TERKINI :

Sunday, June 12, 2011

'Pakatan ada buku jingga, Umno ada seks, seks, seks...'

Jika terdapat sebarang spekulasi bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat telah merosot di Kedah, maka lain pula suasananya di majlis makan malam mengutip derma di Alor Setar malam tadi.

Dewan Dewan Bandaraya penuh sesak sehingga memaksa dua meja yang diperuntukkan untuk para wartawan, dialih ke hujung dewan, menyebabkan sukar untuk mendengar dengan jelas ucapan yang disampaikan.

NONEKira-kira 1,000 hadirin menunggu ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), yang bergegas dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang ke Alor Setar, sebelum bertolak pula ke Kangar, Perlis selepas jam 10 malam.

Ketua umum PKR itu disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin daripada pelbagai kaum, sebaik sahaja beliau tiba pada kira-kira 9pm - lewat satu jam dari jadual.

Anwar diiringi pemimpin PKR seperti naib presiden, Datuk Chua Jui Meng; timbalan ketua PKR Perak dan ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye serta Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, yang juga pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman.

Turut hadir dan berucap di majlis tersebut ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Apabila tiba giliran Anwar berucap, pada hadirin, kebanyakannya pertengahan umur dan berusia - separuh daripadanya dari masyarakat Cina - khusyuk mendengar komen dan cerita lucu dari ketua pembangkang itu yang membuat dewan itu gamat dengan gelak ketawa dan tepukan gemuruh.

PAS: Kami tak ciplak idea BN, sudah lama guna negara kebajikan

KUALA LUMPUR, 12 Jun — PAS menempelak pentadbiran Najib yang mendakwa parti Islam itu mencuri idea atau menciplak apabila menekankan konsep negara berkebajikan ketika muktamar awal bulan ini, kata pemimpinnya hari ini.

Malah pemerhati politik Prof Dr Abdul Aziz Bari juga berkata PAS sudah pun menekankan soal negara berkebajikan sejak akhir 1970-an.

“Soal curi idea atau ciplak, saya hairan dengan pandangan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak). Saya hairan dengan pandangan beliau, tapi saya ucapkan terima kasih kepada beliau dan pemimpin-pemimpin Umno yang sudah bercakap mengenai soal kebajikan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Mahfuz, sebahagian konsep negara berkebajikan telah pun dilaksanakan tetapi dengan keupayaan yang terhad.

“Apa yang dimaksudkan keupayaan terhad adalah bidang kuasa kita terhad dan kewangan terhad,” katanya yang turut menekankan bahawa ucapan dasar lazimnya akan bertukar tema dan kali ini ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

“Ucapan dasar presiden biasanya bersandarkan isu-isu dan perkembangan semasa. Saya pasti begitu juga ucapan presiden Umno dan parti-parti politik lain.

“Jadi, ucapan Datuk Seri Hadi menyentuh konsep negara kebajikan, yang ada kaitan dengan manifesto pilihan raya umum 2008,” katanya lagi.

Muktamar PAS kali ini dilihat yang terakhir sebelum negara menyaksikan pilihan raya umum ke-13.

Namun begitu, Mahfuz menegaskan, konsep negara berkebajikan perlu difahami bahawa ia tidak melibatkan harta benda semata-mata.

“Ini sudah disalah tafsir oleh masyarakat jika menganggap negara berkebajikan itu melibatkan kewangan semata-mata.

“Negara berkebajikan itu merupakan perkara baik yang bertujuan menyatupadukan rakyat. Konsep ini yang menekankan kepimpinan yang adil, telus dalam masyarakat, bebas dari rasuah.

“Sejak PAS mentadbir kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu, mana ada lagi pemimpin kerajaan negeri yang diseret ke mahkamah atas sebab rasuah berbanding kepimpinan Umno,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

“Umno sekarang sudah terdesak dan tidak mampu lagi memberi jaminan kepada rakyat dalam konteks negara berkebajikan sedangkan rakyat ternanti-nantikan konsep ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, Buku Jingga sebenarnya menjadi wadah kepada rakyat betapa pentingnya mereka membentuk negara berkebajikan dan kembali kepada kebajikan.

“Ia (buku itu) sudah memberi tawaran menyeluruh untuk ke arah negara berkebajikan,” tambah Mahfuz.

Ahli Parlimen Kuala Selangor juga menekankan bahawa PAS sudah lama menggunakan konsep negara berkebajikan sejak era kepimpinan Allahyarham Fadzil Noor yang mengetengahkan Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21 pada 2002.

“Malah, ia juga sudah dimasukkan dalam manifesto PAS pada 2008. Jadi, mengapa baru sekarang Umno mempertikaikan perkara ini dan jadikan isu,” kata beliau lagi.

“Cuma PAS memberikan pengertian dan penghayatan semula kepada konsep ini,” kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Abdul Aziz pula berkata, pada penelitian beliau konsep kebajikan pernah dimasukkan ke dalam manifesto ketika pilihan raya umum 1978.

“Jadi, bagi saya ia bukan isu. Ini kerana ia sudah lama dibawa oleh PAS, cuma tidak diberikan penekanan.... hanya sekarang ia mendapat tempat secara terperinci,” katanya ketika dihubungi.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menjelaskan konsep negara berkebajikan akan dimasukkan dalam manifesto PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13 walaupun sudah ada dalam manifesto 2008.

Jelasnya, beliau akan menambah sedikit intipati kandungannya seperti masalah pendapatan seisi rumah kerana harga barang meningkat.

Tambah beliau, sebenarnya negara berkebajikan sudah ada sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

“Pembangunan ekonomi dulu, lebih adil dan telus, pemimpinnya juga bersifat adil. Kini, walaupun mempunyai berjuta-juta pemimpin tetapi belum tentu mempunyai ciri-ciri ke arah negara berkebajikan,” ujanya.

Mohamad menegaskan, sebenarnya Buku Jingga merupakan salah satu contoh konsep negara berkebajikan.

“Saya akan membawanya ke dalam manifesto akan datang. Jadi Pakatan Rakyat akan turut sama memperincikan negara berkebajikan ini,” ulasnya lanjut.

Betoi kaa UUM jadi tempat tayangan VIDEO SEX kat seluruh JKKKP & SU depa minggu lepas..????

oleh depakata.co.cc

http://www.rezzen.com.my/uum/images/uumLogo.jpghttp://www.malaysiandigest.com/images/kusha/videosx200.jpghttp://www.rezzen.com.my/uum/images/uumLogo.jpg

Depa dok hingaq dan riyouh kot kampung sejak dua menjak nie dimana selepas JKKKP dan S/U UMNO yg balik dari kursus kat UUM. nuuu... depa dok kata masa kursus kat sana ada ada satu sessi penayangan VIDEO SEX untuk tatapan tok ketua tok ketua ini... entah laa kami nak kata betoi atau tidak hangpa kena pie tanya JKKKP yg baru balik dari UUM minggu lepas laaa..betoi kaa tidak depa dok pakat2 tengok VIDEO SEX tuuu... kami sampaikan apa yg depa dok kata laa...cuba suruh JKKKP tu sumpah tengok depa ngaku dak tengok VIDEO SEX kat UUM tempohari...???

