TERKINI :

Friday, June 3, 2011

UMNO nak ajak bergabung - PAS kata tak kelapaq aihh

Muktamar Tahunan PAS: Muktamad, PAS-Umno Tidak Akan Bergabung - Abdul Hadi

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

GOMBAK: PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Umno khususnya berkaitan dengan penggabungan ataupun kerjasama politik.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaliknya berkata, parti itu tegas dan konsisten untuk terus bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Untuk gabung dalam pilihan raya... tak ada. Tapi kalau nak bincang untuk cari persefahaman mewujudkan satu sistem pilihan raya yang adil, itu boleh," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-57 di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai polemik yang dibangkitkan Umno khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang berterusan mengajak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang disifatkan gagal memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mempersoalkan keupayaan Umno untuk berhadapan dengan rakyat khususnya apabila terus membangkitkan isu kerajaan perpaduan terutama menjelang pilihan raya umum ke-13 .

"Susah sangat ke Umno sekarang ini? Susah sampai nak memerlukan PAS (untuk kerjasama)?

"Kita akan terus dengan Pakatan Rakyat mengikut agenda yang kita atur dan seterusnya untuk berhadapan pilihan raya umum," ujarnya.

Candit Camera - Tiga calon bertanding bagi jawatan Timb. Presiden PAS

UNDI... Tiga calon bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS (dari kiri) Persuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Penyandang Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu masing-masing mengundi calon Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi penggal 2011-2013 pada majlis Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar di Gombak,

Pemilihan PAS: Keputusan Diketahui 10 Pagi Sabtu

KUALA LUMPUR: Keputusan rasmi pemilihan jawatan bagi pucuk pimpinan PAS pusat hanya akan diketahui pada pukul 10 pagi esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Datuk Abdul Halim Rahman.

Dalam taklimatnya kepada para pemberita, beliau berkata pemilihan akan dilakukan bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan anggota jawatankuasa kerja PAS pusat bagi sesi 2011-2013.

Bagi jawatan Presiden, penyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding bagi penggal kelima berturut-turut.

Abdul Halim berkata, proses pengundian yang berlangsung dari pukul 4 petang hingga 7 petang ini, melibatkan 1,077 perwakilan yang berdaftar dan layak mengundi.

Beliau berkata, buat julung kalinya juga, proses penjumlahan undi akan dicatat dalam borang 14 seperti yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita telus (dalam pemilihan kali ini). Pemerhati dan wakil calon bagi Timbalan Presiden dan Naib Presiden akan hadir masa pengiraan dan penjumlahan undi dicatat dalam borang 14 macam SPR, dan ditandatangani pemerhati calon yang hadir," katanya.

Abdul Halim berkata, mengikut Fasal 18(2) perlembagaan parti, anggota muktamar yang layak mengundi terdiri daripada pengerusi dan timbalan pengerusi tetap (2), anggota majlis syura, anggota jawatankuasa PAS Pusat dan Pesuruhjaya Negeri (52), wakil daripada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat (masing-masing 20) dan Yang Dipertua Dewan kawasan yang dilantik semasa mesyuarat agung (963).

"Semua perwakilan yang layak mengundi diminta menunjukkan kad perwakilan muktamar yang ada foto mereka di kad itu sebagai bukti kelayakan mengundi di meja pendaftaran.

"Kita juga telah pamerkan nama-nama calon lebih kurang seminggu yang lalu sejak 26 haribulan (Mei) dan harap tidak lagi ada yang tercari-cari nama dan nombor calon. Kita amat berharap proses pemilihan kali ini berjalan lancar," katanya.

Jawatan Timbalan Presiden akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan anggota jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu.

Tiga jawatan Naib Presiden pula membabitkan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah; Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad; dua Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; serta pemimpin PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sebanyak 53 calon pula telah mengesahkan bertanding bagi merebut 18 jawatan anggota jawatankuasa PAS pusat.

ROS tak jadi nak haramkan KEADILAN

http://dinmerican.files.wordpress.com/2008/03/partai_keadilan_rakyat_logo_1.jpg

BERITA TERKINI

KEADILAN menyambut baik keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang berpuas hati penjelasan yang dikemukakan di dalam surat tunjuk sebab berkaitan dengan ancaman pembatalan pendaftaran KEADILAN yang diterima oleh parti minggu lalu.

KEADILAN turut dimaklumkan bahawa pihak ROS juga tidak akan meneruskan tindakan membatalkan pendaftaran KEADILAN.

Justeru pihak parti dengan ini memutuskan untuk membatalkan hasrat menyaman ROS memandangkan perkara ini telah dapat diselesaikan dengan baik.

SAIFUDDIN NASUTION

PAS ulangi pendirian tetap bersama Pakatan Rakyat

June 03, 2011

GOMBAK, 3 Jun — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.

“PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat, yang sudah diperbahas dan diterima oleh PAS,” kata beliau dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Ke-57 yang disampaikan pagi tadi di Dewan Kolej Universiti Islam Datuk Zulkifli Ahmad, Taman Melewar dekat sini.

Kata Hadi, ia melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara.

“Perubahan ini tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak melibatkan reformasi spiritual dan kesejahteraan fikiran rakyat,” katanya.

Sejak pilihan raya umum 2008, PAS menerima pelawaan demi pelawaan sama ada secara langsung daripada Umno sendiri ataupun daripada pihak-pihak yang pro-Umno termasuk beberapa tokoh agama agar ia meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama BN atau bergandung dengan Umno.

Idea itu termasuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.

Pelawaan itu sendiri pernah dipanjangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN dan presiden Umno dan juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Awal tahun ini, The Malaysian Insider pernah membawa laporan bahawa empat pemimpin dari PAS dan Umno bertemu di Istana Terengganu, Kuala Lumpur dan ada menyentuh soal kerjasama kedua-dua parti.

Hadi menambah, “kita sama-sama sedar bahawa demokrasi sedia ada dalam negara kita sudah tempang, akibat dari kerakusan Umno-BN yang ingin mengekalkan kuasa mereka sampai bila-bila.”

