TERKINI :

Monday, May 16, 2011

Tak Sabar nak tengok NAJIB & KAK ROS dalam kandang SAKSI di mahkamah nanti..!!

Anwar dakwa hakim kes jatuh ‘hukuman’ sebelum bela diri

Anwar: Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie.

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh hakim kesnya Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah menjatuhkan ‘prahukuman’ meskipun beliau belum lagi melangkah ke proses bela diri.

Ketua Pembangkang berusia 63 tahun ini berkata, meskipun beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini, tetapi terkejut dengan alasan-alasan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menerima hujah pihak pendakwa bulat-bulat meskipun telah dibantah oleh pembela terhadap kredibiliti pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga saksi utama.

“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

“Ini membuat kedudukan pembela lebih bahaya,” kata Anwar kepada pemberita selepas mahkamah memerintah beliau agar membela diri dalam kes liwat keduanya ini dalam 13 tahun.

Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara.

“Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas,” kata Ketua Umum PKR ini.

The Malaysian Insider difahamkan pasukan pembela akan memanggil 30 saksi.

Kes peringkat pembelaan akan bermula 6 Jun ini.

Antara saksi yang akan dipanggil ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mumtaz Jaafar.

“Kami akan mempertahankan kedudukan kami. Kami akan memanggil kesemua saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz.

“Adalah jelas dalam keterangan sebelum ini, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara terlibat dalam kes ini,” kata Anwar.

Salah seorang peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, mereka juga akan membawa saksi pakar untuk memberi keterangan.

“Kami kecewa dengan keputusan dipanggil membela diri,” kata beliau sambil menambah, tertuduh seharusnya telah dibebaskan.

Beliau juga mengesahkan Anwar akan menjadi saksi pertama pembela untuk memberi keterangan.

“Beliau perlu (jadi saksi utama),” katanya.

Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan bermula awal tahun lepas dan pendakwa menamatkan kes mereka bulan lepas.

UMNO= PERKASA ?

DAP mahu KDN bertindak, dakwa Umno lindungi Perkasa

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 16 Mei — DAP menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang melahirkan kesediaan melancarkan “perang jihad” ke atas komuniti Kristian jika meneruskan agenda mahu “merampas” kedudukan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu termasuk Ibrahim yang menyemarakkan api perkauman dan keagamaan.

“Keengganan Umno mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali dan Perkasa akan mewujudkan suasana tidak aman selain akan berlaku ketegangan di kalangan rakyat Malaysia.

“Selain itu, ia menunjukkan seolah-olah Umno melindungi Perkasa walaupun Perkasa cuba menghasut rakyat membenci komuniti Kristian.

“Keengganan Menteri Dalam Negeri mengesahkan lagi Umno sekadar berlakon untuk melindungi Ibrahim dan Perkasa,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan laporan berunsur fitnah terbitan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian Agama Rasmi?”, 7 Mei lalu, memberi peluang keemasan Ibrahim untuk mewujudkan kebencian kepada komuniti Kristian.

“Pembohongan yang berbahaya oleh Utusan Malaysia telah memberi satu peluang keemasan kepada pelampau-pelampau seperti Ibrahim Ali untuk mecetuskan kebencian dan menghasut permusuhan di kalangan rakyat Malaysia.

“Hishammuddin terus mempertahankan Ibrahim Ali dan Perkasa walaupun mahu melancarkan jihad menentang komuniti Kristian, bayangkan bagaimana jika komuniti Kristian melancarkan jihad menentang orang Islam... sudah pasti dia akan ditangkap dengan segera,” katanya.

Dalam ceramah di Gombak kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

Bagaimanapun Hishammuddin menegaskan apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

“Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

“Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan,” katanya.

Semalam, Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta polis agar menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sejak beberapa hari lalu.

Kes Anwar- Hakim/Pendakwaraya Bersekongkol, Kata Aziz Bari

SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.

"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.

"Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau.

Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata hakim gagal menyaring keterangan saksi dengan cermat. Pertubuhan Peguam Untuk Kebebasan pula menyifatkan perbicaraan Anwar sebagai "memalukan."

Aziz berkata keputusan Zabidin sekali lagi menunjukkkan badan kehakiman negara ini masih belum belum adil dan bebas terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.

"Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu,"katanya.

Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.

"Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipecat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau.

Perbicaraan kes liwat fitnah itu akan bersambung 6 Jun. Jika disabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara hingga 20 tahun.

Nik Aziz Saman Pihak Yang Mendakwa Kelantan Rampas Tanah Rakyat

TUMPAT 16 MEI : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan pihak yang menuduh kerajaan PAS Kelantan merampas tanah rakyat bagi membangunkan projek Ladang Rakyat.

Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata hakikatnya kerajaan PAS Kelantan tidak pernah merampas tanah dan kerajaan hanya membangunkan projek ladang rakyat itu di atas tanah kerajaan negeri.

"Kami mana boleh ambil tanah rakyat. Tanah Rakyat adalah tanah yang ada geran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program hari himpunan anggota koperasi peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan Berhad, di Tumpat, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan ratusan anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Kelantan yang mengadakan perhimpunan bagi membantah berhubung dakwaan penyelewengan projek ladang rakyat di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim di Kota Bharu.

Perhimpunan yang berlangsung selama sejam itu bermula pada pukul 9.30 pagi disertai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri Kelantan, Belia 4B dan Pemuda Umno Kelantan dan penduduk Orang Asli di Gua Musang yang mendakwa kehilangan tanah mereka akibat projek itu.

Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak menghalang jika ada pihak mengadakan demonstrasi tetapi kesal dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang berdemonstrasi kononnya kerajaan merampas tanah rakyat.

Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob menjelaskan sehingga kini 50,000 hektar tanah di negeri Kelantan telah dibangunkan untuk projek ladang rakyat.

"Projek itu melibatkan 4,500 peserta dengan 10 buah syarikat dilantik untuk membangunkan kawasan projek itu dan hasil keluaran ladang rakyat sejak 2006 sehingga sekarang adalah RM49 juta," katanya.

- Bernama

Anwar : Polis Ugut Saksi Pembela Kes Liwat Fitnah



KUALA LUMPUR 16 MEI : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tindakan polis “menakut-nakutkan’ saksi pembelaan yang dijadualkan memberi keterangan apabila perbicangan bersambung bulan depan.

