TERKINI :

Sunday, May 29, 2011

Penyokong BN bukan mau kalau kita nak bagi minyak murah...!!

Harga Petrol Mampu Diturun Sehingga RM0.60 Seliter

Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau terpaksa meletakkan jawatan.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas pula diarah menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli dan dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Rafizi yang juga pengarah strategi PKR turut mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

Menjaga kroni

“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat Kota Bharu malam semalam.

Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.

Rafizi berkata mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

“Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.

“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” katanya.

Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Bertahan semusim saja

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

“Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani,” ujarnya.

Sobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi memujuk perdana menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

“Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri,” katanya.

Siapa dalang di sebalik peristiwa roboh gerai di Sungai Petani?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Belum selesai isu perobohan gerai pulut udang di Stadium Darul Aman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, muncul cerita baru mengenai roboh gerai di Sungai Petani. Kali ini 12 buah gerai yang berderetan di hadapan Kelab Cinta Sayang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Gerai tersebut bukan gerai roda tiga atau pemegang lesen penjaja mudah alih yang hanya bertenggek di situ pada waktu tertentu, tetapi gerai yang dibina seolah-olah mahu berniaga kekal di situ. Sebahagian gerai makanan itu sudah beroperasi lebih 10 tahun.

Ia memang menyalahi peraturan dan para peniaga juga sedar mereka telah melakukan kesalahan. Tetapi dalam dunia ini ‘kesalahan’ disahkan hanya apabila terdapat penguatkuasaan terhadap peraturan atau undang-undang. Terdapat di kalangan rakyat negara ini yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal namun mereka tidak dianggap melakukan kesalahan sehingga polis menahan dan mengeluarkan notis saman.

Dalam suasana yang tidak ada penguatkuasaan, ramai yang tidak ambil peduli tentang kesalahan. Apatah lagi jika apa yang hendak dilakukan itu adalah perkara baik; berniaga barang yang halal untuk menyara keluarga. Timbul persoalan mengapa penguatkuasaan tidak dibuat sewaktu tiang mula dipacak oleh peniaga untuk mendirikan gerai? Selepas mereka berniaga dengan maju, sehingga berbelas tahun baru MPSPK berfikir untuk bertindak.

Para penguatkuasa MPSPK dikatakan datang ‘ala gengstar’ beroperasi sewaktu pelanggan sedang menjamu selera di waktu pagi, sewaktu hidangan lauk pauk tersusun rapi di atas meja. Adakah ini cara bertindak yang rasional?

ADUN kawasan terbabit yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, S. Manikumar berkejar ke tempat kejadian. Beliau cuba mempertahankan peniaga, menghalang gerai dari dirobohkan. Tapi pihak penguatkuasa tidak hiraukan Exco kerana kononnya hanya mahu mengikut arahan ‘dari atas’. Siapakah yang lebih atas dari Exco itu? Manikumar tidak berputus asa terus cuba menghalang tetapi dia ditolak ke tepi macam polis bertindak terhadap peserta demonstrasi. Sungguh biadap.

Akhirnya gerai-gerai tersebut dirobohkan. Para peniaga mula menghala persoalan kepadakerajaan negeri yang sedang giat memperkasa visi ‘Kedah Sejahtera’. Rupanya ahli-ahli MPSPK juga tidak tahu menahu mengenai operasi tersebut. Menteri Besar, Exco dan ADUN jauh sekali dari diberitahu. Tindakan penguatkuasa lebih sudu dari garpu, menggambarkan seolah-olah ada dalang di belakang mereka.

Ahli-ahli MPSPK menjelaskan bahawa mereka telah membuat satu ketetapan dalam mesyuarat kerajaan tempatan iaitu tindakan pencegahan atau perobohan hanyalah untuk geri-gerai baru yang sedang dibina. Manakala bagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi, ruang niaga alternatif mesti disediakan terlebih dahulu kepada mereka sebelum bertindak. Itu cara berfikir dan bertindak orang politik. Sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya. Kerajaan yang memerintah harus mengambil langkah terbaik untuk mengelak kontroversi. Meroboh dan mengusir adalah istilah yang sangat buruk di mata rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana negeri pun terpaksa berhadapan dengan manipulasi media. Kekuatan BN masih pada penguasaan media-media utama. Mereka hanya mengambil aspek yang ‘nampak zalim’ untuk dimomokkan kepada rakyat, sedangkan scenario asal terhadap tindakan tidak diceritakan. Inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan PR.

Malangnya ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis tersebut dicabul oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah dipaksa untuk mendengar satu arahan lain. Ia memberi dua andaian; pertama pegawai yang berkuasa yang mengarahkan kepada tindakan betul-betul bertindak secara professional berdasarkan peraturan. Aspek lain, selain peraturan, bukan menjadi kriteria langsung untuk dipertimbangkan termasuklah aspek untung rugi politik. “Kerana kami pentadbir, bukan orang politik,” mungkin hujah mereka.

Andaian kedua, ialah terdapat ‘grand design’ untuk mencipta isu-isu yang boleh boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Kita berharap semoga apa yang berlaku bukannya kerana andaian yang kedua tersebut kerana di Kedah, zahirnya para pegawai tiada yang menikam kerajaan dari belakang. Justeru kepimpinan kerajaan negeri perlu berbincang dan membuat keputusan terbaik dengan para pegawai yang merancang penguatkuasaan. Jangan beri ruang langsung pada musuh mengeksploit isu.

note : Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani hari ini mengambil keputusan memboikot semua mesyuarat majlis ekoran dari tindakan tidak cermat Yang Dipertua dan Setiausaha MPSPK merobohkan gerai-gerai di Jalan Kelab Cinta Sayang, Khamis lalu.



