TERKINI :

Friday, June 24, 2011

Punggah - dah bagi dah loan RM1.4b tak cukup loan lagi RM2b

Satu lagi projek Rent-Seeking?
RM2b lagi setelah RM1.4b habis digunakan

Menurut laporan Business Times Singapura yang disiarkan pada 16 Jun 2011, CIMB Bank secara rasmi mengambil alih Asia Petroleum Hub Sdn Bhd, yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO. Ini kerana syarikat ini telah menghabiskan pinjaman RM1.4 bilion dari CIMB, namun gagal menyempurnakan projek Asia Petroleum Hub, malah merancang untuk mengumpul RM2.0 bilion lagi untuk mengisi lubang hitam perbelanjaan.

Asia Petroleum Hub ialah satu projek mega yang mengambil tempat di Wilayah Pembangunan Iskandar, selatan Johor (berdekatan dengan Tanjung Pelepas). Mengikut rancangan asal, projek bernilai RM1.4 bilion ini memiliki kemudahan pelabuhan pelbagai jenis - mampu mengendalikan kapal pelbagai skala, dengan bilangan 3,000 kapal setahun, dan 30 juta tan produk petroleum.

Dalam satu kenyataan pada Julai 2007 oleh Asia Petroleum Hub Sdn Bhd, projek ini pada asalnya dijangka siap pada tahun 2009. Namun demikian, penyempurnaan projek berkenaan belum mencecah 65% sehingga hari ini, dan RM1.4 bilion telah habis digunakan.

Kos pembangunan Asia Petroleum Hub secara keseluruhannya bergantung kepada kemudahan yang ditawarkan CIMB. Business Times memetik sumber dalaman bahawa CIMB menawarkan bridge loan selama tiga tahun, bernilai RM1.4 bilion kepada Asia Petroleum Hub Sdn Bhd pada tahun 2006.

Lebihan kos sekurang-kurangnya RM2 bilion

Sebagaimana yang diketahui, Asia Petroleum Hub Sdn Bhd telah mengeluarkan RM840 juta pada tahun 2009 untuk membayar kos perbelanjaan projek tersebut. Tetapi, kos projek tersebut terus melonjak, mengakibatkan kosnya melebihi anggaran RM1.4 bilion sebelumnya.

Menurut sumber, sehingga penghujung tahun 2010, tunggakan perbelanjaan modal (accumulate capital expenditure) termasuk faedah pinjaman telah melebihi RM1.4 bilion, namun projeknya hanya siap sehingga 64%. Oleh sebab modal yang dikumpulkan gagal untuk menampung perbelanjaan, maka Asia Petroleum Hub Sdn Bhd merancang untuk mencari pelabur agar RM2.0 bilion disuntik lagi untuk mengisi "lubang hitam" yang tidak berpenghujung. Dengan kata lain, projek yang pada asalnya dianggarkan RM1.4 bilion kini telah mengalami lebihan kos sekurang-kurangnya 142% (atau bersamaan RM2.0 bilion)!

Pada dasarnya, adalah sesuatu yang lumrah apabila berlaku lebihan kos dalam projek pembangunan kerajaan, terutamanya GLCs atau mereka yang merentir (rent-seeking) kerana hubungan yang rapat dengan UMNO atau BN - adalah "pakar" dalam hal "lebihan kos".

Terlalu besar untuk gagal

Di bawah kerangka merentir ini, "kos yang tinggi" ini biasanya diselindungi dengan pelbagai projek pembangunan, disalurkan ke dalam poket parti politik, institusi, korporat dan individu tertentu, melalui pelbagai cara. Ia adalah hasil daripada politik naungan (Political Patronage) yang diamalkan kerajaan UMNO-BN - menggunakan kerajaan atau institusi kewangan yang dikuasai kerajaan sebagai tiangnya untuk menyokong kepentingan ekonomi kroni.

Disebabkan sokongan kerajaan di sebalik tabir, maka perentir (rent-seeker) ini bersikap untuk membazir sewenang-wenangnya. Terlalu besar untuk gagal (Too big to fail) - kerana mereka percaya bahawa kerajaan akan menghulurkan tangan agar projek itu diselamatkan pada akhirnya. Dan sikap inilah yang menyebabkan kegagalan banyak projek mega pada akhirnya.

Projek Asia Petroleum Hub adalah permainan rent-seeking yang tebal dengan politik naungan, berlegar-legar di keliling mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO.

Rent-Seeking dan politik naungan

Pemilik projek ini, iaitu Asia Petroleum Hub Sdn Bhd pada asalnya adalah syarikat yang dimiliki KIC Oil & Gas Group of Companies (KIC) dan Trek Perintis Sdn Bhd (yang dikawal UMNO). KIC memegang 90% saham, dan 10% selebihnya dipegang Trek Perintis.

KIC adalah terminal service provider di Malaysia, diasaskan oleh Abdul Rashid Mohd Isa Al-Qadiry dan Faidzan Hassan Al-Qadiry, yang kini merupakan pemegang saham terbesar. Trek Perintis pula adalah syarikat proksi UMNO yang dikuasai Abdul Azim Zabidi, Bendahari UMNO ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi menerajui UMNO. Azim dilantik pada zaman Abdullah untuk mengurus harta di bawah UMNO.

Abdullah Ahmad Badawi menjadi Penaung Amanah Al-Wariseen, tabung amanah yang digerakkan Kumpulan KIC. Pada masa yang sama, Reezal Merican Naina Merican, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, juga bekas Setiausaha Politik Abdullah, adalah nama yang muncul dalam lembaga pengarah tabung amanah tersebut.

Rombakan struktur saham

Namun, menurut laporan New Straits Times pada 14 September 2007, selepas satu rombakan struktur saham, pegangan saham KIC dalam Asia Petroleum Hub Sdn Bhd berkurang dari 90% kepada 40%, dan saham pegangan Trek Perintis telah bertambah dari 10% kepada 20%.

