TERKINI :

Saturday, May 14, 2011

Sekadar Ingatan Kepada Big Mama...!!

http://www.duhaime.org/Portals/duhaime/SuzanneMubarak.jpghttp://shamsuliskandar.files.wordpress.com/2009/03/rosmah-march13.jpg

Isteri Hosni Mubarak dimasukkan ke hospital, arahan penahanannya dikeluarkan

SHARM EL-SHEIKH (Mesir): Isteri Hosni Mubarak yang digulingkan, Suzanne Mubarak, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ke hospital komuniti pusat peranginan Laut Merah, selepas mengadu sakit dada.

Beliau dilaporkan sakit dada selepas mendapat berita arahan penahanannya atas dakwaan rasuah sudah dikeluarkan. Pengarah hospital itu, berkata Suzanne mengalami masalah jantung dan kini berada dalam keadaan stabil.

Pegawai keselamatan berkata, Isteri Hosni Mubarak akan ditempatkan di hospital buat sementara waktu, tetapi dijangka dibawa ke penjara wanita di Kaherah. - AP

Sultan Berjiwa Mulia - menukar seruan “Daulat Tuanku” kepada seruan “Allahu Akhbar”

Sultan Yang Prihatin


Sultan Muhammad V

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai 'saya' bukannya 'beta' sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan "Daulat Tuanku" yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan "Allahu Akhbar". Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik...Insya-Allah.

> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah "Alhamdulillah..."

> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkansebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...

> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

Betulkah Anak Muda Suka DAP dari PAS..??

Mat Sabu: Jangan terperanjat anak tokoh PAS bertanding atas tiket DAP
Sumber MerdekaReview

"Sebagai seorang muslim, saya mesti percaya bahawa ia sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dilaksanakan.  Tetapi, sebelum pelaksanaan Hukum Hudud ini, banyak lagi perkara yang boleh ditonjolkan, kebaikan Islam itu.  Misalnya good governance (urus-tadbir yang baik), akauntibiliti, tidak rasuah, tolak nepotisme.  Dan sekarang ini saya nampak, kalau PAS slow (perlahan) dalam bidang ini, for the future, DAP will take over."

menyelubungi seorang pemimpin politik veteran, Mohamad Sabu (gambar kanan) yang menyertai PAS sejak tahun 1977.  34 tahun daripada pemimpin yang berusia 56 tahun ini dicurahkan untuk perjuangan PAS.  Kesetiaannya bersama parti sukar dipertikai, pada masa yang sama beliau juga sahabat akrab kepada pemimpin DAP yang menerajui tampuk pimpinan sekarang.

Lanskap politik tanahair berubah dilanda "tsunami" pada 8 Mac 2008.  PAS dan DAP yang sering bertentangan pendirian dalam isu "Hukum Hudud" dipaksa untuk duduk semeja berikutan sentimen rakyat untuk menentang Barisan Nasional.  Namun demikian, "Hukum Hudud" kekal sebagai isu kontroversi, khususnya apabila berdepan dengan masyarakat bukan muslim.

Mohamad Sabu mengakui bahawa pelaksanaan hukum hudud bukannya sesuatu yang senang, melibatkan pindaan perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, dan hasrat ini perlu dirunding bersama dan direstui rakan-rakan partinya.  Tetapi, beliau lebih mengambil berat bagaimana Islam diterjemahkan kepada "urus-tadbir yang baik", untuk peringkat ini.

"Boleh capai atau tidak (pelaksanaan hukum hudud), itu soal cita-cita," Mat Sabu sekali lagi berjenaka, "Macam kita-lah, nak kahwin seorang puteri.  Mungkin kita tidak dapat puteri itu, kita dapat kahwin dengan kerabat diraja pun cukuplah!"

Anak muda Melayu teruja nak sertai DAP

Calon Timbalan Presiden PAS ini berkongsi pengamatan dan pengalamannya dalam senario politik pasca 8 Mac 2008.  "Ramai anak muda Melayu berjumpa saya sekarang.  Dia kata Pak Mat, bila Pak Mat nak join DAP?  Kalau Pak Mat join DAP, kami akan bersama..."

Ketika ditanya mengapa pendirian DAP yang jelas menentang pembentukan Negara Islam itu tidak menghalang anak muda Melayu daripada menyokong parti itu, Mat Sabu menjelaskan bahawa kecenderungan ini disebabkan dasar-dasar yang ditawarkan DAP, misalnya urus-tadbir yang baik, dengan konsep "CAT" (Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan) oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dan sebagainya.

Secara terus-terang Mat Sabu berkata, pembangkang tidak boleh hanya mendakwa dirinya menentang Akta Rahsia Rasmi (OSA), tetapi pada masa yang sama tidak menawarkan sesuatu apabila menguasai kerajaan negeri.  Mat Sabu menganggap ini adalah kehendak orang ramai, dan beliau amat bimbang seandainya PAS tidak merobah konsep ini.

Beliau enggan mengulas secara terperinci, walaupun wartawan MerdekaReview membangkitkan kerajaan negeri Kedah yang dikuasai PAS, yang kelihatan tidak mendahulukan agenda reformasi sebagaimana yang disebut di atas.  Cuma, Mat Sabu mengingatkan, bahawa rata-rata wakil rakyat DAP mampu mempersembahkan "kehidupan yang tidak mewah", sebagaimana yang diamalkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.

Meskipun diserang bertubi-tubi dengan media kawalan UMNO, namun Mat Sabu berkata pemerintahan DAP di negeri Pulau Pinang berjaya menonjolkan ciri-ciri atau nilai Islam, jika dilihat dari substance (intipati) dan bukan form-nya (bentuk luaran).  Malah beliau memberi peringatan bahawa jangan terperanjat seandainya terdapat anak tokoh PAS peringkat negeri bertanding atas tiket DAP dalam pilihan raya umum yang akan datang!

