TERKINI :

Thursday, June 16, 2011

UMNO nie nak beza antara ROGOL & ZINA pon tak pandai2 sampai sekarang..!!!!

Hudud: Siapa Kata Kes Rogol Kena 4 Orang Saksi?
Oleh: mazwandi

Kan ke hamba sudah kabor, orang Melayu sekarang sudah terlalu bodoh tentang Islam. Kenapa orang Melayu sudah bodoh tentang Islam? Sebab umno sudah mendidik agar umat Melayu bodoh tentang Islam selama-lamanya. Kenapa umno hendakkan orang Melayu bodoh tentang Islam selama-lamanya? Sebab umno hendak memerintah Tanah Melayu selama-lamanya.

Hamba terkesan dengan kebodohan orang Melayu tentang Islam apabila terbaca sebuah artikel dari Blog Al-Banjari bertajuk (Aishah, Ketua Srikandi Keadilan diugut rogol ! ).

Baca dahulu artikel itu, nanti anda semua akan tahu, tahap kebodohan umat Melayu tentang Islam. Lagi senang, hamba copy paste ugutan mamat umno ini kepada Srikandi PKR;
Ugutannya berbunyi "kepada perogol2 yang tengah sangap sekarang..sila rogol geng2 srikandi PKR....jgn risau k..(AMARAN!!!!! Jikalau anda nak rogol..pastikan anda seorang sahaja buat kerja....sbb apa?????? Kalau anda kena tangkap anda akan terlepas hukuman...sbb xda 4 orang saksi..kalau anda nak rakam pun xpa..2xleh jd saksi...don WORY k....rogol ja.....xda mslah..jnj buat seorang dq..kalu kna tangkap..korang kna da 4saksi...kalu da video pun...xda guna....((KATA HADIAQ AWANG BAWANG kes anuar xsah..sbb xda 4orang saksi...))PULOK DAH. PR???? PARTI ROSAK" dari FB bernama Rango Crew.
Tahap kebodohan umat Melayu ini amat ketara mengatakan jika ada minah yang kena rogol, beliau kena cari 4 saksi untuk pertuduhan dirinya dirogol. Kan ke bangang namanya? Jika tidak tahu hukum, janganlah membodohkan diri. Sudahlah bodoh, sombong pula tu, sehingga tahap hendak merogol orang. Apa punya kes puak umno ni?

Mula-mula kome kena tahu, apa dia takrif zina. Kalau hendak tahu, meh hamba beritahu, takrif zina adalah;
"Persetubuhan haram yang SENGAJA antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang SYUBHAH".

Kemudian Rukunnya;
1) Persetubuhan Haram
2) Niat SENGAJA.

Jika sudah kena rogol, bukan sengajalah namanya. Takkan tidak faham Bahasa Melayu kot?

Jika sudah kena rogol, perempuan itu hendak tuduh si lelaki itu merogolnya, tuduh je lah, kenapa pula hendak diberikan 4 saksi. Nama pun rogol. Kena faham ya, perempuan itu dirogol dan silelaki perogol itu berzina.

Seseorang Perempuan yang menuduh silelaki telah merogolnya, tidak dibolehkan oleh Qadhi untuk menyuruh perempuan itu menyediakan 4 orang saksi. Namun ianya mestilah disediakan pembuktian (Qarinah) dan diadili didalam mahkamah. Jika kompem lelaki itu merogolnya, maka hudud dikenakan kepada lelaki itu. Senang je.

Yang kome bising berkenaan Tok Guru Hadi, apa yang beliau katakan ialah berkenaan kes video lucah Anwar Ibrahim. Sudahlah banyak kesangsian dalam video itu, kemudian yang menuduhnya, adalah memang SAH adalah SETERU Anwar Ibrahim yang berdendam dengannya. Itu adalah syarat UMUM bagi saksi yang menuduh zina itu.