Pada masa yang sama, dua syarikat iaitu Seaport Terminal Sdn Bhd dan Teori Selatan Sdn Bhd bangkit untuk menjadi pemegang saham Asia Petroleum Hub, masing-masing memegang 35% dan 5% saham. Seaport Terminal Sdn Bhd dimiliki Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar kiri), usahawan terkenal yang sering dikaitkan dengan UMNO, sementara Teori Selatan pula adalah sebuah syarikat persendirian yang dikawal oleh Tunku Ibrahim Ismail (Sultan Johor sekarang) yang pada ketika itu Tunku Mahkota.

Pendek kata, Kumpulan KIC telah mengagihkan 50% saham pegangannya dalam Asia Petroleum Hub Sdn Bhd kepada istana Johor, UMNO dan Syed Mokhtar yang berhubungan rapat dengan UMNO.

Hubungan kontaktor dengan UMNO

Di samping itu, maklumat menunjukkan bahawa kontraktor yang menerima projek ini tidak kurang datang dari mereka yang berhubungan rapat dengan UMNO. Senarai kontraktor seperti berikut, ZAQ Construction Sdn Bhd, Mott MacDonald Sdn Bhd, Nam Fatt Corporation Bhd, Kencana Petroleum Bhd, Muhibbah Engineering Bhd dan Qi-PMC Sdn Bhd.

Asia Petroleum Hub Sdn Bhd adalah kontraktor utama projek ini, dan ZAQ Construction Sdn Bhd adalah Managing Contractor, bertanggungjawab untuk melantik dan mengagihkan projek kepada sub-kontraktor. Bos dan Pengarah ZAQ Construction ialah Zainal Rafique, adik beradik kepada Zamani Rafique, iaitu seorang lagi Pengarah. Seorang lagi adik-beradik mereka, Zulkifly Rafique adalah pengasas firma guaman Zul Rafique & Partners - antara orang rapat Perdana Menteri Najib Razak. Najib merombak semula harta parti dan memasukkannya di bawah Temasek Padu, dan melantik Zulkifly untuk menjaga syarikat ini.

Qi-PMC Sdn Bhd dan ZAQ Construction mempunyai struktur pegangan saham yang sama, dan Zamani sebagai Pengarah ZAQ Construction, juga salah seorang pengarah Qi-PMC. Apa yang menarik, Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan ketika zaman Abdullah menyandang jawatan PM, adalah adik beradik Zulkifly. Zulhasnan juga dilihat sebagai orang rapat Abdullah Ahmad Badawi (gambar kanan).

Nam Fatt Corporation Bhd, Kencana Petroleum Bhd dan Muhibbah Engineering Bhd adalah sub-kontraktor dalam projek ini. Antaranya, Kencana Petroleum adalah syarikat tersenarai yang dimiliki Mokhzani Mahathir, anak kepada mantan PM Mahathir Mohamad.

Sub-kontraktor menjadi mangsa

Jika dilihat kepada perkembangan akhir projek Asia Petroleum Hub, tidak kurang sub-kontaktor yang menjadi mangsa kepada skandal kewangan projek ini. Antaranya, Muhibbah Engineering Bhd memaklumkan kepada Reuters baru-baru ini, bahawa hutang setinggi RM370.8 juta masih belum dibayar kepada syarikatnya, sehingga akhir tahun 2010.

Selain itu, Nam Fatt Corporation Bhd juga menyaman ZAQ Construction melalui tribunal dan menuntut agar ZAQ membayar hutangnya. Sebagaimana yang diketahui, ZAQ memberi dua kontrak kepada Nam Fatt Corporation Bhd, yang jumlahnya bernilai RM550.3 juta. Menurut kenyataan Nam Fatt Corp. Bhd, ZAQ belum menjelaskan hutang sejumlah kira-kira RM39 juta sehingga akhir tahun 2010, dan Nam Fatt menuntut pampasan RM65.86 juta daripada ZAQ Construction.

RM1.4 bilion hilang entah ke mana?

Menurut jumlah hutang yang didakwa dua sub-kontraktor di atas, projek Asia Petroleum Hub ini sekurang-kurangnya memikul hutang RM400 juta (tidak termasuk pampasan kerugian kontaktor). Mengapa satu projek yang mendapat pinjaman RM1.4 bilion dari CIMB gagal menjelaskan hutang RM400 juta?

Kini, adalah menjadi satu tanda soal, sama ada RM1.4 bilion yang pada asalnya digunakan untuk menampung kos pembinaan - dihabiskan kerana lonjakan kos, atau disalurkan ke dalam poket rent-seeker?

Apa yang pasti, projek yang belum diselesaikan (dijangka hanya selesai 64%) ini memerlukan lebih banyak dana untuk diteruskan. Menurut laporan media, pelaburan RM2.0 bilion diperlukan lagi untuk memenuhi keperluan kos pembinaan. Namun demikian, persoalan pokoknya, adakah RM2.0 bilion ini mampu menutup lubang hitam yang tiada penghujungnya?

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 21 Jun 2011.

Kesudahan kes video seks dalam jangkaan, dakwa Anwar

Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim mendakwa bahawa keputusan pertuduhan "Datuk T" lantaran penayangan satu klip video seks yang mengheret nama dirinya itu "sudah dijangka".

Malah, Anwar berkata, "Saya tak terkesan sama sekali. Eekmal (pembantunya) lebih terkesan, dia yang beritahu saya apa yang berlaku secara terperinci. Dan saya jangka..." Beliau meneruskan, "Siapa yang tidak tahu sistem yang ada sekarang? Dan tentunya media UMNO akan menyerang, cuba nak hidupkan balik kes yang sudah mati..."