“Pun begitu, sehingga kini kita tetap mendahulukan pendekatan damai secara demokrasi, sehingga PAS bersabar menunggu walaupun dijatuhkan secara yang tidak bermoral, beretika dan melanggar asas-asas perlembagaan,” katanya.

Menurut Hadi, rakyat hanya berpeluang mengundi dengan sistem lama yang terlalu lemah dengan minda yang tertutup, peluang yang sempit dan cara yang tidak telus.

“Rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil mengikut makna demokrasi yang sebenar. Demokrasi bukan sahaja hanya memangkah kertas undi.

“Amalan demokrasi menuntut rakyat berpeluang mendapat maklumat daripada semua parti dan calon yang bertanding melalui media yang terbuka,” katanya lagi.

Kata Hadi, PAS akan meneruskan kempen dan membawa suara rakyat yang mahukan pendemokrasian menyeluruh dilakukan dalam sistem pilihan raya melalui langkah-langkah yang akan disusun oleh jentera parti, termasuklah menggerakkan ahli turun menyuarakan bantahan secara terbuka bersama dengan NGO yang ingin melihat suatu sistem yang lebih adil dan telus dalam negara kita ini.

Katanya, PAS juga memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan media secara adil dan bertanggungjawab, akan terus memperhebatkan tekanan ke arah pembubaran akta yang menekan media seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan seumpamanya.

“PAS juga komited memperjuangkan pemansuhan akta-akta yang zalim dan disalahgunakan seperti ISA, dan melakukan islah menyeluruh dalam mengembalikan kewibawaan institusi penting dalam negara seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara serta PDRM.

“Islah ini bukan sahaja menuntut perubahan sistem, tetapi memerlukan pengislahan minda dan spiritual seluruh pegawai atau manusia yang menggerakkan sistem itu sendiri,” katanya.

Kata Hadi, muafakat bersama PAS ini juga berikrar untuk membetulkan konsep federalisme songsang yang diamalkan oleh Umno-BN pada waktu ini, terutamanya memantapkan semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

4.6 | Markas PAS Ank Bukit - Ceramah Isu Semasa

CERAMAH ISU SEMASA
http://2.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TS-73gPCX1I/AAAAAAAACA8/OKgDKd8npVQ/s200/s_ahmad_kasim.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-vHt5uhSIilA/TZBZqwSc-FI/AAAAAAAAJBo/GXEeIfjwlwc/s320/rafizi+ramli+123445.jpghttp://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2010/02/03/030210_MPWATCH_SIVARASA.jpg
Bersama
RAFIZI RAMLI
MP SUBANG
MP KUALA KEDAH


Tarikh | Masa | Tempat
4 jun | 9.30 malam
Markaz PAS Anak Bukit


Aduhai UMNO Sg Petani.. Bercakaq tak habih lagi ka..???

Mesyuarat perwakilan UMNO Sungai Petani ditangguh

ALOR SETAR 3 Jun — Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani, yang pengurusannya ketika ini digantung, yang dijadual berlangsung pada 12 Jun ini ditangguh ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan masalah notis panggilan mesyuarat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, mesyuarat tidak dapat diadakan pada tarikh tersebut kerana berdasarkan Perlembagaan parti, notis perlu diterima 14 hari sebelum tarikh mesyuarat.

"Kita akan umumkan tarikh mesyuarat itu kemudian. Bagi mesyuarat sayap-sayap Bahagian Sungai Petani, kita tidak mempunyai masalah dan semuanya berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kojahanan Futsal Parlimen Alor Setar di sini hari ini.

Pengurusan UMNO Bahagian Sungai Petani kini ditadbir UMNO negeri. - Bernama

Pertahan negeri Pakatan sepenuh kudrat

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Presiden PAS dalam ucapan dasarnya hari ini mengarahkan seluruh jentera parti itu bersiap sedia mulai sekarang.

Paling penting kata Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jentera PAS pelu membuka bilik gerakan dan memenuhkannya dengan aktiviti ke arah mendekatkan parti kepada pengundi.

"Walau bila pun tarikhnya, saya dengan ini mengarahkan seluruh jentera PAS untuk bersiap sedia sebaik sahaja muktamar kita selesai, dengan membuka bilik gerakan dan aktivitinya dengan penuh taktikal, seterusnya menyiapkan gerak kerja secara berstrategi,"katanya.

Pada masa sama beliau mahu semua Dewan, Pemuda, Muslimat dan Ulama melaksanakan 70% tumpuan program mereka ke arah mendekati pengundi khususnya golongan atas pagar.

Bagi Unit Peti Undi (UPU) pula, harapan disandarkan agar mengenali dan mendampingi setiap pengundi dalam lingkungan mereka seperti mendampingi ahli keluarga sendiri.

Uslub yang harus digunakan pula haruslah dengan bahasa yang penuh kemesraan, hikmah dan penuh kesabaran agar mesej parti dapat diterima oleh semua.

"Pada hari ini juga, marilah sama-sama kita berikrar untuk mempertahankan negeri Kelantan dan Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang kita tadbir secara bersama ini dengan sepenuh kudrat yang kita ada.

"Biar keringat kita membasahi bumi tempat berpijak, biarlah tenaga kita bergelora dengan semangat yang tinggi, kita akan pertahankan kemenangan yang telah kita kecapi selama ini dengan Izin Allah,"tegasnya.

KETUA DEWAN ULAMAK PAS TIDAK MAHU MAT SABU?

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS disaran oleh Ketua Dewan Ulamaknya agar tidak terlalu mengikut rentak atau terlalu meraikan sesiapa termasuk rakan sekutu dari Pakatan Rakyat agar identiti dan jati diri PAS sebagai parti Islam tidak tercemar. Ini ucapan datangnya dari Datuk Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulamak PAS dan tidak diketahui maksud beliau itu.

Pertamanya ingin dipersoalkan, adakah imej PAS terjejas atau bertambah kuat selama berada di dalam Pakatan Rakyat? Jika benar terjejas, mengapa ianya terjejas dan siapa penyebabnya perlu diterangkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS tersebut. Sekiranya tidak terjejas atau PAS sekarang semakin diyakini oleh rakyat, perlu apa Datuk Harun Taib berkata demikian?

