TERKINI :

Wednesday, June 1, 2011

Mana ada kat dunia MINYAK NAIK HARGA.. BARANG-BARANG lain turun harga..??

Tarif elektrik: Jaminan Muhyiddin ditolak

KOTA BHARU, 1 Jun: Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik ditolak dan disifatkan kenyataan yang tidak betul.

Ini kerana, mereka yakin, kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kos barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan dengan sendirinya inflasi atau kenaikan harga barang akan berlaku.

“Memang tarif lektrik dikenakan pada pengeluar, tetapi bila keadaan ini berlaku, barangan keluaran mereka terpaksa dinaikkan harganya sehingga ianya akan membebankan rakyat seluruhnya khususnya yang berpendapatan rendah,” kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof (gambar).

Siti Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang Kelantan berkata, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini.

Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat.

Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu.

Baru-baru ini, kerajaan menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus untuk pengguna elektrik melebihi RM77 sebulan manakala pengguna di bawah RM20 akan mendapat elektrik secara percuma.

Langkah ini dikatakan cuba meniru apa yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Namun tindakan ini berbeza kerana kerajaan negeri Selangor memberikan air percuma kepada penggunaan 20m padu pertama tanpa menaikkan harga air.

Mereka yang menggunakan jumlah yang rendah iaitu golongan pendapatan rendah yang menggunakan air sedikit sahaja (bawah 20 m padu sebulan) akan mendapat air percuma.

Bagi Siti Zailah, walaupun 75 peratus daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik selagi mengekalkan
penggunaan elektrik pada kadar RM77 sebulan, golongan berpendapatan rendah tetap menjadi mangsa.

“Sudahlah mereka baru dibebani dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini, kerajaan bebankan pula rakyat dengan kenaikan tariff
tersebut,”ujarnya.

Tambahnya, situasi ini berlaku bukan sahaja pada rakyat di kampung, sebaliknya kakitangan awam, swasta yang berpendapatan kecil juga terjejas.

Sambungnya lagi, tindakan kerajaan sebenarnya untuk mengurangkan beban kerajaan dan melepaskan beban itu kepada rakyat.

"Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara," katanya.

Ayuh, bertindak segera, jangan biaq 'jari telunjuk' jolok mata

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata


Foto di atas dihantar oleh blogger UMNO dekat Kedah La. MK seperti jugak orang PAS yang lain, agak 'terpinggir' dari dengan tempat-tempat seperti itu, apa ada di dalamnya, tempat tarian bogel ka, rumah urut batin ka, tempat orang menyundal ka? Jadi nak kena rujuk dulu cari jawapan. Lainlah dengan orang UMNO, tempat macam tu mungkin dah jadi rumahtangga depa. Depa boleh kira berapa yang ada, siap dengan tarikh bila dibuka.

Jawapan pertama yang MK dapat, karaoke adalah tempat orang nyanyi-nyanyi dan minum. Bukan tempat minum arak. Sama macam nyanyian kat program Akademi Fantasia atau macam-macam program yang bersepah kat tv yang diberi lesen oleh kerajaan BN itu. Macam mana pun MK tak mau pertahankan, yang lagho tetap lagho tak boleh dibiarkan bertambah macam tu.

MK siasat lagi, rupanya mereka wujud bukan atas lesen pusat hiburan tetapi lesen kafe. Mereka salahgunakan untuk jadikan pusat hiburan. Dasar yang dibuat oleh kerajaan negeri pimpinan PAS jelas: Tiada pertambahan pusat hiburan baru selepas Mac 2008.

Bagaimana pula dengan dakwaan wujud sungguh beberapa pusat hiburan baru. Mereka yang kaki pusat hiburan dakwa kononnya ada sungguh pusat baru. Ia diluluskan oleh pejabat daerah dengan mengetepikan dasar kerajaan negeri.

MK terbayang muka Datuk Ahmad Md Isa bekas DO Kota Setar yang dikaitkan dengan isu seperti itu. DO ini pernah diberi arahan supaya ambil balik semua dewan orang ramai yang dijadikan pejabat UMNO serah dekat rakyat melalui MKK, tapi sampai hari ini arahan tersebut tak dilaksana. Datuk Bashah masih jadikan premis penghulu sebagai pejabat UMNO Bahagian Alor Setar. Sekarang DO Kota Setar ialah Datuk Abdullah Md Khir, sama juga dengan yang lama. Persoalannya depa ikut arahan Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat atau arahan beberapa kerat pemimpin UMNO.

Sama macam isu di Sungai Petani (kes roboh gerai) puak-puak talibarut ni buat kerja ikut suka depa, untuk sabotaj kerajaan dari dalam. Depa sengaja cipta isu nak bagi rakyat marah dekat kerajaan.

Soalnya ahli-ahli dan pemimpin PAS, khususnya yang berkuasa dalam kerajaan negeri takkan nak tengok saja. MK salute dengan ahli MPSPK yang ancam nak boikot YDP, depa lebih jaga rakyat dari jaga beberapa kerat balaci UMNO yang sabotaj kerajaan dari dalam.

Ayuhhh... bertindak segera, jari telunjuk dah jolok mata. Hancurkan balaci UMNO yang jadi anai-anai dalam kerajaan pilihan rakyat.

http://kedahla.blogspot.com

SELAMAT BERMUKTAMAR - Ibn Abdullah Al Awab

SELAMAT BERMUKTAMAR

Assalamualaikum,
1. SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA PERWAKILAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA BERMULA HARI INI. ANDA PILIHLAH PEMIMPIN YANG KENTAL UNTUK MEMIMPIN PAS PERKASA DALAM PR UNTUK MEREALISASIKAN SELEPAS PRU13 TIDAK LAMA LAGI KITA KE PUTRAJAYA DENGAN PENUH TAWADHUK.

