TERKINI :

Saturday, June 11, 2011

PEMIMPIN UMNO BEBAL - Macam-macam ulasan depa luahkan selepas muktamar..

ULASAN BEBAL PEMIMPN UMNO/APCO

http://pmr.penerangan.gov.my/chainmorad/wp-content/uploads/2009/03/mnmpak-lah.jpg
depa tak keharuan..meracau siang malam..alahai nasib-nasib..!!

PAS sudah selesai mengadakan perhimpunannya yang ke-57. Semua saf kepemimpinan telah dipilih. Media pro-UMNO/APCO meratap hiba kerana golongan ulama didakwa tersingkir. Mereka sedih kerana yang menang terdiri daripada golongan profesional yang pro-Anwar. Ada pula yang beranggapan bahawa PAS telah menyempurnakan kehendak DAP dalam perhimpunan tersebut.

Bagi mereka yang tidak faham dengan prinsip perjuangan berteraskan Islam, persepsi sedemikian akan mudah ditelan kerana sifatnya yang lembek seperti agar-agar. Apabila kita menghayati prinsip Islam dalam soal siasah, kita akan mendapati bahawa perjuangan perlu berteraskan kepada kebolehcapaian, bukannya utopia. Negara Islam merupakan satu utopia yang dimomokkan bagi menentang penjajahan suatu ketika dahulu. Imperialisme Barat sudah berkubur. Maka konsep tersebut sudah tidak relevan lagi pada masa ini. Sementelahan pula tidak disebut dalam al-Quran. Al-Quran telah menggariskan ciri-ciri negara berkebajikan. Oleh sebab itu, entiti tersebut dizahirkan dalam Buku Jingga. Harus diingat bahawa buku ini lahir mendahului Perhimpunan PAS Kali Ke-57.

Sehubungan itu, kita dapat melihat kewujudan histeria politik dalam kalangan musuh-musuh PAS terhadap pendirian yang digariskan oleh presiden itu. Kecamukan pemikiran dalam kalangan mereka yang takutkan PAS itu ikut menzahirkan kebebalan yang menjengkelkan. Kita ikuti sebahagian daripadanya.

NAJIB

Dia mendakwa negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS hanya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Najib sebenarnya tida tahu-menahu tentang negara berkebajikan. Dia pakai hentam saja apabila ditanya. Tidak tahu pun nak jawab juga. Kalau jahil tentang sesuatu, lebih baik diam saja supaya orang lain tidak tahu kepandiran kita. Konsep negara berkebajikan telah dilaksanakan oleh Rasulullah di Madinah. Konsep itu merupakan aspek utama dalam prinsip Negara Islam. Oleh sebab itu, pelaksanaannya dituntut oleh Islam, bukan lagi menjadi agenda politik semata-mata. Apabila Najib kata begitu, nampak sangatlah dia tidak ambil berat hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam dan bersikap tidak acuh kepada ulama yang ada dalam UMNO/APCO tetapi dengan bangganya mengatakan bahawa Malaysia negara Islam contoh di dunia ini. Negara Islamkah kalau pemimpinnya mendera rakyat? Jika demikian halnya, tidak ada sebab untuk UMNO/APCO mendakwa ulama dipinggirkan dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS baru-baru ini.

MUHYIDDIN

Timbalan Presiden UMNO/APCO ini mengatakan bahawa konsep negara berkebajikan yang kini diperjuangkan PAS sudah lama dipraktikkan oleh kerajaan BN.

Dari sudut yang lain, dia mengatakan PAS memilih pendekatan yang sempit apabila hanya bekerjasama dengan pihak yang boleh memberikan keuntungan sahaja.

Kita berasa hairan bagaimana UMNO/APCO mendakwa mereka telah lama melaksanakan negara berkebajikan sedangkan parti perkauman yang sekular itu menolak Islam sebagai dasar perjuangan. Hakikatnya, UMNO/APCO hanya menjaga kepentingan diri dan kroni. Dalam hal-hal lain, mereka mengamalkan rasuah, pembeziran, penyalahgunaan kuasa, pengkhianatan, ketirisan, dan sebagainya. Dapatkah kesemua amalan negatif ini disecocockkan dengan negara berkebajikan? Nampak sangatlah kebebalan Muhyiddin atas perkara ini.

Harus diingat bahawa PAS tidak mungkin bersatu dengan UMNO/APCO sekalipun pintu dibuka seluas mungkin untuk mempersilakan PAS memasukinya. Pada masa yang sama, Muhyiddin perlu sedar bahawa kepandirannya sangat nyata. Jika PAS memikirkan tentang keuntungan, pasti PAS menyertai UMNO/APCO. Kenapa? UMNO/APCOlah yang ada kuasa terbanyak. Pakatan yang terdiri daripada PAS, DAP, dan PKR hanya menguasai empat buah negeri, iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Untung rugi bukan perkiraan PAS. Parti Islam itu lebih terarah kepada memastikan kemaslahatan rakyat. Untuk memenuhi tuntutan itulah negara berkebajikan diperjuangkan. PAS sama sekali tidak gila kuasa seperti UMNO/APCO. Kalau tamakkan kuasa, sudah lama PAS bekerjasama dengan UMNO/APCO.

HISHAMMUDDIN

Dia menganggap pemilihan pucuk pimpinan PAS yang baru hanya untuk mencapai matlamat memerintah bersama Pakatan sedangkan dasar perjuangannya semakin kabur.

Kenyataan bebal di atas langsung tidak boleh diterima akal. Kuasa ialah matlamat utama politik. Jika itu bukan matlamat politik, tidak payahlah sesiapa pun menubuhkan parti siasah dan bergabung membentuk kekuatan bagi mendapatkan kuasa. Sekali lagi dia kelihatan bebal apabila mengatakan dasar perjuangan PAS semakin kabur. Hanya sanya alasan yang diberikan ialah pelaksanaan negara berkebajikan.

Dengan dua kali bebal itu, Hishammuddin hanya berjaya menyerlahkan kegerunannya kepada barisan baru saf kepemimpinan PAS. Dengan golongan profesional berada di barisan hadapan dan sokongan padu ulama di belakangnya menjadikan PAS lebih dinamis. rogresif, dan agresif berbandingan dengan UMNO yang sedang mereput dari dalam. Hishammuddin sedar UMNO/APCO mampu diranapkan oleh golongan profesional PAS sama seperti parti pimpinan Erdogan yang meranapkan parti sekular di Turki.

KHAIRY

Dia kata PAS menggadai perjuangan asal untuk menubuhkan negara Islam semata-mata ingin mengejar kuasa. UMNO/APCO tidak akan berbuat begitu demi agama, bangsa, dan negara.

Tidak perlu lagi dihuraikan tentang konsep negara Islam. Perkara yang lebih relevan ialah benarkah UMNO/APCO berjuang demi agama, bangsa, dan negara? Barangkali persoalan-persoalan ini akan mengesahkan kebebalan Khairy.

Jika UMNO/APCO berjuang untuk Islam, mengapakah diguna pakai dasar kebangsaan dan sekularisme? Mengapakah pemimpin-pemimpin UMNO/APCO menghina Islam? Mengapakah UMNO/APCO tidak menegur MCA yang terlalu kerap menghina Islam?

