TERKINI :

Sunday, June 19, 2011

PRU 13, Khairy sabotaj Najib?

Oleh Siasahdaily

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipersalahkan ramai pihak dalam parti pemerintah itu akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac, 2008.


Khairy dipersalahkan kerana didakwa mempengaruhi Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi perdana menteri membuat keputusan-keputusan yang menyumbang kepada kekalahan.

Kemunculan pemuda yang juga menantu Abdullah itu dilihat dengan kurang senang oleh banyak pihak dalam Umno, dikaitkan dengan pelbagai tanggapan termasuk mempunyai hubungan sangat baik dengan pihak negara asing.

Kini, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang kritikal untuk kelangsungan pemerintahan Umno dan BN, Khairy sekali lagi dilihat melakukan tindakan-tindakan yang boleh menjejaskan pemerintah.

Terbaharu, Khairy menerusi Twitter mengkritik Dialog Antarabangsa Langkawi yang muncul hasil inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai program yang tidak perlu dilaksanakan lagi.

Khairy mengkritik keras kehadiran Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, salah seorang diktator yang mahu dipinggirkan oleh masyarakat antarabangsa ekoran tindakannya terhadap warga berketurunan Eropah di negaranya.

Mahathir sebelum ini pernah dikritik kerana apa yang dilihat sebagai hubungan baiknya dengan Mugabe, yang berdasarkan persepakatan dalam beberapa isu dunia ketiga. Kedua-dua pemimpin disamakan sesetengah pihak ekoran sikap keras mereka, termasuk terhadap dominasi Barat.

Dialog Antarabangsa Langkawi ialah satu program penting Mahathir untuk membina dan mengekalkan imej positifnya dalam dunia ketiga, dan pemberhentian program itu akan menghapuskan satu legasi bekas perdana menteri itu.

Tindakan Khairy meningkatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang berdepan pelbagai serangan daripada pembangkang Pakatan Rakyat.

Kritikan keras Khairy itu juga akan meneruskan malah meningkatkan perpecahan dalam Pemuda Umno, keseluruhan parti dan komponen BN.

Pandangan Khairy tentang diktator terbabit - yang dipersetujui masyarakat antarabangsa terutama Barat - mungkin boleh diterima beberapa pihak dalam komponen pemerintah.

Isu subsidi bahan bakar petrol dan diesel, kenaikan tarif bekalan elektrik dan kenaikan harga barang keperluan lain terus menjadi isu yang menghambat pentadbiran Najib

http://siasahdaily.blogspot.com

Mahthir tak layan saranan Khairy Jamaluddin

Tun Mahathir Enggan Ulas Pandangan Khairy Supaya LID Dihentikan

http://1.bp.blogspot.com/_BdsM6CO8l6g/TA9Uzs-9ueI/AAAAAAAABOc/2O2rsO3N8lg/s1600/mahathir.jpghttp://samsulsaid.files.wordpress.com/2009/03/samsulsaid_pwtc250317.jpg?w=331&h=440
PUTRAJAYA: Pengasas Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terganggu dengan pandangan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya dialog itu dihentikan.

"Orang ramai mempunyai pandangan yang berbeza, mereka berhak mempunyai pendapat sendiri, setiap orang berhak memiliki pandangan sendiri," katanya kepada Bernama.

Bekas Perdana Menteri itu ditemui selepas berakhir majlis perasmian LID 2011 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Ahad.

Khairy dalam kenyataan di Twitter berkata:"Robert Mugabe (Presiden Zimbabwe) tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah... patut berhenti dialog cam ni."

Misi Palestin: Umno-BN tidak ikhlas, cari nama

http://www.7iber.com/wp-content/uploads/viva-palestina1.jpeg
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kesal dengan tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) yang didakwa mengambil kesempatan mencari nama sehingga lupa tujuan utama membantu umat Islam Palestin dalam misi kemanusiaan ke Gaza hujung bulan ini.

Khalid mendakwa Umno-BN mempunyai agenda tertentu dalam “International Freedom Flotilla 11″ sehingga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Rakyat digugurkan dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.

Menurutnya, antara NGO itu termasuklah Aman Palestin dan Cakna Palestin (wakil daripada Kelantan).

Beliau yang mewakili Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam misi itu berkata sepatutnya isu berkaitan Palestin adalah isu bersama dan umat Islam perlu bersatu.

“Saya dukacita kerana Umno-BN tidak menunjukkan keikhlasan untuk anjur program ini kerana mereka sedar Pakatan dan NGO daripada

Pakatan turut serta dan berjaya mengumpulkan semua pihak dan bersatu dalam misi ini.

“Jelas Umno-BN ada agenda merencanakan sesuatu untuk ambil alih program ini sehingga wakil PAS, Timbalan Presiden kami Mohamad Sabu digugurkan daripada berucap ketika majlis malam tadi.

“Tindakan Umno-BN ini juga dilihat mahu membersihkan nama selepas pendedahan Apco. Jadi mereka mahu jadi hero di mata rakyat dan ambil kesempatan asalkan niatnya tercapai,” katanya ketika dihubungi FMT.

Menurut Khalid, beliau masih mempertimbangkan penyertaannya dalam misi itu yang dijadualkan pada 23 Jun ini.

Khalid berkata beliau merasa ‘berat hati’ untuk turut serta walaupun sudah memasang niat menyertai misi itu sejak Fortilla 1 lagi.

“Saya masih memikirkan hal ini kerana rasa berat hati untuk turut serta. Saya akan berbincang dengan sahabat-sahabat PAS lain untuk membuat keputusan selanjutnya,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu.

LL4G adalah sebuah gabungan NGO Malaysia, akan menyertai bersama lebih 600 sukarelawan antarabangsa daripada pelbagai bangsa dan agama, dalam Misi Kemanusiaan “International Freedom Flotilla 11” ke Gaza hujung bulan ini.

Kesemua kapal antarabangsa ini dijangka berada di lautan pada 27 atau
28 Jun ini.FMT

Rakyat dicandui mimpi muluk Umno

oleh wira arjuna

Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklan-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.

Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.

india parliament new anti terror law 181208 01Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janji sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat “yang bakal” dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.

Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.

Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuh raya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak.

Menyayat hati

Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan di tong-tong sampah.

NONESaya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.

Utusan Malaysia
melaporkan gabungan semua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan.

Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mungkinkah ini satu hakikat? Atau, ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?

beggars in Penang during chinese new yearKita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakan mereka adalah rakyat asing; buat masa ini.

Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.

Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.

Bajet tambahan

Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.

asli capital market summit 131107 awang adek“Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara,” kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri).

Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.

Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!

Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.

Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Eletrik Bebas di kekalkan?

azlanKenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?

Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?

Keperitan hidup

Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?

azlanJawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.

Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.

Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?

Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.

NONESegelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.

Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada rakyat negara ini.