2. SAYA TELAH MENZIARAHI SAHABAT KITA AKHIE USTAZ AZIZI HJ. ABDULLAH, MANTAN PENSYARAH USM/ MANTAN CALON PAS DI BANDAR KULIM - PRU2004 (KALAU TAK SALAH INGATAN SAYA)DI HOSPITAL BESAR PULAU PINANG WARD ICU 116 PADA ISNIN 30 MEI 2011 BERSAMAAN 27 JAMADILAKHIR 1432. SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN, SELESAI MUKTAMAR ZIARAHILAH SASTERAWAN USTAZ AZIZI (SAYA BERSAMA ISTERI DAN ANAK-ANAK)DOAKAN UNTUK KESEJAHTERAAN USTAZ AZIZI.

3. SAYA SENDIRI IBNU ABDULLAH AWAB AKAN MELAKUKAN PEMBEDAHAN YANG SAMA SEPERTI USTAZ AZIZI PADA 8 JUN 2011 , RABU DI HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR. DOALAH UNTUK SAYA JUGA SELAMAT DAN SEJAHTERA PEMBEDAHAN INI. HARAPAN BESAR SAYA KEPADA USTAZ AKHIE ISMAIL BIN NOH - SLOW MACHANG , SAUDARA HUSAM HAJI MUSA, SAUDARA IDRIS AHMAD,USTAZ HASSAN RAZAK, SAUDARA MUHAMMAD HUSIN GAAL, SDR TAKIYUDDIN HASAN , SDR HJ. PATAH HJ. HARUN, SDR KHALID SAMAD, SDR DR. HATTA RAMLI, SDR NASIR DAUD, SDR NASARUDDIN HJ. DAUD MERANTI, SDR MANSOR DAUD DAN LAIN-LAIN LAGI. DOAKAN SAYA KHUSUSNYA SAHABAT HANDAI DI PASIR MAS, KOTA BHARU. WASSALAM TERIMA KASIH

(DIBANTU OLEH KAKAK - ANAK ABAH 1 JUN 2011 BAGI PIHAK ABAH)

Berhujah bersama pengkomen kakilima UMNO....

Ubah persepsi 'asal cakap politik dapat dosa'...
Oleh: ENGGANG QADHA

Orangeman (pembaca Kedah La) menulis: Hangpa kat Kedah La kena belajar kat si Mangkok Zamil ni, yang hampa hempas pulas nak defend Ostaz, DSAI dan DAP tu sangat-sangat buat apa? boleh defend tapi berpada pada... nak pahala? saya rasa belum tentu... kalau dosa tu adalah sebab nya hangpa sendiri pon sedar atas pusing pulas bohong yang hangpa dok create. Depa dapat gaji dan elaun berpuluh ribu sebulan yang hangpa dapat dosa. Pada PRU 13 ni Pakatan di KEDAH akan bungkus, hangpa pon tau itu akan berlaku... Ostaz terima pencen 15K... hampa kena buat ceramah lepas tu tadah ketayap mintak derma ... fikir fikir lah... apa saja kita buat... buatlah berpada pada. Kira sama dosa pahala.. sebab kita semua akan mati bukan nak hidup selamanya dok nak tongkat PAKATAN, DAP atau UMNO.
Terima kasih
.


Pagi ini, selepas lama tak menulis EQ hanya ingin mengulas sebuah komen pendek oleh pembaca Kedah La iaitu Orangeman di hujung berita ‘Zamil... sekali lompat makan tak habis, ahli UMNO jugak yang merana’. Tak tahu sapa punya posting sebab tak letak byline di situ.

Mengapa EQ nak ulas orang kaki lima macam Orangeman tu, bukankah lebih baik jawab balik Zul Nordin, Ezam atau mana-mana tokoh besar sebab mereka lagi berpengaruh (kononnya)? Jawabnya kerana penulis kaki lima bercakap mewakili akar umbi. Mereka tidak tahu berfikir di luar kotak, atau di luar kebiasaan orang awam berfikir, justeru pola pemikiran mereka perlu diambil perhatian kerana golongan tersebut yang akan jadi undi penentu dalam pilihanraya.

Soalan pertama, mengapa berhempas pulas nak defend Ostaz, DSAI dan DAP? boleh defend tapi berpada pada... nak pahala?

Defend atau pertahankan ialah istilah untuk melindungi orang yang diserang. Tidak timbul perkataan defend jika mereka tidak diserang. Isunya ialah mereka diserang dengan senjata fitnah, lantas mereka sudah jadi mangsa kezaliman. Apakah mempertahankan orang yang dizalimi itu tak dapat pahala? Maka ia bergantung kepada niat serseorang, jika membela dengan nawaitu menurut perintah Allah yang menghendaki kita membantu golongan dizalimi dengan keikhlasan, maka dapatlah pahala. Kalau niat nak bodek, nak dapat ganjaran maka dapatlah ‘upah la la’ (ganjaran atas dunia).

Depa dapat gaji dan elaun berpuluh ribu sebulan yang hangpa dapat dosa. Sebabnya hangpa sendiri pon sedar atas pusing pulas bohong yang hangpa dok create.