Peguam Negara Gani Patail terlibat dalam Skandal MAS laa pulak..!!

Dalam tempoh 1994 hingga 1996 itu juga, Gani Patail turut sibuk memainkan peranannya menutup kes atau membenamkan maklumat yang melibatkan Menteri-Menteri atau Ketua Menteri berkaitan yang boleh dibuktikan sebagai telah melakukan salahguna kuasa dan rasuah.

Tidak ketinggalan juga berkaitan kes Perwaja dan kemudiannya yang berkaitan dengan TRI. Ikuti pendedahan Datuk Mat Zain bin Ibrahim melalui Surat terbuka terbarunya kepada Perdana Menteri Malaysia.


Mat Zain bin Ibrahim,

10hb.Jun 2011.

Kepada;

YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak,


Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Dengan Tangan
62152 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.


Yang Amat Berhormat Dato Seri,

PERANAN PEGUAM NEGARA DALAM SKANDAL MAS.


Assalamualaikum wbt.

1. Saya muncul kali ini untuk, menarik perhatian YAB kepada pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Dr.Hadenan Abdul Jalil pada 31.5.2011 yang “membersihkan” Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara sekali lagi, daripada sebarang salah laku jenayah,berkaitan pemergiannya menunaikan Haji di-Mekah, bersama-sama dengan seorang Shahidan Shafie yang dikatakan seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli.

2. Saya menyatakan bahawa tindakan Tan Sri Hadenan sedemikian itu, adalah tidak teratur serta tidak mengikut peraturan Undang-Undang sedia ada.Ini memandangkan beliau, sama ada secara persendirian atau sebagai sifat Pengerusi Operation Review Panel MACC tidak mempunyai sebarang kuasa atau hak mengikut Perlembagaan atau mana-mana Undang-Undang,untuk menyemak apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM sendiri.

3. Untuk penekanan yang lebih jelas,saya sertakan salinan surat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bertarikh 23.7.2009, menyentuh bidangkuasa mereka,yang ditanda tangani sendiri oleh YA Bhg.Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad,Pengerusi LPPR dengan maksudnya berpenerangan sendiri.

4. Sekiranya Jawatankuasa induk LPPR yang diperngerusikan oleh seorang mantan Ketua Hakim Negara, telah mengesahkan bahawa mereka sendiri TIDAK mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM,maka persoalannya ialah;darimana pula Tan Sri Hadenan memperolehi kuasa beliau untuk membersihkan Gani Patail.Selain itu Tan Sri Hadenan sendiri dipercayai telah menerima surat rayuan saya bertarikh 15.4.2009 dialamatkan kepada LPPR dan dipercayai juga, telah mengambil pendirian secara kolektif sepertimana jawapan Pengerusi LPPR bertarikh 23.7.2009 tersebut.

5. Pada pendapat saya persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta Ahli-Ahli jawatankuasa beliau berpuas hati atau sebaliknya, berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul,memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati.Malahan Tan Sri Hadenan sendiri telah membuat kenyataan umum, bahawa Operations Review Panel (ORP) tidak terlibat didalam sebarang proses penyiasatan SPRM memandangkan ORP bukan sebagai sebahagian organisasi SPRM melainkan sekadar mewakili orang ramai sahaja,sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama pada 12.11.2009. Beliau membuat kenyataan ini ketika mengesahkan akan menghantar peromohan ORP kepada Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bertulis meneliti kes berkaitan V.K.Lingam.Saya sendiri tidak nampak apa yang ORP boleh buat dengan kes berkenaan oleh kerana ORP tidak mempunyai kuasa penyiasatan atau pendakwaan ataupun kuasa dan hak menyemak semula apa apa keputusan yang dibuat oleh SPRM atau Pendakwa Raya.

6. Seterusnya saya berpendapat bahawa tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke-Mekah sedemikian itu, sekadar merupakan suatu eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia,bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah, berdasarkan daripada penerangan yang saya berikan diatas dan juga hujah lanjutan dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul selepas ini.

7. Antara dakwaan utama yang dibuat terhadap Gani Patail berkaitan isu pemergiannya ke-Mekah itu,ialah beliau didapati bersekongkol dengan seorang En.Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli (TRI) yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS.Hubungan erat antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap TRI.

8. Saya menyatakan bahawa Shahidan bukan sekadar seorangproxy biasa kepada TRI.Malah Shahidan mempunyai liabiliti penjenayahannya yang tersendiri dalam Skandal MAS tersebut, berasingan dengan liabiliti jenayah TRI.Dakwaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam laporan kepada SPRM yang dibuat oleh En.Shahari bin Sulaiman Pengarah Urusan MASKargo Sdn Bhd.sebuah anak syarikat MAS pada 20.5.2009.Untuk kemudahan rujukan,saya lampirkan salinan laporan berkenaan yang pernah disiarkan kepada umum oleh blog Malaysia Today sekitar bulan Ogos 2010.

9. Siapa Shahidan, apa hubungan beliau dengan TRI dan apa peranan yang dimainkan oleh Shahidan, dilaporkan secara teratur dan kemas dalam laporan berkenaan.Begitu juga dengan peranan dan tanggungan liabiliti jenayah oleh individu-individu lain yang dinamakan dalam laporan sama.Kredibiliti laporan oleh MAS tersebut tidak boleh dipertikaikan memandangkan terdapat wakil Kerajaan dalam Lembaga Pengarah MAS sendiri. Malahan laporan dari MAS itu seharusnya dianggap sebagai laporan daripada Kerajaan.Kerugian terkumpul RM 8 Billion akibat Skandal MAS itu juga wajar dianggap sebagai pendedahan oleh Kerajaan sendiri.

10. Pada 15 Disember 2010,Tan Sri Hadenan telah membuat pengumuman bahawa Skandal MAS tersebut masih dalam siasatan SPRM setelah muncul keterangan dan saksi-saksi baru.Pengumuman ini telah disiarkan secara meluas oleh media MSM dan alternatif.Ini bermakna status TRI ialah beliau masih dalam siasatan.Begitu juga dengan status setiap seorang yang dinamakan dalam laporan MAS tersebut.Ini juga bermakna bahawa status Shahidan dalam Skandal MAS ini juga, adalah beliau masih dalam siasatan SPRM.

