TERKINI :

Wednesday, June 8, 2011

Pakatan Rakyat dihadiahkan dengan isu ‘periuk nasi’, gunakan sebaiknya

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

http://norafidahbpsrt.files.wordpress.com/2011/03/periuk-nasi.jpgTidak boleh berlaku; tarif elektrik, gula dan minyak naik tetapi harga barang dan kos perkhidmatan tidak naik. Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik adalah karut, justeru Pakatan Rakyat kini dihadiahkan dengan isu ‘periuk nasi’ merupakan isu yang paling efisien merobek hati nurani rakyat.

kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kos barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan dengan sendirinya inflasi atau kenaikan harga barang akan berlaku


Memang tarif lektrik dikenakan pada pengeluar, tetapi bila keadaan ini berlaku, barangan keluaran mereka terpaksa dinaikkan harganya sehingga ianya akan membebankan rakyat seluruhnya khususnya yang berpendapatan rendah.

Menurut anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini.

Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat. Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu.

Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara. Ia ibarat kera di hutan disusukan, anak dipangkuan dibiar kebuluran.

Semua pihak dalam PAS amat sedar sukarnya memainkan isu di kalangan masyarakat Melayu yang berdekad-dekad dikhayalkan dengan candu ‘kuasa Melayu’ oleh UMNO. Maka satu-satu isu yang boleh memecahkan kebuntuan itu ialah yang berkaitan dengan periuk nasi dan susah senang kehidupan seharian mereka. Ada kelompok manusia yang sukar untuk marah bagi pihak orang lain tetapi setelah kesusahan itu menimpa batang hidung sendiri, maka proses pengubahan persepsi mereka menjadi lebih mudah.

Jangan lupa, PRU ke 12 lalu, selain faktor pengundi Bukan Melayu, faktor kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak menjadi penyebab sebahagian undi Melayu berpihak pada pembangkang. Soalnya bagaimana pengembelingan harus dilakukan supaya isu periuk nasi ini tidak terpinggir malah diutamakan dalam seluruh sesi penerangan kepada rakyat di semua peringkat. Percayalah isu ini akan jadi sangat efisien untuk menumbangkan BN. Ia telah terbukti di banyak negara.

Panas isu ahli majlis bantah YDP MPSPK

Keluaran yang lalu saya menulis mengenai tindakan pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) yang diketuai oleh Setiausaha MPSPK merobohkan gerai-gerai haram di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang Sungai Petani. Ia menimbulkan bantahan peniaga, orang ramai dan Exco Kerajaan Negeri yang juga merupakan ADUN Kawasan terbabit, S. Manikumar. Bantahan tidak diendahkan dan gerai tetap dirobohkan.

Episod perobohan itu rupanya tidak berakhir di situ.Seramai 17 Ahli MPSPK lantikan politik mendesak Yang Dipertuanya (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Ketua Whip, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit.

Selagi tuntutan mereka tidak diberi perhatian sama ada siasatan dibuat atau kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain, selagi itu ahli majlis lantikan politik seramai 17 orang akan memboikot mesyuarat MPSPK.

Namun peranan sebagai ahli majlis tetap diteruskan seperti biasa,17 ahli majlis itu membuat sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya di Wisma Darulaman.

Menurutnya, rasa tidak puas hati terhadap tindakan merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang 26 Mei lalu antara punca mereka menyerahkan memorandum agar Menteri Besar campur tangan menyelesaikan kemelut dihadapi.

Keputusan merobohkan gerai berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat bersama ahli majlis. Tindakan tersebut jelas membelakangi ahli majlis sebagai pembuat dasar dalam pentadbiran.

Rupanya isu roboh gerai bukanlah satu-satunya isu yang membangkitkan kemarahan ahli MPSPK tetapi beberapa isu lain seperti YDP sering berada di luar kawasan dan ini menyusahkan kakitangan untuk berbincang masalah berbangkit.

Antara kenyataan yang terkandung dalam memorandum itu ialah perancangan MPSPK sering tertangguh khususnya melibatkan kepentingan rakyat seperti cadangan membina stesen bas yang diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada 28 Februari lalu.

Pecah tanah pembinaan stesen bas dibuat 5 Mac 2008 dan isu ini sering diketengahkan agar diberi keutamaan kerana mendapat rungutan penduduk yang mahu projek itu disegerakan,namun sehingga kini belum terlaksana.

Antara projek yang masih tertangguh sehingga kini ialah pembinaan pasar awam yang bajetnya sudah diluluskan pada penghujung tahun lalu tetapi belum dilaksanakan.

Isu lain yang turut menjadi perhatian ialah penguatkuasaan yang lemah terhadap rumah urut yang sebahagiannya menjalankan aktiviti tidak bermoral, termasuk premis judi.

