TERKINI :

Saturday, June 4, 2011

Wawancara Ekslusif bersama Timbalan Presiden PAS yang baru, Haji Mohammad Sabu

Jangan 'bertenggek' atas nama kepimpinan ulama jika bukan ulama yang sebenar - Mohammad Sabu

Wawancara Ekslusif Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Timbalan Presiden PAS yang baru, Haji Mohammad Sabu di Bilik Wawancara, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, selepas pengumuman saf kepimpinan baru PAS sessi 2011-2013.

HARAKAH : PAS melakar sejarahnya tersediri dengan kali ini saf kepimpinan baru yang terdiri daripada kalangan aktivis dan profesional mendominasi jawatan dalam PAS, apa pandangan saudara?

Mohammad Sabu : Saya melihat saf kepimpinan yang dipilih perwakilan ini, perwakilan lebih cenderung kepada aktivis.Aktivis ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan masyarakat, samada Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden yang dipilih.

Namun pada saya bukanlah yang tidak cukup undi itu tak bersifat aktivis, tetapi pemilihan yang dibuat perwakilan cenderung ke arah itu (menggangkat aktivis).

Signalnya ialah, apabila kita lihat Mazlan Aliman mendapat undi yang tertinggi (804 undi), diantaranya yang memberi kekuatan kepada sokongannya ialah kerana penglibatan beliau (Mazlan) dalam Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) untuk merobah minda pengundi masyarakat Felda (Peneroka). Walaupun secara umumnya ANAK belum berjaya secara menyeluruh, tetapi usaha yang dipelopori Mazlan dan rakan-rakan dapat penghargaan daripada perwakilan seluruh negara.Begitu juga kemenangan pimpinan yang lain-lain seperti Naib Presiden, Dato' Husam Musa, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, 'trend' ini berlaku kerana muktamar kali ini tempohnya sangat dekat dengan Pilihan Raya Umum ke-13, sehubungan itu ahli dan penyokong mahu mereka yang terlibat sepenuhnya dengan masyarakat dan aktiviti kemasyarakatan.

Harakah : Bagaimana perasaan Saudara setelah ditabalkan selaku pemenangan?

MS : Ya memanglah gembira, dan terharu, namun terbayanglah tanggungjawab yang akan dipikul oleh saya dan rakan-rakan terutama agenda apa yang disbeut tawaran saya untuk bersama Presiden mengepalai parti untuk kembangkan pengaruh PAS kepada non malay dan non parti yang saya nampak untuk menang pilihan raya mereka ini perlu kita dapatkan sokongan daripada mereka.Jadi beban ini terpikul keada saya dan rakan-rakan kerana ini adalah tawaran kita untuk menjadi Timbalan Presiden, dan sudah tentu segala apa yang disebeut itu akan diperhitung oleh ahli dan perwakilan di muktamar akan datang, inilah yang sebenrnya kita berat.

Harakah : Apakah akan berlaku sebarang perubahan dalam lajnah-lajnah, dan jabatan tertentu dalam PAS?

MS : Secara menyelruh tidaklah, tetapi mungkin perubahan yang berlaku adalah dalam konteks siapa yang mengepalai sesuatu lunjah menjelang pilihan raya umum akan datang ini.,Daru segi Pakatan Rakyat pula, kedudukan PAS cukup teguh dan ianya akan diperteguhkan lagi.Saya mahu hubungan dengan NGO kita mantapkan, dan arah tuju parti telah kita gariskan dalam ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar begitu baik menuju kepada negara kebajikan yang diterima semua kaum dalam negara kita ini, saya tak nampak berubah hala tuju.

Harakah : Adakah kemenangan Saudara ini memberi kesan besar kepada Umno-BN?

MS : Saya tidak buat analisa itu tetapi saya lihat surat khabar milik kepada Umno, maaf saya cakap bahawa mereka tidak memihak kepada saya dalam masa menjelang pemilihan,.Saya hairan kenapa tiba-tiba sahaja Utusan Malaysia diluat cukup sayang kepada kepimpinnan ulama, sedangkan merekalah yang mencerca kepimpinan Ulama khasnya Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun menjelang muktamar mereka seolah-olah membuat laporan dengan menimbulkan sayang kepada kepimpinan ulama, sedangkan tauke kepada Utusan Malaysia (Umno) hanya ada biro sahaja untuk ulama ini yang hanya kelasnya seperti lajnah dalam PAS.Kita di peringkat PAS, kita sayangkan ulama, kita hormatkan ulama kita letak ulama di peringkat Majlis Syura Ulama, dan kita ada Dewan Ulama PAS Pusat yang meletakkan ulama ini ditempat yang tinggi, kuat teguh dan berwibawa.Perana utusan ini boleh dianalisis oleh sesiapa apa niat mereka yang sebenarnya. Barangkali pada mereka peralihan kepimpinan ini boleh mengubah persepsi umum kepada PAS dengan kita tidak lari teras kita jaga parti dibawah Majlis Syura Ulama.

Harakah : Saudara adalah antara pihak yang mencetuskan kepimpinan ulama sekitar tahun 1982 apakah saudara masih mempunyai agenda memperkasakan kepimpinan ulama?

MS : Saya tidak mahu kepimpinan ulama disalah tafsirkan, saya menghormati ulama seperti Sheikh Omar Muktar; Sheik Ahmad Yassin; Abu bakar Al baqir, Tuan Haji Yusof Rawa, dan Ustaz Dato' Fadil Noor.Semua ulama ini saya penuh hormat dan menyebut-yebut nama perjuangan mereka dalam ceramah dan penulisan saya. Yang kita tidak mahu orang bertenggek diatas nama kepimpinan ulama. yang berkelulusan agama tetapi bertenggek atas nama kepimpinan ulama.Tetapi Ulama sejati yang berilmu, yang membina masyarakat, yang beri ulmu, berjuang dan berjihad inilah yang kita sanjung yang kita sokong dan sepanjang zaman ulama inilah yang meniupkan kebangkitan.

Ini termasuklah mereka yang meniupkan semangat kebangkitan kemerdekaan iaitu Sheikh Jamaludin Al Afghani ialah seorang ulama yang bertaraf Hujjatul Islam.Ulama seperti ini harus diketengahkan, bukan kelulusana sijil ugama sahaja dipanggil ulama. Bahkah kalau yang ulama kontemporari seperti Hassan Nasralllah, saya amat kagum diatas kehebatan beliau kumpul sokongan muslim dan bukan Islam di lubnan dengan meniup semangat jihad menentang Israel.Sheikh Ahmad Yassin, daripada di atas kerusi rrodanya dia mampu untuk meniupkan semangat jihad melawan Israel.Ulama seperti ini yang saya sanjung, bukan yang berkelulusan yang belajar dari sekolah agama kemudian pergi ke Mesir, dan bila balik ke Malaysia kita gelar dia ulama.Sedangkan ia tidak menonjol dirinya sebagai seorang waris kepada Nabi Muhammad Saw, iaitu buat kerja-kerja yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W,.Jadi saya tetap berpegang teguh dan menyanjung kepimpinan Ulama ini.

Harakah : Apa harapan yang mahu dilahirkan kepad ahli lebih-lebih lagi kita berdepan dengan musuh menjelang pilihan raya umum ke-13?

