TERKINI :

Tuesday, June 7, 2011

Aduhai macam nie ke punya 'OTAK' bakal PM Malaysia..??

Omong kosong bakal Perdana Menteri Malaysia?
oleh Wira Arjuna

NONERakyat bimbang dengan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak yang diwarnai dengan kenaikan harga barangan, pemotongan subsidi dan sebagainya. Namun mereka seharusnya lebih gusar jika Tan Sri Muhyidin Yassin menjadi Perdana Menteri baru pada satu masa kelak.

Kenyataan-kenyataan Muhyiddin sejak akhir-akhir ini menampakkan seorang pemimpin yang mengharapkan retoriknya dan pengumuman "peruntukan satu dua juta ringgit" ke mana sahaja beliau pergi adalah cukup untuk menarik sokongan rakyat.

Tidak apa jika retorik itu adalah pembohongan semata-mata – contohnya di Sarawak, beliau mengumumkan Malaysia adalah sebuah negara maju kepada pengundi Iban di rumah panjang. Umum tahu kita masih, lebih-lebih lagi sekarang, dikategorikan sebagai negara membangun.

Di Pahang, bulan lalu, Muhyiddin dengan selamba memberitahu masyarakat petani, kononnya hanya Malaysia satu-satu negara yang membekalkan subsidi kepada rakyat.

tobacco farmers 190505Sekali lagi, beliau lupa masyarakat tani juga mempunyai anak pinak berpelajaran yang tahu sistem subsidi diamalkan di hampir semua negara termasuk Amerika Syarikat.

Semalam pula beliau memberi satu lagi "bola tanggung" - Malaysia menurut Muhyiddin sudah lama menjadi negara berkebajikan kerana menyediakan subsidi untuk barangan dan pendidikan percuma serta rawatan hospital pada kadar yang nominal.

Tempelak PAS

Kenyataan itu dibuat semata-mata untuk menempelak komitmen PAS menubuhkan negara berkebajikan seperti mana yang dituntut oleh Islam.

NONEPersoalan mudah yang perlu ditanya kepada Muhyiddin ialah, jika Malaysia sudahpun menjadi negara berkebajikan kerana memberi subsidi kepada rakyat, maka kenapa subsidi itu kini dipotong dan ditarik balik manakala harga barangan dibiarkan naik?

Oh ya! Kerajaan Umno-BN terpaksa berbuat demikian kerana defisit negara semakin mengembang – 5.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Persoalan seterusnya: Kenapa defisit dibiarkan begitu tinggi sepanjang zaman pemerintahan Umno-BN? Adakah ia berpunca daripada sikap boros dalam pengurusan kewangan? Bagaimana dengan faktor penyelewengan dan ketirisan?

NONEKenapa kerajaan dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad hingga sekarang terus membiarkan defisit negara ini meningkat, dan subsidi untuk syarikat-syarikat IPP pula dilindungi manakala kadar elektrik untuk rakyat dinaikkan?

Siapakah yang bertanggunjawab di atas kos sara hidup tinggi yang dibebankan kepada rakyat – adakah ia salah Dr Mahathir, Pak Lah atau Najib atau ketiga-tiga mereka sekali?

Rasanya Muhyiddin akan lebih bijak dan jujur di mata rakyat jika beliau cuba menjawab persoalan-persoalan ini secara jujur dan mengurangkan retorik.

Mengelak beri maklumat

azlanRasanya, tidak perlulah beliau mendakwa Malaysia sudah pun menjadi negara berkebajikan selagi rakyat dipaksa menerima pelbagai kenaikan harga barangan manakala kontrak-kontrak lumayan dibolot oleh juak-juak tertentu yang berkait dengan Umno.

Sehingga hari ini Muhyiddin dan menteri-menteri lain mengelak daripada memberi maklumat mengenai kontrak yang diikat dengan IPP mahupun kontrak yang dinikmati oleh syarikat konsesi air di Selangor.

Negara berkebajikan bermakna pemerintah yang telus, amanah dan sentiasa mengembalikan nikmat hasil bumi kepada rakyat dan tidak memperkayakan diri.
sarawak election muhyiddin at sibu chinese school  110411 give allocation
Negara berkebajikan tidak bermaksud memberi komisyen "atas angin" RM500 juta kepada syarikat kroni kononnya untuk menguruskan pembelian kapal selam yang akhirnya tidak boleh menyelam.

Masa sudah sampai untuk Muhyiddin memperlihatkan ketokohan, akal minda dan nilai-nilai Islam dan jatidiri unggulnya sendiri jika beliau mahu terus menjual dirinya sebagai seorang yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Sekadar retorik dan menabur pengumuman peruntukan di sana sini sahaja tidak akan memadai.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Biaq betoi ada orang kantoi di Kazakhstan..

MP: Salah guna duit rakyat bagi risik kahwin anak

Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.

pakatan pc on spr ban pondok panas 280409 dzulkefly ahmad"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.

Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.

Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.

Dalam sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya.

Guna duit sendiri

Jika baginda dikejutkan pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau," kata Dzulkefly.

NONEMenurut beliau jika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosnah Mansor benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan peribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah.

"Dari segi moralnya ia sangat salah," kata Dzulkefly.

khalid samad pas muktamarSementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.

"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau kepada Harakahdaily.

TG Hadi Awang tak ingin pun jawatan PM tu kalau PR menang nanti..!!

Hadi tidak mahu jawatan PM jikapun Pakatan menang

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Hadi (gambar), yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

“Yang penting kita mahu selamatkan negara... sesiapapun boleh jadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru hari ini.

Laporan Bernama Online memetik beliau mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz bahawa perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Malahan Nazri menegaskan peluang Umno untuk meraih undi kaum Melayu pada pilihan raya umum akan datang lebih besar selepas PAS menukar dasar parti itu untuk tidak lagi mempertahankan perjuangan membina negara Islam, sebaliknya memperjuangkan ‘negara berkebajikan’ di mana Umno sudah pun melaksanakannya sejak merdeka.

Hadi juga menafikan Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai liabiliti kepada parti setelah beliau dipilih oleh perwakilan dalam pemilihan pada Muktamar PAS minggu lalu.

“Bagi Umno, Mohamad Sabu adalah satu peluang untuk menjatuhkan PAS. Tetapi bagi PAS, Mohamad Sabu adalah satu senjata untuk menjatuhkan Umno,” katanya.

Hadi turut menafikan bahawa wujudnya anggota parti yang kecewa dengan perubahan dasar perjuangan parti itu setelah beliau mengumumkan belum tiba masanya PAS menegakkan negara Islam yang menjadi dasar perjuangan parti itu selama ini, sebaliknya mahu memulakan dulu pelaksanaan negara berkebajikan sejajar tuntutan pakatan pembangkang.

Malahan, katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya.

Umno bimbang tidak dapat kawal masjid

TEMERLOH, 7 Jun: Langkah Umno menentang pemilihan jawatankuasa masjid di Pulau Pinang oleh anak kariah membayangkan ketakutan Umno kalau-kalau cengkaman mereka ke atas masjid di negeri itu hilang.

Ini kerana, sistem melantik pengerusi dan jawatankuasa masjid yang dibuat Umno sebelum ini memastikan Umno mengawal masjid bukannya anak kariah masjid berkenaan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta rakyat negara ini tidak risau tentang isu pemilihan jawatankuasa masjid yang dicadangkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana ia bukanlah perkara baru.

Bahkan ia hanya menjadi perubahan mekanisme dengan penggunaan kaedah yang lebih tersusun dan akan terlebih baik, kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah Pendidikan Islam UiTM itu.

“Isu ini tidak sepatutnya menjadi polimik kepartian, kerana ia bukanlah pilihan berdasarkan parti politik. Pemilihan adalah berdasarkan merit seseorang calon pda pandangan ahli kariah.

"Ia sebenarnya jauh lebih baik dari kaedah yang digunakan sekarang apabila kerajaan yang memerintah boleh melantik jawatankuasa tanpa mendapat persetujuan ahli kariah,” kata Tuan Ibrahim (gambar kanan) dalam satu kenyataannya hari ini kepada Harakahdaily.

Beliau meminta semua pihak melihat apa yang berlaku di Selangor sekarang apabila kariah memilih nazir hingga ke jawatankuasa masjid melalui pemilihan anak kariah dan disahkan sahaja oleh Majlis Agama Islam negeri.

Ia telah menyebabkan semua masjid dan surau di Selangor begitu makmur dengan pelbagai program khasnya program ilmu.

