TERKINI :

Monday, May 23, 2011

Sudahlah Khairy.. Masa Pak Lah sokong sekarang bantah

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.

Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.

"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat.

"Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata Saifudin.

Beliau merujuk ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahas usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemuka Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod hansard sebagai berkata, "walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan".

Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.

Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa system yang lebih adi ldengan subsidi yang progresif.

"Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri," kata Saifudin.

"Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun,

"Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?" tanya beliau lagi.

Sehubungan itu, Saifudin percaya, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13.

Baiki Negara, Bawa Islam – YB Husam

20 Mei, - “Adik-adik mengaji bukan setakat mengaji sahaja. Mengajilah dengan tujuan untuk baiki negara”, demikian ucapan YB Dato’ Husam Musa di hadapan pelajar-pelajar dari Dun salor yang akan menjejakkan kaki ke IPTA, anak-anak yatim dan penduduk berdekatan.

Majlis yang bermula jam 3.00 petang di kg Teluk Kandis juga meyaksikan pelancaran JKP Teluk Kandis Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang disempurnakan oleh YB Dato’ Husam.

Dalam ucapan tersebut YB Dato’ Husam mengingatkan pelajar-pelajar agar menjaga nama baik agama dan negeri Kelantan ketika berada di IPT.

“Pelajar-pelajar Kelantan di IPT mesti ada personality berbeza dengan orang lain. Personaliti yang dibina atas agama dan keimanan. Ubahlah dunia dengan keimanan.”, jelas beliau yang percaya bahawa kemakmuran dunia hanya dengan indicator iman.

Majlis yang berlangsung sehingga jam 4.30 itu juga turut turut dihadiri oleh petugas Gegar yang mengumpulkan tandatangan sempena sokongan rakyat Kelantan terhadap tuntutan royalty minyak Kelantan.

Semua yang hadir menurunkan tandatangan dan YB Husam sejurus selepas itu meyampaikan sumbanga kepada para pelajar dan anak-anak yatim.

Sebelum majlis pelancaran JKP dan penyerahan sumbangan kepada pelajar ke IPTA, YB Dato’ Husam sempat meyampaikan tazkirah selepas solat Jumaat di Masjid Kg. Pengkalan Kubur Salor dan hadir dalam satu majlis makan tengahari sempena pengisytiharan ahli UMNo masuk PAS di Kg. Pengkalan Kubur.

- www.husammusa.com

Hisham dah mula kecut.. Masa Pemuda UMNO & PERKASA dok buat hang diam jaa..!!

Mat Sabu: K'jaan yang samakan demo dengan huru-hura

Seorang penyokong 'Berjalan untuk Demokrasi' 9 Julai depan, membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mencadangkan demonstrasi hanya dihadkan dalam stadium, atas alasan keselamatan awam dalam kepentingan keselamatan dan kesejahteraan awam.

NONESebaliknya, pemimpin popular PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan yang mengganggu protes yang diadakan secara aman, sambil menyangkal dakwaan Hishammuddin bahawa pihak penganjur tidak menghormati undang-undang dan ketenteraman awam.

“Inilah minda kerajaan yang menyamakan perhimpunan dengan huru-hara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hishammuddin dilaporkan dalam beberapa akhbar harian sebagai berkata beliau akan mencadangkan kepada kabinet supaya menyediakan satu mekanisme untuk membenarkan demonstrasi diadakan dalam stadium tanpa memerlukan permit polis.

Utusan Malaysia memetiknya sebagai berkata, demonstrasi jalanan sudah lapuk dan hanya menjadi tempat untuk melemparkan tuduhan yang tidak memberi faedah kepada orang awam.

NONEHishammuddin juga menuduh penganjur 'Berjalan untuk Demokrasi' hanya mahu mencetuskan huru-hara dan untuk memberi gambaran bahawa Malaysia tidak stabil.

Bagaimanapun , Mohamad Sabu berkata sudah banyak perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang dan NGO sejak bertahun-tahun lamanya yang berjalan secara aman.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaanlah yang memberi gambaran negatif terhadap peserta perhimpunan tersebut.

Anwar: Tarif elektrik mampu pada kadar rendah walau tanpa subsidi gas

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa orang menteri berkaitan kemungkinan naiknya tarif elektrik dijangka pada bulan Jun 2011.

Isu kenaikan tarif elektrik di negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk dimetrai bersama dengan syarikat Pengeluar Tenaga Swasta/Bebas, terutamanya dengan Pengeluar Tenaga Swasta generasi pertama.

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Ani Arope telah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak bersetuju dengan harga yang terlalu mahal yang dikenakan oleh Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta ke atas TNB. Harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kWh (kilowatt hour), harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah harga yang lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB.

Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya. Malahan harga tersebut ditetapkan sebagaimana dalam perjanjian, sepanjang membekalkan tenaga tersebut, harga yang dikenakan ke atas TNB berubah menuruti kadar terdahulu sekaligus membolehkan Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta (IPP) mengaut keuntungan yang besar lebih awal.

Perjanjian tersebut juga telah direka untuk memastikan IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seumpama gas asli, disel dan arang batu, manakala jika berlaku kenaikan harga pada bahan api tersebut makanya TNB lah yang terpaksa menanggungnya. Akibat dari perjanjian ini, telah menyebabkan Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya pula pada kadar harga subsidi yang tetap. Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22 billion setahun (jika dikira menurut kadar harga semasa minyak mentah serta gas asli).

Justeru dari perjanjian yang rumit dan berat sebelah inilah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi. Kos harga tenaga elektrik yang terpaksa dibayar TNB kepada Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta (IPP) dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh IPP ternyata membebankan rakyat samada secara menaikkan tarif elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat dari subsidi gas untuk TNB/IPP kononnya demi merendahkan tarif.

Malangnya, sedangkan negara kita yang sememangnya memberi subsidi kepada sektor pengeluar tenaga melalui gas asli yang murah, itupun jika dibandingkan dengan negara jiran seumpama Thailand, tarif elektrik Malaysia ternyata masih tinggi, sungguhpun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa (pada masa ini harga semasa tersebut tiga kali lebih tinggi dari harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia).

Seorang pengguna yang memiliki rumah di Thailand hanya membayar 18 sen per kWh untuk 150 kWh yang pertama, manakala pengguna yang sama di Malaysia terpaksa membayar 22 sen untuk kadar yang sama. Ini bermakna perbezaan harga tarif elektrik yang mencecah 22%.

Pengguna runcit di bawah kategori "tarif komersial untuk penggunaan voltan rendah" terpaksa membayar tarif yang lebih tinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan Thailand. Tarifnya di Malaysia ialah 37 sen per kWh, 48% lebih tinggi dari kadar di Thailand; pada kategori yang sama hanya berharga 25 sen per kWh.

Justeru, sudah sekian lama saya menegaskan sekitar RM 22 billion subsidi gas (RM 19 billion pada tahun 1999) yang diberi kepada IPP/ sektor menjana tenaga tidak memberi makna kepada rakyat. Ianya hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan serta kroni yang rapat dengan pemerintah. Sudah sekian lama negara kita dirampok se jumlah wang yang besar yang mampu digunakan untuk membendung inflasi serta membangun model industri yang lebih baik untuk rakyat.

Berdasarkan perspektif inilah saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk berlaku adil dengan menyemak semula harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim (gambar kanan) selaku Ketua Pembangkang Parlimen.

