TERKINI :

Friday, May 27, 2011

Umno cuba tawan Kedah ulangi taktik Terengganu 2004

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Usaha BN merampas kembali tampuk pemerintahan daripada Pakatan Rakyat melalui manipulasi daftar pemilih dilihat mulai rancak di Kedah selepas ianya di kesan di Selangor sebelum ini. Terbaru, Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Pertama 2011 iaitu bagi bulan Januari hingga Mac yang dipamerkan menunjukkan pertambahan luar biasa melibatkan kemasukan 26,384 pengundi baru.

Jumlah itu tidak termasuk 3,033 yang bertukar alamat masuk sementara 3,685 nama bertukar alamat keluar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) Kedah, Dato’ Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, BN kini sedang menggunakan modal ‘Operasi Terengganu 2004’ dalam usaha tersebut.

Ujarnya, operasi itu diketuai seorang pemimpin Umno yang telah berpengalaman menggerakkannya semasa BN merampas pemerintahan Terengganu daripada PAS pada pilihan raya 2004 dahulu.

“Strategi BN kini adalah meletakkan pemilih di Dun-dun yang mereka kalah tipis pada pilihan raya lalu,” ujarnya pada Ijtimak PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, di sini 21 Mei baru-baru ini.

Ujarnya, berdasarkan undi popular 2008, BN berada pada garis kemenangan yang cukup kritikal apabila memperolehi hanya 50.5 peratus undi seluruh negara.

“Tetapi oleh kerana kemenangan pilihan raya berdasarkan jumlah kerusi, bukan jumlah undi, maka dia nampak macam kuat lagi walaupun tidak cukup 2/3 majoriti. Tetapi keputusan itu menunjukkan mereka terjejas teruk,” ulas Phahrolrazi yang juga Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Jelasnya lagi, penurunan turut berlaku di Sarawak sebanyak lapan peratus undi popular berdasarkan perbezaan undi pada keputusan pilihan raya negeri yang terbaru dengan terdahulu.

Ujar beliau, sekiranya kadar itu berlaku di Semenanjung Malaysia, bermakna dari segi percaturan pilihan raya, BN akan jatuh.

Sementara itu, Setiausaha JPN Kedah, Kapten (B) Zamri Ibrahim berkata, beberapa contoh keraguan dalam rang tersebut adalah seperti di Parlimen Langkawi dan Parlimen Sungai Petani.

Di Parlimen Langkawi yang melibatkan Dun Air Hangat dan Kuah katanya, berlaku pertambahan masing-masing 969 dan 960 pemilih baru.

Ujar beliau, sekiranya diteliti, pertambahan itu turut melibatkan pelarian politik Rohingya yang diberikan kad pengenalan.

Sementara, di Parlimen Sungai Petani berlaku pertambahan luar biasa melibatkan pemilih berketurunan India di mana sebelum ini telah wujud aduan permohonan luar biasa kerakyatan di Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sungai Petani.

Jelas beliau, keraguan itu menimbulkan persoalan terhadap taraf kerakyatan yang diberikan sedangkan mereka bukan rakyat tempatan hingga melayakkan didaftarkan sebagai pemilih.

Untuk itu ujarnya, pertikaian tersebut bukan sahaja menuntut ketelusan dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, bahkan juga dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Ujar Zamri, beliau juga menjangkakan pertambahan luar biasa itu akan terus berlaku dalam Rang DPT seterusnya sebagai persiapan BN mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pemuda PAS bantah KUIN gantung pelajar

(Gambar: Lima pelajar KUIN yang digantung pengajian)

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pihak pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah mengkaji semula tindakan menggantung pengajian lima pelajarnya kelmarin.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketuanya Nasruddin Hassan berkata terdapat cara yang lebih baik bagi menyelesaikan perkara itu dan selain hukuman menggantung pengajian.

“Tindakan itu tidak mendatangkan kebaikan kepada pelajar sebaliknya menjejaskan masa depan mereka. Bertindaklah dengan hikmah dan lunak.

“Gantung mahasiswa menjejaskan masa depan pengajian mereka. Mereka perlu didikan dan bimbingan bukan tindakan keras seperti itu,” tambahnya.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang darinya dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Kesemua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara (speaker corner), dan serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari menggunakan bangunan tahfiz.

“Saya harap pihak KUIN mengkaji semula tindakan gantung yang diambil ke atas 6 pelajarnya.

“Saya juga merayu agar pihak kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan perkara ini dengan baik dan bertemu dengan pelajar," gesa Nasruddin.

Sebelum daripada itu, pada 1 April lalu, sekumpulan pelajar mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang akan diguna untuk pembangnan Sekolah Insan Bestari tersebut.

Rentetan itu, Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran, Muhammad Idrus Ismail didakwa telah dilucutkan jawatan kerana turut terlibat dalam demonstrasi tersebut.

Selain itu, mereka kemudiannya mengadakan sepaker corner bagi menjelaskan perkara itu namun dihalang pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Mereka kemudiannya bertindak mengeluarkan kenyataan akhbar kepada media menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak campur tangan.

Tidak cukup dengan itu, mereka kemudiaanya menyerahkan satu memorandum ‘selamatkan idealisme mahasiswa' kepada Presiden PAS meminta agar Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati Menteri Besar Kedah untuk menangani isu tersebut secara adil.