Ungkapan kroni, kronisme

Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Dr Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.

Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.

NONEHasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.

Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.

Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.

Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca “kebesaran ETP dan NKRA” di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.

Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung

KUALA LUMPUR: Pelawak veteran, Zami Ismail, 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Anak ketiga Allahyraham yang juga pelakon dan pengarah Opie Zami, 37, berkata ayahnya sempat berpesan kepada semua anaknya agar berbuat baik sesama manusia.

"Keadaan dia (Allahyarham) berada dalam keadaan biasa saja dan pergi dengan tenang. Dia sempat berpesan kepada kami semua agar berbuat baik sesama manusia," katanya yang ditemui di perkarangan rumah mayat Institut Jantung Negara (IJN), di sini, Ahad.

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih, 35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

"Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia," katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Jenazah Allahyarham dibawa keluar dari rumah mayat Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur untuk disemadikan di kampung halamannya di Tapah, Perak, petang Ahad. - Foto BERNAMA

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Allahyarham yang popular dengan sitkom Pi Mai Pi Pai Tang Tu pada tahun 1980-an hingga 1990-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan lagi iaitu Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit (arahan Mamat Khalid) dan Shh...Dia Datang (Saiful Apek).

Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem Mak Som.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak dan dikebumikan selepas solat Asar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan orang anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Opie Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.

Menanti pertembungan sengit di Parlimen

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my

Parlimen minggu ini kembali rancak dengan kemasukan semula empat pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas enam bulan digantung berhubung isu APCO.

Selain Anwar, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan Timbalan Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden KeADILan,R Sivarasa kembali ke Parlimen 16 Jun lepas

Pada 16 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kerajaan Malaysia.

Karpal yang merupakan wakil rakyat DAP bagi kerusi Bukit Gelugor, Azmin (KeADILan-Gombak) dan Sivarasa (KeADILan-Subang) digantung kerana menghina dewan akibat membantah penggantungan Anwar.

Isunya di sini bukan soal penggantungan empat MP Pakatan Rakyat semata-mata. Tugas menggantung adalah hak Speaker, namun usul dan motif penggantungan itu yang dipertikaikan.

Umno-Barisan Nasional mengemukakan usul tersebut mereka mereka sudah tidak tahan dengan Anwar. Anwar dan MP Pakatan Rakyat, berjaya membongkar rahsia besar Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan khidmat perunding Yahudi untuk kepentingan BN. Itu sahaja isunya.

Ketiadaan Anwar dan tiga lagi MP selama enam bulan tidak dinafikan memberikan sedikit kesan. Pertembungan dengan BN tidak setajam ketika semua MP Pakatan Rakyat hadir semuanya.

Tiada siapa dapat menafikan masalah besar kepada Umno-BN adalah Anwar. Sasaran mereka adalah Anwar. Fitnah yang dilemparkan juga teruknya ke atas Anwar. Mengapa Anwar?

Ketika saya bersembang sembang dengan rakan dari Umno di lobi Parlimen, beliau dengan serius mengatakan, "Umno tidak ada pilihan, kalau Anwar masuk dalam (penjara) baru Umno selamat.

"Belum tentu Umno selamat, itu andaian saudara, bagaimana jika sebaliknya?" soal saya.

Beliau tidak menjawab soalan yang bersifat futuristik tersebut. Pada beliau, by hook or by crook, Anwar harus direhatkan jika Umno mahu selamat.

Namun beliau tidak pula menafikan Umno agak gelojoh dalam usaha mereka untuk memusnahkan karektor peribadi Anwar.

Belum pun kes liwat selesai, Umno-BN mendalangi isu video seks, macam-macam lagi yang dijangka akan dikeluarkan, semata-mata untuk menghapuskan hayat politik Anwar.

Tetapi Umno juga sedar, bukan senang mereka hendak berhadapan dengan Anwar. Umno-BN agak termanggu apabila PAS dan DAP cukup setia bersama Pakatan Rakyat dalam menangani isu Anwar

Usaha mereka untuk memecah belahkan Anwar dengan PAS dan DAP gara-gara isu video, menjadi buntu.

"Saya berterima kasih kepada PAS dan DAP, khususnya kepada Dewan Ulama PAS Pusat yang meluluskan usul menolak isu video seks," kata Anwar kepada saya semasa kami bersembang-sembang di lobi MP bersama Senator Saiful Izham Ramli dari Kedah.

Saya turut bertanya kepada Anwar, jadualnya disusun begitu padat, kudrat sesiapa pun ada batasnya.

"Tidak letih ke Dato' Seri menghadapi tekanan setiap hari?" soal saya.

Sambil tersenyum beliau menjawab, "Letih juga, tetapi mengenangkan kejahatan Umno-BN yang melampaui batas, ia menzahirkan kekuatan.

"Kita tidak akan beri mereka laluan mudah, kita harus bertekad tumbangkan mereka (PRU nanti)," katanya penuh keyakinan.

"Apa pilihan yang kita ada?" tambahnya.

Pada saya, semangat seperti inilah yang diperlukan dalam Pakatan Rakyat. Semangat ini harus diterjemah dan diwarisi oleh seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat jika kita mahu menumbangkan BN pada PRU akan datang.

Kami terus berbual-bual mengenai isu politik semasa. Anwar kelihatan mahu memesan makanan, tetapi beliau tidak tahu apa yang hendak dimakan.

"Saya belum makan apa lagi, tapi tengahari ini saya tak mahu makan yang berat-berat. Kawan-kawan selalu ingatkan saya, jangan makan banyak sangat nanti perut buncit macam dalam video," seloroh beliau.

Akhirnya beliau memesan semangkuk sup cendawan yang dimakan dengan roti. Saya cukup dengan kopi o secawan.

Sambil-sambil bersembang datang beberapa orang MP BN yang menyapa Anwar. Tetapi mereka kelihatan agak takut untuk duduk lama-lama dengan Anwar. Mereka sekadar hanya bersalaman dan mengucapkan selamat kembali ke Parlimen, kemudian berlalu pergi.

Beberapa orang menteri dan MP Umno hanya menjenguk dari jauh. Agaknya mereka takut dekat dengan Anwar. Takut dituduh simpatisan Anwar, walaupun hakikatnya memang begitu.

Kelibat Anwar dan rakan-rakan MP Pakatan Rakyat ditakuti kerana mereka mampu menggegarkan Dewan Rakyat. BN nampaknya tidak mampu berhadapan dengan Pakatan Rakyat. MP Umno-BN ibarat keris tumpul.

Sebab itu mereka menggunakan MP pencacai untuk menggendong najis-najis BN. MP-MP yang khianat daripada KeADILan ini, bersama 'sang katak' digunakan setiap hari oleh media talibarut Umno sama ada TV mahu pun akhbar untuk menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat.

