TERKINI :

Tuesday, May 24, 2011

Macam 'PELAQ' SPR nie.. .....!!

mai kes TIAN CHUA suruh Speaker buat keputusan.. Mai KOTA SIPUTEH & PERAK hangpa suruh mahkamah buat keputusan..!!

Tian Chua: SPR serah kepada Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan persoalan berkaitan dengan status Chua Tian Chang sebagai Ahli Parlimen Batu kepada Speaker Dewan Rakyat memandangkan tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah pun berakhir.

Pagi tadi, wakil rakyat itu yang mesra dikenali sebagai “Tian Chua” berkata beliau masih seorang wakil rakyat yang sah walaupun Mahkamah Rayuan telah mengetepikan rayuannya berhubung hukuman dikenakan atas tuduhan menggigit seorang polis empat tahun lalu.

Kata Chua (gambar), beliau masih lagi anggota Dewan Rakyat kerana pihaknya dan pendakwa raya tidak pernah membuat sebarang rayuan ke atas keputusan yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi, sebaliknya hanya membuat rayuan sama ada beliau telah melakukan kesalahan sebagaimana dituduh iaitu menggigit polis.

Bagaimanapun menurut timbalan pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, hanya Speaker Dewan Rakyat adalah kuasa untuk memutuskan perkara itu.

“Terpulang kepada Dewan Rakyat dan Speaker akan menentukan statusnya,” kata Wan Ahmad kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Saya mahu menekankan bahawa keputusan bukan lagi dengan SPR kerana soalan mengenai pilihan raya kecil sudah tidak timbul lagi,” kata beliau sambil menambah Speaker perlu meleraikan persoalan ini sekarang sebelum pilihan raya umum, yang disebut-sebut akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang.

Kata Wan Ahmad, persoalan mengenai status dalam pilihan raya umum akan datang sama ada boleh bertanding atau tidak terletak di tangan Speaker.

“Jika Tian Chua diputuskan tidak layak kerana didenda RM2,000, maka beliau dilarang daripada bertanding pilihan raya selama lima tahun,” katanya lagi.

Pertengahan Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

Ketika itu, Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga seorang peguam berkata, sebagai contoh, pada 1975 anggota Parlimen DAP Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu setelah beliau dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Karpal berkata mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika beliau tidak merayu mengenai keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.

Tu dia.. Masa AGUNG mai ada puak dok balas duit rakyat rupanya...

Kena ajaq sikit kontraktor UMNO nih..

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Lama tak menulis, bukan apa.. depa suruh MK jaga Mat Bashah, jadi oleh kerana Mat Bashah pun tenggelam lama dah.. MK pun lena jelaah. Maklumat terbaru MK dengaq, UMNO Kedah dah mula 'susah hati' dengan prestasi Mat Bashah. Mula naik jadi Pengerusi Perhubungan dulu siang malam muka masuk tv, suara keluaq radio. Dalam surat habag hari-hari ada, sampai dekat ruangan nombot ekog pun ada muka dia.. keh keh keh.

Lupakan sat Mat Bashah.. MK nak tulis isu yang juak-juak UMNO dok hingaq kononnya Kerajaan Negeri tak bayaq perbekalan segala meredak untuk program Tuanku Sultan, mulalah depa tala meriam katak kat kerajaan negeri. Inilah masanya yang MK tunggu-tunggu.

Sejak PAS ambik alih kerajaan adalah satu unit dalam Wisma tu yang mungkin rasa depa lebih berkuasa dari kerajaan pilihan rakyat, termasuk MB dan Exco. Maklumlah depa terbabit dengan hal ehwal istana. Segala bajet depa jangan sapa nak kacau.. kalau tidak nahaih.

Tuanku sendiri dan pihak istana pasti tidak ambil tahu apa yang mereka buat.. puak2 yang lebih sudu dari garpu atur bermacam perbelanjaan luar biasa untuk (kononnya) program melibatkan Tuanku.

Atas nama istana (puak tu peralatkan nama istana) segala belanja gila-gila belaka. Bayangkan jamuan istana satu kepala makan RM160.00. Buat banner bersepah2 merata tempat sejengkal satu. Rakyat negeri lain pun hormat Istana juga, tapi taklah sampai membazir macam tu sekali. Bila Exco tegur, "Hmmm jangan cuba nak derhaka ya.."

Satu lagi yang ramai orang marah ialah cara serah projek. Dasar kerajaan PAS bila belanja besar sampai puluh ribu, ratus ribu, juta.. mesti buat tender terbuka, tapi depa takdak tender terbuka. Semua panggil kroni mai aku nak agih projek. Siapa pula kontraktor tu? Ni soalan cepu mas yang MK nak jawab. Tapi bukan nak jawab semua lanie. Sebahagian besar kontraktor tu adalah juak-juak UMNO yang dok cari makan sejak dulu dari zaman BN. Tau berapa harga banner, billboard dan lain-lain yang depa caj? Maklumlah harga tanpa saingan, macam dok katalah. Nanti pelan-pelan kita cerita bila sampai masa.

Isunya bukan untuk sambutan hari Keputeraan Tuanku Sultan saja tapi apa saja program yang melibatkan istana. Agong berangkat ke Kedah baru ni.. kerajaan kena sedia bajet RM3 juta. Sapa pula yang dapat projek tu? Juak-juak Umno tu jugak. "Elehh kami tak masuk PAS pun boleh dapat projek," itulah kata-kata yang membingitkan telinga MK.

