo, 59.
Utusan yang memetik sumber melaporkan, Castillo "mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata sehingga disenarai sebagai gerakan pengganas."
Lelaki berkenaan ditahan bersama seorang wanita warga Korea, Min Young Song, dalam satu kejadian di hadapan sebuah kolej di daerah Ledang, Johor.
Min, 24, didakwa Utusan sebagai seorang individu yang ditaja oleh NGO pro-demokrasi National Democratic Institute – sebuah organisasi yang dinaungi seorang "sekutu" Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jumlah individu yang ditahan berhubung penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 dilaporkan telah mencecah 81 orang apabila polis melancarkan gerakan di seluruh negara bermula Rabu lalu.
BERSIH setakat ini tegas dengan pendiriannya untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai itu walau berdepan tindakan berkenaan.
BERSIH juga berdepan kemungkinan berlakunya pertembungan dengan dua lagi kumpulan yang akan turut berdemo pada hari berkenaan – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dan juga kumpulan PATRIOT dari Pemuda Umno.
MALAYSIA DI SAMBUTAN ULANG TAHUN BERSIH 2.0 KE 25
"Saya menzahirkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah swt yang telah melimpah keharmonian, kemakmuran serta penuh barakah kepada negara Malaysia yang kita cintai ini, hasil dari perjuangan mereka yang terdahulu dalam memulihkan demokrasi di Malaysia ini m

Seramai sekitar 100,000 orang telah hadir di dalam sambutan ulang tahun ke 25 Bersih 2.0 dan tetap ditempat masing-masing dengan pakaian kuning dan ada antaranya berpayung kuning ketika ucapan perasmian oleh Perdana Menteri walaupun hujan gerimis turun seolah-olah merestui perhimpunan pagi itu.
Perdana Menteri juga mengingatkan agar rakyat Malaysia yang berbilang kaum sentiasa mengingati tokoh-tokoh pejuang BERSIH 2.0 yang telah menabur jasa memulihkan demokrasi di Malaysia ini, sehingga menjadi Malaysia sebuah negara yang makmur seperti yang di nikmati hari ini.
"Biarlah pemimpin negara miskin, tetapi rakyat kaya dan jangan kita ulangi seperti pemerintahan BN dahulu biar rakyat miskin tetapi pemimpin mengaut kekayaan negara" tegas En Aris lagi.
Sebagai penghargaan kepada rakyat sempena sambutan ke 25 Bersih 2.0 Perdana Menteri telah mengumumkan keuntungan wang Petronas akan digunakan untuk membiayai bidang pendidikan secara percuma bermula dari pra-sekolah sehingga ke peringkat Ijazah pertama. Tepukan gemuruh dari seluruh peserta sambutan bergema sebaik sahaja pengumuman tersebut dilafazkan oleh Perdana Menteri,
"Keuntungan negara akan dijanakan pula melalui kepandaian dan kepakaran rakyat yang dapat menghasil kepakaran teknologi yang kita Malaysia sekarang ini sudah memintas negara Eropah dan Amerika dan mereka pula terpaksa mempelajari teknologi dalam Bahasa Malaysia" demikian tegas Perdana Menteri
Dihujung majlis perasmian sambutan, beberapa Anugerah telah diberikan kepada mereka yang terlibat dalam BERSIH 2.0 dan ada diantaranya diwakili oleh kaum keluarga masing-masing kerana sudah uzur dan meninggal dunia kerana sakit tua.
Tepukan gemuruh sekali lagi bergema, apabila Hj Mohamad Sabu muncul di atas kerusi roda ketika di jemput untuk menerima Penghargaan dari Perdana Menteri. Beliau melambai-lambaikan tangannya di atas kerusi roda dalam keadaan yang agak uzur kerana di tahan di bawah ISA beberapa tahun sebelum Malaysia berjaya di perintah oleh Pakatan Rakyat melalui perjuangan BERSIH 2.0 setelah mendapat pilihanraya yang adil dan bersih.