11. Persoalannya ialah adakah wajar, Gani Patail seorang Peguam Negara yang masih berkhidmat dilihat sebagai bersekongkol dengan Shahidan, seorang yang masih dalam siasatan serious SPRM, yang mana hasil siasatannya kelak, dipertimbangkan oleh Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Gani Patail sendiri. Mampukah SPRM atau Jabatan Peguam Negara bertindak berkecuali serta memberikan pertimbangan yang adil dan saksama dalam kes ini sedangkan skandal ini melibatkan kerugian melebihi RM 8 Billion wang Rakyat.

12. Ketika membuat pengumuman pada 31.5.2011 itu pula,Tan Sri Hadenan tidak langsung menyebut berkaitan status Shahidan dalam penyiasatan SPRM ataupun mengesahkan sama ada Gani Patail dan keluarganya benar telah pergi dan tinggal bersama dengan Shahidan ketika di-Mekah ,walapun fakta ini adalah fakta material dalam penyiasatan.Sekiranya Tan Sri Hadenan mengharapkan untuk menemui rekod transaksi kewangan antara TRI atau Shahidan didalam akaun persendirian Gani Patail,maka itu seolah mengharapkan bulan jatuh keriba.Sama ada beliau sedar atau tidak,Tan Sri Hadenan boleh disifatkan telah menyembunyikan sesuatu fakta material yang boleh dianggap sebagai suatu perdayaan sepertimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

13. Perkara utama dalam isu ini, tidak lain daripada mempertimbangkan tingkah laku atau conduct Gani Patail. Sama ada sebagai seorang Peguam Negara, sepadan atau tidak, beliau bersekongkol secara terang-terang dengan seorang yang sedang dalam penyiasatan pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dalam suatu skandal besar melibatkan wang Rakyat. Apabila ianya melibatkan isu conduct seorang Peguam Negara yang sedang berhidmat, maka pihak yang mempunyai kuasa atau hak mengadilinya, hanyalah sebuah Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri, sepertimana yang sedia ada secara spesifiknya dalam Artikel 125 (3) dibaca bersama Artikel 145 (6) Perlembagaan.Saya yakin saya tidak perlu menjelaskan perkara ini lebih lanjut lagi memandangkan Kerajaan sendiri pernah menghadapi situasi serupa dalam isu conduct mantan Ketua Hakim Negara, YA.Bhg.Tun Salleh Abbas.

14. Seorang Peguam Negara yang berwibawa dan mempunyai kredibiliti tidak tercemar, akan mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau yang sedia diperuntukkan dalam Perlembagaan. Beliau tidak akan sama sekali membenarkan, mana-mana pihak yang tidak berkenaan, sewenang-wenangnya mengadili atau meneliti perihal conduct beliau sepertimana yang pernah dicabar oleh Tun Salleh Abbas suatu ketika dahulu. Malangnya Gani Patail yang kita kenali, sanggup merelakan dirinya diadili oleh sesiapa jua asalkan pihak berkenaan sanggup mengisytiharkan secara umum, bahawa beliau bebas daripada sebarang salah laku jenayah.Sekiranya Gani Patail tidak mampu dan berani mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau sendiri,maka bagaimanakah Rakyat boleh mengharapkan beliau menjadi pelindung serta mempertahankan hak kesamarataan Rakyat dari sudut Perlembagaan dan undang-undang Negara.

15. Walau bagaimanapun perkara yang, menarik dalam laporan Pengarah Urusan MASKargo itu ialah; “modus operandi” (M.O.) yang diamalkan oleh TRI dan lain-lain individu terlibat dalam Skandal MAS tersebut. M.O yang dimaksudkan ialah, “membuat perjanjian/konrak jangka panjang yang berat sebelah”. M.O sebegini dikatakan telah diamalkan oleh TRI dalam beberapa perjanjian/kontrak sejak beliau mengambil alih MAS dari tahun 1994 sehingga 2001 yang menyebabkan kerugian terkumpul lebih daripada RM 8 Billion.

15.1. Rakyat juga kini mendapat tahu bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga dilaporkan telah menandatangani beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah dengan beberapa Penjanakuasa Bebas (IPP),yang mengakibatkan Rakyat menanggung kerugian lingkungan RM 20 Billion.

15.2. Begitu juga dalam hal skandal kewangan Syarikat Perwaja Steel, dimana beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah telah dibuat dengan beberapa Syarikat dalam dan Luar Negara yang mengakibatkan dana Rakyat sekitar RM 4 Billion lesap.

16. Secara kebetulan pula ketiga-tiga “skandal kewangan” ini berlaku atau bermula antara tahun 1994 hingga tahun 1996. Tidak salah jika demi kepentingan Rakyat, Kerajaan meneliti semula kesemua perjanjian/kontrak yang dikatakan berat sebelah itu memandangkan terdapat keserupaan dalam M.O yang digunakan oleh ketiga-tiga Syarikat terlibat untuk mencari “common factor” yang mungkin boleh ditemui jika penyiasatannya dilakukan dengan teliti. Kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan mendapati orang atau kumpulan orang-orang yang menyediakan terma-terma perjanjian/kontrak berkenaan terdiri dari kumpulan orang yang sama. Kajian kriminologis telah membuktikan bahawa pencuri,perompak dan penipu lazimnya akan mengamalkan M.O yang sama setiap kali melakukan jenayah kerana itu adalah kelebihan atau kemahiran mereka.

16.1. Saya percaya eksesais ini berbaloi memandangkan kerugian yang Rakyat telah tanggung melebihi RM 30 Billion.Mungkin Rakyat sendiri tidak dapat membayangkan nikmat dan kemudahan yang mereka akan rasai jika wang sebanyak itu telah dibelanjakan untuk kepentingan mereka.

17. Boleh dikatakan tahun 1994 hingga 1996 merupakan suatu tempoh bila mana “skandal-skandal” dan kontroversi menggemparkan Negara berlaku atau bermula.Selain daripada skandal kewangan melibatkan MAS,TNB dan Perwaja Steel yang telah dibincangkan dalam perenggan diatas, beberapa peristiwa menarik perhatian umum yang saya masih ingat antaranya;

17.1. Beberapa orang Menteri Kanan dan Ketua Menteri didedahkan melakukan salahgunakuasa dan rasuah melibatkan ratusan juta Ringgit.

17.2. Pendedahan percutian mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusuff Chin dan keluarga ke New Zealand bersama VK Lingam dan keluarga.

17.3. Pendedahan percutian Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dengan VK Lingam dan ahli perniagaan Vincent Tan ke-Italy/Spain.

17.4. Rompakan terbesar dalam sejarah Negara berlaku di-gudang MASKargo, Terminal B Lapangan Terbang Subang dalam bulan Ogos 1994. Dalam kejadian ini kumpulan “Geng Mamak” terdiri daripada kumpulan 6 adik-beradik berasal dari Kuala Kangsar, Perak telah melakukan rompakan nekad, 300 ketul jongkong emas bernilai RM 10 juta. Kami mengenalpasti Geng Mamak yang melakukan rompakkan ini berdasarkan daripada kajian M.O mereka.

