TERKINI :

Tuesday, May 17, 2011

Dok Kalut Kristian pikiaq pasai kerja buat depa buat apa.. Tapi apa yg kita buat untuk agama ISLAM kita..??

oleh DepaKata

http://media1-cdn.malaysiakini.com/362/18f9ca549ba6963509b5318c810242c2.jpg

Bab pendakwahan agama Kristian dan cita-cita depa awat kita nak heran naa! Nabi awai lagi dah bagi amaran kat umat Islam..depa dan yahudi takkan redha dengan Islam sampai bila-bila. Sabit tu macam-macam cara depa buat untuk hanyutkan umat Islam.

Cara depa dakwah dan dakyah maha hebat dan tambah hebat bila dibantu oleh orang Islam sendiri. Kita dok kalut cerita persidangan paderi..coba tanya..adakah kita dan pemimpin kita betui-betui jaga Islam mengikut shariah Islam? Setakat Islam pada nama ada la..tapi bab hati dan akhlak lagi terok dari kapiaq.

Mana-mana pemimpin Melayu yang ngaku Islam tapi bini sendiri pun tak pakai tudung/tutup aurat..nak kata ikut/sayangkan Islam camana tu cek oii..selagi pakai mazhab Syafie selagi tu la jambul kat depan kpala tu tak boleh bagi tengok kat orang..takkan tak tau hukum kut?

Jadi, kita renong la balik. Jangan la kita biaq mata kita ditaboq pasiaq oleh orang macam Mat Razali tu atau pencacai-pencacai ahli politik mana-mana Parti kat Malaysia ni. Suma orang dah sama tahap ngan peserta-peserta Maharaja Lawak dah..I'M SORRYYY!

Pengundi Muda belum lagi merasai hasil dari dasar pentadbiran DS Najib

http://kchadyouth.files.wordpress.com/2010/12/slide2.jpg

DS Najib dilihat turun kebawah menemui pegundi-pengundi muda melalui perhubungan laman-laman web social seperti Facebook, Tweeter,Bloggers dsbnya.

Sentuhan-sentuhan ‘touch n go’ ini hanya ‘gitu-gitu’ aje tetapi hasil jangka panjangnya masih belum terbukti.

Dasar-dasar untuk pengundi muda khasnya belia dan bekas-bekas siswazah atau dalam lain perkataan orang-orang muda masih belum dilihat hasilnya. Di antaranya:

1) Skim Rumah Pertamaku untuk membantu golongan muda masih terawang-awang dan rata-rata orang-orang muda mendapati kesukaran apabila bertembung di antara penggubal dasar dan perlaksana dasar.

Apabila DS Najib membuat pengumuman dalam pembentangan budget 2011 tahun lepas ianya seolah-olah keesokkannya sedia untuk dilaksanakan tetapi cakap tak seperti pembikinannya.
(Lihat Lapuran Skin Rumah Pertamaku – Berita Harian link)

2) Isu kedua ialah peminjam-peminjam PTPTN yang disenaraihitamkan. Jumlah atau angkanya sebanyak 1.7 juta dan semakin membengkak angkanya setiap tahun.

Apakah sudah nasib bekas-bekas graduan ini disenarai hitamkan sebaik golongan muda ini melangkah keluar universiti ketika masih teraba-raba mencari pekerjaan.

Ramai di kalangan mereka yang disenarai hitamkan tanpa sedar kerana sistem di PTPTN tidak dikemaskini dan ketinggalan.

3) Satu lagi dasar untuk orang muda yang masih belum terbukti kejayaannya ialah skim usahawan siswazah. SME Corp sebagai agensi pelaksananya lebih berceramah dari bekerja.

Ramai usahawan di kalangan siswazah yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman tersebut. SME Corp harus membuktikan berapa siswazah yang sudah mereka bimbing dan bantu sehingga berjaya setakat ini.

MR berpeluang berdialog dengan beberapa kumpulan-kumpulan muda yang rata-rata sudah tidak yakin dengan dasar Kerajaan hari ini khasnya isu-isu yang di atas kerana realiti yang mereka hadapi tidak seindah seruan pemimpin.

Malah ada yang telah ‘give up’ langsung dengan birokrasi dan berusaha untuk bekerja di negara lain.

DS Najib harus ‘hand’s on’ untuk ‘address’ isu ini jika tidak keyakinan golongan ini kepada Kerajaan yang memerintah akan terhakis.

GLC KEDAH - Gemok la jadi CEO macam nie.. CEO sain cek lulus kat CEO sendiri..!!

Rekod menunjukkan Seri Temin beri sumbangan untuk CEO sendiri

Oleh: SAIBURI SUDIN

Dato’ Syed Sobri Syed Hashim ADUN BN Kuala Nerang adalah bekas CEO Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC). Sebagai CEO dia sudah menerima gaji dan elaun berdasarkan kedudukannya.

Tetapi dalam rekod catatan akaun dan baucer STDC menunjukkan STDC telah memberi sumbangan kepada Syed Sobri (selain dari gaji dan elaun yang diterimanya). Di bawah item ‘sumbangan’ semua pembayaran adalah kepada pihak yang tiada kaitan dengan urusniaga syarikat. Berikut adalah antara catatannya:

1) Tarikh 07.05.2003, (No. cek) 985494 - RM 300.00

2) 12.06.2003, (985515) - RM 84,000.00

3) 29.08.2003, (37725) - RM 5,000.00

4) 08.07.2003, (28915) - RM 2,249.00

5) 23.06.2004, (133223) - RM 5,720.00

6) 27.04.2005, (269735) - RM 6,900.00

7) 02.05.2005, (269748) - RM 2,350.00

8) 13.07.2005, (310274) - RM 1,211.90

Persoalannya, mengapa CEO STDC luluskan sumbangan untuk dirinya sendiri? Syed Sobri dan BN Kedah kena jawab. Pendedahan dan pendedahan yang dibuat satu pun tidak pernah dijawab. Berdasarkan pengalaman BN, mereka cukup pantas beri penjelasan dalam apa-apa isu kontroversi… siap dengan sumpah laknat dalam masjid, tapi mengapa dalam isu Skandal RM7.5 juta STDC BN Kedah hanya menyepi?

