TERKINI :

Monday, June 27, 2011

Eishhhh... Siapa yang jantan dan siapa yg betina sebenarnya wahai Najib..??

Siapa perlu tonjol diri sebagai anak jantan?
Wira Arjuna,

ULASAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan mengelirukan apabila mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan BN sebagai “anak jantan” dan bukan mengadakan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Najib mendakwa matlamat utama Himpunan BERSIH 2.0 adalah mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

“Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita.

“Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan BERSIH 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara.

“Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk (PPP).

Kenyataan perdana menteri itu tersasar kerana Pakatan sememangnya akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-13, malah itulah nadi utama segala aktiviti parti politik.

Namun pada masa sama, Pakatan, sebagai sebuah gagasan “anak jantan”, mahukan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil, justeru, ia memberi sokongan bulat kepada Perhimpunan BERSIH 2.0.

BERSIH 2.0 adalah anjuran pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk gabungan pelajar Islam dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan beberapa kali mengundang parti komponen BN untuk bersama-sama dalam gerakan bagi memperkasakan Suruhanjaya Pilihanraya namun pelawaan itu ditolak.

Oleh kerana itu, amat mudah untuk pemimpin seperti Najib menyerang BERSIH sebagai kononnya forum pembangkang untuk mencetuskan huru-hara.

Dalam ucapannya semalam, Najib juga merujuk kepada kemenangan BN di Sarawak sebagai bukti “momentum” atau rentak memenangi pilihanraya ada ditangan BN.

Sebenarnya Pakatan melipatgandakan kemenangannya dari tujuh kerusi kepada 15 kerusi dalam pilihan raya Sarawak April lalu.

Pilihan raya itu juga memaksa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan tempoh persaraan beliau selepas pemerintahan 30 tahun yang dibelit dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Jangan lupa kemenangan Pakatan itu diraih walaupun BN menguasai segala jentera kerajaan, media arus perdana dan dikatakan menabur wang ringgit untuk mengekalkan majoriti dua pertiganya.

Walaupun menang, jumlah undi untuk BN di Sarawak merosot kepada 54.5 peratus berbanding 62.9 peratus pada pilihanraya negeri sebelumnya.

Justeru, janganlah dibanggakan sangat kemenangan BN di Sarawak.

Najib juga mendakwa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya sepertimana yang didakwa Pakatan Rakyat.

“Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan.

“Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat,” kata Najib.

Alasan lapuk yang diguna pakai sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad ini mudah dijawab.

Tsunami politik yang melanda Malaysia tahun 2008 menyebabkan segala undi pos, pengundi hantu dan amalan-amalan lain tidak cukup untuk menongkah arus sokongan luar biasa rakyat terhadap Pakatan.

Kotak-kotak undi pos dan pengundi hantu hanya memadai untuk mengurangkan jurang sokongan yang diperolehi oleh calon-calon Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, namun tidak cukup untuk menafikan mereka kemenangan.

Namun begitu, di Perak, majoriti tipis Pakatan membolehkan Umno cepat-cepat merampas semula negeri itu kerana tiga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat dan DAP sanggup lompat keluar diselubungi dakwaan menerima ganjaran lumayan.

Oleh itu penguasaan Pakatan di beberapa negeri tidak harus dijadikan contoh untuk menghalalkan SPR sebagai sebuah badan bersih dan berkecuali ataupun dakwaan BN tidak pernah memanipulasi proses pilihanraya.

Hakikat ialah pilihanraya di negara ini sentiasa dibayangi oleh masalah ketelusan undi pos dan pengundi hantu.

Pada zaman Mahathir, fenomena itu diburukkan lagi dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN di Sabah.

Kini projek IC Sabah dikatakan menular di Semenanjung selain masalah pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Berlatar belakangkan semua ini, tidak harus timbul keraguan dalam tekad pembangkang mahukan sebuah SPR yang berwibawa, justeru sokongannya kepada BERSIH 2.0.

Pada masa sama “kejantanan” Pakatan untuk menghadapi Umno-BN pada PRU akan datang tidak juga perlu diragukan.

Persoalannya adakah Najib dan Umno anak jantan yang sanggup bertanding secara adil, tanpa menguasai media arus perdana, dan tanpa menggunakan kemudahan awam serta dana rakyat untuk menyogok pengundi.

Jika jawapan adalah YA, saya yakin penganjur BERSIH tidak akan keberatan untuk membatal gerakan mereka.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.


Ada Ahli Majlis MPSPK lapaq elaun.. langgaq perjanjian bersama untuk boikot mesyorat majlis..!!

Assalamualaikum,

http://www.mpspk.gov.my/image/image_gallery?uuid=ff76cbf4-5eb8-4cc2-9abc-ca702221ceb7&groupId=21839&t=1301996296077

Aduhai nie mai bangjoe nak habaq kat hangpa pasai isu ahli majlis lapaq elaun... hangpa ingat dak lagi pasai ahli majlis MPSPK yg mana depa seblom nie dah berpakat nak pulau mesyorat majlis... so far alhamdulillah.. laa kata sepakat depa tu menjadi.. namun sejak dua menjak nie dah ada yg nak ngelat dah dok tebiang pie jugak mesyorat majlis tuu... depa nie 2 org sorang PKR sorang PAS... lanie kira depa dah mungkiaq janji laa..

So far mesyuarat penoh ahli majlis skrg nie tak dapat dijalankan kerna semua ahli majlis masih lagi dok boikot...dan YDP serta SU memang tengah dok musing pikiaq benda nie.. org suruh letak jawatan haram tak mau letak... namun bila 2 org ahli majlis nie dok terhegeh pie sua kepala jugak hadir mesyorat ahli majlis kira depa 2 org ja lah kupang tembaga dalam mesyorat tuu..

