TERKINI :

Thursday, May 26, 2011

Utusan Malaysia akan hilang di dunia jika........

Oleh Mummy Rokiah

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata “Saya akan menjadi orang tengah menghalang mana-mana pihak yang cuba memboikot akhbar Utusan Malaysia”.

Mungkin jika ditafsirkan dalam lain perkataan, “membujur lalu melintang patah namun Utusan ku pertahan jua”.

Katanya, ketika pembangunan negara ini masih merangkak wartawan Utusan Malaysia atau Utusan Melayu ketika itu menyeberang sungai untuk mengumpul dan menulis berita dengan menggunakan mesin taip.

Pengorbanan sebegini tidak terdapat dalam akhbar Cina, India dan Harakah yang sanggup bergolok-bergadai seperti akhbar Utusan.

Justru itu kata beliau rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini.

Apa juga saranan, semangat dan nostalgia yang berkobar-bokar semua itu tidak akan menjamin ‘survival’ Utusan untuk terus hidup di muka bumi Melayu ini.

Utusan akan berkubur jika Melayu sudah tidak membaca Utusan dan Melayu tidak lagi mahu berkorban RM1.50 untuk membeli Utusan Malaysia.

Jika Utusan tidak lagi dibaca, ’ciruclation’ Utusan akan menjunam dan apabila ‘circulation’ Utusan menjunam pengiklan-pengiklan tidak akan lagi menempah iklan dalam Utusan.

Dalam ledakkan informasi sejagat Utusan harus boleh bersaing dan Utusan sudah terbukti meredah dari zaman ‘taipwritter’ kepada zaman ‘laptop’ tetapi Utusan harus ingat bahawa persaing-pesaing mereka juga bukan calang-calang pemain seperti The Star.

Ramai di kalangan elit Melayu sendiri membaca akhbar ‘The Star’ daripada membaca Utusan mungkin kerana takut dilihat kolot dan tidak tahu berbahasa Inggeris.

Apa pun Utusan sentiasa dilihat akhbar perasaan Melayu, jiwa Melayu dan darah Melayu sebab itu buku ‘Mei 13 Sebelum dan Selepas’ hasil tulisan YTM Tunku Abdul Rahman diterbitkan oleh Utusan Melayu tetapi sebaik YTM Tunku Abdul Rahman bersara dari Perdana Menteri beliau telah dipinggirkan dan The Star menjadi pilihan beliau untuk meluahkan perasaan tidak puas hati kepada Kerajaan melalui ruangan ‘Looking Back’ dan ‘As I See It’ malah Tunku dilantik menjadi Pengerusi akhbar The Star.

Konklusinya untuk hidup seribu tahun lagi orang Melayu mesti membeli Utusan RM1.50, “Satu Melayu Satu Utusan” tidak cukup berkokok berdegar-degar tetapi membaca akhbar lain.

Seperti kata kumpulan Sepah Maharaja Lawak “KATA HANG TUAH, TAK MELAYU HILANG DI DUNIA TETAPI HANG TUAH SENDIRI HILANG ENTAH KE MANA”.

http://mummyrokiah.blogspot.com

BN ‘korban’ tak potong subsidi takut kalah teruk PRU-13, dakwa DAP

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng percaya langkah Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang kerana bimbang akan kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Tegas Lim (gambar), langkah Pakatan Rakyat yang secara berterusan mendesak Putrajaya menyebabkan pentadbiran Najib terpaksa membatalkan hasrat memotong subsidi dan pada masa sama mengumumkan tiada kenaikan harga bahan api.

“Pakatan Rakyat telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi, malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair untuk ketika ini.

“Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung kerajaaan persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu tegas beliau, ada tiga alasan yang menyebabkan Putrajaya terpaksa berubah fikiran untuk tidak meneruskan cadangan menaikkan harga barang dan bahan api.

“Pertama, Pakatan Rakyat berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP (penjana tenaga bebas) yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

“Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi dan ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa Pakatan Rakyat sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, beliau menjangkakan kenaikan harga barang dan bahan api akan berlaku sekiranya BN kekal memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

“Bagaimanapun sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini.

“Selain itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.

“Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang,” katanya.

Semalam Ismail Sabri mengumumkan Putrajaya tidak akan menaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global.

Sebelum ini firma penyelidikan pelaburan AmResearch berkata, harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.

Firma itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.

o 2 PAS: Mat Sabu tetap tanding, tidak kisah tiga penjuru



KUALA LUMPUR, 25 Mei — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu tetap mahu bertanding jawatan timbalan presiden parti walaupun kemungkinan terpaksa berdepan dengan saingan tiga penjuru pada pemilihan bulan depan.

Kelmarin, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man secara rasmi mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini menegaskan tidak berminat turun gelanggang kerusi nombor dua parti itu.


Artikel Penuh

Tak Perlu Layan Kokokan Saki Baki Umno,Kata MP PAS

SHAH ALAM 25 MEI : Pemimpin Pusat PAS menganggap sebarang cubaan mengapi-apikan ahli PAS menjelang pemilihan dengan isu kerajaan pusat langsung tidak perlu dilayan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan isu itu ditimbulkan oleh pihak 'luar' dan bukan Pakatan serta hanya bertujuan memecah-belah perpaduan antara ahli PAS sendiri.

"Saya rasa itu lontaran yang jahat dan tak perlu kita layan. Kalau kita tak layan, ia mati sendiri. Tapi kalau kita layan...Jadi 'mubarak' sungguh dia. Apa faedahnya, akhirnya, kita sama kita berperang, " kata beliau kepada TV Selangor.

Semalam, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN menyatakan bahawa keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara jelas dan terang menolak kerjasama ini.

Isu ini kerap dimainkan oleh media arus perdana terutamanya menjelas Pemilihan dan Muktamar PAS bulan hadapan.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PAS, Khalid Samad menyatakan betapa Mubarak hanya ingin melaga-lagakan ahli PAS sedangkan parti berkenaan sedari awal lagi menolak perkara tersebut.

"Saya pun tak faham dan tak tau kenapa mereka beri komen seperti itu. Dalam Pas ini apa-apa tindakan bukan dibuat oleh satu atau dua orang ianya bergantung kepada keseluruhan ahlinya dalam muktamar.

Menurut Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam, ahli PAS katanya matang dan yakin dengan kepimpinan mereka dan telahpun membuktikan Pakatan Rakyat merupakan platform terbaik dalam membantu rakyat Malaysia.

"Ahli PAS kenal siapa itu Mubarak, bekas wakil rakyat Umno, kita tahu niat mereka tak pernah baik terhadap PAS, dan kalau kenyataan begitu mereka memang nak laga-lagakan PAS. Saya rasa Ahli PAS tahu membuat pemilihan sendiri, dan pemilihan dilakukan berdasarkan kemampuan dan prestasi seseorang. Saya rasa itu tiada kesan kerana isu Kerajaan Perpaduan dah lama kita tinggalkan," kata beliau lagi.

Tangguh kenaikan harga RON95, bukti BN takut.


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan menangguhkan kenaikan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) bukti kerajan takut berdepan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya umum akan datang.

Guan Eng berkata, BN memutuskan untuk tidak meneruskan cadangannya ekoran kemampuan PR untuk memobilisasi usaha membantah kenaikan tersebut.

Pakatan, katanya berjaya mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam pemberian subsidi kepada syarikat besar seperti Tenaga Pengeluar Bebas/swasta (IPP) sebanyak RM19 bilion setahun, ketika 27 juta rakyat Malaysia berdepan kenaikan harga barang akibat penarikan subsidi.


“Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi.

“Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat,” kata Guan Eng dalam kenyataannya hari ini.

Bagaimanapun katanya, BN masih berusaha untuk menaikkan harga barangan berikutan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan kajian semula dasar subsidi adalah perlu.

Sementara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula, katanya, menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.

“Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan pemberian subsidi kepada IPP, yang menerima sokongan padu Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

“Peter Chin ternyata sedang bermain dengan kata- kata kerana akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19 bilion subsidi tahunan.

“Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tambah Guan Eng, tidak ada cara lain bagi kerajaan untuk mencapai 5.4 peratus defisit fizikal tanpa pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar anti –rasuah.