Nyata dalam Islam bohong adalah berdosa, tapi apa yang Kedah La bohong? Agaknya orang tu terperangkap dengan mental block, ‘asal cakap politik mesti bohong’. Menuduh orang berbohong walhal orang yang dituduh tidak berbohong, itupun bohong namanya, dapat dosa! Soal orang lain dapat gaji berpuluh ribu ia tidak menjadi sebab kita berdosa atau tidak.

Tadah ketayap minta derma bukan kerja hina, kerana duit itu diguna untuk perjuangan Islam. Bina markaz, bina sekolah, bina Pasti. Masa PAS jadi kerajaan sekarang pun aktiviti ‘tadah ketayap’ tidak pernah berhenti kerana PAS bukan macam UMNO dulu, sapu duit STDC untuk biayai program parti. Orang yang tadah ketayap dapat pahala, orang yang mengisi ketayap yang ditadah lagi dapat pahala. Yang tak dapat pahala. Malahan dapat dosa ialah curi duit rakyat (GLC) untuk beli kain tudung, makan angin luar negeri dll.

Sebab fikir ‘tak hidup selamanya’ maka kita dok pulun buat kerja untuk dapat keredhaan Allah dunia akhirat. Allah tak redho kalau dalam diri kita tiada kebencian terhadap kemungkaran dan terhadap golongan yang zalim, menindas rakyat, menyeleweng, memfitnah, menuduh orang berzina, mengedarkan bahan lucah yang boleh merosakkan masyarakat, membina kekayaan peribadi dengan duit rakyat, rasuah, menghukum orang tanpa melalui proses perbicaraan (ISA), menggalakkan budaya hedonism dan macam-macam lagi kebejatan dan kemungkaran.

Nak tumbangkan semua itu PAS tak boleh buat sorang-sorang, perlu berpakat dengan PKR dan DAP sebab depa boleh tarik undi Cina sementara PAS tarik undi Melayu. UMNO kata DAP tolak hudud macam mana boleh berkawan. Jawabnya MCA, Gerakan dan UMNO sendiri pun tolak hudud juga. Tapi DAP tak tolak usaha memerangi penyelewengan dan rasuah serta mewujudkan sebuah kerajaan yang mempunyai tatalaku yang baik. Itu semua perlu diperjuangkan, andaikata hudud belum boleh dilaksanakan sekalipun sebab dalam kaedah fiqah: Tak boleh buat semua jangan tinggal semua. Ia berbeza dengan kaedah UMNO BN.. baik pun buat tapi tak semua, jahat buat tak tinggai semua.

Marilah kita ubah persepsi... asal cakap politik mesti dapat dosa. Dosa atau pahala bergantung kepada bahan yang kita nak sampaikan benar atau tidak, ke arah pengislahan atau kemudharatan, menepati syariat ke tidak, niat kita ikhlas ke tidak... maka akhirnya Allah yang nilai, bukan manusia macam orangeman yang kerja dok catat dosa, pahala kat orang.

Walluaklambissowab.
Maaf jika ada kesilapan.

Alhamdulillah..nampaknya semakin ramai rakyat dibumi Kedah mendapat hakmilik mereka..


Mari kita lihat...perut siapa yang senakkkkk...??!!

Mari..mari..mari kita tengok sekarang siapa yang penin? siapa yang sakit perut??!

Perut siapa yang sakit sekarang? akibat terlalu banyak isu-isu yang bukan berkenaan dengan hal-ehwal ekonomi.

Orang-orang cina masih sedih, masih kecewa dan masih geram dengan pelbagai isu-isu yang melibatkan bangsa mereka termasuk lah isu kes Teoh Beng Hock yang sampai saat ini masih lagi menjadi misteri dan masih belum selesai selesai, tup-tup sudah umum pada rakyat yang pengakhiran kes TBH ini tidak akan di umum kepada rakyat.

Yang terkini, bila isu biasiswa persekutuan menjadi perdebatan hangat, di mana ramai anak-anak cina, yang kaya-kaya pulak tu yang dah score straight A, tak dapat biasiswa.

Penganut-penganut agama kristian, yang sembilan puluh persen ada lah terdiri dari orang-orang cina, pun masih lagi kecewa dan sedih dengan pelbagai isu, termasuk lah hak mereka untuk menggunakan perkataan 'Allah', perampasan dan penahanan kitab-kitab Bible mereka yang masih tersadai di Port Klang, dan dakwaan kata yang ada komplot mahukan orang kristian menjadi perdana menteri malaysia.

Utusan Malaysia pula yang saban waktu kerap memainkan isu-isu tentang 'ketuanan melayu' serta Ibrahim Ali dengan seruan untuk 'perang salib'nya...

Kah..Kah..Kah.. dia sudah sakit peruttttttt.!

dollah yankee - Kah..Kah..Kah.. lagi lama tangguh, lagi lama dok pikiaq bila nak buat pilihanraya, lagi senak perut dia...

http://dollahyankee.blogspot.com

TAHNIAH.. Untuk belia KEDAH nak bina pusat latihan RM3.4million

Kedah To Set Up Youth Training Institute

ALOR SETAR, May 31 (Bernama) -- The Kedah state government plans to build a RM3.4 million training institute in Sungai Petani next year in efforts to curb unhealthy activities among youths in the state.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak said the institute would equip youths aged between 18 and 24 with certain skills and imbue them with noble character traits to prepare them for future challenges.

"They will get to learn more about the country's legal system and constitution and attend sessions on enhancing motivation, crime prevention and religion, among others," he told reporters afer closing a motivational camp for youths in Air Hitam near here, Tuesday.

-- BERNAMA

Program di sekitar Sg Petani sehari dua ini...