18. Kecuali kes rompakan 300 jongkong emas di-MASKargo itu, peristiwa-peristiwa lain yang disebutkan diatas masih lagi diperbualkan dan dibahaskan sehingga hari ini. ungkin kerana kerugian lebih RM 30 Billion itu adalah terlalu besar untuk Rakyat berdiam diri atau memaafkan sesiapa juga yang terlibat mengakibatkan kerugian sebanyak itu yang menyebabkan sebilangan besar Rakyat menderita selama itu.

19. Dalam tempoh 1994 hingga 1996 itu juga, Gani Patail turut sibuk memainkan peranannya menutup kes atau membenamkan maklumat yang melibatkan Menteri-Menteri atau Ketua Menteri berkaitan yang boleh dibuktikan sebagai telah melakukan salahguna kuasa dan rasuah. idak ketinggalan juga berkaitan kes Perwaja dan kemudiannya yang berkaitan dengan TRI.

20. Berbalik kepada perkara eksesais membersihkan Gani Patail daripada sebarang salahlaku jenayah pada 31.5.2011 itu, bukanlah kali pertama SPRM lakukan. Bukan sahaja keputusan ini sudah dijangkakan,malahan Rakyat telah sampai ketahap meluat dengan tindak-tanduk SPRM yang tidak putus-putus berbohong, semata-mata untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah. Rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPRM sehinggakan apa juga kebaikkan dan kejayaan yang dipamirkan oleh SPRM dianggap sebagai sandiwara untuk mengabui mata Rakyat semata-mata.

21. Padahalnya, Operasi 3B yang SPRM lancarkan 2 bulan lalu, yang menghasilkan kejayaan cemerlang, patut diberi pujian dan sepatutnya mampu mengembalikan maruah SPRM yang telah tercemar.Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sedemikian itu,melainkan operasinya dirancang dan dilaksanakan dengan tahap professionalisma yang tinggi dan kerahsiaan maklumat yang ketat, yang diamalkan oleh setiap seorang Pegawai dan angguta terlibat dalam operasi tersebut. Malangnya segala usaha mereka dianggap sebagai sandiwara semata-mata.Namun kita tidak boleh menyalahkan Rakyat kerana mereka mempunyai sebab untuk membentuk persepsi sedemikian.

22. Walaubagaimanapun dalam hal ini hanya SPRM sahaja yang berhak memilih jalan terbaik untuk mereka.Sama ada mereka terus memilih untuk melindungi Gani Patail seorang dan sanggup membiarkan Rakyat terus mengecam mereka, ataupun mereka memilih mempertahankan nama baik dan maruah organisasi dan setiap seorang warga SPRM dan keluarga mereka.Saya yakin Yang Amat Berhormat tidak keberatan membantu mereka.

Selamat sejahtera.Wassalam.

Terima kasih,

Yang benar,

(MAT ZAIN IBRAHIM)

10.6.2011.

Semoga Ibrahim dapat mengerah tentera PERKASA untuk menghentikan gelombang BERSIH 2.0

oleh Kiyai Al Marpokeh

Ibrahim katak mengganas lagi..

Pada tanggal 9 Julai 2011 nanti, satu lagi sejarah baru akan terpahat di dalam arena politik negara. Kesungguhan rakyat untuk keluar beramai-ramai menuntut satu pilihanraya yang adil di Himpunan Bersih 1 pada November 2007, jelas membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia kini sudah sedar dari tidur yang cukup lama di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Kematangan berpolitik tanpa pertumpahan darah seperti yang berlaku di negara timur tengah telah berjaya mengubah sedikit demi sedikit cara pengamalan berdemokrasi mahupun berdemontrasi di Malaysia.

Namun begitu tahap kematangan ini masih belum mampu dicapai oleh orang Melayu Umno. Ini berbeza dengan parti kompenennya iaitu MCA dan MIC yang mana kematangan berpolitik seperti yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat terutamanya Pas kini telah mula mengubah cara pemikiran mereka agar seiring fitrah manusia yang menolak kezaliman dan menuntut keadilan. Yang salah tetap salah dan yang betul akan sentiasa betul. Kebodohan yang nyata pada orang Melayu Umno ini adalah sangat memalukan sehingga sanggup menjadi pak turut dan menyokong setiap dasar-dasar kerajaan yang mereka sendiri tahu akan menjahanamkan orang Melayu.

Inilah yang dinamakan pak pandir. Bila tol naik, orang Umno naik motor. Bila minyak naik orang Umno naik bas atau komuter. Bila harga barang naik, orang Umno terpaksa ikat perut atas alasan berjimat. Bil letrik naik, orang Umno sanggup bergelap di dalam rumah sendiri. Tak pernah lagi saya tengok orang Umno mengamuk kepada pemimpin mereka hasil daripada segala ketidaksempurnaan yang berlaku atas diri mereka. Berbeza dengan ahli Mca mahupun Mic. Kerajaan gubal lah apa dasar pun mereka tetap hidup sempurna. Kenapa orang Melayu Umno bengap sampai ke tahap itu?

Parti Pas sejak dari dahulu lagi berusaha untuk membuka minda orang Melayu agar tidak terjerumus ke lembah yang hina seperti orang Melayu Umno. Soal kemiskinan dan kezaliman yang berlaku pada rakyat amat diberi perhatian. Kita begitu konsisten dalam memperjuangkan bab kesempurnaan hidup di negara sendiri sehingga sanggup menggadaikan nyawa seperti yang berlaku di Memali. Kerana Islam itu kesempurnaan. "Islam is the way of life".

Mempertahankan Islam adalah wajib. Dan kalau kita mati kerana mempertahankanya adalah syahid.

Saya teringat kata-kata sheikh Ibrahim ali al- froggori yang sanggup perang salib dengan orang kristian demi agama Islam. Belakang kalu, Husam Musa suruh dia bayar hutang dulu baru boleh mati syahid. Inilah dia satu contoh pemimpin acuan Umno yang paling tak matang pernah ada di Malaysia ni.

Kali ni dia suruh ahli perkasa buat laporan polis berkenaan dengan Himpunan Bersih 2 nanti. Tak cukup dengan itu dia suruh Mat Sabu hentikan Himpunan Bersih 2 atau dia akan bermesyuarat dengan badan tertinggi perkasa untuk menghalang Himpunan Bersih 2.

Saya harap tok sheikh bawa lah seluruh ahli perkasa turun pada hari tu. Kami bukan mcm orang Melayu Umno. Nak gertak orang Umno boleh la. Kalau nak buat undang-undang rimba silakan. Kalau hang menjual kami sedia membeli. Kita jumpa di Himpunan Bersih 2 nanti. Kalau dah katak tetap katak. Sebab tu kalau terpandang wajah hang ada iras-iras katak puru yang tak hensem tu. Muka makan duit. Apabila kita berusaha untuk menegakkan keadilan di muka bumi Allah ni pasti akan ada musuh yang akan menghalangnya. Dan musuh itu ialah HANG.

