TERKINI :

Wednesday, June 15, 2011

Facebook "Curi-curi Wang Malaysia" bantah pembaziran RM1.8 juta

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Ekoran pendedahan bahawa Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman peminat Facebooknya, satu lagi akaun laman peminat Facebook atas nama "Curi-curi wang Malaysia" diwujudkan.

Menurut maklumat yang terpapar di laman peminat itu, ianya diwujudkan bertujuan membolehkan rakyat Malaysia menyuarakan bantahan terhadap Kementerian Pelancongan Malaysia yang membelanjakan RM1,758,432 untuk membuka dan menjaga laman peminat kementerian itu.

"Facebook adalah percuma. Jangan curi duit kami dengan cara bodoh ini dan cuba buat kami seperti orang jahil.

"Beri balik duit kami!", tulis pengendali laman itu.

Setakat berita ini ditulis, laman peminat Curi-curi Wang Malaysia ini sudah mendapat 19,044 peminat.

Jumlah itu dijangka akan terus meningkat apabila pautan ke laman peminat itu turut dipromosikan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat melalui Facebook dan Twitter mereka.

Dalam beberapa respon kepada peminatnya, pengendali laman peminat ini yang diwujudkan secara percuma, menjelaskan mahu bersaing dengan laman peminat kementerian pelancongan.

Mereka juga mahu membuktikan mereka boleh mendapat jumlah peminat lebih tinggi dari laman kementerian itu tanpa sebarang kos.

"Ubah Sekarang untuk Selamatkan Malaysia! Kita selamat, kita jimat", seru laman itu.

Sementara itu, laman peminat 'Tourism Malaysia- Cuti-cuti Malaysia' setakat berita ini ditulis juga mendapat 26,082 peminat.

Persidangan Dewan Rakyat semalam 'dikejutkan' dengan penjelasan Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit bahawa kementeriannya memperuntukkan RM1.8 juta mewujudkan laman peminat Facebook kementerian itu.

Projek itu diberikan kepada agensi pengiklanan yang dilantik, Impact creations sdn Bhd bermula 2011 sehingga 2013.

Anthony Loke (DAP-Rasah) bagaimanapun mempersoal kenapa begitu besar jumlah wang 'dibazirkan' untuk Facebook itu yang sebenarnya hanya boleh dibuat secara percuma.

Pandangan bahawa jumlah itu sebagai 'pembaziran' juga turut dipersetujui Khairy Jamaludin (BN Rembau).

Kuliah Remaja Yayasan PAKSI Kulim @ 25/6/2011


sila klik gambar untuk tatapan yg jelas..

menjawab fitnah blogger UMNO KEDAH dgn Ucapan Selori batu hangpa nampak sebat duit RM7.5juta sekoq tak nampak..!!

Selori batu berbayar depa hingaq, RM7.5 juta seleweng STDC buat pekak badak

Oleh: Tok Senapi

(Sila baca artikel yang dipost sebelum ini dulu, baru baca tulisan ini)

Mai pakat2 baca fitnah terbaru blogger anak didik Yahudi APCO

Macam biasa Kedah La punya style... kita siar sepenuhnya dulu fitnah jahat yang dimainkan oleh blog kuncu-kuncu APCO, lepas tu baru kita jawab dalam posting berikutnya:
Usop Usin Ooo.... Usop Usin….
Aku pi melepak kat air panas Lenggong baru2 ni. Saja nak terjah pasai Memali sikit sebab ada banyak perkara yg berlaku kat sana. Rata2 dok sembang pasai tak puas hati kat PAS. Ini yg buat aku syok nak menerjah.
Tengah dok syok korek maklumat, lain pulak cerita baru yg aku dapat. Jadi aku terpaksa tukar topic la sikit bab Memali ni. Cerita ni pasai SENATOR MOHAMMAD YUSUF BIN HUSIN….. tambahan pulak isu ni memang hangat dan membuatkan ramai dikalangan penyokong PAS di Memali bertambah hangat dan mula membuka pekong salahlaku PAS sedikit demi sedikit.
Hasil siasatan, maka sahih lagi nyata, terang lagi bersuluh berita dari blogger konco APCO itu adalah fitnah semata-mata. Cerita sebenarnya Pak Cop beli selori batu kasaran dari BINAK untuk tambun depan rumahnya yang berbecak. Pembelian itu berlaku secara sah kerana ada pembayaran terhadap kos perkhidmatan dan barangan, tiada unsur-unsur penyelewengan, paksaan atau ketidakrelaan hati. Terdapat semua dokumen pembelian yang lengkap dan sah.

Sewaktu depa mai hantag batu tu Pak Cop terlantar di Hospital Sungai Petani, lima hari dia di sana, takdan dia nak pikiag bab batu masa tu.