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

http://kedahla.blogspot.com

Wahai Kerajaan UMNO/BN.. Nak naik minyak RON95 habaq terang-terang laa..!!

Subsidi: Alasan kerajaan untuk naik harga RON95

KUALA LUMPUR, 17 Mei: PAS mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu.

Menurut Muhyiddin, RM18 bilion daripada unjuran tahun ini adalah khusus untuk sektor berkaitan minyak seperti subsidi RON95, diesel dan gas memasak LPG berbanding RM8 bilion untuk kegunaan itu pada tahun lalu.

“PAS telah menjangka ini adalah alasan untuk kerajaan menaikkan minyak RON95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata, kenapa kerajaan perlu mengeluh mengenai hal ini, apakah kerajaan sudah tidak mempunyai antibodi untuk memikirkan bagi kebahagiaan rakyat sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekangan kewangan setiap saat memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat.

Katanya, Kelantan negeri yang sering didendangkan negeri miskin walaupun hakikatnya tidak, telah mencari dana untuk merakyatkan ekonomi dengan skim kifalah untuk warga emas dengan perbelanjaan tahunan sebanyak RM7 juta, skim al-ziwaj (bantuan perkahwinan) RM1.5 juta , skim it’am (bantuan beras kepada orang miskin).

“Inilah contoh kepimpinan rakyat yang prihatin kepada rakyat dengan memikirkan bagaimana untuk beri kepada rakyat bukan memikir untuk ambil hak rakyat.

“Kenapa kerajaan hanya hendak menyalahkan subsidi sehingga kerajaan rasa terbeban dengan pemberian subsidi kepada rakyat?” soalnya.

Justeru, ujarnya PAS ingin mengingatkan kepada pemimpin BN, tugas pemimpin (menteri) ialah khadam rakyat, bukan tuan rakyat.

Katanya, khadam yang dibayar dengan imbuhan yang besar setiap bulan tidak kurang RM50,000 mestilah berbaloi untuk memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat.

Menurutnya, rakyat tidak cemburu dengan imbuhan yang diperolehi, dengan syarat mestilah dibayar dengan pembelaan kepada rakyat melalui perkhidmatan yang sepatutnya, bukan dengan menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.

Baginya, jika tugas sebagai pemimpin hanya untuk ambil gaji dan beku otak untuk fikir menyelesaikan masalah rakyat, maka lebih baik diberi kuasa kepada mereka yang buta huruf.

Apa tidaknya, kata beliau gaji diambil, pembaziran dan ketirisan dibiarkan, apabila kerajaan tidak ada wang maka dibeban kepada rakyat.

“Kenapa jalan pintas yang diambil untuk tarik subsidi sehingga barang keperluan rakyat naik mendadak?

“Kenapa pemimpin BN tidak memerangi rasuah dan pembaziran?” soalnya lagi

Pemimpin BN, katanya tidak pernah mengambil nasihat dan memperbaiki segala teguran yang diberi setiap tahun seperti pembaziran dan ketirisan.

Tambahnya, teguran Ketua Audit Negara seperti negara kehilangan wang sebanyak RM28 bilion kerana ketirisan, sebanyak RM888 bilion wang haram hilang daripada negara perkara ini yang perlu diselesai dahulu.

“Sebelum potong subsidi rakyat kena potong dulu projek yang tidak menguntungkan majoriti rakyat seperti Menara Merdeka 100 tingkat (RM5 bilion), upah APCO Yahudi RM77 juta setahun, subsidi untuk IPP sebanyak RM 19 bilion setahun, Permata RM111 juta setahun,” ujarnya.

Soalnya, ke mana wang cukai Petronas yang diberi sejak 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (hitung panjang setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion).

Beliau menambah, jika RM20 bilion diambil untuk subsidi maka terdapat lagi lebihan untuk perkara lain, tidak termasuk hasil getah, sawit, mutiara, balak, silikon dan sebagainya.

Persoalannya, kata beliau kenapa pemimpin negeri Pakatan Rakyat mampu. “Jawapannya kerana ada nilai amanah dan kesungguhan untuk rakyat,” ujarnya

Sah Hadi kekal presiden, enam layak tanding No 2

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara rasmi mengekalkan jawatan presiden PAS untuk penggal kelima manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden pada pemilihan parti itu awal bulan depan.

Hadi kekal mempertahankan jawatan itu kerana tiada calon lain yang layak untuk bertanding bagi jawatan itu selepas 180 kawasan selesai mengadakan mesyuarat kelmarin.

Bagaimanapun dari 180 kawasan itu, jawatankuasa pemilihan hanya menerima borang pencalonan dari 152 kawasan dan daripada jumlah itu enam borang pencalonan ditolak kerana tidak lengkap.

Ketika mengumumkan senarai rasmi pencalonan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, bagi jawatan timbalan presiden enam calon layak untuk memegang jawatan itu.

Mereka ialah Mohamad Sabu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Nasharudin, penyandang jawatan dan Mohamad setakat ini telah mengesahkan akan bertanding jawatan nombor dua itu.

Bagi jawatan naib presiden PAS pula 14 orang layak bertanding iaitu Azizan; Husam; Salahuddin; Nasharudin; Salahuddin; Tuan Ibrahim; Idris Ahmad; Datuk Mahfuz Omar; Mazlan Aliman; Datuk Mohd Amar Abdullah; Dr Mohd Hata Ramli; Dr Mujahid Yusof Rawa; Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Dalam pada itu, bagi kerusi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat seramai 82 orang layak bertanding.