Sekarang, bila bayaran dah kantoi depa gunalah blog UMNO untuk serang kerajaan negeri. Antara yang tulis serang kerajaan negeri tu adalah yang ada kepentingan dengan kontraktor jugak.. kawan kawan depa, juak-juak depa.. Elehhh jangan cuba nak berselindung di sebalik jari telunjuk plak.. poodah.

MK nak ingatkan Bahagian Kewangan.. elok panggil 'pihak atau individu jaga Istana' tu minta dia perincikan butiran pemberian kontrak, sebutharga dan lain-lain berkaitan, depa ikut pekeliling kewangan ke tak.. biaq dia menggelabah bersama juak-juak UMNO 'penghisap darah' kerajaan negeri tu... lepas tu baru kira nak bayaq ka apa.

Kena ajaq sikit puak2 ni.

http://kedahla.blogspot.com

Dah lama dah pun UMNO dok buat kelaku HUDOH nie.. jadi pandai2lah kita cilok..!!!

Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.

Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.

Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.

Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.

"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.

"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.

"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.

"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.

Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.

"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.

RASIONALISASI DAN SELARAS SUBSIDI BUKTI UMNO/BN SEMAKIN TIDAK RASIONAL DAN TAK WARAS

http://angkasanuri.blogspot.com

Spekulasi makin rancak diperkatakan, minyak RON 95 akan naik. Petanda dan bayangannya cukup jelas dari kata yang berbelit-belit dan bercabang-cabang dari mulut pak menteri. Maka pelbagai istilah dan hujah dangkal serta fatwa dikeluarkan untuk 'menghalalkan' harga minyak RON 95 dinaikkan.

Hari ini pak cik mak cik penyokong tegar Umno sudah pandai sebut istilah rasionalisasi dan penyelarasan subsidi sampai tergeliat lidah dan gusi. Istilah harga naik sudah ghaib kerana tipu daya dan putar belit akhbar milik Umno terutamanya Utusan Malaysia.

Walaupun harga minyak dunia tidak menentu dan menunjukkan kenaikan di pasaran tetapi negara-negara pengeluar minyak dunia masih mengekalkan harga minyak untuk kegunaan rakyat mereka. Cuma negara-negara pengimport yang tidak ada memiliki telaga minyak merasa terkesan .

Apa yang peliknya, Malaysia yang pengeluaran minyak tempatan melebihi 700,000 tong sehari turut mengikut jejak langkah negara-negara yang tidak mempunyai telaga minyak. Ke mana pergi segala hasil kekayaan minyak negara? Mengapa rakyat yang sering menjadi mangsa? Adakah ini yang dikatakan Umno menjadi juara rakyat? Rakyat didahulukan? Semua ini cukup membuktikan pemimpin Umno/BN makin tidak rasional dan sudah hilang waras. Ketika rakyat terhimpit dan menderita dengan kenaikan harga barang, pemimpin Umno/BN hidup senang lenang rakyat hidup dengan air mata berlinang.

Apabila hendak menaikkan harga minyak maka mulalah pemimpin Umno jual minyak urat...rasionalisasi dan penyelarasan subsidi untuk kebaikan rakyat. Apa ingat rakyat hari ini tunggul kayu?

Rakyat sebenarnya sudah tidak ada pilihan untuk memulihkan dan menyelamatkan negara ini selain daripada memastikan Umno/BN dinafikan daripada terus membentuk kerajaan. Cukuplah rakyat sudah lama tertindas dan menderita. Digula-gulakan sekejap masa pilihanraya menderita dan sengsara selepasnya. Rakyat perlu bangun dan berani memperjuangkan hak mereka. Gunakan kuasa yang ada untuk menolak kerajaan yang sudah tidak mampu membela nasib rakyat kalau bukan untuk kita pun tetapi sekurang-kurangnya untuk kehidupan lebih baik anak cucu kita pada masa akan datang.

BN cuba daftar rakyat Thailand di Tumpat, dakwa PAS

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
May 24, 2011

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar mengesyaki Barisan Nasional (BN) cuba mendaftarkan warga asing dipercayai dari Thailand sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar”.

Kamaruddin mendakwa operasi itu akan diadakan 28 Mei ini dan beliau bimbang ia mungkin salah satu cara bagi BN untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya semalam menafikan pihaknya mendaftar warga asing sebagai pengundi.

Kata beliau, selepas warga asing itu didaftarkan sebagai warganegara ia secara automatik akan membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi di kawasan Tumpat.

“Saya dimaklumkan mereka yang mendaftarkan sebagai warganegara akan terus mendapat kad pengenalan pada hari yang sama dan kita syaki operasi ini sedang berjalan bukan sahaja di Selangor tetapi negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

“Proses daftar sebagai warganegara satu hari siap dan ini pertama kali operasi seperti ini dijalankan di sana (Tumpat), jadi kita desak supaya operasi ini dihentikan kerana ia jelas untuk wujudkan pengundi-pengundi hantu,” katanya pada sidang media di sini.

Kamaruddin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat percaya warga asing yang akan didaftarkan sebagai rakyat Malaysia dipercayai dari Thailand kerana kedudukan dekat dengan Kelantan.