Kes Altantuya : ada lagi seorang yg ikut Razak & Altantuya.. Siapa..???

'Individu misteri iring perjalanan Razak, Altantuya'

Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

apcet II 221209 cynthia gabrielPengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu,” kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

NONERundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.

Rakyat Kena Perbodoh camtu jaa..Elektrik Naik...menutamakan rakyat konon..!!

K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

electric bill 130608Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

Mengutamakan rakyat tengkorak cheee hangpa....!!

Katanya mengutamakan Rakyat... tapi...


SHAH ALAM, 27 Mei — Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut.

The Malaysian Insider

Skandal Scorpene: Peguam Perancis akan Datang ke Malaysia



Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.

Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.

"Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi," kata Cynthia.

P/s: Najib mula berdebar!
http://duniacacamarba.blogspot.com

Lynas: Panel bebas tidak bebas

Ramai pihak ragu-ragu dengan ketelusan 9 orang Jawatankuasa Panel Bebas yang dilantik oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya oleh Kementerian Industri Dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) yang diketuai oleh menterinya Dato' Seri Mustapha Mohamed dan timbalannya Dato' Mukhriz Tun Mahathir.

Keraguan yang pastinya akan menjejaskan integriti atau ketelusan laporan keselamatan, kesihatan dan persekitaran 'panel bebas' itu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya akan terus dipertikaikan malah ditolak.

Dan jika laporan yang tidak telus itu digunapakai sebagai panduan atau rujukan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional(BN) untuk membenarkan Lynas untuk terus beroperasi pada bulan September atau November ini, hampir 800-850 ribu nyawa manusia termasuk keturunan mereka akan diperjudikan sampai bila-bila demi keuntungan ekonomi pihak tertentu semata-mata.

Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata badan binasa.

Satu insiden yang melibatkan kebocoran sisa buangan radioaktif ke udara, air, tanah dan makanan sudah memadai untuk mengheret semua rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman termasuk keseluruhan perniagaan atau perusahaan malah sektor awam ke situasi yang cukup kritikal. Satu keadaan kritikal, yang jika gagal dikawal oleh pihak yang bertanggungjawab akan mengheret semua pihak tidak kira agama dan bangsa, tua atau muda kepada kehancuran total sampai bila-bila.

Kenapa keraguan itu timbul:

  1. Laporan daripada Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) pada 18/5/11 mempertikaikan kewajaran MITI untuk menubuhkan 'panel bebas' itu sedangkan penilaian kesihatan awam, isu keselamatan radiasi, dan kemudahan kilang berbahaya atau 'hazardous' tidak terletak di bawah bidang kuasa MITI.
  2. Pihak berkuasa tidak dilihat terlibat di dalam perlantikan 9 ahli 'panel bebas' itu khususnya Jabatan Alam Sekitar (DOE) sedangkan permohonan awal penilaian persekitaran telah dihantar ke Jabatan Alam Sekitar semenjak tahun 2008. Matlamat DOE untuk melindungi alam sekitar lebih kukuh dan berkaitan dalam isu ini dan juga relevan  dengan kegusaran penduduk setempat kepada ancaman sisa buangan radioaktif dari operasi Lynas kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran penduduk setempat.
  3. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi (MOSTI) menyerahkan pula keseluruhan tanggungjawab 'panel bebas' itu kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di mana IAEA adalah badan antarabangsa yang mempunyai kepentingan khusus untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan keseluruhan aktiviti yang berkaitan dengannya di seluruh dunia. Mereka bukan penggubal undang-undang atau 'regulator' yang diyakini tiada berkepentingan untuk menyebelahi sesiapapun. Bagaimanakah pihak yang berkepentingan untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan dengannya dapat menjalankan tugas sebagai penggubal atau 'regulator' dalam Kes Lynas ini. Sebagai satu badan yang tiada berkepentingan langsung khususnya di dalam mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan di seluruh dunia. Pastinya, penilaian berat sebelah mungkin berlaku dalam kes penilaian keselamatan, kesihatan dan persekitaran dari operasi Lynas ini pada 29/5/11 sehingga 03/06/11 ini.
  4. 4 daripada 9 orang ahli 'panel bebas' itu adalah kakitangan IAEA. Keraguan teramat sangat dari penduduk setempat bahawa kepentingan 4 orang kakitangan IAEA itu untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan di seluruh dunia akan mempengaruhi ketelusan mereka ketika penilaian keselamatan, kesihatan dan persekitaran itu.
  5. 5 orang pakar luar atau 'external expert' yang bukan dari IAEA telah dimaklumkan oleh CAP/SAM sebagai tidak bebas kerana dikaitkan dengan syarikat-syarikat yang berasaskan tenaga nuklear dan nadir bumi termasuk pernah berkhidmat sebagai jururunding malah sebagai pekerja atau bekas pekerja kepada syarikat berkenaan malah kepada IAEA termasuk mempuyai kepentingan seperti IAEA untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan.
harakahdaily.

Harga minyak naik jika BN terus perintah

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan harga RON 95 kekal, menandakan BN goyang, Pakatan Rakyat kuat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kelaziman kepada mana-mana pemimpin dunia yang tidak prihatin kepada rakyat akan tersentak bila hampir pilihan raya dalam negara mereka.

Katanya, pemimpin Umno BN sudah mula cakna rakyat kerana hendak mengambil hati pengundi, lebih-lebih lagi suasana pilihan raya akan datang bukan era 60-an dan 70-an.