“Menteri- menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah negara melibatkan sekurang- kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak USD 100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat rasuah sejak tahun 1980- an,” katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=14220

DiMalaysia MP boleh tengok filem lucah : Di korea kena penjara cakap lucah



SEOUL - Seorang ahli Parlimen Korea Selatan, semalam, dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan digantung selama setahun, selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur lucah kepada pelajar yang berniat mahu menjadi pengacara sebuah televisyen tempatan.

Terdahulu, sekumpulan wanita tersebut memfailkan saman terhadap Kang Yong Seok, 41, kerana memfitnah, yang mana ia dianggap sebagai kesalahan jenayah di negara itu.

Kenyataan Yong Seok tersebut turut mencetuskan kemarahan orang ramai, sekali gus, ia mungkin akan menyebabkan beliau tersingkir daripada parti pemerintah konservatif Parti Satu Bangsa (GNP) selepas jawatan kuasa etika Parlimen memutuskan keputusan itu.

Jangan tak jadi pulak?

MESIR BUKA PINTU SEMPADAN RAFAH MINGGU DEPAN

23 Jamadilakhir 1432H.
GAZA 26 Mei : Pihak berkuasa Mesir membuat keputusan untuk membuka terus pintu sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir bermula minggu depan.
Keputusan ini akan menamatkan pengepungan Gaza yang dilaksanakan oleh Israel lebih empat tahun.
Seorang pegawai Mesir berkata keputusan itu sebahagian daripada prosedur Mesir untuk memudahkan pergerakan penduduk Palestin keluar dan masuk ke Semenanjung Gaza.
Pegawai itu berkata, pihak berkuasa akan menggunakan prosedur serupa yang dilaksanakan pada 2007 sebelum sekatan yang dikuatkuasakan oleh Israel di Gaza apabila wanita, kanak-kanak bawah 18 tahun dan lelaki 40 tahun ke atas tidak memerlukan visa untuk menyeberang ke Mesir.
Duta Palestin ke Mesir, Barakat Al-Fara, mengesahkan bahawa mereka menerima pemberitahuan rasmi daripada pihak Mesir berhubung perkara itu.
Minggu lalu, Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza, berkata mereka mahu menutup sepenuhnya pintu sempadan itu sebagai membantah langkah yang dilaksanakan oleh Mesir berhubung pintu sempadan terbabit.
Sementara itu, penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan, menerima keputusan Mesir itu dengan girang.
Penduduk berdepan banyak kesukaran untuk masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza semasa pemerintahan bekas rejim Mesir, lebih-lebih lagi susulan sekatan yang dikenakan oleh pihak Israel.
Beratus-ratus pelajar Gaza tidak dapat menamatkan pengajian mereka di beberapa negara Arab dan asing berikutan halangan perjalanan. Penduduk yang pernah bekerja di luar negara pula terkandas di Gaza dan hilang pekerjaan mereka.
Beribu-ribu penduduk Palestin yang tinggal di luar Semenanjung Gaza terpaksa menikmati percutian mereka jauh daripada keluarga masing-masing berikutan kebimbangan terkandas di wilayah yang sempit itu.
Pintu sempadan Rafah dikuasai oleh Israel tetapi selepas pengunduran Israel dari Gaza pada 2005, pintu sempadan itu dikendalikan oleh pihak berkuasa Palestin dan Mesir dengan kehadiran pemeriksa daripada Kesatuan Eropah, sebagai sebahagian daripada perjanjian di mana Amerika Syarikat menjadi orang tengah.
Perjanjian itu digantung selepas Hamas mengambil alih Semenanjung Gaza daripada seterunya, Fatah, pada 2007. Akibat daripada perbezaan pendapat warga Palestin itu, pemeriksa dari Eropah menggantung misi mereka dan pihak berkuasa Mesir memutuskan untuk membuka sebahagian daripada pintu sempadan itu dengan diselaraskan oleh pihak Palestin.
Menurut penganalisis Palestin, hubungan antara Palestin dan Mesir bertambah baik selepas revolusi secara aman oleh penduduk Mesir menentang Hosni Mubarak dan rejim beliau.
Penganalisis berkata, ketegangan antara Israel dan Mesir semakin memuncak berikutan pendirian terbaru terhadap perjuangan penduduk Palestin.

Suruh Menteri Kitar Semula baca ni!


PENDAFTARAN RUMAH ANAK YATIM: ADA RUANG UNTUK PROSES DILICIN DAN DIPERCEPATKAN

Perhatian saya tertarik dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bahawa Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh baru-baru ini, tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Saya tidak mempertikaikan kenyataan menteri tersebut dan percaya mesti terdapat rekod JKM yang menunjukkan rumah anak yatim terbabit tidak berdaftar dengannya. Apa yang ingin saya bawa kepada perhatian umum adalah proses untuk rumah yatim mendaftar dengan JKM, setahu saya, memerlukan kelulusan terlebih dahulu dari tiga badan berkuasa iaitu Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan pihak berkuasa tempatan. Ini saya yakin adalah kerana terdapat syarat-syarat dan garispanduan yang mesti dipatuhi oleh sesebuah rumah anak yatim sebelum boleh ia dikenali secara rasmi sebagai rumah sedemikian.

Bagi rumah anak yatim pula, pendaftaran dengan JKM membolehkan bantuan kewangan berdasarkan bilangan anak yatim yang menghuni rumah tersebut diberi oleh JKM. Rumah anak yatim yang tidak mendaftar dengan JKM tidak layak menerima bantuan ini.

Apa yang membuat saya terkilan berkaitan perkara di atas adalah terdapatnya kes di mana tiga badan berkuasa yang disebut di atas lembab atau tidak responsif dalam memberi maklumbalas kepada permohonan yang telah diserah oleh rumah anak yatim. Saya sendiri tahu akan kes sebuah rumah anak yatim di Lembah Kelang ini yang selepas setahun membuat permohonan telah mendapat jawapan kelulusan daripada hanya satu di kalangan tiga badan berkuasa yang terbabit. Yang dua lagi terus bisu menyepi. Ini pada saya amatlah tidak bertimbangrasa.

Bantuan kewangan JKM amat besar maknanya kepada anak-anak yatim. Pihak-pihak yang berkuasa untuk memberi kelulusan mestilah bersikap lebih bertanggungjawab dan prihatin supaya tidak menutup rezeki anak yatim. Mereka mestilah memberi keutamaan kepada permohonan kelulusan yang diterima dari rumah-rumah anak yatim dan bertindak sertamerta memberi maklumbalas mereka. Sekiranya ada syarat dan garispanduan yang tidak dipenuhi oleh rumah anak yatim yang memohon, beritahulah dengan segera supaya langkah pembetulan boleh diambil oleh pengurusan rumah anak yatim. Pokoknya, ini semua akan memberi kesan kepada kebajikan dan rezeki anak-anak yatim penghuni rumah tersebut.

Saya juga menyeru kepada semua ADUN dan ahli parlimen, tidak kira dari apa parti politik sekalipun, untuk menyelidik sama ada terdapat rumah anak yatim di dalam kawasan masing-masing yang telah memulakan proses untuk mendaftar dengan JKM tetapi masih belum mendapat kelulusan dari tiga pihak berkuasa yang dinyatakan di atas. Saya menggesa mereka untuk memberi bantuan yang sewajarnya kepada rumah-rumah anak yatim itu supaya proses pendaftaran mereka dengan JKM tidak dilengah-lengahkan. Sekali lagi, perlu ditekankan bantuan kewangan JKM amatlah besar maknanya anak-anak yatim yang terbabit.

Susulan dari tragedi tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak Yatim At-Taqwa, berbagai-bagai badan kerajaan dan politik telah menghulur bantuan kepada mangsa tragedi dan keluarga mereka. Ini pastinya adalah sesuatu yang amat baik, menggembirakan dan positif. Yang mungkin sedikit negatif adalah kemungkinan bantuan diberi dan diumumkan atas motif mengaut keuntungan politik atau 'political mileage'.
Saya dengan rendah diri menyeru semua pihak untuk memberi segala bantuan dalam apa bentuk sekalipun dengan niat ikhlas untuk menolong membebankan ringan mangsa tragedi dan keluarga mereka. Janganlah harapkan apa-apa pulangan dari pertolongan yang diberi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan isi hati kita sentiasa.