Mereka ialah Abdul Ghani Abdul Rahman, Abdul Ghani Samsuddin, Abdul Halim, Dr Abdul Rani Osman, Abdul Wahid Endut, Datuk Abu Bakar Chik, Abu Bakar Hussein, Adly Zahari, Ahmad Sabki Yusof, Aiman Athirah Al-Jundi, Amiruddin Hamzah, Datuk Anuar Tan Abdullah, Asmuni Awi, Azizan dan Azman Shapawi Abd Rani.

Turut layak Dr Halimah Ali, Hamzah Abdullah, Hamzah Jaafar, Hanipa Maidin, Hashim Jasin, Datuk Dr Hasan Ali, Dr Hayati Othman, Husam, Idris, Iskandar Abdul Samad, Datuk Kamaruddin Jaafar, Dr Khairuddin Abdul Malik, Khalid Samad, Khalil Idham Lim dan Dr Lo’ Lo’ Ghazali.

Selain itu, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Mahfuz, Mazlan, Misbahul Munir Masduki, Mohamad Nor Mohamad, Mohama, Mohd Anuar Tahir, Mohd Apandi Mohamed, Mohd Firdaus Jaafar, Mohd Hatta, Mohd Nasir Mustafa, Mohd Nasir Zakaria, Nizar, Mujahid, Mumtaz Mohd Nawi, Mustafa, Dr Najhatussolehah Ahmad, Nasharudin, Datuk Nasuruddin Daud, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Nik Mohd Amar, Nik Zawawi, Norazli Musa, Normala Sudirman, Nuridah Salleh, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Razman Zakaria dan Riduan Mohd Nor turut layak untuk bertanding.

Sementara itu, Rosidi Hussin, Sa’ari Sungib, Salahuddin, Salleh Man, Sallehen Mukhyi, Dr Siti Mariah Mahmud, Siti Zailah Mohd Yusof, Suhaizan Kaiat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Datuk Taib Azamuddin Md Taib, Datuk Takiyuddin Hassan, Taufek Ghani, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Wan Hasrina Wan Salleh, Wan Nik Wan Yusof, Wan Ubaidah Wan Omar, Yusof Embong, Zainuddin Yusof, Zaki Ibrahim, Zulkefly Muhamad Omar dan Zulkifly Ahmad turut tercalon bagi jawatan itu.

Hanya 18 kerusi diperuntukkan bagi jawatan ahli jawatankuasa kerja pusat.

Bagaimanapun Abdul Halim berkata pihaknya tidak mahu mendedahkan jumlah yang diperoleh setiap calon.

“Kita tidak umum ... kita tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon),” katanya.

Menurut Abdul Halim, jawatankuasa pemilihan akan menghantar surat rasmi pencalonan kepada calon yang layak untuk bertanding bagi jawatan masing-masing.

Jelas beliau, calon yang layak harus membalas surat tersebut sebelum 26 Mei itu.

Selain surat, calon juga boleh memaklumkan jawatankuasa pemilihan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melalui faks, katanya.

“Kami (jawatankuasa pemilihan) akan menghantar surat kepada semua calon yang telah disenaraikan sama ada mereka menerima tawaran untuk bertanding atau menolaknya.

“Jika surat maklum balas daripada calon tidak diterima jawatankuasa sehingga 26 Mei ini, secara automatiknya, mereka dikira menolak dan tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini,” kata Abdul Halim.

Selain itu, jelas beliau, calon yang layak tidak boleh memberikan alasan tidak tahu mengenai pencalonan yang diterima kerana selain menghantar surat perkara itu turut dihebahkan melalui media termasuk media rasmi PAS.

Sementara itu, Mustafa berkata parti itu tidak menetapkan garis panduan untuk calon berkempen.

Namun tegas beliau, kebiasaannya mana-mana calon yang berkempen secara berlebihan peluang untuk menang sukar.

“Kita tiada peraturan (kempen), kita memang tidak ada.

“Jika berkempen secara berlebihan, ini menyebabkan perwakilan tidak senang,” katanya.

Seramai 1,100 perwakilan akan membuat keputusan dan memilihan barisan kepimpinan PAS.

LIM GUAN ENG ada jugak Rakan facebook.. tapi MB KEDAH..!!

HI-TEA KM LIM BERSAMA RAKAN-RAKAN FACEBOOK

Adalah menjadi harapan saya untuk bertemu dengan rakan-rakan atau dengan lebih tepat penyokong-penyokong setia laman sosial Facebook saya yang kini telah mencecah angka kira-kira 35,000 orang.

Umumnya, saya amat berbesar hati dan terasa terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakan-rakan sekalian. Kata-kata hikmah dan juga dorongan berterusan yang diberikan telah menyuntik semangat saya untuk terus berjuang terutamanya dalam memartabatkan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga kebajikan rakyat seluruh negara ini.

Sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat, adalah menjadi prinsip Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) untuk mendengar suara rakyat, buat kerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada rakyat.

Initipati ini turut dipraktikkan terhadap maklum balas yang diberikan di laman Facebook saya. Walaupun saya tidak dapat meluangkan sepenuh masa untuk berinteraksi, kakitangan dari Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri sering memaklumkan kepada saya mengenai perkembangan terkini rakan-rakan sekalian.

