TERKINI :

Thursday, June 9, 2011

Umno ibarat pelacur gian!

Umno yang dalam keadaan nazak sekarang ini, berperangai seperti pelacur gian... tak dapat benda alah tu... mentimun pun jadi.... asal matlamatnya tercapai... puas merakus nafsu sundalnya.. !!!

KUALA LUMPUR: Identiti Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua (gambar atas) digunakan untuk mengirim emel kepada Ahli Parlimen bagi memberi gambaran palsu, kononnya Ahli Parlimen Batu itu percaya video seks memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai sah.
Menyelar perbuatan itu, Tian Chua berkata penyamar itu didapati menggunakan alamat emel ‘tianchua@rocketmail.com’ untuk menghantar maklumat palsu itu kepada 16 penerima dengan sebahagian sebesar adalah wakil rakyat KEADILAN.
“Ini tindakan mereka yang rendah moral dan menunjukkan Umno Barisan Nasional (BN) terdesak sehingga sanggup menyamar identiti (saya).
“Ini kesalahan serius. Semua bukti ada dan emel palsu, tidak mustahil untuk dijejaki,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin pula mendedahkan beliau turut menerima salinan video fitnah itu yang dikirim melalui sampul ke peti surat rumahnya di Ampang, pagi ini.
Justeru, mereka akan melaporkan kejadian itu kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam masa terdekat.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com

Jangan terus dicemuh di hujung usia

PARIT BUNTAR, 9 Jun: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) melahirkan kebimbangan jika Tun Mahathir Mohamad terus mendapat cemuhan dan penghinaan di hujung usia emas yang amat berharga itu.

“Oleh itu saya memohon jasa baik Tun Dr Mahathir atau pihak yang dekat dengannya untuk menggunakan khidmat doktor pakar untuk menguji tahap mental beliau adakah masih dalam keadaan baik atau tidak,” ujarnya.

Katanya, pengesahan dari doktor pakar dirasakaan perlu memandangkan kenyataan bekas perdana menteri itu yang terus menerus dikeluarkan oleh media tempatan boleh menimbulkan pelbagai tanggapan negatif kepadanya dalam keadaan beliau perlu banyak berehat dan menghabiskan waktu pencen bersama keluarga, anak, cucu dan cicit.

“Semoga dengan langkah itu dapat mengekalkan kehormatan rakyat sebagai bekas PM Malaysia pada satu masa dulu,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Mahathir yang menulis dalam blognya bahawa Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.

Nampaknya, kata Khalil, Mahathir telah cuba mengulas mengenai muktamar PAS yang baru berlangsung dan beliau ternyata gagal untuk mengulas dengan baik malah mengeruhkan lagi suasana terutama pandangan kepada tahap mentalnya pada masa sekarang.

“Kenyataan Mahathir menggambarkan sesuatu yang sangat janggal dan tidak masuk akal dengan realiti yang sebenarnya setelah kita mendapati beliaulah yang telah menghalang pelaksanaan enakmen undang-undang jenayah Syariah II yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan di mana di dalamnya terkandung undang-undang hudud,” jelasnya.

Mahathir, katanya telah menghantar satu surat amaran selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 .

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

“Dan sekiranya tidak ada ugutan dari Mahathir saya yakin undang-undang itu telahpun dilaksanakan di Kelantan sehingga sekarang.

“Kerana itu saya sangat hairan dengan apa yang diucapkan oleh Mahathir sejak akhir-akhir ini dan menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena terutama setelah beliau mendapat rawatan di hospital baru-baru ini,” katanya.[HarakahDaily]

Pilihanraya Masjid : Kenapa UMNO mengelupur?



Dalam satu kenyataan Media, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyanggah sekeras-kerasnya tuduhan liar yang dilempar oleh pihak UMNO yang mengatakan DAP memecah belah perpaduan umat Melayu Islam dengan masuk campur dalam urusan agama Islam di negeri ini, khususnya Masjid.


Ini kerana menurut Ketua AMK Pulau Pinag, Saudara Amir Ghazali inisiatif untuk mengadakan pemilihan jawatankuasa pentadbiran Masjid di negeri ini sudah diatur awal dengan melibatkan persetujuan bersama di antara Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Agama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Saudara Amir lagi, tindakan UMNO yang ‘menggelupur’ macam cacing kepanasan itu adalah kerana mereka tidak mahu institusi yang selama ini berada di bawah lingkungan pengaruh mereka , dikembalikan kepada umat dan anak kariah tempatan.

Dan dalam masa yang sama, mereka cukup takut kerana bakal gagal dalam pemilihan ini, berikutan amalan ‘klasik’ selama ini yang diamalkan secara pilih kasih, atau pilihan berdasarkan mereka yang pro-UMNO sahaja.



Pilihanraya Masjid :
Kenapa UMNO Macam Cacing Kepanasan?
9 JUN 2011


Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mengadakan sidang media ini adalah untuk menyanggah tuduhan UMNO yang menuduh DAP ingin mencampuri urusan agama Islam negeri, kedua tentang sokongan penuh AMKPP terhadap pilihanraya Masjid & ketiga; cadangan penambahbaikan dari pihak kami.