Tambahnya, pengundi sudah berbeza dan semakin matang untuk memilih mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab.

"Sekarang rakyat sudah membuat perbandingan kerajaan PR yang lebih berjiwa rakyat, jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang semput nyawa rakyat," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, ketika kerajaan BN sibuk memotong subsidi rakyat kerajaan PR terus dengan agenda kebajikan untuk rakyat walaupun jika hendak dibandingkan dengan sumber kewangan negeri yang terhad.

"Pemimpin BN terpaksa memendam rasa dan berlakon menjadi pemimpin yang prihatin untuk menambat hati rakyat dengan mengumumkan RON 95 tidak naik tetapi tidak memberi jaminan sampai bila tidak naik," ujarnya.

Tambahnya, PAS yakin minyak akan naik selepas pilihan raya nanti jika BN terus mendapat mandat.

"Sebab itu ada ura-ura PRU 13 akan diadakan dalam bulan Julai 2011 sebelum Ramadhan, ini bermakna selepas Raya Aidil Fitri maka akan berlaku pesta kenaikan harga barang," ujarnya lagi.

PAS, katanya masih menunggu apakah perancangan  jangka panjang untuk mengatasi kemelut yang ada supaya kualiti hidup rakyat terjamin.

Menurutnya, rakyat tertunggu pengumuman kerajaan untuk membatalkan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat bawahan.

Baginya, BN mewujudkan "makmal" untuk menyusahkan rakyat dengan mengkaji bagaimana hendak menarik subsidi untuk rakyat.

Sepatutnya, kata beliau peranan makmal perlu menasihat kerajaan untuk menyenangkan rakyat.

"PAS yakin harga minyak akan naik melambung selepas Pilihan Raya Umum ke-13 jika BN memerintah kerana mereka hendak melepaskan geram kepada rakyat.

"Oleh itu, untuk pasti minyak tidak naik, BN mesti dihalau daripada Putrajaya di dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Wang Kerajaan Macam Duit mak Bapak Hangpa Jaa...!!


50 dalil kenapa kesah Video itu fitnah..!!

Sebuah kajian terhadap video sex fitnahJustify Full

1.Dato’ T disuruh Anwar Mencari jam Omega di Hotel tapi tidak menjumpainya. Jam yang dicari tidak dijumpai, jadi jam mana pula dimiliki oleh Datuk T dan ditunjukkan kepada wartawan..? Maka jam Omega yang diserahkan kepada polis itu milik siapa pulak?

2.Ketika mencari jam di meja solek Eskey terkejut apabila ternampak wayar berselirat. Dia cari jam jadi apa dia kisah dengan wayar berselirat?

3.Apakah semasa proses mencari jam tangan, Datuk T ada membawa apa-apa peralatan samada skru driver, pisau, kayu, besi atau apa-apa peralatan pertukangan yang membolehkan Datuk T menyungkil laci tersebut yang berkunci..?

4. CCTV 4 biji, Perakam 1 biji... macam mana nak sambung direct connection dari 4 CCTV ke 1 perakam tanpa menggunakan peralatan khas..?

5. Eskey beranggapan kerja memasang CCTV itu dilakukan oleh pihak hotel. Namun dalam kenyataan terbarunya dia mengakui dia terlibat dalam video itu.

6. Eskey kata pelacur itu berumur 20-an. Mana Datuk T tau umur pelacur tu "20-an"..? Dia sudah interview ke?

7. Sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak house keeping hotel akan masuk kedalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan check out. Kehadiran Anwar sepatutnya boleh dikesan melalui kaunter pendaftaran. Wayar dan CCTV sepatutnya house keeping yang nampak dulu dan melapurkannya kepada pengurusan hotel.

8. Sekiranya betul sipelaku kehilangan jam didalam bilik, Datuk Eskey sudah semestinya menghubungi pihak House keeping untuk memastikan jika terjumpa jam tersebut sebab hotel 5 bintang amat mementingkan ketulusan dalam perkhidmatan yang disediakan.

9. Selalunya laci meja bilik hotel tidak berkunci. Di dalamnya diletakkan A-Quran atau bible.

10. Sekiranya Datuk ini tidak berkonspirasi, sudah semestinya dalang yang meletak kemera tersebut akan memastikan pita tersebut dikeluarkan sebaik sahaja sipelaku meninggalkan bilik hotel.

11. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

12. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

13 Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

14 Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

15 Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

16 Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

17 Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama cikgubad dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

18 Che'Gu Bard telah 'berpura-pura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun Datuk T enggan melakukannya. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut dan mengesahkan itu adalah suaminya.