ADMIN KLN : Rasanya YDP MPSPK & SU dia nie lebih sudu dari kuah .. takpon ada tangan ajaib kat atas sana dok jaga beliau...itu yg belagak semacam jaa...!!

Najib peralat program Sure Heboh untuk himpun belia

oleh kedahla


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 - Najib bermula dengan merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

"Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia... negara (kita) aman dan stabil. Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara.

“Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?” soalnya kepada hadirin dan disambut jeritan “ya” oleh segelintir belia yang diupah.

Najib kemudiannya melaungkan “pertahankan Putrajaya” sebanyak tiga kali tetapi hanya mendapat sambutan tidak bermaya dari beberapa kerat ahli Pemuda UMNO.

Remaja yang hadir dalam program Sure Heboh tidak tahu menahu mengenai penempelan Najib pada mulanya. Mereka kemudian buat-buat tak peduli sewaktu Najib mula merepek mengenai isu politik.

Ketepikan PELAWAK seperti IBRAHIM ALI...

Ibrahim Ali ahli politik Malaysia paling buruk, kata Anwar
Oleh Shazwan Mustafa Kamal

http://2.bp.blogspot.com/_NI4L2DBC9OE/S6uqY5U5OiI/AAAAAAAAAyI/1B19pKt5fYM/s320/ibrahim_ali_melayu%5B1%5D.jpg

PETALING JAYA, 29 Mei — Datuk Ibrahim Ali, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Perkasa sejak tiga tahun lalu, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang paling buruk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa presiden Perkasa itu cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian antara satu sama lain dengan mengisytiharkan sanggup mengadakan perang jihad terhadap komuniti Kristian.

Tindakan-tindakan Ibrahim, menurut Anwar, dilakukan atas restu Umno.

“Masalahnya ialah sistem yang kita ada bertolak ansur dan menggunakan mereka seperti Ibrahim Ali,” kata Anwar ketika sesi ramah mesra dengan golongan profesional di sini petang ini.

“Ketepikan pelawak-pelawak ini,” kata Anwar.

Dalam ceramahnya tiga minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan perang jihad jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin dari BN dan PR membantah tegas kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pernah berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya.

Dalam kenyataan terbaru hari ini, Ibrahim yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS di Kelantan berkata, pada pemilihan parti itu minggu depan berhadapan dengan nasib “menang sorak kampung tergadai” di arena politik tempatan.

Ibrahim juga mendakwa yang akan untung ialah DAP dan Anwar.

PR dianggotai DAP, PAS dan PKR.

Itulaa hari tu bongkak sangat..sekarang dah panggil belia suruh pertahankan putrajaya.. pemuda UMNO pie mana..???

Jatuhnya Putrajaya bukan kerana berhimpun

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Jatuhnya Putrajaya yang dikuasai BN sekarang bukan disebabkan berhimpun tetapi kerana penjumlahan undi yang lebih popular kepada Pakatan Rakyat yang akan disaksikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Sehubungan itu, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim melahirkan rasa terkejut dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 yang hanya dihadiri sekitar 8,000 belia sahaja, semalam.

Katanya, ucapan Najib tersebut menjelaskan lagi apa yang beliau dakwa dalam kenyataannya kelmarin bahawa pemimpin BN sangat resah, gelisah dan semacam tidak boleh tidur nyenyak memikirkan kuasa yang dimiliki di Putrajaya bakal hilang.

Baginya, perhimpunan yang ternyata gagal dari segi jumlah kehadirannya itu ternyata digunakan sepenuhnya Najib dan timbalannya untuk melahirkan perasaan resah dan gelisah kepada kuasa yang bakal hilang.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak berkata, sungguh malang program yang sudah berbulan dirancang dan dicanang oleh pemimpin BN serta mendapat liputan media cetak dan elektronik itu hanya dihadiri seramai itu.

"Maka adakah benar-benar mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mermbenarkan mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat seperti yang dilaungkan Najib dalam ucapannya?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kerana itu beliau meyakini bahawa para belia akan bersama Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan BN dalam PRU 13 nanti.

Oleh itu, beliau sangat menghargai sikap matang para belia pada masa kini untuk bersama seluruh rakyat malaysia bagi menyelamatkan negara yang disayangi ini.

"Lucunya Najib cuba merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat seperti di Mesir dan Tripoli dengan katanya Malaysia aman dan stabil dalam keadaan dia menimbulkan suasana tidak aman dan tenteram dengan mengapi-apikan rasa benci kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Tambahnya, sangat malang bagi sebuah negara yang cuba merosakkan para belia dengan perhimpunan untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang penuh dengan penyelewangan dan dasar yang menindas rakyat.

"Tetapi saya ingatkan di luar sana adalah para belia yang tidak akan berhimpun seperti di Asia Barat tetapi mereka akan berhimpun di pusat pengundian dalam PRU 13 akan datang bagi jatuhkan kerajaan BN.

"Saya tegaskan bahawa Najib dan para belia yang berhimpun bersamanya di Putrajaya kelmarin pasti tidak dapat menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya kerana Putrajaya tidak akan dapat dipertahankan walaupun sejuta belia yang hadir dengan cara berhimpun," ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebelum ini, katanya pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga bercakap nada yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya dengan katanya "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".

Beliau berkata, lucunya Najib mendakwa bahawa para belia tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dengan tuduhan jahat kononnya Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya.

Baginya, itu satu dakwaan yang dilihat sebagai kegelisahan tahap maksimum seorang pemimpin yang akan bertahan sebagai Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja, sesuai dengan slogan 1Malaysia yang dibawanya.