Pertamanya, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyanggah sekeras-kerasnya tuduhan liar yang dilempar oleh pihak UMNO yang mengatakan DAP memecah belah perpaduan umat Melayu Islam dengan masuk campur dalam urusan agama Islam di negeri ini, khususnya Masjid. Tegas kami nyatakan di sini, inisiatif untuk mengadakan pemilihan jawatankuasa pentadbiran Masjid di negeri ini sudah diatur awal dengan melibatkan persetujuan bersama di antara Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Agama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Justeru kami menyeru agar umat Islam di negeri ini tidak terpedaya dengan fitnah terbaru UMNO ini, kerana jelas pilihanraya Masjid yang dicadangkan hanya melibatkan entiti-entiti yang berkaitan dengan agama Islam di negeri ini sahaja, dan tidak langsung melibatkan Parti DAP, apatah lagi entiti non-muslim yang lain.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga menyedari tindakan UMNO yang ‘menggelupur’ macam cacing kepanasan itu adalah kerana mereka tidak mahu institusi yang selama ini berada di bawah lingkungan pengaruh mereka itu, dikembalikan kepada umat dan anak kariah tempatan. Dan dalam masa yang sama, mereka cukup takut kerana bakal gagal dalam pemilihan ini, berikutan amalan ‘klasik’ selama ini yang diamalkan secara pilih kasih, atau pilihan berdasarkan mereka yang pro-UMNO sahaja.

Justeru, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) ingin menyatakan sokongan penuh kami terhadap inisiatif yang murni & yang pertama kali dijalankan di negara ini. Ini adalah kerana objektif pemilihan adalah untuk mengembalikan semula kuasa memilih Jawatankuasa Pentadbiran masjid, kepada anak kariah tempatan. Dan usaha ini juga bakal memastikan Masjid dibebaskan dari kongkongan UMNO yang menjadikan Masjid seperti milik mereka, walhal kebanyakan masjid di bawah kekuasaan mereka selama ini, sebenarnya lesu dan tidak aktif.

Justeru, demi memperkemaskan lagi Pemilihan Masjid yang bakal berlangsung ini, pihak AMKPP ingin mencadang agar satu ‘sistem database’ maklumat ahli kariah diperkenalkan untuk memberi kuasa penuh hanya kepada anak kariah yang sudah bermastautin 3 bulan ke atas di satu-satu kariah itu layak untuk mengundi.

Semoga Pilihanraya Masjid yang bakal berlangsung bermula minggu depan dapat mengembalikan Masjid-masjid di negeri kembali ke pangkuan umat untuk dijaga, diurus dan dimakmurkan oleh mereka yang beramanah & berwibawa.

Salam Reformasi

AMIR GHAZALI
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Wahai Pemuda UMNO.... awat takut kee...?????

PAS: Tiada yang bankrap selepas demo

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyelar tindakan Pemuda Umno yang meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demonstrasi BERSIH kerana alasan yang diberikan didakwa tidak berasas.

kamaruzzaman mohdKetua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad (kiri) sebaliknya mendakwa tindakan musuh politik mereka itu didorong "ketakutan" menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini.

"Ketika Himpunan BERSIH 2007, mereka juga membuat dakwaan yang serupa. Namun sehingga ke hari ini dakwaan itu gagal dibuktikan. Para peniaga sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman masih dapat meneruskan perniagaan.

bersih rally 271207 01"Tidak ada yang diistihar bankrap kerana himpunan BERSIH. Tiada kedai-kedai yang dipecah masuk, tiada peniaga yang cedera, tiada harta awam yang rosak," katanya.

Malah, Kamaruzaman juga menegaskan, sebelum dan selepas himpunan itu, peniaga menerima kunjungan pelanggan yang begitu ramai.

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Seru Pemuda Umno berkawal

NONEExco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

Dalam kenyataannya petang ini, beliau juga mendakwa Pemuda Umno sebenarnya takut jika perhimpunan pada bulan depan berjaya, rakyat akan membuka mata dan tampil membuat perubahan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13.

"Matlamat himpunan BERSIH adalah untuk mengajak rakyat menuntut hak demokrasi mereka dan menyelar pihak BN yang jelas memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

bersih 2.0 launch"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru agar pihak polis memberikan permit kepada penganjur himpunan BERSIH dan memberikan kerjasama bagi memastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Menurut Kamaruzaman, hingga ke hari ini, semua himpunan yang disertai PAS berjalan aman tanpa sebarang masalah walaupun pihak polis enggan mengeluarkan permit.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru agar pemuda Umno turun sendiri membuat kawalan keselamatan, jika mereka merasakan perhimpunan ini mengancam mereka," sindirnya.

Tu dia PEMUDA UMNO.. depa himpun 1juta di Putrajaya OK..Bila BERSIH nak himpun ja siap report Polis...

Demo BERSIH: Pemuda Umno mahu polis bertindak awal

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Exco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

"Jangan sampai dah rugi RM10 juta baru nak ambil tindakan. Tak ada gunanya lagi," katanya sambil meminta semua pihak mengambil iktibar daripada perhimpunan pertama BERSIH dan anti-ISA sebelum ini.


Laporan itu menurutnya berdasarkan laporan Suara Keadilan kelmarin yang melaporkan Naib Presiden PKR Tian Chua sebagai berkata 60,000 akan terlibat dalam perhimpunan itu.

Satu lagi laporan dalam akhbar sama melaporkan Timbalan Presiden PAS menyeru semua anggotanya turut serta dalam perhimpunan pada 9 Julai itu.

Menurut Tengku Azman, selain Pemuda Umno, tujuh lagi NGO tampil sama membuat laporan.

Jaminan aman

Mereka antaranya Persatuan Peniaga Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman, Wira PERKASA Wilayah Persekutuan dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK).

Bercakap dalam sidang media selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, Tengku Azman berkata, walaupun didakwa perhimpunan aman, pengalaman dalam perhimpunan sebelum ini menunjukkan sebaliknya.

"Dengan jumlah (penyokong) yang ramai, adakah mereka (penganjur) dapat menjamin dapat mengawal perasaan. Biasanya riot (huru-hara)," katanya.