Jika UMNO/APCO berjuang untuk bangsa, mengapakah mereka melesapkan RM52 bilion saham Bumiputera? Mengapakah Melayu/Bumiputera hanya dapat 18% lebih ekuiti sahaja sepanjang pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ? Mengapakah Tanah Simpanan Melayu (TSM) dirompak hingga tinggal 1.7 juta hektar sahaja pada masa ini? Mengapakah nasib orang Melayu di Pulau Pinang tidak berubah-ubah sepanjang diperintah oleh UMNO/BN?

Jika UMNO/APCO berjuang untuk negara, mengapakah indeks rasuah di Malaysia tidak turun-turun? Mengapakah Malaysia menduduki tempat ke-10 dunia dalam kategori togok arak. Padahal Malaysia [negara Islam? ] contoh? Mengapakah Malaysia disiasat oleh Perancis berhubung komisyen pembelian kapal selam? Mengapakah Pulau Batu Putih terlepas ke tangan Singapura? Mengapakah pelabur-pelabur asing tetap enggan berniaga di Malaysia secara besar-besaran walaupun berbuih-buih mulut Najib buat slow talk ?

Kelemahan-kelemahan tersebutlah yang dihidu oleh Pakatan Rakyat. Dengan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh PAS, golongan bukan Melayu akan lebih mudah menerima parti Islam itu. PAS dengan DAP dapat merintis jalan untuk mencari lebih banyak titik persamaan bagi menumbangkan BN. Sehubungan itu, tidak timbul soal siapa menguasai siapa antara kedua-duanya!!!

Ketika PAS memperjuangkan negara Islam dahulu, UMNO/APCOlah yang memperlekehkannya, UMNO/APCOlah yang lebih sudu dari kuah mempropagandakan PAS dan DAP tidur sebantal mimpi lain-lain. Kini dikatakan pula PAS menyempurnakan kehendak DAP. Di samping itu, dimomokkan pula bahawa BN telah lama melaksanakan negara berkebajikan. Rakyat tahu bahawa semua dakwaan itu palsu belaka. Yang jelasnya ialah UMNO/APCO merupakan sebuah parti yang hipokrit. Dulu lanyak ulama. Sekarang sedih dan pilu kononnya kerana ulama tersingkir. Alangkah munafiknya UMNO/APCO!!!

Umum mengetahui bahawa jika rakyat terus dibebalkan dengan hiburan dan kemunduran ekonomi oleh UMNO/APCO, maka rakyat terbanyak, khususnya Melayu; akan terus bergantung harap kepada mereka untuk memelihara dan memperjuangkan nasib dan masa depan ekonomi mereka. Ketahuilah bahwa mitos ini akan sirna apabila Melayu muncul sebagai bangsa yang cerdik dan berani. Selaras dengan itu, pembohongan dan kemunafikan UMNO/APCO akan turut musnah menjadi puing-puing yang berselerakan!!!

http://bilahrotan.blogspot.com

Aduhai Mahadet.. Siapa yang dok Hina Islam sebenaqnya nie.. PAS ka Hang..???

Ikutilah ulasan GreenBoc di bawah ini:

Kalaulah hendak dibangkitkan penghinaan yang TDM lakukan terhadap Islam mungkin ruang di blog ini tidak mencukupi.

Mahathir mengutuk ulama', merasakan diri sebagai ulama' al kabir

Beliau menghina ulama’, menghina pandangan Tuan Hj. Ishak Baharum bekas Mufti Selangor yang dipecat, menghina Dr. Harun Din seorang ulama’ yang disegani. Beliau menempelak pandangan ulama’ dalam isu menutup aurat, pertandingan ratu cantik dengan menyatakan ulama’ mentafsir Al Quran untuk kepentingan diri dan ianya bersalahan dari ajaran Islam. Selagi tafsir atau fatwa ulama’ menggugat Mahathir, selagi itulah fatwa tersebut kononnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Apakah Mahathir itu layak memberi fatwa dan menjadikan dirinya sorang diktator satu ketika, tetapi juga ulama’ Al Kabir.

Menghina hukum Islam serta memberi fatwa baru

Beliau mempermainkan hukum hudud dengan menempelak bahawa negara Islam yang mengamalkan hudud akan menyebabkan orang Islam semuanya kudung. Beliau juga mempermainkan hukum Allah ini dalam lawak jenakannya. Tidak berupaya melaksanakannya pada masa ini bolehlah dimaafkan tetapi menolak dan mempersendakan Hukum Allah ini adalah melampau dan wajib diperangi.

Menghina Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wassalam.

Beliau mempermainkan sunnah Rasulullah. Beliau membuat jenaka dengan janggut Nabi. Beliau mempermainkan pakaian ummat Islam yang dipakai Nabi dan para sahabat dengan menyatakan itu pakaian Arab dan bukan Islam.

Berikut ialah petikan kenyataan-kenyataan Mahathir:

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

Memang Mahathir mudah lupa!

UMNO pun dah pandai bantah isu TOL...ingatkan setuju TOL mahal...!!!


SHAH ALAM, 11 Jun – UMNO Shah Alam hari ini meminta kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan di sini,yang dilihat semakin membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.

Perkara itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan Ketuanya, Datuk AhmadNawawi M. Zin kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor menerusi Setiausaha Politiknya, Datuk As’ari Ibrahim, untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebanyak 23 badan bukan kerajaan turut menyokong memorandum yang diserahkan selepas perasmian persidangan perwakilan bahagian itu.

Antara lain, memorandum itu menyatakan warga Shah Alam khususnya, telah lama terbeban dengan kadar tol sebanyak RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau untuk ke Klang.[ lagi ]

POLIS : Kerana Nila Setitik...jangan di rosakkan Susu Sebelanga...!!

http://1.bp.blogspot.com/_kug6X2P7SVw/TCLgsW8TulI/AAAAAAAACBc/kf1n1nn1gqw/s1600/39899_evo7.jpg
Encik Luke
Saya sokong penguatkuasa polis selagi mereka menjalankan tugas dgn betul. Dalam kes ini, kita masih belum tau siapa yg betul (samada Hiew ditangkap kerana menghalang tugas polis atau kerana Hiew tangkap gambar polis atau apa2 alasan). Bagaimanapun, sikap gangsterisme polis mmg ada dalam Msia ni sbb sy pernah alami sendiri.

Empat thn lepas, saya balik ke sabah kerana ibu saya sakit. Lepas keja sy menaiki ketapi dari B'worth ke KLIA. Dari KLIA ke KKIA flight. Dan Dari KK sy sewa kereta drive ke K.Marudu (130km). Di pekan K.Marudu saya singgah utk beli buah tangan. Ketika sgah tu ada 3 org polis tahan sy atas alasan menggunakan dadah (memang masa tu sy agak kelusuan kerana kurang rehat dan perjalanan jauh). Saya dibawa ke IPD K.Marudu dan ditahan 6 jam. Slps ujian urine negative, sy belum dilepaskan, dan bila sy membantah, salah seorang anggota cabar sya utk berlawan (sparring). Saya tak layan, kemudian sy dibenarkan utk mmbuat panggilan. Saya ambil peluang utk hubungi kwn sy yg berkerja di Bkt Aman, dan selepas IPD K.Marudu dihubungi semula barulah sy dilepaskan, dn terpaksa berjalan kaki ke pekan K.Marudu di mana sy parking kereta sewa sy.

