TERKINI :

Friday, June 17, 2011

Talam dua muka: Satu Malaysia, Dua UMNO

Desas-desus bahawa PRU-13 bakal diadakan pada pertengahan tahun ini agak kencang sebelum ini. Tetapi, susulan daripada kenaikan harga minyak, gula, elektrik dan sebagainya, kemungkinan ini semakin menipis. Ada yang mengatakan bahawa Najib dan Muhyiddin berbeza pandangan dalam hal ini - Muhyiddin berharap PRU diadakan secepat mungkin, Najib pula mahu menanti peluang dan masa yang lebih baik.

Hujah ini ada asasnya yang objektif pada tahap tertentu. Sokongan pengundi Cina belum kembali ke BN, malah sokongan bumiputera bukan Islam di Malaysia Timur terhadap BN mulai goyah. Seandainya PRU diadakan sekarang, amat sukar untuk BN memperolehi majoriti dua pertiga. Sungguhpun majoriti dua pertiga dimenangi BN, besar kemungkinan ia ditunjangi kerusi UMNO - maka wujudlah sebuah kerajaan yang didominasi sepenuhnya Melayu, dengan bumiputera Malaysia Timur sebagai sampingannya.

Keputusan sebegini memperlihatkan kegagalan Najib dalam garis politik "1Malaysia"-nya, lantas beliau kehilangan modal untuk meneruskan program transformasi ekonominya. Justeru itu, jikapun Najib tidak digulingkan sejurus selepas PRU-13, beliau juga akan menjadi PM yang tempang.

Maka adegan gandingan Mahathir-Muhyiddin untuk menggulingkan Abdullah Ahmad Badawi akan berulang. Perwatakan Mahathir tiada gantiannya, malah Muhyiddin pada ketika itu adalah orang rapat Abdullah pada asalnya. Kini, siapa pula "Muhyiddin" yang baru? Ada yang teka Naib Presiden dengan undi tertinggi, Ahmad Zahid Hamidi yang kini menyandang jawatan Menteri Pertahanan.

UMNO semakin berkocak. Pada tahap tertentu, ia adalah persaingan antara dua garis politik. Pertama, mahukah UMNO mengambil kedudukan pertengahan untuk mengembalikan undi bukan Melayu yang hilang secara mendadak pada tahun 2008? Kedua, mahukah UMNO melaksanakan reformasi ekonomi, untuk mengurangkan defisit kerajaan dan meningkatkan persaingan di antarabangsa? Kedua-dua pendekatan ini bersamaan dengan penafian terhadap dasar dan garis politik UMNO yang lalu - sebagaimana keterbukaan politik secara terhad oleh Abdullah Ahmad Badawi yang menyinggung sayap kanan dan mereka yang berkepentingan dalam UMNO, termasuk Mahathir Mohamad.

Sesiapa yang berada di kedudukan Najib terpaksa berbuat demikian. Jikalau tidak, pemerintahan UMNO bakal berdepan dengan cabaran dari dalam dan luar, sehingga memberi laluan kepada Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat untuk menjadi pengganti. Namun, siapa-siapa yang tidak berada pada kedudukan Najib tetapi berhasrat untuk memanjat tangga kuasa akan tergoda untuk menarik sokongan sayap kanan dalam UMNO.

Oleh yang demikian, gagasan "1Malaysia" Najib sering terhantuk dalam UMNO - bukan sahaja Muhyiddin secara terang-terang mendakwa dirinya mendahulukan identitinya sebagai Melayu daripada Malaysia, malah sepupu Najib, iaitu Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein juga membela sayap kanan ketika bangkitnya isu demonstrasi kepala lembu dan khabar angin penubuhan"Negara Kristian".

Talam dua muka: Strategi UMNO

Menurut wartawan yang dipecat dari Utusan Malaysia, Hata Wahari, Utusan dikawal secara terus oleh Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan UMNO. Oleh itu, pendekatan Utusan yang ektrem bukan kerana sabotaj Muhyiddin, tetapi adalah strategi "talam dua muka" UMNO. Satu mukanya berdepan dengan golongan Melayu sayap kanan, sementara satu lagi ditujukan kepada bukan bumiputera, Melayu yang berada di pertengahan dan pengundi Malaysia Timur. 【Baca: Hata Wahari: Ruang kebebasan hilang selepas Najib memerintah

Slogan "1Bumi, 1Melayu" yang dilaungkan Utusan Malaysia, disahut PERKASA adalah wajah yang bertentangan dengan "1Malaysia". Mungkin kita boleh menganggap ia dua wajah UMNO, satu berwajah hitam dan satu lagi berwajah putih.

Secara tradisionalnya, bukan Melayu kini cenderung untuk menyokong pembangkang. Maka, KPI untuk "1 Malaysia" oleh Najib/ UMNO berwajah putih tidaklah setinggi mana. Sokongan bukan Melayu tidak perlu melebihi 50%, tetapi hanya dengan pengembalian sokongan pada tahap tertentu, ditambah dengan persempadanan kawasan pengundian yang licik, cukup untuk mengembalikan majoriti dua pertiga BN - maka ia dikira prestasi yang unggul. Seandainya satu atau dua negeri Pakatan Rakyat dirampas, terutamanya Selangor, maka ia dikira kemenangan besar-besaran.

UMNO yang berwajah hitam (Mahathir, Muhyiddin, Utusan Malaysia, PERKASA dsb) mempunyai pertimbangan dirinya. Seandainya UMNO yang berwajah putih (1Malaysia) berjaya, maka jasanya dipahat dengan nama Najib. Maka Najib mempunyai asasnya - dengan "amanah rakyat" yang diberikan - untuk menjalankan pembaharuan dalaman, yang bakal menyinggung mereka yang berkepentingan.

Pertimbangan UMNO yang berwajah hitam adalah bagaimana menambah dominasi UMNO terhadap kerajaan. Maka serangan mereka terhadap "bukan Melayu" bukan sekadar cara mereka mendapat undi Melayu, tetapi juga matlamat mereka.

UMNO yang berwajah dua ini mempunyai perhitungan yang berbeza. Walaupun kedua-duanya menyasarkan majoriti dua pertiga, tetapi "dua pertiga" mereka berbeza. UMNO yang berwajah putih menyasarkan dua pertiga yang memiliki kerusi bukan Melayu yang mencukupi, untuk mengekalkan Najib pada kedudukan PM-nya.