"Adakah ini yang ditakuti oleh Umno," soal beliau ketika mengulas bantahan Umno terhadap cadangan Pulau Pinang yang mahu melaksanakan sistem pemilihan untuk jawatankuasa masjid di negeri itu.

Bagi memburukkan keadaan, Umno menuduh DAP mahu menguasai masjid di negeri itu melalui cara ini.

Menjawab balas tuduhan Utusan, setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari (gambar bawah) berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

“DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu,” katanya yang dipetik Roketkini.

Bagi Tuan Ibrahim, hakikat pahit sistem yang ada kini di kebanyakan negeri telah dimonopoli oleh parti yg memerintah bilamana mereka melantik ketua Umno sebagai pengerusi masjid, walaupun ianya berada di kariah lain, bahkan ada juga waktunya mereka yangg dilantik bukan dari kalangan ahli masjid.

“Perlantikan begini menimbulkan rasa tidak puas hati ahli kariah dan pegawai masjid menyebabkan banyaknya masjid mati, tidak berfungsi dan tidak terurus dengan baik.

"Sepatutnya usaha ke arah memperbaiki sistem yang lemah ini mendapat sokongan semua pihak,” terang beliau.

Maka katanya, isu pemilihan masjid ini tidak akan menimbulkan persoalan ia dikuasai parti tertentu, kerana pemilihan berdasarkan individu dan bukan parti politik.

“Kebimbangan Umno sekarang disebabkan kebimbangan jawatankuasa yang dilantik terus di kalangan pimpinan Umno tidak lagi terpilih, kerana mereka yang dilantik sebahagiannya bukanlah ahli kariah dan bukan pula kaki masjid,” tambah Tuan Ibrahim.

Untuk mengatasi masalah pemilihan ini diragui, Tuan Ibrahim berkata soal mekanisme pendaftaran ahli kariah mampu dilakukan tanpa sebarang persoalan yang besar.

Bahkan, kata beliau, dengan data ahli kariah yang lebih lengkap dapat diperolehi, ia sudah tentu dapat mendatangkan kebaikan kepada urusan pentadbiran.

“Sayangnya sikap buruk sangka yang menebal di kalangan pemimpin Umno terhadap kerajaan Pakatan Rakyat menyebabkan mereka tidak lagi rasional dalam membuat penilaian terhadap sesuatu kebaikan,” kata beliau dengan kesal.

Tuan Ibrahim juga menasihatkan Umno untuk melihat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Kelantan yang berjaya menjadikan masjid sebagai pusat tarbiyah dan pembangunan komuniti yang hebat.

Kerana keghairahan mereka untuk membina masjid yang indah dengan peruntukan jutaan ringgit tidak bermakna seandainya masjid itu kosong, sunyi sepi dari sebarang aktiviti selain sembahyang fardu.

Barangkali, kata Tuan Ibrahim, Umno membantah dalam isu ini kerana mereka resah terhadap kehadiran ratusan umat Islam mengikuti kuliah kerana beranggapan fenomena ini sebagai satu kebangkitan pembangkang khususnya PAS.

“Lantaran itu, sistem pemilihan jawatankuasa masjid yang satu masa dahulu dibuat oleh ahli kariah melalui undian (angkat tangan) telah ditukar dengan mengambilalih melalui perlantikan secara terus.

"Akibatnya, pelbagai kepincangan penyelewengan telah berlaku seperti kegagalan mengadakan mesyuarat agong dan sebagainya,” ulas beliau.

Disebabkan kelemahan inilah, kata Tuan Ibrahim kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat cuba memperbaiki sistem dengan mengembalikan hak kepada ahli kariah melalui kaedah pengundian.

“Disebabkan kebimbangan teruk bahawa 'kuncu-kuncu' Umno akan tewas, maka mereka terus menentang tanpa berfikir panjang. Sedangkan ia adalah satu sistem terbuka bagi ahli kariah memilih siapa yang paling wibawa bagi menguruskan masjid,” terang Tuan Ibrahim.

Umno dan lidah rasmi Perkasa, Utusan Malaysia muktahir ini mempersoalkan munasabah untuk mengadakan 'pilihan raya masjid' di Pulau Pinang kerana bimbang ada pihak mempunyai agenda tersembunyi untuk menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyuruh MAIPP untuk memikirkan perkara itu semula kerana pemilihan itu dilihat boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan kariah masjid kerana unsur politik mungkin lebih mendominasi pemilihan tersebut.

Selepas diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri kerana memainkan isu negara Kristian bulan lepas, Utusan sekali lagi cuba memanaskan suasana politik negara dengan isu agama terhadap DAP.

Harga naik: Rakyat mula mengeluh

Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan.

NONEPengurangan subsidi itu menurut mereka telah melonjakkan harga makanan dan menjejaskan perbelanjaan seharian mereka. Malah, ada mahasiswa mendakwa terpaksa 'mencatu' makanan akibat kesan berantai itu.

“Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan,” kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthakumar.

NONEMahesh, 21, malah turut menyatakan keinginan untuk menyertai demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya jika ada pihak yang menganjurkannya.

“Saya akan sertai demonstrasi,” kata Mahesh (kanan) ketika ditanya kesediaannya itu ketika ditemui di KL Sentral di ibu negara, semalam.

Daripada tujuh orang yang ditemubual Malaysiakini secara rambang semalam, semua mereka mempunyai pandangan berbeza-beza berhubung kenaikan harga barang yang dikritik hebat pembangkang.

Kerja sambilan

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga subsidi barangan keperluan dikurangkan. Antaranya, petrol RON97 kini mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

NONETarif elektrik pula naik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun manakala harga gula meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa pada Mei.

Menurut sesetengah ahli ekonomi, kenaikan itu, terutamanya tarif elektrik, secara tidak langsung akan membebankan pengguna apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada golongan itu.

Sementara itu, seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Syazana Shah Lan, 21, memberitahu, beliau kini terpaksa berfikir terlebih dahulu sebelum membeli makanan.

“Terasalah (peningkatan harga), yang itu memang terasalah. Sebab (saya) duduk universiti, duduk asrama, hendak makan kena fikir. Makanan memang mahal, makan sekali, dua kali (sehari) macam itulah,” katanya.

NONENamun bagi seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Alvin, kehidupan hariannya tidak terjejas secara langsung dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan itu.

Mahasiswa sebuah kolej swasta di Sungai Buloh itu, bagaimanapun, mengakui beliau masih tidak puas hati kerana keluarganya kini merasai tempiasnya.

Mahu tukar kerajaan

“Kalau waktu cuti, saya bantu ayah (kerja sambilan),” katanya lagi.

Justeru, Alvin, 22 berharap agar kerajaan dapat menggalakkan lagi pelaburan asing ke dalam negara bagi menstabilkan semula kenaikan harga barang.

NONEKeadaan ini hampir sama dengan nasib seorang pelajar German Malaysian Institute (GMI) Mohd Amiruddin Roslan yang masih tinggal bersama keluarganya.

“Saya tak rasa mana, saya tinggal dengan mak ayah,” kata Mohd Amiruddin, 18, sambil memberitahu orang tuanya merupakan seorang guru.

Bagi Harzuki Ismail – pegawai teknikal di sebuah pengeluar minyak terkemuka – pula, kenaikan harga petrol tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia merupakan negara pengeluar komoditi itu.

Harzuki, 53, berpendapat, keadaan sekarang amat merungsingkan kerana ia memberi kesan kepada kenaikan harga barang dalam keadaan nilai pendapatan makin menurun.

NONELebih drastik lagi, beliau merasakan sistem pemerintahan negara perlu ditukar.

“(Tetapi) demonstrasi tak perlu, cuma tukar pimpinan negara. Tak payah (ada) pertumpahan darah. Pemikiran orang kita (harus) tukar, itu lebih penting,” katanya.

'Kerjaaan juga perlu berjimat'

Bagi Alan Tan – seorang orang kurang upaya (OKU) – pula, walaupun beliau tidak bersetuju dengan kenaikan yang berlaku, beliau berharap tujuan kerajaan melakukannya dapat diselami terlebih dahulu.

“Mereka juga ada komitmen (pada rakyat), ada (beri) subsidi,” katanya yang diberhentikan kerja setelah lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sebelum ini.

Manakala seorang jurujual Norjamilah Mohd Halim juga mengaku turut terkesan dengan kenaikan harga barang-barang tersebut kerana gaji orang kebanyakan “tak sebesar mana”.

NONE“Dari segi makanan tidak berbaloi, ambil sikit (pun) harga mahal,” katanya wanita berusian 29 tahun itu.

“Kalau boleh turunkan harga barang,” katanya lagi.