19 Dari pemerhatian Che'Gu Bard, video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

20 Che'Gu Bard menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawanya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan untuk menjemputnya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

21Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum
membuat laporan polis (Rodwan adalah pegawai penyiasat kes penyalahgunaan kuasa DSAI. Jawatan beliau sekarang ialah penolong pengarah bahagian jenayah perdagangan bukit aman selepas menjadi ketua polis Melaka dalam usia terlalu muda)

22 Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

23 Keluarga DSAI menafikan itu adalah Anwar. "Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.” Kata Wan Azizah.

Berdasarkan kenyataan Johari Abdul, Chegubard & Media:

24 Tangan pelakon berbulu (DSAI tidak berbulu)

25 Perut buncit (perut DSAI kempis)

26 Punggung tebal dan tonggek (punggung DSAI tipis dan tirus)

27 Kulit cerah (kulit DSAI agak gelap)

28 Bahu sasa dan masculine (bahu DSAI kecil dan tidak berotot)

29 DSAI buat laporan polis dengan pantas. Ini merupakan tindakbalas tepat bagi orang yang tidak bersalah

30 Polis lambat buat siasatan berbanding dengan kes Chua Soi Lek.

31 Polis cuma nyatakan video seks tulin bukan pelakonnya tulin.

32 Dato Suhaib Lazim (bapa saudara Johari Abdul) juga menyatakan pelakon dalam video seks itu bukan DSAI)

33 Polis tidak panggil RTC, Suhaib Lazim dan Eskay untuk disiasat dengan segera.

34 Polis tidak panggil Dato Johari dan Che'gu Bard untuk disiasat

35 Jelas sebuah konspirasi BN bila ia direstui oleh kerajaan. RTM dan TV 3 sama-sama tayangkan.

36 Rahim fitnah DSAI kerana dendam lama.

37 Eskay fitnah DSAI kerana dendam lama.

38 Madey terlibat, ini bukti dendam lama terhadap DSAI. Video ditayangkan selepas beberapa hari beliau melancarkan buku terbarunya. Di dalam buku itu beliau mendakwa DSAI mengadakan hubungan dengan empat orang pelacur.

39Hishamuddin berkata jangan ada sesiapa yang berani menuduh polis terlibat dalam pembikinan video ini. Opss...ada orang tuduh ke?

40 Nazri Aziz kata kenapa Anwar mengadakan sidang akhbar dan menafikannya sedangkan tidak ada orangpun menuduh Anwar terlibat. Tapi kalau Anwar lambat buat laporan, Nazri akan kata memang Anwar dalam video itu.

41 Ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

42 Kenapa kamera hitam putih? Jawapan paling logik ialah kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar. Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku. Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

43 Pelaku dalam video buat kerja dalam keadaan ada orang ketiga sedang memerhatikan. Korang sanggup ke orang lain tengok ketika korang buat kerja. Aku rasa kucing pun malu.

44 Pelaku juga buat kerja dalam keadaan terang dan telanjang bulat. Korang nak tayang ke korang punya barang kat orang lain.

45 Dua orang lelaki ada memegang remote control. Adakah ia remote penghawa dingin atau CCTV?

46 Video seks pada 21hb menunjukkan DSAI tidak berjanggut dan bermisai tetapi pada 22hb ketika DSAI menghadiri perbicaraan ada janggut dan misai.

47 Rambut DSAI agak panjang sedikit berbanding pelaku dalam video berambut pendek.

48 Lesung pipit Anwar amat ketara dan amat berbeza sekali. Lesung pipit malaun setan haramjadah tu kurang jelas dan melebar jauh dari bibir mulut.

49 Kedua2 belah pipi DSAI ada 2 lekuk hitam krn cenkung dan amat ketara di setiap gambar DSAI.

50 Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis. Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T.

Kemarahan Rakyat Perak REDA tapi......




Walaupun kemarahan umum terhadap perebutan kuasa yang bermula pada 2009 di Perak telah reda, Barisan Nasional masih mempunyai beberapa cara sebelum ia boleh menjadi yakin mengawal keadaan untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Satu kaji selidik rawak di Ipoh menunjukkan kebanyakan pengundi akan sekali lagi mengundi Pakatan Rakyat, lebih banyak disebabkan oleh rasa tidak puas hati dengan dasar-dasar BN daripada keinginan menghukum kerana mengambil alih kerajaan yang mereka undi pada 2008 lalu.

Kebimbangan utama mereka nampaknya akan memilih Pakatan Rakyat yang lebih kepada kemungkinan akan peka kepada keperluan dan kehendak mereka, dan beberapa peserta dalam kaji selidik itu berkata tempoh singkat kerajaan Pakatan Rakyat memerintah menunjukkan mereka telah melaksanakan beberapa janji, dan mereka serius dalam hal ini.

“BN diperintah selama 50 tahun sebelum 2008, dan kami sudah mempunyai cara mengukur prestasinya,” jelas Wong Hoe Hong, yang beroperasi kedai kamera.

“Apabila Pakatan mengambil alih, sekurang-kurangnya kita boleh melihat perbezaan.

“Untuk saya faktor mustahak adalah kami perlu untuk mempunyai tanda aras ini bagi memastikan BN sentiasa diperiksa.”

Perkara rebutan kuasa sudah jarang timbul semasa FMT menemubual, mengesahkan sebenarnya hasil tinjauan Pakatan yang mendapat tahu Januari lepas iaitu para pengundi telah agak reda dengan isu itu sejak awal 2009.

Menurut penemuan Pakatan Rakyat lagi, perikatan pembangkang akan menang 33 daripada 59 kerusi dalam dewan negeri jika satu pilihan raya negeri diadakan Januari lepas, kurang daripada jumlah ia mungkin telah menangi jika satu pilihan raya telah dipanggil sebaik sahaja selepas rebutan kuasa.

Tinjauan Pakatan Rakyat yang serupa pada Februari dan Mac 2009 mendapati yang mereka mungkin telah memenangi 40 kerusi.