Untuk UMNO yang berwajah hitam pula, dua pertiganya perlu dimenangi dengan kerusi UMNO yang terbanyak, meskipun terpaksa mengorbankan parti komponennya. Pada hakikatnya, seandainya parti komponen mempunyai prestasi yang terlalu baik, ia mungkin mengimbangi UMNO berwajah hitam.

Apakah realitinya sekarang? Biar kita asingkan dulu 57 kerusi dari Malaysia Timur. BN mungkin hanya memenangi kira-kira 40 kerusi di Malaysia Timur, seandainya dikira mengikut pilihan raya negeri Sarawak. Justeru itu, seandainya BN mahu mengembalikan majoriti dua pertiga (148 kerusi), maka BN perlu memenangi 108 kerusi di Semenanjung, iaitu 23 kerusi lebih banyak daripada 85 kerusi yang sedia ada (bilangan kerusi BN selepas PRU 12 dan PRK selepasnya).

UMNO berwajah hitam lebih mendominasi

Dari sudut UMNO berwajah hitam, memainkan isu perkauman dan agama membolehkan BN untuk menawan 37 kawasan hitam Pakatan Rakyat, walaupun pada masa yang sama mungkin kehilangan 25 kawasan hitam BN yang mempunyai satu pertiga pengundi Cina dalam kawasan. Namun, untung bersihnya adalah 12 kerusi.

Paling penting, daripada 34 kawasan hitam Pakatan Rakyat, 25-nya ditanding UMNO. Untuk kawasan hitam BN yang mempunyai satu pertiga pengundi Cina - UMNO hanya bertanding 10 kerusi. Maksudnya, UMNO menang bersih 15 kerusi, maka kerusinya di Semenanjung akan bertambah dari 64 kepada 79. Seandainya UMNO menang kesemua 14 kerusi di Sabah, maka UMNO memiliki 93 kerusi - hanya kekurangan 19 kerusi untuk memerintah dengan majoriti mudah.

Dengan 79 kerusi UMNO di Semenanjung, ditambah pula 18 kerusi yang dimenangi parti komponen seperti MCA, dan 40 kerusi dari Malaysia Timur, maka BN akan memenangi 137 kerusi. Walaupun belum menjangkau dua pertiga, namun UMNO, khususnya UMNO berwajah hitam semestinya lebih dominan. MCA gagal melakukan apa-apa walaupun bertebal muka untuk masuk ke dalam kabinet.

MCA menyedari bahawa nasib dirinya bergantung kepada UMNO yang berwajah putih, maka mengugut untuk tidak masuk ke dalam kabinet seandainya kalah dalam PRU. Namun demikian, seandainya pengundi Cina menyokong UMNO berwajah putih semata-mata untuk mempertahankan perwakilan orang Cina/bukan Melayu, apa pula kesudahannya? MCA akan menang 12 lagi kawasan bahaya, MIC dua dan MIC satu, ditambah dengan 18 sebelum ini - maka ketiga-tiga parti ini menyumbang 33 kerusi, dan BN akan memperolehi 152 kerusi - melebihi majoriti dua pertiga!

Selagi UMNO teruskan permainan talam dua muka, apakah yang boleh dilakukan komponen parti BN dalam parlimen yang mempunyai 93 kerusi UMNO (42%) , dan 70 kerusi pembangkang (32%)? Apakah empat orang Menteri MCA boleh menandingi kuasa penafian yang ada pada satu pertiga kerusi Pakatan Rakyat?

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 3 Jun 2011.

Kartun hina Islam: Matlamat politik halalkan cara- Hata Wahari

KUALA LUMPUR: Matlamat memenangkan tuan politik mendorong Utusan Malaysia yang diletak di bawah Media Prima, menghalalkan apa saja cara termasuk menghina Islam, kata Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari.

Beliau berkata, pertimbangan sensitiviti agama, kaum dan gender bukan lagi keutamaan dalam etika kewartawanan mereka, selagi ia bertujuan menjatuh kredibiliti lawan.

“Ini akibatnya apabila keterlaluan meletakkan agenda politik untuk melebihkan tuan politik mereka- Matlamat menghalalkan cara.

“Sama ada editornya beragama Islam atau tidak bukan isu utama. Walhal, mereka tahu perbuatan itu melanggar hukum agama mereka sendiri,” kata Hata yang ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Hata yang juga bekas wartawan kanan Utusan Malaysia berkata, ia bukan pertama kali karya seperti itu disiarkan media yang dinaungi Media Prima.

“Ini bukan kali pertama Media Prima melakukannya. Sebelum ini Berita Harian mempersenda rakyat Jepun yang sedang berkabung dan kesedihan dengan karikatur satu watak kartun popular yang sedang lari dari ombak Tsunami. Ini tidak sensitif.

“Bahkan, beberapa tahun dahulu, New Straits Times mengulang siar lakaran Nabi Muhammad yang digambarkan sebagai pengganas.

“Jika Media Prima sensitif, ia takkan membenarkan penyiaran tersebut. Jangan anggap masyarakat bodoh,” tegas Hata.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan nilai sinikal yang dihasilkan oleh sesebuah karya berbeza dengan karya yang membawa tohmahan.

Beliau merujuk kepada kartunis politik popular seperti Zunar yang bijak menyesuaikan hasil karyanya untuk tatapan umum.

“Seperti kartunis Zunar, dia melukiskan watak seseorang yang jelas imejnya- contohnya seperti sanggul Rosmah yang besar. Tetapi untuk karikatur seperti (Utusan) ini, jelas menghina hukum Islam.

Semalam, akhbar milik Umno – Utusan Malaysia menyiarkan karikatur yang menghina Ulama dan memperlekeh hukum Islam.

Karikatur bertajuk ‘Kekeliruan Kes Rogol’ menggambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon, tetapi ditolak oleh watak seorang dengan imej berserban kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis dan alatan itu boleh dijadikan bukti. Karikatur bertujuan membawa persepsi seolah golongan agama tidak serius dengar niat mempermain hukum Islam, iaitu persaksian kes zina.

