TERKINI :

Wednesday, May 18, 2011

Kembalikan PAS Ke Jalan Syurga, Bukan Ke Neraka

Oleh ramziredang

"Jika PAS benar benar membawa perjuangan Islam yang sebenar, kenapa anak orang PAS ramai yang merempit, hisap dadah atau berbagai gejala sosial sedangkan ibu bapa mereka berjuang di dalam parti Islam? Adakah jawapan mudah, "anak nabi Nuh pun ingkar"?

Jika benar pemimpin PAS menghayati Islam, kenapa di dalam pejabat pemimpin besar PAS ada juga perempuan bertudung yang berbaju lengan pendek menghidangkan air kepada tetamu? Apakah perkara aurat ini terlalu remeh kerana ada 'mudharat' yang lebih besar perlu diperjuangkan?(saksikan video aziz bertemu dr azizan)

Muktamar PAS adalah jalan 'terbuka' untuk memilih pemimpin. PAS adalah parti Islam. Maka sudah pasti ianya perlu dijalankan secara Islam. Islam itu adil. Jadi pilihlah dengan adil.

Para penganjur, pemantau dan pemimpin yang menggalaskan tanggungjawab terhadap 'adilnya' pemilihan perlulah ingat, berada di dalam parti Islam, tidak sekali kali membenarkan kamu menggunakan taktik kafir.

Jangan ada unsur dan taktik kafir di dalam Islam. Penipuan atau penyelewengan adalah taktik kafir atau kuffar. Janganlah beralasan berbuat 'sesuatu' tersebut atas dasar mencegah 'mudharat' yang lebih besar .

Jangan kamu lupa, samada kamu berada di dalam parti Islam atau tidak, tiap saat perbuatan kamu tetap dihitung oleh yang Menguasai Sekalian Kerajaan Langit dan Bumi.

Ada juga setengah pemimpin beralasan walaupun buruk, tetapi PAS adalah lebih baik dari UMNO yang tidak mahu kepada Islam. Bagi aku itu bukan alasan. Itu adalah penyelewengan di dalam Islam.

Kita tidak mahu,malah tidak memandang langsung kepada UMNO, kerana UMNO jelas menentang Allah dan Rasul. Kita berbincang pasal PAS. Kerana PAS adalah parti Islam.

Maka bila disebut parti Islam, tidak semestinya kebaikan semalam membolehkan kita melakukan keburukan pada hari ini. Kita ingin cuba dan berusaha menjadikan imej Islam yang dibawa ini lebih baik dari semalam. Bila ingin menjadikannya lebih baik dari semalam, maka ianya haruslah bermula dari semua segi.

Lantaran itu dalam suasana menjelang muktamar, maka bersamalah bermuhasabah. Jika setengah golongan mengesyaki sesuatu, maka perjelaskanlah. Hilangkanlah segala keraguan mereka. Jangan lagi timbul tandatanya.

Pepatah melayu ada berkata 'jika tiada angin masakan pohon bergoyang". Betul atau salah maka buktikanlah dengan amal. Buangkanlah unsur unsur kafir di dalam parti Islam.

Kembalikanlah kepada kesucian Islam. Jika kamu ada kepentingan diri, buangkanlah kepentingan diri kamu. Jika kamu ada puak, buangkanlah rasa berpuak kamu. Jangan wujudkan assabiyah di dalam parti Islam.

Jika PAS ingin menuntun umat ke jalan syurga, maka tuntunlah dari segenap segi. Bukan sekadar jubah dan hujah. Jangan ada di antara kita yang saban hari berceramah tentang kelebihan menuju syurga, tetapi diri sendiri menempah jalan ke neraka.

Jika jawatan pemimpin itu adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan kamu, maka tentunya kamu sendiri lebih jelas tentang sesuatu yang bakal menimpa kamu

Umno parti talam dua muka

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Umno disifatkan sebagai parti talam dua muka, ekoran tuduhannya yang tidak berasas terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, khususnya membabitkan isu peniaga Melayu di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika menyifatkan demikian berkata, bukti Umno bersifat talam dua muka boleh dilihat apabila mereka mengatakan Kerajaan Pulau Pinang membelakangi kaum lain sekiranya diberikan pertolongan kepada orang Melayu.

Namun, menurut beliau, apabila kerajaan negeri menolong kaum lain pula Kerajaan Pulau Pinang akan dikatakan membelangi orang Melayu pula oleh Umno BN.

"Ini jelas menunjukkan Umno BN adalah parti talam dua muka. Apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang serba tak kena pada mereka.

"Pada hal, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memang bertindak adil kepada semua kaum dan tidak pernah membelakangi apatah lagi menzalimi orang Melayu," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Festival George Town 2011, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Umno BN bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang terus menzalimi peniaga-peniaga Melayu di negeri itu seperti yang disiarkan akhbar Umno, baru-baru ini.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, beliau berkata, dakwaan Umno BN itu dirujuk kepada peniaga-peniaga yang diberikan pilihan untuk berpindah ke tapak perniagaan lain yang lebih strategi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan ia melibatkan semua kaum.

"Jumlah peniaga-peniaga Melayu yang terbabit itu sebenarnya hanya kecil sahaja iaitu sebanyak 20-30 peratus sahaja, manakala selebihnya adalah kaum-kaum lain yang berjumlah 70-80 peratus.

"Jadi dengan itu, di mana bukti yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menzalimi orang Melayu, khususnya peniaga-peniaga Melayu?" tanya beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.

Selain itu, katanya, peniaga-peniaga yang terbabit itu jelas tidak dizalimi. Sebaliknya, mereka diberikan pilihan sama ada mahu berpindah atau tidak.

"Peniaga-peniaga itu sendiri yang memilih untuk tidak berpindah. Jadi bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam hal ini," jelas beliau.

Di samping itu, tegasnya, selain mempunyai tapak perniagaan di kawasan itu, Kerajaan Pulau Pinang juga tahu, peniaga-peniaga itu sendiri juga turut mempunyai tapak-tapak perniagaan di kawasan lain di negeri itu.

"Itulah sebabnya mereka enggan berpindah, tetapi akhirnya dijadikan alasan pula oleh Umno BN untuk menuduh Kerajaaan Pakatan Rakyat dengan tuduhan seperti itu," katanya kesal.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Umno BN agar tidak membuat tuduhan yang tidak berasas kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana setiap dakwaan mereka itu sehingga kini sememangnya tidak mempunyai bukti langsung.

"Malah rakyat Pulau Pinang sendiri cukup faham dengan apa yang berlaku, sehingga setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Umno BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang akhirnya berpusing balik kepada mereka sendiri," tegas beliau.

Guru yang 400,000 nie nak kecewa apanya..nak RM500 sebulan tak..??

Lebih 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan

Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

lok yim pheng nutp sec gen 060905Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

education school science class 040405Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

Ramai tak puas hati

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

sekolah menengah high school girls uniform"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

the antidote article sarawak native logging school children 280409 01"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.