“Kita bersempadanan dengan negara Thailand, ramai rakyat Thailand boleh berbahasa Melayu dan beragama Islam, saya yakin urusan ini seolah-olah rasmi dan mengikut undang-undang memberikan kewarganegaraan kepada warga asing ini.

“Saya yakin operasi ini akan berjalan, masih berjalan dan terus berjalan kerana operasi ini baru pertama kali berlaku dan operasi mendaftarkan kewarganegaraan siap dalam satu hari pertama kali berlaku,” katanya.

Sebelum ini, PKR Selangor mendakwa Umno Hulu Selangor menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Malah kedua-dua PKR dan Umno telah membuat laporan polis mengenai isu itu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan akan mengadakan satu program pelaksanaan operasi “MyDaftar” pada 28 Mei ini di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur, Tumpat.

Difahamkan program itu bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan termasuk pendaftaran, kelahiran, kematian dan anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegraan, khidmat nasihat semua urusan JPN dan khidmat naihat oleh Jabatan Imegresen Malaysia.

Kata Kamaruddin, pihaknya akan memantau program itu bagi mengelakkan pendaftaran kewarganegaraan warga asing.

Pakatan jangan bubar Dun jika PRU tahun ini

KUALA LUMPUR, 24 Mei: DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

Roketkini.com melaporkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP di sini malam tadi.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) pucuk pimpinan parti lebih cenderung untuk tidak membubarkan Dun bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera dalam menghadapi Barisan Nasional.

“Ia juga bertujuan memastikan usaha Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Perak dapat ditumpukan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimana pun, beliau menjelaskan, keputusan sama ada untuk sama-sama membubarkan Dun atau tidak, sekiranya PRU diadakan tahun ini, akan dibuat bersama oleh pucuk pimpinan Pakatan tidak lama lagi.

Pakatan menguasai Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Perak dimenangi secara sah oleh Pakatan dalam PRU 2008 tetapi dirampas secara haram oleh Umno dan BN setahun kemudian.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, kajian terbaru yang dibuat oleh Pakatan negeri itu menunjukkan PAS, DAP dan PKR mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi Dun Perak.

“Dalam PRU 2008, kita menang 31 kerusi dan berjaya bentuk kerajaan. Selepas BN rampas Dun Perak, kajian yang kita buat menunjukkan jika pilihan raya negeri diadakan pada ketika itu, kita mampu menang sehingga 40 kerusi, iaitu menang dua pertiga majoriti,” katanya.

Beliau menambah, keadaan pada masa itu menggambarkan kemarahan para pengundi Perak berikutan taktik kotor Umno dan BN.

Beliau menjelaskan, walau pun kajian terbaru menunjukkan kemungkinan pengutan kerusi berkurangan, ia adalah lebih baik daripada keputusan yang Pakatan catatkan pada 8 Mac 2008 dan terus menjamin kemenangan.

Sebelum itu, Guan Eng menyatakan pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa parti tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, kini dan sekiranya Pakatan kembali menguasai negeri itu.

Pemimpin Umno hanya berpandu ‘kitab’ Utusan

KOTA BHARU, 24 Mei: Kitab rujukan bagi peimpin Umno ialah Utusan Malaysia apabila mempercayai bulat-bulat laporan berasas persepsi buruk akhbar terbabit mengenai Perhimpunan 10,000 anak muda di Padang Perdana Jumaat lalu.

Akhbar itu mengenakan tajuk ‘PAS peralatkan pelajar agama’ dan keesokan harinya diulas pemimpin Umno dengan paparan tajuk ’Nik Aziz bertopeng imej warak’ dan ’PAS Kelantan terdesak eksploitasi pelajar agama’.

Wartawan akhbar terbabit sebenarnya gagal membezakan di antara pelajar dan pemuda PAS yang sendat memenuhi padang di mana ramai yang berjubah serta memakai t-shirt berwarna hijau.

Sedangkan jumlah pelajar sekolah agama yang hadir hanya sekitar 2,000 orang. Jumlah keseluruhan kehadiran kira-kira 15,000 orang.

Hanya berpandu laporan akhbar Umno yang melapor secara tempang, tiba-tiba Pemuda Umno Kelantan dan beberapa pihak yang berselindung di sebalik nama NGO melantah.

Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) berkata, dakwaan Utusan Malaysia dan pemimpin Umno kononnya PAS memperalatkan pelajar tidak berasas.

”Pelajar sekolah termasuk dari pusat pengajian tahfiz yang dijemput hanya sekitar 2,000 orang dan selebihnya kira-kira 13,000 lagi pemuda PAS yang datang dari seluruh Kelantan.

”Pelajar terbabit dijemput khas kerajaan negeri untuk menyertai acara khatam al Quran dan bermunajat bersama pemuda-pemuda PAS.

”Mengapa Umno cemburu sangat. Ini tidak lain lagi kerana perhimpunan tersebut jauh mengatasi kehadiran pada gelombang biru dilancarkan Umno Kelantan sejak tahun lepas,” katanya di sini.

Pelajar dijemput khas kerajaan negeri bagi mengikuti program khatam al Quran dan munajat yang bermula selepas Maghrib sehingga Isya.

Sebaliknya akhbar Umno terbabit pada laporannya Ahad lepas mendakwa PAS memperalatkan pelajar sekolah agama apabila rata-rata mereka yang hadir berjubah.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, tidak timbul pelajar sekolah diperalatkan kerana mereka datang untuk mengkhatamkan al-Quran.