Buat akhir kata, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada anak-anak dan penjaga rumah yatim yang menjadi mangsa tragedi menyayat hati itu. Semoga Allah swt mencucurikan rahmatNya ke atas roh mereka semua. Al-Fatihah.

Miskam Hj. Suparman

Di sebalik tabir Buku Jingga – oleh Muhammad Zir

25 May 2011

Sejak merdeka, negara kita telah membangun dengan terbinanya banyak bangunan-bangunan baru, kampung-kampung dan bandar-bandar baru termasuk kilang-kilang yang besar. Ini kita anggap sebagai kerja-kerja mengisi ruang kemerdekaan yang telah kita kecapi. Semua yang kelihatan pada zahir ini, adalah benda fizikal yang tercipta dari perlaksanaan kata-kata iaitu dari janji-janji yang ditabur dalam pilihan raya yang lepas-lepas. Pencapaiannya tidak kita ragui sama sekali.

Semua ‘benda-benda fizikal’ ini dibina menerusi wujudnya institusi-institusi penting, iaitu institusi legislatif (perundangan), eksekutif (pelaksanaan) dan kehakiman. Ketiga-tiganya penting, ia merupakan tulang belakang kepada sistem pentadbiran negara. Namun, sistem ini telah dimanipulasi oleh pihak eksekutif dengan menggunakan institusi legislatif untuk kepentingan politik dan peribadi segelintir pemimpin negara. Sesuai dengan kata bidalan, sambil menyelam minum air.

Salah guna kuasa (dalam maksud lebih besar) berlaku hanya apabila golongan elit yang punya kuasa tanpa had atau gagal dihadkan oleh legislatif dan kehakiman. Hampir mustahil seorang yang berjawatan “biasa”, misalnya, sebagai Penolong Pegawai Tadbir atau Penghulu, mampu memanipulasi atau mengarah pihak legislatif untuk menipu demi kepentingan beliau atau kumpulannya. Dan, apa yang telah kita lihat akhir-akhir ini, pihak legislatif dan eksekutif telah bersekongkol memanipulasi sistem tanpa segan silu lagi. Maka inilah yang dimaksudkan dengan krisis, masalah budaya dan amanah yang songsang, telah merosakkan sistem pentadbiran kita.

Pakatan Rakyat berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk memulihkan sistem yang telah rosak ini. Dalam keghairahan kita berjuang, harus jangan kita lupa bahawa krisis ini terjadi secara anai-anai, bukan bermula sejak lima atau sepuluh tahun lalu, tetapi ia membarah sedikit demi sedikit dan penyakit ini disumbangkan oleh banyak pihak, khususnya elit pemerintah. Dan, untuk mengatasi dan memperbaikinya juga bukanlah usaha sepenggal atau dua penggal (merujuk kepada penggal pemerintahan kerajaan lima tahun), sebaliknya ia adalah usaha yang berterusan.

Kita tidak mahu krisis ini diwariskan kepada generasi akan datang. Kejahilan yang telah berlaku harus kita ubah dan tinggalkan. Kita berubah untuk memastikan hak warga dibela, keadilan dilaksana dan hasil kekayaan dikongsi dan diagih secara adil kepada masyarakat. Ini adalah tuntutan mutlak yang tidak akan berubah-ubah sepanjang zaman.

Rakyat Malaysia masih belum melupai keangkuhan, kealpaan dan kezaliman UMNO terhadap rakyat dalam banyak perkara. Diam tidak bererti rakyat lupa, sepertimana anggapan Tun Mahathir dalam sajaknya ‘Melayu Mudah Lupa’. Sebaliknya beliau sendiri yang lupa bahawa diam-diam rakyat Malaysia adalah disebabkan sifat kemaafan yang diwarisi sejak berkurun dahulu. Beliau juga lupa bahawa bila rakyat sudah jemu dengan salah guna kuasa UMNO dan BN, maka mereka pasti akan bertindak seperti mana pada pilihan raya 2008.

Jemu dan marah tak ke mana jika tidak dihalakan ke arah tuju yang tepat. Maka itu Pakatan Rakyat mengemukakan cadangan-cadangan asas untuk membawa perubahan yang benar-benar diperlukan rakyat.

BUKU JINGGA adalah jawapan konkrit Pakatan Rakyat untuk membawa rakyat dan negara kita ke arah satu tahap perubahan penting dalam sejarah negara semenjak merdeka. Inilah yang menjadi latar dan intipati BUKU JINGGA. Sampaikan dan kongsikan kefahaman kita kepada semua. Hanya dengan maklumat betul, maka rakyat akan mengetahui dan dengan pengetahuan ini jugalah maka perubahan akan berlaku.

Kerangka Asas

Pertama – demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat.

Kedua – memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk mem jana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.

Ketiga – keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.

Keempat – Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

Kempat-empat kerangka asas yang telah dinyatakan dalam BUKU JINGGA adalah bersandarkan kepada Perlembangaan Persekutuan yang mana ia menjadi tonggak perjuangan sah Pakatan Rakyat. Tanpa “kiblat” yang betul, pasti perjuangan ini akan menjadi sia-sia. Sebaliknya di pihak Barisan Nasional, mereka tidak akan mampu lagi memesongkan niat dan arah perjuangan kita. Maka, hanya dengan kefahaman dan keyakinan sahaja yang akan dapat membebaskan bangsa kita dari jalan kejahilan kepada jalan kebijaksanaan. Kebijaksanaan ini juga akan kita kongsikan bersama dengan rakyat.

Perlembagaan – Pakatan Rakyat berjanji kepada seluruh rakyat Malaysia, yang mana janji ini juga adalah sumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan segala isi yang termaktub di dalamnya. Maka tidak timbul lagi isu-isu yang mempersoalkan komitmen Pakatan terhadap Bahasa, Institusi Raja Berperlembagaan, Kaum dan Agama, kerana semua ini (yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan) telah dijamin untuk terus dipelihara, noktah. Jika isu-isu ini terus dimainkan dengan provokasi-provokasi esktrem, nyatalah ia hanya pembohongan untuk menghakis keyakinan rakyat. Yakinlah bahawa perubahan tidak dapat dielakkan lagi.

Institusi – Inti kepada pendemokrasian sejagat yang menjadi perjuangan Pakatan Rakyat juga bertujuan untuk mengubah persepsi buruk masyarakat terhadap institusi-institusi yang dahulunya dihormati seperti Institusi Kehakiman, Polis, Pendidikan dan Perguruan serta Perkhidmatan Awam keseluruhannya. Institusi sepenting ini harus dirombak bagi memastikan ia berfungsi menurut peranannya. Dengan adanya institusi yang berwibawa, negara dan rakyat pasti mendapat manfaat yang besar. Pelabur-pelabur sudah tidak takut untuk berniaga dengan kita, masyarakat juga akan merasa terjamin baik peluang pekerjaan, perniagaan dan keselamatan pada batang tubuh mereka.

Perlembagaan dan Institusi yang luhur bukan hanya sekadar ungkapan bahasa dan kata-kata indah, sebaliknya ia adalah realiti yang harus dilaksana dan dinikmati oleh kita rakyat Malaysia.

BUKU JINGGA juga adalah manifestasi (penzahiran) muafakat antara DAP, PKR, PAS dan juga Rakyat sendiri. Dengan semangat dan sokongan rakyatlah maka Pakatan Rakyat akan terus memimpin dan memperjuangkan prinsip dan cita-cita yang terkandung didalam BUKU JINGGA.

Kita amat memahami bahawa perjuangan ini pastinya menuntut perubahan minda, pendekatan dan sistem. Tanpa perubahan pada perkara-perkara asas ini, usaha kita tidak akan tercapai. Seperti kata pepatah, perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan. – Roketkini.com

Akan datang: Empat kerangka asas dan bagaimana mahu menterjemahkan pelaksanaannya

BERSIH2 : 4 tak cukup maka tambah lagi 2 agar jadi 6..!!!

Bersih tambah 2 tuntutan lagi

BUKIT MERTAJAM, 26 Mei: AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) berkata, pihak Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) menambah dua lagi tuntutan iaitu masa berkempen dan perbelanjaan pilihan raya termasuk penyelewengan penggunaan harta kerajaan.