Sehari dua nie MPSPK dah keluaq notis untuk roboh gerai kot area bukit makmur ... tapi tak dapat dijalankan kerana melanggari perintah mesyorat EXCO NEGERI dimana setiap operasi pemutihan nak kena ambik kata putus dalam mesyorat penuh... nasib baik mesyorat tak cukup korom jika tidak jadi macam gerai cinta sayang dulu laa.. tapi yang herannya mesyorat penoh tak dapat buat tapi mai kot mana pulak notis roboh tuuu....

jadi dengan ini BangJoe harap parti PAS & PKR kena ambik tindakan atas kelaku ahli majlis hangpa nie...dah kebuloq sangat kaa duit elaun tuu.. kalau lapaq habaq la mai sini kami rakyat nak kumpoi derma bagi kat hangpa 2 ekoq...jadi sebelum merebak lagi busok kelaku nie baik ambik tindakan segera...tu baru jadi ahli majlis macamana kalau jadi ADUN kaa MP kaaa dah kira dalam ketegori 'melompat katak' dah nie.....

BangJoe Merbok

Suhakam: Hak ada perhimpunan aman mesti dilindungi

Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.

Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan.

"Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

"Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," tambahnya

Wahai Refree.. Ini salah satu yang BERSIH mintak..!!

Larang BN kempen guna media jika PR tidak boleh

ALOR SETAR - Pas kawasan Alor Setar mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang Barisan Nasional (BN) berkempen menggunakan media bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berterusan tidak dibenarkan menyampaikan mesej parti menerusi saluran itu.

Setiausahanya, Adnan Saad berkata, tuntutan itu akan disampaikan melalui perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 yang akan diadakan 9 Julai ini bagi memastikan SPR buka mata dan menyedari media di negara ini dikongkong sepenuhnya Kerajaan Pusat.

Menurutnya, SPR perlu mencontohi proses pilihan raya umum yang dijalankan di Turki baru-baru ini apabila media bersifat telus dengan membenarkan setiap parti berkempen melalui televisyen, radio dan media cetak, sekali gus memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan terbaik.

“Kebebasan media untuk menyiarkan laporan berita adil amat diperlukan bagi mengelakkan rakyat terkeliru dengan konsep perjuangan PR di samping memberi ruang mereka menyuarakan pandangan berhubung pelaksanaan kerajaan adil dan saksama.

“Jika kita lihat sewaktu pilihan raya kecil (PRK), calon PR terpaksa berceramah ke segenap pelosok kampung untuk berkempen tetapi calon BN diberi ruang seluas-luasnya berkempen melalui media. Saya fikir SPR sudah menafikan hak pengundi untuk mengetahui manifesto calon kedua-dua pihak kerana PR dilarang berkempen melalui media,” katanya sewaktu berucap di Kompleks Sri Burhanuddin al-Helmy, Alor Mengkudu, di sini Khamis lalu.

Adnan berkata, Pas Alor Setar turut menuntut SPR meneliti semula bilangan daftar pengundi baru yang dilaksanakan BN di Kedah kerana bimbang senario yang berlaku terhadap Kerajaan Negeri Pas di Terengganu pada PRU ke-11 berulang kembali.

Katanya, maklumat peningkatan bilangan pertambahan pengundi 20,000 orang bagi suku tahun pertama 2011 amat meresahkan Pas Kedah kerana angka itu ternyata melebihi kadar pertambahan standard empat hingga tujuh peratus bagi tempoh itu.

“Pas minta SPR banteras sebarang penipuan dalam pendaftaran pemilih baru termasuk pelaksanaan ‘Projek IC’ yang dikatakan menular di Selangor dan Kedah,” katanya.

Menurutnya, Pas Alor Setar perlu berusaha keras mendekati pengundi mulai sekarang kerana persiapan yang teliti akan membuahkan hasil lumayan.

Bila Wardina bersama program Pakatan Rakyat..jangan la pulak ada yg nak 'gam-gam' pulak yee..!!!

Wardina Safiyyah Secara Terbuka Sokong Pakatan Rakyat


Sudah pasti ramai yang cukup mengenali wajah salah seorang pengacara siaran pagi di TV3, Malaysia Hari Ini [MHI]. Wajah wanita bertudung diatas itu adalah Wardina Safiyyah….

Wardina Safiyyah 32 tahun, mula melonjakkan namanya ketika melakonkan watak dalam siri sitcom telivsyen “Spanar Jaya” bersama Opie Zami anak Allahyarham Zami Ismail.

Ketika itu Wardina belum lagi bertudung…, membawa imej gadis seksi dan memiliki wajah kacukan….

Mutakhir ini, kemunculan Wardina hanya boleh kita tatapi setiap pagi menerusi slot MHI di saluran TV3 yang dikuasai pengurusannya oleh Media Prima.

Baru baru ini Wardina pernah menggemparkan pentas politik media maya menerusi perang Facebook, Tweeter dan Blog apabila tercetusnya cerita Wardina secara sinis mahu aktif politik tetapi bukan bersama komponen kerajaan BN….

Semalam semakin terserlah apabila tersebar beberapa gambar gambar Wardina menyertai program pemimpin kerajaan negeri bersama rakyat.

Gambar di bawah ini pula…, Wardina sedang berucap dalam majlis tersebut…!!

Manakala gambar di atas ini pula, Wardina bersantai untuk duduk minum minum dengan pimpinan PKR, Azmin Ali dan Nik Nazmi. Malah yang duduk bertentangan dengan Wardina dengan jelas mengenakan pakaian T Shirt BERSIH…

http://kedahla.blogspot.com

MB Kedah tunggu UMNO pulak bagi Jawapan pasai 'manifesto kedah'

MB tunggu buku jawapan UMNO

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia menanti kemunculan buku jawapan daripada UMNO Kedah berhubung ketidakpuasan hati mereka terhadap buku ‘Pencapaian Kedah Sejahtera’.