Selama 6 jam, layanan terhadap sy mcm org yg bersalah, tengking n caci. Lebih malang sbb sy tpaksa ke IPD dlu sblm bjumpa dgn ibu sy (kini dah tiada).
  • Harmila Abdrahman · Top Commenter · 38 years old
    betul tu LUKE.sy pun bbrp kali bergaduh dgn polis ni.hari tu dia tukar enjin kat bengkel kawan aku tp tknk bayar sbb dia suruh callman yg byr.callman ni brp sgt lh incomenya.dh dekat 2 tahun enjin lama dia tersadai...aku pun ambik dn bayar kt tuan bengkel...dlm 2 atau 3 minggu lps tu inpekstor polis ni call aku dn maki aku ikut sukubahasa yg di kira juara dlm maki org(malas nk sebut bahasa tu disini..)kemudian dia tanya aku ada di mana sbb nk dtg cari aku..plan dia nk tangkap aku agaknya.aku pulak tanya dia ada di mana.dia kata dia ada di balai trafik..........aku ckp kt dia,tkpe biar aku pergi cari dia kt balai..sepanjang perjalanan sy ke balai ,tuan bengkel tu bgtau melalui hp bbrp kali inspektor tu call dia tanya sape sy...dia nampak gabra tuan bengkel tu kata....sebelum sampai ke balai sy dh call abg sy(seorg ketua.....di k.)dan call bbrp kawan polis di bukit aman dn ipk k......n.dia org dh standby bg pihak sy..sampai di balai sy jumpa dia.mula2 dia makin sy mcm2 dpn tempat byaran saman tu lps tu dia ajak ke blkg balai..sy kata no problem...sy tanya dia itu bengkel bapak dia ke suka2 tknk byr upah org?bila dh lama bertekak dia ajak sy bergaduh ,sy kata ok tp kat luar balai dn buka uniform...dlm masa sama ada seorg anggota polis dtg tarik dia jauh sikit dlm 5 init dia dtg blk ckp salah faham dn minta maaf..kemudian ajak sy makan..apa yg anggota tu bgtau sy pun tak tahu.tp utk pengetahuan semua org awam lebih berkuasa kalau kita tahu di mana utk melaporkan disiplin dia org ni.tp tk semua polis mcmtu.ada ramai jugak kawan2 polis sy yg baik dn beriman..rasuah tk ambik,solat cukup jaga..ckp dgn org cukup berhemah..walau bagaimanapun di harap pihak polis blh memberi pendedahan dn disiplin yg cukup tinggi kpd setiap polis..jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga
  • Harmila Abdrahman · Top Commenter · 38 years old
    nak betul kn sikit fakta..masa tu i dgn huby i.ni kisah huby i.dn i kut sampai ke balai
copy paste dari sini : http://www.malaysiakini.com/news/166601

Piala FA : Menyokong Pasukan yang bermain dengan permainan yang menarik dan bersih dari rasuah.

http://dppwp.files.wordpress.com/2011/06/tiket-final-piala-fa-2011.jpg

Malam ini 11 Jun 2011 bakal menyaksikan perlawanan bagi menentukan juara Piala FA. Berdasarkan rekod kedua-dua pasukan Kelantan dan Terengganu, masing-masing mempunyai peluang seimbang untuk merangkul gelaran juara.

Industri bolasepak Negara hari ini dilihat sedikit hambar dan kurang di minati berbanding dengan bolasepak liga Eropah. Permainan pasukan-pasukan liga utama dunia mampu menarik minat penonton dengan permainan yang memaparkan skill yang baik dan menarik. Dengan jumlah peminat yang tinggi sekaligus meningkatkan industry bolasepak mereka.

Perkembangan mutakhir industry bolasepak tempat berkaitan pengaturan perlawanan dan rasuah yang berlaku, sedikit sebanyak semakin menghakis minat dan kepercayaan masyarakat terhadap perkembangan sukan bolasepak Negara. Industri bolasepak akan terus bernafas selagi mereka mendapat sokongan penyokong dan penonton. Dengan kikisnya keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap industri ini, ianya pasti akan menyebabkan masa depan bolasepak Negara akan menjadi semakin hambar.

Berdasarkan pemerhatian tersebut, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengharapkan agar permainan malam ini akan berjalan dengan baik, menarik dan bersih dari rasuah. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor juga mengharapkan agar berita buruk tentang gejala mengatur perlawanan yang di laporkan dari kalangan penggiat bolasepak baru-baru ini tidak berulang selepas berakhirnya perlawanan malam ini.

Disamping itu, permainan yang baik dan menarik dari kedua-dua pasukan pasti akan menambahkan kepercayaan dan sokongan para peminat bolasepak tanah air seterusnya memberikan nafas baru kepada perkembangan sukan ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor juga berharap agar kedua-dua pasukan akan bermain dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan di samping meningkatkan minat masyarakat terhadap Dunia Bolasepak Negara.

Dulu UMNO letak SB dalam PAS lanie UMNO sendiri jadi SB kat PAS....

Hari-hari terakhir UMNO…

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Semalam MKK meluangkan masa untuk dengaq ceramah sempena perasmian Markaz PAS Cawangan Kampung Berjaya. MK ucap tahniah pada cawangan tu, walau setahun jagung dah ada markaz sendiri tak macam Mat Bashah, dah 65 tahun UMNO wujud kat muka bumi ni pejabat pun menumpang macam pelarian Myanmar. Tu pun jangan, nak rampas Kedah dari PAS.

Tiga penceramah berpidato di majlis perasmian yang ada permit polis tu iaitu YB. Firdaus Jaafar MP Jerai, YB. Dr Ismail Salleh Exco Negeri Kedah dan Haji Zulkifli Yahya, Timbalan YDP PAS Alor Setar.

MK tertarik dengan isi ceramah Haji Zul sebab sentuh isu UMNO Bahagian Alor Setar. Katanya orang kita (maksudnya orang PAS) dah ada dalam UMNO Alor Setar. Setiap program dalaman UMNO laporan sampai dekat PAS. Begitu jugak kata Haji Zul dalam Keda pun berlambak orang kita, sampai boleh hadir dalam semua program dalaman depa.
Kalau Mat Kering dok tempat Mat Bashah pun pening jugak, licik permainan PAS sampai dalam sarang depa pun PAS dah boleh masuk.

Pagi tadi, MK menyerok (sarapan) di gerai makan dekat Insaniah, kebetulan beberapa aktivis UMNO Taman Wira dah bertandang kat situ ajak aku joint.. pucuk dicita ulam mendatang, aku terus tarik kerusi tumpang sekaki. “Kami dok tengah bincang UMNO pecah 18 ni, elok hang main joint,” kata salah sorang dari depa. Pakat gelak reyuh rendah. Dok ingat dalam hati, ni taraf aktivis dah tak dak jati diri UMNO.