Memetik laporan di sini, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terlalu mengikut "rentak" pihak tertentu, termasuk dalam Pakatan Rakyat dalam usaha memelihara parti Islam itu. Katanya, beliau bimbang PAS akan kehilangan identiti dan jatidiri Islam yang menjadi dasar parti itu. "Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan PAS kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat"(Malaysiakini).

Apabila mendengar ucapan seperti ini, mungkin ada yang berpendapat ianya tidak berlaku di dalam PAS cuma sekadar ingatan dan nasihat dari Ketua Dewan Ulamak PAS itu. Jika benar, nasihat itu boleh diterima secara positif walaupun mungkin ada yang memberi tafsiran sebaliknya. Mungkin Dewan Ulamak PAS juga boleh menerima jika di dalam perhimpunan parti samada PKR atau DAP ada pemimpin yang berucap agar parti tidak terlalu `meraikan' PAS.

Di dalam ucapannya itu juga, Datuk Harun Taib juga mahu PAS mengekalkan `Ulamak Haraki' di dalam saf kepimpinan tertingginya. Ada suara yang berkata ucapan ini seolah-olah ingin memberitahu perwakilan bahawa `Ulamak Haraki' mesti dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS, dan yang pasti tokoh itu bukan Mohamad Sabu. Dan, semua tahu Mohamad Sabu mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin dari DAP terutamanya KM P.Pinang, Lim Guan Eng. Tidak dipastikan adakah hubungan seperti ini boleh dianggap `terlalu meraikan' rakan sekutu dari PR.

Jelas, samada cara itu betul atau tidak, Ketua Dewan Ulamak PAS itu telah berkempen agar Mohamad Sabu tidak terpilih. Datuk Harun Taib bukan sahaja berucap `melukakan' rakan sekutu dari PR, tetapi turut `melukakan' hati tokoh PAS sendiri iaitu Mohamad Sabu. Saya yakin tidak semua setuju dengan ucapan yang kurang bijak itu./wfauzdin.blogspot.com

Depa nak yg muda Belia

PKPIM MAHU AHLI PARLIMEN BELIA BAWAH 25 TAHUN



KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
1 JUN 2011 / 28 JAMADLAKHIR 1432 H

PKPIM MAHU AHLI PARLIMEN BELIA BAWAH 25 TAHUN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kenyataan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rafiee yang tidak bersetuju dengan cadangan melantik Ahli Parlimen Belia di bawah umur 25 tahun dengan menyifatkan usia paling sesuai adalah 26 hingga 30 tahun.

PKPIM berpandangan usaha pihak kerajaan menubuhkan Parlimen Belia antara lain adalah untuk menggandingkan pandangan seluruh golongan belia yang menurut Akta Pembangunan Belia adalah golongan yang turut berusia 25 tahun ke bawah. Maka, untuk merealisasikan tujuan berkenaan ia sememangnya memerlukan cadangan dan partisipasi dari golongan yang lebih segar iaitu antara 22 hingga 25 tahun untuk digandingkan dengan mereka yang berada pada usia akhir belia.

Dalam pada itu, mengulas berkenaan dengan kematangan dalam mengendalikan peranan besar sebagai pemimpin belia menerusi platform ini persoalan tersebut tidak boleh diukur dengan perbezaan tahap usia atau “seniority” kerana terdapat juga dalam kalangan mereka yang sudah memperoleh mandat kepimpinan yang besar dalam menangani permasalahan kelompok mereka.

Sebagai contoh golongan mahasiswa ketika berusia bawah 25 tahun sudah diberi pendedahan memimpin meneraju tampuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan menerusi pilihan raya kampus termasuk beberapa NGO pelajar di peringkat kebangsaan.

Sementara itu negara kita juga pernah mencoret sejarah apabila berjaya menampilkan beberapa tokoh yang sudah menjadi ahli Parlimen Malaysia ketika berusia bawah 25 tahun. Contoh yang paling ketara adalah Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak yang memegang mandat sebagai ahli Parlimen Pekan ketika berusia 23 tahun dan seterusnya menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom, dan Pos ketika berusia 25 tahun. Ini termasuk Datul Lee Lam Thye yang telah dipilih menjadi ahli Parlimen Bukit Bintang ketika berusia 22 tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Model Parlimen Belia di luar negara juga meletakkan kriteria usia yang terlalu muda bagi memberi peluang untuk menggilap kepimpinan belia. Ini dapat dilihat menerusi model Parliman Belia United Kingdom atau “UK Youth Parliament” (UKYP) yang meletakkan lingkungan usia anggota antara 11-18 tahun.

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA
(PKPIM)

PAS terus jarakkan diri dari Umno

Untuk tiga tahun berturut-turut, muktamar PAS terus mengulangi penegasan mereka bersama Pakatan Rakyat dan berusaha menjarakkan diri mereka dengan Umno sebagai sebuah lagi parti Melayu-Islam.

pas muktamar 030611 hadi awang"Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang diamalkan oleh PAS ini telah menjadi sebahagian daripada fekah politik Islam yang wajib dipelajari oleh pimpinan PAS dan diperkenalkannya kepada masyarakat supaya mereka memahami perbezaan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan kerjasama wala antara Umno dalam BN..." kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ucapan itu dilihat sebagai respons kepada pelawaan berterusan Umno dalam isu kerajaan perpaduan yang mula diperkatakan sejurus selepas berlakunya 'tsunami politik' selepas 8 Mac 2008.

Ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam muktamar PAS ke-57 di Gombak hari ini, Abdul Hadi juga mendakwa kerjasama dengan Umno dan BN hanya menghilangkan jati diri Islam daripada bangsa Melayu.

Menurutnya, sebagai parti yang paling berpengalaman - sama ada sebagai pembangkang atau dalam kerajaan - PAS harus sedar tentang perkara itu.

NONETurut hadir sebagai tetamu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang.

Berucap di hadapan lebih 1,000 perwakilan, Abdul Hadi terus mengkritik Umno yang didakwanya gagal membersihkan politik dalam negara yang memisahkan ajaran agama daripadanya.