Tu dia depa dok kata ALOQ SETAQ dah jadi BANDARRAYA KAROK..


PAPARAN EKSLUSIF !!! ...

Hari ini , seperti yang AloQStaQBlog janjikan sejak dua hari lepas ... AloQStaQBlog dengan bangganya melaporkan satu laporan EKSLUSIF - Pembohongan Janji PAS Negeri Kedah Dalam Memperjuangkan Islam di Negara Malaysia amnya dan Negeri Kedah Darul Aman khasnya.

INILAH PENDEDAHAN KALI KELIMA ALOQSTAQBLOG MENGENAI KEWUJUDAN BARU PUSAT HIBURAN KARAOKE (
YANG KINI TELAH HAMPIR MENCECAH SEPULUH BUAH !) HANYA DI BANDARAYA ALOR SETAR SAHAJA SEJAK PAS MEMERINTAH KEDAH. (Kewujudan hampir 10 Pusat Hiburan BARU ini belum lagi dicampur dengan daerah-daerah lain di negeri ini)

Kewujudan terlalu banyak Pusat Hiburan Karaoke (anak muda sekarang sebut sebagai PUSAT KAROK) di Bandaraya Alor Setar kelihatan "tumbuh melata begitu segar" satu persatu semenjak Negeri Darul Aman ini diperintah oleh Kerajaan PAS pasca Pilihanraya Umum Ke-12.

AloQStaQBlog tertanya-tanya juga, APA DAH JADI DENGAN JANJI-JANJI ISLAMIK
PAS dahulu bahawa seandainya mereka diberi mandat oleh rakyat Kedah untuk memerintah , PAS akan pasti "Mencegah segala jenis Elemen serta Punca berlakunya Maksiat di bumi Kedah" !!?

Cuba kita lihat dahulu statistik populasi penduduk Bandaraya Alor Setar kini yang masih sekitar 300,000 orang penduduk sahaja (bacaan satistik ini) adalah sehingga tahun 2010 :



Bandar Populasi 1980 Populasi 1991 Populasi 2000 Populasi 2009 Populasi 2010



Alor Setar,Kedah 69,435 165,113 186,524 223,199 300,000

Data ini AloQStaQBlog petik daripada Wikipedia.

Dirasai begitu cepat perkembangan yang tidak sihat ini berlaku dan ianya pasti akan memberikan impak negatif terhadap kehidupan sosial penduduk Bandaraya Alor Setar yang tidaklah seramai mana berbanding kepadatan penduduk di bandar-bandar besar lain, khususnya masyarakat Melayu yang beragama Islam (majoriti) dan termasuk juga terhadap kaum yang Bukan Islam secara amnya.

Kenapa Kerajaan PAS Negeri Kedah nampaknya langsung tidak bersungguh-sungguh mentadbir secara Islamik (walaupun tidak perlu secara drastik) sebagaimana mereka telah janjikan di pentas-pentas ceramah PAS selama ini, untuk cuba menyekat atau mengarahkan PBT bertanggungjawab yang mentadbir Bandaraya Alor Setar ini daripada terus meluluskan permit-permit serta lesen perniagaan baru bagi sumber hiburan remaja seperti ini ??
[Selanjutnya]

ADMIN : Tu dia depa dok kata ALOQ SETAQ jadi bandar HIBURAN KAROK... takan terlepas pandang kot..cuba tengok balik apa cerita nie...!!!

MB Kedah meluangkan masa melawat pesakit kronik di Kampung Kubang Juluk, Naka

‘YB’ kerajaan negeri turun padang secara bersepadu

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_9553.jpg

PADANG TERAP: Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bersama isteri, Toh Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah meluangkan masa dengan melawat pesakit kronik di Kampung Kubang Juluk, Naka, di sini.

Lawatan yang diadakan itu bersempena dengan Program Mesra Rakyat Peringkat Daerah Padang Terap.

Lawatan yang diadakan itu juga mampu mendekatkan rakyat dengan Kerajaan Negeri Kedah.

Turut sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad.

Sementara itu semua Exco dan sebahagian besar wakil rakyat pihak kerajaan negeri Kedah turun padang secara bersepadu bertemu rakyat di kar umbi dalam program yang dirancang sehari suntuk.

Depa Kata Nak Kebal hangpa joint UMNO

oleh depakata



Tu dia aihhh depa kata memang kebailah manusia atas bumi Malaysia nie jika depa dok geng sebelah sana... buat laa apakejadahnya pon tentu selamat jeee... ingat dak lagi kes mamat nak bunuh TG Nik Aziz dahulu... senyap camtu jaaa... kini mai blogger Ugut nak Bunuh Blogger... senyap camtu jaaa... nie mai pulak isu baru....terlepas jugak....UMNO-UMNO hangpa ingat rakyat tak nampak kaa kelaku hangpa nie....
Kalau rasa nak buat salah tapi taknak kena tangkap masuk je UMNo...kebal daripada segala undang-undang. SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA BADUT-BADUT SARKIS INI.

ZAMIL nak bagi Rolls Royce dia sapa dapat jumpa mamat muka mcm Anwar...

yang nombor KCJ 67 tu kot wahai zamil...
kaya hang lanoe noooo....

A Rolls Royce for anyone who finds a man resembling Anwar

PETALING JAYA: Find a man resembling Datuk Seri Anwar Ibrahim and you can drive home a vintage Rolls Royce with RM10,000 cash in hand.

That is the offer made by Kedah Kita chief Zamil Ibrahim to anyone who can find a person who looks like Opposition leader Anwar.