Mat Sabu ingin berkongsi idea-idea ini dengan PAS, kerana beliau menganggap seandainya PAS berjaya menjelmakan Islam kepada urus-tadbir yang baik, maka mungkin komuniti bukan Islam tidak bermasalah untuk menyokong PAS.  "Kalau keadilan ini tak dapat dipamerkan dahulu, macam mana mereka lihat keadilan yang lain?"

"Kalau ditonjolkan Melayu sebagai Islam, orang Cina melihat apa yang ada pada Melayu?  Ini yang saya nak fikirkan," kata Mat Sabu dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di Hotel Armada Petaling Jaya, semalam.

Enggan telan bulat-bulat pemikiran yang disogokkan

Mat Sabu terkenal sebagai pemidato di peringkat akar umbi.  Namun, untuk polis cawangan khas (special branch), keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan mungkin lebih digeruni.  Malah bukan rahsia jikalau dikatakan Mat Sabu lebih cenderung kepada "haluan kiri" dari segi pemikiran politiknya, berbanding dengan pemikiran arus perdana dalam masyarakat Melayu-Islam, malah dalam PAS sendiri.

"Saya dalam memahami politik ini, saya membaca, termasuklah buku-buku Lenin, Mao Ze Dong, dan dalam Islam, Ikhwan Muslimin dan sebagainya," katanya.  Mat Sabu mungkin pemimpin PAS yang paling rapat dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), sehingga ada yang berjenaka bahawa hubungan PAS dengan DAP dan PSM akan bertambah baik seandainya Mat Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden.

Mat Sabu menolak untuk menelan sesuatu konsep secara bulat-bulat, misalnya Komunis dikaitkan dengan jijik, bunuh orang dan sebagainya - yang ditanamkan oleh penjajah British dan pemerintah selepas merdeka kemudiannya.

"Selepas perjanjian Damai, saya melawat ke Betong di Thailand.  Saya juga melawat kem Rejimen 10 Komunis Malaya, (berjumpa dengan pemimpin seperti) Rashid Maidin, dan juga Abdullah CD.  Saya dialog, bercakap dengan mereka, sesetengah-setengah mereka ini, yang orang Melayu, yang beragama Islam dalam Rejimen ke-10 itu, mempertahankan amalan Islam jauh lebih baik daripada orang Melayu "so-called" (kononnya), yang ada di luar, dan termasuk yang ada dalam UMNO."

Mat Sabu pernah mengutarakan pandangan-pandangan yang "menggemparkan", untuk masyarakat Melayu-Muslim, misalnya berkata orang Melayu seharusnya berterima kasih kepada Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

"Saya tidak suka disogok begitu, tanpa kita buat sedikit kaji selidik (research).  Saya rapat dengan, dari awal dulu, dengan Syed Husin Ali (bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia), Dr.Nasir Hashim (Pengerusi PSM)..." secara terus-terang Mat Sabu berkata, pertukaran regim pemerintahan bergantung kepada kuasa rakyat.

Mat Sabu mengakui bahawa dalam isu-isu seperti fahaman komunis, institusi Raja, malah agama, PAS kadang-kala terikut-ikut dengan rentak UMNO, malah termakan dengan retorik itu.  Beliau menganggap masalah yang paling besar didepani masyarakat Melayu sekarang adalah "pemikiran".

"Masalah pemikiran yang susah nak sebut... Pergi kepada Islam yang ditafsirkan dalam satu aliran.  Tidak terbuka untuk berbincang dengan aliran lain," katanya yang mencadangkan agar setiap aliran dan fahaman dikaji dan bukan ditolak begitu sahaja.

"Saya amat tidak bersetuju, di Malaysia ini, dia letakkan Islam itu seolah-olah agama Melayu.  Melayu itu Islam.  Melayu berugama Islam saya amat bersyukur.  Tapi nilai Islam ini, jauh lebih berada dalam kalangan orang Cina berbanding dengan orang Melayu."

Mat Sabu menjelaskan selanjutnya, bahawa sikap seperti kerja kuat, tidak bergantung kepada pertolongan subisidi, berdikari dan sebagainya dalam kalangan Cina ini adalah penjelmaan nilai Islam, cuma masyarakat bukan Islam ini tidak menerima Allah sebagai Tuhan mereka.  Malah, beliau menyifatkan warga Jepun sebagai "umat Islam sejati", kerana tidak merampas makanan, beratur untuk dapatkan bantuan, menghormati hak orang lain dan sebagainya selepas masyarakat itu dilanda tsunami.

Beliau menolak "semangat asabiyah", misalnya kaum Islam dan Melayu tetap dibela walaupun telah melakukan kesilapan. (Bahagian pertama, bersambung)

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Nama Inggeris Tetapi Berdendam Macam Orang Tiada Pekerti

KOMENTER : Jika manusia, umur 65 tahun seharusnya menzahirkan watak yang matang dan berfirasat tinggi. Bagaimanapun bagi sesebuah organisasi, usia itu sewajibnya memancarkan wibawa yang luhur dan mulia kerana ia dihasilkan oleh himpunan pemikiran insan dan pemimpin yang berwawasan dan berhemah.

Namun apa yang dapat ditunjukkan oleh United Malays National Organization ketika meraikan ulangtahunnya yang ke-65 minggu ini ialah keceluparan dan keserakahan.

Amat nyata nilai luhur bukan jenama parti yang sering mendabik dada memperjuangkan kepentingan Melayu dan kemuliaan agama Islam.

Betapa tidaknya, parti yang masih menjunjung katanama Inggeris bagi memuliakan satu perjuangan Melayu, kononnya, jelas didakap rasa takut dan cemas akan masa depannya. Ia seperti orang tua yang nyanyuk dan diserang penyakit Parkinson yang disergah rasa cemas kerana muflis idea bagaimana hendak terus hidup dan berkuasa.

Kecemasan ini berpaksi daripada gugatan seorang insan. Wajah, kelibat dan apatah lagi bicara insan ini benar- benar menghunjamkan rasa cemas dan ngeri. Puas disanggah kata bicaranya, disergap dengan kekerasan dan undang-undang, diejek dengan pelbagai gelaran dan nama jelek, dimaki dan dihamun, namun lembaga politik ini tidak mahu pergi.