"Pemimpin Melayu Islam yang membebalkan majoriti rakyat beragama Islam dan tidak boleh menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam, kerana dijangkiti keruntuhan moral dan zalim, rasuah dan menyalahgunakan kuasa, sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya," katanya.

pas muktamar 030611 audienceBeliau terus mengulangi kritikan kerasnya pada Umno yang disifatkannya sebagai "dibarahi penyakit warisan penjajah" serta membutakan dan memekakkan orang Melayu dengan politik wang serta hiburan yang membodohkan.

"Maka menjadi tanggungjawab besar kita untuk terus menerus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu kepada seluruh rakyat dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam, supaya membebaskan diri daripada khurafat politik Umno bahawa mereka sahaja boleh memerintah," katanya.

Rakyat atau Kerajaan yang perlu berjimat?

Oleh Mohd Yusof Hadhari

Sekarang kita semua perlu terus sedar bahawa penjimatan kini sudah menjadi wajib. Ia patut menjadi kata kunci kepada semua orang, bukan lagi kepada yang berpendapatan rendah sahaja.

Kanapa saya berkata begitu. Harga gula sudah naik, harga minyak sudah berapa kali naik. Untuk harga barang yang lain harap tidak di naikan lagi, sekurang-kurangnya tidak dirasionalisasikan dalam masa terdekat. Harga petrol Ron95, diesel dan gas masih lagi bertahan, entah sampai bila subsidinya dapat diteruskan! Kita tunggu dan lihat.

Dan mulai kemarin (1 jun), bagi pengguna elektrik antara 301kW dan 1000kW unit, tarifnya sudah dinaikan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Macam biasa, tenang semua. Harga gas asli di Malaysia masih lagi murah berbanding Negara jiran meskipun dengan kenaikan itu. Menurut kerajaan, sebelum atau selepas kenaikan, setelah dirasionalisasikan, harga di Negara ini masih murah jika di bandingkan dengan Thailand sebanyak RM18.23 setiap juta unit termal British (MMBtu). Indonesia RM21.04, Singapura RM43.32 dan Vietnam RM18.70.

Kerajaan kata kenaikan dalam bekalan gas ke sektor perindustrian adalah wajar, iaitu daripada RM15 setiap MMBtu kepada RM16.07 setiap MMBtu, jika dibandingkan dengan Negara serantau seperti Thailand(RM19.46), Indonesia(RM18.74) dan Singapura(Rm113.45). Apa pun, yang jelas pengguna tidak akan selesa dengan sebarang kenaikan.

Apa yang dibimbangkan adalah penyelarasan atau merasionalisasikan tariff elektrik ini akan dijadikan alasan menaikan harga barangan atau perkhidmatan sewenang-wenangnya. Barangkali pengguna boleh rasa sedikit lega dengan jaminan persatuan restoran yang mewakili 2,500 ahli bahawa mereka tidak akan naikkan harga makanan, tetapi adakah kerajaan mahu ringankan bebanan pengusaha restoran dengan pastikan levi pekerja asing ditanggung pekerja itu sendiri. Baca amaran ini. Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan merasionalisasikan tariff elektrik ini, kata Ketua Ekonomis Ratings Agency Malaysia, Yeah Kim Leng.
Apa yang menjadi kempen kebiasaan di dengar rakyat adalah kita perlu jimat. Rakyat perlu bijak dan lebih baik mengambil tindakan jimatkan perbelanjaan melalui berbagai cara. Kerajaan akan sediakan jadual bagaimana cara-cara penjimatan kepada rakyat. Gunakan seterika seminggu sekali, jangan biarkan pintu peti ais air tidak ditutup rapat dan banyak lagi.

Walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindahkan kos lebih tinggi kepada pengguna. Benar jika alasannya pengecualian kenaikan diberi kepada yang mengguna elektrik RM20 ke bawah sebulan, tapi apakah anda dan saya dengan kemudahan dan peralatan yang perlu digunakan dan anggota keluarga yang ramai, kita termasuk dalam golongan itu? Oh ya, hampir terlupa, kerajaan sudah sediakan jadual penjimatan kepada kita semua.

Saya rasa tidak perlu kerajaan tunjukkan cara penjimatan setelah kerajaan naikkannya. Seolah memainkan rakyat, dan saya rasakan rakyat sudah mula celik dan bukan terlalu bodoh. Kata PM kita, Dato Seri Najib Tun Razak, “rakyat sudah berubah”. Kita sudah lama berjimat cermat kerana harga yang sentiasa dirasionalisasikan sejak sekian lama. Apa yang kita mahukan kerajaan yang perlu belajar berjimat dan pandai menggunakan wang Negara dalam masa yang sama dapat memberikan manfaat kepada rakyat seluruhnya.

Mohd Yusof Hadhari
Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia(GAMIS)

Isu Biasiswa: DAP sindir MCA

DAP tidak akan tunduk terhadap ancaman MCA yang mengguna pakai kaedah PERKASA dengan penggunaan sentimen perkauman, untuk menutup kegagalan mereka mengotakan janji untuk mendapatkan biasiswa pengajian luar negara kepada 86 pelajar cemerlang SPM. Timbalan Menteri Pendidikan, Wee Ka Siong menyatakan bahawa anugerah tahun ini sebagai "paling karut" di mana pelajar cemerlang SPM hanya diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian diploma walhal mereka yang mendapat gred yang lebih rendah mendapat tajaan biasiswa pengajian luar negara.

Sebagai reaksi, Presiden MCA, Chua Soi Lek (gambar kiri) telah berkeras bahawa kesemua pelajar cemerlang SPM perlu mendapat tajaan biasiswa pengajian luar negara. Walau bagaimanapun, hal ini telah ditolak oleh Kabinet, di mana pelajar-pelajar ini diberikan tajaan biasiswa pengajian di universiti tempatan dan menolak untuk menyenaraikan mereka yang layak menerima biasiswa pengajian luar negara berserta keputusannya. Seharusnya mereka menjelaskan kegagalan dan ketidakadilan layanan BN terhadap pelajar-pelajar cemerlang ini, sebaliknya MCA telah memilih untuk menyerang DAP sedangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah menafikan pemberian biasiswa pengajian luar negara kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM berkenaan dan bukannya DAP.

Jelas bahawa MCA tidak petah dalam berkata-kata, bersikap acuh tak acuh, tidak tegas dan tidak berkesan dalam membetulkan kesalahan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh BN terhadap pelajar cemerlang SPM, tetapi selalu siap siaga untuk menyalahkan DAP.

