TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan


http://4.bp.blogspot.com/-H0GC9VfAu3E/U02_9HYaflI/AAAAAAAAWpY/YUM83gGr5rw/s1600/output_jBUeae.gif
17/05/2014
http://4.bp.blogspot.com/-VEpDNrQ9Uwc/UwwvBfq4TqI/AAAAAAAAVz4/ifhXcpfIp9g/s1600/output_pvssyM.gif
03/05/2014
http://1.bp.blogspot.com/-WzeIRaLBrJw/UxbRid7hDaI/AAAAAAAAV60/TTGx1_VvVyQ/s1600/ubat+kuat.gif
07/05/2014


Tuesday, June 14, 2011

Laaa MB KELANTAN ada pada malam Final Piala FA hari tuu.. tapi haram tak ada gambaq kat TV pun..!!!





Gila ka apa BN nie.. Sampai nak main "KUTU" pon dah kira salah dah...???

Perkasakan permainan kutu di kampung, pejabat...
Aziz Muda

http://2.bp.blogspot.com/_OpMuhfIxbik/Sll6N0LzWDI/AAAAAAAAA-k/H0mJyICsP44/s400/kutu.jpg
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Aktiviti pengumpulan wang kutu yang dilakukan di kampung-kampung dan di pejabat-pejabat perlu diperkasakan bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang cukup berfaedah kepada orang ramai.

Sehubungan itu, kerajaan BN diminta mengambil langkah perlu bagi memperluaskannya dengan memperkenalkan makanisme tertentu, sejajar dengan peranan penting aktiviti itu selama ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, permainan kutu yang dilakukan di kampung-kampung dan di pejabat-pejabat memainkan penting bagi orang ramai dari pelbagai peringkat, sehingga ia menjadi satu permainan yang sudah tidak asing lagi kepada orang ramai.

Menurut beliau, antara keistimewaan permainan kutu termasuklah membolehkan seseorang ke Mekah untuk mengerjakan haji.

Katanya, selain itu, permainan kutu juga turut memudahkan seseorang melangsungkan perkahwinan dan memulakan perniagaan.

"Oleh itu, kerajaan perlu memperkasakan aktiviti ini bagi membolehkan industri kutu dijadikan satu kaedah yang menguntungkan kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan pembentangan Rang Undang-Undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Bagi pindaan rang undang-undang itu, mereka yang bersalah akan dikenakan hukuman denda RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun, berbanding undang-undang tahun 1971 yang mengenakan denda RM5,000 atau 3 tahun penjara.

Menurut Salahuddin, bagi memperkasakannya, beliau menyarankan pihak kerajaan memperkenalkan makanisme terbaik bagi membolehkan aktiviti tersebut menjadi suatu aktiviti yang lebih menarik dan lebih berfaedah kepada orang ramai.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut berharap agar aktiviti pengumpulan wang kutu dikecualikan dengan sebarang tindakan undang-undang, memandangkan ia jelas berbeza dengan pengumpulan wang kutu haram yang dilakukan secara besar-besaran dan secara komersial oleh pihak-pihak tertentu.

Malah lebih jauh dari itu, beliau berharap agar aktiviti tersebut digalakkan oleh kerajaan, dengan diperluaskan lagi menerusi makanisme terbaik.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan diingatkan agar tidak mengharamkan aktiviti pengumpulan wang kutu yang dimainkan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung.

Sebaliknya aktiviti pengumpulan wang kutu di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung perlu digalakkan kerana ia tidak berasaskan keuntungan, malah mengukuhkan ekonomi keluarga.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, perkara itu amat berbeza dengan penganjuran pengumpulan wang kutu yang dimainkan (dilakukan) secara besar-besaran dan komersial oleh pihak tertentu walaupun atas alasan sumbangan ikhlas.

Menurut beliau, oleh itu, sebarang pindaan undang-undang yang hendak digubal oleh kerajaan perlu memperjelaskan perkara itu bagi membolehkan aktiviti pengumpulan wang kutu yang dimainkan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung dikecualikan dari sebarang tindakan undang-undang.

Katanya, sekiranya undang-undang yang digubal itu turut mengenakan tindakan terhadap aktiviti pengumpulan wang kutu yang dimainkan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung, ia pasti menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang ramai.

"Pada hal pengumpulan wang kutu di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung itu apalah salahnya. Jadi yang itu tak patutlah diharamkan," katanya ketika membahaskan pembentangan rang undang-undang berkenaan.

Menurut Nasir, pindaan rang undang-undang tersebut, jika tidak mengecualikan pengumpulan wang kutu yang dimainkan di pejabat-pejabat atau di kampung-kampung, pasti akan menjadikan undang-undang tersebut amat zalim dan tidak praktikal.

Bagi mengelakkan kejadian itu, beliau menyarankan agar pindaan rang undang-undang tersebut hanya difokuskan kepada aktiviti pengumpulan wang kutu yang dilakukan secara komersial oleh pihak tertentu.

"Pengumpulan wang kutu secara besar-besaran itu sememangnya dilakukan secara komersial, mahukan keuntungan, penuh dengan kekeliruan, berunsur penipuan dan berunsur riba.

"Ia ternyata tidak jelas penganjurnya, sering berlaku penipuan kepada orang ramai, kadar pulangan yang tidak pasti.
Yang itulah yang perlu diharamkan," tegasnya.

Selain itu, beliau turut kesal apabila aktiviti pengumpulan wang kutu turut diselewengkan oleh pihak tertentu, atas alasan pinjaman Tekun, yang turut membabitkan pemimpin Umno.

Terdahulu dari itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail turut mengingatkan pihak kerajaan agar mengecualikan para pemain pengumpulan wang kutu kecil-kecilan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung dengan pindaan rang undang-undang tersebut.

"Malah mereka sebenarnya yang kebanyakannya kaum wanita di kampung-kampung turut memainkan peranan penting bagi pertumbuhan ekonomi negara sehingga berjaya mengumpul RM2 bilion," katanya.

Manakala Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga AJK Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika bangun membahaskan pembentangan rang undang-undang itu meminta pihak kerajaan memperjelaskan yang mana aktiviti pengumpulan wang itu yang tidak dimasukkan dalam perniagaan dan yang dimasukkan dalam perniagaan.

Ini kerana dalam Akta Pengesahan Wang Kutu 1974 tidak memperjelaskan perkara ini, malah mengatakan walau apa-apa pun undang-undang yang berlawanan sah di sisi undang-undang dan dikuatkuasakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menggulung perbahasan itu menegaskan, kesemua pandangan tersebut akan diambil kira oleh kerajaan.

Dengan itu, pindaan rang undang-undang itu pasti akan mengecualikan para pemain pengumpulan wang kutu kecil-kecilan yang tidak berasaskan keuntungan di pejabat-pejabat dan di kampung-kampung.

Eishh dok canang kata FELDA baguih tapi nie dok kena bayaq saman RM1.2juta lagi apa kejadahnya..????

Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.

Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun.

Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu.

Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian.

"Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya.

"Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.

Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.

"Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya.

Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.

"Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya.

Sekretariat Task Force Felda

Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.

"Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya.

Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah.

Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut.

Negeri Sembilan & Sabah Juara Murtad & Alhamdulillah Kelantan Sifar Murtad

Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan[malaysiakini]

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

NONEBeliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

azlanMengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.

Gila budak sekolah rendah buat facebook FREE jee mai K'jaan Malaysia perabih RM1.8juta utk 1 facebook

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

NONEAnthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

NONETimbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.Khairy juga membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI) bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu.

"Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan revenue yang dapat digenerate hasil usaha syarikat itu membuat online advertising," soalnya.

Utusan ajak sattle tepi

Nik Aziz tarik balik saman, selesai luar mahkamah



12 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik saman terhadap Utusan Malaysia berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah.

Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan, ia berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak defendan berdasarkan sejumlah bayaran yang tertentu.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan sebagai merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian hari ini.

Berikut penjelasan beliau.

Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini 14 Jun 2011 di halaman 20 di bawah tajuk 'Kes Nik Aziz Saman Utusan RM20j Selesai Luar Mahkamah'.