Katanya, sekiranya pemimpin UMNO tidak berpuas hati dengan penjelasan dalam buku berkenaan, mereka boleh menerbitkan buku jawapan untuk menidakkan kesahihan fakta dalam buku terbitan Kerajaan Negeri itu.

“Tidak apa jika ada pihak tidak puas hati penjelasan kejayaan manifesto itu, yang penting mesej kepada rakyat sampai. Saya sedia tunggu pemimpin UMNO buat kajian semula terhadap penjelasan buku itu dan jawab semula berdasarkan penilaian mereka,” katanya.

Azizan mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mempertikai kesahihan fakta buku ‘Pencapaian Kedah Sejahtera’ yang memperjelas pencapaian Kedah berdasarkan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

UMNO Kedah turut bercadang menerbitkan buku bagi menjawab segala penjelasan dalam buku itu dalam masa terdekat.

Azizan berkata, beliau pelik dengan sikap pemimpin UMNO yang ‘ghairah’ sebelum ini mahu kejayaan manifesto PRU-12 diedarkan untuk tatapan umum, namun apabila diedarkan, timbul pula persepsi lain.

“Dulu mereka juga yang beria-ia minta pencapaian itu diedarkan, bila kita hebahkan, timbul pula cerita lain dakwa ianya pembohongan,” katanya.

Mengulas mengenai hasrat pemimpin UMNO yang akan membangkitkan semula isu manifesto dalam Sidang DUN akan datang, Azizan berkata, pihaknya tiada masalah untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan.

“Itu hak mereka untuk bangkitkan apa jua soalan dalam Sidang DUN. Saya tiada masalah untuk buat penjelasan isu itu walaupun ianya telah jelas dalam buku itu,” katanya.

:Azizan berkata, pandangan parti pembangkang mengenai pencapaian manifesto itu seperti yang dipaparkan dalam buku berkenaan tidak penting, kerana penilaian rakyat adalah lebih utama.

“Yang penting rakyat tahu apa kita buat di Kedah. Biarlah rakyat buat penilaian, buku itu sekadar jadi rujukan. Malah saya andaikan kebanyakan daripada kejayaan manifesto turut melibatkan rakyat secara tidak langsung,” katanya.

Secara sinis, Azizan berkata, hanya ahli Pas yang tahu apa janji manifesto dan bukannya pihak luar, terutama parti lawan.

:Katanya, apa yang dipaparkan dalam buku itu semuanya berlandaskan fakta dan Kerajaan Negeri telus dalam perinciannya, ini dibuktikan apabila beberapa perkara yang belum dicapai dan dalam perancangan turut disertakan.

“Kita telus dan nyatakan apa yang telah dicapai termasuk tujuh perkara dalam manifesto yang belum dilaksanakan. Kita tidak berselindung dalam perkara ini,” katanya.

:Mengulas cadangan pertambahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Azizan berkata, walaupun ia bawah bidang kuasa Pusat, namun Kerajaan Negeri menyokong penuh sekiranya dibuat persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri ini agar dapat dibuat rombakan kawasan supaya lebih efisien.

:“Kita sokong saranan PKR Kedah yang mencadangkan supaya sekurang-kurangnya Kedah diberi tambahan tiga kerusi Parlimen dan lapan DUN baru pada pilihan raya akan datang, namun ia luar bidang kuasa kita, Pusat yang patut lakukan,” katanya.[sinar harian]

Tanah bumi Johor sedang dijajah oleh Singapura...

tanah bumi johor sedang dijajah oleh singapura...

Anak kecil main api....
terbakar hatinya yang sepi...
Air mata darah bercampur keringat..
Bumi di pijak milik orang...

fikir2kanlah....????
www.themalaysianinsider.com
Kos rumah HDB naik, JB ‘syurga’ hartanah bagi warga Singapura
21 hours ago · · ·

    • Pak Ngah kemana perginya Umno yg sibuk cipta lagu tu dan dinyanyikan di kursus BTN..takat nyanyi jer,sapa pun boleh bib..
      20 hours ago · · 1 person
    • Pak Ngah beratus2 pencerobohan oleh Singapura..takkan pejam mata saja..Duit masyuk kot..
      20 hours ago ·
    • Sharifah Aini Aini bukan JB ja... semua tmpat pon ada .. cuma sikit dan bnyk ja ...
      19 hours ago ·
    • Cahaya Mega menang sorak ,kampong tergadai....
      19 hours ago ·
    • Sharifah Aini Aini yg ruginya .. melayu juga ...
      19 hours ago ·
    • Salleh Ibrahim Johor kn kuat dgn Melayunya..mana suara melayu Johor?...Perkasa xder cawangan kt Johor?..mb pemimpin Melayu Johor sudah dibuai kekayaan,lupa akan nasib cucu cicit..
      17 hours ago ·
    • Kedah Lanie melayu johor mana pergi..kan dok kata melayu tu umno dan umno tu melayu...tak dengaq suara punnnn..
      16 hours ago · · 1 person
    • Cahaya Mega mulut disita dng RM....haha
      14 hours ago ·
    • Nasri Jamaludin Skrg mrka beralih beli hrtanah kt Melaka pula..
      13 hours ago ·
    • Salleh Ibrahim menteri byk dari Johor..xkn diam jer..
      13 hours ago ·
    • Pak Ngah TPM pun org Johor..Mangga Siam pun org Johor..cium keris pun dah 3-4 kali..
      12 hours ago ·
    • Salleh Ibrahim mangga siam ka pondan siam...he he
      12 hours ago ·
    • Pak Ngah takut orang Umno mengamuk pula panggil pahlawan depa Pondan Siam..hehe..
      12 hours ago ·
    • Sharifah Aini Aini apakah itu melayu ???
      2 hours ago ·
    • Mohamad Nazri Ariffin man perginya perkasa raja katak tu yg selalu pertahankan melayu konon.
      a few seconds ago ·

Tujuan Dato' A. Samad Said Di Soal Siasat Semata-Mata Untuk Takutkan Rakyat

KUALA LUMPUR - Tindakan polis memanggil Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said untuk memberi keterangan berhubung Himpunan Bersih 9 Julai ini, merupakan satu bentuk intimidasi dan bertujuan menakutkan rakyat. Peguam yang mewakili beliau, Fadiah Nadwa Fitri berkata demikian mengulas tindakan polis menyoal siasat Pak Samad berhubung kehadirannya pada pelancaran Bersih 2.0, 19 Jun lalu.