Ditanya tentang hak berhimpun rakyat Malaysia yang dijamin dalam perlembagaan, Tengku Azman bagaimanapun berkata ia mestilah mengikut lunas undang-undang.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Bukit Bintang sebaliknya berkata, perhimpunan bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati seeoknya dibuat di tempat tertutup seperti dalam stadium.

"Kita Umno kalau buat demonstrasi pun kita tak pergi semua, apa salahnya hantar wakil sahaja untuk serah memorandum," katanya lagi.

Tu dia MB Selangor dulu bayaq cash RM6.5juta untuk renovate rumah.. kaya depa noo..!!!?!?!?!

Saksi: Ubah-suai rumah RM6.5 juta dibayar tunai

Mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah-suai rumahnya daripada rekabentuk asal Itali tropikal kepada konsep Bali, kata pereka lanskap yang dipertanggungjawab membuat pengubah-suaian itu, Nasir Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Jumlah itu, katanya pada hari ketiga perbicaraan rasuah Khir dibuat dalam bayaran ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

Nasir berkata beliau menerima bayarannya sebanyak RM500,000 dalam bentuk tunai daripada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni dan Khir, yang ketika itu adalah menteri besar Selangor di kediaman rasminya.Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Depa Kata UMNO Kedah jugak ada Mursyidul Am sekarang nie..!!


http://lh3.ggpht.com/_k6h1DIEhlt8/SnDnsPW-LlI/AAAAAAAAFU8/4uZit-dSQQY/image%5B12%5D.png
mursyidul am
http://2.bp.blogspot.com/-K1zcNwfdW1g/TVsaZg_dOpI/AAAAAAAACKY/pi1lyuNd6JU/s1600/DatoBashah-DatoMukhriz.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_CSIKtSI84po/TGUJujHNgBI/AAAAAAAAA1k/7Kv9CLpdZPY/s320/n_23mahdzir.jpg


tu dia aihhh... depa dok hingaq lanie kata... UMNO dah ada mursyidul am jugak seperti PAS... sekarang nie dah dok sembang hangat yg mursidul am inilah bakal MB KEDAH jika UMNO berkuasa nanti.... yang depa dok kata la nie mursyidul am UMNO nie dia kamcing dengan MB KEDAH la nie.. itu yang kalau pikiaq kot nie pikiaq kot nuu tak berapa nak kena tapi kita tunggu sikit hari lagi sebab ada orang SP dok kata depa nampak ramai pimpinan UMNO KEDAH dok pie masuk keluaq kat rumah dia di Jalan Pegawai Sg Petani sana....

nie semua depa dok kata semasa dok makan kenduri kendara lanie laa...adat laa kalau dah dok kumpoi ramai2 nie tentu ada cerita best punya.... jadi lanie kita tengoklah kesudahan opera yg sedang dilakunkan nie.... mursidul am nie rasanya kabel dia kemaih dan besaq jika tidak takan boleh naik laju camtu jaa..satu lagi dia punya aksi kira macam mata gaji jaa.... dia UMBOK Azizan lepas tu bagi untung kat UMNO KEDAH....

mai Azizan pulak dia dah jatuh hati dengan mursidul am nie sebab sebelum mamat nie dilantik jadi CEO dulu dia bukan main hebat jadi Ketua di satu kawasan yang mengimplementkan benda2 baik nie seperti Minggu Sembahyang.. Tutup Pasar Malam waktu Maghrib... kira nie semua nampak hebat laaa...

Tapi bila sejak dua menjak nie orang tengok saf-saf pimpinan UMNO Kedah rajin dok mai ngadap dia di rumah kira ada benda tak kena la gamaknya tak pun mai mintak nasihat..mursyidul am lah katakan.... jadi kita tengok laa sampai kemana opera nie....jangan ingat orang tak tau kelaku hangpa...sebab semua depa dok kata...jadi takan depa nak kata saja-saja.....

http://depakata.co.cc
dekat rumah kawan di taman ria
berdekatan dengan gerai kena roboh..

Saya tak malu digelar ahli politik jalanan: Chegubard

Wawancara eksklusif dengan pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali dengan nama Chegubard. Beliau juga adalah Ketua Cabang PKR Rembau dan pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

Saudara dikenali sebagai ahli politik yang suka berdemonstrasi, ada yang menggelar saudara sebagai ahli politik jalanan. Apa komen saudara?

Pertama sekali, konotasi pada gelaran itu boleh saja menjadi negatif atau positif, tetapi bagi saya, saya tak kisah orang nak gelar saya apa. Kita kena faham, latar belakang saya sejak dari sekolah yang aktif dalam banyak organisasi belia dan kebudayaan. Sebagai orang muda, kita perlu ada semangat perlawanan dan semangat radikalisme, malah saya dibantu dengan bahan-bahan bacaan dan buku-buku aliran kiri. Contohnya ‘Motorcycle Diaries’ karya Che Guevara, kisah tentang (pemimpin kemerdekaan Indonesia) Bung Hatta, Tan Melaka dan sebagainya. Saya baca semua itu ketika di sekolah menengah lagi. Saya tak nafikan saya pernah terfikir nak jadi macam Che Guevera. Akhirnya reformasi 1998, Anwar Ibrahim dilihat sebagai ikon bagi orang muda, tiba-tiba ia menyentak, gerakan itu diwajahkan dengan wajah kebangkitan rakyat yang pada akhirnya saya tersebut ke dalam arus gerakan reformasi.

Hakikatnya ketika itu, saya tak pernah pun berjumpa dan mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim. Saya memilih untuk turun ke jalanraya kerana (ketika itu) tidak ada banyak pilihan lain, bukan kerana kita sengaja pilih untuk tujuan suka-suka. Ketika itu, itu menjadi trend, itu jiwa orang muda dengan imaginasi-imaginasi perlawanan, ia ‘cool’. Tidak mudalah mereka jika tidak turun ke jalan raya. Akhirnya kita mengikut struktur parti apabila ia ditubuhkan. Pada masa itu Parti Keadilan Nasional, ia merupakan parti politik yang pertama saya sertai. Saya tak pernah menyertai mana-mana parti politik sebelum itu.