Tetapi 33 masih lebih baik daripada 31, bilangan kerusi yang Pakatan Rakyat menangi dalam pilihanraya umum 2008 lalu.

BN tidur di puncak kuasa

Beberapa peserta dalam tinjauan FMT berkata mereka akan sekali lagi mengundi Pakatan walaupun mereka tidak pasti pakatan itu boleh membuat kerja yang lebih baik daripada BN.

Seorang lelaki berumur 60 tahun yang menjual roti untuk menyara hidup berkata dia tidak boleh menuntut terlalu banyak dari Pakatan Rakyat kerana tangan mereka akan sering jadi "ditambat" untuk kekurangan dana dan bentuk sokongan lain daripada kerajaan pusat itu.

Dia rasa inilah sebabnya mengapa Pakatan tidak dapat menunaikan beberapa janji-janjinya semasa masa singkat ia berkuasa.

Katanya isu-isu nasional, daripada yang tempatan, akan membantu menentukan parti yang mana dia akan menyokong.

“BN telah tidur ketika sedang bekerja,” katanya.

“Bagaimana seriusnya mereka mengatakan tentang keinginan untuk berubah?

Bagaimana ia menangani isu tentang biasiswa JPA?

Pecat pegawai-pegawai yang bertanggungjawab jika anda serius.”

Joanna Selvi, seorang ahli farmasi dalam lingkungan 20-an, bergema sentimen-sentimennya.

Beliau berkata dia akan memberi Pakatan satu peluang kerana dia dikecewa dengan prestasi Barisan Nasional.

“Anda bukan hanya melihat Perak.

Pada Barisan Nasional, isu-isu sama akan naik berulang-ulang, seperti biasiswa-biasiswa atau perbicaraan seks Anwar.

Ia benda yang sama dimainkan dan ia amat mengecewakan.”

Jeslyn Amarasekera, 25, berkata bukan saja orang muda, malah para pengundi generasi ibu bapa mereka juga hendak memberikan Pakatan sekali lagi peluang membuktikan kemampuan mereka sendiri.

“Kebanyakan pengundi dari generasi lebih tua telah hidup di sini sepanjang hayat mereka.

Mereka telah lihat perubahan masa demi masa apa yang BN boleh—dan terutamanya tidak boleh tawarkan, dan mereka cenderung untuk melihat apa sebelah yang lain (Pakatan Rakyat) boleh lakukan.

Tetapi apa adakah mereka (BN) perlu hilang (Perak) baru hendak bangun?”

Daya penarik Zambry

Beberapa memberitahu FMT mereka ternampak yang Menteri Besar Zambry Abdul Kadir pada masa ini berada pada situasi daya penarik "agresif".

“Saya telah mengekori Zambry pada majlis-majlisnya dan dia ada daya penarik penonton,” luah Ed Shahrir, 21.

“Saya rasa dia telah menjalin satu hubungan baik yang berkesan dengan rakyat jelata.”

Satu lagi yang ditemu duga, Chan yang berumur 42 tahun, kata dia bersetuju yang Zambry ada daya tarikan, tetapi berkata “tiada yang luar biasa” untuk seorang menteri besar.

Ditanya jika dia berfikir bekas menteri Nizar Jamaluddin daripada PAS dikatakan lebih baik sifat dan kerjanya semasa menjadi menteri besar dulu, katanya:

“Ia sukar menyebut kerana ia hanya berkuasa untuk satu masa yang pendek.

Tetapi jika anda bertanya saya yang saya akan undi siapa, saya akan undi untuk sesiapa boleh bekerja untuk orang ramai.”

Seorang ahli perniagaan berumur 56 tahun, mengulas mengenai Zambry telah mula "mengorak langkah", kata ia ialah “normal untuk BN melakukan perkara-perkara sebelum pilihan raya."

RTM sudah tua

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyatakan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) kini dalam proses memperhalusi penstrukturan semula stesen itu sebelum syor memperbadankan RTM dibentang kepada Kabinet.

Katanya, cadangan awal untuk memperbadankan RTM sudah dikemukakan kepada Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai persediaan menghadapi era penyiaran digital sepenuhnya menjelang 2015.

RTM yang sebenarnya sudah hilang pengaruh dan di dalam proses ditelan zaman. Kaum remaja dan golongan muda langsung tidak mengenali RTM jauh sekali rancangan-rancangan RTM kerana mereka lebih tertumpu kepada media-media baru seperti Youtube dan TV swasta yang menampilkan wajah-wajah muda, jelita dan menawan.

Youtube telah melahirkan artis-artis antarabangsa seperti Yuna, Zee Avi, Justin Beeber dan ramai lagi dengan mempunyai pengikut yang ramai.

Bercakap tentang RTM, yang sebenarnya RTM telah melakukan berbagai-bagai perubahan seperti ‘rebranding’, kajian demi kajian, meremajakan program mereka sehingga ketahap tunduk kepada pendekatan Astro dan Media Prima dengan rancangan-rancangan realiti.

Hakikatnya semua itu masih gagal menegimbalikan kegemilangan RTM kerana mentaliti petugas-petugasnya masih lama. ‘Comradeship’ dalaman RTM sangat sukar digugat dan sukar menerima pembaharuan. Perubah pembaharuan dilihat seperti pelanduk menunggu masa untuk diratah serigala.