Apa yang berlaku di MPSPK bukanlah isu politik kepartian, ia cuma isu pentadbiran. Namun apabila ia melibatkan kepentingan rakyat, ahli-ahli politik mestilah bingkas bangun mempertahankan kepentingan dan kebajikan rakyat. Tindakan mereka betul.

Bayangkan jika ahli-ahli politik membisu terhadap isu tersebut, maka pasti semua media talibarut BN akan mengeksploitnya habis-habisan. Berita itu akan disensasikan oleh media mereka selama berhari-hari. Perkasa dijangka akan cepat-cepat melompat mengadakan demonstrasi haram, menaikkan sepanduk ‘Kerajaan PAS Kedah tindas peniaga Melayu’. Pegawai yang buat operasi boleh tidur lena, tetapi ahli politik yang terpaksa berhempas pulas menjawab dengan rakyat, walhal sebelum operasi meroboh orang politik langsung tidak diberitahu. Inilah yang mahu dielakkan.

Nah!! dok galak nak haramkan PKR last dah terbalik kat UMNO pulak..kita tengok siapa yg kena..??


Ahli Umno Kelantan dipecat cabar RoS, ‘segarkan’ krisis 1987
Oleh Debra Chong
June 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Jun — Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman, yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.

Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah.

Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider selepas memfailkan kesnya, Amran berkata, isu utama ialah impak ke atas parti itu di negeri yang ditadbir PAS ekoran pemilihan bahagian 2008.

Umno mengadakan pemilihan pusat awal 2009.

“Isunya ialah 190 perwakilan yang menghadiri perhimpunan yang memilih anggota Majlis Kerja Tertinggi pada 2009 adalah haram,” katanya sambil menambah, perpecahan dalam parti Melayu itu akan menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan balik Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Dalam permohonannya, Amran berkata: “saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut.

“Saya juga percaya bahawa peruntukan Seksyen 12 akta tersebut menyatakan bahawa kesemua cawangan yang hendak ditubuhkan mesti mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan,” katanya.

Amran menambah, beliau setelah dinasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram.

justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan.

Peguamnya, Adlan Hadi Mohamed Yusof menjelaskan, di bawah Seksyen 10 Akta Pertubuhan mana-mana individu ada hak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung satu-satu pertubuhan yang didaftarkan.

Terdapat 131 cawangan Umno di Kelantan.

Menurut Amran, daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan.

Paparan depan tokong Buddha dalam filem kongsi.. Apa Hukumnya..???

Apa rasionalnya paparan To'kong Buddha dalam filem 'Kongsi'?

Terdapat satu babak dalam filem “Kongsi” di mana dipaparkan latar belakang To’kong Buddha yang dikira seharusnya sensitif dengan penonton remaja Islam Negara ini.

Menurut jalan ceritanya babak ini memaparkan tugasan yang diberi oleh Kimpedu (Zul Handy Black) dengan mengupah Tumulak (Shaheizy Sam) untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap.

Semasa tugasan ini diberi semua pelakon mengadap To’kong Buddha dahulu seolah-olah ingin mendapat keizinan.

Rata-rata penonton filem Melayu hari ini boleh dikatakan 90% adalah kaum Melayu dan seharusnya penerbitnya David Teo yang kaya raya dengan wang Melayu tidak cuba menyelit jarum-jarum halus untuk merosakkan akidah orang-orang Melayu dan Islam.

Farid Kamil sebagai pengarah juga tidak seharusnya terikat dengan visual To’kong Buddha untuk mengambarkan Selatan Thai kerana banyak lagi visual yang lebih menarik di Thailand untuk menunjukkan kejadian berlaku di Thailand.

Kongklusinya filem ini gagal membentuk akhlak hanyalah membawa sedikit mesej 1Malaysia sebagai mengaburi pihak berkuasa untuk kelulusan Lembaga Penapis Filem.

http://mummyrokiah.blogspot.com

Mengapa Umno menggelupor dengan negara kebajikan

TEMERLOH, 8 Jun: Mengapa Umno menggelupor dengan ‘negara kebajikan’? Ia adalah kerana PAS menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan Umno BN untuk menjaga rakyat marhaen.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas sikap Umno dan medianya yang terlalu melampau dalam menunjukkan kebimbangannya dengan negara kebajikan itu.

“Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah ‘negara kebajikan’ ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak,” nukil Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ni.

Semenjak Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara kebajikan semasa ucapan dasarnya di Muktamar PAS ke 57, pimpinan Umno dan medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim (gambar).

Istilah ‘negara kebajikan’ yang dilaungkan PAS, kata beliau telah berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya ‘rakyat dahulu’ menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah ‘negara kebajikan’, Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

“Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan ‘Umno kecewa PAS tolak perpaduan’ dan sebagainya,” terang beliau.

Pengguna ada masalah.. hangpa boleh saman hanya guna SMS...