Ketika diminta untuk mengulas isu ini, Anwar berkata, "Saya jangka, sebab tu semalam saya sebut, ini hanya satu wayang kerana yang mendakwa ialah Gani Patail. Rundingan Rahim dan Dato Seri Najib sudah berlaku mengambil masa lebih dari tiga bulan, (untuk) kes yang semudah ini. Jadi, sewajarnya rakyat tahu, apa permainan mereka. Dan tentunya digunakan medan mahkamah ini sekadar untuk melemparkan fitnah."

Beliau mempersoalkan, "Hal-hal yang melibatkan yang nyata, bukti, mengenai pembunuhan, rogol, penyeksaan, itu semua ditutup. Yang digembar-gemburkan ialah fitnah, walaupun saya sudah menafikan sekeras-kerasnya, itu yang menyebabkan saya terdorong untuk buat laporan polis. Walaupun saya tahu, keterbatasan sistem ini, tetapi kalau kita tak buat laporan polis, mereka akan berkata 'maknanya sudah bersalah'.

Anwar diminta wartawan untuk mengulas isu ini, selepas berucap dalam seminar bertajuk "Social Market Economy; an Alternative for Malaysia?" anjuran Kajian Dasar & Konrad Adenauer Stiftung, di Quality Hotel, Shah Alam, tadi.

Biasiswa: Dasar baru bukti tadbiran BN lemah, perlu kajian dalam

KUALA LUMPUR, 24 Jun — PKR mahu Putrajaya mewujudkan sebuah jawatankuasa khas melibatkan wakil semua parti dan semua bidang untuk memperhalusi pelaksaan dasar baru biasiswa bagi mengelakkan kumpulan tertentu ditindas sekiranya dilaksanakan secara tergopoh-gapah.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semakan secara menyeluruh dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dilakukan pada tahun depan.

Kata Najib, semakan itu akan termasuk sama ada memperuntukkan tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang di peringkat kemasukan universiti dan menawarkan dermasiswa untuk pelajar SPM untuk mereka mengikuti kursus prauniversiti seperti STPM atau A-level.

Sehubungan itu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, beliau memandang serius pengumuman yang dibuat oleh Najib bahawa biasiswa kerajaan akan dihentikan bagi pelajar-pelajar lepasan SPM bermula tahun depan.

“Ini menandakan satu perubahan besar dalam negara yang memerlukan maklum balas semua pihak termasuklah pakar-pakar dan wakil rakyat pelbagai parti,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Saifuddin, persoalan biasiswa adalah isu yang emotif dan rapat dengan semua rakyat, baik masyarakat Melayu-Bumiputera mahupun masyarakat Cina dan India.

“Masyarakat Melayu-Bumiputera melihat biasiswa sebagai instrumen pelaksanaan Perkara 153 yang termaktub dalam Perlembagaan sementara biasiswa pendidikan bagi masyarakat Cina dan India adalah jalan penting ke arah mobiliti sosial.

“Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah sebati dengan kemudahan biasiswa pendidikan bagi pelajar-pelajar cemerlang dan berpotensi,” kata Ahli Parlimen Machang ini.

Saifuddin menambah kebelakangan ini, kekangan kewangan akibat keborosan Barisan Nasional (BN) menyebabkan Najib mendahulukan rakyat untuk dikorbankan.

“Kos sara hidup rakyat terbanyak dibiarkan naik melambung apabila subsidi bahan api dan makanan dipotong. Kini, kos pendidikan rakyat juga akan naik melambung apabila biasiswa pendidikan akan dihapuskan.

“Semua ini berlaku sementara tidak ada satu tindakan pun diambil untuk menyekat rasuah, pembaziran dan aliran wang rakyat ke tangan kroni melalui perjanjian-perjanjian berat sebelah seperti konsesi lebuh raya, penjana bebas elektrik dan lain-lain,” katanya lagi.

Pun begitu, kata Saifuddin, beliau mengakui bahawa sistem pemberian biasiswa sedia ada perlu dirombak dan ditambah baik, bukan atas alasan negara kekurangan dana tetapi untuk memastikan negara benar-benar mendapat pulangan terbaik dari pelaburan masa depan ini.

“Polemik sama ada kita wajar menghantar pelajar-pelajar terbaik ke universiti di seluruh dunia (mutu sesetengah dari universiti luar negara ini lebih rendah dari mutu IPTA) semata-mata atas dasar pemberian biasiswa perlu diperhalusi.

“Kesannya kepada perancangan untuk menambah baik mutu universiti-universiti tempatan juga perlu diteliti,” katanya.

Namun, kata beliau, tindakan menghapuskan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM semata-mata kerana kegagalan BN mewujudkan tata kelola yang baik dalam mentadbir kewangan negara adalah satu jalan singkat yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, walaupun polisi pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang yang berjaya mendapatkan tempat di universiti ternama di seluruh dunia boleh diterima pada dasarnya, polisi terbaru yang diumumkan Najib akan menimbulkan diskriminasi terhadap pelajar-pelajar luar bandar dan dari keluarga berpendapatan rendah jika ia tidak dirancang dan dilaksanakan dengan baik.

“Proses untuk mendapatkan tempat di universiti-universiti ini adalah rumit dan melibatkan pelbagai ujian, termasuklah ujian-ujian yang asing kepada pelajar-pelajar luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah yang hanya mengenali SPM dan sistem pendidikan kebangsaan,” katanya lagi.

Contohnya kata beliau, bagi mereka yang ingin memohon ke universiti ternama di Amerika Syarikat, pelajar-pelajar dari Malaysia perlu cemerlang dalam beberapa ujian termasuk SAT Reasoning Test dan ujian penguasaan Bahasa Inggeris.

“Dari aspek inilah, saya benar-benar gusar bahawa kesan tidak langsung polisi yang diumumkan oleh Datuk Najib adalah mewujudkan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap pelajar dari luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah.