Tetapi mereka hanya kelihatan menang di tv dan akhbar. Hakikat sebenar dalam dewan, mereka tidak mampu berhadapan dengan Pakatan Rakyat.

Yang penting, sepanjang sebulan ini Parlimen akan kembali rancak. Kembali hiruk pikuk kerana panglima-panglima sudah berkumpul semuanya. Pertembungan dengan BN dijangka kembali sengit.

Sayangnya hiruk pikuk ini terpaksa saya tinggalkan seketika kerana mempunyai tugasan yang besar di luar negara bersama misi kemanusiaan Yayasan Amal. Ketika rencana ini disiarkan saya sudah berlepas ke Mesir, dari sana saya akan memasuki Rafah dan terus ke Gaza jika tidak dihalang di sempadan.

Insya Allah jika tiada aral, kami akan merentasi laluan yang jauh ke sempadan Libya untuk meninjau pelarian yang terperangkap akibat kezaliman Muammar Gaddafi.

Bagi sesiapa yang berhasrat untuk membantu rakyat Palestin dan Libya, mereka boleh menyalurkan sumbangan tersebut menerusi Tabung Kemanusiaan Harakah, nombor akaun 14069010021298 (BIMB).

Jelaskan Sekolah Maahad manakah terlibat dengan keganasan?

KENYATAAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
19 Jun 2011
"Jelaskan Sekolah Maahad manakah terlibat dengan keganasan?"

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar kerajaan menjelaskan Sekolah Maahad Swasta manakah yang dikatakan sedang menjalani proses mengkaderkan anggota-anggota Jamaah islamiah (JI) dan siapakah sumber yang dikatakan "risikan anti keganasan", seperti yang disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia itu juga melaporkan, kononnya maahad itu sebagai transit merekrut rakyat tempatan sebelum menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda dan MILF di Selatan Filina selain masih aktif sehingga hari ini menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah. Maahad tersebut juga dikatakan menjadi tempat perlindungan Abu Bakar, Abdullah Sungkar, Mohd. Iqbal Abdul Rahman, Hambali dan 16 anggota kanan kumpulan Darul Islam dari Solo, Jawa Tengah melarikan diri ke Malaysia selepas pemerintahan Presiden Suharto.

Apa yang merisaukan laporan Utusan ini terlalu samar bilamana sumber risikan itu tidak di dedahkan dan Sekolah Maahad mana tidak disebut secara langsung ini akan menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam negara terutamanya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Maahad ini.

Apa yang meragukan lagi, tahanan-tahanan yang di tahan di bawah ISA atas tuduhan menganggotai Jamaah Islamiah (JI) dan rangkaian Al-Qaeda masih belum dibuktikan bersalah walaupun ada yang telah bertahun-tahun merengkok di dalam penjara. Kewujudan JI di Malaysia masih meragukan.

Sekiranya betul wujud, DPPM mintak di dedahkan sekolah yang terlibat kerana Sekolah Agama Maahad di wujudkan bukan untuk mengkaderkan pengganas seperti yang digambarkan oleh Utusan, tetapi adalah untuk melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang faqih dalam bidang pengajian duniawi dan ukhrawi.

Tindakan utusan ini juga secara tidak langsung melabelkan Islam dengan keganasan dan kita tidak mahu kerajaan Malaysia mengikut telunjuk US yang mengaitkan Islam dengan keganasan, mereka-reka cerita JI dalam negara semata-mata untuk menyedapkan telinga US dan Israel.

Jangan hanya kerana cerita yang sumbernya entah siapa maka sekolah-sekolah Maahad ini menjadi manjadi mangsa dan kesannya ibu bapa takut menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Maahad ini selain pandangan buruk umum kepada sekolah Maahad.

Telah terbukti, Sekolah-sekolah Maahad ini walaupun tidak di bawah kelolaan kementerian pelajaran, mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik setanding dengan sekolah-sekolah kebangsaan malah lebih hebat lagi insan yang dilahirkan itu mempunyai akhlak yang baik.

DPPM juga tidak mahu ini menjadi suatu taktik kerajaan UMNO/BN untuk menghalalkan akta zalim ISA, seterunya menangkap penganjur-penganjur dan peserta-peserta Bersih 2.0 menjelang himpunan aman itu nanti.


Memimpin kebangkitan anak muda


Nasrudin Hassan At-Tantawi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

PAS dakwa Umno hendak kuasai program LL4G

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa program Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia cuba dimonopoli oleh Umno BN termasuk NGO milik mereka, Aman Malaysia.

Beliau berkata, perkara ini jelas terbukti apabila nama beliau digugurkan sebagai salah seorang pemidato di saat-saat akhir sedangkan pada awalnya beliau sudah diingatkan agar bercakap soal Palestin tanpa menyentuh isu politik.

"Saya telah mendapat restu daripada PAS untuk hadir program malam tadi kerana program isu Gaza ini isu bersama.

"Saya mestilah sangat gembira dapat duduk satu pentas dengan Perdana Menteri.

"Tapi apabila nama saya digugurkan daripada berucap, saya rasa kesallah sedangkan mereka kata isu ini isu bersama," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan sebab ketidakhadiran beliau ke program yang diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Bagaimanapun, seorang lagi pemidato Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hadir walaupun slot pidato dibatalkan.

"Ini bukan soal kecewa tidak dapat berucap tapi saya tak pergi langsung malam tadi sebab nampak Umno macam nak ambil alih program tersebut," katanya.

Mohamad pada mulanya diminta menyampaikan pidato menyentuh isu Palestin selama 20 minit yang kemudiaanya dipendekkan kepada 10 minit dan akhirnya dimaklumkan pembatalan slot pidato jam 10 pagi semalam.

Khalid fikir dua kali

Misi kemanusiaan International Freedom Flotilla ll ke Gaza akan berlepas ke sana pada 26 Jun ini dan PAS akan diwakili oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad.

Khalid bagaimanapun ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu beliau sedang mempertimbang samaada akan turut serta atau tidak.

Ini kerana beliau turut sependapat dengan Mohamad bahawa Umno BN ingin menjadikan misi tersebut program mereka sendiri.

"Saya pun sedang fikir balik samaada nak pergi atau tidak labih-lebih lagi bila diberitahu Mat Sabu tidak diberi peluang berucap malam tadi dan nampak Umno BN nak guna program ni untuk naikkan nama mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam.

Beliau turut mengingatkan Umno BN agar jangan mengambil kesempatan di atas penderitaan umat Islam untuk mengharumakan nama parti.

"Bagi saya Umno BN nak ambil kesempatan untuk naikkan nama mereka di atas penderitaan umat Islam.Ini tidak bagus untuk keamanan sejagat," katanya.


Orang dok gebang bab MASALAH RAKYAT depa dok gebang bab 'sex liwat sex liwat'...

Kejayaan 1M'sia: Liwat sex liwat sex liwat sex liwat sex liwat sex...