Ini, katanya menjadikan kesemuanya enam tuntutan menjelang Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Masa berkempen 10 hari sebagaimana hari ini, tambahnya, tidak sesuai kerana menghadkan kebebasan parti terutamanya Pakatan Rakyat untuk menerangkan keseluruhan mesej yang ingin dibawa demi kebaikan rakyat.

Tegasnya, Bersih meminta sekurang-kurangnya tiga minggu kerana masa tersebut boleh digunakan sebaik mungkin menyalurkan maklumat kepada rakyat akar umbi.

"Bersih menambah dua lagi tuntutan menjadikan enam kesemuanya. Kita akan pastikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) akur dengan kehendak tersebut, " jelasnya ketika ditanya selepas menyampaikan ceramah di sini semalam.

Katanya, satu lagi tuntutan ialah mahu memastikan tidak lagi berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan setiap kali pilihan raya diadakan.

Malaysia terangnya, ketinggalan jauh di belakang negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand berkaitan pilihan raya kerana masih menggunakan kaedah lapuk untuk menyelamatkan kerusi BN daripada tumpas kepada pembangkang.

"Di Singapura sendiri dah pun matang di mana siaran TV memberi ruang sebebas-bebasnya kepada semua pimpinan parti bertanding bersuara. Begitu juga di Thailand memberi masa dua bulan kepada semua parti berkempen menceritakan manifesto.

“Kalau di Malaysia hanya muka Datuk Seri Najib Razak dan konco-konconya sahaja bercakap menerangkan konsep kerajaan. Pembangkang ditindas dari terus bersuara," jelas beliau.

Empat tuntutan yang pernah dibawa oleh Bersih pada perhimpunan pertama ialah mendaftar pengundi automatik, penggunaan dakwat kekal, penghapusan undi pos dan kebebasan media.

Melayu dibelenggu propaganda


Apakah benar bahawa masalah politik orang Melayu lebih kepada kesukaran untuk mempengaruhi persepsi mereka, yang dipegang atau diwarisi sejak lama, dan bukannya berkisar kepada halangan untuk mendapatkan maklumat ataupun informasi terkini?

Benarkah pengundi Melayu sudah cukup dibekalkan dengan segala fakta dan data tentang realiti politik Malaysia yang rencam ini? Ada pendapat yang mengatakan, bukannya mereka jahil sangat tentang seribu satu penyelewengan, salahguna kuasa dan korupsi pemimpin Umno. Malah mereka juga arif tentang kebobrokan akhlak dan gaya hidup pemimpin yang menyimpang daripada tuntutan Islam.

Tanpa mengetepikan hakikat bahawa masih ada sekelompok orang Melayu yang terus "ditawan" oleh akhbar Utusan Malaysia dan siaran propaganda RTM dan TV3 -- dan ini juga memerlukan penekunan tersendiri untuk memecahkan kepompong itu -- tetapi apa yang lebih urgent adalah memastikan persepsi atau tanggapan mereka tentang real politik dipandu oleh kesedaran mendalam dan maklumat yang kemaskini.

Timbunan informasi kadangkala membingungkan juga, atau ia sekadar memaparkan fakta dan statistik tanpa berupaya membentuk "gelombang" atau membangkitkan "sentimen". Misalnya, pengundi Melayu-Melanau dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lalu tentunya turut menyedari gumpalan skandal kewangan dan aksi kezaliman regim Taib Mahmud, sepertimana dirasai pengundi Tionghua, tetapi reaksi mereka begitu berbeza, 'kan?

Begitu juga, misalnya, ketika Melaka pernah heboh dengan dakwaan skandal seks Ketua Menterinya yang dikaitkan dengan gadis bawah umur, selain senarai panjang penyelewengan yang didedahkan Lim Guan Eng (sehingga akhirnya pemimpin DAP itu dipenjarakan), apakah rakyat negeri berkenaan, terutama orang Melayu seolah-olah berada dalam kubu yang tidak ditembusi sebarang maklumat mengenainya?


Pendekatan tentang kelakuan mengundi di Malaysia pernah dibincangkan oleh Ghazali Mayudin (2006), bekas Ketua Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengutarakan tiga pendekatan, iaitu sosiologikal, identifikasi parti dan pilihan rasional.

Pendekatan sosiologikal menekankan bahawa status sosioekonomi (pendidikan, pendapatan dan kelas), agama, etnik dan tempat tinggal (bandar dan luar bandar) mempunyai kaitan yang rapat dengan pilihan pengundi.

Identifikasi parti pula merujuk kepada ikatan dan kesetiaan kepada sesuatu parti dan atas dasar inilah maka sesuatu parti itu dipilih dalam pilihan raya. Kesetiaan itu pula melalui proses sosialisasi politik iaitu proses yang menurunkan dan menanamkan nilai dan norma daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Oleh kerana adanya penurunan nilai itu, maka terdapat kecenderungan parti yang disokong oleh anak adalah sama dengan parti ibu bapa mereka.

Pendekatan ketiga ialah pendekatan pilihan rasional yang mengandaikan pengundi bertindak secara rasional semasa membuat keputusan untuk keluar mengundi dan semasa membuat pilihan ketika mengundi. Pengundi akan bertindak secara rasional dengan memilih calon atau parti yang sesuai dengan kehendaknya dan dijangka akan memberi faedah atau kepentingan kepadanya.

Saya percaya, pengundi di Malaysia semakin matang untuk membuat pilihan secara rasional. Masalahnya, kadang-kadang sentimen dan emosi dapat mengalahkan pilihan rasional, meskipun profil pengundi kian sofistikated dan berilmu. Ya, dalam politik, kebenaran bisa sahaja "ditewaskan" oleh persepsi. Percaturannya tidak semudah "1+1=2".

Apa pun, kebenaran dan hujah rasional jika dibentangkan secara bijaksana, berhemah serta dapat menawan imiginasi, akhirnya akan membentuk satu persepsi yang lebih mantap dan "bertahan lama".

Ahmad Lutfi Othman

Aduhai AZIZAN.. Hang kata hang terra..tapi awat isu KUIN nie hang selop kera jaa..???

oleh anakkedah007.blogspot.com

http://1.bp.blogspot.com/_jGrl1fbv_UY/TU41DbNWrOI/AAAAAAAABFs/DZen6zXotx4/s400/zizankungfu.jpghttp://gcoe.insaniah.edu.my/main/images/stories/rektor.png
Aduhai AZIZAN.. awat hang lembab sangat bab Isu KUIN nie... aku tengok hang nie macam dah kena buli dek Rektor Kolej Universiti Insaniah Prof. Jamil Bin Osman si best pren hang tuu laa... ingat w/pon hang best pren mamat nie tapi hang kena tengok luaq dalam bro depa mai dari sana...jadi pusing kot mana pon akai depa nie kira nak buat org meluat ja dengan Pakatan Rakyat nie... awat hang jadi mcm lembek tengkok jaa bila mai bab KUIN nie...hang kata hang terra...lepas tu hang pun bukan main hebat bila dok bersilat pasai hujah mengujah... tapi mai tang nie awat hang jadi macam selop kera jaa... jadi lanie hang buka mata luas-luas hang tengok balik isu KUIN nie.... dan aku rasa hang dah kena start dah hantaq mata-mata gelap pie dok dalam KUIN tu buat servey pasai mamat rektor nie... dia nie org suka ka dak...

Isu Mahasiswa KUIN: SMM beri amaran bahawa PR boleh hilang talian hayat

| May 25, 2011 06:14:43 pm

Belumpun reda isu 17 orang mahasiswa Universiti Malaya yang diborong dengan prosiding tatatertib AUKU, Solidariti Mahasiswa Malaysia sekali lagi mengecam tindakan Kolej Universiti Islam Insaniah Kedah (KUIN) yang mengenakan tindakan tatatertib terhadap enam orang mahasiswa yang disabitkan dengan pertuduhan dibawah peruntukan undang-undang kolej universiti tersebut.

Antara pertuduhan yang dikenakan kepada enam orang mahasiswa tersebut ialah, pertuduhan mengadakan perhimpunan, pertuduhan melakukan kenyataan terbuka, pertuduhan menggunakan pembesar suara dan pertuduhan menghasut mahasiswa lain keluar daripada Kolej tersebut.