Justeru, bersempena dengan ulangtahun pertama saya di laman Facebook yang diwujudkan sejak Jun 2010, saya ingin menjemput anda sekalian ke majlis Hi-Tea bersama saya pada 25 Jun 2011 jam 3 hingga 5 petang di Perkarangan Straits Quay, Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Bagi penganjuran pertama, seramai 200 rakan akan dipilih bagi menyertai majlis berkenaan. Pertemuan selanjutnya akan diatur dari semasa ke semasa. Sila isi borang penyertaan yang disediakan dan rakan-rakan yang bertuah akan dihubungi bagi pengesahan lanjut. Borang penyertaan di sini : http://www.buletinmutiara.com/borang-penyertaan/

Sekian terima kasih.

LIM GUAN ENG

UMNO Kedah Jolok Sama-Sama Depa.. Bila Orang Dedah depa maki Kita Pulak..!!!

Mai kita tengok, siapa yang desak pendedahan Seri Temin?

Oleh: Tok Non

Tok Non rasa perlu menjelaskan beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh Wan Suhaizi Wan Senu dalam tulisannya yang mempertahankan Dato’ Syed Sobri Syed Hashim, bekas CEO Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd.

Soalan yang menarik ialah mengapa selepas 3 tahun baru PAS ‘menyalak’? Menyalak biasanya digunakan untuk anjing tapi begitulah UMNO mereka sangat suka memberi gelaran buruk terhadap pihak tidak sehaluan, memfitnah dan mengeluarkan kata-kata tidak beradab. Semoga Allah memberi taufik hidayah untuk mereka kembali kepada akhlak Islam.


Isu Seri Temin bermula apabila ADUN Pedu Dato’ Seri Mahdzir Khalid bertanya soalan di Sidang Dewan Negeri bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Kedua Belas awal bulan April lalu. Dia bertanya mengenai prestasi beberapa buah syarikat GLC (antaranya Seri Temin). Soalannya dijawab oleh Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dengan panjang lebar.

Mahdzir bangun lagi bertanya soalan tambahan. Kali ini dia menghantar ‘bola tanggong’ kepada Amiruddin. Exco kerajaan negeri itu mengeluarkan dokumen yang disediakan oleh laporan Audit Kerajaan Pusat dan laporan audit dalaman GLC, mendedahkan satu demi satu kepincangan yang berlaku dalam Seri Temin di zaman BN.

Syed Sobrie ‘kepanasan’, dia mengangkat beg meninggalkan Dewan sewaktu isu tersebut hangat dibincangkan.


Jika UMNO bertanya mengapa pendedahan selepas 3 tahun? Soalan yang patut ditanya ialah mengapa selepas 3 tahun baru Mahdzir Khalid bertanya soalan? Adakah dia sengaja mahu mengenakan Syed Sobri serta pihak-pihak tertentu yang menerima sumbangan politik dari Seri Temin? Hanya Mahdzir yang tahu.

Sebenarnya UMNO tidak perlu susah hati, tidak perlu buat penafian bahawa UMNO memang menerima duit itu, kerana penggunaan RM7.5 juta duit Seri Temin untuk kroni mereka (terutamanya entiti dalam UMNO, bermula dari negeri, bahagian, sayap hingga ke cawangan) bukan satu kesalahan mengikut undang-undang. Ini kerana ia diberi di bawah item ‘sumbangan’. Kesalahannya adalah dari aspek moral iaitu:

1. Mengapa tidak beri sumbangan untuk kebajikan rakyat, golongan miskin dan sebagainya. Mengapa beri dekat UMNO buat program parti termasuk makan angin ke luar negeri, honey moon, sewa hotel persidangan UMNO? Semiskin-miskin PAS, bila berkuasa tak pernah sapu duit negeri tapi UMNO yang dakwa kaya, rupanya kaya dengan menyapu duit negeri atau duit GLC.

2. RM7.5 juta itu disumbangkan kepada pihak yang tidak boleh diberi rebat cukai oleh LHDN (UMNO dll). Akibatnya Seri Temin terpaksa bayar juga cukai dengan mencari sumber kewangan lain. Amalan ini tidak bijak dalam pengurusan korporat dan menunjukkan kelemahan pentadbiran mereka, maka mereka tidak layak diberi kuasa kerana jenis ‘pantang nampak duit’.

3. Di samping menggunakan wang itu untuk politik UMNO, perbelanjaan yang digunakan juga sangatlah mewah misalnya belanja untuk mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap, belanja duit Seri Temin hampir RM100 ribu!!!

4. Duit disumbangkan dengan mewah kepada UMNO, keuntungan syarikat tidak diutamakan, akibatnya Seri Temin rugi pada 2007 dan 2008 (tinggalan BN) dan hanya kembali membuat untung pada 2009 dan 2010 di bawah PAS.

Banyak lagi KESALAHAN dari aspek moral, eloklah pembaca semua senaraikan sendiri…

“JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN”

http://kedahla.blogspot.com

Apa Najib sembang dengan Ketua Hakim Negara selama 6 jam..???

Susupan Petang
Najib Jumpa Ketua Hakim Negara Enam Jam

http://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/image/20090203/najib-afp.jpg

BOHONG dia bohonglah saya. Tetapi dengan ketokohan dan kredebiliti yang ada kepada sang tokoh ini saya percaya dia tidak berbohong. Sebelum ini pun banyak maklumat sulit yang beliau perolehi, baik disebut atau tidak ternyata benar. Hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan negara juga meletakan dirinya sebagai berstatus boleh dipercayai. Berpandukan kepada track rekodnya tahap kebolehpercayaan itu melebhi 90 peratus dan lebih baik dari Dr Mahathir.

Petang tadi sewaktu mengunjunginya, saya diberi tahu sesuatu peristiwa yang mungkin tidak ramai diketahui dari kalangan rakyat peringkat bawah. Tetapi rakyat peringkat atas, apa lagi bernama pegawai tinggi, menteri.. mengetahuinya. Kalaupun rakyat peringkat bawah yang mengetahuinya hanya pemandu sahaja.