"Ternyata kalau kita amati gelagat Najib sejak akhir-akhir ini menunjukkan tanda-tanda kegusaran yang serius dan  tidak pernah dialami oleh pemimpin Umno sebelum ini.

"Beliaulah satu-satunya pemimpin BN yang dilihat terbukti sedang bergelut dengan suasana sangat getir bagi mempertahankan kuasa BN yang telah melewati 50 tahun itu," katanya.

Justeru, Khalil tidak dapat membayangkan apakah ucapan dan tindakan lain yang akan dilakukan oleh seorang yang disifatkan 'gila kuasa' dan sedang melakukan untuk mempertahankan kuasa.


KUIN: Pakatan sama saja dengan BN

Prof Abdul Aziz Bari

Saya mendapat perspektif yang berbeza tentang kes enam pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang diambil tindakan selepas bercakap dengan Peguam Hanipa Maidin.

Saya tidak tahu kes ini secara terperinci. Apa yang dilaporkan ialah para pelajar itu digantung pengajian dan didenda kerana berdemonstrasi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebut soal-soal teknikal seperti Institusi Pengajian Tinggi ada peraturan dan sebagainya. Ini soal teknikal, soal kecil. Ada gambar besar yang perlu diambilkira; yakni hasrat Pakatan Rakyat yang hendak memperkasa dan membebaskan rakyat.

Kita tidak mahu peraturan digunakan untuk menutup gambar besar tadi. Yakni falsafah pentadbiran secara keseluruhan oleh Pakatan Rakyat.

Nampaknya apa yang KUIN lakukan sama saja dengan IPTA yang berada di bawah Barisan Nasional.

Kalau pelajar ponteng, meniru dalam peperiksaan atau merosakkan harta benda kolej itu boleh diterima. Tetapi kalau hukuman dibuat berdasarkan kepada demonstrasi ini tidak kena dengan falsafah Pakatan.

Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan (Per.10(1) Perlembagaan Persekutuan. Kalau akta parlimen pun tidak boleh mengatasi peruntukan itu apalagi sekadar peraturan kolej universiti. Kerajaan Pakatan tidak harus menafikan kebebasan bersuara sebagaimana Umno-BN melalui polis dll.

Itu gambar besar yang KUIN khususnya dan kerajaan negeri Kedah umumnya perlu prihatin. Apa yang berlaku menggambarkan sikap kuku besi, autokratik dan tidak boleh dikritik.

Setahu saya pelajar di KUIN membayar yuran dan mereka berhak bersuara. Hak ini tidak boleh dinafikan atas alasan lain. Contohnya kalau mereka merosakkan harta benda mereka perlu dihukum atas kesalahan itu dan hukumannya perlu setimpal.

Menteri besar sebagai pengerusi KUIN patut mengambil langkah segera; umpamanya membatalkan hukuman itu.

Jika tidak isu KUIN ini akan digunakan terhadap Pakatan. Bukan sahaja di Kedah tetapi di negeri-negeri lain. Dan boleh menyulitkan perubahan di Putrajaya.

Antara fitnah dan fakta

Orang Melayu yang menyertai DAP adalah pengkhianat bangsa. Ini fitnah. DAP mahu menghancurkan bangsa Melayu. Ini juga fitnah.

Selepas apa yang disebut sebagai tsunami politik pada pilihan raya umum 2008, sejarah Malaysia seolah-olah sedang ditulis semula. Apa tidaknya, zaman 1940 – 50-an dahulu, kita dihantui dengan sentimen perkauman, komunis, cauvinis dan agama – walau ada sedikit sebanyak kebenarannya, terlalu banyak pula berbalut fitnah. Kini, ia kembali seperti zaman-zaman gelap itu.

Sekarang, penghinaan UMNO-Barisan Nasional ke atas DAP hanya bertujuan mencipta persepsi buruk masyarakat kepada DAP, dengan impian untuk terus berkuasa. Tidak lebih dari itu. Kita tidak hairan, malah boleh maafkan, jika UMNO tidak tahu atau tidak memahami prinsip serta perjuangan DAP.

Tetapi kita tidak dapat memaafkan mereka kerana bukan sahaja mereka menyalahtafsirkan, malah sengaja memesongkan fakta tentang prinsip, perlembagaan dan perjuangan DAP. Sungguh pun memberi pandangan itu hak semua pihak tetapi hak tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan untuk menfitnah. Hak untuk mengkritik tidak sama dengan fitnah. Inilah yang sedang dilakukan oleh UMNO.

“ Utamakan rakyat Malaysia” adalah slogan DAP. Ini merupakan satu kaedah untuk mencapai matlamat perpaduan nasional dan kemakmuran ekonomi untuk semua. ‘Semua’ bermaksud seluruh rakyat Malaysia tidak terkecuali walau satu ras bangsa sekali pun. Ia adalah jati diri Bangsa Malaysia yang berasaskan prinsip keadilan, demokrasi, kebebasan, integriti dan harga diri (karamah insaniah ).

Kesemua perkara dalam prinsip perjuangan DAP adalah sah dan tidak langsung bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah DAP menjunjung tinggi dengan maksud, tidak langsung ingin menyentuh atau merubah pada mana-mana bahagian yang telah termaktub dalam Perlembagaan yang telah kita sepakati sejak merdeka lagi.

UMNO pun mengaku menjunjung Perlembagan. Memang kata-kata ini amat indah bunyinya, tetapi apa yang membezakan matlamat UMNO dengan matlamat DAP? Adalah menjadi satu fakta umum bahawa perjuangan UMNO hanya mengutamakan bangsa Melayu. Kita amat sedar dan menerimanya kerana pada awal dasar ini digubal (sekitar tahun 1940-an), sememangnya masuk akal, logik dan relevan, jika melihat keadaan masyarakat Melayu pada zaman itu. Ia sudah menjadi satu keperluan – kita terima.