“The Rolls Royce (Silver 111, 6700cc) is mine, and the cash offer is made by someone who wants to remain anonymous.

“We are doing this to put an end to the prolonged saga following Anwar's claim that even if people say that the man in a sex video may look like him, it is not his tummy,'' he said.

Datuk T, comprising businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, and former Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim had, on March 21, revealed the existence of a video showing a man resembling Anwar having sex with a woman.

Anwar had lodged a police report claiming that he was not the man in the video and that it was part of a political conspiracy to topple him.

Zamil believes his offer can help throw light on the matter.

“The public are confused. I believe Anwar can finally clear his good name if we can help him find a man who looks like him, walk like him, and even smile like him,'' Zamil said.

Zamil also added that he would invite Eskay, Kita president Datuk Zaid Ibrahim and senator Ezam Moh Noor to sit in a panel to identify Anwar look-a-alike.

“The three of them were very close to Anwar. They can tell who looks exactly like Anwar,'' he said.

Several bloggers had also vouched to run naked around KLCC if a man resembling Anwar could be found. [the star]

Zaid dan KITA kini 'Tukang Karut' umno?

KOMENTAR 31 MEI : Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui KITA. Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Anwar Ibrahim yang diumumkan semalam.

Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.

Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks Datuk T.

Mungkin kerana “sambutan” orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.

Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid Ibrahim pernah digelar kaki kuda dan kaki arak oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam Parti Keadilan Rakyat dan menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.

Namun, Zaid menjadi “anak emas” Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.

Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.

Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.

Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.

Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.

Ketika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan semalam, pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai “ilham” menganjurkan peraduan mirip Anwar.

Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.

Kesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan di dalam mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.

Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.

Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Sharyzl Eskay – satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi video lucah itu.

Zamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan “membela” nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang “bijak pandai” seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.

Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.

Alangkah baiknya jika kereta Rolly Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit kepayahan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak.

Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.

Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?

Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya . Yang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara.

Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.

Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.

Wira Arjuna - TVSelangor News

Kesan Tarif Elektrik: PRU13 Lewat?

Najib mungkin lewatkan PRU-13 elak ‘protes’ kesan tarif elektrik naik

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Kesan keputusan Malaysia menaikkan tarif elektrik dan juga kemungkinan harga minyak ekoran perubahan harga peringkat gloabal kemungkinan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum sangat tipis kerana kepimpinannya perlu menangani rasa tidak puas hati terlebih dahulu.

Semalam, pentadbiran Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik purata 7.1 peratus yang dikuatkuasakan mulai esok.


Artikel Penuh

Mamat kerja dok maki UMNO dulu dah kaya raya rupanya sekarang nie..!!

oleh AnakKedah007

Zamil... sekali lompat makan tak habis, ahli UMNO jugak yg merana

Bekas Ketua Pemuda PKR yang melompat ke dalam UMNO, kemudian menyertai parti KITA Zamil Ibrahim rupanya mampu memiliki sebuah kereta Rolls Royce Silver Spur III berharga USD$220,700.

Menurut sumber risikan, Zamil juga dikatakan mampu memiliki banglo mewah, melancong ke serata pelusuk dunia hasil wang lompatan yang diterimanya.

Kesian aktivis UMNO cawangan, buat kerja untuk UMNO merah bijik mata, bulehlah lima tahun sekali (musim pilihanraya) dua, tiga ratus ringgit. Puak PKR yang siang malam dok maki UMNO dulu macam Ezam, Zulnordin, Gobala, Roslan Kasim, Zaharin dll sedang hidup mewah senang lenang kat atas dunia sekarang hanya dengan sekali melakukan lompatan jarak jauh.


AnakKedah007 : Perghhhh KAYA GILA mangkok nie.. dulu semasa dok mai sembahyang JUMAAT di MASJID PENGHULU HIM.. mai bawak keta cabuk sambil dok juai SUARA KEADILAN di luaq pintu masjid selepas solat JUMAAT.... ini baru nama POTRET KEJAYAAN...tapi mai aku nak habaq hang cuma berjaya di dunia la kot.. tapi disana lu pikir laa sendiri... nie gua ambik dari blog sahabat gua... anaksungaiderhaka dan hangpa pikiaq la sendiri.....

p/s-nak sumbunyi kot mana dunia nie bulat sahaja wahai sahabat2 ku sekelian....


Mamat ni masa bersama PKR dulu pakai Proton Satria saja.. kini Zamil Bin Ibrahim seorang ahli perniagaan yang berjaya didepan banglo mewahnya RZ Villa



Ezam diiringi oleh Zamil berjalan meninggalkan kediamannya


Bekas Ketua Pemuda Keadilan Wilayah, Azwanddin Hamzah bersama bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Mat Arip dihadapan Rolls Royce kesayangan Zamil

ADMIN KLN : Awat SENATOR UMNO pie dok jumpa KETUA KITA KEDAH nie ada apa2 pakatan ka UMNO dgn KITA nak tibai PAKATAN RAKYAT....!!

Bapa rayu orang ramai bantu cari anak hilang


Mohammad Yusoff Saidin bersama isterinya, Chik Embun Mustaffa menunjukkan gambar anak mereka, Mohd. Fikril Munir Mohd. Yusoff yang hilang sejak lima hari lalu di Kampung Pida 3, Padang Perahu, Jitra, Kedah, semalam.

JITRA 31 Mei - Seorang bapa dari Kampung Pida 3, Tunjang di sini memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan anak lelakinya, Mohd. Fikril Munir Mohd. Yusoff (gambar kecil), 25, yang hilang sejak lima hari lalu.