“Majoriti pelajar-pelajar ini adalah pelajar Melayu-Bumiputera yang akhirnya menimbulkan satu suasana yang mana pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera seolah-olah dinafikan biasiswa, walaupun mereka cemerlang secara akademik dan kokurikulum,” katanya.

Selain mengadakan jawatankausa khas, kata Saifuddin, kerajaan perlu memastikan pembiayaan kursus persediaan universiti kepada pelajar-pelajar cemerlang pelbagai kaum, dengan keutamaan kepada pelajar dari luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah perlu diteruskan.

“Alasan bahawa ia perlu dihapuskan kerana kekangan kewangan tidak dapat diterima kerana ia berpunca dari sikap semborono Umno-BN.

“Kedua, kursus persediaan universiti yang dibiayai ini mestilah melibatkan institusi-institusi berprestasi tinggi yang mempunyai pengalaman untuk melatih pelajar-pelajar cemerlang (terutamanya dari luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah) bersedia melalui ujian kemasukan ke universiti-universiti ternama,” katanya lagi.

Ketiga, kata beliau, kerajaan perlu segera menyediakan lebih banyak institusi-institusi sebegini supaya persediaan pelajar-pelajar cemerlang padan dengan potensi sebenar mereka untuk memasuki universiti ternama seluruh dunia.

“Saya khuatir jumlah institusi sedia ada adalah tidak mencukupi dan kebanyakannya tidak berpengalaman, kerana selama ini institusi-institusi ini hanya menumpukan perhatian kepada peperiksaan prauniversiti sahaja,” katanya.

Malah Saifuddin juga berkata, perubahan dasar yang diumumkan semalam merupakan keputusan besar yang tidak diwajarnya diumumkan secara sembunyi kepada pendengar-pendengar radio berbahasa Tionghua sahaja.

“Ia satu dasar negara yang berkait rapat dengan Perkara 153 dan membawa kesan besar kepada kemajuan negara dan keharmonian kaum,” katanya lagi.

MP PKR tunjuk ‘dokumentari’ video seks buktikan Anwar bersih


PETALING JAYA, 24 Jun — Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul petang ini mempertahankan ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) bahawa beliau bukan si pelaku dalam rakaman video seks yang ditayangkan oleh ‘Datuk T’ tiga bulan lalu sambil berkata ada “seribu kemungkinan” mengenai identiti individu terbabit.

Menjawab hujah dikemukakan di mahkamah pagi tadi, wakil rakyat itu menunjukkan kepada pemberita satu “dokumentari” video seks buatan sendiri, di mana beliau merupakan “hosnya”.

Tengah hari tadi, trio Datuk T menegaskan walaupun dijatuhkan hukuman kerana menayangkan bahan lucah, namun mereka menyifatkan ia “satu kejayaan” apabila dapat menyampaikan kepada rakyat identiti sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga Datuk T diijatuhkan didenda RM5,500 atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Anwar.

Ketika prosiding pagi tadi, kesemua mereka iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan.

Tegas beliau, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat Majistret Aizatul Akmal Maharani sambil menegaskan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

“Anwar Ibrahim yang melakukan hipokrasi ini tidak layak untuk menjadi perdana menteri dan kami berharap selepas ini, rakyat dapat menghakimi perkara yang sebenar.

“Tiada lagi kenyataan mirip-mirip Anwar... yang ada hanya Anwar Ibrahim,” katanya.

“Ada seribu kemungkinan berkenaan aktor dalam video (ditayangkan oleh Datuk T)... bagi kami, ia bukan Anwar, disebabkan banyak alasan,” kata Johari dalam video itu.

Video itu menunjukkan Johari bercakap kepada kamera dengan bahagian belakangnya menghala kepada televisyen skrin mendatar yang mempertontonkan bahagian-bahagian yang sudah diedit dan beberapa segmen video seks asal.

Ketika ditanya sama ada beliau sedar yang beliau boleh dicaj kerana menayangkan bahagian-bahagian tertentu video seks asal, Johari berkata, “saya mengambil tanggungjawab penuh.”

‘Dokumentari’ itu mengetengahkan ‘bukti’ dalam video yang menunjukkan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar, dengan menekankan bahawa hidung individu terbabit berbeza daripada Ketua Pembangkang, keadaan fizikal yang berbeza dan lelaki dalam video mengenakan cermin mata.

“Semua kita tahu bahawa hidung Anwar mendatar... dan juga tidak lagi memakai cermin mata selepas pembedahan laser,” kata Johari lagi.

Video terbaru ini menunjukkan Joahri di satu lokasi yang tidak didedahkan, didakwa di Thailand, di mana seorang jurusolek mengenakan solekan pada muka Ahli Parlimen itu untuk beliau kelihatan seakan-akan seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

“Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahu bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid bahawa dia mahu ke Thailand untuk melakukan sesuatu ke atas Anwar.

“Video seks ini datang dari Thailand,” kata Johari dalam video dengan memberikan pos di sisi gambar P. Ramlee.

“Malah anda juga boleh kelihatan macam idola,” katanya.

Ahli Parlimen Sungai Petani ini menekankan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap penerbitan ‘dokumentari’ itu dan Anwar sendiri belum melihatnya lagi.

Johari berkata beliau mengambil masa kira-kira 34 hari untuk menghasilkan video itu dan melakukan sendiri segala “penyelidikan.”

Kata beliau, ‘dokumentari’ itu dimuat naik ke dalam Youtube dalam waktu terdekat dan akan diedarkan ketika majlis ceramah kemudian.

“Ya, video ini akan diedarkan... tolong buat salinan. Kami berhutang kepada orang ramai satu penjelasan mengenai kebenaran (isu) ini,” kata beliau lagi.

Heret Utusan ke mahkamah

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan siasatan ke atas pihak Utusan Malaysia berhubung karikatur yang disiarkan 15 Jun lalu, didakwa menghina Islam.

