TERKINI :

Friday, May 20, 2011

Coretan Isu-Isu Semasa bersama YB Khalid Samad

Coretan Isu-Isu Semasa

http://1.bp.blogspot.com/_YVAO2lzalTI/TEGB02-28jI/AAAAAAAAAhs/Z31UTyPh50Y/s1600/khalid+samad.jpg

Banyaknya isu, sikit sangat masa untuk menjelaskannya semua. Maka dilakukan coretan-coretan dari masa ke semasa. Harap memahami.

SERANGAN TERHADAP DAP
Saya melihat dengan penuh terhibur bagaimana BN berhempas pulas ingin menangani masalah sokongan bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina, terhadap PR. Ini difahami BN sebagai masalah besar bagi mereka. Amat jelas, masyarakat bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina sudah menolak parti-parti Cina dalam BN. Maka untuk kekal sebagai “satu-satunya gabungan yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia”, sebagai dakwaan BN selama ini, satu formula perlu dikenal pasti untuk mendapatkan kembali undi masyarakat Cina. Malangnya, undi masyarakat Cina sudah bersama PR dan kelihatan akan terus bersama PR sehingga PRU ke-13.

Oleh yang demikian, dianggap bahawa punca sokongan masyarakat Cina terhadap PR adalah berpunca dari DAP semata-mata dan untuk menanganinya, DAP perlu dijadikan sasaran. Maka bermulalah serangan terhadap DAP dengan pada mulanya mengistiharkannya sebagai sebuah parti rasis! Tuduhan DAP rasis dimainkan UMNO khususnya untuk lebih kurang dua minggu, bermula semenjak selesainya Pilihan Raya di Sarawak dan apabila dilihat ianya tidak mencapai apa yang diinginkan, berubah pula rentaknya.

Rentak kedua mengejutkan semua, ia itu setelah menyerang dan mengutuk DAP dengan begitu hebat sekali, tiba-tiba berlakunya U-turn yang amat besar apabila UMNO menjemput DAP menyertai BN! Hari itu diajaknya PAS dan MCA membantah, kali ini dijemput pula DAP. Sudah pasti MCA tergeliat dalam diam disebabkan ianya pukulan yang memalukan bagi mereka. Namun apabila DAP menolak, MCA bernafas lega tetapi bermula pula serangan seterusnya terhadap DAP.

Kali ini dikatakan pula DAP bersama Kristian ingin menjadikan Kristian agama rasmi dan melantik seorang PM Kristian. Pelik dan ajaib, bila pula Karpal Singh jadi Kristian? Walhal si Jeff Ooi sendiri bukan seorang Kristian! Tetapi, sepertimana yang telah sedia maklum, UMNO bukannya kisah dengan apa yang dikatakan, samada benar atau sebaliknya, politik mereka sudah jelas politik fitnah dan adu-domba.

Yang terkini, dikatakan pula DAP kommunis! Saya rasa UMNO/BN kena buat keputusan, adakah DAP itu rasis, fundamentalis Kristian atau Kommunis? Namun, yang jelas rakyat boleh membuat kesimpulan bahawa UMNO adalah penipu, dulu kini dan selamanya.

Dalam pada itu, perlu dinyatakan bahawa pada masa ini, dengan penolakan bukan Melayu terhadap BN, hanya PR sahaja yang mampu membentuk kerajaan berbilang kaum yang menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia!

PERANG SALIB DIISTIHAR!
Ada seorang Melayu beragama Islam mengistiharkan ‘perang salib’ ke atas orang Kristian. Ini pun menyebabkan saya tersengih lebar. Apa pula kerja orang Melayu Islam ini mengistiharkan ‘perang salib’? Jelas beliau ingin memperkasakan kejahilan dirinya sendiri. Untuk pengetahuannya dan mereka yang seangkatan dengannya, Perang salib atau dalam Bahasa inggerisnya, Crusade, diistiharkan oleh Pope sebagi peperangan demi kepentingan agama Kristian yang simbolnya adalah salib, maka dinamakan ‘perang salib’! itulah si Melayu Islam ni, kalau duduk diam di rumah, orang tak akan tahu yang awak tak tahu. Sekarang satu dunia tahu bahawa awak tidak tahu apa yang awak katakan!

Orang Islam istihar perang ‘sabilillah’ atau diringkaskan oleh orang Melayu kita, ‘perang sabil’. Bukan ‘perang salib’. Kalau itu pun tidak tahu, saya nasihatkan orang Melayu Islam berkenaan untuk balik rumah dan tidur sahaja, jangan menyusahkan orang lain.

Perang sabilillah ni pula maknanya ‘perang di jalan Allah’. Ianya bertujuan untuk menegakkan Islam demi keadilan untuk semua, iaitu untuk orang Islam dan juga bukan Islam. Ianya bukan untuk menegakkan ‘ketuanan’ satu kaum atas kaum yang lain. Konsep menegakkan ketuanan sesuatu kaum ke atas kaum yang lain ditolak Islam sebagai amalan zaman jahilliyyah kerana sebelum datangnya Islam. itulah yang sibuk dilakukan bangsa Arab jahilliyyah, iaitu perang untuk memenangkan kabilah masing-masing.

Hakikatnya, ummat Islam berjuang untuk menyeru manusia kepada jalan Allah, bukan dengan paksaan tetapi dengan membebaskan manusia dari kongkongan yang dikenakan ke atas mereka oleh pemerintah yang zalim. Kongkongan ini menafikan kebebasan mereka untuk membuat pilihan secara bebas. Setelah kongkongan ditepikan, ditarik minat manusia melalui akhlak yang mulia dan keadilan. Bagaimana kita boleh menarik minat manusia kepada Islam kalau kita hanya mementingkan bangsa kita sendiri dan ingin menegakkan ketuanan satu bangsa ke atas bangsa lain? Akhirnya kita menjadi penghalang kepada manusia datang ke jalan Allah melalui perjuangan kita yang sempit dan songsang! Oleh itu ianya tidak lagi menjadi perjuangan ‘sabilillah’ kerana menghalau manusia dari jalan Allah dan sebaliknya menjadi ‘sabilisSyaitan’ naudzubillah. Itulah sebabnya Rasulullah (SAW) telah menafi sebagai ummat mereka yang berjuang atas dasar Assobiyyah yang ditakrif Baginda sebagai “menyokong kaum kamu atas dasar kezaliman”.

DEMI KUASA PAS SANGGUP KORBANKAN PRINSIP?
Ada yang masih tidak faham dan termakan dengan dakyah BN yang mendakwa PAS telah korban prinsip demi kuasa kerana sanggup berkerjasama dengan DAP dan menolak kerjasama dengan UMNO! Yang termakan dengan dakyah ini memang otak mereka ‘slow’. Saya ingin tanya, kalau PAS gilakan kuasa, tidakkah lebih mudah untuk PAS sekiranya terus berkerjasama sahaja dengan UMNO? Bukankah kalau PAS bersama UMNO dalam BN, PAS akan terus menjadi sebahagian dari pemerintah dan berkuasa?

Maknanya ada yang lebih penting dari sekadar ‘berkuasa’ bagi PAS. Ianya adalah prinsip perjuangan yang ingin terus diusahakan PAS sehingga sanggup menolak tawaran terus berkuasa bersama BN! Kalau masih tidak faham lagi, otaknya bukan sekadar slow, tetapi sudah stop?

Maka sudah pasti ada yang bertanya, apakah prinsip perjuangan yang begitu penting sehingga PAS sanggup menolak tawaran berkuasa bersama BN? Prinsipnya ialah politik bersih dan bertanggung-jawab, bebas dari rasuah, fitnah dan adu-domba. Dan inilah yang dituntut oleh Islam dan ini juga yang dipersetujui sebagai matlamat bersama PR. Kalau bersama UMNO/BN, PAS akan terpalit dengan segala amalan rasuah, fitnah dan adu-domba yang merupakan darah daging UMNO/BN.

PAS MINORITI DALAM PR
Ada satu lagi kenyataan yang sering dikeluarkan mereka yang kononnya ingin sokong PAS, iaitu, “saya nak sokong PAS, tapi PAS minoriti dalam PR”. Bunyinya macam bijak tetapi sebenarnya ianya kurang bijak ; seperti yang mengistiharkan perang salib tadilah!

Hakikatnya kalau masalahnya adalah “PAS minoriti dalam PR” seperti yang didakwa, maka penyelesaiannya adalah memenangkan PAS di kerusi-kerusi yang ditandingi sehingga bertambah kerusi PAS dan PAS tidak menjadi minoriti lagi! Bagaimana masalah ini dapat diselesaikan sekiranya atas alasan itu maka tidak diundi calon PAS? Adakah dengan mengalahkan PAS maka PAS tidak lagi menjadi “minoriti dalam PR”? Sudah pasti tidak! Itulah yang saya sebut tadi, bunyi macam bijak tetapi pada hakikatnya ‘slow’.