Berikutan itu, bantahan pelbagai pihak termasuk Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang bercadang untuk mendakwa pelukis dan editor akhbar berkenaan kerana menghina Islam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15306

Felda: Untung RM1bilion tapi hutang RM6 bilion

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan didapati memberi keterangan bercanggah dan berdolak dalih ketika cuba mencanang Felda sebagai sebuah syarikat kerajaan yang mencatatkan keuntungan berlipat ganda dan kononnya tidak pernah “membebankan” peneroka-peneroka dengan pinjaman yang diambil oleh mereka.

NONEBagaimanapun Ahmad mengaku di Parlimen semalam bahawa meskipun kedudukan Felda begitu utuh, syarikat itu membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad juga menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian.

Ini menurutnya adalah kerana Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion pada tahun lalu.

Bagaimanapun Ahmad kemudian mengakui bahawa sebuah syarikat yang dibeli untuk memasuki pasaran minyak masak di Amerika Utara menanggung kerugian.

Namun katanya, kerugian itu fenomena biasa dalam pembelian aset di luar negara.

NONEPada ucapannya di parlimen itu, Ahmad mempertikaikan angka-angka yang dirujuk oleh ketua pembangkang mengenai kerugian terkumpul Felda sebanyak RM500 juta dari tahun 2007 hingga 2010.

Sebahagian besar daripada kerugian itu dikatakan ditanggung oleh Felda Global Ventures menerusi pelaburan-pelaburan rapuh di luar negara, kata Anwar sambil memberikan contoh-contoh pelaburan yang dimaksudkan.

Tidak pernah tindas

Anwar meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.

palm oil plantation 111005“Saya tidak tahu dari mana ahli parlimen Permatang Pauh mendapat angka-angka ini,” kata Ahmad dengan sekali lagi mencanang keuntungan RM1.197 bilion Felda tahun lalu.

Anwar berkata Felda sepatutnya mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.

Namun akibat pengurusan lembab, peneroka dinafikan hak untuk menikmati keuntungan lebih tinggi memandangkan harga kelapa sawit dan getah dunia melambung tinggi.

felda tenang calonAnwar menegaskan pencapaian anak syarikat Felda tidak mencerminkan aset begitu luas yang dimiliki oleh Felda serta potensi keuntungan yang bakal dicapai.

Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.

Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.

Ahmad pada siadang Dewan Rakyat juga mendakwa peneroka Felda tidak pernah ditindas, namun keputusan-keputusan mahkamah dalam beberapa saman yang difailkan oleh peneroka
menunjukkan hakikat yang sebaliknya.

NONERibuan peneroka Felda memenangi hak untuk mendapatkan pampasan daripada Felda setelah hakim memutuskan mereka ditipu bayaran untuk hasil sawit yang diusahakan.

Antaranya, Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Aduhai PEMUDA PAS.. baru bangun ka.. Jika bab UTUSAN nie sepatutnya dah lama dah pun buat benda nie..!!

Karikatur: Mohon maaf atau sedia hadapi protes besar-besaran, tegas Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Dewan Pemuda PAS pusat memberi tempoh tujuh hari kepada Utusan Malaysia, akhbar milik Umno, agar memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menyiarkan karikatur didakwa menghina agama itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, ketuanya Nasrudin Hassan (gambar) berkata, tempoh tujuh hari itu bermula dari tarikh karikatur berkenaan disiarkan iaitu kelmarin.

Selain itu tegas beliau, selain memohon maaf Utusan Malaysia juga perlu mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur tersebut, yang hanya dikenali sebagai “Miki”.

Tambah Nasrudin, pihaknya telah menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia pagi ini dan diterima Ketua Meja Jenayah Sufian Abu Bakar.

“Kami memberi tempoh selama tujuh hari bermula 15 Jun supaya Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menyiarkan karikatur yang menghina Islam.

“Kami juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis kartun itu dan jika tidak akan meneruskan siri bantahan, kami akan membuat perhimpunan lebih besar bagi menyatakan pendirian kami yang tidak bersetuju dengan karikatur tu yang secara jelas menghina Islam,” katanya.

Kelmarin akhbar harian berbahasa Malaysia itu pada muka surat 15 telah menyiarkan karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” dan ia menurut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan menghina Islam.

Selain itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa agar Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka.

Akhbar itu menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan itu menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus ... Alat itu pun boleh jadi bukti!”.

Tambah Nasrudin, pihaknya juga mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia sambil menyifatkan “ia bukan kali pertama.”

“Kartun ini jelas menunjukkan Utusan Malaysia mempersendakan hukum Islam, mencetus kekeliruan terhadap agama Islam dan mempersendakan tokoh-tokoh agama.

“Selain itu, ia juga menimbulkan keresahan masyarakat berkaitan dengan jenayah rogol dan terhadap keupayaan undang-undang Islam menyelesaikan jenayah.

“Jadi kita harap Kementerian Dalam Negeri tegas,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya juga akan membuat desakan kepada KDN sekiranya Utusan Malaysia enggan memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan itu.

Selain Nasrudin, empat pemimpin sayap Pemuda PAS turut sama menyerahkan memorandum kepada Utusan Malaysia.

Ini baru Malaysia Boleh - hebat rakyat Malaysia

90 peratus penggodam ‘Operation Malaysia’ tempatan


KUALA LUMPUR, 17 Jun — Pentadbiran Najib berkata siri serangan penggodam Operation Malaysia sejak kelmarin telah menyasarkan sekitar 200 laman web dengan majoriti mereka yang menggodam adalah pihak Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata siasatan awal menunjukkan 90 peratus penggodam berpangkalan di Malaysia.

Bersih 2.0: Khalid jangan buta undang-undang

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar kenyataanTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 15 Jun lalu bahawa pihak polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan.

Pengarahnya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzami berkataan kenyataan itu tidak mencerminkan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara memahami Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak warganegara untuk berhimpun secara aman.

“Kami amat simpati dengan rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang Timbalan Ketua Polis Negara yang buta undang-undang dan tidak memahami hak asasi rakyat yang sangat fundamental dalam sebuah negara demokrasi,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, tindakan menangkap berbentuk pencegahan (pre-emptive) untuk satu kesalahan yang belum lagi berlaku jelas menyalahi prinsip asas perundangan jenayah dan hak asasi manusia.