"Saya dengar ada kes saksi-saksi kami telah ditakut-takutkan oleh polis. Kita mahu hentikan ini dan kita mahu lihat hakim membuat keputusan dengan mengutamakan kebenaran tentang kedudukan saya sebagai dituduh," kata Anwar.

Hakim Zabidin Mohamad Diah menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 sebagai perbicaraan pembelaan dengan tiga puluh saksi disenarai pendekkan bagi memberi keterangan.

Ini termasuk pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr Osman Hamid iaitu individu pertama memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008.

Pemeriksaan itu mendapati dubur Saiful tidak menunjukkan sebarang tanda atau kecederaan untuk menyokong dakwaan liwat yang dibuat oleh beliau.

Dr Osman, seorang warga Myanmar, turut memberi perakuan bersumpah bahawa beliau diugut oleh polis untuk bekerjsama dengan pihak berkuasa jika tidak mahu menghadapi pendakwaan di mahkamah.

Peguambela juga dijangka memanggil Hassanuddin Abdul Hamid iaitu pemiilik unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, di mana jenayah liwat itu di dakwa berlaku.

Hassanuddin dilaporkan berada bersama Anwar dan beberapa orang lain sepanjang petang 26 Jun 2008.

Hassanuddin dan isterinya tidak dipanggil sebagai saksi oleh pendakwaraya.

Dalam satu ceramah, baru-baru ini, Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendedahkan kenapa pendakwaraya tidak memanggil Hassanuddin.

Berikut petikan penuh ceramah Saifuddin :

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Bila Saiful buat aduan, polis serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini.”

“Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada".

“Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama."

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". Sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat Saiful. Masa bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar," kata Saifuddin.

Perang Salib : Pemimpin gereja mahu tindakan

Pemimpin masyarakat Kristian hari ini memilih untuk tidak membidas ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa menyemaikan benih kebencian agama di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

Sebalik mereka mendesak pihak berkuasa segera bertindak kerana kegagalan berbuat demikian akan membawa padah kepada keharmonian negara.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 2Ibrahim (kiri) yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA, pada Sabtu lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Kenyataannya yang tersirat itu boleh menghancurkan keharmonian dan menimbulkan rasa benci ke atas masyarakat Kristian tanpa sebarang asas.

“Gereja tidak rasa tidak selamat kerana keselamatan kita adalah berdasarkan hubungan dengan Tuhan, tetapi kerajaan mesti bertindak bagi menjamin ketenteraman awam,” kata presiden Majlis Gereja Sabah biskop Albert Voon.

Sikap membisu

Katanya, kenyataan Ibrahim itu tidak wajar kerana ia hanya berasaskan laporan Utusan Malaysia yang mendedahkan kononnya paderi Kristian berkonspirasi bagi menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan.

“Apabila gereja kami dibakar, adakah awak melihat masyarakat Kristian bertindak balas dengan berang?...

“(Polis kata) mereka masih menyiasat (dakwaan konspirasi Kristian)…tetapi bayangkan jika ada seorang biskop yang menggunakan istilah Perang Salib - dia akan (ditangkap) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada keesokannya harinya.”

NONEDengan nada yang sama, presiden Majlis Gereja-gereja Reverend Thomas Philips berkata adalah penting bagi pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kata-kata melampau berkenaan.

“Dengan semua kenyataan itu, siapa yang akan bercakap bagi pihak yang diserang itu? Sikap membisu pemimpin negara yang gagal mempertahankan hak minoriti menimbulkan kecurigaan di kalangan mereka. Seseorang meniupkan sentimen agama akan membangkitkan kemarahan ramai orang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, terdapat pelbagai peruntukkan dan undang-undang di negara ini bagi menangani mereka yang cuba menyebabkan huru-hara di negara ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengulas isu berkenaan berkata kenyataan Ibrahim tidak mewakili majoriti orang Melayu-Islam. Namun beliau tidak mahu melabelkan Ibrahim sebagai seorang ektremis.

http://www.malaysiakini.com/news/164258

KEADILAN tekad kaji elaun guru- Wan Azizah

KUALA LUMPUR: KEADILAN tekad untuk mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum 13, kata Presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan hari guru yang jatuh pada 16 Mei, hari ini.

“Justeru, komitmen KEADILAN ini telah kita nyatakan dengan jelas di dalam Buku Jingga yang telah dilancarkan baru-baru ini.

“KEADILAN juga bertekad akan mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru secara keseluruhan agar setimpal dengan bebanan yang ditanggung,” kata Wan Azizah.

Buku Jingga merupakan dokumen bersama Pakatan Rakyat yang menggariskan agenda dan program dalam masa 100 hari menawan Putrajaya.

Antara lain, Pakatan menjanjikan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru dan pendidik bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam sistem pendidikan negara.

Selain mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia, Wan Azizah turut mendoakan kesejahteraan atas jasa mereka yang mencurahkan ilmu selama ini.

Menurutnya, guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi.

“Setiap tahun, 16 Mei disambut untuk menghargai pengorbanan dan jasa para guru. Guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang akan mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi.

“Guru diibaratkan bintang-bintang yang bergemerlapan dan sinarannya itu memberikan arah tuju kepada yang memerlukan,” kata beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13418

Laa Ingat Berita Apa Untuk Guru - Sekadar Kaedah nak naik pangkat jee.. naik belum tentu...!!

Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat

16/05/2011 3:46pm

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan

DISANA NANTI ADA LAGI MAHKAMAH !!!

PANAS!! LIWAT FASA 2: ZABIDIN TERPAKSA ATAU DIPAKSA??

PANAS!!

Kau dipaksa untuk menurut kata
Sang penguasa zalim rakus kuasa
Sedangkan hati kecil meronta
Kezaliman tapi tak terdaya

Namun apakah itu semua cukup
Memuaskan hati sang penguasa
Atau hati sendiri merasa
Terpaksa dalam paksaan
Tersepit dalam penyepit
Tersangkut dalam penyangkut
Terhenyek dalam tempeyek

Sudah puaskah hatimu Zabidin Mohd Diah
Sudah lupakah kau akan hadith Nabi
3 dari 4 hakim akan terperosok di dasar neraka
Aku cuma ingin bertanya
Apakah kau sudah sedia dengan azab-Nya??

