TERKINI :

Sunday, June 26, 2011

Hebatnya Anwar sewaktu tour d'Kedah... Bersih dah Jadi Macam Selsema Burung

oleh Muhammad Sanusi Md Nor





Semalam sehari Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kedah, dia ke Kodiang, Ke Bukit Kayu Hitam, Pokok Sena dan Naka, sampai lewatmalam. Saya hanya sempat bersamanya di Markaz PAS Kawasan Pokok Sena. Ribuan manusia hadir di satu-satu tempat Anwar singgah, dan dia seperti biasa saja, malah lebih bersemangat walaupun bebanan yang menghimpitnya bukan kepalang. Dia membacakan beberapa potong ayat Al-Quran dan mengambil sejarah Nabi Musa a.s menentang kezaliman Firaun. Media Firaun, Mahkamah Firaun, tentara dan polis Firaun, SB Firaun, penjara Firaun dan segala aparatus kerajaan Firaun yang dikerah menghalang dakwah dan perjuangan Nabi Musa a.s. Akhirnya Firaun dan segala 'pekakasnya' ditelan belahan laut.

Saya percaya ramai yang kecewa dan mati akal dengan sambutan yang diterima Anwar. Bermati-matian meyakinkan rakyat dengan semua kaedah moden dan tradisional untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah, membina persepsi buruk terhadapnya...satupun tak berkesan. Kisah usaha gigih pimpinan BN membunuh karier politik dan perjuangannya sudah jadi macam telenovela/senetron. Skripnya panjang.

Saya juga pasti, panel skrip telenovela Anwar sekarang ni, pagi-pagi lagi sudah sibuk memilih jalan dan plot cerita, melibatkan semua perkakas negara untuk memelihara BN dan pimpinannya. Panel skrip tentu pening kerana drama mereka belum berjaya menyentap keyakinan penonton, malah makin ramai pula yang ubah channel bila telenovela Anwar disiarkan. Orang sudah meluat. Saya belum membaca akhbar hari ini, tapi saya yakin ada cerita Anwar dan 'keburukannya' dipersembahkan lagi.

Dato' Mahfuz Omar juga berceramah semalam. Nadanya tinggi dari awal sampai habis, menunggu kehadiran Saifuddin yang tidak berjaya sampai dari ceramahnya di Naka. Mahfuz mengayuh laju... penutup ceramahnya cerita Anthony Quin yang berlakon sebagai Umar Mokhtar dalam cerita Lion Of The Desert. Wajah Anthony Quin (tak pasti betul atau salah ejaannya namanya) jaguh Hollywood itu berjaya diubah menjadi Umar Mokhtar, malah lenggok badan, tutur kata, senyum dan dan tegas Umar Mokhtar dalam dipancarkan dengan jelas dalam filem itu. Tapi itu bukan Umar Mokhtar, pejuang Islam kebanggaan rakyat Libya menentang penjajah Italy...itu Anthony Quin, pelakon filem dari Amerika beragama Kristian...juga bangsa penjajah. Begitu juga filem Ghandi... heronya seolah-olah dilakonkan sendiri oleh Ghandi yang mati 60 tahun lalu. Kedua-dua pelakon itu 100% menyamai watak asal. Dalam filem yang dikatakan Anwar, pakar yang diupah hanya berani mengatakan 99.9%...mana perginya 0.1% lagi???

Mereka simpan untuk beralasan bila pelakon sebenar ditemui... beda lapik untuk berbohong! Penerbit drama seks itu lupa, filem-filem lain hanya sebagai hiburan, orang tak pertikai sangat cerita Lion Of The Desert dan Ghandi walau ada kecacatan kerana ia sekadar filem untuk menceritakan sejarah dan berhibur. Cerita Anwar lain, ia guna untuk mentajuhkan dan memalukan orang. Sebarang kecacatan akan makan tuan! Ini dunia real, bukan jalan cerita yang dipersembahkan, tetapi watak, tokoh dan susuk pelakonnya. Tunggulah hari dan waktunya, kebenaran akan terserlah! Sabarlah Anwar.

Bersih 2.0

Sesiapa yang memakai baju kuning dengan tulisan Bersih 2.0 tiba-tiba amat menakutkan BN dan pimpinan negara. Macam pembawa virus selsema burung. Banyak yang sudah ditangkap. Di Ampang, di Kepala Batas dan di Kuala Lumpur. Sewaktu wabak selsema burung menyerang dan mewabak, habis ayam itik satu reban ditangkap dan di bakar untuk mengelak virus itu merebak...tapi dalam kes bersih 2.0, belum ada api yang boleh menyala untuk membakar baju dan gelombang kuning itu.

Tangkaplah...kena lepas juga. Selamat menghadapi fobia baru buat pimpinan BN dan semua penyokongnya. Kami akan pergi pada 9 Julai nanti. Jumpa di sana! Wabak ini hanya menyerang pemimpin yang korup dan menyeleweng. kalau anda bersih, anda tak akan dijangkiti.[@kedahlanie.info]

Hanya Mat Bashah sahaja yang ragu kerja buat K'jaan Negeri...rakyat jelata bagaimana pula..???

Awat Tok bashah saja ragu, rakyat Kedah dak pun…

Oleh: SERIKANDI MUJAHIDAH

Serikandi libang libur dengan perangai Tok Bashah, tok ketua UMNO Kedah. Lemas, rimas tapi bukan takut cuma geli telinga.

Dia komen, kononnya pencapaian Kedah Sejahtera diragui dan tiada bukti yang menunjukkan pencapaiannya telah mencapai 80 peratus. Yang dok ragu, puak-puak Tok Bashah je…bukan semua rakyat Kedah.

Kalau dia kata fakta-fakta pencapaian tu meragukan…sila sanggah dengan fakta bukan dengan kenyataan lapuk zaman berzaman yang bagi Serikandi orang buta pun tau ayat-ayat tu keluar dari mulut siapa.