“Adakah kenyataan ini bermaksud pihak polis ingin menghalalkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menangkap orang yang tidak bersalah?” soalnya.

Jelasnya, tindakan penangkapan seperti itu tidak syak lagi adalah satu salah guna kuasa (abuse) yang sangat jelas oleh pihak eksekutif dan sekutunya.

Beliau berkata, phaknya juga melihat kenyataan tersebut sebagai suatu ugutan yang tidak wajar dilakukan oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili pasukan polis selaku penjaga kepentingan awam (guardian of public interest).

Menurutnya, pihak yang ingin berhimpun secara aman mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan sekiranya berlaku apa-apa kemudaratan awam atau kesalahan jenayah, maka barulah pihak polis menyuraikannya selaras dengan Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Sehingga perkara sebegitu berlaku, jelasnya tindakan menghalang adalah satu salah guna kuasa pihak polis ke atas hak yang telah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jelas beliau lagi, Seksyen 27 Akta Polis tersebut bertujuan untuk mengawal dan menjaga ketenteraman sewaktu perhimpunan berlangsung dan bukannya digunakan untuk menghalang hak rakyat dari berhimpun.

Justeru, Juham menggesa pihak polis meneruskan tanggungjawab selaku penguatkuasa undang-undang dan mematuhi kuasa dan tanggungjawab yang diperuntukkan melalui Seksyen 20(1), Bahagian VII Akta Polis 1967 yang menyatakan bahawa:

"Tiap-tiap pegawai polis hendaklah melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa yang dipertanggungkan atau DIBERIKAN OLEH UNDANG-UNDANG ke atas atau kepada seorang pegawai polis, ..."

Katanya, perlaksanaan tugasan dan tanggungjawab pihak polis DENGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG dan menggunakan budibicara yang adil untuk kesemua pihak tanpa amalan double standard akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh itu, ujarnya Juham menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan hak berhimpun dan berkumpul secara aman sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen undang-undang serta amalan hak asasi manusia sejagat.

Tegasnya, Juham juga berikrar akan mempertahankan hak ini dan bersedia untuk memberikan khidmat perundangan kepada mangsa-mangsa tangkapan polis yang dibuat secara tidak sah.

“Kami akan memberikan legal representation kepada mereka yang terlibat seawal dari tangkapan dibuat sehinggalah ke peringkat rayuan di mahkamah tertinggi dengan segala kos guaman ditanggung sepenuhnya.

“Ayuh, rakyat Malaysia, bangkitlah dan pertahankan hak kita sebagai warganegara Malaysia tanpa rasa takut dan gentar,” katanya.

UM-NO: Katakan tidak pada Utusan dan Umno

KOTA BHARU, 17 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyempurnakan Kempen Boikot Utusan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, sebentar tadi.

Majlis pelancaran kempen itu bermula sebaik sahaja beliau mengakhiri kuliah pagi Jumaat di Dataran Ilmu, di sini pada jam 10.15 pagi.

Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan memangkah perkataan Utusan Malaysia pada kain rentang sebagai simbolik pelancaran memboikot akhbar milik Umno itu.

Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar) dalam ucapan ringkas mengambil perkataan ‘Umno’ sebagai ungkapan kepada pemboikotan akhbar berkenaan.

Katanya, ‘UM’ adalah ringkasan kepada Utusan Malaysia dan ‘NO’ sebagai tidak, justeru 'katakan tidak pada Utusan’ dan ‘tidak pada Umno’.

Beliau yang juga Adun Mengkebang memberikan tiga sebab tindakan memboikot itu dilakukan kerana Utusan sudah menjadi akhbar yang memecahbelahkan perpaduan rakyat, menyebar unsur-unsur lucah dan fitnah.

Menurutnya, kemuncak kepada tindakan akhbar berkenaan sejak mutakhir ini boleh menimbulkan hura-hara di dalam negara ini.

Namun, tegasnya pemboikotan diambil sebagai menyatakan bantahan terhadap akhbar itu yang menyiarkan karikatur mengenai kes rogol yang jelas menghina hukum Allah SWT.

"Kalau dulu, akhbar Denmark yang menghina Islam, tapi hari ini akhbar utama dalam negara kita yang menghina agama Allah yang maha suci," ujarnya.

Justeru, beliau menyeru para pendukung PAS, Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat supaya tidak membeli akhbar tersebut.

"Kalau beli bermakna kita suburkan fitnah, lucah dan kita menghina Islam," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruhnya.

Tegasnya, penghinaan terhadap agama Allah yang dilakukan oleh Utusan tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan lebih banyak lagi penghinaan seperti itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

BERSIH alu-alukan demo Pemuda Umno

BERSIH mengalu-alukan keputusan Pemuda Umno untuk turut sama berhimpun dan berarak pada masa dan tempat yang sama dengan mereka pada 9 Julai ini.

NONEAnggota jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak akan cuba menghalang pergerakan itu kerana setiap pihak mempunyai hak berhimpun.

"Kami tidak akan cuba hentikan mereka. Mereka mempunyai hak berhimpun dan begitu juga kami.

"Kami menghormati hak masing-masing. Mereka hendak berhimpun atau berjalan, itu hak mereka," katanya.

Malam tadi, Pemuda Umno memutuskan berhimpun 'berdamping' dengan bersih bagi menyokong sistem pilihan raya sedia ada. Butiran lanjut bagaimanapun belum diumumkan.

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

Jika semuanya menjadi kenyataan, tiga kumpulan tersebut dijangka bertembung pada hari berkenaan.

kumpulan itu 'sebenarnya sama'

Ditanya sama ada pihaknya beranggapan bahawa tindakan itu merupakan provokasi, Maria berkata:

"Perhimpunan kami aman. Kalau ada provokasi, bukan datang daripada kami. Kami tidak keluarkan sebarang kenyataan (provokasi) dan menegaskan menolak keganasan."

umno youth rally 090209 khairy 02Mengulas berhubung kemungkinan berlaku pertembungan antara pihaknya dengan Pemuda Umno dan PERKASA, Maria secara berseloroh menyifatkan kedua-dua kumpulan itu "sebenarnya sama."