ANWAR DI YAHOO MALAYSIA ESOK

Anwar Ibrahim Muncul Di 'Yahoo Malaysia Question Time' Esok





PETALING JAYA 18 MEI : Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan rakyat Malaysia pertama dijemput sebagai panelis segmen interaktif Yahoo! Malaysia ‘Question Time, esok.

Segmen tersebut akan bermula pada hari Khamis 19 Mei 2011 pada jam 11.30 pagi.

Anwar akan meluangkan masa hampir 1 jam bersama warga siber menerusi platform “Cover It Live” di mana dapat berkomunikasi dengan Anwar secara langsung.

Editor Yahoo! Malaysia akan bertindak sebagai fasilitator.

Sila klik di sini untuk ke platform Cover It Live: http://my.news.yahoo.com/questiontime/

Tv Selangor/-

DAH BERSAHUT: BERANI KA HANGPA?

Demonstrasi Isu Ladang Rakyat : Pemuda UMNO Dicabar Debat

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini,sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Saudara Anuar Safian seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 17 Mei 2011 di halaman K3.

2. Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan sedia berbincang dengan mana-mana pihak termasuk Pemuda PAS berhubung isu Ladang Rakyat yang membawa kepada perarakan penyerahan memorandum di hadapan Kota Darulnaim pada pagi 16 Mei 2011 yang lalu.

3. DPPNK bersedia menyahut cadangan Pemuda UMNO Kelantan ini dengan membuat cadangan balas iaitu mengadakan debat terbuka di antara kedua-dua belah pihak berhubung isu Ladang Rakyat. Bahkan bukan isu ini sahaja, DPPNK berpandangan banyak lagi lagi isu-isu yang lain dapat diketengahkan oleh Pemuda UMNO sekiranya benar-benar mereka berjuang untuk kepentingan rakyat. Isu pembinaan tambahan Jambatan Sultan Yahya Petra, isu tuntutan royalti minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan dan isu prosedur pengagihan wang ihsan yang tidak telus juga memerlukan kepada penjelasan. Di mana Pemuda UMNO Kelantan di dalam menangani isu-isu ini?

4. Berhubung dengan cadangan DPPNK, debat terbuka dilihat lebih praktikal berbanding dengan perbincangan kerana Pemuda UMNO telah mensensasikan isu ini dengan mengadakan perarakan penyerahan memorandum pada pagi 16 Mei yang lalu.

5. Justeru, untuk membolehkan isu ini dinilai secara adil oleh masyarakat, DPPNK mencadangkan supaya debat terbuka dapat diadakan dengan turut menampilkan wakil dari pengurusan Ladang Rakyat sendiri untuk memberikan penjelasan. Sekiranya pihak Pemuda UMNO Kelantan bersetuju dengan cadangan ini, satu jawatankuasa khas boleh diwujudkan di antara DPPNK dan Pemuda UMNO Kelantan ke arah memastikan debat ini dapat dilaksanakan.

6. DPPNK benar-benar berharap agar Pemuda UMNO Kelantan dapat menyambut baik cadangan ini sebagai membuktikan mereka benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat dan tidak hanya memperalatkan isu ini semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

YB ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN,
Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M


TPU: Gambar atas... Mamat ni "kununnya" hadir untuk membela rakyat Kelantan yang tertindas... "kununnya" jugak dia hadir & tampil untuk "memperbetulkan" banyak perkara yang didakwa "tidak betul" didalam pemerintahan Kerajaan Kelantan...

Gua cuma nak pesan sikit je dekat "Pembela" ni...

"Perbetulkan" ikat kepala dekat dahi lu dulu sebelum lu "perbetulkan" benda-benda lain.

1Malaysia tau lu Idiot...!!!

Pakatan rampas 6,532 VCD lucah


Oleh Afiq Hizam

SELAYANG, 18 Mei: Pakatan Rakyat merampas 6, 532 keping VCD lucah yang kononnya dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ia cuba disebarkan dalam majlis Solat Hajat di Stadium Selayang baru-baru ini.

Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Abdul Talib dalam sidang medianya bersama Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, yang menghairannya bagaimana penyebar VCD ini boleh terlepas dari tindakan polis kerana menyebarkan bahan lucah adalah satu kesalahan.

(Zaidi [tengah] menunjukkan bukti bahan rampasan dalam sidang media bersama rakan-rakannya)

"Yang menghairankan saya mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan walaupun program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam," kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan.

Bagi beliau, tindakan ini adalah tTaktik keji Umno untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, katanya pada sidang media bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) di pejabat PAS Selayang semalam.

(Gambar: Anggota Unit Amal membawa sebakul VCD lucah yang dirampas ke balai polis untuk dibuat laporan...Gambar Farhan)

"Kami dapat mengesan VCD dan risalah ini pada jam 8 malam di mana selepas solat Maghrib yang diletakan secara terbuka di cermin-cermin kereta serta bertaburan di tepi dan bahu jalan stadium atau diletakkan di motosikal hadirin serta yang hadir pada majlis tersebut.

"Dan kami sangat terkejut dengan lenggok-lenggang polis yang seolah-olah membutakan mata mereka terhadap pekara yang sedang berlaku pada malam tersebut, kami sangat kecewa," jelasnya

Walaubagaimana pun, mereka telah membuat laporan polis dan minta pihak polis buat siasatan dengan segera serta teperinci, "kami sanggup beri kerjasama dengan polis sekiranya pihak polis mahukan bukti dan gambar untuk membantu siasatan," kata Zaidi.

Beliau mula mengutuk keras tindakan itu dan menegaskan kepada pihak pimpinan Umno itu supaya bertanggungjawab dan berhenti melakukan tindakan keji ini atas sebab sensitiviti umum.

"Mereka edar VCD dan risalah itu secara terbuka, orang ramai yang terdiri daripada pakcik, makcik, ustaz, ustazah, remaja sekolah, belia, lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini," jelas beliau dengan nada yang sedikit marah.

"Tindakan Umno ini sangat keji, anak saya pun boleh pegang dan lihat bahan lucah tersebut, mereka tidak fikir akan sensitiviti dan kepentingan umum, mereka seolah-olah merayakan kelucahan dalam masyarakat kita, semua peringkat usia tahu apa itu seks, liwat, lucah dan ini mungkin akan menjadi satu budaya keji dalam masyarakat di mana remaja-remaja dan belia kita, anak Melayu akan terlibat dengan gejala-gejala seperti ini nanti," jelas beliau dengan nada sedih sebagai seorang bapa yang tidak mahu pekara ini berlaku kepada anak-anaknya.

Sementara itu, menurut Haji Asri Buang, 57 yang juga merupakan Timbalan Ketua PKR Selayang menyokong penuh apa yang diluahkan oleh Zaidi.

Beliau juga sebagai seorang bapa tidak mahu minda anak-anaknya punah atau dicemari dengan taktik keji Umno yang disifatnya sebagai pembankang Selangor untuk kepentingan jijik politik parti tersebut.