Tetapi sedarkah UMNO, zaman telah berubah. Bangsa Melayu sudah bertambah bijak, semakin ramai berpendidikan, semakin ramai yang menjadi profesional dan pakar dalam pelbagai bidang. Agenda UMNO yang asalnya memperjuangkan Melayu ini juga akhirnya pada masa ini hanyalah slogan untuk membeli undi orang Melayu, tetapi realitinya Melayu menjadi mangsa kerakusan politik UMNO. Justeru, siapa dapat menafikannya?

Buktinya, semakin ramai orang Melayu menyertai PAS, PKR dan DAP. Malah dalam UMNO sendiri, ada antara mereka yang kecewa kerana menganggap UMNO sudah lari dari matlamat asalnya. Mungkin mereka ini sedang berfikir sama ada mahu kekal dengan UMNO atau mencari wadah baru yang benar-benar berjuang untuk keadilan, kemakmuran bersama serta kestabilan sebenar.

DAP sewaktu ulang tahun penubuhannya yang ke-40 telah meminda perlembagaannya dengan menukar ideologi sosialisme demokratik (yang berteraskan pemiliknegaraan sumber-sumber negara) kepada demokrasi sosial yang lebih terbuka kepada sistem pasaran bebas tanpa mengorbankan hak dan peluang rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin untuk terlibat sama dalam arus perubahan. Lihat lah bagaimana DAP menyesuaikan prinsip perjuangannya dengan keperluan zaman dan kehendak masyarakat. DAP belajar dari pengalaman pahit dan manis, dan menyedari bahawa masyarakat lah yang mematangkan perjuangan DAP. Parti itu tidak malu untuk berubah, malah ia semakin bersedia untuk memikul amanah rakyat Malaysia dengan lebih bermaruah.

Dalam masyarakat demokrasi yang matang, sepatutnya UMNO mengajak DAP atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat untuk berdialog atau berbahas untuk mencari penyelesaian terbaik bagi rakyat. Tetapi ramai pemimpin UMNO yang tidak faham atau pura-pura tidak tahu tentang amalan demokrasi ini.

Yang terus mereka lakukan ialah menyebarkan fitnah dan fakta-fakta palsu. Mereka momokkan DAP di depan khalayak Melayu, iaitu jika DAP memerintah, nasib bangsa dan bahasa Melayu serta agama Islam akan pupus. Ini hanya lah fitnah. Kerja keji ini dilakukan semata-mata kerana mereka takut orang Melayu sedar bahawa amalan demokrasi sebenar di semua peringkat serta amalan yang berteraskan keadilan, hak dan peluang saksama akan sama-sama menguntungkan orang Melayu dan kaum-kaum lain.

Ini juga tidak menghairankan kita kerana semua tahu bahawa kerja fitnah-memfitnah ini adalah budaya amalan UMNO sejak beberapa dekad lalu apabila segelintir pemimpin mereka mula sedar “untung” yang boleh dikaut jika orang Melayu “memejamkan mata” terhadap salah guna kuasa, penyelewengan dan kronisme.

Memang menyedihkan kerana UMNO pada asalnya bukan begitu. Bukan budaya asal UMNO untuk fitnah-memfitnah. Bukan budaya Melayu untuk berlagak sombong dan merampas hak orang lain. Tetapi sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, dan berjaya menjadikan segelintir pemimpin UMNO kaya-raya, mereka mula lupa daratan. Demi kuasa mereka mula membuat fitnah.

Jangan silap, budaya UMNO bukan bermakna budaya Melayu. Jangan sesekali menyamakan budaya buruk UMNO dengan bangsa Melayu. Budaya Melayu terkenal dengan adab dan sopannya. Dalam UMNO pun ada yang benci kepada budaya buruk itu. Sekali pun UMNO mendakwa ia parti yang mewakili kaum Melayu, bukan semua orang Melayu ahli UMNO. Ini fakta.

Oleh Muhammad Zir Roketkini.com

Umno ikhtiraf Melayu hanya dengan sehelai T-shirt?

Sidang Redaksi Roketkini Menjawab tuduhan UMNO – Alahai, Tengku Adnan…

Sama ada mahu menegakkan benang yang basah atau cuma mahu membodek boss UMNO, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pun tak ketinggalan dalam sandiwara menghentam DAP. Tak ada apa yang baru dalam kutukannya melainkan mengulangi herdik lapok dan basi. Agaknya pemimpin UMNO ini ingat minda orang Melayu masih lapok dan basi.

Mungkin ramai juga ahli UMNO yang meloya dengan skrip perkauman ala 1960-an ini. Segala tuduhan Tengku Adnan ini dilaporkan dengan oleh organ parti UMNO yang bernama Utusan Malaysia pada 25 Mei 2011

Tuduhan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, siapalah DAP yang mahu memperbodohkan orang Melayu sedangkan realitinya rakyat sendiri sedar bahawa parti tersebut hanya bersandiwara untuk mendapatkan kuasa.


Jawapan: Siapa yang memperbodohkan siapa? Orang Melayu semakin sedar realiti semasa bahawa UMNO semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa. Kebanyakan pemimpin UMNO takut untuk berubah kerana ubah bererti pentadbiran telus dan adil manakala penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dikurangkan kalau tak dihapuskan pun – ini juga bererti segala perubahan positif itu akan menutup peluang kebanyakan pemimpin UMNO dan kroni mereka mengaut keuntungan untuk diri dan keluarga mereka sahaja atas nama “Melayu”.