MS : Kita harap selepas ini (Muktamar) ahli dan pemimpin akan terus bekerja menterjemahkan apa sahaja Ucapan Dasar Presiden yang telah digariskan dan disetujui untuk laksnakan dengan bersama Pakatan Rakyat menuju Putrjaya.Kita juga harus bekerja untuk memenangi negeri-negeri yang kita belum menang, selain mempertahankan negeri yang telah kita menang.Itulah harapan kita kerana masa begitu singkat dengan Pilihan Raya Umum ke-13.Saya ucapkan jutaa terima kasih kerana perwakilan memilih saya untuk julung kalinya selaku Timbalan Presiden PAS.Terima kasih.

http://wannordinwanyaacob.blogspot.com

Sampai bila UMNO boleh buat-buat tak takut dengan PAS

Oleh: Shirzad Lifeboat

Setiap kali PAS mengadakan muktamar tahunannya, ia merupakan ingatan kepada umum betapa usia PAS adalah lebih dari usia Merdeka. Tahun ini PAS mengahttp://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/06/muktamar-pas-3-300x199.jpgdakan muktamarnya kali ke-57. Bermakna muktamar pertamanya telah diadakan tiga tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Sekiranya tempoh kewujudan sesebuah organisasi politik turut memberi semacam makna kepada pembikinan dan pembentukan sesebuah negara, tidak kira sama ada ia lebih lama wujud dan terserlah sebagai sebuah parti oposisi atau hanya pernah berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat negeri, maka PAS sudah tentu turut memenuhi kedudukan antara paling utama dalam senarai parti dan organisasi politik sedemikian.

Hakikat sejarah menunjukkan UMNO cukup dominan dalam menguasai kerajaan Persekutuan dan kebanyakan kerajaan negeri. Tidak mustahil disebabkan keadaan yang terlalu dominan dan terlalu lama ini menyebabkan ahli dan pemimpin UMNO merasakan kuasa politik adalah seolah-olah hak mutlak mereka dan hanya mereka yang layak dan berhak memerintah.

Dan tidak juga dinafikan dalam tempoh lebih dari setengah dekad itu, UMNO turut membentuk minda politik umum. Namun pada penghujung tempoh berkenaan apakah pembentukan minda politik umum yang dipupuk oleh UMNO itu sebenarnya telah memberikan sumbangan besar kepada proses pembikinan bangsa dalam erti kata sebenarnya?

Dari segi politik, UMNO budaya memomokkan rakyat, kalau tidak UMNO yang memerintah, negara ini akan menjadi kucar kacir dan sebagainya.

Dari segi perpaduan kaum, UMNO bercakap kononnya ia mewakili semua kaum tetapi dalam waktu yang sama ada ada pemimpin UMNO yang sentiasa mengungkit soal-soal ‘ketuanan Melayu’ dan sebagainya sehingga mencerakan hati kaum lain. Tak cukup dengan itu UMNO menggunakan media miliki mereka yang dinasionalisasikan dengan cara tidak adil menerusi penafian media cetak milik organisasi politik lain selain UMNO dan mana-mana parti komponen BN untuk bukan sahaja mempromosikan parti secara tidak beretika tetapi memupuk budaya memperlekehkan parti lain dengan membelakang adab dan kesopanan Melayu.

Kalau nak diceritakan tentang segala pembentukan budaya negatif yang bertentangan dengan pembangunan minda siasah yang sihat rasanya, semua ruang dalam halaman akhbar ini pun tak memadai.

Namun hal sebaliknya dialami oleh PAS dan rakyat termasuk rakyat yang tidak menyokong PAS tetapi tidak taksub dan tidak mudah dirasuk oleh pembudayaan yang dilakukan oleh UMNO.

Dalam tempoh 57 tahun dan meredah beberapa generasi, budaya Islam yang diperkenalkan oleh PAS dalam siasah Malaysia dan secara beransur-ansur diterima oleh rakyat bukan Islam sebagai wawasan pemerintahan paling adil dan saksama bukan sahaja berdiri betul-betul berdepan dan bertentangan dengan apa yang telah dibawa oleh UMNO selama itu tetapi kian menjadi ancaman kepada parti itu.

Kebetulan pada muktamar kali ini PAS turut mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti. Sejarah 57 tahun PAS menunjukkan PAS belum sekalipun lagi menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti atas alasan kononnya bagi mengelakkan perpecahan dalaman atau bagi memberi ruang masa mencukupi untuk persediaan menghadapi pilihanraya umum.

Justeru umum melihat PAS sebagai sebuah parti yang memegang prinsip. Sekiranya orang Islam perlu memegang janji mereka pada Allah, dengan mengerjakan perintah-Nya dan meninggalkan larangannya, maka mereka juga harus memegang janji dengan manusia. Oleh itu sekiranya undang-undang bersabit perjalanan sesuatu pertubuhan mengkehendaki pemilihan anggota jawatankuasa induk diadakan setiap tiga tahun sekali maka PAS tidak mempunyai masalah untuk mematuhinya.

Walaupun dalam muktamar PAS kali ini menyaksikan pertandingan semua jawatan penting dalam parti kecuali jawatan Presiden dan digambarkan oleh pelbagai media yang berkiblat kepada UMNO sebagai kononnya terdapat pengaruh luar yang mahu memecah belahkan ukhwah dalam PAS dan lanjutan dari analisis cetek itu sebagai tanda-tanda awal kononnya parti akan lemah.

Namun begitupun, umum yang kebetulan membaca analisis seperti ini lebih mengetahui bukan sahaja tentang kejituan ukhwah dalam PAS tetapi lebih penting lagi ialah kefahaman tentang perang psikologi yang cuba dilancar atau dipermodalkan oleh UMNO bagi menunjukkan PAS juga terjebak dalam perebutan jawatan.

Bagi PAS sendiri soal perebutan jawatan tidak timbul. Ia hanyalah satu proses demokrasi dalam parti sebagaimana kehendak dan dibenarkan oleh undang-undang. Dan PAS juga tidak perlu membuat perbandingan atau membuat kenyataan rasmi atau tidak rasmi betapa yang sering berebut sehingga parti sendiri dikuburkan oleh mahkamah adalah UMNO.

Walaupun ada yang melihat PAS sebagai sebuah parti konservatif tapi PAS juga dilihat sebagai parti yang cukup teliti dalam urusan kepartian sehingga belum ada lagi cawangan atau bahagiannya yang tidak didaftarkan di bawah undang-undang sehingga menjejaskan kewujudan parti sebagai yang berlaku ke atas UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946.

Walaupun ada usaha agar PAS dilarang menggunakan nama Islam dalam nama parti tetapi usaha itu gagal. Anehnya tidak ada pula usaha dari mana-mana pihak berwajib mengambil tindakan terhadap UMNO kerana gagal menggunakan perkataan (Baru) pada namanya sehingga seolah-olah menipu umum tentang kedudukan parti itu sebenarnya.

Muktamar kali ini mengingatkan umum betapa PAS sentiasa memelihara demokrasi dalam parti. Seperti yang telah lalu hanya dua pencalonon diperlukan bagi membolehkan seseorang itu bertanding mana-mana jawatan dalam parti. Tentu ramai masih ingat bagaimana UMNO menetapkan jumlah pencalonan yang tidak munasabah untuk bertanding jawatan dalam parti mereka.