Malah pembaca beritanya asyik-asyik muka Farid Ismeth Amir dan RTM dengan bangganya melahirkan penyampai berita veteran, Harjit Singh Hullon, 57, sehingga diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai penyampai berita paling lama berkhidmat.

Apapun RTM sepatutnya sudah diperbadankan sebelum PRU12 lagi kerana itulah ‘turning point RTM’ apabila mesej Kerajaan melalui RTM sudah tidak sampai kepada rakyat dan pengundi muda lagi.

Kesan yang ketara ialah pengaruh Astro lebih gagah apabila pertama kali dalam sejarah Perhimpunan Agong UMNO disiar secara langsung di Astro sehingga UMNO menerima akibat dilabel sebagai rasis apabila perwakilan mereka berucap mempertahankan hak Melayu.

SAMM: Alukan Jemptan parti komponen BN sertai BERSIH & kesal kenyataan Menteri !


Oleh: edyesdotcom


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan persetujuan dengan kenyataan pengerusi BERSIH 2 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

BERSIH 2 ialah himpunan inisiatif masyarakat madani dan bukannya inisiatif mana - mana parti dengan sifat kepartian. Tuntutan bersih jelas iaitu memperkukuh ruang demokrasi dengan menjamin perjalanan pilihanraya yang adil dan bersih. Jika ada pihak menentang maka mereka menentang hasrat mendesak pilihanraya bersih dan adil.

Contohnya dalam desakan menggunakan dakwat kekal yang jelas praktikal untuk mengelakkan pengundian berulang. Ini harus didokong oleh semua parti politik. Jika ada yang tidak mahu digunakan dakwat kekal maka sudah tentu ada niat serong seperti ingin menang pilihanraya dengan pengundian berulang (undi hantu dan lain-lain).

Semua parti politik harus bersama dalam himpunan BERSIH ini.

Mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang mendesak perhimpunan dibatalkan kerana memburukkan imej negara dan kalau nak diadakan harus diadakan dalam stadium.

SAMM kesal dengan kenyataan menteri seperti ini. Pertama imej negara buruk kerana demokrasi yang pincang. Imej negara akan lebih baik jika negara membuka ruang demokrasi, rakyat dibenar berhimpun dan mesra polis maka pelabur dan pelancong juga akan senang. Di negara seperti Korea Selatan boleh dikatakan setiap hari ada himpunan aman, namun jumlah bilangan pelaburan dan pelancong ke negara tersebut jauh meninggalkan negara ini. Demonstrasi wujud di seluruh dunia dan menjadi hak asasi manusia berkumpul dan menyatakan pendapat. Setakat ini rekod himpunan aman hanya kecoh apabila diganggu anggota keselamatan yang bertindak berdasarkan arahan 'atasan'.

Daya saing negara dan pengiktirafan dunia pasti datang seiring dengan pelaksanaan demokrasi yang adil dalam negara.

Kedua Menteri Dalam negeri harus mengubah persepsi beliau terhadap himpunan aman. Himpunan aman kalau dianjur oleh 'front' regim semua boleh berlaku aman tanpa gangguan polis. Sebaliknya jika dianjur oleh rakyat yang bertembung dengan kepentingan regim mesti menjadi haram. Adakah himpunan hanya menjadi hak mutlak PERKASA atau Umno ?

SAMM juga tidak bersetuju dengan desakan Menteri Dalam negeri yang mengarahkan untuk himpunan harus di dalam stadium. Bagi SAMM di mana dan bagaimana harus diadakan ia harus diputuskan oleh Jawatankuasa BERSIH 2 bukan Menteri yang kelihatan berat sebelah dalam menangani isu seperti ini.

Himpunan sudah tidak boleh di elakkan kerana kebanyakan tuntutan bersih bukan tuntutan baru. Ia wujud sejak himpunan BERSIH 2007 lagi namun regim seolah tidak mengendahkannya. Selepas itu juga begitu banyak memorandum, kenyataan desakan dan seumpamanya namun regim masih seolah pekak.

Maka demi mempertahankan hak rakyat maka BERSIH 2 harus tetap diadakan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Semua parti sekali lagi dijemput hadir. Semua parti politik harus mengambil sikap kalau keputusan PRU rakyat menolak parti tersebut harus menerima dan akur sebaliknya harus melawan jika keputusan PRU rakyat ditipu dengan helah jahat SPR dan Regim menafikan hak."

Sekitar Program Mesra Rakyat Daerah Padang Terap



Oleh Kedah La



Persiapan









Sambutan













Perasmian













Lagi 'bukti' pembelian undi pilihan raya S'wak

NONEMeskipun pilihan raya negeri Sarawak telah berlalu lebih sebulan , namun Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) berkata mereka kini mempunyai lebih banyak bukti bagi menunjukkan bahawa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen.

Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya hari ini mendedahkan rakaman pita video pendek menunjukkan wang tunai diedarkan kepada pengundi di kerusi dewan undangan negeri Tamin yang berjaya dipertahankan oleh BN.

Video berkenaan dikatakan dirakamkan di beranda rumah panjang Unban Anak Endu yang terletak di Tenting Terentang di Nanga Selangau pada malam 14 April, iaitu dua hari sebelum pengundian.

Ong mendakwa tuai rumah panjang itu bersama beberapa tuai yang lain diminta ke pejabat BN di pekan Selangau dan diberikan beberapa cek oleh tiga pembantu calon BN berkenaan.