Ketika itu saya sedang mengajar (sebagai guru), momentum pada masa itu sebenarnya ialah kelompok muda yang tak punya kepentingan politik, yang hanya ingin melihat, ini kesempatan terbaik untuk mengubah negara. Kes Anwar, semua elemen kerajaan digunakan untuk menangani kes itu. Maka anak muda telah bersatu hingga keadaan itu mengangkat Anwar sebagai ikon dan simbolik pada perlawanan itu.

Apa yang kita boleh buat? Hinggalah parti (PKR) vakum bila tangkapan ISA dibuat ke atas pemimpin parti, saya betul-betul aktif ketika ISA 10 (2001), ketika itu keadaan bagai tiada harapan untuk menang. Maka kita lah yang sama-sama membina parti ini sebagai orang kecil, kena ingat saya masuk Keadilan bukan sebagai pimpinan besar, saya tidak disambut dan dirai, kita hanya budak yang gantung bendera, yang bersama lari di tepi jalan bagi memastikan isu Anwar terus hidup, untuk menarik perhatian orang ramai dan bermain dengan simpati rakyat. Kita ‘attract media’, pada masa itu cukup dengan sekadar ‘mainstream media’ melaporkan ada 10 orang ditangkap berdemonstrasi, itu kejayaan kita pada ketika itu dalam keadaan parti yang vakum, susah ada yang lari dan sebagainya. Saya tidak rasa ralat jika digelar pejuang jalan raya hanya kerana pada masa itu saya tiada pilihan. Saya tidak dilatih di dalam kelas-kelas atau sekolah politik, saya tak dilatih di hotel-hotel dalam kursus politik. Saya matang di jalan raya, saya dilatih erti perjuangan dari lokap-lokap polis dan saya tak pernah menyesal dan ralat kerana hari ini saya dapat merasakan latihan yang saya dapat itu membuatkan saya faham derita raktyat yang sebenarnya.


Maka saudara terus mengetuai demonstrasi seterusnya?

Ia membawa kepada fasa kedua, selepas pilihan raya umum 2008, semua orang memikirkan untuk ubah ‘stail’ politik dan pendekatan. Bagi saya orang muda ini isunya ialah perlawanan. Kalau kita nak pergi kepada orang muda yang teknokrat dan sebagainya, UMNO sudah menangani perkara ini sudah lama dan berjaya, saya melihat perlawanan itu perlu ‘real’ dan secara fizikal. Ini imaginasi orang muda, ia perlu dikekalkan.

Contohnya isu Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil), sama ada kita sedar atau tidak antara impak keputusan PRU 2008 adalah kerana himpunan Bersih 2007. Kalaulah selepas PRU 2008 kita teruskan demo dan kempen yang sama dengan menggunakan kekuatan rakyat secara fizikal untuk turun ke jalan raya bertujuan untuk memperbetulkan sistem pilihanraya, mungkin hari ini keadaannya sudah berubah. Tetapi oleh kerana pada ketika itu (selepas PRU 2008) kita memikirkan perlu ada pendekatan lain, yang lebih profesional dan sebagainya. Akhirnya baru hari ini kita kembali nak bercakap semula tentang Bersih, ia agak tertinggal dan janggal. Dan, sekali lagi saya tidak malu digelar sebagai ahli politik jalanan hanya kerana kita merupakan penyambung survival. Ia dilihat lebih ‘real’ dan berkesinambungan.

Kepercayaan saya satu sahaja, usaha menggembleng rakyat untuk turun ke jalan raya tidak harus berhenti. Siapa juga yang jadi kerajaan atau pemerintah, mereka harus berhadapan dengan kuasa rakyat. Benda ini juga dipelajari oleh UMNO-BN, walau pun usaha mereka di atas ‘fake ground’, tetapi apa yang penting, mereka (UMNO-BN) secara tidak langsung sudah mengiktiraf strategi politik mobilisasi rakyat ini. Dalam pada itu, kita sebagi pelopor tidak harus meninggalkan ‘ground’ kekuatan kita ini.

Takut dengan “PAS Ganti UMNO”

Komentar Roketkini

8 JUN – Apabila PAS membawa slogan dan konsep negara Islam, UMNO menolaknya. Apabila PAS membawa undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu, UMNO turut menolaknya.

Walau pun ia tidak bererti semua rakyat Malaysia pelbagai kaum setuju dengan tindakan PAS, ia membuktikan UMNO menolak apa yang PAS perjuangkan selama ini.

Buktinya ialah apabila PAS membawakan negara berkebajikan yang selaras dengan konsep negara Islam bersifat universal, UMNO masih menolaknya.

Apabila PAS mendapat saf pimpinan baru yang seimbang baru-baru ini – ulama, profesional, akademik, aktivis dan birokrat – UMNO tetap menolaknya, walau pun ia tidak ada kena-mengena dengan parti itu kerana ia adalah hal dalaman PAS.

Selepas keputusan pemilihan kepimpinan di muktamar PAS ke-57 diumumkan hujung minggu lalu, UMNO mencipta bermacam-macam alasan dan konspirasi.

Yang jelas dalam propaganda UMNO, tidak ada orang PAS yang menang dalam pemilihan PAS.

Bagi UMNO, yang menang dalam pemilihan PAS adalah DAP, PKR, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Reçep Tayyip Erdogan dan entah siapa lagi.