Tapi itulah UMNO. Itulah demokrasi UMNO. Dan itulah juga demokrasi sebagaimana yang difahami oleh orang UMNO dan diajar oleh pemimpin UMNO sebelumnya.

Muktamar PAS yang diadakan setiap tahun terus mengingatkan UMNO betapa PAS terus mengumpul kekuatan dari masa ke masa. Sampai bila UMNO mahu berpura-pura tidak takut dengan kemaraan PAS? Lambat laun segala-galanya pasti terbongkar jua.

Perubahan PAS tidak ditentukan oleh ‘kehebatan seseorang’

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

http://1.bp.blogspot.com/_lmBZm7oy02Q/SgPYOwUoH8I/AAAAAAAACyY/QNqpgjLDVqA/s200/fadzil+noor.jpgDua dekad yang lalu, sewaktu Almarhum Dato’ Fadzil Noor memimpin PAS, Muktamar Tahunan PAS Pusat tidak sangat dipedulikan oleh pihak media terutama dalam isu pemilihan. Almarhum Pak Yusof Rawa melepaskan jawatan Yang Dipertua PAS Pusat kepada Ustaz Fadzil Noor dalam keadaan kesihatannya terganggu. Media langsung tidak dapat memanipulasi isu pengunduran Pak Yusof kerana beliau benar-benar uzur untuk memimpin PAS disebabkan faktor usia.

Pada muktamar terakhir Pak Yusof sebagai Yang Dipertua, teks ucapan perasmian dibacakan oleh Ustaz Fadzil Noor. Apabila Ustaz Fadzil naik sebagai Yang Dipertua, maka orang nombor duanya sangat jelas iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Untuk pertama kali jawatan Naib Yang Dipertua PAS kosong serentak pada masa itu apabila Ustaz Abdul Hadi mengisi jawatan Timbalan YDP dan Ustaz Nakhaie meletakkan jawatan sebelum dari itu; ia juga diisi tanpa pertandingan. Ustaz Fadzil dalam gurauannya sewaktu ucapan penangguhan muktamar mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan beliau dua orang Naib YDP, seorang Banjar (Ustaz Hasan Shukri) dan seorang Bugis (Dr. Daing Sanusi Daing Mariok).

Di sepanjang gandingan Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi memimpin PAS, dua jawatan tertinggi itu tidak pernah dipertandingkan.

Untuk muktamar ke 57 kali ini, isu pemilihan jawatan Timbalan dan Naib Presiden sangat diberi perhatian oleh media serta pemerhati politik di seluruh negara. Ulasan demi ulasan dibuat setiap hari menjadikan PAS sebuah parti yang ‘sangat besar’ dan benar-benar menjadi alternative kepada Umno.

Senario dalam PAS sendiri, pemilihan kepimpinan tertinggi tidak pernah berlaku dengan sengit. Tiada lobi melobi berlaku di tahap kronik, tiada pemusnahan imej lawan dan jauh sekali dari politik wang. Sebab itu PAS dengan ‘bangganya’ dapat menempelak UMNO bahawa, “Kami tiada masalah buat pemilihan, sekalipun andainya bulan hadapan berlaku pilihanraya umum.”

Tiga calon menawarkan diri untuk Timbalan Presiden dan enam calon untuk Naib Presiden; adalah orang yang layak untuk bertanding di tempat tersebut. Masing-masing ada kelebihan dan mungkin juga ada kelemahan. Hakikatnya, siapa yang mengisi tempat tersebut pun maka tidak akan berlaku perubahan yang drastik dalam PAS berhubung dasar dan strategi kerana apa-apa keputusan penting dalam PAS dibuat secara musyauwarah. Tiada keputusan besar dibuat secara individu.

Hal tersebut membezakan antara PAS dengan UMNO. Dalam UMNO, Presiden sangat berkuasa sehingga jika dia berkata ‘siang itu malam’ maka seluruh ahli majlis tertinggi mesti turut berkata ‘malam’ sewaktu matahari terpacak di atas kepala.

Di samping minat yang ditunjukkan oleh pihak musuh, tidak dinafikan terdapat segelintir manusia dalam parti yang agak ghairah dengan percaturan jawatan. Mereka berkempen untuk calon pilihan. Sekalipun mungkin berlaku kempen tetapi ia tidak seburuk kempen dalam Umno yang berlaku di peringkat cawangan pun.

Kempen dalam PAS sangat tenang. Ini yang memeningkan kepala Umno. Umno sedar PAS tidak sekuat UMNO tetapi PAS tidak berpecah dengan kuat seperti dalam UMNO.

Muktamar ke 57 kali ini berlangsung dalam suasana peluang PAS dan pakatan Rakyat menawan Putrajaya sudah menjadi tidak mustahil. Sebilang masa pun cita-cita itu tidak pernah mustahil, tapi jarang berada dalam bayangan pemikiran ahli-ahli politik pembangkang. Seperti kata Subky Latif, percaya ada, harap tidak.

Pasca Tsunami 2008, persepsi semua pihak telah berubah. Misi dan visi menawan Putrajaya menjadi semakin hampir. Halangan terbesar PAS sebelum 2008 ialah undi bukan Melayu. Pelbagai pendekatan difikirkan dan dilakukan untuk memecah kebuntuan. Kini isu tersebut dianggap sudah boleh diatasi.

Beberapa halangan besar seperti ini sebenarnya masih menjadi batu penghalang terhadap usaha PAS, untuk sekurang-kurangnya menjadi parti alternative terhadap Umno. Isu inilah yang mesti diperdebatkan oleh perwakilan muktamar bagi dirungkaikan kekusutannya.

Ramai yang bersetuju bahawa terdapat dua perkara besar yang masih menjadi penghalang kepada PAS dan Pakatan Rakyat merealisasikan cita-cita menumbangkan BN di Pusat. Pertama, penguasaan atau lebih tepat disebut penyalahgunaan jentera kerajaan untuk kepentingan politik BN. Kedua, penguasaan media-media utama negara oleh BN.

Isu pencemaran daftar pemilih, undi pos dan pemberian mykad berlaku melalui penyalahgunaan instrument kerajaan. Kempen politik untuk BN oleh agensi kerajaan termasuk oleh Cawangan Khas Bukit Aman, menghalang ceramah Pakatan Rakyat, membenarkan ceramah politik BN, menekan kakitangan awam dan merasuah pengundi juga berlaku melalui penyalahgunaan instrument kerajaan.

Penguasaan media utama dalam negara adalah senjata terkuat dalam melindungi pengaruh BN. Media kedua di alam maya tidak diakses oleh majoriti rakyat, dianggarkan sekitar 40 peratus namun bukan semua dalam kelompok itu aktif mengakses secara harian. Dan bukan semua yang aktif itu pula menjadikan politik dan isu semasa sebagai pilihan.

Umumnya selepas lebih separuh abad merdeka pemikiran majoriti rakyat masih terbelenggu dalam kongkongan pengaruh media-media BN.

Semua perwakilan muktamar mesti menerima hakikat bahawa kedua-dua itu adalah perkara besar yang menjadi penghalang PAS menumbangkan BN; justeru penyelesaian terhadapnya mesti difikirkan secara serius dalam muktamar. Berbahaslah untuk mencari jalan memecahkan batu penghalang itu.