Bagi UMNO, pembangunan hanyalah dengan tersergamnya bangunan, buat jalanraya dan lain-lain yang bagi mereka boleh tumpang setimba untuk nak dapatkan projek.

Skop pembangunan tu luas……..macam MB Kedah kata dalam perhimpunan bulanan Warga Wisma yang lalu, pembangunan insan juga satu pembangunan. Bina insan yang nak cerna pembangunan fizikal. Kalau insan yang dibina dengan baik pembangunan fikizal akan dijaga dengan baik tapi kalau insan macam penyamun semua pembangunan akan dikeronyeh (bahasa kedah ni) semahu-mahunya.

Tok Bashah, zaman hampa memerintah dulu, ada hampa fikiaq bab nak bina insan? Macamana nak bina anak-anak muda yang tak tentu hala, rempit sana rempit sini. Budak-budak sekolah yang tak tau solat, tak tau hormat orang tua.Lepas SPM tak tau nak buat apa, habih fikiaq…cari daun ketum buat bisnes air daun ketum.

Yang kita dok bagitau..80 peratus termasuklah pembangunan untuk budak-budak tu. Kem Anak Soleh, Kem Bina Insan, Kem Bina Syahsiah, Kem Belia Sejahtera. Orang-orang dewasa pun Kedah tak lupa, buka kelas pengajian kat Mentaloon (oppps..sorry…Tok Bashah memang tak pi.

Kebajikan rakyat yang hampa tak buat sebelum ni…mana tidaknye..asyik-asyik..(sejuta untuk kau…10 juta untuk aku…bla..bla..bla..bla..). Skim kafalah untuk orang-orang miskin, sumbangan untuk guru-guru Quran, warga bidan, ibu-ibu tunggal, pelajar-pelajar IPTA. MKK tolong bina rumah orang miskin, kerajaan negeri sumbang duit lagi. Hat tu nak masuk dalam apa…bukan pembangunan ka Tok Bashah.

Peluang pertanian untuk orang kampung.Tanam nenas, buka kilang mengetin nenas. Beli mempelam Sala dari orang kampung, buat jus mempelam. Ni..musim rambutan pulak..nak tinkan buah rambutan…hat tu bukan pembangunan ka??

Lapang-lapang mai la melawat ladang nenas, kilang pengetinan, ladang lembu, kem-kem yang Serikandi kata tadi….ni dok melalak kata tak da bukti.

Satu lagi, rajin-rajin jalan sama kat Kuala Ketil. Tengok sama bangunan apa dekat dengan tasik tu..nak bagitau kat Tok Bashah..tu la pembinaan kampus tetap KUIN. Zaman hampa tak da…kalau pergi Langkawi jenguk-jenguk sama apa yang kerajaan negeri buat kat Pulau Tuba….

Banyak lagi..mai sendirilah tengok..statistik pendapatan kerajaan negeri..masa hampa perintah dengan Pakatan Rakyat perintah. Hutang yang hampa buat boleh bayar, duit dalam kantung kerajaan boleh bertambah. Haaa..bukan pembangunan lagi ka..?

Rakyat tak pernah tertipu dengan Pakatan Rakyat tapi rakyat sering ditipu oleh UMNO/BN. Rakyat Kedah boleh menilai pencapaian kerajaan negeri termasuk orang-orang UMNO cuma pemimpin UMNO saja buat-buat tak nampak dan tak boleh terima kenyataan.

Mat Bashah pening dan mengigau selepas baca buku 'Kedah Sejahtera'..!!

Bashah, hang pening ke mengigau?

Oleh: Wartawan Kedah La

Dulu depa kalut dok tembak peluru, kerajaan PR Kedah tak buat apa dengan manifesto….La ni, bila kita dah terbit bukti, siap dengan buku untuk orang ramai baca dan teliti….depa (especially Bashah) kata fakta dalam buku ‘Pencapaian Kedah Sejahtera’ diragui.


Ishh…mamun ka ngingau depa ni…sat-sat kata tak buat apa…bila dah keluaq bukti depan mata, depa kata tak sah dan jawapan politik semata-mata….macm tu jawpan org mengaji tak abis….

Masa kata kerajaan PR Kedah tak buat apa, bila orang suruh depa senarai apa yang tak buat…diam plak…

Komen Bashah lepas rasmi mesyuarat UMNO Kuala Kedah....

“Saya anggap jawapan isi kandungan buku itu hanya jawapan politik semata-mata. Kami tak puas hati dengan penjelasan dalam buku itu, dan akan bangkit kan semula isu manifesto dalam Sidang DUN akan datang.”

Macamna jawapan tak politik Bashah oi….dah yang apa yg kerajaan Kedah dah buat…nak tipu kot lain pasal pa…apa yang tercatat dalam buku tu benar, tiada kompromi lagi….

Depa kata tak puas hati dengan penjelasan dalam buku tu….memang la tak puas hati, dah depa tembak kata kerajaan la ni dok makan gaji n elaun saja…tak buat apa….macam mana depa nak tau kerajaan buat apa, sebab tak da RTM atau TV3 dok cherita yang baik2 pasal Kedah….dok habaq yang tu tak kena, yang ni tak kena….jadi, puak2 yg dok nganga tv ni, percaya la dengan apa yg dihebahkan…..

“Elok juga buku itu diterbitkan supaya rakyat dapat menilai satu persatu apa yang ditulis dan buat perbandingan dengan situasi masa kini. Adakah ia menggambarkan situasi yang sebenar?”

“Kita tidak akan biarkan rakyat terpedaya dengan jawapan bermotifkan politik. Banyak fakta yang yang bercanggah dan perlu diperbetulkan.”

Memang rakyat dah celik…sapa yang betul, sapa yang tak betul….rasanya rakyat lebih cerdik dari Bashah…

Dalam buku tu, apa yg dah buat depa habaq…yg tak buat (makna yg tak capai apa yg janji) pun depa habaq….dok tak kena lagi tu….

Bila baca komen Bashah, komen yang tidak membina dan tidak dapat merangang pemikiran rakyat….dia kata ni adalah jawapan yang bermotifkan politik….apa yg kata motif politik ni, apa plak yg tak motif politik?????