Lagipun, kalau dilihat secara objektif, keadaan sebenarnya tidak seperti yang didakwa. Hakikatnya PAS mempunyai 2 Menteri Besar (dulu 3), sedangkan DAP ada 1 dan PKR juga 1. PAS mempunyai jauh lagi banyak kerusi DUN dan memang itulah yang menjadi sasaran PAS pada PRU ke 12 yang lepas. Dari sudut kerusi Parlimen pula, PAS tidak jauh kebelakang bila dibandingkan dengan PKR dan DAP.

Namun digunakan hujjah itu secara rambang. Hakikatnya, bagi Negeri Selangor, insyaAllah UMNO/BN tidak akan mampu memenanginya kembali. Oleh itu, bagi yang ingin PAS tidak menjadi minoriti, maka undilah PAS untuk menggantikan UMNO!

PERBICARAAN DSAI – LIWAT 2
Sememangnya telahpun dijangka, keputusan mahkamah akan menyebelahi pihak Saiful. Ini adalah kerana kekuatan UMNO terletak di ‘tubuh’ Saiful. Sekiranya kesnya ditolak, maka akan terbukti kezaliman UMNO terhadap DSAI selama ini. Dan dengan itu akan terdedah segala pembohongan mereka.

Ini adalah seperti yang didakwa Dato’ Mohd Zin, bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah PDRM yang mendakwa penipuan dan putar-belit dalam kes DSAI akan terpaksa diteruskan demi menutup penipuan pemerintah. Dalam Bahasa Inggeris dikatakan, “one lie leads to another”. Dalam erti kata yang lain, seseorang itu terpaksa terus menipu demi menutup penipuan asal yang dilakukannya.

Bagi saya, ini hanya menambahkan hujjah untuk kita menukar kerajaan, dari BN ke PR. Ini adalah supaya kongkongan ke atas masyarakat dan Negara ditiadakan dan semua boleh bergerak tanpa ugutan atau paksaan dari pihak berkuasa yang ingin menutup kesalahan yang telah mereka lakukan. Negara dirosakkan demi menutup kesalahan mereka, supaya mereka boleh terus berkuasa. Proses kerosakan ini berterusan sejak 1998, sehingga segala institusi keadilan hilang kredibiliti dan kerosakan ini akan diteruskan sehingga punca kerosakan itu diketepikan dan ditiadakan. Iaitu mereka yang berkuasa diganti dan kesalahan mereka didedahkan dan dengan itu penipuan tidak lagi perlu diteruskan.

Saya menjangkakan mereka akan mengulangi skrip yang lama dan memenjarakan DSAI walaupun jelas beliau tidak bersalah dalam kes ini. Mereka tiada pilihan. Pilihan lain bererti mereka akan hilang kuasa dan segala-galanya akan terdedah. Akan turut hilang harta mereka dan kedudukan mereka.

Rakyat perlu menyedari, tiada yang mampu menghalang kezaliman ini selain rakyat itu sendiri. Jangan bersekongkol dengan kezaliman, jangan bersubahat. Bersama kita menolak politik fitnah dan adu-domba, tolak BN.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

UMNO Kata Islam Banyak Versi

Klik pembesaran imej

UMNO semakin hari semakin celaru untuk mengenali apa itu Islam. Semalam portal online, UMNO Online telah mengeluarkan artikel mengenai Islam Barisan Nasional yang dilaungkan oleh Muhyiddin Yassin. Kenyataan tersebut seperti dalam posting semalam. [klik]

Hari ini portal tersebut mengeluarkan artikel Islam versi PAS. Banyak betul versi Islam dalam UMNO. Itulah punca jika tidak memahami konsep yang di bawa oleh Islam. Bila sudah keliru dengan konsep ciptaan sendiri, maka hukum pun entah ke mana.

Akibatnya, Islam Barisan Nasional ini tidak mengetahui apakah itu Islam yang sebenar. Hari ini keluar Islam versi PAS, esok mungkin keluar versi PKR dan lusa lain pula yang keluarnya setelah Islam Hadhari telah dikuburkan bersama orang yang menciptanya.

Jika tidak faham Islam, itulah puncanya wanita-wanita UMNO tidak menutup aurat kerana mengamalkan ajaran Islam Barisan Nasional. Jika betul-betul mengamalkan Islam yang dibawa oleh Rasullulah setelah mendapat utusan dari Allah, ia tidak jadi sebegini.

Mungkin Islam Barisan Nasional membenarkan wanita-wanitanya mendedahkan aurat dan menteri-menterinya makan harta rakyat. Sebab itulah banyak Islam dalam UMNO dan undang -undang Islam Barisan Nasional sentiasa berubah.

Dulu adanya Islam Hadhari. Namun Islam Hadhari tidak mampu bertahan lama kerana perlu dipinda. Hari ini Islam Hadhari sudah mati maka wujudnya Islam Barisan Nasional ciptaan Muhyiddin Yassin. Punca banyak Islamlah BN mahu kawin dengan PAS tempoh hari.

Peliknya, sudahlah jahil tentang Islam tapi UMNO mahu tunjuk bongkak dengan kejahilan yang ada pada mereka. Tengah kecoh dengan pelbagai isu dan serangan balas dari UMNO terhadap PAS, tiba-tiba UMNO mahu ajak PAS bergabung.

Seakan-akan UMNO sudah gila meroyan dan gila talak mahu bersatu dengan PAS. Tidak sedarkah UMNO suatu ketika dahulu bahawa telah jadikan PAS habuan mereka. Maka dengan ini berhati-hatilah rakyat tentang Islam Barisan Nasional ini.

Menjawab Hujah blogger UMNO yang bangang..!!

Mid Panah jawab Tok Pauh

Sebelum Mid Panah nak panah blogger UMNO Be End ni, elok kalau anda semua membaca tulisan Toh Pauh yang Kedah La siarkan sebelum ni di bawah tajuk Kita siar dulu artikel depa, lepas ni kita godam sampai terhunjuq.

Tajuk tu Tok Senapi yang letak, lepas dia buat tajuk dia hubungi Mid suruh jawab. Mokalu takat nak godam tu tarak masalah, tapi sampai terhunjuq kesian pulak kat depa. Depa takdak kita nak lawan dengan sapa pulak.

1. Kononnya, Ustaz Azizan nak terus paksa UUM bayar cukai pada kadar tertinggi dalam sejarah.


Tok Pauh tak sebut pulak, sejarah mana satu; sejarah Kedah moden, sejarah Kedah zaman Merong Mahawangsa atau sejarah 1Malaysia? Kadar cukai tanah di UUM ialah RM0.20 semeter persegi, nak habaq kata rendah mungkin depa tak faham. Elok buat perbandingan ; Unimaps Perlis RM0.50 semeter persegi, USM RM2.58 s.m.p., UiTM Merbok RM0.55 s.m.p. Cakap banyak tak mau, Mid nak cabar Tok Pauh cari kadar cukai tanah IPTA di Utara Malaysia (Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak,+ KL, Selangor sekalilah) yang lebih murah dari UUM, kalau jumpa bawak mai bukti, Mid nak potong lan*** sekali lagi.

2. Kononnya Ustaz Azizan baru sedar dari mimpi bahawa mentadbir negeri bukanlah berkenaan membelanjakan wang, tetapi lebih penting bagaimana mencari wang untuk meneruskan "kehidupan" kerajaan itu sendiri.

Ustaz Azizan bukan baru sedaq Tok Pauh woi, dia sedaq sebelum menjejak kaki ke pejabat Menteri Besar lagi. Yang tak sedaq ialah BN masa berkuasa di Kedah dulu, mana reti cari duit sendiri. Tak dak duit minta pusat, habis duit minta pusat… akibatnya bila PAS ambilalih kerajaan hutang negeri terhadap Pusat yang ditinggalkan ialah RM2.3 Billion! Memang depa ‘pandai’ cari duit iaitu pi ambik dekat along di Pusat, hutang tu nak kena bayaq. La ni, kerajaan yang ada terpaksa berhempas pulas cari duit bayaq hutang.

3. Kononnya Ustaz Azizan ingat, bila jadi MB, duit akan mai ketuk pintu wisma, dan tanya almari mana nak masuk duduk sementara Ustaz fikir macam-mana cara nak belanja. Itulah tahap kecerdikan pemimpin PAS, penyokong PAS.

Itu bukan ‘tahap kecerdikan pemimpin PAS’ Tok Pauh woi, tu tahap kecerdikan hang bohong dan putaq pusin kepala rakyat. Sebab PAS sedar duit kena cari, bukan tadah tempurung kat Pusat macam BN dulu maka MB perkenalkan dasar perbelanjaan berhemah dan sifar rasuah. Belanja ikut kerperluan bukan kehendak nafsu macam masa BN dulu. Hasilnya, selepas 3 tahun PAS perintah, kali pertama dalam sejarah pada penghujung 2010 terdapat lebihan RM19 juta menjangkaui defisit!

Tidak pernah terjadi sepanjang 3 tahun PAS mentadbir, SUK pi panjat tangga Putrajaya minta pinjam duit Pusat nak bayar gaji, Alhamdulillah. Tapi masa BN dulu pi tadah tempurung kat Putrajaya tu dah lumrah.

