TERKINI :

Thursday, June 2, 2011

Bubarlah sekarang kalau Najib berani

M Faqih

BIAR pun Harakah edisi cetak keluaran Isnin lepas menggunakan tajuk ‘PRU Julai’, namun Perdana Menteri nampaknya masih teragak-agak. Kenaikan tarif elektrik menjadi bebanan baru buat Datuk Seri Najib Razak.

Kenaikan sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen bagi kilowat jam (kwj) menyebabkan bil sebelumnya tentu bertambah lagi. Cuma bil elektrik tidak berubah apabila rumah tidak ada penghuni.

Paling minima disebut RM20 bagi pengguaan elektrik 91.7 kwj. Itu pun hanya terpakai setakat 31 Disember depan. Selepas itu mungkin kerajaan akan mengkaji balik kadar terbabit.

Namun, pada pengumuman 31 Mei lalu, kerajaan tidak menyebut kajian akan dibuat dalam tempoh setiap enam bulan, seperti didakwa banyak pihak sebelum ini.

Aneh juga berdasar iklan disiar media 1 Jun lalu, TNB menyifatkan sumber tenaga boleh baharu seperti hidro, biomass dan solar disifatkan tidak berdaya saing.

TNB juga menyebut sumber tenaga konvensional iaitu penjanaan elektrik berskala besar lebih berdaya saing.

Nampak sangatlah tenaga boleh baru yang mampu menjimatkan wang rakyat bukan pilihan utama kerajaan BN. Betullah seperti didakwa bekas akauntan Petronas, Mohd Rafizi Ramli kewujudan penjana tenaga bebas (IPP) hanya projek menguntungkan kroni.

Dan apabila kroni laba tentunya untung akan mengalir juga kepada pemimpin politik.

Maka tidak hairanlah awal-awal lagi Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan meminta jangan dipolitikkan kenaikan tarif baru.

Nada itu samalah seperti acap kali diulang-ulang sebelum ini. Menteri tidak mahu harga barangan dinaikkan, sedangkan harga bahan api bertambah. Ini seperti cerita pak pandir.

Teori lama itu tidak mampu diguna pakai lagi. Apa yang rakyat hendak tahu Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan pemilik IPP.

Malangnya Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin awal-awal lagi memberitahu kerajaan tidak boleh memaksa didedahkan kepada umum PPA yang dimeterai.

PPA ditandatangani antara beberapa IPP dan TNB. "Siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya” kata Peter kepada kepada sebuah laman berita baru-baru ini.

PPA ialah kontrak undang-undang antara pengeluar dan pembeli tenaga. Sekarang perjanjian itu diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Rafizi ketika berceramah di Kampung Kubur Kuda di Kota Bharu malam Sabtu lalu mendedahkan kewujudan IPP berpangkal kisah di sebalik gangguan bekalan elektrik di seluruh negara pada 1996.

Ketika itu gangguan disebabkan sistem penghantaran (transmission line) terjadi tripping. Hanya berasas masalah teknikal tiba-tiba Tun Dr Mahathir Mohamad mencetus idea besar melahirkan IPP.

Ani Arope jadi mangsa

Alasan diberi Dr Mahathir kerana TNB tidak mampu membekal elektrik mencukupi.

Pengerusi TNB yang cukup dikenali ketika itu, Tan Sri Ani Arope dijadikan mangsa. Beliau dihentam Perdana Menteri, akhirnya meletak jawatan.

Rafizi juga mendakwa TNB menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga dibekal IPP dengan harga mahal. Kesannya kerajaan terpaksa menanggung subsidi antara RM19 hingga RM21 bilion.

“Kerajaan memilih untuk menghukum pengguna dan pemilik industri tanpa menghiraukan keuntungan dikecapi IPP,” katanya.

Sedangkan harga gas di Malaysia 1 Jun lalu masih murah berbanding di negara ASEAN lain. Di negara kita ialah RM13.70 mmBtu, sedangkan di Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04).

Berpandu kepada kedudukan harga gas tersebut Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) menyifatkan kenaikan tarif elektrik tidak adil.

Pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.

Presiden FMM, Mustafa Mansur dalam kenyataannya berkata, walaupun pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini.

Hairannya biar pun harga gas lebih tinggi di Thailand, namun bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektriknya lebih rendah. Bagaimanapun tarif elektrik komersil di Thailand hanya 0.4 peratus lebih tinggi daripada RM37.85 kw/j di Malaysia.

Berasas kepada perkiraan itu ramai mendakwa IPP meraih keuntungan lumayan daripada kontrak yang cuba dirahsiakan kerajaan.

IPP menikmati subsidi gas sedangkan sebahagian besar mereka disenaraikan orang paling kaya di Malaysia. Dalam senarai billionaire 2011 ada nama mereka. Malangnya kerajaan BN masih bermurah hati sedekahkan subsidi kepada billionaire.

Berpangkal kepada kemelut yang dicipta Najib 1 Jun lalu, maka petanda pilihan raya umum ke-13 kini menjadi semakin samar.

Umno belum tempah poster

Hujah itu disokong pula dengan dakwaan sumber, ibu pejabat Umno di PWTC belum lagi menempah material kempen daripada luar negara sebagaimana lazim dilakukan.

Kata sumber itu biasanya segala peralatan kempen termasuk poster ditempah dari China. Andaian itu ada asasnya.

Sebaliknya seorang pegawai jabatan pusat pula memberitahu ada arahan daripada ibu pejabat supaya jabatannya mendekati kelompok penduduk.

”Perjumpaan dengan mereka perlu diadakan bagi mengetahui apa yang kehendaki daripada kerajaan,” ujar pegawai terbabit.

Pegawai lain pula memberitahu penjawat awam yang berminat bertugas sebagai pembantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari mengundi sudah disenaraikan.

Tindak tanduk tersebut seperti menggambarkan SPR sudah bersiap sedia menghadapi pengisytiharan PRU-13 pada bila-bila masa. Cuma Najib sahaja nampak gelabah.

Malah agenda setting Umno memperkudakan Utusan sudah rapat ke siling.

Utusan hari ini benar-benar mempraktikkan teori yang digunapakai bekas Menteri Penerangan Itali zaman Hitler iaitu Joseff Goeble.

Joseff menyebut ”kerajaan hendaklah berbohong kepda rakyat dan pembohongan itu hendaklah diulang-ulang supaya rakyat percaya. Jangan sama sekali rakyat tahu kebenaran. Kebenaran adalah musuh negara.”

Inilah yang sedang berlaku di hadapan kita sekarang. Video seks adalah bukti Umno menggunapakai teori Hitler bagi menghalang kebangkitan Pakatan Rakyat.

Biar pun Wata Hawari disingkir, Umno lupa masih ramai lagi refomis journalist berada di bawah bumbung Utusan Melayu.

Sekarang siapa yang terjerat dalam isu tarif baru elektrik. Dendam rakyat pastinya akan dizahirkan pada kertas undi. Bubarlah parlimen sekarang kalau Najib berani.

Syyhhh... Tolong Simpan Rahsia Tau..

dari blog http://www.ikutsukaakuisa.co.cc

Tengahari tadi gua kantoi dengan sorang Dato dan beberapa mamat yang gua tak berapa kenal..., ini mesti kes nak tangkap projek nih hahahaha..., yang si Dato nih pulak mungkin dah agak lama tak berjumpa dengan gua.. boleh pulak ajak gua join sekali... dengan muka tak malu gua pun lepaklah sekali... peduli apa gua...

Dalam hati gua... kutuk2 jugak puak2 parti haramjadah umPORno... tapi bila tiap kali makan minum pow jer... diorang tuuuu... hahaha...

Lagipun perjumpaan tu pun secara tak sengaja di Hotel Bluewave Shah Alam, dalam dok bertanya khabar terlajak hingga ke makan tengahari... belasahhhh... jangan tak belasahhhh.... Dato bayar... kah..kah...kah....

Sembang2 soal business terus melalut soal parti lepas tu melalut soal kenaikkan harga barang, soal sokongan melayu... bla..bla...bla.... layan jelah..., gua pulak yang terasa macam ahli politik la pulak.. pasal bercakap isu negara... kah... kah... kah.... walau ada perkara2 yang membuatkan si Dato nih.. mengangkat kening suspicious dengan gua... dan air muka mamat sengal umPORno yang cuak setiap kali ada ungkapan gua yang kurang menyenangkan hati diorang... muakakakaaaaa... (sori beb.. gua bukannya kaki bodek ampu sana sini... hehehe...)

