TERKINI :

Wednesday, June 22, 2011

Terbongkarnya Cerita MANTAN EXCO AGAMA Negeri Kedah dengan Isu nak masuk PAS masa PRU12 yang lalu..!!

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

"Takleh jadi calon (BN), saya tanding bebas..."

Itu ayat paling popular keluar dari mulut mantan ADUN Alor Mengkudu Ustaz Fadhil Hanafi yang dijaja di mana-mana. Satu Alog Setaq dah tau cakap tu. Agaknya kalaulah nama FH memang tersenarai untuk calon BN Alor Mengkudu,sapa-sapa pemimpin BN yang dengar cakap macam tu (nak jd calon bebas) maka eloklah la la tu juga cadangkan nama FH direject dari senarai kerana itu cakap orang yang tiada jati diri UMNO dan berjuang untuk kepentingan peribadi. Biaglah dari awal UMNO tolong ishtihar FH sebagai calon bebas.

Ingat masa PRU ke 12 lalu, ramai tak tau mai aku nak cerita. Malam hari penamaan calon, bila tau nama dah tak tersenarai sebagai calon BN, FH jaja cerita seluruh dunia akan umum keluar UMNO masuk PAS. Dia memerapkan diri kat pejabat @ kompleksnya di Kelompang, Tok Keling. Semua pemimpin UMNO mai nak pujuk dia tak mau jumpa. Talian telefonnya dimatikan terus.

Dato' Mahdzir Khalid MB dah gelabah bewak. Dia hantaq wakil pi berunding, akhirnya FH bersetuju untuk bersemuka dengan Tok Det. FH pun diangkut pergi jumpa Tok det. Demand punya demand, akhirnya Tok Det setuju tuntutan 'mut-ah' FH iaitu RM300 ribu tunai, untuk elak dia protes dan isytihar masuk PAS.

FH dapat RM300 ribu cengkoi cabut lari pi kempen BN belah Kulim sana, walhal sepatutnya dia kempen kat Alor Mengkudu. Anehnya penyokong-penyokong FH di Alor Mengkudu dapat 'arahan khas' dari jauh suruh pangkah Dr. Ismail Salleh calon PAS.

Sekarang FH dah jadi orang kaya; kat Kelompang tu ada kompleksnya sendiri siap dengan deretan rumah kedai, restoran, kolam ternakan ikan, rumah burung walit, pertanian dll.

Yang nak habag bagi kat orang UMNO ialah: Mokalu nak main politik kena cerdik macam FH, jangan betoi bendoi sangat kerja teruk dapat habuk. Tengok sekali FH gejut Tok Det.. dapat cashhh abangg.

Tengok pulak para pemimpin PKR dok maki UMNO siang malam bertahun-tahun... Ezam Md Noor, Zul Nordin, Gobala, Zamil.. laa ni apa jadi kat depa? kaya raya abangg. Offer yang standard untuk semua pemimpin utama PKR 4 perkara: 1. Settle hutang walau banyak mana sekalipun 2. Kalau ada sangkut2 kes polis, SPRM, mahkamah dll semua akan settle 3. RM ca$hhh ikut demand banyak mana (tang ni ada tawar menawar) 4. Nak status jawatan, pangkat, gelaran.. Senator ke, Datuk ke...

Puak2 UMNO yang dok berjuang berpuluh tahun dalam UMNO dapat apa? Yang dapat tu dapatlah.. yang rapat dengan kroni buleh, yang dok pacu media kedua hantam Anwar dan PR dapat gak RM3000 sebulan (itu pun yang berdaftar dengan depa saja).. yang lain-lain tu masuk angin keluaq asap, kata P. Ramlee.

Jadi kepada rakan2 UMNO yang tak dapat apa tu, elog keluaq UMNO mai pakat joint kami dalam PAS. Kita berjuang menegakkan kebenaran, mewujudkan dasar kebajikan untuk rakyat, mendaulatkan Islam, menentang kezaliman UMNO/BN; kita buat dengan ikhlas kerana Allah, mokalu tak dapat apa atas dunia pun..insyaAllah kat akhirat akan dapat ganjaran. [KedahLa.blogspot.com]

SPR malas?

Sentimen SPR pula bagaimana?
oleh wira arjuna

"Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza.

NONE"Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Namun yang menjadi persoalannya, sentimen SPR sendiri bagaimana? Dengan perkataan lain, SPR condong ke arah parti dan calon yang bagaimana? Soalan-soalan ini harus ditanya berulang-ulang kali.