JALAN PULANG


Kes Anwar : Hakim Terima Segala Keterangan Saksi Pendakwaraya

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohd Diah dibidas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakannya menerima kesemua keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan walaupun mendapati sebahagiannya tidak konsisten.

Mengulas keputusan Zabidin bersabit perbicaraan kes fitnah liwat 2 itu pagi tadi, Sankara Nair mempersoal kredibiliti hakim tersebut yang dilihat gagal menyaring maklumat kurang tepat yang dikemukakan 26 orang saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan.

Ini berikutan jelasnya terdapat beberapa insiden yang mencatatkan saksi utama, Saiful Bukhari Adzlan menukar kenyataan berhubung dakwaan perbuatan liwat oleh Anwar pada hari kejadian 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara.

"Kita dapati ianya menyedihkan kerana anda(hakim) boleh percaya kesemua yang dinyatakan saksi pendakwaraya. Mungkin ada satu atau dua yang anda tidak boleh percayai sebab bukan semua orang memberitahu perkara betul.

"Tapi ia amat mengejutkan kerana beliau percaya kesemuanya namun saya tidak dapat memberi komen lanjutan sebab kes ini masih pra-matang. Selepas kita masuk ke peringkat membela diri dan kita akan membuat komen selanjutnya," kata beliau sejurus keluar dari galeri awam.

Berdasarkan nota kes yang dibacakan oleh Zabidin dalam mahkamah, beliau mendapati cubaan peguambela menggambarkan saksi utama iaitu Saiful tidak berwibawa adalah tidak relevan.

Ini katanya, sekiranya mahkamah menerima cadangan tersebut maka tertuduh akan dibebaskan serta merta.

"Jika mahkamah mendapati PW1 (Saiful) sebagai saksi tidak berwibawa, maka tertuduh akan bebas. Tidak mengejutkan peguambela cuba menggambarkan PW1 sebagai seorang yang tiada kredibiliti. Denga rasa hormat, saya mendapati ianya tidak relevan," ujar Zabidin.

Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata telah dipaksa oleh Anwar melakukan liwat namun didapati seolah-olah selesa diperlaku sedemikian apabila hadir ke pejabat Ketua Pembangkang keesokkan harinya tanpa perasaan trauma.

Saiful juga mengaku minum kopi dan makan karipada di kondominium berkenaan selepas kononnya dipaksa liwat oleh Anwar.

Hakim menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 untuk mendengar hujah pembelaan termasuk saksi-saksi yang akan dipanggil.

Pasukan peguambela akan memanggil Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor sebagai saksi diikuti Mumtaz Jaafar dan Ezam Mohd Nor yang ditemui Saiful selepas kejadian.



Video ihsan Malaysiakini TV


Husam - Isu Jihad PERKASA : bayar Hutang Dulu baru sembang bab Jihad

Kenyataan Media
Dato Hj Husam Musa
16 Mei 2011

Merujuk kepada kenyataan terbuka Datuk Ibrahim Ali bahawa beliau dan PERKASA sanggup melancarkan ‘perang salib’ atau ‘jihad’ untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita, saya menasihatkan agar beliau tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi mnyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan UMNO/BN terus berkuasa dengan konsep jihad sebenar yang suci dan bersih.

Pertama, isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah. Islam tidak megizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.

Kedua, PERKASA sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara amalan seperti korupsi, kehilangan rule of law, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan UMNO/BN selama ini. Bahkan hanya menggunakan isu-isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak yang menunjukkan PERKASA tidak berpijak atas ajaran Islam yang syumul dan tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih. Sebagai contoh, dimanakah PERKASA apabila Presiden MCA selaku rakan utama UMNO dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam.

Ketiga, kekeliruan yang berlaku dalam politik negara pada hari ini ialah kerana kebimbangan UMNO/BN kehilangan kuasa hasil ‘kemungkaran’ politik dan ekonomi yang berterusan yang telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pelbagai kaum. Jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh UMNO/BN adalah lebih utama diperbetulkan.

Keempat, Islam menganjurkan pendekatan yang menarik hati manusia lain contohnya sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam Surah ‘Ali Imran ayat 159 yang berbunyi;

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

Jika diamati ayat ini, sekiranya PERKASA ingin menguatkan lagi Islam, ia boleh dilakukan bukan hanya dengan kata-kata yang berapi-api tetapi dengan polisi dan amalan yang selari dengan Islam seluruhnya seperti berlaku adil, dan good governance/tatakelola yang baik.

Akhir sekali, nasihat saya kepada Datuk Ibrahim Ali, jika beliau ingin terus ‘berjihad’, saya sarankan beliau mengembalikan semula kerusi parlimen Pasir Mas terlebih dahulu kepada PAS yang beliau tandingi juga atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu. Orang yang hendak berjihad adalah WAJIB membayar hutang terlebih dahulu kerana ruh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit. Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai ‘hutang’ Datuk Ibrahim Ali.

Sekian, terima kasih.

Wassalam w.b.t

IQ menteri umno....

Isunya YB Nurul Izzah adalah rakyat malaysia yng terima ugutan jenayah, so patutnya siasatlah demi menjaga keselamatan rakyat.
menteri yg berucap di tel aviv



Zahid: Ugutan culik untuk tarik simpati

Naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan isu ugutan yang didakwa diterima ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, yang mendakwa anaknya akan diculik jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersara daripada dunia politik, sebagai 'reverse psychology'.

"Ini bagi menyatakan bahawa mereka berada dalam keadaan tertekan, dan tentunya perkara ini akan menarik simpati mereka yang berada dalam kumpulan yang sama, ataupun mereka yang berada di atas pagar," katanya.

Beliau juga menyokong kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, yang dilapor meminta pelaku zina dalam video seks melibatkan seseorang mirip ketua umum PKR itu diambil tindakan undang-undang.

"Maksiat dalam bentuk apapun ditegah. Dalam kes ini, kita serah kepada polis untuk melakukan tindakan selanjutnya, sama ada mengikut undang-undang sivil ataupun syariah," kata Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas
merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Lembah Pantai, Zahid berkata persepsi negatif yang menghakis kredibiliti BN perlu ditangani secara berterusan.