Kemudian disebarkan pelbagai cerita dan fitnah namun insan ini masih berada diambang pemikiran United Malays National Organisation.

Maka digunakan cara yang lebih nekad lagi. Bagaimana jika diperas ugut akan maruahnya dengan video seks dan gertakan anak cucunya dianiayai?

Maka dihimpunkanlah pelbagai pendekar dan pawang siber yang handal untuk menggerunkan musuh ini dalam blog; dalam media konvensional bernama Utusan Malaysia, Berita Harian, TV1, TV2, TV3, dan media massa lain. Habis pelbagai cerita mengenai aib seorang politikus ini dihamburkan. Namujn rasa ngeri tidak mahu pergi.

Maka akhirnya di kemuncak sambutan ulangtahun United Malays National Organisation ke 65, dihimpunkan segala tohmah dan nista seteru utama ini dalam sebuah kitab 555 muka surat. Kitab kesumat United Malays National Organisation ini dijadikan cenderahati rasmi parti itu dan disebarkan kepada sekalian hadirin. Maka sahlah kecemasan, kengerian dan rasa ngilu United Malays National Organisation terhadap insan 63 tahun yang bernama Anwar bin Ibrahim.

Pandanglah dari sudut manapun, sama ada Anwar ini mahu dinobatkan sebagai seteru nombor wahid United Malays National Organisation atau saingan yang paling dihormati; parti ini memang tidak lekang daripada diulit mimpi dan mengigau setiap detik. Parti ini benar-benar perlukan kuasa sihir luar biasa untuk memadamkan rasukan Anwar Ibrahim ini.

Maka timbullah idea baru bagaimana hendak melampiaskan rasa gundah ini dari rongga hidup United Malays National Organisation. Adalah juak-juak yang juga kurang aman Anwar terus bersilat di gelanggang politik negara yang mencabar kewarasan dan naluri kasih sayang Anwar.
Bagaimana kalau anak dan cucunya dijadikan taruhan?

Jika semangat politik Anwar tidak dapat dipadamkan dengan hujah, fitnah dan tohmah, masih mampukah Anwar bertandak dalam gempita politik negara jika insan lain yang dikasihinya diancam keselamatan dan nyawa mereka?

Anak sulung Anwar yang kini menapak mengikut jejaknya , Nurul Izzah, yang juga ahli parlimen Pantai, digertak supaya memilih – teruskan langkah politik Anwar atau diputuskan talian kasih sayang dengan anak kesayangannya. Jika ini tidak menggerunkan Nurul Izzah kerana hati mudanya mungkin masih membara semangat waja, ia mungkin menggugah pendirian Anwar yang telah lama “tua” dalam arena politik negara.

United Malays National Organisation mungkin akan cuba menjarakkan diri daripada usaha jijik sebegini. Sama seperti isu video seks anjuran
Datuk T, United Malays National Organisation mungkin bersumpah-sumpah junjung segala kitab dan akhbar menafikan penglibatannya dalam ugutan terhadap Anwar dan keluarganya.

Namun semua pemerhati politik tahu, jika kerana diterjah rasa ketakutan dek ancaman dan ugutan terhadap anak dan cucunya, maka Anwar pun memilih untuk bersara dari arena siasah negara, pihak mana yang akan amat lega dan bersukaria!

Neraca keadilan, kesaksamaan dan keluhuran hidup tidak boleh diluruhkan oleh rasa benci, dengki dan irihati. Bagi parti yang bersyahadah pada hakikat tiada Tuhan melainkan Allah, United Malays National Organisation wajib tahu, keserakahan dan kesumat dendam tidak dapat memadamkan keadilan Allah s.w.t. Bagi perlakuan dengki dan fitnah, balasannya nanti di dunia dan di akhirat berganda-ganda lagi.

Pilihlah sendiri. Wajarkah seorang tua 65 tahun masih lagi bersifat bengis, berdendam dan bepekerti keji walhal kubur kian lantang membisikkan istilah saat mati mu semakin menghampiri...

Wira Arjuna..

Negara ini adalah 2Malaysia dan bukannya 1Malaysia

Rakyat Hidup Dalam Dua Malaysia Bukan Satu, Kata Anwar

AYER KEROH 14 MEI : Negara ini adalah 2Malaysia dan bukannya 1Malaysia - Satu zalim dan satu (lagi) rakyat tertindas," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengupas pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Melaka malam tadi.

Ucapan Anwar lebih satu jam di ceramah itu diganggu oleh sekumpulan remaja yang melontarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang itu namun puluhan anggota polis yang hadir tidak mengambil tindakan.

Anwar kemudian menggambarkan golongan itu sebagai 'keldai' Umno-BN yang cetek pengetahuan terhadap penindasan ke atas rakyat selain sanggup menjadi pencacai parti itu semata-mata mendapat upah RM50.

Justeru beliau menyeru kepada hadirin yang hadir supaya berfikiran matang membantu Pakatan Rakyat mengembalikan maruah negara yang semakin terhakis.

"Kita lihat polis tidak boleh diharap untuk halang mereka. Cuba kalau Najib punya majlis, habis kita ditangkap," kata Anwar kepada dua ribu hadirin Kampong Bukit Katil Ayer Keroh.

"Sebab itu negara ini dua (2) Malaysia dan bukan 1Malaysia. Satu zalim, satu rakyat tertindas. Boleh pencacai Umno itu jawab mana perginya RM52 bilion?" soal beliau sambil disahut sorakan gemuruh pengunjung yang hadir.

Beliau menjelaskan kronisme menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion yang diperuntukan kepada Bumiputera lesap kerana akibat diagihkan kepada individu yang berselindung di belakang nama Bumiputra.

"RM54 bilion saham bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion. RM52 bilion lagi, hilang. Sebab itu Mahathir beriya-riya mempertahankan Umno sebab anak dia orang Melayu terkaya di Malaysia. Syarikat Kencana Petroleum (dimiliki) oleh Mokhzani(anak Mahathir)," jelas Anwar.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut merujuk kepada ketirisan dana rakyat yang berpunca daripada pemberian kontrak-kontrak lumayan dan berat sebelah kepada individu-individu berkepentingan sehingga mewujudkan klas elit Melayu dan memiskinkan majoriti kaum itu.