Laporan yang sama juga disiarkan oleh Sinar Harian hari ini di halaman N4.

Sukalah saya mengesahkan laporan tersebut dengan sedikit penambahan berdasarkan kronologi berikut:

Pada 12 Jun 2009, Utusan Malaysia telah menyiarkan satu artikel dengan petikannya di muka hadapan di bawah tajuk “Nasihat Saya Mesti Didengar” dengan beberapa isi kandungan yang memfitnah YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan.

Antaranya menyebut, “Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai ‘ilham’ UMNO.”

Artikel tersebut mengundang kepada beberapa pandangan balas yang mengecam YAB Tuan Guru, antaranya ialah seperti yang tersiar di dalam akhbar yang sama di muka surat 12 bertarikh 16 Jun 2009. Artikel yang ditulis oleh Ramli Abdul Halim itu mengecam YAB Tuan Guru dengan mendakwa tindakan tersebut bercanggah dengan Islam.

YAB Tuan Guru telah menafikan kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Jun 2009 dan penafian ini disiarkan oleh akhbar yang sama di muka surat dua pada 18 Jun 2009.

Setelah melalui proses rundingan di antara kedua-dua pihak bersama dengan peguam yang dilantik, Utusan Malaysia telah memohon maaf kepada pihak YAB Tuan Guru di atas laporan yang salah tersebut dan permohonan maaf ini disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia 29 Julai 2009.

Memandangkan laporan tersebut yang dianggap begitu tersasar dan mendatangkan kesan khususnya kepada keputusan pilihanraya kecil Dun Manek Urai, pihak YAB Tuan Guru tetap meneruskan usaha untuk memfailkan saman sebanyak RM20 juta ke atas Utusan Malaysia.

Kes ini dijadualkan mula dibicara pada 12 Jun 2011 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Pada 10 Jun 2011, pihak Utusan Malaysia melalui peguam yang dilantik telah menghantar notis tawaran penyelesaian di luar mahkamah dengan sejumlah bayaran ganti rugi kepada pihak YAB Tuan Guru.

Justeru pada prosiding mahkamah yang bermula pada 13 Jun 2011, berasaskan kepada notis yang dihantar tersebut, YAB Tuan Guru telah berbesar hati untuk menarik balik saman dengan sejumlah bayaran yang ditawarkan oleh pihak defendan.

Justeru, sukalah saya mengulangi sekali lagi bahawa apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini 14 Jun 2011 iaitu YAB Tuan Guru telah menarik balik saman RM20j adalah benar namun perlu disebut bahawa ia dilakukan berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak defendan berdasarkan sejumlah bayaran yang tertentu.

Harakahdaily

dataran Tahrir

Adakah Benar Kita Mahu Dataran Merdeka Menjadi Tahrir?


Salam BERSIHkan 1Malaysia,

Artikel hari ini terbit dari kesedaran yang telah lama terpendam. Bukan untuk berbicara lebih terperinci mengenai 8 tuntutan BERSIH2, tetapi untuk sama-sama fikir di manakah punca huru-hara setiap kali perhimpunan aman berlangsung.

Pertama sekali, berhubung dengan 36 laporan polis terhadap usaha perhimpunan BERSIH2 9 Julai nanti. Laporan-laporan polis yang banyak itu adalah sebenarnya suatu yang memberangsangkan malah menggalakkan lebih ramai yang akan menyertai himpunan terbesar dalam sejarah. Justeru itu, ucapan setinggi terima kasih dirakam kepada NGO dan individu yang telah membuat laporan polis. Ia bukan sahaja secara tidak langsung mempromosi event BERSIH2, malah memaklumkan pada pihak berkuasa betapa kali ini himpunan aman adalah luar jangkaan kehadirannya. Saya ulang, himpunan aman menuntut pilihanraya BERSIH dan Adil.

Pihak polis harus sedia maklum, dengan jumlah demonstran yang seramai lebih 3 ratus ribu, pastinya tindakan lebih baik untuk pihak polis dan FRU ialah dengan menjalankan tugas menjaga para demonstran, bukan memukul sepak terajang. Adalah lebih baik pihak polis mengambil langkah mengawal laluan demonstran ke Istana Negara daripada menghalang demonstran dengan gas dan air kimia.

Percayalah sekiranya perhimpunan ini dikawal dengan baik oleh pihak polis, sudah tentu semua demonstran akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Jika polis tidak menyerbu demonstran tak tentu hala, manakan sanggup peserta demonstrasi lari masuk ke Sogo untuk berlindung? Lari masuk HQ PAS itu adalah kes berasingan. Mungkin Sogo juga akan buka seperti biasa dengan market ratus-ribu pengunjung dari seluruh negara akan berada di depan Sogo.

Tetapi agak malang polisi perkara 10 perlembagaan Malaysia tidak langsung dihormati, jadi mengapa peserta himpunan dipersalahkan? Pihak polis tidak pernah disalahkan sekiranya berlaku kekecohan akibat dari halangan oleh pihak polis sendiri, akhirnya berlaku aksi kejar mengejar, pukul memukul, tembak-menembak peluru gas pemedih mata. Apakah rakyat yang berhimpun itu masih bersalah sedangkan hak untuk berhimpun telah dinafikan! Polis sentiasa betul, tembak orang melutut pun masih betul dan tembak amirul rashid berpuluh das juga masih betul? wallahualam.

Masuk bab kerugian di hari berlaku perhimpunan aman. Di manakah faktor kerugian jika ada tambahan 300ribu manusia dari hari biasa di tengah bandar KL? Bukankah kedai makan akan untung? Tandas awam, pengangkutan awam seperti bas dan LRT, kedai pakaian, penjual air dan keropok lekor, kedai-kedai kasut, malah pasaraya besar juga sepatutnya untung. Kita faham, keuntungan ini hanya berlaku jika pihak polis mengawal dan menjaga keselamatan. Namun kita tidak faham mengapa hak rakyat untuk berhimpun tidak langsung dipeduli.

Bila dikaitkan pula dengan cadangan demonstrasi di Stadium, kerajaan melalui KDN seolah-olah tidak sekolah apabila tidak memahami konsep perhimpunan aman. Ia pastinya untuk menarik perhatian umum dan khalayak ibu negara adalah tempat yang paling sesuai. Barulah ada liputan yang lebih meluas maka objektifnya tercapai. Jika kerajaan berkeras untuk mengarahkan demonstrasi dibuat dalam stadium, maka perlulah diingat bahawa kami di Pakatan Rakyat bukan seperti kerajaan yang suka membazir menghimpun rakyat di Stadium. Contoh pembaziran ialah, penyediaan tupperware percuma dan kehadiran artis top yang bayarannya mencecah ratusan ribu dalam satu bab sahaja.

Rakyat yang bijak sentiasa di belakang Pakatan Rakyat. Mereka juga hadir dengan tawaran dan imbuhan tetapi tawaran dan imbuhan itu bukan boleh diterima pada hari yang sama. Tawaran dan imbuhan contohnya seperti buku jingga hanya hadir setelah kerajaan sedia ada ditumbangkan melalui pilihanraya. Rakyat bersama Pakatan Rakyat pada PRU 13 maka oleh sebab itu jugalah mereka turun ke perhimpunan aman BERSIH 2 dengan harapan Barisan Nasional tidak lagi mudah untuk menipu sekiranya menimbang secara serius tuntutan BERSIH.

Apakah terlalu susah untuk kerajaan menyediakan sebuah sistem pilihanraya yang adil? Saya percaya andainya kerajaan mengumumkan mengeluarkan akur janji untuk menerima beberapa perkara tuntutan BERSIH (yang penting), sudah pasti himpunan aman ini akan dibatalkan. Kita juga percaya bahawa rakyat mana yang tak sayangkan negaranya? Jadi sebab sayanglah kita wajib turun ke medan BERSIH kali ini !!