Video seks: Anwar tak akan lepaskan Najib...

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir meradang ketika diajukan soalan berhubung kontroveri melibatkan satu rakaman video lucah yang didedahkan oleh trio Datuk T pada Mac lalu.

NONEIsu berhubung seutas jam tangan yang dikatakan telah diambil daripada lokasi rakaman video berkenaan merupakan antara perkara yang sering menjengkelkan Anwar terutama ketika ditanya wartawan.

Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau bersikap demikian kerana sudah penat dan tidak tahan lagi dengan tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya sejak 13 tahun lalu.

Tegas Anwar, beliau tetap berpeluang menyerang balas dan bukannya bersikap defensif semata-mata.

Bagi Anwar, isu berhubung video lucah ini tetap melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan beliau tidak akan memberi laluan mudah kepada perdana menteri itu.

Anwar juga berkata, teka-teki mengenai identiti sebenar individu dalam video berkenaan juga tidak menggusarkannya, namun perkara itu tetap juga bersarang di fikirannya.

Anwar sekadar berkata, polis mengambil risiko besar sekiranya menamakan beliau sebagai individu berkenaan.

NONESelain itu, Anwar juga mengakui bahawa beliau pernah bertemu dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, lama sebelum ahli perniagaan itu bertindak mendedahkan video berkenaan pada Mac lalu.

Eskay disifatkan Anwar sebagai seorang individu dalam pasukan Tun Dr Mahathir manakala pertemuan berkenaan, pada 1998, telah diatur oleh seorang lagi orang kuat Mahathir – Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Pertemuan berkenaan adalah berhubung projek jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor yang kemudiannya menemui kegagalan di bawah pentadbiran perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pembatalan projek berkenaan juga merupakan salah satu punca permusuhan di antara Mahathir dan Abdullah. Anwar bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada isu melibatkan projek berkenaan merupakan punca rakaman video berkenaan ditimbulkan.

Ikuti petikan daripada wawancara Malaysiakini dengan Anwar:

BN dan Pakatan Rakyat kini perlu meraih sokongan daripada sebanyak 5 hingga 7 peratus pengundi atas pagar. Sejauh mana isu video seks ini akan memberi kesan kepada sokongan pengundi. Isu ini juga ditimbulkan dalam ceramah Pakatan.

Saya merujuk kepada kes itu kerana ia ditimbulkan setiap hari, tetapi dalam perbincangan dengan pasukan saya, selain deripada mengedarkan risalah berhubung isu ini, saya tidak fikir kita patut fokus kepada bagaimana kita hendak tanganinya. Ia akan terbias daripada isu utama tentang tataselia dan perubahan.

Tentulah strategi (mereka) adalah menggunakan khalayak Melayu, tetapi mungkin juga akan wujud kesan negatif kerana ramai golongan ustaz dan guru agama yang diketahui tidak bersama Pakatan telah menyuarakan pandangan bahawa (tuduhan) itu keterlaluan.

Saya tidak tahu sejauh mana impaknya kerana saya tidak peduli sangat.

Tetapi PKR tetap lancarkan kempen anti fitnah, menunjukkan bahawa tuduhan itu ada impaknya?

Kempen anti fitnah itu bukan sahaja dijalankan oleh PKR tetapi juga DAP dan PAS. (Timbalan presiden PAS) Datuk Tuan Ibrahim (Tuan Man) mengetuainya.

(Pakatan) menggunakan (isu) ini bagi menunjukkan betapa terdesaknya Umno, betapa korup politik pornografi ini, seperti saya kata 'pandi kutty', yang saya tidak rujuk kepada sesiapa, tetapi menunjukkan betapa terdesak mereka ini. Ini yang saya maksudkan dengan pentadbiran yang teruk.

NONESaya tidak rasa garis tindakan ini defensif. Garis tindakannya 'kami akan tunjukkan betapa teruknya mereka,' itu ofensif.

Hanya sebab kita sebut mengenai video seks atau perbicaraan kes liwat (menunjukkan) kami defensif? Tidak semestinya begitu. Cara ianya diulas... Bagaimana mereka menggunakan agama untuk mengangkat sumpah bagi mempertahankan seorang pembunuh, seorang perogol, sesiapa saja boleh pergi angkat sumpah.

Dan ianya kembali kepada isu pentadbiran, rasuah, subsidi, kenaikan harga barang, maka ia sangat penting untuk kami gunakan, malah ianya isu yang bagus kerana ia menyemarakkan perasaan orang ramai, mereka akan berasa marah terhadap betapa buruknya isu ini.

Polis berkata mereka tidak akan dedahkan identiti individu dalam video seks ini, bagaimana reaksi Datuk Seri?

Saya tidak pernah beri reaksi, Saya tidak pernah risau kerana saya telah pergi kepada polis, saya telah pergi ke makamah Syariah, jadi sama mahu lihat apa yang mereka akan lakukan?

Kemudian barulah kita akan tangani (isu identiti individu) pada masa yang sesuai. Kami tidak akan dipaksa oleh (polis) kerana apa yang mereka lakukan ialah memberi kenyataan politik, bukannya tindakan, macamlah siasatannya begitu kompleks seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu).

Dalam kes video ini, sehingga kini tidak ada tindakan. Ianya mudah, sesiapa saja yang pergi ke hotel dan umumkan 'saya akan tayang satu filem' tentu ditahan dan didakwa. Tapi bukan dalam kes ini.

Kalau polis kata individu itu ialah Datuk Seri?

Kita akan tangani bila tiba masanya., Saya fikir (polis) mengambil risiko besar jika mereka bertindak begitu.

Apa risikonya?

Saya tidak boleh beritahu. Peguam saya akan tanganinya.

Cara Datuk Seri beri reaksi kepada wartawan apabila ditanya mengenai jam Omega, sumpah laknat, sampel DNA, nampaknya Datuk Seri sangat...

Marah?

Nampaknya...

Bukan, bukan, dengar sini. Jika saya tuduh anda buat hubungan seks setiap malam, adakah anda berasa gembira atau marah?

Tapi Datuk Seri sudah biasa menghadapi tuduhan seperti ini?

NONEAnda juga tahu saya juga seorang manusia, saya ada keluarga. Jangan layan saya seperti seorang perogol. Itu satu perkara, dan sesiapa saja yang tanya saya soalan ini dengan cara biadap, daripada TV3 dan Utusan.

Bukan untuk salahkan mereka semata-mata, tapi mereka boleh kata, 'Datuk Seri, saya minta maaf, boleh saya tanya...' tapi tidak. Omega. Omega Omega. Ianya (ditanya) dengan sangat biadap. Jagi bagaimana saya hendak hadapinya? Saya beri sedikit pengajaran. Mereka kata saya buat budak (wartawan) itu menangis, tapi itu bukan masalah saya.

Jika anda bersedia untuk menggadai jiwa untuk duit, jangan cakap dengan saya soal moral. Isu Omega ini, pada saya, bukan satu isu. Adakah saya betul? Sekarang anda boleh lihat bahawa saya betul.

Anda perlu ada kesabaran selama beberapa minggu. Jika saya beri respon, (saya) akan terperangkap. Anda akan tanya, 'Omega mana?'. Anda akan memperpanjangkannya... Anda akan beri kredibiliti.

Mungkin lebih baik jika Datuk Seri kata 'saya tidak mahu komen' dan biarkan saja.