Bercakap pada sidang media tersebut, beliau juga membongkarkan satu lagi taktik keji Umno melakukan tindakan sabotaj terhadap Pakatan Rakyat di Selangor dengan menyebarkan sebuah akhbar yang menyerupai Selangor Kini yang diubah menjadi "Selangor Terkini".

Beliau juga kesal dengan tindakan Umno menyedarkan media yang seumpama media rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorkini, iaitu Selangor Terkini yang menggunakan logo kerajaan negeri Selangor.

"Dalam majlis tersebut hadirin diedarkan risalah "Selangor Terkini" yang di letakkan di dalam sebuah beg kertas terpapar muka Najib seolah-olah memberi gambaran jelas bahawa beliau mendalangi taktik keji ini.(gambar)

"Sehubungan itu, kami telah membuat satu laporan polis pada pukul 1.30 pagi di IPD Gombak berkenaan dengan pekara tersebut dan saya sekali lagi mahu menggesa pihak polis melakukan siasatan segera serta tidak dilihat sebagai "dauble Standard" dalam hal ini," jelas beliau dengan tegas.

Hadi Berkecuali Pemilihan Timbalan, Naib Presiden PAS


SUNGAI PETANI: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak memihak kepada mana-mana calon yang akan bertanding jawatan timbalan dan naib presiden parti itu pada muktamarnya dari 3 hingga 5 Jun ini.

"Saya tidak menyokong sesiapa namun saya mahukan kepimpinan kolektif, campuran calon berlatarbelakang agama dan profesional," katanya kepada pemberitaselepas mengetuai Jawatankuasa PAS Pusat selepas mendengar taklimat projek kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, dekat sini, Rabu.

Taklimat disampaiksn Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah, Roslan Abdul Ghani.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dan Naib-naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha PAS Datuk Mustafa Ali.

Abdul Hadi, yang menang jawatan Presiden tanpa bertanding bagi penggal kelima, berkata hakikat bahawa ramai calon layak bertanding kedua-dua jawatan itu menandakan demokrasi dalam PAS hidup.

Setakat ini enam calon disahkan layak bertanding jawatan Timbalan Presiden termasuk penyandang Nasharudin serta Azizan dan Tuan Ibrahim manakala 14 lagi layak bertanding jawatan naib presiden termasuk penyandang, Mahfuz.

Nasharudin pula berkata beliau tidak gentar bertanding mempertahankan jawatannya kerana tahu ahli-ahli PAS tidak perlu dilobi. "Sebelum inipun saya menang ke atas calon-calon yang hebat-hebat belaka, jadi tiada apa nak ditakutkan," katanya. -BERNAMA

Altantuya : WikiLeaks Dedah Campur Tangan Politik Selamatkan Najib


Sumber TVS

SHAH ALAM 18 MEI : Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengesyaki campurtangan politik untuk melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan kepada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut kabel-kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kabel-kabel itu berasaskan maklumat yang diberikan kepada kedutaan itu oleh sumber-sumber Pejabat Peguam Negara, pemimpin kerajaan dan pembangkang, menurut Asia Sentinel yang menyiarkan kabel-kabel berkenaan.

Malah wakil kedutaan AS juga membincangkkan kemungkinan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan Altantuya untuk “mengenakan” Najib.

Altantuya dijumpai mati dibom di pinggiran hutan Puncak Alam pada Oktober 2006. Dua daripada pegawai polis yang berkhidmat dengan pejabat Najib ketika itu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar di dapati bersalah membunuh warga Mongolia itu.

Bagaimanapun rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang mengaku mengadakan hubungan sulit dengan Altantuya dibebaskan dari tuduhan itu walaupun beliau bersetuju menggunakan khidmat dua anggota polis berkenaan.

Kabel-kabel WikiLeaks mendedahkan pegawai-pegawai kedutaan percaya wujud campurtangan politik untuk menentukan bagaimana pihak pendakwaraya mengendalikan kes itu.

Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan pembelian bernilai USD 1 Billion atau RM3.5 bilion kapal selam Scorpene dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui Najib.

Altantuya dikatakan berkhidmat sebagai penterjemah transaksi tersebut yang membolehkan syarikat Perimekar Sdn Bhd pimpinan Razak Baginda menerima komisyen lumayan lebih RM 534.8 juta.

Kabel WikiLeaks juga turut mengandungi maklumat mengenai pertemuan antara Ketua Bahagian Politik Kedutaan AS, Mark D Clark yang diberitahu oleh seorang timbalan pendakwaraya kes itu bahawa “hampir pasti tidak ada peluang untuk mensabitkan Razak Baginda atas tuduhan (membunuh).”

Selain itu Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga memberitahu kedutaan AS bahawa beliau yakin pendakwaraya hanya akan membataskan siasatan kepada suspek dalam perbicaraan dan bukan kepada pihak-pihak lain atau pun dakwaan-dakwaan rasuah berkaitan pembunuhan itu.

Pada tahun Januari 2007, pejabat kedutaan AS juga menunjukkan minat kepada affidavit Razak Baginda yang mengaku beliau meminta pertolongan pegawai pengiring Najib, Musa Safri, untuk memastikan Altantuya tidak lagi mengganggunya.

Musa bagaimanapun tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Perkara-perkara lain yang menarik minat kedutaan adalah tindakan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail secara tiba-tiba untuk menggugurkan Ketua Pendakwaraya kes itu Sallehudin Saidin dan menggantikannya dengan seorang yang kurang berpengalaman.

Kabel diplomatik WikiLeaks itu juga merujuk kepada pendedahan Anwar Ibrahim tentang dakwaan-dakwaan rasuah yang dikaitkan kepada Najib dan Razak Baginda berhubung pembelian kapal Scorpene dan Jet Sukhoi Su-MCM-30.

Dalam kabel 24 Januari 2007, kedutaan AS merumuskan bahawa “tanggapan berlakunya salah laku oleh pendakwaraya dan mahkamah serta dakwaan bukti-bukti tertentu dimusnahkan , mencadangkan kepada ramai bahawa kes (pembunuhan Altantuya) menghadapi tekanan politik yang bertujuan melindungi Najib.

No 2 PAS: Tumpuan beralih pada Tuan Ibrahim


Jimadie Shah Othman
Mei 18, 11
4:39
Tumpuan untuk perebutan jawatan nombor dua dalam PAS kini beralih kepada naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula apabila ulama popular itu dilihat sebagai penentu kemenangan calon-calon yang bertanding.

Ditambah kelebihan sebagai anak saudara Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penceramah yang sering muncul di kaca televisyen sebelum ini, sebarang keputusan lanjut Tuan Ibrahim akan menentukan nasib dua lagi calon -- Nasharudin Mat Isa dan Mohamad Sabu.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manPemerhati politik berpendapat, sekalipun Tuan Ibrahim (kiri) terus menolak hasrat akar umbi PAS untuk bertanding, beliau masih mempunyai pengaruh dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Jun ini.

Ini kerana, ketika beliau berterusan menepis pujukan dan desakan, Tuan Ibrahim tetap mendapat jumlah pencalonan ketiga terbesar selepas Nasharudin dan Mohamad.