Pihak polis juga harus bertindak cemerlang dengan menyekat sebarang anasir jahat yang ingin membuat kacau bilau di hari perhimpunan berlangsung. Contohnya ialah provokasi dari pihak PERKASA yang secara sengaja ingin mencipta pertembungan. Perkara sebeginilah yang sepatutnya pihak polis ambil serius, kerana wujud ancaman dari presiden PERKASA sendiri yang memilih tarikh yang sama dengan sengaja demi pertembungan yang mungkin meletakkan Ibrahim Ali kembali ke wad ICU. Ini kerana skala nisbah 3000 : 1 adalah sangat berat sebelah. Renung-renungkanlah wahai pihak polis akan tugas sebenar sepertimana sumpah keramat diangkat ketika menjawat jawatan pegawai polis.

Ingatlah satu perkara, sebagai penulis tidaklah saya menyalahkan terus pihak polis yang menjalankan tugas. Tetapi sampai bila arahan-arahan berdarah terhadap rakyat tidak bersalah itu harus terus dilaksanakan tanpa pertimbangan agama dan hati perut?

Akhir kalam, sekarang fahamkah saudara sekalian apakah sebabnya kita turun berhimpun menyertai BERSIH versi dua? Mengapa Sogo menutup perniagaannya di kala perniagaan pada hari tersebut boleh untung berjuta-juta? Bagaimana sebuah himpunan aman menjadi ganas dengan campurtangan pihak polis? Juga bagaimana mungkin Dataran Merdeka berubah menjadi Tahrir? Apabila hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan walaupun dengan kekuatan rakyat setengah juta di jalanraya pada tanggal 9 Julai!

Ayuh turun ke jalanraya menyertai BERSIH2 demi demokrasi yang dikongkrit oleh kerajaan sejak sekian lama!! Kita hadir dengan aman! Hanya kotoran sahaja yang takut kepada BERSIH !

Jadilah sebahagian dari sejarah!!


EDYES @ edyesdotcom

ReleX la BraHengggg nak mengampu pon agak2 la

Breheng ugut nak bakar kereta, baling batu?

Setakat la ni (pukul 2.04) petang belum ada lagi dalam Malaysiakini berita versi Bahasa Melayu tentang apa ugutan baling batu dan bakar kereta yang dibayangkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk menghalang perarakan aman Bersih menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Tapi dalam versi Inggeris dah ada berita tu dalam Malaysiakini (Update: Pukul 2.19 depa dah bubuh versi Melayu).

Pengalaman saya menyertai demontrasi yang dianjurkan oleh puak lawan Umno, tak pernah la pulak saya tengok kes baling batu dan bakar kereta. Bakar tayar pun tak pernah.

Saya tak pernah menyertai demonstrasi Reformasi. Tapi dalam demonstrasi tersebut pun saya difahamkan bahawa mereka yang berdemonstrasi sentiasa berjaga-jaga terhadap agent provocateur. Saya pernah dengar cerita depa depa debik agen-agen provokasi itu.

Kesimpulannya, bila puak-puak lawan Umno berdemonstrasi, depa akan pastikan ia adalah pehimpunan aman. Depa tak nak dan depa benci benda-benda yang menyusahkan depa nak berhimpun dan berhimpun lagi. Yang buat kecoh ialah orang lain.

Elok saya cerita pengalaman saya menyertai demonstrasi puak lawan Umno. Ia berlaku dalam satu perarakan yang dimulakan dari depan bangunan Tabung Haji selepas solat Jumaat. Saya tak ingat tahun berapa dan demonstrasi apa. Tapi dalam tahun lapan puluhan atau awal sembilan puluhan. Perarakan tu bercadang nak ke kedutaan Amerika Syarikat.

Ketika perarakan belum pun bermula, saya tengok ada beberapa orang yang kelaku depa pelik sungguh. Histeria macam orang gila. Lagak depa macam nak menunjuk-nunjuk kononnya depalah pejuang Islam paling bersemangat. Orang suruh bertenang, depa tak nak dengar cakap.

Tak lama lepas tu, polis bertindak menghalang perarakan. Terjadilah pergelutan kecil. Tengok-tengok yang tangkap orang ialah puak-puak yang kononnya bersemangat sakan tadi.

Sebab itulah, bila Ibrahim dipetik sebagai berkata, "I cannot imagine, when they bring a big crowd and start throwing stones, burning cars...Perkasa will go down to make sure we stop (the Bersih rally)", saya bersetuju dengan pandangan yang menyatakan beliau membayangkan ada puak yang akan baling batu dan bakar kereta.

Puak lawan Umno tak pernah buat kerja bodoh yang akhirnya akan menyusahkan diri mereka sendiri itu. Kalau begitu, puak mana yang akan baling batu, bakar kereta? Puak perkosa? Kalau depa baling batu, kalau kena kepala kita, boleh mati. Kalau depa bakar kereta, kalau api merebak, kita boleh mati.

Kepada yang beragama Islam, kalau mati dibunuh puak jahat kerana menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kita ada jawapan kepada Allah s.w.t. yang memerintah kita memperjuangkan keadilan dan menentang pembohongan serta penyelewengan. Mereka pun akan kata mereka juga ada jawapan. Kita tunggulah apabila berhadapan dengan Allah di Hari Perhitungan nanti. Kita akan tahu jawapan siapa yang akan diterima Allah.

Sementara itu, tolong bagi tau semua orang tentang puak jahat yang nak baling batu, bakar kereta. Kalau orang tanya siapa, suruh mereka tanya Ibrahim. Kalau mereka tak yakin Ibrahim bercakap benar bila dia bagi tau siapa nak baling batu dan bakar kereta, suruh dia pergi bersumpah laknat di Masjid Bandar Baru Sentul. Maklumlah, Malaysia dah jadi pusat sumpah laknat.

PAS gugur perkataan Islam pada Parti? UMNO kenapa tak tambah perkataan Baru ?

Lidah Rasmi UMNO melaporkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, “Kalau Pas sanggup dibuli oleh DAP sehingga akhirnya boleh menggugurkan perjuangan negara Islam, saya mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan sahaja perkataan Islam daripada Pas atau tukar saja nama parti itu kepada Parti Kebajikan se-Malaysia,”

Dan sebuah blog Pro-UMNO yang dipercayai dari jenis “Tak Menyalak, Tak Makan” telah menulis Ramai penyokong2 PAS mati2 ingat mereka menyokong prjuangan Islam..telah buat satu jihad yg besar!! walaupun apa pun dakyah UMNO, mereka yakin ngan perjuangan PAS adalah perjuangan Islam selaras ikut AQ dan sunnah!!

Itu dari blogger yang jenis “Tak Menyalak, Tak Makan”.. cuba korang baca apa pula yang ditulis oleh Blogger Pro-UMNO yang dipercayai bukan dari jenis “Tak Menyalak, Tak Makan” dibawah ini..


Buat yang tak faham apa aku maksudkan dengan “Tak Menyalak, Tak Makan” tu.. sila baca di SINI

Di antara Zeila (Jalil) dengan Zeila (Mascot TMM 1991)

Beberapa pemimpin UMNO telah mendesak PAS supaya menggugurkan perkataan ‘Islam’ di dalam parti itu kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam, sebaliknya memperjuangkan negara berkebajikan. Di antara yang mendesak itu ialah Ali Rustam dan Puad Zakarshi serta beberapa yang lain yang menyokong saranan itu. Tidak payah sesiapa yang menjawab atau menolak saranan itu kerana itu semuanya isu yang diterbitkan seperti ‘mencari kutu di kepala’.

Pemimpin-pemimpin UMNO mendesak perkataan Islam itu dibuang kerana ia sangat mengelirukan bukan sahaja rakyat ramai tetapi juga ahli-ahli PAS itu sendiri. Sebenarnya hanya mereka yang tidak memahami asas perjuangan Islam sahaja yang menganggap negara berkebajikan itu sebagai bersalah-salahan dengan Islam. Cukup kita layan desakan yang tidak berasas itu setakat ini.

Sekarang kita tengok apa yang pihak kita perlu buang dan tambah pula. Kalau kita guna ‘equation’ yang sama kita perlu gugurkan nama UMNO itu dari parti kita. apa kita sudah lupa yang parti yang kita anggotai ini bukannya UMNO? UMNO yang sebenarnya ialah parti yang di asaskan oleh Onn Jaafar dan bukannya oleh Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim seta Mohamad Najib.