Maka janganlah kome menjadi penyambung lidah syaitan, kerana buat apalah kome semua buat kerja susah-susah fitnah dinah ini. Kemudian siap suruh orang rogol orang lagi. Ditambahkan dengan menipu manusia tentang hukuman hudud. Buat apa kome susah-susah buat kerja untuk kompem masuk neraka? Bodoh punya Melayu.

(Artikel ini juga boleh menjawab kartun celaka Utusan Malaysia hari ini).

http://ibnmustaffa.blogspot.com/

Isu murtad: Kenapa PERKASA senyap?

Dewan Pemuda PAS melihat penyata rasmi yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) dengan sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam tanpa dapat mendengar suara daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) walaupun presidennya juga adalah seorang ahli parlimen.

PERKASA yang dikatakan ingin mempertahankan hak orang Melayu/Islam dalam semua aspek dan hak pribumi ini, dimanakah Perkasa di dalam memperkatakan isu murtad ini?

Apakah pendirian PERKASA di dalam isu murtad sepertimana yang dilaporkan di dalam Dewan Rakyat pada 14 Jun baru-baru ini.

Apa yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali setelah diperjelaskan oleh Datuk Seri Jamil Khir berkaitan statistik tersebut?

Kami curiga pendekatan selama ini yang dimainkan oleh PERKASA jika isu murtad ini langsung tidak memberikan kesan sensitif terhadap perjuangan PERKASA yang wujud selama ini? Hanya dengan keberanian di dalam akhbar sahaja, PERKASA sesuai menukar namanya kepada PERKASI.

Bagi kami, perjuangan PERKASA hanya berkisar elemen politik kepartian semata-mata. PERKAAS langsung tidak sensitif terhadap isu murtad yang melanda umat Islam kini.

PERKASA akan hanya sensitif terhadap isu politik yang menyentuh PAS, PKR dan DAP sahaja. Dan akan terus menjuarai isu politik untuk mempertahankan Umno/BN sahaja.

Jelas rakyat perlu menolak perjuangan PeERKASA yang berteraskan politik semata-mata tanpa melihat bahawa isu murtad sebagai keutamaan daripada isu politik tanahair. Dalam masa yang sama, PERKASA dilihat takut menegur kerajaan di dalam isu aqidah dan kepentingan agama selama ini.

Penulis adalah Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS

Kartunis Utusan, rogol dan zina

Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?

Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Rogol

Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.

Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

Lian

Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi.

Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.

Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.

Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono.

Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,

MEMORANDUM BANTAHAN KARIKATUR MENGHINA ISLAM DI UTUSAN MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
16 Jun 2011, 15 Rejab 1432
(No rujukan : PAS/DPPP/2.07(07/11)

MEMORANDUM BANTAHAN KARIKATUR MENGHINA ISLAM DI UTUSAN MALAYSIA

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak Utusan Malaysia ekoran penyiaran karikatur bertajuk Kekeliruan Jenayah Rogol, yang mana karikatur itu:

1) Jelas menunjukkan sikap Utusan Malaysia yang mempersenda hukum Agama Islam
2) mencetus kekeliruan orang ramai terhadap hukum Islam
3) mempersenda tokoh-tokoh agama berkait isu agama
4) menimbulkan keresahan masyarakat berkait dengan jenayah rogol
5) menimbulkan keresahan rakyat terhadap keupayaan islam menyelesaikan jenayah.

Selain daripada membantah, pihak Dewan Pemuda Pas Malaysia juga mendesak supaya Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat dan mengambil tindakan tegas kepada pelukis karikatur tersebut. Penyerahan memorandum akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin hj Hasan Tantawi pada:

Tarikh : 17 Jun 2011 (Jumaat),
Masa : Jam 9 pagi
Tempat : 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur (Berdekatan LRT Chan Sow Lin).

Semua media, editor, wartawan dan blogger dijemput hadir membuat liputan dan insan yang prihatin juga di jemput hadir bersama-sama memberi sokongan terhadap memorandum bantahan tersebut.