Oleh: Mid Panah

Berikut adalah wawancara eksklusif Kedah La dengan Presiden UMCO yang juga merupakan PM 1Malaysia (bukan perdana menteri) mengenai beberapa catatan kejayaan negara:

Kedah La: Apakah kejayaan terbesar negara sepanjang Dato’ Seri jadi PM?

PM: Tentulah kejayaan kita mengheret Datuk Seri Anwar atas tuduhan meliwat secara paksa terhadap Saifool Bukori, di samping kejayaan membongkar video sex Anwar.

Kedah La: Tapi bukankah majority rakyat menganggap itu semua adalah fitnah?

PM: Cisss sapa kata fitnah.. belubang pungkok Saifool depa kata fitnah lagi, begitu juga China doll tu ******* **** (sensor) depa senang-senang kata fitnah.

Kedah La: Rakyat Malaysia merungut hari ni sebab harga barangan semua naik, ia berpunca dari tindakan kerajaan Be End naikkan harga minyak, gula dan elektrik?

PM: Dia liwat sungguh, dia berzina sungguh, tak caya pi tengok video sex hitam putih hak depa dok edar tu.

Kedah La: Rakyat merungut mengenai saman ekor?

PM: Mana boleh Anwar tak meliwat, mana buleh dia tak berzina, ramai dah buat sumpah laknat kata dia buat sungguh. Video hitam putih tu muka sebijik macam dia.

Kedah La: Kelembapan ekonomi dan inflasi menyebabkan rakyat Malaysia rata-rata hidup dalam tekanan, apa komen Datuk Seri?

PM: Ramai dah tengok video tu depa percaya, Zulnordin pun sahkan, memang Anwar tu.

Kedah La: Apa usaha kerajaan mengawal kenaikan harga barang serta kenaikan kos hidup?

PM: Kita hiburkan rakyat yang gundah gulana tu dengan video sex, kita dah edar masuk taman-taman, tok imam, kanak-kanak sekolah semua dah tengok.. depa kata best.

Kedah La: Bagaimana dengan perancangan kerajaan untuk menaikkan taraf hidup rakyat?

PM: Laa berapa kali aku nak cakap.. betul Anwar meliwat dan berzina. Kita kena habag banyak-banyak kat rakyat liwat, zina, video sex, liwat zina, video sex..

Kedah La: Hoi hang dok kira Anwar liwat, zina, video sex.. hang tau kaa ramai rakyat nak makan pun tak buleh, hidup susah melarat?

PM: Anwar liwat, zina, video sex, liwat, zina, video sex, liwat, zina, video sex...(mulut mula berbuih-buih)

Kedah La: (Mula naik darah) Hoi hang paham ke dak soalan aku ni? Orang dok kira rakyat susah, rega barang naik melambong.. hang dok kira liwat, zina, video sex..

(Akibat hilang sabaq, wartawan Kedah La boh penendang sebijik kat muka PM, jatuh terlentang gedebuk macam buah nangka.. dalam hati dia menyumpah “Rakyat semakin terhimpit dengan tekanan ekonomi, depa dok kira video sex tak habih-habih b******!@#$%^&*grrr)

Jumpa lagi dalam wawancara isu lain pula..wassalam.

http://kedahla.blogspot.com

Kedah - Peruntukan RM13 juta untuk pembangunan pemakanan

Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

PENDANG – Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan sebanyak RM13 juta untuk pembangunan pemakanan di negeri ini, dan antara peruntukan tersebut adalah untuk pemulihan tanah terbiar sebanyak RM20 ribu bagi setiap projek.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB Dato’ Amiruddin Hamzah berkata, peruntukan RM20 ribu tersebut akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu 70 peratus untuk pemulihan infrastruktur seperti membaiki jalan, pembinaan sistem perparitan dan lain-lain, dan 30 peratus lagi adalah untuk benih, baja serta racun dan peruntukan ini hanya untuk projek pertama sahaja tidak termasuk projek yang seterusnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Kempen Satu Rumah 10 Pokok Buah-Buahan di Pendang.

“Kita merancang untuk memulakan projek ini di Daerah Pendang , kerana tanah di sini sesuai untuk tanaman Nangka Mastura dan Nangka Tekam Yellow. Pada peringkat awal kita menjangkakan 5 ribu pokok akan ditanam di daerah ini dan termasuk di Bukit Perak. Itu adalah pada peringkat awal dan jika kita lebih giat lagi mungkin kuantitinya akan menjadi jauh lebih banyak.

“Jika tanah tidak mencukupi, maka ketua-ketua kampung dalam satu mukim boleh himpunkan 10 hektar tanah terbiar, walaupun ianya tanah dikawasan berasingan. Maka kita boleh campurkan semua tanah tersebut dan tubuhkan satu jawatankuasa kemudian membuat permohonan kepada Jabatan Pertanian,” terangnya.

Dato’ Amiruddin berkata, jika tanah seperti itu juga tiada, maka penduduk kampung boleh menggunakan tanah di sekeliling rumah mereka untuk memulakan projek. Kempen inilah yang dinamakan Satu Rumah 10 Pokok Buah-Buahan.

Projek ini juga bermatlamat untuk membersihkan kawasan kampung dengan menebang pokok yang tidak memberikan manfaat dan selepas pembersihan dilakukan penduduk kampung boleh berbincang dengan pihak Jabatan Pertanian untuk memastikan tanaman yang sesuai ditanam di kawasan tersebut.

“Selain itu, untuk mengelakkan tanaman ini terbiar dan tidak mendapat pulangan, maka pihak tuan perlu berbincang dengan Jabatan Pertanian untuk mengetahui sama ada tanah tersebut sesuai atau tidak untuk tanaman tersebut dan seterusnya untuk proses pemasaran buah tersebut.

“Contohnya nangka Mastura ianya sesuai untuk dibuat jus dan kerepek tetapi masalahnya adalah bekalan nangka tidak mencukupi untuk membuat kerepek tersebut. Selain itu, buat masa sekarang pasaran nangka adalah tinggi terutamanya di luar negara seperti negara Chna dan masyarakat Arab juga sudah mula meminati buah nangka,” katanya.

Tambah Amiruddin, pasaran sekarang sudah terbuka luas dan penduduk tempatan hanya perlu menanam dan mengeluarkan hasil mengikut piawaian yang dikehendaki dan kerajaan negeri akan membantu dari segi urusan pemasaran supaya mendapat hasil daripada projek tersebut.

Untuk mengelakkan lambakan buah-buahan tersebut penduduk tempatan perlu membuat perjanjian dengan Syarikat Kedah Agro kerana syarikat tersebut mempunyai pasaran untuk buah-buahan tersebut.

“Selain itu, kita juga akan menjalankan kempen pemulihan dusun, dan program ini bukanlah dengan menebang pokok-pokok di dusun, tetapi hanya dengan mengahwinkan pokok-pokok tersebut dengan benih baru yang diingini maka selepas itu kita akan mendapat pokok yang dingini.