Kalau ada sebut hina orang, fitnah orang, tuduh orang (macam kes Anwar la), baru nampak mcm ada bau-bau politik….dalam buku ni dok cherita apa yg kerajaan dah buat untuk rakyat, tang mana ada unsur politik….

Bashah kata lagi, UMNO nak terbit buku untuk lawan balik buku Pencapaian Kedah Sejahtera’, sebab nak tunjuk kat rakyat sapa yg ‘hero’ kat Kedah ni….Kita nantikannya….

“Tunjukkan bukti barulah boleh akui peratusan itu. Sesiapa sahaja boleh bercakap tanpa bukti, ianya tidak beri apa-apa makna. Sepatutnya setiap perkara yang dinyatakan perlu disertakan maklumat terperinci dan bukti,”

Maklumat terperinci apa lg Bashah…tlg habaq sat….dia nak terang dan nyata tera mana lagi…ka, dia lambat faham, ataupun dok pening, betul ka apa yg kerajaan Kedah dah buat ni….masa kami perintah 50 tahun pun tak boleh buat sampai tera ni…..

Bukti apa plak, bukannya pi buat report polis….takkan nak bawa mai bukti seketul tunjuk kat rakyat…macam buat Insaniah di Kuala Ketil, takkan nak bawa bangunan tu jaja merata tempat….macam duit kafalah, nak tunjuk bukti apa lagi??? Ramai orang kampung dah dapat duit tu….kes rasuah, SPRM pun tak dad ok dakwa pegawai atau pemimpin Kedah, memang dah terang lagi nyata, nak tunjuk surat pengesahan SPRM kat Bashah, baru dia percaya ka???? Hasil balak, audit negara pun dah puji Kedah, Bashah dok tak percaya lagi….nak bawa mai kayu balak kat dia tengok sebagai bukti ka???? Kedah dah jadi pengeluar nangnas Kedua di Malaysia, lepas Johor….kalau Bashah nak tengok bukti, pi la ziarah-ziarah ladang nangnas nu….banyak lg la kalau nak cherita ni…..

admin - nah hangpa pon d/load dan baca mana tau hangpa pon boleh penin sama macam mat bashah tuuu....

KLIK GAMBAQ TUU..


ADUN BN hadir dalam ceramah Anwar di Kedah malam tadi..


Antara yang hadir ceramah Anwar Ibrahim sebentar tadi di Naka ialah
Dato Syed Sobri ADUN Kuala Nerang
Di belakang beliau ialah bendahari DPPPT
[sumber dari facebook Pemuda Padang Terap]

Apa masalahnya dengan 8 Tuntutan BERSIH.. bukan mintak suruh bagi PUTRAJAYA pun..!!!??!!?

Umno BN sangat bimbang 8 tuntutan Bersih

KUBANG PASU, 25 Jun: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Umno BN sangat bimbang dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 sehingga meningkatkan usaha menyekat rakyat hadir ke himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Beliau mempersoal undang-undang yang dipakai Umno BN yang melarang rakyat memakai dan menjual baju kuning.

"Di Malaysia ini begitu ganas dan zalimnya pimpinan Umno, bila pakai baju kuning dan jual baju bersih dianggap satu kesalahan.

"Undang-undang mana yang mereka pakai? Ini satu bentuk keangkuhan kuasa dan tindakan terdesak kerajaan sebab mereka tengok kita minta pilihan raya Bersih.

"Ada mereka pertahankan kebersihan pilihan raya?" katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Dun Bukit Kayu Hitam dan Pejabat PKR Kubang Pasu petang tadi.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa orang yang ditahan dan disoal siasat kerana memakai baju berlogo Bersih 2.0 malam tadi dan hari ini.

Beliau turut mendakwa pilihan raya di Malaysia tidak ada bezanya dengan pilihan raya di Mesir sehingga rakyat bangkit melakukan perubahan.

Katanya lagi, rakyat negara ini turut mahu melakukan perubahan terutamanya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengakui wujudnya pertindihan daftar pemilih.

"Pilihan pilihan raya di Malaysia tidak ada beza dengan siapa yang boleh nafikan ada masalah daftar pengundi?

"Bukan sahaja PKR PAS lebih terperinci bawa kes ini yang saya lihat sendiri dari jauh. Ada ruang media yang bebas? Tidak ada.

"Apa beza pilihan raya Najib Tun Razak dengan pilihan raya Hosni Mubarak di Mesir, tolong jelaskan.

"Mengapa rakyat dan dunia menyokong perubahan pilihan raya di Mesir dan adakah salah kita menuntut pilihan raya yang sama?" soalnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak menuntut pilihan raya untuk kepentingan mereka tapi demi rakyat.

"Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan," katanya.

Mengulas mengenai tahanan dua mahasiswa yang terlibat dalam program masyarakat di Gebeng, Kuantan petang tadi, beliau menyifatkan ianya untuk menakutkan golongan muda.

"Dia akan tangkap sesiapa yang dilihat ke depan untuk menakutkan rakyat," katanya.

Sudah la pikiaq bab BERSIH tak seattle lagi..mai dok buat cerita nak tawan 11 negeri pulak...!!!

Pakatan sasar tawan 11 negeri dalam p'raya umum

Selain mengekalkan empat negeri yang dikuasainya sekarang dan memenangi semula Perak, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu:

1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan;

2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan

3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malacca, Pahang, Terengganu dan Perlis.

NONELim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.

Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.

Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.

Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.

Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim.

BN akan buat apa saja untuk gagalkan Bersih 2.0

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Tiga patah perkataan yang dikeluarkan Perdana Menteri kelima Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan kehadiran lautan manusia pada himpunan Bersih kali pertama diadakan pada tahun 2007. ‘Saya pantang dicabar’ yang diucapkannya telah membakar semangat para penyokong pembangkang di seluruh negara untuk berhimpun bagi mendesak kerajaan mengadakan pilihanraya umum yang bersih dan adil. Itu kali pertama perhimpunan paling besar di Kuala Lumpur pernah diadakan.

