TERKINI :

Sunday, June 5, 2011

Mai nak habaq..ini dia 8 ulama, 2 doktor, 2 jurutera, 1 peguam, 6 bekas pensyarah dan 2 aktivis masyarakat.

"Bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang"
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Biarpun PAS diserang hebat oleh media sebelum dan selepas keputusan pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetap mengucapkan tahniah kepada perwakilan dan pemimpin yang telah dipilih.

Berucap ketika menyampaikan ucapan penangguhan hari akhir Muktamar PAS ke-57 hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyalahkan petugas media yang mebuat liputan selama tiga hari itu.

"Ada (media) menyatakan pimpinan baru ini kumpulan Erdogan.

"Saya kata ini bukan Erdogan, ini (Tuan Guru Datuk) Nik Aziz dengan Hadi Awang, ini bukan AK parti, ini Parti Islam Se-Malaysia PAS,"katanya membidas laporan media yang membuat label tersebut.

Membuat bidasan lebih lanjut, beliau kemudiannya turut memperincikan kepelbagaian latar belakang individu di dalam saf kepimpinan baru PAS itu.

Katanya kepimpinan baru yang diterajuinya itu terdiri daripada lapan ulama, dua doktor, dua jurutera, satu peguam, enam bekas pensyarah dan dua aktivis masyarakat.

Komposisi itu katanya menunjukkan kabinet PAS mempunyai pemimpin rencam termasuk ulama.

Malah katanya perlembagaan PAS juga memperuntukkan enam AJK dilantik, empat anggota dewan harian dan semua pesuruhjaya negeri untuk bersama kabinet baru.

Tahaluf siasi dalam Pakatan berjaya

Dalam ucapan itu juga, Presiden PAS itu juga menyifatkan kerjasama politik dengan PKR dan DAP, berjaya.

Kejayaan itu katanya boleh dilihat kepada sokongan bukan Islam terhadap PAS semakin meningkat akibat kefahaman mereka terhadap perjuangan keadilan Islam yang dibawa PAS.

"Persefahaman kita, mengekalkan jati diri kita sebagai orang Islam, memperkenal mesej Islam kepada bukan Islam tanpa paksaan.

"Berbeza dengan persefahaman wala' Umno BN yang menghilangkan jati diri, hilang hak dan hilang jati diri Islam itu sendiri," katanya menegaskan perbezaan.

Mengulas isu pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat untuk PRU ke-13 pula, beliau mengingatkan jentera di sesuatu kawasan memastikan kekuatan mereka dahulu sebelum berkira-kira mahu PAS bertanding.

"Kalau nak kerusi untuk bertanding, kawasan itu kena ada jentera, cawangan kena hidup dan kuat, (baru) kita boleh bertanding.

"Tapi tak kan semua kerusi kita nak tanding, itu bukan tahaluf,"katanya.

Habaq kat UMNO yang PAS ada Majlis Syura Ulamak bukannya BIRO AGAMA macam depa tuu..!!!

Mohamad Sabu syor perkasa Majlis Syura Ulama

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesyorkan supaya Majlis Syura Ulama diperkasakan dengan 'mengaudit' kepimpinan PAS termasuk mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar displin parti.

"Majlis perlu diperkasakan dengan membuat audit termasuklah (mengambil berat) akhlak dan mengambil tindakan displin kepada ahli. (Peranan) majlis syura kita perkasakan.

NONE"Kita perkasakan Majlis Syura sampai mengangkat mereka buat 'audit' kepada ahli jawatankuasa yang ada," katanya.

Sewaktu menyampaikan ucapan penggulangan, Mohamad turut menanyakan meminta persetujuan atas cadangan beliau itu, yang kemudiannya disambut oleh kira-kira 700 dengan berkata: "Setuju".

Pemidato terkenal itu turut menegaskan bahawa beliau amat menghormati ulama dari dalam dan luar negara termasuk kedua-dua bekas presiden PAS Yusof Rawa dan Fadzil Mohd Noor.

Bercakap di Taman Melawar, Gombak sempena muktamar agung ke-57, beliau turut menempelak Umno dengan mendakwa parti itu kini sedang menghadapi 'kematian'.

"Saya teringat dengan pesanan Musrsyidul Am Datuk Nik Aziz yang berkata bahawa Umno ini tidak kuat. Kekuatan Umno bertongkatkan kepada MCA dan MIC. Patahkan tongkat itu.

"Sekarang mereka mulai rebah, India dan kaum Tionghua sudah semakin (meninggalkan mereka). Umno sedang menghadapi sakaratul maut," katanya.

Haron Din: Audit kerja auditor

Beliau berkata demikian bagi mengulas barisan kepimpinan baru yang dilaporkan menggusarkan Umno dan BN selepas dinobatkan sebagai timbalan presiden selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru.

najib umno mca mic gerakan bn coalition parties 250707Dalam ucapannya juga, Mohamad turut menegurkan orang Melayu kerana "tidak ambil berat" dalam menanggapi sesuatu isu menyentuh kaum, berbanding kaum Cina dan India.

Walaupun kurang gemar bercakap soal perkauman, Mohamad Sabu memberi contoh berhubung dua kes kematian yang hampir sama - kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed - tetapi tanggapan isu berbeza mengikut kaum.

"Kaum Tiong Hua mengambil sikap, isu Teoh Beng Hock diratapi... Tetapi kejadian yang berlaku kepada (Ahmad) Sarbani ditemui mati, kita (orang Melayu) kata, apa boleh buat...

"Jadi menanggapi isu-isu ini berlainan berbanding kaum Tiong Hua atau India...Ada berita tunjuk perasaan, (ada orang Melayu) ditangkap, (kemudian) ditinggalkan. Jadi kita tidak ambil berat," katanya.

dr haron din pasSementara itu, Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Mohamad berhubung keperluan memperkasakan Majlis Syura Ulama sambil juga mengharapkan cadangan dan syor daripada ahli akar umbi.