Nasrudin: Tak adil jika nilai Pemuda PAS hanya berdasarkan kontroversi Hari Kekasih

Adalah tidak adil seandainya Dewan Pemuda PAS dinilai hanya berdasarkan pendiriannya yang kontroversial dalam isu Hari Kekasih, kata Nasrudin Hassan Tantawi. Beliau mendakwa bahawa satu sesi pimpinan mengambil masa dua tahun, dan Hari Kekasih hanya satu hari, daripada 365 hari dalam setahun. Hari-hari yang selebihnya diisi dengan kerja untuk perkara yang lain, namun tidak diberi perhatian, katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS ini memberi contoh bahawa Dewan Pemuda PAS adalah pasukan yang tiba di tempat kejadian tanah runtuh Hulu Langat baru-baru ini untuk menghulurkan bantuan, namun tidak diberi liputan oleh media.

Malah, Nasrudin Hassan (gambar kanan, kanan) menjelaskan bahawa bantahan Hari Kekasih pun berdasarkan "pergaulan bebas", dan adalah isu peribadi seandainya seseorang mengucapkan tahniah dan kasih sayang kepada kekasih pada hari tersebut.

Demikianlah penjelasan Nasrudin Hassan untuk mempertahankan pimpinannya dalam Dewan Pemuda PAS dalam satu sidang media, ketika diajukan soalan sama ada Dewan Pemuda PAS yang dilihat "konservatif" itu akan menyelaraskan pendekatannya - memandangkan saf pimpinan baru yang terpilih lebih memperlihatkan progresif dan inklusif. Dewan Pemuda, sebaliknya memperlihatkan imej "polis moral"-nya, dengan beberapa pertikaian yang dicungkilnya sebelum ini.

Pada Februari 2011, Nasrudin mencungkil pertikaian apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Hari Kekasih bercanggah dengan ajaran Islam. Beliau kemudian menjelaskan bahawa Dewan Pemuda hanya mempertikaikan cara sambutan Hari Kekasih yang melibatkan perlakuan seks, dan bukan berniat untuk melarang percintaan.

Di samping itu, sayap di bawah pimpinan Nasrudin pernah membantah ketibaan MLTR ke Malaysia untuk mengadakan konsert, konsert 12 jam LIVE WITH CHIVALRY, konsert Adam Lambert dan sebagainya.

Nasrudin Hassan seterusnya menjelaskan pendirian sayapnya dalam isu konsert, dengan alasan bahawa konsert tersebut tidak membawa nilai budaya ketimuran. Apa yang dibimbangkan adalah aktiviti ini mungkin merosakkan moral pemuda, dan mereka bukan membantah kesemuanya - dengan membenarkan hiburan yang tidak keterlaluan.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

Asri: Prinsip negara Islam-berkebajikan, bukti PAS alami kemajuan besar

GOMBAK, 4 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan “kemajuan memberangsangkan” memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.

Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Katanya, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.

“Cumanya, saya sedang meneliti apakah maksud ‘negara kebajikan’ yang hendak diwujudkan. Saya percaya Presiden PAS ada kerangka yang jelas.

“Ahli-ahli hendaklah difahamkan terlebih dahulu sebelum membicarakannya secara meluas. Ini kerana negara berkebajikan mempunyai pelbagai gambaran,” kata beliau.

“Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menyebut ‘apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan’,” kata Asri dalam satu kenyataan hari ini.

“Bagi saya ini adalah satu kemajuan yang memberangsangkan dalam PAS,” kata beliau mengulas kenyataan Hadi semalam.

Secara umum, tambah beliau, dunia memahami negara berkebajikan adalah negara-negara yang memakai model nordik seperti di Norway, Denmark dan Sweden.

“Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apapun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut,” katanya.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 semalam, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk ‘negara Islam’, isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama ‘negara Islam’ itu semata-mata.

“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya.

Semalam Hadi menyampaikan ucapan dasar presiden bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

Asri, pensyarah dari Universiti Sains Malaysia berkata, pada masa yang sama bererti PAS terus bersama dengan gerakan Islam lain di dunia ini yang mula keluar dari retorik negara Islam kepada realiti kenegaraan yang sebenar yang diperlukan oleh manusia.

“Ya, tiada dalam Islam istilah negara Islam atau daulah Islamiyyah seperti yang disangka oleh sesetengah pihak,” kata beliau sambil menambah, ia satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah.

“Sebelum itu, kitab-kitab fekah Islam hanya menyebut Darul Islam atau wilayah Islam yang merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam ketika itu.

“Apabila perkataan daulah Islamiyyah, kemudian diikuti dengan kebangkitan Revolusi Syiah di Iran, maka perkataan daulah islamiyyah ini mula dipopular oleh para pejuang politik islami di seluruh dunia,” katanya.

Kata Asri, disebabkan istilah ini juga mereka berbalah, bahkan menuduh pihak lain kurang islam disebabkan tidak bersama dalam perjuangan menegakkan daulah islamiyyah atau negara Islam itu.

“Walaupun kadangkala pertentangan ada asasnya, namun sebahagiannya hanya disebabkan perbezaan istilah yang dipakai,” kata beliau lagi.

Cuma, menurut Asri, sekian lama ramai gerakan Islam yang memperjuangkan istilah itu, mereka masih gagal menetapkan satu takrifan yang jelas dan realistik.

Katanya, gambaran yang terlalu ideal tentang kenegaraan menjadikan ‘negara Islam’ itu bagaikan satu khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata.

“Kita boleh lihat khayalan Hizbul Tahrir yang cuba berkembang di negara kita pada hari ini. Ia bolehlah dikatakan ‘utopia state’ yang hanya wujud di minda, tidak mungkin pada realitinya.

“Alhamdulillah, apabila gerakan Islam — sebahagian mereka benar-benar terlibat sendiri secara langsung dengan politik kenegaraan, maka mereka mula sedar tentang realiti sebenar sesebuah pemerintahan,” kata beliau lagi.

Justeru, Asri juga berkata, politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana, namun prinsipnya kekal.

“Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya,” katanya.

Kata beliau, “bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya.”

Jelas tokoh agama muda ini, Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya.

“Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam. Soal mekanisme hukum sama ada hudud atau tidak, dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, diwujudkan suasana yang kondusif yang memungkin keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi.

“Bukan masanya lagi. Tangguhkan dahulu isu-isu makanisme, tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan,” katanya lagi.

SIAPA PALING KECEWA BILA MAT SABU DAN HUSAM MENANG?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada abang Mat Sabu kerana terpilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. Kemenangan dengan majoriti 21 undi menewaskan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta penyandang Ustaz Nasha sudah cukup untuk membuat lidah Utusan Meloya dan TV 3 suku kelu seketika.

Bertambah kelu apabila tokoh yang sabab hari dihentam melalui media pencacai tersebut, iaitu Datuk Paduka Husam Musa turut terpilih sebagai Naib Presiden PAS bersama penyandang Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayob. Tentu berita kemenangan Husam Musa ini membuatkan seorang Blogger dari Kelantan itu akan `meneguk air botol' sehingga mabuk untuk menenangkan fikiran.



Buletin Utama TV 3 suku sebentar tadi meletakkan berita keputusan pemilihan PAS bukan tajuk utama seperti sehari dua ini, tetapi berita disiarkan di pertengahan tanpa ulasan sedikitpun seperti lazimnya. Tiada cerita pun tentang Blogger kaki mabuk itu yang mendakwa Husam memberikannya wang untuk berkempen. Yang hak mengatasi yang batil. Fitnah telah ditolak oleh para perwakilan di dalam PAS yang boleh dikatakan semuanya mempunyai akal dan ilmu agama yang boleh menimbangkan sesuatu berita yang dibawa oleh `kaki mabuk'.