Menteri Kencing Rakyat...Isu Subsidi IPP

Subsidi IPP: Lagi pembohongan, penipuan BN

DAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.

NONESetiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pembohongan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.

“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.

“Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu,” katanya.

Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.

Sikap tak bertanggungjawab BN

“Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh Peter Chin dan BN ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi? soalnya.

Dua hari lalu, Chin menafikan IPP menikmati subsidi gas bernilai RM19 bilion setiap tahun daripada kerajaan.

azlanKatanya RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa "dilepaskan" oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.

Menurut Lim, perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini - di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab walaupun Pakatan pasti dapat melakukannya sekiranya Pakatan mempunyai sumber yang sama seperti mana BN yang mengawal Petronas dan TNB.

Tipu diri sendiri

“Lagipun kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan ternyata lebih banyak manfaat sosial dan bantuan telah diberikan kepada masyarakat berbanding dengan yang diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

azlanSebagai contoh, menurut Lim kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berbelanja berjuta- juta dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, RM20 juta untuk pemberian RM100 untuk program penghargaan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM12 juta untuk bantuan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil. Semua ini, katanya tidak diberikan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.

“Peter Chin boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.

“Kegagalan BN untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran BN untuk menanggung beban atas kenaikan harga,” katanya lagi.

Laa tak BERSATU lagi rupanya UMNO KEDAH nie.. tupun jangan nak perintah KEDAH..!!!

UMNO Kedah perlu bersatu

KULIM 25 Mei - Ahli UMNO Kedah diseru berganding bahu dan melupakan segala perselisihan jika ingin mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanifah berkata, ahli tidak lagi boleh membuat sesuatu aktiviti parti secara berseorangan dan mengikis syak wasangka antara satu sama lain.

"Jika tidak ada gandingan, sukar untuk mencapai kemenangan yang diimpikan (PRU-13). Ia bukan satu kerja mudah, kita perlu pulihkan keyakinan orang ramai kepada UMNO," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, di sini kelmarin.

Hadir sama, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir.[Utusan Malaysia]

Mana menteri nie.. mai tang xcident semua pakat kalut.. mai tang kebajikan depa awat tak kalut..??

Mohon selaras gaji pemandu bas ekspres

ALOR SETAR - Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) menggesa kementerian berkaitan membuat penyelarasan gaji pemandu bas ekspres dengan kadar minimum RM1,200 tidak termasuk elaun berbanding sekarang bergantung trip perjalanan.

Setiausahanya, Sa’adan Man berkata, kebanyakan pemandu bas sekarang memperoleh pendapatan bulanan secara tidak menentu, sekiranya mereka kerap keluar membawa penumpang pendapatan akan meningkat begitu juga sebaliknya.

“Keadaan ini dilihat tidak membela nasib kami kerana sekiranya berlaku kecemasan seperti sakit dan sebagainya sumber pendapatan menanggung keluarga juga akan terhenti tanpa sebarang pendapatan sampingan.

“Isu ini sudah kami bangkitkan berkali-kali melalui media, penghantaran memorandum serta pertemuan antara pemandu bas, namun sehingga kini belum ada sebarang maklum balas positif,” katanya.

Beliau berkata, selain itu Kementerian Pengangkutan perlu mengkaji dan memansuhkan hukuman penjara ke atas pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut kerana kemalangan boleh berlaku walaupun ketika keadaan berwaspada.

“Kes kemalangan maut bukan kesalahan jenayah dan tiada kewajaran pemandu dihukum penjara dan kami yakin tiada pemandu sengaja menyebabkan kemalangan,” katanya.

MPSPK Roboh Gerai depan Kelab Cinta Sayang - Siapa Berkuasa & Dimana Budi bicara @ adakah udang dalam mee..




MPSPK telah bertindak meroboh gerai di depan KELAB CINTA SAYANG pada pagi ini. Siapakah yang terlibat dalam arahan merobohkan gerai-gerai ini dan di maklumkan YB Manikumar serta MP Merbok juga berada di tempat kejadian bersama pegawai MP Jerai Sdr Shubihi untuk cuba berbincang dengan pegawai-pegawai MPSPK supaya tidak merobohkan gerai-gerai tersebut.

Namun operasi perobohan tetap dijalankan.

maklumat lanjut kami akan maklumkan kemudian...

SPR TENGAH DOK PIKIAQ KERJA GILA BABI

Apa pulak SPR "si anjing Umno" mengarut ni?

BeritaHarian melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan tiga opsyen bagi mengelak sebarang keputusan tidak rasmi dihebahkan pada pilihan raya umum akan datang berikutan insiden yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.
Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tiga opsyen itu adalah sama ada menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan, atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal.
Katanya, perkara tersebut akan diputuskan bulan depan.
"Pengalaman kita di Sarawak, ada satu parti yang tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja menghebahkannya tetapi juga membohongi rakyat dan pengundi Sarawak dengan menyatakan partinya memenangi pilihan raya tersebut.
"Perhubungan ini dibuat adalah melalui telefon bimbit. Justeru, kita mungkin nak tahan telefon bimbit atau mungkin ada deklarasi bersumpah atau mengira semua undi pada jam 5 petang, tidak ada kira awal walaupun pusat mengundi ditutup awal," katanya dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini. - Bharian
Aku tak faham apa isu sebenarnya ni. Apa yang kecoh sangat sebenarnya sampai nak tahan handphone.

Takdak ribut takdak hujan tiba-tiba Pengerusi SPR ni nak buat peraturan baru pulak.

SPR nak main kot mana pulak sebenarnya ni. Apa masalahnya kalau keputusan tak rasmi keluar awal pun. Dah nama pun tak rasmi, boleh jadi betul boleh jadi jugak tak betul. Tapi kalau keputusan yang keluar tak sama dengan yang di Borang 14 nak heran apa kalau ada yang mengamuk.

Lagi satunya, apa masalahnya kalau kira awal pun. Yang kira awal tu pun cuma ditempat-tempat mengundi di kawasan pendalaman yang pengundi pun tak ramai dan pusat mengundi pun tutup awal. Kalau tak boleh kira awal nak kira bila? Dah tentu la kena kira awal pasai pengiraan kena dibuat di tempat mengundi.

Takkan kut tunggu lepas pukul 5 baru nak kira, lepas tu baru nak bawak ke tempat penjumlahan undi. Pukul berapa pulak nak sampai dan pukul berapa pulak boleh umumkan keputusan?

Ataupun, tak payah kira dan bawak naik helikopter pi ke tempat penjumlahan undi, lepas pukul 5 baru boleh kira. Sapa nak pastikan yang kotak undi tu tak diceroboh? Kecuali la kalau SPR bagi PACA naik sekali dalam helikopter untuk kawal tong undi tu.

Aku tak kisah sangat SPR nak buat macamana pun, yang pentingnya, peraturan dan prosedur tu dipersetujui oleh wakil parti-parti yang bertanding.

Yang lebih penting lagi berkenaan Borang 14. Ketua Tempat Mengundi dan wakil-wakil parti yang bertanding kena sama-sama tandatangan. Yang jadi masalahnya ada ketua Tempat Mengundi yang terlebih berlagak, nak jadi "si anjing Umno" bagi macam-macam alasan takmau tandatangan Borang 14.

Cumanya, masalah akan timbul kalau majoriti di bawah 2% pasai bila dibawah 2% boleh dibuat pengiraan semula di tempat penjumlahan undi. Kalau jadi macam ni memang masalah la. Pasainya, Kotak undi memang terdedah kepada "tangan-tangan keji" masa dalam perjalanan. Memang la ada "pateri keselamatan" tapi 'benda kita buat dia' tambah-tambah pulak dengan puak-puak pandy kutty, memang tak boleh percaya.

Isu Mahasiswa KUIN: SMM beri amaran bahawa PR boleh hilang talian hayat

Belumpun reda isu 17 orang mahasiswa Universiti Malaya yang diborong dengan prosiding tatatertib AUKU, Solidariti Mahasiswa Malaysia sekali lagi mengecam tindakan Kolej Universiti Islam Insaniah Kedah (KUIN) yang mengenakan tindakan tatatertib terhadap enam orang mahasiswa yang disabitkan dengan pertuduhan dibawah peruntukan undang-undang kolej universiti tersebut.