"Jarang kita dengan pengesyoran daripada ahli (akar umbi), apa lagi untuk dibuat selain selain yang baru kita dengar kita buat proses audit.

"Audit kerja auditor, (tetapi) kalau nak buat cadangan kita boleh pertimbangkan. Selain itu hanya pengharapan tapi itu (dari) suara murni yang ikhlas, dan (Majlis) Syura Ulama menerima," katanya.

Keluarga Mangsa Rakyat Kelantan Nahas Helikopter Di Lapangan Terbang Sibu: Tan Sri Muhyiddin Yassin Patut Prihatin

Pagi ini Puan Suriani binti Shafie (38) dengan rasa berat dan sayu akan bertolak sekeluarga ke Kota Bharu berkereta meninggalkan rumah yang amat bersejarah bagi dirinya dan al-Marhum suaminya Suhaimi bin Ghazali (38) dan anak-anak menyemai kasih di sini sejak lebih dari sedekad lepas. Terhenti beliau sejenak berdiri di ruang tamu di mana tempat keluarga bersama beristirihat dan bercakap.

Matanya pula menjeling ke meja makan di mana mereka berenam sering makan bersama dan terlihat pada potret suaminya yang masih tergantung di dinding, lantas air matanya tergenang dan mengalir di pipinya mengenangkan kemesraan sekeluarga dan kini kontradik dengan duka selepas suaminya meninggal (11 April) nahas helikopter selepas mengangkut pegawai-pegawai yang mengiringi Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam pilihanraya Sarawak 16 April 2011 lepas. Sejak itu keceriaan keluarga bertukar duka selepas anak-anak ketiadaan bapa.

Pada asalnya Puan Suriani mau bertahan dan mau terus tinggal di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Kajang Utama bersama anak-anak, Mohd. Salman bin Suhaimi (13), Mohd Hilmi (9), Jasmin Salsabila (7) dan Iskandar (4). Puan Suriani bercadang menyambung kembali kerja dari cuti panjang beliau sebagai jururawat bagi menanggung keluarga, Kerja arwah suaminya tidak berpencen. Urusan pampasan dan insuran suaminya masih tidak selesai. Syarikat Sabah Air semacam lepas tangan selepas memberi sedikit sagu hati selepas nahas. Permohonan tambang menambang membawa pulang barang-barang ke Kota Bharu tidak dapat dibiayai oleh Sabah Air. Bahkan tuntutan tambang menambang selepas nahas kerana mengurus dan mengikuti jenazah suaminya di bawa pulang ke Kota Bharu yang dijanji oleh Sabah Air untuk di bayar tidak dibayar.. Kata Puan Suriani, `Simpati dan heboh hanya beberapa hari dari nahas, selepas itu senyap , kita orang kecil hingga kini tiada apa-apa pembelaan.``

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pegawai-pegawainya diangkut arwah suaminya, tidak langsung memberi perhatian terhadap kami orang-orang kecil. Kalau kita orang besar, sudah tentulah pembelaan dan pampasan dan jaminan hidup anak-anak diberi perhatian.``
Pada wajahnya berarak mendung duka. Bila ditanya, mengapakah tidak terus tinggal di rumah sendiri di Kajang Utama ?``

Menurutnya dengan perbelanjaan dan keperluan hidup yang tinggi dan tiada jaminan sumber kewangan, beliau bimbang tidak mampu tinggal di sini,`` katanya. Tambah beliau ``Kami buat keputusan sekeluarga untuk pulang ke kampong buat sementara tinggal dengan ibu terlebih dahulu di Pengkalan Chepa sebelum mendapat rumah sewa di sana.``

Bila ditanya bagaimana dengan rumah di Kajang Utama ini, adakah akan dijual ?
``Tidak,`` jawabnya, ``Akan disewakan untuk menjadi sumber kewangan diurus kenalan di samping saya akan bekerja kembali sebagai jururawat di Kota Bharu,`` tambahnya.

Sebenarnya, kami dari Lajnah Kebajikan Adun Bangi, pernah datang menziarah keluarga Puan Suryani selepas beliau pulang dari mengurus jenazah suami di Kota Bharu sebulan lepas. Dalam hati kami menjangka antara faktor beliau mau pulang ke Kota Bharu, kerana lebih dekat dengan kuburan suaminya yang dikasihi. Dua hari lepas, selepas mendengar beliau dan keluarga akan bertolak ke Kota Bharu hari ini, sekali lagi kami dari Lajnah Kebajikan dan AJK di Kajang Utama beramai-ramai datang menziarah dan menyampaikan bantuan. Kajang Utama adalah di bawah Dun Bangi. Atas rasa tanggungjawab dan simpati kami datang menziarah lagi.

Kami menjangka perpindahan Puan Suryani tidak semudah dijangkakan. Dengan keadaan masih tiada pekerjaan, pampasan belum berselesaian dan diri dan anak-anak perlu dtanggung, khususnya bagi pengajian anak-anak, banyak ujian yang akan dihadapi oleh Puan Suryani. Mengapa pihak Kerajaan, khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memberi perhatian terhadap pekerja yang telah berkhidmat membawa pegawai-pegawainya pada pilihanraya di Sarawak dulu. Bahkan sebagai raklyat Malaysia, khidmatnya harus dihargai kerajaan dan pembelaan yang wajar patut diberi, khususnya oleh seorang Timbalan Perdana Menteri yang seharusnya bersifat prihatin.

Pagi itu walaupun hati Puan Suryani masih berbelahbagi, dirinya yang sebak sayu bagai diarak rindu, tetapi sebahagian hatinya masih melekat di sini membimbing anak-anak masuk ke dalam kenderaan, melambai tangan pada jiran dan yang datang. Dia bagai membawa anak-anaknya merempuh gelombang hidup yang sudah tentulah tidak tenang dan berhadapan banyak ujian.