Berikut ini penjelasan terhadap beberapa fitnah yang dibuat:

Pada hari kejadian, penduduk setempat menganggap longgokan batu2 di tepi markas PAS Kg Memali adalah utk membaiki mini tar yg tidak jauh dari situ yg juga jalan menuju masuk ke rumah Sentorian Usop.

Batu-batu itu tidak dilonggokkan di tepi markaz PAS Kg Memali tetapi dilonggokkan terus di halaman rumah pembeli/Pak Cop. Antara markaz PAS dan rumah Pak Cop agak jauh buat apa BINAK nak longgok kat situ, lagipun cuma selori.

Tapi sayang sejuta kali sayang. Bagaikan durian luruh menghempap bumi, harapan penduduk kg hanya tinggal harapan saja. Berlinang air mata melihat batu2 tu digunakan utk meratakan kawasan becak di halaman rumah Sentorian Usup.

Takdak penduduk Memali yang berlinang ayaq mata, yang berlinang ayaq mata mungkin pemfitnah UMNO dok tegyegak pasai elaun blogger upahan UMNO tak bayaq bulan ni.

Kalau dilihat pada keadaan batu itu, memang benar dakwaan bahawa pihak BINAK telah melakukan kerja2 yg tak berbaloi dgn kos mereka. Di khabarkan BINAK terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa membawa backhoe dan steamroll hamper 100 kilometer dari Bukit Perak daerah Pendang ke Memali daerah Baling.

Bukan setakat bebaloi tapi kerja perniagaan BINAK sangat menguntungkan walaupun berniaga selori batu kasaran kerana kenderaan dan jentera mereka adalah dalam perjalanan pulang dari melakukan projek besar di tempat yang lain. Kalau tak kerana tambun batu rumah Pak Cop pun depa kena bergerak balik jugak, bukan buleh berkampung kat tempat projek yang telah selesai sampai dajai turun. Adapun kononnya depa mai hampir 100 km dari Bukit Perak dengan pelbagai jentera berat hanya untuk ke rumah pak Cop, itu fitnah jahat semata-mata. Takkanlah crew BINAK tu nak bodoh macam segolongan para pengikut UMNO yang pikiag guna kepala lutut. Depa mai dengan jentera-jentera berat dari jauh hanya untuk hantaq selori batu? dak muhong orang pun biaqlaa orang boleh pecaya jugak sikit-sikit, nii langsung takleh diterima dek akal. Jangan ingat pekerja-pekerja BINAK dari atas sampai bawah tak tau kira untung rugi. Hangpa pecacai UMNO saja yang suka dok pikiag macam orang bodoh.

Aku diberitahu bahawa telah banyak kes salahlaku dan salah gunakuasa Sentorian Usop Usin ni telah dibawa ke SPRM, tetapi sampai la senyap saja…..

Haktu betoi, sebab SPRM tu bijak. Pegawai depa bukan dilantik oleh JKKKKKKP yang kilik fail terbalik. Depa bekerja secara professional. Kalau ada kes mesti tertuduh akan didakwa. Adalah termasuk 8 benda ajaib di dunia, orang PAS jika lekat kes rasuah tapi tak didakwa. Bila tak dakwa maknanya takdak kes ataupun tak berlaku penyelewengan.

Yang Tok heran, bloggers pecacai UMNO ni sibuk dengan pembelian selori batu kasaran yang berbayar tapi buat-buat pekak badak terhadap pendedahan penyelewengan STDC zaman BN faraid duit GLC tu dekat UMNO dan untuk segala program UMNO. Macam kata pepatah Melayu cucu kuman hak dok dalam perut nun jauh di bintang kejora depa nampak, tapi dinosaur depan mata depa tak nampak.

Yang sebenaqnya bukan tak nampak tapi buat-buat tak nampak sebab tuu kroni aku, geng aku... orang panggil hipokrit @ munafik @ lidah bercabang macam lidah bewak.

Demikianlah adanya jawapan dari Tok Senapi, maaflah atas kekasaran bahasa yang disengajakan sebab itulah 'cara berhikmah' nak ajaq kaki fitnah dan pengadu domba wahai pecacai UMNO sekelian.

Guna TV orang Tak Tengok..Guna paper Orang Tak Baca.. Lanie dah nak turun ceramah pulak...Jgn Org Tak dak sudah!

http://3.bp.blogspot.com/_ADhgk-qOaVk/SpPLtDXJ35I/AAAAAAAABtg/dT4lC1EbR0g/s400/permatang-pasir_khairy01talk.jpg

Pemuda BN terokai ceramah, akui media arus perdana gagal
Oleh Shannon Teoh
June 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.

Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.

“Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam, ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.

Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.

“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.

Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.

Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13, ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.

Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.

Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.

Laporan ABC juga menunjukkan jualan The Star merosot dari 295,479 naskhah kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times dari 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus) dan Berita Harian dari 183,187 kepada 160,597 (-12.3 peratus).