Dalam perkembangan berkaitan, Maria memberitahu sebanyak 2,000 kemeja-t rasmi BERSIH berwarna kuning akan mula diedarkan pada Ahad ini sewaktu pelancaran perhimpunan itu di ibu negara.

Menurut Maria, ia akan dijual dengan harga RM15 setiap satu.

Akan diedarkan juga pengikat kepala BERSIH dan risalah menjelaskan lapan tuntutan mereka beserta satu risalah berhubung persempedanan semula kawasan pilihan raya, tambah Maria.

Selain ucapan wakil NGO yang menyokong perhimpunan itu, majlis tersebut juga akan menayangkan dokumentari ringkas berhubung pembelian undi dalam pilihan raya, termasuk kejadian dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

"Kami undang semua wakil parti politik tidak kira daripada pembangkang dan kerajaan untuk memberikan sokongan," katanya lagi.

NGaku ja Lah

Betoi dak Perkasa tu Umno dan Umno tu Perkasa


Betoi dak yang Perkasa tu adalah Umno dan Umno itu adalah Perkasa... Perkasa ni hanyalah perkakas Umno yang bersuara menajga kepentingan Umno yang mana suara suara itu terlalu sensitif untuk disuarakan oleh Umno sendiri demi menjaga keharmonian dalam BN. Umno terpaksa mencipta satu perkakas yang bila bercakap tak kira sesensitif mana pun isu tersebut, Umno tidak akan dipersalahkan oleh rakan rakan dalam BN.

Perkasa yang diangkat menjadi lidah Umno hanya akan sensitif terhadap isu politik yang menyentuh PAS, PKR dan DAP sahaja. Dan akan terus menjuarai isu politik untuk mempertahankan Umno / BN tanpa memijak dibumi keadilan.

Perkasa hanya hidup enak diatas isu isu yang dipolemikkan demi survival politik Umno / BN. Lihat saja isu murtad, kenapa Perkasa senyap bagai tiada hati dan perasaan langsung bagi NGO yang kekononnya menjaga kepentingan Melayu dan Islam itu.

Melihat pada penyata rasmi yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) memang mengharukan kita.

Dimana presiden Perkasa ketika ini yang jugak sebagai seorang ahli parlimen bila mendengar sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam atau murtad?

Perkasa yang dikatakan ingin mempertahankan hak orang Melayu / Islam dalam semua aspek dan hak pribumi ini tetiba menjadi bisu dan tukang angguk pada Umno. Apa yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali setelah diperjelaskan oleh Datuk Seri Jamil Khir berkaitan statistik tersebut?

Tak salah jika majoriti rakyat menjadi curiga dengan pendekatan Perkasa selama ini. Isu murtad ini langsung tidak memberikan kesan sensitif terhadap perjuangan Perkasa.

"Khir Toyo suruh saya tipu SPRM"

SEMAKIN hari semakin dekat Khir Toyol dengan penjara berhubung kes perbicaraan rasuah (sebut curi duit rakyat) yang sedang dihadapi [Malaysiakini]. Gua yakin pintu penjara sentiasa terbayang-bayang di benak Khir Toyol sejak kebelakangan ni. Mana tidaknya, satu persatu tembelangnya sudah kantoi.



Kalau lu orang nak tau, Khir Toyol bakal masuk penjara bukan sebab dia bersalah atau tidak, bukan sebab kesalahannya sudah terbongkar, juga bukan sebab keadilan sudah terbukti, tapi sebab UMporNO sudah tak mau lagi dengan Khir Toyol. Khir Toyol sudah tidak ada guna lagi kepada UMporNO.

Gua masih ingat kata-kata Khir Toyol di dalam blognya semasa kes curi duit rakyat ini baru dibangkitkan.

"Bila pokok sudah tumbang, kura-kura pun boleh panjat"

Memang tepat sangat kenyataan tu dengan keadaan Khir Toyol sekarang. Selagi pemimpin gerombolan video lucah masih memegang kuasa, lu orang jangan haraplah diorang nak kena dakwa. SPRM, BOMBA, POLIS, semua diorang boleh kawal bhai.

Kalau lu orang tak percaya, jom kita undi Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti, kita tengok satu persatu menteri dan orang besar-besar akan masuk penjara. Masa tu lu orang akan tahu, siapa orang besar yang curi duit rakyat, yang bunuh orang, yang rogol amah dan lain-lain.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/06/khir-toyo-suruh-saya-tipu-sprm.html#ixzz1PVNdXpn8

Halal ke Demo BERSIH???

Hukum Demonstrasi BERSIH 2.0 Halal! Tidak Haram...

(UZAR] Isu Demonstrasi Haram: Jangan Main Tenis Tapi Guna Peraturan Badmintan



Antara isikandungan:

Jangan terlalu kaku ketika berhadapan dengan teks syarak (nash) yang berkaitan dengan muamalat. Tidak seperti dalam hal-hal ibadah.

Dalam hal muamalah mestilah bertepatan dengan maqasid atau roh syariah. Sedangkan dalam hal ibadah mestilah bertepatan dengan taks syarak atau nash.

Cara perlantikan pemerintah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman selepasnya adalah berbeza dengan yang ada sekarang, iaitu demokrasi. Dahulu, untuk melantik khalifah tiada pilihanraya. Tiada pungutan suara dari rakyat.


Read more...

blogger Diugut Bunuh

PANAS!!! LAGI BLOGGER DI ANCAM BUNUH KERANA KRITIK GOMEN!!


ini bukan citer blogger umno yang kene ugut pasai minum araq.. kehkehkeh
Seorang remaja berusia 12 tahun kini menjadi target pembunuhan akibat tulisan di blognya. Tanpa takut remaja bernama Pocesta Rastko itu menentang pemerintah Serbia, dengan menginginkan pengiktirafan negara Kosovo.

Kalau dilihat, seorang anak yang kelihatan dungu ini tidak mungkin menjadi sasaran pembunuhan. Namun kaum Nasionalis Serbia , menjadi marah dengan tulisannya.

Dalam blognya, dia menginginkan hubungan yang lebih baik antara Serbia dan Uni Eropa. Lantas dia pun meminta pengakuan atas negara Kosovo yang telah memisahkan diri, serta mengutuk pembunuhan yang dilakukan negaranya.