"Guruh berdentum bumi bergegar,Ayam jaguh sedang bersabung Jangan cakap sahaja berdegar,Hulur senjata kita bertarung".

"Cik Embun orang berbidan, Pandai mengurut sakit kepala, Biar berkalang nyawa di badan, Kedaulatan Islam kupertahankan jua".

UMNO tidak tahu di mana kedudukan ulama

http://1.bp.blogspot.com/_PUqpQGtb70c/SthTT8_PcjI/AAAAAAAAFpU/shNk6sZeKh4/s400/ulama-najib.jpg

alhamdulillah....

UMNO perlu mewujudkan sayap baru iaitu sayap ulama UMNO seperti mana yang dicadangkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Utusan Datuk Zaini Hasan berkaitan dakwaan beliau bahawa Pas sudah menolak kepimpinan ulama dalam muktamar Pas baru-baru ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika menulis dalam blognya ulama dalam parti UMNO ketika ini hanya diletakkan dibawah biro agama yang berperanan untuk melengkapkan senarai penuh biro mereka sahaja.

Pas pula telah meletakkan ulama pada tempat yang sangat tinggi dengan menyediakan dua tempat bagi golongan itu untuk menentukan dasar dan halatuju parti.

“Kita mempunyai Dewan Ulama dan yang tertinggi ialah Majlis Syura yang mana kita tidak akan mengingkari apa jua keputusan Majlis Syura, kerana ahli kita tsiqah (percaya) kepada ulama-ulama kita yang berilmu.

Menurut beliau inilah tanda yang menunjukkan bahawa Pas meletakkan ulama ditempat yang sepatutnya berbanding UMNO yang hanya menggunakan ulama apabila mereka tersepit dalam isu-isu yang menguntungkan mereka.

Seperti contoh yang terbaru apabila isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang, ulama muda mereka Fathul Bari Jahaya dalam satu kuliahnya dengan tegas menyeru ahli UMNO menolak tuduhan itu.

Tetapi suaranya dianggap sepi oleh ahli UMNO yang lebih galak bermain dengan isu itu walaupun Fathul Bari telah mengeluarkan hadis sahih berkenaan fitnah serta ancaman Allah terhadap pengfitnah.

Berikutan itu Ustaz Mohd Nor serta Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong mencabar agar UMNO menyenaraikan dahulu ulama yang ada di dalam Jawatankuasa Majlis Tertinggi mereka sebelum menuduh Pas telah mengenepikan ulama.

“Dengan cadangan ini kita amat berharap selepas ini Presiden UMNO akan dipilih dari kalangan ulama,” ujarnya sinis.

Sumber dari blog ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah

DAP untung atau Yahudi APCO yang untung?

dari blog KedahLa

Oleh: SAIBURI SUDIN

Mantan Presiden UMNO yang nyanyok benar itu berkata, DAP yang untung apabila PAS tak mahu tegak negara Islam. Oleh kerana Tun Mahathir ini manusia yang sepanjang hidupnya dok fikir bab ekonomi atau bab nak hidup atas dunia ni saja, maka aku pun tertanya-tanya.. agak-agak ikut penilaian orang tua tu, DAP untung berapa juta? Atau berapa billion, hasil PAS tak cadang nak buat negara Islam buat masa ini?

Yeelah, kalau untung tu bukan berupa nilai duit ringgit, abih tu apa pulak keuntungan DAP jika PAS tak buat negara Islam? Tun Mahathir pun tak hurai untung apa, juak-juak pecacai dia pun tak bagi tau untung apa.

Baiklah, aku nak buat andaian sendiri.. mungkin untung yang dimaksudkan ialah DAP akan dilantik jadi PM apabila negara berkebajikan wujud. Tapi mengapa pulak? Apa kena mengena negara berkebajikan dengan lantikan PM? Entahlah, aku pun tak tau apa yang orang tua nyanyuk tu pikiag. Baik aku ikut pesan Zul Ya dalam artikelnya sehari dua lalu… dia petik pesan orang tua-tua “Orang gila jangan kita layan sangat, nanti tak pasal-pasal kita pun dituduh gila sama..”. Kah kah kah.

Yang sebenarnya dalam isu negara Islam atau negara berkebajikan ni, bukannya DAP atau sapa-sapa yang untung tapi yang confirmed untung ialah si Yahudi APCO yang jadi penasihat UMNO Be End. Depa sapu duit kerajaan (jugak duit rakyat) RM77 juta lepas tu adu domba dan pecah belah rakyat negara ini. Bila rakyat dan umat berpecah, Yahudilah paling untung.

Supaya Yahudi tak untung, marilah kita bersatu dalam Pakatan Rakyat yang mahu mengutamakan kebajikan untuk rakyat bukan bersatu dalam UMNO Be End yang sudah reput dan tunggu masa saja nak berkubur.

UMNO semakin lesu

Nik Aziz dakwa UMNO semakin lesu

GOMBAK – UMNO kini dipercayai semakin lesu apabila perjuangannya memburukkan dasar Islam diperjuangkan Pas menemui kegagalan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mereka gagal mempertikaikan dasar Islam diperjuangkan parti, sedangkan Islam untuk semua tanpa mengira latar belakang agama atau perkauman.

”Islam untuk semua manusia yang diciptakan Allah SWT yang juga ciptakan Islam. Islam bukan untuk masyarakat Arab sahaja, tetapi untuk semua bangsa di seluruh dunia ini.

“Mereka (UMNO) gagal mempertikaikan (dasar) Islam (yang diperjuangkan parti) sehingga tidak lena tidur,” katanya.

Beliau yakin Pas dapat memintas UMNO kerana dasar parti yang memperjuangkan negara berkebajikan.

“Dulu mereka menuduh Pas ketinggalan, kini kami yang akan pintas mereka,” katanya

Menurutnya, UMNO kini berdepan dengan tekanan kerana kenaikan harga barang yang membebankan rakya:t.

“UMNO sudah tua dan tertekan dengan bebanan yang banyak kerana dulu memperjuangkan rakyat didahulukan, kini sebaliknya sehingga memakan diri sendiri.

“Ini dapat dilihat apabila mereka terpaksa menangguhkan mesyuarat agung sedangkan kami tetap meneruskan mesyuarat agung seperti biasa terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu video seks menyebabkan suasana politik negara bertambah busuk.

“Video seks itu tiada bukti, mengarut dan membusukkan nama negara sahaja.

“Sesiapa sahaja boleh buat video dengan mengambil muka orang lain dan letakkan pada muka orang lain,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan negara kebajikan memberi kelebihan kepada DAP yang juga parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

“Kita tidak sama kerana negara kebajikan yang kami perjuangkan mengikut perlembagaan parti berlandaskan al-Quran dan hadis.