Semuanya gara-gara UMNO gagal dalam kempen mereka yang mahu apa yang mereka takrifkan sebagai golongan ulama menjadi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Hingga mereka lupa bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat juga adalah ulama.

UMNO juga lupa bahawa pimpinan Dewan Ulama PAS semuanya menang tanpa bertanding; maksudnya semua mereka adalah para pemimpin ulama yang “disokong” oleh UMNO melalui lidah rasminya Utusan Malaysia.

UMNO turut lupa bahawa Dewan Pemuda PAS juga dipimpin oleh wakil yang dilihat setia dengan golongan ulama.

Bagi UMNO, semua itu tidak penting kerana kempen Utusan dan UMNO untuk menjadikan ulama pilihan mereka sebagai presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan AJK pusat PAS telah gagal.

Yang pelik ialah mengapa UMNO yang menolak Negara Islam ala PAS, yang menolak hudud ala PAS, yang menolak apa sahaja yang PAS perjuangkan selama ini, begitu kemaruk mahu melihat PAS diterajui oleh golongan ulama?

Persoalan yang belum dijawab oleh UMNO sehingga kini ialah:

  • Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan kepimpinan ulama?
  • Adakah UMNO mahu ulama menjadi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden serta menduduki kerusi majlis tertinggi UMNO?
  • Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan negara Islam mengikut versi PAS yang dibawakan sebelum ini?
  • Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan hudud mengikut versi PAS yang dibawakan sebelum ini?
  • Dan di mana sebenarnya para pemimpin UMNO meletakkan ulama dalam parti mereka?

Akhirnya terdedah konspirasi UMNO melalui rencana Utusan pada 6 Jun yang kembali mempertikaikan PAS di bawah tajuk “Layakkah PAS ganti UMNO?” – yang bermaksud PAS memang selama-lamanya tidak layak dan tidak ada class seperti UMNO.

Maksudnya lagi, segala kempen Utusan untuk ulama dalam PAS selama ini tidak ikhlas dan tidak jujur; semata-mata mahu melihat ulama yang mereka anggap tidak cerdik serta buta politik dapat menguasai PAS untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Dalam rencana Utusan itu, PAS diperlekehkan dengan pertanyaan:

  • Layakkah PAS berada pada kedudukan itu (untuk menggantikan UMNO sebagai wadah orang Islam) atau setaraf dengannya (dengan UMNO)?
  • Apakah PAS mempunyai kemampuan memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam seperti mana UMNO?

Dengan angkuh, rencana itu mendabik dada, “Akui sahajalah PAS tidak ada keupayaan itu, sebaliknya matlamat PAS hanyalah untuk memastikan tidak ada lagi parti yang akan bermati-matian untuk orang Melayu”.

Tidak cukup dengan itu, Utusan mendakwa:

  • PAS sekarang bukan lagi sebuah parti Islam
  • PAS adalah sebuah parti sekular sama dengan PKR dan DAP kerana…menegakkan negara berkebajikan.

Hairan juga, bagaimana Utusan boleh menjatuhkan hukum bahawa PAS bukan lagi mewakili Islam sedangkan UMNO sentiasa menuduh PAS mengkafirkan UMNO. Apakah kini UMNO menganggap PAS parti kafir?

Tembelang UMNO juga terdedah apabila rencana itu menyatakan PAS “bukanlah parti dominan dalam pakatan pembangkang, tidak seperti mana UMNO dalam Barisan Nasional (BN)”.

Para pemimpin Pakatan Rakyat telah banyak kali menjelaskan bahawa PAS, PKR dan DAP berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam satu saf dengan status hak saksama, dan tiada siapa yang dominan dalam gabungan itu.

Apa yang UMNO dedahkan sekarang ialah hanya UMNO yang menjadi tuan dalam BN manakala 12 parti komponen lain hanyalah pengikut sahaja.

Yang perlu menjawab persoalan ini ialah 12 parti berkenaan – MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PBRS, SPDP, PBS, UPKO, PBRS dan LDP – yang mana mereka dianggap oleh UMNO sebagai parti kelas dua.

Kesemua 12 parti itu yang mewakili majoriti kaum Cina, India, Iban, Kadazandusun, Murut, Bidayuh, Bajau, Orang Ulu dan pelbagai etnik lain hanya mampu tunduk di bawah dominasi UMNO.

Memulangkan paku buah keras rencana itu, kesemua 12 parti komponen BN itu “hanya menjadi pemerhati sahaja terhadap tindak tanduk kerajaan UMNO di negara ini yang dilihat melakukan banyak tindakan tidak adil ke atas rakyat Malaysia”.

Dalam merebut sokongan orang Melayu, nampak jelas UMNO amat bimbang dengan kempen “PAS Ganti UMNO” yang menawarkan alternatif ke arah politik baru negara. Ini adalah kerana apa yang UMNO ada sekarang, PAS pun ada – profesional, akademik, aktivis dan birokrat.

Malah, PAS ada lebih dari itu. PAS adalah ramai ulama yang aktif sedangkan dalam UMNO golongan itu dipinggirkan.

Selain “PAS Ganti UMNO”, orang Melayu kini sudah ada banyak pilihan, bukan sahaja boleh menyertai PKR dan DAP tetapi juga SNAP di Sarawak dan SAPP di Sabah. Malah UMNO patut bimbang jika Melayu yang masih mahu bersama BN mula menyertai Gerakan, PPP dan parti-parti komponen lain.

Dan apabila seorang pemimpin UMNO melahirkan rasa dukacita kerana PAS tidak mahu kepada perpaduan Melayu, maka Pakatan Rakyat juga sedih kerana UMNO tidak mahu kepada perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. – Roketkini.com

Petronas Untung lagi... Siapakah yang Untung..???