Begitu juga berita yang keluar dari media seperti Utusan Meloya atau TV 3 suku yang terkenal sebagai ejen meluaskan cerita video seks, mana mungkin berita dari media seperti ini boleh diambil sebagai panduan untuk Perwakilan PAS memilih calon? Justeru itu, Perwakilan PAS telah menolak cerita tentang wang upahan yang kununnya melibatkan Husam Musa. Exco dari Kelantan ini telah memenangi jawatan Naib Presiden PAS dengan undi yang kedua tertinggi. Media haprak ini terus gagal sepertimana gagalnya mereka mempromosi video seks hitam putih sebelum ini.

Sekali lagi tahniah kepada semua pemenang dan syabas juga buat semua yang berani bertanding walaupun tewas kali ini. Ternyata jawatan bukan buruan calon yang bertanding, mereka hanya merasa kewajipan untuk menawarkan diri untuk memikul tugas setelah amanah diberikan oleh penyokong-penyokong mereka.

Meskipun secara peribadi saya mengharapkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi pertandingan ini, tetapi kemenangan Mat Sabu dapat melegakan perasaan saya. Saya percaya Mat Sabu mampu berganding bahu dengan Presiden PAS, dan tentunya cabaran utama buat beliau adalah memimpin PAS ke Demontrasi Bersih Julai nanti dan seterusnya ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Terburainya propaganda UMNO, Perwakilan PAS tuntut perubahan

Keputusan pemilihan PAS 2011 memperlihatkan bahawa perwakilan PAS telah mencipta sejarah apabila berjaya menangkis serangan propaganda UMNO, dan bangkit untuk menuntut perubahan yang jelas dalam PAS. Saf pimpinan yang terpilih kini bukan untuk melanjutkan nafas PAS semata-mata, malah lebih dekat dengan denyutan nadi masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Sesungguhnya Mohamad Sabu akan didakwa menang di celah-celah retakan undi perwakilan yang menuntut agar "ulama" dipilih untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden, namun rekod sejarah ini tetap bermakna jikalau diteliti dalam konteks politik terkini.

Terburainya propaganda UMNO

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Utusan Malaysia milikan UMNO kelihatan lebih ghairah untuk mendukung "kepimpinan ulamak" dalam wacananya. Malah, UMNO secara terang-terang mempertahankan "gandingan Hadi-Nasha", dan niatnya cukup jelas. Bertopengkan "kepimpinan ulamak", Utusan Malaysia-UMNO pada hakikatnya lebih selesa dengan "Hadi-Nasha", kerana sering terperangkap dalam isu kerjasama/rundingan bersama UMNO.

Kini, Mohamad Sabu berjaya memahat sejarah untuk tampil sebagai Timbalan Presiden yang bukan dari latar belakang ulama, selepas konsep "kepimpinan ulama" diketengahkan pada zaman 1980-an untuk menjatuhkan Presiden PAS ketika itu, Asri Muda. Mat Sabu, 56, pemimpin veteran yang sudah 34 tahun melibatkan diri dalam PAS, terkenal sebagai pemidato di peringkat akar umbi dan pendiriannya yang jelas dalam perjuangan politiknya.

Namun, makna yang tersirat di sebaliknya lebih jauh daripada itu. Sesungguhnya sesetengah perwakilan masih belum terkeluar dari sentimennya untuk mengekalkan ulama pada dua jawatan tertinggi dalam parti, lebih-lebih lagi diasak dengan propaganda UMNO yang mengombak. Keputusan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding mungkin disebabkan perkiraan terhadap senario di atas, lantas menawarkan diri kepada perwakilan yang mahukan "ulama", tetapi tidak berpuas hati dengan prestasi penyandang, Nasharuddin Mat Isa.

Bagaimanapun, Mat Sabu berjaya melepasi halangan kali ini, dengan sokongan kira-kira 40% perwakilan yang menuntut agar pimpinan tinggi menunjukkan pendirian yang lebih jelas dalam perjuangan. Mat Sabu, sekurang-kurangnya menjamin hubungan yang lebih erat antara PAS dengan parti komponen Pakatan Rakyat, khususnya DAP. Malah, pemimpin yang terkenal untuk mengatur demonstrasi jalanan ini mempunyai hubungan yang erat dengan badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang belum menyertai Pakatan Rakyat.

Mengisi kekurangan Presiden

Kemenangan Mat Sabu juga perlu dibaca dalam konteks pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang. Hadi Awang, pernah disifatkan sebagai "Abdullah Ahmad Badawi versi PAS", berikutan sikapnya yang tidak tegas dalam pendirian politik, misalnya isu rundingan bersama UMNO. Untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi Awang, beliau tidak melakukan "kesilapan" yang besar sehingga wujud keperluan untuk "digulingkan", dan banyak juga perubahan yang diberi lampu hijau dalam zaman pemerintahannya, misalnya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Baru-baru ini, Khalid Samad, pemimpin terserlah yang dilabel sebagai "Erdogan", membela Hadi bahawa Presiden perlu mengambil kira semua pandangan dari aliran/sekta yang berbeza, dan mungkin ada baiknya jikalau Hadi selaku orang nombor satu tidak memainkan peranan kontroversi untuk membawa perubahan mendadak.

Bagaimanapun, Mat Sabu kini diamanahkan untuk mengisi kekurangan Hadi Awang. Kepetahan beliau berceramah, keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan, malah kebolehannya untuk menterjemahkan perjuangan Islam kepada nilai sejagat, menjelmakan Islam dalam dasar pentadbiran - ditaruh harapan tinggi untuk mempercepatkan langkah PAS dalam arus perubahan ini. Seandainya Mat Sabu berjaya menunjukkan prestasi yang terserlah dalam tempoh jawatannya, maka PAS akan berubah menjadi parti politik yang lebih terbuka dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia.

Nizar tewas dengan undi terendah

Namun demikian, kekalahan bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin (gambar kiri) dengan undi terendah mungkin ditafsirkan sebagai kecacatan dalam kesempurnaan keputusan pemilihan ini. Untuk masyarakat bukan Melayu/Islam yang kurang prihatin terhadap PAS, Nizar Jamaluddin mungkin satu-satu nama pemimpin PAS yang mampu disebutnya. Barangkali Nizar tewas atas sebab-sebab tertentu, antaranya senioriti beliau dalam PAS, namun ia semestinya mengubah persepsi masyarakat bukan Melayu/Muslim terhadap PAS seandainya bekas MB ini menang sebagai Naib Presiden.

Secara keseluruhannya, saf pimpinan yang dibariskan perwakilan kali ini cukup ampuh untuk PAS berdepan dengan perubahan zaman. Perwakilan dianggap matang dan berani, apabila memilih empat pemimpin bukan ulama untuk mengisi lima jawatan tertinggi, sementara satu pertiga daripada 18 AJK Pusat adalah pemimpin dari latar belakang ulama.