Katanya, langkah itu, antara lain, bagi membolehkan masyarakat faham tentang program transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, walaupun karisma kepimpinan Najib dilihat banyak membantu dalam memulihkan kredibiliti BN sehingga kini, namun ia akan lebih kukuh jika semua pihak berusaha ke arah itu.

"Biarpun situasi dan kepimpinan telah berubah, serta dinamik yang dibawa oleh perdana menteri dan timbalannya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah melata, namun ia perlu dirasai oleh akar umbi supaya mereka turut bersama dalam gelombang transformasi yang dibawa kerajaan," katanya.

- Bernama

Tak payah buang karan laa...brahim oi...!!!

Berita Kristian agama rasmi Malaysia tu tak sahih lagi pun, cuma digembar gemburkan, dipanaskan lagi oleh Utusan Meloya saja. Alih alih, hujan tidak ribut pun tidak si Perkasa ni pulak yang sibuk sibuk ngan perang salibnya... Betoi la orang kata, Perkasa ni hidup atas kontorversi... tanpa isu kontroversi yang dicipta mereka, tak dak sapa yang nak pandang dan degnar apa yang Perkasa ni kata...

Masaalahnya, apakah benar Perkasa ni mewakili majoriti Melayu Islam? Tak payah buang karan nak jawab sebab Hishamuddin dah tolong jawab walaupun tak boleh mengubat "damaged" yang telah Perkasa lakukan... Kahkahkah...

Yang hangpa sibuk sangat ngan Kristian nak dominan Malaysia ni, Islam yang sekarang ni agama rasmi negara tu hangpa jaga elok sangat ka? Betoi jugak laa, Ketua Paderi dah buat penafian, tapi kita bukan boleh percaya ketua paderi tu. DAP pun kata tak kena mengena, takkan la kita nak percaya cakap orang kafir pulak...

Habih tu kita nak percaya cakap sapa la ni? Ooo... lupa pulak, kita kena percaya kat Perkasa, pasai depa ja yang betoi betoi jaga Melayu berbangsa Umnonya... Kita kena dengar cakap Utusan Malaysia pasai disitu lah tercambahnya pemikiran Melayu berbangsa Umno Malaysianya... Kita kena tengok TV3 saja, sebab disitu saja sumber maklumat sahih gaya pemikiran Melayu berbangsa Umno mereka...

Kita patut biarkan Perkasa macam lembu liar putus tali, baru lah Islam dilihat kuat dan bijaksana... Umno tak boleh ke depan sangat, takut kawan dalam BN lari... jadi kita biarkan Perkasa dan NGO Melayu lain, TV3 dan Utusan Meloya main apa yang patutnya Umno ni main. Baru cina dalam MCA dan Gerakan tak nampak kena makan... baru MIC dan PPP tak nampak Umno ni makan kawan...

Heran jugak, mana mungkin orang Kristian yang minoriti tu nak jadikan Kristian agama rasmi... Wallawoii... siap ngan nak lantik Perdana Menteri dari orang Kristian lagi... Kerusi parlimen yang orang Kristian tanding tu banyak sangat ka nak tubuh kerajaan?

Tapi hebat betoi Perkasa nih... depa boleh nampak jauh dari orang lain. Orang tak nampak langsung yang kristian nak dominan kerajaan melalui PR kerana wakil kristian lagi kurang berbanding dalam BN... tapi Perkasa dapat tengok tu semua... Tahniah la Perkasa woiii....

Tahniah kat Perkasa kerana berusaha sungguh sungguh nak nyalakan api permusuhan antara agama nih... bila dah antara agama bermasam muka, baru Umno boleh cari makan. Bila Melayu dah pandang serong pada cina kristian, baru DAP sakit kepala... dan BN bermaharajalela... Baguih la lagu tu walaupun bukan Islam akan tengok Islam sebagai agama ganas dan tak bertamaddun dalam berpolitik.

Umno dah nazar, patut dok ICU dah. Bukan Melayu, khususnya orang Cina dah cabut lari. Mana ada orang muda nak sokong parti tua macam Umno dah la ni kalau tak bagi 50 ringgit sorang.

Sebab tu depa kena tukaq strategi. Bagi hiburan yang melalaikan orang muda lagi banyak, dalam tv dan dipentas terbuka... Biaq hancur lingkop habih anak muda Melayu. Blog-blog dan akhbar Umno semua kena siarkan video lucah pelakon lelaki muallaf siam yang baru sangat peluk Islam tu banyak-banyak.

Biar anak muda Melayu hancur akhlak mereka dengan video macam tu. Lagi bertambah kes rogol dan zina, lagi untung politik politik UMNO sebab manusia kalau dah jadi kaki maksiat mana mau dah kat Islam, perjuangan Islam atau parti Islam.

http://shalehudin.blogspot.com


Justify Full

Anwar : Rakyat boleh jatuhkan saya dengan izin Allah,bukan Umno [video]




Apabila TPM bercakap mcm nie dengan rakyat.. Habis dok pangkah buat apa lagik..!!

Kos subsidi naik, TPM bayang kenaikan harga barang

May 16, 2011
Ya, kita memberi subsidi tetapi kita tidak boleh kekalkan
subsidi pada jumlah yang sama.
PUTRAJAYA, 16 Mei — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kos subsidi dijangka meningkat dua kali ganda daripada RM10.32 bilion tahun lalu kepada RM20.58 bilion pada 2011.

Justeru kata timbalan perdana menteri, negara tidak boleh mempertahankan jumlah kos subsidi semasa — syarat yang dilihat kerajaan tidak dapat mengelak kenaikan harga barang-barang keperluan.

“Ya, kita memberi subsidi tetapi kita tidak boleh kekalkan subsidi pada jumlah yang sama. Jadi, ada cara di mana kita sedang cuba untuk mengurangkan kos-kos subsidi seperti menaikkan harga gula. Kami melakukan secara berperingkat-peringkat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Kuasa membeli yang kecil, diapit dengan kenaikan harga barangan telah memberi tekanan ke atas pentadbiran Najib untuk menyalurkan lebih banyak dana awam ke atas pemberian subsidi.

Tindakan ini dikatakan perlu untuk mengelakkan kemarahan rakyat berhubung kenaikan kos hidup selain membalas serangan Pakatan Rakyat terhadap mengurangkan subsidi.