OK, terima kasih atas nasihat anda tentang kesabaran. Azizah ada pandangan begitu. Dia kata, 'tak apalah, sabar.' Dia penyabar. Tapi jika akan perlu laluinya selama 13 tahun... Jadi saya mahu beri mereka satu pengajaran dengan memberikan respon.

Datuk Seri nampak panas...

NONE[Ketawa] Tidak, ia sangat tidak adil. Saya faham bahawa anda mahu dilihat sebagai media independen tapi anda peli ingat bahawa anda berdepan dengan kehidupan orang, keluarga orang.

Secara tidak langsung, walaupun anda mendakwa bahawa anda buat kerja secara professional, anda juga menjadi suruhan kepada pemimpin korup itu. Mahu atau tidak, anda perlu jual (berita), jadi anda perlu lapor. Maka anda juga sebenarnya mengikut tindak tanduk mereka.

Anda tidak bercakap tentang (manifesti Pakatan Rakyat) Buku Jingga, anda tidak bercakap tentang rasuah, anda tidak bercakap tentang reformasi ekonimi, sebab anda kena ikut tindak tanduk siapa? Tindak tanduk Umno dan Utusan.

Bagaimana pula Datuk Seri berjumpa Eskay. Sejauh mana hubungan Datuk Seri dengan beliau?

Saya jumpa semua orang. Semuanya kata mereka kawan baik saya... Semua yang lompat parti adalah kawan saya yang paling baik. Sesetengahnya saya tidak tahupun nama keluarga mereka, atau nama penuh mereka. Anda boleh bayangkan? Saya tidak tahu nama penuh (Eskay) sehinggalah dia failkan kes (saman berhubung jambatan bengkok).

Tentulah saya kenal dia, ya, rapat. Anda juga percaya saya ada kawan baik yang namanya saya tidak tahu? Pada masa itu saya tidak tahu sama ada dia (memeluk) Buddha atau Islam, saya tidak tahu.

Dalam kes jambatan bengkok itu, dia memberi keterangan bahawa di membawa (defendan Yahya Jalil) untuk berjumpa untuk berjumpa Datuk Seri kerana...

johor singapore new crooked bridge causeway 270106Kenyataanya itu tidaklah begitu salah kerana apa yang diperkatakan itu, begini; (Individu terlibat) adalah (dari) kem Mahathir, yang rapat dengan (menteri perdagangan dalam negeri pada waktu itu) Megat Junid (Megat Ayub). Megat Junid yang mengaturkan pertemuan itu untuk mereka datang berjumpa saya.

Jadi Eskay datang dan bawa Yahya Jalil ini dan di dalam afidavit beliau, dia kata Anwar menasihatkan mereka supaya pergi ke (Unit Perancangan Ekonomi) kerana ia merupakan keputusan EPU berhubung penswastaan. Jadi, begitulah... Saya hantar mereka ke EPU dan dalam pada itu (Eskay) minta (syarikat Yahya) sebanya RM20 juta. Itulah ceritanya.

Adakah Datuk Seri diminta memberi keterangan di mahkamah?

Dia ada (minta). (Peguamnya) bercakap kepada saya, mereka mahu sahkan (pertemuan antara Eskay, Yahya dan Anwar). Jadi saya kata OK, tetapi (pendengaran kes saman jambatan bengkok) kebetulan (berlaku) dengan perbicaraan saya.

Kemudian (peguam) beritahu saya, memandangkan perkara ini tidak pernah dibantah, dan Yahya Jalil kemudiannya mengesahkan bahawa mereka telah bertemu Anwar dan Anwar meminta mereka bertemu EPU, jadi tidak ada keperluan untuk saya beri keterangan (berhubung kes berkenaan).

Eskay tidak gembira (dengan keputusan itu), dia mahu saya beri keterangan.

Jadi kes jambatan bengkok tidak ada kena mengena dengan video seks – kerana Datuk Seri tidak beri keterangan?

Dia tidak kata begitu tetapi dalam kenyataannya dia mahu saya dan (isteri serta presiden PKR, Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) supaya meletak jawatan, yang merupakan ugutan jenayah.

Jadi di negara ini, ugutan jenayah, pornografi semuanya dibolehkan dalam negara Najib-Rosmah.

Video seks ini merupakan siri terbaru dalam dakwaan-dakwaan yang dilemparkan kepada Datuk Seri selepas 1998. Kenapa semua tuduhan itum, kebanyakannya melibatkan seks?

mahathir book launch memoirs 080311Apabila melibatkan rasuah, Mahathir (kanan) meminta semua fail di perbendaharaan diteliti dan mereka tidak boleh jumpa satu syarikat atau satu saham (berkaitan saya). Secara sindiran, adalah di sana dan di sini tetapi tidak ada satu pun (dakwaan). Jadi apa lagi? Seks.

Untuk seks juga, (tuduhan) tidak boleh zina sebab ianya biasa di kalangan pemimpin, (Mahathir) kata dalam mesyuarat sulitnya, jadi jadi mereka kata liwat sebab orang Melayu akan tolak perkara ini. Ini bukan perkara baru, ini cerita 1998.

Selepas tiga tuduhan seks, adakah orang akan fikir akan ada kebenaran di antara (semua tuduhan) ini?

Kenapa mereka timbulkan perkara ini? Ianya isu moral dan siapa yang hendak bercakap soal moral? Najib? (Menteri undang-undang, Datuk Seri) Nazri (Aziz)? (Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri) Rahim Thamby Chik?

Anda boleh kata ianya pornografi tapi sekiranya mereka boleh sahkannya, itu satu perkara. Tapi anda tidak boleh wujudkan sesuatu perkara tanpa (bukti).

...Itulah masalahnya dengan sistem ini. Saya tidak bercakap tentang Umno atau PERKASA, saya bercakap tentang kita. Kenapa kita memilih untuk melayan dan memberi kredibiliti kepada (golongan) korup?

Kenapa dakwaan-dakwaan ini masih dilemparkan kepada Datuk Seri?

Saya dilihat sebagai satu ancaman. Apa lagi? Katakanlah saya bersama esok, anda rasa mereka akan teruskan dengan (tuduhan) ini? Katalah saya bersara pada 2004 selepas saya dibebaskan (dari penjara). Pada masa itu sahaja (wakil) dihantar kepada saya, sama ada saya akan masuk Umno semula. Adakah saya masih perlu hadapi perkara ini sekarang?


Anwar ditemuramah oleh Steven Gan, Salhan K Ahmad, Aidila Razak dan Kow Gah Chie.

Laporan berkaitan:

Anwar: Bagaimana PERKASA tahu kereta disabotaj?

Benarkah UMNO bukan hanya untuk orang Melayu ?

KENYATAAN RASMI
Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak.

Saya suka untuk mengulas kenyataan terbaru Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pulai kelmarin sebagai dipetik telah berkata perjuangan UMNO pada masa kini bukan hanya untuk orang-orang Melayu sahaja tetapi untuk semua kaum di bawah konsep Barisan Nasional (BN).

Katanya lagi transformasi yang terpaksa di lalui itu harus dilakukan tanpa mana-mana pihak mempertikaikan hak orang Melayu.

Namun sayangnya bila diamati dengan mendalam semangat dan ucapan Hishammudidin itu pada realitinya jauh tersasar dari kenyataan yang sebenar setelah UMNO bersama BN memerintah Malaysia lebih 50 tahun.

Bagaimanakah UMNO mendakwa dirinya untuk membela bangsa dan kaum lain sedangkan UMNO ternyata gagal untuk membela orang Melayu.