Sekian Terima Kasih,

Ridhuan Mohd Noor
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

BERSIH 2.0 : Mesej dari Ustaz Nasaruddin Tantawi

BERSIH 02 : Pemuda PAS Tidak Gentar

1. Biarpun berhadapan dengan ugutan dan halangan, langkah derap Dewan Pemuda PAS Malaysia memobilisasi kebangkitan rakyat guna mendesak satu sistem demokrasi yang adil dan pilihanraya yang telus, sekali - kali tidak terjejas semata - mata kerana tindakan nakal pihak tertentu termasuk UMNO dan Perkasa. Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi sebahagian daripada tuntutan Islam.

2. BERSIH 02 adalah manifestasi dari kebangkitan anak muda yang mula bosan dan kecewa dengan sikap kerajaan UMNO dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Kepincangan demokrasi ala malaysia ini masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapat hak yang sama untuk akses dengan media sedang Barisan Nasional sepenuhnya memanipulasi media arus perdana [seperti RTM] untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. Laporan kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara. Manakan tidak ....
  • Kementerian dalam negeri [ KDN ] gagal meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat"
  • Sehingga kini hasrat DPP Malaysia mahu melihat lahirnya sebuah akhbar harian "Purnama" yang dimohon permitnya lebih sedekad yang lalu masih tidak kesampaian.
  • Begitulah nasib yang menimpa Harakah, Suara Keadilan dan Rocket. Bukan sahaja tidak dibenarkan terbit secara harian, ianya terhad untuk ahli sahaja dan terus menerima tekanan dari pelbagai sudut.
3. Undi pos pula akan terus menjadi tali hayat Barisan Nasional agar mereka terus berkuasa dan mampu melangsungkan tradisi "membelasah" rakyat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Lihat sahaja laporan Global Financial Integrity yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion tiris dan mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 - 2008. Begitu juga laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam.

4. Undi pos juga akan terus menjadi sandaran Barisan Nasional untuk terus kekal berkuasa lalu membuli rakyat dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan tarif bil elektrik, saman ekor serta "membelenggu" anak muda dengan lingkaran hutang PTPTN. Undi pos adalah satu makenisme yang paling strategik untuk mengekalkan survival kuasa politik Barisan Nasinoal sedang ia tidak lagi relevan dalam sistem demokrasi moden hari ini.

5. Sebahagian mereka menempelak hasrat BERSIH 02 kononnya tidak lagi relevan kerana Pakatan Rakyat telah memenangi 4 buah negeri dan hampir menguasai keseluruhan kerusi di Wilayah Persekutuan. Menang di 4 buah negeri bukan bermakna kami telah berpuas hati dengan tahap ke"bersihan" sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Saya percaya, jika pilihanraya benar - benar dikendalikan sebersih - bersihnya dari sebarang manipulasi dan sistem demokrasi dilangsungkan dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mampu menang sekurang - kurangnya di 8 buah negeri pada pilihanraya umum 2008 yang lalu malah berkemungkinan besar mampu memperolehi simple majoriti bagi menguasai parlimen.

6. Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Himpunan BERSIH 02. Setelah mendengar janji daripada penganjur BERSIH 02 bahawa ia akan dilangsungkan secara aman, mereka masih mengugut rakyat agar tidak menyertai himpunan tersebut. Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal himpunan BERSIH 02 sebagaimana mereka boleh mengawal himpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan kemerdekaan, malam citrawarna dan sebagainya.

7. Pihak berkuasa juga sayugianya menghalang hasrat pihak - pihak lain selain BERSIH 02 yang terlebih dahulu telah mengisytiharkan hasrat menganjurkan himpunan pada hari yang sama dan di tempat yang sama, kerana ia adalah satu bentuk provokasi yang boleh mencetus ketidaktenteraman suasana himpunan tersebut. Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan himpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama ? Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak BERSIH 02.