4. Kononnya, masa Ustaz Azizan beli Camry sampai berpuluh buah untuk anak buahnya, Ustaz tak sedar bahawa duit boleh habis kalau asyik guna, tapi tak dicari.

Berpuluh buah tu berapa buah? 70,80,90 pun berpuluh juga. Tok Pauh sebut tu betul tapi dia spin; yang tepatnya ialah cuma 10 buah. Ia menggantikan kereta-kereta Perdana yang asyik rosak. Daripada nak repair kereta tu tak sudah-sudah sampai kerja pun banyak tergendala, duit pula keluar banyak, maka lebih ekonomik jika beli baru. Jumlah duit beli semua kereta tu jauh lebih kecil berbanding RM7.5 juta duit STDC yang UMNO songlap untuk parti depa.

5. Kononnya, Ustaz hantar 50 KCS pergi makan angin lawatan sambil enjoy ke bumi Australia…

Masa BN perintah dulu KCS depa jadikan ‘budak suruhan pejabat UMNO’ arah buat kerja macam-macam untuk lawan PAS. La ni, bila KCS duduk bawah tauke lain, siang malam depa kutuk KCS. KCS senang bersama kerajaan Ustaz Azizan bukan kerana mereka dah masuk PAS tapi kerana mereka boleh bekerja secara professional untuk rakyat tanpa ‘arahan politik’.

MB ada peruntukan khas sebagai ketua kerajaan tapi duit tu dia tak guna untuk urusan peribadi (contohnya beli pesawat peribadi.. ehemm ehemm). Dia simpan dalam akaun pelaburan, dapat untung duit tulah diguna untuk bawa KCS pi ‘enjoy’ tu.. (Mentality UMNO, asal pi luar negeri enjoy..) Bukan dia ghebiah duit kerajaan atau duit GLC macam depa dulu.

6. Kononnya, YB Dato' Ir Amiruddin punya lawatan berkala ke Australia yang tak kunjung jemu.

Mid nak cabar Tok Pauh dedahkan senarai perjalanan berkala sepanjang tiga tahun Dato’ Amir ke Ostolia tu. Kalau boleh sertakan bukti tiket kapai terbang sekali, lepas tu kita compare dengan rekod sebenar perjalanan beliau yang ada di tangan Mid ni. Kita tengok sapa muhong, kalau Tok Pauh rasa rekod dia betoi pilah buat sumpah laknat kat mana-mana masjid ikut ajaran sesat UMNO tu.

7. Kononnya, Kerajaan Negeri kini sudah sengkek sampai ke tahap elaun tetap "beberapa kelompok" pentadbiran pun sudah dipotong, dan hanya akan dibayar mengikut bilangan mesyuarat yang dihadiri sahaja.

Awat yang sebut “beberapa kelompok”, nyatakan dengan tepat kelompok mana. Mid pi Tanya dekat Bhg Kewangan depa pun garu kepala, takdak arahan mahupun pekeliling bahkan tiada pemotongan. Nak putaq pusin pun kena buat homework jugak, nanti nampak tak cerdik. (Bab homework pi belajar kat Mat Panah).

8. Tunggu pendedahan dari Kedahtimes tindakan ala rejim Israel yang dijalankan ke atas rakyat untuk membayar Camry, melancong dan disalurkan kepada organisasi politik PAS bagi mengekal kuasa dalam PRU-13 akan datang. Pembiayaan Kempen PRU dengan wang rakyat oleh Parti Islam.

Haktu yang Mid Panah dok tunggu sangat… silakan buat pendedahan. Sebelum buat pendedahan respond la balik jawapan yang Mid huraikan di atas dulu. Lagi panjang polemik kita lagi bagus, biag bertambah-tambah hits blog Kedah La.

Cukup dulu round pertama ni Tok Pauh. Terkasar bahasa minta maoh noo Tok jangan kecik ati.. bekelai lagu mana pun, kita pakat pakat nak pi sana belaka.

nie apa yg blogger tu tulis..hg pa baca sendiri laa : Kita siar dulu artikel depa, lepas ni kita godam sampai terhunjuq

[Video] Najib Karut.. Malaysia Slogan Tipu.. Opss bukan kami kata tapi Pak Cik nie yang kata..!!

Dalang Disebalik Bank Muamalat Kena Bergabung...

http://kijang59.blogspot.com


CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan (GLC) dan Datuk Nazir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB. Bank Muamalat pula ialah bank yang hampir mengalami kerugian dan gagal untuk diselamatkan memandangkan Bank Muamalat di bawah CIMB.

Keadaan Bank Muamalat seperti biawak hidup cuba diselamatkan dengan mencadangkan Bank Islam membelinya untuk pergabunggang adalah tindakan menyelamatkan kroni milik Datuk Nazir tersebut. Jika Bank Islam membelinya, maka berapa banyak aliran tunai duit rakyat akan mengalir?

BIMB adalah anak syarikat BIMB Holding Bhd yang mana Tabung Haji memegang saham terbesar dengan 51 peratus kepentingan dalam BIMB Holding Bhd.

BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB.

Kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi.

PAS yakin pertahan Kedah, kata Hadi

BUKIT KAYU HITAM, 19 Mei — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau yakin parti itu akan terus menguasai Kedah pada pilihan raya umum akan datang kerana ia telah mentadbir negeri itu dengan cemerlang sejak pilihan raya umum lalu.

Hadi berkata, walaupun tidak sampai satu penggal memerintah, banyak perkara dilaksanakan oleh kepimpinan PAS di Kedah untuk rakyat seperti menurunkan kadar kemiskinan dan membayar hutang kerajaan pusat.

“Insya-Allah kita akan dapat mempertahankan Kedah dan harap tidak menjadi macam Terengganu pada 2004,” katanya merujuk kepada pemerintahan PAS hanya untuk satu penggal di Terengganu sebelum Barisan Nasional memenangi semula negeri itu.

Dipetik Bernama Online, Hadi berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan PAS Kedah bahawa ia telah menunaikan 80 peratus daripada janji dalam manifesto parti itu pada pilihan raya umum yang lepas.

Beliau berkata kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 adalah kerana Suruhanjaya Pilihan Raya memindahkan pengundi secara besar-besaran.

Hadi juga mendakwa SPR melakukan pemindahan pengundi secara besar-besaran di Kedah dan Selangor untuk memenangkan BN di kedua-dua negeri itu menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata muktamar PAS ke-57 pada 3 hingga 5 Jun ini akan menyentuh persiapan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Pemilihan pada muktamar kali ini akan dapat memperkemas dan membersihkan parti dan menguatkan jentera pilihan raya,” katanya beliau dalam laporan itu.

Melayu Kedah hanya masuk angin keluar asap

Hasil dari lawatan kerja PM DS Najib ke New York beliau telah berjaya menyakinkan pelabur AS untuk membawa mereka melabur di negara ini. Ini lah bukti kewibawaan kepimpinan beliau.

Dijangkakan beberapa firma multinasional Amerika Syarikat akan melabur antara AS$5 bilion dan AS$6 bilion di Malaysia dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang.

Motorola sahaja akan melabur kira-kira RM4billion di Pulau Pinang dengan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Global di kilangnya di Pulau Pinang bagi menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelanggan di seluruh Asia Pasifik.

Ini membuktikan kejayaan besar lawatan ini adalah untuk rakyat DAP Pulau Pinang. Kerajaan PAS Negeri Kedah ternyata melopong kerana politik Melayu Kedah baik UMNO dan PAS hanya pandai berpolitik tetapi tidak pandai menarik pelabur.

Kerajaan Negeri Kedah seharusnya turut serta dalam rombongan dagang bersama DS Najib ke New York untuk menarik pelabur ke Kulim Hi Tech.

Jika tidak mahu membawa pemimpin PAS sekali pun, DS Najib boleh membawa Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Paduka Bashah Abu Hanifah kerana Datuk Bashah dilihat bakal menjadi MB jika BN menawan Kedah.

Mungkin Datuk Bashah tidak pandai berbahasa Inggeris kerana terpaksa mengulangi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sebanyak tiga kali, tetapi beliau boleh membawa bersama Kamus Oxford sebagai rujukan semasa berinteraksi dengan Steve Job atau Bill Gates.

Paling tidak pun soalan yang mudah untuk beliau tanya Steve Job ialah “How do you do? Ayam patuk itik sudu”.

Hakikatnya Cina Pulau Pinang akan terus ‘flourish’ serta makmur seperti Singapura manakala Melayu di Kedah hanyalah masuk angin keluar asap.

Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib

http://2.bp.blogspot.com/-GXuWRBS4SMM/TdUoSccB-uI/AAAAAAAAgKM/DlEnxPyu-aw/s1600/send-300x225.jpg
KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib, adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

Ulasan GB

GB sudah katakan dahulu bahawa Najib adalah Abu Lahab dan Qarun moden. Beliau menggunakan harta kekeayaan untuk berkuasa dan mempertahankan kuasanya. Baginya segala-gala boleh dilakukan dengan permainan wang ringgit. Beli MP & ADUN, tak kira berapa juta belanjanya asalkan PR tumbang. Rasuahkan berapa banyak pun asalkan UMNO BN menang.