UMNO yang sekarang ini terdaftar sebagai UMNO (baru) dan kenapa pula tidak digunakan atau meletakan perkataan (baru) kepada nama parti kita ini? Sedar kah kita yang UMNO ini diasaskan oleh Dr Mahathir dan tidak ada kena mengena dengan usaha mencapai kemerdekaan? Kalau UMNO yang sebenarnya wujud kenapa Ling Liong Sik pernah menjadi pengerusi BN buat beberapa ketika sebelum UMNO yang sekarang ini ditubuhkan? Tidak ingat kah kita. Kenapa Ali Rustam dan novis politik, Puad Zarkashi lupa tentang hakikat ini?

Kalau UMNO sekarang ini tidak mengelirukan kita semua, bagaimana Tunku Abdul Rahman, Husein Onn, Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak dan ramai lagi nama-nama pejuang UMNO tidak ada dalam senarai keahliannya? Yang lebih mengelirukan, kenapa baru-baru ini kita merayakan ulang tahun UMNO yang keenam puluh sedangkan umurnya baru 23 tahun?

Bagaimana hendak kita katakan yang UMNO ini telah berjaya membawa kemerdekaan negara sedangkan umurnya lebih muda dari anak bongsu saya? Semuanya ini mengelirukan. Kenapa letakan gambar-gambar Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, dan Husein Onn di dinding bangunan UMNO (PWTC) sedangkan mereka ini tidak pernah menganggotai parti ini? Untuk mengingati semua pihak Dr Mahathir adalah ahli UMNO yang pertama dan Kak Asmah sebagai ahli yang kedua. Dr Mahathir adalah Prsiden UMNO yang baru ini yang pertama, buknnya Onn Jaafar.

Jadi sebelum kita menggunakan isu yang lemah ini terhadap parti lawan kita selesaikan kekeliruan di antara ahli UMNO sendiri. Kita mesti mengakui yang UMNO sekarang di asaskan di atas perpecahan orang Melayu, tetapi UMNO yang dibenci Dr Mahathir dulu diasaskan oleh perpaduan kumpulan-kumpulan dan persatuan orang-orang Melayu.

Jangan pula pihak-pihak yang membangkang pandangan ini berkata yang mereka sudah jemu dengan isu ini. Sebenarnya saya pun merasa jemu kerana dikelirukan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya memperjuangkan ‘tempolok’ dan kepentingan kuasa secara peribadi mereka.

Hasilnya ahli-ahli berpecah. Apabila ahli berpecah kita pula yang dianggapkan bersalah. Sesungguhnya UMNO sekarang ini sarat dengan pemimpin-pemimpin yang keliru dan rabun dalam perjuangan mereka. Tidak boleh nak berbuat apa-apa lagi.

Saya pernah membuat satu anoloji untuk memberi kefahaman kepada mereka yang keliru. UMNO yang asal itu ibarat Zeila (bintang filem) yang asal. Tetapi UMNO yang ada pada hari ini ibarat Mascot tahun Melawat Malaysia 1991 dahulu (Orang Utan) yang juga diberi nama Zeila oleh Sabarudin Cik, Menteri Pelancongangan negara dahulu. Kedua-duanya bernama Zeila. Selebihnya saudara sambunglah sendiri.

Terima kasih.

(Aspan Alias)

UMNO kena kenen macam tu je dengan Nik Aziz sampai tak terjawab...

Terbongkar sudah Bukti Umno itu penipu

Umno Barisan Nasional (UBN) akan terus menerus menipu rakyat, sejak dahulu.. kini dan selama lamanya.... Kalau tidak, masakan mereka tidak langsung membenarkan sebarang pemantauan dalam pilihanraya negara oleh pihak luar. Dah la pemantaun dalam negeri pun depa tak bagi, apatah lagi pihak negara luar...

Bayangkan Perdana Menteri (Turki, Recep Toyyip Endorgen) jemput orang luar untuk pantau pilihan raya. Dia yakin pilihan raya negaranya mampu dipantau kerana dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita di sini, jangankan orang luar, Pengerusi Bersih 2.0 (Datuk Ambiga Sreenevasan) nak pergi pantau pilihan raya Sarawak pun tak boleh.

Maknanya, Umno ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mereka mahu tipu dalam pilihan raya. Sekalipun sombong dan angkuh, Umno masih menipu dalam pilihan raya kerana takut kehilangan kuasa dan bimbang pilihan raya yang benar-benar adil tanpa penipuan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya sekaligus menumbangkan BN.

Kenapa Umno tidak boleh jalankan pilihan raya yang bebas dan adil? Kerana kalau mereka jalankan pilihan raya yang bebas dan adil, mereka akan kalah.

Patut la puak UMNO gelabah bewaaaaaakkk... takut kena penampaq





Kabinet Hadi Laksana:Kereta Baru Driver Lama

Oleh Mohd Sayuti Omar

Abdul Hadi Awang telah melengkapkan barisan kabinetnya untuk dua tahun lagi. Sudah pasti pembentukan barisan kabinet itu mengambil kira kepada keperluan untuk menghadapi pilihan raya akan datang dan juga sebagai bingkas kepada kehendak muktamar yang baru lalu.

Sebelum barisan kabinet itu diumum ramai yang membuat telahan tetapi tidak berani untuk menulisnya.

Saya sendiri telah menulis barisan kabinet menurut pandangan saya, yang saya rasa lebih relevan dengan barisan kabinet sudah diumumkan itu. Kebinet yang saya bayangkan adalah kombinasi kepada dua golongan dalam Pas dan untuk tidak membuka ruang kepada musuh menterjemahkan bahawa Pas memang berpuak.

Juga sebagai seorang pemerhati dan melihat dengan adil, (seboleh-bolehnya) kabinet yang saya bayangkan itu tidak bias - berat sebelah sebaliknya ia lebih kepada penyatuan atau pun kabinet pengukuhan Pas yang kini diterjemahkan dengan berbagai versi baik oleh Umno atau kalangan Pas sendiri. Itu yang saya cuba ketengahkan tetapi sayang tidak ternampak oleh Presiden, timbalan dan naib-naib presiden.

Memerhati kepada pembentukkan kabinet hari ini menjelaskan Abdul Hadi Awang tidak menggunakan kedudukan kuasa prerogatif sebagai presiden sepenuhnya sebaliknya masih menggunakan khidmat konsultan dalam membentuk kabinetnya. Pada saya pembentukan itu masih berbau rakan dan mundir politiknya, Mustapa Ali.

Ada dua faktor yang saya nampak kenapa ia berbau Mustapa Ali. Pertama, Abdul Hadi masih mengekalkan Mustapa sebagai setiausaha agung. Kedua mengekalkan Abdul Halim Abdul Rahman dalam Dewan Harian Pas dengan melantiknya sebagai Bendahari untuk kali kedua.

Pertukaran Pengerusi JPP kepada Dr Mohd Hatta Ramli dikira cocok, walaupun tokoh yang sesuai untuk menggerakan armada perang Pas ini ialah seorang strategis seperti Husam Musa. Tetapi tidak mengapa kerana umum tahu hubungan Husam dengan Dr Hatta, jawatan itu masih boleh digerakan. Kedua mereka boleh duduk sekali berfikir dan menjana JPP untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini pun mereka bekerja secara teamwork.

Sudah tentu bila Hatta duduk di situ beliau akan melantik orang yang dikenal pasti dapat mengatur dan menyusun strategi bagaimana untuk memperkuatkan JPP. Tidak kurang juga orang yang boleh menjana kewangan untuk parti kerana pilihan raya memerlukan wang yang bukan sedikit. Mungkin Dr Zulkefli Ahmad bekas Pengarah Stategi Pas akan digunapakai oleh Dr Hatta. Dan kalau Dr Hatta tidak terikut emosi mungkin dia juga boleh melantik Dr Hasan Ali, yang digugurkan sebagai Pesuruhjaya Selangor setidak-tidaknya untuk dijadikan pakar motivator dalam JPP. Kena ingat Hassan seorang pakar pengurusan dan banyak pengalaman dalam aspek itu.