Ini kerana jika SPR mengatakan ia berkecuali mengapa banyak sangat sentimen Badan Bukan Kerajaan, Majlis Peguam dan sudah tentu parti-parti politik cenderung mengatakan SPR tidak telus dan tidak berlaku adil pada semua, khususnya rakyat dalam mengendalikan pilihan raya di negara ini.

kuala terengganu by election voting day 170109 wahid checking electoral rollAda rakyat yang tidak pernah mendaftar tiba-tiba mendapati nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih. Ada yang sudah mendaftar tetapi tersenarai dalam daftar di kawasan undi yang tidak munasabah jauhnya dari alamat tinggal mereka.

Ada juga yang sudah mendaftar, pernah mengundi tetapi tiba-tiba mendapati tempat mengundi mereka dipindahkan ke pusat lain tanpa notis.

Undi pos

Ada juga semakan yang dibuat mendapati pada sesuatu alamat ada berpuluh pengundi didaftarkan. Ada juga senarai pemilih dalam daftar berkenaan lebih ramai dari penduduk sesebuah rumah panjang!

bagan pinang by-election ec preparing postal votes 071009 left standing deputy chief wan ahmad 02Selain itu timbul pula kemusykilan bagaimana sebenarnya undi pos dijalankan. Bagaimana apabila ada kes Agen Mengundi dan Agen Pengiraan Undi atau PACA memantau proses pembuangan undi pos mendapati hanya tiga orang yang keluar mengundi di sebuah tempat pembuangan undi tetapi apabila keputusan dibacakan ada lebih 127 pengundi diumumkan telah membuang undi di pusat berkenaan.

Parti mana yang mendapat manfaat atau undi majoriti dalam proses pilihan raya itu memang agak mudah diterka. Undi pos adalah undi mereka yang tidak berpeluang membuang undi pada hari mengundi diadakan kerana bertugas di seberang laut, atau di kawasan pedalaman seperti anggota keselamatan negara. Bagaimanapun mengapa anak isteri mereka pun dikelompokkan dalam senarai undi pos?

Ini belum mengambil kira ada anak isteri anggota keselamatan yang tidak pernah mengisi Borang A untuk mendaftar sebagai pengundi tetapi secara automatik disenaraikan sebagai pemilih menurut sistem undi pos!

NONEIni semua adalah sentimen rakyat, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan parti-parti politik Bukan-BN terhadap SPR. Pengerusi SPR tidak boleh alpa dan terlepas pandang terhadap hakikat ini. Ini bukan sekadar persepsi. Ia sudah menjadi sentimen yang ranum di hati rakyat.

Percubaan untuk mengelak menerima hakikat ini adalah buruk padahnya kepada kewibawaan SPR dan kakitangannya sendiri dalam jangka masa panjang.

Ingin bersuara

Sebab itu rakyat ingin bersuara. Mereka mahu hapuskan sentimen terhadap SPR yang mencurigakan ini. Sebab itu juga digerakkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau singkatannya BERSIH 2.0. Kemuncak gerakan ini ialah pada 9 Julai ini.

NONEUsaha raksasa kali kedua ini dijangka akan disaingi oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan PERKASA, gerakan Melayu berhaluan kanan yang tidak mahu tatakelola SPR diubah atas nama “memelihara kepentingan Islam dan Melayu”.

Sekali lagi tidak sukar untujk memahami mengapa Pemuda Umno atau PERKASA mahu menyaingi usaha BERSIH 2.0. Ini tentunya kerana apa yang dituntut BERSIH 2.0 ialah supaya pengurusan pilihan raya di negara ini dilakukan benar-benar atas landasan keluhuran undang-undang dan keadilan.

Rakyat tahu segala kepincangan sistem pilihan raya di negara ini selama ini menguntungkan siapa.

NONEPilihan raya bukan sahaja ditentukan oleh sentimen. Ia juga berkaitan dengan ruang dan peluang. Jika sebelah pihak sahaja diberi peluang untuk menghebahkan manifesto mereka melalui sistem media berbayar dan awam tetapi tidak bagi pihak yang lain, bagaimana rakyat boleh membuat keputusan yang tepat siapa yang patut dipilih menjadi wakil mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri?

SPR mesti tegas dalam soal agihan peluang dan ruang bagi semua pihak yang menawarkan diri bertanding dalam sistem pilihan raya yang dikendalikannya.

SPR malas?

SPR juga mestilah memberi peluang kepada rakyat sepenuhnya. Yang pasti sebagai sebuah negara membangun Malaysia boleh dan mampu mewajibkan pendaftaran setiap kelahiran warganya dan dikeluarkan surat beranak setiap seorang.

kuala terengganu by election voting day 170109 pas supportersKemudian prosedur ini disahkan pula dengan pendaftaran wajib kad pengenalan ketika berusia 12 tahun. Berbilion ringgit dibelanjakan untuk mewujud dan mengamalkan sistem ini.