Dalam syok huha..huha.. tu... ada sorang mamat sengal nih... telah mencadangkan satu projek yang pada gua amat kreatif beb..., dan Dato nih kata sebenarnya pimpinan atasan umPORno pun ada ide yang sama jugak..., iaitu memberi diskaun kepada ahli2 umPORno setiap kali berbelanja membeli barang keperluan, ini bagi menarik sokongan dan kesetiaan ahli kepada parti.

Gambar hiasan

Caranya..., setiap kali pembelian hendaklah menunjukkan kad keahlian umPORno dan secara automatik akan mendapat diskaun, berapa jumlah "percentage" diskaun belum dimuktamadkan... ianya masih lagi dalam bentuk kajian, kemungkinan akan di laksanakan sebelum PRU-13 bagi meraih sokongan undi melayu.

Masalahnya sekarang ini diorang sedang mengkaji implikasi yang bakal dipertikaikan oleh Pembangkang dan persediaan dari segi undang2.

Banyak lagi perancangan umPORno nih bagi menarik atau meraih sokongan ahli diorang yang berjuta tuuuu... yang mana diorang sendiri sedar kebanyakkan ahli umPORno dah berpaling tadah kerana tekanan ekonomi akibat kenaikkan harga minyak, gula, elektrik serta rantaian barangan lain.

Jadi dalam mengelentong rakyat dalam isu rasionalisasi ni.. diorang juga sedang mencari penyelesaian bagi mengekalkan sokongan pada parti....

Sekarang nih.. terpulang kepada pembangkang (PR) untuk "encounter" perancangan barisan nasional aka keraaa..jaan aka umPORno nih....

p/s: Syyyhhhh... lu orang semua tolong jangan bagitau sesiapa yang gua dah pecah lubang perancangan umPORno nih... terima kasih...

Inilah Malaysia TNB buat tenaga banyak tapi kena beli yang IPP jugak...!!??

PKR cabar PPA, mahu bawa Putrajaya ke mahkamah

PETALING JAYA, 2 Jun — PKR akan memulakan tindakan perundangan bagi memaksa pentadbiran Najib mengklasifikasikan semula perjanjian belian tenaga (PPA) yang dimeterai dengan pengeluar-pengeluar tenaga bebas (IPP).

Bendahari Agung PKR William Leong (gambar) berkata, parti itu akan memberi kerajaan masa selama seminggu untuk berbuat demikian dan jika tidak akan memfailkan kes di mahkamah.

“PKR telah memutuskan bahawa jika kerajaan tidak mendedahkan kandungan PPA menjelang minggu depan, kami akan memfailkan satu permohonan di mahkamah untuk mendapatkan pendedahan penuh kontrak,” kata Leong kepada pemberita.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan ini berkata, ada kes rujukan dua tahun lalu di mana kerajaan mengklasifikasikan perjanjian konsesi-konsesi lebuh raya.

“Ia litigasi kepentingan awam, konsesi-konsesi air dan konsesi-konsei tol, ada cukup prosedur perundangan bagi membolehkan satu proses mahkamah,” katanya lagi.

Dalam laporan The Malaysian Insider pagi tadi, Presiden Majlis Peguam Malaysia Lim Chee Wee dipetik berkata, kerajaan seharusnya dan boleh mendedahkan kandungan PPA di bawah lunas perundangan demi kepentingan awam.

Lim menambah, sebarang kesan perundangan akibat pendedahan klausa dalam PPA boleh diatasi oleh kerajaan persekutuan menerusi proses korporat dan deklarasi mudah yang menjamin syarikat utiliti kebangsaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Kepentingan awam mengatasi soal perundangan, yang merupakan isu kedua,” kata beliau.

Hanya satu puak dalam PAS

Panah Hijau

Sebuah akhbar harian Inggeris asyik sahaja menggunakan istilah 'puak Erdogan' bila merujuk kepada sekumpulan pemimpin PAS yang bukan ulama. Nama ahli-ahli 'puak Erdogan' ini pun ada disenaraikan dalam akhbar harian tersebut.

Para pemberita akhbar harian Inggeris ini menulis bahawa kononnya puak ini adalah agresif dan mempunyai matlamat dan halatuju yang berlainan dari puncak pimpinan parti PAS seolah-olah puak ini adalah satu puak baru yang wujud untuk mengancam cara pentadbiran dan organisasi dalam PAS.

Sebagai pemerhati politik selama lebih dari dua dekad, saya disini ingin mengatakan bahawa perjuangan PAS adalah konsisten dan tidak pernah berganjak dari perlembagaannya cuma sekarang pendekatannya adalah berlainan sedikit iaitu bersesuaian dengan era Politik Baru yang merangkumi perjuangan untuk keadilan bagi semua pihak tanpa mengira agama atau bangsa.

Oleh itu, tidak wujud sama sekali 'puak Erdogan' dalam PAS tetapi hanyalah golongan profesional yang bukan ulama. Golongan profesional ini mempunyai idea-idea baru yang kukuh untuk memantapkan parti supaya PAS dapat meraih sokongan dari semua lapisan masyarakat dan idea-idea baru ini adalah perlu dan relevan untuk perjuangan PAS pada masa kini.

Pada masa ini apabila BN kuat memainkan sentimen perkauman, parti PAS lah yang merupakan parti yang berani mengambil langkah untuk memadamkan api sentimen perkauman dan meredakan keadaan.

Dalam isu penggunaan kalimah Allah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, PAS telah berani menonjolkan pendirian yang teguh berasaskan kepada ajaran Islam sementera pihak UMNO diam membisu seribu bahasa.

Dalam zaman perjuangan PAS kali ini dimana PAS berjuang bersama dengan PKR dan DAP atas wadah Pakatan Rakyat, perwira-perwira PAS digalakkan menggunakan idea-idea baru yang innovatif untuk menghadapi cabaran yang semakin sengit dari pihak musuh dimana fitnah dan politik durjana digunakan oleh pihak musuh dengan sewenang-wenangnya.

Untuk mengharungi cabaran ini, pemimpin-pemimpin PAS, ahli-ahli dan penyokong serta rakan-rakan PAS mestilah sama-sama menyumbang idea dan menggembeleng tenaga, tidak kira dari kumpulan ulama ataupun bukan ulama.

Janganlah terpedaya dengan media arus perdana yang hanya bertujuan melaga-lagakan para pemimpin dalam PAS kerana itulah hasrat terpendam mereka.

Rakyat Malaysia mestilah tahu bahawa hanya wujud 1 puak sahaja dalam PAS, iaitu puak yang akan bekerja bertungkus-lumus untuk menjadikan BN sebagai puak pembangkang.

Justeru itu, harapan saya adalah supaya pemimpin-pemimpin ulama dan profesional sama-sama akan diberi peluang untuk mengetuai bala tentera di medan pertempuran Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

PANAH HIJAU
2hb Jun 2011

Venezuela bans smoking in public

CARACAS, Jun 2: As the UN urges governments to respect the rights of people to inhale clean air a new law that prohibits smoking in public and closed spaces has come into force in Venezuela.

Signs that remind smokers they will have to take their habit somewhere else have been posted on walls in restaurants, stores, supermarkets, buildings, and shopping centers, the Press TV correspondent in Karakas reported on Tuesday.

"We had many customers but because of the new anti-smoking law, there are very few," says a restaurant owner in Venezuela.

According to the World Health Organization, the tobacco epidemic kills nearly 6 million people per year, and the death toll could rise to more than eight million by 2030.

"Another option is to use the elderly as a vulnerable group in order to push full implementation of the law," says Daniela Mendoza from the Figsocial Foundation.

Venezuela joins countries like Colombia, Peru, Mexico, Spain, Germany, France, and Italy which have already taken measures to restrict the use of tobacco.

Although the anti-smoking law has been widely accepted by Venezuelans, some tobacco companies like Biggott have said that the government could have asked them to discuss the regulations to find an alternative solution. Owners of businesses as well are concerned about the high fines they might have to pay if they committed an infraction.

The UN Agency has asked governments of both rich and poor countries to declare all public indoor places smoke-free, by passing laws and actively enforcing measures to ensure that "everyone has a right to breathe clean air, free from tobacco smoke."[press tv]

Hari Belia dan kemunafikan pentadbiran Najib

Hari belia 2011. Saya cuba untuk tidak sinikal dan bersikap non-partisan. Akan tetapi, tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan-perasaan tertentu. Di sebalik kemunafikan dan hipokrasi pemimpin. Apalah sangat Najib duduk bersama para belia menonton perlawanan bola di sambutan Hari Belia kelmarin dan ini bukan pertama kali. Sebelum ini, ada yang mengatakan, Najib "nampak cool" apabila turun ke bawah, hang out menonton bola di Bukit Bintang yang digambarkan sebagai tempat paling hip di Kuala Lumpur. Siapa peduli?