Harga gula mengalami kenaikan 20 sen sekilogram minggu lalu.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi peningkatannya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” kata beliau sebagaimana dilaporkan media tempatan.

Ismail Sabri berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

“Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu,” kata beliau.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Harga RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter pada awal bulan ini.

KOMPENI ibarat NEGARA...PEMIMPIN ibarat KULI.. RAKYAT ibarat BOS.. bila kuli dah tak boleh buat kerja nak jaga kebajikan rakyat habis BOS tu dok simpan buat apa KULI tuu.. pergi cari pekerja baru yang sanggup jadi KULI untuk jaga KOMPENI nie...

Terima Kasih BN

Malaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
......Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..

Terima Kasih Gomen~! RAKYAT DIDAHULUKAN...

Tanhiah Najib Razak.. sayang u

DR M MERAPU LAGI!!!

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/01/tun-dr-m.jpg?w=300&h=215
PAS menganggap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir semakin merapu kerana mendakwa PAS alat DAP.

Beliau dilapor menyatakan perkara itu ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Cheras. Mahathir juga mendakwa kewujudan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah.

“PAS hendak tanya balik kepada Tun Dr Mahathir kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebagsaan Melayu Malaya (PKMM) 1945 yang mewakili orang Melayu,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Ini, katanya menunjukkan Umno juga parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah.

Beliau berkata, buktinya kenapa Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

Jelasnya, isu PAS alat DAP adalah modal lapuk Umno ketika orang Melayu menolak Umno dan cuba untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi kuda tunggangan MCA, Gerakan dan MIC.

“Siapa yang bagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan? “Apa bukti PAS alat DAP?” soalnya.

PAS, tambahnya boleh membuktikan pengkhianatan Umno kepada Melayu atas nama Melayu terutama di zaman Mahathir memerintah negara selama 22 tahun.

Katanya, pada 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang tinggal di tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort, 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual kepada Vicent Tan.

Nampaknya, kata beliau Mahathir masih cuba untuk membodohkan rakyat kononnya ulama yang berada di dalam Umno menubuh PAS kerana tidak mendapat tempat kerana tidak pandai berbahasa Arab.

“Faktanya ialah ulama keluar untuk menubuhkan PAS kerana teguran ulama mengenai judi tidak diperdulikan, maka ulama merasakan perlu ada jamaah yang bebas daripada Umno supaya Islam terpelihara,” jelasnya. Beliau menambah, dulu Mahathir menipu rakyat mengatakan PAS ditubuhkan restu penjajah tetapi hakikatnya Umno direstui penjajah.

“PAS ingin mengingatkan kepada Tun Mahathir tidak boleh tipu orang dalam semua masa, insya Allah Pas akan membetulkan fakta yang ditipu oleh Tun supaya rakyat tahu siapa pengkhianat Melayu dan Islam,” katanya.

PAS, ujarnya merasa geli hati apabila Tun memuji perjuangan PAS zaman Dr Burhanudin Helmi dan Datuk Asri, kerana perjuangan mereka betul. Soalnya, bukankah Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab sehingga PAS ditendang daripada BN, ketika krisis politik di Kelantan.

“Beliaulah orang yang diamanahkan oleh Umno untuk menyelesaikan kemelut tersebut, akhirnya PAS ditendang kerana menentang undang-undang darurat di Parlimen. “Bukankah waktu itu PAS dipimpin oleh Datuk Asri Muda? Kenapa sekarang baru memuji Datuk Asri?” soalnya lagi.

http://bilahrotan.blogspot.com

Umno ancam keselamatan negara

Mohd Rashidi Hassan

Negara Malaysia yang rakyatnya terdiri di kalangan masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama, senantiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Keharmonian rakyat Malaysia, tidak seharusnya dijadikan alat untuk perjudian politik atau perbalahan parti-parti politik dalam merebut kuasa.

Keharmonian negara wujud kerana semua rakyat jelata menerima dan mempraktikkan Perkara 11 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

Soal bangsa lain atau agama lain hendak menuntut hak sebagai agama rasmi selain Islam tidak wujud sama sekali. Perkara ini tidak berbangkit kerana majoriti penduduk dan pemimpin negara dari pelbagai parti politik, adalah mereka yang beragama Islam.

Malah semua kaum dan agama, menerima Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ketua Negara dimestikan daripada Raja-Raja Melayu yang beragama Islam.

Oleh kerana itu sebarang usaha untuk menidakkan ketuanan Islam dalam negara tidak wujud dan tidak harus wujud sama sekali.

Justeru apakah yang mendorong perbalahan kaum dan agama ini wujud atau kembali diwujudkan?

Kita imbau sejarah, kali terakhir krisis perkauman dalam negara berlaku 42 tahun yang lalu, iaitu pada 13 Mei 1969.

Peristiwa 13 Mei menjadi peristiwa berdarah, kerana berlakunya pembunuhan antara kaum Melayu dan Cina, akibat daripada kefahaman ekstremisme yang melampau.

Pada tahun 1987, apabila berlaku krisis hebat dalam Barisan Nasional antara Umno dengan MCA, rakyat diheret kepada sentimen perkauman semula.

Jika diamati betul-betul, sentimen perkauman dan agama boleh berlaku kerana pertama; Akibat daripada kepentingan politik atau kedua; Wujud penindasan dan ketidakadilan kepada kaum atau agama tertentu.

Sudah menjadi lumrah tipa-tiap kaum atau agama untuk memelihara kepentingan mereka. Atas apa sebab sekalipun kepentingan kaum dan agama sentiasa akan menjadi keutamaan. Kedua-duanya adalah perkara sensitif yang harus ditangani secara adil dan saksama.

Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, perkara sensitif mudah berlaku. Ketegangan kaum dan agama akan mudah berlaku, jika pemimpin-pemimpin memperjudikannya untuk kepentingan politik.

Umum mengetahui kebanyakan parti politik yang menjadi komponen BN adalah diasaskan kepada kepentingan dan memperjuangkan kepentingan kaum yang diwakili. Secara sinonimnya kaum Melayu, majoritinya beragama Islam, kaum Cina beragama Buddha manakala India beragama Hindu.