Tuduhan: Katanya, rancangan itu juga merupakan bukti bahawa DAP hanya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan bagi meraih kedudukan semata-mata.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan untuk mendapat keududukan? Bukankah para pemimpin UMNO yang hidup senang-lenang sedangkan masih ramai Melayu miskin bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di dalam bandar?

Tuduhan: “Inilah DAP yang tidak tahu menghargai apatah lagi untuk menghormati kebersamaan dan peranan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini malah sebaliknya mereka berbuat baik dengan orang Melayu kerana ada agenda tersembunyi”.

Jawapan: Bukan sahaja DAP menghormati kebersamaan dan peranan semua kaum, malah DAP mengamalkannya dan bukan cakap kosong. DAP bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran cekap, akauntabel dan telus, dan ini dibuktikan di semua pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Siapa yang ada agenda tersembunyi? Siapa yang menjerit 1Malaysia dan 1Melayu 1Bumiputera dalam nada dan nafas yang sama? Siapa yang memberi amaran kepada MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN supaya jangan pertikai amalan dan kepimpinan UMNO?

Tuduhan: “DAP ini parti yang akan gunakan apa sahaja cara asalkan dapat mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan kuasa.”

Jawapan: Para pemimpin dari parti mana yang menggunakan apa sahaja cara asalkan dapat mengekalkan kuasa termasuk memfitnah kononnya ada usaha menubuhkan negara Kristian, kononnya mahu merampas hak Melayu? Yang terbukti mmebuat tuduhan-tuduhan ini adalah para pemimpin UMNO.

Tuduhan: DAP tidak akan mengiktiraf orang Melayu dan meletakkannya di tempat yang tinggi kecuali mempunyai agenda tersembunyi.

Jawapan: Undang-undang tertinggi di Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan. DAP dan Pakatan Rakyat menjunjung Perlembagaan. Segala apa yang hak kepada orang Melayu dan kaum-kaum lain diberikan sepenuhnya oleh pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Sebagai contoh, di Pulau Pinang, nasib dan kebajikan orang Melayu dijaga dengan baik tanpa menafikan hak-hak kaum lain. Guru-guru agama Islam, para huffaz, para warga tua dan mereka yang memerlukan sentiasa dibela. Pulau Pinang yang mempunyai dua majlis perbandaran MPPP dan MPSP masing-masing diketuai dua wanita Melayu Islam, yang pertama di Malaysia. Di mana bukti kononnya orang Melayu tidak diiktiraf oleh DAP? Tak kan cara UMNO bagi t-shirt percuma kepada para belia dalam kursus-kursus mereka sudah dianggap mengiktiraf orang Melayu…

Tuduhan: DAP sebenarnya mahu orang Melayu menjadi ‘pak turut’ kepada mereka yang boleh dicucuk hidung, ‘disuruh angguk mereka angguk, suruh geleng mereka geleng’ seperti yang telah berlaku di Perak sewaktu diperintah pembangkang dan juga di Selangor ketika ini.

Jawapan: Ini kes kronik mata rabun seorang pemimpin UMNO, ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak’. Tanyalah orang Melayu, Cina, India, Orang Asli atau sesiapa sahaja di Selangor dan Perak; bantuan dan pertolongan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Pakatan, kalau pun tak terlalu hebat, jauh lebih baik hari ini berbanding zaman kroni UMNO-BN sahaja yang sapu bersih dahulu. Malah banyak lagi sumbangan yang mampu diberikan oleh kerajaan negeri Pakatan jika Kerajaan Pusat tidak menyekat bantuan. Malah Kerajaan Pusat masih berdegil enggan memberi hak royalti minyak yang menjadi hak sah negeri Kelantan. Mengapa masih ramai Melayu miskin di negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO? Apakah kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sudah kaya-raya dan hidup mewah makmur di bawah pemerintahan BN? Jadi siapa yang mahu Melayu jadi pak turut yang boleh dicucuk hidung? Siapa yang tahu ada kura-kura dalam perahu tapi pura-pura tak tahu? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tuduhan: Tujuan DAP adalah untuk menimbulkan kekeliruan kepada rakyat, menjadikan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa merasa tercabar serta marah, berlaku prasangka antara kaum sehingga keamanan negara tidak terjamin.

Jawapan: Siapa yang memfitnah angkara menubuhkan negara Kristian? Siapa yang mengadu domba kaum-kaum di Malaysia? Siapa yang sering memberi amaran kepada masyarakat pelbagai kaum supaya jangan menegur atau mempertikaikan amalan buruk UMNO? Siapa yang memfitnah Anwar Ibrahim? Siapa yang memfitnah Tok Guru Nik Aziz? Siapa yang memfitnah Lim Guan Eng? Siapa yang menggelar kaum India dan Cina sebagi pendatang? Siapa yang mencetuskan kekeliruan sehingga keamanan negara tidak terjamin?

Tuduhan: Tetapi strategi itu ternyata tidak membuahkan hasil, jadi mereka (DAP) kini merencanakan alternatif lain dengan menjadikan orang Melayu pula calon dalam parti mereka.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri? Sejak bila parti politik tidak boleh menjadikan orang Melayu sebagai calon? Apakah itu hak UMNO semata-mata untuk meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya? DAP sebagai parti pelbagai kaum telah dan akan terus meletakkan calon-calon Melayu dalam pilihan raya, sebagaimana yang dilakukan sejak penubuhannya 45 tahun lalu. Malah DAP sentiasa meletakkan calon Melayu sepanjang 10 pilihan raya yang disertainya dan akan terus berbuat demikian selaras dengan prinsipnya sebagai wadah pelbagai kaum.