Namun malangnya pangkalan data ini tiba-tiba tidak terpakai oleh SPR untuk mendaftarkan mereka secara automatik sebagai pengundi apabila mencapai usia 21 tahun. Isteri dan keluarga anggotan keselamatan boleh didaftarkan sebagai pengundi secara automatik; tapi rakyat biasa yang mempunyai surat beranak dan kad pengenalan tidak boleh. Bukankah ini ganjil?

Ini bermakna sama ada kita hendak mengatakan Jabatan Pendaftaran Negara tidak cekap atau SPR sebenarnya malas, culas atau mungkin mempunyai sentimen yang kurang cenderung kepada ketelusan dan keadilan untuk setiap rakyat memilih kerajaan mana yang mereka mahu mentadbir negara.

NONESehubungan itu, jika jabatan Imigresen boleh menguruskan keluar masuk setiap insan ke negara ini hanya dengan menggunakan pengenalan cap jari atau biometrik, mengapa SPR tidak mampu menggunakan pendekatan yang sama? Atau, sekurang-kurangnya menggunakan sistem dakwat pada jari pengundi bagi memastikan tiada mengundi lebih sekali!

Hujah lapuk

Alasan yang mengatakan bahawa pendaftaran sebagai pengundi tidak diwajibkan di bawah Perlembagaan dan lantas mengundi tidak boleh diwajibkan, adalah hujah yang lapuk dan terlalu kebudak-budakkan.

SPR adalah badan mutlak yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini oleh Perlembagaan Negara. Ia seharusnya bertindak tuntas dan dengan telus dalam menunaikan tanggungjawab ini.

NONEPandangan Tan Sri Aziz bahawa sentimen rakyat terhadap parti-parti yang bersaing dalam pilihanraya mungkin berubah-ubah menurut iklim dan isu politik. Namun sentimen rakyat terhadap SPR seharusnya terus bening dan bersih serta tekal.

Kewibawaan SPR harus luhur dan adil. Ini kerana Kerajaan yang dilahirkan daripada pilihanraya yang bersih dan adil sahajalah yang boleh dikira sebagai Kerajaan yang berdaulat dan wajib disokong oleh setiap rakyat.

Oleh itu sentimen SPR terhadap setiap parti politik berdaftar pula haruslah sentiasa bersih dan tiada pilih kasih. Hidup Bersih 2.0!


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Himpunan Bersih 2.0 tidak salah dari segi tujuan, kata Dr Asri

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak salah dari segi tujuan.

Ini kerana jelas Dr Asri, matlamat dan tujuan utama Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang sepatutnya tidak dinafikan oleh kerajaan.

“Jika tujuannya baik dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik... jika tujuannya baik, caranya salah maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.

“Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

“Setelah saya mendengar taklimat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan menilainya saya dapati tujuannya baik iaitu menuntut hak yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 perlu diadakan demi masa depan politik yang lebih baik tanpa mengira mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.

“Maka, saya tidak mempertikaikan Himpunan Bersih 2.0 di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum kerana tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya,” katanya.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang akan berarak ke Istana Negara dari tiga lokasi berbeza.

Menurut Asri (gambar), beliau tidak menolak demonstrasi yang akan diadakan itu akan mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menegaskan demonstrasi sepatutnya menjadi pilihan terakhir setelah tuntutan yang dibuat tidak ditunaikan.

Justeru, Asri menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan tuntutan yang dibuat Bersih bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.

“Namun oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

“Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan, saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan...dan pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai,” katanya.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimumu 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

“Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

“Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih 2.0 hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati,” tegas Asri.

Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyertai demonstrasi itu agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa berlakunya rusuhan.

“Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.

“Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa,” katanya.

Tambah Asri, hasrat rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak akan dapat dilaksanakan tanpa bantuan semua pihak termasuk kerajaan.

“Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk polis, rakyat dan golongan atasan.

“Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai perhimpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu dan memastikan perhimpunan itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat,” katanya.[Malaysian Insider]

Pengarah Jawi 'Che Mat Ali' yang meluluskan wang zakat kpd s/u Majlis Agama Islam Wilayah 'Che Mat Ali'

Qazaf Anwar: MAIWP didakwa guna wang zakat

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution hari ini mengecam tindakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah, Datuk Che Mat Che Ali kerana didakwa menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDakwanya, wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir dan ditandatangani sendiri oleh Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 21 April tahun lalu.

Beliau yang dipetik TV Selangor, berkata dakwaan tersebut diakui sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dengan alasan MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar khidmat guaman tersebut.

"Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali," katanya.

"Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che mat Ali juga orang yang sama.

NONE"Jadi setiausaha MAIWP Che Mat Ali (kanan) memohon peruntukan daripada Che Mat Ali. Beliau meluluskan permohonan kepada beliau sendiri. Ini salah," kata Saifuddin yang juga setiausaha PKR di lobi parlimen.

Bayaran kepada syarikat guaman itu merujuk kepada pengendalian kes Mahkamah Tinggi Syariah dan Wilayah Persekutuan antara Datuk Seri Anwar Ibraim melawan Datuk Che Mat Che Ali, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kes tuntutan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Adzlan.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan menulis surat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengemukakan aduan mengenai perkara tersebut.

Anwar memfailkan saman itu berikutan ketiga- tiganya dilihat melengah-lengahkan tuntutan qazaf yang difailkannya.

azlanBeliau terkejut apabila diberitahu bahawa ketua pendakwa syarie memutuskan bahawa pendakwaan qazaf terhadap Mohd Saiful hendaklah menunggu perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

Justeru, beliau memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan qazaf.

Tambahnya, mahkamah syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas semua pendakwaan dan pelaksanaan undang- undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.

Rakyat terhibur Perkasa, Pemuda Umno bertelagah

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melihat adegan serang-menyerang antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berhubung himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai begitu menghiburkan rakyat yang sebelum ini sedikit terganggu apabila diasak oleh pelbagai ugutan oleh kedua-dua pihak ini.

Khairy meminta Presiden Perkasa, Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana mengeluarkan kenyataan ‘perkauman, menghasut dan berbahaya’.

Manakala Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris, pula mahu Khairy disiasat di bawah ISA kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, paling menarik sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

“Situasi pada masa ini nampaknya begitu menyebelahi Bersih dan rakyat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Bersih terus mara walaupun pada mulanya ada pihak yang cuba membuat kacau dan mengugut mahu melakukan huru hara.

“Termakbulah doa orang-orang yang beriman yang bertekad menyertai Bersih kerana Allah memecah belahkan golongan yang takut pada perpaduan rakyat melalui Bersih,” katanya.

Tambahnya, mereka mahu memecah belahkan sokongan rakyat pada Bersih yang akhirnya mereka sendiri yang berpecah dan bercakaran.

Katanya, DPPP yakin dengan keikhlasan rakyat yang akan turun 9 Julai ini, segala ancaman dan ugutan dari Perkasa atau pihak-pihak lain hanyalah menambahkan semangat mereka sahaja.

Tegasnya, semakin di desak, diugut, ancam, maka semakin kuatlah iltizam rakyat menuntut perubahan.

“DPPP mengesa seluruh Jentera Penerangan PAS, khususnya jentera pemuda untuk mempertingkatkan promosi Bersih melalui ceramah, roadshow, edaran risalah serta kempen siber,” katanya lagi.

Beliau menambah, setiap rakyat berhak untuk tahu tentang Bersih dan himpunan 9 Julai.

Menurutnya, mereka wajib tahu hak demokrasi mereka dan penyelewangan yang berlaku dalam Pilihan raya serta 8 tuntutan Bersih.

“Kepada Pemuda Umno dan Perkasa, mari sertai Bersih atau duduk sahaja dirumah menjadi suri rumah kalau tidak berani berdepan dengan tuntutan rakyat.

“Ayuh anak muda, ayuh rakyat. Katakan Ya pada ‘Bersih’ dan Ya untuk ‘Hak Demokrasi’ anda. Mari kita ‘kuningkan’ Kuala Lumpur 9 Julai ini,” katanya.

IRF: Ibrahim Ali kurang ajar

Kami membaca berita tentang Ibrahim Ali daripada PERKASA mendakwa kononya akan mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH 2.0 daripada mengadakan perhimpunan pada 9 haribulan Julai dengan penuh rasa marah dan kesal.

Tindakan dungu membakar dan memijak gambar Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan suatu penghinaan yang sungguh menjelikkan. Tambahan pula menggelarkan beliau dengan panggilan “wanita Hindu” adalah bersifat kurang ajar dan jelas menggambarkan sikap biadab Presiden PERKASA itu sendiri.

Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa perhimpunan yang dirancang adalah dipelopori oleh masyarakat madani tanpa sebarang perintah daripada mana-mana parti politik.

Tuntutan telah pun disampaikan bahawa kami menuntut pilihanraya yang bebas dan adil serta demokrasi liberal yang tulen. Untuk bertahun lamanya kita telah melihat pengaturan undi dan penentuan sempadan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada pihak tertentu (gerimander).