Bersabit pengguran Hasan ini saya lihat Abdul Hadi cuba meredakan pertemburan di antara Hasan dengan Khalid Samad. Niat itu memang tepat, tetapi apakah Hadi sudah menimbang dan mengira mana yang lebih banyak untungnya dengan Hasan dikekal dengan Hasan dilucutkan dari jawatan itu? Saya berdoa Abdul Hadi telah mengambil kira ini semua. Tetapi adalah malang kalau pertukran Pesuruhjaya Selangor itu dibuat atas nasihat Mustapa Ali yang dikatakan bermasalah dengan Hasan Ali. Mereka ini bin saja sama, tetapi tidak sekata dalam polisi politik.

Tetapi apabila Abdul Halim diletakkan sebagai menggantikan Dr Hatta sebagai Bendahari, saya tidak faham untuk apa dan apa logiknya. Kalau dia dipecat dari jawatan itu kerana tidak perform kenapa pula dia diambil untuk menjana kewangan Pas? Di sinilah saya merasakan Abdul Hadi tidak membuat istikharah atau pun membuka kitab tajul mulut terlebih dahulu.

Justeru pada saya perlantikan Abdul Halim itu tidak ada sebab dan alasan lain melainkan kerana untuk dijadikan regu veteran didalam Pas saja. Atau pun untuk menggunakan pakai idea dan pengalamannya. Pemilihan Abdul Halim itu tentu bukan atas pandangan Abdul Hadi sendiri melainkan ia adalah atas nasihat Mustapa Ali. Timbul juga persoalan di sini apakah pengekekalan Abdul Halim itu kerana disebabkan ada agenda di antara mereka berdua? Ada desas desus kedengaran sebelum ini ada usaha membawa Abdul Halim balik bertanding di kerusi state semula pada pilihan raya akan datang bagi mengganti Tok Guru Nik Aziz sebagai MB?

Saya akan ulas semula berhubung kewujudan Tiga Abdul yang dikatakan cuba untuk menguak kembali di Kelantan. Perlu diingat hubungan Mustapa Ali dengan Abdul Halim bukan baru, jadi mereka saling perlu memerlu di antara satu sama lain untuk dijadikan pembela bila berdepan dengan masalah khasnya dalam Dewan Harian. Dalam hal ini apa yang saya nampak Mustapa memerlukan sokongan Back Bancher dalam Dewan Harian. Jelas kalau perlantikan ini dibuat ia diambil bukan atas kepentingan parti tetapi kepentingan peribadi. Perlantikan berdasarkan kehendak individu sesuatu yang salah.

Nasib baik saya tidak jadi Mustapa dan Abdul Halim. Kalau saya jadi mereka, saya sudah tinggalkan parti kepada anak-anak muda yang jauh lebih berketrampilan dan lebih 'casligas' daripada orang lama seperti mereka berdua. Apa yang baik dilakukan mereka berdua hanya sebagai penasihat saja.

Era politik masa kini sudah tidak relevan dengan corak dan stail politik mereka. Musim dan era mereka sudah pun berlalu sejak 10 tahun lalu. Pada saya kenapa Terengganu tewas antara faktor ialah kerana orang-orang maca Mustapa Ali masih kekal dan berperanan di Terengganu. Perasaan syok sendiri inilah kadang-kadang menyebabkan kita akan jatuh tergolek macam Mat Jenin.

Apabila Mustapa Ali dikekalkan sebagai setiausaha dan Abdul Halim sebagai Bendahari (sudah dua kali pegang), maka nampak sangat kabinet Abdul Hadi tidak memenuhi kehendak golongan muda sepenuhnya. Perlantikan mereka dua ini menyebabkan Pas masih lagi berada di takah lama. Anjakan paradigama yang diharapkan tidak akan berlaku secara meluas dan besar. Saya mengira ia tidak mememuaskan kehendak naluri anak muda seperti mana yang dibayangkan dalam muktamar yang lepas.

Perlantikan bergilir-gilir itu juga seolah Pas kehabisan dan ketandusan calon muda yang lebih berwibawa. Kalau tidak salah saya sebelum ini jawatan Bendahari pernah dipegang oleh Mustapa Ali. Putaran atau pengiliran ini menampakkan Pas miskin dengan tokoh dan sekaligus ia juga menyebabkan mereka yang terasa layak memegang jawatan itu tidak dipedulikan.

Walhasil pada saya dengan kabinet yang baru ini tidak membawa Pas jauh ke depan seperti mana diharapkan. Apakah perlantikan mereka itu untuk menjadi pemangkin kepada Melayu dalam Pas? Mungkin begitu alasan yang diberikan. Dan kalau sebelum ini muktamar berkeras menolak kerjasama Pas dengan Umno dengan menjadikan Nasharudin Mat Isa atau Dr Hassan Ali sebagai kambing hitam, maka kambing hitam itu sebenarnya masih ada lagi. Orangnya ialah Mustapa Ali dan Abdul Halim.

Terus terang saya sebutkan mereka adalah antara jururunding yang atau orang yang masih berkepercayaan bahawa Pas perlu mendekati Umno! (Catatan bila saya tulis ini bukan bermakna saya menentang pandangan mereka).

Jadi kerana mata sudah mengantuk saya nak simpulkan kabinet dibentuk Abdul Hadi ini begini; kabinet Abdul Hadi tidak ubah seperti sebuah kereta baru tetapi pemandunya orang lama. Jadi kerana pemandunya orang lama segala macam peralatan canggih yang ada pada kereta itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ini termasuklah untuk menggunapakai GPS.

Tenguklah driver veteran bawa kereta, bila mereka nak masuk ke kanan, mereka akan buka cermin dan melewa-lewakan tangannya, walhal signal sudah pun bernyala lip..lip...lip.

http://msomelayu.blogspot.com/

UMNO..apa pon boleh..mai PAS...apa pon tak boleh

Nik Aziz: Umno boleh guna BI tapi PAS dihalang guna kebajikan

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pemimpin-pemimpin Umno yang menggesa partinya yang berusia lebih enam dekad agar menggugurkan perkataan Islam pada namanya hanya kerana mengetengahkan pendekatan negara berkebajikan.

Menjawab gesaan beberapa pemimpin Umno agar PAS menggugurkan nama Islam, Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jika Umno boleh menggunakan singkatan Bahasa Inggeris pada namanya, maka tidak salah bagi parti Islam itu menyebut nama “kebajikan.”

“Hari ini ada pihak yang mendesak PAS menggugurkan nama Islam dari nama parti. Seolah-olah Islam langsung tidak boleh menyebut soal kebajikan.

“Bila menyebut kebajikan, maka ia tidak Islam. Peliknya, pihak itu sendiri pun masih menggunakan bahasa asing pada nama partinya yang mendakwa memperjuangkan Melayu,” kata Mursyidul Am PAS dalam mesej yang dipaparkan pada laman sosial Facebook petang ini.

Ini bukan kali pertama pemimpin-pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan yang rapat dengan parti itu mahu PAS menggugurkan nama Islam pada namanya.

Ia pernah ditimbulkan akhir selepas pilihan raya umum 1999.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Utusan Malaysia meminta Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan penggunaan nama Islam pada PAS serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka.

Beliau berkata, sejak dari dahulu lagi, Umno menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kini terbukti ia dituruti oleh PAS.

Menurut Mohd. Ali, Umno bersama kerajaan BN sentiasa meletakkan kebajikan sebagai asas perjuangan mereka sejak sekian lama.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mencabar PAS agar menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu kerana ia “menimbulkan kekeliruan banyak pihak”.

Menurut beliau, bukan saja bukan Melayu tidak faham atau keliru tetapi PAS turut mengelirukan umat Islam sendiri, bila ia mempolitikkan akidah dan ini cukup bahaya.

“Jadi, kalau parti itu sudah sanggup dibuli oleh DAP sehinggakan akhirnya PAS boleh menggugurkan perjuangan negara Islamnya, maka kalau begitu saya cabar PAS supaya gugurkan sahaja perkataan Islam daripada nama parti itu,” katanya.

Isu negara berkebajikan menjadi bahan serangan Umno-BN sejak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada muktamar baru lalu menekankan soal negara berkebajikan.