Kali ini untuk himpunan Bersih 2.0 meletakkan sasarannya ialah 300 ribu. Terdapat tiga faktor mengapa sasaran 300 ribu boleh dicapai. Angka tersebut akan menjadi tiga kali ganda dari jumlah himpunan Bersih kali pertama diadakan tahun 2007.

Pertama, kerana publisiti besar-besaran yang diberikan oleh semua media negara. Propaganda negatif yang disebarkan oleh semua media-media utama negara terhadap himpunan Bersih adalah juga publisiti. Cara berfikir penyokong pembangkang memang begitu. Semakin diperlekeh dan semakin ditekan maka semakin kuat semangat mereka untuk menyanggahi arus media perdana.

Media kedua di alam maya juga tidak kurang melebarkan publisiti. Tahun 2007, revolusi Facebook belum meledak. Sekarang Facebook menjadi media maya yang sangat berkesan menyebarkan maklumat. Kebangkitan rakyat di negara-negara Arab semuanya hasil ledakan maklumat melalui laman maya Facebook.

Faktor kedua, ialah pengalaman pertama yang menggamit peserta baru himpunan. Kali pertama himpunan Bersih diadakan, provokasi pihak polis tiada seberapa. Hanya di sekitar Sogo dan Masjid Jamek ditembak gas ditembak. Tetapi himpunan Gerakan Mansuhkan ISA lain suasananya. Hampir tiada peserta yang tidak terkena tembakan gas dan pancutan air kimia. Kuala Lumpur jadi bagai medan perang.

Adakah orang PAS ketakutan dan trauma dengan menghidu asap gas pemedih mata? Tidak sama sekali. Mereka pulang ke tempat masing-masing dan bercerita berhari-hari dengan bangga perihal ditembak gas dan dipancut air. Orang yang tidak pergi merasa rugi dan teruja untuk hadir sama jika himpunan seperti itu diadakan. Itulah golongan anti BN. Cara berfikir mereka adalah di luar kotak pemikiran UMNO.

Faktor ketiga, ialah cabaran. Ibrahim Ali dedahkan bahawa seluruh ahli Perkasa akan dikerah menghalang himpunan Bersih 2.0 dari diadakan. Polis pun tidak mampu halang demonstrasi tetapi Perkasa mendakwa mampu melakukannya. Cabaran kedua datangnya dari Pemuda UMNO yang juga bertegas mahu adakan himpunan di tempat yang sama bertujuan menyokong dan mempertahankan ketidakadilan SPR.

Sebahagian besar penyokong pembangkang merasakan himpunan pada hari itu istimewa kerana ada musuh yang mahu berdepan. Sebelum ini mereka hanya meninju angin. Walaupun mungkin Perkasa dan Pemuda UMNO bukan kumpulan yang mahu diperangi tetapi mereka menjadi saingan yang akan menjana semangat ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Para penyokong PR sudah puas merasa dibuli saban hari dan saban waktu oleh media-media utama negara. Untuk mendengar ceramah terbuka pun sukar kerana permit sukar diperolehi. Tempat untuk meluahkan rasa hati adalah terhad. Sekali ada peluang untuk ‘melepaskan geram’ menunjukkan kekuatan, maka jarang ahli dan penyokong pembangkan mahu melepaskannya. Maka percayalah bahawa kehadiran untuk Bersih 2.0 nanti sangatlah ramai.

Namun jangan difikirkan pula bahawa kerajaan BN yang sedang ketakutan akan membiarkan sahaja himpunan terbesar rakyat Malaysia itu akan berlaku dengan selesa. Himpunan besar kumpulan manusia ibarat apin yang membakar dan boleh merebak. Himpunan rakyat Tunisia hanya bermula dengan bantahan terhadap seorang lelaki yang membakar diri kerana gerainya dirobohkan. Akhirnya sebuah kerajaan yang sebelum ini nampak kuat pun boleh tumbang.

Dua bulan sebelum tumbangnya Hosni Mubarak, dia masih kelihatan gagah perkasa. Dia kelihatan lebih kuat dari Najib ketika ini, tapi kuasa rakyat sekelip mata berjaya menumbangkan Mubarak.

Penganjur bersih dan para pemimpin PR pun barangkali tidak pernah terfikir hingga ke tahap itu. Mereka hanya memfokuskan kepada tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil. Tetapi pihak yang takut hilang kuasa sudah membuat andaian hingga ke situ.

BN sudah membayangkan kemungkinan menggunakan kekuatan tentera, melakukan pencegahan awal (mungkin bermaksud tangkapan) dan penggunaan ISA. Baju kuning Bersih sudah diharamkan dari di jual. Syarikat pengangkutan awam sudah diugut akan ditarik permit jika menyewakan perkhidmatan kepada peserta himpunan. Keretapi Tanah Melayu Berhad yang sebelum ini sangat teruja dengan tempahan tiket berkelompok, hari ini tidak mahu lagi menerimanya. Mereka juga sudah diugut.

Sehari dua menjelang himpunan mungkin akan terdapat sekatan jalanraya di merata tempat. Tujuannya untuk menggagalkan kehadiran orang ramai ke Kuala Lumpur. Jika sebelum ini laluan ke tempat himpunan boleh dibolosi oleh keretapi laju yang masuk ke Kuala Lumpur, mungkin pada hari tersebut perkhidmatan itu dibekukan. Ia boleh melumpuhkan Kuala Lumpur dan membangkitkan sumpah seranah orang ramai, tetapi ia tidak mustahil untuk dibuat oleh kerajaan yang sangat ketakutan.

Maklumat terkini ialah UMNO akan mengadap Yang Dipertuan Agong untuk memohon baginda mengarahkan himpunan Bersih tidak diadakan. UMNO tidak akan malu untuk memperalatkan istana bagi mempastikan kuasa mereka tidak tergugat melalui pilihanraya yang bersih.