Antara pertuduhan yang dikenakan kepada enam orang mahasiswa tersebut ialah, pertuduhan mengadakan perhimpunan, pertuduhan melakukan kenyataan terbuka, pertuduhan menggunakan pembesar suara dan pertuduhan menghasut mahasiswa lain keluar daripada Kolej tersebut.

Dalam prosiding yang berlansung pada awal hari ini (25/5/2011), keenam-enam mahasiswa tersebut didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman seperti berikut:

1. Mohd Faiz B. Mohd Arshad: Digantung 2 semester pengajian.
2. Mohd Azlan Bin Mat Zain: Surat Amaran dan digantung 1 semester.
3. Ahmad Remi Bin Mohd Arof: Surat Amaran dan digantung 1 semester.
4. Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin: Surat Amaran dan Denda RM100.
5. Zukhilatif Bin Marzuki: Surat Amaran dan digantung 1 semester.
6. Muhamad Aiman B. Che Abd Razak: Surat Amaran dan digantung 1 semester.

PENDIRIAN SMM

SMM mengecam sebarang bentuk halangan dan sekatan terhadap aktivisme mahasiswa. Tindakan menghalang mahasiswa daripada mengeluarkan pandangan dan kritikan adalah bercanggah dengan perkara 10 perlembagaan Malaysia yang memberi kebebasan kepada isi rakyat untuk bersuara dan melontarkan pandangan mahupun kritikan. Hal ini pernah dinyatakan oleh pakar perlembagaan Malaysia dari Universiti Islam Antarabangsa, Abdul Aziz Bari dalam kenyataannya

"Secara umum peruntukan ini menyatakan bahawa warganegara Malaysia adalah berhak (untuk) bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran. Mereka juga berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata. Perkara 10 juga menyebut bahawa semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan. Peruntukan ini sangat penting di sisi demokrasi kerana ia mengkanunkan hak-hak yang amat asasi dalam demokrasi."

Mahasiswa menegaskan bahawa hak untuk bersuara dan berkongsi pandangan adalah hak asasi semua pihak yang tidak boleh diganggu dan disekat. Menurut John Stuart Mill, seorang ahli falsafah politik liberal dari Britain, kebebasan bersuara perlu dipraktikkan dalam tiga aspek berikut iaitu:
a. Hak untuk mencari maklumat dan idea
b. Hak untuk mendapatkan dan idea
c. Hak untuk menyebarkan maklumat dan idea

Mahasiswa berpendirian untuk menyokong aspirasi Timbalan Menteri II Kementerian Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah yang menekan konsep kebebasan partisipasi belia dalam politik arus perdana. Hal ini dapat dilihat dalam penulisan beliau yang menyatakan:

"Belia mempunyai imaginasi tersendiri terhadap partisipasinya dalam politik. Cara, corak dan citra politiknya mungkin berbeza dengan kita. Kita perlu menyelami minda mereka bukan sahaja untuk memperbaiki kefahaman kita, tetapi lebih penting lagi ialah untuk menghakupayakan mereka agar dapat mengoptimumkan potensi politik mereka."

SMM merasakan Pakatan rakyat khususnya PAS tidak serius dalam menanggapi kemelut autonomi mahasiswa KUIN. KUIN yang berada dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya bertanggungjawab penuh dalam mewujudkan dan memelihara kuasa autonomi mahasiswa untuk dijadikan contoh kepada IPT lain. Biarpun Gerakan Mahasiswa Insaniah bersama SMM sudah menghantar memorandum pada 13 Mei lalu kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bagi menuntut campur tangan PAS dalam kemelut mahasiswa Insaniah, namun belum ada respon terbuka yang memperlihatkan pihak PAS menangani isu ini secara serius.

SMM mengambil pendirian untuk menyifatkan Pakatan Rakyat sebagai terlupa bahawa mahasiswa sebagai entiti penting yang menentukan survival politik Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang. Jika Pakatan Rakyat tidak serius dalam menyelesaikan masalah ini, mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk hilang percaya kepada PR dan memboikot PR dalam PRU13.

SMM juga berpendirian bahawa tindakan Menteri Besar Kedah Azizan Bin Abdul Razak (gambar kiri) yang seperti menutup mata terhadap isu mahasiswa KUIN ini sangat mencemarkan imej Pakatan Rakyat sekaligus bertentangan dengan aspirasi PAS sebagai sebuah parti yang mendokong prinsip kebebasan. Tindakan sambil lewa Menteri Besar Kedah ini akan memberi kesan buruk kepada manifesto yang bakal diumumkan oleh Pakatan Rakyat kepada mahasiswa. Rakyat akan menjadikan KUIN sebagai bukti betapa PR juga akan mengekang dan menyekat kebabasan rakyat sekiranya diberi mandat untuk memerintah Malaysia.

TUNTUTAN SMM

SMM menuntut agar Rektor Kolej Universiti Insaniah Prof. Jamil Bin Osman menggugurkan semua pertuduhan dan menarik balik hukuman yang dikenakan ke atas enam orang mahasiswa tersebut. Tindakan KUIN ini melambang sikap prejudis pentadbiran terhadap aktivisme mahasiswa yang sepatutnya dihadapi dengan cara lebih profesional.

Mahasiswa menuntut Presiden PAS Abdul Hadi Awang (gambar kanan) menasihati Menteri Besar Kedah iaitu Azizan Bin Abdul Razak agar menanggapi aktivisme mahasiswa secara profesional dengan mendesak KUIN agar bersikap lebih terbuka terhadap aktivisme mahasiswa.

Mahasiswa juga mendesak PAS agar menambil tindakan serius terhadap Azizan Bin Abdul Razak sekiranya isu mahasiswa KUIN ini tidak diselesaikan segera. Hal ini kerana sekiranya PAS tidak mengambil tindakan tegas, perkara ini akan memperlihatkan sikap double standard PAS dalam berhadapan dengan konsep kebebasan bersuara. PAS sebelum ini lantang mengkritik Barisan Nasional yang gemar menyekat aspirasi anak muda, oleh itu Pas sepatutnya mengendalikan isu ini dengan lebih serius. Tindakan Menteri Besar Kedah bukan sahaja mendatangkan kesan buruk kepada PAS bahkan lebih besar lagi akan menyebabkan segala manifesto Pakatan Rakyat akan tercemar.

Mahasiswa juga menuntut agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersikap proaktif dalam mengambil tindakan atau teguran terhadap mana-mana IPTA mahupun IPTS yang mengenakan sekatan melampau terhadap aktivisme mahasiswa.

*Kenyataan oleh Ahmad Syukri Ab Razab (gambar kiri) selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), disokong

1.Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
a.Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
b.Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
c.Pro Mahasiswa Nasional (PRO MN)
d.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
e.Kelab Rakan Siswa Islam Malaysia (KARISMA)
f.Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
2.Majlis Perwakilan Mahasiswa Negara
3.Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP)

Gaji guru: K'jaan tak mampu sebab krisis kewangan

Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS.

NONEDatuk Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar.

Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi.

Perbelanjaan meningkat

“Kerajaan sebenarnya telah memindahkan defisit kerajaan kepada guru berpendapatan sederhana," katanya dan menambah, hanya sebanyak 30 peratus sahaja daripada kira-kira setengah juta guru dalam negara ini yang akan menikmati kenaikan pangkat itu.

"(Tindakan) mengurangkan subsidi menyebabkan kos meningkat. Perbelanjaan rakyat juga turut meningkat (sedangkan) pendapatan tidak mencukupi.

education school books 280804 teacher and student“Guru merupakan individu yang melahirkan seorang pemimpin, tindakan pihak kerajaan dengan menaikkan pangkat sebilangan guru saja umpama tindakan menipu orang cerdik,” katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, langkah kerajaan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan begitu terdesak untuk menjaga kebajikan pekerja semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada Disember tahun lalu.

Manifesto berkenaan antara lainnya menggariskan usaha Pakatan untuk memastikan agihan kekayaan yang saksama bagi golongan pekerja.