Menurutnya program khatam dan munajat berakhir dengan solat Isyak dan ada sebahagian pelajar pulang selepas itu.

”Program ceramah umum yang berlangsung selepas solat Isyak tidak ada lagi kaitan dengan Munajat Anak Muda,” ujarnya.

Kata beliau Pemuda Umno Kelantan melatah kerana mahu menutup kelemahan mereka yang gagal menarik ramai demostrator hadir di hadapan Kota Darulnaim 16 Mei lalu.

(ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran terdekat).

Suasana sewaktu Anwar & MB Selangor mendengar taklimat kejadian tanah runtuh.

Nik Aziz ulas "ISU UNDI PAS MASUK SYURGA"


Jika tak silap matematik ini.. minyak akan naik 20sen bulan depan..!!

AmResearch: RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.

“Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.

Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.

“Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008.

Semalam, Ismail Sabri (gambar) berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

“Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion,” katanya.

Dalam satu kenyataan petang semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan tarif elektrik dinaikkan bulan depan, tetapi mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.

Di sebalik kenyataan demi kenyataan mengenai kemungkinan pemotongan bakal dibuat oleh Putrajaya, beliau berkata, beliau sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan Kabinet dalam mesyuarat mingguannya esok akan menyentuh soal itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, merujuk kepada kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beberapa menteri berkaitan, kemungkinan tarif elektrik dijangka naik bulan depan.

Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama.

SJKC Sin Min nak jadi macam UUM jugak kaa... inilah masalahnya bila semua nak dipolitikkan...!!!

DHPP kesal bantuan membayar bil elektrik sekolah Cina dipolitikkan

ALOR SETAR, 23 Mei: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kedah merasa kesal di atas tindakan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min, Sungai Petani yang memulangkan kembali sumbangan kerajaan negeri untuk menjelaskan tunggakan bil elektrik sekolah itu.

Pengerusi DHPP, Tan Weng Fatt berkata, Kerajaan Negeri sudah menjelaskan tunggakan bil elektrik sebanyak RM200 ribu bagi membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh 42 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini.

“Sekolah itu (Sin Min) merasa tidak puas hati kerana Kerajaan Negeri Kedah hanya membayar tunggakan bil elektrik sebanyak RM1,933.95 sahaja dan Kerajaan Negeri juga dikatakan tidak serius dalam hal ini, sedangkan jumlah tersebut adalah tunggakan sebenar berdasarkan rekod TNB,” ujarnya.

Menurut Tan, Kerajaan Negeri berjanji untuk menjelaskan bil tertunggak dan perkara tersebut telah ditunaikan. Bagaimanapun, katanya, Pengerusi Pengelola Sekolah Sin Min yang merupakan ‘orang kuat’ MCA mahu kerajaan menjelaskan kembali bayaran yang telah dibuat oleh pihak sekolah sebelum itu. “Itu bukan tunggakan, sebab mereka sudah jelaskan!” tegas Tan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini.

Tan menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri telah telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM200 ribu melalui Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Cina Negeri Kedah untuk menjelaskan bil elektrik tertunggak di semua sekolah kelolaan mereka yang menerima bantuan modal.

Katanya, jumlah RM200 ribu itu diberikan berdasarkan rekod TNB kesemua tunggakan melibatkan 42 buah sekolah tersebut ialah sebanyak RM199,700.00.

“Sekiranya sekolah berkenaan ingin memulangkan kembali wang tunggakan bil elektrik sebanyak RM1,933.95 yang sudah dijelaskan itu kepada Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Cina Negeri Kedah atau kepada Kerajaan Negeri, mereka perlulah menulis surat terlebih dahulu,” jelasnya.

DHPP, katanya, merasa pelik kerana daripada 42 buah sekolah yang menerima sumbangan hanya sekolah tersebut sahaja yang ‘buat kecoh’. “Jelas kerana pengerusinya anggota pembangkang (MCA) maka mereka hanya memikirkan kepentingan politik dari kepentingan pendidikan,” ujarnya.

Aktivis UMNO Kg Sawa Kecil dilakukan seperti bola oleh Parti yang diperjuangkan selama ini..

UMNO zalimi aktivis parti sendiri

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

PENDANG – “Hingga kini masih tiada apa-apa tindakan dan maklum balas daripada mana-mana pihak UMNO bagi membantu menebus semula tanah yang tergadai akibat kegagalan parti melunaskan bagi pinjaman cagaran sebagaimana dijanjikan kira-kira 30 tahun lalu.”

Demikian luahan anak mangsa, Mohd Nadzri Mohamad Said ketika dihubungi. Walaupun telah dihebahkan melalui akhbar-akhbar, beliau kesal dengan UMNO yang hingga kini masih berdiam diri untuk membantu menyelesaikannya.

Kira-kira 30 tahun lalu, waris pemilik tanah, Mohamad Said Awang Kechik mencagarkan dua bidang tanah untuk membantu membina pejabat UMNO Pendang.

Tanpa mengenal erti putus asa, Mohd Nadzri bersama bapanya, Mohamad Said telah menghantar surat rayuan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap Tahun 2011 pada 21 Mei 2011.

“Buat masa ini semua pakat diam, kami berasa kesal.