Mohd. Yusoff Saidin, 55, berkata, anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) kerana lembam keluar dari rumahnya pada Rabu lalu secara bersendirian dengan menaiki basikal.

Katanya, ada penduduk memaklumkan ternampak Mohd. Fikri mengayuh basikal di Kampung Batu 17 di sini menghala ke Kampung Pida 3 kira-kira pukul 4 petang hari tersebut dipercayai mahu pulang ke rumah.

"Tetapi dia tidak pulang sehingga maghrib menyebabkan saya buat laporan polis pada keesokannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Kata Mohd. Yusoff, anak ketiga daripada sembilan beradik itu keluar menaiki basikal di sekeliling kampung pada setiap petang dan kebiasaannya akan pulang sebelum maghrib.

"Kali ini dia tidak pulang dan kami sekeluarga amat bimbangkan keselamatan dan kesihatannya kerana dia perlu mengambil ubat setiap hari untuk elak terkena sawan," ujarnya.

Menurutnya, dia tidak mengetahui baju yang dipakai Mohd. Fikril ketika kejadian kerana dia dan isteri keluar ke rumah saudara di Kuala Nerang, dekat sini.

"Dia hanya bawa wang RM1 dan saya sudah mencarinya di merata tempat namun gagal menemuinya," katanya.

Beliau merayu sesiapa yang terlihat Mohd. Fikril diminta menghantarnya ke balai polis berdekatan atau menghubungi Balai Polis Jitra di talian 04-9172222.

Rakyat pendapatan rendah tidak selamat

SHAH ALAM – Kenaikan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini, bukanlah pada waktu yang sesuai.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd Khairun Aseh berkata, kenaikan tersebut bakal membebankan rakyat termasuklah golongan peniaga dan industri.

Katanya, walaupun kenaikan tarif elektrik itu tidak melibatkan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang, kesan kenaikan tersebut tetap akan dirasai rakyat berpendapatan rendah.

“Sudah pasti peniaga dan industri akan menghadapi peningkatan tarif elektrik yang diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan mereka dikhuatiri akan mengembalikannya semula kepada pengguna.

“Oleh itu, rakyat berpendapatan rendah tetap tidak akan selamat dengan kenaikan tarif yang katanya dikecualikan daripada mereka apabila peniaga dan industri yang memberi perkhidmatan mengembalikannya semula kepada pengguna,” katanya.

Khairun cadangkan kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluar tenaga elektrik persendirian dan pengeluar-pengeluar tenaga bebas (IPP).

Cadangan itu, katanya, antara alternatif lain yang boleh diberi perhatian serius oleh kerajaan agar tidak melibatkan rakyat berpendapatan rendah.

“Mungkin juga kerajaan boleh melaksana Akta Pencatutan 2010 sebagai jalan lain, selain meningkatkan kos barangan domestik,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda MIC, T Mohan berkata, kenaikan itu tidak patut dilakukan pada waktu ini.

Katanya, ia adalah disebabkan rakyat masih berada pada takuk pendapatan yang sederhana, sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Jangan sentuh nadi rakyat. Kerajaan perlu mencari jalan yang lebih sesuai bagi menampung kos subsidi, itu tidak dinafikan, namun tidak perlu melibatkan kenaikan harga barang kegunaan domestik.

“Saya percaya masih banyak pembaziran elektrik akan berlaku sekalipun kenaikan tarif elektrik dilakukan. Namun sekiranya peningkatan itu alasan kepada peningkatan taraf ekonomi negara, ia mungkin boleh diterima,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan turut mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.

Pemberian bekalan elektrik percuma itu dijangka melibatkan kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai kegunaan 900,000 pengguna di Semenanjung.

Kenaikan tersebut juga bagi membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan sistem penghantaran dan pengagihan.

Roboh gerai di Sungai Petani: Ada tangan-tangan ghaib Umno?

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Belum selesai isu perobohan gerai pulut udang di Stadium Darul Aman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, muncul cerita baru mengenai roboh gerai di Sungai Petani. Kali ini 12 buah gerai yang berderetan di hadapan Kelab Cinta Sayang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Gerai tersebut bukan gerai roda tiga atau pemegang lesen penjaja mudah alih yang hanya bertenggek di situ pada waktu tertentu, tetapi gerai yang dibina seolah-olah mahu berniaga kekal di situ. Sebahagian gerai makanan itu sudah beroperasi lebih 10 tahun.

Ia memang menyalahi peraturan dan para peniaga juga sedar mereka telah melakukan kesalahan. Tetapi dalam dunia ini ‘kesalahan’ disahkan hanya apabila terdapat penguatkuasaan terhadap peraturan atau undang-undang.

Terdapat di kalangan rakyat negara ini yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal namun mereka tidak dianggap melakukan kesalahan sehingga polis menahan dan mengeluarkan notis saman.

Dalam suasana yang tidak ada penguatkuasaan, ramai yang tidak ambil peduli tentang kesalahan. Apatah lagi jika apa yang hendak dilakukan itu adalah perkara baik; berniaga barang yang halal untuk menyara keluarga.

Timbul persoalan mengapa penguatkuasaan tidak dibuat sewaktu tiang mula dipacak oleh peniaga untuk mendirikan gerai? Selepas mereka berniaga dengan maju, sehingga berbelas tahun baru MPSPK berfikir untuk bertindak.

Para penguatkuasa MPSPK dikatakan datang ‘ala gengstar’ beroperasi sewaktu pelanggan sedang menjamu selera di waktu pagi, sewaktu hidangan lauk pauk tersusun rapi di atas meja. Adakah ini cara bertindak yang rasional?