Tidak lupa juga liputan media yang berat sebelah dan mendiamkan sebarang kritikan ke atas parti pemerintah.

Tidak pernah ada 'lapangan permainan' politik yang sama rata dan kita telah lelah melihat pelbagai gangguan politik. Amalan rasuah yang menjijikkan begitu tersebar luas sehingga seakan-akan telah membudaya di dalam masyarakat.

Inilah masanya untuk perubahan, dan biarlah BERSIH 2.0 menjadi pemangkin kepada perubahan itu. Ancaman Presiden PERKASA bahawa apa-apa pun boleh terjadi pada hari tersebut dan masyarakat Tiong Hua hendaklah membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah tidak akan melunturkan semangat kami untuk berarak demi demokrasi.

Keputusan pilihanraya terkini di Sarawak jelas menunjukkan tiada sebarang perubahan telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan sebuah pilihanraya yang bebas dan adil seperti yang dijanjikan.

Dengan itu kami telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebejatan sistem yang ada sekarang adalah dengan mengadakan satu perhimpunan aman.

Hak untuk berhimpun adakah hak asasi yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 (Artikel 20) dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 (Artikel 21).

Kepada saudara Muslim yang berniat untuk terus berkecuali dan tidak mahu ambil peduli dengan tindakan angkuh yang tidak menghormati prinsip-prinsip demokrasi, kami ingin mengingatkan bahawa tindakan berdiam diri hanya akan memperkukuhkan pemerintahan kuku besi yang korup, dan tiada perubahan akan dapat dilihat dengan hanya berdoa untuk perubahan tanpa sebarang usaha.

“Sesungguhnya, Tuhan tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri” [Qur'an 13:11]

Sekiranya demokrasi itu mencambahkan “semangat penentangan”, maka sebenarnya ia telah pun menjadi sebahagian daripada sejarah dan budaya umat Islam. Imam-imam kepada mazhab-mazhab fekah utama dalam Islam bersungguh-sungguh memprotes daripada mazhab mereka dijadikan mazhab rasmi negara pada zaman itu.

Ramai telah dipenjarakan akibat kritikan terhadap pemerintah di zaman mereka. Kita adalah pewaris kepada tradisi ini, yang membekalkan umat Islam hari ini dengan khazanah idea-idea yang demokratik.

Rejim kuku besi haruslah diajar bahawa cukuplah apa yang telah mereka lakukan selama ini. Ayuh hadir pada 9 haribulan Julai, baik lebatnya hujan ataupun teriknya mentari, kita akan berada di sana, berarak untuk kebebasan dan demokrasi.


Dr Ahmad Farouk Musa
Penulis adalah Pengerusi dan Pengarah, Islamic Renaissance Front (IRF)

Pemuda Umno dan Perkasa Bertelagah, Bersih Terus Mara

KENYATAAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
22 Jun 2011 (Rabu)
"Pemuda Umno dan Perkasa Bertelagah, Bersih Terus Mara"

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat adegan serang-menyerang antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berhubung himpunan 9 Julai begitu menghiburkan rakyat yang sebelum ini sedikit terganggu bila diasak oleh pelbagai ugutan oleh kedua-dua pihak ini. Khairy minta Presiden Perkasa, Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana mengeluarkan kenyataan "perkauman, menghasut dan berbahaya,".

Manakala Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris, pula mahu Khairy disiasat di bawah ISA kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Paling menarik sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online. Situasi pada masa ini nampaknya begitu menyebelahi Bersih dan rakyat. Bersih terus mara walaupun pada mulanya ada pihak yang cuba membuat kacau dan mengugut mahu melakukan huru hara. Termakbulah doa orang-orang yang beriman yang bertekad menyertai Bersih kerana Allah memecah belahkan golongan yang takut pada perpaduan rakyat melalui Bersih. Mereka mahu memecah belahkan sokongan rakyat pada Bersih. Akhirnya mereka sendiri yang berpecah dan bercakaran.

DPPM yakin dengan keikhlasan rakyat yang akan turun 9 Julai ini, segala ancaman dan ugutan dari Perkasa atau pihak-pihak lain hanyalah menambahkan semangat mereka sahaja. Semakin di desak, diugut, ancam, maka semakin kuatlah iltizam rakyat menuntut perubahan.

DPPM mengesa seluruh Jentera Penerangan PAS, khususnya jentera pemuda untuk mempertingkatkan promosi Bersih melalui ceramah, roadshow, edaran risalah serta kempen siber. Setiap rakyat berhak untuk tahu tentang Bersih dan himpunan 9 Julai. Mereka wajib tahu hak demokrasi mereka dan penyelewangan yang berlaku dalam Pilihanraya serta 8 tuntutan Bersih.