Beliau tidak bimbang sebab beliau dikitari dengan 19 Little Napoleon seperti pendedahan Wikileaks di atas.

GreenBoc

Nyawa UMNO hanya pelaga Isu Agama & Kaum.. Jika bab nak tolong rakyat depa dah semput..!!

Agama dan kaum – Senjata ampuh UMNO menghadapi kebangkitan rakyat?

Oleh Dr.Syed azman Syed ahmad

Saya merujuk laporan Utusan Malaysia minggu lepas dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?' kenyataan ini adalah jelas cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan laporan ini bertujuan membakar semangat orang Melayu-Islam berhubung isu 'negara Kristian' dan melambangkan satu bentuk pemberitaan yang sangat tidak beramanah serta boleh memecah-belahkan masyarakat berbilang agama dan kaum di negara kita.

Akhbar Utusan Malaysia yang kini menjadi lidah resmi UMNO, telah melaporkan dakwaan bahawa pemimpin Kristian sedang berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara. Dibuat dalam bentuk penafian, akhbar milik Umno itu turut melaporkan bahawa telah ada agenda tersembunyi untuk menlantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama Kristian. Laporan ini jelas cukup bahaya dan boleh memporak-perandakan keamanan yang sedia ada dalam negara.

Ya, ramai di kalangan pengkaji politik beranggapan bahawa bagi memahami kedudukan sebenar politik Malaysia adalah amat mustahak mereka mendalami ‘komposisi kaum’ yang ada. Kaum-kaum yang ada pula mempunyai perkaitan rapat dengan agama yang mereka anuti. Bangsa Melayu dihubungkaitkan secara langsung dengan agama Islam, Cina dengan Buddha dan Kristian dan India pula dengan agama Hindu.

Memang benar faktur ‘kaum’ dan ‘agama’ amat sensitif di kalangan penduduk berbilang bangsa di negara ini. Malahan mengkritik polisi-polisi tertentu terutamanya mengenai hak istimewa bumiputera Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama resmi negara serta kedudukan raja-raja Melayu adalah dianggap sebagai ‘seditious’ dan boleh diseret ke mahkamah.

Isu ‘kaum’ dan ‘agama’ ini jugalah yang telah berpuluh-puluh tahun menjadi senjata ampuh Umno-BN terutamanya setiap kali menjelang pilihanraya diadakan di negara ini. Rakyat cuba diberikan keyakinan bahawa hanya gabungan Umno-BN sahajalah yang ‘viable’ (berkemampuan) dan dapat menjamin kemajuan dan kemakmuran masa depan rakyat berbilang kaum di negara ini. Parti-parti pembangkang digambarkan sebagai ‘tidak toleransi dan terlalu ekstrimis’.

Malahan mereka juga digembar-gemburkankan akan membawa kepada kehancuran dan perpecahan kaum di negara ini. Sejak sekian lama di kalangan rakyat Malaysia telah diletakkan gambaran bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mungkin akan berjaya bersatu membentuk satu gabungan yang kuat bagi menghadapi kerajaan Umno-BN.

Dalam hal ini, Pas dan DAP sentiasa menjadi sasaran ‘perang saraf perkauman dan agama’. Media massa arus perdana pula akan sentiasa memberi gambaran bahawa kedua-dua parti ini tidak mungkin akan berjaya bergabung dan kalau ada gabungan pun ia tidak akan kekal lama kerana ia adalah lebih berbentuk ‘perkahwinan sementara’.

Gambaran umum yang memisahkan kedua-dua parti tersebut di bentuk sebegitu rupa sejak berpuluh-puluh tahun sehinggakan ianya mewujudkan ‘fear’ (ketakutan) di kalangan rakyat. Kedua-dua parti ini dipisahkan dalam dua ‘diametric’ yang terpenting iaitu;

a. Pas digambarkan di kalangan masyarakat Cina sebagai sebuah parti ekstrimis yang memperjuangakan konsep ‘Negara Islam’ yang akan membawa kepada perlaksanaan undang-undang ‘Hudud’ yang kejam dan zalim. Di bawah pemerintahan Pas, rakyat berbangsa Cina akan didiskriminasi serta ditindas. Hak serta budaya kaum Cina akan dihapuskan oleh pemerintahan Pas.

b. DAP pula di gambarkan di kalangan masyarakat Melayu sebagai sebuah parti ‘chauvinistic Cina’ yang begitu tebal memperjuangkan hak serta kepentingan orang-orang Cina sehingga ia boleh menggugat kepentingan bangsa Melayu. Hak serta kepentingan politik orang-orang Melayu juga akan di hapuskan oleh parti tersebut sekiranya mereka memerintah.

Namun tembok ’kaum dan agama’ ini telah berjaya di pecahkan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Masyarakat Cina kini tidak lagi ’takut’ dengan Pas walaupun cuba diapi-apikan oleh komponen BN, Gerakan dan MCA. Namun sesetengah kalangan masyarakat Melayu, DAP masih di lihat sebagai parti Cina yang cukup berbahaya. Dan sentiimen inilah yang sedang diapi-apikan oleh Umno kepada masyarakat Melayu sehingga pelbagai isu kaum dan agama terus dihidangkan kepada mereka.

Apa yang sedang di lakukan pleh media Umno ini adalah permainan politik orang yang terdesak dan dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira implikasi buruk kepada negara. Ini di tambah pula apabila Pas dan DAP kini berada dalam gabungan ’Pakatan rakyat’. Inilah yang amat menggerunkan Umno bagi menghadapi Pilihan raya ke-13 kelak.

Bagi saya, pemberitaan dengan memainkan sentimen agama dan kaum yang sempit ini bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutama dikalangan orang Melayu beragama Islam. Negara boleh hancur dengan permainan politik yang amat merbahaya ini terutamanya dengan corak pemberitaan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab oleh media dokongan Umno-BN!.

CERIN BULU ROMA AKU : HANGPA PEJUANG???

DULI YANG MAHA RAJA LAWAK


Umno bukan saja parti lucah dan pembohong malah umno juga pandai buat lawak bila depa mengaku umno adalah pewaris kepada perjuangan Tok Janggut. Kah kah kah

Tok Janggut berjuang menentang penjajah British tapi umno pulak bersekutu dengan penjajah British menentang perjuangan kemerdekaan.

Kah kah kah..Oii umno patut padan la nak buat lawak pun. Hangpa tu barua british yang anti ulama' dan Islam tapi Tok Janggut seorang ulama yang anti British... kah kah kah.

Aku cadangkan pada umno hangpa sembang bab lucah sudah la toksak dok buat lawak aku tak tahan nak gelak kah kah kah kah..

KES MENTERI ROGOL AMAH

Mengapa polis umporno tak hadir

Polis diminta memberi penjelasan dan tujuan sebenar mereka mendapatkan keterangan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez, berhubung kes rogol pembantu rumah yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet tidak lama dahulu.

Ia berikutan tindakan pihak berkuasa itu untuk menyiasat Irene kerana mengulang siar kenyataan sebuah NGO pekerja Indonesia, Migrain care yang pertama sekali menimbulkan dakwaan itu.

Peguam, Latheefa Koya berkata, dakwaan polis mengatakan Tenaganita membuat tohmahan adalah tidak benar kerana polis seharusnya mengikut prosedur siasatan dengan memanggil mangsa dan pelaku jenayah tersebut.

"Mangsa dan individu yang didakwa melakukan jenayah tersebut tidak dipanggil atau disiasat. Justeru, mengatakan Tenaganita melakukan tohmah adalah salah.

"Macam mana mereka kata perkara itu tohmah? Bagaimana kalau mangsa tidak bercakap atau diugut? Apakah jika mangsa berdiam diri bermakna kes telah selesai?

"Persoalannya, atas sebab apa Irene disiasat? Adakah mereka mahu siasat tentang kenyataan Migrant Care atau siasat tentang kes rogol itu?," soal Latheefa yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN.

Dalam surat yang dihantar pada 12 Mei kepada Irene, beliau dimaklumkan bahawa Peguam Negara telah mengarahkan polis bagi mendapatkan keterangannya berhubung isu itu.

Bagaimana pun Irene berkata, pihak polis tidak hadir ke pejabat Tenaganita hari ini untuk bertemunya pada jam 3 petang seperti yang dijadualkan, selepas menunggu selama kira-kira sejam.

"Kami tidak jelas dengan motif siasatan ini. Sekiranya apa yang didakwa sebagai tohmahan oleh kami, adalah lebih baik sekiranya polis mendapatkan maklumat dari Migrant Care yang merupakan pemilik asal kenyataan itu," kata Irene.