Roketkini.com

Catatan: Kepada anda yang memilik akaun FaceBook, sila kongsikan ke FaceBook anda agar penyebaran jawapan terhadap dakwaan basi umno ini dapat disebarkan kepada seberapa ramai pembaca yang boleh.

Tarif naik ketika TNB menipu pengguna

Bacaan meter eletrik di premis dua bulan sekali ada agenda tersembunyi. Inilah dasar kapitalis yang mengaut keuntungan dalam bisnes secara tidak beretika. Lebih-lebih lagi apabila agenda kroni dan politik saling berkait. Rakyat yang alpa mudah tertipu. Mangsa yang terperangkap ialah rakyat jelata di bawah slogan 1Malaysia.

TNB, pembekal tenaga elektrik monopoli, mengamalkan secara bergilir-gilir bacaan meter di premis dan bacaan meter anggaran yang diposkan.

Mengikut maklumat dalam pengurusan TNB, ini adalah agenda politik untuk membantu kroni. Pos Malaysia kepunyaan Syed Mokhtar al-Bukhari, rapat hubungannya dengan orang nombor satu negara dan parti juara rakyat. Penulis dimaklumkan bahawa atas arahan kerajaan, TNB wajib menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menguruskan pos bil bulanan secara dwibulanan. Pos Malaysia mengambil caj sebanyak RM3.00 atas satu bil. Ini maklumat yang diberikan oleh pengurusan TNB.

Tujuannya dapat dijangkakan. Bukahkah Pos Malaysia telah melakukan pelbagai urusan sampingan seperti pembaharuan lesen memandu, pembayaran bil domestik, daftar pengundi dan sebagainya. Apa tujuannya? Pos Malaysia mungkin gulung tikar jika tidak diberi oksigen. Jadi Pos Malaysia kena kaut lagi melalui MOU dengan TNB.

Siapakah menjadi mangsa sebenar? Apakah TNB mahu rugi kerana dipaksa menyumbat oksigen kepada Pos Malaysia? Jawapannya pasti, TIDAK. Cara kapitalis berniaga pasti mengenakan pelanggannya. Macam mana TNB mahu ‘cover’ caj RM3.00 yang dikenakan oleh Pos Malaysia? Berikut ceritanya.

Semasa bil secara pos, anggaran penggunaan tenaga direndahkan. Contohnya, pengguna yang biasa menggunakan secara purata 1 500 KW dalam tempoh dua bulan, maka anggaran bil yang dilakukan secara pos direndahkan kepada 400 KW sahaja untuk bulan berkenaan. Maka pada bil kedua di mana pembaca meter datang ke premis, bacaan penggunaan dikira untuk tempoh dua bulan sekali gus, menjadikan jumlahnya 1 500 KW.

Di sinilah pengguna diperkenakan. Benar, jumlah bayaran ditolak dengan bayaran bulan terdahulu untuk 400KW itu, tetapi nampakkah bil tuan-puan dicaj tariff sehingga peringkat keempat yang mahal itu? Di sinilah TNB ambil keuntungan secara tipu. Mengapa? Perhatikan pengiraan di bawah apabila sistem pos dilaksanakan, pengguna terpaksa membayar seperti berikut:-

1 000KW pertama X RM 0.286seunit = RM 286.00

200KW kedua XRM 0.378 seunit =RM 75.60

200KW ketiga XRM 0.387 seunit = RM 77.40

100 KW berikutnya XRM0.397seunit = RM 39.70

Jumlah bayaran ialah RM 478.70. Mengapakah hal ini berlaku? Kalau diperhatikan pada bil, ada keanehannya iaitu silapmata tadi. Bacaan meter dikira bermula daripada bacaan di meter ke bacaan pada meter terkini. TNB tidak guna bacaan anggaran yang dibuatnya dahulu. Inilah silap matanya. TNB hanya tolak bayaran bulan sebelumnya sahaja tetapi pengguna telah dicaj ke peringkat keempat tariff tadi. Memang amat kompleks dan licik.

Sekiranya bacaan meter dilaksanakan di premis sahaja, bayaran dipuratakan seperti berikut:-

750 KW X RM0.286 seunit = RM 214.50 sebulan. Maka bayaran dua bulan ialah RM 429.00. Ini bererti TNB berjaya menggelapkan duit pelanggannya sebanyak RM 49.70. Walaupun ini merupakan anggaran sahaja tetapi hakikatnya TNB tetap menggelapkan puluhan ringgit wang pelanggannya. RM478.70 - 429.00 = RM49.70. Itu baru seorang pelanggan.!

Kiralah sendiri kalau 100,000 pengguna menjadi pelanggan wajib TNB yang menggunakan purata 700KWJ/bulan.

Natijahnya, KPDNKK dan persatuan pengguna perlu bertindak segera. TNB dan Pos Malaysia perlu memberi penjelasan sekiranya maklumat dan pengiraan ini tidak tepat. Penulis mendapat maklumat ini setelah pegawai TNB sudah tidak tahan terima caci maki para pelanggan kerana bil berganda. Lalu beliau terlepas cakap dengan katanya, “ini agenda politik”. Rakyat tanyalah diri sendiri, “ ini agenda politik siapa?”. Mahukah lagi rakyat mengekalkan parti yang memainkan agenda jahat ini?

Oleh Bayang di Air - Tranungkite

Berkaitan:

Strategi Kedah bubar DUN



ALOR SETAR - Kedah menyerahkan keputusan pelaksanaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) kepada Majlis Presiden PR jika pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, perkara itu sebenarnya telah dikaji Kerajaan Negeri dan keputusan akan ditentukan berdasarkan strategi dirangka.

Menurutnya, kajian dilakukan merangkumi persoalan sama ada keputusan itu akan beri keputusan positif atau negatif kepada parti pada PRU-13 nanti.