Sekian.

dipetik dari sini drshafie.blogspot.com

Al-fatihah disedekahkan kepada allahyarham Suhaimi bin Ghazali

DHPP cadang tubuh pasukan pemikir


Oleh Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mencadangkan PAS menubuhkan kumpulan "think tank" (pemikir) yang membabitkan pelbagai kaum untuk memperoleh pemikiran dan persepsi berbeza mengenai PAS.
Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, untuk memperkasakan parti, PAS memerlukan perkongsian dan lontaran pandangan dan cetusan idea yang berkualiti serta perancangan gerak-gempur yang menepati sasaran.

"Pembentukan “think tank” ini nanti, akan menjadikan PAS sebagai satu wadah perjuangan yang cekal, mesra dan beriltizam murni dalam mengharungi abad ke 21," kata beliau sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS kali ke-57 hari ini.

Beliau mencadangkan Adun Lubuk Merbau, Perak, Mohd Zainuddin bin Mohd Yusuf menerajui think thank ini berdasarkan pengalaman dan kewibawaannya.

"Beliau bukan sahaja berpengalaman luas dalam sektor perkhidmatan awam, pernah menghadiri pelbagai kursus dalam dan luar negara, beliau banyak memberi sumbangan idea dalam banyak projek pembangunan Melaka semasa bertugas sebagai Pengarah JPJ Melaka," katanya.

Dana RM10 juta


Selain itu, beliau turut mencadangkan PAS mewujudkan dana RM10 juta bagi memastikan segala program membabitkan latihan, kursus serta kebajikan ini berjalan secara terurus dan lancar selari tema muktamar tahun ini “ Membangun Negara Berkebajikan.

"Dana ini mampu menjadi penggerak kepada kita dari segi kewangan yang mantap bagi menarik lebih ramai golongan yang dikenalpasti sebagai “the best brain” untuk berkhidmat dalam parti.

"Kita mahu memastikan hasil daripada jentikan dana ini akan menjana kekuatan untuk PAS bergerak ke depan," katanya.

Tambahnya, dana yang besar sahaja tidak akan memberikan sebarang impak besar, jika ia tidak diurus secara bijak dan teliti, oleh itu pengurusan dana ini amat perlu diketuai seorang ahli ekonomi yang berpengalaman luas dalam sektor kewangan dalam dan luar negara.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rusli Yakub menguruskan dana tersebut.

"Beliau pernah bertugas sebagai senior officer di Bank Negara Malaysia dan bertugas sebagai penasihat ekonomi di Negara Arab dan Bangladesh," katanya.

Beliau juga berkata, PAS kini wajar bergerak dengan lebih proaktif, progresif dan dinamik tanpa tergelincir daripada matlamat perjuangan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Ini bermakna, menerusi DHPP, inti perjuangan PAS dilebarkan tumpuannya ke arah memantapkan ia sebagai parti yang mampu mendekati pelbagai lapisan masyarakat majmuk di Negara ini, sejajar semangat “Pas For All”," katanya.

DHPP tekad tarik lebih ramai bukan Melayu

Selain itu beliau menyatakan komitmen DHPP untuk bersama-sama kaum Melayu menegakkan keadilan dalam Islam.

"Kami mahu buktikan bahawa DHPP , salah satu sayap PAS adalah terdiri daripada kaum bukan Melayu dan bukan Islam sesungguhnya amat prihatin tentang masa depan kaum Melayu.

"Kita mahukan orang Melayu maju bersama PAS kerana perjuangan PAS adalah berlandaskan Islam yang sebenarnya , perjuangan bagi menegakkan keadilan sebagai addin dan Islam adalah untuk umat manusia yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa," katanya.

Tegasnya, DHPP akan terus menggembleng tenaga menarik lebih ramai bukan Melayu untuk menyokong perjuangan PAS, bukan sekadar menghantar wakil dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh PAS semata-mata.

"Di sini ingin saya menyarankan agar PAS di semua peringkat tidak keberatan menjemput DHPP turut serta dalam semua mesyuarat supaya kita semua dapat berkongsi idea demi merancangkan sesuatu yang terbaik untuk semua," katanya.

Perluas peranan Harakah

Sementara itu, beliau mencadangkan peranan Harakah diperluas termasuk menerbitkan majalah dan buku-buku yang akan membuka minda rakyat dan menyampaikan ilmu dalam semua bidang.

"Ini kerana katanya Harakah memainkan peranan cukup memberansangkan dalam “melayan” karenah parti lawan serta menyebar info parti, menerusi akhbar bercetak mahu pun porta web.

"Keuntungan daripada penerbitan wajar juga diperuntukan bagi meningkatkan pengetahuan staf dan wartawan, termasuk hantar mereka ke luar negara untuk mendapat lebih banyak ilmu media , idea-idea baru serta corak penulisan yang lebih segar dan menarik perhatian.

"Saya tidak hairan kalau suatu hari nanti kita mampu wujudkan pejabat perhubungan di luar Negara, sekaligus menjadi medan interaksi yang berperanan mengeratkan hubungan antara PAS dengan kalangan rakyat Malaysia di negara terbabit," katanya.

Raja Petra mahu kerjasama dengan PAS


Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) berharap dapat menjalinkan bekerjasama dalam PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

NONEIni ekoran keyakinan MCLM pada barisan kepimpinan baru PAS yang dilihat akan memandu parti Islam itu mencapai matlamat menentang nilai negatif dalam politik negara.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua Rakyat Malaysia," kata pergerakan itu.

Dalam kenyataan bersama pengerusinya Raja Petra Kamarudin (atas) dan Presiden Haris M Ibrahim hari ini, mereka mengucapkan tahniah kepada yang menawarkan harapan besar untuk Rakyat.

"Kami yakin saf kepimpinan baru ini akan memandu PAS mencapai matlamat yang dianjurkan dalam pesanan Presiden parti dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar untuk memperkuatkan gabungan Pakatan Rakyat," kata pergerakan itu.

NONEPergerakan itu menyambut baik kenyataan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya yang menegaskan komitmen terhadap Pakatan dan sedar bahawa "masyarakat majmuk adalah sebahagian daripada seruan politik dalam Islam".