Sementara itu, rangkaian media sosial di kalangan rakyat Malaysia telah berkembang pesat, terdapat 9.5 juta akaun Facebook sehingga Januari lalu.

Justeru, Unit Pidato telah menganjurkan kursus-kursus pemimpin akar umbi dan 415 program pidato sejak Mei 2009, mendakwa sokongan hadirin telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu.

Lokman menambah, bilangan ceramah akan ditambah bermula bulan depan sebagai pendekatan Pemuda BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata kursus yang diadakan menyentuh bagaimana untuk menarik sokongan rakyat dengan pendekatan yang berbeza termasuk daripada ceramah, majlis makan malam, debat dan demonstrasi.

“Kami juga akan memberikan latihan asas seperti bagaimana untuk menghasilkan sepanduk dan kain rentang yang berkesan, di mana maklumat penting seperti penceramah, masa dan tempat boleh dilihat dalam lima saat.

“Kadang-kadang ahli kami tidak mempunyai imaginasi atau IQ yang rendah dan tidak mampu melakukan kerja-kerja publisiti,” katanya.

Serangan Hacker Anonymous Terhadap Portal Kerajaan Malaysia – Relevankah?

Kepada yang belum tahu, Kegiatan ini dianggap mencabuli hak asasi manusia iaitu kebebasan untuk mendapatkan maklumat. Lagipun di bawah projek Multimedia Super Corridor (MSC) dulu kerajaan telah berjanji untuk tidak menyekat internet dan sebelum ni pun Perdana Menteri sendiri dah berkali-kali mengulangi janji yang sama.


Kalau di negara lain misalnya Singapura dan Amerika, sekatan macam ni jarang kedengaran atau mungkin tidak ada sama sekali. Tapi yang biasa kita dengar adalah kalau seseorang tu terlibat dalam aktiviti menyebar/muat turun fail/software cetak rompak, ip yang mereka gunakan akan dikesan oleh pihak berkuasa dan polis atau FBI sendiri akan memberkas individu yang terlibat dengan kegiatan cetak rompak tadi.

Kenapa modus operandi yang sama tidak dilakukan di Malaysia? Tujuan dilakukan tetap sama, iaitu untuk membanteras aktiviti cetak rompak (sebab yang diberikan untuk menyekat internet). Adakah pihak berkuasa kita malas untuk mengesan dan mencekup mereka yang bersalah?

Percayalah cakap aku, bila satu dua kes kena cekup dan penjara akibat kesalahan muat turun/memiliki benda cetak rompak ni, aku pasti aktiviti sebegini akan berkurang. Menyekat internet bukanlah jawapan kepada masalah ini kerana ini hanya akan mendatangkan kemarahan rakyat dan menggalakkan mereka menjadi lebih kreatif.

Jadi adalah serangan ini releven? Mungkin ya. Sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada kerajaan Malaysia bahawa apa yang mereka lakukan ni agak melampau. Juga, ianya adalah latihan kepada cybertroopers (bukan cybertrooper UMNO/PKR) Malaysia sendiri untuk melindungi portal kerajaan kita.

Cuma aku berharap janganlah dijadikan agenda oleh mana-mana syarikat yang ada talian dengan kerajaan untuk mencadangkan kontrak berjuta-juta ringgit untuk ‘menaiktaraf’ sekuriti portal kerajaan Malaysia pulak. Cukuplah dengan projek-projek bodoh yang telah diumumkan sebelum ini.

Video yang diorang buat ni agak style. Betul tak? Apa-apa pun, tak sabar nak tengok hasilnya. hehe..

http://ariffshah.com

PENIAGA KUALA LUMPUR UNTUNG BESAR SEMASA HIMPUNAN BERSIH 2

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi. Beliau menyifatkan himpunan ini adalah ancaman kepada ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.

Perkara pertama yang wajib difahami oleh Datuk Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman.

Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang. Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta. Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda. Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini.

Walaubagaimana pun semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2, PERKASA, PERKIDA, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan. Sebagai contoh mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara di mana Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga ke Istana Negara. Di laluan yang lain pula Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.

Saya penuh yakin masyarakat negara ini khususnya anak muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman. Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia. Pelancong-pelancong yang hadir akan berpuas hati dengan keharmonian yang berlaku. Seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul S.A.W dan Thaipusam di Batu Caves. Pihak polis bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti tersebut. Jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman ini maka insya Allah tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.


Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor

TAKAFUL MERDEKA UMNO KELANTAN DAH LAMA DITAMATKAN

by Asrol Affandi
“Kami tidak akan memproses sebarang tuntutan yang diterima selepas 31 Disember 2008. Pada masa sama, kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak akan memperbaharui skim takaful ini bagi tahun seterusnya”. Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi,Saluran Pemasaran Alternatif BSN Takaful.