Kepada Pemuda Umno dan Perkasa, mari sertai Bersih atau duduk sahaja dirumah menjadi suri rumah kalau tidak berani berdepan dengan tuntutan rakyat.

Ayuh anak muda, ayuh rakyat. Katakan Ya pada "Bersih" dan Ya untuk "Hak Demokrasi" anda. Mari kita KUNINGKAN Kuala Lumpur 9 Julai ini.


Riduan Mohd Nor
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Aduhai Bapak Menteri.. Utusan Meloya & Berita Hairan akhbar bersikap 'terbuka'?

Oleh Man TK

“Pengharaman membaca Akhbar Utusan adalah menunjukkan sikap ketidakbukaan pembangkang” – Rais Yatim.

Rais Yatim sedar ka sapa yang tidak bersikap terbuka?

Budak sekolah rendah pun tau beza suratkhabar Utusan dengan Sinar Harian. Tok sah duk banding la dengan Harakah sebab Harakah tu milik PAS, hanya dijual untuk orang PAS. Bandingkan Utusan dengan Sinar.

Ketidak terbukaan Utusan tu yang Nampak jelas. Tindakan PAS boikot Utusan disebabkan oleh Utusan sejak sekian lama masih menyiarkan berita yang berat sebelah. Jika utusan hanya meyiarkan berita UMNO saja tak pa jugak, malah yang lebih teruk lagi Utusan menyiarkan berita peropaganda dan fitnah keatas PAS dan Pakatan Rakyat.

Kalau nak jadi surat khabar UMNO, apply la permit pernerbitan sebagai bahan cetak terbitan UMNO.

Lagi satu perkara, Rais Yatim sedar dak?.... keterbukaan media di Malaysia ni lebih teruk dari media di Myanmar.

Indeks kebebasan media Malaysia terus menjunam dari tahun ke tahun berbanding di kedudukan 92 pada tahun 2006, 124 (2007), 132 (2008), 131 (2009) dan 141 (2010).

Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'.

'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191).

Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lalu dengan menduduki tangga 141.

Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau.

Secara faktanya adalah sama, cara kawalan dan tindakan yang di ambil, tapi secara moralnya di Malaysia lebih teruk sebab Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sedangkan di Myanmar sebuah negara yang di perintah oleh Junta tentera. Myanmar bukan sebuah negara demokrasi, ikut suka pemerintah dia la dia nak buat lagu mana. Itu standard negara diktator. Tapi bagi sebuah negara demokrasi, kalau ikut standard negara dictator… moralnya jauh lebih rendah sebab pemerintah nya ‘menjual’ nama demokrasi hanya untuk mempertahankan kuasa.

Pengawalan penerbitan satu bab, penggunaan kuasa akta polis dan akta hasutan tu satu bab. Perkara yang tak boleh dikawal dengan akta mesin cetak, kerajaan guna akta hasutan dan akta polis untuk mengambil tindakan keatas sesiapa saja yang meraka rasa mengancam mereka dengan alasan yang cukup ‘glamour’ iaitu mengancam keselamatan negara.

Penyebaran fitnah melalui TV1, TV2, TV3, NTV7 dan semua saluran Media Prima tidak pula diambil tindakan, padahal fitnah itu boleh menyebabkan orang rasa tidak selesa, tidak selamat dan tergugat. Apabila rakyat rasa tidak selamat dan tergugat maka akan mula lah kejadian turun ke jalanraya. Inilah yang sebenarnya mengancam keselamatan negara.

Antara fitnah yang sering dilemparkan oleh Media pro BN adalah PAS berkawan dengan DAP akan menyebabkan melayu hilang maruah.

Apakah DAP itu sebuah parti perkauman? Didalam DAP juga ada melayu islam. Kenapa DAP perlu dijadikan sebab melayu hilang maruah? Jika hendak dikaitkan dengan bangsa, media pro BN nilah yang sebenarnya mengancam keselamatan negara kerana memainkan isu perkauman.

Ambil la tindakan keatas media-media ini sebelum menuduh Pakatan Rakyat mengancam keselamatan negara. Apakah tahap kebebasan media kita akan jatuh lebih rendah dari media di Myanmar? [kedahla.blogspot.com]

Saf memperkasakan PENERANGAN di negeri KEDAH

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

"Apa komen tuan saf kepimpinan PAS Kedah 2011/2013?"

Tertarik juga dengan soalan yang diajukan itu. Jika soalan yang sama ditanya kepada orang yang berlainan maka jawapannya biasanya berlainan. Ia bergantung kepada realiti kehidupan orang yang menjawab. Orang yang prihatin dengan ekonomi akan ulas aspek ekonomi, pendidikan dengan aspek pendidikan, begitu seterusnya.