“Inilah hasrat kita, iaitu untuk menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur kerana jika dilihat walaupun Belanda hanyalah sebesar Pahang namun ia mampu membekalkan makanan untuk seluruh Eropah dan ternakan lembunya melebihi jumlah penduduknya,” katanya.

Tambah Amiruddin lagi, kerajaan negeri tidak akan meninggalkan bidang pembuatan tetapi ianya adalah kerana bidang pertanian telah menjadi sinonim dengan Kedah sejak dahulu lagi. Kerajaan negeri akan memberikan suntikan teknologi baru supaya ianya menghasilkan pulangan ekonomi yang baik kepada rakyat Kedah yang bergiat dalam bidang pertanian.

Dato’ Amiruddin berharap selepas daripada kempen tersebut penduduk tempatan dapat mengikuti perkembangan yang seterusnya supaya sasaran 5 ribu pokok dapat ditanam pada tahun ini tercapai.

P'raya masjid: Nama Agong diheret, kata Aziz Bari

Meskipun mengakui Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-raja Melayu, namun pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mempertikaikan cara nama Seri Paduka diheret setiap kali bagi membidas dasar-dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

NONE"Hanya selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih Pulau Pinang, tiba-tiba peranan Agong menjadi tokoh yang signifikan.

"Nama Baginda digunakan bagi menghalang sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz berkata prosedur atau peraturan yang betul mengikut perlembagaan adalah bagi pihak Istana Negara atau setiausaha sulit Yang di-Pertuan Agong bagi mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai ketua agama dan bukannya oleh pihak-pihak yang lain.

"Pastinya bukan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.

"Jadi beliau harus diam. Biarkan Baginda melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh perlembagaan - bebas daripada kerajaan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri,” kata Abdul Aziz.

Beliau juga membidas dakwaan 'mengarut' oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang berkata adalah salah bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid diadakan.

"Pertama, tidak ada fatwa mengatakan pemilihan itu adalah haram mengikut Islam,” katanya.Fatwa

Lagipun menurut profesor itu lagi, umat Islam, sama ada dari Umno, PAS dan PKR, semuanya pernah terbabit dalam pemilihan parti masing-masing.

azlan"Jika ini tidak mengikut Islam, majlis fatwa sepatutnya mengeluarkan hukum berhubung perkara itu,” katanya.

Semalam, hasrat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 dengan kaedah pilihan raya terpaksa dibatalkan.

Keputusan itu dibuat di Istana Negara di Kuala Lumpur apabila Yang di-Pertua Negri Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua MAIPP Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan hari ini dan esok itu sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid tetapi kini ditangguhkan sehingga notis lanjut.

Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP.

Bantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu yang kini gagal menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang setelah ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008.

Umno mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian.

Khairy, MP Khalid Samad antara sertai misi ke Gaza

June 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan, yang antara lain disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam Khalid Samad yang bakal berlepas ke Gaza minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan.

Malaysia juga meminta PBB supaya memastikan keselamatan kapal-kapal flotilla kemanusiaan tersebut semasa ia berada di perairan antarabangsa, kata Najib di sini malam semasa melancarkan Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia bagi menyertai International Freedom Flotilla II ke Gaza.

Seramai 10 orang rakyat Malaysia, termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai “International Freedom Flotilla II”.

Selain Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau da Khalid, turut sertai ialah Pengerusi Aman Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.

Turut sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah al Ehsan Ismail Darus, wartawan Astro Awani Nazri Kahar dan jurukameranya Wan Yusani Amir.

Najib berkata permohonan yang kerajaan Malaysia kemukakan kepada PBB adalah berasaskan permohonan yang diterima dari LL4G yang didapati wajar dibantu oleh kerajaan.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Noorazman meminta kerajaan supaya mengemukakan dua cadangan kepada PBB bagi mengelak berulangnya tragedi ke atas “Freedom Flotilla” pada 31 Mei tahun lalu enam kapal daripada flotilla itu diserang oleh tentera Israel di perairan antarbangsa.

Ketika tragedi itu, “Freedom Flotilla” anjuran Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) dan Yayasan bagi Hak Asasi Manusia Turki sedang membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan “Pertahankan Kemanusiaan” dan akan disertai 13 kapal antarabangsa — 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan halangan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Najib juga berkata kerajaan akan bantu mengusahakan dana bagi menubuhkan sebuah pusat trauma untuk kanak-kanak di Gaza.

Selain terus berusaha memastikan isu pembebasan Palestin dilakukan hingga satu penyelesaian dicapai, katanya.

Beliau berkata Malaysia juga akan mengetengahkan kepada dunia kesengsaraan rakyat Palestin.

“Kalau tidak buat apa-apa, dunia tidak akan teringat isu Palestin. Tetapi jika ada gambaran terhadap perjuangan ke atas Palestin, world opinion (pendapat dunia) sedikit demi sedikit akan berubah,” katanya.

Perdana Menteri berkata dunia juga tidak harus berputus harapan dalam perjuangan tersebut walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

“Kita jangan merasa yang kita telah kalah, kita akan menggunakan cara lain. Bukan menggunakan kekerasaan, tetapi menggunakan rasa kemanusiaan dunia untuk memperjuangkan nasib Palestin,” katanya.

Sementara itu, Noorazman berkata konvoi kali ini bukan sahaja akan melalui jalan laut tetapi juga darat.

Noorazman berkata, sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk serangan daripada tentera laut Israel, pihaknya akan memulakan latihan bermula esok, termasuk latihan kecemasan ketika berada di air, berhadapan dengan komando Israel dan tekanan mental.

Beliau berkata, mereka akan membawa alat pendidikan, makanan, ubat-ubatan serta barang-barang binaan.

Alahai UMNO.. Nak ajak PAS bersatu lagumana.. Nak sembang BAB PALESTIN pun dah kecut perut dah...

Lifeline4Gaza: Pidato Mat Sabu dibatal, didakwa kerana tekanan JPM

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza, misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin, yang dilancarkan malam ini oleh Datuk Seri Najib Razak, membatalkan acara pidato yang sepatutnya menampilkan penyertaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad (gambar) yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras di sini juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili Barisan Nasional.

Harakahdaily dalam laporannya malam ini berkata tindakan itu dipercayai ekoran penganjur mendapat tekanan Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.