Ekoran itu pemimpin-pemimpin Umno mahu PAS menggugurkan perkataan Islam.

Umno ditubuhkan pada tahun 1946 ketika era British dan selepas negara merdeka, Umno menggunakan singkatan Bahasa Inggeris sehingga kini.

Umno dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Malayu Bersatu.

Punca dok tayang VIDEO SEX seluruh Malaysia terbongkar....!!!

Harga bahan api dikurang jika Pakatan kuasai Putrajaya, janji Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan mengurangkan harga bahan api dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Pemimpin-pemimpin Umno boleh mengatakan apa sahaja (mereka) mahukan,” kata Anwar pada satu ceramah di Brickfields di sini hari ini.

“Saya pernah menjadi menteri kewangan. Saya tidak mahu menjanjikan perkara-perkara yang mustahil,” katanya lagi.

Pentadbiran Najib baru-baru ini menaikkan tarif elektrik selain mengurangkan subsidi diesel bagi kapal-kapal perikanan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial.

Putrajaya sejak tahun lalu memperkenalkan dasar pelarasan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga bahan api dengan harga RON97 diapungkan secara berperigkat-peringkat.

Sejak awal tahun ini harga RON97 sudah naik empat kali.

Anwar juga mengecam pentadbiran Najib kerana mengurangkan subsidi pengguna sedangkan subsidi kepada pengeluar tenaga bebas, yang mencecah RM19 bilion tahun ini tidak disentuh sama sekali.

“Apabila yang kaya menerimanya, ia (dikatakan) insentif. Apabila nelayan miskin menerima, ia subsidi,” kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin.

Nelayan dan operator bot di Kuantan mengadakan mogok selama tiga hari mulai semalam ekoran pemotongan subsidi diesel.

Anwar berkata, beliau telah mengunjungi Bahrain dan Kuwait baru-baru ini, tetapi tiada negara pengeluar minyak di dunia yang menaikkan harga minyak seperti di Malaysia.

Justeru katanya, kenaikan harga minyak dunia bukan isunya memandangkan Malaysia mengeluarkan minyak.

“Apa yang kami ada untuk ditawarkan? Buku Jingga,” kata Anwar.

Buku Jingga, yang diterima oleh Konvensyen Pakatan Rakyat Disember lalu menyenaraikan 10 inisiatif untuk dilaksanakan dalam 100 hari pertama jika perikatan itu mengambil alih kerajaan persekutuan.

MKK diingat pertahankan imej kerajaan negeri

http://wartakedah.net/images/stories/Jun2011/img_8132.jpgSUNGAI PETANI – Ketua kampung membawa imej dan menjadi cermin kerajaan negeri kepada masyarakat. Ketua kampung perlu faham tugas-tugas mereka dan berfungsi menjadi lidah rasmi kerajaan kepada penduduk kampung mereka.

Peringatan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Siti Ashah Ghazali dalam ucapan perasmian sempena Seminar Ketua Kampung/Komuniti Daerah Kulim di sini.

Beliau yang juga ADUN Merbau Pulas turut membidas sikap sebahagian kecil ketua-ketua kampung yang tidak menjalankan amanah yang telah diberi dengan sebaiknya.

“Kita menjamin kualiti kerja kita sendiri. MKK merupakan jawatan lantikan politik dan kena kerja bersungguh-sungguh untuk membawa imej kerajaan negeri kita sendiri.

“Ketua kampung kena segera mengenal pasti masalah penduduk kampungnya. Ambil tindakan dan berhubung dengan pegawai-pegawai berkenaan untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung dengan segera,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, sebanyak RM2.7 juta telah diperuntukan untuk MKK dan Setiausaha MKK demi kelicinan pentadbiran dan memastikan penduduk kampung tidak terlepas dari pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri kepada mereka.

“Ketua kampung mesti menjadi mata telinga kepada projek-projek kerajaan negeri yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk kampung.

“Projek pertanian merupakan projek yang membawa keuntungan kepada penduduk kampung. Ketua kampung mesti memastikan penduduk kampungnya tidak ketinggalan dalam projek berkenaan. Sekurang-kurangnya dapat membantu mengeluarkan masyarakat kampung dari kemiskinan,” tambahnya lagi.

Beliau juga berharap, ketua kampung dapat mengadakan ‘Program Kampung’ kerana banyak faedah yang boleh diperolehi dari program tersebut. Data-data berkenaan ibu tunggal, orang-orang kurang berkemampuan, OKU, pendatang asing dan lain-lain dapat dikemaskini melalui program tersebut.

“Ketua kampung perlu tahu dan pantau kedudukan penduduk kampungnya. Berapa rumah yang perlu diperbaiki, berapa rumah yang telah diperbaiki, begitu juga dengan surau-surau dan lain-lain keperluan berkenaan.

“Ketua kampung kena kenal penduduk kampungnya, sebab itulah kita mengharapkan ketua kampung mesti dari penduduk tempatan di situ.

“Pastikan sumbangan kerajaan negeri seperti untuk pelajar IPT, guru-guru Al-Quran serta bidan-bidan, perlu diambil perhatian oleh ketua kampung. Pastikan mereka yang layak menerima di kampung kita merasai sumbangan tersebut,” tambahnya lagi.

Beliau turut mengingatkan hadirin mengenai aduan yang diterimanya mengenai sebilangan kecil ketua-ketua kampung yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.

“Saya terima maklumat ada yang berfungsi dan ada yang tidak. Sekiranya yang benar-benar tidak berfungsi, cukup tempoh nanti kita akan gugurkan.

“Kita kena ingat, amanah ini akan disoal oleh Allah nanti. Apakah kita telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya? Kita menerima elaun yang juga merupakan duit rakyat, adakah kita benar-benar menjalankan tugas kita kepada rakyat?.

“Walau bagaimana pun kepada yang menjalankan tugas dengan baik, saya ucapkan tahniah, seperti yang telah ditunjukkan oleh MKK Sidam Kanan. Mereka telah menunjukkan contoh yang terbaik dan sangat ke hadapan dalam menangani masalah penduduk kampung,” ujarnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah pejabat daerah, MKK yang dilantik semula dan lantikan baru dan mengharapkan dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Beliau seterusnya menyampaikan tauliah dan elaun bermula Januari hingga Mac kepada 140 MKK daerah Kulim.

Turut bersama dalam majlis tersebut termasuklah, Pegawai Perhubungan SADA Kedah, Dato’ Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan ADUN Kulim.

Seminar tersebut diadakan di Pantai Merdeka Beach Resort.

Erdogan Turki peningkan Yahudi, Erdogan Malaysia peningkan BN

oleh KedahLa

Oleh: Zulkifli Sulong

ISTANBUL, 12 Jun: Hari ini, 50 juta rakyat Turki yang layak mengundi akan membuang undi mereka dengan Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) yang memerintah bersedia untuk menang kali ketiga berturut-turut.

Ini bermakna mereka bersedia untuk mencatatkan sejarah bersama dengan parti pimpinan Sulaiman Menderes yang pernah mencatat rekod yang sama dalam sejarah demokrasi Turki.

Sulaiman adalah satu-satunya pemimpin yang memimpin parti politik yang pernah memenangi pilihan raya Turki tiga kali berturut-turut dan kini AKP sedia untuk menyamai rekodnya itu.

(Kiri: Penulis bergambar di depan bangunan gudang yang menempatkan pusat operasi AKP Istanbul untuk pilihan raya umum ini.)

Namun AKP mahu memecahkan rekod itu dengan mencatatkan pencapaian yang lebih baik iaitu dengan peningkatan undi walaupun selepas tiga kali menang berbanding dengan parti pimpinan Sulaiman yang turun pencapaiannya dalam pilihan raya ketiga.

Orang ramai yang ditemui yakin, AK akan membuat pencapaian yang lebih baik kali ini berbanding 47 peratus undi popular dalam pilihanraya 2007 lalu. Pandangan ini bukan sahaja dikongsi oleh penyokong AKP bahkan juga dari parti lawannya iaitu Saadet pimpinan Rejjab Kuttan.