"Tambahan pula, dakwaan bahawa Tenaganita menyiar semula pada 26 Disember 2010 adalah tidak benar. Pada tarikh itu, semua kaki tangan Tenaganita bercuti, sehari selepas sambutan Krismas tahun lalu," kata Irene kepada Keadilandaily.com.

Sementara itu, Keadilandaily cuba menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Ampang, Norfirdawati Othman bagi mendapatkan respon berhubung pembatalan siasatan, hari ini.

Norhayati yang merupakan pegawai penyiasat kes memberitahu, pihaknya tidak dimaklumkan oleh pihak Tenaganita berkenaan masa pertemuan.

"Dia tak 'fix' (tetapkan) waktu," jawab Norfirdawati sambil menambah bahawa dia tidak dapat memaklumkan tarikh baru bagi sesi pertemuan berikutnya.

"Ini kes 'high profile'. Saya tak boleh maklumkan sebab kena maklumkan pada 'OC' dahulu. (Ketua Daerah Polis). Kita kena ikut prosedur. Saya tak boleh bagi apa-apa komen," kata Norfirdawati.

Kes ini menjadi isu hangat di media Indonesia, termasuk desakan pertubuhan hak asasi dan buruh di negara itu yang menuntut supaya pelaku tersebut- yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet di Malaysia, disiasat dan dihukum - KeadilanDaily

Sharpshooter - alahai polis apco..nak lengkap siasatan tentang laporan yang dibuat oleh Chegubard Pengerusi SAMM di N9 ke?

Yang pasti hingga ke hari ini tiada hasil laporan siasatan polis apco terhadap laporan yang dibuat oleh Chegubard tiba-tiba yang ada saman pak menteri terhadap sharpshooter..hahaha.. 4 Julai di Mahkamah Jalan Duta pak menteri vs Sharpshooter..jumpa di sana..

Jangan risau pak menteri..kita tak suruh sumpah laknat macam hukum umporno..hahaha..

Azizan terima surat tawaran


KUALA KETIL - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan sudah menerima surat tawaran pencalonan pemilihan semalam, namun belum memutuskan untuk bertanding bagi mana-mana jawatan yang dikaitkan dengannya, sama ada Timbalan atau Naib Presiden.

Katanya, surat daripada Jawatankuasa Pemilihan itu memaklumkan mengenai pencalonannya dalam pemilihan parti itu bagi merebut dua jawatan tinggi parti.

“Saya belum putuskan lagi sama ada mahu bertanding jawatan Timbalan atau Naib, kenalah lihat kesesuaian berdasarkan beberapa faktor dalaman dan luaran,” katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau masih mempunyai banyak masa untuk memikirkan mengenai perkara itu kerana tarikh akhir untuk menyerahkan keputusan pada Jawatankuasa Pemilihan ialah pada 26 Mei ini.

“Bila tiba masanya saya akan umumkan,” katanya.

Mengulas mengenai enam calon yang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden, Azizan berkata, walaupun setakat kelmarin, enam calon disahkan layak merebut jawatan terbabit, namun kebiasaannya akan ada calon yang menarik diri di saat akhir.

“Calon memang ramai sekarang, nanti bila sudah hampir dengan pemilihan, pasti jumlah calon berkurangan, mungkin ada yang tarik diri atau sebagainya. Saya sendiri juga perlu lihat kemampuan saya dan kesesuaian jawatan yang ditandingi,” katanya.

Azizan berkata, yang paling penting ialah calon berkenaan mampu menjadi pembantu terbaik kepada Presiden untuk menerajui parti.

Org UMNO jangan tengok kartun ni, Kot gagap sat gii..

Buktii..Statistik Sokongan Rakyat Kepada Umno..Menggerunkan PR...


klik berapa kali lu orang mahu..utk kasi besar...

Kalau la ayat tu keluaq dari mulut bang MD SABU??

Fuhh..Ibrahim Akan Teruskan Jihad..Pak Polisi Buat Bodoh ke..??

Kesediaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali melancarkan perang jihad ke atas komuniti Kristian mendatangkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, beliau menyerahkan kepada polis menyiasat laporan dibuat ke atasnya.

“Saya tidak mahu layan semua serangan itu. Biar polis jalankan tugas mereka jika saya bersalah.

“Tetapi saya akan terus berjihad mempertahankan kedaulatan Islam, hak pribumi serta kedudukan raja-raja Melayu walau apa pun terjadi,” katanya kepada Sinar Harian.

Sejak Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyatakan kesediaan melancarkan perang jihad itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan beliau kerana didakwa mencetuskan keadaan tidak aman dalam negara.

Selain itu, terdapat sesetengah pihak mendesak Ibrahim ditahan mengikut Seksyen 4 Akta Darurat kerana keluarkan kenyataan tidak sepatutnya.

Ibrahim berkata, beliau tidak mahu mengendahkan gesaan itu sebaliknya mahu pihak terbabit sedar dengan apa mereka katakan.

Menurutnya, kata-kata diucapkan tidak berbangkit kerana negara sudah aman lebih 50 tahun kecuali tragedi pahit 13 Mei 1969.

“Jika ada pihak terus mencabar dan membuat tuntutan bercanggah dengan Fasal 152 (2) dan Fasal 153 (Perlembagaan Persekutuan), saya akan bangkit.

“Perkara itu telah terjadi, apabila banyak gambar tidak sepatutnya (disiarkan) hingga menghina Islam dan menyentuh sensitiviti orang Melayu,” katanya.

Pihak berkenaan, menurutnya, melakukan pelbagai cara tanpa rasa bersalah dan disebabkan itu mereka tidak patut melenting apabila perbuatan mereka disanggah

PEKIDA:SAMPAI BILA HANGPA NAK JADI LAGU NI?

PEKIDA CEKEK DARAH PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA?

(klik untuk besarkan)

Untuk makluman sebelum ini memang para peniaga di wajibkan membeli Kanopy dengan Persatuan aka PEKIDA dengan kadar harga RM450 satu unit kanopy 8x8. Walaupun terdapat rungutan mengenai harga yang terlalu mahal namun para peniaga membayar RM450 kepada Pihak persatuan kerana tidak mahu di panjangkan kepada pihak yang berkenaan.

Namun kali ini berbeza apabila para peniaga merasakan tindakan Persatuan yang mengurus bazar Uptown Danau Kota keterlaluan dan sungguh KEJAM sama sekali.

Bayangkan harga sebelum ini yang di jual persatuan Penjaja dengan harga RM450 sebulan telah di naikkan dengan kadar harga RM650 seunit Kanopy. Alasan yang di berikan kali ini adalah kerana Kanopy yang baru ini berukuran 8x12 kaki.

Lebih memeranjatkan Paksaan di lakukan kepada para peniaga dengan menyatakan Jika peniaga tidak membeli kanopy yang di jual persatuan maka para peniaga yang tidak membeli itu TIDAK BOLEH MENJALANKAN PERNIAGAAN.

Hebat benar kah Persatuan '******'? Persatuan Penjaja Peniaga MELAYU? Ini bukan lagi Membantu Melayu sebaliknya MENINDAS para peniaga di Uptown Danau Kota yang 99% adalah peniaga Melayu.

Mohon DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan Menghalang dari Penindasan yang cuba di lakukan oleh pihak Persatuan kepada para peniaga Uptown Danau Kota dan kita juga minta pihak DBKL menyiasat mengapa begitu tinggi harga yang di kenakan ke atas Kanopy bersaiz 8x12 kaki yang mana sedangkan di pasaran harganya tidak sampai RM300.
JANGAN BEBANKAN RAKYAT, PARA PENIAGA PUN RAKYAT JUGA JANGAN AMBIL KESEMPATAN DENGAN MENGHISAP DARAH PARA PENIAGA YANG KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG.

Selamatkan MerdekaReview!

Meskipun MerdekaReview hanya membuka edisi bahasa Malaysianya pada Julai 2009, namun pada hakikatnya MerdekaReview telah wujud sejak Ogos 2005 dengan edisi bahasa Cina. Dengan kata lain, MerdekaReview telah beroperasi untuk lima tahun, dan bakal menyambut ulangtahun keenam pada Ogos yang akan datang. Malah, semangat pasukan kami semakin berkobar-kobar untuk menghadapi PRU ke-13.

Namun demikian, pasukan editorial MerdekaReview dimaklumkan pada saat-saat ini, bahawa penaja-penaja tidak akan lagi menyuntik dana untuk melanjutkan hayat MerdekaReview. Ketua Pegawai Eksekutif MerdekaReview, Ngeow Yin Ngee telah cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan suntikan dana, namun gagal. Maknanya, MerdekaReview terpaksa menamatkan operasinya pada 31 Mei 2011.

Hampir enam tahun MerdekaReview mencurahkan usaha untuk membangunkan media internet, dan kami enggan akur dan pasrah begitu sahaja. Kami mengharungi segala rintangan dan cabaran, termasuk halangan untuk membuat liputan kerana tidak diberi pass media, kami pernah diserang hacker, ditohmah dan dilontar pelbagai tuduhan dan sebagainya. Dan kami tetap berjaya mengharungi segala-galanya!