Kemenangan pemimpin seperti Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mohamed Hanipa Maidin, Dzulkifly Ahmad, Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad, Siti Mariah dan sebagainya, bakal menampilkan pimpinan yang berkemampuan untuk berdebat dalam soal dasar pentadbiran (dan bukan hanya berdakwah) kepada masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, sesetengah pengamat politik masih gusar dengan saf pimpinan Dewan Pemuda PAS, yang ditunjangi Nasrudin Hassan Tantawi dan Nik Abduh, anak kepada Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat. Nasrudin tertonjol dengan imejnya yang konservatif dari kaca mata penduduk bandar, sementara Nik Abduh yang menang dengan 260 daripada 655 undi, dalam pertandingan empat penjuru - dilihat sebagai pemimpin yang pro-kerjasama UMNO.

Nik Abduh (gambar kiri) pernah menuduh bahawa ayahandanya menolak konsep "kerajaan perpaduan" kerana dipengaruhi "pembantu-pembantunya yang berpakaian serba tahu" - dan kenyataan ini membuatkan beliau digolong sebagai pemimpin yang masih ingin membuka pintu rundingan kepada UMNO.

Apa yang "memberangsangkan" mungkin berlaku dalam Dewan Muslimat, apabila pemilihannya menyaksikan kemenangan Siti Zailah Mohd Yusof selaku Ketua Dewan Muslimat dan Siti Mariah Mahmud sebagai Timbalannya. Kedua-dua orang pemimpin wanita ini mungkin menggilap semula pimpinan muslimat, untuk menyuntik elemen baru dalam perjuangan PAS.

Kabinet saya kali ini kabinet pilihan raya - Presiden PAS

Tiada masalah bukan ulamak jadi pimpinan PAS - Presiden
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau sebaliknya gembira dengan keputusan yang dibuat perwakilan dalam pemilihan kali ini bagi sesi 2011-2013.

"Saya bersyukur dengan perpaduan yang wujud. Walaupun berbeza pandangan dari segi menentukan calon, tapi kita mendapat keputusan yang penuh kemesraan.

"Semua pihak menghormati keputusan perwakilan dan menerima siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13," kata beliau pada sidang media di muktamar PAS kali ke-57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad hari ini.

Beliau menambah, PAS memang pernah memilih bekas Yang Dipertua parti yang kedua bukan dari golongan ulamak.

"Ini bukan perkara baru. PAS pernah pilih Haji Abas Alias yang bukan daripada ulamak sebagai yang dipertua PAS yang kedua.

"Tengok kepada AJK PAS Pusat, lapan di kalangan ulamak, dua doktor, dan selebihnya jurutera dan pemimpin masyarakat," katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru, Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Sementara itu, Mohammad Sabu menyatakan komitmennya untuk membantu Ustaz Hadi melebarkan pengaruh PAS di kalangan NGO dan parti-parti lain.

Tegasnya juga, beliau tetap mementingkan kepimpinan ulamak dalam PAS.

"Saya akan cuba bantu Presiden untuk bidang melebar luaskan pengaruh PAS kepada bukan Melayu, bukan PAS dan NGO.

"Kepimpinan ulamak tetap dipertegaskan, bukan macam Umno yang letak Ulamak dalam bentuk biro.Dalam PAS ulamak adalah satu majlis syura dan ada dewan yang akan mengawal dasar parti," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi turut menyifatkan kepimpinan yang baru ini sebagai kabinet pilihan raya.

Mengulas lanjut, beliau yakin kepimpinan baru ini mampu membawa PAS lebih diterima masyarakat sekaligus relevan menggantikan Umno.

"Ahli-ahli memilih saf hadapan untuk pilihan raya. Sebab itu kabinet saya kali ini kabinet pilihan raya," katanya.

Mat Sabu: Perwakilan berani, saya akan penuhi harapan rakyat ke atas PAS

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Mohamad Sabu yang memenangi jawatan timbalan presiden PAS berkata, beliau akan membantu parti itu memenuhi keperluan orang ramai dan bukan Melayu, yang menurut beliau meletakkan harapan tinggi ke atas komponen Pakatan Rakyat (PR).

Dalam reaksi pertama selepas diumumkan sebagai orang nombor dua parti Islam itu, Mohamad berkata, survival mana-mana parti politik akan ditentukan oleh sokongan undi orang ramai dalam pilihan raya.

Oleh itu anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, PAS perlu memainkan peranan menyeluruh untuk memenuhi keperluan ahli-ahli parti dan juga masyarakat umum bukan ahli PAS.

“Jadi, saya akan menggunakan kedudukan (sebagai timbalan presiden) untuk memenuhi harapan orang ramai dan bukan Melayu ke atas PAS,” kata beliau ketika ditemui di sisi Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini pagi ini.

Mohamad, 56, yang mesra dikenali “Mat Sabu” menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan ibrahim Tuan Man.

Ini kali kedua Mohamad bertanding jawatan timbalan presiden.

Mohamad Sabu (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas diumumkan sebagai timbalan presiden baru PAS. — Foto oleh Choo Choy May
Dua tahun lalu, beliau tewas di tangan Nasharuddin yang turut mengatasi Datuk Paduka Husam Musa.

Kali ini Husam dipilih semula sebagai naib presiden.

Pun begitu, tegas Mohamad, kemenangan beliau tidak akan membawa perubahan ke atas dasar PAS yang sudah pun ditetapkan kecuali pendekatan-pendekatan yang perlu dan akan diambil untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti itu.

“Cuma gerak kerja sahaja akan diubah (untuk menghadapi situasi semasa),” kata beliau lagi.

Ketika ditanya sama ada beliau menang kerana sokongan besar perwakilan daripada kalangan profesional, Mohamad berkata, “saya tidak tahu, sebab saya belum buat analisis lagi.”

Beliau sekali lagi menekankan bahawa tidak timbul isu wujudnya kumpulan profesional dan ulama dalam PAS memandangkan sudah ada peranan yang jelas antara sayap eksekutif dan ulama dalam PAS.

Dalam temu bual khas disiarkan The Malaysian Insider semalam, Mohamad berkata, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.

Mohamad berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.

“Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

“Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini.

“Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan,” katanya.

“Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS,” kata beliau.

Dalam reaksi hari ini, beliau juga yakin bahawa keputusan pemilihan, yang berlangsung semalam dan diumumkan pagi ini, tidak akan menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin dalam PAS.

“Saya yakin perpaduan akan kukuh untuk membawa PAS ke depan,” katanya sambil menambah, perwakilan telah membuat keputusan yang berani.

Mengenai kekalahan Nasharudin, Mohamad berkata, “saya tidak komen.”

Bagaimanapun Mohamad secara berseloroh berkata, beliau “bernasib baik” kerana menang di sebalik liputan media yang positif dan negatif.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada perwakilan dan kepada wartawan yang memberikan liputan media yang positif dan negatif,” katanya lagi.

PAS perlu lebih kontemporari

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi, PAS diingat untuk menggunakan pendekatan pelbagai bagi mendampingi rakyat.

Perwakilan dari Perak, Muhaimin Sulam berkata PAS bukan sahaja memerlukan perubahan luaran, malah perlu kepada tajdid dalam yang lebih dinamik.

"PAS mesti mengubah menjadi parti yang lebih ceria, digeruni, kontemporari tanpa meninggalkan asas perjuangan parti.

"Hari ini PAS bukan saha dimiliki oleh ahli Mekah, ahli Madinah, tetapi oleh pelbagai latar belakang ahli," katanya yang mahu pendekatan tarbiyah juga diperluas.