Menurut Fadiah, pada majlis tersebut A Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan pak samad antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul Unggun Bersih.

“Soal siasat ini tidak bersebab dan bukanlah sesuatu yang munasabah. Tiada apa kesalahan yang dilakukan pak Samad selain daripada menyokong gerakan untuk sistem pilihan raya yang telus dan adil”

“Ini jelas menunjukkan polis telah menyalah gunakan kuasa untuk mengekang gerakan ini dengan taktik berniat jahat dan intimidasi,” jelas Fadiah kepada Keadilandaily.com.

Fadiah yang mewakili pertubuhan Lawyers For Liberty juga berkata, beliau kesal kerana banyak tangkapan dilakukan polis ke atas orang awam kerana memakai T Shirt Bersih, yang bukan merupakan satu kesalahan jenayah.

“Ianya sama seperti memakai baju kuning. Adakah ianya juga menjadi satu kesalahan? Mereka bukannya mengancam keselamatan dan membuat huru-hara,” ujar beliau.

A Samad Said akan hadir di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada jam 2.30 petang ini untuk memberi keterangan.

Turut dipanggil Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan yang diwakili oleh peguamnya, Pura Valen.

bagi REFREE BERSIH dulu..nanti baru kita sembang bab JANTAN @ BETINA..!!!

Laksana Dahulu Tuntutan Bersih, Baru "Anak Jantan"

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak perlu ada keberanian terlebih dahulu untuk menunaikan segala tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0, jika mahu mencabar Pakatan Rakyat bersaing di arena itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang juga bekas tahanan Bersih 1 pada 2007, Najib sepatutnya hanya mencabar Pakatan Rakyat bertanding selepas beliau melaksanakan gesaan rakyat di bawah gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan di negara ini yang mahukan pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.

" Kalau kita lihat semua tuntutan Bersih, ia adalah tuntutan yang memang semua orang mahukan untuk dapatkan pilihan raya yang adil.


" Kalau ini dapat kita laksanakan, lepas itu kita boleh berlawan (secara adil). Sekarang ini kalau pilihan raya memang berat sebelah. Cuba kita lihat tuntutan Bersih itu, boleh mereka kata tidak mahu.. Kalau mereka tak mahu, maknanya mereka tak mahu pilihan raya yang bersih," kata Dr Nasir merujuk kepada pendirian Najib dan rakan-rakannya dalam Umno-Barisan Nasional(BN).

Semalam Najib mencabar Pakatan Rakyat untuk berdepan dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 sebagai "anak jantan" dan bukan turun di jalanan untuk mengadakan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Dakwa Najib, himpunan Bersih 2.0 bukan bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi bertujuan mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

“Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan
berdepan dengan undang-undang,” Najib dipetik sebagai berkata ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di Kuala Lumpur, semalam.

Najib juga turut memberi amaran bahawa beliau akan mempertanggungjawabkan segala insiden pada hari berkenaan kepada Pakatan Rakyat dan mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan akan menerima "akibat" dari perbuatan itu.

Melihat kepada pendirian Najib dan tindakan polis mutakhir ini menahan sesiapa sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning terutamanya yang mempunyai logo Bersih jelas mencerminkan ketakutan yang begitu memuncak dalam jiwa pemimpin negara itu.

" Najib sekarang ini memang paranoid, takut pada bayang-bayang sendiri. Nampak orang baju kuning pun tak boleh.

" Oleh kerana 2008, rakyat sudah berubah. Ramai orang yang mengundi kita... tetapi oleh kerana penyelewengan, kemenangan kita itu nampak kecil kita menang (majoriti undi)," katanya.

Oleh itu katanya, segala bentuk perundangan hatta nama Yang di-Pertuan Agong akan digunakan bagi mengekang kemaraan rakyat kerana mereka tahu tuntutan yang dibawakan oleh Bersih 2.0 akan meranapkan impian mereka mempertahankan Putrajaya.

" Sekarang ini kalau kita berentap, memang berat sebelah kepada dia (Umno-BN). Sebab itu mereka tak mahu ikut Bersih, mereka akan bermasalah, mungkin mereka akan jatuh.

" (Trend pengundian) ini yang mereka takutkan sebab kalau tidak ada penyelewengan, mereka tidak akan lepas (menang pilihan raya). Sebab itu tuntutan Bersih yang sememangnya adil, tidak ada satu pun yang boleh dipertikaikan kepada sesiapa yang mahukan pilihan raya adil, inilah yang harus diikuti.. tetapi mereka tak mahu itu. Jadi kalau kata nak bertanding secara saksama, tapi tak mahu ikut cara yang betul macam mana?," kata Dr Nasir. -

Sumber - TVS

Utusan Meloya 'Usaha Hidupkan Komunis'... Pulak Dahhh

Kominis pulak dahhh...