Ketiga-tiga mereka bersaing rapat dengan perbezaan tidak sampai sepuluh undi.

Walaupun jawatankuasa pemilihan PAS membuat keputusan tidak mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima setiap pihak,Malaysiakini difahamkan Mohamad mendahului dengan pencalonan dari sekitar 47 kawasan, diikuti Nasharudin (43) dan Tuan Ibrahim (39).

husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409Turut layak untuk bersaing Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden Salahuddin Ayob dan bekas naib presiden Husam Musa (pertama dari kiri).

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun difahamkan mendapat tidak sampai sepuluh pencalonan dan dipercayai tidak akan turut sama bersaing.

CANDU SUBSIDI

Ketagih 'Candu' Subsidi, Siapa Dalang? -Dr Dzulkefly



KL 18 Mei 11: Ahli Parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad(gambar) berkata, penggunaan istilah “candu” oleh Perdana Menteri Datu Seri Najib Razak bagi menggambarkan pergantungan pada subsidi adalah tidak adil memandangkan pentadbirannya tidak banyak bertindak bagi mengurangkan keadaan itu.

Katanya, dalang mengakibatkan manipulasi pasaran adalah kerajaan itu sendiri dengan memberi subsidi dan geran dalam jumlah besar kepada syarikat dan kroni.

“Dan, di satu sebelah, mereka menghukum dan mengaibkan rakyat dengan mengatakan mereka ketagih pada candu subsidi, yang mana ia tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang mereka berikan kepada kroni-kroni mereka,” katanya.

Justeru, Dzulkefly juga menggesa kerajaan agar mempertimbangkan dasar-dasar yang diketengahkan oleh PR dalam Buku Jingga mereka di mana ia mengesyorkan penstrukturan holistik dalam sistem subsidi.

“Kami dalam PR faham bahawa pendekatannya bukan dengan mudah memutuskan subsidi... kami meminta agar diadakan penstrukturan holistik sistem subsidi.

“Cara mereka (BN) hanya sedikit demi sedikit, kaedah jangka pendek, jika mereka teruskan akan memaksa yang miskin terdedah kepada kesan ekonomi global,” kata beliau.

Dalam ucapannya di London kelmarin, Najib berkata subsidi bahan api ibarat “candu” kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

“Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik,” kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.

Dzulkefly, wakil rakyat Kuala Selangor berkata, penarikan balik subsidi total akan menyebabkan kos-kos tidak adil ke atas kumpulan-kumpulan sensitif seperti kumpulan berpendapatan rendah.

“Ini seolah-olah dasar neokonservatif memperkayakan kroni dan kumpulan berkemampuan tetapi pada masa yang sama memangsakan kumpulan miskin.

“Tanya Najib, menerusi cara ini, bukankah ia memburukkan lagi ketidakaseimbangan pengagihan kekayaan dan ekuiti?” kata beliau. (IH)

Wikileaks | Najib | Altantuya : Apa yang jelas, Najib akan dibicarakan jika Pakatan Rakyat merampas Putrajaya

Altantuya : WikiLeaks Dedah Campur Tangan Politik Selamatkan Najib


Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengesyaki campurtangan politik untuk melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan kepada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut kabel-kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks [AsiaSentinel].

Kabel-kabel itu berasaskan maklumat yang diberikan kepada kedutaan itu oleh sumber-sumber Pejabat Peguam Negara, pemimpin kerajaan dan pembangkang, menurut Asia Sentinel yang menyiarkan kabel-kabel berkenaan.

Malah wakil kedutaan AS juga membincangkkan kemungkinan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan Altantuya untuk “mengenakan” Najib.

Altantuya dijumpai mati dibom di pinggiran hutan Puncak Alam pada Oktober 2006. Dua daripada pegawai polis yang berkhidmat dengan pejabat Najib ketika itu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar di dapati bersalah membunuh warga Mongolia itu.

Bagaimanapun rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang mengaku mengadakan hubungan sulit dengan Altantuya dibebaskan dari tuduhan itu walaupun beliau bersetuju menggunakan khidmat dua anggota polis berkenaan.

Kabel-kabel WikiLeaks mendedahkan pegawai-pegawai kedutaan percaya wujud campurtangan politik untuk menentukan bagaimana pihak pendakwaraya mengendalikan kes itu.

Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan pembelian bernilai USD 1 Billion atau RM3.5 bilion kapal selam Scorpene dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui Najib.

Altantuya dikatakan berkhidmat sebagai penterjemah transaksi tersebut yang membolehkan syarikat Perimekar Sdn Bhd pimpinan Razak Baginda menerima komisyen lumayan lebih RM 534.8 juta.

Kabel WikiLeaks juga turut mengandungi maklumat mengenai pertemuan antara Ketua Bahagian Politik Kedutaan AS, Mark D Clark yang diberitahu oleh seorang timbalan pendakwaraya kes itu bahawa “hampir pasti tidak ada peluang untuk mensabitkan Razak Baginda atas tuduhan (membunuh).”

Selain itu Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga memberitahu kedutaan AS bahawa beliau yakin pendakwaraya hanya akan membataskan siasatan kepada suspek dalam perbicaraan dan bukan kepada pihak-pihak lain atau pun dakwaan-dakwaan rasuah berkaitan pembunuhan itu.

Pada tahun Januari 2007, pejabat kedutaan AS juga menunjukkan minat kepada affidavit Razak Baginda yang mengaku beliau meminta pertolongan pegawai pengiring Najib, Musa Safri, untuk memastikan Altantuya tidak lagi mengganggunya.

Musa bagaimanapun tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Perkara-perkara lain yang menarik minat kedutaan adalah tindakan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail secara tiba-tiba untuk menggugurkan Ketua Pendakwaraya kes itu Sallehudin Saidin dan menggantikannya dengan seorang yang kurang berpengalaman.

Kabel diplomatik WikiLeaks itu juga merujuk kepada pendedahan Anwar Ibrahim tentang dakwaan-dakwaan rasuah yang dikaitkan kepada Najib dan Razak Baginda berhubung pembelian kapal Scorpene dan Jet Sukhoi Su-MCM-30.

Dalam kabel 24 Januari 2007, kedutaan AS merumuskan bahawa “tanggapan berlakunya salah laku oleh pendakwaraya dan mahkamah serta dakwaan bukti-bukti tertentu dimusnahkan , mencadangkan kepada ramai bahawa kes (pembunuhan Altantuya) menghadapi tekanan politik yang bertujuan melindungi Najib.


ReJaM© "Apa yang jelas, Najib akan dibicarakan jika Pakatan Rakyat merampas Putrajaya"

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/05/altantuya-wikileaks-dedah-campur-tangan.html#ixzz1Mglbct9a

Masa harga dunia NAIK.. Hangpa PENAIK.. Masa harga dunia TURUN..Hangpa PENAIK juga..apakejadahnya nie..??


Khabarnya depa dapat RM50 ribu upah siar gambaq & video lucah.. macamana la anak bini makan duit tu..??