Rakan kongsi UMNO dalam BN iaitu MIC mewakili orang India dan MCA mewakili orang Cina juga ditolak oleh bangsa tersebut kerana gagal membela nasib mereka sekian lama.

UMNO dan BN ternyata telah berjaya untuk membela pemimpin BN yang menang setiap kali PRU. Begitu juga kroni dan kelompok terpilih sahaja yang dibela, selainnya terus merempat di negara mereka sendiri.

Rakyat telah bangkit dan terus bangkit menolak BN dan baru sekarang mereka mula sedar namun tidak lebih dari ucapan untuk menyelamatkan diri dan kuasa yang mereka sedang miliki.

Realitinya UMNOlah penghianat kepada bangsanya sediri dan pengkhianat kepada agama orang melayu iaitu Islam.

Hak orang Melayu seperti bahasa dicabuli oleh pemimpin UMNO seperti dalam kes PPSMI dan sebelumnya tulisan Jawi "dibunuh" oleh menteri dari UMNO.

Dalam bidang ekonomi UMNO ternyata gagal untuk merelisasikan pencapaian 30 % pencapaian ekonomi orang Melayu dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan sekarang orang Melayu dijanjikan pula dengan Model Ekonomi Baru (MEB).

Kata Hisammuddin lagi isu sensitif yang melibatkan semua kaum harus dibincangkan bersama secara rasional dan bukan digembar-gemburkan untuk menjadi modal politik bagi memecah belah atau menakut-nakutkan rakyat.

Tetapi realiti yang kita lihat dia sendiri tidak dapat bertindak atas kuasa yang diberikan dibawah kementeriannya untuk membendung pelbagai kenyataan dari pihak yang tidak bertanggung jawab dan ternyata mengancam keselamatan negara.

Terkini isu negara kristian yang telah dibangkitkan oleh seorang blogger pro UMNO ternyata tidak ditangani secara serius sehingga masih ada pihak yang berani mengeluarkan ucapan yang mengancam keselamatan negara seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Ali minggu lepas.

Sebenarnya isu yang sengaja diada-adakan itu sudah pun selesai dan tidak perlu diungkitkan lagi bila PM Najib bertemu dengan pemimpin agama Kristian dan mendapat pengesahan bahawa isu itu tidak berbangkit sama sekali.

Namun bgitulah nasib rakyat negara Malaysia yang sedang berdepan dengan UMNO yang sedang mencari jalan untuk menyambung hayatnya yang hampir tamat.

Kerana itu ucapan Hishammuddin adalah antara pelengkap kepada agenda tersebut.

Ketua Penerangan PAS Perak.
Drs. Khalil Idham Lim
PARIT BUNTAR, 23 Mei 2011

Harga gula naik..FELDA untung besaq..!!

Guan Eng: Usah potong subsidi gula, biar kurang untung Felda

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Pentadbiran Najib sepatutnya mengurangkan beban rakyat, bukannya membantu syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) termasuk Felda dengan meningkatkan keuntungan niaga menerusi potongan subsidi pengguna yang dipraktikkan sejak akhir tahun lalu, kata DAP hari ini.

Soal pemotongan subsidi juga menjadi bahan kenyataan pemimpin politik dan anggota jemaah menteri sepanjang minggu lalu dengan desas-desus bahawa harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan bulan depan.

Justeru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kesal dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta tahun lalu berbanding membantu rakyat dengan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.

“Keuntungan yang diperoleh Felda dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, buat pertama kali, Felda yang ditubuhkan pada 1956 merupakan badan berkanun bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan kaum Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya.

“Ini diikuti dengan pengambilalihan pada 2010 oleh adik-beradik Kuok, dikuasai PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham di Tradewinds.

“Ketika ini, Felda yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM dalam bursa saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia,” kata Lim.

Lim menambah, tawaran umum dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham.

MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. Ia menghasilkan hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia bernilai kira-kira RM2.3 bilion.

Tahun lalu, MSM memperoleh keuntungan sebanyak RM232 juta.

Kata Lim, keuntungan sebanyak RM232 juta itu sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula.

Lim merujuk kepada kenyataan ketua setiausaha kementerian kepenggunaan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.

“Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperoleh MSM tahun lalu?

“Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM111.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Lim berkata kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM111.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ia dimiliki oleh Felda.

“Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM,” katanya.

Lim menambah BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa.

“Dasar sosioekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.

“(Oleh itu) DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil,” katanya.

Kerajaan BN jangan bodohkan rakyat!

Oleh Zulkafly A Rashid

Beberapahari lalu, rakyat Malaysia menerima berita ƬgembiraƮ kenaikan harga barangan; sekilo gula pasir RM2.30, sementara seliter minyak petrol RON97 RM2.70.

Bagi RON97, ia kenaikan kali ketujuh sejak diapung mengikut pasaran semasa. Dalam keadaan harga minyak dunia turun, hujah mengikut apungan pasaran tidak lagi digunakan pemerintah sebaliknya biasalah hujah "berbanding negara jiran harga minyak kita lebih murah," terus dicanang!

Jika Selasa lalu minyak mentah di pasaran Asia jatuh kepada USD101 setong berbanding USD105-USD130 sebelumnya, apakah hujah pengapungan harga itu boleh lagi diterima rakyat? Jika itulah hujah yang dipaksakan, rakyat bukan lagi bodoh!

Bagi gula pasir pula, kenaikan harga dilogikkan boleh membantu rakyat berjimat dan baik untuk kesihatan! Jika inilah mentaliti Kerajaan menghujahkan rasional di sebalik kenaikan yang dipaksakan itu, sebenarnya Kerajaan pimpinan Umno-BN silap. Kerajaan diingatkan bahawa rakyat sudah mampu mempersoalkan, kenapa rakyat perlu dimangsakan dengan mengurangkan subsidi tetapi kenapa tidak kepada syarikat-syarikat kroni Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Terbaru, faktanya kerajaan menarik subsidi gula berjumlah RM116 juta, tetapi terus mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada IPP; YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen, sekadar menyebut beberapa contoh. Persoalannya, kenapa subsidi RM19 bilion setahun kepada IPP tidak ditarik?

Sedarkah mereka bahawa kenaikan harga minyak akan mengakibatkan peningkatan kos perkhidmatan dan barangan keperluan harian kepada rakyat terbanyak? Jika keperitan hidup rakyat diabaikan, maknanya pemerintah hari ini sudah hilang rasa kepedulian terhadap kesulitan hidup rakyat. Yakinlah, Kerajaan pimpinan Umno-BN pasti akan dihukum dan akan tersungkur dalam PRU-13 nanti.

Melalui tinjauan rambang, rakyat yang ditemui berbelanja di gerai, kedai runcit, pasar tani, pasar basah secara terbuka menzahirkan kecewa mereka dan mengecam tindakan kerajaan menaikkan harga barangan perlu. Sejarah tercatat di mana banyak Kerajaan tumbang kerana gagal mengurus ekonomi negara dengan baik.

Kehidupan rakyat akan lebih terbeban bila mana Kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Alasan GST mengimbangi penurunan cukai pendapatan kepada kelompok pembayar cukai pendapatan negara adalah suatu ilusi kerana ia melibatkan 10% penduduk negara yang berpendapatan tinggi. Sedangkan GST meliputi semua jenis barangan dan perkhidmatan dan membabitkan seluruh rakyat termasuk mereka yang tidak bekerja.