DAP tidak pernah memutar belitkan isu ini menjadi isu perkauman sebagaimana yang diperkatakan oleh Chua sebaliknya menganggap ini adalah kegagalan Kerajaan BN untuk menghargai bakat rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Bagaimana Chua melihat masalah ini sebagai perkauman apabila daripada 86 pelajar cemerlang tersebut, tiga adalah Bumiputera, seorang Bumiputera Sarawak, 71 orang Cina dan 11 orang India.

Adakah Chua menyatakan bahawa Wee Ka Siong salah apabila beliau menyatakan bahawa anugerah tahun ini adalah yang "paling karut"? Wee telah membangkitkan isu ini setiap tahun tetapi masih tiada jalan penyelesaian yang wajar. Atau haruskah kita menunggu sehingga tiada lagi MCA untuk mendapatkan penyelesaian yang adil kepada pelajar-pelajar cemerlang. Kegagalan MCA untuk memastikan 86 pelajar cemerlang SPM mendapat biasiswa pengajian luar negara membuktikan bahawa Chua Soi Lek telah gagal untuk memberi jaminan sama ada MCA sepatutnya berada di dalam atau di luar Kabinet dan pentadbiran Kerajaan - tidak ada bezanya!

MCA mungkin takut untuk bersuara mengenai isu ini sama ada di dalam Parlimen mahupun di luar. Walau bagaimanapun, Ahli-ahli Parlimen DAP tidak akan gentar dengan kecaman MCA, sebaliknya akan memastikan hal ini dibawa ke persidangan Parlimen pada 13 Jun 2011.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

Pasai apa aku pilih Mat Sabu?

Bandingan antara Mat Sabu dengan 2 calon Timbalan yang lain

Dah lama aku nak tulis pasai ni, pasai apa aku sokong Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Tangguh punya tangguh, sampai hari ni pun tak tertulis lagi.

Jadinya pasai apa aku pilih Mat Sabu?

Aku pilih Mat Sabu atas asas keperluan PAS sebagai parti politik untuk ada pemimpin utama yang terbaik untuk menghadapi PRU13.

PAS memerlukan pemimpin yang bukan saja boleh jadi pemimpin kepada ahli PAS tapi PAS juga perlukan pemimpin yang boleh jadi pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bukan setakat boleh jadi pemimpin tapi yang lebih utama lagi boleh diterima dengan mudah sebagai pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia yang bukan saja berbagai bangsa tapi juga berbagai agama dan berbagai kefahaman.

Ada perbezaan yang sangat besar antara 'boleh jadi pemimpin' dengan 'boleh diterima sebagai pemimpin'.
Kalau setakat nak jadi pemimpin kepada ahli PAS, sapa-sapa pun dikalangan pemimpin PAS yang ada di pusat sekarang ni layak jadi pemimpin. Macam yang Ust Tuan Ibrahim kata sebelum ni. PAS ni bukan syarikat sendirian berhad atau syarikat anak beranak. PAS dipimpin secara berjamaah. Jadinya apa masalahnya kalau sapa pun yang pegang jawatan Timbalan Presiden PAS tu.

Kelebihan Mat Sabu dari 2 calon Timbalan Presiden yang lain, Mat Sabu memang terkenal dengan keupayaan dia untuk menghimpun massa. Kalau ditengok kepada kehadiran dalam ceramah memang Mat Sabu jauh mengatasi 2 calon lain. Malah orang Cina dan India pun ramai yang hadir ceramah Mat Sabu dan boleh gelak secara berjamaah.

Yang lebih penting lagi, kehadiran tu bukan setakat ahli dan penyokong PAS saja tapi termasuk jugak ahli Umno pun hadir ada hadir walaupun sekadar duduk dalam gelap di celah-celah pokok pisang.

Lagi satu kelebihan Mat Sabu, dia berupaya menggerakkan massa. Kalau bab demonstrasi memang Mat Sabu yang paling ke depan, langsung tak boleh dicabar oleh 2 calon lain. Demo BERSIH boleh dijadikan contoh, macamana Mat Sabu berjaya menggembeling bukan saja ahli dan penyokong Pakatan Rakyat tapi jugak yang NGO dan yang tak berparti untuk sama-sama BERSIH.

Faktor yang paling penting, Mat Sabu lebih kedepan dan lebih mudah diterima dari kalangan bukan ahli PAS sebagai pemimpin. Bukan maksud aku Ust Tuan Ibrahim dan Ust Nasha tak boleh memimpin tapi aku rasa orang yang bukan PAS lebih mudah terima Mat Sabu.

Mat Sabu lebih berkebolehan untuk tarik golongan bukan PAS ni untuk bersama menyokong PAS. Malah bukan setakat menyokong tapi mungkin lebih dari tu, untuk bekerja bersama-sama PAS untuk menumbangkan Umno BN.

Mat Sabu juga disukai oleh berbagai kelompok masyarakat. Dari orang muda yang baru boleh mengundi sampai ke golongan saluran satu yang mungkin PRU13 peluang terakhir untuk mengundi. Kalau banding antara 3 calon Timbalan tu, memang Mat Sabu yang paling ke depan.

Semua faktor-faktor tu akan sangat-sangat bagi kesan kepada prestasi PAS dalam PRU13. Banyak lagi faktor lain termasuk keberanian Mat Sabu dan kebersamaan dia dengan golongan marhaen.

Lagi satu faktor yang tak kurang pentingnya, Mat Sabu berkemampuan untuk menyaingi pemimpim-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP lebih respek Mat Sabu dari 2 calon Timbalan yang lain.

Faktor respek ni penting terutama sekali bila tiba masa Majlis Presiden bermesyuarat untuk menentukan pembahagian kerusi. Dengan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, aku yakin kepentingan PAS akan lebih terbela dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Jadinya, kalau ada perwakilan yang sempat baca posting aku ni,

TOLONG LA UNDI MAT SABU!!!


source: http://cenangau.blogspot.com

Patut Pengarah TNB suka sangat takrif naik..nak buat bayaq gaji dia yg RM1.2juta tu laa kot..??