Kereta yang dipandu Aminulrasyid ketika ditembak

Najib, selaku Perdana Menteri Malaysia, menonton bola bersama belia-belia, membawa kita mengimbau kembali peristiwa berdarah beberapa ketika tidak lama dahulu. Tewasnya saudara kita Aminulrasyid di tangan Polis juga selepas menonton perlawanan bola. Kematian akibat ditembak Polis selepas menonton bola bukan sesuatu yang biasa di negara ini dan perkara ini amat mengejutkan. Malah, yang melakukan "pembunuhan" bukanlah penjenayah tetapi orang yang menerima amanah untuk menjaga keselamatan kita semua.

Isu "ditembak Polis" ini bukan suatu yang asing di Malaysia. Kita juga masih ingat beberapa kes yang hampir sama di antaranya kes Shahril Azlan Ahmad Kamil, Siti Nasrinda Sumirin, Norizan Salleh dan lain-lain lagi. Sehingga sekarang, inividu tersebut dan waris-waris mangsa masih dalam perjuangan mereka menuntut keadilan.

Najib (gambar kiri), Aminulrasyid dan bola. Ketiga subjek ini secara tidak langsung berkait. Umpama dua manusia yang melakonkan watak masing-masing. Hidup dalam kelas sosial yang berbeza.

Rentetan dari perkara yang telah berlaku, secara politik kita melihat tindakan Najib mendampingi belia dengan menonton perlawanan bola merupakan sebuah lakonan, jelek mata memandang apatah lagi dengan isu keselamatan belia yang masih kabur.

Sekiranya Najib memainkan peranan kerajaan untuk peduli dan menjamin keselamatan rakyat keseluruhan; termasuk golongan belia, Aminulrashid tidak akan mati di tangan polis. Walau apapun bencana keselamatan dan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita, mereka yang berstatus VVIP akan terus diiring oleh pasukan keselamatan dan polis sehingga selamat sampai ke destinasi seterusnya. Beertikah semua ini untuk kita semua?

Skim Rumah pertamaku: Tawaran tidak ikhlas

Selain dari habuan-habuan yang dijanjikan seperti mewujudkan parlimen belia, sebelum itu Bajet 2011 telah menawarkan Skim Rumah Pertamaku terbuka bagi golongan belia yang berpendapatan kurang dari RM3000 di bawah umur 35 tahun. Skim ini, bertujuan menggalakkan golongan belia memiliki kediaman sendiri selain mengikat para peminjam sehingga hampir seumur hidup mereka engan pinjaman minimum RM100,000 sehingga RM220,000.

Seperkara yang menarik perhatian, dari nilai yang dinyatakan, rasanya sangat jauh berbeza dengan realiti harga hartanah, rumah standard yang selesa terutamanya di kawasan bandar terutamanya di Lembah Klang. Lupakan sebuah rumah yang selesa dan tenteram! Lalu persoalan demi persoalan timbul. Apakah kerajaan pimpinan Najib benar-benar ikhlas dalam membantu golongan belia? Sekiranya kerajaan komited untuk membantu golongan belia memiliki rumah, nilai jumlah pinjaman harus ditingkatkan.

Dasar haruslah realis. Mungkin perlu dikelaskan kepaa kawasan-kawasan tertentu agar ia tidak mengetepikan impian golongan belia yang ingin memiliki kediaman yang selesa di sekitar Kuala Lumpur. Kita melihat tawaran ini lari dari realiti yang sebenarnya dan boleh kita nyatakan bahawa tawaran ini cuma sekadar untuk meraih undi?

Belia bangkit melakar sejarah!

Jujur, saya tidak peduli. Biarpun tiga juta belia dihimpunkan di Putrajaya; paling penting kita harus sedar apakah rasional mereka dihimpunkan? Semata-mata untuk menghiburkan atau menunjukkan keprihatinan kerajaan sebagai match maker bagi belia-belia yang masih single? Malah, target 1 juta yang diwar-warkan nampak retorik apabila anggaran yang hadir cuma kurang lebih 10 ribu.

Saya bukan skeptikal, baguslah, sekurang-kurangnya kerajaan melakukan sesuatu untuk mengisi jiwa-jiwa belia ini. Akan tetapi, apakah wajar ratusan ribu ringgit malah mungkin mencatatkan angka juta dibelanjakan untuk program sedemikian lebih-lebih lagi ia jauh tersasar dari target? Semasa rakyat dihimpit dengan rasionalisasi harga gula dan bahan api, terkini, rakyat berhadapan dengan pelarasan semula tarif elektrik, ini merupakan salah satu isu pembaziran wang negara yang harus diambil peduli.

Objektif himpunan 1 juta belia ini bertujuan untuk menghargai sumbangan belia. Justeru, kita melihat dikesempatan inilah Najib mengambil peluang menyeru agar para belia mempertahankan Putrajaya. Antara lain dalam ucapannya berkata,

"Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?" lalu disambut dengan jeritan "ya". Ucapan beliau kemudian disambung dengan laungan "Pertahankan Putrajaya" sebanyak tiga kali.

Ucapan ini terang-terang sebuah justifikasi. Lalu, kita berfikir, apakah yang mahu dipertahankan Najib? Dengan rekod pentadbiran yang dihantui dengan skandal-skandal besar seperti isu Scorpene, malah beliau sendiri masih belum bersih dengan isu Altantuya, komplot Liwat II, isu video lucah, isu keganasan Polis, isu rasuah dan SPRM, dilema ekonomi dan sosial negara yang kian menghimpit rakyat malah banyak lagi.

Sekali lagi kita bertanya, pertahankan Putrajaya daripada pembangkang? Apa rasionalnya mempertahankan kerajaan yang telah lama diberi mandat tetapi menunjukkan prestasi yang menjengkelkan? Siapa yang harus ditukar sekarang? Rakyat harus jangan ditipu sekali lagi hidup-hidup dan para belia Malaysia harus bangkit melakar sejarah!

*Hafiz Zainuddin ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Alhamdulillah harga minya turun hari ini...



klik gambaq..

PRU-13: Pemuda PAS tuntut kerusi MP, Adun lompat parti


June 02, 2011

SHAH ALAM, 2 Jun – Dewan Pemuda PAS mahu rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat (PR) menyerahkan kerusi-kerusi yang wakil rakyat mereka telah melompat parti agar rakyat terus yakin dengan perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Wakil dari Negeri Sembilan Mohd Fairuz Mohd Isa berkata, jika keyakinan rakyat merosot, dikhuatiri ia akan menyebabkan PR goyah semasa menghadapi pilihan raya umum.

“Kerusi-kerusi seperti Changkat Jering (di Perak), Kulim-Bandar Baru (di Kedah) perlu diberikan kepada PAS untuk bertanding, jika tidak kita khuatir keyakinan akan merosot, jangan sampai Pakatan Rakyat goyah,” kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PAS pusat pada muktamarnya hari ini.

Selain PAS, PR dianggotai oleh DAP dan PKR.

Sejak pilihan raya umum 2008, PKR dan DAP kehilangan sejumlah kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Kerusi-kerusi itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Pada pilihan raya umum 2008, PR menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan menawan empat negeri tambahan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Negeri Kelantan kekal ditadbir sejak ia dikuasai pada 1990.

Ekoran tindakan tiga Adun masing-masing dua dari PKR dan satu melibatkan DAP keluar parti, Perak diambil alih oleh Barisan Nasional (BN).

Tahun lalu, DAP juga kehilangan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak.

Dalam pada itu, perwakilan dari Sarawak Wan Husni Wan Osman mengkritik partinya kerana tidak sanggup untuk meminta lebih banyak kerusi ketika pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

“Kita terlalu lemah sehingga terpaksa menunggu sehingga dua hari sebelum hari penamaan calon untuk membuat persiapan dan memutuskan calon-calon kita,” katanya.

PKR meletakkan 49 calon pada pilihan raya negeri Sarawak tetapi hanya memenangi tiga kerusi manakala DAP yang bertanding di 15 kawasan menang sebanyak 12 kerusi.

PAS tidak memperoleh kemenangan di kesemua lima kerusi yang ditandingi.