“Tindakan yang seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menaikkan gaji semua guru seperti apa yang dicadangkan oleh pihak PKR baru-baru ini,” tegasnya yang turut menyeru kumpulan guru itu supaya lebih vokal dalam menyatakan tuntutan melalui kesatuan mereka.

Tapi dapat bonus

Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan pula tetap mempertahankan langkah "rasional" itu kerana tidak ada guru yang akan didiskriminasi dalam kenaikan pangkat berkenaan.

ummo youth pc 100306 abdul rahman dahlanKetika ditanya, beliau menafikan bahawa tindakan kenaikan pangkat itu dijalankan bagi menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang.

“Kalau pembangkang memang akan berkata sedemikian (untuk pilihan raya).tapi bagi saya ia sesuatu yang tidak masuk akal,” kata Abdul Rahman ketika dihubungi.

Jelasnya, kenaikan ke atas kumpulan guru itu tidak melibatkan guru yang berpendapatan sehingga mencecah RM20,000.

"Tidak ada yang dianaktirikan,” katanya lagi yang menambah, kumpulan guru yang berpendapatan lebih rendah itu juga akan menikmati kenaikan pangkat.

“Jika kita mampu bagi setengah, kita bagi setengah dulu. Waktu ini untuk segmen (pangkat tinggi) dahulu.

“Kerajaan bagi kenaikan berkenaan berdasarkan kemampuan pihak kerajaan. Namun perdana menteri sendiri masih sedang berbincang dengan timbalan perdana menteri berkenaan kenaikan pangkat atau gaji bagi guru-guru yang lain,” katanya lagi.

NONEAbdul Rahman juga berkata golongan guru yang berpendapatan rendah juga sebelum ini telah menikmati bayaran bonus.

"Kerajaan telah bagi (bonus) kepada golongan berpendapatan dua ribu ke bawah. Yang penting kerajaan ikhlas,” katanya.

BIASISWA: Tak Perlu Gaduh-Gaduh..lantik saja aku jadi Menteri, lagi senang.

BIASISWA: Tak Perlu Gaduh-Gaduh
http://4.bp.blogspot.com/_TMzUhKFW-X8/TQCV82LmbbI/AAAAAAAABZA/Z3gKcorJAn4/s1600/logo-ptptn.gif
lambang harambejadah yg PERKASA ka UMNO ka tak teringin nak lawan kaa..?? - Admin

Bulu roma saya naik meremang bila membaca berita akhbar dan berbagai ulasan dlm media internet berkaitan isu Biasiswa JPA ini. Tambah-tambah pula bila tengok MCA seakan-akan cuba bermain api menyalahkan kakitangan JPA yang tak ada kena mengena itu.

Lagi naik meremang bulu roma bila baca kenyataan PERKASA yang bagi amaran kat MCA jangan campur tangan soal biasiswa-biasiswa ini, tambah-tambah pula bila salah seorang geng PERKASA Ruslan Kasim ka apa nama siap bagi ulasan panjang lebar bab perlembagaan negara yang mendasarkan bahawa Biasiswa ini adalah sebahagian dprd HAK ISTIMEWA orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan; PERKASA kata jgn dok memandai-mandai nak campur tangan.

Fuh! hebat sungguh, rasa berdesing telinga mendengarnya.

Bukan berdesing sebab naik semangat tapi berdesing cuping telinga ini sebab sebagai salah seorang saki baki SAKSI yang masih tinggal dari zaman di mana UMNO sengaja mengubah BIASISWA menjadi PPTN di sekitar penghujung tahun 1980an dulu, saya memang naik marah sungguh bila depa dok politikkan bab BIASISWA ini.

BIASISWA apa ke hal nya, la ni mana ada BIASISWA dah; hat tinggal saki baki untuk budak-budak straight A tu biaq lah dia tinggal setakat mana yg ada, sebagai bahan kajian Sejarah di kemudian hari.

Dulu, zaman saya masuk U di penghujung tahun 1980an dulu, masa tu budak2 semua dapat BIASISWA, kjaan masa tu hantaq saya pi ngaji sampai Amerika mana nu, sekupang pun arwah bapak saya yg kerja menoreh getah di Baling sana nu tak payah bayaq.

Tapi la ni, bukan kata nak ngaji sampai Amerika, nu nak masuk kolej swasta rumah kedai tepi jalan nak jadi MISI pun jenuh berhutang beribu-ribu dengan PPTN!!

Jadi, kepada MCA/UMNO dan PERKASA, berhentilah politikkan bab BIASISWA ni.

Cuba fight bagi PPTN jadi BIASISWA, nescaya habis semua rakyat jelata akan sokong parti hangpa nanti.

Kalau hangpa nak tau, kat bawah ini dok ada berjuta-juta bekas graduan Univ/IPTA/IPTS/Poly etc yang tengah dok sengsara kais pagi makan pagi kais petang makan petang, celah-celah tu nak kena bayaq hutang PPTN yg asalnya sepatutnya adalah BIASISWA untuk semua.

Ops, satu lagi, nak kena habag juga.

Bila saya baca muka depan the STAR hari tu kata kerajaan isytihar budak2 straight A+ akan otomatik dapat biasiswa (tak kita apa bangsa), tiba-tiba terlintas di pemikiran saya:

"Untung la mak pak depa yang kaya raya tu; duit banyak boleh beli mcm2 jenis buku rujukan kat anak-anak, boleh hantaq tusyen kat pusat tusyen yang hebat-hebat yang tenaga pengajarnya adalah pembuat soalan dan pemeriksa kertas soalan. Boleh hire/upah cikgu-cikgi baguih-baguih atau pun guru-guru cemerlang mai rumah bagi tusyen kat anak dia siang malam....nak bagi dapat 9A+".

RUGI ka bayaq mahal-mahal habis duit beribu-ribu nak kejar 9A+ tu?

Tak RUGI haih, sebab bila dah dapat 9A+, WAJIB dapat BIASISWA.

Bila dah dapat BIASISWA, semua kerajaan tanggung dari tahun mula sampai habis belajar.

Lega mak ayah boleh save duit. Berbaloi Pelaburan depa!!

Habis tu, org2 kampung atau pun orang pekan macam Abang saya yang tinggal di rumah Flat PERDA kat Bukit Mertajam tu, yg kerja operator kilang, bini tak kerja, sabtu ahad balik kampung di Baling Kedah naik motor, pi balik 2 jam, bawak mai ulam-ulam kampung pi jual di pasar malam Pauh Indah dan pasar Tani Kubang Semang, Bukit Mertajam untuk dapatkan extra income empat lima ratus sebulan tu macam mana pulak dengan nasib anak-anak dia?

Baru ni SPM, anak dia cuma dapat offer UITM, itu pun dok kalut, nak cari duit mana nak buat belanja beli kain baju dan persediaan untuk daftar.

Adakah disebabkan "Kemiskinan Bandar" yang dia alami itu yang menyebabkan anak-anak dia tak dapat menikmati peluang pendidikan yang sempurna (buku rujukan, tusyen, cikgu mai rumah etc), lantas anak dia tak dapat 9A+, maka anak dia tak layak dapat BIASISWA?

Tak kira UMNO, tak kira MCA tak kira PERKASA, nak tanya kat hangpa:

"Adil kah Macam Itu?"

Secara sinis kita boleh kata, orang kalau dah kaya raya, ada duit berlambak-lambak, tak heran haih kalau nak bayaq lebih untuk dapat soalan bocor (kalau ada) ka apa, janji anak score; lepas tu for the next 7 years, tak payah pening kepala nak fikir cari duit mana nak tanggung anak belajar.

So, sama-samalah kita renung dan fikir.

Dan, buah last sekali; nak habag kat semua rakyat MALAYSIA tak kira apa bangsa:

"Buat apa lah kita nak gaduh-gaduh MELAYU, CINA, INDIA, SABAH/SERAWAK dll dalam bab BIASISWA ini. Kita kan ada hasil minyak berbilion juta di bawah perut bumi Malaysia tercinta ini. Boleh jual dan ambik untuk bagi BIASISWA kepada semua anak-anak kita, tak kira bangsa!!"

Fakta: Untung BERSIH Petronas sebelum cukai untuk tempoh 9 bulan berakhir pada 31 Dec 2011 ialah RM69.746 billion atau pun sebanyak 69,746,000,000 Ringgit.