Bahawa menurut tokoh berusia lebih 70 itu, Perdana Menteri, Mohd Najib Razak sebelum berlepas ke luar negara kelamrin telah bertemu dengan Ketua Hakim Negara. Tidak pula disebut di mana pertemuan itu tetapi mungkin di pejabat PM atau di tempat lain. Masa pertemuan itu ialah selama 6 jam.

"Enam jam itu lama sebenarnya, Sayuti," katanya terhangguk-hangguk. "Biasalah kalau perdana menteri hendak ke luar negeri beberapa hari ia akan bertanya beberapa hal mengenai negara kepada ketua-ketua pemerintah dan pentadbir, termasuk ketua hakim negara, ketua polis negara dan juga ketua asar..tetapi enam jam itu lama," sambungnya.

"Apa yang saya diberi tahu oleh seseorang yang di juga diberitahu, dalam pertemuan Najib dengan Ketua Hakim negara itu ada sangkut paut soal keputusan terhadap Anwar Ibrahim hari ini," katanya.

Katanya lagi, dalam pertemuan itu Najib ada berbincang atau menerima pandangan ketua hakim negara. Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan Anwar Ibrahim diminta membela diri atas pertuduhan liwat ke atasnya.

Selain itu katanya, si pemberitahu kepada orang yang memberi tahu tokoh itu, Najib juga turut berbincang mengenai Raja Petra. Dan selebihnya hal-hal lain. Ada kemungkinan perbincangan terhadap Raja Petra untuk tidak mengenakan apa-apa tindakan undang-undang ke atas blogger yang kini sudah berpaling tadah menjilat segala ludahnya yang melata di longkang Chow Kit itu.

"Saya kira pertemuan itu serius dan penting kerana ia memakan masa yang panjang. Tetapi disini kita tidak boleh hendak mengatakan apakah keputusan hari ini (keputusan terhadap Anwar) adalah terhasil selepas berlaku pertemuan itu," katanya. Bagaimana pun beliau yakin pertemuan itu membawa tujuan dan maksud yang besar? [ttdi.kl 7:45 pm 16/05/11]

Mohd Sayuti Omar

Ha Ha Ha.. DIESEL pulak naik...!!

Kerajaan mansuh ‘Super Subsidy’ diesel sembilan kategori

May 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuat kuasa 1 Jun ini.

Berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi pada 9 Mei lepas, kategori kenderaan itu tidak lagi membeli bahan berkenaan pada harga RM1.481 seliter.

Bagaimanapun, kenderaan-kenderaan itu masih lagi menikmati subdisi dengan pengambilan di stesen minyak pada harga RM1.80 seliter.

Kategori kenderaan yang terlibat adalah Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin.

Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober lalu, yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan.

“Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini.

“Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta,” demikian menurut kenyataan itu dipetik Bernama Online malam ini.

Pun begitu, diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan.

Katanya, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter.

Dalam pada itu, kementerian berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan.

Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 seliter.

TAHNIAH Presiden KIMMA...berjaya juga hang jadi 'senator' noo..!!

Presiden Kimma dilantik senator

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Syed Ibrahim Kader, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), parti politik sahabat BN, dilantik sebagai ahli Dewan Negara dan dijangka akan mengangkat sumpah dalam beberapa hari.

The Malaysian Insider difahamkan, Syed Ibrahim (gambar), 57, telah menerima surat pelantikan sebagai senator minggu lalu.

“Saya diberitahu Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu dan tarikh bila akan sumpah akan diketahui esok.

“Syed Ibrahim menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka, namun saya difahamkan beliau tidak mahu perkara ini didedahkan terlebih dahulu,” kata sumber ketika dihubungi.

Syed Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas sambil meminta agar menunggu sehingga tarikh angkat sumpah.

Jelas sumber itu, Syed Ibrahim hanya akan membuat kenyataan berhubung pelantikan itu selepas mengangkat sumpah.

Ini merupakan kali pertama wakil Kimma dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Kimma ditubuhkan pada 1976.

Penghujung tahun lalu, Syed Ibrahim memohon kerajaan melantik seorang senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.

Selain itu Syed Ibrahim berkata, Kimma juga memohon kepada kerajaan agar wakil India Muslim ditempatkan di Majlis Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan supaya mereka dapat menyalurkan masalah kaum itu kepada pihak berwajib serta mendapat maklumat tentang peluang perniagaan dan perdagangan di dalam mahupun di luar negara.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu dana khas perniagaan untuk industri kecil dan sederhana dan peniaga kecil India Muslim untuk memudahkan peniaga kecil itu mendapat dana pusingan modal bagi memulakan atau membesarkan perniagaan.

Kimma yang mendakwa ada 80,000 ahli negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN semenjak 1984 tetapi gagal ekoran bantahan komponennya termasuk oleh MIC.

Ogos lepas, Umno bersetuju menerima Kimma sebagai anggota bergabung parti itu dengan beberapa keistimewaan seperti dijemput hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan agung dan persidangan di peringkat bahagian sekiranya parti itu mempunyai keanggotaan di kawasan berkenaan. [Malaysian Insider]

Raja Petra pie dok berkawan dengan tokey WikiLeaks laaa pulak..!!

Malaysia Today kerjasama dengan WikiLeaks
Oleh Harakahdaily

LONDON, 16 Mei: Laman web yang dikendalikan Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today dijangka akan meningkatkan pelawatnya lagi apabila memulakan kerjasama dengan laman dari Australia, WikiLeaks.

Kedua-dua laman itu melalui pemiliknya, Raja Petra dan Julian Assange menandatangani perjanjian kerjasama antara kedua-duanya hari ini di the Sunday Roast lunch dekat the Duke of York.