Anwar turut merungkai kembali kegagalan kerajaan Umno-BN mencapai ekuiti Bumiputra ke tahap 30 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 1990.

Jelas Anwar, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak ghairah mendabik dada tentang kejayaan meningkatkan ekuiti itu kepada 22 peratus tahun ini, walhal hakikat adalah ia tetap kurang 8 peratus daripada sasaran yang ditetapkan lebih 10 tahun lalu.

Anwar berkata sungguhpun segelintir pemimpin Umno-BN tidak bersetuju dengan cara urus tadbir negara, namun mereka mendiamkan diri akibat khuatir kehilangan pangkat dan "periuk nasi".

Ini menyebabkan regim Umno-BN dikawal oleh jutawan-jutawan negara yang diberi perlindungan untuk mengaut keuntungan peribadi asalkan mereka menjaga kepentingan sempit pemerintah, tambah beliau.

"Pemimpin Umno tidak mampu berbuat apa-apa walaupun tidak bersetuju demi menjaga kepentingan diri. Mereka ini dalam poket taukeh besar," ujar beliau.

Dalam ceramahnya, Anwar sekali lagi berterus terang mengenai tuduhan liwat fitnah dan video seks yang menjadi modal Umno-BN menyerang peribadi, keluarga dan Pakatan Rakyat mutakhir ini.

Selain menjelaskan tahap kefahaman agama Islam yang dangkal dalam kepimpinan tertinggi Umno, Anwar menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada cubaan juak-juak Umno mempermainkan prinsip Islam dan hukum Syarak.

Ujar beliau, perbuatan sumpah laknat tidak akan menyelesaikan kes jenayah sambil merujuk kepada nasihat Profesor Dr. Wahbah Zuhaili, ulama dari Syria.

"Prosedur adalah perlu ada siasatan dan pendakwaan. Itu baru ada kes. Sumpah tidak selesaikan kes. Saya menasihati rakyat supaya jangan keliru dengan tindakan Umno," jelasnya.

Justeru beliau menyarankan agar masyarakat mengangkat prinsip Maqassid Syariah yang mempertahankan soal akidah dan kebebasan.

Anwar berkata ancaman yang diperhebat saban hari terhadap Pakatan Rakyat tidak melemahkan matlamat gagasan pembangkang itu menubuhkan sebuah "kerajaan rakyat Malaysia" jika beri mandat untuk mengambil alih Putrajaya.

Ketua Pembangkang itu turut berikrar akan meneruskan perjuangan untuk membawa pembaharuan politik yang didahagakan oleh rakyat serta membebaskan Malaysia daripada agenda sempit yang diikat kepada kepentingan keluarga dan kroni pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional.

"Saya sudah langkah dalam perjuangan, Insyallah saya akan teruskan. Ini bukan soal Anwar dan keluarga saya. Kami dalam PR ada program untuk membuat perubahan," kata beliau.

Dalam misi jelajah tawan negeri Melaka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 malam tadi, Anwar bersama-sama kepimpinan Pakatan Rakyat bernekad membawa nafas baru kepada rakyat negeri itu.

Anwar mengulangi cabarannya untuk berbahas dengan Perdana Menteri Malaysia itu tentang polisi dan dasar pentadbiran negara selain merungkai kesangsian Buku Jingga dan janji 100 hari Pakatan Rakyat.

Katanya, Najib masih berdolak-dalik mengenai perbahasan itu walaupun Anwar menyatakan kesediaannya sejak tahun lalu.

"Lepas dia (Najib) tanya saya semua isu video dan liwat. Giliran saya tanya tentang siasatan polis Altantuya, isu negara Perancis buka kertas siasatan terhadap Razak Baginda dan Perdana Menteri kita di atas isu kapal selam. Ketiga jawab pasal (kes khalwat) di Port Dickson," kata beliau.

"Kalau PRU dibuat sekarang, kekuatan kita lebih kuat daripada Umno dan mereka tahu perkara itu," kata beliau.

"Kalau Berani, Beri Satu Jam PR Muncul Dikaca TV"

http://3.bp.blogspot.com/_ZaGO7GjCqAI/S6JWKcuxikI/AAAAAAAASZA/OnNazIxLqpA/s640/google-tv.png
SHAH ALAM 14 MEI : Pakatan Rakyat Selangor tiada sebarang masalah jika UMNO BN menggunakan segala 'senjata' untuk merampas kembali Selangor dengan syarat gagasan itu diberikan masa satu jam untuk muncul dikaca tv bagi menzahirkan agenda politik mereka.

EXCO Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata Pakatan Rakyat hanya memerlukan 60 minit di kaca tv bukan untuk membalas balik segala serangan bertali arus terhadap gagasan itu, tetapi tempoh itu akan diguna sebaik mungkin untuk menjelaskan tawaran terbaik yang ditawarkan kepada rakyat.

"Saya mencabar Najib Razak dan BN, kalau mereka ini benar-benar berani mahu rampas Selangor dan yakin akan menang pilihanraya akan datang dengan kenyataan menang 2/3 undi kononya, beranikah mereka beri kita ruang satu jam sehari didalam Tv (media arus perdana) untuk kita manfaatkan sebar maklumat kepada rakyat, satu jam sahaja untuk sehari," kata Xavier.

Minggu lalu, Najib Razak dilaporkan mengarah keseluruhan jentera UMNO Selangor agar menggunakan segala 'senjata' yang ada bagi merampas kembali negeri terkaya ini pada pilihan raya akan datang.

Xavier berkata, kelonggaran untuk Pakatan Rakyat muncul dikaca tv akan membuktikan kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak juga mengamalkan semangat demokrasi dalam pemerintahannya.