8. Andai mereka mahu menduga pengaruh, mereka boleh menganjurkan himpunan serupa pada 10 hb Julai iaitu sehari selepas BERSIH 02 atau pada 8 hb Julai iaitu sehari sebelumnya. Kenapa mereka begitu terdesak mahu mengadakan himpunan mereka pada hari yang sama ? mereka marah rakyat mahu sertai BERSIH 02 kerana himpunan itu kononnya demontrasi jalanan yang sia - sia, tetapi mereka juga mahu menganjurkan himpunan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap BERSIH 02 ! Alangkah dangkalnya mereka berfikir !

9. Benarkan dahulu rakyat menyertai BERSIH 02 pada 9 hb Julai untuk membantah sistem pengendalian demokrasi dan pilihanraya yang pincang dalam negara ini. Maka keesokkan harinya, bolehlah mereka pula berhimpun untuk membantah himpunan BERSIH 02 jika mereka tidak berpuas hati atau kiranya mereka kurang sabar, boleh sahaja mereka berhimpun pada 8 hb Julai untuk melahirkan bantahan mereka danbenarkan BERSIH 02 berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi pada 9 hb Julai 2011. Apakah kerajaan UMNO dan BN perlu diajar sedemikian rupa erti demokrasi ?

10. Saya mengharapkan anak - anak muda tidak terpengaruh dengan taktik kerajaan Barisan Nasional dan proksi - proksi mereka yang cuba mengugut untuk membatalkan BERSIH 02 justeru itulah yang akan meletakkan Barisan Nasional terus selesa menghadapi pilihanraya umum ke 13 secara berat sebelah dan tidak telus. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya akan terus berada di saf hadapan memimpin kebangkitan anak muda bersama rakan - rakan dari Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy.

Kos RM1.8juta untuk 1facebook.. merupakan kos yg tinggi..!!

Pakar: RM1.8 juta untuk laman FB 'agak tinggi'

Pakar media sosial Dave Duarte berpendapat harga RM1.8 juta yang dibelanjakan bagi laman Facebook Pelancongan Malaysia tidak menjamin akan membawa kejayaan besar.

NONEPengarah urusan Huddlemind Labs di Afrika Selatan itu berkata kempen media sosial yang berjaya harus melabur lebih banyak dalam pengiklanan seperti Google Ads, bagi menarik lebih ramai pengunjung berbanding membangunkan platfom.

Katanya RM300,000 adalah 'agak tinggi' bagi setiap aplikasi Facebook.

“(Laman Facebook) sepatutnya dihubungkan kepada perkara lain seperti, mungkin TV,” katanya ketika diwawancara selepas hadir pada Persidangan Blogger Dunia dan Media Sosial di Kuala Lumpur pagi ini.

Duarte berkata harga yang dibayar Pelancongan Malaysia itu jauh lebih tinggi daripada kos purata kempen media sosial Facebook yang berlegar di sekitar US$30,000 setahun.

Beliau yang pernah mengetuai beberapa kempen media sosial berkata berdasarkan pengalamannya bahawa bajet yang kecil boleh diterjemahkan kepada perniagaan yang besar.

siakap sinohong gelama ikan duri CAKAP BOHONG BOLEH JADI MENTERI

Apabila Jamil Khir & Ng Yen Yen Menipu Di Parlimen...


Murtad: 2 versi penjelasan menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan laporan portal berita mengenai 135 kes permohonan murtad diluluskan bagi tempoh 2000 hingga 2010.

Beliau menegaskan bahawa sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah, lapor Bernama.

Jamil Khir menjelaskan 135 kes itu dipohon di bawah murtad tetapi setelah diteliti oleh Mahkamah Syariah mereka didapati tidak sah masuk Islam, sekali gus tidak timbul soal (mereka) murtad.