Nik Aziz tentang semua 'warna' sekularisme


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadikan penegasan menentang fahaman sekularisme sebagai inti penting dalam ucapan pemulanya dalam muktamar parti itu yang sedang berlangsung.

"Saya menyatakan perkara ini sebagai satu penegasan agar PAS mampu berdepan dengan penjajahan pemikiran dan gelombang sekular yang datang dengan pelbagai warna, ada yang biru dan ada yang merah.

"Walau apa jua warna sekalipun, ia tetap merupakan gelombang jahiliah yang mesti ditolak," katanya ketika merasmikan pembukaan Dewan Muslimat di Shah Alam hari ini.

Dalam konteks Pakatan Rakyat, PAS walaupun sebuah parti Islam tetap bergabung bersama PKR dan DAP yang mempunyai perlembagaan parti yang sekular.

Gabungan itu bagaimanapun mengakui mengakui Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan.

Dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, perjuangan PAS berdasarkan kepercayaan bahawa semua perkara dalam dunia ini milik Allah dan ekoran itu perintah-Nya dalam Al-Quran dan Hadis mesti dituruti.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau mendakwa, Umno antara pihak yang menentang perkara tersebut.

Katanya, parti itu hanya "menentang orang Melayu yang menolak Islam" dengan nama Umno.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh dalam ucapannya sebelum itu mengingatkan anggota dewan itu mengambil iktibar daripada kekalahan mereka dalam pilihan raya Sarawak bagi menghadapi pilihan raya umum depan.

Katanya, kegagalan mereka di kesemua lima kerusi yang ditandingi merupakan mesej dariapda tuhan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya.

"Mana mungkin pengundi-pengundi yang tidak langsung mengenali dan memahami perjuangan PAS dapat semua dirayu dan diyakinkan dalam hanya lapan ke sepuluh hari berkempen?" katanya.

[Baca berita penuh]

Muktamar Pemuda : KJ berucap!!!

KJ turut bahas dan setuju ucapan Ketua Pemuda PAS
Ismail Hashim
SHAH ALAM, 2 Jun: Ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda Malaysia bukan sahaja diterima baik oleh Ketua AMK dan Ketua DAPSY malah Khairie Jamaluddin (KJ) juga turut membahas dan bersetuju.

KJ diberi peluang berucap selama 10 minit di dalam Auditorium MBSA, tempat berlangsungnya Muktamar Tahunan Pemuda PAS kali ke 52, yang bermula malam tadi dan berakhir awal malam ini.

Beliau bangkitkan tentang keazaman pimpinan Pakatan Rakyat untuk mentadbir pusat pentadbiran Malaysia, Putrajaya namun masih kekurangan pemimpin.

Hal ini, tegasnya, perlu diberi perhatian segera jika mahu segala hasrat besar dan matlamat suci itu tercapai.

Dalam ucapannya, KJ masih mampu menarik minat perwakilan dan pemerhati serta pimpinan meskipun ketika itu sangat enak dibuai pendingin hawa.

Beliau membangkitkan isu ramai dalam kalangan pimpinan parti yang banyak memberikan alasan tidak mempunyai pengalaman bila dilantik.

Akibat negatif dari sikap tidak mahu melaksanakan amanah kepimpinan menyebabkan seorang terpaksa memegang dua tiga jawatan.

Dalam hal ini, KJ membawa contoh menarik dan ramai yang bersetuju dengannya sehingga mampu hilangkan rasa mengantuk di petang hari.

Menurutnya, bila dilantik untuk memegang jawatan, mulalah alasan tidak mempunyai pengalaman akan timbul.

"Jika untuk berkahwin tidak pula mereka berkata tiada pengalaman dalam alam baharu sebab baharu sahaja meninggalkan alam bujangan.

"Pegang jawatan, tiada pengalaman tapi boleh pula mereka berkahwin sedangkan tiada sebarang pengalaman pun," ujarnya.

Dalam masa sama, tidak ada pula isteri bertanya, Abang ada pengalamankah dalam perkahwinan, seloroh beliau.

Ketika mula berucap, hadirin tidak perasan bahawa beliau adalah KJ dan meminta pada semua agar tidak mensensasikan namanya.

Atas sikapnya sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Khairie Jamaluddin bagi mewakili negeri itu untuk berucap dalam muktamar pemuda.

Jangan dok syok lancar program tapi kena lihat keberkesanannya sama..!!

Ustaz Izzat: Pakat-pakat Kalih

"'Jom Ubah' menyamai 'Pakat-pakat Kalih'." Ujar Naib Ketua Dewan Pemuda Negeri Kedah dalam ucapan perbahasannya pagi tadi.

Dalam ucapan perbahasan itu, Ustaz Ahmad Izzat bin Hj Shauk Naib Ketua Dewan Pemuda Negeri jelapang padi itu mengulas pelancaran program 'Jom Ubah' yang dilancarkan oleh Ustaz Nasharuddin Md Isa malam tadi.

Beliau berkata, Dewan Pemuda Pas Kedah pernah mengadakan "Program Pakat2 Kalih" yang menyamai "Jom Ubah" dalam usaha menarik sokongan terhadap Pas.

Namun begitu, Pas dilihat kerap melancarkan program-program yang pelbagai untuk menarik kelompok sasaran. Perlu diingatkan, orang muda sukakan sesuatu yang baru, segar serta sesuai dengan minat mereka. Justeru, Pemuda PAS Kedah mempersoalkan keberkesanan program-program yang sekian banyak telah dilancarkan dan ada yang telah dilaksanakan namun kurang berkesan dari segi kejayaannya sehinggalah ke peringkat pemantauannya.

Menurutnya lagi, di dalam ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS juga dilihat tidak memberi tumpuan kepada PRU13. Sedangkan PRU13 seharusnya menjadi agenda utama. Walaupun pelbagai gerak kerja program dirancang haruslah matlamatnya memberi nilai kepada PRU13 nanti.

Beliau mengajak perwakilan mengimbas kembali 5 fokus halatuju Dewan Pemuda . 5 KPI yang ditekankan pada muktamar 2009 sebagai fokus halatuju Dewan Pemuda sepanjang 2009-2011 perlu disegarkan kembali bagi menilai samada sudah tercapai matlamatnya dan sekaligus dapat menjadi tanda aras pencapaian Dewan Pemuda Pas di setiap peringkat.

Pada akhir ucapan Ustaz Ahmad Izzat menyampaikan sekalung tahniah buat Unit Kerja Jamaah yang dilihat berjaya dilaksanakan.

BN : Bankrup Negara

Oleh: Nash Ar-Rawy



BN atau “ Bankrup Negara “ tiada boleh dielakkan lagi jika BN terus memerintah selepas PRU13 . Ini adalah kerana khazanah negara semakin susut kerna penyaluran yang terus menerus kepada mengisi temeluk dan ketamakan kroni . Sehingga demi kepentingan kroni dan kolongmerat tarif elekrik akan dinakkan . Petrol seperti dikesan khalayak boleh saja naik pada bila-bila masa jika BN diberikan tampok pemerintahan kerajaan pusat selepas PRU 13.

Khazanah negara terlalu banyak dihabiskan untuk kepentingan kroni dan projek yang membazir semata-mata untuk menyenyangkan dan membuncitkan perut kroni sahaja bukan untuk kepentingan rakyat marhein yang terbanyak . Tetapi, fokus untuk beberapa kerat manusia rakus sahaja. Contohnya, rumah atau bangunan untuk kegunaan wanita bagi setiap daerah; bagi Satu Malaysia sudah menelan berapa juta? Ini projek pembaziran dan tender dirakusi kroni menggunakan wang rakyat yang semakin hari semakin susah kerana ditarik subsidi ( RM 19 Billion untuk disalurkan kepada kroni kolongmerat ). Bahkan, ke mana perginya berbilion subsidi yang dipotong itu ? Siapa yang untung ? Rakyat marhein yang sengsara dengan tekanan ekonomi BN atau kuncu –kuncu suku sakat BN yang rakus itu?

Jika khazanah negara milik rakyat satu Malaysia ; iaitu emas hitam boleh diurus-tadbir tanpa akaun untuk diteliti oleh ahli parlimen . Apakah ianya tiada menjurus ke arah penyelewengan khazanah negara?; jika ianya kekeringan dek kerakusan projek mega kroni . Apakah BN tiada membawa kepada “Bankrup Negara “ ?. Perlukah bangunan kembar warisan? Ini semua adalah pembaziran wang negara sepertimana Formula One!.BN jadikan satu Malaysia untuk korporat, dari korporat untuk korporat kerna korporat ; yakni : “ Negara Korporat” serakah Qorun.