Alasan Kerajaan bahawa GST juga dikenakan kepada rakyat di negara-negara lain yang maju seperti Singapura tidak boleh diterima kerana skala penduduk mereka yang berpendapatan tinggi adalah jauh lebih besar berbanding Malaysia.

Umno halang rakyat dapat maklumat tepat

Ahmad Danial

MELAKA, 23 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kerajaan Umno BN menutup ruang secara total supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat tentang isu-isu semasa.

"Sebab itulah saluran maklumat ditutup dari rakyat oleh kerajaan BN. Tidak ada ruang untuk pimpinan PAS dan PR untuk bercakap di dalam media sama ada elektronik atau cetak.

“Mereka tidak mahu rakyat mengetahui fakta-fakta sebenar tentang penyelewengan, rasuah, kezaliman dan sebagainya," ujar beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian jentera pilihanraya Dun Ayer Molek dan Pusat Adun Rakyat Dun tersebut, dekat sini semalam.

Tambahnya, kerajaan Umno BN juga menjadikan masjid dan surau kosong dengan kuliah dan tazkirah tentang ilmu-ilmu Islam seperti siasah syariah, ekonomi Islam, jenayah dan sebagainya.

Katanya, pemimpin Umno tidak mahu rakyat memahami Islam kerana apabila berilmu dan faham Islam dibimbangi mereka akan menyokong PAS dan PR.

Idris berkata, rakyat juga khasnya orang miskin dibiarkan merempat kerana dengan kemiskinan, rakyat mudah dibeli dan disogok oleh Umno BN ketika kempen pilihan raya.

"Jika rakyat kaya dan berpendapatan tinggi sudah tentu mereka sukar untuk disogok dan dirasuah bagi memancing undi.

“Sebab itulah kita lihat rakyat miskin khasnya di Sabah dan Sarawak masih ramai seperti yang dibongkar pada Pilihan raya Negeri Sarawak baru-baru ini," kata Idris.

Justeru, menurutnya jentera PAS mesti bekerja kuat untuk menyampaikan risalah perjuangan PAS dan PR kepada orang Umno dan golongan tidak berparti supaya mereka dapat memikirkan tentang kedudukan politik dan sosial masyarakat hari ini.

"Risalah, 'banner' dan bahan-bahan lain mesti dipastikan sampai kepada setiap rakyat supaya rakyat boleh berfikir membuat pemilihan yang matang dan bijak pada pilihan raya umum akan datang," kata Idris.

Turut hadir pada program itu ialah Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang, Yang Dipertua PAS Jasin, Kamaruddin Sidek dan Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew.

JMM hanya berani kutuk Nik Aziz dalam surat habaq..bila ajak berdebat takut nak mampus..!!!

Kutuk Nik Aziz: Umno takut dengan Munajat Anak Muda

(GAMBAR: Kira-kira 15,000 anak muda menyertai Munajat Anak Muda Kelantan di Kota Bharu baru-baru ini )

KOTA BHARU, 23 Mei: Kenyataan NGO tajaan Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengutuk kerajaan negeri Kelantan membayangkan ketakutan Umno terhadap kejayaan program Munajat Anak Muda Kelantan.

Demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar bawah).

Beliau mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan berita mengutuk Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang kononnya menggunakan pelajar pondok dan tahfiz.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.

Fadhli berkata, hakikatnya, Umno dan Barisan Nasional gerun dengan kehadiran begitu ramai anak muda di dalam program tersebut.

Bahkan, katanya, jika Umno dan Barisan Nasional dengan segala kekuatan jentera yang ada berusaha untuk mengadakan himpunan seperti itu, ia tidak akan berjaya.

"Ini kerana budaya ‘upah dan suap’ yang sudah sebati dalam darah daging perjuangan mereka.

"JMM hanyalah merupakan ‘budak suruhan’ kepada UMNO dan hanya akan bercakap untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional," kata beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Program Munajat Anak Muda Kelantan yang mensasarkan 10,000 anak muda berjaya menghimpunkan 15,000 anak muda seluruh Kelantan di Stadium Sultan Mohamad baru-baru ini.

Antara pengisiannya adalah bacaan Al Quran dengan sasaran khatam 100 kali bagi memohon perkenan Allah untuk selamatkan perjuangan Islam di Kelantan.

Bagi Fadhli, Azwanddin jelas sekali keliru apabila menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang hadir diperalatkan.

Hakikatnya, mereka hadir dengan kerelaan diri sendiri dan tanpa sebarang paksaan.

Tentunya sebagai sebuah negara demokrasi, pelajar-pelajar tidak dihalang untuk menghadiri program sedemikian yang tentunya lebih baik daripada program konsert hiburan yang dibenarkan oleh UMNO / Barisan Nasional.

Bahkan tindakan menyiarkan bahan lucah di dalam media eletronik dan cetak jauh lebih bahaya terhadap akhlak muda mudi dan ini langsung tidak ditegur oleh JMM, kata Fadli.

"Perlu diingatkan bahawa tidak menjadi amalan kerajaan negeri Kelantan memaksa pelajar-pelajar atau guru-guru datang ke program politik seperti yang diamalkan oleh Umno," katanya.

Apa yang berlaku ini, katanya, berlainan dengan Umno yang hanya berani menggunakan kuasa paksaan bagi meramaikan program mereka.

Contoh jelas antaranya ialah apabila Umno memaksa semua guru-guru di Merlimau hadir dalam program kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 14 Februari 2011 yang lepas. Surat arahan tersebut dilampirkan bersama untuk rujukan.

Demikian juga apabila guru-guru dipaksa untuk mendengar taklimat keselamatan yang antaranya diisi dengan ceramah yang memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat, katanya.

"Jika JMM menyatakan Menteri Besar Kelantan sebagai pengecut kerana hanya berani berpidato di hadapan pelajar sekolah, maka JMM lebih pengecut apabila tidak berani untuk berdebat ekoran kenyataan seorang pemimpinnya yang menyamakan Menteri Besar Kelantan dengan Ayah Pin satu masa dahulu," tegas Fadli.

Antara pihak yang mencabar debat dengan JMM ialah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

JMM perlu diingatkan bahawa berani berkokok di dalam akhbar sahaja tanpa berdepan dengan hujah adalah sebesar-besar sifat pengecut dan sifat ini ada pada pimpinan JMM, tegas Fadli.

bersama kita pakat doa semoga Ketua Hakim Negara sihat semula...

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini.

NONEBeliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung, lapor Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, beliau kini dilaporkan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.

Malaysiakini difahamkan, keluarganya kini mahukan privasi dan tidak mahu bercakap dengan pihak media buat masa ini.

Zaki, 66, dilantik sebagai ketua hakim negara yang keenam pada 21 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamed.

Beliau juga berkhidmat sebagai hakim mahkamah persekutuan dan presiden mahkamah rayuan.

Depa Kata Paip Ayaq UUM dah start bocoq dah..!!!

Oleh: Muhammad Sanusi Md Nor (Setpol MB)

gambaq hiasan

Sejak UUM senyap, saya pun senyap! Tup-tup malam Rabu lepas kawan di SADA telefon, paip UUM dah meletup-letup tak dapat tampung kemasukan air seperti yang diminta, 13 juta liter padu sehari. Bila loji Padang Sanai mula beroperasi pada 15hb, kawasan yang ada masalah dulu banyak dah selesai.