Tuai rumah panjang Unban Anak Endu itu kemudiannya menunaikan cek berkenaan dan mengedarkan RM50 kepada setiap penduduk yang dipercayainya akan menyokong BN, dakwa Ong.

Beliau pada Selasa lalu ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Tiada alasan yang diberikan oleh pegawai Imigresen tetapi Ong yakin pengusirannya ada kaitan dengan usahanya mengumpulkan dalil bagi membuktikan salah laku pada pilihan raya April lalu.

Anak Jantan Zahid Hamidi..dah start meroyan dah...!!!

Analisis Isu Oleh: ruhan

"Suatu ketika dahulu, UMNO suruh PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. Alasannya ialah PAS hanya menjadi kuda tunggangan DAP. PAS bekerja keras, DAP yang dapat untung. Sandaran yang dijadikan fakta ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berlangsung baru-baru ini. PAS dapat zero. UMNO sememangnya nampak kuman di seberang laut.

Mengapa tidak disebut bantuan DAP yang memenangkan PAS di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, dan Permatang Pasir ? Mengapa tidak disebut bantuan PAS yang memenangkan DAP di Sibu?

Yang sebenarnya gandingan PAS-DAP sudah menjadi duri dalam daging yang perlu dicabut oleh UMNO. UMNO dalam bahaya apabila Melayu, Cina, dan India sokong DAP dan PAS. Melayu, Cina, dan India juga sokong PKR. Kalau begitu keadaannya apa yang tinggal untuk UMNO/BN? Jawabnya bungkuslah.

Itu sebabnya PAS disuruh keluar dari Pakatan Rakyat. Ketegasan pemimpin PAS untuk kekal dalam Pakatan menjengkelkan UMNO. Mereka beralih arah. Zahid Hamidi cabar DAP pula. Katanya, "DAP anak jantan kalau berani keluar dari Pakatan dan bertanding dalam PRU Ke-13 secara sendirian." Itu definisi anak jantan Zahid. Kini Pakatan balas balik cabaran itu. Anak jantan sangatkah UMNO dalam BN? UMNO pula dicabar keluar dari BN kalau benar-benar anak jantan. UMNO tidak akan berani keluar dari BN kerana UMNO ialah anak jantan tak ada telur!!!

UMNO mendakwa mempunyai 3 juta orang ahli. Jika benar sekalipun, bolehkah semuanya sokong UMNO dalam pilihan raya? Jangan mimpilah. Mati hidup balik pun ahli-ahli UMNO Bahagian Seremban tak boleh sokong UMNO. Mereka kena sokong MCA. Mati hidup balik pun ahli-ahli UMNO Bahagian Ipoh Barat tak boleh sokong UMNO. Mereka kena sokong MCA. Mati hidup balik pun ahli-ahli UMNO Bahagian Tanjong tak boleh sokong UMNO. Mereka mungkin kena sokong MCA atau Gerakan. Bolehkah ahli-ahli UMNO Bahagian Cheras menaikkan Ketua UMNO Bahagian Cheras atau mana-mana calon UMNO di situ menjadi Ahli Parlimen Cheras? Mati hidup balik pun tak boleh. Kerusi tu bukan UMNO punya.

Banyak bahagian lagi yang ahli-ahli UMNO hanya boleh sokong UMNO di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja, di peringkat Dewan Rakyat mereka kena sokong MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBS, PBRS, LDP atau UPKO. Oleh sebab itu, UMNO tak payahlah perkononkan dirinya anak jantan!!!

Pakatan Rakyat tidak pernah bercakap tentang anak jantan atau anak betina. Mereka hanya bercakap tentang perpaduan tulen antara semua kaum demi kebajikan dan kesejahteraan untuk semua rakyat Malaysia. Mereka bercakap tentang mengembalikan kekayaan negara kepada rakyat. Mereka bercakap tentang ketelusan sebagai alat untuk memerangi rasuah, kronisme, nepotisme, penyalahgunaan kuasa, pembaziran, dan seumpamanya.

Pakatan Rakyat tidak pernah menganggap subsidi sebagai candu. Mereka tidak pernah menghina rakyat Malaysia sebagai penagih candu. Perdana Menteri/Presiden UMNO yang mengeluarkan penghinaan itu tetapi dengan angkuhnya tidak mahu memohon maaf. Rakyat Malaysia akan mengajar UMNO/BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti!!!
http://bilahrotan.blogspot.com

Baru sahaja YB Manikumar bagi cadangan tapi YDP dah tunjuk kuasa..!!

Ambil berat peniaga tepi jalan

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan isu peniaga tepi jalan yang berleluasa di seluruh Kedah selain meneliti proses ke arah pemutihan masalah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, S Manikumar berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu penting kerana isu peniaga tepi jalan tidak pernah dibincangkan secara terperinci di setiap mesyuarat pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah, sedangkan terdapat pelbagai aduan dan tindakan penguatkuasaan dijalankan ke atas mereka.

:Menurutnya, keperluan Kerajaan Negeri untuk meneliti permasalahan peniaga tepi jalan penting memandangkan kegagalan menangani isu tersebut dengan bijak akan menyebabkan nama baik Kerajaan Negeri terjejas walaupun sebarang tindakan dilakukan berlandaskan peraturan.