Kenyataan ini dipetik dari sumber berita Sinar Harian 7 Nov 2007.
Skim perlindungan insurans Takaful Merdeka yang diperkenalkan oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan telahpun ditamatkan pada bulan September 2008 lalu. Ianya khusus diberi kepada ahli-ahli UMNO yang tujuan sebenarnya adalah untuk menyekat mereka dari menerima Skim Takaful Kifaalah dan Skim Khairatul Ummah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui anak syarikat PMBK, Kifalah sdn bhd sehingga ke hari ini

KENYATAAN PERKASA BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli Parlimen Pasir Mas bahawa beliau akan mengerahkan ahlinya dari seluruh negara untuk berarak pada hari yang sama bagi menyekat kemaraan Himpunan Bersih 9 Julai 2011 adalah membuktikan dengan jelas bahawa PERKASA adalah pertubuhan yang mahu kekacauan berlaku dalam negara kita. Malah kenyataannya yang mahu bertembung semasa perhimpunan tersebut adalah merupakan satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara. Polis perlu menyiasat Datuk Ibrahim Ali berhubung ancaman yang telah dikeluarkan secara terbuka.

Sebenarnya Jawatankuasa Bersih 2 yang dipengerusikan oleh Dato Ambiga mahu membuat 8 tuntutan kepada pihak kerajaan bagi mengembalikan demokrasi yang telah tercemar selama ini. Tuntutan tersebut adalah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas & adil, tempoh minima 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Dalam Himpunan Bersih 2 suatu memorandum akan diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Himpunan aman tanpa senjata adalah kebebasan yang dibenarkan oleh perlembagaan Malaysia seperti yang tercatat dalam perkara 10. Adapun perkara 27 Akta polis(akta 344) mengenai kuasa untuk mengawalselia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang diberi kuasa kepada pihak polis adalah bertujuan untuk menjayakan objektif kebebasan bersuara dalam perlembagaan bukannya menghalang kebebasan tersebut.

Pihak polis yang mempunyai kelengkapan mengawal rusuhan sebenarnya mampu mengawal keadaan dengan penuh hikmah. Pihak polis boleh menjaga keamaman Himpunan Bersih 2 dengan menyusun anggota polis di tepi jalan sepanjang himpunan menuju Istana Negara. Mereka yang didapati mewujudkan kekecohan perlu ditangkap. Jika pihak PERKASA dengan niat yang ikhlas mahu menghantar memorandum kepada pihak Istana maka mereka dibenarkan berhimpun dan berarak daripada laluan yang berbeza. Pihak polis perlu membuat perbincangan yang rapi dengan penganjur kedua-dua pihak. Saya yakin pihak polis yang mempunyai banyak pengalaman mampu mengawal keselamatan negara. Jika dua himpunan dapat berjalan serentak dengan aman maka saya penuh yakin pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa. Tetapi jika pihak polis hanya mengikut telunjuk pemimpin politik tertentu maka polis akan dihina oleh semua pihak.

Himpunan aman tanpa senjata adalah keperluan kepada demokrasi yang adil. Ratusan ribu rakyat tidak akan menghadiri Himpunan Bersih 2 jika mereka tidak ada tujuan yang khusus untuk mendapat satu pilihanraya yang bersih dan adil. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan juga sering menganjurkan perarakan semasa Sambutan Maulidurasul atau upacara agama tertentu. Ribuan orang akan berarak di jalan raya. Mereka mendapat hak untuk berhimpun. Persoalannya mengapa Bersih 2 seolah-olah dinafikan hak untuk berhimpun secara aman?


Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor

Eishh JIKA dah RAKYAT MARAH kira baguih la kat BN.. biaq la BERSIH kumpoi lagi..bagi 1Malaysia marah..

‘Baguslah kalau rakyat marah, Be End yang akan untung'



Oleh: Tok Non

Sebuah akhbar pecacai Umno Be End melaporkan kononnya 300 laporan polis dibuat seluruh membantah Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Semalam berita TV3Suku menyiarkan bantahan orang ramai terhadap perhimpunan tersebut, kununnya peniaga, pemandu teksi, orang ramai semua pakat marah.

Kalau betul bagai dilapor maka Be End jangan susah hati, sebaliknya patut bersyukur kerana dengan kemarahan rakyat terhadap himpunan anjuran Pakatan Rakyat itu maka BN yang akan untung. Bukan senang akhir-akhir ni nak bagi rakyat marah dekat PR. Macam-macam depa buat nak bagi orang benci kat PR kempen dalam radio tv express.. tanpa henti-henti dah lebih 3 tahun tapi hasilnya tak seberapa.