“Saya seorang Serbia, tapi mengakui Kosovo sebagai negara merdeka,” tulis Rastko dalam postingannya. Walau pemerintah Serbia tak mengakui Kosovo, tapi Rastko menjelaskan bahawa dia punya mempunyai pandangan berbeza dari negaranya. “Kerana itu adalah masa depan kita, kita tidak boleh lagi melihat masa lalu, ” tambahnya.

Kerana tak menerima penulisannya seorang kaum nasionalis Serbia mengancam dengan balasan diblog tersebut. “Aku akan menunggumu didepan sekolah kemudian membunuhmu, ” tulisnya. Ibu Rastko, Suzanna yang mengetahuinya, langsung menghubungi polis setempat untuk meminta perlindungan.

“Saya seorang aktivis hak asasi manusia yang independent. Saya tak takut untuk berbeza pendapat dan saya anti-kekerasan,” kata Rastko dalam sebuah wawancara dirumahnya yang sederhana di pusat kota Belgrade, Serbia. Dia berkata dengan nada suara yang bijaksana dan diplomatis jauh dari usianya.

“Aku memang sedikit khuatir. Tapi aku tak takut. Aku akan meneruskan apa yang aku lakukan. Mungkin ini sulit untuk ibuku kerana dia seorang yang apatis, kebanyakan dari kita memang tidak setuju dengan politik,” kata remaja ini tanpa ragu.

sumber : http://www.detikinet.co
m

Hina Islam: Pemuda PAS hantar memo bantahan

Hina Islam: Pemuda PAS hantar memo bantahan
Abdul Rahim Sabri
Jun 17, 11
10:23am

Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina Islam.

NONEDelegasi seramai empat orang pemimpin Pemuda yang diketuai ketua pemudanya Nasrudin Hassan dilihat memasuki pejabat akhbar itu kira-kira jam 9.35 pagi.

Turut mengiringi beliau, kira-kira 10 orang termasuk exco Pemuda.

Tidak kurang 30 anggota polis juga kelihatan mengawal pejabat Utusan.

Pada sidang media selepas menghantar memorandum tersebut, Nasrudin berkata pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada akhbar berkenaan supaya memohon maaf secara terbuka berhubung penyiaran karikatur itu, yang dianggap "mempersendakan hukum Islam".

"Jika tidak memohon maaf, dan tidak mengambil tindakan selayaknya, kita akan meneruskan siri bantahan.

NONE"Kita akan membuat himpunan lebih besar untuk menarik perhatian umum, bahawa kita tidak bersetuju dengan karikatur ini... Jangan perkecilkan (perkara ini). Ini sentimen agama," katanya.

Rabu lalu, akhbar milik Umno itu pada halaman 15 menyiarkan kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki.

Menimbul keresahan masyarakat

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.

utusan malaysia 15062011 cartoon hina islamLakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata selain dianggap mempersendakan hukum Islam, karikatur itu juga dilihat "memperkecilkan institusi agama seolah-olah tidak boleh menangani" isu berkenaan.

"Ia juga menimbulkan keresahan masyarakat awam (tentang) bagaimana fungsi tokoh agama (untuk menanganinya)," katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya turut menuntut agar Utusan mengambil tindakan terhadap pelukis karikatur tersebut.

NONEKatanya, sesetengah ahli PAS mahu demonstrasi membantah diadakan pada hari ini, bagaimanapun beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Kita datang buat cara baik untuk memperbaiki keadaan. Jika tidak dipedulikan, baru kita ambil tindakan lanjut," katanya.

Diterima baik

Memorandum tiga muka surat itu diterima oleh wakil Ketua Pengarang Suffian Abu Bakar dalam pertemuan mereka selama 10 minit.

Ditanya mengenai reaksi Suffian, Nasrudin berkata pihak akhbar menerima baik memorandum itu.

Nasrudin berkata wakil akhbar itu berjanji menyampaikan memorandumberkenaan kepada pengurusan Utusan.

NONEDalam memorandum tersebut, Nasrudin berkata perbandingan dua gambar kartun itu "telah menafsirkan mesej yang salah dan bertujuan dangkal".

"Mesej yang cuba digambarkan khususnya melalui gambar pertama adalah tidak tepat sekaligus telah mengelirukan kefahaman rakyat berhubung prosedur perbicaraan kes rogol atau zina dalam perundangan Islam," katanya.

Secara tidak langsung, katanya, ia menggambarkan wujudnya kelemahan dalam tatacara pengendalian perbicaraan rogol atau zina seperti mana yang telah digariskan dalam Islam.

PAS nak ganti UMNO, UMNO pula dalam proses mengganti PAS

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA (Nota Utara)

Masihkah kalian ingat zaman di mana PAS menjadi pembangkang sewaktu UMNO dan BN sangat kuat? Hampir keseluruhan isu ceramah politik diisi dengan pendedahan penyelewengan atau apa saja cerita kebobrokan dalam BN dan oleh BN. Penghodohan imej para pemimpin BN dibuat dengan bersungguh-sungguh. Semua isu dalaman BN dikorek dan didedahkan semahunya, sehingga ada orang bertanya, “Pembangkang asyik dedah keburukan BN, pembangkang buat apa?”

Dulu dalam ceramah PAS seolah-olah begitu berminat tentang isu dalaman UMNO, kisah rumahtangga UMNO yang berantakan serta kem-kem yang wujud.

Dahulu juga setiap dasar yang diperkenalkan kerajaan BN akan menerima ulasan negatif berserta huraiannya yang bertali temali. Dasar Pandang Ke Timur, pengswastaan, Wawasan 2020, Islam hadhari; semuanya menjadi bahan persendaan yang dihuraikan sehingga ke kekupasan yang professional daan akademik. BN yang memerintah pula tidak sangat memperdulikan akan segala kritikan PAS. Bagi mereka PAS tidak mampu mempengaruhi pemikiran sebahagian besar rakyat, justeru tidak perlu dilayan.

Kini, selepas Pakatan Rakyat menawan lima negeri pada PRU ke 12, pengisian ceramah PAS sudah berubah. Sebahagian untuk menceritakan kejayaan pentadbiran negeri yang dikuasai dan sebahagian lagi perihal kebobrokan BN.