Sebahagian besar mereka juga berkata selain subsidi rakyat yang dikurangkan, kerajaan juga harus membuktikan kesungguhan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menghentikan projek mewah serta tidak membawa manfaat kepada orang ramai.

Bidas 'Pak Janggut': Permohonan Utusan ditolak

Perbicaraan penuh saman fitnah yang difailkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad terhadap Utusan Melayu (Malaysia) ialah pada 25 Julai.

NONEPesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Prasad Sandosham Abraham menetapkan dua hari bermula 25 Julai untuk mendengar saman itu setelah menolak permohonan Utusan Melayu mengenai isu permulaan sama ada perkataan aduan dalam artikel itu merujuk kepada Khalid (atas, kiri).

Peguam Rohanidah Shafee yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita bahawa mahkamah memutuskan perkataan yang disiarkan dalam artikel itu boleh merujuk kepada plaintif (Khalid), dan mahkamah menetapkan dua hari untuk mendengar saman itu.

Mahkamah membuat keputusan itu dalam kamar setelah mendengar hujah-hujah daripada Rohanidah dan peguam Mohamed Hanipa Maidin untuk Khalid.

NONEDalam saman itu yang difailkan tahun lalu, Khalid daripada PAS, menamakan Utusan Malaysia dan Ketua Pengarang Kumpulan Mingguan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia serta Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Khalid mendakwa bahawa pada 11 Sept, 2009, Aziz, sebagai Ketua Pengarang Kumpulan untuk kedua-dua akhbar itu, dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan memfitnah terhadap beliau di muka hadapan akhbar tersebut.

Beliau juga berkata bahawa artikel itu bertajuk "Zulkifli bidas "Pak Janggut" secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun nama beliau tidak disebut.

Khalid mendakwa bahawa perkataan itu merujuk kepadanya kerana beliau adalah ahli parlimen Shah Alam dan beliau seorang yang berjanggut.

NONEBeliau mendakwa bahawa perkataan itu, dalam interpretasi asal dan biasanya, bermakna beliau bersedia untuk memanipulasi surah dalam Al-Quran untuk mempertahan perkara pembinaan sebuah kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam; beliau tidak menghormati Al-Quran; dan beliau seorang yang menyeleweng.

Katanya perkataan, yang tidak benar, telah memfitnah beliau dan menyebabkannya mengalami penghinaan dan mereka dengan sengaja menyiarkan perkataan-perkataan itu tanpa membuat sebarang pengesahan.

Khalid berkata artikel itu dibuat dengan niat jahat untuk mensensasikan berita bagi menjual kedua-dua akhbar tersebut.

Beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan kemudaratan teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan munasabah oleh mahkamah.

Defendan, dalam kenyataan pembelaan yang difailkan pada 7 Jan, berkata berita itu diterbitkan oleh mereka berdasarkan komen ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dalam blognya pada 9 Sept, 2009.

Mereka mendakwa bahawa berita itu diterbitkan lagi sebagai kenyataan awam Zulkifli.

- Bernama

Kepada jamil Khir - Apa cerita dengan Tugu Negara dan Patung Tunku Abd Rahman

Kenyataan Media DPP Johor
07 Jun 2011
Cabar Datuk Seri Jamil Khir Bertindak Terhadap
Tugu Negara dan Patung Tunku Abd Rahman

Saya mengalu-alukan kenyataan yang di buat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia yang boleh membawa kepada pemujaan. Pandangan beliau adalah sama dengan pandangan yang diberikan oleh mufti (Perlis) supaya sebarang unsur-unsur pemujaan agar tidak diwujudkan. Ia bersandarkan kepada firman Allah S.W.T dalam surah Al-Maidah ayat 90 yang menyatakan bahawa arak, judi, memuja berhala dan bertenung nasib adalah amalan syaitan dan mestilah dijauhi.

Di samping tugu 1 Malaysia terhadap sebuah lagi tugu yang telah dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara iaitu Tugu Negara. Di samping itu juga terdapat sebuah patung Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj Perdana Menteri Pertama kita di hadapan parlimen.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Berdasarkan kepada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ini maka dengan jelas tugu negara boleh membawa kepada unsur syirik dan bercangah dengan Islam. Begitu juga dengan patung Tunku Abd Rahman. Saya mencabar Datuk Seri Jamil Khair Baharom bertindak terhadap tugu negara dan patung Tunku Abd Rahman dengan segera. Tindakan ini adalah berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;

“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman.”

Oleh kerana Datuk Seri Jamil Khir adalah seorang individu yang berkuasa dalam negara dan boleh mencegah dengan tangan maka sudah sewajarnya beliau bertindak dengan segera.


Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
019-7285174

PAS melakukan perubahan, Umno pula yang dok meroyan

Oleh Aspan Alias

http://dinmerican.files.wordpress.com/2011/06/new-pas-leadership.jpgHeboh di kalangan pemimpin kita dalam Umno mengeluarkan komen tentang hasil muktamar PAS yang baru selesai semalam. Isu yang paling popular ialah isu pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang telah mengalahkan Nasharudin Mat Isa dan Uztaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang terakhir ialah komen dari Nazri Aziz yang telah mengadakan sidang akhbar semata-mata untuk membuat komen dan seperti pemimpin lain Nazri juga adalah di kalangan yang runsing dengan perubahan yang berlaku di dalam PAS.

Runsing mereka ialah kerana mereka merasakan yang perubahan yang agak besar di dalam PAS itu mungkin memudharatkan Umno/Barisan Nasional didalam pilihanraya yang akan datang.

Bagi saya pula, saya baru sahaja menulis tentang keperluan kita untuk berubah dan itu tuntutan Islam. Saya ulangi yang kita wajar berubah mengikut waktu dan zamannya. Islam itu progressif, dan Islam itu hidup di sepanjang zaman.

Islam itu universal dan ianya merangkupi semua bidang kehidupan. Jika PAS melakukan perubahan maka ianya sedang mengikut kehendak agamanya supaya melakukan perubahan untuk menyesuaikan mengikut waktu dan zamannya.

Ramai orang boleh membahaskan mengikut selera politik masing-masing tetapi yang yang penting sekali untuk kita sedar ialah perubahan itu menakutkan Umno yang masih statik dan tidak berupaya untuk berubah sedangkan rakyat yang dipimpinanya sudah jauh berubah. Perubahan yang dilakukan oleh PAS itu tidak semestinya mereka lari dari asas perjuangannya. Kita boleh berijtihad tetapi kita tidak lari dari asas Islam yang sejati.

Nazri telah mengandaikan yang perubahan di dalam PAS itu ialah untuk menjadikan Hadi Awang sebagai pemimpin alternatif kepada Pakatan Rakyat dan jika ini benar Nazri berpendapat yang Hadi sedang berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya nanti. Komen Nazri itu membayangkan yang apa yang di takuti oleh Umno bukannya siapa yang berkuasa di dalam PAS.

Yang ditakuti oleh Nazri itu ialah “consequence of events” yang mungkin boleh mempengaruhi rakyat untuk meninggalkan sokongan kepada Umno dan mengalihkan dukongan mereka kepada PAS kerana kesediaan PAS untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik. Apa yang sebutkan oleh Nazri itu merupakan seratus peratus “political statement” semata-mata untuk menimbulkan perasaan curiga PKR kepada PAS.

Pemimpin-pemimpin kerajaan BN menumpukan usaha untuk memisahkan gulungan ulamak dan yang liberal dan bermacam-macam jenama yang diberikan terhadap masing-masing kumpulan dalam PAS. Itulah sebabnya ramai yang memberikan persepsi yang Umno itu sebuat parti yang “desperate” kerana sudah tidak mampu melakukan perubahan seperti yang dilakukan oleh parti-parti yang mereka musuhi.

Umno seperti dulu juga mahu mengambil kesempatan di atas perpecahan pihak lawan Itulah sebabnya sokongan yang di dapati oleh Umno bukannya sokongan yang legitimate tetapi meraih sokongan di atas perpecahan pihak lain.

Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana wujudnya Umno yang didaftarkan pada tahun 1988 dahulu itu adalah berlandaskan kepada perpecahan di kalangan Umno dan parti baru ini mengambil perpecahan pihak lain sebagai senjata ampuh untuk memenangi pilihanraya.

Nazri cuba menakut-nakutkan rakyat yang Hadi akan menjadi Perdana Menteri jika Anwar tidak dapat mempertahankan diri di dalam banyak isu peribadi beliau. Saya ingin bertanya, jika Hadi menjadi PM apa salahnya?