“Sebagai langkah seterusnya, kami menghantar surat rayuan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sentuhan bantuan beliau,” ujar Mohd Nadzri.

Sebelum ini, mereka juga telah diarahkan oleh UMNO Pusat untuk mendapatkan pengesahan daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah untuk membolehkan UMNO Pusat membuat pembayaran.

“Bagaimanapun pihak kami diperlakukan seperti bola, surat dan telefon kepada pejabat Dato’ Ahmad Bashah tidak dilayan.

“Malah, beliau juga memberitahu bahawa beliau mendapat arahan daripada pihak atasan agar tidak membuat pembayaran terhadap tuntutan ini,” jelas beliau yang kesal dengan sikap seorang pemimpin yang juga pembela rakyat.

Kini, tanah tersebut telah dilelong pada Disember 2010 dengan harga RM70 ribu dan Mohd Nadzri dan bapanya hanya menunggu masa untuk diusir dari tanah tersebut.

Kompleks Tunku Yaakob akan diteruskan pembinaannya selepas masalah tanah selesai

Tergendala akibat masalah tanah


Azizan Abdul Razak (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara BDB yang diwakili oleh Mohd. Saad Endut (kiri) dan Belleview Bina Sdn. Bhd. oleh Sonny Ho Kiong Chan di Alor Setar, Kedah, semalam.


ALOR SETAR 23 Mei – Rancangan Kerajaan Pas Kedah untuk membina Kompleks Tunku Yaakob di sini, yang sepatutnya dimulakan hujung tahun lalu masih gagal dilaksanakan akibat masalah teknikal berkaitan tanah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, projek itu bagaimanapun akan diteruskan sebaik sahaja masalah pemilikan tanah selesai.

“Surat sudah dihantar ke Pejabat SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) untuk tanah itu diwartakan dan selepas ia diwartakan dijangka pada Ogos ini proses pengambilan tanah akan dimulakan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembinaan dua menara kondominium mewah, Amanduri Residences di sini, hari ini.

Perjanjian itu adalah antara Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Mohd. Saad Endut dan syarikat hartanah, Belleview Bina Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Sonny Ho Kiong Chan.

Kompleks tersebut yang terletak di tengah-tengah bandar raya ini menempatkan pusat komersial, terbengkalai pembinaannya walaupun kerajaan negeri bercadang membangunkannya mulai tahun lalu.

Projek itu akan diadakan secara usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan pemaju iaitu Bellview Bina Sdn. Bhd.

Azizan berkata, masalah terbengkalai tersebut bukan berpunca daripada kelewatan pihak perancang tetapi masalah teknikal.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri akan memastikan projek tersebut berjaya disiapkan kerana ia adalah salah satu komponen pembangunan yang dirancang dibina bersama sebuah kompleks beli-belah dan satu unit hotel lima bintang selain dua blok kondominium itu.

Mengenai kondominium itu beliau berkata, pembinaannya yang menelan kos RM110 juta akan mula dilaksanakan November 2011 dan dijadual diduduki tiga tahun kemudian.

“Ia mempunyai dua menara setinggi 22 tingkat dengan 277 unit kediaman dan enam penthouse di lokasi strategik. Pembangunan tersebut bakal mengubah wajah bandar raya ini,” katanya.

Sementara itu Sonny Ho berkata, kondominium itu adalah yang pertama dibina di sini dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Tahniah Malaysia 10 terbaik di DUNIA

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan 'tahniah' kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa Malaysia ke rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia.

Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah Negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika.

Demikian kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Kata Herman, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menganggap pengakuan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie sebagai satu bukti kejayaan gelap BN selama 12 penggal mereka memerintah negara ini.

Ranking yang telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ini juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5 bilion setahun untuk membeli arak.

Setiap tahun, 30 peratus kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku kerana pengaruh alkohol.

Malah lebih teruk dari itu, arak juga sering dikaitkan dengan jenayah penganiayaan, dera, rogol dan bunuh. Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah.

"Sampai bilakah kerajaan BN mahu pertahankan rekod ini?" soal beliau.

Beliau mengesa kepada pihak berkuasa kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan persekutuan supaya serius menangani perkembangan industri arak dinegara ini.

Pengeluaran arak di kilang-kilang dalam negara hendaklah dikurangkan, dan permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru hendaklah dibatalkan, cadang beliau.

DPPWP juga mahu pihak berwajib memantau aktiviti penjualan arak dikedai-kedai, restoran dan kelab malam.

Bagi beliau, arak tidak sepatutnya dibiarkan dijual secara terbuka seperti dikedai-kedai ubat dan 7-Eleven yang beroperasi 24 jam.

Akses pembelian arak yang begitu terbuka menyebabkan rakyat negara ini begitu mudah terlibat kepada gejala penagihan arak ini, katanya.

DPPWP juga kesal kerana kerajaan gagal menghalang umat Islam mengadakan urusniaga arak dan meminumnya.

Oleh itu, kerajaan wajib memberikan kuasa penuh kepada JAKIM dan Majlis Agama Negeri memantau umat Islam dari terjebak kepada arak, katanya.

Islam mengharamkan umatnya meminum arak. Bukan hanya kepada rakyat biasa tetapi kepada golongan kaya dan pemimpin sekalipun, hukumnya tetap haram disisi Islam.