Lepas tu macam biasa, tanpa segan silu, walaupun depa tahu MK ni PAS, macam-macam depa cerita pasal perpecahan UMNO di Sungai Petani dan Padang Serai. Muncul istilah 'pungkok' 'betina jalang' 'kaki Danok'... macam-macam loya MK nak dengaq. Cuma UMNO bahagian Alor Setar depa tak bincang, mungkin dah lepas tajuk tu waktu MK mai tadi.

MK pun mula nak jolok, “Betoi ka Mat Bashah dok penin, ada UMNO yang dok pegang jawatan dalam UMNO cawangan pun adalah penyokong PAS?”

“Awat tak betoi, kami laa..” kata salah sorang aktivis UMNO tu. Hak lain pakat gelak berdekah-dekah, MK pun tumpang gelak sama.

Betoi ke main-main ayat yang diucapkan oleh rakan UMNO tu tak penting bagi MK, tapi yang penting nak habag kat semua, aktivis UMNO pun dah hilang jati diri. Kalau masih sayang kat UMNO depa tak sembang macam tu secara terbuka depan orang PAS macam MK.

Maka dapatlah MK bayangkan ‘hari-hari terakhir’ sedang menghimpit UMNO sekarang.

Sebab utama UMNO MENGGELUPUR dengan Negara Berkebajikan PAS

Oleh: Enggang Qadha

Bukan mudah bagi PAS untuk mempopularkan sesuatu konsep dalam sebuah negara yang amalan demokrasinya sangatlah buruk. Semua media utama negara yang diberi lesen secara tahunan oleh KDN diwajibkan menjadi penganut ajaran UMNO serta mengikut arahan2 APCO yang menjadi penasihat propaganda mereka.

Kebijaksanaan kepimpinan PAS menjadikan usaha menegakkan sebuah negara berkebajikan menjadi sebutan di media-media tersebut sejak berlangsungnya muktamar ke 57 baru-baru ini. Strateginya ialah dengan tidak mencadangkan sebutan negara Islam, UMNO pun merasakan mereka sudah mendapat untung politik dengan menjaja bahawa PAS sudah tinggal matlamat negara Islam dan mahu tegakkan negara kebajikan pulak... PAS nak tegak negara kebajikan, PAS nak tegak negara kebajikan... ayat itu diulang-ulang sampai semua rakyat tahu.

"Baguslah, PAS tumpukan kebajikan rakyat," itu komen rakyat biasa di mana-mana.

Media UMNO yang sedar mereka terperangkap, lalu mengalihkan tumpuan kepada 'UMNO dah lama buat negara kebajikan'. Macam sewaktu PAS canangkan negara Islam dulu, jawapan UMNO 'Kami dah tegakkan negara Islam'.

Habis kalau UMNO/BN dah tegakkan negara kebajikan mahupun negara Islam mengapa menggelupur macam ayam kena sembelih bila PAS umum nak bangunkan negara kebajikan?

Jawapannya ialah kerana mereka sedar tindakan PAS satu ancaman besar kepada hayat UMNO/BN.

Di kalangan orang Melayu: yang golongan pertengahan dan miskinnya yang lebih ramai, mereka sedang merasakan kos sara hidup yang semakin bertambah benar-benar satu bebanan. Ia berpunca dari kenaikan harga minyak, gula dan lektrik. "BN dok kira video sex, video sex.. kami kat bawah ni nak mentekedarah pun susah..." ayat seperti itu kedengaran di merata tempat sekarang ini. Banyak negara, parti politik rkuasa kalah kerana rakyat marah dekat kerajaan, bukan kerana suka sangat pembangkang.

Di kalangan bukan Melayu: hasil propaganda UMNO sejak berpuluh tahun, mereka takut negara Islam lalu menolak PAS. Walhal realitinya PAS amat sukar tegakkan sebuah negara yang di dalamnya ada undang-undang Islam (itulah negara Islam yang difahamkan oleh UMNO, MCA, MIC serta hampir kesemua parti politik di negara ini). Sebab PAS cuma tanding 60 kerusi, kalau menang semua pun (UMNO kalah semua) masih tak mampu pinda perlembagaan tanpa sokongan parti-parti lain yang umumnya tidak bersedia pinda perlembagaan untuk beri aluan kepada perlaksanaan undang-undang Islam. Sekarang Non Muslim yang dah pun membuka pintu hati menyokong PAS (sejak 2008) bertambah-tambah sokongan mereka terhadap PAS. Kajian terbaru menunjukkan sokongan Cina terhadap PAS meningkat ke 73 peratus, berbanding 58 peratus pada PRU 12. Jika kajiselidik itu betul, maka UMNO/BN benar-benar kecut perut kerana sempadan pilihanraya yang sedia ada semuanya terdapat pengundi bukan Melayu, kerana sempadan dibuat waktu bukan Melayu kuat sokong BN dulu.

Sebelum ini, PAS perlukan PKR khususnya Anwar sebagai 'moderator' dalam kerjasama dengan DAP. Sekarang tidak lagi, orang bukan Melayu sudah boleh terima jika Presiden PAS jadi Perdana Menteri. Anwar hampir pasti akan dipenjarakan berhubung isu liwat, maka pemusnahan imej Anwar akan jadi sia-sia, kerana sekalipun beliau tiada dalam kancah politik negara, maka PAS tiada masalah memimpin PR. Masa itu PAS benar-benar menggantikan UMNO.

Manipulasi seterusnya oleh BN ialah, PAS lakukan semua itu 'demi undi', itu yang dicanang kepada rakyat setiap hari. Jawapannya, YA MEMANG BETUL semua itu untuk mendapatkan undi yang lebih dari rakyat demi memenangkan PAS dan hasil kemenangan itu, Islam akan berjaya didaulatkan!!! Bab undi inilah yang lebih-lebih memeningkan UMNO/BN.

Kehilangan undi yang besar akan menyebabkan UMNO/BN hilang kuasa di Pusat. Detiknya akan tiba...[kedahla.blogspot.com]

Negara berkebajikan: Siapa nak tiru siapa

TASEK GELUGOR, 11 Jun: PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika ditemui di majlis minum pagi di perkarangan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Komoniti (JKKK) Sungai Dua pagi tadi sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyaran PAS agar tidak meniru Umno untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Sebaliknya, kata Tuan Ibrahim, Negara Berkebajikan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar baru-baru ini mempunyai agenda tersendiri dan jauh daripada anasir buruk sepertimana yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib.

"Siapa yang nak tiru siapa. PAS tidak seinci pun akan meniru langkah BN melakukan program kebajikan kepada rakyat kerana usaha itu sering terdapat penyelewengan, penipuan atau kepentingan kroni. Bagi PAS semua itu akan ditentang bagaimana Najib kata kita tiru BN," tegasnya.

Katanya, yang sebenarnya BN meniru langkah Pakatan Rakyat apabila cuba melaksanakan sedikit demi sedikit rancangan 10 perkara yang termaktub dalam Buku Jingga.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti pasti rakyat akan menikmati banyak manfaat yang tidak pernah dilaksanakan di era pemerintahan BN.