Apakah seorang yang berserban tidak layak menjadi PM? Apakah salahnya jika pemimpin PAS menjadi PM? Kenapa ada “preconception” yang orang seperti Hadi tidak boleh menjadi PM jika betul pun beliau mahu mencubanya?

Sedangkan kaki rasuah dan penyalah gunaan kuasa pun boleh menjadi PM apa salahnya pemimpin yang belum ada rekod menyalah gunakan berbillion-bilion ringgit wang rakyat menjadi PM? Adakah jawatan PM itu hanya untuk perasuah-perasuah sahaja?. Bukankah perlembagaan negara tidak membataskan yang jawatan PM itu hanya untuk orang Umno sahaja.

Sesungguhnya kita dapat melihat pimpinan Umno masih tidak dapat membuat pengakuan yang Umno sudah lemah dan kebanyakan dari mereka masih belum dapat menentukan atau mempastikan Umno akan berjaya mempertahankan kubu-kubunya.

Keresahan pemimpin-pemimpin kita amat jelas dan di antara yang ramai-ramai itu saya nampak Muhyiddin sebagai pemimpin yang paling prakmatik dalam semua andaian beliau. Beliau mengakui yang kali ini BN akan berhadapan pilihanraya yang amat sengit dalam sejarah demokrasi kita.

Saya sendiri mendapat kritikan pedas kerana secara peribadi saya tidak memusuhi pemimpin-pemimpin dan ahli parti-parti pembangkang. Ada di antara pembaca tulisan saya telah meminta saya supaya menyertai DAP kerana saya berkawan dengan beberapa orang pemimpinnya sejak dari dulu. Fahaman politik tidak akan memisahkan saya secara peribadi dengan pemimpin yang berlainan parti.

Yang penting bagi seseorang itu ialah mempunyai jiwa besar yang hidup. Kita biarlah ibarat ikan di dalam laut. Walaupun ikan itu hidup bertahun tahun di dalam laut tetapi jika kita keluarkan ikan itu dari lautan itu, ia tidak akan menjadi masin kerana ikan itu berjiwa dan hidup. Ikan itu tidak akan terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

Di sebaliknya jika ikan itu mati dan tidak berjiwa ia akan menjadi masin jika direndam dengan air garam yang masin dan jika dijemur ia akan menjadi ikan masin. Itulah sebabnya ikan masin amat menyelerakan untuk dijadikan santapan mereka yang lahap dan sentiasa lapar.

Umno sedang menakut-nakutkan orang ramai dan menganggapkan PAS sudah menjadi parti yang liberal dan itu salah pula kepada Umno. Tetapi jika PAS dikuasai oleh kumpulan ulamak seperti dahulu Umno juga akan menjadikannya sebagai isu besar dan menuduh PAS sebagai parti yang mengikut rentak taliban dan sebagainya.

Bagi Umno apa juga yang dilakukan oleh PAS itu semuanya salah dan usaha menakut-nakutkan rakyat tetap menjadi senjata mereka walaupun senjata itu kini sudah tumpul dan tidak berbisa lagi. Rakyat tidak boleh dipermainkan dengan sentiment yang tidak laku itu lagi.

Hadi juga telah menjawab isu perbezaan perjuangan PAS dan DAP di dalam muktamar parti itu baru-baru ini. Kerjasama di antara dua parti itu adalah di dasarkan kepada perbezaan-perbezaan itu. Jika tidak ada perbezaan maka tidak timbul isu berkerjasama kerana sudah tidak ada perbezaannya.

Maka PAS telah menjawabnya dengan baik dengan menyatakan kerjasama hanya akan berlaku jika ada perbezaan di antara dua pihak yang berbeza. Jika kedua pihak itu tidak ada perbezaannya apa yang hendak dikerjasamakan?

Saya berpendapat Umno perlu menumpukan kepada kelemahan sendiri. Jangan bersusah payah untuk menjaga kelemahan orang lain.

Jika kita sudah perbaiki kelemahan kita maka kita tidak perlu takut dengan perkembangan pihak lain atau pun menakut-nakutkan orang ramai. — aspanaliasnet.blogspot.com

Utusan bohong lagi, DAP tak campur tangan masjid

GEORGETOWN, 6 JUN – Pembohongan terbaru Utusan Malaysia cuba mengaitkan DAP dengan cadangan mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa masjid di Pulau Pinang.

Laporan berita Utusan mendakwa kononnya pemilihan itu “dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian”.

Berita Utusan itu menambah, “jika dilaksanakan sepenuhnya, ‘pilihan raya masjid’ itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu”.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

“DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu,” katanya kepada Roketkini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng telah sedaya upaya mengangkat martabat Islam sebagai agama Persekutuan dengan memberi lebih peruntukan kewangan berbanding dengan pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Menurutnya, peruntukan bagi hal-ehwal agama Islam telah berganda dan kian meningkat setiap tahun sejak pentadbiran Pakatan Rakyat mengambil alih negeri pada 2008.

Perbandingan peruntukan Kerajaan Negeri untuk hal-ehwal agama Islam

2008 (BN)

2009 (PR) 2010 (PR)

2011 (PR)

RM12.5 juta

RM20.5 juta RM24.3 juta

RM33.3 juta

“Sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan di mana kerajaan BN dahulu tidak begitu bersungguh-sungguh melaksanakannya. Di samping itu, kerajaan negeri Pakatan juga memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA,” tambah beliau.

Menurutnya, laporan Utusan itu hanya mencerminkan sikap tuan mereka UMNO yang terus mencari jalan untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dengan mengaitkan DAP yang dituduh mereka sebagaii cauvinis Cina, mahu campur tangan dalam hal-ehwal masjid.

Sebelum ini Guan Eng telah dituduh mengeluarkan nama Yang di-Pertuan Agong dari khutbah jumaat, menyembelih lembu Hari Raya Korban dan mengharamkan perarakan Maulidur Rasul. Semua tuduhan itu dibuktikan palsu.

Zairil mengingatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak mudah percaya dengan dakyah Utusan yang sanggup bermain dengan fitnah demi kepentingan politik UMNO.

“Sikap bijak dan berani yang ditunjukkan oleh pemimpin dan ahli PAS yang tidak percaya kepada Utusan yang cuba campur tangan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini patut menjadi contoh kepada semua rakyat khususnya orang Melayu,” tambahnya. – Roketkini.com

UMNO gelabah bewak PILIHANRAYA MASJID di PENANG

oleh AnakKedah007.blogspot.com

mai nak sembang sikit bab PILIHANRAYA MASJID di PENANG
GEORGETOWN 6 Jun – Kerajaan negeri pimpinan DAP memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.

KUALA LUMPUR 6 Jun - Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) diminta meneliti secara mendalam pelaksanaan 'pilihan raya masjid' di negeri itu kerana dikhuatiri boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

KUALA LUMPUR 6 Jun - Pemilihan jawatan kuasa masjid di Pulau Pinang yang akan dilakukan menerusi 'pilihan raya masjid' mesti bebas daripada sebarang unsur politik kepartian kerana ia boleh membawa perpecahan di kalangan umat Islam.
ha ha ha..cuba tengok depa meroyan tahap cipan dah nie...cakap pun macam budak kencing malam dah...sampai suruh teliti takut ada perpecahan laa takut ada unsur politik laa...macam2 depa ulasnya..semua tu nak tunjuk kata DAP nak ambik alih masjid.... pie kot mana depa pusing cerita pon dah tak tau dah....

Lanie apa masalahnya.. ini kira terbaik laa.. dimana setiap AJK yang akan buat kerja di MASJID tersebut adalah merupakan pilihan majority dari kawasan tersebut..awat hangpa takut AJK yg karat BIRU yg hangpa lantik secara terus tuu akan tak terpilih dah dan rakyat akan toloak depa... jadi kalau puak2 proksi hangpa tu kalah maka tangan2 ajaib hangpa kat masjid tak boleh nak buat kelaku laa.. itu kot yg utamanya.....

kalau takut perpecahan..kalau mcm tu takyah laa buat pilihanraya umum... itu lagi huru hara rakyat jika dilihat cara otak sempit hangpa tuuu...sudah laa UMNO oi...akaq hangpa tu dah semakin mereput dah...jadi paham2 la nooo.....baik undur diri secara terhormat.....adiooosss..

p/s: Kedah tak mau buat kaa..???



Pemilihan PAS: Ribut dalam cawan, tapi jangan air tertumpah!