Golongan yang sara anak bini dengan fitnah dan video lucah

Oleh: Enggang Qadha

Blog-blog atau laman sosial pro kerajaan tua BN nampaknya sedang menguasai medan maya sekarang. Dalam era reformasi pasca 1998, medan maya dikuasai oleh golongan pro pembangkang sehinggalah berlaku Tsunami politik pada Mac 2008.

BN yang menguasai semua media arus perdana menyedari bahawa media kedua menjadi sangat penting di alaf ini. Aktivis penyebar maklumat medan maya umumnya adalah pekerja sukarela. Mereka tiada majikan dan tidak terikat dengan sesiapa dalam menyerlahkan persepsi dan versi masing-masing.

BN menyedari mereka tidak berupaya menguasai media kedua atau media maya melalui tenaga sukarela. Mana ada individu nak buat kerja untuk BN secara sukarela. Maka mereka pun membeli pakar propaganda maya dengan bayaran yang mahal.

Khabarnya setiap laman maya dibayar kos penyelenggaraan sebanyak RM50,000.00 sekali bayar dan elaun tetap bulanan sebanyak RM3,000.00. Untuk mendapatkan ganjaran tersebut blogger atau pengendali laman maya itu perlu mendaftarkan diri dengan mereka, mendapat pengiktirafan dari UMNO negeri, perlu mengikuti kursus khas yang dikendalikan pakar bidang propaganda yang mendapat latihan dari APCO.

Antara yang ditekankan dalam kursus ialah serangan peribadi terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim dan membakar sentiment Melayu dengan manipulate isu kononnya PAS akan hilang kuasa jika PR memerintah kerana ancaman DAP dan PKR. Mana-mana laman maya yang tidak mengutamakan isu tersebut akan diketepikan dari menerima ganjaran.

Ganjaran RM50,000.00 kos penyelenggaraan turut menetapkan syarat jumlah kunjungan pembaca atau hits yang diterima mesti melepasi tahap tertentu yang ditetapkan.

Ganjaran boleh meningkat jika hits yang dibuat adalah luar biasa. Untuk mencapai target tersebut, pengendali medan maya akan menggunakan cara mudah sekarang ini iaitu menyiarkan klip video lucah ‘Anwar’, maka laman tersebut bukan setakat diakses oleh peminat isu semasa tetapi juga peminat bahan porno yang langsung tidak ambil peduli mengenai politik.

Laman-laman tersebut diberi keistimewaan oleh pihak berkuasa, sekalipun mengedar bahan lucah tetapi tidak akan diambil sebarang tindakan.

Bayangkan, duit sara hidup yang diterima oleh pengendali laman maya pro BN itu adalah duit haram hasil fitnah, adu domba dan menyebar bahan lucah; duit itulah juga mereka menyara keluarga, maka apakah jenis generasi yang mereka hasilkan nanti, yang dibesarkan melalui duit haram.

Beberapa pengendali media maya BN yang enggan bersubahat telah berhenti dan bertaubat, namun ramai lagi yang berterusan dalam noda dan dosa memfitnah serta memanjangkan promosi maksiat melalui video lucah.

Wallahu’aklam, begitulah adanya.

http://kedahla.blogspot.com

Presiden TI-M sahkan tiada ikrar PM Kristian, agama rasmi ganti Islam

TERKINI @ 12:52:47 PM 18-05-2011
May 18, 2011

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tiada sebarang bentuk pakatan atau konspirasi antara komuniti Kristian dan pemimpin DAP di Pulau Pinang awal bulan ini untuk menjadikan Malaysia negara Kristian, kata Datuk Paul Low.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) itu yang hadir sebagai penceramah undangan pada program Unashamedly Ethical Conference (UEC) 5 Mei lalu di George Town berkata, ikrar yang dibuat hanyalah berkaitan dengan pendekatan antirasuah.

“Saya boleh mengesahkan bahawa tiada pakatan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi atau kata sepakat mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian dibuat pada 5 Mei atau bila-bila masa ketika persidangan itu,” kata Low pada sidang media di sini hari ini.

Low (gambar) menambah, beliau amat risau ekoran dakwaan-dakwaan dibuat oleh beberapa blogger dan juga akhbar Utusan Malaysia kononnya ada sesi ikrar mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian.

Pada sidang media khas ini, beliau beberapa kali menekankan bahawa dakwaan sedemikian adalah tidak benar.

Sambil mempertahankan penganjuran persidangan itu, Low berkata, tujuannya adalah untuk menggalakkan amalan “beretika, nilai-nilai baik dan kehidupan yang bersih” di kalangan penganut Kristian.

Katanya, ikrar atau kata sepakat yang dibuat termasuklah yang berkaitan dengan lafaz Integriti Korporat kendalian Institut Integriti Malaysia (IIM), Pemandu dan TI-M.

Sehubungan itu kata Low, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya kepada polis.

Low juga berkata, beliau melihat isu semasa semakin membesar dan ia tidak baik bagi negara.

“... saya merasakan bertanggungjawab untuk mengatakan bahagian saya. Saya tidak boleh duduk diam. Saya telah hadir pada majlis itu, saya ada dalam gambar yang disiarkan di Internet,” kata Low lagi.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar harian milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Utusan Malaysia melaporkan perkara itu selepas memetik laporan sebuah blog yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi-paderi di sebuah hotel di Pulau Pinang.

Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu “pembohongan yang bahaya.”

Kes Dok Ingat Negeri Kedah masih hak depa..!!!

http://2.bp.blogspot.com/-54Zd1G-gp5A/TdNwyhXyMuI/AAAAAAAAE6w/JYJospZLoYg/s1600/2011-05-18_150912.jpg
Aduhaiii mai mana lagik KEDAH GEMILANG nie..
lanie dah jadi Kedah Sejahtera dah laa....

SHAKIR MAHU DAPATKAN KEMBALI KEPERCAYAAN JURULATIH

ALOR SETAR, 17 Mei (Bernama) -- Penyerang Kedah Ahmad Shakir Ali, yang menjadi sasaran kritikan jurulatih Wan Jamak Wan Hassan berikutan kegagalannya beraksi dengan baik bertekad mengembalikan kepercayaan jurulatihnya itu jika diturunkan dalam pertemuan dengan Pahang di Stadium Darul Aman di sini malam esok.

Ahmad Shakir, 22, berkata beliau tidak mahu memikirkan tentang kesilapannya itu ketika bertemu Selangor 9 Mei lepas dan mahu menebusnya dengan memastikan kemenangan Kedah malam esok.

"Saya akui saya gagal menunjukkan permainan yang baik ketika beraksi menentang Selangor disebabkan hilang semangat kerana pasukan pelawat memperoleh gol pertama.

"Saya terima segala komen mengenai kelemahan saya dan akan memperbaiki kelemahan saya dalam memastikan pasukan Kedah menjadi lebih mantap. Saya akan melakukan yang terbaik bagi membolehkan pasukan Kedah mendapat mata penuh esok dan sekaligus pasukan berada pada kelompok yang lebih selesa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada hari Selasa.