Sifat orang yang ketakutan ialah mereka akan tenggelam punca, lantas melakukan apa saja di luar kewarasan. Orang lumpuh pun boleh berlari kerana takutkan hantu Kak Limah, inikan pula orang yang ketakutan kerana akan hilang kuasa.

Satu lagi yang mesti difikirkan oleh penganjur ialah sabotaj. Bersama BN sekarang ialah Zulkifli Nordin yang mengaku pernah membakar masjid India pada himpunan reformasi 1998. Dia boleh memberi idea kepada musuh Bersih untuk memikirkan apa pula yang mahu dibakar supaya rakyat marahkan PR.

Segalanya mungkin.

Ikut suka hangpa la KJ oi nak pakai warna apa.. Janji hangpa jangan ganggu majlis orang..!!

Pemuda Umno lancar perhimpunan 'Patriot' lawan BERSIH

Manakala jalan-jalan di Kuala Lumpur dijangka dibanjiri penyokong BERSIH yang berbaju kuning pada 9 Julai, Pemuda Umno pula akan tampil dengan baju merah.

Apa yang pada mulanya merupakan satu idea untuk melawan perhimpunan BERSIH 2.0, Pemuda Umno kini sudah mempunyai satu logo dan nama untuk perhimpunan anjurannya pada hari yang sama.

NONEMenulis dalam twitternya mengenai perhimpunan 'Patriot' itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta penyokongnya supaya memakai baju merah.

Mengapa 'Patriot'? Menurut Khairy kerana mereka mahu memberitahu rakyat bahawa mereka tampil menyokong sistem demokrasi dan perubahan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulangi dakwaannya bahawa BERSIH 2.0 telah dicemari oleh politik pembangkang, Khairy berkata, gabungan itu tidak lagi menjadi satu gerakan masyarakat sivil yang berkecuali.

Beliau mendakwa jawatankuasa BERSIH sering muncul di pentas pembangkang.

Khairy berkata, gabungan itu telah menjadi sangat berat sebelah, condong kepada pembangkang dan mempunyai agenda politik.

Tiba2 Mat Saleh mabuk jadi dewa pujaan UMCO

Oleh: Anak Melayu Kedah (AMK)

Lebih 10 dekad Anwar dicop ejen Amerika Syarikat, alat Barat dan alat Yahudi. Tiba-tiba saja dua orang Mat Saleh mabuk dari Amerika Syarikat menjadi dewa pujaan pengganut ajaran UMCO mengeluarkan kenyataan bahawa pelakon video lucah yang heboh satu dunia itu adalah Anwar Ibrahim.

Laporan Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, pada 4 Jun, terdapat persamaan 99.99 % lelaki dalam klip video itu, apabila dibandingkan dengan foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

Kedua Mat Saleh mabuk itu tidak syak lagi adalah individu yang ditunjukkan oleh APCO penasihat UMCO Be End. Kalau mai dari APCO, maka tak payah buat kajian pun dah tahu hasilnya. Lebih kurang Zul Kulim jugak, bayaq upah suruh dia cakap apa-apa pun.

Tandatanya yang timbul ialah bagaimana mereka mengenalpasti tubuh Anwar yang sebenar, sedangkan mereka tidak pun datang menyiasat jasad Anwar sendiri? Ia hanya berdasarkan beberapa foto yang dibekalkan oleh pihak tertentu. Tidak mustahil jika mereka dibekalkan foto yang diambil dari video fitnah itu sendiri sebagai rujukan untuk dua Mat Saleh mabuk itu. Jadi, memang samalah!

(Nota Tok Senapi: Tulisan di atas dipetik dari emel pembaca yang dihantar kpd admin, bahasanya tidak menggambarkan imej Kedah La, namun intipatinya wajar direnungi)

http://kedahla.blogspot.com

Pasai pa takut sangat kat BERSIH nie...depa nak rampas PUTRAJAYA kaa..???

Apa masalahnya BERSIH... yg dok sembang sampai merusuh sana merusuh sini pasai apa... 8 yg BERSIH mintak tu untuk buat apa..bukannya suruh serah kuasa PM kepada Pakatan Rakyat pun...BERSIH suruh SPR buat pilihanraya yang BERSIH itu sahaja... yang mana akhirnya kena bertarung jugak dan rakyat sendiri yang buat keputusan untuk memangkah siapa yg mereka hendak....

BERSIH bukannya nak ajak rakyat turun pergi rampas PUTRAJAYA.... sepertimana NAJIB ajak BELIA 1 JUTA pertahankan PUTRAJAYA tempohari... sekarang nie BERSIH suruh SPR jadikan pilihanraya kita BERSIH itu sahaja.. apa yang susah sangat kerajaan nak ikut permintaan tersebut...sekurang2nya dalam 8 tu tak boleh buatlah 5 ka 6 ka bukan susah pun.. nie sampai semua tak mau buat....biaq betoi....

La nie BERSIH suruh SPR mainkan peranan mereka sebagai SPR...iaitu jadikan Pilihanraya yang SPR kawal selia itu bebas dari anasir-anasir yang menjadikan ianya tak BERSIH dan biar Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional atas platform yang BERSIH... dan jika Barisan Nasional menang ambiklah kuasa yang rakyat berikan tersebut dan Pakatan Rakyat usah bercakap banyak lagi....jika cakap banyak jugak hangpa luku sahaja...