“Kuasa hendak bubarkan DUN dan Parlimen terletak kepada kerajaan memerintah. Jika di peringkat Parlimen, sudah tentu Perdana Menteri dan di peringkat negeri, kuasa pada tangan Menteri Besar.

“Jika kerajaan negeri di bawah PR bersetuju hendak bubar serentak dengan Parlimen, kita akan bubarkan DUN masing-masing. Tapi dalam konteks Kedah, strategi terbaik perlu diambil kira,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Mempelam Kedah 2011 di Pekan Rabu di sini, semalam.

Azizan berkata, selain menyerahkan keputusan di tangan Majlis PR, Kerajaan Negeri turut mengambil kira keputusan Pas Pusat hasil perbincangan dengan parti komponen PR.

“Tidak semestinya kita tunggu (adakan pilihan raya) lambat, kita akan kalah kerana ianya bergantung kepada penerimaan dan persepsi rakyat terhadap parti bertanding.

“Bagaimanapun, saya fikir Kerajaan Pusat sukar untuk memutuskan tarikh PRU memandangkan sokongan rakyat masih belum dapat diramal sepenuhnya,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP akan menyarankan semua pucuk pimpinan PR agar semua negeri di bawah PR tidak membubarkan DUN masing-masing jika PRU diadakan tahunan itu.

Kenyataan itu disokong oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Ir Zamri Yusof dan menyarankan pembubaran DUN dilaksanakan selepas tempoh pentadbiran PR di negeri ini memasuki empat tahun.

Mesra Rakyat, kenduri & pilihan raya 11.11.11…

Oleh: TOK SENAPI

Tok Senapi nak menuntut ampun maaf dari peminat Kedah la sekelian, dua tiga hari makalah maya kita ni tak aktif. Sidang editorial Kedah La tiba-tiba saja kalut (sibuk) dengan urusan masing-masing, serentak pulak tu. Ada yang sibuk dengan program Mesra Rakyat, ada yang kalut anak nak bersunat, kenduri kawin, bertunang… maklumlah dah masuk cuti sekolah.

Sedag-sedag semua pakat tak akses internet. Memanglah dalam kehidupan kita ni kadang-kadang ada ramai pun tak jadi kerja sebab masing-masing nak mengharap orang lain dan kadang-kadang pulak sorang buat pun kerja tak jadi jugak sebab tak larat nak tanggung beban. “Apa yang penting kerjasama..” kata Wonder Pet.

Mesra Rakyat

Program Mesra Rakyat Daerah Padang Terap di Pekan Naka Khamis lalu betul-betul capai sasaran dengan kehadiran lebih 3 ribu rakyat Padang Terap datang mendengar amanat Menteri Besar. Ia boleh dianggap berjaya kerana rakyat hadir hanya dengan jemputan streamer dan banner. Tiada kerahan tenaga, bas percuma dan cabutan bertuah seperti program UMNO.

Ada ahli UMNO yang kali pertama datang mendengar ceramah Menteri Besar, Ustaz Azizan secara life terkejut kerana sepanjang MB itu berucap tiada sepatahpun perkataan ‘UMNO, PAS’. “Kalau MB UMNO atau menteri BN yang berucap dalam program seumpama ini dah berasap pentas dia maki PAS, PKR, DAP,” kata ahli UMNO itu. “Ini program kerajaan bukan pentas politik, pemimpin PAS tahu beza antara pentas kerajaan dan pentas politik,” Tok Senapi menjelaskan kepada ahli UMNO tersebut.

Sehari suntuk semua YB Pakatan Rakyat turun padang hulur bantuan, dengar masalah rakyat serta berkongsi cerita suka dan duka rakyat. Secara umumnya komen-komen yang datang dari akar umbi sangat melegakan telinga. “Cukup puas hati YB PAS turun jumpa kami, depa mai nak dengar masalah kami untuk selesai, YB BN pula kalau turun nak suruh kami dengar depa dok kata macam-macam dekat PAS,” ujar seorang rakyat biasa yang sempat dijengah YB PAS.


Pilihanraya

Sampai ke telinga Tok Senapi pilihanraya umum akan diadakan pada bulan Julai. Beriya-iya orang yang bawa cerita itu beritahu seolah-olah dia dengar sendiri dari mulut Najib. Tok Senapi jawab sepatah, “Karut!”. Dia tanya balik, “Kenapa pulak?”.

Paling kurang tiga bulan sebelum pilihanraya (dan mungkin lebih), para pengurus pilihanraya lantikan SPR, biasanya pegawai daerah akan dipanggil untuk kursus khas. Banyak lagi rentetan kursus yang diadakan selepas itu melibatkan kakitangan bawahan. Anggota polis juga akan dipanggil berkursus. Semua itu memakan masa. Setakat ini kursus seperti itu belum diadakan.

“Macam nilah, lepas SPR mula buat kursus tu, maka bolehlah kita ramal pilihanraya dalam masa 3 bulan selepas tu.. paling cepat, setakat ni kita pakat pulun habis-habisan untuk mengalahkan BN,” ujar Tok Senapi.

Ada yang meramalkan pilihanraya akan diadakan pada 11.11.11 sebab itu angka keramat Najib. Elok sangatlah tu sebab kalau kita perhatikan betul-betul 11.11.11 betul-betul susunan tiga set batu nisan. Sepasang untuk karier politik Najib, sepasang untuk UMNO dan sepasang lagi untuk BN. Kalau Zunar baca tulisan Tok Senapi ni, harap-harap dia dapat ambik idea tu buat kartun.

http://kedahla.blogspot.com

Tarik diri bukti Azizan utamakan rakyat: Pemuda Pas



ALOR SETAR - Keputusan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden Pas bagi menumpukan perhatian terhadap pentadbiran negeri membuktikan beliau pemimpin mengutamakan rakyat.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, pihaknya menghormati keputusan Azizan menarik diri daripada jawatan terbabit dan alasan yang diberikan, bagaimanapun kagum dengan sikap beliau yang mengetepikan kepentingan parti demi kepentingan rakyat.