Aduhai nasib baik belum bersatu lagi...perangai cam taik jee kelaku puak2 nie.. nak sembang bab PALESTIN pon dah kecut butir tu belum lagi nak sembang bab-bab ketuanan MELAYU dan AGAMA ISLAM...kompom berbelit lidah puak-puak taik nie..... Nampak sangat gabra tak ketahuan hala puak-puak taik nie... dah hingaq sangat nak BERSATU-BERSATU apa salahnya kita bercakap BAB PALASTEIN nie...dulu Che Det & Arwah Ust Fadhil Noor ok jee dok sepentas.. masa tu bukan ada lagi BAB-BAB NAK BERSATU nie...tapi masa dok hingat ajak PAS bersatu dengan UMNO.. belum apa-apa lagi dah buat kelaku taik dah... tu pon jangan dok sembang nak ajak PAS bersatu dengan depa situ laaa.....

Bagi kami kalau macam nie punya kelaku baik kita pakat-pakat perosok UMNO/BN nie sampai tak panggung kepala.. biaq rapat kebumi muka depa tuu baru depa tau langit tinggi rendah....pegi mampus laa dengan KERAJAAN PERPADUAN hangpa tuu.....

http://anakkedah007.blogspot.com


Polisi dividen: Petanda UMNO-BN semakin kesempitan wang?

GLC kini dijadikan sasaran untuk menyelamatkan UMNO-BN dari kesempitan wang. Polisi dividen yang diutarakan memperlihatkan petanda-petanda bahawa UMNO dan kerajaan persekutuan Barisan Nasional kini semakin kesempitan wang, sehingga mengintai dividen dari syarikat GLC.

KUB Malaysia Bhd yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO dan Kementerian Kewangan memaklumkan pada 14 Jun 2011, bahawa syarikatnya merancang untuk melaksanakan polisi dividen mulai tahun 2013 - mengagihkan dividennya kepada pemegang saham. Kebetulan, Petronas Nasional yang merupakan penyalur wang utama kepada kerajaan persekutuan, mengumumkan pada minggu lalu bahawa syarikatnya telah mencapai persetujuan dengan kerajaan Najib, untuk melaksanakan polisi dividen 30% mulai tahun 2013.

Polisi dividen yang dimaksudkan adalah, sesebuah korporat menentukan satu kadar yang tetap untuk agihan dividen, dengan mengeluarkan keuntungan bersih pada kadar tertentu, untuk dijadikan dividen dan diagihkan kepada pemegang saham. Mengambil contoh Petronas Nasional, polisi dividen 30% membawa makna bahawa, syarikatnya telah menetapkan dividennya pada kadar 30% daripada keuntungan bersih - untuk diagihkan kepada pemegang saham saban tahun pada kadar yang tetap ini.

UMNO-BN paling dimanfaatkan

Menurut laporan Bernama, Pengarah Urusan KUB Malaysia Bhd, Mohd Nazar Samad memaklumkan kepada media pada 14 Jun 2011 bahawa syarikatnya merancang untuk melaksanakan satu polisi dividen mulai tahun 2013, dan beliau berharap ia dilaksanakan setelah syarikatnya mencapai paras pertumbuhan yang stabil.

Kini, KUB Malaysia Bhd mengagihkan dividen kepada 75,000 orang pemegang sahamnya berasaskan keuntungan daripada projeknya. Pada tahun kewangan 2010, syarikatnya mengagihkan dividen 2.4 sen per unit saham.

Menurut laporan tahun kewangan 2010, dua pemegang saham terbesar KUB Malaysia Bhd adalah Gaya Edisi Sdn Bhd (29.62%) dan Kementerian Kewangan (22.55%). Menurut maklumat yang diumumkan di Bursa Malaysia, pemegang saham terbesar Gaya Edisi Sdn Bhd adalah Temasek Padu Sdn Bhd, dan Temasek Padu kini adalah pemegang harta parti pemerintah terbesar, UMNO.

Najib Razak telah menstruktur semula harta parti UMNO setelah mengambil alih tampuk pimpinan. Harta UMNO telah dimasukkan ke bawah Temasek Padu, dan syarikat ini dikuasai oleh orang rapatnya, Zulkifly Rafique, pengasas firma guaman Zul Rafique & Partners, dan seorang lagi peguam dari firma guaman ini, Tunku Alizan Raja Muhammad Alia.

Seandainya KUB Malaysia Bhd melaksanakan polisi dividen pada tahun 2013, maka jelas UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat manfaat terbesar. Menurut model polisi dividen, UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat dividen pada kadar yang tetap dari KUB Malaysia Bhd setiap tahun. Kini, Najib Razak adalah Menteri Kewangan, merangkap Presiden UMNO.

KUB dapat projek mega

Sebagaimana yang diketahui, KUB Malaysia dijangka bakal mendapat satu projek hospital kepakaran kanak-kanak yang bernilai RM3 bilion bersama IJM Corporation Bhd. Di bawah kontrak yang sama, KUB Malaysia bersama IJM bakal mendapat kontrak konsesi untuk mengendalikan hospital tersebut selama 30 tahun.

Selain itu, KUB Malaysia juga berniat untuk mendapatkan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur kedua, yang bernilai RM250 juta, termasuk pembinaan landasan kapal terbang ketiga dan landasan teksi.

Pada masa yang sama, KUB Malaysia juga pengedar gas asli cecair (LNG) yang utama di Malaysia, membawa jumlah perolehanantara RM280 juta hingga RM320 juta setiap tahun. KUB Malaysia juga sedang membida untuk perusahaan LNG Shell Malaysia. Jikalau pembidaannya berjaya, maka syarikat tersebut akan berpeluang untuk menjadi pengedar LNG kedua terbesar, dijangka menyumbang perolehan RM2 bilion setiap tahun, malah akan meningkatkan nisbahnya dalam pasaran dari 12% kepada 32%.

Apa yang menarik, syarikat joint venture antara KUB Malaysia Bhd dengan Malaysia Steel Works (KL) Bhd juga berjaya mendapat satu projek inter-city commuter train bernilai RM1.23 bilion di bawah Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.

Polisi dividen serentak pada tahun 2013?

Sementara itu, Petronas mengumumkan pada minggu lalu, bahawa syarikatnya telah mencapai persetujuan bersama kerajaan Najib bahawa mereka akan menetapkan pengagihan dividen kepada kerajaan pada kadar tetap 30% (daripada keuntungan bersih) mulai tahun 2013. Dua tahun kebelakangan ini, Petronas telah mengagihkan dividen setinggi RM30 bilion setahun kepada kerajaan Najib.

Dari perhitungan yang sedia ada, sekurang-kurangnya dua buah GLC yang berkaitan dengan kerajaan persekutuan dan UMNO akan melaksanakan serentak polisi dividen pada tahun 2013. Dengan kata lain, kerajaan persekutuan dan UMNO akan mendapat dividen yang tetap daripada GLC ini mulai tahun 2013. Seandainya ini satu polisi yang ditetapkan, maka dijangka lebih banyak GLC yang akan mengikut "kerangka" ini.

Petanda-petanda ini memperlihatkan kerajaan Najib dan UMNO kini semakin kesempitan wang, lantas cuba mendapatkan sumber kewangan dari GLC.