Namun kesepakatan di antara parti-parti dalam BN ini sudah tidak wujud. Persefahaman yang dibina hanyalah ibarat 'api dalam sekam' atau 'duri dalam daging'. Kepercayaan sudah tidak wujud dalam BN kerana komponennya bercakaran sesama sendiri. Percakaran ini mengakibatkan kuasa mereka semakin terhakis.

Justeru Umno dilihat tidak mempunyai pilihan selain cuba untuk menyemarakkan api perkauman dan sentimen agama, untuk menarik kembali sokongan rakyat terhadap BN.

Usaha pemimpin Umno menerusi akhbar milik mereka Utusan Malaysia khususnya dalam penonjolan nasionalisme melampau orang Melayu dan mendakwa wujud konspirasi golongan Kristian, boleh memudaratkan keselamatan negara.

Umno cuba mencetuskan perbalahan kerana Umno sedar kuasa mereka semakin terhakis.

Namun kita amat bersyukur kerana kesepakatan dan kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat. Kita bersyukur kerana mempunyai rakyat yang toleran dan tidak mudah dipermainkan sentimen mereka.

Justeru, ancaman keselamatan negara yang dicetuskan Umno harus dihentikan segera. Tiada cara lain untuk menghentikannya selain membuang mereka dari tampuk kuasa. [HarakahDaily]

SENARAI PENGKHIANATAN UMNO KEPADA MELAYU

Tengoklah berapa banyak Tanah Simpanan Melayu telah dikhianati oleh UMNO tetapi sampai sekarang tidak diganti. Ikutilah pendedahan Kedah La Ni di bawah ini.

Tanah Rezab (Simpanan) Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermula 44% TRM yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar untuk Univeristi Tuanku Abdul Rahman (UTAR).

200 ekar tanah rizab Melayu, tapak kilang simen Perak Hanjoong di jual kepada YTL.
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.

26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu kepada Vicent Tan.

Pada tahan 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) diambil untuk projek kolam udang.

Tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor.
Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun oleh orang tempatan telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.

Pulau Batu Putih terlepas pada Singapura.

Seluas 273 ekar rezab Melayu Kg. Chu Badak Sentul K.Lumpur yang diduduki oleh 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Penchala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab Melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai Timur)

Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada Cina Singapura.

INGAT:

MELAYU MESTI PELEKOH UMNO SAMPAI TERTOMOIH.

UMNO PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA & NEGARA

Drs. Harun Jaafar

PERKUKUH KEPERIBADIAN BELIA

PERUTUSAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA SEMPENA HARI BELIA

16 Mei 2011

"PERKUKUH KEPERIBADIAN BELIA"

Salam perjuangan dan persahabatan dari saya dan EXCO DPP Malaysia buat seluruh warga belia negara. Sempena sambutan Hari Belia, suka saya menarik perhatian semua khasnya para belia kepada beberapa noktah untuk penelitian bersama ke arah membina masa depan agama, bangsa dan negara yang mendapat keampunan tuhan.

1. Sesungguhnya belia merupakan tonggak kepada sesebuah negara. Belia yang mempunyai nilai jati diri hebat juga merupakan aset terpenting negara. Kita mengerti proses pembaratan [ westernization ] semakin menular namun langkah kita tidak boleh berhenti dan membiarkan ia terus melanda generasi belia hari ini, lantaran syair yang mendesak semangat juang kita senantiasa berdengung di cuping telinga :

لنا يد و العمل لنا غد و الأمل

Kita mempunyai sumber tenaga dan tugasan [ yang perlu diurus ], kita juga mempunyai masa depan dan wawasan [ yang perlu ditunai ]

2. Kita seharusnya konsisten mengatur langkah untuk menganjakkan kepompong paradigma belia. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan supaya negeri - negeri yang diterajui Pakatan Rakyat membuka ruang seluas - luasnya kepada golongan belia untuk mereka mengasah bakat kepimpinan termasuklah menyediakan platform yang sesuai bagi mereka bersuara seperti sudut pidato dan forum anak muda.

3. Sementara itu, Kita juga harus menyedari bahawa generasi belia yang ada hari ini merupakan acuan sistem pendidikan kebangsaan terhadap generasi remaja sewaktu mereka di alam persekolahan beberapa tahun sebelum ini. Generasi remaja yang sedang dibangku sekolah hari ini pula, merupakan generasi belia di masa akan datang.

4. Gejala keruntuhan akhlak dan kebejadan sosial yang berlaku dikalangan belia hari ini juga menjadi indikator yang jelas tentang kelemahan sistem pendidikan kebangsaan. Malah sekiranya kita melihat kepada aspek yang lain seperti perpaduan kaum, keyakinan upaya diri dan daya saing dikalangan generasi belia, kesemuanya menunjukkan sistem pendidikan nasional perlu direformasikan.

5. Malang sekali dasar - dasar berkaitan dengan pendidikan seumpama "sekali air bah sekali pantai berubah" iaitu mengikut kehendak atau selera siapa yang menjadi menteri berkenaan.

6. Peranan golongan belia dan anak muda bukan hanya perlu diperkasa dalam sektor sosial dan ekonomi semata - mata tetapi juga dalam politik. Peranan mereka dalam PRU ke 12 yang lalu sememangnya diakui, malah mereka juga berperanan penting dalam siri pilihanraya kecil pasca tsunami politik 2008. Dewan Pemuda PAS begitu menyedari bahawa golongan anak muda ini tidak mewarisi politik lama yang lebih menjurus kepada perkauman dan konflik, sebaliknya golongan ini lebih terbuka dan rasional.

7. Lantaran itu, saya turut mengambil kesempatan untuk menyeru kepada setiap peringkat anggota pemuda PAS agar mendalami perubahan ini yang bakal mewarnai wajah politik Malaysia di masa hadapan. Wajah baru politik Malaysia sebenarnya telah direalisasikan oleh golongan anak muda, justeru peranan mereka dalam sektor politik tidak boleh diperkecilkan.

8. Meledak suhu perubahan ke arah kerajaan dan pemerintahan yang lebih baik, sejahtera, adil, berkebajikan dan mesra anak muda, saya ingin mengingatkan dan malah menekankan betapa pentingnya golongan belia hari ini yang telah layak mengundi untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih yang sah dan layak.