"Bagi yang bukan Islam, DPPWP menasihatkan supaya menjauhi arak. Kesan mabuk akibat arak lebih banyak keburukkannya dari kebaikan. Maka carilah minum yang lebih menyihatkan dan memberikan kebaikan kepada diri anda," katanya.

Beliau juga berharap agar kerajaan tidak terus menerus menutup mata, memekakkan telinga hanya kerana cukai arak yang tinggi dapat memberikan pulangan kepada dana kewangan negara.

Ahli-ahli parlimen wajar membincangkan isu ini dan mencari langkah-langkah penyelesaikan terbaik bagi menyelamatkan rakyat, katanya.

DPPWP berharap agar pemimpin Islam dan bukan Islam dinegara ini dapat mengambil perhatian serius fakta WHO ini dan berusaha menjadikan negara ini bebas dari pengaruh arak, tambah beliau.

PRU 13: PR KEDAH AKAN TUMBANG

PRU 13: Kedah (1)
-MSK


Aku nak stop dulu tentang politik baru sebab ada beberapa isu menarik yang aku rasa kena bagi perhatian dulu. Dua artikel menarik dalam Malaysian Insider tentang Kedah memerlukan pemerhatian dan analisis yang lebih mendalam.

Hangpa nak bercakap tentang hakikat, tentang realiti…jangan berfikir dalam kotak pemikiran Pakatan Rakyat. Aku bukan suruh hangpa keluar parti!! Cuma keluar sekejap dari pemikiran partisan dan ketaksuban dan hadapi realiti.

Banyak kali aku tulis, kumpulan tengah sudah membesar dan mereka-mereka ini menganggap bahawa kedua-dua Pakatan dan BN sama saja. Sekarang, perkataan yang sama diluahkan dalam posting Malaysian Insider.

“The reason why many Umno people I know voted for PR in the last election was because they were tired with BN. We felt the BN wasn’t really doing anything so why not try giving it to PR?” said a businessman in Merbok, who requested anonymity so as not to offend his Umno friends.

“PAS hasn’t really done anything but (Kedah) BN is filled with the same people who wanted out in the first place.

“Jadi sama ja depa dua ni (So in the end, it does not really matter who we vote because PR and BN are the same).”

Apakah ini realiti atau propaganda Malaysian Insider?

Malaysian Insider juga membuat survey..walaupun samplenya kecil, tapi memberikan gambaran tentang apa yang berlaku dibawah.

Kajian terhadap 70 rakyat Kedah yang berumur dari 21-70 tahun menunjukkan 50% daripada mereka mahukan perubahan kerajaan negeri. Sentiment tersebut lebih menonjol dikalangan orang Melayu (60%) diikuti dengan India (50%).

Sebanyak 36% daripada orang Cina mahukan perubahan manakala hanya 28% yang mahukan pemerintah kerajaan negeri dikekalkan. Yang lebih menarik, 36% masih tak tau siapa yang nak diundi.

Walaubagaimanapun, terdapat percanggahan kerana 44% berpuashati dengan kerajaan negeri sekarang berbanding 40% yang tidak berpuashati, manakala 16% tidak pasti.

Rakyat Kedah kompius!!

Bila tanya sama ada depa sokong BN…depa kata BN teruk!! bila tanya tentang Pakatan…depa kata tak boleh harap. Do you smell what I’m cooking?

Jangan percaya tentang kajian Malaysian Insider. Kalau kajian Malaysian Insider ini benar-benar menunjukkan sikap pengundi di Kedah, tak payah kempen…Pakatan dah gerenti kalah. Bukan sebab depa sokong BN…tapi kerana sistem pilihanraya yang akan memihak kepada BN. SPR sudah memastikan, kalau BN mampu mendapat 48% undi, depa akan menang. Depa tau, untuk turn over penyokong Pakatan untuk menyokong Umno memang susah. Tapi kalau dapat membuatkan mereka yang mengundi Pakatan itu tidak keluar mengundi pun dah cukup untuk memenangkan BN.

Kalau ada calon bebas yang bertanding, BN lagi seronok. Maka apa yang berlaku di Sarawak akan berlaku di Kedah. Ceramah puluh ribu orang yang datang. Tapi bila kira undi…lingkup. Hangpa mau jadi macam tu?

Cuba kita tengok keputusan DUN untuk Pakatan dan BN masa PRU 2008 dulu.

BN:14

Pas: 16

DAP: 1

PKR: 4

Bebas:1

Tetapi selepas PRU 2008, PKR mendapat satu tambahan kerusi di Bukit Selambau, tetapi hilang dua kerusi di Lunas dan Bakar Arang. Kedudukan sekarang, BN 14. PR: 20. Bebas pro-BN:2. Atau dimudahkan….PR 20. BN 16.

Adakah kedudukan ini selamat? Bagaimana kalau kajian Malaysian Insider di padankan dengan kedudukan kerusi? aku tak mau kata BN akan menang, tetapi PR juga dalam keadaan tenat. Yang akan menentukan siapa yang akan memrintah adalah orang-orang tengah yang sekarang ini masih belum membuat keputusan. Mereka yang dah fed-up dengan BN, tapi dalam masa yang sama kecewa dengan PR.

Apakah hangpa nak kata " mampuih pi la….kalau berjuang mahu pembalasan..pi masuk Umno!"

atau hangpa nak kata.." Kalau orang macam Matsamankati keluar..lagi bagus. Tidak menjejaskan Pakatan!!"