“Sebagaimana masalah penjaja yang berniaga di atas rizab jalan di kawasan saya (Bukit Selambau) baru-baru ini, saya mengakui mereka berniaga tanpa mematuhi semua peraturan perniagaan sebagaimana disyaratkan PBT, bagaimanapun tindakan penguatkuasaan terhadap mereka akan menyebabkan kehilangan sumber pendapatan kerana sudah lama bertapak di sesuatu tempat.

“Sekiranya tindakan penguatkuasaan awal diambil terhadap mereka, peniaga terbabit kemungkinan tidak berniaga di situ. Bagaimanapun, setelah tindakan tidak diambil dalam tempoh masa lama, peniaga terbabit sudah bergantung pendapatan dengan berniaga di tempat itu.

“Justeru, penelitian sewajarnya isu ini perlu dilakukan terhadap kedua-dua pihak memandangkan ada pro dan kontra dalam soal kewajaran tindakan penguatkuasaan PBT diambil ke atas mereka,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Manikumar berkata, satu proses pengumpulan data peniaga tepi jalan perlu dilakukan PBT setiap daerah untuk memastikan jumlah peniaga dan lokasi perniagaan mereka dikenal pasti bagi membolehkan urusan ‘pemutihan’ peniaga terbabit dapat dijalankan.

“Urusan ‘pemutihan’ yang dimaksudkan bukan membasmi peniaga-peniaga terbabit, sebaliknya Kerajaan Negeri menggunakan kesempatan ini untuk membantu mereka dengan menyediakan prasarana dan tapak berniaga baru yang lebih selamat dan terjamin.

“Di pihak Kerajaan Negeri, isu peniaga tepi jalan ini perlu diletakkan di bawah satu komponen khas untuk memantau dan meneliti permasalahan dialami kedua-dua pihak iaitu peniaga dan PBT bagi mengelakkan masalah berbangkit timbul di kemudian hari,” katanya.

Manikumar menegaskan cadangan yang dikemukakannya bukan untuk menghalalkan tindakan peniaga tepi jalan yang kebanyakannya berniaga tidak memenuhi syarat diperlukan, sebaliknya bertujuan memberi perlindungan kepada mereka.

“Dari sudut penguatkuasaan, sememangnya tindakan mereka salah. Tetapi kita perlu akui kegagalan kita melaksanakan tindakan penguatkuasaan awal terhadap mereka menyebabkan mereka terus bergantung harap terhadap sumber pendapatan diperoleh daripada berniaga di situ.

“Justeru, masalah ini perlu diperhalusi dengan kerjasama kedua-dua pihak termasuk Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat Kedah,” katanya.

Jika boleh biaq MKK buat kelaku macam nie..!!

MKK adakan hari Bertemu Pelanggan
Oleh SARINA ISMAIL

TANDOP, 24 Mei 2011 – Majlis Ketua Kampung (MKK) Tandop mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang memberi kemudahan kepada penduduk sekitar menjelaskan bil-bil semasa selain merapatkan hubungan dengan agensi kerajaan serta swasta.

Program julung kali ini diadakan di Pasar Pagi Tandop dan telah dirancang sebulan yang lalu.

Menurut Setiausaha MKK Tandop, Abdul Latif Shafie, antara agensi yang terlibat termasuklah Syarikat Air Darul Aman (SADA), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Pejabat Pos, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan syarikat telekomunikasi.

“Sambutan dari penduduk setempat amat menggalakkan terutamanya golongan warga emas. Lokasi yang kita pilih juga sangat strategik kerana ia menjadi tumpuan penduduk terutama diwaktu pagi,” terangnya.

Selain di Tandop, beliau juga memaklumkan aktiviti sedemikian akan diperluaskan di seluruh mukim di Pengkalan Kundor.

“Mungkin di masa akan datang, selain dari memberi khidmat untuk pembayaran bil-bil setempat, ruang pameran turut dirancang untuk membolehkan penduduk kampung mendapat lebih banyak maklumat dan maklum balas,” ujarnya lagi.

Tambahnya, program sedemikian selain memberi kemudahan kepada penduduk setempat ianya juga memberi peluang kepada MKK mendekatkan diri dengan penduduk.

MKK adakan hari Bertemu Pelanggan

MB Kedah tarik diri

ALOR SETAR - Teka-teki sama ada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah mendapat pencalonan kini terjawab apabila beliau mengesahkan untuk menarik diri, semalam.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding kedua-dua jawatan yang dicalonkan, iaitu Timbalan Presiden dan Naib Presiden setelah meneliti beberapa faktor.

“Saya percaya penarikan diri saya untuk bertanding jawatan nombor dua parti, termasuk Naib, membolehkan saya memberi tumpuan pada pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat,” katanya.

Menurutnya, bagaimana pun, beliau bersedia bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, yang disandangnya sebelum ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Pas kawasan yang telah mencalonkan saya untuk kedua-dua jawatan itu, namun setelah buat pertimbangan sewajarnya, saya fikir eloklah saya tumpu pada negeri memandangkan Pilihan Raya Umum juga bakal menjelang,” katanya.

Dengan penarikan diri Azizan itu, pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas ke-57, Jun depan bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan nombor dua, apabila naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kelmarin, mengumumkan akan bertanding setelah mendapat pencalonan memberangsangkan.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan penyandangnya, Nasharudin Mat Isa antara yang terawal mengesahkan akan bertanding, manakala Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub turut menarik diri daripada bertanding.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...