Oleh: Mid Panah

Jenuh UMNO Be End pulas pusing pemikiran rakyat supaya jangan hadir Himpunan Bersih 2.0 yang dijangka akan menghimpunkan setengah juta rakyat Malaysia. Antara tuduhan yang dibuat supaya rakyat Malaysia 'hilang selera' untuk hadirinya ialah, kununnya Bersih:
1. Dikuasai puak Hindu anti Islam

2. Dikuasai puak yang mahu murtadkan umat Islam.

3. Dikuasai ekstrimis Cina yang mahu hancurkan orang Melayu.

4. Mahu alih isu liwat dan video sex yang dikaitkan dengan Anwar.

5. Mahu porak porandakan negara.
Macam-macam lagilah tuduhan yang dibuat tapi satu pun rakyat 'tak makan', hanya puak-puak yang pikiaq guna pungkok saja yang telan cakap depa. Namun begitu mereka tak putus asa sebagaimana Iblis yang tak pernah putus asa untuk menyesatkan manusia.

Sebab semua manusia yang berfikiran waras tahu bahawa himpunan Bersih hanya perhimpunan aman, santai, berjalan-jalan di Kuala Lumpur untuk mempamerkan kesatuan rakyat dalam menuntut sebuah demokrasi yang adil. Itu saja. Tak dak sapa pun dari kalangan peserta Bersih yang nak pi buat kacau. Selalu yang buat kacau ialah pihak polis.. tembak gas, tembak air kimia. Kalau polis tak buat kacau semua jadi aman. Dekat Turki rakyat berhimpun sejuta lebih sambut kepulangan PM Erdogan yang berdebat lawan pemimpin Israel (kawan kepada APCO penasihat Umno), tak dak luka sekog pun, mati jauh sekali.

Apabila semua tuduhan yang dibuat terhadap Bersih rakyat 'tak makan' maka UMCO pun jadi gelabak, panic. Pagi-pagi buta Mid belek surat khabaq, tengok tajuk Utusan Meloya 'Usaha Hidupkan Komunis'... Pulak Dahhh, satu lagi idea merapu meraban untuk burukkan Bersih. Tapi ingat rakyat Malaysia dah makin cerdik, takkan selama-lamanya nak makan propaganda hangpa. Sekali, lagi hanya orang yang pikiaq pakai pungkok yang akan percaya cerita merapu meraban hangpa.

Tuntutan Bersih 2.0: SPR Pernah Tipu Rakyat

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) ingin menyingkat kembali pembelian dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada tahun 2008 yang menelan belanja RM3 Juta yang tidak digunakan dengan pelbagai alasan sama ada daripada pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) atau daripada pihak SPR yang mengatakan bahawa Kabinet tidak bersetuju penggunaan dakwat kekal tersebut dan pihak SPR berkuasa untuk tidak meneruskan penggunaan dakwat kekal tersebut walaupun telah membelinya.

Persoalan yang ada ketika itu, siapakah telah menipu di dalam perkara ini? Jika pihak kerajaan mengatakan bahawa pihak yang berkuasa menjalankan sistem pilihanraya di dalam Negara kita, ini bermakna dalam rekod kita bahawa SPR pernah menipu rakyat ketika itu.

Adakah dengan membatalkan Himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 pada 2 Julai ini bahawa semua tuntutan BERSIH akan ditunaikan dan tiada penipuan akan berlaku lagi?

Adakah janji SPR tersebut boleh diterima pakai oleh rakyat kerana rekod sedia ada SPR pernah tercalar berikutan menafikan hak rakyat dan membazir wang rakyat?

Kami ragu akan keikhlasan SPR kerana perilaku mereka hanya ingin memastikan BN terus berkuasa dengan cara kotor dan jelas apa yang berlaku di negeri Perak telah mencalar demokrasi dalam Negara kita. Sudah tentu rakyat kurang yakin akan krebiliti SPR yang mengambarkan terlalu banyak keraguan yang masih tidak meyakinkan rakyat untuk menerimanya.

RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

DD

Read more: http://biaqpila.blogspot.com

Najib membelanjakan RM5.43 juta dari bulan Jan hingga Jun 2011 untuk Perbelanjaan lawatan rasmi .


BUAH tangan dari parlimen untuk pembaca MiLo SuaM hari ini. Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri yang korang sayangi untuk setengah tahun ini (Jan hingga Jun 2011) melebihi perbelanjaannya sepanjang tahun 2010. Laporan menunjukkan Najib membelanjakan RM5.43 juta dari bulan Jan hingga Jun 2011.


Kalau kita lihat, gaji bulanan Perdana Menteri Najib ialah RM22,826.65 sebulan [myMetro]. Namun beliau menghabiskan lebih RM 900 ribu atau lebih 40 kali ganda gajinya setiap bulan sejak Januari tahun ini untuk lawatan.


Setakat RM 5 juta untuk lawatan, apalah sangat bagi seorang Perdana Menteri seperti Najib. Sebelum ini Najib menghabiskan RM65 Juta untuk mengubahsuai kediaman rasminya di Putrajaya. Ahli Perlimen gerombolan songkok tinggi dengan bangganya bersetuju terhadap usul tersebut. RM 5 juta kalau bagi Bik Mama, sehari je dah boleh habis buat beli 5 buah beg tangan import.

ReJaM© "Kalau korang fikir Najib paham kesusahan rakyat bawah, korang silap besar kah kah kah"

Aduhai PM..mana dia RM4billion yang diumumkan kat Amerika tempohari.. tak turun mai lagi nie..??

PM Bisu Pandai Melalak...

Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai “anak jantan” dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Gua cabar Najib Razak supaya menjelaskan kepada RAKYAT... kemana menghilangnya Saham Bumiputera sebanyak RM50 Billion sejak ianya dilaksanakan. Dah di desak dalam Parlimen... tetapi masih senyap hingga sekarang... apakah Malaysia mempunyai PM yang BISU...????