9. Sekiranya generasi belia ini terdidik dengan tanggungjawab politik mereka sebagai rakyat Malaysia, saya yakin mereka lebih bertanggungjawab dalam memilih pemimpin yang bakal menerajui negara kelak dan kemungkinan untuk mereka menjana satu lagi tsunami politik adalah lebih besar dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

10. Justeru itu, kita memberi penegasan kepada semua angkatan belia agar menolak perancangan halus pihak yang tidak bertanggungjawab menaja budaya hedonisme untuk melalaikan pemikiran dan merosakkan peribadi belia agar terus hanyut dan tenggelam dibawa arus jahiliyyah tanpa perlu lagi mereka memberikan perhatian kepada gerakan perubahan demi masa depan negara, bangsa apatah lagi agama.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Hakim SAHkan ada Kes prima facie.. Anwar kena bela diri....

Liwat II: Kes prima facie, Anwar diperintah bela diri

Anwar Ibrahim (tengah) tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi untuk mendengar keputusan berhubung tuduhan kes liwat. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 16 Mei — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi diarah membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah berkata pendakwa raya telah membuktikan kesemua keterangan dan saksi untuk mempertahankan tuduhan ke atas Anwar.

"Kes prima facie telah dibuktikan ke atas tertuduh," kata hakim yang membacakan alasan penghakiman kes peringkat pendakwaan, yang berlarutan kira-kira satu setengah jam bermula 9 pagi tadi.

Katanya, tiada sebab bagi mahkamah untuk tidak menerima bukti-bukti yang diketengahkan pendakwa raya dalam kes ini.

Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar selepas yang pertama 13 tahun lalu.

Terdahulu, Mohd Zaibidin memutuskan bahawa Saiful, yang juga pengadu, merupakan seorang saksi yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai.

Mohd Zabidin juga berkata kesemua tiga doktor telah memberikan keterangan secara positif dan memutuskan ada elemen peneterasi.

Benarkan rakyat menilai prestasi kerajaan

Diyana Kasim

Kerajaan mengumumkan bahawa mulai 1 Julai depan, ujian PTK bagi penjawat awam akan digantikan dengan penilaian berkonsepkan 360 darjah. Dalam konsep ini, prestasi setiap penjawat awam bukan hanya akan dinilai oleh penyelia masing-masing, malah mereka juga akan diperhatikan dan dinilai secara berterusan oleh rakan sejawat dan kakitangan bawahan.

Penilaian ini kemudiannya akan dipertimbangkan oleh panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi dan penempatan baru.

Saya ingin mencadangkan supaya sistem penilaian ini diperluaskan supaya merangkumi penilaian rakyat. Dalam erti kata lain, selain dinilai oleh penyelia, rakan sejawat dan kakitangan bawahan, rakyat juga seharusnya diberikan peluang bagi menilai prestasi penjawat awam.

Memang diakui bahawa rakyat tidak dapat menilai prestasi setiap seorang penjawat awam di Malaysia secara individu. Namun demikian, sudah tentu rakyat mampu menilai prestasi sesebuah badan kerajaan dan juga pengurusan tertingginya. Pada masa yang sama, pada peringkat individu, sebarang maklumbalas positif ataupun negatif (jika ada) mengenai seseorang penjawat awam perlu diambil kira bagi menilai prestasi penjawat awam berkenaan. Dengan demikian, barulah semua penjawat awam di Malaysia lebih terdorong bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Selain itu, penilaian ini juga tidak harus terhad pada penjawat awam semata-mata, malah perlu juga digunakan bagi menilai prestasi para menteri. Prestasi setiap menteri perlu juga dinilai oleh kakitangan bawahan dan juga rakyat.

Pandangan rakyat dapat dikumpulkan sepanjang tahun, sama ada secara terbuka ataupun dengan menggunakan format tertentu, dan dengan memanfaatkan semua saluran, termasuk surat dan emel.

Maka setiap akhir tahun, prestasi setiap menteri dan badan kerajaan akan dinilai dengan mengambilkira penilaian dan maklumbalas oleh rakyat jelata. Akhir sekali, hasil penilaian prestasi setiap menteri dan badan kerajaan akan diperhalusi dan diumumkan kepada rakyat oleh Jabatan Audit Negara.

Mari kita hancurkan anak Melayu, biaq padan muka Perkasa

Oleh: Orang UMNO Tulen

Perkasa sedang sibuk buat repot polis sana sini isu Kristian nak dijadikan agama rasmi di negara ini. Ketua Paderi dah buat penafian, tapi awas jangan pecaya ketua paderi tu, takkan kita nak percaya cakap orang kafir. Kita kena percaya kat Utusan Malaysia dan TV3, tu sumber maklumat sahih.

Biar kita jadikan Perkasa lembu tunggangan kita untuk melatah sana sini. UMNO tak buleh ke depan sangat sebab nanti MCA dan Gerakan lari jadi kita biarkan Perkasa dan NGO Melayu lain main peranan. Dalam melaungkan perjuangan Melayu macam mana pun, kita kena jaga hati MCA, Gerakan dan MIC sebab depa adalah rakan kongsi (rakan songlap) kita.

Ada orang tanya macam mana orang Kristian yang minoriti tu nak jadikan Kristian agama rasmi dan lantik Perdana Menteri dari orang Kristian? Kerusi parlimen yang orang Kristian bertanding mana cukup majoriti nak tubuh kerajaan? Takkan Jeff Oi nak jadi PM, dia tu Buddha bukan Kristian? Dalam DAP sendiri ramai orang Buddha dari Kristian? Ramai MP Kristian dalam BN bukan PR. Kristian dalam BN. PAS, PKR dan DAP dah tegaskan dalam Buku Jingga mahu Islam kekal sebagai Agama Rasmi, jadi siapa sebenarnya yang nak jadikan Kristian agama rasmi?

Payahlah hangpa ni jenis banyak tanya. Macam mana depa nak jayakan agenda tu kita tak payah ambik tau. Memanglah tak logik tapi kita kena bakag semangat Melayu suruh benci Kristian, toksah kiralah logic tak logic.

Hangpa tau apa ancaman kuasa UMNO sekarang ni? Pertama bukan Melayu, khususnya orang Cina dah cabut lari. Kedua golongan muda, mana ada orang muda nak sokong parti tua macam kita. Takdak parti politik dalam dunia ni boleh berkuasa tara tu punya lama macam UMNO. Hayat kita sebenaqnya dah di penghujung.