MCLM juga menyambut baik penekanan PAS untuk membersihkan politik dari perkara menjijikkan seperti rasuah, politik wang, fitnah, perkauman, penipuan dan segala macam hal yang memalukan.

Bagi mereka mesej tegas Hadi itu disokong oleh perwakilan yang tergambar dalam keputusannya apabila Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden dan apabila Salahudin Ayun, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz omar menang bertanding jawatan masing-masing.

DAH BOLEH START CARI SUKARELAWAN MAI BERSIH 2.0

PAS lulus usul himpun 300,000 untuk Bersih 2

KUALA LUMPUR, 5 Jun: PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain.

"Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah.

"Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih.

Tambah beliau juga, amat menghairankan apabila daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004.

Perkara ini katanya mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatann Pendaftaran Negara (JPN).

"Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus.

"Ini tidak mampu dilakukan parti politik melainkan bantuan SPR, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara yang lakukan kerja itu," katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai undi pos yang meragukan seperti yang berlaku dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

"Undi pos terus kita ragu bayangkan di Tenang (PAS) hanya dapat undi pos 3 undi BN 115. Undi Senadin Pakatan mendahului lebih 1000 undi tapi bila datang undi pos calon Pakatan kalah 58 undi," katanya.

Tambahnya juga, media di Malaysia masih berada di zaman Tok Kadok (kuno) apabila hanya menyiarkan berita sebelah pihak sahaja.

"Kita lihat di muktamar, kita ditemubual, pelbagai pandangan kita beri, kamera berkelip di depan mata sampai kelabu tapi bila tengok berita tak ada (keluar).

"PRU di Singapura walaupun Singapura sama dengan Malaysia dari segi kongkongannya tapi semua pemimpin pembangkang boleh bercakap di radio dan televisyen.

"Di Malaysia media masih di zaman Tok Kadok tak ada kebebasan diberi kepada pemimpin walaupn dalam saluran kerajaan," katanya.

Wahai Kerajaan Malaysia BILAKAH HANGPA NAK BUAT HOSPITAL di DAERAH PENDANG..???

'Pengendalian kes kecemasan ikut panggilan'

PENDANG - Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Hayati Mohd Radzi menjelaskan bahawa pengendalian kes-kes kecemasan di klinik kesihatan adalah mengikut panggilan pelanggan kepada Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan dari ‘call centre’.

Menurutnya, pihak jabatan telah menjalankan siasatan dan mendapati pengadu ada membawa arwah isterinya ke klinik terbabit namun hasil siasatan mendapati tindakan yang dilakukan oleh penjawat awam di klinik berkenaan adalah bertepatan dengan tempoh masa yang ditetapkan.

“Tindakan yang dilakukan oleh penjawat awam itu adalah bertepatan dengan tempoh masa yang ditetapkan untuk mengendalikan kes kecemasan di klinik kesihatan kerana pengendalian kes-kes kecemasan adalah mengikut panggilan pelanggan.

“Pelanggan perlu menghubungi kepada penolong pegawai perubatan yang bertugas memandangkan daerah Pendang belum lagi mempunyai hospital daerah,” katanya dalam surat maklum balas yang dihantar kepada Sinar Harian.

Sementara itu, beliau berkata, siasatan telah dijalankan dan penambahbaikan kepada sistem panggilan kecemasan akan dibuat di klinik kesihatan dan cadangan pembinaan hospital daerah telah dimasukkan ke dalam perancangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Sinar Harian melaporkan pada 26 Mei 2011 mengenai dakwaan suami kepada arwah Wan Chik Wan Lah, 58, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika pulang dari berniaga ulam di pasar malam Tanjung Setol yang kecewa dengan perkhidmatan sebuah klinik yang didakwa gagal memberi perkhidmatan kepada isterinya.

Dalam laporan itu, Ahmad Ishak, 58, berkata, dia kecewa isterinya tidak sempat mendapat rawatan kerana tiada sesiapa di unit kecemasan walaupun ketika itu kipas, lampu dipasang.

Setelah gagal bertemu dengan kakitangan di klinik itu, dia membawa isterinya ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pendang untuk meminta bantuan namun terlambat apabila anggota JPAM mengesahkan isterinya sudah meninggal dunia.

Berbulu lagi la UMNO... kahkahkah...

Lagi kuat Pakatan Rakyat ditekan, lagi meriah sokongan yang Pakatan terima dari orang ramai. Lagi kuat fitnah UMNO terhadap Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR, maka lagi gemilang wajah Pakatan dimata rakyat terbanyak.

Ini yang membuatkan UMNO dan sekutu mereka cemburu dan iri hati. Fitnah bangang ala UMNO sudah tidak dipedulikan rakyat. Malah kian terserlah kekuatan dan kehebatan Pakatan Rakyat dik kerana promosi percuma dalam media mereka. Rakyat sedar, jika hitam laporan media mereka maka rakyat sudah mengetahui warna sebenar yang dimaksudkan ialah putih... kahkahkah...

Jika laporan media penjilat UMNO mengatakan PAS tak bagus dalam peduli hal hal rakyat, itu bermakna PAS adalah terbaik saat ini dalam memperjuangkan nasib rakyat terbanyak. Jika video seks tajaan mereka mengatakan Anwar rendah moralnya, ini bermakna moral Anwar masih jauh untuk ditandingi waima Najib maupun Muhyiddin sekalipun. Itu adalah yang tersirat dari laporan media media mereka dan alhamdulillah, rakyat amat faham... haha...

Terkini, beberapa orang artis dilaporkan bersedia untuk menyertai PAS, selepas Bob Lokman, membuktikan PAS sudah semakin diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di tanah air. Perkembangan yang memberangsangkan ini diyakini akan menarik minat lebih ramai anggota masyarakat negara ini untuk menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, sejajar dengan perjuangan PAS untuk kepentingan semua kaum.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasarudin Hassan Tantawi menegaskan, kesediaan golongan artis untuk menyertai PAS sudah dimaklumkan oleh golongan artis sendiri kepada beliau secara jujur baru-baru ini.