Oleh kerana orang-orang besar UUM dan lajak cakap sebelum ini bahawa depa tak ada masalah dari segi infra, yang bermasalah ialah SADA, maka bila paip meletup, cepat-cepat depa kata mantainance biasa saja! Meletup tempat lain kot??! Alah bang...semua orang tau... upgrade lah! Jangan malu-malu! Orang kat luar ni nak senyum saja. tak kata apa-apa pun. lain kali jangan pakai baju UMNO untuk tadbir institusi macam UUM.

Haaaa...jangan tak tau pulak! KPT sudah merayu untuk kurangkan cukai tanah UUM...kan ramai dok kata Kerajaan Pusat tak berduit sekarang ni, terpaksa merayu dari Kerajaan Negeri untuk kos serendah RM1.7 juta... kecik laaa kalau nak banding dengan income dan pertumbuhan yang diwar-warkan... nak syarah apa lagi...bajet 300 juta setahun pun tak cukup nak bayaq cukai tanah.

Menteri Pengajian Tinggi tentu kena belasah dalam mesyuarat kebinet nanti...tunggu laaaaa!

Patut laa Amerika akui kita negara Islam contoh.. mentedarah arak teramai pon dok ranking top 10...

Hebat! Malaysia tangga ke 10 peminum arak teramai di dunia

PELIK tapi benar, kalau kita lihat di peta dunia, Negara Malaysia ini hanya sebesar habuk nak dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang lain. Malaysia juga memiliki majoriti rakyat yang beragama Islam. Namun apa yang peliknya, negara ini menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia diulangi rangking Top 10 peminum arak teramai di dunia.

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter. Penggunaan beer di Malaysia pula dilaporkan mencecah 11 liter per kapita [TheStar].


Patutlah sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yassin begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh [Negara Islam].


Tidak hairanlah Malaysia jadi antara Negara Top 10 memiliki peminum arak terbesar dunia, mana tidaknya? Anak pemimpin pun ada yang jadi tokey syarikat Arak terbesar Filipina, San Miguel, manakala bapaknya pula menghentam ulama konon dialah yang lebih pandai bab hukum hakam. Konon dialah yang paling Melayu walaupun mak bapaknya bukan Melayu almaklumlah "Melayu mudah lupa" katanya.

Hakim & ulamak UMNO sama-sama takut tegak kebenaran

Oleh: Mami Minah

Orang PAS jauh beza dengan orang UMNO, yang dok kata PAS dengan UMNO sama, puak ni muka baru dalam politik, kanyag lagi.

Aku dulu pun payah nak faham,semasa Dr. M terajang Anwar Ibrahim keluar dari umno dengan cara yang cukup mengaibkan, orang PAS yang mula sekali pergi jumpa Anwar Ibrahim adalah Almarhum Ustaz Fadzil Noor, semua orang PAS marah dengan Ustaz Fadzil, selepas Ustaz Fadzil berhujah, baru semua orang sedar, orang kena zalim wajib kena tolong walaupun dia musuh kita.

Semua kantoi dengan hujah Ustaz Fadzil. Ini yang dikatakan beza ulama' PAS dengan ulama' UMNO. Ulama' UMNO bukan tak tau, orang kena zalim wajib kena bantu, tapi ulama' UMNO pilih untuk berbisu, pasai takut sorru miss.

Ulama' UMNO sanggup memilih simpang ke neraka, dari menegak hukum Allah. Satu contoh yang ter baru, beza lagi UMNO dengan PAS, semasa Tok guru Nik Aziz berhujah dengan Karpal Singh tentang negara Islam, tak ada pun siapa ulama umno tampil menyokong Tok Guru. Jamil Khir tokoh agama UMNO, pada masa itu lebih berminat bincang bagaimana nak penaik kos mengerjakan ibadat haji.

Ketua wanita UMNO bahagian Baling Dr. Mashitah Ibrahim, pernah mengeluar hukum, perempuan yang susah yang boleh mendatangkan mudharat dibolehkan melacur, tak ada seorang ulama' UMNO pun menyanggah kenyataan tersebut.

Tidak ada seorang pun rakyat Malaysia pernah bermimpi ulama' UMNO menentang kezaliman. Diatas dasar Islam, serta contoh yang ditunjuk oleh Almarhum Ustaz Fadzil, semua rakyat perlu sedar dan kena bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh UMNO.

Rakyat tidak mampu menanggung bala dari Allah swt, akibat kezaliman yang dilakukan oleh UMNO. Anwar sekali lagi disabit dengan kes liwat. Rakyat tidak boleh mengharapkan kepada keadilan system perundangan yang ada di Malaysia.

Intitusi ulama dalam UMNO sudah lama jahanam, badan kehakiman hancur, bagaimana bekas ketua hakim Negara Tun Salleh Abas mendedahkan hakim 1Malaysia boleh dibeli. Betapa jijiknya. Hakim telah pun membuat keputusan Anwar kena bela diri walaupun fakta asas cukup meragukan.

Persoalannya,dengan segala keraguan yang dibuktikan, adakah hakim yan dilantik oleh UMNO berani membebaskan Anwar? Berkaitan kes liwat Anwar sekiranya ditanya, samada hakim memilih untuk menegak kebenaran atau memilih jalan menjunam ke gaung neraka jahanam, rakyat Malaysia sudah ada jawapannya.[KedahLa]

Kedah dijangka tidak perlu import daging lembu


http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/lembu.jpgBUKIT KAYU HITAM, 22 Mei 2011 – Dijangka dalam tempoh lima tahun lagi, Negeri Kedah tidak perlu mengimpot daging lembu khususnya dari Negara Thai untuk bekalan kepada rakyat Kedah.

Pengurus Operasi, Encik Mohd Ariffin Ismail berkata, dalam tempoh lima tahun lagi, Kedah tidak perlu lagi bergantung bekalan daging lembu dari Negara Thai kerana projek ternakan lembu yang dilaksanakan sekarang mampu melakukan sedemikian dalam tempoh tersebut.

Penternakan lembu di bawah anak Syarikat Kumpulan Ladang, Perbadanan Kedah Sdn.Bhd yang terletak di Laka Tenim telah mula beroperasi pada bulan April 2009.

Menurut Mohd Ariffin lagi, ternakan lembu tersebut terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kuarantin, fidlot dan ladang makanan. Setakat ini jumlah di fidlot sebanyak 243 ekor dan di kuarantin sebanyak 123 ekor. Sementara itu, 100 ekor dari kuarantin telah dijual.

“Kita mempunyai 300 hektar ladang makanan untuk menampung makanan ternakan dan semua makanan untuk ternakan lembu di sini diproses sendiri.

“Makanan lembu-lembu di sini semuanya berasaskan ubi kayu dan dicampur dengan petai belalang,” ujarnya.

Tambah beliau, kelebihan makanan yang berasaskan ubi kayu dapat menghasilkan kualiti daging yang kurang lemak dan kolestrol. Semua makanan untuk ternakan ditanam dan diproses sendiri. Mereka mendapat peruntukan sebanyak RM500 juta dan seterusnya membuat pinjaman dari Agro Bank sebanyak RM2 juta untuk projek tersebut.

Katanya lagi, dua lagi kawasan penternakan terdapat di Sungai Ular dan Pendang. Persediaan untuk melengkapkan tempat tersebut sebagai ladang ternakan telah bermula, walau bagaimana pun di Sungai Ular ternakan telah bermula lebih awal.