"Saya fikir mereka akan dapat sekitar 48 - 52 peratus kali ini berdasarkan sokongan ramai yang mereka terima," kata Hassan, seorang peniaga makanan manisan Turki di Grand Bazaar yang merupakan penyokong kuat Saadet.

Bagaimanapun beliau berharap kali ini Saadet akan turut bersama dalam kerajaan Turki untuk membantu melaksanakan dasar-dasar negara bagi kepentingan Islam di Turki.

Parti yang dipimpin Erbakan sentiasa sahaja berdepan dengan pemansuhan oleh mahkamah perlembahaan Turki atau pihak tentera apabila mereka dilihat mahu melaksanakan Islam.

Selepas Refah diharamkan, Erdogan memilih jalan sendiri dan membentuk AK pada tahun 2001 sebelum menyertai pilihan raya Turki 16 bulan selepas itu dan menang 34 peratus undi popular pada tahun 2002.

Pada ketika itu, Erdorgan tidak dapat menyertai pilihan raya itu ekoran sekatan undang-undang selepas dipenjarakan enam bulan kerana membaca satu syair yang dikira bercita-cita mahu melaksanakan syariah di Turki.

Abdullah Gul telah dipilih menjadi Perdana Menteri AKP yang pertama. Selepas sekatan undang-undang selesai, Erdorgan menyertai satu pilihan raya kecil melalui perletakan jawatan salah seorang anggota parlimennya dan menang.

Erdorgan dilantik menjadi Perdana Menteri dan Abdullah Gul tidak beberapa lama selepas itu dipilih menjadi Presiden Turki sehingga kini.

Mulai 2002, AKP membentuk kerajaan sehingga kini, Dalam pilihan raya umum 2007, undi mereka meningkat keppada 47 peratus dan membentuk kerajaan tanpa perlu bekerjasama dengan lain-lain parti.

Berdasarkan pengalaman Refah dan Erbakan, AKP mengambil pendekatan lebih terbuka dan inklusif dimana partinya tidak menampakkan untuk Islam semata-mata bahkan untuk semua pihak.

Hasilnya AKP umpama PKR di Malaysia. Ahlinya terbuka kepada semua pihak yang bercita-cita untuk mengubah Turki kepada negara yang lebih baik.

Semalam, kami menyertai satu majlis kempen AKP di Istanbul. Majlis bermula dengan berjalan (Walk about) melalui kawasan-kawasan perumahan dengan didahului oleh van yang balut khasnya dengan banner kempen disamping menyiarkan lagu AK.

Perarakan yang bermula dengan petugas sukarelawan dan pemimpin AKP berkembang dari satu lorong ke satu lorong apabila ia turut disertai oleh penduduk tempatan.

Pendekatan inklusif AKP bukan sahaja menarik perhatian rakyatnya bahkan para pemimpin politik negara Balkan dan persekitarannya. Mereka turut sama menyertai perarakan ini dan bangga dikaitkan dengan Erdogan.

(Gambar: Peristiwa Perdana Menteri Erdogan menyalahkan Perdana Menteri Israel, Simon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia menjadi gambar utama kempen AKP dalam pilihan raya ini dan diletakkan di mana-mana termasuk di ibu pejabat operasinya.)

"Di Malaysia, ada yang kaitkan saya dengan kumpulan Erdorgan dalam PAS...nampaknya, saya juga berbangga dengan jolokan itu dengan apa yang dibuat Erdogan untuk rakyat Turki," kata Dr Siti Mariah Mahmud, anggota Parlimen PAS dari Kota Raja yang mengetuai rombongan PAS memerhati perjalanan pilihan raya ini.

Seorang ahli politik dari Kosovo yang turut serta dalam perarakan itu berkata, beliau berbangga dengan apa yang dibuat oleh AKP untuk Turki.

"Saya yakin AKP akan membuat percapaian yang lebih baik kali ini berdasarkan apa yang beliau buat untuk rakyat Turki," kata beliau ketika bersama-sama menyertai perarakan itu.

Sebagaimana budaya kaum Cina dan India di Malaysia, program di Istanbul bermula jam 5 petang lagi. Ketika Azan Maghrib bergema dari corong masjid berdekatan, mereka menghentikan sekejap muzik yang bergema yang dibuat di sebuah pentas yang terletak di sebuah taman rekreasi itu. (Umpama panggung Aniversari di Lake Garden, Kuala Lumpur).

Selepas azan berhenti, muzik disambung kembali dan 15 minit selepas itu majlis bermula dengan persembahan tarian tradisi Turki.

Selepas itu, majlis ucapan bermula dari pemimpin tempatan dan calon-calon yang bertanding. Turut dijemput naik ke pentas dan memberikan ucapan adalah Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat duduk mini stadium itu. Selepas majlis selesai, penonton dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi popular Turki yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.

"Cara AK memang mendapat sokongan ramai dan saya yakin mereka akan menang besar lagi kali ini," kata Hassan penyokong Saadet itu.

Selain pendekatannya yang mendapat sokongan ramai, AK mempunyai tiga tunggak besar yang menjadi pillar kepada sokongan ke atasnya, kata Dr Umar Faruk, seorang pemimpin muda AK yang menjadi penyelaras kepada tetamu dari luar Turki.

"Pertama kami mempunyai pemimpin yang berkarismatik iaitu Erdorgan," kata Umar.

Kepimpinan Erdorgan terserlah ketika beliau menjadi Datuk Bandar (Mayor) Istanbul. Ketika Istanbul mempunyai pelbagai masalah kronik. Dari jalan raya yang sentiasa sesak tanpa peraturan dan susunan yang baik hinggalah kepada masalah air yang meruncing.

Erdorgan berjaya menyelesaikan kedua-dua masalah ini dengan baik dan kini Istanbul menjadi pusat kewangan utama yang menarik pelbagai pihak.

"Yang kedua organisasi AK yang mantap menjadikannyaa sebuah parti yang menarik untuk semua pihak. Di Istanbul misalnya mempunyai 39 daerah dan 1000 bandar kecil. Di semua bandar ini kami ada cawangan dan sasaran kami, sembilan orang di setiap pusat pengundian yang berjumlah 31,000 itu," cerita Omar.

Faktor ketiga adalah pencapaian kerajaan Turki selama 10 tahun di bawah AK.

"Aktiviti dan polisi yang dibuat kerajaan Turki sepanjang tempoh itu menjadi bahan kempen kami kini," kata Omar yang sangat bangga dengan pencapaian partinya.

Untuk itu, sepanjang kempen ini, AK menyediakan satu banner khasnya untuk menceritakan kejayaan kerajaannya atau succes story yang memapar perbezaan antara kerajaan Turki di bawah AK dan sebelum ini.

Di pejabat AK Istanbul, ia dijadikan satu banner besar yang dipaparkan dipintu masuk ke pajabatnya. Semua tetamu dan petugas akan melihat banner itu.

Yang menarik dari segala-galanya adalah konsep atau pendekatan kerja pilihan raya AK bermula sehari selepas pengundian tamat,

"Kerja pilihan raya kami akan datang bermula Isnin ini selepas pengundian tamat petang esok (Ahad)," kata Omar.

Kerja utama mereka sepanjang masa adalah mendaftar seramai mungkin ahli. Untuk mengelakkan sebarang halangan untuk menjadi ahli, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada mana-mana pihak untuk menjadi ahli parti itu.

Kerja mendaftar keahlian ini antara aktiviti utama hatta sepanjang kempen pilihan raya umum yang sedang berjalan sekarang. Tujuannya adalah untuk memastikan ramai yang merasa AK adalah parti mereka.

Hasilnya, AK mempunyai 5 juta ahli di seluruh negara. Dengan 50 juta pengundi Turki bermakna, 10 peratus dari mereka adalah ahli AK.

Parti pembangkang terbesar sekarang adalah CHP (Parti Demokratik Rakyat) yang hanya mempunyai 750,000 ahli.

Dengan latar belakang inilah parti AK pimpinan Erdorgan menyertai pilihan raya kali ini dan mereka sangat yakin akan kekal sebagai pemerintah di samping berusaha memecahkan rekod Sulaiman Damires.