8 tuntutan nie sahaja awat yang SPR dan KERAJAAN PEMERINTAH takut sampai sebegitu sekali....

http://4.bp.blogspot.com/-pkAhSULtqz0/Tfm5XFrsxeI/AAAAAAAAAtc/OGLbkILJGdE/s390/BERSIH%2B2.0.jpg
Permintaan tu boleh dihuraikan sebegini:
1- BERSIH suruh clearkan nama2 orang dah mati, nama bertindih, dan nama yang tak wujud
2- Undi POS nie kena pikaiq cara lain dah...sampai 95% ke 100% pangkah BN sedangkan calon PR menang...
3- Guna dakwat nak detect pengundi 2X..susah sangat kaa.. takut orang tau ka hangpa dok buat bagi undi 2X
4- Media bebas tu mau tahu la jangan ja BN 24 jam bagi la orang lain sama
5- Masa berkempen nie untuk bagi semua kawasan wakil calon boleh melawat kwsn tersebut.. ini tak kesah jika media dah bebas...
6- Inititusi awam nie kenalah profesional..jgn jadi pak turut...
7- Dok rasuah projek sana jalan sini mampuih laa...
8- dah tak BERSIH tu yg jadi kotor tuu...

alaa bukan susah pon semua nie bagi jaa.. Bila dah BERSIH semua nie maka lawan la pilihanraya..lepas tu sapa menang ambik la kat hangpa habis cerita....

http://anakkedah007.blogspot.com

Beriman Dengan Akidah Perjuangan

Oleh Ustaz Idris Ahmad

http://2.bp.blogspot.com/_Hh4A9Mk5ADI/ShEPYExOMPI/AAAAAAAABOY/O9xVUsxWBig/s400/Bendera_PAS.jpgTertubuhnya Pas bukan kerana protes kepada mana-mana individu. Bukan juga kerana berebut pangkat dan habuan dunia. Tetapi kerana melaksanakan tuntutan Allah SWT yang di dalam Surah al-Imran 3:104.

“Hendaklah ada di kalangan kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan dan meyuruh membuat yang makruf dan mencegah dari mungkar, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”

Oleh itu saya yakin mereka yang menyertai perjuangan Pas ialah kerana dasar, bukan kerana individu. Oleh itu walaupun pemimpin tertinggi Pas meninggalkan Pas namun ahlinya tidak bergerak darida paksi perjuangan. Malahan Pas terus mara ke hadapan member cabaran kepada kuasa Umno di negara ini.

Pas pernah kehilangan beberapa tokoh yang berada di saf hadapan seperti Ustaz Haji Ahmad Fuad bekas Yang Dipertua Pas pertama, Ustaz Osman Abdullah bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Asri Haji Muda bekas Yang Di Pertua Pas, Wan Ismail Wan Ibrahim Bekas Timbalan Menteri Besar Pas Kelantan, Ustaz Nakhaei hj Ahmad bekas Naib Presiden Pas dan banyak lagi.

Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3. Dasar Pas ialah Islam

Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan Pas,

“Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma’ruf wa al-Nahyu ‘anil munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang di namakan Parti Islam Semalaysia”.

Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)

Justeru itu perbezaan Umno dan Pas bukan perkara , solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaanya, Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam pada perkara yang berhubung dengan sembahyang, puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh Pas luas merentasi daripada hubungan dengan Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh Pas mengajar supaya semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT justeru itu tidak ada pemisahan hidup dengan akhirat.

Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan “syumul”, bukan tempelan. Pas bukan menerima Islam pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidak beriman dengan ayat hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak ayat mengenai pengharaman arak.

Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang disampaikan kepada kita. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak.

Dengan itu apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam.

Bukan kita memperalatkan Islam untuk mencari sokongan. Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada kuasa maka kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita. Sebaliknya kalau kita tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan tamaddun Islam sahaja

Fadzil Noor Dalam Kenangan - “Kita Kehilangannya,”.

http://2.bp.blogspot.com/_gFxWmItLIoc/RqGnhS8VfbI/AAAAAAAAAAw/-ctGA_sGI54/s320/fadzilb.gifEsoknya ustaz masih belum sedarkan diri. Orang semakin ramai datang ke ICU untuk menziarahi ustaz, tetapi hampa apabila peraturan tidak membenarkan mereka masuk. Ada yang datang dari jauh – Kelantan, Kedah, Johor . Ada yang datang dengan bas robongan.

Antara yang paling awal bunga kepada Ustaz ialah , DYMM Sultan kedah. Ketika itu saya sedang menunggu di luar wad ICU. Saya menerima bagi pihak keluarga dan parti , dari penghantar bunga. Pada jambangan bunga tersebvut, terselit sekeping kad yang tertera kata – kata : BETA DAN SULTANAH MENDOAKAN, AGAR YB DATUK SEGERA SEMBUH,”.Ustaz terus tidak sedarkan diri beberapa hari selepas itu.

Ada sedikit tanda – tanda positif seperti beliau mula mengerakkan jari dan membuka mata seketika apabila dipanggil. Ada tanda- tanda positif ,tetapi terlalu perlahan.

Semakin hari dan setiap masa tanpa mengira masa waktu lawatan , semakin ramai yang datang untuk menziarah dan memberi sokongan moral.Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,Menteri – Menteri dan Ahli Parlimen turut menziarah. Jambangan bunga pun semakin banyak diterima dari pelbagai pihak termasuk kedutaan asing.

Saya,Dr Hatta, Dr Wahab dan beberapa rakan menunggu dan membantu mengendalikan pelawat dan keluarga hampir setiap hari , sehingga jam 2 atau 3 pagi. Pelbagai pihak termasuk media massa cuba mendapatkan maklumat terkini. Pelbagai rumours disebarkan tentang ustaz .kami yang sentiasa berada di HUKM enggan mengulas, kerana untuk mengetahui keadaan Ustaz selayaknya diperolihi daripada HUKM.

Kami memantau keadaan Ustaz dari semasa ke semasa,selagi beliau belum sedar,keadaannya amat membimbangkan.Tetapi tidaklah wajar kami melahirkan kebimbangan ini kepada sesiapa yang datang .

Rakyat terus datang tanpa henti. Apalah yang boleh dilakukan melainkan berdoa dan menunaikan solat hajat agar Ustaz segera sembuh. Itulah permintaan pemimpin – pemimpin PAS, supaya semua markaz PAS mengadakan majil seumpama itu.

Menjelang 7 petang, 22hb Jun 2002, saya menerima mesej daripada Dr Hatta supaya ke HUKM segera, umtuk menyambut Ustaz hadi. Setiba di HUKM, Ustaz hadi dilaporkan baru keluar untuk menunaikan solat dan dijangka akan kembali kemudia. Para doctor memanggil anak – anak Ustaz untuk diberi taklimat. Ustaz Nasaruddin mat Isa(Setiausaha Agung) sudah tiba di sana dan menghubungi semua AJK Harian PAS untuk berhimpun.