Buat video lucah fitnah dengan mencari pelakon mirip Anwar... ingat sikit ke belanja guna kepakaran asing untuk make up muka jadi serupa Anwar; tapi hasilnya sangat mengecewakan Be End. Hanya golongan manusia yang berfikir guna kepala lutut saja yang percaya segala fitnah terkutuk dengan perancangan dan kerjasama Iblis laknatullah itu. Rakyat yang berakal, semua menolak fitnah jahat penuh kelucahan melampau tersebut.

Jadi kalau dengan adanya Himpunan Bersih 2.0 - 7 Julai nanti rakyat marahkan PR maka sepatutnya Be End dan segala jentera pecacai mereka jangan bantah. Buat-buat tak tau jee.

Sebab apa mereka bermati-matian menghalang? Sebabnya, himpunan yang besar akan menggerakkan aspirasi kebangkitan rakyat menuntut perubahan dari kerajaan yang sudah lebih setengah kurun memerintah.

Himpunan Bersih kali pertama diadakan dalam masa terdekat sebelum PRU 12 Mac 2008. Semua media pecacai BN laporkan kononnya rakyat marahkan pembangkang kerana buat himpunan menyusahkan rakyat tapi hasilnya 5 negeri BN tumbang. Itu baru kehadiran 100 ribu. Kali ini dijangka 300 ribu manusia, maka insya Allah 15 negeri BN akan tumbang... eh negeri kat Malaysia ada berapa ye? Hah, nampaknya makin kecut perut Be End.

Inilah 7 Perkara Tuntutan BERSIH 2.0

BERSIH 2.0 yang akan menganjurkan himpunan aman pada 9 Julai nanti menuntut reformasi terhadap 7 perkara iaitu:-
•Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
•Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
•Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
•Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
•Tempoh kempen minimum 21 hari
•Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
•Menghapuskan rasuah pilihan raya

http://kedahla.blogspot.com

Najib JANJI GULA-GULA lagi..mmm..apa cerita GAJI minimum PENGAWAL...???

Najib janji laksana gaji minimum akhir tahun


KUALA LUMPUR, 14 Jun — Datuk Seri Najib Razak malam ini berkata kerajaan akan melaksanakan gaji minimum menjelang penghujung tahun ini selepas Parlimen meluluskan rang undang-undang majlis perundingan gaji kebangsaan pada sesi yang berlangsung sekarang.

Perdana Menteri (gambar) berkata Kabinet masih menunggu Kementerian Sumber Manusia membentangkan kertas berkaitan sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.

“Apabila yang ini (rang undang-undang) diluluskan, maka kita boleh mengadakan majlis perundingan gaji kebangsaan dan (kemudian) boleh adakan gaji minimum akhir 2011,” kata beliau pada majlis makan malam Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini.

Pengumuman Najib menjawab dakwaan bahawa kerajaan sudah memungkiri janji bahawa rang undang-undang ini akan dibentangkan di Palimen kali ini.

DAP berkata rang undang-undang itu seharusnya dibentangkan pada sesi Parlimen semasa tetapi kertas aturan menunjukkan sebaliknya.

Pentadbiran Najib menyasarkan tahun ini untuk melaksanakan dasar gaji minimum, tetapi berhadapan dengan bantahan majikan.

Jom PERKASA kami tunggu hang 9 Julai nanti...!!!

Tunggu 9 Julai tengok siapa kuat, Perkasa cabar Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Sambil mendakwa mempunyai sokongan 36 pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa mengajak penganjur Himpunan Bersih 2.0 melihat sendiri siapa yang dapat menghimpunkan sokongan terbanyak pada 9 Julai ini.

Himpunan Bersih 2.0 menyasarkan penyertaan 300,000 peserta di ibu negara awal bulan depan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Pertubuhan pembela Melayu itu berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali untuk turun di jalan bagi berhadapan dengan Bersih 2.0 kerana “jika kita tidak lakukan, maka dunia akan menganggap bahawa mereka (Bersih 2.0) ada sokongan semua rakyat Malaysia.”

“Tunggu sehingga 9 Julai, kita akan lihat siapa ada sokongan terbanyak,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) selepas perbincangan meja bulat dengan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan malam tadi.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, mereka bukannya mahu mencetuskan huru-hara sebagaimana didakwa oleh pengkritik tetapi mahu menunjukkan pihaknya juga rakyat negara ini.

“Bersih ada agenda politik tersembunyi untuk mencetuskan huru-hara. Tiada justifikasi untuk mengerahkan ratusan ribu hanya untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menjawab semua perkara,” katanya lagi.

“Pendirian kami mudah... mereka berarak, kami berarak. Mereka batal, kami batal.

“Kami tidak mahu mereka mengatakan bahawa mereka melakukan ini atas nama rakyat. Kami juga rakyat,” katanya lagi.