“Mereka (UMNO) yang tidak faham maksud negara kebajikan kerana kami ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), mereka tiada,” katanya.

Beliau turut mengumumkan akan menulis buku untuk memberi penjelasan mengenai negara kebajikan diperjuangkan parti.:

Mohamad Sabu lancar Bersih 2 peringkat Kedah

ALOR SETAR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dijadual melancarkan program Bersih 2 peringkat negeri Kedah malam esok (Isnin), di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, penampilan pertama Mohamad di Kedah selepas diberi mandat sebagai Timbalan Presiden harus dimanfaatkan semua ahli untuk mendekati pemimpin itu sebagai tanda memberi sokongan.

“Saya harap orang ramai hadir untuk mendengar ucapan sulung Timbalan Presiden baru selain mendekati pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya mendapat gambaran yang jelas mengenai isu semasa termasuk program Bersih yang akan diadakan di Kuala Lumpur 19 Jun ini,” katanya.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin negeri yang akan turut serta sebagai penceramah ialah, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah; Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik; Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusuf serta Presiden Teras, Azmi Abd Hamid.

Ahmad berkata, program yang bermula pada 9 malam itu adalah sebagai tanda sokongan terhadap pelancaran Perhimpunan Bersih 2 di ibu negara minggu depan.

“Ini adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua rakyat dan parti politik untuk bergabung kuasa mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini,” katanya.

Menurutnya, sudah tiba masanya pihak yang diamanahkan untuk menguruskan negara mengambil kira pandangan rakyat dalam urusan pentadbiran, dan bukannya sewenang-wenangnya mentadbir.

“Suatu gegaran untuk mengukuhkan demokrasi kalangan masyarakat sedang berlaku, dan kami ingin pihak berkuasa menghormati suara-suara itu,” katanya.

Ahmad berkata, tuntutan yang dikemukakan dalam Perhimpunan Bersih 2 antaranya, mahu membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, desakan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya, akses media lebih bebas dan adil dan masa berkempen minima 21 hari.

Pada 10 November 2007 diadakan perhimpunan sama di kebanyakan lokasi utama di ibu negara menuju ke Istana Negara. ‘Gelombang Kuning’ yang dicetuskan oleh Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) menghimpunkan lebih 100,000 penyokong dari pelbagai latar belakang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum menuntut perjalanan pilihan raya yang lebih adil.

Jawapan dari Kedah kpd interview Tn Hj Mohamad Sabu - kalau PAS tak ambil, UMNO akan ambil


http://3.bp.blogspot.com/_hs5CG6HflAI/TGtdvcy4WeI/AAAAAAAADlQ/cs01gclIZ7g/s1600/setpol+mb+kedah.JPGhttp://duniacikgu.com/wp-content/uploads/2011/06/mat-sabu.jpg

Saya terpanggil memberi komentar terhadap kenyataan Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Bin Sabu (Bang Mat), Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih, dalam interview beliau dengan Malaysiakini bertarikh 10 Jun 2011. Nasihat terus terang beliau sebagai Timbalan Presiden dan pemimpin lama PAS yang telah teruji, wajar dilihat dengan positif demi kebaikan parti dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS.

Menurut Bang Mat dalam bab harta dan pangkat - 'Kalau PAS tak ambil, UMNO akan ambil' - adalah satu pegangan atau tanggapan yang menyalahi matlamat perjuangan PAS , dan ini wajib diubah, dengan perubahan yang lebih besar. Tanggapan ini wujud terpahat dalam kepala orang PAS di mana-mana, dan bagi Kedah dan Kelantan, yang dipimpin oleh PAS, perubahan yang berlaku dalam hal ini tidak mencukupi. Contohi Pulau Pinang yang dipimpin DAP, kata Bang Mat.

Saya setuju dan akur, tetapi (maafkan saya!) kalau kenyataan ini dibuat sebelum muktamar, saya percaya Timbalan Presiden PAS yang baru bukannya Bang Mat. Apa telah berlaku di Kedah dan Kelantan dan ada apa di Pulau Pinang dan hingga Bang Mat membuat seruan mencontohi negeri itu?

Gelaran Dato'

Saya tidak melihat kewujudan pemikiran itu ataupun natijah 'pegangan salah' itu di kalangan pemimpin PAS di Kedah, malah tidak berlaku sebarang perlumbaan di kalangan pimpinan PAS Kedah untuk mengejar harta atau pingat, jauh sekali memohon tanah di kalangan wakil rakyat atau Exco. Gelaran Dato' misalnya, adalah hak mutlak KDYMM Tuanku Sultan, tiada Exco atau wakil rakyat daripada PAS yang mengisi borang bagi pihak diri sendiri untuk memohon gelaran itu.

YAB Menteri Besar ada mencalonkan beberapa nama dari kalangan ahli politik, termasuk daripada PAS, yang mana tuan tubuhnya pun tidak dimaklumkan sehingga surat perkenan dari pejabat KDYMM Tuanku Sultan sampai ke tangan, barulah individu tersebut tahu. Dalam bab Pengurniaan Bintang dan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato' dalam mana-mana kategori, terdapat cadangan yang ditolak di peringkat Jawatankuasa Jemaah Dato'-Dato' Kedah, dan ada yang belum diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan sendiri. Ada juga calon yang dicadangkan pingat lain, tetapi KDYMM Tuanku Sultan memperkenankan calon itu diberikan Dato'.

Di Pejabat Menteri Besar, sayalah yang menguruskan borang pencalonan dan menapis semua permohonan Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran bagi kategori ahli politik dan aktivis masyarakat bagi pihak Menteri Besar, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganugerahan Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran. Bagi pencalonan dalam kategori lain, ada jawatankuasa lain yang bertanggungjawab. Semua pencalonan akan diangkat untuk perkenan KDYMM Tuanku Sultan setelah melalui tahap-tahap tapisan beberapa jawatankuasa. Ia tidak semudah sangkaan tidak tepat sesetengah pihak. Dalam tempoh tiga tahun ini, saya telah melihat trend yang jelas dalam hal ini, iaitu, tiada pemimpin PAS yang menunjukkan minat yang mendalam untuk mendapat gelaran Dato' - sehingga perlu ditegur oleh Bang Mat.

Dalam hal ini, saya akui ada di kalangan ahli dan penyokong di peringkat akar umbi yang tidak berpuas hati dan merungut kenapa waktu kita menjadi kerajaanpun, penerima pingat, bintang dan darjah kebesaran masih ramai dari kalangan UMNO dan BN. Pada saya, teguran bang Mat itu wajar ditujukan kepada mereka, bukan kepada pimpinan. Pun begitu, saya memahami bahawa itulah budaya nilai yang diwarisi daripada sejarah kerana kita lahir dan hidup membesar di Malaysia, sebuah negara dengan sistem Raja Berperlembagaan. Mereka tidak mengenal budaya Cuba, China, Russia maupun Libya atau Iran. Negeri Pulau Pinang dan DAP yang Bang Mat jadikan contoh dalam hal ini, tidak mempunyai Sultan, Raja maupun Istana yang memayungi pembentukan adat, nilai dan budaya hidup rakyatnya.