Selepas tewas kepada Selangor 0-2 dalam saingan Liga Super 9 Mei lepas, Wan Jamak melahirkan rasa kecewanya dengan sikap pemain-pemain muda Kedah terutamanya Ahmad Shakir yang gagal memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri.

Ahmad Shakir yang dimasukkan pada separuh masa kedua menggantikan Mohd Khyril Muhymeen Zambri dikatakan tidak bermain bersungguh-sungguh dan tidak banyak melakukan gerakan agresif seperti yang diharapkan Wan Jamak.

Ditanya sama ada prestasinya itu disebabkan dia hilang tumpuan terhadap permainan berikutan tidak terpilih menyertai Skuad Olimpik, Ahmad Shakir berkata perkara itu tidak menjadi tekanan buatnya kerana dia sendiri yang gagal melepasi syarat yang ditetapkan oleh jurulatih, Ong Kim Swee untuk menyertai skuad itu.

Sementara itu, Wan Jamak berkata beliau masih mahu memberi peluang kepada Ahmad Shakir dalam perlawanan yang akan datang untuk menunjukkan prestasi yang terbaik, sekaligus menebus kembali kesilapan yang dibuatnya.

"Kemungkinan saya tak akan turunkan Ahmad Shakir (dalam kesebelasan utama) pada perlawanan menentang Pahang malam esok kerana Mohd Azlan Ismail yang membarisi bahagian serangan sudah pulih daripada kecederaan," katanya.

Sementara itu, Wan Jamak berkata beliau akan memastikan kecerdasan pemainnya pada tahap yang baik bagi memastikan mereka boleh bertahan sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

"Saya tak mahu mereka hilang fokus disebabkan faktor keletihan seperti menentang Selangor minggu lalu dan berharap pemain dapat mengekalkan ketahanan fizikal dan mental sepanjang perlawanan berlangsung," kata Wan Jamak.

-- BERNAMA

sumber: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=586991 (18/05/2011)

Warga UMNO teramat bencikan Anwar kerana tertubuhnya PKR

Oleh anak_muara

"Saya membuat sedikit kaji selidik mengenai mengapa UMNO tidak kira pemimpin atasan atau ahli bawahan amat memusuhi Anwar Ibrahim dan PKR.Kebencian warga UMNO terhadap Anwar dan PKR begitu menebal sekali berbanding PAS dan DAP yang lebih senior menjadi musuh politik UMNO-BN.

Alasan warga tegar UMNO adalah kerana tertubuhnya PKR mengakibatkan orang Melayu dan juga undi Melayu berpecah 3 kelompok.Mereka mendakwa bahawa kesannya menjadikan kuasa politik Melayu menjadi lemah dan berkurangan.Kewujudan PKR bagi mereka membuatkan kuasa politik tidak stabil dan lemah.Dari situlah Anwar dianggap oleh warga UMNO sebagai pengkhianat kepada perjuangan Melayu ala UMNO.

Warga tegar UMNO beralasan biarlah UMNO dan PAS sahaja manjadi musuh politik dan jangan ditambahkan dengan kewujudan PKR yang diterajui oleh Anwar membuatkan perpecahan itu wujud lebih kepada 2 kelompok.Itu adalah gambaran politik warga UMNO akibat wujudnya PKR ini.Oleh sebab itu warga tegar UMNO begitu marah dan bencikan PKR dan juga Anwar.

PKR adalah sebuah parti politik yang berlatar belakangkan pelbagai kaum dan agama.Ia dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin UMNO.MCA,Gerakan,MIC dan beberapa bekas ahli parti komponen BN Sabah dan Sarawak.PKR juga dianggotai oleh jenerasi politik baru hasil tragedi krisis pemecatan Anwar dari UMNO dan kerajaan 1998.

Umur PKR telah memasuki 12 tahun dan satu pencapaian yang memuaskan walaupun dilanda pelbagai krisis dalaman.Kepantasan politik PKR dengan usia parti yang begitu muda membuatkan UMNO begitu tidak selesa sekali.Terbukti pada PRU-12 PKR memperolehi kemenangan kerusi parlimen diluarjangkaan iaitu 31 kerusi dengan mendahului PAS dan DAP yang lebih senior dari PKR.Ini yang membuatkan UMNO semakin tertetan dengan kewujudan PKR.Namun PKR dilihat sebagai parti masa depan kerana kesesuai dengan Malaysia yang mempunyai pelabagai kaum dan agama.

Warga UMNO pada mulanya meramalkan Anwar bakal menyertai PAS dan ada sejumlah bekas ahli UMNO yang kuat jiwa Melayu mereka amat teruja dan berharap Anwar akan masuk PAS namun telahan mereka meleset dengan tertubuhnya PKR yang dulunya PKN.Oleh sebab itu ada dikalangan pengikut Anwar untuk terus bersama UMNO dan sebilangannya masuk PAS dan kelompok yang benar-benar setia kepada Anwar menjadi ahli PKR.

Tidak dinafikan sehingga sekarang di dalam UMNO ada sejumlah ahli dan pemimpin yang masih sayangkan Anwar namun mereka agak tidak setuju dengan Anwar apabila wujudnya PKR.Dari situ kebencian dari sudut politik terhadap Anwar timbul namun pada masa yang sama mereka ini tetap percaya dan yakin bahawa Anwar sememangnya tidak bersalah dan difitnah oleh sebilangan pemimpin atasan UMNO yang amat tidak senang dengan ketegasan Anwar terhadap isu rasuah dan salah guna kuasa di dalam UMNO ketika itu.

Kini di dalam UMNO wujud 2 kelompok yang memusuhi Anwar iaitu kelompok yang sememangnya sudah lama memusuhi dan cemburu terhadap Anwar sejak awal kemasukan Anwar dalam UMNO.Kumpulan ini juga dikalangan mereka adalah golongan opportunis di dalam UMNO yang hanya mempunyai kepentingan perniagaan dan peribadi dengan kehadiran Anwar ke dalam UMNO mereka berasa begitu tergugat sekali dan dari situlah komplot perancangan menjatuhkan Anwar mula terjadi. Dan satu lagi kelompok adalah mereka yang menyokong Anwar dalam UMNO namun tidak setuju dengan dengan Anwar berikutan tertubuhnya PKR yang dianggap sebagai menambahkan perpecahan politik Melayu.

Kumpulan ini pada hakikatnya tahu bahawa Anwar tidak melakukan sebarang kesalahan salah laku seks namun demi menjaga dan memperjuangankan survival politik Melayu ala UMNO telah membuatkan segala perancangan jahat untuk mengekang kebangkitan Anwar terpaksa direlakan walaupun tindakan tersebut amat jelas bertentangan dengan Islam dan juga nilai-nilai kemanusiaan.

Kes Anwar : Adakah Hakim membuat lawak jenaka ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie. Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa .

Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa. Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita.

Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie. Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri.

Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ?

Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakawa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie , adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan.

Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri.

Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi.

Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar. Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu.

Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini. Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!!

Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!! Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ?

Adakah Umno fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut. Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar.

Come on Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!!

http://peguampas.blogspot.com

Macam Mana Pemimpin PAS Terpilih?

Oleh Zolkharnain Abidin

Senarai mereka yang layak bertanding di dalam muktamar PAS yang akan datang telah diumumkan. Cuma menunggu pengesahan daripada mereka yang tercalun sama ada terus bertanding atau menarik diri.

Tentu ramai yang akan menarik diri kerana merasa diri tidak layak, tidak mampu memberi tumpuan kepada tugas, terlalu banyak jawatan yang dipegang di pelbagai peringkat dan macam-macam lagi.

Ramai juga yang bakal mempertahankan jawatan atau mencuba nasib ke jawatan yang lebih tinggi. Tidak kurang yang tidak pernah berjawatan di peringkat pusat dan mencuba-cuba 'pasaran' mudah-mudahan terpilih.


Banyak pencalonan daripada kawasan belum tentu menyumbang kepada banyak undi. Semuanya bergantung kepada hari muktamar. Tidak ada kempen? Salah, kempen tetap ada dan sekarang pun telah ada individu yang berkempen.

Semuanya di tangan perwakilan daripada kawasan-kawasan seluruh negara. Tenggelam atau timbul adalah di tangan perwakilan daripada kawasan. Apa kriteria yang biasanya digunakan oleh perwakilan daripada kawasan (bukan semua kawasan tetapi sesetengah kawasan)?

CALON PANDAI CERAMAH
: Dia suka calon yang pandai berceramah. Dia tidak kisah, calon itu bekerja atau tidak selepas terpilih, asalkan calon itu pandai berceramah dan pandai buat lawak dalam ceramah.

CALON SATU NEGERI: Dia angkat calon dari negerinya sendiri. Ada perwakilan yang mengundi calon dari negerinya kerana katanya, mudah sikit kalau nak ‘sign’ apa-apa dokumen sebab berada dalam satu negeri.

CALON LAMA: Tak payah fikir yang baru, pilih saja yang sudah sedia ada. Orang lama senang berkira, dah lama kenal dan senang untuk diajak datang berceramah ke kawasan.

CALON USTAZ: Kena lantik ustaz untuk pertahankan apa yang diistilahkan sebagai ‘kepimpinan ulama’. Kalau bukan ustaz, ‘kepimpinan ulama’ di dalam PAS terjejas.

CALON BEKAS PEGAWAI TINGGI KERAJAAN: Pegawai tinggi kerajaan ada nama, ada pengaruh dan sedap kalau diperkenalkan di dalam majlis ceramah. Tentu orang ramai akan kagum.

CALON YB: Biasanya YB ada duit. Kalau dia terpilih sebagai pemimpin tentu mudah untuknya menjalankan tugas-tugas parti.

CALON ADA GELARAN: Gelaran Datuk atau apa-apa gelaran yang menyumbang rasa gah ketika disebut. Tentu nama yang ada gelaran sedap ditulis dan sedap disebut dan menimbulkan kebanggaan penulis atau penyebut.

Banyak lagi kriteria yang digunakan oleh perwakilan untuk memilih pemimpin dalam muktamar. Apa pun kriteria yang digunakan, calon itu hendaklah mampu memikul beban membawa PAS ke hadapan, bukan menarik PAS ke belakang.

Pemimpin itu hendaklah mampu memenuhi aspirasi rakyat terbanyak yang mahu melihat PAS mampu menggantikan Umno dalam tempoh terdekat.

Justeru, pemilihan perwakilan untuk memilih pemimpin hendaklah dikenalpasti dengan teliti. Jangan tangkap muat. Perlu ada kriteria perwakilan supaya mereka yang menjadi perwakilan mampu memilih pemimpin yang berwibawa.

Saya ulangi, bukan semua kawasan menggunakan kriteria di atas tetapi suatu masa dahulu, kawasan di negeri saya menggunakan sebahagian keriteria di atas.

http://sauhdibongkar.blogspot.com

14 kerusi PR belum diagih

ALOR SETAR - Pakatan Rakyat (PR) Kedah masih belum menemui formula terbaik untuk pengagihan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu, kerana belum dibincangkan dalam Jawatankuasa Rundingan PR.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Senator Zamri Yusuf berkata, setiap parti akan mengemukakan cadangan sebelum dipersetujui di peringkat Majlis Presiden Pusat (MPP) sekiranya wujud pertindihan tuntutan terhadap mana-mana 14 kerusi terbabit.

“Beberapa siri rundingan dibuat namun, belum mencapai kata putus dalam agihan 14 kerusi itu. Yang pasti, kerusi yang dimenangi oleh parti bertanding sebelum ini kekal pada parti berkenaan dan tidak wujud pertikaian,” katanya.

Pada PRU-12 lalu, PR menang 22 kerusi DUN, iaitu Pas (16), PKR (5) dan DAP (1). Manakala 14 kerusi menjadi milik BN (12) dan bebas (2).

Zamri berkata, PR akan mencari formula terbaik bagi memastikan kemenangan berpihak pada PR pada PRU-13 kelak, berikutan itu 14 kerusi DUN terbabit masih dalam peringkat perbincangan bagi memilih calon wakil PR.

“Kita akan bincang siapa layak menjadi wakil PR dalam PRU-13 sebab tidak dinafikan wujud pertindihan tuntutan terhadap beberapa kerusi, antaranya Derga dan Bakar Bata. Setelah persefahaman peringkat negeri dicapai, cadangan itu akan dikemukakan pada MPP untuk diputuskan,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran PKR untuk bertanding dalam PRU-13, Zamri berkata, pihaknya menyasarkan untuk mengekalkan kemenangan di lima kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen, di mana pada PRU-12 lalu, PKR meletakkan calonnya di 11 kerusi DUN dan tujuh kerusi Parlimen.

“PKR menang di Padang Serai, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani dan Kulim Bandar Baharu bagi kerusi Parlimen, tetapi tewas di Langkawi dan Alor Setar. Manakala kerusi DUN pula menang di Kulim, Sidam, Bukit Selambau, Lunas dan Bakar Arang,” katanya.

Enam kawasan DUN yang menyaksikan PKR tewas pada PRU-12 lalu ialah Bukit Kayu Hitam, Bakar Bata, Gurun, Pedu, Kuah dan Derga. Sebanyak 16 kawasan DUN yang diwakili Pas ialah, Bandar Baharu, Kuala Ketil, Kupang, Jeneri, Kubang Rotan, Bukit Lada, Bukit Pinang, Ayer Hitam, Alor Mengkudu, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Merbau Pulas, Anak Bukit, Tokai, Pengkalan Kundor dan Sungai Limau.

Mengulas mengenai kerusi yang disandang PKR yang menyaksikan wakil rakyatnya lompat parti, Zamri berkata, PKR tetap akan bertanding di kawasan berkenaan kerana ia kuota PKR, dan menyifatkan insiden itu adalah berpunca daripada sikap wakil rakyat dan bukannya parti.