Negara insyaAllah tiada akan bankrup dek subsidi kepada rakyat jelata . Akan tetapi, kerakusan tadbir-urus kewangan negara boleh menjurus BN kepada BANKRUP NEGARA sebagaimana yang pernah dibayangi oleh Timbalan Menteri Kewangan.

Justeru itu, pengawasan khazanah dan sumber pendapatan negara bukannya boleh dikendalikan atas kepentingan politik-korporat; tetapi mestilah ditadbir-urus demi untuk kepentingan rakyat bukan sebagai habuan politik ; yang mana BN menjadi ‘platform ‘ atau tapak untuk meraih keuntungan dan menjadi kaya raya di atas keperitan dan kesusahan rakyat dan golongan marhein yang merupakan kumpulan majoriti; terus menderita.

Eset negara yang bernilai RM320 Billion iatu, emas hitam yang diberikan kepada Brunei demi untuk kepentingan kroni dua negara yang merugikan rakyat satu Malaysia adalah antara pengkhianatan BN yang menjurus kepada Bankrup Negara ; ternyata bukanlah kerana subsidi kepada rakyat.Disusuli dengan tergadainya warisan negara iaitu Tanah KTM di Singapura kepada kroni Malaysia-Singapura.

Sejak harga minyak naik berkali –kali dalam setahun dan dewasa ini tarif elektrik ; pasti bebannya akan ditanggung oleh golongan marhein, miskin dan juga golongan sederhana . Kenaikan harga barang semuanya berpunca kepada politik minyak dan politik elektrik UBN yang melonjak tinggi melibatkan industri besar dan kecil dan kos pengangkutan tiada mampu dibendung oleh BN kerana BN adalah untuk kepentingan taukeh-taukeh, kolongmerat yang memerlukan sumber yang kukuh untuk membiayai politik umno di lapangan sekaligus untuk menstabilkan ekonomi suku sakat Umno ; selaku pemegang-pemegang saham.

Malaysia adalah negara yang kaya sebenarnya berbanding jiran Singapura yang tiada memiliki balak, minyak, kelapa sawit, getah dan sebagainya . Sepatutnya, dengan anugerah tuhan kekayaan yang melimpah ruah ini . Negara boleh membiayai kos pembelajaran anak-anak bangsa semua kaum satu Malaysia dengan pendidikan yang percuma ; daripada tadika sampailah ke menara gading!. Mengapakah perkara ini tiada pernah berlaku setelah lebih 50 tahun BN memerintah? Mana perginya kekayaan balak di Sabah dan Sarawak .? Bagaimana taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak satu Malaysia yang daif seperti tahun 60an di semenanjung. Mana pergi kekayaan Minyak dan mengapa tiada sampai ke destinasinya ; yakni golongan marhein yang cukup menderita . Namun, golongan kolongmerat –penguasa kaya-raya membina istana dan hidup di dalam kemewehan di atas harta rakyat dan kesusahan rakyat.

Apakah negara tiada akan bankrup jika kerakusan- kekuasaan keqorunan-kefiraunan ini terus-menerus berlaku?. Baik di semenanjung maupun di Sabah dan Sarawak kerana masing-masing dibawah naungan BN. BN tiada boleh berubah lagi kerna sebarang tranformasi tidak boleh dijadikan perompak sebagai pengurus bank , penjenayah sebagai hakim dan perogol sebagai pembikin filem dan seumpamanya .

Senario dan wajah Umno/Bn sudah penuh dengan kefasadan sepertimana mantan Presidennya sendiri pernah berkata Umno ini busuk sampai ke usus.Persis ! Umno/BN tiada boleh berubah lagi ibarat tongkang yang tunggu pecah atau pokok yang dimakan anai-anai yang bisa tumbang pada bila-bila masa insyaAllah pada PRU13 ini . Bahtera baru dengan agenda rakyat membangun negara berkebajikan seperti yang termaktub di dalam buku jingga paling kondusif sekali untuk Pakatan Rakyat menggantikan BN yang bisa membawa negara kepada Bankrup Negara ( BN )

Justeru itu, demi untuk menyelematkan satu Malaysia daripada BN ( Bankrup Negara ) pastikan mesej dan agenda rakyat Buku Jingga ini sampai kepada setiap elektorat kerna ianya bersifat ‘Membangun Negara Berkebajikan” tanpa mengira kaum dan agama bukannya retorik ‘Satu Malaysia’ yang akhirnya menjadi “ Satu Bumi” , Satu Melayu” yang bersifat lakunan , kewayangan UBN yang resah lemah dengan agenda rakyat Buku Jingga Pakatan!. Bukankah Umno itu Melayu Tipu Melayu ! RM52Billion saham bumi habis lesap tanpa dikesan .

Melayu tiada bisa bela Melayu kerna hanya Islam sahaja yang tidak menipu dan bisa bela semua kaum satu Malaysia : “Islam Untuk Semua” yang praktikal, realistik dan kondusif kepada masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama yang diterima rakyat sekarang melalui Pakatan Rakyat sesuai dengan pakatan “ Keadilan Untuk Semua” yang mematikan permainan percaturan perkauman-rasis Umno, MCA dan MIC yamng ditolak oleh rakyat sekarang kerna diri sebenar UBN sudah dikenali khalayak.

Oleh: Nash Ar-Rawy/31.05.11 ( www.nasharrawy.blogspot.com ) (www.malaysiatimes.my )


Pusat karaoke terkawal, tidak masuk kampung

Alor Setar, 1 Jun - Kewujudan pusat karaoke di negeri ini masih terkawal di bawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan. Ia hanya dibenarkan beroperasi dalam kawasan bandar dan tidak di dalam kampung.

Demikian penjelasan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' It Phahrolrazi Zawawi mengulas isu pertambahan pusat karaoke di negeri Kedah. "Ia diwujudkan mengikut keperluan, jika terlalu banyak pusat karaoke pun mereka tak boleh hidup jika tiada permintaan," ujarnya.

Beliau tidak nampak keperluan untuk mengharamkan karaoke sepenuhnya kerana setakat ini pihak berkuasa agama tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa ianya haram. Ia berbeza, katanya, dengan pusat hiburan lain yang turut menjual arak.

"Dasar kita mengenai arak dan judi adalah jelas, kita tak membenarkan sama sekali kewujudan premis baru untuk jualan arak dan judi. Begitu juga orang Islam tidak dibenarkan bekerja di premis tersebut," ujarnya.

Beliau memberi jaminan untuk mengawal pusat karaoke melalui penguatkuasaan jika terdapat elemen yang menyalahi peraturan yang terdapat di pusat tersebut. Begitu juga jika wujudnya pusat karaoke haram di kampung-kampung, ianya hendaklah dilaporkan supaya dapat diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Eishhh ada lagi mamat nie.. nak lawan di p/raya Thailand lagi tuuu..!!!!

Astora Jabat tanding p'raya Thailand

Bekas penulis kontroversi Utusan Malaysia Astora Jabat akan bertanding dalam pilihan raya Thailand atas tiket Parti Harapan Baru (NAP) yang dinaungi bekas perdana menteri Jeneral Chavalit Yongchaiyud pada 3 Julai ini.

NONEAstora akan bertanding di parlimen Ruso - salah satu daripada empat kawasan majoriti Melayu-Islam dalam Wilayah Narathiwat, di Selatan Thai - yang juga kampung kelahirannya.

"Saya diberi tawaran oleh Jeneral Chavalit kerana melihat jasa saya dalam bidang kewartawanan dan menolong bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

"Beliau (Chavalit) kata kepada saya, kalau awak tolong (orang) di Malaysia, kenapa tidak boleh tolong (orang) di sini," kata Astora ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Astora - bekas ketua pengarang Al-Islam - berkata menghadapi persaingan enam penjuru dengan tiga dariapda dijangka memberi tentangan sengit.

Ditanya peluangnya untuk memenangi kerusi tersebut, Astora berkata beliau "tidak takut dan tidak bermasalah" kerana mendapat sokongan meluas di Ruso dan kawasan sekitar dalam wilayah tersebut.

"Saya ada sekolah sendiri, sekolah untuk orang Melayu... Saya mempunyai ramai ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat di Ruso," katanya.