Ustaz dalam keadaan sangat kritikal.

Kami berhimpun . Ustaz hadi tiba dan membaca ayat Quran dan doa di sisi ustaz. Yang luar diminta menunaikan solat bhajat dan membaca surah Yassin.

Semakin ramai yang datang , kebimbangan berteusan sehingga 1.30 pagi, apabila di laporkan keadaan Ustaz ada sedikit perubahan,tetapi masih stabil.

Kami beransur pulang menjelang jam 3 pagi. Namun kebimbangan dijangkakan berterusan jua. Mnejlang subuh ,saya menerima panggilan telefon mengatakan keadaan Ustaz kembali kritikal. Malah sangat kritikal.

Tiada kata boleh digambarkan apabila pemimpin dan penyokong PAS yang berada di HUKM pagi itu mula berlinang air mata. Sedih dan sayu tidak tergambar.

10.30 pagi, pemimpin PAS yang berada di sisi katil Ustaz keluar dari wad ICU berkata dengan penuh kesedihan; “Kita Kehilangannya,”.

Kesedihan menyelebungi seluruh keluarga , ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong perjuangan Ustaz Fadzil . Berita pemergian Ustaz ke rahmatullah begitu cepat etrsebar, dan dilaporkan media sejurus selepas itu. Berduyun – duyun manusia berhimpun di perkarangan HUKM.
Al-Fatihah buat Almarhum Ustaz Fadzil Noor..
(Petikan di atas diambil daripada buku 'FADZIL NOOR DALAM KENANGAN:PILU MENGIGATIMU )

Sinopsis
Buku ini merakamkan detik detik terakhir Al-marhum Dato Fadzil Noor. Al - marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor merupakan seorang tokoh dan pemimpin yang hebat. Perjalanan terakhir beliau ke alam Baqa disambut dengan kesedihan jutaan manusia di seluruh negara , malah turut dirasai kesedihannya adalah pemimpin - pemimpin gerakan Islam sedunia yang menyampaikan ucapan takziah melalui Ustaz Hadi.

Pengaruh beliau amat besar . Pengorbanannya kepada perjuangan Islam amat bermakna. Beliau meninggalkan sebuah warisan perjuangan yang penuh dengan susur galur dan sukar ditempuhi.

Seperti kata Ustaz Hadi pada malam tersebut, sebelum al-marhum dikebumikan, 'Almarhum Ustaz Fadzil telah membuktikan kepada kita bahawa beliau telah mengakhiri hayatnya dalam perjuangan Islam. Nasib kita belum tentu lagi,"

Kepada keluarga al- marhum Ustaz , terutama Kak Jah, Huda dan suami , Ammar dan isteri, Muna dan Sabkhi, Faiz dan isteri,Salwa, Fawwas dan Anas, walaupun perginya Ustaz tanpa meninggalkan harta yang banyak , namun warisan ilmu, amal dan perjuangan al-marhum merupakan sesuatu yang tidak ternilai dan akan dikenangan ke akhir hayat:Al-Fatihah

(Buku ini disusun oleh Zabidi Bin Morad dan diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu,Kedah. Harga Senaskah RM5.00 + Kos Penghantaran.Kos pos/penghantar senaskah RM 1.00 (pos biasa) dan RM5.00 (mengunakan pos laju)..)
Berminat sila klik banner di bawah

SADA.. ini masalah dah 8 thn dah nie takan tak boleh selesai lagik..apa masalahnya..???

Penduduk naik angin

PENDANG – Beberapa penduduk di Kampung Lubuk Getah naik angin terhadap pihak yang berkenaan apabila masalah bekalan air yang dihadapi lebih lapan tahun masih lagi tiada jalan penyelesaian walaupun setiap tahun banyak aduan sudah dimaklumkan.

Tinjauan Sinar Harian ke perkampungan itu mendapati, hampir 50 keluarga di kampung itu berdepan gangguan bekalan air yang tidak pernah diperoleh pada waktu siang.

Penduduk, Mohd Aziz Ahmad, 52, atau lebih dikenali sebagai Che Lah berkata, bekalan air terputus berminggu-minggu.

“Menjadi pertanyaan apabila masalah air tidak pernah diselesaikan pihak berkenaan walaupun sudah banyak aduan dimaklumkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kawasan itu akan terputus bekalan air berminggu-minggu terutamanya musim perayaan sehinggakan ada penduduk yang terpaksa meninggalkan kampung halaman kerana tidak sanggup beraya tanpa kemudahan air.

“Kami terpaksa berjaga pada waktu malam untuk menadah air dan membasuh pakaian.

“Penduduk yang mampu akan menghantar pakaian ke kedai dobi, tetapi penduduk yang tidak berkemampuan akan membawa pakaian mereka ke pusat rekreasi Bukit Perak untuk membasuh di situ yang jaraknya lebih lapan kilometer dari kampung ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Abdul Rahman Ahmad, 66, berkata, beberapa penduduk terpaksa bergantung kepada air perigi, namun masalah itu tidak menyelesaikan masalah itu memandangkan air kurang terutamanya pada musim kemarau.

Mengapa harga minyak, gula, elektrik naik?

Oleh: Tok Non

Soalan menarik untuk diketahui mengapa akhir-akhir ini harga-harga yang dikaitkan dengan subsidi seperti minyak, gula dan elektrik asyik naik, naik, naik? Di sini Tok Non ingin menyenaraikan akan sebab musababnya agar rakyat dapat buka mata.

1) Cara mudah kerajaan BN cari duit. Depa mana reti pikiag nak menjana pendapatan negara melalui hasil lain selain dari 'seluk poket rakyat' ambik duit sebagai sumber pendapatan. Rakyat bawahan merah bijik mata pulun cari duit, depa senang-senang tadah kantung.