Fikir dulu sebelum nak kata apa-apa…tengok dulu pencapaian Pakatan dan BN dalam PRU yang lalu.

Terdapat 13 kerusi DUN yang bermajoriti kurang dari 5%.

Bila Malaysian Insider kata 60% orang Melayu mahukan perubahan kerajaan. Maknanya hanya 40% yang masih menyokong PR.

Bila Malaysian Insider kata 50% orang India mahukan perubahan. Maknanya 50% masih sokong PR.

Bila Malaysian Insider kata 36% orang Cina mahukan perubahan. Maknanya 65% masih sokong PR.

Apa yang akan berlaku?

Pas tinggal 11.

PKR tinggal 4. (Diandaikan akan memenangi balik Lunas dan Bakar Arang)

DAP 0.

BN: 21.

Hangpa buat la ceramah perdana. Buat la sembahyang hajat.

Dalam PRU 2008, Pakatan Rakyat memperolehi sejumlah 353,831 undi (50.7%) manakala BN mendapat 322358 (46.2%). Perbezaan hanya 4.5%. Kalau 5% daripada yang menyokong Pakatan dulu berubah angin, kerajaan neegri juga akan berubah.

Dari sejumlah 353, 831 undi yang diperolehi oleh Pakatan, berapa ahli-ahli PKR, Pas dan DAP? Ahli PKR pada tahun lepas berjumlah 23,479. Tapi dari jumlah itu, 7830 tidak mendaftar sebagai pengundi!! Ahli Pas aku tak tau, tapi atas sikap pemurah…aku katakan sejumlah 100,000 orang. Sebab mungkin Pas Kedah lagi terror dari Pas Perak yang berjumlah 80,000 orang. Ahli DAP boleh bilang dengan tangan.

Kalau dijumlahkan, jumlah ahli Pakatan Rakyat tak sampai 130,000 orang. Siapakah yang mengundi Pakatan berjumlah 223,000 orang itu? Apakah Pakatan Rakyat menang kerana kekuatan parti..atau kekuatan penyokong?

ahli-ahli parti hanya berjumlah 18% daripada keseluruhan pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat. Manakala penyokong yang tidak berparti yang membantu kemenangan Pakatan berjumlah 32%.

Tapi bila menang, penyokong tak ada hak untuk menegur parti, tak ada hak untuk bersama membuat keputusan, tak ada hak untuk bersuara.

What are you going to do?

Pas bimbang pengundi baru mendadak


ALOR SETAR - Pas mendakwa pertambahan mendadak pengundi baru di beberapa negeri Pakatan Rakyat (PR) sebagai strategi Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi membolehkan BN merampas negeri-negeri terbabit daripada Pas.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu berkata, strategi seperti itu pernah dilakukan oleh BN di Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) ke-11 tahun 2004 lalu dan di Sabah untuk membolehkan BN merampas Terengganu dari Pas dan mengekalkan cengkaman di Sabah.

Menurutnya, Pas ragu dengan pertambahan pengundi melebihi 17 peratus bagi setiap negeri PR, memandangkan pertambahan sebenar berdasarkan pendaftaran yang dilakukan Pas pada suku pertama tahun ini sehingga Mac lalu hanyalah enam peratus paling maksimum.

“Sebelum ini Pas yang mendahului SPR dalam pendaftaran pengundi baru, tetapi kini angkanya ternyata jauh menyimpang dari jumlah yang sebenar.

“Lebih meragukan, berdasarkan semakan, pertambahan pengundi baru yang dilakukan oleh SPR itu bukannya pengundi yang didaftarkan di negeri terbabit, tetapi di Kuala Lumpur dan mereka yang bukan warganegara Malaysia.

“Saya bimbang dengan keadaan ini dan tidak menolak kemungkinan ianya satu strategi jahat BN dengan kerjasama SPR untuk merampas kembali negeri-negeri PR secara tidak sah,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.

Mohamad Sabu berkata, corak pendekatan itu kini sudah dikenal pasti giat dilaksanakan di Selangor bagi menghadapi PRU-13 tidak lama lagi.

Menurutnya, strategi jahat itu sememangnya amat sukar diatasi Pas dan PR kerana mendakwa turut melibatkan kerjasama SPR sendiri.

“PR belum tentu menang di Selangor kerana saya difahamkan SPR bertindak mendaftarkan bukan rakyat Malaysia untuk mengundi di Selangor sebagaimana dilakukan di Sabah dan Terengganu sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamad turut mendakwa UMNO mengkhianati suara orang Melayu di Parlimen apabila tidak menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk Melayu tinggi seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya, tindakan BN itu dipercayai disebabkan bimbang kerusi di negeri terbabit dimenangi Pakatan Rakyat (PR), walhal keperluan untuk menambah kerusi di kawasan majoriti Melayu diperlukan untuk mengukuhkan suara Melayu di Parlimen.

“SPR dan BN sewajarnya menambah kerusi Parlimen di kawasan seperti Baling dan Kuala Kedah yang mempunyai penduduk lebih 30,000, selain menambah kerusi di negeri Kelantan dan Selangor," katanya.

Jintan hitam herba penawar penyakit



SELEPAS tiga hari melakukan ekspedisi menggali sebuah kawasan di Lembah Raja, Mesir, pada 26 November 1922 tepat pukul 4 petang, Howard Carter, akhirnya menemui sebuah makam yang telah menjadi obsesnya sejak bertahun-tahun.