Daftar kes TTPM melalui SMS


ISMAIL Sabri mengakses portal 1MPB pada pelancarannya di PWTC, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pengguna yang berasa tertipu dan ingin mendapatkan ganti rugi terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan kini boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi membuat aduan dan pendaftaran kes masing-masing di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan tersebut bertujuan menarik lebih ramai golongan muda dan pengguna di luar bandar mengemukakan tuntutan.

“Kaedah alternatif ini diharap dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna di luar bandar kerana banyak kes yang melibatkan mereka.

“Saya harap lepas ini lebih banyak pengguna yang rasa diri tertipu akibat pembelian barangan, perkhidmatan boleh membuat aduan untuk mengambil tindakan undang-undang melalui TTPM,’’ katanya selepas melancarkan portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) di sini semalam.

Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi TTPM, Pretam Singh.

Ismail Sabri berkata, SMS yang dihantar tidak dikira sebagai pemfailan kes kerana ia hanya sebagai pendaftaran.

Sebaliknya pengguna perlu memfailkan tuntutan mereka di cawangan TTPM atau di laman web http://ttpm.kpdnkk.gov.my.

Penyatuan Umno-PAS Bukan Agenda Utama Sekarang - Salahuddin Ayub

PETALING JAYA: Kewujudan PAS dan Umno yang bersandarkan ideologi politik berbeza tidak akan memecahbelahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini malah ia bukan terletak dalam agenda utama parti itu sekarang.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, orang Melayu dan umat Islam boleh bersatu tetapi tidak semestinya berada di bawah satu 'bumbung'.

"Orang Melayu tidak akan berpecah walaupun kedua-dua parti ini tidak bergabung. Biarlah PAS dan Umno wujud dengan entiti berbeza," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang menegaskan pintu rundingan penyatuan antara kedua-dua parti masih lagi terbuka.

Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan tawaran itu tidak akan menjadi agenda kepimpinan baru PAS.

Sebaliknya, beliau berkata PAS akan melipat gandakan usaha bagi menghadapi jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Agenda penyatuan itu merupakan lambaian fatamorgana semata-mata. Kita tidak mempedulikannya. Kita akan terus merangka perancangan untuk mengambil alih kerajaan sedia ada nanti," jelasnya.

Walaupun kepimpinan baru PAS didominasi kumpulan yang disifatkan pro Anwar Ibrahim, Salahuddin berharap agar orang Melayu tidak gusar terhadap pemilihan itu.

"Jangan bimbang...sekiranya itu yang lebih baik, orang Melayu akan mendapat manfaatnya. Kita akan pastikan PAS terus kuat dan terus bertakhta di hati umat Islam," katanya.

Penyatuan PAS dan Umno mendapat gesaan daripada pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) demi kemajuan dan keharmonian dalam negara tetapi sehingga hari ini titik penyatuan itu belum kelihatan.

Bahkan, beberapa pemimpin PAS sebelum ini tetap mempertahankan pendirian mereka untuk terus bekerjasama dengan komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam merealisasikan konsep negara berkebajikan mereka.

KIDU - KURSUS BAHASA ARAB KE MESIR


KURSUS BAHASA ARAB KE MESIR

Kolej Islam Darul Ulum melangkah maju setapak lagi dalam mengembangkan penggunaan bahasa arab di Negara ini. Program terbaru anjuran Kolej ini iaitu Kursus Bahasa Arab untuk para pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Mesir atau Timur Tengah. Program ini akan bermula dari 13 Jun hingga 12 Julai 2011 akan memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan penggunaan bahasa arab di Asia Tengah disamping cuba untuk menghidupkan suasana arab di kalangan para pelajar agar dapat membiasakan diri sebelum ke sana.

Program ini merupakan lanjutan dari Kem Bahasa Arab peringkat rendah dan menengah yang di anjurkan oleh KIDU sebelum ini. Kursus kali ini akan menekankan 5 aspek pembelajaran kepada para pelajar. Pertamanya pengunaan dan penguasaan Bahasa Arab Pasar atau lebih dikenali bahasa arab Ammiyyah. Kedua adalah kaedah penggunaan bahasa arab buku atau bahasa arab fushah. Pihak KIDU juga akan menekankan para pelajar berkaitan pengajian Fardhu Ain yang merupakan aspek ketiga dalam kursus ini. Manakala aspek yang keempat adalah Tarbiah dan kepimpinan kepada setiap pelajar. Aspek yang terakhir yang merupakan salah satu kepentingan kepada setiap pelajar adalah penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris terutama bagi pelajar yang ingin menyambung dalam bidang perubatan. Namun, bagi pelajar di bidang lain, bahasa inggeris juga merupakan bahasa yang harus dikuasai oleh setiap pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar Negara.

Antara keistimewaan Kursus ini adalah kerana tenaga pengajar kursus didatangkan khas dari Mesir dan Negara arab. Selain itu, tenaga pengajar lain adalah mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang tersebut. Yuran untuk kursus ini adalah RM 900.00 termasuk makan, penginapan, bahan pengajaran, lawatan dan sebagainya. Tarikh pendaftaran adalah 13 Jun di Kolej Islam Darul Ulum, KM 23, Jalan Kuala Nerang 06300 Kuala Nerang, Kedah.