(GAMBAR: Petra dan Assange bersalaman dan menunjukkan dokumen perjanjian kerjasama antara mereka)

Turut serta di majlis itu adalah anak Raja Petra, Sara Petra.

WikiLeaks menggegarkan dunia apabila membuat pelbagai pendedahan tentang dokumen yang kebanyakan dimiliki oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Turut didedah adalah dokumen-dokumen berkaitan dengan Malaysia.

Raja Petra pula banyak menggegarkan politik Malaysia apabila membuat pelbagai pendedahan.

Antaranya adalah membuat pendedahan melalui Kenyataan Bersumpah kononnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut berada di tempat pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Puncak Alam.

Baru-baru ini, Raja Petra melalui TV3 menegaskan itu bukan kenyataan beliau tetapi kenyataan seorang pegawai kanan tentera sebagaimana yang dinyatakan dalam Kenyataan Bersumpahnya.

Beliau meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu.

Ekoran itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan pegawai tentera berkenaan telah digantung tugasnya.

Malaysia Today kerjasama dengan WikiLeaks

Guru Besar, Pengetua dan GPK saja yg untung Bukannya guru yang mengajar

Guru Besar Naik Gred: BN Hendak Pegang Kepala2 Sekolah Utk PRU13?
Oleh: mazwandi

"Semalam adalah hari Guru. Mengapa ianya dibuat pada 16 Mei, hamba tidak tahu. Namun, apa yang pasti, hari guru disambut semalam. Balik dari sekolah, isteri hamba dapat hadiah kusyen, bawa balik cokelat dan sekotak kecil kek. Kenyang hamba malam tadi.

Cuma apa yang hamba hendak ketengahkan ini, bukannya berkenaan apa yang dibuat oleh seluruh sekolah di Malaysia semalam.

Yang pastinya, tiada satu pun kelas yang membuat pembelajaran. Kiranya, murid dicutikan seharian semalam. Apa yang hendak diketengahkan adalah 'hadiah' istimewa yang akan diberi oleh kerajaan bn kepada guru untuk gula-gula PRU 13 nanti.

Hamba tidak dengar secara terus apa yang pm dan tpm katakan apakah yang akan dinikmati oleh guru. Tetapi apa yang pasti, hamba dapat dari akhbar-akhbar versi maya.

Hamba tidak akan ambil dari akbar MalaysiaKini atau HarakahDaily, nanti ada yang mengatakan akhbar itu akan bias dan hanya cakap benda yang tidak molek sahaja kepada kerajaan bn. Tetapi hamba akan merujuk kepada akhbar utusan.

Sila baca ini; Terima kasih Perdana Menteri dan ini; Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru

Dapat dilihat, apa yang hendak digula-gulakan kepada guru bukannya dapat hari ini atau bulan depan, tetapi tahun hadapan. Ianya seperti hadiah yang bersyarat. Dan apa yang lebih pasti, apa yang dikeluarkan oleh akhbar umno itu adalah, yang pastinya, ianya hanya menguntungkan Guru Besar, Pengetua dan GPK. Bukannya guru yang mengajar, tetapi cikgu yang mentadbir sekolah sahaja.

Puas hamba membelek-belek akhbar2 maya, ada tidak 'hadiah' yang diberikan kepada guru yang benar-benar mengajar, namun tiada. Cumanya, apa yang hamba dengar, dari mulut ayah hamba, bahawa guru-guru, yang sudah mengajar 5 tahun, akan naik gred secara automatik. Jika sekarang DG41, dan sudah mengajar menjangkau 5 tahun, tahun depan automatik naik DG44. Ayah kata beliau dengar dari rakan di masjid. Betul atau tidak, kepastiannya hamba akan beli akhbar pagi ini.

Namun jika betul, mengapa tiada satu cerita pun di akhbar maya yang menceritakan tentang cerita ini. Jika benar sumber yang ayah hamba beri, mengapa utusan online tidak membesar-besarkan cerita yang maha menguntungkan warga pendidik di seluruh Malaysia? Maka hamba akan anggapkan, ianya hanya gosip-gosip liar di verenda masjid.

Yang pastinya, kerajaan bn sedang melaksanakan satu modus operandi memegang kepala di setiap sekolah, agar ikut cakap bn, dan memastikan semua kepala-kepala disetiap sekolah akan menekan guru-guru dibawahnya agar mengikut telunjuk kepala-kepala ini yang mungkin telah terjurus kepada arahan menyokong bn. Itu yang hamba nampak.

Maka, siap siagalah wahai semua warga pendidik, jika pengetua sekolah atau guru besar sekolah anda semua adalah pendokong umno apco, maka sesuatu arahan yang 'gila' dan kurang waras pasti akan dilaksanakan kepada anda semua. Kepada guru-guru yang aktif didalam PAS atau PKR, siapkanlah diri anda semua dengan kekuatan luar biasa kerana pengetua2 dan guru2 besar cap ayam ini pasti akan melaksanakan perintah 'khas' dari tpm.

Namun yang pastinya, hamba yakin, apalah sangat tekanan yang boleh diberikan oleh kepala-kepala sekolah ini, berbanding dengan tekanan yang sedia ada diperolehi oleh para guru di sekolah sekarang. Lantakkanlah mainan politik kepala sekolah yang kuat membodek untuk menaikkan pangkat sendiri. Mereka bukannya pedulikan masalah guru-guru di sekolah pun. Yang penting nama sekolah naik, bukannya akhlak dan pengetahuan murid yang naik.

Betul tidak wahai guru?

Mahu baca cerita lagi, layari; http://ibnmustaffa.blogspot.com/

FELDA PURUN - DEMONTRASI TIDAK MEMBAWA KESAN, SAMBUTAN HEBAT TERHADAP ANWAR

Sejurus selesai Dato' Seri Anwar menghadiri Wacana Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk di Kuantan semalam, beliau telah bergegas pula untuk menghadiri satu program ceramah di kawasan Felda Purun di dalam Parlimen Bera. Sebelum itu, beliau sempat memberikan tazkirah maghrib di Masjid Batu 1, Temerloh.