Jelasnya, gagasan Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat berlainan dengan cara Umno dan BN lakukan kerana Negera Berkebajikan bukan sebuah negara yang hanya membantu rakyat semata-mata tanpa kerajaan sendiri mengubah cara pentadbiran.

“Umno melalui BN dan PAS dalam Pakatan Rakyat berlainan corak pendekatan. Umno memperkenalkan kebajikan dan mengulangi apa yang mereka lakukan bila terdesak khususnya ketika menjelang pilihanraya sama umum mahupun kecil. Tetapi PAS, tidak begitu kerana bila menang ia adalah amanah yang perlu dijagai demi memastikan rakyat mendapat manafaatnya," tambah beliau.

Katanya, konsep kebajkan yang dipandang oleh BN seperti jalan raya, sekolah, perumahan, rumah kos rendah atau sebagainya tidak memadai.

Bagi PAS, katanya ini kerana semua isu tersebut sudah menjadi kewajiban sebagai pemerintahan.

Sebaliknya, tambah beliau PAS menerusi Negara Berkebajikan lebih memfokuskan bagaimana mendapatkan dana negara untuk mengurus pentadbiran agar tidak menyeleweng.

Menurutnya, sumber yang diperolehi pula tidak hanya berlegar di kalangan kroni sahaja tanpa memberi ruang kepada pihak yang sewajarnya memperolehi berdasarkan kemahiran atau tender terbuka.

Turut hadir dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor dan JKKK Sungai Dua itu ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Fadhil Kemi, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak, Setiausaha PAS Tasek Gelugor, Zamri Darus, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jamil Abdul Rahman, Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab dan Pengerusi JKKK Sungai Dua, Yahya Hasan.

BN Yang Jangan Ciplak Idea-Idea PR!!


Agak melucukan bila Najib meminta PAS jangan ‘ciplak’ model negara kebajikan BN. Kata Najib, PAS tidak perlu mengambil model kerajaan semasa iaitu BN, kerana negara berkebajikan sentiasa menjadi matlamat BN. Malah, kerajaan sentiasa berjuang ke arah negara berkebajikan.

Kita mahu bertanya Najib dan BN, jika sekadar memberi bukti dengan adanya institusi-institusi seperti Felcra, Felda, Bank Islam, dan Bank Rakyat menunjukkan negara mempertahankan konsep kebajikan rakyat, itu bukanlah suatu hujah yang tepat dan meyakinkan.

Sebagai pemerintah negara selama 53 tahun, BN sememangnya perlu menyediakan medium-medium untuk kepentingan rakyat, tanpa perlu mempersoalkannya, kerana ia mandat dari rakyat. Rakyat mahu hak dan kepentingan mereka dibela bukan dianiaya.

Bukannya rakyat memilih untuk diselewengkan harta negara dan wang rakyat. Bukan untuk menyalahguna dan memanipulasi dengan peluang yang diberi. Itu harapan rakyat kepada pemerintah yang diamanahkan sebagai pengendali dan pengurus tadbir aset sesebuah negara.

Sedangkan apa yang kita dapati, dasar-dasar yang dibuat BN, kebanyakannya gagal mencapai matlamat yang dicanangkan. Misalnya, DEB sendiri. Ekonomi orang melayu adakah meningkat setelah dilaksana sejak sekian lama, dengan peruntukan yang besar, tetapi dalam masa yang sama, berlaku ketirisan di sana sini ketika pengagihan projek?

Dasar pendidikan negara pula yang sering bertukar-tukar, bukan melibatkan kos sebanyak sepuluh atau seratus ringgit, bila mana dasar PPSMI dilaksanakan tanpa kajian menyeluruh, dan kemudiannya ditarik balik setelah mendapat desakan dan bantahan rakyat. Berjuta-juta atau mungkin berbilion ringgit. Projek buku-buku teks baru, janganlah dikejar keuntungan, sebaliknya utamakan soal pendidikan rakyat, generasi anak-anak pelapis masa depan kita.

Adakah rakyat menerima dasar ‘negara kebajikan’ BN yang membuatkan rakyat semakin terbeban dengan kenaikan harga barang, gula, minyak dan tarif elektrik? Kerajaan menarik subsidi dari rakyat, tetapi dalam masa yang sama meneruskan subsidi kepada kroni seperti IPP?? Cukuplah sebelum ini berlaku kenaikan 4 dalam 1, mahu ditambah lagi beban rakyat?

Dengan hasil Petronas bertambah, melalui Presiden dan pegawai eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas melaporkan untung perolehan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 ini, meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion berbanding RM210.8 bilion sebelum ini, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak dunia, terus menaikkan harga minyak RON95 ke tahap tertinggi dalam sejarah negara.

Keuntungan pracukai Petronas meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion. Malah Petronas mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan.

“Harga yang lebih tinggi dan permintaan rancak menyebabkan prestasi yang lebih tinggi bagi semua perniagaan teras,” kata Naib Presiden Eksekutif Kewangan Petronas Datuk George Ratilal.

Amat janggal sekali apabila muka surat hadapan dalam akhbar perdana mempromosi negara Belarus yang menaikkan harga minyak, sedangkan Belarus bukanlah negara pengeluar minyak dunia seperti Malaysia untuk kita bandingkan, malah Belarus baru sahaja merdeka beberapa tahun, sedangkan kita sudah hampir 54 tahun merdeka.


Rakyat dipotong subsidi, namun dividen RM30 bilion dari Petronas untuk kerajaan, kerajaan buat apa dengan dividen sebanyak itu, jika tidak memberi kepada rakyat?? Sila jawab. Minyak pasaran dunia naik, sepatutnya negara pengeluar minyak yang dapat menambah pendapatan, tetapi rakyat yang semakin terbeban di Malaysia. Inikah negara kebajikan versi Najib dan BN?

Rakyat semakin tertekan dan sengsara di sebalik kemewahan pemimpin-pemimpin kerajaan dan kroni. Gaji dan pendapatan rakyat biasa sukar untuk naik, sedangkan kos sara hidup semakin meningkat dan meningkat. Kos perubatan dan pendidikan juga meningkat. Para peniaga dan pengguna juga telah menerima kesannya.

Saya bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Jabatan pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, baru-baru ini bila bercakap soal dasar negara dianggap gagal, bila kerajaan pinggir kebajikan rakyat.

Beliau memberikan contoh polisi ekonomi dan politik di negara Eropah yang lebih mengutamakan kebajikan rakyatnya, berbeza dengan Malaysia yang mempunyai sumber kekayaan yang banyak.

“Jika dibandingkan dengan sumber hasil bumi, Malaysia sebenarnya jauh lebih kaya dan berpotensi melebihi negara-negara berkenaan. Justeru mana silapnya?

“Berbanding negara-negara di Eropah yang serius menjaga kebajikan rakyatnya, ia dibuktikan dengan dasar pendidikan percuma dan yuran murah melanjutkan pengajian di Universiti,” katanya.

“Walhal dengan takrif menuju negara maju, sepatutnya Malaysia telah lama menyelesaikan masalah ini. Takrif negara maju ialah kebajikan yang tak harus menjadi beban. Subsidi adalah kebajikan. Negara maju adalah negara mengutamakan kebajikan rakyatnya,” tegas Abu Hassan lagi.