Perdana Menteri juga, melancarkan prototype Kereta Terbang yang di beri nama BERSIH 2.0 dalam gimik Pelancaran BERSIH 2.0 bagi tahun ke 25.
"Tidak dapat di bayangkan Malaysia berjaya menjadi pengeluar kereta terbang pertama di dunia yang menggunakan kuasa solar dan kuasa graviti negatif, inilah hasil kuasa rakyat betul-betul dijanakan selepas BERSIH 2.0, 25 tahun yang lalu", tegas Perdana Menteri.
Muhamad Salam Kamarudin, selaku pengarah program sambutan ke 25 tahun BERSIH 2.0 mengalukan-mengalukan kehadiran seluruh pengunjung yang belum lagi hadir ke program yang akan berlangsung selama 3 hari 3 malam bermula 9 Julai 2031 - 11 Julai 2031 di Dataran BERSIH 2.0, Kuala Lumpur. Berbagai acara dan sambutan di adakan seperti tayangan hologram BERSIH 2.0 seperti wujud depan mata, pancaran laser nama-nama dan gambar mereka yang terlibat dalam BERSIH 2.0, poster 25 tahun lalu yang masih disimpan dan sebagainya yang melibat seluruh rakyat Malaysia dan dibiayai oleh rakyat tanpa melibatkan wang negara.
NOTA:
1. Perdana Menteri sengaja masuk nama Pak Teh sendiri, buboh nama orang lain kut perasan pulak, biar Pak Teh perasan sorang-sorang cukup la, Pak Teh pun mati dah masa tu.... mungkin!
2. Dataran BERSIH 2.0 (25 tahun dahulu namanya dikenali sebagai Dataran Merdeka)
Aris Awang@PakTeh / www.kedahlanie.info
Lawak baru UMNO - Komunis Sudah Meresapi Bersih 2.0: Mereka Bahaya!

Oh! rupanya satu penerbangan dari Kuala Lumpur. Tak salah saya, termasuk juga dalam rombongan mereka ialah seorang Datuk, Ketua atau Timbalan Ketua Polis Pahang (seorang Pegawai Polis Wanita). Turut mengikuti rombongan mereka ialah seorang Datin, isteri ketua Polis Kelantan.
China adalah kuasa ekonomi terbesar dunia kini, memintas Amerika dan Jepun. Juga negara terbaik untuk dilawati kerana kepelbagaian budaya dan sektor ekonomi. China juga muncul sebagai syurga membeli belah, pemimpin dan rakyatnya adalah komunis! ramah tamah, cuba sedaya mungkin melayani orang luar walaupun tidak fasih berbahasa inggeris. Makanan halal mudah didapati. Ummat Islam di China berjumlah puluhan juta, lebih ramai dari seluruh rakyat Malaysia. Beribu-ribu rakyat Malaysia mengunjungi negara komunis itu saban minggu. Negara komunis itu jauh lebih maju dari kita. Rakyatnya 1.4 bilion, berbilang suku kaum, berbilang bahasa dan dialek. Banyak yang boleh dipelajari dari komunis China.
Sedikit masa lalu, DS Najib juga membuat lawatan rasmi negara ke China, berserta puluhan ahli rombongan terdiri daripada Menteri, pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan Malaysia. Mereka disambut meriah, bergambar mesra, dilayan dan bermesyuarat dengan para pemimpin komunis, malah tidur dan berehat di negara komunis terbesar dunia itu. Pemuda UMNO juga telah jalinkan kerjasama dengan pemuda parti komunis negara itu.
Orang Malaysia juga bayak mengunjungi kemboja dan Vietnam, dua buah negara komunis Asia Tenggara. Bergaul, berinteraksi dan belajar sesuatu dari rakyat negara itu yang kini pesat membangunkan ekonomi dan sosial mereka akibat peperangan. Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan meluluskan lawatan kakitangan dan keluarga ke nagara-negara itu. Semuanya komunis!