Menurutnya, rakyat Kedah patut berbangga dengan keputusan Azizan dan perkara ini tidak akan berlaku di parti-parti pembangkang di mana perebutan jawatan dan usaha lobi-melobi merupakan perkara wajib sewaktu pemilihan parti diadakan.

“Saya lihat perkara ini baik untuk masa depan rakyat Kedah kerana ianya membuktikan Azizan sudah bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada rakyat.

“Dari satu sudut lain, ia menunjukkan Pas tidak ketandusan pemimpin berkualiti kerana ramai lagi tokoh-tokoh parti yang mampu menggalas tanggungjawab berat itu,” katanya.

Kedah tidak bimbang ancaman tanah runtuh

NAKA - Kedah tidak begitu bimbang terhadap ancaman kejadian tanah runtuh di negeri ini kerana tidak banyak bangunan yang didirikan di atas tanah tinggi atau berdekatan dengan tebing tinggi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri bagaimanapun akan sentiasa mengikut polisi pembangunan kawasan berhampiran tanah tinggi sebagaimana ditetapkan pada setiap bangunan yang bakal didirikan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri mendapati pembinaan bangunan di atas atau berhampiran tanah tinggi di Kedah hanya tertumpu di kawasan Sungai Petani dan Kulim sahaja dan ianya mendapat pemantauan sewajarnya daripada Pejabat Tanah dan Daerah serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya harap semua pihak prihatin dengan tahap keselamatan pembangunan di lereng bukit dan saya yakin PBT dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut prosedur yang disyaratkan.

“Kita bukan seperti di Selangor di mana pembangunan kebanyakan bertumpu di kawasan lereng bukit dan tanah tinggi, bagaimanapun kita perlu mengambil pengajaran daripada tragedi tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat baru-baru ini,” katanya pada sidang media di Program Mesra Rakyat Daerah Padang Terap, di sini kelmarin.

Mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan Ulu Bakai, Baling Kedah sehingga menimbulkan kegelisahan warga sekolah dan penduduk kampung kelmarin, Azizan berkata, beliau telah mengarahkan pihak berkaitan memantau keadaan di tempat kejadian.

“Saya berterima kasih kepada rakyat yang prihatin dengan masalah itu dan berharap semua pihak berkaitan meninjau tempat kejadian bagi memastikan ianya tidak mendatangkan ancaman.

“Tiada masalah pembinaan di tempat tinggi, cuma kami bimbang sekiranya masalah tanah runtuh itu berlaku disebabkan kegagalan pemaju membina bangunan mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

Rabu lalu, media tempatan melaporkan penduduk Ulu Bakai, Baling dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh berhampiran Sekolah Kebangsaan Ulu Bakai kira-kira jam 9.30 pagi sehingga menimbulkan kegelisahan kepada guru-guru, pelajar sekolah dan penduduk kampung.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak mendatangkan bencana serius dan sesi persekolahan diteruskan seperti biasa.

KUALA KETIL - Demi sesuap nasi

Demi sesuap nasi

KUALA KETIL - Mengutip tin dan besi buruk menjadi sumber rezeki seorang lelaki di sini untuk menyara empat orang anaknya.

Tidak sedikit pun berasa malu dengan pekerjaannya itu, Abdul Khafar Abdullah, 47, sentiasa berfikiran positif dalam mencari sesuap nasi.

Menurutnya, dia mula tertarik dengan ajaran Islam pada tahun 1994 dan membuat keputusan untuk memeluk Islam pada tahun yang sama selepas merasai kemanisan sebagai seorang Muslim.

Bagaimanapun, keluarganya tidak menyokong atas keputusannya itu.

“Saya tetap teruskan kehidupan walaupun tanpa sokongan mereka. Saya anggap ini semua adalah ujian Allah kepada saya. Saya percaya, kalau Allah uji kita, Allah sayangkan kita,” katanya. Abdul Khafar berkata, dia sebenarnya dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) berikutan mempunyai masalah pendengaran dan ketidakseimbangan pemikiran berikutan tekanan hidup.

Ketika berkongsi pengalaman, Abdul Khafar memaklumkan dia pernah diherdik oleh seorang individu ketika sedang mengutip sampah dalam longkang untuk dijual.

“Memang pedih, dan sakit. Tapi, saya hanya mengatakan Alhamdulillah kerana pekerjaan saya bukannya haram.

“Allah tidak pernah mengatakan pekerjaan ini adalah hina,” katanya.

Menurutnya, disebabkan dirinya OKU, ramai majikan yang enggan menerimanya untuk bekerja.

“Apa yang mampu saya lakukan. Inilah yang saya boleh buat. Saya pernah bekerja di satu tempat. Kemudian, penyakit saya tiba-tiba datang. Saya jadi seperti orang gila. Selepas itu saya pun dibuang bekerja.

“Kini saya hanya bergantung kepada pendapatan isteri saya sebagai pekerja estet dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khafar turut memohon mana-mana pihak membantu menyiapkan rumahnya yang kini terbengkalai berikutan kesempitan wang.

Dia berkata, rumah yang didudukinya sekarang adalah milik estet dan kemungkinan akan dihalau sekiranya perkhidmatan isterinya dihentikan.

Sesiapa yang ingin membantu Abdul Khafar bolehlah menghubunginya di talian 013- 4924512.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...