Menjelang ulangtahun keenam, bilangan pembaca kami semakin melonjak, dan pasukan editorial kami disertai wartawan baru. Kami menubuhkan edisi bahasa Malaysia dua tahun lalu, sungguhpun pada skala yang kecil, namun dengan tenaga manusia yang terbatas, kami cuba sedaya-upaya untuk menyajikan liputan berita mahupun analisa yang tajam dan pedas. Pada masa yang sama, bahagian pengiklanan kami juga memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan.

Kami tidak sanggup melihat usaha enam tahun ini dikebumikan dalam sejarah. Kami masih menaruh harapan untuk terus berada di gelanggang media, dalam senario politik yang semakin mencabar pada hari ini.

Tulisan kami mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak, malah barangkali semua pihak - khususnya pemerintah dan pembangkang yang menganggap kami sebagai lidah musuh, apabila kritikan dilontarkan kepada mereka. Kami sedar bahawa ia sesuatu yang sukar untuk "berkecuali", dan mengetengahkan pandangan yang melangkaui kepentingan kepartian. Namun itulah idealisme kami untuk mengkritik atas prinsip dan kebaikan masyarakat keseluruhannya.

Namun kami yakin, bahawa usaha ini akan mendapat restu daripada pembaca, kalau bukan semua. Kami akan terus mendedahkan kebenaran, berjuang untuk kebebasan media, dan mengkritik segala pencabulan terhadap hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi.

Kami membuat cubaan terakhir, dan mendoakan cahaya harapan di penghujungnya. Selamatkanlah MerdekaReview!

Kami memerlukan kos perbelanjaan kira-kira RM60,000 sebulan untuk mengekalkan skala operasi yang sedia ada. Kami merayu agar pembaca:

Anda boleh derma melalui akaun bank berikut:

Hong Leong Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No akaun: 04001025891)
EON Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No.akaun: 0595110002973)
Maybank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No. akaun: 514440123099)

Daripada: Chang Teck Peng, Chan Wei See, Lim Hong Siang, Chen Shaua Fui, Neo Chee Hua, Chan Kim Ming, Ong Vic Kee, Leong Khong, Saw Siow Feng, Jerry Kwan, Heng Sai Cheng

Bukti SB kempen politik untuk Umno, kutuk PAS, Anwar

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Baru-baru ini kira-kira 800 nelayan di sekitar Daerah Kuala Muda dipanggil oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk menerima bantuan sara diri RM200 sebulan di MRSM Merbok. Himpunan seperti itu adalah perkara biasa, di mana sebelum menerima bantuan para nelayan tersebut akan dihidangkan dengan ceramah pemimpin-pemimpin politik BN. Duit yang disumbangkan oleh nelayan itu digambarkan seolah-olah duit yang diambil dari tabung Umno.

Namun himpunan nelayan kali ini ada kelainannya di mana salah satu slot yang dihidangkan ialah ceramah yang kononnya berhubung isu-isu keselamatan negara.

Penceramahnya ialah Supt. Mohamad Nadzri Mat Isa, Unit Cawangan Khas Bukit Aman.

Di atas pentas itu dia membelasah Anwar, KeADILan, DAP dan PAS habis-habisan dengan ‘bahan-bahan bukti’ audio visual yang turut dipersembahkan.

Ceramahnya seratus peratus adalah propaganda politik untuk memburukkan Pakatan Rakyat di samping mempertahankan kerajaan BN.

Apa sebenarnya yang sudah berlaku pada Polis Di-Raja Malaysia (PDRM)? Mereka tanpa segan silu mendedahkan diri secara terbuka terbabit dalam kempen politik BN.

Sebelum ini Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali menuntut penjelasan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung isu yang sama, iaitu polis dipergunakan untuk berkempen bagi pihak BN.

Beliau merujuk kepada tindakan Datuk Abdul Rahman Ismail dari Cawangan Khas yang memperalat Pejabat Pelajaran Daerah Bachok bagi menyebarkan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Azmin, ia dibuat pada 19 Februari 2011 dalam program ‘Seminar Isu-isu Keselamatan Negara Masa kini’ di dewan Seri Bentara, Sekolah Menengah Beris Panchor yang melibatkan penyertaan 2,000 warga pendidik seluruh Kelanatan.

“Seminar itu bukan mengenai keselamatan negara tetapi mengupas isu video seks dan tragedi Memali.

“Apakah jaminan Ketua Polis Negara untuk mempastikan institusi polis berwibawa menjaga keselamatan negara jika mereka sendiri terlibat dengan agenda politik UMNO BN, jawab dengan jujur,” desak Azmin.

Jawapan tidak diberi, Ketua Polis Negara menyepi, sebaliknya Cawangan Khas terus bermaharajalela menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk BN.

Selama ini PDRM hanya dilihat berat sebelah; bertindak pantas terhadap himpunan anjuran PR dan ‘memberi laluan’ kepada program anjuran BN. Dalam demokrasi ala Malaysia, semua instrument kerajaan dipergunakan.

Bukan sahaja polis tetapi SPRM, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Penerangan dan hampir kesemua Kementerian digunakan untuk agenda politik BN. Tetapi PDRM digunakan untuk berkempen politik secara terbuka adalah julung kalinya. Apabila PDRM digunakan untuk berkempen bagi pihak BN maka ia benar-benar sudah melampau!

Apa yang lebih merbahaya ialah ceramah yang diberi bertemakan ‘ancaman keselamatan’ tetapi hakikatnya ancaman bukannya terhadap keselamatan tetapi terhadap penerusan politik BN. Perkataan ‘keselamatan’ diperalatkan sewenang-wenangnya untuk menghalalkan tindakan tidak bermoral mereka.

Jika benar DAP, KeADILan dan dan PAS menjadi ancaman kepada negara, apakah penyelesaiannya melalui ceramah politik membelasah mereka sedangkan selama ini kesemua parti politik tersebut tidak pernah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan apakah ancaman terhadap keselamatan yang telah dilakukan.

Tidak pernah ada tindakan pendahuluan dan susulan oleh PDRM, tiba-tiba PR sudah menjadi musuh negara walhal mereka masih sebuah parti politik yang berdaftar secara sah.

Isu PDRM berkempen politik untuk BN bukan perkara kecil. Ia tidak selesai dengan Azmin Ali membuat kenyataan terbuka menuntut Ketua Polis Negara memberi jawapan.

Pemimpin-pemimpin utama parti dalam PR mesti menghantar delegasi berjumpa Ketua Polis Negara atau Menteri Dalam Negeri menuntut penjelasan. Jangan anggap ia perkara biasa.

Dalam sejarah politik negara terlalu banyak penyalahgunaan kuasa jabatan kerajaan yang diperkudakan untuk membantu BN mengekalkan kuasa mereka, akhirnya ia menjadi ‘perkara biasa’ seolah-olah diterima oleh pihak pembangkang sendiri.

Jabatan Pendaftaran digunakan secara terang-terangan untuk membantu mengimport pengundi dari Sabah masuk ke Selangor; ia didedah dan dibantah tapi akhirnya kesemua pengundi import itu tersenarai juga dalam daftar pemilih.

SPR membantu mendaftarkan pengundi pos yang tidak munasabah dengan kapasiti kem tentera yang wujud; ia dibantah juga, namun mereka tetap tersenarai dalam daftar pemilih. Semua itu akhirnya menjadi ‘perkara biasa’.

Sejak merdeka semua media utama, termasuk RTM yang gajinya dibayar oleh rakyat digunakan untuk menjalankan kempen propaganda politik BN, ia sudah menjadi perkara biasa sehingga penentangan terhadap tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan itu juga adalah perkara biasa, justeru tidak pernah dilayan.

Semua tahu BN sangat terdesak sekarang. Mereka begitu terasa sedang berasa di penghujung kuasa. Menggunakan PDRM adalah langkah terdesak tetapi amat berani.

Para pemimpin politik PR boleh dianggap sedang menggali lubang kubur sendiri jika penyalahgunaan jentera kerajaan sehingga ke tahap itu; ditentang secara sambil lewa sahaja. Usah bermimpi menawan Putrajaya jika PDRM sudah berkempen secara terbuka begitu membantu BN.

PENDANG – Siapa yang kontrak mesin rumput nie.. makan gaji buta kaa..??

Penduduk mula ‘naik angin’

PENDANG – Lebih 200 keluarga di perumahan Taman Setia dekat sini mengakui mereka sudah ‘naik angin’ terhadap pihak yang sekian lama tidak menyelenggarakan kawasan taman permainan dan beberapa kawasan lain di taman perumahan itu.

Sinar Harian terus menemui beberapa penduduk kawasan itu yang mendakwa mereka tidak tahan lagi untuk bersabar terhadap pihak berkenaan yang sepatutnya menjalankan tugas pembersihan di kawasan taman permainan terbabit mengikut jadual.

Difahamkan masalah ini sudah banyak kali diadukan kepada syarikat berkenaan termasuk aduan kepada Majlis Daerah Pendang (MDP) namun aduan penduduk tidak diindahkan pihak berkenaan seolah-olah aduan itu ibarat cakap kosong sahaja.