Orang sudah merentasi sempadan ideologi dan budaya, komunis sudah menjadi rakan kongsi, masa lalu sudah menjadi sejarah. Tiba-tiba di Malaysia, pemimpin negara kita membangkitkan sentimen komunis adalah sejahat-jahat manusia yang patut dijauhi.
Mereka bahaya! Mereka menyokong himpunan Bersih 2.0. Kami telah menangkap Dr Jevier Kumar dan penyokong Parti Sosialis Malaysia semalam, mereka menaiki bas dari Perlis dan Kedah untuk balik ke Pulau Pinang. Mereka cuba menghidupkan semula komunis di Malaysia! Mereka ada T Shirt dan risalah yang ada gambar Rashid Maiden! Mereka ada risalah "Sudahlah tu BN: Undurlah"... Kata polis dan Utusan malaysia.
Kalau Mao Tze Tong, Stalin, Lenin, Karl Marx atau Dr Sun Yat Sen masih hidup, mereka tentu terbarai perut ketawa dengan sandiwara baru BN/UMNO di Malaysia sekarang gara-gara takutkan Himpunan Bersih 2.0. Haiiiyaaa!!! Apa ini olang..Lu punya PM ada mali sini, lu punya Menteri sama isteli pun mali, lu punya polis sama lia punya bini suma ada mali sini...ada bincang, ada bisniss...ini negeli komunis ooo...kita olang ada itu macam punya jahat ka??? Apa lu olangmanyak takut itu Bersih ka? Haiiiiyaaaa!!!
Adakah kesudahan cerita ini Azilah & Sirul akan mengikuti Altantuya dan org yg arah bunuh akan bebas...!!
Rayuan Azilah, Sirul selepas Alasan Penghakiman diterima

KUALA LUMPUR 27 Jun — Mahkamah Rayuan akan menetapkan tarikh perbicaraan kes Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar apabila Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi diterima, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, Alasan Penghakiman belum difailkan kerana ia masih dalam proses persiapan dan melibatkan jumlah nota keterangan yang besar dan eksibit yang banyak.
"Bagi kes ini, Rekod Rayuan sebanyak lebih 50 jilid telah difailkan di Mahkamah Rayuan pada 12 Mei 2010 yang melibatkan nota keterangan sebanyak lebih 4,000 muka surat.
"Memandangkan alasan penghakiman tiada, Rekod Rayuan tersebut adalah tidak lengkap. Justeru, tarikh perbicaraan di Mahkamah Rayuan belum dapat ditetapkan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat hari ini. — Bernama
Rakan Maya - MB Kedah bila lagi..???
oleh AnakKedah007
Guna FB dengar masalah rakyat
TANJONG TOKONG - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui laman Facebook (FB) sebagai platform paling penting masa kini bagi membolehkannya berinteraksi dengan rakyat khususnya golongan muda.
Menurutnya, hubungan secara tidak langsung itu mewujudkan interaksi yang amat bernilai antaranya dengan rakyat terutamanya dalam mendengar masalah, pendapat serta maklum balas yang diberikan berhubung sesuatu isu.
"Saya sangat terharu kerana berpeluang bertemu dengan 200 rakan FB saya tambahan bersempena dengan penganjuran ini, saya berharap dapat mengenali semua rakan FB serta menjawab soalan yang dikemukakan.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua rakan FB yang sentiasa memberi sokongan serta semangat kepada saya untuk membawa masa depan yang lebih baik bukan hanya kepada Pulau Pinang malah juga Malaysia," katanya dalam ucapannya di Majlis Ramah Mesra Bersama Penyokong Laman Sosial FB dekat sini, semalam.
Menurutnya, selain FB, dia juga mempunyai rakan Tweeter berjumlah 18,000 yang mana keahlian FBnya naik mendadak terutamanya selepas Pilihan Raya Sarawak lalu.