“Selain itu, 2 buah ladang di Aman Jaya dan Pinang Tunggal telah dipilih untuk dijadikan projek pembiakan.

“Pada tahun ini kita mula menternak lembu daging baka baru, di mana berat seekor lembu boleh mencecah sehingga 1000 kilo,” terangnya.

Beliau menjangkakan, 2000 ekor lembu boleh dibekalkan menjelang Hari Raya Korban pada tahun ini.

Ternakan lembu Kumpulan Ladang ini merupakan projek di bawah anak syarikat kerajaan negeri.

Kepada orang ramai yang ingin membuat tempahan untuk korban, aqiqah, kenduri, belian pukal dan perayaan boleh menghubungi 04-7311933/6, 019-3354589 (Firdaus) atau 019-4430006 (Azizi).

Atau layari klpkventures@gmail.comAlamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya untuk maklumat lanjut.

Mummy Rokiah rentap jambul Shaharizat

Rakyat masih lagi diselubungi kesedihan atas musibah yang menimpa penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat. Maklumat terakhir mencatatkan 16 terkorban tragedi yang tidak diduga. Semoga Roh mereka dihimpun bersama-sama para Syuhada dan Anbia dan kaum keluarga terus tabah menerima ujian Allah.

Pada ketika Rakyat bersama-sama kaum keluarga, berhadapan dengan suasana kepayahan dan kesedihan, menteri rekon Shaharizat Jalil mempersoalkan hukum 'halal-haram' status rumah anak yatim berkenaan.

Beliau tak tahu menghormati suasana. Maka padanlah jambulnya direntap oleh Mummy Rokiah, blogger penyokong tegar umporno/BN... Menurut Mummy Rokiah, Shaharizat tidak sensitif dengan perasaan masyarakat. Sejak bilalah penyokong dan pendokong umporno/BN sensitif kepada perasaan masyarakat?

Kalau mereka-mereka ini sensitif kepada perasaan masyarakat, tidaklah saban hari Rakyat cuba disuap dan diperbodohkan dengan isu video seks, kes saifooliwat, isu kenaikan harga barangan keperluan yang silih berganti.

Mummy Rokiah: Kejadian tanah runtuh, Shahrizat Jalil tidak sensitif dengan perasaan masyarakat

Bukan semua penghuni rumah anak yatim At-Taqwa adalah anak yatim: Shahrizat

PEKAN - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bukan semua penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh semalam yang meragut 16 nyawa, adalah anak yatim.

Katanya berdasarkan lawatannya ke lokasi kejadian runtuhan itu semalam, beliau mendapati rumah itu turut beroperasi sebagai tempat pengajian tahfiz dan kem motivasi.

Siasatan awal kementerian mendapati pusat berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Pekan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, beliau telah meminta kementerian dan agensi terlibat seperti Kementerian Pelajaran, JKM, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan siasatan segera untuk mengetahui status rumah terbabit dan kebajikan penghuni-penghuninya.

"Pihak tertentu mesti buat siasatan berhubung rumah itu sebab budak tahfiz dan anak yatim tinggal di situ, kem motivasi pun di situ, jadi kita tidak tahu asal-usul kediaman itu," katanya sambil menyampaikan takziah daripada Wanita Umno kepada waris mangsa yang terkorban dalam bencana alam itu.

Beliau berkata, daripada 47 penghuni yang terlibat dengan bencana yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu, 27 daripada mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara JKM di mana keluarga atau waris boleh menemui mereka di situ.

Shahrizat berkata sekiranya mana-mana penghuni terbabit disahkan sebagai anak yatim, pihak kementerian akan mengambil tindakan yang sesuai bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.- Bernama


Di dalam suasana hiba dan menyayat hati ketika ini kenyataan Shahrizat Jalil seperti di atas adalah sungguh tidak sensitif dengan perasaan masyarakat khasnya perasaan keluarga dan sanak saudara mangsa yang terlibat.

Apakah Sharizat ingin nyatakan bahawa rumah anak yatim ini beroperasi secara haram apabila ianya tidak berdaftar dengan JKM? Apakah salah untuk mengadakan kem motivasi dan tahfiz di rumah anak yatim tersebut?

Apakah kerana rumah anak yatim ini tidak berdaftar dengan JKM maka waris mangsa tidak berhak menerima apa-apa bantuan dari JKM?

Tidak pernah sesiapa yang waras akan meminta kejadian bencana sebegini untuk berlaku, apa yang berlaku sudah berlaku dan adalah tanggung jawab semua pihak khasnya pemimpin negara seperti Shahrizat untuk tidak memberi tekanan kepada keluarga yang terlibat.

Hakikatnya kenyataan-kenyataan Shahrizat seperti yang di atas “is uncalled–for” dan tidak kena pada tempat, masa dan ketika. Ketika bencana sebegini sifat kemanusiaan seharusnya mengatasi segala protokol, birokrasi, status dan darjat.

- Mummy Rokiah

7 mangsa dikebumi satu liang lahad


orang ramai memenuhi Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat tempat tujuh jenazah mangsa tanah runtuh disembahyangkan semalam.


hulu langat - Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14 di sini semalam apabila tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa selamat disemadikan dalam satu liang lahad.

Tujuh jenazah daripada 16 mangsa yang terkorban itu ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18, Mohd. Azret Azahari, 8, Wan Ahmad Hashim Hazim, 11, Mohd. Mustakim Mamat, 12, Mohd. Zaim Azahari, 14, Mohd. Imal Fahad, 9, dan Mohd. Hazim Sapri, 10.

Turut disemadikan dalam liang lahad sama ialah sebelah kaki milik Zulkhairi Aminuddin, 13, mangsa yang terselamat dalam tragedi itu. Upacara pengebumian itu selesai pada pukul 3.20 petang.

Terdahulu, kesemua jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zuhur di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14. Lebih 500 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, waris, dan penduduk setempat mulai memenuhi masjid tersebut sejak pukul 10 pagi bagi menunaikan solat jenazah untuk mangsa-mangsa malang itu.

Zaiton Abdullah, 30-an, ibu saudara salah seorang mangsa, Dzahir Haziq ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Zaiton berkata, dia yang menetap di Terengganu terus bergegas ke ibu kota setelah menerima panggilan pada malam kejadian mengenai tragedi menimpa Dzahir Haziq.

"Saya terkilan kerana tidak dapat menatap wajah Dzahir Haziq buat kali terakhir kerana baru sampai ke sini," kata Zaiton yang memberitahu dia menganggap arwah seperti anak kandungnya.

Roslan Osman, 69, yang bertugas secara sukarela di rumah anak yatim itu berkata, rumah tersebut mempunyai 42 orang penghuni yang terdiri daripada empat golongan iaitu anak yatim, yatim piatu, anak-anak fasuki dan anak-anak hidayah.

Bila SETPOL membebel habis 1Kedah dia bidas.. baguih baguih baru UMNO ada akai..

Lamanya Tak posting...macam-macam hal

UUM.