Cadangan nama baru untuk UMNO

Oleh: Mid Panah

UMNO mencadangkan supaya PAS buang nama ISLAM dari Parti Islam SeMalaysia kerana tak sebut nama negara Islam untuk diperjuangkan, sebaliknya sebut negara berkebajikan. Depa cadangkan nama Parti Kebajikan SeMalaysia.

Mid pulak nak cadangkan dekat UMNO; oleh kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan Melayu sebaliknya memperjuangkan kekayaan peribadi, kroni, nafsu serakah, kebuncitan perut dan tembolok semata-mata, maka eloklah kalau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditukar kepada Pertubuhan Kebangsaan Berjuang Untuk Tembolok & Nafsu Serakah Berpecah (ganti bersatu) atau singkatannya PKBUTNSB. Huihh panjangnya, jenuh depa nak ingat.


(Simbol baru PKBUTNSB.. BN mesti setuju. *BN = Bini Najib)

http://kedahla.blogspot.com

Aduhai UMNO.. Nak sekolahkan anak ke IPTA pon kena apply melalui kerajaan negeri kee..???

Masyarakat Siam Kedah sokong BN

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah yakin mampu meraih 100 peratus sokongan masyarakat Siam di negeri ini dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan kegagalan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) menunaikan janji dan menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat itu sejak memegang tampuk pentadbiran negeri pada 2008.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dalam pertemuannya dengan 50 pemimpin Siam daripada 44 wat perkampungan di seluruh Kedah di sini semalam, mereka memberi jaminan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melalui UMNO serta menjadi undi deposit tetap parti itu menjelang pilihan raya umum (PRU) ke -13.

Menurutnya, BN Kedah bagaimanapun memohon Kerajaan Pusat untuk mempertimbangkan beberapa tuntutan yang dipohon masyarakat Siam Kedah bagi memastikan sokongan yang diberikan lebih kukuh.

“Dalam pertemuan selama lebih sejam tadi (semalam), pemimpin masyarakat Siam diketuai Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong menyerahkan satu memorandum yang menyenaraikan tuntutan masyarakat Siam Kedah kepada saya untuk diserahkan kepada Perdana Menteri nanti.

“Antaranya menggesa Kerajaan Pusat menjelaskan pengertian status bumiputera yang dimiliki masyarakat Siam secara terperinci bagi menyelesaikan pelbagai urusan melibatkan persekolahan anak-anak Siam, permohonan mendapat biasiswa dan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam atau permohonan tanah rizab Melayu,” katanya kepada media selepas pertemuan dengan pemimpin Siam Kedah.

Turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz.

Ahmad Bashah berkata, masalah lain dihadapi masyarakat Siam ialah kesukaran pelajar cemerlang masyarakat mengisi borang aplikasi kemasukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) secara online disebabkan dalam senarai pilihan status kaum di dalam borang itu, tidak dicatatkan kaum Siam sebaliknya tertulis kaum ‘Thai’.

Menurutnya, kaum ‘Thai’ yang dinyatakan kebiasaannya merujuk kepada rakyat Thailand yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA negara ini dan susulan ketiadaan status Siam, ramai pelajar cemerlang kaum itu gagal mendapat tempat di IPTA.

“Akibatnya, UMNO dan pemimpin Siam terpaksa mengemukakan semula rayuan kepada Kementerian Pengajian Tinggi bagi membolehkan pelajar terbabit melanjutkan pelajaran ke IPTA dan masalah ini perlu diatasi kerana masyarakat Siam diiktiraf sebagai bumiputera.

“Memorandum itu turut ditandatangani saya sendiri sebagai tanda sokongan daripada UMNO Kedah dan berharap segala permohonan diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Tak ada nelayan..kira tak makan ikan la jawabnya... mogok lagi mogok...nak tarik subsisi sangat..!!!!

Harga ikan naik angkara mogok


HARGA ikan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur semalam kekal tinggi dipercayai berpunca daripada tindakan 500 nelayan mogok ke laut.


KUALA LUMPUR - Jika kenaikan harga ikan sepanjang dua minggu lepas dikaitkan dengan faktor musim cuti sekolah tetapi kini, mogok pula dikatakan punca harganya tidak turun-turun.

Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar utama di sini semalam mendapati, rata-rata harga yang ditawarkan bagi sekilogram ikan segar tidak banyak beza berbanding sepanjang musim cuti persekolahan.

Malah, ada harga ikan tertentu seperti kembung, sardin dan pelaling didapati naik di antara RM1 hingga RM6 sekilogram.

Seorang penjual ikan Pasar Chow Kit, Maslan Md. Nin, 48, berkata, walaupun mogok tidak menyebabkan bekalan ikan terputus namun, ia akan menyebabkan harga naik jika bekalan diimport dari luar negara.

"Kami sedar kesan mogok oleh persatuan nelayan di Johor, Perlis dan Pahang punca kenaikan harga ikan tetapi kami masih boleh mendapat bekalan dari Indonesia dan Thailand.

"Bagaimanapun, kini kami sukar mendapat bekalan ikan kembung sejak tiga hari lalu," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Nelayan mogok: Harga ikan didakwa naik 30 peratus

Harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu, dakwa ahli parlimen DAP Nga Kor Ming, yang juga membidas kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu berkenaan.

NONENga (DAP-Taiping) berkata kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu.

Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.

Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan.

NONE“Pendirian Pakatan adalah jumpa dan bincang segera dengan nelayan kelas C2 berhubung mogok itu,” kata Nga.

“Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan,” dakwanya.

Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai.

NONEHanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi.

Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu.

50thn negara merdeka baru UMNO pie tahu ada kawasan tak ada bekalan ayaq..???!!!

50 tahun tanpa bekalan air paip

JITRA - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah yang dapat digambarkan keadaan sepasang suami isteri warga emas di Kampung Pulau Nyior di sini, apabila hidup tanpa bekalan air paip sejak lebih 50 tahun lalu.

Keadaan itu bertambah pilu apabila warga emas, Osman Ali, 74, yang kudung kaki kirinya terpaksa mengangkut air dari telaga setiap hari bagi keperluan mencuci pakaian, pinggan selain untuk mandi.

Osman berkata, setiap hari dia dan isteri, Aishah Abdullah, 73, berulang alik dari rumah ke telaga kira-kira 20 meter dari rumah mereka untuk mengangkut air.

“Mujurlah ada jiran yang bersimpati memberi bekalan air paip kepada kami untuk minum, tetapi untuk mandi dan mencuci kami hanya gunakan air telaga di hadapan rumah.

“Kami dah biasa hidup begini sejak lebih 50 tahun lalu, namun sejak kaki saya dipotong pada tahun 2001 lalu akibat mengalami barah tulang, ia sedikit menyukarkan pergerakan saya mengangkut air dengan kuantiti yang banyak,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Osman berkata, lima tahun dahulu dia pernah menyuarakan hasrat untuk memasang paip air di rumahnya namun disebabkan kos tinggi, maka terpaksa melupakan hasrat itu.

Menurutnya, dia hanya bergantung kepada bantuan sara hidup bulanan yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

“Bantuan bulanan itu hanya cukup untuk menampung keperluan harian kami suami isteri dan ia tidak cukup untuk menampung kos memasang paip air di rumah,” katanya.

Osman berkata, jika musim kemarau ia lebih sukar apabila mereka terpaksa menggunakan tenaga yang lebih kuat, selain tali yang digunakan juga perlu lebih panjang untuk mengangkut air.

Sementara itu, keperitan hidup keluarga itu mendapat perhatian Ketua Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu, Wan Zawiyah Wan Halim yang turut menghulur sumbangan.

Wan Zawiyah berkata, beliau akan berusaha membantu menyelesaikan masalah keluarga itu untuk mendapatkan bekalan air paip di rumah sendiri dalam masa terdekat.

Inilah 7 Perkara Tuntutan BERSIH 2.0

BERSIH 2.0 yang akan menganjurkan himpunan aman pada 9 Julai nanti menuntut reformasi terhadap 7 perkara iaitu :-

  • Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  • Tempoh kempen minimum 21 hari
  • Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  • Menghapuskan rasuah pilihan raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...