"Kalau mereka mahu berikan kami sedia, dan bukannya percuma, kalau diperlukan kita (Pakatan Rakyat) kami sedia beli masa siaran, itupun kalau mereka berani berikan ruang untuk kita dalam media elektronik yang ada sekarang," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TvSelangor selepas Ceramah Perdana Jelajah Selangor Tawan Malaysia di Dewan MBSA Jalan Kebun malam semalam.

Siapa yang terasa dia PANDI KUTTY.. dia punya pasallah..!!!

Anwar kata lagi kepimpinan Umno 'pandi kutty'

Ketua pembangkang dan juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan corak kepimpinan Umno tak ubah seperti 'pandi kutty' di dalam sesi ceramahnya di Bukit Katil, Melaka malam semalam.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by policeBiarpun suasana agak tengang dengan provokasi yang dijalankan ratusan penyokong BN yang dipisahkan hanya sebatang jalan namun majlis yang dirancang tetapi diteruskan seperti biasa.

Menurut Anwar, budaya yang diamalkan Umno sama sekali bertentangan dengan orang-orang Melayu yang dianggap penuh beradap sopan.

"Bila saya tuduh Umno amalkan budaya 'pandi kutty mereka marah, tetapi sekiranya Umno membunuh orang, mengamalkan rasuah, zalim dengan rakyat, ambil kekayaan negara, tindas rakyat, orang inilah yang menjalankan politik 'pandi kutty'.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka"Memang dari segi bahasanya makna 'pandi kutty' itu adalah anak babi tetapi maksud sebenarnya adalah bodoh. Saya tidak kata Najib tetapi sekiranya terasa, dia punya pasallah," katanya kepada ribuan hadirin.

Menurut Anwar, di dalam sejarah sejak zaman kesultanan Melayu Melaka tidak ada orang yang diaibkan dan dicerca sepertinya.

"Tetapi saya sehinga sekarang hari-hari dicerca dan diaibkan tetapi saya bersyukur mana-mana saya pergi sambutan masyarakat begitu baik terhadap saya.

Budaya Melayu

"Mana ada di dunia yang mencerca sebegini biarpun mengambil contoh dunia Arab sekalipun atau mengambil budaya Cina yang ribuan tahun ketamadunannya tidak mencerca orang seperti ini.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka"Budaya Melayu pun begitu tetapi hanya pimpinan di Umno sahaja yang dilihat begitu terdesak menghina saya," katanya.

Menurut beliau, jikalau menyorot kisah di dalam Buku Sejarah Melayu ada terkandung kisah budaya masyarakat dan pemimpin Melayu yang sepatutnya diamalkan.

"Jika dibaca sejarah Melayu ada tercatat kisah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, di mana perjanjian antara rakyat dan raja atau pemerintah.

"Rakyat mesti taat kepada pemerintah, jangan derhaka manakala raja mesti adil jaga kepentingan rakyat, kalau rakyat laku kesalahan walau sebesar mana pun jikalau ditakdirkan dia salah, dijatuhi hukuman bunuh pun maka ikutlah syarak.
anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by police, samsul iskandar

"Ini sebenarnya budaya Melayu, maknanya salah atau benar pun perlu rujuk syarak, bukan rujuk nafsu, bukan tabur fitnah, bukan caci orang.

"Tapi jikalau salah bagaimana pun, jangan sesekali pemerintah aibkan hambanya. Jaga maruah dia, kalau aibkan juga mala petaka akan menimpa.

"Budaya Melayu tidak suruh, hanya budaya Umno sahaja yang mengamalkan cara sebegini," katanya.

Aduhai Nurul awat hang cakap macam tu.. Satgie demam pulak PM kita tuu..!!

Nurul Izzah cabar Najib debat dengan Anwar

KETEREH, 14 Mei: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan ‘debat’ khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu.

Pada masa yang sama, beliau turut memohon Perdana Menteri itu mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di sini petang semalam.

Turut berucap pada majlis itu, Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood, Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.

Menurut Izzah lagi, perancangan jahat tidak perlu dilakukan apa lagi dengan tuduhan jijik liwat, video seks dan berbagai lagi kerana ianya akan memburukkan imej negara bukan sahaja keluarganya.

“Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana debat itu akan memakan mereka sendiri.

Izzah juga turut berpendapat pelbagai fitnah lagi bakal menimpa ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno.

Jelasnya, parti yang paling kuat menentang kerajaan khususnya berhubung kes ayahnya ialah PAS sehingga parti itu sanggup berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

“Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universitipun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu,” katanya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.

Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (sms) yang akan menculik anak sulungnya sekiranya masih menyokong perjuangan Anwar.

Pada majlis itu juga beliau turut menyampaikan sumbangan golongan miskin di Dun Kok Lanas.

Sebelum menyampaikan ceramah di Kuala Krai dan Machang, beliau terlebih dahulu memenuhi program santai dan minum petang di rumah Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail.

AHMAD MASLAN TERIMA ESKAY DARIPADA HUKUM AL-QURAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG Ulamak Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya mengakui tidak sepatutnya keaiban seseorang didedahkan kerana di dalam Islam hukumnya adalah berdosa besar apatah lagi ianya merupakan fitnah zina. Manakala, Datuk Ahmad Maslan tokoh Umno pula menolak dakwaan Umno terlibat di dalam isu video seks DS Anwar.

Kedua-dua tokoh dari Umno ini menyatakan sedemikian di dalam satu forum anjuran NGO Melayu sempena Ulangtahun Umno Ke 65 di Ibu Pejabat parti berkenaan. Walau apapun, kenyataan mereka tidak lagi memberi kesan kerana fitnah terhadap Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang itu telah pun berlaku. Maruah DS Anwar serta keluarganya telah pun dipijak semahu-mahunya oleh puak mereka yang mengawal seluruh media utama negara ini. Mana mungkin akal yang waras boleh menerima bahawa Umno sebagai tunjang kerajaan yang memerintah tidak mampu mengawal kejahatan media-media ini. Justeru itu, salahkah rakyat jika menuduh Umno terlibat di dalam isu fitnah jahat ini?