Saya bergelumang hari-hari dengan kerja penerangan, khususnya penerangan kerajaan negeri Kedah. "Ia adalah kabinet yang terbaik untuk memperkasakan penerangan!" itu ulasan pertama saya.

Ketua Penerangan, Haji Mohd Sanusi Md Nor (gambar) adalah Setiausaha Politik, orang kanan MB (merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah). Orang yang paling hampir dengan MB adalah 'penerima arahan dan pemberi nasihat' yang terbaik kepada MB. Gerak kerja penerangan jadi mudah untuk dijayakan.

Setiausaha Perhubungan, Ustaz Musodaq Ahmad adalah Pegawai Khas MB yang menjaga urusan Penerangan. Timbalan Pesuruhjaya, YB Dato' Ir Phahrolrazi Zazawi adalah bekas Ketua Penerangan PAS Kedah. Begitu juga Bendahari YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah juga adalah bekas Ketua Penerangan PAS Kedah. Timbalan Pesuruhjaya 2 YB Dr Ismail Salleh adalah bekas Exco Penerangan. YAB Ustaz Azizan sendiri adalah bekas Ketua Penerangan PAS Pusat. Pendeknya, hampir kesemua ahli Dewan Harian adalah orang yang memahami kerja-kerja penerangan.

Di hadapan Sdr. Sanusi terbentang kerja besar yang perlu dijayakan dalam masa terdekat iaitu menggerakkan gelombang kebangkitan rakyat mempertahankan pemerintah Negeri Kedah dan membantu menumbangkan BN di Pusat.

Jangan lepas kematian baru isi borang E-Sinar

http://wartakedah.net/images/stories/Jun2011/dsc09248%20copy.jpg
ALOR SETAR - Majlis Ketua Kampung (MKK) perlulah memainkan peranan dengan baik untuk memastikan penduduk yang layak di kawasan terlibat mengisi borang E-Sinar bagi membolehkan mereka menerima bantuan Skim Kafalah apabila berlakunya kematian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, YB. Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah berkata, apabila E-Sinar telah diisi, ia memudahkan pemberian bantuan Skim Kafalah dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disampaikan.

"Kita sebolehnya mahu menyerahkan bantuan Skim Kafalah ini pada hari kematian sewaktu mengunjungi keluarga tersebut kerana mahu meringankan beban keluarga pada waktu itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan Skim Kafalah kepada 50 orang di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit, Jalan Gunung Keriang, di sini.

Beliau juga mahu penduduk mengambil perhatian untuk mengisi borang E Sinar agar bantuan Skim Khafalah dapat diberikan dengan segera.

Amiruddin memberitahu, selepas ini, beliau berharap agar penyampaian Skim Kafalah pada masa akan datang disampaikan pada hari kematian dan tidak lagi menghimpunkan penerima termasuklah waris keluarga yang meninggal dunia pada tahun lalu.

Menurutnya, kepekaan penduduk juga amat diharapkan agar mereka segera mengisi E Sinar untuk memudahkan proses penyerahan.

"Apa yang penting adalah mereka mengisi E Sinar, kemudian selepas hari kematian mereka perlulah menyerahkan salinan sijil kematian dan permit pengkebumian kepada kita," ujarnya.

Kebaikan makan pisang


PISANG murah dan mengandungi potasium yang amat berguna dalam menentang masalah kesihatan seperti strok.

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Khasiat

“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.

Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.

Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.

Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.

“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.

Laris

Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.

Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, Ramli Mat Dalip, 42, berkata, pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun.

Kata beliau yang berniaga sejak 15 tahun lalu, pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih.

Bagaimanapun, katanya, pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.

“Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3 sekilogram.

“Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan.

“Pengguna kerap datang meminta pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 sm.

“Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga Romlah Ahmad, 31 menjelaskan, berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga.

“Pisang tidak menghadapi masalah itu. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram.

“Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.

Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.

“Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.

“Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.

“Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi,” katanya.

Kuin tandatangan MoU

ALOR SETAR - Pusat Kecemerlangan Perbankan Islam, Kewangan dan Keusahawanan Kolej Universiti Insaniah (Kuin Global Centre) terpilih untuk menjadi mentor kepada 1,800 staf Bank Islam Thailand bagi membekalkan latihan dan tenaga pengajar mengenai perbankan Islam.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pemilihan salah satu cabang kecemerlangan Kuin untuk membekalkan latihan dan tenaga pengajar kepada Bank Islam Thailand menunjukkan Kuin diiktiraf oleh pihak luar.