Markas PAS Felda Purun

Sebelum ini, sekumpulan penunjuk perasaan yang kununnya mewakili suara masyarakat felda mengadakan demontrasi untuk menghalang program ceramah oleh Ketua Umum PKR tersebut. Namun PKR Negeri Pahang bertegas untuk mengadakan program yang dijadualkan malahan mencabar sesiapa sahaja dari golongan yang menentang kehadiran Dato' Seri Anwar agar hadir mengikuti ceramah bagi mendengar sendiri penjelasan isu semasa oleh Dato' Seri Anwar samada ianya boleh menggugat keselamatan negara atau sebenarnya menggugat kedudukan Umno/Bn.

Ceramah di Felda Purun hanya dibenarkan di dalam kawasan Markas PAS di situ walaupun telah dijangka kehadiran orang ramai pastinya tidak boleh ditampung oleh Markas PAS, namun pihak penganjur terpaksa mengadakan juga program tersebut dengan menyediakan kawalan keselamatan oleh Unit Amal PAS yang telah menjalankan tugas mereka dengan begitu baik sekali. Ketibaan Dato' Seri Anwar seperti diduga telah cuba diprovokasi oleh beberapa kumpulan yang menjerit umpama orang hilang akal dengan menghamburkan kata-kata lucah terhadap beliau. Alhamdulillah, kematangan dari pihak kita Pakatan Rakyat telah mengelak terjadinya sesuatu yang tidak diingini walaupun kedapatan pihak Polis di situ yang mengawal keadaan.

Sambutan orang ramai di luar jangkaan samasekali, lebih 2,000 telah memenuhi ruang dalam dan luar Markas PAS Felda Purun bagi mendengar pidato yang terdiri daripada Sdr Mazlan Aliman, Dato' Fauzi Abd Rahman, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan amanat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Adun Teriang, YB Leong Ngah Ngah juga turut hadir bersama lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat Pahang.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Orang ramai di luar Markas

Sdr Mazlan Aliman banyak menyentuh tentang isu nasib Peneroka Felda yang seringkali terkeliru dengan janji-janji pihak kerajaan. Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya, apa jua yang diperjuangkan oleh ANAK akan dilaksanakan. Pengerusi PKR Negeri Pahang menyebut tentang komitmen Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang ini bagi merampas Negeri Pahang dari Umno/Bn. Beliau turut menyentuh tentang betapa takutnya pemimpin Umno kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak pernah berehat dari diserang dengan berbagai fitnah. Selaku bekas pemimpin Umno dan juga bekas ahli kabinet di dalam Kerajaan Bn, beliau lebih mengenali Dato' Seri Anwar dan siapakah musuh-musuh di sekelilingnya.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula lebih banyak mengupas tentang kaedah dan perundangan di dalam Islam berkaitan kes tuduhan zina/liwat dan bab bersumpah di dalam Islam. Beliau menjelaskan di dalam Islam, tiada pilihan lain bagi seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina melainkan dengan membawa 4 orang saksi yang adil melainkan sekiranya ada pengakuan dari mereka yang berzina.

Hukum ini Allah tetapkan adalah kerana Allah teramat menjaga maruah hamba-hambanya dan mereka yang terlepas dari hukuman di dunia ini, mereka tidak boleh lepas dari hukuman di Akhirat kelak. Di dalam isu sumpah, di dalam isu menuduh orang berzina Islam tidak tidak menetapkan sumpah sebagai bukti menuduh. Jika amalan ini diamalkan, nescaya porak poranda masyarakat kerana Allah telah jelaskan akan ada golongan yang sanggup bersumpah kerana ingin menegakkan fitnah mereka.




Dato' Seri Anwar malam itu sungguh bersemangat walaupun keletihan kerana sehari suntuk program yang beliau hadiri. Beliau menjelaskan tentang apa yang terkandung di dalam Buku Jingga dan komitmen Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai Putrajaya nanti. Beliau tidak hiraukan betapa banyak tekanan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, malahan semakin melampau sehingga menekan isteri, anak dan keselamatan cucu beliau tetapi demi nasib rakyat beliau tetap akan lawan rejim Umno/Bn.

Beliau kesal kerana saban hari beliau diaibkan dan dituduh dengan berbagai tuduhan yang kadangkala tidak masuk akal, tetapi beliau kerapkali dikenakan sekatan untuk berjumpa rakyat bagi menjawab segala tuduhan jahat mereka. Cabaran debat yang tidak pernah disahut oleh Najib menunjukkan betapa takutnya pemimpin Umno itu sekiranya rakyat tahu bahawa di bawah Kerajaan Bn rakyat sebenarnya ditindas dan dihimpit dengan berbagai kesulitan. Sekali lagi Dato' Seri Anwar memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, beliau hanya mahu tempoh satu hari sahaja sebelum mengumumkan harga minyak petrol diturunkan.

Secara berjenaka, beliau turut menyentuh tentang isu video seks yang membuatkan `wajah dan perut' beliau kini menjadi perhatian ramai. Tentang isu jam Omega, beliau tidak mahu melayani pertanyaan tentang isu berkenaan kerana terang-terangan itu merupakan satu cerita yang direka kerana terbukti jam tersebut berasal dari Taiwan dan dibeli sekitar tahun 2004. Ketika itu beliau masih dipenjara, mana mungkin ketika itu beliau boleh keluar dari penjara? Cubaan sabotaj terhadap kenderaan beliau dan ugutan terhadap anak beliau Nurul Izzah dan keluarganya sedikit pun tidak menggoyahkan semangat mereka sekeluarga untuk menentang kezaliman Umno/Bn.