ADUN kawasan terbabit yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, S. Manikumar berkejar ke tempat kejadian. Beliau cuba mempertahankan peniaga, menghalang gerai dari dirobohkan. Tapi pihak penguatkuasa tidak hiraukan Exco kerana kononnya hanya mahu mengikut arahan ‘dari atas’. Siapakah yang lebih atas dari Exco itu? Manikumar tidak berputus asa terus cuba menghalang tetapi dia ditolak ke tepi macam polis bertindak terhadap peserta demonstrasi. Sungguh biadap.

Akhirnya gerai-gerai tersebut dirobohkan. Para peniaga mula menghala persoalan kepada kerajaan negeri yang sedang giat memperkasa visi ‘Kedah Sejahtera’. Rupanya ahli-ahli MPSPK juga tidak tahu menahu mengenai operasi tersebut. Menteri Besar, Exco dan ADUN jauh sekali dari diberitahu. Tindakan penguatkuasa lebih sudu dari garpu, menggambarkan seolah-olah ada dalang di belakang mereka.

Ahli-ahli MPSPK menjelaskan bahawa mereka telah membuat satu ketetapan dalam mesyuarat kerajaan tempatan iaitu tindakan pencegahan atau perobohan hanyalah untuk geri-gerai baru yang sedang dibina.

Manakala bagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi, ruang niaga alternatif mesti disediakan terlebih dahulu kepada mereka sebelum bertindak. Itu cara berfikir dan bertindak orang politik. Sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya.

Kerajaan yang memerintah harus mengambil langkah terbaik untuk mengelak kontroversi. Meroboh dan mengusir adalah istilah yang sangat buruk di mata rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana negeri pun terpaksa berhadapan dengan manipulasi media.
Kekuatan BN masih pada penguasaan media-media utama. Mereka hanya mengambil aspek yang ‘nampak zalim’ untuk dimomokkan kepada rakyat, sedangkan scenario asal terhadap tindakan tidak diceritakan. Inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan PR.

Malangnya ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis tersebut dicabul oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah dipaksa untuk mendengar satu arahan lain. Ia memberi dua andaian; pertama pegawai yang berkuasa yang mengarahkan kepada tindakan betul-betul bertindak secara professional berdasarkan peraturan.

Aspek lain, selain peraturan, bukan menjadi kriteria langsung untuk dipertimbangkan termasuklah aspek untung rugi politik.

“Kerana kami pentadbir, bukan orang politik,” mungkin hujah mereka.

Andaian kedua, ialah terdapat ‘grand design’ untuk mencipta isu-isu yang boleh boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Kita berharap semoga apa yang berlaku bukannya kerana andaian yang kedua tersebut kerana di Kedah, zahirnya para pegawai tiada yang menikam kerajaan dari belakang. Justeru kepimpinan kerajaan negeri perlu berbincang dan membuat keputusan terbaik dengan para pegawai yang merancang penguatkuasaan. Jangan beri ruang langsung pada musuh mengeksploit isu.

Mohon ganti YDP, Setiausaha bagi MPSPK


ALOR SETAR - Seramai 17 Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mendesak Yang Dipertuanya (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Ketua Whip, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit.

“Selagi tuntutan kami tidak diberi perhatian sama ada siasatan dibuat atau kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain, selagi itu ahli majlis lantikan politik seramai 17 orang akan memboikot mesyuarat MPSPK.

“Namun peranan sebagai ahli majlis tetap diteruskan seperti biasa,” katanya pada media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya di Wisma Darulaman, semalam.

Menurutnya, rasa tidak puas hati terhadap tindakan merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang 26 Mei lalu antara punca mereka menyerahkan memorandum agar Menteri Besar campur tangan menyelesaikan kemelut dihadapi.

“Kami kesal kerana keputusan merobohkan gerai berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat bersama ahli majlis. Tindakan ini seolah-olah membelakangkan kami sebagai pembuat dasar dan polisi,” katanya.

Ishak berkata, rentetan peristiwa itu, 17 ahli majlis lantikan politik kecewa dan hilang keyakinan kepada Rozaina dan Radzuan, dan memutuskan untuk tidak hadir pada sebarang mesyuarat MPSPK bermula kelmarin sehingga digantikan dengan YDP baru.

“Keputusan kami ini bukan hanya disebabkan isu perobohan gerai, tetapi beberapa isu lain seperti beliau sering berada di luar kawasan dan ini menyusahkan kakitangan untuk berbincang masalah berbangkit,” katanya.

Antara kenyataan dalam memorandum itu ialah perancangan sering tertangguh khususnya melibatkan kepentingan rakyat seperti cadangan membina stesen bas yang diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada 28 Februari lalu.

“Pecah tanah pembinaan stesen bas dibuat 5 Mac 2008 dan isu ini sering diketengahkan agar diberi keutamaan kerana mendapat rungutan penduduk yang mahu projek itu disegerakan,” katanya.

Antara projek yang masih tertangguh sehingga kini ialah pembinaan pasar awam yang bajetnya sudah diluluskan pada penghujung tahun lalu tetapi belum dilaksanakan.

“Isu lain yang turut menjadi perhatian ialah penguatkuasaan yang lemah terhadap rumah urut yang sebahagiannya menjalankan aktiviti tidak bermoral, termasuk premis judi,” katanya.

Memorandum turut membangkitkan rasa tidak puas hati keputusan dalam mesyuarat tidak dilaksanakan seperti yang dipersetujui selain membelakangkan ahli majlis dalam beberapa perkara.