Menurut beliau, artis-artis tersebut sudahpun dikenalpasti dan mereka sememangnya terdiri daripada artis-artis ternama yang melibattkan pengarah, penyanyi, pelakon dan pelawak.

Makin berbulu lagi lah UMNO yang kian jauh dipencilkan masyarakat... terima kasih diatas promosi percuma UMNO pada Pakatan dalam media penjilat mereka walaupun negatif tapi dilihat positif oleh rakyat... kahkahkah... Ini lah kemenangan rakyat.

http://shalehudin.blogspot.com

PAS - Ayuh Maju dan Mara...

Barisan impian PAS 2011 kesan protes dua tahun

Barisan kepimpinan kanan baru PAS (dari kiri) Mahfuz Omar, Hadi Awang, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Husam Musa. – Foto oleh Choo Choy May
ANALISIS, 4 Jun – Kira-kira empat bulan selepas pemilihan 2009, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengetengahkan idea agar diadakan pemilihan khas untuk menggantikan pucuk kepimpinan parti itu. Ketika itu, tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, mengejutkan banyak pihak khususnya di kalangan ahli parti itu sendiri.

Perhimpunan khas yang diusulkan beliau tidak menjadi kenyataan, sebaliknya kepimpinan pusat memutuskan kaedah kompromi dalaman agar parti itu tidak berhadapan dengan perpecahan dan krisis dalaman.

Nik Aziz dalam blognya ketika itu menimbulkan cadangan itu dipercayai kerana tidak senang dengan beberapa pemimpin parti, Antara yang disebut-sebut ialah Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali serta Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa berhubung isu kerajaan perpaduan.

Meskipun kompromi dibuat tetapi persekitaran protes itu tidak habis di situ. Menjelang muktamar tahun lalu, isu kononnya Nasharudin tidak sealiran dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang muncul semula. Beberapa pemimpin mendakwa pihaknya akan membawa usul agar pemimpin kanan ditukar akan dibawa ke muktamar yang diadakan di Kelantan.

The Malaysian Insider ada membawa tulisan bahawa Hadi sendiri ada memaklumkan sahabatnya dan beberapa pemimpin kanan dalam parti itu bahawa beliau tidak mendapat sokongan yang diharapkan daripada timbalannya. Hadi menafikan tanggapan sedemikian.

Tetapi, setahun lalu, segelintir pemimpin kawasan menekankan bahawa usaha akan digerakkan bagi memastikan pucuk kepimpinan di tangga kedua mengalami perubahan tahun depan. Cakap-cakap itu kekal sebutan sebahagian besar perwakilan sehingga ke hari pengundian pemilihan 2011-2013.

Apabila keputusan rasmi diumumkan pagi ini, Nasharudin berada di tempat ketiga dengan 224 undi berbanding Mohamad Sabu 420 undi, yang pernah mencabarnya dua tahun lau. Pencabar ketiga, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turun sebagai calon minit-minit terakhir mengumpulkan 399 undi.

Sebagaimana dua tahun lalu, undi dua pencabar mengatasi undi calon yang menang.

Nasharudin berada di tangga kedua sebagai timbalan Hadi sejak 2005. “Saya menghormati apa yang dipilih oleh perwakilan dan merasakan pemilihan itu adalah yang terbaik,” katanya lagi.

Hari ini, Nasharudin juga berkata, beliau sudah tiga penggal menjadi timbalan presiden dan tiada masalah dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Laporan media tahun lalu menyebut wujud pergeseran antara Hadi dan Nasharudin.

“Selama tiga penggal saya sudah lakukan kerja saya sebaik mungkin. Kepimpinan terbaru ini, dilihat sebagai satu perkara terbaik,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok. Ditanya mengapa beliau kalah, Nasharudin menjawab: “Perwakilan tidak mengundi saya.”

Mengenai kekurangan pada dirinya yang membawa kepada kekalahan, Nashrudin memberitahu, “saya tidak pasti, mungkin mereka mahukan seseorang yang lebih vokal.”

Pun begitu Nasharudin menolak isu kerajaan perpaduan Umno-PAS yang diperkatakan sejak 2008-2009 sebagai punca kekalahan beliau.

“Isu itu isu basi,” ujar beliau.

Dalam temu bual khas dengan The Malaysian Insider menjelang hari pengundian, Mohamad ketika mengulas isu puak ulama dan profesional berkata, “namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS.”

Beberapa perwakilan yang ditemui beberapa jam selepas pengumuman keputusan berkongsi pandangan bahawa mereka sememangnya telah menjangkakan perubahan dalam kepimpinan nombor dua parti dan memperkukuhkan semula kedudukan naib presiden.

Perwakilan-perwakilan ditemui menekankan mesej hampir sama – PAS memerlukan pasukan agresif bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Mengapa tidak perubahan ini dibuat pada pemilihan 2007 sebelum negara menyaksikan pilihan raya umum ke-12 tahun berikutnya?

Dan juga, mengapa tidak pada pemilihan dua tahun lalu? Dua tahun tahu lalu, Mohamad dan Datuk Paduka Husam Musa, yang dilabel sebagai golongan profesional bertanding.

Pada 2009, undi kepada kedua-dua calon profesional berpecah manakala Nasharudin memperoleh sokongan padu perwakilan yang berlatarbelakangkan sentimen ulama.

Kali ini, undi perwakilan yang cenderung kepada ulama berpecah, sekali gus memberi kelebihan kepada Mohamad untuk menang dengan majoriti 21 undi.

“Saya memang sudah menjangkakan keputusan ini kerana kami tahu arah aliran sokongan. Perwakilan khususnya ahli-ahli mahukan satu pasukan yang boleh membawa PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan kuat,” kata perwakilan dari Kelana Jaya, Abdul Rahman Othman yang menyifatkan barisan kepimpinan kali ini sebagai “pasukan impian.”

“Saya pasti Umno, BN akan gerun dengan pasukan. Bukan begitu?” katanya lagi.

Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad iaitu perwakilan dari Temerloh, Pahang berkata, barisan baru ini akan memperkuatkan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Ia akan memperkukuhkan dan menjadi PAS bergerak dengan lebih berkesan,” kata beliau.

Penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, perwakilan menyediakan satu barisan kepimpinan yang berasaskan rekod prestasi.

“Ini adalah pasukan yang berasaskan prestasi, berdasarkan KPI... mereka mahukan pencapaian, menunjukkan prestasi... isyarat yang jelas,” katanya yang turut mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa kerja kali ini.

Sebagaimana diperkatakan oleh seorang ahli jawatankuasa kerja pusat kepada The Malaysian Insider semalam, kira-kira empat jam sebelum proses pengundian, PAS nampaknya disajikan “pasukan terbaik” di sebalik persaingan sengit dalam memilih pemimpin terbaik.

Husam yang kembali memperoleh kerusi naib presiden berkata, “saya melihat ini pasukan terbaik. Yang diterima perwakilan dan boleh diterima oleh rakyat semua kaum dan berdasarkan rekod pencapaian yang baik.”

Mengambil kira intipati ucapan dasar Hadi semalam, perwakilan meletakkan satu pasukan kepimpinan yang lebih agresif untuk berhadapan dengan serangan Umno-BN, yang meningkat sejak setahun lalu dan sudah pasti keputusan hari ini akan merancakkan lagi serangan politik menjelang pilihan raya umum ke-13.

Meminjam kata-kata Ketua Pemuda PAS Nashrudin Hassan kelmarin, stereng “kepimpinan” cuma satu. Streng sudah diberikan. Perwakilan akan mengukur prestasi pemegang-pemegang stereng ini sebelum muktamar 2012 iaitu pada pilihan raya umum ke-13. [Malaysian Insider]

Pimpinan saf PAS yang baru..UTUSEX dah start MEROYAN dah..!!!

oleh AnakKedah007
Calon ulama tersingkir

PRESIDEN Pas, Abdul Hadi Awang berkata sesuatu kepada Mohamad Sabu yang menggantikan Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden selepas pemilihan di Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar, Gombak, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 4 Jun - Pemimpin-pemimpin bukan ulama yang cenderung menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan Pas yang diadakan semalam.

Dalam keputusan yang diumumkan hari ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, kumpulan menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja menamatkan penguasaan golongan ulama bagi kerusi Timbalan Presiden malahan menguasai ketiga-tiga kerusi Naib Presiden.

Kumpulan tersebut juga menguasai sebahagian besar kerusi Ahli Jawatankuasa Pusat yang dipertandingkan.


Sebelum apa-apa KITA GELAK DULU....tu dia aihhhhh depa meroyan tak habih2 lagi... dan hari nie gua dok tunggu apa UTUSEX nak katakan dalam TAJUK BESAQ depa... rupa-rupanya keluaq tajuk ULAMAK TERSINGKIR.....

Dey UTUSEX aka UMNO sejak bila hangpa iktiraf PAS ada ULAMAK...?? sebelum nie ada ka hangpa IKTIRAF ULAMAK-ULAMAK dalam PAS... apa yang hangpa tak hina depa... apa TG NIK AZIZ kena maki... TG HADI kena sumpah.. UST HARUN DIN kena caci... hangpa akui ka depa ULAMAK... jadi yang hangpa dok kalut KAMI angkat siapa yang jadi pimpinan kami tu apa kejadahnya... KAMI tau la apa kami buat yang hangpa dok sebok tepi kain orang tu apa sal.. hangpa tunggu sahaja BOM C4 yang akan kami lepaskan selepas ini.... mau kencing malam nak habaq kalu...

Yang hangpa dok jaja ULAMAK TERSINGKIR tu kenapa jika ULAMAK yang dok dalam UMNO tu memang betoi tersingkir.... yang dok ada tu pun nama BIRO AGAMA sahaja.. lepas tu bercakap bab haid nifas.. itu laa ULAMAK hangpa....ULAMAK yang mana AL QURAN gelarkan sebagai SYAITAN BISU.....

Sebok gerak kerja orang... kalau dah ketaq lutut tu cakap la ketaq lutut tak payah laa dok kona sana kona sini bila bercakapnya.....kesian-kesian aku tengok hangpa....dah start odar pampers dah....??

Mohamad Sabu nafi laporan ulama tewas


Ismail Hashim

GOMBAK, 4 Jun: Ceramah malam akhir Muktamar Tahunan PAS ke 57 di Taman Melewar, dekat sini mendapat sambutan memberangsangkan.

Suasana meriah dan sesak dengan ribuan hadirin menggamit kenangan makmurnya pusat tarbiyah sekitar 10 tahun lalu.

Kini bangunan pusat tarbiyah ini telah bertukar wajah dengan penampilan moden sesuai dengan kehendak semasa.

Di sinilah terletaknya Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) yang telah memulakan sesi pengajian tidak lama sebelum ini.

Ada pandangan menyatakan, jika sesuatu majlis ceramah itu diadakan di Taman Melewar mendapat sambutan menggalakan berbanding tempat lain di sekitarnya.

Dikatakan juga Taman Melewar mempunyai ruh perjuangan yang hebat kerana itulah anggota masyarakat dari semua tempat datang jika sesuatu itu dibuat di situ.

Mohamad Sabu nafi Berita Minggu

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menafikan tajuk muka hadapan Berita Minggu yang meletakkan tajuk Ulama Tewas di muka hadapan.

Katanya, PAS sejak dahulu bukan sahaja menghormati ulamak bahkan golongan agama itu diletakkan dalam tertinggi, Majlis Syura Ulamak untuk memandu parti.

Berbanding Umno, tegasnya, yang hanya meletakkan agama di dalam sebuah biro sahaja sama seperti biro sukan, belia dan pertanian.

Sambil ketawa kecil, Haji Mohamad berkata, sejak bila Umno hendak pada ulamak melainkan mereka hanya berdusta semata.

Di dalam ceramah sama, Mohamad berkata, jangan diharapkan kepada Umno untuk menjaga agama di negara ini.