PETALING JAYA: Gaji-gaji bos Syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah meningkat secara mendadak menurut Laporan Tahunan 2010.

Pada bulan Ogos 2010, Pengarah Eksekutif Che Khalib Mohamad Noh menerima satu gaji pokok tahunan sebanyak RM1.2 juta, jumlah sekali ganda berbanding yang diterimanya pada 2009.

Untuk caruman KWSP, bonus RM302,500 dan elaun-elaun lain, jumlah gaji yang diterimanya pada 2010 ialah sehingga RM1,806,664.

Laporan itu berkata: "Semasa kewangan tahun 2009/2010, Che Khalib turut menerima RM400,000 dan RM600,000 bagi tunggakan untuk gaji baru dan ex-gratia khas, yang diluluskan oleh MoF (Kementerian Kewangan) dan lembaga pengarah TNB."

Pengarah Eksekutif Kedua TNB Azwan Mohd, yang telah dilantik pada 15 April 2010, menerima satu imbuhan berjumlah RM755,320.22 termasuk gaji pokok RM457,440.

Syarikat tenaga ini juga menunjukkan peningkatan kecil gaji untuk kebanyakan pengarah-pengarah bukan eksekutifnya.

Bekas ahli politik Sarawak, Leo Moggie menerima RM313,791.15 pada 2010 berbanding gaji RM299,190.20 yang diterimanya pada 2009.

Rakan sejawatnya, Mohammad Zainal Shaari, membawa pulang RM134,056.95 tahun ini berbanding RM127,797.85 pada 2009.

Pengarah-pengarah bukan eksekutif lain, termasuk Puteh Rukiah Abd Majid and Hari Narayanan Govindasamy, menerima gaji yang lebih kecil pada 2010.



Pinjaman-pinjaman dan liabiliti

Pada keseluruhannya, syarikat tenaga juga menikmati hasil yang lebih besar dan satu keuntungan operasi kukuh, menurut rumusan kewangan froup lima tahun.

Pada 2010, TNB Group memperolehi RM30,320.1 juta dalam pendapatan; hampir RM10 bilion lebih berbanding 2006, dan RM1.5 bilion lebih daripada yang perolehi pada 2009.

Ia juga menerima RM4,182.7 juta dalam keuntungan menjalankan operasi, kedua tertinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak RM5,542.7 juta.

TNB Group mendapat keuntungan RM4,022.1 juta sebelum potongan pencukaian dan zakat, lebih daripada dua kali ganda berbanding 2009 (RM1,543.1 juta).

Keuntungan bersih pada 2010 kepada pemegang-pemegang ekuiti syarikat juga tiga kali (RM3,201.9 juta) lebih tinggi daripada 2009 (RM917.9 juta).

Jumlah aset TNB Group pada tahun 2010 meningkat kepada RM74, 081.100.000, dengan penurunan berbanding pada (2009) daripada jumlah pinjaman dan liabiliti RM21, 263.600.000 dan RM45, 266.600.000.


Kredit : FMT

SKETSA : Subsidi nelayan laut dalam ditarik balik


CERITA ATAS DARAT

Rakyat amat hairan kenapa subsidi nelayan ditarik balik, maka reporter pun tanya lah Noh Omar :
Reporter :YB , kenapa subsidi nelayan ditarik balik?
- Nor Omar : Ini satu langkah yang bijak, untuk meyelamatkan nyawa nelayan di makan JAWS. Kerajaan amat ambil berat tentang kes JAWs makan nelayan/.
- Reporter: Nelayan nak cari makan di laut, harga minyak mahal, kurangkan subsidi, maka harga ikan akan naik.
- Nor Omar : Nyawa nelayan patut dihargai, kita boleh bina kolam menternak ikan , jangan ambil risiko dilaut.
-Nor Omar , Ini projek menternak ikan akan dikendalikan oleh kementerian pertanian,, tolong dapatkan infor...terima kasih

CERITA DALAM LAUT

Jerung 1: Dengar cite, subsidi nelayan laut dlm di tarik balik.
Jerung 2: Ni yg susah ati ni, spatutnya tmbah lagi subsidi spaya nelayan tangkap je sume ikan2 kcik ni …..wt menyemak je dlm laut ni.
Jerung 1: Nasib baik kita jerung ye……mana diorang brani tangkap punya….
Jerung 2: Ele……ikan2 kcik ni bodoh, renang rmai2 lak tu…..macam la ikan bsar takut….
Jerung 1: Tapi baik gak ikan kcik ni…bleh gak tolong makan, cuci, jilat2 lumut kat badan kita.
Jerung 2: Aik…..tu ikan apa lak kat sana tu…punya la bsar …….
Jerung 1 : oooh….tu suku sakat kita gak tu….dia dari laut Perancis…...…baru kluar sepital le tu….dngar cite dia kena sakit "Kurang Daya Tahan Menyelam"…..lbihkurang macam AIDS gak la…..
Jerung 2 : Ksiaaaaaan

SUMBER : komen di Malaysiakini

8 Rumusan Tindakan Bersama PAS - Presiden PAS

GOMBAK, 3 Jun - Muktamar PAS kali ke 57 ini berlangsung di ambang pilihanraya umum ketiga belas yang akan diadakan pada bila-bila masa. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapannya pagi tadi menegaskan medan pilihanraya itu nanti akan menjadi medan juang yang sangat sengit kepada kita.

"Maka di atas komitmen ini, tibalah masanya pula kita memperkukuhkan konsep dan objektif kebajikan secara menyeluruh dalam urustadbir yang kita bawa sebagai asas komitmen kita, untuk mentadbir negara masyarakat majmuk ini secara bersama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat," tegas Presiden PAs itu tadi.

Katanya, berlatar belakangkan seluruh perkembangan politik tanah air dalam kita berdepan dengan cabaran pilihanraya umum ke 13 yang akan tiba nanti.

"Maka faktor kejayaan berikut adalah amat penting untuk dihayati dan dilaksanakan segera oleh semua peringkat pimpinan, aktivis dan pendokong parti," ujarnya.