Apabila PAS menoleh ke belakang, rupanya apa yang ditinggalkan berdekad lalu itu kini menyelinap masuk ke jiwa para pemimpin UMNO.

Apa tidaknya, kini PAS mendapat perhatian yang sangat istimewa dari UMNO. Setiap ‘pergolakan’ yang berlaku dalam PAS mendapat liputan luar biasa dari media-media UMNO. Setiap program anjuran PAS juga diberi perhatian.

Media-media UMNO kini mengulas isu ‘negara berkebajikan’ sepertimana PAS mengulas Wawasan 2020 suatu masa dulu. Bersungguh-sunguh sekali mencari fakta untuk dikritik.
Tumpuan yang diberikan pada pemilihan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 lalu, mengingatkan kita kepada perhatian yang diberikan terhadap pemilihan UMNO tahun 80an; pertembungan Mahathir-Ku Li. Meskipun ‘perebutan’ dalam PAS hanya manipulasi dan pembikinan persepsi oleh media-media UMNO tetapi akibatnya ia menarik tumpuan seluruh rakyat Malaysia terhadap PAS.

Penulis mula menjejakkan kaki ke Harakah sebagai wartawan sewaktu pertembungan Mahathir-Ku Li dan dapat menyaksikan keghairahan lidah rasmi PAS ini memanipulasi isu dalaman UMNO waktu itu. Meskipun tengah bergolak tetapi realitinya waktu itu UMNO jauh lebih kuat dari PAS.

Sebagai pembangkang dahulu, khususnya sewaktu Dato’ Mahfuz Omar memimpin pemuda, PAS selalu bertandang ke balai polis. Laporan demi laporan dibuat terhadap pelbagai isu yang berlaku dalam kerajaan pimpinan BN. Sekarang pun PAS tidak pernah terpisah dari membuat laporan polis, namun tidak seghairah dulu.

UMNO pula kini bersama NGO seperjuangan mereka yang tidak habis-habis berkunjung ke palai polis membuat laporan demi laporan. Sejak Mac 2008 hingga kini sudah beribu laporan polis yang dibuat berhubung pelbagai isu. Terbaru isu perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai nanti mendapat liputan, perhatian dan laporan polis oleh UMNO dan konco-conco mereka. Sehingga rencana ini ditulis kira-kira 500 laoran polis dibuat berhubung isu tersebut.

Begitu juga dengan perhimpunan kecil-kecilan mengangkat sepanduk, membuat bantahan dalam pelbagai isu. BN dan rangkaian mereka yang kini menjuarainya sehingtga PR tertinggal ke belakang dalam kerja-kerja ‘mengangkat sepanduk’. Kini PAS dan PR lebih bertumpu kepada perhimpunan yang lebih besar, himpunan kecil-kecilan diserahkan kepada BN, Perkasa serta rakan kongsi mereka yang lain.

Dahulu PAS tidak memilih isu. Membujur lalu melintang patah, dari sekecil-kecil itu hingga sebesar-besarnya, semua isu dieksploit. Bungkusan sampah pun dihempas ke meja Datuk Bandar kerana memprotes. Kini PAS semacam tidak berminat lagi terhadap isu remeh temeh, kalau ada pun dimainkan ala kadar. Isu besar yang lebih diberi perhatian.

Namun kini, BN pula yang mengambilalih kerja PAS dulu, menyelongkar setiap tong sampah mencari modal menyerang lawan. Baru-baru ini hampir semua media maya BN di Kedah menyerang Senator Mohd Yusof Husin (PAS) kerana membeli selori batu dari BINAK sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Beliau didakwa menyalahgunakan GLC kerana membawa selori batu dan meratakannya di halaman rumahnya. Pening juga mencari apa ‘penyelewengannya’ tetapi itulah hakikatnya UMNO kini sudah tidak kenal lagi yang mana satu isu. Senyumlah sikit, kerana PAS dulu pun begitu.

Ikutilah semua media utama dalam negara kini, perhatian BN terhadap PR sangat luar biasa. Mendengar siaran berita TV3 seolah-olah mendengar ceramah politik BN. Ceramah-ceramah politik BN tidak lagi bercerita tentang kejayaan BN, tetapi dari A sampai Z mengutuk PR.

Semua yang dilakukan BN serta rangkaian mereka kini adalah apa yang telah dilakukan dengan penuh kesungguhan sewaktu PAS menjadi pembangkang tanpa negeri dahulu. Nampaknya kini, bukan setakat berlaku proses PAS mengganti UMNO tetapi UMNO juga sedang bergerak menggantikan PAS sebagai pembangkang. UMNO sedang perlahan-lahan menjiwai watak pembangkang. UMNO sedang membiasakan diri untuk menjadi pembangkang dan ia bakal jadi kenyataan.

Ayuh PEMUDA UMNO kita turun di BERSIH 2.0.. tok ketua hangpa dah bagi green light dah tuu..!!

Pemuda Umno juga mahu berhimpun pada 9 Julai

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.

umno youth rally 090209 khairy 01"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin (kiri).

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan tersebut akan bertembung pada hari berkenaan.

Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan BERSIH dan pihak-pihak yang menentang perhimpunan itu.

Sebelum itu, keputusan mesyuarat Pemuda Umno sebentar tadi diumumkan Khairy dalam laman Twitter beliau.

bersih rally 271207 01Ketika dihubungi Malaysiakini, Khairy berkata, Pemuda Umno tidak menyertai BERSIH kerana kumpulan itu menyokong pembangkang dan sejal awal mempunyai agenda politik.

Beliau juga menafikan tindakan itu bagi melawan BERSIH, sebaliknya ia tiada kaitan langsung.

Ditanya sama ada tindakan itu sesuai memandangkan dua lagi kumpulan bercadang berhimpun pada masa yang sama, Khairy berkata ia "terpulang kepada pihak polis".

Pemuda Umno menegaskan akan memohon permit bagi tujuan itu walaupun tidak pasti pihak polis akan memberikannya.