Umno tidur tak lena - Mursyidul Am

Sementara itu dalam ucapan ringkasnya selepas itu, Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perjuangan Mohamad lebih baik dari sesetengah lepasan Universiti Azhar.

"Beliau tidak pernah terlibat dengan Umno," tegasnya.

Kata Tuan Guru, Mohamad terus bersama perjuangan PAS sejak dari awal lagi dan sesekali tidak pernah terlibat dengan Umno.

Menurutnya, dengan sikap Mohamad yang disenangi semua pihak, Umno akan tidak dapat tidur nyenyak selepas ini.

UMNO tengah runsing dok pikiaq saf pimpinan PAS yang baru..!!

Saf pimpinan PAS yang paling merunsingkan UMNO, kata Ketua DHPP

"Saf pimpinan baru PAS" yang lahir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini disifatkan sebagai gandingan yang paling merunsingkan UMNO. Dengan empat pimpinan tertinggi yang dipilih, iaitu Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden, pilihan sedemikian ditafsir sebagai kebijaksanaan perwakilan untuk meletakkan pemimpin di tempat yang sesuai.

Demikianlah ulasan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Phang Chow ketika diminta MerdekaReview untuk mengulas kekalahan bekas Menteri Besar Perak, Mohd. Nizar Jamaluddin dengan undi terendah dalam pertandingan jawatan Naib Presiden.

Hu Phang Chow berkata, Nizar Jamaluddin memikul dua misi yang terpenting buat masa kini, iaitu mengembalikan kuasa kerajaan negeri di Perak, dan meningkatkan sokongan bukan Melayu/bukan Muslim terhadap PAS. Seandainya Nizar berjaya menyempurnakan dua misi ini, maka beliau boleh kembali ke pusat pimpinan untuk diberikan peranan yang lain.

Nizar Jamaluddin, pemimpin PAS yang muncul sebagai Menteri Besar Perak selepas tsunami politik pada 8 Mac 2008. Kerajaan negeri yang diterajui Nizar dirampas oleh UMNO-BN pada Februari 2009, apabila tiga orang wakil rakyat dari PKR dan DAP berpaling tadah. Pimpinan Nizar meraih simpati ramai, melonjakkan populariti dirinya terutamanya dalam kalangan komuniti Cina, lantaran daripada kejadian tersebut. Beliau terpilih sebagai AJK Pusat PAS dengan undi tertinggi dalam pemilihan parti pada tahun 2009.

Hu Phang Chow (gambar kanan) menganggap perwakilan PAS amat jelas dengan senario yang terkini. Mereka meletakkan empat orang tokoh yang paling merunsingkan UMNO, untuk berdepan dengan PRU 13 yang akan datang. Malah, beliau menyanggah pandangan bahawa Nizar kalah kerana penampilannya yang dianggap lebih "mesra-bukan melayu/muslim".

"Seandainya pandangan ini berasas, maka Mat Sabu akan kecundang sebermulanya," kata Hu Phang Chow yang menegaskan bahawa perwakilan PAS tidak membuat keputusan atas pertimbangan perkauman, tetapi pertimbangan mengikut keperluan senario.

Dzulkefly: Bukan sekadar populariti

Ketika diminta untuk mengulas kekalahan Nizar, Dzulkefly Ahmad berkata, "Pada saya the best man win (orang yang terbaik menang). Beliau (Nizar) mungkin belum dalam liga itu, walaupun sudah masuk dalam liga itu, beliau perlu membuktikan..."

Wartawan mencelah dengan soalan sama ada Nizar kalah kerana senioritinya yang belum cukup melayakkan dirinya ke jawatan ketiga itu, Dzulkefly (gambar kiri) berkata, "Bukan senioriti. Saya ingat delegates (perwakilan) bijak, yang cukup alert untuk membuat perhitungan. Bukan hanya populariti di sini. Popular satu hal, tetapi keupayaan, keupayaan untuk memimpin... Bukan hanya menjadi popular. Ini yang perlu difahami oleh pihak yang lain."

Beliau meneruskan, "Kerana PAS mempunyai pengalaman hampir 60 tahun. Dan perwakilan cukup wajar dan bijak membuat perhitungan mereka. Dan kita kena ingat bahawa di sana ada enam (calon)..."

Dzulkefly Ahmad yang juga terpilih sebagai AJK Pusat diingatkan bahawa Nizar memperolehi undi terendah, dan dijawabnya, "Itu kedudukan yang dia kena terimalah. Dia masih mempunyai masa dan waktu untuk memperbaiki prestasinya. Dan ini cara PAS untuk menilai pemimpin..."

Nizar: Ketiga-tiga pemenang calon terbaik

Sementara itu, ketika diminta untuk mengulas kekalahan dirinya, Nizar berkata, "Itu keputusan perwakilan, mereka membuat pilihan yang tepat. Saya menganggap diri saya hanya satu komponen daripada itu, itu bukan soal menang atau kalah, tapi persoalan siapa boleh menawarkan pilihan yang paling baik untuk kita Putrajaya."

Sambil menyifatkan saf pimpinan baru sebagai "pilihan yang paling sempurna" (the most perfect choice) untuk berdepan dengan pilihan raya umum, Nizar dengan rendah hati berkata dirinya bukan sesiapa (I am nobody) apabila pertimbangan tersebut (berdepan dengan PRU) diambil kira. Beliau mendakwa dirinya tidak kecewa, sebaliknya gembira dengan keputusan itu, kerana "ketiga-tiga pemenang jawatan tersebut adalah yang terbaik".

Dzulkefly Ahmad juga menambah bahawa keputusan pemilihan ini secara keseluruhannya memperlihatkan bahawa perwakilan memilih pimpinan berdasarkan prestasi, dan ini keistimewaan PAS yang tidak mengambil pendekatan berkempen seperti parti politik lain.