DMMP juga mahu Jawi menyiasat pembabitan biro politik Umno dalam pengeluaran dan penerbitan karikatur tersebut.

Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof membuat gesaan tersebut selepas membuat aduan dan menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Jawi pagi tadi.

"Kami harap tindakan yang sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera kerana tindakan Utusan Malaysia jelas menghina dan merendah-rendahkan martabat Islam serta mempermain-mainkan hukum yang telah tersabit dalam Islam," kata beliau.

Memorandum tersebut diterima penolong pegawai tadbir bahagian khidmat pengurusan Jawi, Nasaruddin Mohd Zainal.

Karikatur yang dihasilkan pelukis yang dikenali sebagai Miki itu membuat dua perbandingan mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.

Gambar pertama yang merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan 'tok penghulu' yang berimejkan seorang alim.

Tok penghulu tersebut telah menolak aduan tersebut setelah wanita itu tidak mempunyai empat orang saksi walaupun ia mempunyai rakaman kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.

Sebaliknya gambar kedua pula merujuk kepada dialog di antara pengadu wanita dan seorang yang digambarkan sebagai anggota polis.

Pihak polis menerima rakaman telefon bimbit untuk dijadikan bukti aduan rogol tersebut.

Siti Zailah turut mendakwa tindakan Utusan Malaysia itu meletakkan akhbar milik Umno itu setaraf dengan akhbar-akhbar Denmark yang pernah menimbulkan kontroversi menghina Nabi Muhammad SAW.

Sehubungan itu DMPP mahu editor Utusan Malaysia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina dan mempermainkan hukum Qazaf yang jelas termaktub dalam al Quran dan sunnah serta hukum jenayah Islam.

"Tindakan ini berlandaskan peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Akta 559," katanya yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang.

Tanggungjawab Jawi

Sementara itu, Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud menegaskan, mereka menunggu tindakan segera daripada pihak Jawi berhubung aduan dan memorandum yang diserahkan.

"Jawi bertanggungjawab menyiasat sebab kita dah buat aduan.

"Saya sebagai pengadu utama menunggu pihak Jawi memanggil saya untuk diambil keterangan.

"Kalau tak panggil saya untuk beri keterangan, saya mesti tahu kenapa (tak panggil)," katanya.

Tambahnya, tindakan Utusan Malaysia jelas mengelirukan fikiran rakyat khususnya orang Islam.

"Utusan Malaysia kata mereka pemangkin fikiran rakyat. Tapi kalau siarkan karikatur hina Islam ini,fikiran bagaimana yang mereka nak sebarkan?"katanya yang juga ahli Parlimen Kota Raja.

Dalam pada itu, DMPP kata Zailah menyokong penuh kempen boikot Utusan Malaysia (UM-NO) yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lalu.

"Dewan Muslimat menyeru setiap ahli DMPP memboikot akhbar Utusan Malaysia secara total," katanya.

Apa bezanya BERSIH dengan acara marathon, lumba basikal & perarakan lain..???

Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara marathon, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali?
    • Firdaus Ibrahim ntah nya.. kalau LTDL tu lagi laa... dari dataran merdeka - jalan tun perak - raja chulan - sultan ismail - lebuh ampang dll.. semuanya ditutup.. elok pulak polis kawal.. padahal tu la jalan2 yang jadi "nadi" kuala lumpur.. ok jer..
      16 hours ago ·
    • Abdul Raof sbb dilihat dari sudut negatif dan tak memberikan keuntungan kepada pemimpin UMNO BN.rakyat malaysia jgn takut atau gentar sbb kita menuntut hak kita sebagai rakyat,kita mahukan pilihan raya yang adil bkn carca marba.
      16 hours ago ·
    • Rohaizat Izat he...he.... tang tu polis x tumbang!!!!!! yg ni lak.....gomen yg tumbang!!!!!!
      16 hours ago ·
    • Ali Redza mokata LTDL lalu kok kg,geng2 juai ayaq nyoq,tebu raya sakan la...nk tebalik beca pelanggan dok runtun..nega untung sunguh...tp utk B2.0 depa ketaq yaamat..:p
      16 hours ago ·
    • Abdul Raof kalu umno tanyer adakah x adil lg spr sampai 5 buah negeri jatuh kat PR kita jawap ngan jawapan bodoh.kalu umno tau 4 negeri lg nak tumbang kat PR selain kelantan dah lama dia buat benda yang dia nak buat sekarang iaitu penambahan daftar undi daripada bangladesh,myanmar, bangla
      16 hours ago · · 2 people
    • Putri Dmummy tula mengong namenye... yg jd huru hara.. bkn pasai p wat prhmpunan BERSIH ma.. yg jd huru hara, psai org yg p TPAKSA BERLARI slamatkan diri dr perangai angpa.. dok semboQ ayaQ, gas.. klu xpedih mata, xrasa apa2... xdak sapa nk lari tggang langgang.. slain ngan hgpa dok ligan ngan kayu tgh blkng. BENGAPS tol! huh~
      15 hours ago ·
    • Mazlan Taat Aku sokong perhimpunan ini tetapi elok dibuat distadium merdeka atau dataran merdeka. Kawasan lapang elok dimanafaatkan.
      15 hours ago ·
    • Maggie Curry mazlan taat: bro...yg dok berhimpun ni bkan nak melepak kt kl....kami nak berjalan ke istana negara utk menhantar memorandum kepada yang di pertuan agong.....klu stakat berhimpun kat dataran merdeka ,baik pi lepak kat pekan rabu....LOL
      14 hours ago ·
    • Rohaizat Izat klu wat kat stadium.. mau ka ydp agung turun siap rtm lg ka????
      14 hours ago ·
    • Husaini Harun ala , depa x buat pn appointment dgn pihak istana .. ahaha. depa ada agenda lain .
      13 hours ago ·
    • Pak Lang Foad agenda nak bagi bungkuih ....
      12 hours ago ·
    • Husaini Harun bukan bungkuih tapi nak bagi melingkup negara /
      12 hours ago ·
    • Pak Lang Foad hh sorang je yg terlingkup pas pru13...x leh cari makan dah kena gam ...sabelum terlambat kapal nak karam ...baik cari pelampong
      12 hours ago ·
    • Hassimi Ah maraton dan lumba basikal adalah acara sukan dan yang lain yg berkaitan..yg tak berkaitan ppt la wat laporan polis
      7 hours ago ·
    • Sobrima Aloq Staq Jom ramai2 pi KL pada 9/7/2011 sempena jualan KARNIVAL JUALAN MEGA MALAYSIA - 15.06.2011 - 31.08.2011. Takkan pi shopping pun salah kot?
      2 hours ago ·