Pihak KIDU mempelawa mana-mana pelajar terutama yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir agar dapat mendaftarkan diri untuk menyertai program ini. Mana-mana pelajar yang ingin turut serta program ini dan maklumat lanjut dapat menghubungi Saudara Mohd Hanifi di talian 012-5642132 dan talian pejabat 04-7825754

Kerajaan Selangor Cari Nahas dengan idea menggadaikan hak-hak bumiputera.

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Rabu 08 Jun 2011
Kaji Semula Cadangan Mekanisma Perlepasan Unit-Unit Hartanah Kouta Bumiputra Selangor

Pemuda PAS Negeri Johor memandang serius bantahan yang telah di buat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berhubung dengan cadangan pindaan yang akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap Mekanisma Pelepasan Unit-Unit Hartanah Kouta Bumiputra di negeri ini. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mencadangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2hb Mac 2011 berhubung cadangan mekanisma pelepasan unit-unit hartanah kouta Bumiputra. Walaubagaimana pun Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengarahkan agar kajian semula cadangan tersebut supaya ia bersifat ‘self regulatory’.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan meluluskan pindaan baru dalam masa yang terdekat. Kami berpendapat terdapat beberapa ruang yang merugikan bumiputra jika cadangan ini diluluskan. Ruang ini akan mudah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan. Berikut dinyatakan beberapa perkara yang seharusnya di ambil perhatian oleh pihak kerajaan negeri :
1. Tidak terdapatnya penandaan pelan untuk kouta bumiputra yang wajib dilaksanakan oleh pihak pemaju. Penandaan pelan ini berperanan untuk menentukan dimana lokasi yang telah dikhaskan kepada bumiputera. Ini memudahkan pihak kerajaan membuat pemantauan. Jika tiada sebarang penandaan pelan maka ruang ini sangat mudah dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. Contohnya menyediakan lokasi bumiputra ditempat tidak strategik, menyembunyikan kouta bumiputra daripada pembeli dan memindahkan sesukahati lokasi hartanah bumiputra. Menariknya, terdapat cadangan penandaan pelan semasa cadangan dibentang pada 2hb Mac 2011 tetapi sekarang telah digugurkan. Kerajaan Negeri Selangor perlu memberi justifikasi yang jelas kepada rakyat kenapa digugurkan penandaan pelan kouta bumiputra jika mahu meluluskan cadangan ini.

2. Tiada terdapatnya peranan Jawatankuasa Penandaan Unit Kouta Bumiputra(JPUKB) dalam cadangan terbaharu kerajaan negeri. JPUKB beperanan untuk memastikan kouta Bumiputra yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri(PBN) dipenuhi dan menentukan unit-unit jualan bagi kouta Bumiputra berdasarkan kelulusan PBN. Dalam cadangan kerajaan negeri yang bersifat ‘self regulatory’ , telah mengugurkan kuasa JPUKB dan telah diganti oleh badan audit bebas. Pemaju dapat meluluskan perlepasan kouta bumiputra secara automatik. Badan audit bebas akan dilantik untuk membuat audit bagi mengelakkan penipuan daripada pihak pemaju. Masalahnya cadangan kerajaan negeri yang bersifat ‘self regulatory’ dilihat terlalu longgar dan tidak jelas bagaimana kouta bumiputra boleh dipertahankan. Bagaimana rakyat mahu mambuat bantahan jika kerajaan negeri sendiri pun tidak jelas apa yang perlu dipertahankan.

3. Dalam cadangan terbaharu ini tidak dijelaskan dengan nyata peranan badan-badan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membeli hartanah bumiputra yang tidak mampu di beli oleh pembeli bumiputra. Contohnya seperti PHSSB(Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd). Peranan PHSSB adalah sebagai pengurus kepada semua hartanah bumiputra. Ia mampu mencari keseimbangan dalam mengatasi masalah hartanah bumiputra yang tidak mampu dibeli. Kepincangan ini dikuatiri akan menyebabkan ketidakseimbangan penduduk dalam sesuatu taman perumahan. Masalah ini akan meningkatkan jurang perkuaman yang sangat merbahaya dalam negara kita.
Pemuda PAS Johor berpendapat bahawa Kerajaan Negeri Selangor harus mengkaji semula cadangan mekanisma perlepasan unit-unit hartanah kouta bumiputra dengan cara mendapatkan pandangan banyak pihak sebelum meluluskan cadangan tersebut. Pemimpin masyarakat, NGO, tokoh-tokoh akademik, budayawan dan lain-lain harus dilibatkan dalam membuat keputusan mencari jalan tengah mengatasi masalah hartanah bumiputra di Negeri Selangor. Pemuda PAS Negeri Johor tidak mahu Kerajaan Pakatan Rakyat khususnya Selangor difitnah oleh pihak tertentu kononnya tidak memberi penekanan kepada kepentingan orang Melayu dan bumiputra seperti yang tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.


Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
019-7285174

Depa ingat rakyat MALAYSIA bodo untuk di banding dengan BALARUS tuu...

oleh DepaKata

Belarus naikkan harga minyak

MINSK 7 Jun - Belarus hari ini menaikkan harga minyak kira-kira 30 peratus, dalam siri terbaru campur tangan pihak berkuasa untuk mengekang krisis ekonomi negara itu dan mendapatkan bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Langkah Belarus menaikkan harga minyak itu menyusuli beberapa negara lain seperti China, Taiwan dan Filipina....utusan...

http://1.bp.blogspot.com/-zf4P2KEIT9Y/Te7YTQ2TXJI/AAAAAAAAFAw/HPN2Ym5vEIc/s1600/2011-06-08_100206.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-SW-yyg40Yc8/Te7YSdwvRNI/AAAAAAAAFAg/HV4WSpOGihM/s1600/2011-06-08_100054.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-wCsP48I__zU/Te7YTCrnggI/AAAAAAAAFAo/HARIpMgcFOE/s1600/2011-06-08_100143.jpg

Tu dia aihhh pie ambik cerita Negara BELARUS nuu yang penaik harga minyak dia 30%.. awat hangpa ingat kami bodo kaa tak reti nak baca perbandingan dia... lanie klik aja depan mata dah keluaq cerita dia... cuba tengok betoi2 akan negara BELARUS tuu apa yg ada dalam negara depa dgn penduduk yg 9juta tu bersamaan KDNK dia sekadar 79billion... BELARUS bukan ada telaga minyak.. bukan ada KELAPA SAWIT, GETAH serta beberapa komoditi lain.....

Awat laa hangpa suka perbodoh orang sangat...pada2 laa nak buat cerita tuuu.... hangpa tengok dan bandingkan sendiri laa apa yg aku copy paste dari wikipedia nie...

TNB ada 40% xtra power sendiri tapi kenapa dok kena beli banyak kat IPP pulak ??



kata2 hikmat oleh BEKAS KETUA TNB yg memecah tembelang KERAJAAN MALAYSIA yang sebenarnya TNB ada lebihan 40% tenaga yang di hasilkan oleh kilang TNB namun atas dasar perjanjian dgn IPP maka TNB terpaksa juga membeli tenaga dari kilang2 IPP tersebut....

Jika BN semua boleh.. Mai PR langsung tak boleh...

Boleh dan tak boleh

Boleh
Boleh
Boleh

Tak boleh ....

UTUSEX : PAS MULA BERBALAH... - Balah tangmananya..???



Rasanya aku takyah jawab la kot isu bangang yg di bawa oleh Mahadet pasai tajuk bangang UTUSEX hari ini..dia mai kot mana tak tau tetiba keluaq PAS BERBALAH... berbalah tang mana tak tau..eishh eishhh..eishhh.. buat la tajuk macamana pon nak bagi PENYOKONG TOTOK hangpa kat kampung2 sana seronok sendiri...tapi hakikatnya hangpa semua dah tak tidoq lena dah sekarang nie... bersedialah hangpa....

Pasai tajuk ulasan Mahadet aku copy paste yg SAIFUDIN NASUTION katakan dalam harakah semalam..hangpa baca laa nooo...

Karpal sekat hudud: Saifudin kata Dr Mahathir haprak

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan) dalam Twitternya.

Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam.

"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan.

Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."

Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!

"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin.

Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.

Surat Dr Mahathir

Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.

“(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

“Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua,” katanya.

“Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik,” kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka “diambil secupak-secupak” sehingga habis.

“Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS,” katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

http://anakkedah007.blogspot.com

Mana fan yg nak bawa 'mercun, baling botol & maki polis di stadium hangpa pikiaq dulu noo...!!!

Penyokong bola Terengganu didakwa

https://lh6.googleusercontent.com/-H-B5tTD3d-o/TX-UusDs96I/AAAAAAAACVg/9dKOv2Y4qJE/s1600/stadium.jpg
KUALA TERENGGANU - Tiga penyokong pasukan bola sepak Terengganu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga tuduhan berasingan memiliki mercun, membaling sos cili serta memaki polis semasa perlawanan Liga Super Terengganu menentang Kelantan malam kelmarin.

Tertuduh, Tuan Hasbullah Tuan Abd. Razif, 24, dari Tanah Lot Kampung Chepoh di sini didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis yang bertugas pada pukul 11.30 malam di luar kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Syah selepas perlawanan itu.

Dia yang mengeluarkan perkataan "baliklah polis, berambus serta polis bodoh" didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100.