Harta semakin kekosongan

Pada hakikatnya ia bukan sesuatu yang berada di luar dugaan. Kerajaan persekutuan telah melabur sejumlah RM26.49 bilion ke atas 104 buah syarikat GLC melalui Menteri Kewangan Diperbadankan, namun kerajaan hanya boleh bergantung kepada Petronas untuk mendapat pulangan yang nyata melalui dividen Petronas. Dengan penetapan polisi dividen ini, pendapatan yang boleh diambil dari Petronas dijangka berkurang dari sebelumnya, namun langkah ini sebenarnya menyasarkan GLC yang lain, menyedari bahawa kerajaan tidak boleh bergantung kepada Petronas selama-lamanya.

Laporan Audit Negara menunjukkan, daripada 25 GLC yang mendapat keuntungan pada tahun 2008, hanya 13 GLC yang mengagihkan dividen kepada kerajaan persekutuan, dan hanya empat buah GLC yang mengagih dividen berturut-turut untuk tiga tahun (2006-2008). 【Baca: Untung, tapi tak bayar dividen

Antara tahun 2006 hingga 2008, Petronas menyumbang RM159.73 bilion dalam bentuk cukai dan dividen kepada kerajaan persekutuan - lebih 98% daripada sumbangan cukai dan dividen GLC. Selain itu, Petronas telah mengagihkan dividen sejumlah RM84 bilion kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun tersebut - 99.8% daripada dividen yang diperolehi kerajaan daripada GLC.

Apakah polisi dividen yang menetapkan kadar pada 30% ini sebagai persediaan kerajaan UMNO-BN berdepan dengan kekosongan wang pada tahun selepas 2013? Lebih-lebih lagi PRU-13 dijangka diadakan pada hujung tahun ini atau tahun 2012, yang sudah tentunya menelan kos yang tidak kurang. Apakah keadaan ini mendesak kerajaan UMNO-BN untuk menggubal polisi dividen, agar memastikan pendapatan yang stabil dari GLC yang untung?

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 14 Jun 2011.

Nga Kor Ming: Bagaimana syarikat bermodal RM100 melabur RM5.8 bilion?

Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja. Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.

Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.

Setiausaha Negeri DAP Nga Kor Ming (gambar kanan) hari ini berkata, mengikut pengumuman EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman pada 9 Jun 2011, Majlis mesyuarat kerajaan Negeri telah meluluskan tanah 150 ekar tersebut kepada syarikat Atigas pada bulan Mei, tahun ini untuk satu projek perlaburan kononnya bernilai RM5.8 billion. Mengikut kenyataan Hamidah, syarikat tersebut akan melabur RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Beliau juga dilaporkan berkata syarikat tersebut akan membekalkan 33% dari jumlah pasaran LNG untuk pasaran tempatan yang mana pembinaan loji dan Kilang akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan.

Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, PR mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai.

Pakatan Rakyat juga meminta kerajaan Negeri menjelaskan samada proses Open Tender pernah dijalankan sebelum projek berbillion ringgit ini dipertimbang serta diluluskan.

Nga berkata, rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat domain (sleeping company) yang hanya berdaftat mulai 28 Februari 2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Maritime Manjung.

Mengikut rekod rasmi Suruhanjaya Sysrikat Malaysia, Syarikat Atigas Technology hanya ditubuhkan pada tahun 2008 dengan modal berbayar seratus ringgit. Tiada rekod perniagaan syarikat tersebut dapat dikesan kerana ia adalah syarikat "Domain",malahan dari rekod SSM, tidak adalah alamat perniagaan untuk syarikat tersebut dan tidak adalah sebarang keuntungan setakat ini.

Nga memberi tempoh tiga hari sehingga Isnin depan untuk Hamidah memberi penjelasan penuh kepada rakyat dan jika beliau gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan mengambil segala tindakan wajar untuk membela hak kepentingan rakyat dan kerajaan.

*Kenyataan dari Nga Kor Ming selaku Setiausaha Negeri DAP, ADUN Pantai Remis dan ahli parlimen Taiping.

Ada POLIS BAIK.. Ada POLIS JAHAT rupa-rupanya...

Polis edar dadah sindiket ditahan


IBU Pejabat Polis Kontinjen di Kuala Lumpur antara lambang penguatkuasaan undang-undang negara.


KUALA LUMPUR - Seorang kanan polis dan lima anggota berpangkat rendah yang bertugas di bahagian narkotik di sini ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dua minggu lepas.

"Sekarang mereka ditahan dan berada di bawah siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1952," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ihtifal Peringkat Kebangsaan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) di Masjid Bukit Aman semalam.

Laporan Polis PERSADA terhadap Karikatur Hina Islam oleh Utusan


Assalamualaikum wbh,

Kami dari sebuah NGO bebas, Persatuan Mahasiswa Darul Aman atau lebih dikenali sebagai PERSADA yang mewakili semua Rakyat Malaysia amnya, dan Khususnya semua Mahasiswa anak Negeri Kedah.

Kami sebulat suara bersetuju untuk menyatakan bantahan kami dengan membuat Laporan Polis terhadap Penyiaran Karikatur yang jelas menghina Islam oleh Utusan Malaysia.

Karikatur itu bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan pada 15 Jun 2011 yang lalu di halaman 15 di dalam akhbar berkenaan.

Didalam Karikatur ini, menampilkan seorang wanita yang ingin membuat aduan bahawa dirinya yang telah dirogol kepada dua orang atau dua institusi yang berbeza. Orang yang pertama dilaporkan adalah kepada Tok Penghulu atau juga difahami sebagai Institusi Agama manakala orang yang kedua yang adalah polis.

Perbezaan didalam 2 karikatur ini boleh menimbulkan keraguan dan kebimbangan terhadap hukum Islam ini bukan sahaja kepada mahasiswa malah juga kepada rakyat jelata.

Dengan penyiaran karikatur ini, kami berasa amat terhina dan teramat malu kerana akhbar yang selama ini yang kononnya mengatakan memperjuangkan bangsa melayu dan agama Islam akhirnya hari ini mereka juga mengikuti jejak langkah seorang ahli Parlimen Belanda, Greet Wilders dengan menyiarkan karikatur yang secara jelas boleh mengelirukan pandangan orang ramai terhadap Islam.

Prinsip dan hukum Islam adalah hendaklah berteraskan kepada AlQuran & Assunnah, yang mana didalam Surah Annur jelas menyebut

“Jika ada seseorang lelaki yang menuduh seorang perempuan berzina, @ seorang perempuan yang menuduh seorang lelaki berzina, hendaklah dikemukakan 4 orang saksi..”

Dalam ayat yang mudah difahami ini jelas menyebutkan soal ‘4 orang saksi’ ini tanpa perlu di tafsir perinciannya.