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Pemilihan kepemimpinan PAS kali ini, terutama di peringkat timbalan dan naib-naib presiden, mendapat perhatian agak luar biasa apabila ramai tokoh-tokoh besar bertanding. Bukan sahaja ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat memberi tumpuan dengan penuh minat, malah pihak luar juga lebih tertarik untuk mendekati parti Islam itu. Profil kepemimpinan PAS diteropong, manakala pelbagai analisis dan ramalan dilontarkan.

Perkembangan ini sudah dijangka memandangkan peranan dan kedudukan PAS dalam lanskap politik negara semakin penting, tambahan pula pilihan raya paling kritikal dalam sejarah, bakal diadakan bila-bila masa sahaja.

Apa juga "perubahan" dalam mana-mana komponen Pakatan sudah tentu memberi kesan dan impak kepada barisan oposisi keseluruhannya dalam persiapan berdepan PRU13. Lebih-lebih lagi sokongan pengundi Melayu menjadi rebutan sengit Pakatan dan BN, yang mana PAS dilihat paling banyak bertanding di kerusi majoriti Melayu. Trend pengundian orang Melayu akan diperhatikan secara cermat kerana ia bakal menentukan siapa yang menguasai Putrajaya nanti.

Suasana tambah dramatik apabila di saat-saat akhir menjelang muktamar, semakin ramai tokoh yang bersedia menerima pencalonan. Beberapa calon popular yang sebelum ini mengumumkan tidak akan bertanding, namun berdasarkan situasi mutakhir, termasuk faktor jumlah pencalonan dan pergolakan semasa politik tanahair, telah menimbangkan semula pendirian mereka.

Dalam tempoh singkat, iaitu lebih kurang seminggu sebelum hari pengundian, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana bentuk "kempen" yang dijalankan di kalangan perwakilan. Sebenarnya, tanpa perlu menguatkuasakan "pantang-larang" atau etika "berkempen", proses pertandingan dalam PAS dianggap tidak lebih daripada "ribut dalam cawan". "Kempen" dan "lobi" merupakan satu istilah yang kerap dipandang secara negatif dalam PAS.

"Cuma, jangan sampai air dalam cawan tertumpah keluar," kata seorang rakan.

"Apakah perwakilan dari seluruh negara dapat mengenali sepenuhnya misi dan visi calon-calon yang menawarkan khidmat?" tanya seorang pemerhati kepada saya. "Sepatutnya Harakah perlu memberi ruang seadanya buat semua calon timbalan dan naib-naib presiden, agar dapat membantu perwakilan membuat pilihan," cadang seorang pembaca. "Jangan terlalu takut atau memandang hanya sudut negatif pada kempen," tambahnya.

Mungkin terdapat ulasan yang tersasar atau agak keras nadanya terhadap kepemimpinan parti, khususnya dalam media baru. Pastinya bermacam-macam cerita (yang sebahagiannya sukar dipastikan kebenarannya) akan didendangkan sekarang. Namun bagi saya, ia tidak sepatutnya merunsingkan ahli-ahli dan juga pemimpin PAS.

Dari sudut positif, selain perlu bersikap terbuka dan berlapang dada, segala kritikan itu terselit harapan besar dan ini juga secocok dengan kempen seluruh negara, "PAS Ganti Umno". Sebagai parti yang kian berkembang, dan didokong aspirasi pelbagai lapisan rakyat, maka pandangan dan teguran itu harus diolah dengan bijaksana. PAS dan juga Pakatan Rakyat sudah menjadi pentakrif penting fenomena politik Malaysia.

Saya akui kita ketandusan penganalisis politik yang dapat memberikan komentar secara adil terhadap realiti PAS masa kini, baik daripada para wartawan mahupun pensyarah di universiti. Malah, selepas era kepemimpinan ulamak 1982, saya sendiri sukar untuk menamakan seorang tokoh akademik yang benar-benar berupaya mendalami perkembangan PAS.

Hinggakan rakan-rakan wartawan agak buntu untuk mencari "pakar tentang PAS", bagi mengulas dengan baik dan seimbang "pergolakan" yang berlaku menjelang muktamar awal Jun nanti.

Muktamar ini juga tidak seharusnya memesongkan fokus utama aktivis parti daripada mengangkat agenda besar dalam sidang perbahasan. Dalam keadaan ramai yang beranggapan ia muktamar terakhir sebelum PRU13, peluang harus dimanfaatkan sebaik-baiknya terutama ketika masyarakat memberikan tumpuan istimewa terhadap potensi dan kekuatan PAS.


"Elok jika ucapan dasar Presiden PAS dapat memandu perwakilan membincangkan, antara lain, isu-isu mengenai keupayaan PAS untuk menggantikan Umno sebagai teras kerajaan alternatif nanti. Orang Melayu sudah muak dan jelak dengan Umno, tetapi dalam masa sama sebahagian mereka masih ragu-ragu dengan kemampuan PAS untuk mempertahankan kepentingan Melayu," kata seorang pensyarah politik.

"Jangan pandang remeh pengaruh alat propaganda Umno, termasuk Utusan Malaysia dan Biro Tata Negara, yang menabur fitnah dan tohmah terhadap PAS. PAS mesti berani dan lantang membicarakan isu-isu Melayu tetapi bukan dengan wajah perkauman. Memang ia nampak sulit untuk diaplikasi tetapi harus diusahakan dengan cermat atas dasar keadilan Islam. Psikologi Melayu yang mudah merasa terancam mesti ditangani dengan bijaksana. Terus-terang saya katakan, sehingga kini, walaupun selepas pemimpinnya lebih kerap bercakap soal keperluan menarik undi orang Melayu, tetapi imej PAS tidak banyak berubah," tambahnya.

"Bagi saya, masyarakat Melayu mungkin lebih sensitif memerhatikan kedudukan dan pengaruh PAS dalam kerajaan Pakatan Selangor dan Pulau Pinang, berbanding penguasaan PAS di Kedah dan Kelantan sendiri," ujar beliau sambil bersetuju dengan pandangan awal saya bahawa PAS merupakan parti paling kritikal tetapi cukup penting untuk diberi perhatian dalam PRU13.

Timb. Presiden parti mana yg dok gila ajak org sembang bab video sex nie..???

Komen Yang Dangkal Dari Muhyiddin

Oleh Mohd Sayuti Omar

http://2.bp.blogspot.com/-wHhRmI5STWA/TXLgC-vuxvI/AAAAAAAAAS0/KSgRL-KSjN8/s1600/mat%2Blebam.jpgTimbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin membelasah Pas apabila Pas tidak memincang isu video lucah dalam muktamarnya. Menurut akal Muhyiddin Pas sepatutnya membincang untuk mempastikan siapa watak dalam video lucah berkenaan. Mulanya saya tidak percaya kalau sedangkal itu pemikiran seorang timbalan perdana menteri. Tidak ada kualiti langsung.

Kalau Muhyiddin seorang pemimpin berkualiti dan rasional politik dia tidak akan menyerang Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah. Tetapi mungkin kerana beliau terlalai atau pun menjadi tidak rasional bila Dewan Ulama Pas menolak isu video lucah, menyebabkan beliau berfikiran begitu. Gelap otak.

Kalau Muhyiddin cerah otak beliau tidak tergamak untuk memberi pandangan seperti itu. Dua perkara yang beliau kena fikir sebelum bercakap mengenai perkara itu, bukan bercakap dulu sebelum fikir. Pertama muktamar Pas adalah persidangan atau forum Pas membincang perihal partinya. Adapun isu video lucah bukan termasuk dalam agenda utamanya.

Tidak ada keperluan dan kepentingan untuk Pas membincang hingga lebur mengenai isu berkenaan. Inilah bezanya Pas dengan Umno. Kenapa tidak ada keperluan kerana isu itu adalah isu politik yang direstui oleh Umno. Mahkamah atau pihak berkuasa polis belum menentukan siapa lelaki berkenaan.

Pas tidak akan percaya kalau setakat Ibrahim Ali atau Zulkefli Nordin atau Datuk T yang mengesahkan itu Anwar kerana kredibiliti dan intergriti mereka juga tidak boleh dipercayai. Ibrahim Ali boleh menafikan dan menmgatakan itu 300 peratus bukan Anwar kalau takdir Anwar jadi perdana menteri kelak. Dan begitu juga dengan yang lain kerana mereka adalah species yang sama. Apakah Muhyiddin mahu Pas mahu menjadikan mereka itu sebagai nabi?

Jadi apakah Pas mempercayai akan persaksian oleh manusia fasik? Lainlah kalau mahkamah atau polis atau badan yang berautoriti mengesahkan watak itu adalah Anwar mungkin Pas boleh membincang dan mengambil pendirian dalam hal video lucah berkenaan. Kalau tanpa pengesahan tetapi Pas ikut membincangnya maka standard Pas samalah dengan Muhyiddin saja.