Bahkan, sehingga artikel ini ditulis masih belum ada tangkapan atau dakwaan terhadap penganjur tayangan video seks di Seri Carcosa tersebut walaupun mereka telah pun membuat pengakuan terlibat. Sekali lagi, akal yang bijak akan bertanya mengapa kerajaan yang ditunjangi oleh Umno gagal untuk menentukan pihak berkuasa bertindak tegas terhadap penjenayah tayangan video lucah ini? Apakah memadai dengan berkata Umno tidak terlibat?

Lebih malang lagi Datuk Ahmad Maslan jelas menunjukkan ketidakpercayaannya terhadap hukum Islam yang melibatkan kes Qazaf di dalam isu tuduhan zina seperti ini. Memetik kata-kata beliau di dalam Malaysiakini di dalam mengulas isu sumpah laknat Eskay yang mengarut itu, Datuk Ahmad Maslan berkata, "maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya.

Cara sesat dengan bersumpah laknat yang tiada di dalam hukum Islam melibatkan tuduhan zina itu dianggap terbaik oleh Datuk Ahmad Maslan? Hukum Islam itu tidak baik kepada Datuk Ahmad Maslan? Mengapa beliau mencadangkan DS Anwar juga turut terbabit dengan perbuatan yang menyesatkan itu? Ini lah kejahilan pemimpin Umno yang masih gagal diatasi oleh berpuluh Ulamak samada tua dan muda di dalam Umno. Mengapa tiada seorang pun di kalangan mereka yang menyanjung hukum yang telah ditetapkan oleh Al-Quran sebaliknya menyambut dengan baik dan redha dengan seorang manusia yang Muallaf dan Jahil di dalam ugama itu? Di mana letaknya hukum Qazaf di dalam Islam di sisi Umno?

Jelas kepada kita, Umno sebenarnya tidak pernah serius dengan Islam dan ulamak-ulamak mereka terkelu lidah untuk menasihati pemimpin-pemimpin Umno agar kembali kepada Al-Quran. Mereka menuduh DAP anti Islam dan PAS pula parti ajaran sesat, sekarang terbukti kepada kita wajah Umno yang sebenarnya. Sebab itu tidak pelik dan menghairankan mengapa PAS begitu lantang menolak pelawaan Umno untuk bersamanya./wfauzdin.blogspot.com

AGUNG nak mai habih semua PAKAT BERLAKON..!!!

oleh Anakkedah007

http://kedahlanie2u.files.wordpress.com/2011/05/agung5b15d.jpg?w=300

kami nak tegoq sikit KEPADA SIAPA YANG TERLIBAT dengan ISU INI….

Hangpa jangan dok belagak tunjuk kuasa dan hangpa jangan dok buat kelaku UMNO dulu… Jangan kerana AGUNG nak mai hangpa buat kelaku UMNO dimana jalan tak boh tar..habih hangpa boh tar nya.. mana tempat yg hudoh habih hangpa pereloknya…. habih sebelom nie hangpa buat apa…tidoq makan gaji buta sahajakah…

Jika nak buat kerja buatlah bagi betul..jika betul2 salah meniaga tepi jalan tuu ambik tndakan dulu-dulu lagi jangan sampai dah beranak 12 orang dah baru nak ambik tindakan….

Hangpa buat macam mudah jaaa..nah notis 24jam esok hangpa pindah…hangpa ingat kedai main pondok-pondok kaa mai roboh camtu jaaa….pakai akai laaa…pakai otak laa….depa tu cari makan….ibarat itulah kerja makan gaji depa… kalau tak ada gerai tu anak bini depa nak makan tedarah apa…hangpa takpa la dok dalam econ taip surat sekeping suruh macai pie hantaq pie surat tu kata esok hangpa pindah sebab AGUNG nak lalu jalan nie….

Satgie tak pasai AGUNG pun depa maki buta kare macam tuu jaa… tapi AGUNG bukan salah pun…yg salah hangpa yang bodoh dok dalam pejabat nuuu… nie semua berlakon jaaa…. berlakon nak tunjuk kata semua elok…. JALANRAYA elok… LALULINTAS elok… BANGUNAN elok……….. sudahlaaaaaa buat kerja berlakon nie....

Kesal terima notis roboh gerai 24 jam

SUNGAI PETANI – Seramai sembilan pemilik gerai yang menjalankan perniagaan pelbagai jenis di tepi Jalan Kelab Cinta Sayang kesal dengan tindakan Pejabat Tanah Kuala Muda yang memberi notis 24 jam untuk merobohkan kesemua gerai mereka atas alasan menghalang lalu lintas.

Peniaga roti canai, Anita Suriati Aziz, 33, berkata, dia sudah menjalankan perniagaan itu selama 12 tahun di lokasi sama namun, tidak sangka menerima notis daripada pihak berkenaan yang akan merobohkan gerai miliknya dalam masa 24 jam dari tarikh surat diterima.

Menurutnya, alasan yang diterima adalah laluan berkenaan akan digunakan Yang di-Pertuan Agong dalam kunjungan rasmi tuanku ke Kedah bermula 13 hingga 15 Mei ini.

“Alasan merobohkan diberi secara drastik sedangkan sebelum ini kami sentiasa mengamalkan dasar dan kehendak pihak jabatan tertentu yang menjalankan pemeriksaan ke atas gerai,” katanya................. sambung lagi....

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9077971.asp

Anwar, Sheikh Wahbah di pentas Maqassid Syariah

Ulama Besar Dunia dari Damsyik, Syria, Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily tampil pada majlis wacana Seminar Maqassid Syariah yang diadakan di Melaka dan turut dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahSeminar bertajuk 'Maqassid Syariah Dalam Masyarakat Majmuk' adalah anjuran ABIM dan dihadiri lebih 250 orang yang terdiri daripada NGO, termasuk anggota ABIM sendiri.

Selain Anwar, turut tampil selaku penceramah adalah mereka yang pernah menerajui ABIM termasuk Prof Dr Mohd Nur Manuty dan Yang Dipertua PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman.