"Dan kita dari segi itu adalah lain dari pihak-pihak yang lain, dan parti-parti yang lain. Jadi dengan pimpinan dan pasukan pimpinan saf ini, kita harap dapat melonjakkan lagi prestasi PAS dalam pilihan raya yang akan datang dan ini menyuntik keyakinan bahawa inilah dia saf pimpinan yang dimahukan parti dan juga pendukung, pemerhati supaya PAS menampilkan kekuatan gandingan ini. Inilah sebenarnya kekayaan dan takungan pimpinan... Kita cukup kaya dengan takungan pimpinan kita..."

Hu Phang Chow ketika merumuskan pandangannya terhadap keputusan pemilihan ini berkata, ia merupakan gelombang reformasi kedua dalam PAS. Gelombang pertama, menurutnya adalah kemasukan bukan muslim ke dalam PAS, dan diinstitusikan sebagai badan dalam arus perdana politik PAS. Gelombang kedua kali ini meletakkan pemimpin yang profesional dan terbuka pada kedudukan penting, dan PAS kini menuju ke arah pimpinan yang merangkumi kepelbagaian dalam agama, budaya, ekonomi dan sebagainya.

Pas Kedah nafi pinggir pemimpin politik India

ALOR SETAR - Keputusan untuk melantik Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Saiful Izham Ramli sebagai Ahli Dewan Negara dibuat atas persetujuan bersama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) negeri ini.

:Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tidak seharusnya timbul isu yang mendakwa Pas Kedah tidak mempedulikan kepentingan penyokong pembangkang dari kalangan masyarakat India berhubung pelantikan itu.

“Ia (pelantikan Saiful Izham) adalah persetujuan bersama dan cadangan itu adalah cadangan daripada PKR negeri sendiri.

:“Malah tidak ada undang-undang menyatakan ada kuota untuk melantik wakil daripada kaum India atau Melayu,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, dakwaan Pas Kedah menafikan hak wakil pemimpin India adalah tidak benar.

“Kerajaan Negeri juga melantik seorang Exco daripada masyarakat India (Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, S Manikumar), malah turut mengadakan sejumlah peruntukan untuk masyarakat India di negeri ini,” katanya.

Sebuah akhbar tempatan, semalam, melaporkan, Zamil mendakwa kuota sebagai Senator sepatutnya menjadi milik pemimpin kalangan masyarakat India.

CHANGLUN - Jawatankuasa bebas ditubuh

Jawatankuasa bebas ditubuh

CHANGLUN - Satu jawatankuasa bebas akan ditubuhkan bagi menyiasat berhubung kes seorang lelaki berusia 27 tahun yang mendakwa tidak dapat berjalan dengan baik dan hanya mampu terlantar di rumah selepas mendapatkan rawatan serta suntikan dari sebuah klinik kesihatan di sini.

Bagi pihak Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam), Dr Hayati Mohd Radzi dalam kenyataannya di sini memberitahu berikutan aduan yang dibuat, pihaknya telah menjalankan siasatan dan mendapati pengadu telah mendapatkan rawatan di klinik terbabit seperti yang dinyatakan.

Menurutnya, hasil siasatan yang dilakukan mendapati pengadu telah mendapat rawatan lanjut di hospital dan telah dirujuk untuk pemulihan fisioterapi.

“Justeru kami akan menubuhkan jawatankuasa bebas itu bagi menyiasat kes terbabit,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun keputusan untuk tindakan selanjutnya akan dibuat selepas memperoleh keputusan daripada jawatankuasa bebas berkenaan.

31 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dari Taman Seri Changlun, Mohammad Azzumar Mohamed Shukor tidak boleh berjalan selepas disuntik di sebuah klinik kesihatan pada awal Februari lalu.

Difahamkan Mohammad Azzumar pergi ke sebuah klinik kesihatan di sini bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah membuang air kecil tidak lawas pada 7 Februari lalu.

Selepas diperiksa dia dimaklumkan oleh penolong pegawai perubatan di situ bahawa mengalami masalah air kencing kotor dan terpaksa diberi suntikan.

Selepas beberapa hari menerima suntikan di bahagian pinggul kiri, dia dikatakan mengalami kebas-kebas bermula daripada tempat disuntik sehingga ke tapak kaki yang sama dan segera ke sebuah hospital di Kangar bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Borang Skim Kafalah tidak lengkap punca kelewatan


KUALA NERANG - Majlis Ketua Kampung (MKK) diminta memastikan waris kepada yang meninggal dunia melengkapkan setiap borang Skim Kafalah dengan betul bagi mengelakkan waris lewat menerima pembayaran skim berkenaan.

Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata, masalah borang tidak lengkap dikenal pasti sebagai punca utama ramai waris kepada yang meninggal dunia menghadapi kelewatan menerima pembayaran itu.

Menurutnya, MKK perlu memastikan setiap borang yang diterima perlu lengkap selain salinan beberapa dokumen yang diperlukan.

“Sehingga kini masih ada lagi berlaku kelewatan pembayaran Skim Kafalah sebanyak RM500 kepada setiap waris yang meninggal dunia kerana disebabkan oleh pengisian maklumat yang tidak lengkap.

“Selain itu waris juga perlu memberikan kerjasama kepada MKK di dalam menyerahkan salinan dokumen seperti kad pengenalan dan sijil kematian bagi memastikan urusan dapat berjalan dengan lancar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan bayaran Skim Kafalah kepada lima waris di Kampung Kuala Pai, dekat sini.

Mohd Nasir berkata, sehingga Mei tahun ini seramai 35 waris telah menerima pembayaran skim berkenaan di Parlimen Padang Terap dan tidak menolak bahawa masih ramai lagi waris yang belum menerima pembayaran itu.

Menurutnya, kerjasama daripada waris di dalam membantu MKK sangat diperlukan bagi mengelakkan penyerahan skim itu lambat dilakukan.

“Saya meminta MKK sentiasa peka dengan masalah ini bagi mengelakkan masalah seperti ini dapat dikurangkan dan pada waktu yang sama perlu lagi memperkemaskan pengisian dan melengkapkan maklumat e-Sinar dari semasa ke semasa,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...