"Timbul kekeliruan di sini, contohnya seseorang itu memohon untuk kedudukannya sebagai Islam, tetapi kemudian mahu kembali ke agama asalnya, setelah disiasat, mahkamah mendapati dia bukan Islam, jadi tidak timbul soal murtad.

"Sama juga untuk pasangan berkahwin yang hendak daftar untuk perceraian, tetapi mahkamah mendapati mereka berkahwin secara tidak sah di Thailand kerana tiada saksi dan wali, jadi tidak timbul soal perceraian," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang.

Jawapan di parlimen

Laporan itu dibuat berdasarkan jawapan Jamil Khir yang menjawab pertanyaan lisan anggota parlimen Bakri Er Teck Hwa di parlimen kelmarin.

Soalan itu berbunyi: "Tuan Er Hwa [Bakri] minta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan yang diluluskan mengikut negeri dari tahun 2000 - 2010 serta tindakan Jabatan Agama Islam untuk menangangi gejala murtad."

Sementara jawapan Jamil Khir pula berbunyi: "Permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah dari tahun 2000 hingga 2010 adalah berjumlah 863 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 kes telah diluluskan."

Jamil Khir juga memberikan statistik lengkap yang menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan mengikut negeri.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang. -mk

Yen Yen claims Facebook pages free, contradicts reply in Parliament

KUALA LUMPUR, June 15 — With Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) both demanding an explanation for the tourism ministry’s RM1.8 million Facebook campaign, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen denied any wrongdoing today and accused DAP of twisting the truth.

“The opposition just goes around saying it’s for Facebook. They are twisting the issue.

“The Facebook pages do not cost a single sen. This is a social media advertising, promotions and branding campaign and also data collection,” the MCA vice president told reporters today.

However, her contention that the Facebook pages were free appeared to contradict her ministry’s detailed account of the cost for each page.

Yesterday, Deputy Tourism Minister James Dawos Mamit had replied in Parliament to Anthony Loke (DAP-Rasah) that each Facebook page had cost RM293,072.

Dr Ng also added today that the RM1.8 million would cover the cost of six different campaigns across seven months and includes the cost of contests and advertising on Google and Facebook.

“It is important for us to reach the high-spending market.

‘‘We use Facebook as the vehicle because you can run campaigns there. Twitter is not visual,” she explained.

DAP Youth chief Loke had said that unless Ng explained the reason behind the “exorbitant” costs for the “social media branding” exercise by her ministry, he will lodge a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Citrawarna 1 Malaysia, the most popular page, has so far attracted 20,292 Facebook fans since it was launched on May 21.

The ministry had said that the RM1.8 million included costs for designing, flash programming and coding, testing and debugging, uploading and launching the application, system server deployment and campaign management. -TMI


Ulasan GB

Menteri-menteri yang kenyataannya berbelit-belit umpama lidah biawak yang bercabang. Di parlimen lain, di luar parlimen lain. Lebih menyedihkan ia melibatkan juga seorang Menteri yang menjaga hal-ehwal ugama Islam.

Kedua-dua menteri ini patut dirujuk ke Jawatan Khas Parlimen supaya tindakan diambil. Tetapi malangnya di Malaysia, hanya wakil rakyat pembangkang saja yang biasanya diheret ke J/K Parlimen sedangkan mereka dari parti kerajaan, walau pun menipu di parlimen tetapi tidak dikenakan tindakan
.

Pemuda PAS jumpa Utusan esok


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum ke ibu pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin, di sini, jam 9.00 pagi esok, bagi mendesak Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung penyiaran kartun menghina Islam di akhbar itu, semalam.

Sehubungan itu, orang ramai yang prihatin dengan kepentingan Islam digesa bersama-sama Dewan Pemuda PAS Pusat ke ibu pejabat akhbar milik Umno itu di alamat 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, berdekatan LRT Chan Sow Lin bagi melakukan penyerahan memorandum tersebut.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi (gambar) menegaskan, penyerahan memorandum tersebut merupakan langkah awal oleh pihak pemuda PAS bagi mendesak Utusan Malaysia memohon maaf berhubung kesilapan besar yang dilakukan itu.