Di akhir ucapannya, Dato' Seri Anwar mahu rakyat bangkit dan bekerja kuat demi kesejahteraan bersama. Beliau menasihati rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media pencacai yang berada di bawah telunjuk rejim Umno/Bn. Tentang nasibnya di dalam kes fitnah Liwat II, beliau yakin jika Hakim memutuskan untuk menerima fakta memang jelas dan nyata bahawa kes tersebut wajib dibuang ke dalam tong sampah. Tetapi jika berlaku sebaliknya, beliau sudah bersedia untuk berdepan menentang kezaliman ini.

Beliau merasa bersyukur kerana semakin beliau diaibkan dan difitnah, sambutan rakyat terhadapnya bertambah kuat dan ini menguatkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga rejim Umno/Bn dapat dikuburkan di dalam Pilihanraya Umum nanti. Dato' Seri Anwar turut mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala sokongan dan doa dari rakyat berbagai bangsa dan agama samada di dalam mahu pun di luar negara.

Ternyata, provokasi dari kumpulan yang berdemontrasi menentang kehadiran Dato' Seri Anwar ke Felda Purun malam semalam tidak memberi kesan kepada rakyat jelata yang ingin mendengar sendiri apakah benar Ketua Umum PKR ini seorang pengkhianat atau pemecah belah masyarakat. Rata-rata yang hadir menunjukkan kepuasan di wajah masing-masing selepas selesai program ceramah malam itu dan ini menandakan kawasan felda tidak selama-lamanya selamat buat Umno/Bn./blogger PKR Pahang

Pesanan Penaja - Jangan terkencing dalam seluar, pakailah lampin pakai buang..!


Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford (lepasan dari sistem Pondok)

Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's),

MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi - is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.
Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.
Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima [[Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.
Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

E-Idaman lancar dua lori baru di Kubang Pasu

JITRA, 16 Mei – Bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kutipan sampah di Daerah Kubang Pasu, Syarikat Environment Idaman (E-Idaman) melancarkan 2 buah lagi Lori Kompator dan Tricycle baru.

Ketua Pegawai Ekskutif Syarikat E-Idaman berkata, sebelum ini dalam satu-satu masa lori yang sedia ada hanya mampu membawa dua hingga tiga tan sampah sahaja, tetapi kini dengan lori baru ianya mampu membawa sehingga 10 tan sampah dalam satu perjalanan.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Pelancaran Lori Kompator Baru dan Tricycle di Bandar Darul Aman.

“Dengan penambahan lori ini menjadikan Kubang Pasu mempunyai empat buah lori berkapasiti 10 tan dan dua unit Lori Armroll.

“Saya berharap ianya dapat mengurangkan masalah sampah yang tidak dapat dikutip sebelum ini,” terangnya.

Tambah Saiful, bagi menjadikan perkhidmatan yang lebih berkesan dan sistematik pihaknya merancang untuk menyusun kembali dan menggabungkan laluan kutipan yang sedia ada.

Secara tidak langsung kutipan jadual dapat disusun semula dan papan tanda kutipan akan diletakkan di setiap taman perumahan bagi memudahkan penduduk merujuk jadual berkenaan.

Hadir melancarkan majlis tersebut, Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu, Dato’ Noh Yahya.

Kem Bina Insan 28 Mei hingga 1 Jun

ALOR SETAR, 16 Mei: Program Kem Bina Insan yang akan bermula pada 28 Mei hingga 1 Jun 2011 di lima daerah di negeri ini adalah khusus untuk remaja yang berusia antara 13 hingga 15 tahun yang bertujuan untuk memantapkan lagi sahsiah pelajar, selain membimbing hala tuju golongan berkenaan ke landasan yang betul.

Seramai 250 peserta akan ditempatkan di Maktab Mahmud, Sik manakala 200 peserta di Maktab Mahmud, Kulim; 250 peserta di Sekolah Menengah Agama Baqiyatussolihat, Langkawi; 250 peserta di Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam dan 250 peserta di Sekolah Menengah Agama Al-Taklimiah Al-Khariah, Mukim Derga, Alor Setar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB. Dr. Ismail Salleh, antara pengisian program itu ialah hala tuju remaja Islam, panduan anak soleh, membimbing akhlak mulia dan menekankan aspek ibadah.

“Hubungan kekeluargaan juga turut dikupas supaya dapat mengeratkan hubungan anak remaja dengan ibu bapa,” katanya.

Beliau menjelaskan, program yang diadakan itu adalah antara usaha Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha membantu mengurangkan gejala sosial di negeri ini dan akan diadakan setiap tahun berikutan mendapat maklum balas yang positif daripada ibu bapa.

“Kita mahu tekankan kepada remaja bahawa jika mereka tersalah memilih idola dalam hidup mereka, kemungkinan hala tuju mereka akan terjejas dan oleh itu, kem ini dapat membimbing mereka sedikit sebanyak mengenai kehidupan seorang remaja,” ujarnya.

Dr. Ismail memberitahu, program yang diadakan selama empat hari tiga malam itu diadakan bersempena cuti persekolahan bulan Mei 2011 dengan yuran pendaftaran sebanyak RM20 seorang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Kem Bina Insan di talian 019-5909733 atau layari laman web: kem-binainsan.blogspot.com.

Borang penyertaan boleh diperolehi di sekolah yang mengambil bahagian iaitu Maktab Mahmud, Sik (04-4625809), Maktab Mahmud, Kulim (04-4000104), Sekolah Menengah Agama Baqiyatussolihat, Langkawi (04-9533344), Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam (04-7940686) dan Sekolah Menengah Agama Al-Taklimiah Al-Khairiah, Mukim Derga, Alor Setar (04-7416944).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...