Rakyat Mesti Berani Menyanggah Pemerintah yang Zalim - Mat Sabu

Penduduk perlu berani: Mat Sabu

KANGAR - “Biarpun penduduk kecewa dengan kelemahan dan tindakan kerajaan yang memerintah, mereka masih menyokong kerajaan itu kerana mereka tidak berani membuat perubahan.

“Mereka yang tidak berpuas hati hanya merungut di belakang tetapi terus membiarkan diri mereka dipimpin kerajaan sedemikian yang tidak prihatin kepada masalah mereka,” kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata demikian ketika mengadakan sesi dialog PR bersama penduduk dan nelayan di Kuala Perlis, petang kelmarin.

Dalam sesi dialog itu, Mat Sabu berdialog tentang beberapa masalah yang diutarakan penduduk termasuk isu pemansuhan subsidi diesel terhadap beberapa jenis pengangkutan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Antara yang terkena tempias terhadap pemansuhan itu ialah nelayan dan pihak yang pekerjaan mereka berkait rapat dengan laut.

Mat Sabu berkata, sepatutnya rakyat perlu lebih berani membuat perubahan dengan memberi peluang kepada pihak lain tidak kira apa kerajaan yang memerintah supaya mereka boleh menilai mana yang lebih baik.

“Selepas kita lihat kerajaan yang kita pilih itu tidak bagus, kita tukar kerajaan lain pula jika masih tidak bagus kita tukar lagi. Kita mesti berani, jangan terlalu bergantung kepada satu kerajaan sahaja,” katanya.

Sementara itu, Mat Sabu berkata, sekiranya PR dipilih memerintah kerajaan, usaha pertama yang akan diambil ialah untuk menyelesaikan isu pemilikan tanah yang dihadapi penduduk di sini terutama di Kuala Perlis.

Katanya, masalah tanah yang dihadapi di perkampungan nelayan Kuala Perlis sudah lama namun, belum berjaya diselesaikan kerajaan sehingga kini.

“Banyak tanah yang diduduki penduduk sejak berpuluh-puluh tahun lalu tidak mempunyai geran hingga menyukarkan penduduk membuat pembangunan di tempat mereka.

“Kami akan memastikan semua penduduk memiliki hak milik tanah yang diduduki mereka sekiranya PR dipilih memerintah.

“Kami dah buat perkara yang sama di perkampungan Kampung Baru di Perak ketika Pas memerintah tidak lama dulu. Penduduk kena berani berubah untuk menyokong PR,” katanya.

Nak buat website tender juta-juta last kena hack lingkop camtu jaa... sembang besaq lagik..!!!

Anonymous menang Rais Yatim kalah teruk!

GUA pun malas nak cerita banyak tentang isu Anonymous lawan Rais Yatim ni. Apa yang jelas, sebelum ini Utusan Melaysia melaporkan dengan yakin kononnya kerajaan sudah bersedia menghadapi serangan penggodam [Utusan].



Pung pang pung pang cerita macam bagus, konon dah bersedia menghadapi serangan cyber. Tapi kesudahannya, 41 buah website telah berjaya dikerjakan oleh Anonymous daripada 51 jumlah serangan yang dilakukan. Keputusan keseluruhan, Anonymous menang dan Rais Yatim kalah teruk. Dengan kata lainnya jutaan ringgit duit gua dan duit lu orang semua digunakan untuk membina website-website bodoh yang dapat digodam dengan mudah [Msian Insider].

Kumpulan anak muda yang berang dengan Rais Yatim telah memberi amaran untuk menyepak lubang hidung kiri Rais Yatim pada 17 Jun 2011 bermula pada pukul 3:30 pagi. Rais Yatim kononnya telah belajar ilmu silat, Kung fu, Tai Chi dan Kalari Payat rupanya hanya mampu menghulurkan lubang hidung kirinya untuk disepak bertalu-talu sebanyak 41 kali oleh Anonymous kah kah kah.

Apa yang gua nak lu orang tau, keselamatan website-website kerajaan malaysia yang dibina dengan berjuta-juta duit rakyat rupanya berada pada tahap "sayur" berhadapan dengan Anonymous. Nasib baik cuma perang cyber, kalaulah perang betul, gua rasa Rais Yatim dah kena cincang-cincang jadi satay.


RentaP© "Menteri UMporNO cuma ingat seks, seks, seks, dan seks baik lu letak jawatan..."

Penduduk puji tindakan E-Idaman


PENDANG – Penduduk di Taman Setia dekat sini memuji tindakan segera yang diambil syarikat E-Idaman yang membersih dan memotong rumput di kawasan perumahan dan taman permainan di kawasan terbabit.

Pengerusi Majlis Ketua-ketua Kampung (MKK) Taman Aman dan Taman Setia, Jaafar Rawan berkata, tindakan segera yang diambil pihak berkenaan begitu dipuji dan ia meredakan rasa ketidakpuasan hati penduduk sebelum ini.

Menurutnya, tindakan itu menyelesaikan masalah taman permainan yang terbiar kerana dipenuhi rumput yang membahayakan kanak-kanak di kawasan itu untuk bermain di situ.

“Saya mewakili penduduk mengucapkan terima kasih dengan tindakan segera yang diambil setelah aduan ini dilaporkan Sinar Harian.

“Saya berharap masalah seperti ini tidak akan berulang lagi dan pihak berkenaan dapat menjalankan tugas mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat E-Idaman, Afzainizam Ab Rahim berkata, syarikatnya tidak menerima sebarang aduan daripada penduduk sepertimana yang didakwa mereka sehingga menyebabkan masalah berkenaan tidak diselenggarakan.

Menurutnya, tindakan segera diambil setelah melihat laporan melalui Sinar Harian dan kemungkinan aduan yang dimaklumkan itu dilaporkan kepada Majlis Daerah Pendang (MDP) sahaja.

“Jadual kutipan sampah yang sebenar adalah tiga kali seminggu bukan enam kali seminggu sepertimana yang tercatat pada papan tanda di taman itu manakala pembersihan perparitan dilakukan setiap satu bulan sekali manakala pemotongan rumput dilakukan mencukupi tempoh 21 hari.

“Saya sedar banyak pihak yang tidak mengetahui kepada pihak mana untuk membuat aduan menyebabkan banyak aduan tidak diterima pihak syarikat,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...