Tuan Hasbullah yang mengaku bersalah atas tuduhan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Adila Abd. Latif dikenakan hukuman denda sebanyak RM80 atau tiga hari penjara jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh membayar denda itu.

Penjelasan Negara Berkebajikan PAS/Pakatan Rakyat oleh YB Husam Musa



Pasir Puteh, 7 Jun, - Selepas solat Zohor petang tadi, YB Dato’ Husam Musa telah diraikan oleh PAS Kawasan Pasir Puteh dalam satu majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau sebagai Naib Presiden PAS dalam pemilihan muktamar baru-baru ini. Majlis makan tengahari itu adalah majlis pertama yang diadakan selepas muktamar PAS dan YB Dato’ diberikan kesempatan untuk memberikan ucapan.

Ucapan dimulakan dengan mengajak seluruh penyokong PAS untuk sama-sama meletakkan syukur dalam setiap apa yang berlaku. YB Dato’ memetik beberapa kisah yang tedapat dalam al-Quran berkenaan dengan perlakuan syukur sebagaimana yang dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu.

Kuasa adalah antara nikmat yang perlu disyukuri dan perlakuan ini boleh diteladani melalui sirah nabi Daud, Sulaiman, Yusof, Musa dan nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam.
Kuasa yang diberikan oleh Allah untuk menguruskan keadilan dan kebajikan rakyat adalah menjadi tugas para rasul. Dengan menganalogikan bahawa sebagimana adilnya Allah Subhanahu Wataala dengan menyediakan akhirat sebagai tempat balasan keadilan di dunia. Keadilan itulah yang dijelmakan dalam bentuk Negara berkebajikan sejak zaman nabi Adam Alaihissalam.

Dalam ucapan ringkas itu, persoalan Negara berkebajikan dijadikan isu penting untuk diberikan kefahaman kepada rakyat. Kebajikan dalam kontekas yang luas. YB Dato’ memberikan klausa sentimental dengan meletakkan perhatian dan sikap ambil berat kerajaan adalah metod paling ringkas tetapi sedang dilupakan oleh pemerintah hari ini.
Berkongsi masalah dan perasaan orang-orang susah yang memerlukan dan berkongsi ilmu untuk menjadikan rakyat berilmu adalah contoh kecil negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS dalam manifesto ini sebagai menunjukkan penghargaan dan bantuan dalam bentuk moral. Negara berkebajikan adalah khusus untuk rakyat dan ini adalah tuntutan Islam. Kebajikan dalam bentuk material dan spiritual.

“Negara berkebajikan adalah negara Islam sebagaimana nama Allah yang banyak. Jika sebut Allah maka ia merujuk kepada Allah Yang Disembah dan kita juga boleh memanggilnya dengan nama-nama yang lain contohnya Ar Rahman.”

Beliau menganalogikan negara berkebajikan dengan negara Islam dalam perkara yang sama dengan analogi nama Allah dengan nama-nama yang lain sebagaimana dalam Asma’ Al-Husna. Begitu juga dengan nama nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang dipanggil dengan pelbagai gelaran dan al-Quran juga mempunyai banyak nama. Justeru memilih menggunakan nama lain yang membawa maksud yang sama adalah diharuskan selagi intipati kepada perkara tersebut adalah benda sama.

Diakhir ucapan, penegasan tentang PAS akan terus kemited memperjuangkan kepimpinan ulamak dan pakatan yang dibentuk dalam muktamar kali ini akan sentiasa membantu kepimpinan Tuan Guru Presiden.

Beliau sempat menyindir pemimpinan media dan ahli UMNO yang sering dilihat membuat onar setiap kali Muktamar Tahunan PAS dan kali ini dengan menggunakan media perdana yang ada untuk mensensasikan propanganda PAS sebagai menolak kepimpinan ulamak.

“PAS sejak tahun 1983 telah dipimpin oleh ulamak dan dasar itu sampai ke hari ini. Kalau benar UMNO mahu kepimpinan ulamak kenapa tidak sokong Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi di Terengganu.” Kata beliau yang mengundang ketawa para tetamu yang hadir.

- www.husammusa.com

Aduhai FELDA.. awat lama sangat nak lulus nie..nak tunggu mati dulu kaa..???

Sanggup jual lembu peliharaan

KUALA NERANG - Seorang gadis 24 tahun yang menghidap penyakit kanser tulang perlu melakukan pembedahan tahun lalu, namun disebabkan masalah kewangan, pembedahan masih belum dilaksanakan sehingga kini.

Bapa kepada Adibah yang juga peneroka Felda Bukit Tembaga di sini, Md Isa Abdullah, 65, berkata, dia sudah memohon bantuan pada pihak pengurusan Felda kawasan itu bagi memastikan urusan pembedahan anaknya dapat dijalankan.

Menurutnya, mereka sekeluarga yang masih lagi menunggu jawapan daripada pihak berkenaan menyebabkan anaknya terpaksa menahan kesakitan hampir setahun.