Perubahan itu penting katanya bagi memperlihatkan PAS sebuah parti yang boleh diterima untuk semua.

"Cabaran kita hari ini tidak tertumpu kepada berdepan Umno sahaja, tetapi kepada usaha meyakinkan orang melayu bahawa kita mampu memimpin,"katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga menyarankan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat agar terus meningkatkan kualiti urus tadbir dan membela nasib rakyat.

Namun, ia katanya tidak bermakna negeri yang ditadbir BN lebih baik dari Pakatan.

Selain itu beliau turut membangkitkan isu pembahagian kerusi pilihan raya anatara parti dalam Pakatan Rakyat.

PAS katanya diakui sebuah parti yang mempunyai jentera paling ramai dan komited, lantas wajar mendapat lebih kerusi termasuk di kawasan campuran.

"Kita juga perlu memberi kefahaman kepada PKR dan DAP berhubung tahaluf siasi,"katanya.

PIMPINAN PAS yang baru, TAHNIAH dari kami KedahLanie

Mat Sabu - timbalan, Salahuddin, Mahfuz, Husam - naib

Pemimpin akar umbi dan popular PAS Mohamad Sabu sebentar tadi diumumkan sebagai pemenang jawatan timbalan presiden parti yang sengit dipertandingkan itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

azlanPemilihan Mohamad (kanan) dikatakan yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kali kedua Mohamad Sabu yang popular dan cekap terutama dalam menganjurkan demonstrasi jalanan bertanding jawatan timbalan presiden PAS. Sebelum ini, golongan bukan ulama seringkali gagal dilantik ke jawatan berkenaan.

Naib presiden

Bagi barisan naib presidennya pula, Abdul Halim mengumumkan perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

azlanSalahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi.

Bagi melengkapkan pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden.

Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan -- menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi.

AJK Pusat PAS

Bagi jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS pula, Abdul Halim mengumumkan 18 nama berikut:

Mazlan Aliman (884)
Dr Hatta Ramli (765)
Kamarudin Jaffar (739)
Hanipa Maidin (735)
Azizan Abdul Razak (721)
Dzulkefly Ahmad (702)
Mujahid Yusuf Rawa (651)
Khalid Samad (643)
Ghani Shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)
Abdul Wahid Endut (556)
Abu Bakar Chik (527)
Mohd Amar Abdullah (470)
Mahfodz Mohamed (449)
Siti Mariah Mmahmud (445)
Hassan Mohamed Ali (437)
Abdul Ghani Abdul Rahman (430)
Nuridah Salleh (416)

Keputusan Penuh Pemilihan PAS Pusat Sesi 2011/2013

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

Mohamad Sabu, Hj – 420 undi

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi

2. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi

3. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi

2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi

3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi

4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - undi

5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi

6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi

7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - undi

8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi

9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi

10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi

11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi

12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi

13. Mazlan Aliman, - 804 undi

14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi

15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi

16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi

17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi

18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

Timb Presiden UMNO dah gabra dah...!!!

Muhyiddin arah Umno bahagian tunai semua janji PRU-12

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua bahagian Umno di seluruh negara menunaikan janji pilihan raya umum yang lalu jika ada yang masih belum ditunaikan dalam usaha untuk terus mengukuhkan kekuatan di peringkat bahagian.

Beliau (gambar) berkata semua janji pilihan raya yang belum diselesaikan walaupun tidak sebesar mana perlu diberi perhatian serius dan segera diselesaikan.

“Usaha perlu dibuat untuk menyelesaikan isu yang dialami di peringkat bahagian, sebahagiannya mungkin berhadapan dengan isu janji pilihan raya yang mungkin belum dapat diselesaikan dan ditunaikan,” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

“Kalau ia tak sebesar mana dan ia perlu diselesaikan di peringkat mana sekalipun, ia tidak boleh diabaikan dan ia perlu segera diberi perhatian,” katanya yang juga pengerusi Umno Wilayah Persekutuan.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Wangsa Maju di sini malam tadi.

Katanya, semua bahagian Umno juga perlu menentukan supaya kehendak dan harapan masyarakat di sekitar mereka dapat dipenuhi.

“Di samping itu, kita perlu melaksanakan usaha untuk menentukan segala keperluan masyarakat yang ada di kawasan kita dapat kita laksanakan walaupun tak kesemuanya tetapi sebahagian besar dapat diselesaikan.

“Ia penting supaya semua isu itu tidak menjadi halangan kepada Umno terutamanya ketika berkempen pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang,” kata Muhyiddin.

Katanya, jika semua perkara sudah ditunaikan, perkara seterusnya yang perlu diberikan perhatian oleh Umno di peringkat bahagian ialah memastikan kedudukan bahagian berada pada keadaan yang kukuh.

Menurut beliau, hubungan semua kepimpinan bahagian dengan semua peringkat ahli Umno perlulah kuat dengan tiada isu yang boleh menggugat kestabilan parti terus berlarutan.

“Bahagian Umno mesti tidak bergolak, jangan ada isu, hubungan antara pimpinan di semua peringkat mestilah dalam keadaan yang terbaik. Tidak ada isu dan permasalahan yang boleh menggugat hubungan baik yang akhirnya boleh menjejaskan gerakan jentera pilihan raya,” katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan semua jentera Umno bahawa pilihan raya umum yang akan datang akan mendatangkan cabaran kepada parti dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan yang lebih getir daripada biasa.

Beliau berkata ini adalah kerana pakatan pembangkang tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kembali kerusi yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum ke-12 kembali kepada BN.

“Pihak pembangkang pada ketika ini sudah berkuasa di peringkat negeri akan terus mempertahankan kedudukan mereka. Kerusi yang kita (BN) kalah di peringkat Wilayah Persekutuan pastinya bukan mudah untuk mereka lepaskan.

“Mereka ada strategi, mereka bergerak sampai ke akar umbi, mereka membuat program untuk membantu masyarakat ... langkah yang kita ambil, mereka juga ambil langkah yang serupa dan mungkin lebih daripada kita,” katanya.

Mohamad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz menang

Barisan kepemimpinan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum semakin lengkap dengan pengumuman kemenangan mantan naib presiden, Mohamad Sabu ke jawatan timbalan presiden.

Pemimpin akar umbi popular itu meraih 420 undi bagi mengalahkan penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Pemilihan Mohamad yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS dalam pilihan raya umum.

Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua orang ahli parlimennya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahuddin meraih 753undi manakala Mahfuz pula mendapat 616undi.

Bagi melengkapi pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden.

Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan -- bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi.

Terkini

Timbalan Presiden: 426 undi Muhamad bin Sabu

Naib Presiden: 1. 660 undi YB DatoHusam Musa
2. YB Dato Mahfuz Omar
3.753 YB Salahuddin Ayub

Mat Sabu memenangi kerusi Timb Presiden PAS

Barisan kepemimpinan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum semakin lengkap dengan pengumuman kemenangan mantan naib presiden, Mohamad Sabu ke jawatan timbalan presiden. Pemimpin akar umbi popular itu meraih 420 undi bagi mengalahkan penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi). Pemilihan Mohamad yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS dalam pilihan raya umum. [Malaysiakini]

Rakyat perlu bangkit, jangan terus ditindas

Ismail Hashim

GOMBAK, 4 Jun: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan kerajaan diktator di mana-mana sahaja di dunia mempunyai pemikiran dan tindakan sama.