Jadikan esok SABTU sebagai hari KUNING anda...!!!!

Jangan lupa pakai baju kuning esok

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Sebagai suatu usaha menyahut seruan himpunan aman Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu kota, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai ini sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 yang berwarna kuning.................Hrkh.
Aku sokong sangat cadangan ni, malah kalau boleh bukan pada 2 Julai nanti ja, kalau boleh hari Sabtu ni pun kita dah mula ramai-ramai pakai.

Macam yang aku cadangkan dalam tulisan aku sebelum ni kat sini, betapa lah cantiknya kalau semenjak lepas muktamar PAS hari tu lagi diarahkan semua ahli dan penyokong PAS terutama sekali penyokong tegar Mat Sabu yang kaki demonstrasi pakat-pakat pakai baju Bersih setiap hari Sabtu.

Kita boleh bayangkan di stesyen bas ramai yang pakai baju kuning, di market ramai yang pakai baju kuning di supermarket pun ramai pakai baju kuning malah di semua tempat tumpuan orang-ramai, ramai yang pakai baju kuning.

Lagi lebih menangkap kalau bukan setakat pakai baju warna kuning tapi pakai baju BERSIH. Kalau setakat sorang-sorang pakai baju tu, mungkin la ada yang rasa segan, tapi kalau dah ramai nak segan apa lagi, malah sepatutnya bangga pakai baju tu.

Lagi cantik la hari Sabtu tu selain pakai baju Bersih macam yang aku cadangkan sebelum ni kat sini, kalau Pemuda boleh buat program sebarkan risalah berkenaan BERSIH. Risalah pasai tuntutan bersih, risalah yang ceritakan hak untuk berhimpun yang tertulis jelas dalam perlembagaan.

Cerita Rajalawak: JKKKKKKKP langgah ayaq ketum


Oleh: Kawan Sobri Sudin

18 JKKKP Pokok Sena tak terima elaun sejak Januari 2011. Setelah mereka siasat kat Pejabat Perhubungan rupanya mereka telah dipecat sejak tarikh tak terima elaun tu. Siasat punya siasat lagi, mereka dipecat kerana didakwa jual dan minum ayaq ketum. Yang peliknya ialah selama ni depa tak dimaklumkan pun perihal tuduhan tu, nak bela diri pun tak boleh. Pecat pun tak habag sepatah pun.

Nak jatuhkan depa pun rekalah tuduhan yang canggih sikit.. terlibat liwat kambin ka, rogol pokok pisang ka.. ni tuduh minum ayaq ketum pulak. Kah kah kah.. Macam tulah modus operandi UMNO bila nak jatuhkan orang yang depa tak suka, buat tuduhan bukan-bukan. Kalau kat ataih Putrajaya nun buat perangai macam tu, bawahpun serupalah perangai.

Yang sebenarnya depa dipecat bukan kerana ayaq ketum tapi kerana 9 cawangan yang terbabit itu bukan kroni Datuk Mat Lebai Sudin. Hangpa ingat dak pilihanraya 2008, Datuk Pin Man jadi calon Bukit Lada, Mat Sudin kempen 16 cawangan UMNO suruh pangkah Izzat Shauki. Pin Man kalah, Mat Sudin terima hukuman gantung parti.

Habih tempoh gantung jawatan, Ketua Bahagian pun dibagi balik dekat Mat Sudin, maka dia cantas lagi puak-puak Pin Man. Masa Mat Sudin kena gantung jawatan dulu dialah yang pi dok bongkaq habih penyelewengan dalam GLC zaman BN yang jadi modal penceramah PAS dok ceramah siang malam.

Tak sudah cerita UMNO Pokok Sena bergocoh, tu pun jangan.. nak ambik balik Pokok Sena 4-0. Hangpa minum ayaq ketum lah banyak-banyak, lepas tu pasang angan-angan.

(Tulisan ini tidk menggambarkan sikap dan pendirian Kedah La)

http://kedahla.blogspot.com

Beza tuan puteri zaman Melaka dengan tuan puteri zaman sekarang..

dari facebook..A.Pijun

Tersebutlah satu kisah di zaman silam, sezaman dengan Zaman Kesultanan Melaka. Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh daripada Negeri Melaka & mungkin akan ditawan oleh Melaka.Negeri itu adalah Negeri Kemdoyong di bawah pemerintahan Sultan Azlan ibnu Arshad Shah.

Sultan Azlan amat risau, akan keselamatan Negeri beliau akan serangan Negeri Melaka terhadap negeri Kemdoyong. Baginda risau, risau serisau-risaunya. Baginda tidak mempunyai bala tentera yang kuat, malah tombak & keris pun diimport daripada Melaka. Malah Laman web parlimen baginda pun sering diceroboh.Akan tetapi, Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan, Muka bujur sirih, bibir bak delima merkah, memang terpikat semua lelaki memandang, termasuklah lelaki yang dah ada 8 orang anak pun terpikat dengan kecantikan puteri Baginda.Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu dengan mengadakan pertandingan untuk mencungkil bakat pahlawan tempatan.

Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri baginda. Berita tentang pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka, Siam dan Sulawesi. Maka pertandingan itu pun bermula, ramai rakyat tempatan yang bertanding, tidak kurang pula dengan peserta daripada negara luar.

Ada juga peserta daripada negeri Melaka seperti Hang Jebat, Lekir, Kasturi, Lekiu turut bertanding.Ketika mereka siap sedia, tiba-tiba seorang tua datang membisikkan sesuatu kepada semua peserta secara bergilir-gilir. Dan tiba-tiba kesemua peserta menarik diri daripada pertandingan, walaupun dihadiahkan Puteri yang cantik rupawan itu.

Maka Sultan pun hairan dan risau lalu menyuruh temenggung untuk menyiasat akan sebab sebab mengapa mereka menarik diri. Temenggung pun menyiasat, & ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Azlan.

Temenggung : Ampun Tuanku beribu ribu ampun
Sultan : Ya, temenggung, apa kah khabar berita itu.

Temenggung : Peserta menarik diri kerana sebab musabab yang sama tuanku mereka tidak lagi berminat dengan Puteri Tuanku.

Sultan : Apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup rupawan.
Temenggung : Orang tua itu telah mengkhabarkan kepada mereka bahawa puteri tuanku adalah...

Sultan : Adalah apa ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? Puteri Bunian?... Puteri Gunung Ledang?... Puteri Buluh Betong?.. CAKAP TEMENGGUNG CAKAP! !
Temenggung : Lebih dahsyat Tuanku... (Jawab Temenggung terketar-ketar). anakanda Tuanku adalah...

http://1.bp.blogspot.com/_6IMV4RX7E_Y/S7fS007QwqI/AAAAAAAAD3w/IrS4K1psRBY/s320/5933_101900439824344_100000131661198_52607_7934085_n.jpg

Temenggung : PUTERI UMNO tuanku . . . . . . . .

Shahrizat caru duit untuk di tabur sebelum pilihanraya..!!

Shahrizat terpaksa, dah takdak cara lain...

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Wanita Pakatan Rakyat mendakwa bajet tambahan sebanyak RM459 juta yang dipohon Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah untuk menghadapi pilihan raya.

Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) berkata, permohonan itu tidak relevan kerana laporan bidang keberhasilan utama negara (NKRA) menyatakan bahawa berlaku pengurangan sebanyak 118 keluarga yang menerima bantuan kebajikan.

"Kalau pengurangan penerima bantuan sampai 118 ribu keluarga maknanya peruntukan untuk kebajikan sepatutnya makin kurang.........- Hrkh.
Nak kata apa lagi, nak nafi apa lagi. Memang itulah pun tujuannya. Takdak lain melainkan untuk sediakan dana yang mencukupi untuk beli undi PRU13.

Memang tak logik, tiba-tiba kementerian boleh minta peruntukan tambahan yang jumlahnya hampir 87% dari peruntukan asal belanjawan 2011.

Takkan la pegawai-pegawai kerajaan di kementerian tu bangang sangat buat belanjawan, baru setengah tahun dah nak habih belanja, dah nak kena mintak lagi.

Yang sebenarnya bukan pegawai-pegawai tu bangang tapi terpaksa jadi bangang pasai berketuakan orang yang bangang, yang rasa duit di perbendaharaan tu duit Umno BN. Boleh suka-suka minta untuk buat modal, untuk bagi rasuah menjelang PRU13.

Pasai apa Shahrizat sanggup buat permohonan yang sangat obvious sampai macam tu? Nak buat macamana lagi. Dah takdak cara lain dah.

Nak harap cukung, berapa sangat yang depa mampu bagi. Dengan bisness yang semakin lembab pasai kuasa beli rakyat semakin menurun memang cukung pun tak berapa boleh nak buat untung banyak.

Tambahan pulak PRU kali ni tentu punya nak kena ada peruntukan yang jauh lebih tinggi dari PRU sebelum-sebelum ni.

Kalau dulu untuk tampal poster mungkin cukup setakat RM30 sorang semalam tapi kali ni tentu punya depa mintak tambah, mana cukup dengan harga minyak, harga gula yang naik. Teh ais bungkus pun dah naik harga, harga rokok lagi la gila babi punya naik.

Kalau dulu sehelai poster mungkin harga seringgit tapi kali ni tentu punya dah naik harga. Orang buat facebook pun boleh claim RM1.8juta, bangang sangat la depa kalau masih nak guna harga lama.

Memang tu saja sebabnya, Modai tak cukup. Reka la alasan apa pun, majoriti rakyat takkan percaya. Buktinya kita sama-sama tengok 9 Julai nanti, berapa ramai yang berusaha untuk berhimpun di Kuala Lumpur. Berapa yang mampu berhimpun tak tentu lagi, bergantung tara mana kecekapan polis nak sekat. Bergantung tara mana polis-polis jahat sanggup buat untuk halang orang ramai dari berhimpun.

Walaupun depa sedar rakyat akan bertambah marah, tapi depa dah takdak jalan lain. Kalau tak buat macam tu nak cari mana lagi modal. Kalau takdak modal baik tak payah masuk bertanding, dah tentu Umno BN kalah punya laa..

Lagi satu, puak-puak cukung yang biasa bagi rasuah kat Umnno BN sebelum-sebelum ni tentu kali ni buat congak panjang sebelum buat keputusan berapa depa nak 'melabur' kat Umno BN. Pasainya, bukan macam PRU sebelum-sebelum ni, tak kira berapa banyak melabur pun, tentu punya pulangan dia berlipat kali ganda pasai Umno BN tentu menang dan memerintah lagi. Tentu punya depa boleh kaut balik dengan projek-projek yang berbillion yang menunggu.