NONELebih 40 parti akan turut serta dalam pilihan raya Thailand kali ini. Parti Pheu yang dianggotai Yingluck Shinawatra - adik bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra turut mencuba nasib.

Sementara itu, ditanya mengenai situasi politik di Selatan negara itu, Astora berkata rata-ratanya penduduk masih dalam ketakutan dan terancam keselamatannya ekoran sering berlakunya kejadian tembak menembak hampir setiap hari.

Fatwa keluar melarang membina tugu 1Malaysia...amacam UMNO nak buat lagi kaa..??


http://www.pahaikan.com/resources/SNC00112_opt.jpg
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu “1Malaysia” adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.

"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Ulasan Muktamar Pemuda - Ada Pemuda Pas Bersongkok?

Ulasan Muktamar Pemuda

Ada Pemuda Pas Bersongkok?

GONG muktamar Pas sudah pun mula dipalu malam tadi dengan berlangsungnya perasmian muktamar Dewan Pemuda bertempat di dewan MBSA Shah Alam, Selangor. Pertama kali sejak masuknya era milenium ini saya menghadiri diri ke muktamar sayap kanan Pas itu. Apa yang memanggil saya untuk hadir bagi melihat sejauh mana kekuatan dan kesediaan pemuda yang dianggap sebagai nadi utama parti yang diharapkan untuk mencetak kejayaan buat parti.

Kejayaan dua himpunan pemuda yang diadakan di Kedah dan Kelantan juga menjadi salah satu punca menyebabkan hati saya terbuka untuk hadir. Apakah semangat himpunan 30k pemuda di Kedah dan 10k pemuda di Kelantan menyerlahkan kehebatan dan keintiman para anssorolah.

Perasmian malam tadi dilakukan oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa. Sebelum Nasharudin berucap, Ketua Dewan Pemuda Nasrudin Hassan al Tantawi telah menyampaikan ucapan dasar di bawah tajuk "Memimpin Kebangkitan Anak Muda". Ucapan Nasrudin begitu panjang lebar sekali dan penuh dengan fakta dan statistik, ala-ala ucapan pembentangan bajet ketua pembangkang di parlimen. Saya rasa inilah ucapan dari seorang ketua pemuda yang agak mendalam, dan jika semua teks ucapan dibaca ia akan memakan masa hampir 2 jam.

Keseluruhan ucapan itu baik kerana berfakta dan menyentuh naluri anak muda, tetapi Nasrudin harus juga mengambi kira mengenai masa yang digunakan menyampaikan ucapan teralu panjang ia kurang berkesan dan menyelesakan para hadiri. Kerana orang yang mendengarnya akan kerimasan. Beliau tidak perlu menghurai satu persatu mengenai topik atau sub topik, tetapi cukup menyebut secara kasar, point-point sahaja. Seharusnya point-point itu dibahas dan dibincangkan oleh perwakilan.

Apabila Nasrudin turut menghurai satu persatu ucapan itu bukan lagi untuk mendapat reaksi, tokok tambah isi dan sebagainya, tetapi seolah-olah 'memaksa' perwakilan semua menerimanya dengan apa yang ada. Keadaan ini boleh menyebabkan sidang tidak jadi menarik lagi.

Selain daripada mengungkapkan peranan pemuda dan hubung kait dengan iklim politik semasa, sudah pasti orang juga mahu mendengar apakah 'keberanian-keberanian' atau idea ganjil agresif yang bakal disuarakannya. Apakah tuntutan-tuntutan ke arah untuk membaiki parti. Nampaknya Nasrudin banyak melihat ke luar tanpa memerhati kepada kelemahan dalaman untuk diperkemas dan disemarakan lagi. Apakah isu ini akan dibincang hari ini semasa persidangan?

Misalnya selain dari menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi di kalangan anak muda, ataupun menuntut ruang juang yang luas untunya, sepatutnya Pemuda juga menjadi juara kepada soal perpaduan dan berikhtiar mengutuhkan kekuatan agama dan bangsa Melayu. Pemuda seharusnya menyuarakan bisikan batin orang Pas dan dalam masa sama membimbing anak-anak muda kembali kepada hakikat diri dan peranan atau pun pemupukan semangat bangsa. Tetapi itu tidak terserlah di dalam ucapan beliau malam tadi.

Apakah Nasrudin sedang menghadapi dilema di dalam dewan berkenaan? Ada kemungkinan juga kerana bila diperhatikan kepada gagasan dan idea yang dilontarkan dalam tulisan-tulisannya atau kenyataan politik dibuatnya ia nampak kurang disetujui oleh pemuda? Pemuda semacam kurang dokong Nasrudin menyebabkan idea atau pandangan beliau sepi dan berlalu begitu saja. Atau pun tidak ada kebijaksanaan di kalangan pemuda khasnya ketua pemuda negeri dalam soal ini? Terdengar juga khabar beliau mulanya sudah mahu berundur dari memimpin Pemuda. Kalau desas desus ini benar bermakna Nasrudin ada masalah dalam pemuda.

Pemuda adalah penggerak zaman, gerakan itu bagaimana pun mesti selari dengan aspirasi bangsa dan tuntutan agama serta budaya setempat. Rasanya dari segi agama Pemuda Pas sudah melakukannya dan jauhhhhh... lebih baik dari Pemuda Umno dan PKR, kerana sebahagian besar mereka terdedah dan didedahkan kepada tarbiyah. Kelebihan dan kehebatan ini seharusnya dipergunakan sebaik mungkin.

Malanngta dalam merangsangkan aspirasi bangsa agak ketinggalan malahan ia juga terikut dengan lenggang lenggok politik orang tua. Mungkin Pemuda Pas juga turut sama terserkup dengan kefahaman universal seperti mana yang dilontarkan oleh Mursyidul Am Pas. Dalam konteks ini menyatakan perbezaan pendapat pemuda Pas juga sesekali harus menjadi budak nakal yang cerdik.

Misalnya isu pengupayaan Melayu yang pernah dibincang oleh Pas tidak disentuh oleh Nasrudin. Apakah beliau merasa gerun untuk membangkitkannya takut dikatakan sebagai asobiah atau pun terlupa? Rasanya pemudalah sesuai membangkit isu-isu seperti ini apabila Pas dewasa merasa tidak relevan kerana menghormati rakan lain? Ingat selain dari elemen agama, elemen nation juga menjadi modal utama dalam meraih kemenangan dalam pilihan raya. Kita Muqadimah dalam bab bangsa dan kaum karangan Ibnu Khaldum perlu dibaca dan ditelaah. Bukankah selain syahid matlamat perjuangan Pas ialah untuk menang pilihan raya?

Kalau Pemuda menyuarakan ini ia tidak menjadi masalah, kerana orang muda selalunya bebas untuk menyuara, menyata dan menuntut apa saja yang dirasakan wajar olehnya. Orang muda persis seorang kanak-kanak kecil yang apa juga tindakan, kata-kata atau keletahnya akan dilihat cantik dan relevan.

Apapun pujian boleh diberikan kepada himpunan malam tadi. Saya lihat semangat dan disiplin anak-anak muda Pas semakin mantap dan kemas. Dengan pakaian serba putih ia menyerlahkan keikhlasan setiap pemuda yang hadir. Gambaran yang terserlah malam tadi menyakinkan bahawa Pemuda Pas memiliki kekuatan dan iltizam yang tinggi. Dari wajah dan pancaran iman di muka menjelaskan hal ini, sangat jelas. Harap ianya dikekalkan, jangan pula pemuda berubah wajah dan fiil setelah mendapat kuasa atau sesudah mula bergelar YB. Saya sebut ini kerana ada pemuda yang sudah tahu berlagak dan pandai duplicate diri mengikut keadaan.

Menghimbau majlis malam tadi apa yang masih tergaru-garu di kepala saya ialah, apabila terperasaan dan ternampak di atas pentas utama ada dua atau tiga pemimpin pemuda yang lain sedikit dengan yang lain apabila mereka melapikkan rambut dengan songkok tidak kopiah seperti yang lain. Disebabkan ini saya rasa ia semacam tercemar sedikit pentas Pas itu apabila ada titik hitam di tengah-tengah lembaran putih bersih.

Apakah keunikan dan kelainan ini menggambarkan hati mereka juga ke arah lain, atau mereka sebenarnya lebih advance dari yang lain, merasa lebih profesional? Atau pun apakah pelapik kepala itu pesaka datuk nenek mereka yang tidak boleh ditinggalkan? Itu hanya sekelumit rasa dan desah saya saja! [wm.kl.9:00 am 02/06/11]

Mohd Sayuti Omar

SAF: Kami makin yakin Umno jelas ‘absahkan fitnah bunuh lawan’

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Saf Anti Fitnah (SAF) menyambut baik kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi pertubuhan bukan kerajaan itu semakin yakin Umno nampaknya jelas “mengabsahkan fitnah” sebagai cara menjatuhkan lawan.