Keuntungan pracukai Petronas cecah RM67 bilion, naik 34.5 peratus
June 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Petronas melihat perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini, demikian menurut laporan Bernama Online.

Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Harga yang lebih tinggi dan permintaan rancak menyebabkan prestasi yang lebih tinggi bagi semua perniagaan teras, kata naib presiden eksekutif kewangan Petronas Datuk George Ratilal.

“Prestasi Petronas sendiri juga selaras dengan pesaing kami, menunjukkan satu tahun lagi prestasi berdaya tahan kumpulan,” katanya.

Beliau berkata perolehan kasar meningkat 12.9 peratus dengan perniagaan hiliran menjadi penyumbang perolehan terbesar pada 42.4 peratus daripada jumlah perolehan kasar.

Tunai daripada operasi adalah RM70.8 bilion berbanding RM56.1 bilion tahun lepas, satu peningkatan 26.2 peratus berikutan perolehan yang lebih baik.

Sejumlah RM34.9 bilion pada perbelanjaan modal digunakan kebanyakannya kepada merancakkan aktiviti eksplorasi dan pengeluaran dan meneruskan usaha-usaha lain.

Dalaam pada itu, Petronas sedang mengkaji untuk menetapkan jumlah dividen yang akan dibayar kepada kerajaan pada kadar 30 peratus daripada keuntungan bersih mulai tahun kewangan 2013.

“Ini menjadikannya sesuatu yang agak pasti dan boleh dijangkakan,” kata Naib Presiden eksekutif Kewangannya, Datuk George Ratilal.

“Petronas telah berbincang dengan kerajaan dan telah mencapai persefahaman tentang perkara ini,” katanya kepada pemberita pada pengumuman keputusan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu.

Syarikat minyak nasional itu mengisytiharkan pembayaran dividen sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan bagi tahun berkenaan.

Petronas juga membayar dividen yang serupa kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2010.

Terima kasih Khairy kerana sahkan pertunangan anak PM

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana mengesahkan Perdana Menteri ke Kazakhstan untuk menguruskan pertunangan anaknya.

Sehubungan itu beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.

“Terima kasih kepada Khairy Jamaluddin (KJ) mengesahkan dakwaan saya (kami) bahawa benar Najib sememang mengadakan majlis urusan pertunangan anaknya dengan anak pembesar kerajaan Kazakhstan,” katanya.

Tambahnya, ini tepat seperti mana yang beliau terima daripada sumber-sumber yang dipercayai.

Malangnya, kata beliau media tidak langsung menyebutkan perkara itu.

“Bagaimana KJ boleh menuduh saya membuat pembohongan ketika beliau sendiri mengesahkan wujudnya urusan pertunangan tersebut,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat menambah, sumber-sumber yang beliau terima juga mengesahkan meski pun Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) telah ditetapkan lebih awal, namun Najib telah mengarah dan menyusun urusan pertunangan itu dijadualkan semasa lawatan beliau ke sana mengikut sumber yang boleh dipercayai.

Justeru, tegasnya rakyat berhak diberikan penjelasan (deserves an explanation) atas semua perkara ini termasuk seramai manakah bilangan ahli keluarga dan kenalan yang turut serta dalam lawatan dan majlis pertunangan tersebut, sekaligus perbelanjaan yang dibiayai oleh rakyat untuk urusan pertunangan sekali gus yang rasmi, contohnya perjanjian persefahaman.

Soalnya, apakah ini teladan yang boleh dijadikan contoh kepada rakyat.

Jelasnya, Khalifah Umar bin Abdul Aziz mempunyai dua batang lilin di mana sebatang lilin yang diperuntukan oleh Baitulmal itu digunakan untuk perbincangan perkara rasmi kerajaan, manakala sebatang lagi yang dibelinya sendiri akan digunakan hanya untuk kegunaan perbicangan hal peribadi dan keluarga (private matters).

“Najib sepatutnya menjadi contoh sebenar, bukan sekadar retorik semata dalam ucaptama WIEF,” ujarnya.

Katanya, formula untuk Najib kira dan jelaskan kepada rakyat ialah waktu untuk urusan pertunangan (A) /jumlah seluruh urusan rasmi (B) x jumlah kos seluruh trip (C).

Ibu pejabat PKR selamat buat masa ini


Pemimpin dan penyokong PKR di seluruh negara boleh menarik nafas lega buat seketika selepas lelongan awam bangunan ibu pejabat parti itu telah ditangguhkan.

Pada lewat petang semalam, satu notis telah dihantar ke bendahari PKR William Leong untuk menyatakan seseorang telah berjaya dalam permohonannya kepada mahkamah untuk menghalang bangunan itu daripada dilelongkan.

NONENamun, tidak ada sesiapa yang mengetahui siapa yang membuat permohonan itu.

“Ia bukan dibuat oleh kami. Besar kemungkinan orang itu pemilik bangunan ataupun seseorang yang bertindak bagi pihak pemilik bangunan,” kata Leong ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata boleh melihat dokumen dari mahkamah itu dan juga tidak mempunyai butir-butirnya.

Leong, yang juga seorang peguam berkata tidak semestinya hanya “pihak yang berkepentingan sahaja” yang boleh memohon injuksi seumpama itu.

“Tetapi ini juga tidak bermakna sesiapa pun layak untuk memohon injunksi.

“Mahkamah terbuka kepada semua pihak yang boleh memberikan penjelasan mereka bagi berbuat demikian,” katanya.

Bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR di Merchant Square Tropicana di Petaling Jaya yang disewakan akan dilelongkan kerana pemilik premis itu gagal menjelaskan pinjaman banknya.