Sejak UUM senyap, saya pun senyap! Tup-tup malam Rabu lepas kawan di SADA telefon, paip UUM dan meletup-letup tak dapat tampung kemasukan air seperti yang diminta, 13 juta liter padu sehari. Bila loji Padang Sanai mula beroperasi pada 15hb, kawasan yang ada masalah dulu banyak dah selesai. Oleh kerana orang-orang besar UUM dan lajak cakap sebelum ini bahawa depa tak ada masalah dari segi infra, yang bermasalah ialah SADA, maka bila paip meletup, cepat-cepat depa kata mantainance biasa saja! Meletup tempat lain kot??! Alah bang...semua orang tau... upgrade lah! Jangan malu-malu! Orang kat luar ni nak senyum saja. tak kata apa-apa pun. lain kali jangan pakai baju UMNO untuk tadbir institusi macam UUM.


Haaaa...jangan tak tau pulak! KPT sudah merayu untuk kurangkan cukai tanah UUM...kan ramai dok kata Kerajaan Pusat tak berduit sekarang ni, terpaksa merayu dari Kerajaan Negeri untuk kos serendah RM1.7 juta... kecik laaa kalau nak banding dengan income dan pertumbuhan yang diwar-warkan... nak syarah apa lagi...bajet 300 juta setahun pun tak cukup nak bayaq cukai tanah. Menteri Pengajian Tinggi tentu kena belasah dalam mesyuarat kebinet nanti...tunggu laaaaa!

FB vs Blog
Banyak juga kawan-kawan komen saya tak aftif di Fb...tempat orang cerita semua hal sekarang ni. Terima kasih lah. Prihatin la tu. Bila mula cerita di Fb, blog pulak terbengkalai...masa ada banyak tu saja...capai satu luruh satu...nasib badan lah. Ramai juga dok tanya bila nak update blog, saya kata blog orang tak tengok dah la ni...semua main fb. Masa fokus blog, orang kata pulak tak aktif fb, media perdana sekarang. Ok, nanti kita cuba dulu...mana yang sempat. Fb generasi Y (mobile), Blog generasi X...outdated! Hah! penin...

Manifesto

Alhamdulillah, laporan penuh manifesto dah siap edit dan update, dah hantar cetak...YB Dato' Amir dah bentang dalam ijtima'. Sehari dua lagi keluarlah di pasaran...Percuma! Ada peningkatan dari mula saya post dlm blog sampai sekarang , percentage pelaksanaan sudah berubah...kalau bagi masa lebih lama...tentu lebih banyak dapat dibuat...tahniah kepada semua yang bertungkus lumus bekerja untuk menunaikan amanah! UMNO? Heh barang sudah tentu depa kondem, peduli apa sangat, itu manifesto kita, kita yang laksana, depa mana tau. Kalau depa tak komen baru kita pakat hairan...kalu hentam gila-gila, laaa...nak pelik apa, memang keja depa....Pembangkang lah katakan!

OPS! Terbaca dalam akhbar tadi Rozai kata pemuda UMNO Kedah, khususnya Pemuda UMNO Pendang kena bersedia menghadapi pembangkang! Aik! Nak lawan sama sendiri ka? Pembangkang di Kedah ni ialah BN...kot mana Rozai boleh silap cakap ni. PAS dah jadi kerajaan...dia tak sedaq lagi paaaa. Patutlah duit yang pinjam untuk buat bangunan UMNO Pendang tak bayaq-bayaq, dia lupa!

Harian PAS Pusat melawat Kedah.


Alhamdulillah, Presiden, Timbalan presiden, Naib-Naib Presiden dan semua pembesar parti dapat dibawa melawat semua tempat yang dijadualkan. Memang nak bawa tengok banyak lagi pencapaian Kedah di bawah PR ni, tapi masa tidak mengizinkan. Dalam masa 2 hari satu malam, Kuala Lumpur dapat melihat dengan jelas apa telah berjaya dibuat di Kedah. Presiden sangat berpuas hati dengan pencapaian Kedah, yang agak kurang diberi publisiti sebelum ini. itu baru 3 tahun...kalau sepenggal lagi, colourfull lah Kedah!

Duit Senggara Jalan JKR di Selangor dan Kedah tak diguna dengan betul - Shaziman Abu Mansor

Apa kata kita tanya negeri-negeri lain, lagu mana depa belanja duit tu? Dato' Phahrolrazi, EXCO yang jaga bab JKR kata lagu mana kerajaan dulu belanja duit tu, lagu tu lah kitapun... sebab apa... Pegawai-pegawai JKR, UPEN, Kewangan yang dok mengurus atoq duit tu pun orang yang sama, guna prosedur kewangan yang sama, tatacara perbelanjaan kewangan yang sama, pekeliling yang sama... dari dulu sampai laaa ni..tak ada arahan untuk ubah apa-apa pun! Pasai apa Selangor dan Kedah saja... awat? ada perubahan yang Kedah dan Selangor tak update ka? Ish!Ish! Musykil! Musykil!

Oh! Rupanya depa nak divert tu dari akaun kerajaan negeri ke akaun lain...Laaa...awat tak habaq terus terang. Berlapik-lapik la pulak Shaziman ni punnn... kalau masuk akaun kerajaan negeri Ketua-ketua Bahagian payah nak atoq projek, nak agih sama-sama depa dan kawan-kawan. Dato' Shaziman! kalau dulu kawan tu yang ada mesin dan alat2 jentera berat buat jalan, la ni pun depa juga la dok buat jalan tu...orang lain tak dan lagi nak beli mesin-mesin mahal tu...jangan takut! Orang PAS tak larat beli stamroll pun... lagipun, stamroll bukan buleh trekta bendang...nak beli buat paaaa...ada menatang berat tu pun, menatang boh tar pulak tak dak, akaun hutang di kuari pun tak dak, tektenoon pun tak dak...orang yang asal2 ada pekakas tu juga la dok buat keja ni.,..bezanya mungkin...tak dak ashoookk kat ketua bahagian! Tu saja..dato' selesai kot lain laaaa...bagi la sikit yang dok taruh tu.

Video Pun Basi

Heran juga! benda besaq, bahan penting, peristiwa sejarah, dan modal paling besar tiba-tiba jadi sunyi dan sepi...tak bermaya. Video seks yang dikatakan melibatkan bakal pemimpin negara Islam tersohor di dunia tiba-tiba senyap! Aik...Heran! mana pi dah tukang-tukang salak dan tukang selak? Dok sibuk rakam adegan yang lain pulak ka? Please make sure....ha ha ha ... perut tak buncit, tetek tak landoq! Jangan sampai tokey hampa naik basi sudah...

PRU-13

Dah tak lama dahhhh!!! Ada kemasukan besar-besar di Kedah, Selangor dan Perak...AWAS! Derih Jusoh jadi pengarah laa ni..dia dah buktikan kejayaan di Terengganu tahun 2004. Mudus operandinya sama. Ada masa lagi niii...cepat cari pi tolong daftar pemilih baru.


Undi POS mansuh...hanya untuk yang sedang bertugas di perbatasan sahaja. yang kerja rutin di kem, yang sedang jadi admin, pegawai-pegawai yang jaga pusat-pusat latihan, pelatih, dok atas kapal yang tak belayar...dah kena undi macam orang awam..Macam mana tu? tak jelas lah SPR. Dulu pun, masa depa mengundi, agen kita tak leh cek nama, boleh tengok kot jauh saja walaupun dibenar masuk ke kem...la ni macam mana pulak? cuba habaq bagi jelas sikit! Jangan pulak mengundi secara awam di kem Sg layar, pi kira di UPU Kota Aur, Sik...punggahhh!


esok cerita lain...........ada banyak lagiiiii..

Muhammad Sanusi Md Nor,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...