“Rakyat semua faham betapa negara ini menyaksikan pendedahan dan manipulasi berita dilakukan dengan cara paling menjijikkan dalam akhbar bila berkait dengan pendakwaan ke atas (Ketua Pembangkang di Parlimen) Datuk Seri Anwar (Ibrahim).

“SAF semakin yakin betapa Umno nampaknya jelas mengabsahkan fitnah sebagai cara menjatuhkan lawan bila pernyataan Pengerusi Umno (Selangor) Datuk Seri Noh Omar mengiakan perlakuan mengedarkan video lucah tidak harus menjadi masalah kepada pembangkang jika ia boleh menyebabkan rakyat marah kepada Umno,” kata Pengerusi SAF Mohd Azmi Abdul Hamid hari ini mengulas hasil Wacana Fitnah Ancaman Ummah Akhir Zaman yang diadakan semalam.

Hasil wacana itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, Pemuda PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Sehubungan itu katanya, pihaknya mahu satu penyertaan dalam pilihan raya secara adil dan telus dengan membekalkan peluang dan ruang yang sama rata.

“Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalm mencari sokongan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat menyokong kita,” kata beliau.

“ Insya-Allah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah.

“Jika ada pertuduhan, silakan namun lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu,” kata beliau lagi.

Selain Nasrudin, panel wacana itu terdiri daripada Ketua Pemuda Umno dan BN Khairy Jamaluddin dan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Justeru soal Mohd Azmi, “adakah ini pendirian rasmi Umno dalam hal pengedaran video lucah untuk mengaibkan lawan?”

“Apakah ini juga bermakna pihak parti lawan boleh bersetuju dengan mana-mana pihak yang menentang Umno sama ada orang luar atau orang dalam, boleh melakukan hal yang sama (mengedar video lucah) terhadap pemimpin Umno?” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Oleh itu, kata beliau, sejak dari awal SAF ditubuhkan pihaknya melihat isu sebenar di pihak Umno bukan untuk melihat kebenaran dan menegakkan keadilan, tetapi lebih untuk membunuh lawan dengan apa cara sekalipun termasuk dengan cara mengaibkan lawan.

“Dengan sebab itu kami sangat mengehendaki agar rakyat jangan diperbodohkan dan diracuni dengan kempen politik yang melampaui batas sehingga masing-masing membalas dengan cara yang juga tidak bermoral.

“Jelas undang-undang sivil yang sepatutnya dikuatkuasakan itupun tidak dilaksanakan dalam hal pengedaran video lucah menyebakan masyarakat sangsi terhadap pihak berkuasa yang nampak bersekongkol untuk membenarkan fitnah disebarkan secara berleluasa,” katanya lagi.

Mohd Azmi berkata, sementara SAF menyambut kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi juga mahu agar janji itu dikotakan dalam bentuk tindakan nyata dan bukan hanya pernyataan kosong semata-mata.

Sambil menggariskan beberapa kes bersifat fitnah sejak kebelakangan ini, beliau berkata, nampaknya ada keghairahan luar biasa untuk pihak yang dituduh diserang habis-habisan dalam bentuk fitnah yang melampaui batas hukum agama mahupun hukum sivil.

Kata beliau, SAF juga mahu melihat kesungguhan Khairy menyatakan hal ini secara berterus terang kepada pucuk kepimpinan Umno.

“Soal yang menjadi keprihatinan SAF ialah isu Datuk Seri Anwar nampaknya mendapat fokus yang sangat keterlaluan dalam media arus perdana dan semacam mendapat restu pimpinan Umno untuk menghukum beliau secara terang-terangan sebelum beliau diberi peluang untuk membela diri,” kata Mohd Azmi lagi.

Sementara memang kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu penuh persoalan dan dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dan sangat memerlukan penjelasan daripada pihak perdana menteri sendiri, kata beliau, pihak yang mendakwanya juga perlu menghentikan tuduhan jika tidak mempunyai bukti.

“Di mata khalayak ramai, pembabitan pembantu perdana menteri dan dua orang pengawal peribadi beliau telah menimbulkan banyak kekeliruan dan tanda tanya mengenai kes tersebut kerana catatan imigresen terhadap mangsa yang masuk secara rasmi ke dalam negara tiba-tiba dihilangkan sepenuhnya.

“Namun dalam hal tuduhan zina dan liwat, layanan yang berbeza telah diberikan dalam pemberitaan di media massa terutama media arus perdana,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, kata beliau, dalam proses pembicaraan Anwar sendiri telah menyebabkan pendedahan yang dikehendaki oleh pimpinan Umno terhadap beliau dalam media massa arus perdana diolah sebegitu rupa sehingga beliau dan keluarganya diaibkan.

“Hal inilah yang membuat SAF melihat gelagat surat khabar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Kosmo serta TV3 dan RTM sebagai agensi penyiaran yang tidak objektif dan tidak menjaga tatasusila moral dalam pemberitaan bila mereka turut menjadi penyebar fitnah secara terang-terangan tanpa batas,” katanya lagi.

Dalam ulasannya, Mohd Azmi menambah, SAF memang bersependapat dengan Asri bahawa kedua-dua pihak harus konsisten dalam mengekang fitnah akan tetapi beliau tidak harus naif dalam melihat tabiat dan cara pimpinan yang berada dalam gebuk kuasa beria-ia benar untuk membunuh musuh politik dengan cara paling tidak bermoral termasuk mengguna seluruh agensi pemerintah untuk melakukan asasinasi peribadi terhadap lawan.

Isu UDA - mmmm hangpa buat pa semua bijak....????

Nur Jazlan: Jual tanah tak rugi Bumi, tapi kukuh kewangan UDA

KUALA LUMPUR, 1 Jun – UDA Holdings Bhd memutuskan untuk menjual tanah di Jalan Sultan Ismail di sini, 1.15 hektar, kepada Mutiara Goodyear Bhd pada harga RM215.5 juta selepas mengambil kira pelbagai faktor terutama bagi mengukuhkan semula kedudukan aliran tunai kewangan GLC itu yang kini hanya RM90 juta.

Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, keputusan itu yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah juga membolehkan UDA Holdings menggunakan wang yang diperoleh hasil daripada penjualan berkenaan untuk mencari bank tanah syarikat yang baru bagi membangunkan bandar baru terutama sekali dalam kawasan Lembah Klang.

Sehubungan itu Nur Jazlan juga berkata, beliau mewakili Lembaga Pengarah UDA Holdings menafikan kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Exco Pemuda Umno Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, yang disiarkan semalam bahawa penjualan tanah berkenaan merugikan golongan Bumiputera.

Bagaimanapun katanya, penjualan tanah di Jalan Sultan Ismail itu tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan sebagai kementerian yang bertanggungjawab penuh kepada UDA Holdings.

Kata beliau, UDA Holdings tidak lagi mempunyai bank tanah yang luas bagi membangunkan bandar baru, yang sedia ada hanya Bandar Tun Hussein Onn di Cheras dan tinggal 24 hektar lagi tanah yang belum mempunyai sebarang perancangan untuk dibangunkan manakala bakinya lebih 60 hektar sudah dan akan dibangunkan.

“Atas pertimbangan itu, UDA Holidngs Bhd perlu menjual tanah berkenaan terus kepada Mutiara Goodyear yang menawarkan harga terbaik lebih RM1,400 kaki persegi berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM800 kaki persegi,” katanya.

Selain itu kata beliau, UDA Holdings juga sudah menjalankan kajian terhadap Mutiara Goodyear dan mendapati statusnya adalah sebagai sebuah syarikat Bumiputera.

Pada masa sama, tambah beliau, ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings juga mempertimbangkan supaya tanah berkenaan dibangunkan secara usaha sama dengan syarikat lain tetapi selepas kajian mendalam dilakukan didapati kerjasama itu akan mendedahkan syarikat kepada risiko tinggi terutama sekali daripada segi aliran bebas tunai.

“Ia berikutan pelbagai projek pembinaan yang akan dan sedang dibangunkan syarikat sekali gus memerlukan UDA Holdings mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai.