"Adibah menghidap penyakit kanser tulang sejak 16 tahun yang lalu dan keadaan bertambah kritikal kira-kira setahun lalu dan sekarang dia tidak mampu berjalan disebabkan sakit berkenaan.

"Setiap hari saya sebak melihat keadaannya yang sering merintih dan menahan kesakitan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.

Laporan perubatan yang dikeluarkan 15 Ogos 2010 dari Hospital Sultanah Bahiyah menyatakan bahawa anaknya mengalami penyakit Rheumatoid Arthritis sejak 15 tahun yang lalu dan menjalani rawatan dengan stereoid.

Kini Adibah menghadapi masalah Bilateral Hip Head Of Femur Avn dan perlu menjalani pembedahan untuk membolehkannya berjalan tanpa kesakitan seperti yang dialami sekarang.

Md Isa berkata, sebanyak RM18,700 dianggarkan kos untuk perubatan.

"Memang saya tidak mempunyai wang yang cukup tetapi akan berusaha untuk mencari dana kewangan walaupun terpaksa menjual beberapa ekor lembu yang dipelihara sekarang," katanya.

Tambahnya, anaknya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM150 sebulan.

Kepada pihak yang sudi membantu boleh menghubungi Md Isa di talian 012-4154330.[sinarharian]

Pendapat ulama tentang bulan Rejab

REJAB adalah satu bulan Islam yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW. Kalimah Rejab dalam bahasa Arab bermakna mulia, dan terhormat. Tambahan pula masyarakat jahiliah sangat menghormati bulan ini.

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali dalam Lataif al-Ma'arif menyebutkan nukilan sebahagian ulama ada 14 nama untuk bulan ketujuh ini dan sebahagian lagi menyebut hingga 17 nama.

Al-Hafiz Ibnu Hajar menukil penjelasan Ibnu Dihyah bahawa bentuk kata jamak daripada Rejab adalah arjaab, rajabaanat, arjabah, araajib dan rajaabil, lalu bulan ini beliau menyatakan memiliki 18 nama (lihat Muqaddimah Tabyiin ar-'Ajab).

Rejab termasuk salah satu antara bulan yang memiliki kemuliaan selain Ramadan kerana ia dikira empat bulan yang haram.

Kemuliaan dan kehormatannya diisyaratkan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus. Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu sebagaimana merekapun memerangi kamu, dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertakwa. (at-Taubah : 36).

Para ulama berbeza pendapat mengapa keempat bulan tersebut dinamakan dengan bulan haram.

Ada dua pendapat yang terkenal mengenai iaitu pertama, dinamakan bulan haram kerana besarnya kemuliaan dan kehormatan bulan-bulan tersebut dan besarnya pula akibat dari dosa yang dilakukan pada bulan-bulan berkenaan.

Qatadah bin Diamah, seorang mufassirin (ahli tafsir) daripada kalangan tabiin ketika menjelaskan makna firman Allah dalam surah at-Taubah di atas: ...maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu..., berkata: "Amalan soleh di bulan-bulan haram lebih besar pahalanya sebagaimana perbuatan menganiaya lebih besar dosanya di bulan-bulan haram walaupun secara umum di bulan mana sahaja perbuatan menganiaya adalah dosa besar". (lihat Tafsir al-Baghawi).

Faktor kedua dinamakan bulan-bulan haram kerana peperangan diharamkan pada bulan-bulan tersebut dan hal ini sudah dikenali sejak zaman jahiliah bahkan konon sejak zaman Nabi Ibrahim.

Allah telah menegaskan haramnya berperang di bulan-bulan haram sebagaimana firman yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang berperang pada bulan haram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar, tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dan sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah, dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh". (al-Baqarah: 217).

Amalan dan bulan Rejab

Para ulama menjelaskan bahawa keempat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Rejab, Syaaban) memiliki keistimewaan dan keutamaan berbanding bulan-bulan lain kecuali bulan Ramadan.

Berikut beberapa contoh amalan yang banyak dikerjakan oleh sebahagian kaum Muslimin di bulan Rejab beserta penjelasan singkat mengenai hukumnya.

l Umrah di bulan Rejab: Dalil yang digunakan untuk mengerjakan umrah adalah athar dari Ibnu Umar r.a, "Bahawa Nabi SAW pernah melaksanakan umrah sebanyak empat kali. Salah satunya pada bulan Rejab". (Riwayat Tirmizi).

l Puasa sunat : Tidak ada hadis sahih marfuk yang mengkhususkan puasa sunat di bulan Rejab, kerana sebahagian ulama Salaf di antaranya Ibnu Umar, Hasan Basri dan Abu Ishak as-Sabi'i memperbanyak puasa di keseluruhan bulan haram tanpa mengkhususkan di bulan Rejab.