"Sejak ia (FB) dilancarkan pada Jun 2010, keahlian FB saya adalah kosong namun naik mendadak selepas Pilihan Raya Sarawak lalu dan sehingga hari ini, saya mempunyai 40,000 rakan FB dari dalam dan luar negara.
"Selain itu, sebanyak 300 rakaman video saya yang dimuatkan di dalam Youtube ditonton sebanyak 611,000 kali sejak Mei 2010.
"Peningkatan ini membuktikan bahawa rakyat kini mampu melihat dan menilai dengan sendiri kredibiliti Pakatan Rakyat (PR) terutamanya dalam meletakkan negeri ini sebagai negeri model yang memimpin dalam semua aspek," katanya.
Matilah BN kali ini
Mengapa Barisan Nasional (BN) takut dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini kalau benar dia anak jantan? BN sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri. BN boleh berdiam diri, tidak perlu menggelabah dengan mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong, mendakwa berlaku huru hara dan menggunakan polis untuk provokasi himpunan tersebut, jika parti itu sendiri anak jantan.
BN begitu bacul dengan sikap tak endahnya, apabila bukti terang-terangan adanya pengundi hantu dalam daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) 13 Mei lalu yang didedahkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Parlimen baru-baru ini.
Ia diperakui kemudiannya oleh SPRM sendiri. Mengapa BN diam? Mengapa tidak bertindak terhadap bukti tersebut dengan membuat pembersihan semula daftar pemilih itu.
Bersih menuntut 8 perkara, mengapa tidak menerima tuntutan tersebut yang telah dikemukakan sejak tahun 2008 lagi. BNlah bukan anak jantan kerana tidak telus dan terbuka membuat pembetulan. Jika terima tuntutan tersebut, BN percaya dia akan kalah dalam pilihan raya.
Takut apa kalah pilihanraya kalau kita di pihak yang benar. Hari ini orang benci dengan sikap telus dan terbuka kita, esok orang akan suka semula sikap kita tersebut. Itulah sikap anak jantan.
Jadi, jelas BN berkuasa atas penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, diktatorship, tamak haloba, takut kalah dan takut hilang kuasa sebagaimana Najib berkata, susah jadi naib johan sebagaimana ucapannya dalam satu majlis baru-baru ini.
Najib menyindir dan menggambarkan BN berada dalam situasi tertekan dan 'pessimistic' (putus harapan) untuk menarik sokongan rakyat umum yang sudah bosan dengan kerenah pemerintahan parti itu.
Sekaligus BN sudah berada di persimpangan jalan. BN tidak relevan lagi untuk mendokong cita-cita dan harapan rakyat untuk melihat suatu pemerintahan yang adil dan berkebajikan kerana parti itu tidak mendokong cita-cita rakyat.
Parti itu begitu sukar untuk menukar warna kelam dan hodoh terpalit di mukanya selama ini dalam waktu terdekat kerana rakyat sudah kenal siapa BN atau Umno yang juga parti teras Barisan Nasional itu. Jika datang kepada rakyat dalam keadaan, menyembah-nyembah sekalipun ia sukar lagi diterima, melainkan mereka menerima segala tuntutan rakyat terhadap pilihan raya adil dan bersih.
Tetapi bahananya akan menimpa BN kalau ditunaikan tuntutan tersebut, iaitu kalah pilihan raya. BN memang takut kalah kerana kalau kalah pilihan raya, kata orang 'matilah BN'. Parti itu hidup dengan penipuan dan penyelewengan. Tanpanya parti itu mati. jadi kalau parti itu bersih sebagaimana tuntutan Himpunan Bersih 2.0, kekotorannya hilang.
Pemimpinnya memang suka mempertahankan kekotoran itu kerana mereka hidup dengan kekotoran tersebut.