“DUN Lunas dan Bakar Arang tetap akan diwakili PKR walaupun kedua-dua wakil rakyat berkenaan, Mohamad Radzhi Salleh dan Tan Wei Shu kini bebas,” katanya.

Menurutnya, bukan agihan kerusi yang perlu diberi keutamaan, tetapi yang paling utama ialah memastikan 22 kerusi DUN kekal milik PR bagi kelangsungan politik PR di Kedah.

“Jika semua ahli PKR, DAP dan Pas beri komitmen pasti Kerajaan PR mampu kekal di Kedah," katanya.

MB dan KM negeri Pakatan Rakyat ada juga facebook tapi MB kami tak ada..kesian kat kami..

oleh anakkedah007


Aduhai... sapa-sapa yg jadi rakyat Kedah dan suka layan facebook dan blog nie tentu rasa malu dan tercabar bila tengok KM pakatan rakyat dari Penang nak jumpa Rakan-Rakan Facebook beliau....

Apa tak malunya... MB KEDAH kami haram tak ambik peduli pon bab facebook dan blog nie.. Jika dia ambik peduli tentu dah ada facebook beliau... nie haram tak ada pon.. yg ada satu tu pun baru2 nie ja buat itu pon tak tau sapa punya sebab tak berupdate...

Jika MB KEDAH sebok kami tau laa dia kan MB dan bila jadi MB nie tentulah sebok tapi yang herannya MB nie w/pon sebok terra mana pon tentu dia ada PA dia tak pun Jabatan Penerangan dia... takan puak-puak nie tak reti nak uruskan benda nie...

Aku tengok NIK AZIZ & ANWAR IBRAHIM ok jaa dok layan RAKAN-RAKAN FACEBOOK depa.. Tapi mai yang KEDAH nie awat laa tak tau nak kata apanya.... macam perak buih jaaa dengan manatang facebook & blog nie....

Bukan apa rakyat nak tau juga xtvt terdekat dan terkini MB kita.. Jika ada facebook dan blog nie dapat juga rakyat dapat tau cerita fresh dan koleksi2 cerita MB kita sebagai rujukan.... kalau aku nak buat aku bukannya ikut pungkoq MB hari-hari.... orang yg follow MB hari2 ialah orang yang bertugas dekat wisma tu laa...jadi depa nie yg kena bijak oleh cerita pasai MB nie... ambik gambaq dia buat lawatan..mcm spt AGUNG mai baru2 nie, banyakan gambaq MB bersama AGUNG dan TUANKU SULTAN... tunjukkan keeratan mereka bersama dalam majlis.. benda2 macam nie rakyat nak tengok....

Tapi tak tau laa nak kata apa kat hangpa dah 3 tahun dah perintah oi.. takan tak boleh belajaq lagi kot nak promosi media mcmana.....

Logo halal Susu Sekolah 1Malaysia diragui

ALOR SETAR - Logo halal pada kotak Susu Sekolah 1Malaysia yang diagihkan secara percuma kepada murid sekolah rendah bermula 11 Mei 2011 lalu diragui status sijil halalnya.

Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Shaharol Niza Omar, berkata, logo halal yang terdapat di produk itu dikesan tidak menggunakan tanda halal dikeluarkan pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Menurutnya, pihaknya sendiri menghubungi bahagian Hab Halal Jakim dan mereka menyatakan produk itu masih belum mendapat sijil halal serta permohonannya masih dalam proses.

“Saya kesal kerana Kementerian Pelajaran (KPM) mengedarkan produk yang belum lagi mendapat sijil halal daripada Jakim kepada murid di sekolah.

“Selain itu juga, produk berkenaan didapati dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari Korea, sedangkan seperti yang kita tahu Korea bukanlah negara pengeluar tenusu dunia,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Shaharol Niza berkata, sedangkan sewaktu pelancaran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 16 September 2010 menyatakan susu itu akan dibekalkan pengeluar tempatan.

“Pihak kami khuatir kandungan Melamin yang terdapat dalam susu itu kerana kandungan susu hanya 40 peratus manakala 60 peratus lagi mengandungi bahan lain.

“Kami tidak mahu kejadian yang berlaku di negara jiran Korea iaitu China turut mencampurkan Melamin secara berlebihan dalam susu dan Kementerian Kesihatan perlu menjalankan ujian ke atas kandungan susu sebelum diberi kepada murid,” katanya.

Menurutnya, antara kandungan yang turut terdapat dalam susu itu ialah High Fructose Corn Syrup ( HFCS) sedangkan kandungan gula ini selalunya ditemui dalam jagung.

“Mengikut kajian di Amerika Syarikat pengambilan HFCS meningkatkan kadar obesiti tiga kali ganda dan kadar peningkatan diabetes sebanyak tujuh kali ganda.

“Kami merayu supaya KPM dapat mengambil tindakan menggantung sementara Program Susu Sekolah 1Malaysia sehingga ketiga-tiga masalah ini diselesaikan dengan cara sepatutnya,” katanya.

Menurutnya, program ini boleh diteruskan semula setelah kandungan HFCS menepati piawaian Kementerian Kesihatan dan sijil halal daripada Jakim diluluskan kepada produk ini.

MBAS lantik peguam baru

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan melantik peguam baru untuk membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi menyita bangunannya Khamis lalu, selepas gagal menjelaskan bayaran hampir RM750,000 kepada sebuah syarikat kejuruteraan.

Datuk Bandar, Datuk Khazali Din berkata, kejadian itu sepatutnya dapat dielakkan sekiranya afidavit rayuan difailkan kepada plaintif dalam tempoh 14 hari.

Menurutnya, MBAS percaya masih ada ruang untuknya memperbetulkan keadaan sekiranya mahkamah membenarkan rayuan diteruskan.

“Setakat ini, MBAS masih tidak mengemukakan sebarang pembayaran kepada plaintif kerana kes ini masih di dalam proses rayuan. Kita juga berharap rayuan ini akan diberi pertimbangan sewajarnya oleh mahkamah,” katanya kepada media selepas menghadiri Simposium Bandar Sejahtera di Dewan Besar MBAS, di sini semalam.

Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengeluarkan Writ Penyitaan dan Penjualan terhadap MBAS kerana gagal menjelaskan tunggakan RM750,000 kepada Syarikat Veecan Management Sdn Bhd.

Writ Penyitaan dan Penjualan kepada MBAS diserahkan oleh Bailif Mahkamah Tinggi Alor Setar, Hamid Man kepada Khazali dalam satu pertemuan tertutup yang diadakan pada pagi hari berkenaan.

Berdasarkan writ itu, Syarikat Veecan Management Sdn Bhd menuntut MBAS menjelaskan tuntutan bayaran RM749,355.59 melibatkan satu projek penjimatan tenaga elektrik yang dijalankannya dengan persetujuan MBAS.

Bagaimanapun, tempoh sitaan ke atas MBAS hanya untuk tempoh dua jam kerana PBT itu membuat pembayaran pada petang berkenaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...