Artifak-artifak berharga yang dijumpai di makam Firaun Tutankhamun itu terlalu banyak yang sesuai dengan tarafnya sebagai seorang raja. Howard memerlukan masa selama sedekad untuk merekodkan 3,000 artifak yang ada.

Kesemua barang yang didapati di dalam makam yang tidak pernah terusik oleh penjarah itu merupakan keperluan dan cara hidup seorang raja Mesir. Hanya yang terbaik sahaja dibawa bersama ke alam selepas mati.

Antara barang-barang yang ditemui oleh ahli arkeologi dari London itu adalah singgahsana yang diperbuat daripada emas, tempat beradu, balang-balang berisi minyak dan makanan yang berkhasiat dan sebagainya.

Salah satu bahan yang dijtemui di makam berusia ribuan tahun itu adalah sejenis minyak hasil perahan herba jintan hitam atau lebih dikenali di dunia Arab sebagai habbatus sawda.

Habbatus sawda adalah sejenis herba yang boleh didapati di kawasan-kawasan tertentu terutama di Mediterranean dan telah diamalkan sejak zaman nabi.

Walaupun masyarakat Melayu mengenalinya sebagai jintan hitam, tetapi bentuknya berbeza dengan jintan manis atau putih.

Bersaiz lebih kecil berbanding jintan manis dan berwarna hitam, ia mengeluarkan sejenis bau yang nipis dan berempah tetapi tidak terlalu kuat.

Jika dimakan mentah-mentah atau masih belum diproses rasanya agak pahit.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Gunakanlah habbatus sawda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat daripada segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut).”


BIJIAN jintan hitam diperoleh dari pistil bunganya.


Menurutnya, hadis sahih riwayat Al-Bukhari itu adalah saranan dan galakan Rasulullah kepada umatnya untuk menggunakan herba tersebut.

“Ia bertindak sebagai penyelaras perjalanan darah dan ia tidak khusus kepada satu-satu penyakit sahaja.

“Ia lebih banyak mencegah penyakit daripada mengubatinya,” kata Mohd. Daud ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Disebut dalam al-Quran

Kata Daud, atas gesaan Nabi itu, para sahabat seperti Saidina Ali dan Abdullah Auf turut sama mengamalkan habbatus sawda.

Sebaik-baiknya, habbatus sawda dimakan bersama madu, tambahan pula terdapat ayat dalam al-Quran, surah An-Nahla ayat 68 menceritakan berkenaan manisan lebah itu.

Mohd. Daud menegaskan, setiap perkara yang disebut dalam hadis dan al-Quran adalah yang terbaik untuk umat manusia serta mempunyai khasiat yang banyak.

Ia terbukti secara saintifik melalui kandungan bahan-bahannya yang terdiri daripada glukosa, polisakarida, kalsium, ferum, karotan dan asid amino.

Pakar Pemakanan Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Shariza Abd. Razak berkata, habbatus sawda juga berfungsi sebagai bahan antitumor.

“Jadi, habbatus sawda amat baik untuk mengurangkan risiko dan mengawal penyakit kanser serta mampu meningkatkan kekuatan sistem imunisasi badan melawan penyakit seperti selesema,” katanya.

Menurut Dr. Shariza, individu yang mengalami alahan juga sesuai menggunakan habbatus sawda kerana terdapat bahan antihistamin di dalam jintan hitam itu.

“Bahan tersebut akan melawan histamin yang dihasilkan di dalam badan ketika alahan berlaku dan ia sesuai digunakan oleh penghidap ekzema atau radang kulit,” ujarnya.


BIJIAN habbatus sawda yang diimport oleh syarikat Seribu Dinar Distributor Sdn. Bhd. akan terus diproses bagi mengekalkan kualitinya.

Tinggi glukosa

Habbatus sawda juga boleh membunuh kuman kerana ia bertindak sebagi antibakteria.

Sehubungan itu, pesakit yang mengalami jangkitan bakteria terutamanya escherichia coli atau E. coli yang menyebabkan cirit-birit dan masalah penghadaman boleh mengamalkanya.

Bagi individu yang sentiasa mengalami keletihan dan sering tidak bermaya, habbatus sawda amat sesuai diamalkan kerana kandungan glukosanya yang tinggi.

“Habbatus sawda boleh bertindak sebagai bahan penambah tenaga dan biasanya dijadikan minuman atau sebagai salah satu bahan campuran dalam minuman seperti kopi dan teh,” ulas Shariza.

Selain dijadikan minuman, pengguna bebas membuat pilihan dalam apa bentuk sekalipun seperti kapsul atau minyak.

“Tiada had tertentu dalam pengambilannya malah kajian mendedahkan, seorang individu yang sihat dengan berat badan sebanyak 50 kilogram boleh mengambil antara satu hingga dua sudu teh sehari,” ulasnya.

Bagi sesetengah individu, jika habbatus sawda diambil berlebihan ia akan menyebabkan ketidakselesaan badan, panas badan dan gangguan fungsi tubuh tetapi ia masih lagi selamat untuk diambil.

“Tindak balas bergantung kepada individu dan sebaik-baiknya, ambil dalam sukatan yang disyorkan,” katanya berkongsi tip.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...