Bila Najib mengatakan PAS jangan meniru BN dalam soal negara kebajikan, BN ibarat meludah ke langit. BN secara jelas meniru idea-idea dan agenda Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat (PR), contohnya BN menghapuskan kutipan tol di tempat-tempat tertentu, sedangkan sebelum itu mengatakan perkara tersebut sesuatu yang mustahil dilaksanakan.

Gagasan idea gaji guru dinaikkan, seperti mana janji PR dalam Buku Jingga juga menggusarkan BN bila mana BN turut memberi elaun kepada guru-guru selepas fasa Buku Jingga dilancarkan. Guru-guru mula ‘dipandang’ mereka walaupun setakat ini, ianya masih belum dinikmati semua golongan berstatus guru.

Itu belum lagi difikirkan bagaimana usaha BN menggunakan slogan ‘rakyat didahulukan’ setelah melihat PR yang konsisten memperjuang kepentingan rakyat, dan dilihat lebih sinonim dengan nama ‘Pakatan Rakyat’ itu sendiri. Lebih awal dari itu, Agenda Ekonomi Baru (AEB) oleh PR juga diubahsuai menjadi Model Ekonomi Baru (MEB) bagi BN.

Skim Kafalah yang dilaksanakan oleh negeri diperintah PAS, iaitu di Kelantan dan Kedah, sudah ditiru BN dengan diberi nama yang lain. Pemberian geran tanah kepada rakyat sama ada melayu atau cina oleh Pakatan Rakyat dipimpin PAS di Perak suatu ketika, juga ditiru oleh BN Perak setelah ‘merampas’ kerajaan negeri. Begitu juga konsep Ladang Rakyat oleh kerajaan Kelantan, dikhabarkan juga sudah mula dihidu dan ditiru oleh BN.

Apa yang penting, rakyat terasakah BN ini mengutamakan rakyat dan berkebajikan sepeti yang dibanggakan Najib? Segala cukai dan hasil dari rakyat, sememangnya untuk rakyat, bukan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sahaja. Fikirkanlah bagaimana kehidupan keluarga dan anak-anak, rakyat biasa yang masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang!

Kami sebagai bukanlah seperti mana Khir Toyo yang mampu membayar tunai RM6.5 juta untuk pengubahsuaian rumahnya sahaja. Kami tidak mengharapkan seorang PM dan TPM yang menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk kos ubahsuai kediaman rasmi mereka semata-mata, sedangkan subsidi untuk rakyat terhakis!

Rakyat sudah ubah gaya hidup, tetapi pemimpin negara bagaimana? Rakyat menunggu untuk ubah kerajaan pula. Rakyat sudah muak dengan retorik dan hipokrit dari kerajaan pimpinan yang mencanangkan di papan-papan tanda projek pembangunan, ‘Ini Projek Kerajaan Barisan Nasional’, sedangkan ianya dari rakyat dan untuk rakyat!


PAS Kawasan Baling Berdiri Teguh Di Belakang Dato' Seri Ustaz Azizan.

KENYATAAN MEDIA
11 JUN 2011

Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar:
PAS Kawasan Baling Berdiri Teguh Di Belakang Dato' Seri Ustaz Azizan.

PAS Kawasan Baling menyokong penuh pandangan Dato' Phahrolrazi Zawawi yang disiarkan dalam Sinar Harian (8 Jun 2011) di bawah tajuk 'PAS Kedah sokong Azizan Dilantik Semula'. Pendirian ini diambil dalam Mesyuarat Khas PAS Kawasan Baling pada hari ini melibatkan seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Baling.

PAS Kawasan berpendirian bahawa, buat masa ini, Ustaz Azizan adalah tokoh terbaik yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada PAS Kedah dan Kerajaan Negeri untuk terus memimpin parti, kerajaan dan seluruh rakyat Kedah.Tambahan pula, banyak perancangan dan program-program memperkasakan parti, melonjak pencapaian kerajaan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat telah terbukti berjaya dilaksanakan, malah banyak lagi sedang rancak berjalan di bawah pimpinan dan idea Ustaz Azizan.

PAS Baling juga percaya seluruh PAS Kawasan di Kedah mempunyai pendirian yang sama dalam hal ini. Kami merasakan kenyataan Dato' Phahrolrazi tempohari dan juga keputusan mesyuarat ini mampu memberikan mesej dan panduan kepada kepimpinan parti di peringkat tertinggi yang akan bermesyuarat bagi melantik Pesuruhjaya negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan pada 12 Jun nanti.

Sekian terima kasih.

Abd Kadir Bin Abd Rani
Pengarah pilihanraya PAS Kawasan Baling.

PR nganga lagi... angkat isu IPP jadi isu Nasional.. banyak rakyat tak paham lagi bab nie..!!!

Ku Li syor s'jaya diraja siasat pembekal kuasa

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji dan menyiasat syarikat pembekal kuasa tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan TNB menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dan sekaligus membebankan kehidupan rakyat menerusi tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun lepas, selepas mendapat persetujuan kerajaan apabila membuat semakan semula harga gas.

"Suruhanjaya berkenaan penting bagi memberi keadilan kepada rakyat walaupun kenaikkan tarif eletrik itu hanya membabitkan 4.4 juta pengguna domestik di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Limau Kasturi dekat Gua Musang semalam.

Beliau mahu kerajaan memberi perhatian serius terhadap bebanan hidup rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah termasuk masyarakat kampung di seluruh negara kerana turut menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.

“Suruhanjaya itu hendaklah menyiasat dan membuat kajian langkah yang perlu diambil kerajaan terhadap bebanan hidup rakyat hasil daripada kenaikan tarif elektrik ekoran syarikat pembekal kuasa elekrik menjual dengan harga terlalu tinggi," katanya.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata walaupun tidak semua pengguna menanggung beban kenaikan tarif elekrik itu, namun penduduk juga akan turut merasai bebanan terutama kenaikan harga barang.

Katanya ini kerana peniaga besar yang terbabit dengan kenaikan tarif baru elekrik sudah tentu akan menaikkan harga barangan pengeluaran mereka disebabkan kos yang meningkat termasuk juga pengangkutan.

“Kita harus berlaku adil dalam menyelesaikan masalah itu kerana saya melihat sekarang ini syarikat pembekal kuasa tenaga elektrik kepada TNB menopoli keuntungan berpuluh kali ganda disamping mendapat subsidi pula daripada Petronas,” katanya.

Bagaimanapun beliau turut menasihatkan rakyat supaya jangan menuduh kerajaan yang sengaja menaikkan harga barang keperluan di pasaran termasuk gula, minyak masak dan bahan bakar kerana semuanya bergantung kepada harga naik turun di pasaran dunia.

“Kita tidak mempunyai banyak bahan mentah untuk minyak masak dan gula, begitu juga bahan bakar yang terpaksa diimport dari negara luar hingga berlaku kenaikan yang perlu ditanggung bersama,” katanya.

--Bernama

K'jaan Negeri Kedah serahkan Komplek Pekan Rabu kpd KOPERASI PEKAN RABU selama 30 thn.