Presiden PAS dalam ucapan dasar Muktamar PAS ke 57 pagi tadi menyeru 8 rumusan untuk tindakan bersama seperti berikut:

(i) Marilah kita sama-sama memahami tujuan perjuangan dan beristiqamah bersama PAS, memperkasakan organisasi, kerana PAS akan tetap dengan matlamat perjuangan yang digariskan dalam perlembagaannya, kerana itulah tuntutan tujuan ibadah, amanah dan khilafah yang menjadi tujuan kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT.

(ii) Marilah kita memahami maksud tema muktamar Membangun Negara Berkebajikan, kerana ianya akan menjadi kunci kepada tindakan kita sepanjang tahun ini. Agenda besar kita yang telah dibentangkan dalam ucapan dasar ini perlu dibincang dan dipercambahkan fikrahnya, perancangan dan tindakannya, supaya tema ini mampu menjadi pemangkin dalam kita melakukan agenda perubahan yang kita rancangkan.

(iii) Marilah kita memperkukuhkan dan merapatkan saf serta mengeratkan “Ukhuwwah filLah” di kalangan ahli jamaah dalam memenuhi tuntutan Allah SWT, sebagai syarat kemenangan sekali gus mempersiapkan dan mempertingkatkan keupayaan dan kelancaran seluruh jentera pilihanraya parti di semua peringkat - JPP Pusat, JPN, JPRK, MTD dan UPU.

(iv) Marilah kita memahami tuntutan” Tahaaluf Siyasi” sebagai pendekatan pemuafakatan politik yang paling bijak dan wajar di kalangan parti-parti komponen Pakatan Rakyat sekaligus memenuhi tuntutan melancarkan gandingan jentera pilihanraya bersama Pakatan Rakyat di semua peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan, bagi mendepani cabaran menumbangkan kerajaan UMNO/BN.

(v) Marilah kita memperluaskan muafakat melaksanakan perubahan dalam negara kita ini, bersama-sama dengan seluruh badan-badan NGO dari pelbagai latarbelakang aktiviti, serta seluruh rakyat yang prihatin supaya negara dapat dibebaskan dari amalan buruk dan demokrasi berat sebelah yang diamalkan sekarang ini.

(vi) Marilah kita memantapkan jentera penerangan parti bagi mengungguli penerangan kerana sesungguhnya Islam yang diperjuangkan PAS adalah membawa mesej “Rahmat Untuk Sekalian Alam”. Jentera penerangan kita juga perlulah menyebar-luaskan agenda perubahan seperti yang termaktub dalam “Dasar Bersama”, “Buku Jingga”, dan yang telah disebut dalam ucapan dasar ini.

(vii) Marilah kita memurni dan membersihkan Siyasah atau Politik sebagai satu bidang dan juzu’ penting dalam kehidupan umat Islam khasnya, dan rakyat seluruh rakyat amnya, dengan membersihkan bidang politik dari perilaku dan gejala politik jijik, fitnah dan perkauman sempit yang diamalkan UMNO/BN di waktu ini. PAS mesti mengambil peranan utama dalam menjayakan usaha murni ini untuk menamatkan fahaman dan amalan politik “Matlamat Menghalalkan Cara” seolah-olah politik adalah bebas dari ketentuan dan bimbingan syariat Allah SWT.

viii) Marilah kita memperkukuhkan prinsip “Semak-Imbang” yang dituntut di dalam Al-Quran sebagai teras utama tata-kelola pengurusan serta pemerintahan sesebuah kerajaan yang dibimbingi nilai-nilai Islam dan nilainilai demokratik bagi menjayakan “Pengurusan Terbaik” untuk mencapai cita-cita tema muktamar “Membangun Negara Berkebajikan”.

Ajaib kenapa yang nie Kita tak mau tiru Indonesia..???

Hari Ini, Harga Pertamax Turun Lagi

JAKARTA, KOMPAS.com — PT Pertamina kembali menurunkan harga bahan bakar minyak (BBM) nonsubsidi terhitung mulai hari ini, 1 Juni 2011 pukul 00.00 WIB, di beberapa wilayah Indonesia. Demikian rilis dalam situs web Pertamina hari ini.

Padahal, pada Senin (30/5/2011) lalu Pertamina baru saja menurunkan harga BBM yang terdiri dari Pertamax/Bio Pertamax, Pertamax Plus, dan Pertamina Dex ini. Hal tersebut langsung diikuti dua perusahaan pesaing Pertamina dengan menurunkan harga BBM sejenis pada Selasa (31/5/2011).

Adapun harga BBM nonsubsidi Pertamina yang mulai berlaku hari ini untuk wilayah Jakarta dan sekitarnya, yaitu harga Pertamax turun Rp 300 menjadi Rp 8.600 per liter dari sebelumnya pada 30 Mei 2011 harga Pertamax Rp 8.900.

Kemudian, harga Pertamax Plus di Jakarta dan sekitarnya turun Rp 200 menjadi Rp 9.050 per liter dari Rp 9.250 per liter, serta harga Pertamina Dex di Jakarta dan sekitarnya turun Rp 350 dari sebelumnya Rp 9.700 per liter menjadi Rp 9.350 per liter.

Kemarin, PT Shell Indonesia menurunkan harga produk BBM jenis Super R92 beroktan 92. Harga Super R92 di stasiun pengisian bahan bakar umum (SPBU) Shell di Jakarta, Bogor, Tangerang, Depok, dan Bekasi yang semula Rp 9.050 per liter, mulai kemarin pukul 00.01 menjadi Rp 8.450 per liter. Adapun harga baru Super R92 di SPBU Shell di Surabaya Rp 8.800 per liter.

Hal serupa juga dilakukan PT Total Oil Indonesia. Kemarin pukul 14.00, harga baru untuk produk BBM Total jenis Performance 92 dari Rp 9.050 menjadi Rp 8.450 per liter. Berarti ada penurunan harga Rp 600 per liter. Sebelumnya, PT Pertamina menurunkan harga Pertamax rata-rata Rp 350 per liter.

KEDAHLANIE : LAPORAN ISU KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH( KUIN)

Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.

Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera. Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah :

1. Masalah kelewatan bayaran ptptn dan zakat
2. Isu penempatan pelajar
3. Isu keselamatan
4. Masalah disiplin
5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi
6. Etika pemakaian pelajar
7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi
8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama
9. Karenah birokrasi yang teruk dll.
Dalam perjumpaan itu, rektor dan beberapa pegawai kanan KUIN berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebaik mungkin. Selepas menanti selama 3 bulan, pentadbiran KUIN dilihat seolah-olah tidak bertindak sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Padahal, masalah yang berlarutan sejak bertahun- tahun sebelum ini memerlukan penstrukturan semula KUIN secara menyeluruh, dari semua sudut. Apa yang sedang di buat oleh kerajaan sekarang ialah transformasi secara total, baik dari sudut pembangunan kursus, perubahan attitude pensyarah dan pelajar, kediaman dan kemudahan- kemudahan. Pembinaan kampus tetap adalah sebahagian dari komitmen besar kerajaan ke arah itu.

Daripada tiga ribu pelajar, kini KUIN menampung tujuh ribu pelajar. Sudah tentu masalah yang berlarutan itu juga semakin mendesak untuk diselesaikan. Usaha gigih ini sudah menampakkan hasil yang sangat baik dari masa ke semasa. Tidak mungkin ia dapat memenuhi semua tuntutan dalam sekelip mata.

Pencuri mati direnjat elektrik

Pencuri mati direnjat elektrik

ANGGOTA bomba dan polis mengeluarkan mayat seorang lelaki yang ditemui
mati di atas siling sebuah rumah di Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI - Seorang wanita diselubungi perasaan seram apabila hajatnya untuk melihat rumah lamanya disambut dengan lelehan darah pada siling sebelum dia menemui mayat lelaki yang mati akibat terkena renjatan elektrik semalam.

Salina, 20-an, memberitahu, kejadian di Jalan Serampang 12, Taman Ria Jaya di sini itu disedari pada pukul 10.30 pagi.

Katanya, rumah tersebut telah dikosongkan sejak dua tahun lalu kerana dia sekeluarga berpindah ke tempat lain.

"Meremang bulu tengkuk saya apabila ternampak cecair seperti darah mengalir. Untuk merungkaikan persoalan itu, saya terus memeriksa kawasan sekitar sebelum terhidu bau objek terbakar lalu menghubungi polis," ceritanya.

Tambahnya, anggota polis yang memeriksa sebahagian siling kemudian ternampak kaki manusia pada satu lubang di situ.

Kenapa Kita Perlu Sokong Mat Sabu..!!??

Pemilihan PAS antara dua garis politik
oleh Hishamudin Rais@TukarTiub

http://terompahbesi.files.wordpress.com/2011/05/nasa_mat_sabu.jpg?w=300&h=199
Saya selalu membaca dan mengamati tulisan, komentar dan analisa politik terkini tentang negara kita ini. Saya membaca dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Ada yang menarik. Sayangnya banyak pula yang membosankan. Membosankan kerana sang penulis hanya bergelut dengan personaliti individu - si politikus. Tidak lebih dari itu.

Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas.

Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisahkan macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergolung ke dalam satu kelas. Secara kasar, ada dua kelas - yang memerintah dan yang diperintah. Contohnya yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan golongan miskin.

Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini, golongan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Manakala kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sedikit. Mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa.

Ini bukan tulisan propaganda. Ini hakikat, fakta sahih yang boleh dirujuk kepada Jabatan Statistik Negara. Fakta-fakta – ekonomi dan kelas ini - menjadi kabur atau sengaja dikaburkan dengan agenda agama, dengan agenda bahasa, dengan agenda kaum dan bangsa. Politik ialah agenda merebut kuasa. Period. Tamat. Agenda-agenda yang lain hanyalah alat dan taktik untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk bangun merebut kuasa.

Justeru untuk saya, perjuangan politik untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk diagih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan memberikan secara percuma pada orang ramai.

Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara Pakatan dengan gerombolan United Malays National Organisation di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai - suara rakyat - diwakili oleh Pakatan.

Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi maka si mamat atau si minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi.

Dewan Ulama lulus usul tolak video seks

Dewan Ulama lulus usul tolak video seks
Abdul Rahim Sabri
Jun 2, 11
6:04pm


Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul menolak video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas dibahaskan.

Menurut usul itu, video itu disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat secara terancang oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.

Ia juga akan dibawa untuk dibincangkan dalam muktamar utamanya yang akan bermula esok.

NONEKeputusan itu diumumkan oleh pengerusi tetap Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam muktamar dewan itu di markaz tarbiah PAS di Gombak, Kuala Lumpur.

Ketika membentangkan usul itu, wakil Dewan Ulama Kelantan Nik Razi Nik Mat mengutuk kerajaan Malaysia yang didakwanya membenarkan penyebaran video itu.

"Kerajaan Malaysia tidak ada imej. Dahulu perdana menteri yang memerintah 22 tahun menuduh bekas timbalannya liwat (sic), pada masa penerapan nilai-nilai Islam (dilakukan)," kata adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Selain itu, Nik Razi juga membidas mufti yang didakwanya tidak memberikan sebarang pandangan dari perspektif Islam berhubung isu berbangkit itu.

Sasar pengundi Melayu

Menyokong usul tersebut, perwakilan dari Kedah mendakwa fitnah video seks itu digunakan oleh BN bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

alleged four full sex videos on youtube 290411 13Katanya, BN tidak mempunyai modal kerana setiap isu yang dibangkitkan, mampu ditolak oleh Pakatan Rakyat.

Bahkan, menurut perwakilan itu, video seks itu digunakan untuk menghilangkan kepercayaan PAS terhadap Pakatan.

"Mereka sebenarnya sasar pengundi Melayu... PAS bertanding 65 peratus di kawasan Melayu.

"Jadi PAS akan hadapi risiko dengan (fitnah) video ini," katanya sambil mendakwa terdapat di kalangan pengundi percayai pada video itu.

Perwakilan itu juga mendakwa, ulama dalam Umno sebagai "syaitan bisu" kerana berdiam diri walaupun ada yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Tahniah Kepimpinan baru Pemuda PAS

Nik Abduh Timbalan Ketua Pemuda PAS
Harakahdaily

SHAH ALAM, 2 Jun: Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu.

Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.

Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja Al Hiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Ustaz Yusni Mat Piah
10) Mohd Sany Hamzan
11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...