Menurutnya, perbankan Islam kini menjadi pilihan dan satu alternatif lain kepada pengguna yang selama ini hanya menggunakan perbankan komersial.

“Bank Islam Thailand yakin dengan keupayaan Kuin dan memilih kolej ini untuk membekalkan latihan secara menyeluruh mengenai perbankan Islam kepada staf mereka,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Rektor Kuin, Profesor Datuk Dr Jamil Osman dan Presiden Bank Islam Thailand, Dheerasak Suwannayos yang berlangsung di Seri Mentalon di sini semalam.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin berkata, Kuin melalui Kuin Global Centre akan menghantar tenaga pengajar ke Bangkok untuk melatih staf bank itu selama kira-kira dua tahun hingga tiga tahun.

Menurutnya, Kuin Global Centre mempunyai beberapa pakar kewangan yang berpengalaman luas dalam semua jenis aktiviti perbankan Islam dan kumpulan ini akan menyediakan latihan dan kursus bersesuaian kepada kakitangan Bank Islam Thailand.

“Kita akan pantau perkembangan program latihan ini dari semasa ke semasa dan kita juga akan membekalkan tenaga pengajar yang terlatif serta arif mengenai perbankan Islam kepada pihak bank,” katanya.

Sementara itu, Presiden Bank Islam Thailand, Dheerasak Suwannayos berkata, perbankan Islam kini tidak hanya terhad kepada pengguna yang beragama Islam sahaja.

“Disebabkan itu pihak kami mahu melatih semua staf agar lebih mahir dengan segala aspek dalam perbankan Islam ini bagi menyediakan produk yang baik kepada pelanggan kami.

“Kami yakin dengan kemampuan Kuin untuk membekalkan latihan dan tenaga pengajar yang terbaik untuk 1,800 staf kami,” katanya.

Hilang sebelah penglihatan

Hilang sebelah penglihatan

GUAR CHEMPEDAK – Seorang penghidap kencing manis sedih memikirkan kehidupannya sekeluarga yang diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang memandangkan pendapatan suaminya yang bekerja kontrak di kilang kayu berdekatan tidak menentu.

Zarina Shaari, 38, dari Kampung Kilang berkata, dia yang menghidap kencing manis 17 tahun yang lalu kini kehilangan sebelah penglihatan pula hingga menyukarkan urusan sehariannya.

“Awal tahun ini penglihatan di sebelah kanan saya hilang, manakala di sebelah kiri pula kabur, kedua-dua belah kaki menjadi lemah dan tidak mampu bergerak mahupun berjalan seorang diri sehingga menyebabkan saya terpaksa bergantung kepada tongkat serta kerusi roda sahaja.

“Kerusi roda ini pun pemberian orang tetapi sudah rosak. Ini pun suami saya yang cuba baiki sendiri dan menampung kerosakan dengan kayu sama juga tongkat ini pun suami saya buat sendiri daripada kayu,” katanya kepada :Sinar Harian:.

Menurutnya, berkata dia terpaksa berulang-alik pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi tempoh dua kali setiap bulan untuk mendapatkan rawatan susulan yang mana memerlukan belanja yang banyak di samping memenuhi keperluan harian keluarga.

“Saya perlu pergi ke hospital dua kali sebulan bagi mendapatkan rawatan susulan yang mana sangat memerlukan perbelanjaan yang banyak termasuk kos pengangkutan sebanyak RM140 sebulan.

“Saya perlu sewa teksi kerana tidak berdaya untuk berjalan naik bas memandangkan kedua-dua kaki ini tidak kuat lagi pula penglihatan saya sudah semakin tidak jelas termasuk mata kiri pun semakin rabun, ini tidak termasuk lagi dengan perbelanjaan harian keluarga yang mana anak sulung masih bersekolah tambahan pula anak kedua yang berumur empat tahun dan berpenyakit hiperaktif,” katanya.

Zarina berkata, pendapatan bulanan keluarganya tidak menentu memandangkan suaminya, Mohd Hashim Hat, 42, yang juga buta huruf seorang sahaja bekerja bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

“Pendapatan keluarga tidak menentu kerana suami kadang-kadang ada kerja kadang-kadang tidak ada kerja, boleh katakan di sini secara anggaran kasar tiap-tiap bulan suami hanya boleh dapat RM500 dan dia pun tidak pandai membaca serta menulis,” katanya.

“Saya dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja sebanyak RM150 sebulan dan belum lagi mendapat bantuan daripada pihak lain,” katanya.

Bantuan kewangan untuk Zarina dan keluarga boleh disalurkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN-Giro) atas nama Zarina Shaari (02103-29-00008650-1) atau menghubungi talian 017-5020015.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...