Maka apabila Muhyiddin mengkritik Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah maka samalah kepala dan gaya politik Muhyiddin dengan Ibrahim Ali, Zulkefli Nordin dan juga Rahim Tamby Chik dan gengnya. Keana Muhyiddin harus meletakkan maruah dirinya serendah itu, berpolot dengan sampah sarap. Apakah kerana Muhyiddin sudah merasakan Umno dalam keadaan desprate maka beliau terpaksa merendahkan maruah dirinya.

Seorang pemimpin bakal menjadi perdana menteri seharusnya mempunyai pemikiran dan pandangan politik yang tinggi dan jauh ke depan. Misalnya Muhyiddin boleh mengulas isu-isu lain yang tidak disentuh oleh Pas, seperti usaha untuk mengukuhkan sokongan Melayu (nasionalis) dalam parti berkenaan.

Apabila beliau bercakap dan mengajak Pas membincangan isu video lucah orang akan boleh menilai bahawa politik Muhyiddin juga politik lucah. Di sinilah ketinggian budi Pas sebagai parti yang berteraskan prinsip dan dasar Islam. Mereka tidak akan sama terheret dengan isu-isu maksiat dan fitnah kerana ia dilarang oleh Tuhan.

Hendaknya Muhyiddin akan meralat singgungannya itu dan berilah komen lain yang mencerminkan bahawa beliau mempunyai daya intelektual politik. Dalam hal ini nampaknya Najib lebih unggul dari Muhyiddin. Bagaimana pun sama-sama kita tunggu ulasan Najib mengenai kemenangan Mohamad Sabu.

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiga gergasi England uji Malaysia


PENGURUS skuad kebangsaan, Datuk Subahan Kamal (tiga dari kiri) menerima jersi daripada Pengarah Urusan Liverpool, Ian Ayre pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.


TIGA kelab gergasi England iaitu Chelsea, Arsenal dan Liverpool akan menguji kemampuan skuad kebangsaan bulan depan.

Justeru, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal (gambar kecil) itu seharusnya tidak mensia-siakan peluang tersebut sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

Begitupun, ia hanya akan diambil kira sekiranya anak-anak buah Rajagobal mencatatkan kemenangan pada pertemuan menentang Taiwan pada aksi pusingan pertama 29 Jun dan 3 Julai depan.

Jika menang ke atas Taiwan, Chelsea, Arsenal dan Liverpool, ia bakal menjadi kayu pengukur buat skuad kebangsaan sebelum menghadapi pusingan kedua menentang Singapura yang mendapat bye di pusingan pertama.

“Bukan mudah untuk mendapat peluang sebegini apabila bakal berdepan dengan tiga kelab besar dunia seperti Chelsea, Arsenal dan Liverpool.

“Saya harapkan pemain-pemain kebangsaan dapat memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan memberikan persembahan konsisten pada perlawanan itu nanti. Ini juga merupakan pengalaman berguna buat pemain.

“Apa pun saya akan cuba sebaik mungkin untuk mempersiapkan pasukan menjelang aksi persahabatan itu,” kata Rajagobal.

Selepas Chelsea dan Arsenal mengesahkan kunjungan mereka ke Malaysia, terbaru Liverpool turut akan menguji kemampuan skuad kebangsaan.

Liverpool akan berdepan dengan skuad kebangsaan di Stadium Bukit Jalil pada 16 Julai depan.

Sebelum itu, anak-anak buah Rajagobal akan turun menentang Myanmar pada satu aksi persahabatan pada 18 Jun ini sebagai persiapan menghadapi Taiwan.

Angin ahmar dorong pesara cipta formula Matematik


JALUDIN menunjukkan buku formula matematik karangannya di Ampang semalam.


KUALA LUMPUR – Derita penyakit angin ahmar yang menyerang Jaludin Meran, 66, di sini pada tahun 2008 mendorong kejayaannya mencipta formula cara mudah menguasai Matematik.

Jaludin yang pernah berkhidmat sebagai Pengawal Trafik Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia selama 12 tahun memberitahu, semasa sakit, dia banyak mencari formula Matematik kerana proses berfikir itu banyak membantu pemulihannya.

“Selepas itu, saya banyak buat kajian dan mendapati jika ingin kembali sihat saya perlu banyak buat latihan menggunakan otak dan disebabkan saya suka Matematik, jadi saya cipta formula untuk menguasainya.

“Selama setahun setengah saya mencuba dan kini saya berjaya mencipta cara mudah untuk menguasai Matematik menggunakan teknik kira sebelah kiri dan melalui sistem kod,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Taman Kosas di sini semalam.

Menurut Jaludin, formula tersebut sesuai untuk pelajar untuk menguasai Matematik kerana kesemua formula itu termasuk kaedah menghafal kalendar ditulis dalam sebuah buku setebal 110 halaman yang bertajuk Be A Math Genius In 10 Days.

Bagaimanapun, bekas guru Matematik di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur itu berhasrat menerbitkan buku berkenaan dan masih mencari penerbit bagi mencetak dan memasarkan bukunya.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Jaludin di talian 016-9931879.

Pakej Astro Naik Sehingga RM15 Mulai 11 Julai


KUALA LUMPUR – Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Astro di sini hari ini, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar RM1 hingga RM15.00 sebulan.

“Terdapat penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka. Pelarasan berkenaan adalah seiring dengan komitmen Astro untuk terus menawarkan nilai, pilihan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan PVR.

“Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,” katanya.

Para pelanggan boleh menikmati lebih banyak program hiburan yang menarik pada masa akan datang, seperti acara sukan ditawarkan dalam HD termasuk Rugby World Cup 2011, London Olympics 2012, Barclays Premier League, EURO 2012 dan Copa America Argentina 2011 dalam teknologi definisi tinggi.

Saluran baru melibatkan saluran HD pula adalah Discovery World HD, Sundance HD, sebuah saluran sukan sukan HD dan lebih banyak filem-filem dalam bentuk HD.

Program-program tempatan yang lain adalah Salih Yaacob….I Follow, MasterChef Malaysia, Ustazah Pilihan, Tutor TV dan banyak lagi program pembelajaran.

Para pelanggan juga akan menikmati Personal Video Recording (PVR) serta Remote Recording yang membolehkan program kegemaran pelanggan dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit walau di mana sahaja anda berada. – Mynewshub.my

Mat Sabu Timbalan: Jika tiba-tiba TG Hj Hadi Tiada

Hebat sungguh Muktamar PAS baru-baru ni.

Minggu ni minggu cuti sekolah, kenuri merata; mana-mana pi orang bersembang pasal kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS ini.

Kalau bersembang dgn penyokong Mat Sabu, mestilah depa akan puji dia melangit, kalau sembang dengan bukan penyokong Mat Sabu, macam-macamlah cerita sebaliknya nanti keluar.

Saya tak mau tulis apa penyokong atau pun bukan penyokong Mat Sabu kata, saya cuma nak tulis pandangan kawan-kawan, penyokong PAS peringkat bawah ini yang saya tengok kebanyakannya tak kisah sangat Mat Sabu kan, Nasa ka Tuan Ibrahim ka sapa yang menang; bagi kumpulan ini sapa-sapa menang pun tak apa, asalkan depa mampu merealisasikan perjuangan rakyat marhain tertindas peringkat bawah ini untuk menumbangkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Kebetulan malam tadi kat rumah saya ada kenduri kesyukuran sikit, tak dak kena mengena dengan politik; kambing 3 ekoq masak kurma, ramai la kawan-kawan yang mai. Celah-celah tu ada sahabat dok buat lawak tanya:

"Munir, hang buat kenduri ini sebab Mat Sabu menang ka?"

Ha, ha, ha...

Tak kisahlah kalau tumpang kenduri sebab Mat Sabu menang pun tak apa, sebab jauh di sudut hati, saya rasa sedikit puas hati dengan kemenangan Mat Sabu ini, sebab walau pun saya bukan AJK Cawangan, mahu pun Kawasan, dan jauh sekali sebagai Perwakilan, namun kemenangan Mat Sabu ini saya rasa seolah-olah dah over-due dah; PAS sebelum ini saya nampak mcm kereta rosak yang cuma boleh main gear 1 dan gear 2 saja; merangkak-rangkak kat hi-way, tekan minyak sampai rapat lantai tara mana pun tak boleh sampai ke mana nya.

Kemenangan Mat Sabu ini macam over-haul balik sistem gear itu, insyaalah lepas ni kalau kena gaya boleh masuk Litar F-1 kat Sepang....kalau tak sampai Putrajaya pun, dah dekat-dekat dah nak sampai sana dah!