Kerajaan negeri serah Pekan Rabu kepada Koperasi Pekan Rabu selama 30 tahun
Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 8 Jun: Pekan Rabu yang menjadi mercu tanda Bandaraya Alor Setar tapaknya disewa oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) sudah tamat tempoh pada tahun 2004.

Tapak seluas 3,028 meter persegi itu diserah semula kepada Kerajaan Negeri, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri ustaz Azizan Abdul Razak kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco hari ini.

“Tanah itu sudah tamat sewaan pada tahun 2004 oleh Mara dan diserahkan semula kepada kerajaan negeri untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Menurutnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan akan menyerahkan kepada Koperasi Pekan Rabu selama 30 tahun. Ini kerana pentadbiran premis di Pekan Rabu diurus oleh koperasi berkenaan.

Apabila ditanya, adakah Koperasi Pekan Rabu tahu hal ini, YAB Dato’ Seri Azizan memberitahu pihak koperasi berkenaan belum lagi diberitahu keputusan ini.

Ujarnya lagi, kadar sewaan belum ditentukan lagi dan akan beritahu setelah pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah membuat penilaian.

Beliau menyerahkan kepada jabatan itu menilainya walaupun harganya dianggap murah.

“Biasalah dalam memberi perkhidmatan kerajaan negeri rugi sikit tak apa. Sepatutnya kita bagi banyak lagi sebab Pekan Rabu adalah pusat pelancongan dan mercu tanda Alor Setar,” katanya.

Katanya, pelancong yang datang ke Alor Setar akan singgah di Pekan Rabu untuk berbelanja sama seperti Pasar Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu.

UMNO tidak faham konsep perjuangan Pas: Khalid Samad

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/02/Pm-Umno.jpg

UMNO dikatakan tidak memahami konsep yang diperjuangkan oleh Pas berikutan dakwaan yang mengatakan Pas telah menyimpang dari dasarnya selepas menggunakan cogan kata ‘Negara Berkebajikan’.


Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad ketika menulis dalam blognya berkata,istilah ‘Negara Berkebajikan’ bagi ahli Pas ialah ‘sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah’ (Perlembagaan PAS fasal 5).

Menurutnya, sejak cogan kata tersebut diperkenalkan, pelbagai isu yang dilaung-laungkan.

"Antaranya ialah bahawa kononnya Pas sudah menggugurkan matlamat perjuangannya dan menerima matlamat perjuangan PKR serta DAP. Ini adalah kerana cogan kata yang digunakan Pas adalah ‘Negara Berkebajikan’ dan bukannya ‘Negara Islam’.

"Hakikatnya, sekiranya ada parti politik yang ingin mengubah matlamat perjuangannya, ianya bukan dengan mengemukakan cogan kata tertentu, sebaliknya ia mesti melalui pindaan perlembagaan parti tersebut.

"Selagimana perlembagaan tidak diubah, maka apa cogan kata sekalipun mesti ditafsir berdasarkan perlembagaan yang digunapakai," katanya.

Khalid yang menulis dalam entri bertajuk "Coretan Muktamar Pas ke 57 turut berkata, istilah ‘Negara Berkebajikan’ digunapakai kerana Pas ingin memberi penegasan kepada aspek kebajikan yang terjamin dalam sesebuah masyarakat.

"Istilah ‘Negara Islam’ tidak digunapakai kerana penekanan melalui istilah itu adalah hukum-hakam Islam, khususnya Hudud, seolah-olah itu sahajalah apa yang terdapat di dalam pemerintahan yang diinginkan Pas. Sedangkan hukum-hakam Islam, termasuk Hudud, adalah bertujuan untuk menghasilkan kebajikan kepada manusia, termasuk dalam takrif ‘berkebajikan’ itu adalah keadilan, kebertanggung-jawaban dan keamanan.

"Dalam erti-kata yang lain, istilah ‘Negara Berkebajikan’ membawa rakyat untuk melihat kepada hasil dan kesudahannya; sambil istilah ‘Negara Islam’ memperlihatkan mekanisma dan perundangannya.

"Jikalau dirujuk di dalam Al-Quran, istilah yang masyhur yang terdapat di dalamnya adalah ‘Baldatun Tayyibatun wa Rabbul Ghafuur’ atau ‘Negara yang baik serta pengampunan dari Tuhan’. Ianya merupakan istilah yang menumpukan kepada persoalan hasil yang diinginkan dan hasil ini mampu menarik minat semua pihak," tambahnya lagi.

Beliau yang turut mengulas mengenai laporan Utusan Malaysia yang mendakwa Pas menolak kepimpinan ulama berkata, pemilihan merupakan pimpinan parti bukan pertandingan ‘Anugerah Ulama’ terbesar di dalam Pas.

"Ianya pemilihan untuk memilih orang yang dianggap paling mampu membuat kerja tertentu. Dalam soal ini, Ulama’ atau bukan ulama’ tidak relevan sama sekali. Yang relevan, siapa yang boleh membuat kerja-kerja berkenaan. Soal kepimpinan ulama’, ianya telah diinstitusikan dalam Pas melalui terbentuknya Majlis Syura Ulama’. Jika ingin memilih ahli Majlis Syura, barulah persoalan ulama’ atau tidak diambil kira," katanya.

Dengan adanya Majlis Syura Ulama, Pas dikatakan akan sentiasa dibawah kepimpinan ulama.

"Inilah sebabnya perlembagaan Pas dipinda pada tahun 80an dahulu dan ditambah peruntukan ‘Majlis Syura Ulama’.Oleh yang demikian, Majlis Syura inilah sebenarnya yang paling berpengaruh kerana ia memantau dan menentukan semua yang dilakukan PAS tidak bercanggah dengan Islam," kata Khalid dalam blognya.


Sumber dari blog Khalid Samad

Aduhai UMNO MERBOK.. Kalau nak berjanji pun biaqlah ditunaikan.. !!!

Kecewa janji tidak ditunaikan 


MERBOK – Enam mangsa ribut yang mengalami kerugian 26 Mac lalu di Taman Merbok Permai kecewa dengan pihak tertentu yang dikatakan telah memungkiri janji dalam usaha membaik pulih kerosakan yang dialami.


Sharifah Ahmad, 45, berkata, selepas kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang, penduduk dilawati oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain yang berjanji akan melakukan kerja-kerja baik pulih namun sehingga kini ia masih belum dapat dilaksanakan.

Menurutnya, sebagai ibu tunggal dan mangsa bencana alam, dia sangat berharap ada pihak yang prihatin nasib kesemua enam penduduk yang mengalami masalah tetapi janji yang diluahkan oleh Tajul pada ketika itu meredakan kerisauannya.

“Saya baru sahaja melakukan pemasangan bumbung tambahan dengan kos sebanyak RM2,000 seminggu sebelum kejadian dan belum selesai membuat pembayaran, namun tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana bencana adalah takdir yang telah ditentukan.

“Tetapi apabila ada pihak prihatin akan membuat pemasangan semula, kami semua lega mendengarnya namun apabila sudah dua bulan janji tidak ditunaikan kami agak kecewa,” katanya kepada Sinar Harian.

Asliza Zahari, 33, berkata, keadaan menjadi bertambah rumit apabila pihak kontraktor berjanji akan membaiki kerosakan dalam masa seminggu.