Balak dan Pencapaian Kedah.

Dalam bab balak yang juga disebut oleh Bang Mat, tidak ada kalangan pemimpin PAS Kedah yang pernah atau cuba memohon kawasan. Walaupun ruang dan peluang terbuka luas kepada sesiapa sahaja, kerana Kedah mengamalkan sistem tender terbuka, belum ada seorangpun wakil rakyat, exco atau pemimpin PAS yang pernah memohon, masuk tender atau meminta balak daripada kerajaan. Apatah lagi mendapat kawasan. Memang ada ahli dan penyokong PAS yang menerima konsesi balak hasil sistem tender terbuka, tetapi mereka bergiat dalam bidang ini sejak bertahun-tahun dulu, sebelum kerajaan bertukar tangan, kerana mereka menawarkan harga yang terbaik.

Untuk pengetahuan Bang Mat, sejak Kedah ditadbir oleh PR yang diterajui oleh PAS, dengan kuota keluasan tebangan yang sama yang ditetapkan oleh kementerian yang bertanggungjawab (2,340 hektar setahun bagi Negeri Kedah), hasil balak untuk negeri Kedah telah meningkat berlipat kali ganda setiap tahun. Daripada purata RM9.5 juta di zaman BN, mencapai kepada RM53 juta pada tahun 2010. (RM35 juta pada 2008, RM38 juta pada 2009). Dalam hal meningkatkan hasil dari industri pembalakan, kerajaan negeri pimpinan PAS tidak melihat kepada latar belakang parti pemohon/pembida, tetapi berapa harga yang ditawarkan.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 memperakukan Kerajaan Negeri telah berupaya meningkat pendapatan melalui industri pembalakan pada kadar 205% pada tahun 2008 dari tahun sebelumnya. Pencapaian ini sudah semestinya melalui perancangan yang rapi yang disusun oleh kepimpinan YAB Menteri Besar untuk membuktikan pentadbiran PAS dan PR jauh lebih baik daripada era UMNO/BN. Negeri Pulau Pinang dan DAP yang Bang Mat jadikan contoh dalam bab ini sudah tidak mempunyai hutan dan balak untuk ditender dan ditebang, kerana negerinya sudah dipenuhi hutan batu.

Permohonan Tanah.

Dalam bab memohon tanah, sepanjang pengetahuan saya, belum ada kes Exco atau wakil rakyat PAS di Kedah yang memohon tanah untuk diri sendiri maupun kaum keluarga. Memang telah menjadi dasar yang tidak bertulis di Kedah, dan difahami dan dihayati dengan sebaik-baiknya oleh sekelian Exco dan Wakil rakyat PAS bahawa mereka tidak mungkin boleh melakukan hal itu. Kalau ada permohonan tanah sebelum menjadi Exco atau wakil rakyat yang masih belum selesai prosesnya, saya tidak tahu. Negeri yang Bang Mat jadikan contoh itu sudah tidak ada tanah yang luas untuk dipohon, bukan sahaja oleh exco atau wakil rakyat, malah rakyatnya juga telah ramai berhijrah ke Kulim, Sungai Petani dan utara Perak gara-gara harga hartanah yang terlalu tinggi dan sebahagian penduduknya sudah tidak mampu memilikinya lagi.

Saya akur dan berterima kasih di atas ingatan dan nasihat daripada Bang Mat yang berterus terang dalam hal ini, yang saya percaya bertujuan memelihara kepentingan dan matlamat perjuangan parti. PAS tidak boleh dan tidak mungkin bergerak menyamai apa yang telah dibuat oleh UMNO/BN yang membawa kebencian rakyat ketika menjadi kerajaan. Saya menghormati dan menyanjung tinggi keberanian dan 'drive' Bang Mat menerajui kepimpinan parti sebagai Timbalan Presiden PAS yang inginkan parti kita terus maju dan disenangi dan disayangi oleh rakyat, dalam hal-hal yang bersangkut dengan keperluan dan kemahuan dalam hidup sebagai manusia yang diberi amanah kuasa.

Untuk melaksanakan hasrat yang mulia Bang Mat itu, alangkah baiknya jika Bang Mat mendapatkan maklumat dan gambaran yang jelas dari kepimpinan PAS di Kedah maupun di Kelantan melalui hubungan dan persahabatan yang baik lagi mesra, sebagaimana Bang Mat berjaya lakukan dengan kepimpinan kerajaan di Pulau Pinang. Maklumat dari pinggiran yang (jika) menjadi asas penilaian Bang Mat, saya khuatiri akan menyebabkan teguran Bang Mat menjadi tidak bermakna dan tidak menguntungkan sesiapa. Teguran terbuka seperti ini juga lebih manis dibuat dulu dalam mesyuarat di peringkat PAS Pusat yang dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS negeri-negeri terbabit. Saya mohon ampun dan maaf daripada Bang Mat jika terkasar bahasa dan terlajak bicara.

MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
SETIAUSAHA POLITIK
YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

Komen 2 Sahabat Berkaitan Jalan di Gurun.. Semoga ada tindakan..

naruto said...
Salam

Minggu lepas saya lalu gurun untuk ke kenduri arwah yang dianjurkan oleh sedara saya. Malam tu saya lalu susur jalan Kg Sungai Ibor dan keluar ke jalan utama melalui pekan lama Gurun. Lepas kenduri, balik ke rumah melalui Jalan Guar Nenas untuk ke Lebuhraya Utara Selatan.

Daripada pengalaman saya, memang saya akui rungutan orang Gurun memang ada benarnya. Tapi yang saya hairan, macam mana MPSPk boleh biarkan perkara ini terjadi.

Syarikat kontraktor yang buat projek landasan keretapi berkembar ni bukannya syarikat cap ayam. Apabila mereka tutup jalan Jeniang di persimpangan pekan Gurun, takkan perkara ini tak dirancang dengan teliti.

Jikalau terpaksa menggunakan Jalan Kg Sg Ibor sekalipun, sekurang-kurangnya besarkanlah jalan tersebut. Pasanglah lampu isyarat sementara di persimpangan pekan lama Gurun tu. Ini termasuk jugalah persimpangan Jalan Guar Nenas dengan jalan utama Sg Petani-Alor Setar. Takkan nak tunggu ada kemalangan atau ada kematian baru nak buat.

YB-YB yang ada tolonglah pantau sikit projek di kawasan tuan ni. Kalau MPSPk lena, EXCO-EXCO yang bertanggungjawab tak kan nak lena jugak. Kalau penggundi lena dengan hangpa PRU 13 ni jangan pulak hangpa meloncat itu dan ini.