Oleh kerana saya ni mcm gak majoriti penyokong-penyokong PAS peringkat bawah, cuma dok buat kerja mudah-mudah saja kat bawah ni mcm pelekat poster dan penaik bendera masa P/Raya, pi tolong peramai majlis ceramah, tak pun pi tolong perabih makanan bila ada kenuri kat markas dsgnya, maka org-org mcm kami ni tak berapa nak kenai sangat org atas-atas; jadi nak komen pasal Nasa dan Tuan Ibrahim pun tak kena sangat.

Kalau Mat Sabu memang ok kot, sebab dia nie suka berkawan dengan orang-orang bawah. Maka jadinya, penyokong-penyokong PAS peringkat bawah nie amat mudah meng-associate-kan diri mereka dengan Mat Sabu.

Saya sendiri misalnya, the close encounter atau pun paling hampir saya pernah jumpa manusia bersama Mat Sabu ini adalah suatu ketika waktu saya ikut memba-memba pi turun berdemo di KLCC, demo Amerika serang Iraq kalau tak silap.

Masa itu kami nak berarak dari KLCC ke kedutaan Amerika, tapi kena halang dengan FRU, kena semboq asap merata. Dalam kekalutan itu, saya dengan dua org kawan patah balik ke KLCC lalu depan Hotel Mandarin apa ka nama kalau tak silap; waktu itu hujan renyai2. Masa kami pass thru depan lobi hotel tu, baru perasan Abang Mat Sabu dengan sorang kawan dia ada sekali, depa pun lalu route itu jugak. Waktu itu kalau tak silap demo itu dah nak sampai ke penghujung dah, kami on the way nak balik ke tempat mula berkumpul tadi, jadi semua terpisah kpd kumpulan sub-group kecik-kecik lima enam orang. saya dan kawan-kawan saya itu ter-join group kecik yang ada Mat Sabu dalam itu.

Tiba-tiba, tak semena-mena, Boss Besaq Security hotel itu rasanya, dia keluar dari lobby itu dan dengan kasaqnya mai jerkah kami tak bagi kami lalu/berdemo area situ.

Tiba-tiba mai mana entah, kami tiga org geng2 UTARA ni, tengah basah kuyup tengah panas mendidih, tiba-tiba kena jerkah itu, terus secara spontan tanpa skrip kami pakat maki hamun balik kat dia:

" BARUA, ANAK HARAM, MANGKUK HAYUN, PELIAQ GHAPLAH JINGGA.."

Dan segala maki hamun dalam bahasa Utara bersemboq pi kat mamat tu; terus mamat itu lari masuk dalam. Ada ka patut pi jerkah Abang Mad, kalau jerkah kami tak apa lah!

Saya ingat lagi Abang Mad yang ada sekali dengan kami itu, dia tak kata apa cuma dok gelak sakan dengan mulut kerenyihnya. Itulah pengalaman yang hampir close yg saya ada dengan Abang Mad, dan benda-benda mcm ni akan jadi kenangan sampai bila-bila yang menggambarkan betapa sampai ke bawahnya Abang Mad pernah turun sampai sanggup basah kuyup dan kena maki hamun sekali dengan kami-kami rakyat marhain kat bawah ini. Inilah dia manusia yang bernama Mat Sabu.

Dah terlajak menulis pasal Mat Sabu ini, saya teringat antara ceramah beliau di zaman saya mula-mula berjinak dengan PAS dulu, di sekitar pertengahan tahun 1990an. Lupa dah kat mana, tapi antara kandungan ceramah Mat Sabu yang memikat hati saya ialah bab pada yang memperkatakan tentang masalah bangsa Melayu peringkat bawah yang selalu org pandang sebelah mata. Waktu itu Mat Sabu dok cerita pasal dilema Melayu Pulau Pinang. Dia cerita:

"Hangpa tau dak, dulu-dulu masa zaman Boria hebat dulu, ada sorang tekong Boria ni( lupa dah nama apa, katakan nama dia MAN), dia dengan team dia selalu main Boria ni. Antara lagu yg depa bawak, bunyinya lebih kurang:

KAMI BORIA PULAU PINANG, MENYOKONG PEMBANGUNAN...(Ewah!!!)

Tiba-tiba, BANGUNAN mai sungguh, terus MAN lari, nu pindah pi dok di Kedah di Ulu Mahang sana nu. Bila orang tanya dia, awat hang pindah sampai Ulu Mahang sana nu Man? Man jawab, nak buat macam mana, BANGUNAN mai, aku lari la.

Awat hang lari?

Ya la, BANGUNAN KONDOMINIUM itu harga dia RM300 ribu, nak ambik duit mana nak beli KONDOMINIUM, kalau nak beli KONDOM boleh la!!

Kah kah kah, orang pakat ketawa pecah perut bila Mat Sabu dok ulang cerita bab Man Boria Pulau Pinang ini. Macam itu lah Mat Sabu, dia menyampaikan mesej nya melalui lawak jenaka dalam ceramahnya; dan benda-benda ini sebenarnya yang mendekatkan Mat Sabu dengan penyokong-penyokong PAS peringkat bawah dan juga org-org mcm saya yang waktu itu masih duduk atas pagar, tapi kini tidak lagi, antara penyebabnya ialah kerana siri-siri ceramah lawak keras perut Mat Sabu mcm tadi.

Kot mana pun, kita berharap, sekarang ini bila Abang Mad dah jadi Timbalan Presiden, dan hubungan dia dengan Guan Eng pun agak ok, maka diharapkan Abang Mad dapat berbuat sesuatu untuk menghalang org2 macam Man Boria Penang ini daripada dihimpit arus PEMBANGUNAN di Pulau Pinang yang menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke seberang jambatan ke hulu-hulu kampung di Kedah sana nu. Mungkin PAS Pulau Pinang boleh mula buat bancian berapa ramai dah Melayu Pulau Pinang yang sudah berhijrah keluar dek tekanan arus pembangunan ini.

Okeylah, panjang cerita kalau nak sembang pasal Mat Sabu ini, cuma nak habagnya, di rumah kenduri malam tadi dan juga siang tadi bila saya balik ke kampung di Baling sana nu, rata-rata org PAS yg saya temui, bila ditanya pasal kemenangan Mat Sabu ini, depa tak kisah sangat sapa yang menang, yang penting kata depa "Asalkan yang menang itu ialah orang yang buat kerja untuk Parti". So, kpd yang kalah jgn gusar, suara org bawah tidak melambangkan perpecahan mcm yg digambarkan oleh Media-Media UMNO, yang penting teruskan buat kerja mcm biasa.

Kalau ada yang menarik pun yang kami dok sembang malam tadi, memba-memba nampak macam terpinga-pinga bila saya tanya:

"Apa jadi kalau tiba-tiba TG Haji Hadi mati?"

Depa kata:

"Otomatiklah Mat Sabu jadi Presiden PAS, macam TG Haji Hadi ganti Allahyarham Ustaz Fadzil hari itu"

Hah, Mat Sabu jadi Presiden PAS -satu persepsi baru politik Malaysia yang amat menarik untuk direnungkan.

moniermatdin@yahoo.com
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com
7.6.11

7.6 | malam ini MB KEDAH bersama DS Anwar & Lim Guan Eng di KULIM.

Misi IPD Kota berjaya ALOR SETAR -

Misi IPD Kota berjaya

ALOR SETAR - Lima kes melibatkan kecurian motosikal telah berjaya dibongkar oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar setelah berjaya menahan lima suspek berusia sekitar 13 hingga 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, tangkapan pertama yang dilakukan pada 26 Mei lalu kira-kira jam 3.15 pagi di kawasan Anak Bukit telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 14 tahun.

Menurutnya, setelah siasatan dijalankan ke atas suspek pertama yang ditahan, empat lagi suspek telah berjaya ditahan dan sekaligus berjaya membongkar lima kes curi motosikal.

“Kita percaya aktiviti yang dijalankan didalangi oleh suspek pertama yang ditahan dan kegiatan ini dilakukan sejak awal tahun.

“Suspek menjadikan kawasan semak dan tali air sebagai tempat untuk menyembunyikan motosikal yang telah dicuri,” katanya kepada media, semalam.

Adzaman berkata, hasil tangkapan yang dilakukan, pihak polis telah berjaya merampas satu rangka dan dua rim motosikal bagi kes pertama, satu rangka motosikal berjenama Honda C70 untuk kes kedua dan kes ketiga melibatkan satu enjin motosikal jenis Honda EX5.