Pengerusi Majlis Ketua-ketua Kampung (MKK) Taman Aman dan Taman Setia yang juga penduduk taman terbabit, Jaafar Rawan berkata, taman permainan dan kawasan padang berdekatan Tabika Perpaduan di kawasan itu tidak diselenggarakan hampir empat bulan menyebabkan rumput dan lalang di kawasan itu tumbuh tinggi.

“Rumput di taman permainan itu semakin tinggi sehingga menyebabkan kanak-kanak di taman perumahan ini tidak dapat bermain di situ.

“Ibu bapa masing-masing tidak membenarkan anak-anak mereka bermain di kawasan berkenaan kerana bimbang mungkin terdapat haiwan berbisa di situ,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Abdul Aziz Hussin, 58, berkata keadaan lebih membahayakan apabila kanak-kanak terpaksa bermain di jalan dalam taman perumahan itu kerana mereka terdedah dengan kenderaan yang lalu lalang.

Katanya, sebelum ini penduduk kawasan ini masih menahan sabar untuk tidak melaporkan masalah berkenaan kepada media, namun setelah sekian lama ditunggu, tiada sebarang tindakan diambil daripada pihak bertanggungjawab.

UMNO Pendang sudah miskin.. nak sewa dewan orang ramai pon dah tak mampu..!!!

SEKRETARIAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT PARLIMEN PENDANG
MEMORANDUM & KENYATAAN MEDIA UNTUK SEBARAN SEGERA
(20hb MEI, 2011)

BANTAHAN UMNO BAHAGIAN PENDANG BERTERUSAN MENGGUNAKAN SEKOLAH UNTUK TUJUAN POLITIK

Sempena Minggu Sambutan "Hari Guru" Kami anak muda Pakatan Rakyat disini berasa terkilan kerana institusi (sekolah) telah dicemari dengan propaganda politik UMNO Barisan Nasional.

Ini kerana UMNO Bahagian Pendang berterusan menggunakan Dewan Al-Mabawi (Sek.Men.Pendang) untuk tujuan politik (Mesyurat Pemuda UMNO Bahagian pada hari ini 20 Mei 2001, Jumaat, pada Jam 3 Petang nanti). Sebelum ini pada minggu lepas UMNO Bahagian Pendang turut menggunakan dewan yang sama untuk tujuan politik (Mesyuarat wanita).

Kami juga mempersoalkan penggunaaan Dewan Sekolah untuk tujuan ini sedangkan masih terdapat banyak lagi dewan yang boleh disewa selain dewan sekolah, seperti Dewan serbaguna, Dewan Pendang Lake Resort, Mengapa dewan Sekolah?? sewa percuma??

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah didesak menjelaskan secara khusus sama ada program politik dibenarkan dianjurkan dalam kawasan sekolah.

Kami Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Parlimen Pendang (SPPRPP) menyeru agar pihak Pejabat Pendidikan Daerah serta Kementerian Pendidikan mengambil tindakan serius terhadap perkara ini. “ Kami dari parti Keadilan & Pas tidak akan sesekali membenarkan masa depan anak-anak dipolitikkan oleh mereka yang berkepentingan apatah lagi oleh mereka yang sepatutnya menjadi pendorong kepada kemajuan anak-anak di Sekolah.

Jika ingin berpolitik pergilah ke tempat yang sepatutnya dan bukan di sekolah. Kami menyeru kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin agar mengambil tindakan dan berlaku adil dalam perkara ini agar tidak berulang lagi di mana-mana sekolah selepas ini.”

Sekian,Terima Kasih.

MOHD FUZI BIN HAJI SAAD
(Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pendang)

MOHD ZAKI BIN RAZAK
(Ketua Angkatan Muda Keadilan pendang)
www.amkpendang.blogspot.com

MOHD ZUHAIRI HAJI KHAMIS
(WAKIL Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM))

Lampiran :

Disini kami sertakan sekali Contoh Surat pekeliling yang di keluarkan oleh pengarah pendidikan Malaysia (5/1999) yang mengarahkan Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan Dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti- Kerajaan... KLIK LINK INI UTK LIHAT PEKELILING >> http://www.geocities.ws/sjktgpg/takwim.htm#PEKELILING3 .

Lampiran untuk Rujukan (Tiada Pekeliling yang mengatakan premis sekolah boleh disewa)
>>> http://www.smktpbaling.com.pdf

Untuk makluman tambahan dinegeri Kedah, UMNO Barisan Nasional telah menjadi Pembangkang dinegeri Kedah ini setelah kalah dalam Pilihanraya Umum yang ke-12 yang lalu.

Tuan Guru Hj Salleh Musa [Sik Kedah] - Disebalik Tabir...

Tuan Guru Hj Salleh Musa ( Sik Kedah ) yang saya kenali

Assalamualaikum Wb .

Salam pada semua pengikut blog ini , Alhamdulilah malam ini dengan berkat doa saudara semua saya diberi kekuatan untuk menulis sedikit kisah tentang Tn Guru kita yang kita semua kasihi .

Sudah lama saya bercita-cita untuk menulis tajuk ini tetapi keadaan tidak mengizinkan , Alhamdulillah akhirnya Allah izinkan juga .

Saya BERASA DOSA andai saya tidak perenalkan Ulama yang saya kenali kepada Umum .

Masyarakat sekarang selalunya kenal ulama setelah ulama itu meninggal , Alhamulillah saya mula berazam untuk memperkenalkan ulama tempatan seramai munggkin kepada masyarakat umum , mudahan dengan usha ini ramai masyarakat dapat mengenali ulama kita yang masih wujud untuk kita sama ambil menafaat dengan mereka . ULAMA PEWARIS ANBIA , seharusnya kita mendekati mereka . Jangan setelah mereka meninggal barulah kita menyesal .
Saya akan tulis secara bersiri Insyallah . Terlebih dulu saya akan memperkenalkan Tuan Guru saya, Tuan Guru Hj Salleh . Memandangkan beliau sudah berusia 83 tahun sekarang (2011) maka saya dahului beliau supaya masyarakat mengenali beliau dan segera datang menimba ilmu dengan segera kepada beliau .

Nama :Tn Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah: Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu:Khatijah bt Saad
Tempat lahir :Pekan Sik
Bil Adik beradik : 8 orang Anak ke : 3
Pendidikan : -
1.Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah , kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana )
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah ,
3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy '
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah . Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya . Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang .

Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik . Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang . Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Tim Mudir .

Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009 Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

SEKARAN ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDEN , MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)

Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)

Habib Kazim ( Yaman )

Habib Abdullah ( Jeddah)

Syeikh Habib ( Jorden)

Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

-ke 2 beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh

- Ke 3 beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan

Kuliah minguan beliau setiap hari Jummat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

-Ke 4 ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya

" Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik "

(Tn Guru Hj Salleh menjadi imam solat jenazah Allahyarham Pak Teh Keroh )

-ke 5 beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah PAS kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

-ke 6 fikiran beliau sangat terbuka


-ke 7 beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti PAS Pusat , PAS Negeri dan termasuk Anwar Ibrahim sentiasa rujuk pada beliau .


-Banyak lagi yang saya masih simpan , saya tidak akan dedahkan sekarang kerana saya bimbang kedatangan fithnah atau risau orang tuduh saya taksub , tetapi Demi Allah saya telah dapati banyak KERAMAT yang ada pada beliau tidak kurang dari 12 perkara yang saya yakin guru saya bukan sebarangan orang , beliau diantara orang yang Allah kasih Insyallah . Insyallah apabila sampai masa nanti saya akan dedahkan semuanya .

Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau , beliau berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas , sahabat dan musuh semua tunduk padanya"

ULAMA TEMPATAN YANG MENZIARAHI TN GURU HJ SALLEH
Tn Syeikh Nuruddin Al Banjari , pernah mengadakan Daurah di Pondok Sik

Tn Guru Hj Abd Hamid Seligi Kelantan

Dato Mufti Kedah , Syeikh Badarudin

ANUGERAH

Pingat S.D.K

Tokoh Guru Pondok Kedah 2010 dan banyak lagi .

Kelebihan Allah anugerahkan kepada Tn Guru merupakan kelebihan dunia Akhirat .
Mudahan Allah melanjutkan usia Tn Guru ,mudahan kita dapat mengambil menafaat dengan ilmu yang dimiliki beliau .

INSYALLAH ikuti lebih banyak cerita menarik mengenai guru saya dan ulama . Tolong doa agar saya Istiqamah , diberi taufiq dan dikuatkan Iman dalam meneruskan perjuangan

http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/05/tuan-guru-hj-salleh-musa-sik-kedah-yang.html

Hina Sangatkah Sekolah Agama Rakyat wahai Mashitah..???

Minda: Kemampuan dipersoal
Dr Mashitah Ibrahim

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, seorang pelajar sekolah agama di Kelantan dipukul gurunya kerana kesalahan kecil. Muhammad Jamaluddin, berusia 14 tahun ketika itu ditempeleng dan ditendang sebelum kepalanya dihentak dengan kerusi. Dia dikejarkan ke hospital dan kulit kepalanya terpaksa dijahit.