“Ahli Lembaga Pengarah UDA Holidngs juga berpendapat melalui penjualan tanah berkenaan, syarikat akan dapat membayar baki premium tanah tapak bekas Penjara Pudu berjumlah RM104 juta yang masih tertangguh, memandangkan KPTG menetapkan tarikh akhir untuk menjelaskannya adalah September ini, selain membiayai projek lain yang tergendala akibat kedudukan kewangan yang meruncing,” katanya.

Sebaliknya, kata beliau, penjualan tanah berkenaan adalah untuk manfaat masyarakat Bumiputera secara keseluruhannya terutama sekali UDA Holdings dalam memastikan syarikat terus berdaya saing hasil kedudukan kewangan yang kukuh.

“Selain itu, antara tahun 2004 dan 2005, UDA Holdings yang ketika itu, berada di bawah MRCB turut menjual tanah di Bangsar kepada UOA untuk mengukuhkan aliran kewangan tunai keika itu,” katanya lagi.

Oleh itu, kata beliau, ia membuktikan bahawa dari semasa ke semasa, UDA Holdings terpaksa menjual tanah miliknya untuk mengukuhkan aliran tunai syarikat bagi membiayai pelbagai keperluan berikutan tidak mendapat suntikan dana kewangan daripada kerajaan.

“Malah, kerajaan juga kini melaksanakan dasar penjualan tanah kepada syarikat swasta yang menawarkan harga tinggi bagi mendapatkan pulangan lebih baik selain membantu perkembangan kawasan bandar,” katanya.

Sehubungan itu, kata Nur Jazlan, beliau bersedia untuk bertemu dengan Reezal Merican dan Tengku Azman bagi mendapatkan gambaran serta penjelasan sebenar berhubung penjualan tanah berkenaan.

'Jangan hanya jadi 'yes man' kepada pemerintah'

SHAH ALAM, 1 Jan: Selagi orang muda hanya menjadi 'yes man' terhadap apa yang dilakukan pemerintah, selagi itulah kerajaan BN akan terus bermaharajalela menindas rakyat untuk kepentingan mereka, kata Nasrudin Hassan.

Beliau mengingatkan demikian sewaktu memnyampaikan Ucapan Dasar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada Muktamar dewan itu di sini malam ini.

Katanya, anak muda perlu berani menyatakan bantahan terhadap dasar yang mengainaya rakyat yang dibuat kerajaan.

Keberanian itu tegasnya harus diterjemah atas kertas undi pada pilihan raya umum nanti.

"Anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi ‘tukang angguk’ atau ‘yes man’ kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah.

"Anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama “undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan”,katanya.

Untuk mencapai matlamat itu, beliau memberikan beberapa tugasan kepada pemuda PAS agar menyedarkan golongan belia bahawa mereka mempunyai peluang menegur kerajaan melalui undi.

Antaranya beliau mahu anak muda menjadi agen penyebar maklumat yang aktif melalui facebook, blog, twitter dan lain-lain.

Selain itu beliau menyeru agar anak muda menyuarakan inspirasi mereka secara kolektif melalui wacana dan forum serta membentuk ikatan (coalition) supaya suara mereka lebih didengari.

Di samping itu juga menyeru kerajan BN melihat bagaimana kesan kuasa kebangkitan anak muda di Timur Tengah termasuk di Tunisia dan Mesir sehingga kerajaan masing-masing dijatuhkan melalui jalan raya.

Kesan sama berlaku apabila anak muda bangkit pada pilihan raya Singapura baru-baru ini.

"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS memberi peringatan kepada kerajaan yang memerintah, samaada kerajaan BN diperingkat persekutuan mahupun kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh PAS, supaya tidak memandang rendah kehadhiran generasi Milenium ini,"tegasnya.

Ceramah Bersama Bang Mat Sabu....di Kerdau....




Aduhai nak marah dia nie dah 'GILA'...

Angkara orang kurang siuman

PENDANG – Majlis Daerah Pendang (MDP) kerugian sebanyak RM50,000 apabila sebuah stor di medan selera di bandar milik MDP terbakar menyebabkan struktur bangunan bahagian itu rosak termasuk kelengkapan yang berada dalam stor itu turut musnah.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira 5.30 petang kelmarin apabila semua premis perniagaan di medan itu tidak beroperasi pada hari itu kecuali dua premis perniagaan bersebelahan stor itu.

Justeru, dua premis perniagaan minuman bersebelahan stor itu dapat diselamatkan apabila kebakaran itu disedari oleh seorang penguat kuasa MDP yang sedang membuat rondaan di kawasan serta terkejut melihat kepulan asap tebal dari kawasan itu.

Penguat kuasa MDP, Hamdan Zakaria berkata, dia segera pergi ke arah premis itu dan mendapati kepulan asap tebal keluar dari tingkap stor itu serta cuba memasuki stor itu namun pintu stor itu berkunci menyebabkannya menendang pintu stor itu.

Menurutnya, dalam keadaan kelam kabut itu dia terdengar bunyi suara orang di dalam stor itu.

Dia berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki kurang siuman lingkungan 50-an yang disyaki membakar stor itu untuk cuba membunuh dirinya sendiri.

“Ketika saya menendang pintu stor itu saya dapati lelaki itu berada dalam keadaan terlentang dan separuh sedar menyebabkan saya bertindak menarik lelaki berkenaan keluar dari kawasan itu,” katanya.

Hamdan berkata, ketika dia menarik lelaki itu keluar tiba-tiba lelaki berkenaan mula sedar dan cuba untuk berlari masuk semula ke dalam stor itu.

“Saya kemudiannya menghubungi bomba dan polis serta polis berjaya menangkap lelaki itu sebaik tiba di tempat kejadian.

“Lelaki kurang siuman itu sering berkeliaran di kawasan ini namun tidak menyangka akan melakukan kejadian itu sehingga menyebabkan MDP menanggung kerugian tinggi,” katanya.

YDP & SU MPSPK...meroyan kot..??

Mohon ganti YDP, Setiausaha

ALOR SETAR - Seramai 17 Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mendesak Yang Dipertuanya (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Ketua Whip, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit.

"Selagi tuntutan kami tidak diberi perhatian sama ada siasatan dibuat atau kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain, selagi itu ahli majlis lantikan politik seramai 17 orang akan memboikot mesyuarat MPSPK.

"Namun peranan sebagai ahli majlis tetap diteruskan seperti biasa," katanya pada media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya di Wisma Darulaman, semalam.

Menurutnya, rasa tidak puas hati terhadap tindakan merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang 26 Mei lalu antara punca mereka menyerahkan memorandum agar Menteri Besar campur tangan menyelesaikan kemelut dihadapi.

"Kami kesal kerana keputusan merobohkan gerai berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat bersama ahli majlis. Tindakan ini seolah-olah membelakangkan kami sebagai pembuat dasar dan polisi," katanya.

Ishak berkata, rentetan peristiwa itu, 17 ahli majlis lantikan politik kecewa dan hilang keyakinan kepada Rozaina dan Radzuan, dan memutuskan untuk tidak hadir pada sebarang mesyuarat MPSPK bermula kelmarin sehingga digantikan dengan YDP baru.

"Keputusan kami ini bukan hanya disebabkan isu perobohan gerai, tetapi beberapa isu lain seperti beliau sering berada di luar kawasan dan ini menyusahkan kakitangan untuk berbincang masalah berbangkit," katanya.

Antara kenyataan dalam memorandum itu ialah perancangan sering tertangguh khususnya melibatkan kepentingan rakyat seperti cadangan membina stesen bas yang diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada 28 Februari lalu.

"Pecah tanah pembinaan stesen bas dibuat 5 Mac 2008 dan isu ini sering diketengahkan agar diberi keutamaan kerana mendapat rungutan penduduk yang mahu projek itu disegerakan," katanya.

Antara projek yang masih tertangguh sehingga kini ialah pembinaan pasar awam yang bajetnya sudah diluluskan pada penghujung tahun lalu tetapi belum dilaksanakan.

"Isu lain yang turut menjadi perhatian ialah penguatkuasaan yang lemah terhadap rumah urut yang sebahagiannya menjalankan aktiviti tidak bermoral, termasuk premis judi," katanya.

Memorandum turut membangkitkan rasa tidak puas hati keputusan dalam mesyuarat tidak dilaksanakan seperti yang dipersetujui selain membelakangkan ahli majlis dalam beberapa perkara.

Ishak berkata, mereka mahu campur tangan segera Kerajaan Negeri supaya kepentingan rakyat terpelihara.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...