Enam Puluh Sembilan Billion, lebih daripada cukup untuk tanggung anak-anak kita semua pi belajar tak kira anak orang PAS/PKR/DAP/UMNO/MIC mahu pun MCA!

Susah-susah sangat, hangpa lantik saja aku jadi Menteri, lagi senang.

moniermatdin@yahoo.com
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa/i Malaysia,
Univ of the Pacific, Stockton .California.
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com
25.5.11

Bila dah nama SEWA tu maka kenalah BAYAQ.. Jika tak bayaq maka beginilah jadinya..!!

50 lagi premis disita

JITRA - Semua penyewa premis perniagaan milik Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) diminta supaya menjelaskan sendiri bayaran sewa gerai di kaunter MDKP bermula Julai nanti.

Ketua Bahagian Penguat kuasa dan Tunggakan Hasil, Zakariya Ahmad berkata, tindakan itu dibuat bagi mengelak penyewa mencipta pelbagai alasan sebelum ini yang mendakwa bayaran sewa tidak dibuat kerana pihak berkuasa tempatan itu tidak datang mengutip sewa dari mereka.

Menurutnya, selepas ini tiada lagi alasan yang boleh direka-reka oleh penyewa semata-mata mahu mengelak diri daripada membayar tunggakan sewa sehingga mencecah ribuan ringgit.

“Pihak penguat kuasa tidak lagi akan pergi merayu dari satu premis ke premis lain semata-mata mahu mengutip sewa sebaliknya kita mahu penyewa sendiri datang ke MDKP dan menjelaskan bayaran sewa premis perniagaan masing-masing.

“Trend baru ini dibuat bagi mengelakkan alasan terlalu banyak yang diberikan penyewa premis yang ingkar menjelaskan sewa tunggakan terutamanya ketika kita menjalankan operasi sita,” katanya kepada Sinar Harian selepas Ops Sita yang dijalankan di sekitar Jitra, di sini, semalam.

Dalam operasi itu, hampir 50 lagi premis perniagaan milik majlis di sekitar Jitra termasuk kawasan Medan Selera Jitra, Medan Selera Pekan Jitra 2, Gerai Buah-buahan Pekan Jitra 2 dan medan selera berhadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jitra telah disita.

Zakariya berkata, nilai tunggakan hutang sewa gerai majlis melibatkan 50 premis berkenaan adalah sebanyak RM50,000.

Menurutnya, nilai tunggakan hutang sewa yang tertinggi melibatkan operasi semalam adalah mencecah sehingga RM2,600 bagi seorang penyewa gerai majlis terbabit.

“Kita tidak akan lagi berkompromi dengan penyewa gerai majlis yang gagal menjelaskan hutang tertunggak kerana sebelum ini tempoh 60 hari selepas notis dikeluarkan telah diberikan kepada mereka.

“Malah pihak majlis juga akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya didapati penyewa gagal dan melarikan diri daripada menjelaskan hutang tertunggak masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Sekolah diancam tanah runtuh



BALING - Kira-kira 232 pelajar dan 17 guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Bakai dekat sini diancam bahaya ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah bukit di belakang sekolah berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Dalam kejadian terbaru pada dua hari lalu, satu runtuhan kecil berlaku selepas hujan lebat mengakibatkan hakisan di kawasan pinggir sekolah berkenaan.

Akibatnya, dua lubang besar terbentuk yang menjadi laluan air dari puncak bukit.

Kesan-kesan runtuhan batu dan tanah itu hanya kira-kira lapan meter dari bilik darjah dan menjejaskan struktur sekolah yang berkeluasan 1.2 hektar itu.

Pengetua sekolah terbabit, Alias Abdul Rahman berkata, pergerakan tanah dikesan sejak dua hari lalu mengakibatkan berlakunya runtuhan batu dan tanah sehingga memasuki kawasan sekolah berkenaan.

Indeks jenayah di Kedah menurun

JITRA 25 Mei — Indeks jenayah di Kedah dalam empat bulan pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga April menurun hampir lapan peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, indeks jenayah bagi tempoh tersebut tahun lepas ialah sebanyak 4,285 kes berbanding 3,953 kes tahun ini.

“Jenayah jalanan turun paling banyak iaitu 22.59 peratus atau 370 kes berbanding 478 kes dalam tempoh tersebut tahun lalu, jenayah kekerasan pula turun 6.88 peratus, manakala jenayah harta benda turun 7.93 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ujian Kemahiran Menembak PDRM/Perkep sempena sambutan Hari Polis ke-204 bagi kontinjen polis Kedah, di sini hari ini.

Ahmad berkata, keadaan itu memberi gambaran bahawa usaha membendung jenayah di Kedah adalah berkesan.

Katanya, ujian kemahiran menembak tersebut merupakan acara tahunan bagi merebut Piala Ketua Polis Kedah yang disertai kira-kira 350 peserta. — BERNAMA

Nabi SAW luka dibaling batu

DI KALANGAN kita sudah tentu pernah mendengar bahawa Rasulullah mengalami luka yang agak parah ketika Perang Uhud. Walaupun dikelilingi pahlawan Islam namun dalam satu kejadian baginda parah apabila seketul batu yang agak besar melayang tepat mengenai baginda.

Batu itu dikatakan dibaling oleh pihak musuh iaitu Utbah bin Abu Waqqas (dalam setengah riwayat yang lain, baginda sebenarnya dipanah tepat mengenai topeng muka besi yang dipakai).

Batu tersebut tepat mengenai muka baginda menyebabkan luka yang teruk walaupun baginda memakai topeng besi ketika itu.

Bayangkan kuat dan besarnya batu yang dibaling sehingga topeng daripada besi itu pecah. Akibatnya serpihan batu yang pecah itu menusuk menembusi pipi Rasulullah dan sebatang gigi baginda turut patah.

Baginda juga dikatakan diserang oleh seorang tentera berkuda dari pihak musuh, iaitu Abdullah bin Qamiah.

Abdullah melibas pedangnya pada bahu baginda, namun tidak berhasil untuk mengoyak baju besi apatah lagi mencederakan baginda.

Namun akibat tetakan itu dikatakan baginda rasa sakit pada bahu itu lebih sebulan lamanya.

Akibat tidak puas hati baginda tidak berjaya dibunuh, Abdullah lagi sekali cuba menetak baginda dengan kuat sehingga perisai kepala dan muka daripada rajutan rantai besi terpecah dua dan menambahkan lagi kecederaan muka yang dialami oleh baginda.

Abdullah ketika itu berkata: "Rasakanlah kau wahai Muhammad, akulah anaknya Qamiah (Qamiah yang bermakna orang yang hina)!"

Sambil membersihkan darah di wajahnya, baginda Rasulullah pun menjawab: "Semoga Allah SWT menghina kamu!"

Ketika itu datanglah para sahabat yang lain membantu baginda. Namun dalam keadaan luka dan kesakitan itu, baginda terjatuh dalam sebuah lubang.

Lubang itu dikatakan digali oleh seorang musuh, iaitu Abu Amir Ar Rahib. Abu Amir sengaja berbuat demikian bagi memerangkap dan mencederakan tentera Muslim terutama baginda sendiri.

Lubang tersebut agak dalam yang menyebabkan baginda tidak mampu keluar. Datang seorang sahabat, iaitu Talhah bin Ubaidullah melompat masuk ke dalam lubang itu.

Lalu dia membongkokkan badannya bagi membolehkan Rasulullah memanjat dan memijak bahunya dan mengangkat nabi ke atas. Ali bin Abi Talib pula menyambut tangan nabi daripada atas lubang itu.

Kemudian Abu Ubaidah bin Jarrah membantu nabi dengan membukakan topeng muka besi pada baginda itu. Setelah dibuka didapati ada serpihan besi topeng itu yang mencucuk pipi baginda lalu Abu Ubaidah menggigit serpihan itu dan dicabutnya. Lalu baginda dibawa berlindung di penjuru Bukit Uhud untuk dirawat.

Pihak musuh berusaha pelbagai cara bagi menembusi benteng para sahabat yang mengelilingi dan melindungi baginda.

Namun, semua usaha itu gagal kerana kukuhnya 'benteng manusia' para sahabat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...