Himpunan Bershih juga pernah diadakan akhir 2007 beberapa bulan menjelang pilihan raya umum ke-12, yang menyaksikan pembangkang menguasai beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Perkasa juga mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan Gerakan Anti-Bersih pada 19 Jun ini.

Juga hadir pada pertemuan meja bulat malam tadi ialah bekas pemimin PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Ibrahim juga berkata, beliau berasa curiga dengan penganjur Bersih 2.0 memilih 9 Julai untuk mengadakan perhimpunan mereka.

“Mengapa penganjur hanya memilih 9 Julai? Mengapa mereka tidak memilih 30 Julai atau hujung-hujung bulan Julai,” katanya.

Beliau juga difahamkan tanggal 14 Julai adalah hari kes liwat Anwar yang telah diarah membela diri.

“Adakah disebabkan ini, tarikh 9 Julai dipilih? Mengapa bukan diadakan selepas kes Anwar bela diri?

“Saya curiga dan khuatir sekiranya perhimpunan ini sememangnya bertujuan memberi kesan dalam kes Anwar membela diri nanti,” ujarnya.

Pagi semalam, Ibrahim ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen memberitahu, pihaknya akan melawan habis-habisan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu menegaskan, pihaknya tidak akan berganjak untuk bersama Bersih 2.0 bagi mengadakan himpunan besar-besaran itu.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan juga tidak gentar tindakan Perkasa mahu menghalang usaha mereka.

Pada sidang media malam tadi, Ibrahim turut mempersoalkan Ambiga sebagai pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 sambil mendakwa beliau sebagai tiada kepentingan dalam politik dan tiada hak mengadakan tindakan sedemikian.

“Lagipun, Ambiga bukannya calon bertanding dalam pilihan raya umum,” tambah Ibrahim dengan mendakwa Ambiga seorang anti-Islam.

“Saya tidak faham mengapa PAS itu boleh berada di bawah kuasa Ambiga semata-mata mahu menuntut pilihan raya umum yang bersih.

“Tidakkah ini mendatangkan keraguan?” katanya.

ISU AIR UUM : Akhirnya Naib Canselor [UMNO] UUM jilat ludah sendiri

Alor Setar – Masalah air di Universiti Utara Malaysia berjaya diatasi sepenuhnya oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) apabila syarikat air itu berjaya membekalkan sebanyak 14 juta liter air kini.

Demikian diberitahu oleh Pegawai Perhubungan Awam SADA, Encik Rofedi Sulaiman kepada Warta Darul Aman.

Menurutnya, apabila Loji Air Padang Sanai mula beroperasi pada 15 Mei lalu, sebanyak 35 juta liter air sehari dapat disalurkan ke Bukit Kayu Hitam, Sintok dan UUM. Manakala 15 juta liter untuk sedikar Durian Burung dan Padang sanai.

“Di UUM sahaja pada mulanya kita melepaskan 12.5 juta liter (sehari) tetapi kini sudah meningkat sehingga 14 juta liter (sehari), sedangkan anggaran keperluan di UUM hanya sekitar 10 juta liter sehari,” ujarnya.

Seperti dijangkakan, katanya, apabila air dalam kuantiti yang besar dan tekanan yang kuat disalurkan ke UUM, maka berlaku kebocoran paip di dalam kampus yang diakibatkan sistem saluran yang lama tidak berganti.

“Semua masalah yang berlaku dalam kampus diatasi oleh pihak UUM sendiri, kerana itu tanggungjawab mereka dan tugas SADA hanya membekalkan air dalam kuantiti yang mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Dato’ Mohamed Mustafa Ishak dipetik sebagai berkata, segala masalah infrastuktur dalaman sedang diatasi manakala tangki-tangki baru akan dibina mengikut keperluan.

Isu air di UUM menjadi agak ‘panas’ sebelum ini ekoran pihak-pihak terbabit mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan diri masing-masing walaupun masalah terus berlarutan. Kini dengan selesainya masalah tersebut, semua pihak bersyukur dan boleh menarik nafas lega. [WartaKedah]

Tu dia mai UTUSAN haram tak batal pun permit depa..!!


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan surat teguran kepada akhbar Utusan Malaysia berikutan penyiaran berita bertajuk "Malaysia Negara Kristian?" yang disiarkan pada 6 Mei lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, surat teguran itu dikeluarkan pada 12 Mei lalu atas kesalahan menyiarkan berita yang menggemparkan fikiran orang ramai mengikut peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Hishammuddin berkata, polis juga masih giat menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 dari semua sudut terutamanya terhadap laporan akhbar itu dan juga terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam majlis perjumpaan paderi-paderi seluruh negara di sebuah hotel di Pulau Pinang itu.

Lim bertanya apakah asas laporan muka depan Utasan Malaysia yang menyatakan paderi-paderi berikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

"Sehingga jawapan ini disediakan sebanyak 63 laporan polis dibuat berhubung isu berkaitan.