Ketika menyampaikan ceramah selama kira-kira setengah jam itu, Prof Dr Wahbah menjelaskan tentang maksud maqassid syariah yang dapat difahami bahawa setiap peraturan ajaran Islam yang diturunkan bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada manusia sejagat.

Menurutnya, ia adalah satu keperluan asas dan akibat jikalau tidak mengikutinya akan menyebabkan masyarakat terbahagi kepada dua iaitu yang cintakan keamanan serta yang gemar menyalakan api kebencian masyarakat.

Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahKatanya, program yang dianjurkan itu amat baik dan bersesuaian di dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini terutama dalam konteks penyatuan masyarakat di negara ini.

Beliau turut menjelaskan, Islam adalah agama yang terbuka kepada semua bangsa dan penganut agama lain.

"Sejarah telah membuktikan sesiapa sahaja yang bernaung di bawah Islam tidak kira berlainan agama dan bangsa akan mendapat faedah serta kebaikan.

"Di dalam al-Quran jelas menyatakan Islam itu sendiri membawa keamanan dan menyelamatkan hak-hak setiap masyarakat," katanya ketika menyampaikan ceramahnya petang semalam.

Ulama Besar Dunia from Damsyik, Syria, Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily with Anwar Ibrahim on seminar Maqassid SyariahMengupas lebih mendalam mengenai maqassid syariah, Dr Wahbah berkata, ia adalah asas kepada agama Islam dan dianggap sebagai akar umbi agama.

Malah, jelasnya, salah satu nama Allah juga iaitu as-Salam bermaksudkan pendamaian, justeru beliau menyeru supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dan jangan berpegang hanya kepada sesuatu kaum tertentu sahaja.

"Sekiranya terdapat pertikaian, eloklah dibawa berbincang atau menyertai forum bagi menyelesaikan segala kekusutan demi melahirkan kedamaian.

"Di samping itu, Islam juga mengharamkan pembunuhan biarpun sesama bukan Islam," katanya.

Kita hanya HAMBA..

Sayu, derita Datuk Sarimah


BERPERANG dengan penyakit kanser, Sarimah terharu kerana teman-teman seperjuangan dalam industri masih tidak melupakannya dan meraikan ulang tahun ke-69 baru-baru ini.

MEMANG benar ajal dan maut itu ketentuan daripada Ilahi. Bagi pelakon berpengalaman, Datuk Sarimah Ahmad, dia bersyukur dan tidak menyangka masih dapat menyambut kelahiran pada usia 69 tahun pada 28 April lalu ketika dirinya berperang dengan penyakit kanser otak, hidung dan lidah.

Selepas diberitahu doktor pada tahun lalu yang dirinya hanya berpeluang hidup selama tiga bulan, Sarimah lebih banyak mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Nyawa saya terletak di tangan Tuhan bukan di tangan manusia. Biar seteruk manapun keadaan saya sentiasa istiqamah dan berdisiplin menjaga kesihatan diri.

"Ramai yang tidak tahu penyakit saya kecuali anak bongsu saya Yusarima Puteri," kata Sarimah kepada pihak media selepas sambutan hari jadinya yang ke-69 di Restoran Warisan, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pada malam sambutan hari jadinya yang dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia itu, Sarimah kelihatan sedih dan terharu.

Daripada ceria, suasana malam itu bertukar menjadi sayu saat Sarimah memberikan ucapannya.

Ibu kepada pelakon dan pengarah filem Momok Jangan Panggil Aku, M. Jamil itu mengaku, melalui saat-saat getir selama dia menghidap penyakit kanser itu.

Ditanyakan mengenai permulaan dirinya menghadapi penyakit tersebut, Sarimah memberitahu, dia mendapat penyakit tersebut masa berlakon cerita Cinta Madinah pada tahun 2008.

"Saya mula sakit masa pengambaran cerita Cinta Madinah. Sakit tersebut melarat sehingga dua tahun. Saya sudah tidak berdaya lagi.

Sarimah pernah sakit tidak bangun selama sebulan sehingga badannya menjadi kurus kering dan menampakkan sosok tulang rangka.

"Berat badan saya pernah turun sehingga 50 kilogram dan saya terpaksa duduk beralaskan bantal kerana isi tulang pinggul semakin menipis.

"Saya juga pernah melalui masalah lidah mengeras sehinggakan tidak boleh menarik atau menjelirkannya," ceritanya yang terpaksa menolak banyak undangan fotografi dan ceramah.

Menurutnya, dia tidak pernah mengalah untuk melawan penyakitnya itu. Sarimah menolak untuk melakukan rawatan kemoterapi atau pun pembedahan.

Sebaliknya memilih melakukan rawatan alternatif iaitu dengan mengambil ubat yang dicadangkan daripada Profesor Syed Putra Meir.

Selain itu, Sarimah juga bertawakal dan memanjat doa dari Tuhan dengan mengamalkan minum air zam-zam setiap hari, membaca al-Quran dan bersolat tengah malam.

"Kalau datang (lahir) dengan cukup sifat, saya mahu balik (meninggal) dalam keadaan yang sama," katanya yang bersyukur dengan keadaan dirinya yang semakin pulih daripada penyakit kanser.

Ditanyakan sama ada dia akan menerima undangan lakonan, kata Sarimah, buat masa ini dia tidak akan menerima apa-apa undangan berlakon.

Mungkin pada masa akan datang dan jika tawaran yang diterimanya bersesuaian, Sarimah tidak akan menolak.

Majlis yang dihadiri oleh ramai ahli Karyawan seperti Datuk Freddie Fernandes, Radhi Khalid dan Salwa Abdul Rahman itu turut diserikan dengan kedatangan selebriti-selebriti seperti Hazami, Imuda, Roslan Shah, Ikhwan, Fazli Zainal, Rohana Jalil dan ramai lagi.

Yang Di-Pertuan Agong mulakan lawatan rasmi ke Kedah

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 13 Mei – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Kedah Darul Aman pada 13 hingga 15 Mei 2011.