Ishak berkata, mereka mahu campur tangan segera Kerajaan Negeri supaya kepentingan rakyat terpelihara.

Tak mahu terima semula wang - Azizan

http://3.bp.blogspot.com/_ghNs9FhNcY4/SfK84R8dRFI/AAAAAAAAHAE/NVEZhN-8RjQ/s320/DSC_08.JPG
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan ahli lembaga pengarah sebuah sekolah jenis persendirian Cina di Sungai Petani mempolitikkan isu bantuan kepada sekolah berkenaan.

Kerajaan Negeri juga tidak akan menerima semula wang bantuan yang dipulangkan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tindakan ahli lembaga pengarah memulangkan RM1,993.95 kepada seorang ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah-sekolah Cina (PLPSC) sebagai protes atas keengganannya menggantikan semula RM12,000 yang dibayar untuk tunggakan bil elektrik sebelum ini dianggap menafikan sumbangan Kerajaan Negeri selain menolak hak warga sekolah itu.

Untuk itu, beliau mengarahkan PLPSC memulangkan semula wang berkenaan kepada pengurusan sekolah terbabit kerana sumbangan itu merupakan sebahagian janji Kerajaan Negeri kepada sekolah Cina.

“Soal sama ada mereka (pengurusan sekolah) hendak terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka.

“Kita sudah menunaikan janji kepada masyarakat Cina dan saya minta sekolah terbabit jangan bermain politik dalam isu pendidikan kerana ia melibatkan masa depan anak-anak,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Di sebalik tindakan itu, Kerajaan Negeri masih komited untuk terus membantu pada masa depan bagi meringankan beban 42 sekolah jenis persendirian Cina di Kedah melangsaikan bil elektrik dan air.

“Bantuan tetap diteruskan, cuma jumlah dan peruntukan kita tidak pasti.

“Sekiranya Kerajaan Negeri dapat hasil pendapatan lebih, kita bagi lebih. Bagaimanapun, saya akan sentiasa memastikan pendidikan masyarakat Cina tidak dipinggirkan,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah kesal dengan tindakan ahli lembaga pengarah sebuah sekolah jenis persendirian Cina di Sungai Petani mempolitikkan isu bantuan Kerajaan Negeri apabila memulangkan semula duit bantuan untuk menyelesaikan tunggakan bil elektrik sekolah itu Jumaat lalu.

Pengerusi DHPP Kedah, Tan Weng Fatt berkata, tindakan Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Jenis Persendirian Sin Min, Beh Teng Keong mewakili sekolah memulangkan RM1,993.95 kepada seorang AJK PLPSC sebagai protes dan tidak menghargai sumbangan Kerajaan Negeri kepada masyarakat Cina.

Lesap RM52 bilion saham bumiputera, Umno khianat Melayu- Khalid Jaafar

Dari Keadilan Daily

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Khalid Jaafar mengulangi desakan supaya pimpinan Umno memberi penjelasan ke mana hilangnya RM52 bilion saham bumiputra, sebelum bercakap soal membela orang Melayu.

Beliau berkata demikian mengulas isu saham bumiputera berjumlah RM52 bilion yang dilesapkan di Bursa Kuala Lumpur, seperti mana yang didedah Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun sehingga kini, katanya, kerajaan pimpinan Umno masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung isu itu.

“Sehingga sekarang masih tiada pemimpin Umno perjelaskan isu saham yang disonglap mereka. Semua orang perlu tahu ke mana perginya sejumlah besar saham tersebut,” kata Khalid ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Menurutnya, saham bumiputera diperuntukan melalui Dasar Ekonomi Baru, cetusan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bagi mengangkat martabat ekonomi di kalangan bumiputera.

Namun katanya, akibat perbuatan Umno yang sanggup mengkhianati orang Melayu sendiri, menyebabkan bangsa itu masih terkebelakang dalam soal ekonomi dan pegangan ekuiti.

“Mereka (Umno) tidak layak bercakap pembelaan orang Melayu, kerana mereka tidak bermoral untuk membela orang Melayu.

“Saham bumiputra sebenarnya rancangan dalam DEB, yang kita tahu DEB itu sendiri dirumuskan untuk mengangkat martabat orang Melayu, tapi apa yang berlaku sebaliknya apabila Umno sendiri yang mengkhianati orang Melayu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak amalan rasuah dan khianat yang dianjurkan Umno punca saham Bumiputra hilang.

“Menteri sendiri mengaku DEB gagal, ini semua kerana rasuah, khianat yang dilakukan Umno. Sebab itu Pakatan Rakyat menolak DEB, tetapi kita pula dituduh pengkhianat,” katanya.

Menurut Khalid, sekiranya siasatan dijalankan, beliau percaya banyak lagi pengkhianatan yang dilakukan Umno kepada orang Melayu dapat didedahkan.

“Siasat dulu ke mana hilangnya saham Bumiputra, saya pasti banyak lagi dapat dibongkarkan kerana mungkin juga ianya bersiri. Tambahan pula jumlah yang dilesapkan itu terlalu besar,” katanya.

Isu saham bumiputera ditimbulkan sejak Mac tahun lalu oleh Pakatan Rakyat. Ia berdasarkan pengakuan perdana menteri sendiri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan saham bumiputera hanya tinggal RM2 bilion dari RM54 bilion yang diperuntukkan.

KEADILAN sejak Febuari lalu mendesak supaya kerajaan merombak satu mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham berkenaan, serta mengumum senarai penerima 1.5 bilion unit saham khas tersebut tahun lalu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...