“Pihak itu telah melakukan ukuran bumbung serta membawa kesemua serpihan bumbung yang diterbangkan ribut ke satu tempat lain pada 29 Mac supaya dapat digantikan dengan bumbung baru, namun sehingga kini masih belum diganti,” katanya.

Penduduk juga telah berharap supaya kerosakan bumbung dapat dibaiki namun apabila wakil penduduk bertanyakan kepada pihak berkenaan, jawapan yang diterima amat mengecewakan.

Bagi Zaidi Hamzah, 36, berkata, setelah menghubungi pihak berkenaan bulan lalu, mereka dimaklumkan bahawa tiada peruntukan yang dikhaskan untuk bumbung tambahan sepertimana yang dijanjikan pada hari kejadian.

“Kesemua enam mangsa bencana ribut di Taman Merbok Permai kecewa apabila pembaikan bumbung yang dijanjikan tidak ditunaikan dan kami pula terpaksa mengambil semula besi dan zink yang diambil kontraktor yang disimpan di sebuah dewan di Sungai Petani,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, penduduk telah mengambil semula besi dan zink itu supaya perkakasan yang boleh dikitar semula dapat dibaiki dan digunakan.

Gurun : Simpang perlu aspek keselamatan - lampu jalan dan traffic light tak ada..

Simpang perlu aspek keselamatan

GURUN – Penduduk di kawasan sekitar Guar Nenas bimbang apabila simpang tiga yang menjadi laluan utama bagi pengguna tidak dilengkapi kemudahan asas seperti lampu jalan.

Penduduk di kawasan berhampiran, Mohd Rodzi Senapi, 50, berkata, keadaan simpang ini yang sentiasa sibuk membuatkan dia dan beberapa penduduk sekitar tidak senang duduk memandangkan kemudahan asas tidak disediakan pihak yang bertanggungjawab.

“Simpang ini adalah laluan utama bagi pekerja kilang berhampiran kerana jaraknya lebih dekat berbanding jalan besar, namun apa yang membimbangkan saya ialah keadaan jalan yang tidak dilengkapi kemudahan asas seperti lampu jalan.

“Malah apa yang menjadikan simpang tiga ini semakin berisiko tinggi untuk terjadinya kemalangan ialah di simpang ini tiada garisan garisan berkembar bagi memberi amaran kepada pengguna dari arah Gurun ke Jenun dan Jenun ke Gurun bahawa tidak dibenarkan memotong,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, jika pengguna daripada luar yang melalui jalan itu, sudah pastinya mereka tidak mengetahui bahawa terdapat dua simpang tiga yang berhampiran dan kemungkinan besar menyumbang kepada kemalangan.

“Waktu yang paling sibuk ialah pagi apabila kesemua pekerja kilang berhampiran hendak masuk kerja, tengah hari iaitu waktu rehat dan di sebelah petang di mana kesemua mereka akan balik dari kerja.

“Apabila malam sahaja, simpang tiga ini menjadi bertambah bahaya apabila lampu jalan tidak ada. Empat tahun lepas lampu jalan memang ada, namun setelah kilang kayu berhampiran simpang itu ditutup, lampu jalan juga tidak di pasang,” katanya.

Rodzi berkata, kemalangan juga sering berlaku, namun setakat ini masih belum ada yang menyebabkan maut.

“Keadaan jalan ini bertambah sesak apabila jalan utama ditutup kerana projek menaik taraf jalan kereta api sedang dijalankan dan sekarang jalan ini menjadi laluan utama bagi kenderaan berat seperti lori.

“Bukan itu sahaja, lori yang melalui jalan ini pula kebanyakannya di pandu laju dan ia membahayakan pengguna terutamanya yang ingin keluar daripada simpang tiga Guar Nenas ini,” katnya.

Dalam perkembangan sama, Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda berkata, pihaknya akan membuat pemantauan berkenaan masalah yang dihadapi penduduk.

“Dalam masalah ini, pihak kami akan turun untuk membuat pemantauan berkenaan masalah jalan yang terpaksa dihadapi penduduk dan kita sendiri akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

Permohonan plat KDA mulai Ahad

ALOR SETAR - Peminat nombor pendaftaran kenderaan yang menantikan KDA boleh mula membuat permohonan bermula 12 Jun hingga 26 Jun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, pihaknya akan membuka tender bermula pada tarikh itu sehingga jam 12 tengah hari pada hari terakhir.

Menurutnya, nombor pendaftaran KDA menjadi rebutan terutama anak jati Kedah kerana ia singkatan kepada ‘Kedah Darul Aman’ ataupun membawa maksud lain kepada individu.

“Nombor pendaftaran ini simbolik kepada masyarakat di negeri ini, namun kita juga membuka tender ini kepada mereka yang menetap di negeri lain.

“Kita juga menganggarkan bidaan nombor pendaftaran KDA ini mampu mencecah RM100,000 kerana mempunyai permintaan yang tinggi daripada orang ramai terutama mereka yang gemar nombor pendaftaran kenderaan,” katanya semalam.

Ahmad Musadad berkata, sebelum ini harga tertinggi nombor pendaftaran kenderaan yang dijual adalah KCQ iaitu mencecah RM85,000 dan diikuti dengan KCT bernilai RM66,000.

Beliau berkata, harga minimum yang ditetapkan adalah RM10,000 bagi kategori Nombor Bernilai Utama ataupun Golden Number iaitu bermula angka 1 hingga 10 dan sentiasa menjadi keutamaan serta bernilai tinggi.

Menurutnya, harga minimum bagi kategori Nombor Menarik adalah RM2,000 dan kategori Nombor Popular serta Nombor Semasa ialah RM300.

“Mereka yang ingin membuat permohonan perlulah mengisi borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran dan mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri.

“Pemohon juga perlu sertakan surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran, bayaran deposit sebanyak 50 peratus daripada harga tempahan dalam bentuk draf bank, kiriman wang dan wang pos yang dibuat ke atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia,” katanya.

Ahmad Musadad berkata, bagi pemilik perniagaan yang ingin memohon perlu disertakan salinan fotostat sijil pendaftaran bagi Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak perlu disertakan salinan lesen perniagaan.

Beliau berkata, mereka yang tinggal di luar negeri ini dan ingin memohon boleh melayari laman web JPJ, iaitu www.jpj.gov.my.

Adakah ini Satu Lagi Projek K'jaan BN : Skandal Seks Mat Sabu

'Skandal' seks: Tak apa, kisah lama, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.

NONEIni kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."

Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.

'Bagi saya tanya dulu'

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.

NONE"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.

Sementara itu, Zuraida (kanan, tuduh cerah) dalam kenyataannya berkata, "tindakan melampau" itu membuktikan bahawa "budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang".

Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.

"Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini," katanya.

Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu.

Menurut Zuraida, "penyebaran melampau" VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.

"Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini," katanya.

Mohamad pada 1995 pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana tidak cukup bukti.

Isu melibatkan Mohamad sebagai pemimpin sebagai sebuah parti Islam mencetuskan kontroversi besar dan menjadi modal serangan bertalu-talu lawan politiknya Umno.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...