Mohamad Sabu - Kuasa dan Keamanan
Oleh Mohamad Sabu
Merebut kekuasaan adalah satu perkara lumrah sejak wujudnya manusia di atas muka bumi. Habil dan Qabil pertarungan antara golongan tauhid dan kemanusiaan dengan golongan kebendaan dan kepercayaan.Peperangan sering berlaku di sepanjang zaman, daripada generasi selepas Nabi Adam sehinggalah ke hari ini.
Peperangan berlaku semata-mata di atas nama mendapatkan kuasa, mempertahankan kuasa dan melahirkan kuasa keegoan pihak yang berkuasa. Firaun melambangkan kuasanya sehingga menyama tarafkan dirinya sebagai tuhan. "Ana Rabbukumul A'ala" bermaksud Akulah Tuhan yang paling tinggi. Nabi-nabi yang dibekalkan dengan senjata keimanan mencabar kuasa Firaun dengan berbagai cara untuk menundukkan keegoan Firaun, samada Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusuf dan beberapa Nabi dan Rasul yang lain menghadapi pihak yang berkuasa, samada melalui peperangan, penyeruan dakwah untuk menamatkan Hegamoni kuasa.
Ratusan tahun Rom dan Parsi berperang di antara tujuannya untuk memperlihatkan siapa yang lebih kuat dan siapa yang lebih berkuasa. Cina melalui Maharaja Tse Huang Tee membina tembok besar untuk menunjukkan kehebatan kuasa dan menghalang serangan pihak berkuasa yang lain. Negara-negara barat, negara-negara di Eropah bertarung peperangan demi peperangan untuk melebarkan sempadan kuasa, samada British, Perancis, German atau Rom. Brritish pernah membina angakatan laut yang paling kuat di dalam dunia untuk menyerang dan menguasai negara lain.
Di atas semangat Jihad Fi Sabilillah negara Islam Madinah berhadapan peperangan demi peperangan untuk mempertahankan kedaulatan negara Islam. Perkembangan di dunia Islam tidak terkecuali, berperang dan diperangi untuk mempertahankan dan melebarkan pengaruh Islam dan negara Islam. Untuk mengambil alih kuasa di dalam negara, "State", kuasa diambil alih melalui pembunuhan ketua negara, pemberontakan dari pasukan bersenjata dan menghasut rakyat supaya menolak penguasa melalui pemberontakan umum dan digantikan dengan pemerintahan baru. Ianya sering berlaku di Afrika, Eropah, Asia Barat dan boleh dikatakan di seluruh negara dunia.
Jelmaan proses pilihanraya dan demokrasi adalah dilihat cara yang terbaik untuk membuat peralihan kuasa. Barangkali cara demokrasi ini tidaklah sempurna tetapi ianya masih menjadi jalan yang terbaik untuk membuat peralihan kuasa di dalam sesebuah negara. Peralihan kuasa boleh berlaku dengan tidak ada tumpah darah dan kehilangan harta benda. Demokrasi diterima secara meluas oleh manusia di atas muka bumi ini terutama selepas perang dunia ke-2.
Suara majoriti rakyat menjadi kuasa penentu untuk memilih ketua negara dan pihak yang berkuasa. Dengan sistem demokrasi yang adil, pertumpahan darah untuk merebut kuasa dapat dielakkan. Kita dapat melihat selepas perang dunia ke-2 di negara-negara Eropah, kalau ada peperangan berlaku di luar negara mereka, tetapi peralihan kuasa di dalam negara mereka melalui suara rakyat terbanyak. Huru-hara dan peperangan sering berlaku di Afrika, Asia Barat, Asia Tenggara, Latin Amerika di antaranya demokrasi dan pilihanraya yang adil tidak berjalan di negara-negara rantau Afrika, Asia dan Latin Amerika.
Oleh itu, mana-mana pemerintah yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab untuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil untuk mengelak peperangan, kacau bilau, pemberontakan dan pergaduhan.
Sebab itulah rakyat Malaysia yang prihatin mahu pilihanraya yang adil dan bersih dijelmakan di negara ini demi untuk menjaga keamanan dan penerusan pembangunan dan kemanusiaan.