Wooiittt... Najib Razak ada berani kaaaa...???? Lu nak jantan ka... atau anak betina... ada tulur ka tarak...???

Hanya pandai berkokok jer... mamat nih... ini yang dikatakan PM Malaysia.... hahaha... kena kencing dengan penulis teks ucapan pun masih tak sedar diri... siapa kata PM Malaysia nih cerdik...???? Nak panggil jantan... jauh sekali laaaaa.... tulur sudah lama yeeeeeleeeeekkkk... baca bawah nih...;

http://3.bp.blogspot.com/_BEI1YO43Lqg/TDL6JpXcmeI/AAAAAAAAA70/4f3N3CCrFPw/s320/1704_MotImage.jpg
Pasal terlalu banyak dok 'tembak' (bohong) dekat rakyat, sampai apa yang dia bercakap pun, dia sendiri tak tau ekoq kepala.

"4 billion ringgit invesment plan by Motorola for it's plant in Penang". The announcement made by Najib Razak on 19 may in New York. A day before that, Koh Tsu Koon said "Extraodinary Invesment for Penang".

Nak buka kilang, bukan senang macam nak berniaga 'cucuq kodok'. Dia kena melalui proses yang macam-macam. Kilang tu pulak di Penang, jadi kalau dah sampai 4 billion punya pelaburan nak masuk Penang, tak kan lah Guan Eng selaku Ketua Menteri, selaku Chairman PDC yang menguruskan perkara berkenaan dengan kilang-kilang yang ada di-sini dok 'tidoq' dan tak tau apa-apa kot?!

Sikit punya banyak kaa... pelabur-pelabur dari Amerika dan lain-lain negara yang datang buka kilang di-sini sampai boleh tertubuhnya FREPENCA (persatuan pelabur-pelabur/kilang-kilang di-Penang). Depa ni pun tak tau apa-apa. Jadi bila depa dengaq kata yang Motorola nak bawa masuk sampai 4 billion punya 'invesment', depa pun nak tau juga laa... sebab depa pun tak dengaq apa-apa. Sepatutnya FREPENCA ni yang akan dapat tau dulu.

Jadi wakil kilang-kilang yang dok ada dalam persatuan ni pun pakat-pakat laa.. talipon Guan Eng nak bertanyakan tentang pelaburan 4 billion tu. Sikit punya malu kaa.. sebab Guan Eng jawab dia tak tau. Cuma wakil-wakil ni tak sampai hati nak kata dekat Guan Eng "hang jadi Ketua Menteri macam mana? Sampai apa pun hang tak tau?!"

Bila Guan Eng tanya balik dekat M.I.D.A (sebuah agensi yang menguruskan pelabur-pelabur yang nak buka kilang di-Malaysia) untuk dapatkan kepastian dan nak bantu apa yang patut... maklumlah nak buka kilang harga 4 billion, Guan Eng mesti dan kenalah tau..., tapi M.I.D.A pula dengan tiba-tiba sudah tak boleh bercakap, tiba-tiba saja jadi bisu, diam... tak tau nak jawab apa.

Nak jawab apa benda, kalau dah benda tu tak betul.

Najib tak malu kaa.. cakap benda yang tak betul, di Amerika pula tu... HQ pada segala kilang-kilang besar di-sini.

Najib... Najib... ini mesti kes pegawai M.I.D.A yang 'tidoq' atau pun kawan yang tulis ucapan tu yang 'nga-nga'.

Koh Tsu Koon pula bekas Ketua Menteri, bekas Chairman PDC dekat 20 tahun, connection mesti laa kuat. Bila FREPENCA tak dapat jawapan dari Guan Eng, depa pun talipon pula Koh Tsu Koon tanya pasal Motorola nak melabur sampai 4 billion ni...

Rupa-rupanya... 4 billion itu adalah pelaburan sepanjang 30 tahun Motorola buka kilang di-sini. Bukanlah Motorola nak bawa masuk 4 billion punya pelaburan...!!!!

Mangkuk hayun betoii... dia sendiri tak tau apa yang dia cakap!!!! - Di petik dari Dollah Yankee
Masih nak anggap PM Malaysia nih cerdik ke.... hahaha... hanya olang boloh jer... yang masih nak sokong beEnd nih... kah...kah...kah...

Macam hareeeeeeeemmmmmmm.......!!!!

http://wargamarhaen.blogspot.com

Memang la orang nak lawan pilihanraya pun..cuma suruh refree tu bagi BERSIH dulu..!!!

Najib tu anak jantan sangat ka?

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Dilihat sebagai nada yang semakin keras, Datuk Seri Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai “anak jantan” dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pengerusi BN ini berkata, matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 bukan mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

“Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita.

“Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan Bersih 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara.

“Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di sini. - TMI.

Yang pertama sekali, bila baca statement Najib ni, nampak macam tak berapa nak cerdik PM kita ni, tak pun penasihat dia jenis tak cerdik. Bila pulak BERSIH 2.0 nak buat huru-hara. Mat Sabu selalu sangat ulang. TG Hj Hadi pun dah banyak kali cakap. Takkan tak faham-faham.

Cuba dengar klip kat bawah ni, terang dan jelas.


Yang keduanya, jantan sangat ka Najib tu. Kalau ikut kata dia tu, memang dah terbukti parti-parti dalam Pakatan Rakyat memang dah sah JANTAN. Tak pernah culan untuk masuk pilihanraya. Tak kira tara mana tak adilnya SPR pun, bertanding tetap bertanding.

Yang tak jantannya Umno dan BN bukan PR. Kalau betul anak jantan, apa masalahnya untuk Umno sama-sama desak SPR terima tuntutan BERSIH tu. Biar kita lawan di padang yang sama rata.