Tapi kali ni belum tentu. Tak mustahil Umno BN akan lingkup masa PRU13 nanti. Kalau lingkup memang lesap la modal depa. Takdak peluang lagi la nak dapat duit mudah lepas pilihanraya. Bahkan aku yakin ramai yang rugi besar bila Selangor jatuh ke tangan PR PRU12 lepas.

Bagi mungkin tetap kena bagi jugak, tapi mungkin la tak sebanyak macam PRU sebelum-sebelum ni. Macam-macam alasan puak-puak cukong ni boleh bagi, tambah-tambah pulak dengan harga minyak yang semakin naik ni, cash flow depa tentu punya semakin tight.

Lagi satu, puak-puak cukong ni tentu sedar, PRU kali ni depa bukan saja kena melabur dengan BN tapi dalam masa yang sama depa kena jugak melabur dengan PR. Kalau depa melabur dengan Umno BN saja, kalau Umno BN kalah depa akan rugi besar. Tapi kalau depa melabur dengan PR sama, kalau PR pulak yang memerintah Malaysia, peluang depa nak terus kaut untung besar lepas PRU13 masih terbuka luas.

Pasai tu la aku tak heran bila ada blogger Umno yang dah mula maki cukung macam Tokey Gula, Robert Kuok. Depa kata, cukong sorang ni dah beralih kem. Depa kata cukong ni dah mula sponsor PKR.

Betui atau tak aku taktau tapi kalau betui pun aku langsung tak heran. Jenih orang meniaga, tambah-tambah pulak memang macam tu cara para cukong ni meniaga sebelum-sebelum ni, bela proksi depa dalam kerajaan. Memang tak heran kalau untuk PRU13 ni depa mula bagi makan bakal proksi depa yang akan jadi 'hantu raya' belaan depa dalam kerajaan baru.

Realitinya, memang ramai cukong macam Robert Kuok ni.

Cumanya, aku harap sangat-sangat takdak dari kalangan pimpinan PAS yang jadi kelabu mata. Dan aku harap sangat Majlis Syura' Ulama' sentiasa memantau para pimpinan PAS macam yang Mat Sabu sarankan.

Untuk DAP dan PKR aku tak boleh nak kata apa, tambah-tambah PKR, ramai sangat yang aku tengok berpotensi untuk jadi 'hantu raya' cukong. Kalau ikut Raja Petra, yang dah lama jadi 'hantu raya' pun dah ada.

Tu dia Mau BERSIH 2.0 1Dunia.. Meroyan lagi laa geng KOTOR tuu..

Bersih 2.0 Diadakan Serentak Seluruh Dunia

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini 9 Julai ini juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Dalam satu kenyataan dikelua

rkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0.

“Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal,” kata jawatankuasa itu lagi.

“Kami menganggap minat luas di kalangan rakyat Malaysia di luar negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi,” kata beliau lagi.

Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).

“Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka juga percaya bahawa perlunya pilihan raya bersih, bebas dan adil di Malaysia.

“Rakyat Malaysia di luar negara juga perlu datang dan menuntut hak undi pos pada pilihan raya umum ke-13,” katanya lagi.

Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai di sini belum memperoleh permit polis.

Dalam kenyataannya, jawatankuasa itu juga berkata, program jelajah seluruh negara menjelang perhimpunan 9 Julai akan diadakan di beberapa bandar.

Ia termasuklah di Kompleks Muhibbah, Jalan Taugeh 24/17, Persiaran Sultan, Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 10 malam esok dan disusuli di Dewan Asam Jawa, Kuala Selangor pada pukul 8.30 malam keesokan hari.

Program itu juga akan diadakan di Pusat Aduan Rakyat Kempas, Taman Dahlia, Johor Baru pada pukul 8.30 malam Sabtu ini.

Perhimpunan di Dataran PSM, Taman Orkid, Sungai Siput akan diadakan pada pukul 8.30 malam Ahad ini.

YAN - Daun Ketum punya penangan...

Padah miliki 80 bungkus air ketum

YAN - Seorang lelaki didenda RM1,000 kerana memiliki 80 bungkus plastik seberat 2.4 liter cecair berwarna perang yang mengandungi mitragynine.

Mohd Yusri Mansor, 35, didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 30 (5) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih empat tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu setelah mendengar keterangan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Farrah Farriza Wan Ghazali dan rayuan tertuduh selepas mengaku bersalah.

Jika gagal, tertuduh boleh dipenjara dua bulan, bagaimanapun, Mohd Yusri membayar denda itu.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman ringan kerana hanya memperoleh pendapatan bulanan RM200 dan terpaksa menanggung empat anak masih bersekolah serta ibu yang sudah tua.

Wan Farrah meminta hukuman setimpal dikenakan kerana ia melibatkan pemilikan jumlah cecair yang banyak dan ada kesalahan lampau.

Mengikut fakta kes, ketika memeriksa rumah tertuduh, polis menjumpai satu baldi yang berada di tepi pintu bilik mandi yang mengandungi 30 bungkus plastik lut sinar berisi cecair disyaki air ketum.

Manakala di dalam bilik mandi, polis menjumpai 50 bungkus plastik lut sinar disyaki air ketum yang berada dalam kolah.

Skuad Olimpik Malaysia Benam Pasukan Lubnan 2-1


KUALA LUMPUR: Skuad Olimpik Malaysia berjaya menundukkan pasukan Olimpik Lubnan 2-1 pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis.

Dengan kemenangan ini bermakna pasukan Malaysia mara ke pusingan akhir kelayakan Olimpik peringkat kumpulan yang membabitkan 12 pasukan dalam usaha meraih tiket ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada perlawanan pusingan pertama di Beirut Ahad lalu, kedua pasukan terikat seri 0-0.

Pasukan Malaysia pernah layak ke Olimpik pada 1972 dan 1980 (Moscow).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...