Beliau berkata, satu rangka motosikal jenis Honda EX5 bagi kes keempat dan satu lagi rangka motosikal EX5 telah dirampas bagi kes kelima.

Kesemua mereka kini masih dalam siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.



21 kes pecah rumah dibongkar



Selain itu, Adzaman berkata, IPD Kota Setar turut mencatatkan kejayaan apabila menyelesaikan 21 kes melibatkan pecah rumah dan satu kes curi dalam bangunan apabila tertangkapnya seorang lelaki berusia 26 tahun pada 17 Mei lalu.

Menurutnya, kegiatan yang dijalankan sejak awal tahun ini membolehkan suspek memperoleh keuntungan sekitar RM30,000.

“Suspek menggunakan modus operandi yang sama apabila barang yang dicuri dijual kepada pengedar dadah, digadai di pajak gadai dan dijual di kedai beli dan jual emas di sekitar bandaraya Alor Setar, Butterworth, Seberang Jaya serta Shah Alam, Selangor.

“Setelah menjalankan siasatan ke atas suspek yang ditahan, pihak polis berjaya menahan empat lagi rakan suspek,” katanya.

Adzaman berkata, suspek yang merupakan seorang penagih dadah mempunyai rekod jenayah termasuklah mencuri motosikal dan kes dadah.

Beliau berkata, mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



Kenalan mangsa kemalangan dicari



Sementara itu, Adzaman berkata, pihaknya juga mencari ahli keluarga ataupun kenalan seorang mangsa yang terlibat dengan satu kemalangan kira-kira jam 12.15 tengah malam, semalam di Kilometer 52.5, Lebuh raya arah Utara.

Menurutnya, mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss berwarna hijau dengan nombor pendaftaran KBY 1221.

“Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian berusia lingkungan 30-an dan kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Mangsa berkemungkinan warganegara asing dan bekerja di sini, kita berharap sekiranya pihak yang mengenali mangsa sila tampil,” katanya.

25 tahun kerja tidak pernah cuti sakit


MOHD. FAKRI bangga menunjukkan sijil penghargaan yang diterimanya di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Seorang kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Mohd. Fakri Mohamad Noor, 48, tidak pernah memohon cuti sakit sejak dia memulakan kerjayanya pada tahun 1986.

"Bagi saya, cuti sakit hanya betul-betul kepada orang yang sakit dan tidak mampu bekerja sahaja. Sebab itu setiap kali doktor tawarkan sijil sakit, saya tolak.

"Biasanya, saya akan hubungi pejabat untuk ambil cuti tahun saja,'' katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Kakitangan LKTN di sini semalam.

Pada majlis itu, Mohd. Fakri yang kini Ketua Komunikasi Korporat LKTN bersama 11 kakitangan lain menerima sijil penghargaan daripada Ketua Pengarah LKTN, Ahmad Loman di atas kesetiaan mereka berkhidmat lebih 25 tahun dengan organisasi itu.

Mohd. Fakri yang memulakan kerjayanya sebagai Juruteknik Pembangunan Kawasan LKTN pada 1986 juga bernasib baik kerana selama tempoh perkhidmatannya, dia tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang teruk dan tidak pernah dimasukkan ke hospital

"Mungkin amalan penjagaan kesihatan yang saya lakukan turut membantu, misalnya tidak minum air sejuk dan tidak menghisap rokok,'' katanya.

Tambahnya, selepas menerima anugerah itu, dia kini berazam untuk cuba mengekalkan prestasi itu sehinggalah pencen pada usia 58 tahun nanti.

"Biarlah jadi sejarah sendiri buat diri saya. Saya ada tempoh 10 tahun lagi sebelum pencen dan kalau boleh saya akan cuba bertahan untuk tidak memohon cuti sakit.

"Mungkin saya boleh menjadi salah seorang penjawat awam di negara ini yang tidak pernah memohon cuti sakit sejak bekerja sampai pencen,'' katanya.

Penghormatan terhadap Kaabah

DALAM hal ini, penghormatan terhadap Baitu al-Haram merupakan suatu kekuatan kerohanian yang dapat melindungi orang Quraisy dalam perjalanan. Oleh sebab itu mereka suka mengembara untuk mencari rezeki.

Penghormatan terhadap Baitu al-Haram yang telah menjadi darah daging di kalangan bangsa Arab hasil daripada kurniaan Tuhan, Penjaga Baitu al-Haram. Dia telah menjaga kehormatannya itu dan ia semakin bertambah dalam jiwa orang Arab dengan terusirnya tentera Habsyah yang hendak merobohkannya dan dibinasakan mereka sebelum sempat menyentuh batunya bahkan mereka tidak sempat untuk menghampirinya.

Sekiranya kedudukan dan kehormatan Baitu al-Haram tidak ada di dalam jiwa orang Arab dan terdapat tangan-tangan jahil yang berani mengganggu para musafir mereka, sudah tentu mereka tidak berani melakukan perjalanan itu.

Akibatnya peluang untuk mencari rezeki menjadi sedikit kerana tanah mereka tidak ditumbuhi tanaman dan tidak ada binatang ternakan, lagipun mereka bukankah ahli pertukangan yang masyhur diperlukan orang ramai untuk memahat rumah-rumah mereka.

Oleh itu, peluang untuk mencari rezeki sempit dan pintu mencari segala sumber kekayaan tertutup.

Firman Allah SWT: Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan pemilik rumah ini (Kaabah). Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Maksud ibadat kepada Tuhan Kaabah ini dengan makna mentauhidkan-Nya seperti pendapat Ibn al-Jauzi.

Berkenaan Allah mengurniakan makanan kepada mereka daripada kelaparan ada tiga pendapat:

i. Dengan kurniaan Allah daripada harta dan rezeki sebagaimana pendapat Ibn Isa.

ii. Dengan berkat doa Nabi Allah Ibrahim seperti pendapat Ibn Abbas.

iii. Mereka pernah lapar pada zaman Jahiliyah dan Allah campakkan ke hati orang Habsyah untuk membawa makanan kepada mereka.

Berkenaan dengan keamanan pula, ditafsirkan dengan empat pendapat:

i. Allah mengamankan mereka daripada merasa takut kepada orang Arab yang memerangi mereka kerana kehormatan Tanah Haram. Inilah pendapat Ibn Abbas.

ii. Selamat daripada takut tentera Habsyah bersama gajah sebagaimana pendapat al-A'masy.

iii. Allah SWT mengamankan mereka daripada penyakit juzam atau kusta seperti pendapat al-Dahhak, al-Suddi dan Sufyan al-Thauri.

iv. Orang Quraisy akan sentiasa menjadi khalifah seperti kata Ali r.a.

Sayid Qutub berkata: Mengikut keadaan mereka yang lemah dan keadaan alam sekitar di sekelilingnya maka mereka diancam ketakutan tetapi Allah SWT mengamankan mereka dari ketakutan itu.

Itulah peringatan Allah yang sewajarnya menimbulkan rasa malu dalam hati kaum Quraisy. Mereka bukannya tidak tahu nilai Baitullah dan kehormatannya dalam kehidupan mereka.

Malah dalam saat-saat kesusahan dan duka nestapa mereka tidak memohon perlindungan melainkan pada Tuhan rumah suci yang Esa itu. Lihat sahaja Abdul Mutalib, ia tidak menentang angkatan tentera Abrahah dengan kekuatan askarnya tetapi dengan cara Tuhan Esa yang mengawal sendiri rumah-Nya.

Dia tidak menentang Abrahah dengan patung berhala dan dia tidak berkata kepada Abrahah: Tuhan-tuhan itu akan melindungi keselamatan rumah suci mereka tetapi yang dikatakan pada Abrahah adalah: Saya adalah tuan kepada unta-unta yang telah dirampas oleh engkau dan rumah ini mempunyai tuannya yang akan mempertahankannya.

Sayang seribu kali sayang, kesesatan dan penyelewengan zaman jahiliah tidak mempunyai logik, tidak bersandarkan kepada kebenaran.

Penutup

Jika mereka memahami bahawa semua itu berlaku kerana anugerah Tuhan, pemilik rumah ini, tentu mereka akan menyembah-Nya. Akan tetapi mengapa mereka masih mengagungkan selain-Nya dan menjadikan sebagai perantara di sisi-Nya, padahal tidak ada seorang pun daripada mereka yang dijadikan perantara itu mampu memberi limpahan kepada mereka, sama ada dalam bentuk nikmat keamanan, rezeki dan memenuhi keperluan hidup mereka.

Semoga Allah menjadikan kita semua sentiasa berada dalam keamanan dan kemakmuran, amin.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...