2) Untuk menggunakan duit tersebut membiayai BN hadapi pilihanraya umum ke 13. Umumnya jentera BN tak boleh bergerak tanpa duit. Biaya bilik gerakan, makan minum, kempen, merasuah pengundi semua perlu duit. Nak bawak masuk pengundi Sabah mai tukar alamat, nak cetak VCD lucah untuk diedarkan kepada rakyat perlu duit, upah Datuk SK buah sumpah laknat bukan free tu saja habis berjuta-juta, nak upah pelakon mirip Anwar.. semua perlu duit. bagi BN biar rakyat marah sekejab tarif lektrik naik, lepas tu rakyat suka balik dapat rasuah sepuluh dua dekat pilihanraya.

3) Untuk kroni BN makan besar. Harga barang naik macam mana pun, kroni BN dan suku sakat mereka tetap kaya raya, senang lenang. Rosmah Mansor masih dapat keluar negara saban waktu, boleh shopping kat mana-mana dunia pun tanpa had belanja, sebab yang biaya dia semua duit rakyat.

Ada satu soalan/alasan yang dicipta oleh agent propaganda BN, bagi merasionalisasikan kenaikan harga minyak, gula dan tarif elektrik iaitu: Kerajaan perlukan duit untuk kebajikan rakyat, kalau semua duit diguna untuk subsidi harga barang, macam mana nak buat pembangunan untuk rakyat?

Jawapannya: Boleh sebenarnya jika kerajaan BN menguruskan negara dengan kos sebenar. Maksudnya berbelanja tanpa 'mark up' dari harga sebenar. Mengikut Laporan Audit 2009 kerajaan BN telah membazir sebanyak RM40 Billion apabila kos projek yang dibuat kerajaan tidak seperti harga sepatutnya.

Nak cerita mudah kat orang kampung macam ni... kalau kata kos sebenar sebuah jambatan yang dibuat dalam kampung cuma RM100 ribu, tapi harga depa letak ialah RM1 juta. Maknanya RM900 ribu lagi puak-puak tu sapu sama ada untuk peribadi, kroni, parti politik, beli undi pemilihan UMNO dan sebagainya. Itu yang dipanggil ketirisan.

Inilah punca duit negara tak pernah cukup, penyamun tarbus BN dok sapu. Kalangan rakyat yang tak tau apa-apa simpati bukan main dekat kerajaan, walhal depa tarik subsidi tu 'demi tembolok' mereka dan kroni. Tiada kena mengena dengan kebajikan rakyat.

http://kedahla.blogspot.com

MKK dah ada S/USAHA...jadi buat kerja bagi elok nooooo...

Kerajaan Negeri setuju lantik Setiausaha MKK

PENDANG – Kerajaan Negeri bersetuju melantik Setiausaha Pengerusi Majlis Ketua-ketua Kampung (MKK) untuk semua kawasan, namun maklumat yang diterima daripada MKK masih belum lengkap untuk melakukan pelantikan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Agama dan Koperasi Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul memaklumkan Kerajaan Negeri bersetuju melantik setiausaha bagi membantu MKK dalam menjalan pentadbiran kampung mereka.

“Setiap setiausaha yang dilantik akan menerima elaun RM200 sebulan yang dianggap lebih kepada pemberian sumbangan atas tugas dan khidmat yang diberikan mereka dalam kampung masing-masing.

“Dengan lantikan itu, saya berharap setiausaha dan MKK akan bekerjasama memainkan peranan masing-masing dan mengetahui kedudukan mereka,” katanya ketika majlis penyerahan elaun kepada MKK di Pendang Lake Resort baru-baru ini.

Sementara itu, dalam majlis yang sama Pegawai Daerah Pendang, Helwi Harun berkata, pentadbiran daerah berhasrat untuk mengadakan latihan dan kursus pengendalian mesyuarat kepada semua MKK dengan jawatankuasa yang dilantik.

“Tahun lalu, Unit Perancangan Ekonomi Kerajaan Negeri (Upen) merencanakan penghasilan profil kampung untuk setiap MKK agar dapat membantu pihak pentadbiran daerah dan negeri untuk lebih mudah untuk mendapatkan maklumat untuk kegunaan semasa kejadian banjir.

“Saya juga percaya bahawa jumlah elaun yang diberikan Kerajaan Negeri bukan menjadi keutamaan semua pengerusi dan MKK, namun yang penting adalah komitmen dan minat serta kesungguhan untuk menabur khidmat dan bakti kepada orang kampung masing-masing,” katanya.

Penafian beri gambaran UMNO terlibat

ALOR SETAR - Penafian yang dibuat Badan Perhubungan UMNO Kedah mengenai penerbitan risalah Kedah Tertipu, disifatkan sebagai kenyataan yang menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab mengedarkan risalah berkenaan.

Ketua Pemuda Pas kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, pihaknya tidak menuduh perkara itu dilakukan oleh BN dan tujuan mereka membuat laporan polis agar pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Risalah itu memaparkan logo BN malah isu yang tercatat di dalamnya adalah isu-isu yang sering digunakan oleh parti itu.

“Apabila mereka menafikannya, ia menunjukkan seolah-olah mereka yang bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, beliau hairan bagaimana risalah itu boleh sampai kepada masyarakat dan siapa yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap penerbitan risalah dalam jumlah yang besar itu.

“Jika UMNO-BN bersedia membuat laporan polis bagi membersihkan nama mereka, itu adalah lebih baik kerana terdapat penggunaan logo BN pada risalah berkenaan,” katanya.

Pas kawasan Alor Setar kelmarin, mendakwa ada sebuah parti cuba memburuk-burukkan Kerajaan Negeri dengan mencetak dan mengedarkan risalah Kedah Tertipu.

Malah, ia turut membuat satu laporan polis berhubung perkara itu.

Sementara itu, Mohd Azam berkata, beliau meminta orang ramai yang menemui risalah berkenaan agar dapat menyerahkannya kepada Pemuda Pas di kawasan masing-masing.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...