Sebab tu kita kena tukaq strategi. Sebelum orang muda sokong PR, kita hancurkan akhlak golongan muda dulu. Kita anjurkan program yang boleh menghancurkan mereka. Tahniah diucapkan pada Syed Sobri ADUN Kuala Nerang yang berdampingan dengan sahabat baiknya, bakal calon Bukit Lada Haris Che Mat, menganjurkan program BATTLE OF THE BAND di Padang Terap. Program macam nilah kita perlu perbanyakkan.

Biaq hancur lingkop anak muda Melayu. Blog-blog UMNO semua kena siarkan video lucah pelakon lelaki Siam yang mukanya mirip Anwar tu banyak-banyak. Biar anak muda Melayu hancur akhlak mereka dengan video macam tu. Lagi bertambah kes rogol dan zina, lagi untung politik politik UMNO sebab manusia kalau dah jadi kaki maksiat mana mau dah kat Islam, perjuangan Islam atau parti Islam.

Ingat UMNO, kalau rasa nak menang lagi kena banyakkan program menghancurkan akhlak anak-anak muda Melayu. Kalau anak Melayu rosak kita UMNO tak rugi, yang rugi Perkasa.. padan muka depa.

Nota: foto2 di atas adalah program Battle Of The Band anjuran juak-juak UMNO.

AWAT SAMPAI JADI GINI

11 imam dibunuh kejam


BREGA - Kekejaman kuasa Barat terbukti apabila sekurang-kurangnya 11 orang imam dibunuh semasa sedang tidur dalam satu serangan udara oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di bandar Brega, Libya, kelmarin.

Jurucakap kerajaan Libya, Moussa Ibrahim berkata, kesemua imam yang terbunuh adalah sebahagian daripada kumpulan imam-imam Libya yang berkumpul di bandar itu untuk menunaikan solat meminta keamanan di negara yang sedang bergolak itu.

Namun hasrat mereka tidak kesampaian apabila dibunuh dalam serangan ganas Nato yang menyasarkan tempat awam dan bukannya kemudahan tentera seperti yang didakwa sebelum ini.

Kesemua mereka selamat dikebumikan di Brega, semalam.

Selain itu, 50 orang awam yang lain turut cedera dalam serangan Nato itu yang jelas disasarkan ke rumah tumpangan yang menjadi tempat penginapan kumpulan imam tersebut.
Menurut pegawai perubatan, jumlah kematian dijangka meningkat kerana mangsa yang cedera parah dalam serangan itu berada dalam keadaan kritikal.

Nato mengakui melancarkan serangan di Brega, bandar yang terletak kira-kira 800 kilometer di timur Tripoli tetapi tanpa rasa bersalah menegaskan kononnya rumah tumpangan itu adalah pusat kawalan dan arahan.

“Kami sedar terdapat dakwaan ada orang awam terbunuh dalam serangan ini. Kami kesal sebarang kehilangan nyawa jika benar apa yang didakwa,” menurut Nato.

Nato sejak akhir-akhir ini mempertingkatkan serangan udara di beberapa kawasan di Libya yang didakwa sebagai pusat ketenteraan Gaddafi, termasuk serangan di kediamannya di Tripoli.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu mencabuli mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang hanya membenarkan zon larangan terbang diwujudkan kononnya untuk melindungi rakyat Libya daripada serangan tentera Gaddafi


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1MTnHOMun

Pas dahului UMNO tubuhkan kolej


ALOR SETAR - Cadangan menubuhkan Kolej UMNO atau menawarkan biasiswa UMNO bukanlah suatu pembaharuan kerana Pas sudah lama menubuhkan kolej bagi menyediakan peluang pendidikan.

Exco Agama, Pendidikan dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, Pas menganggap cadangan itu bukanlah sesuatu yang istimewa, sebaliknya hanya cadangan biasa.

“Pas tiada masalah jika UMNO mahu tubuh kolej di bawah parti itu seperti dilakukan MCA sebelum ini. Pas sendiri menubuhkan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (Smidu) di Pokok Sena bersama Kolej Islam Darul Ulum (Kidu),” katanya.

Menurutnya, mana-mana parti politik berhak untuk membuka kolej milik persendirian atau gabungan, dan kemungkinan UMNO baru tergerak hati untuk turut memeriahkan institusi pendidikan negara.

“Sekolah yang diasaskan pada 1992 oleh bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor itu kemudian digabungkan dan dikenali sebagai Muassasah Darul Ulum. Sekolah ini bawah pentadbiran Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah atas nama Markas Tarbiah Watta’lim. Pada 1998, nama sekolah ini dengan rasminya ditukar kepada nama Sekolah Menengah Islam Darul Ulum,” katanya.

Mohamed Taulan mengulas cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir supaya UMNO menawarkan biasiswa dan menubuhkan Kolej UMNO bagi menyerlahkan peranannya dalam pembangunan belia di negara ini.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, berkata, kemudahan itu kelak bukan hanya ditawarkan kepada anak ahli UMNO semata-mata tetapi terbuka kepada umum.

Mohamed Taulan berkata, cadangan itu mungkin dibuat setelah UMNO menjadi pembangkang di Kedah dan mahu membuat saranan yang dilihat boleh membawa kebaikan kepada semua pihak.

Seri Paduka Baginda berangkat pulang

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR dan SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 15 Mei – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, di sini bersempena lawatan rasmi Baginda berdua ke Negeri Kedah Darul Aman pada 13 hingga 15 Mei 2011.

Keberangkatan pulang Baginda berdua disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Kedah dan DYTM Raja Puan Muda Kedah; Yang Teramat Mulia (YTM) Dato’ Seri DiRaja Tunku Soraya dan YTM Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Hadir sama ialah Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima tabik hormat dan lagu ‘ Negaraku’ dan ‘Allah Selamatkan Sultan’ turut dinyanyikan oleh pancaragam pusat Askar Melayu DiRaja Kem Sungai Besi.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong turut memeriksa perbarisan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Rejimen Askar Melayu DiRaja Kem Sungai Besi.

Sebanyak 21 das tembakan turut dilakukan dari 41 Bateri Rejimen Artileri DiRaja Kem Sungai Besi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...