Tahukah Anda bahawa Kerajaan 1Malaysia sedut 6% dari setiap pembelian kad prepaid handphone anda

Cukai 6 % Telefon Prabayar : Mohon Penjelasan Syarikat Telekomunikasi

http://www.freewebs.com/mohdstore/ART1/prepaidbm.jpg
Terdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan Maxis. Pada tahun 2006 terdapat 17.8 juta mendaftar sebagai pengguna talian prabayar. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) mendapati rakyat Malaysia membelanjakan RM17 juta sehari untuk penggunaan SMS(Sistem Pesanan Ringkas). Pada tahun 2004 terdapat 9.5 bilion SMS telah dihantar oleh rakyat Malaysia. Secara puratanya pengguna telefon menghantar 4 SMS setiap hari.

Bermula Januari 2011 pihak kerajaan telah menaikkan cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6%. Cukai perkhidmatan pengguna telefon prabayar juga tidak terkecuali. Selama ini cukai 5% telah diserap oleh syarikat telekomunikasi. Memandangkan beban yang terlalu besar ditanggung oleh pihak syarikat telekomunikasi maka terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa syarikat terbabit tidak lagi menyerap cukai tersebut mulai Julai 2011. Ini bermaksud bahawa cukai ini akan ditanggung oleh pengguna sepenuhnya. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mewakili anak-anak muda Malaysia yang majoritinya pengguna telefon prabayar memohon penjelasan daripada pihak syarikat telekomunikasi mengenai kebenaran dakwaan tersebut. Penjelasan ini adalah penting untuk maklumat pengguna kerana merekalah yang menerima kesan terhadap polisi ini.

Jika benar dakwaan tersebut maka anak-anak muda Malaysia merasa terbeban. Jika mereka membeli kad prabayar sebanyak RM10 maka mereka hanya memperolehi RM9.40. Baki RM0.60 diserahkan kepada kerajaan. Sebahagian besar anak muda Malaysia adalah pelajar sekolah, pelajar universiti dan tiada pekerjaan yang tetap. Mereka adalah pengguna aktif telefon prabayar. Berikutan kenaikan harga barang keperluan harian maka anak-anak muda Malaysia cukup terbeban dengan bayaran cukai ini.


Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
019-7285174

Hadi-Mat Sabu ibarat Kabinet Perang - Azizan

Hadi-Mat Sabu ibarat Kabinet Perang

ALOR SETAR - Gandingan baru dalam kepimpinan Pas yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan, Mohamad Sabu diibaratkan sebagai ‘Kabinet Perang’ untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berkata, gandingan itu bersama barisan Kabinet baru perlu dibayangi pelbagai latar belakang, termasuk generasi muda.

“Inilah barisan Kabinet Perang untuk berdepan pilihan raya. Bagi pertahan dan mantapkan parti, perlulah lantik juga orang-orang muda. Ada pemimpin kita letak di bahagian tertentu, dan ada pemimpin kepalai angkatan, ada yang membantu. Kita lihat sahaja hasilnya kelak,” katanya, ketika diminta mengulas mengenai barisan kepimpinan baru Pas pada pemilihan lalu.

Menurutnya, parti lawan hendaklah membuat persediaan lebih rapi untuk berdepan barisan kabinet Pas kali ini, yang diyakini lebih mantap dan berkaliber.

“Saya pasti UMNO sekarang susah hati dengan kepimpinan baru Pas, sebab itu mereka timbulkan isu ulama tewas, tolak golongan ulama dan sebagainya. Ingatan saya kepada UMNO, bersedialah!,” katanya.

Mengulas mengenai perubahan dasar Pas yang kini mahu memperkenalkan dasar negara berkebajikan, Azizan berkata, ia juga sinonim dengan dasar negara Islam yang mengutamakan kebajikan rakyat dan amalan yang baik.
“Islam menyuruh kita berbuat baik, termasuk kebajikan. Apa salahnya sekadar tukar nama, namun pengisian tetap berteraskan Islam. Saya juga amalkan konsep kebajikan dalam pentadbiran, antaranya perkenalkan Skim Kafalah, sumbangan pada pelajar Kedah dan membangunkan agenda pendidikan,” katanya.

Azizan turut menepis dakwaan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengatakan UMNO sama sekali tidak tergugat dengan barisan kepimpinan baru Pas, malah yakin peluang mereka lebih cerah kerana pimpinan baru parti itu dipercayai tidak menyokong agenda perpaduan.

“Saya tak pasti apa tafsiran UMNO berhubung barisan kepimpinan Pas yang baru ini, sebab saya tidak mampu membaca apa yang terlintas di minda mereka. Tetapi mungkin mereka tidak puas hati dengan kelebihan yang ada pada gandingan baru ini yang boleh menggugat kedudukan mereka,” katanya.

Ditanya sama ada timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi berhubung keputusan pemilihan atau usul yang dibangkitkan pada Muktamar lalu, Azizan menidakkan perkara itu memberitahu ia bukti kesepakatan dalam parti.

“Tiada ahli Pas suarakan rasa tidak puas hati, mungkin yang bising itu orang UMNO. Atau mungkin pemimpin parti itu tidak puas hati dengan barisan baru Pas yang mantap. Semuanya berjalan lancar,” katanya.

13.6 | Perlancaran BERSIH Peringkat negeri Kedah

Umno ibarat 'kena picit lada hitam'

Negara kebajikan: Umno ibarat 'kena picit lada hitam'

Umno sedang menggelupor dengan perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang berikrar menjadikan Malaysia sebuah negara berkebajikan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

NONEMenurut beliau kegusaran Umno dan BN itu adalah kerana negara berkebajikan yang menjadi agenda Pakatan itu menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan kerajaan sekarang menjaga rakyat marhaen.

“Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh, picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

NONE"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya yang disiarkan di Harakahdaily.

Sejak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara berkebajikan semasa ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-57 minggu lalu, pimpinan Umno dan media arus perdana milik mereka telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

NONE“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim.

Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, katanya berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

NONE“Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya,” katanya. [Malaysiakini]

'Mu' yang mula-mula halang HUDUD dari dilaksanakan di KELANTAN bukan Karpal - Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.

Kata Nik Aziz (gambar), kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amaran dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.

Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.

Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu “kewarasannya sudah tidak stabil.

“Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir).

“Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir... orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir.

“Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

“Yang dapat kemenangan besar ialah rakyat negara kita... orang yang tidak hadir yang dimaksudkan itu adalah rakyat di mana mereka mendapat satu keyakinan kepada PAS yang akan membentuk negara berkebajikan.

“Bukan Karpal yang dapat kemenangan tapi rakyat,” katanya.

Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena ini percaya Umno berada dalam keadaan tertekan ekoran pendekatan baru yang ditonjolkan PAS.

“Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada.

“Oleh itu gandingan kepimpinan sedia ada dan dulu telah berjaya memberikan satu lontaran kepada rakyat bahawa mereka kini mempunyai landasan baru iaitu negara berkebajikan dan ini akan memberi satu kekecewaan kepada Umno yang telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada rakyat termasuk dalam isu perkauman, video seks dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.

“Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.

“Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS),” katanya.

Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.

“Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan-Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.

“Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya.

Oleh Syed Mu'az Syed Putra - The Malaysian Insider

Sudah lebih 5 kali sejak 1996 lagi, namun sehingga kini masih lagi tiada sebarang jawapan dari KEDA

Putus asa mohon bantuan rumah

PENDANG – Seorang pemohon bantuan rumah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) berputus asa untuk terus memohon kepada pihak berkenaan kerana sehingga kini masih lagi tidak berjaya.

Mohd Fazli Abdul Kadir, 35, berkata, dia mengemukakan permohonan rumah kepada pihak berkenaan sudah melebihi lima kali sejak 1996 lagi, namun sehingga kini masih lagi tiada sebarang jawapan.

Menurutnya, dia sudah kecewa untuk terus mengharapkan bantuan rumah daripada pihak berkenaan kerana setiap kali permohonan dihantar, tetapi tiada apa-apa jawapan dan tindakan daripada pihak berkenaan.

“Saya menumpang di rumah mertua di Kampung Pokok Tai bersama lima anak sejak sekian lama menyebabkan saya memohon bantuan daripada pihak berkenaan beberapa kali, namun saya sudah kecewa untuk terus memohon bantuan itu.

“Dari isteri saya masih ada sehinggalah kini isteri saya sudah meninggal dunia impian untuk memiliki rumah sendiri masih lagi tidak kesampaian, namun selepas isteri saya tiada saya sudah berputus asa untuk memohon bantuan rumah lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Fazli berkata, dia dan isterinya begitu mengharapkan bantuan rumah daripada pihak berkenaan, namun impian mereka tidak kesampaian apabila isterinya pergi meninggalkannya pada tahun lalu selepas melahirkan anak bongsunya.

“Setiap kali borang permohonan bantuan rumah keluar saya pasti tidak melepaskan peluang mengisi permohonan itu, namun tidak pernah berjaya dan saya tidak tahu di mana silapnya permohonan saya itu.

“Saya menghantar terus permohonan itu kepada pejabat Keda, namun permohonan itu hanya diam sahaja dan sepatutnya pihak berkenaan harus memaklumkan kepada pemohon supaya mereka tidak terus menaruh harapan memiliki rumah,” katanya.

Kedah muncul sebagai pengeluar nanas kedua terbesar di negara ini

Pengeluar kedua terbesar

NAKA - Kedah muncul sebagai pengeluar nanas kedua terbesar di negara ini selepas Johor apabila kini giat menjalankan aktiviti penanaman nanas secara tanaman kontan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tanaman nanas mampu menjana ekonomi negeri selain memberi pulangan lumayan kepada petani sekiranya diusahakan secara bersungguh-sungguh.

“Saya ingin menggalakkan petani di negeri ini supaya menceburi bidang penanaman nanas di atas tanah terbiar selain tanaman padi dan sayur-sayuran,” katanya selepas mengadakan lawatan ke projek penanaman mempelam chongkanan dan nangka madu di Kampung Kubang Juluk, dekat sini.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan Abdul Ghani Ahmad.

Menurutnya, tanaman nanas kini sedang giat diusahakan di Laka Temin seluas 56.66 hektar, selain di Kulim dan Merbok oleh pengusaha nanas persendirian.

“Selain nanas, tanaman yang berpotensi untuk dimajukan ialah mempelam yang juga mampu memberi pulangan yang baik kepada petani. Seluas 404.6 hektar tanah telah diserahkan kepada Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) di Padang Terap bagi membangunkan projek tanaman mempelam,” katanya.

Azizan berkata, Kerajaan Negeri serius membangunkan projek pertanian di negeri ini untuk manfaat rakyatnya, dan baru-baru ini telah melancarkan kempen satu rumah 10 pokok buah-buahan dalam usaha mengindahkan kawasan persekitaran kampung dan perumahan.

“Kempen seperti itu banyak manfaatnya, bukan sahaja untuk menghijaukan persekitaran malah beroleh hasil yang lumayan. Secara tidak langsung kempen itu mampu memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kebaikan bercucuk tanam,” katanya.

Menurutnya, bagi membangunkan projek tanaman mempelam secara besar-besaran, Kerajaan Negeri turut membawa produk mempelam dari Mesir bagi tujuan kajian dan penyelidikan, ketika lawatan kerja ke projek tanaman mempelam di kawasan padang pasir di Mesir.

“Kita akan buat penambahbaikan dalam mana-mana projek pertanian yang berpotensi,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...