Beberapa sahabat Rasulullah di antaranya Aisyah, Umar al-Khattab, Abu Bakrah, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar telah mengingkari orang yang berpuasa penuh di bulan Rejab atau mengkhususkan berpuasa di bulan Rejab.

Ibnu Solah berkata: "Tidak ada hadis sahih yang melarang atau menganjurkan secara khusus berpuasa di bulan Rejab, maka hukumnya sama di bulan lainnya iaitu anjuran berpuasa secara umum".

Imam Nawawi berkata: "Tidak ada larangan demikian pula anjuran secara khusus berpuasa di bulan Rejab tetapi secara umum hukum asal berpuasa adalah dianjurkan".

Sheikh Usaimin berkata: "Tidak ada keutamaan khusus yang dimiliki oleh bulan Rejab dibandingkan dengan bulan-bulan haram lainnya, tidak dikhususkan umrah, berpuasa, solat, membaca al-Quran bahkan sama sahaja dengan bulan haram lainnya.

"Semua hadis yang menyebutkan keutamaan solat atau berpuasa padanya maka darjatnya lemah yang tidak boleh dibangun di atasnya hukum syarie".

Sheikh Islam Ibnu Taimiyah berkata tentang hadis-hadis keutamaan berpuasa dan solat khusus di bulan Rejab: "Semuanya dusta menurut kesepakatan para ulama".

l Solat Raghaib: Solat ini jumlah rakaatnya 12 dengan enam kali salam. Biasanya dikerjakan selepas Maghrib di hari Jumaat pertama bulan Rejab.

Bacaan dalam setiap rakaat selepas surah al-Fatihah adalah surah al-Qadar (tiga kali) dan surah al-Ikhlas (12 kali).

Setelah solat biasanya mereka berselawat sebanyak 70 kali dan berdoa. Solat seperti ini tidak diragukan lagi termasuk solat yang bidaah kerana hadis yang menyebutnya termasuk hadis palsu sebagaimana diterangkan oleh Imam Ibnu Jauzi dalam Al-Maudhu'aat.

Imam Nawawi berkata: "Segolongan para imam telah menyusun tulisan yang berharga dalam menjelaskan keburukan dan kesesatan orang mengerjakan dan melakukan bidaah. Dalil-dalil tentang keburukan, kebatilan dan kesesatan pelakunya memang banyak hingga tidak terhitung. (Syarah Sahih Muslim).

l 27 Rejab (Israk dan Mikraj): Begitu juga tidak ada hadis yang sahih menentukan bila sebenarnya terjadi malam Israk dan Mikraj di bulan Rejab atau selainnya.

Setiap yang menentukan waktu terjadinya malam tersebut adalah hadis lemah menurut para ulama hadis.

Dilupakannya manusia akan waktu terjadinya merupakan hikmah besar yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Bahkan sekiranya ada dalil sahih yang menentukan bila terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj, maka tidak digalakkan kaum Muslimin mengkhususkannya dengan kegiatan ibadah-ibadah tertentu dan tidak digalakkan pula merayakannya.

Sebabnya, Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah merayakannya dan tidak mengkhususkan malam tersebut dengan sesuatu kegiatan ibadah.

Sekiranya perayaan tersebut disyariatkan, tentu Rasulullah telah menerangkannya kepada umatnya dan juga kepada para sahabat Baginda.

Huzaifah berkata: "Setiap ibadah yang tidak dilakukan oleh para sahabat Rasulullah, maka jangan kamu beribadah dengannya".

Said bin Jabir mengatakan: "Apa yang tidak dikenal oleh Ahli Badar bukanlah bahagian daripada ad-Din (agama)".

Nabi SAW juga orang yang paling banyak memberi nasihat kepada manusia dan menyampaikan seluruh risalah serta telah menunaikan amanah. Seandainya memuliakan dan merayakan malam tersebut merupakan sebahagian dari ad-Din tentu Nabi SAW telah menyampaikan dan tidak akan menyembunyikannya.

Allah SWT telah menyempurnakan bagi umat ini agama mereka serta mencukupkan nikmat-Nya atas mereka, dan Allah mengingkari siapa sahaja yang membuat syariat yang tidak diizinkan-Nya.

Ia sebagaimana firman yang bermaksud: Pada hari ini (Arafah) telah Ku sempurnakan agama kamu, dan telah Ku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku, dan telah Ku reda Islam itu jadi agama bagi kamu. (al-Maidah: 3)

Tidak ada dalil sahih yang menganjurkan amalan khusus di bulan Rejab atau berpuasa khusus di bulannya.

Oleh itu, bagi yang ingin meraih kemuliaan bulan ini hendaknya berhati-hati daripada melakukan hal-hal yang bercanggah dengan syariat agama.

Kita juga perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang baharu dalam peribadatan yang menjerumuskan dirinya ke dalam bidaah yang menodai kehormatan bulan Rejab dan menjadikannya terjatuh ke dalam dosa besar.

Wallahu 'alam





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...