Oleh itu, semua pertuduhan-pertuduhan berbentuk zina perlu dikemukan 4 orang saksi. Dalam hal ini perlu fahami perbezaan diantara zina dan rogol. Rogol adalah aktiviti perlakuan sumbang itu yang berlaku tanpaan paksaan tetapi berlainan dengan zina yang ianya berlaku disebabkan suka sama suka.

Diatas sebab itulah, dizaman sekarang yang kian canggih ini, alat-alat perakam dan sebagainya ini tidak cukup kuat untuk dijadikan bukti kes zina dan rogol Kerana ia boleh jadi diselewengkan.

Saya membawa contoh, boleh jadi perempuan yang datang mendakwa dirogol itu sebenarnya berzina bukan dirogol. Ketika melakukan maksiat tersebut , mereka melakukan secara suka sama suka, tetapi setelah lelaki itu tidak menikahi perempuan tersebut ataupun atas sebab-sebab yang lain. Perempuan tersebut terdesak, lalu menipu dan mendakwa ia telah dirogol. Ini tidak benar, sebab itu didalam islam mengajar kita untuk mengemukakan 4 orang saksi.

Ini jelas, agama Islam dan hukumnya adalah kekal relevan sehingga kiamat. Oleh sebab itulah kami, amat tidak bersetuju dengan karikatur yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini dan memohon agar pihak polis berbuat sesuatu dan mendesak agar aaakhbar ini memohon maaf secara terbuka dengan kadar segera.

Sekian, Terima Kasih.

PERSADA.

Relax laa UMCO… jangan bagi nampak sangat kata GELABAH

Oleh: Mid Panah

Semuanya gara-gara Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti, satu Malaya jadi kecoh. Publisiti percuma telah dibuat oleh kesemua media pecacai UMCO. Jarang rakyat yang anti UMCO buat program dapat liputan demikian rupa. Ia berpunca dari rasa gelabah bewak UMCO hadapi kebangkitan rakyat ala Mesir.

Jangan lupa isu asal perhimpunan ialah rakyat Malaysia mahu menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil, bukan untuk tumbangkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan. Tapi disebabkan rasa ketakutan yang bukan kepalang maka himpunan aman Bersih 2.0 yang sangat bersih itu telah menerima pelbagai tohmahan. Berikut senarai tohmahan yang dibuat UMCO Be End, rakyat Malaysia bebas untuk percaya yang mana satu:

1. KUNUNNYA ia dibuat oleh DS Anwar demi untuk menutup/mengalih kes liwat dan video lucah fitnah yang dihadapinya.

2. KUNUNNYA ia dibuat oleh Mohamad Sabu untuk menonjolkan dirinya sebagai wira baru dalam PAS, di samping nak menutup isu khalwat yang dihadapinya. (Tudia aih, berpuluh tahun punya isu nak tutup lagi.. biasalah tuduhan standard UMCO Be End.. tutup, alih, tutup, alih).

3. KUNUNNYA ia rancangan DAP untuk melaga-lagakan orang Melayu PAS dan UMCO.

4. KUNUNNYA ia adalah agenda golongan anti Islam yang memimpin NGO Bersih, mereka ada agenda tersendiri. (Satu lagi istilah standard UMCO Be End ialah ‘agenda’).

5. KUNUNNYA Pakatan Rakyat nak tunjuk kekuatan dan menyeret rakyat menyokong mereka setelah mereka tidak lagi mendapat sambutan oleh rakyat.

6. KUNUNNYA PR tahu akan kalah dalam PRU ke 13, jadi cipta alasan siap-siap sebelum kalah.

Begitulah adanya senarai sebab adanya Bersih 2.0 yang dikutip dari media-media pecacai UMCO Be End. Ia membayangkan ketakutan yang tidak terhingga mereka sehingga tuduhan yang dicipta pun merapu meraban dan bermacam-macam. Kesian tengok, sengsaranya puak yang dah nak habih umok nii…

http://kedahla.blogspot.com

Lifeline4Gaza: Pidato Mat Sabu dibatal, didakwa kerana tekanan JPM

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza, misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin, yang dilancarkan malam ini oleh Datuk Seri Najib Razak, membatalkan acara pidato yang sepatutnya menampilkan penyertaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad (gambar) yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras di sini juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili Barisan Nasional.

Harakahdaily dalam laporannya malam ini berkata tindakan itu dipercayai ekoran penganjur mendapat tekanan Pejabat Perdana Menteri.

“Pihak JPM maklumkan kepada kita, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

“Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, Perdana Menteri pula tak mahu datang rasmi”, kata salah seorang petugas dipetik laporan itu.

Laporan itu menambah nama Mohamad dan Khairy pada ‘backdrop’ juga ditutup.

Mohamad yang mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” yang dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu.

Kata Mohamad, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi.

“Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit. Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini,” katanya dipilih sebagai timbalan presiden awal bulan ini.

“Saya rasa dipermainkan,” kata Mohamad dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas 10 pagi esok.

Khairy hadir pada program malam ini.

Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu.

Tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada ‘backdrop’ di pentas menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka.

Majlis perasmian disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

Aduhai ZulNordin... Jika kata jilat.. sampai licin hang nak sapu....

Zulnordin 10-11 bakaq Masjid India 1998…
kah kah kah gelak gulin gulin

http://mob1900.globat.com/temp/blogpics4/mob1900_zul_the_scum.jpg

Oleh: Mid Panah

Berkata keldai tunggangan UMCO, Zulnordin 10-11 bahawa dia dan geng reformasinya bakag Masjid India pada 1998, untuk cetuskan provokasi isu Anwar. ‘Pendedahan’ itu disampaikan dalam satu ceramah anjuran UMCO.

Mid nak tanya rakyat 1Malaysia, pernahkah dengaq cerita pada tahun 1998 Masjid India terbakar? Ish kalau betoilaa Masjid India dibakag oleh puak-puak reformasi maka semua media pecacai UMNO akan main isu tu 40 hari 40 malam.

Tulah manusia yang bernama Zulnordin 10-11 ni, muhong teradap. Tu pun jangan, puak-puak penyokong UMCO yang mai dengaq ceramah tu telan bulat-bulat tak payah guna akai untuk pikiag dah.

Padanlaa orang panggil hang Zulnordin 10-11.. 10 bercakap, 11 muhong.

Aku ingat waktu PRK Permatang Pauh (masa tu dia masih PKR), Anwar ceramah akan bentuk kerajaan 16 September. Zulnordin ceramah, “bukan 16 September tuan-tuan, minggu depan ni dah.” Mokalu kata Anwar muhong dia lagi deraih muhong.

Eloklaa hang jadi UMCO pun, boleh pi dok muhong kat puak-puak bengong dalam UMCO.. biag depa anggok-anggok macam pokka, terebey kepala baru tau.

http://kedahla.blogspot.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...