Menurut beliau, sekiranya desakan itu tidak dihiraukan oleh Utusan, Pemuda PAS akan mengadakan bantahan lebih keras dengan mengadakan demonstrasi besar-besaran.

Read more…

Tip Untuk DEPA

Tips Untuk UMNO & PERKASA Gagalkan Himpunan BERSIH 2

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...



Aku tidak suka demonstrasi. Panas! Kadang-kadang pedih mata percuma. Adakalanya penat dikejar ke sana ke mari. Hanya lokap dan pukulan cota sahaja yang aku belum rasai. Begitu juga dengan tumbukan padu dari Unit FRU. Paling hampir kelongsong gas pemedih mata melintas depan mata.

Demonstrasi adalah antara pilihan terakhir bagi menyuarakan sesuatu bantahan atau tuntutan. Jika ada perundingan, sudah tentu itu lebih baik. Dalam kes-kes tertentu, biasanya perundingan dibuat acuh tak acuh sahaja. Lebih teruk, dibakul sampahkan sahaja. Lebih menyakitkan hati, di media bercakap lunak, hakikatnya memang sudah ada satu sikap yang mahu menolak perundingan.

Bersih 2 adalah kesinambungan Himpunan Bersih pada 10 November 2007. Pada ketika itu, Bersih mengemukakan 4 tuntutan iaitu:

1. Penghapusan Undi Pos
2. Pembersihan Daftar Pemilih
3. Akses Yang Adil Terhadap Media
4. Penggunaan Dakwat Hitam

Malangnya, kesemua tuntutan tersebut tidak mendapat respon yang baik. Penggunaan dakwat hitam bagi ditanda pada jari pengundi pula yang pada mulanya dilihat sudah diterima, akhirnya dibatalkan di saat menjelangnya PRU 12. Ini adalah sesuatu yang sangat-sangat dikesali oleh pihak Bersih.

Bersih hanya membuat tuntutan ke arah pilihan raya yang lebih bersih dan lebih adil bagi parti-parti politik. Tuntutan yang sepatutnya dapat diterima oleh semua pihak. Supaya pertandingan berlangsung di atas padang yang sama rata, pengadil tidak berat sebelah. Itu sahaja.

Bersih 2 pula menambah beberapa tuntutan bagi penambahbaikan kepada perjalanan pilihan raya. Antara tuntutan tambahan tersebut adalah:

1. Masa berkempen minima 21 hari
2. Kukuhkan institusi awam
3. Hentikan rasuah
4. Hentikan politik kotor

Semalam, akhbar-akhbar melaporkan sudah lebih 350 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak (dibaca UMNO dan Perkasa - UMNO juga!) bagi membantah perhimpunan Bersih 2. Dipercayai lebih banyak lakonan demi lakonan laporan polis dibuat bagi memberi gambaran buruk kepada rakyat mengenai Bersih 2.

Sebagai salah seorang yang menyokong tuntutan Bersih 2, laporan-laporan polis tersebut sebenarnya langsung tidak memberi kegentaran kepada kami. Malah ianya tidak lebih kepada publisiti percuma kepada pihak Bersih 2. Makin ditekan, sebenarnya lantunan balas adalah semakin tinggi!

Di sini, aku suka mencadangkan satu tips kepada UMNO dan Perkasa yang dilihat gerun dan gentar dengan Himpunan Bersih 2. Bagi menggagalkan Himpunan Bersih 2 adalah dengan sama-sama mendesak pihak-pihak terbabit menunaikan tuntutan-tuntutan Bersih 2. Setelah tuntutan tersebut ditunaikan dan diterima, tiada lagi alasan untuk Bersih 2 berhimpun.

Wallahua'lam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...