Yang lagi satu saya heran, JKR ni nak pantau apa lagi. Takkan kontraktor tak dapat kelulusan hangpa untuk tutup jalan tu. Bila hangpa lulus atau sokong untuk diluluskan, takkan hangpa tak tengok apa benda yang patut kontraktor tu kena buat sebagai alternatif sementara?

Pelik betul saya dalam hal ni. Kalaulah ada pegawai-pegawai JKR atau MPSPk bagi syarat kat kantraktor untuk lakukan sesuatu apabila jalan ni ditutup, kalau kontraktor tak lakukan juga, issue la stop work order. Hangpa kat Alor Setar nak sangat kuasa. Bila ada kuasa hangpa buat apa? Ni dah 11 hari jalan tu ditutup. Takkan hangpa tak sedar-sedar lagi?

PRU 13 dah dekat. Benda-benda macam ni lah yang akan menjadi bukti hangpa kat Alor Setar sana pentadbir yang berkemampuan ataupun tidak. Kalau setakat nak mengaku melayu atau mengaku islam saja, orang melayu lain pun melayu dan islam jugak. Fikir-fikirkanlah.

Kalau MPSPk ada masalah, takkan hangpa kat Alor Setar tak boleh buat apa-apa. Janganlah masalah pentadbiran sesuatu majlis perbandaran turut menyusahkan rakyat dan orang ramai. Kena ingat, kuasa daripada rakyat....
Wallahualam.

June 11, 2011 11:57 AM

Mazlan Taat said...
assalam,

kadang kita terlalu memikirkan masalah nasional hingga terlupa masalah domestik. Seperti MP Jerai sendiri atau Adun Gurun boleh dikatakan setiap hari melalui jalan situ mungkin tidak perasan juga adanya simpang tersebut. Setahun lalu berdekatan simpang tersebutlah sebuah kereta viva terpelanting pintu dilanggar oleh lori roti.

Itu salah satu simpang dan banyak lagi masalah domestik yang gagal diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab. Ini kerana apa jika tiada kematian, makanya tempat tersebut tidaklah perlu dikisahkan.

Contohnya simpang di hadapan Taman Ria Mesra, dulu mana ada lampu isyarat tetapi setelah melibatkan kematian nyawa, barulah diletakkan lampu isyarat.

Kekadang ada lampu pun tidak berguna juga, ada orang tidak nampak lampu merah, terus jalan. Ini masalah apa ni?

Kepada mereka-mereka yang diberi tanggungjawab untuk memikul tugas berkenaan, silalah pasang-pasang mata telinga untuk bertindak menyelesaikan masalah berbangkit.

Jika hendak diungkitkan,banyak lagi dan kemungkinan tandas awam di perhentian bas express Guar Chempedak masih tidak berubah begitu juga surau. Itu antara dua elemen yang penting kerana keduanya berkaitan dengan kebersihan luaran dan dalaman.

Silalah bertindak segera kepada perkara-perkara tersebut dan lain2 perkara yang memberi kebaikan kepada semua.

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia serta MB dan exco

oleh depakata.co.cc

http://www.my-world-guide.com/upload/drapel/malaysia.gif

Patut laa depa pulon sungguh nak pertahankan kuasa yg telah depa dok pegang selama 50thn nie...

Apa punya kompony.. BOS gaji kecik KULI gaji besaq....

Ibarat kat sebuah negara.. RAKYAT merempat kais pagi makan pagi kais petang makan petang tapi PEMIMPIN duduk senang lenang makan gaji hasil duit rakyat
Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :
  • Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  • Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  • Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan
  • Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
  • Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
  • Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung

Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:

  • Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
    Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.
  • Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
  • Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Saya sambung pula gaji Menteri Besar, Exco di negeri-negeri lain. Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, tetapi untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.

  • Menteri Besar – RM14,175.15
  • Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
  • ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79

Bapa lima anak perlu kerusi roda

NAGA - Sejak disahkan mengalami lumpuh sejak empat tahun lalu kesan daripada penyakit darah tinggi yang dihidapinya, seorang bapa kepada lima anak di Kampung Paya Keriang Menyabung di sini tidak mampu bergerak jauh tanpa bantuan keluarga.

Pesakit berkenaan, Md Yusof Sulaiman, 62, yang sebelum ini bekerja sendiri dengan melakukan kerja bersawah akhirnya mampu duduk di atas katil kerana tidak lagi dapat bergerak seperti sebelumnya.

Menurutnya, kejadian dia terjatuh di hadapan rumahnya empat tahun lalu akibat serangan angin ahmar merubah sepenuh kehidupannya.

“Kini saya hanya mampu terlantar di katil dan boleh bergerak termasuk menguruskan diri dengan bantuan anak-anak serta isteri sahaja.

“Mujur saya masih mempunyai keluarga yang dapat membantu menguruskan diri saya, namun sampai bila saya boleh mengharapkan mereka semata-mata untuk menjaga saya yang lumpuh,” katanya kepada Sinar Harian selepas menerima bantuan daripada Islamic Relief Malaysia (IRM) di sini.

Pada pertemuan itu, Md Yusof turut menyuarakan hasrat untuk mendapatkan sumbangan kerusi roda bagi membolehkannya berdikari dalam menguruskan kehidupan sehariannya.

Sementara itu, Pengerusi IRM Cawangan Utara, Khairu Mohd Yunus berkata, melihat kepada keadaan Md Yusof pihaknya percaya individu terbabit mempunyai peluang untuk sembuh.

Menurutnya, pihaknya yakin Md Yusof boleh menjalani rawatan fisioterapi bagi proses penyembuhan sekali gus membolehkan dia bergerak dan berjalan seperti biasa.

“Kami memberi sumbangan pada kali ini lanjutan daripada konsep ziarah yang diperkenalkan dalam program komuniti setempat, jadi berhubung bantuan yang dikemukakan, kita akan berusaha membantu sedaya upaya meringankan beban keluarga ini,” katanya.

Kompom 100% negara MALAYSIA melaksanakan Undang-Undang Terpilih..!!!


JIKA RAKYAT BIASA tak ada KUASA...
hidup sebagai drebar..buat salah...
dengan PANTAS kena HUKUM...
alhamdulillah keadilan mcm nie yg kita
nak tengok terlaksana di bumi MALAYSIA

namun mai puak 3 ekoq nie..
pencetus menonton video sex
apa satu pon tak kena sampai sekarang..
http://2.bp.blogspot.com/-WlpjxsntF9Q/TYyZbvZd-GI/AAAAAAAADoM/S_4tJW0efH0/s400/Datuk%2BT%2Btrio.jpg

UNDANG-UNDANG haram bejadah apa mcm nie
cuba2lah anda fikirkan wahai rakyat MALAYSIA
ianya boleh berlaku pada anda...jadi fikir2kanlah...!!

http://anakkedah007.blogspot.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...