Yang jelasnya, Umno takkan berani nak arahkan SPR 'si anjing Umno' tu terima tuntutan BERS✔H 2.0 pasai kalau semua tuntutan tu diterima dan dilaksanakan SPR, habih la peluang Umno BN nak terus memerintah dan mengaut segala harta negara untuk depa anak beranak suku sakat.

Kalau betul anak JANTAN, apa kata Najib selaku Presiden Umno turun sekali berdemo pada 9 Julai ni. Kalau setakat hantar PERKASA dengan Pemuda Umno ja, apa barang?

BERS✔H 2.0

Di Malaysia, pakai T-Shirt kuning salah, tayang video seks OK!

Beberapa jam yang lepas saya mendapat panggilan telefon memberitahu saya yang Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini.

Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.

Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik. Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.

Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya. Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral.

Kita hendakan kesinambungan sokongan rakyat, tetapi jika rakyat benar-benar tidak lagi mahu memberikan mandate kepada kita, ia tidak bermakna kita ada kuasa secara moral dan undang-undang menekan manusia sehingga kepada pakaian yang kita pakai. Kita telah mendesak rakyat supaya tidak menyokong rally yang bakal di adakan pada 9hb Julai nanti. Kita tidak mengeluarkan permit untuk penganjuran itu. DAN sekarang mereka dicegah memakai baju T Bersih itu merupakan satu tindakan yang ‘autocratic’ yang tidak ada batasnya.

Jika kita hendak menjadikan pakaian yang bersimbulkan gerakan rakyat dan parti-parti politik maka kita juga mesti melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA dan mana-mana parti politik dan pertubuhan NGO yang lain.

Presiden Marcos merupakan seorang dictator tetapi dalam pemerintahannya masih ada dua tiga saluran TV yang terang-terang menentang kerajaan. Saluran itu terus beroperasi dan Marcos dictator itu tidak pula menangkap dan menahan mereka yang mengendalikan saluran TV itu.

Jadi kita boleh bertanya kepada diri kita sekarang ini. Jika diktator Marcos boleh membiarkan saluran TV beroperasi dengan agak bebas, apa pula hendak kita katakan terhadap pemimpin kita yang begitu takut dan marah untuk mendengar rungutan rakyat? Bukankah ianya lebih teruk dari pemerintahan dictator?

Jika kita bermaruah jangan lah kita tunjukan sifat ‘perongos’ kita sehinggakan menelik dan meneliti pakaian dan ‘attire’ yang dipakai rakyat. Bersih bukannya parti politik dan NGO ini hanya mahukan perjalanan pilihanraya dijalankan dengan seadil adilnya. Seruan ini sepatutnya disokong oleh UMNO sendiri kerana sebagai parti yang mengaku sebagai parti yang bermaruah melakukan sesuatu dengan ‘transparent’ sepatutnya menjadi pakaian hidup kita.

Cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain kerana kita sudah jatuh sokongan ramai. Tentu ada sebabnya yang kita ini di tolak dan dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh kerana kita mempunyai jiwa yang fakir, kita sentiasa mendengar dan melihat segala tindakan rakyat dengan ‘suspicion’ yang begitu melampau.

Kepada NGO bersih saya ada pandangan untuk saudara/i fikirkan. Jika memakai baju-T Bersih itu merupakan kesalahan saya cadangkan supaya Bersih menjual seluar dalam yang ada logo Bersih pula.

Kita mungkin akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki mereka yang memakai seluar dalam Bersih. Saya cadangkan Datuk Ambiga memakai ‘panty’ Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu. Saya juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri membeli mesin pengimbas untuk memeriksa siapa yang memakai singlet atau seluar dalam yang berlogokan Bersih.

Dengan tindakan yang dilakukan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih di Shah Alam semalam kita sudah menunjukan satu ‘attribute’ yang nyata sebagai pihak yang mempunyai jiwa yang terlalu fakir.

Tidak hairanlah kita melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini berlaku dengan jelas. Pemimpin yang elok itu mesti ada setidak-tidaknya sedikit sifat ‘gentleman’ dan akan menerima dengan hati yang terbuka apa-apa yang di pilih oleh rakyat.

Jangan kita sampai begitu takut sehinggakan melakukan perkara-perkara yang tidak wujud di dalam masyarakat yang bertamaddun. Firaun telah membunuh semua kanak-kanak lelaki yang dilahirkan kerana ahli nujum telah memberitahu Firaun yang ketika itu akan lahir seorang kanak-kanak (Musa) yang akan menentang kekuasaannya.

Akhirnya Musa lahir juga dan mengalahkan firaun di lautan Merah.

- Aspan Alias

Kedah Sejahtera 2008: Pencapaian Kita - Dato' Bashah dah Tershashul...

oleh Muhammad Sanusi Md Nor

Salam. Hari ni penerusi UMNO Kedah buka mulut... bila buka mulut ada-ada saja yang tershashul. Dia komen buku Kedah Sejahtera 2008: Pencapaian Kita. Katanya fakta2 tu satu pembohongan, hanya statement politik dan tiada bukti.

Sila kemuka bukti katanya. Lepas itu dia tershashul... PR tak laksana pun 82%, sekitar 50% saja... Aik! Mula2 dia kata bohong tanpa fakta, pastu kata pulak laksana 50%...yang mana satu ni Dato'. Tak baca lagi kot manifesto PAS 2008 dan buku tu??? kalau tak baca lagi, baca la dulu, baru komen.

Dato' ingat kerajaan negeri terbitkan buku tu ikut suka nak tulis saja ka? Dato' pernah baca ka Manifesto PAS 2008? Ramai pemimpin UMNO tersilap. Mereka sering merujuk Manifesto PAS Kedah ialah Negara Berkebajikan... termasuk bila mengemukakan soalan dalam sidang DUN. Inilah contoh2 wakil rakyat yang tidak cermat.