Sebanyak 60 rakaman percakapan diambil dan lima wartawan Utusan Malaysia dirakam percakapan mereka untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis juga masih lagi mengesan beberapa orang saksi penting bagi melengkapkan siasatan kes itu.

http://jalanpulang1978.blogspot.com

UMNO/APCO TERUS GAGAL PIKAT PAS

UMNO/APCO lupa terhadap kezaliman yang mereka telah lakukan berdekad lamanya terhadap PAS malah mereka terus melakukannya sehingga kini.

"Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskan lah ejekkan-ejekanmu, sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti. Dan jika tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: "Apakah dengan Allah,ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok." "Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu ingkar sesudah beriman. Jika kamu memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (At-Taubah 64-66)

Apa yang berlaku kini adalah hasil dari perbuatan-perbuatan melampau UMNO sendiri. PAS setidak-tidaknya telah berjaya mengubah DAP menjadi sebuah parti yang sederhana. Jika sebelum ini DAP benar-benar parti yang hanya disertai kaum Cina dan tiada Melayu yang mendekatinya, tetapi DAP hari ini telah menjadi sebuah parti yang lebih terbuka dan demokratik hasil dari kerjasama yang terjalin dalam Pakatan Rakyat.

Setiap kali pilihan raya kecil yang ditandingi oleh PAS, rakan-rakan dari DAP & PKR akan turut serta untuk bersama sepanjang masa menolong dengan penuh semangat dan keikhlasan sehingga PAS dan DAP berjaya untuk sentiasa bekerjasama bahu-membahu menggalas perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

PAS tidak akan bersama BN lagi. Dan PAS tidak bersendirian lagi. PAS juga tidak akan terperosok ke dalam lubang biawak dua kali.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, bersikap keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut terhadap celaan dari orang yang suka mencela, yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) Lagi Maha Mengetahui"(al-Maidah : 54).

Terima kasih kepada Zul Kulim yang meyakini PAS tidak akan bersama UMNO/APCO lagi dan terima kasih juga kerana menasihatkan UMNO/APCO supaya mencari alternatif kepada ketidakmahuan PAS itu.

Terima kasih juga diucapkan kepada para pemimpin UMNO/APCO, semua media kawalan mereka, semua pencacai mereka, dan sesiapa saja yang dengan rela hati memberi khidmat percuma untuk mempromosikan PAS telah meninggalkan Islam sebagai dasar perjuangan. Hal ini sebenarnya lebih memudahkan ahli-ahli PAS berhadapan dengan para pengundi untuk menterbalikkan fitnah jahat UMNO/APCO itu. Parti kebangsaan yang sekular itu sengaja memerangkap diri sendiri melalui pemikiran sempit yang sekali gus menyerlahkan kebebalan tahap tertinggi. Dalam keadaan ekonomi yang sukar ketika ini, tiada sesiapa pun yang akan memberikan sesuatu yang amat berharga secara percuma.

http://bilahrotan.blogspot.com

Tu dia Kaya nya depa...???

Dituduh miliki harta melebihi pendapatan

GEORGETOWN - Seorang penjawat awam dituduh memiliki harta melebihi pendapatannya ketika bertugas sebagai Pengarah Bahagian Pentadbiran Jabatan Imigresen di Putrajaya.

Abdul Rahman Harun, 52, yang kini menjawat Ketua Penolong Pengarah Unit NKRA Kementerian Dalam Negeri (KDN) dituduh memiliki harta wang dan hartanah sebanyak RM817,355 yang terdiri daripada akaun yang dimiliki iaitu wang RM681,355 manakala hartanah sebanyak RM136,000.

Abdul Rahman didapati mempunyai RM334,245 di dalam akaun Amanah Saham Bumiputera, akaun Lembaga Tabung Haji sebanyak RM299,016 dan akaun Maybank (RM48,094). Bagi harta hartanah, dia didapati memiliki tanah lot 4801, Mukim Dengkil, Sepang, Selangor bernilai RM136,000.

Abdul Rahman dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, 11 Oktober tahun lalu yang menunjukkan mempunyai harta berlebihan sebanyak RM152,081 setelah diambil kira emolumennya sekarang dan yang lalu serta segala hal keadaan berkaitan.

Tertuduh didapati gagal memberikan penjelasan yang memuaskan bagi lebihan itu dan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 36 (3) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan iaitu jika lebihan itu dapat dinilai atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Abdul Rahman diwakili empat peguam iaitu Raftfizi Zainal Abidin; Zamri Idrus, Fadly Hashim dan Istritharal.

Pertuduhan dibaca oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM, Kevin Moharis.