Menurutnya, mereka sangat suka rakyat berada di dalam miskin, lalai dan jahil kerana dengan tiga kelemahan itu, rakyat sentiasa bergantung pada kerajaan.

Katanya, kerajaan boleh lakukan apa sahaja kepada rakyat yang memiliki tiga sifat lemah ini kerana hanya menurut dan tiada sikap menentang.

Ustaz Nasrudin demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah isu antarabangsa sempena Muktamar Tahunan PAS ke 57 di sini.

Turut berucap dalam majlis yang diadakan di padang Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia berhampiran Taman Melewar adalah AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan pimpinan antarabangsa.

Nasrudin membuat perbandingan bagaimana rakyat di negara lain bangun menunjukkan penentangan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga roti sebanyak 15 sen.

"Rakyat negara kita, naiklah berapa sen pun mereka tidak terasa apa-apa, sebagai contoh kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen.

"Dalam keadaan kenaikan berbagai harga keperluan semasa, masih terdapat pujian daripada rakyat.

"Ada yang berkata, kenaikan harga itu memang patut kerana boleh menambah pendapatan negara, saya tidak terasa apa-apa kerana saya tidak punyai kereta," tegasnya.

Sedangkan, menurut Nasrudin, meskipun mereka tidak menggunakan minyak untuk kereta sendiri tetapi harga keperluan harian tetap meningkat dan menjerat leher rakyat.

Namun kerana sikap rakyat yang memiliki jiwa hamba kepada kerajaan diktator, mereka tidak mampu bangun melakukan penentangan.

Kerana itu, tegasnya, rakyat sewajarnya berani lakukan perubahan sikap agar kehidupan mereka menjadi lebih baik di masa hadapan.

Sebelum itu, Haji Mohamad berkata, janganlah diharapkan musuh Islam seperti Amerika dan Israel serta sekutu mereka untuk menghargai Islam.

Malah, katanya, kerajaan yang hanya memberikan ketundukan kepada New York dan London, tidak mampu melakukan apa-apa perubahan terbaik dalam pemerintahan mereka.

Beliau menegaskan, keadaan hanya akan menjadi lebih baik jika semua kerajaan di negara dunia Islam ini mengambil Islam sebagai sumber penyelesaian mereka.

"Selagi mana sesebuah kerajaan itu mengikut telunjuk musuh Islam, tidak mungkin Islam akan dapat ditegakkan.

"Sudah lama umat Islam berada di dalam kesengsaraan, pemikiran mereka tidak merdeka dan hidup mereka menjadi terlalu hina," tegasnya.

Sudah sampai masanya, umat Islam di semua negara mengambil pendekatan baharu dengan mengubah sikap menjadi lebih berani di dalam bertindak ke arah pembebasan negara dan kemerdekaan jiwa.

UMNO ibarat anjing yang angkat sebelah kaki waktu kencing

Oleh: SAIBURI SUDIN

UMNO akan hapuskan semua karaoke bila berkuasa kelak. Itulah tekad UMNO yang sedang dirangka dalam manifesto BN Kedah, khusus untuk rampas negeri ini dari PAS.

Aku nak angkat tabik spring dekat UMNO.Kalau benar karaoke itu adalah maksiat maka elok benarlah UMNO menentangnya habis-habisan.

Cuma pelik bin ajaib bin takjubnya ialah mengapa tiba-tiba UMNO mengangkat darjah kewujudan pusat karaoke sebagai maksiat besar yang wajib dihapuskan segera.

Seluruh dunia tahu UMNOlah yang mengeluarkan lesen judi dan arak. Segala program hedonisme yang bermaharajalela di negara ini melalui media elektronik atau premis-premis awam adalah dengan kebenaran kerajaan UMNO. Misalnya Akademi Fantasia, Juara Lagu, Malaysian Idol, Anugerah Industri Muzik, Mentor, Gangstarz,One in a Million, So You Think You Can Dance, Mari Menari, Project Superstar, The Top Kid dan macam-macam lagi bukankah dengan izin dan restu UMNO. Semua tu 10 kali lebih teruk dari karaoke.

Dari aspek lain UMNO adalah parti perasuah, penyeleweng, penyamun & perompak duit rakyat, pemfitnah nombor 1 mengalahkan Yahudi, penghina ulamak dan pemimpin politik yang tidak sehaluan, pembuli Anwar dengan konspirasi jahat lagi terkutuk, menjadikan Yahudi Apco sebagai penasihat dan 1001 macam kejahatan bak kata orang tua-tua Kedah, jahat bukan sekagha.

UMNO itu sendiri adalah parti sekular yang pragmatis, lalangisme, sering memperlekeh hudud & undang-undang syariah; pendek kata batang tubuh mereka sendiri adalah sekular, tiba-tiba merasa 'kotor' melihat pusat karaoke.

Ia mengingatkan kita tentang perangai anjing yang mengangkat sebelah kaki sewaktu kencing, khuatir air kencing mercik ke tubuhnya; walhal dia tidak sedar bahawa seluruh tubuhnya adalah najis mughallazoh.

http://kedahla.blogspot.com

Nama saja Tukang Kebun tapi sorok 6 guni ganja

Tukang kebun sorok enam guni ganja

ALOR SETAR -Tindakan seorang pengedar dadah cuba menyembunyikan enam karung guni mengandungi 114 ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja dalam sebuah stor akhirnya berjaya ditumpaskan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata, suspek yang juga seorang tukang kebun berumur 45 tahun ditahan ketika di hadapan rumahnya susulan daripada tangkapan suspek pertama berumur 47 tahun dipercayai rakannya.

Katanya, sebelum ini polis menahan suspek pertama pada 30 Mei jam 5.30 petang di kawasan Merbok ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan selain cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap sewaktu operasi polis.

“Ketika melakukan pemeriksaan ke atas motor itu, polis menjumpai satu plastik mengandungi tiga bungkusan ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja seberat 3.150 kilogram bernilai RM11,000.

“Siasatan yang dijalankan ke atas suspek juga mendapati dia pernah ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2008 dan ujian urin mendapati suspek positif ganja,” katanya pada sidang media, semalam.

Ahmad berkata, siasatan lanjut ke atas suspek bekerja sebagai buruh itu turut membongkar aktiviti pengedaran suspek kedua ketika polis menyerbu ke rumahnya di Ladang Sungai Batu.

“Semasa disoal siasat suspek berkenaan membawa polis ke sebuah stor bersebelahan rumah dan menunjukkan enam karung guni yang apabila diperiksa di dalamnya mengandungi 114 ketulan mampat ganja seberat 116.11 kilogram.

“Nilai pasaran keseluruhan ganja yang dirampas dalam stor itu dianggarkan hampir RM400,000,” katanya.

Menurutnya, polis turut menjumpai sepucuk pistol jenis Smith & Wesson, 84 butir peluru hidup 9 milimeter dan satu gari di dalam bilik tidur suspek berkenaan.

“Polis turut menyita beberapa harta milik suspek antaranya dua kereta jenis Hilux, empat motosikal dan berangan elektrik berjumlah RM172,800,” katanya.

Kedua-dua suspek lelaki itu direman bermula 31 Mei hingga 6 Jun 2011.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...