Kes Saiful Syazani Saifu Sopfidee pula lebih tragis. Murid berusia tujuh tahun ini meninggal dunia April lalu akibat dipukul dan didera gurunya yang kini menunggu hukuman mahkamah. Dia murid Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Perlis, salah satu daripada ratusan sekolah agama persendirian.

Ini adalah antara banyak kes penderaan yang kita dengar berlaku di sekolah sebegini, selain kekerapan berlakunya kebakaran dan kehilangan nyawa. Kita masih ingat kebakaran sekolah di Yan, Kedah pada 1987 yang meragut nyawa 20 murid.

Berikutan itu, beberapa pihak menggesa kerajaan untuk mengkaji semula pengendalian sekolah agama persendirian. Yang perlu dikaji bukan saja soal keganasan dan keselamatan murid, tapi juga kelayakan dan tahap kemahiran guru, kurikulum dan perkara yang diajar kepada murid, serta prestasi sekolah. Saya sendiri menyokong cadangan ini demi masa depan pelajar dan kepentingan masyarakat.


Saya masih ingat betapa kecohnya ketika kerajaan membuat keputusan memberhentikan bantuan per kapita kepada sekolah agama rakyat (SAR) sekitar 2003. Ada pihak menjaja isu ini sampai langit hampir runtuh hingga kerajaan dituduh anti-Islam.


Pihak berkenaan juga beriya-iya mempengaruhi Majlis Raja-Raja menyebelahinya, tapi apabila Raja-Raja Melayu tidak mempersetujuinya, pihak terbabit sanggup membuat pertemuan dengan kumpulan Dong Jiao Zhong yang terkenal sebagai kumpulan ultra-Cina dalam soal pendidikan.

Kerajaan kemudian mempelawa SAR diserapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan. Pihak berkenaan akhirnya akur kerana kelemahan sekolah agama persendirian begitu nyata.

Kajian meliputi 49 sekolah agama persendirian mendapati 90% guru tidak ada sijil perguruan. Sekitar 26% hanya ada Sijil Sekolah Menengah Agama atau SPM atau Empat Thanawi saja. Di kalangan pengetua pula, 47% tiada ijazah dan 57% tiada skim perkhidmatan yang jelas. Lebih 90% sekolah agama rakyat tiada makmal sains, 68% tiada padang, 45% berkeadaan daif dengan bilik darjah kecil dan 25% tiada perpustakaan.

Mungkin ada yang mendakwa sekolah agama persendirian kini ada yang dimodenkan, tapi hakikatnya sekian ramai murid Melayu-Islam masih berada dalam satu sistem pendidikan jumud, di luar pentadbiran Kementerian Pelajaran.

Pengajian sains dan teknologi, bahasa peradaban dan ilmu semasa tidak digalakkan atas alasan ia sekular, sedangkan dalam masa sama ramai anak-anak pihak yang menentang kerajaan menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan luar negara mengambil pelbagai kursus yang tiada kaitan dengan pengajian al-Quran, syariah atau perundangan Islam.

Kita tidak sepatutnya bersubahat dengan mana-mana institusi pendidikan yang menyalahgunakan agama, apatah lagi yang tidak menghiraukan kebajikan dan pencapaian pelajar mereka. Kita memahami bahawa di peringkat awal dulu, keperluan pendidikan masyarakat Melayu adalah terbatas. Sebilangan kecil saja dapat melanjutkan pelajaran. Di zaman penjajah, orang biasa hantar anak ke sekolah Melayu yang terhad bilangannya manakala pembesar menghantar anak ke sekolah Inggeris.

Ada juga yang hantar anak ke sekolah pondok yang popular di kalangan penduduk Melayu luar bandar. Tetapi tidak ramai yang boleh berbuat begitu. Graduan sekolah pondok adalah daripada keluarga berada, sebab itu mereka boleh sambung pelajaran ke Mesir atau Makkah.

Lazimnya mereka buka pondok. Mereka digelar tok guru dan dihormati. Graduan yang tidak ke Timur Tengah akan pulang ke kampung sebagai tok lebai mengajar al-Quran atau mengetuai upacara keagamaan seperti tahlil dan urusan jenazah.

Dalam masyarakat tani yang miskin dan buta huruf sebelum merdeka, peranan tok guru dan tok lebai hanya mengajar al-Quran dan keperluan hukum-hakam. Mereka tidak peduli soal migrasi kaum pendatang ke Tanah Melayu, eksploitasi kekayaan negara oleh penjajah atau kemerdekaan tanah air.

Kesedaran ini ada pada graduan yang pulang dari Timur Tengah dan mendapat percikan kebangkitan Islam dipelopori Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Mereka tidak digelar tok guru, tidak buka pondok malah lebih tertumpu kepada gerakan kemerdekaan negara dan pembaharuan bangsa.

Selepas merdeka, pencapaian masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan perumahan sangat banyak dan kompleks. Malaysia maju dalam pelbagai aspek. Dalam sebuah negara semakin maju seperti Malaysia, kebolehan bertahlil dan mengajar fardu ain saja tidak cukup untuk mencapai kemajuan dan menghadapi cabaran.

Tanpa berniat memperlekeh keupayaan mereka, hakikatnya tok guru dan lebai yang lahir daripada sistem pendidikan persendirian yang menentang kerajaan tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah penurunan mata wang akibat kemelesetan ekonomi atau mengurus negara di tengah kemelut politik nasional dan global.

Umat Islam tidak akan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan membentuk acuannya yang maju dengan sekadar keupayaan tok guru dan tok lebai. Mereka mesti menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan masyarakat kepada bimbingan dan petunjuk agama.

Tugas dan peranan ulama memang besar, terutama dalam membimbing masyarakat dalam soal agama dan kehidupan. Justeru, mereka perlu hadapi cabaran ini dengan penuh kesedaran. Mereka sewajarnya melengkapkan diri dalam pelbagai bidang ilmu agar dapat memberi pandangan dan bimbingan berkesan dan dinamik agar dapat membantu membina semula tamadun Islam.

Hakikatnya, tidak ramai ulama yang antikerajaan sanggup terima cabaran ini atau sanggup membina kekuatan ilmiah dan keintelektualan. Oleh itu, mereka tidak mampu memberi bimbingan, pandangan atau panduan yang dinamik. Mereka menjadi tidak relevan dalam menghadapi cabaran semasa dan global. Ketiadaan keupayaan ini menyebabkan mereka kembali kepada peranan lama. Mereka lebih cenderung menghadapi kemelut kehidupan zaman ini dengan doa dan wirid semata-mata daripada mendalami pengetahuan Islam.

Hari ini, usaha pihak berkenaan mengembalikan pengajian Islam dan membentuk minda masyarakat Islam supaya kembali ke zaman pendidikan jumud adalah satu malapetaka kepada masyarakat Islam. Jika begini, bagaimana generasi akan datang akan menghadapi cabaran baru serba canggih?

Pihak terbabit sepatutnya mempelajari tuntutan al-Quran dan memahami petunjuk dinamiknya dan bergerak dengan kebenaran. Minda quranik tidak bersifat putus asa. Ia tidak menarik masyarakat ke belakang semata-mata kerana tidak mampu melengkapkan diri dengan kekuatan baru.

Al-Quran sentiasa relevan. Justeru, petunjuknya mengenai ilmu, bukan hanya ilmu hafalan al-Quran dan ilmu berkaitan hukum yang ditekankan. Lebih jauh ialah ilmu sains dan teknologi, kejuruteraan, perubatan, teknologi maklumat, geografi, astronomi dan sebagainya.

Pakar dalam ilmu ini tidak harus berasa bersalah kerana kurang pengetahuan dalam bidang syariah. Mereka tidak harus melepaskan rasa bersalah itu kepada anak-anak dengan menghantar mereka ke pusat asuhan atau sekolah persendirian yang tidak sealiran dengan kerajaan dan meminggirkan mereka daripada arus pendidikan negara. Anak-anak akan menjadi mangsa kepada kelemahan dan kepincangan pendidikan yang dicipta oleh khayalan individu mengenai pendidikan Islam mithali.

Sebaliknya, kekurangan mereka dalam bidang Islam kerana mengambil jurusan profesional ditampung dengan berkhidmat secara jujur di lapangan mereka bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah dan menjadikan kerja mereka di lapangan sebagai ibadah. Peluang anak-anak belajar mesti dibuka luas. Tindakan menutup peluang mereka belajar adalah satu penganiayaan.

Sebenarnya masyarakat Islam kita tidak perlu bergantung kepada sekolah persendirian yang bercanggah dengan sistem dianjurkan kerajaan untuk mendapat pendidikan Islam. Sekolah kebangsaan mampu memberi pendidikan bermutu dan seimbang di antara tuntutan fardu kifayah dan fardu ain.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Kemampuandipersoal/Article/index_html




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...