Hakim Sitarun Nisa Abdullah menangguhkan kes itu hingga hari ini berikutan pihak pembelaan memerlukan beberapa dokumen tambahan.

manusia oh manusia..bateri pencawang telefon pun hangpa nak bedal..!!

Dua lelaki curi bateri Maxis terima padah

http://img526.imageshack.us/img526/3738/towerys1.jpg
gambar hiasan

SIK - Tiga lelaki, dua daripadanya adalah pekerja kontrak sebuah syarikat telekomunikasi, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sik, semalam, atas tuduhan mencuri empat biji bateri Maxis yang dianggarkan bernilai RM12,000, dua bulan lalu.

Abdul Rhoni Jamauddin, 27, Zulhisham Dollah, 28, dan Efendi Ahmad, 26, dituduh bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 8 April lalu, kira-kira am 3.30 petang, di pencawang Maxis Kampung Charok Kemuning, Sik.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan mencuri di dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat penyimpan harta, dengan mengambil empat biji bateri Maxis milik Maxis Bhd, dianggarkan bernilai RM12,000.

Abdul Rhoni, Zulhisham dan Efendi dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda bagi kesalahan pertama, atau, penjara dan denda atau sebatan bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli dalam penghakimannya, berkata, Abdul Rhoni dan Zulhisham, masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sehari serta diarahkan membayar denda RM5,000 dan RM4,000 setiap seorang.

“Jika gagal bayar, akan dikenakan hukuman penjara empat bulan, manakala 4 Julai ini ditetapkan untuk perbicaraan melibatkan tertuduh ketiga, Efendi,” katanya.

Mengikut fakta kes, kegiatan ketiga-tiga tertuduh disedari dua kakitangan Maxis yang sedang membuat pemantauan di pencawang berkenaan.

Ketiga-tiga tertuduh dipercayai menaiki dua kenderaan berasingan, didapati membuka lapan biji bateri di pencawang terbabit, dengan empat daripadanya sudah dimasukkan ke dalam sebuah kereta.

Abdul Rhoni dan Zulhisham diwakili peguam, Jasni Mohamad, manakala Efendi tidak diwakili peguam. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syaiful Akmal Mohd Razi.

Hilang di Alor Setar, jumpa di Kuantan


Saya terkejut diberitahu telah hilang sejak 26 hari lalu sedangkan saya rasa baru empat hari hilang


JITRA – Seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini yang hilang selama hampir sebulan didakwa akibat dipukau ditemui selamat di pusat beli-belah Berjaya Mega Mall di Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu iaitu pada hari dia sepatutnya melangsungkan majlis pertunangan..

Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, ditemui oleh ketua pengawal keselamatan di pusat beli-belah tersebut apabila dia ditahan kerana tidak membayar bil makanan sushi RM70 di sebuah restoran pada pukul 5 petang.

Ketika ditemui, Noor Noor mengenakan baju T putih dan seluar sukan sambil membawa sebuah beg galas mengandungi pakaian yang dipakainya pada hari dia dilaporkan hilang iaitu kemeja, kasut dan tali pinggang.

Turut disimpan dalam beg sama beberapa barangan lain antaranya kain pelikat, kopiah, berus sabut dan berus gigi.

Bagaimanapun, telefon bimbit dan beg kerjanya berwarna hitam yang mengandungi beberapa dokumen penting hilang.

Mengimbas kehilangannya, Noor Azam berkata, dia tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya sepanjang dilaporkan hilang sejak 26 hari lalu sehinggalah pengawal keselamatan membuka dompetnya untuk mengambil kad pengenalan.

“Pengawal itu bertanya sama ada saya Dr. Mohd. Noor Azam yang hilang selepas melihat kad pengenalan dan kad pekerja saya tetapi saya masih tidak ingat sehingga saya melihat gambar bakal tunang di dalam dompet.

“Saya tersedar dan terus menangis lalu bertanya kepada pengawal itu tarikh dan tempat saya berada pada ketika itu,” kata doktor itu ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Bunga Raya di sini semalam.

Tiga gempa bumi gegar negara


ALYA BATRISYA, 5, yang menangis ketakutan kerana merasai gegaran gempa ditenangkan oleh ibunya di Bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR - Tiga gempa bumi berlaku semalam masing-masing dua di Sumatera Utara, Indonesia dan Sandakan di Sabah menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran.

Gempa bumi pertama bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.

Pada sebelah petang, satu lagi gempa bumi berukuran 4.0 pada skala Richter menggegarkan daerah Tongod di Sandakan, Sabah pada pukul 5.21 petang.

Antara bangunan di ibu negara yang merasai gegaran pada pukul 11 pagi ialah Wisma Bernama, Menara Kenanga, ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Megan Avenue.

Bagaimanapun, ketiga-tiga kejadian gempa tersebut tidak mengakibatkan tsunami.[kosmo]





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...