Negara Berkebajikan ialah manifesto PAS di peringkat Pusat. Kalau diberi kepercayaan memerintah Malaysia, maka PAS akan akan laksanakan Manifesto itu. maknanya, matlamat menubuhkan negara berkebajikan bukan baru bagi PAS...bukan baru sebut dalam ucapan dasar presiden di muktamar baru2 ni saja...sudah lama.

Manifesto PAS Kedah ialah Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Kita perincikan satu persatu pencapaiannya dalam buku kecil 44 halaman itu. Yang tercapai kita kata capai, yang sedang laksana kita kata sedang laksana, yang belum, kita kata belum. yang kita buat tapi tak ada dalam menifesto, pun kita tulis dengan terang.

Apa yang bohongnya! Rakyat bukan bodoh untuk menilai jika kita berbohong! Kalau nak bohong juga, baik kita kata sudah laksana 99.9% macam dalam skrip mahkamah kes video seks tu..Amacam Dato'?

admin - nah hangpa pon d/load dan baca mana tau hangpa pon boleh penin sama macam mat bashah tuuu....

KLIK GAMBAQ TUU..

BERSIHkan Malaysia : Buat Anak Muda!



Tinggal 2 minggu sahaja lagi perhimpunan raksasa yang bakal dihadiri oleh ratusan ribu rakyat bakal berlangsung. 2007, kita berjaya mengumpulkan kira – kira 100,000 rakyat. Apakah tahun 2011 kita berjaya?

Ya, dengan izin Allah kita pasti berjaya. Anak – anak muda harus bangun dan bangkit menyuarakan perasaan marah kita dan benci kita kepada penipuan yang dilakukan oleh BN dan kuncu – kuncunya. Apa guna usia muda kalau kita tidak pedulikan masa depan Negara kita. Apa guna tenaga masih gagah tidak digunakan untuk Negara. Apa guna masa muda jika tidak terlibat dalam lipatan sejarah Malaysia. Apa guna usia muda anda semua?

Hey anak muda Malaysia. Mereka boleh sahaja mengugut kita. Tapi kita punya rakyat di belakang kita. Kita punya Maha Pencipta di belakang kita. Kita tidak perlu gusar dengan mereka. Jangan takutkan sebuah pertubuhan yang berketuakan tidak punya maruah. Sedangkan semut hitam belum tentu punyai rasa hormat pada ketua mereka. Mereka mahu halang kita? Ketika mereka mendengar suara ratusan ribu rakyat sudah pasti mereka akan jadi lemah semangat. Apabila derapan kaki oleh ratusan ribu rakyat sudah pasti menggetarkan hati mereka. Percayalah anak muda Malaysia, mereka akan patah balik jika suara yang kita laungkan itu benar – benar kuat. Bukan saja mampu menakutkan pertubuhan yang tidak punya maruah itu malah anak menantu juga takut dan suara kita pasti akan digeruni oleh si DIA yang berada di Putrajaya.

Hey Anak Muda! Rakyat Malaysia sedang menanti kita! Orang – orang kampung sedang menantikan kejayaan kita dalam menuntut perubahan. Jika anak muda Mesir, Tunisia dan di mana saja berjaya, mana mungkin kita tidak boleh!! Marilah kita menjadi sebahagian dalam sejarah ini. Biar esok – esok sebelum kita di panggil kembali oleh Pencipta kita, dapatlah kita berceritakan sesuatu pada generasi yang akan datang.

Hey Anak Muda Malaysia! Simpan tarikh 9/7/2011 dalam calendar. Jangan lupa! Jangan bimbang! Ayuh kita mara kehadapan! Laungkan sekuat – kuat hati kita!

HIDUP RAKYAT!
BERSIH BERSIH..PILIHANRAYA!!
http://dragsuperstar.blogspot.com

Tiga YB terus dekati rakyat

BUKIT PINANG - Tiga wakil rakyat dari Parlimen Pokok Sena hadir buat kali ke-8 pada Program Pemimpin Bersama Rakyat untuk mendekati dan mendalami masalah penduduk sehingga ke peringkat akar umbi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Datuk Mohd Roshidi Osman dan ADUN Bukit Lada, Ahmad Izzat Mohd Syauki mengetuai beberapa rombongan menziarahi masyarakat di Bukit Pinang dan Kampung Lengkuas serta menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima, dekat sini.

Sebelum itu, mereka menyertai program gotong-royong membersih persekitaran pekan Bukit Pinang bersama komuniti setempat.

Mahfuz di dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau menggesa penduduk setempat bekerjasama menjaga kebersihan secara berdisiplin dan betul.

Menurutnya, sikap masyarakat yang suka membuang sampah merata-rata boleh menyebabkan bahan berkenaan akan tersumbat di dalam longkang serta menjadi punca kepada banjir kilat.

“Kadang-kadang sikap penduduk juga mampu menjadi punca kepada beberapa masalah yang mampu memberi kesan kepada masyarakat setempat.

“Di Singapura, menjadi satu kesalahan membuang sampah merata-rata malah akan didenda. Hendak meludah merata-rata pun sudah menjadi kesalahan dan penduduk mereka takut untuk berbuat demikian kerana pihak penguat kuasa sentiasa memerhati, hal ini secara tidak langsung membentuk disiplin yang baik,” katanya.

Selain sumbangan, turut diedarkan risalah berkaitan kejayaan Kerajaan Negeri Kedah di dalam mentadbir sepanjang tiga tahun kebelakangan ini.

Kem Smart Solat yang dijalankan serentak di Masjid Bukit Pinang turut mendapat sambutan di luar jangkaan apabila lebih 100 kanak-kanak turut menyertainya.

Turut diadakan ialah Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan sukaneka yang melibatkan pelbagai lapisan umur.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...