Keberangkatan tiba Baginda berdua di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, di sini disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah dan DYTM Raja Puan Muda Kedah; Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Soraya dan YTM Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Hadir sama ialah Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima tabik hormat dan lagu ‘ Negaraku’ dan ‘Allah Selamatkan Sultan’ turut dinyanyikan oleh pancaragam pusat Askar Melayu DiRaja Kem Sungai Besi.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong turut memeriksa perbarisan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Rejimen Askar Melayu DiRaja Kem Sungai Besi.

Sebanyak 21 das tembakan turut dilakukan dari 41 Bateri Rejimen Artileri DiRaja Kem Sungai Besi.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah berangkat ke Istana Tetamu, Mentaloon, di sini.

Selangor di belasah.. Pahang di pintas last minute..!!

Piala FA: Selangor dibelasah teruk


Pemain Selangor, Mohd. Amirulhadi Zainal (tiga dari kiri) berjaya melepasi halangan dua pemain Kelantan, Zairul Fitree Ishak (dua dari kiri) dan Mohd. Nurul Azwan Roya pada pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kelantan menang 5-1. – UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

KUALA LUMPUR - Sebelah tangan Kelantan sudah menguak pintu perlawanan akhir selepas membelasah Selangor 5-1 pada separuh akhir bola sepak Piala FA sementara Terengganu bangkit dengan mengagumkan untuk turut merebut satu lagi tiket setelah mengatasi Pahang 3-2, malam tadi.

Anak buah K. Devan yang juga juara 2009, bagaikan ‘dipukau’ dengan dua gol Ramzul Zahini Adnan pada minit ke-10 dan 40 selain masing-masing satu daripada ketua pasukan, Badri Radzi (43), Nurul Azwan Roya (67) dan Norshahrul Idlan Talaha (71) di Stadium Shah Alam.

Tuan rumah beroleh gol sagu hati menerusi ketua pasukan, Amri Yahyah dalam masa kecederaan untuk mencari sedikit modal bagi terus bersaing pada separuh akhir kedua, Isnin ini sekalipun menempah laluan yang amat berliku apatah lagi dengan peraturan jaringan tempat lawan.

Sebaliknya, pelawat bimbingan Datuk M. Karathu bakal kembali ke Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu dengan cukup selesa malah sudah boleh memikirkan untuk hanya menurunkan barisan simpanan mahupun lebih banyak bertahan.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan pula, Tok Gajah pula mensia-siakan pendahuluan dua gol menerusi sepakan bebas kaki kiri Munir Amran dan R. Surendren masing-masing pada minit ke-47 dan 54 gara-gara kelalaian barisan belakangnya pada setengah jam terakhir.

Terengganu yang diterajui Irfan Bakti Abu Salim sebaliknya kembali garang malah memanfaatkan keadaan tertekan lawan apabila merapatkan kedudukan menerusi jaringan sendiri pemain Pahang, Saifulnizam Miswan pada minit ke-63 yang tertampan sepakan Ashari Samsudin.

Wan Aliff Jasmi menambah derita tuan rumah dengan tandukan jarak dekatnya pada minit ke-81 sebelum Ismail Faruqi memastikan Sang Penyu beroleh kemenangan dan kelebihan satu gol di Kuala Terengganu, Isnin ini menerusi tandukannya dalam minit terakhir perlawanan.

Sementara itu, PKNS menempah tempat kenaikan ke Liga Super musim depan (sekiranya tiada pindaan peraturan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan) setelah menumpaskan Sarawak 2-0 pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Petaling Jaya.

Kelab Selangor bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu kini mengumpul 45 mata daripada 17 perlawanan sekali gus sukar dikejar untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok dua teratas Liga Perdana dan dipisahkan dengan sembilan mata berbanding Sarawak.

Ubat jantung guna hormon khinzir

Mohon penjelasan Majlis Fatwa ubat jantung guna hormon khinzir

SAYA ingin menyentuh mengenai tulisan Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com dalam ruangan ini pada 9 Mei lalu bahawa seorang doktor bukan Islam bertanya kepada bapanya yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tampin sama ada bapanya sanggup menerima suntikan hormon babi atau tidak untuk merawat penyakit jantungnya.

Menurut doktor tersebut, hormon babi adalah yang terbaik untuk pesakit jantung kerana dapat mencairkan darah dengan segera.

Bagaimanapun bapa pengadu memilih untuk tidak mahu menerima saranan doktor tersebut walaupun dikatakan ada juga orang Islam menerima suntikan hormon babi untuk rawatan sakit jantung.

Memadangkan dakwaan tersebut mempunyai implikasi yang serius kepada umat Islam di atas penggunaan bahan yang bersumberkan babi/khinzir untuk tujuan perubatan, saya berpendapat adalah wajar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memberi penerangan kepada umat Islam dalam perkara ini.

Ini termasuk mengeluarkan arahan melarang perkara tersebut jika ia jelas haram ke atas umat Islam.

Berdasarkan saranan doktor berkenaan, besar kemungkinan hormon babi/khinzir telah lama digunakan ke atas pesakit jantung tanpa mengira agama di serata dunia.

Bagaimanapun, mengikut surah Al-Baqarah ayat 173 bermaksud; "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampau batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Dalam hubungan ini saya memohon pihak Jakim dan Majlis fatwa Kebangsaan memberikan penjelasan demi kepentingan umat Islam.

Isu KUIN : Indah di luar masalah di dalam.. jadi tengok elok-elok la jangan dengaq cakap sebelah pihak saja..!!



    • Abdul Raof Bodo Oi ni bkn urusan parti nie kerajaan negeri.Ustz Hadi presiden PAS itu kene paham sbb kerajaan negeri ade undang undang tubuh negeri.umno udah la jgn ambil kesempatan
      10 hours ago ·
    • Zaleha Mohd Said Kita tunggu dulu comment US Azizan...
      10 hours ago ·
    • Ahmad Pazil Md Isa buat malu KUIN betoi la budak2 ni, org lain susah payah belajar diaorg tak dak kerja dok cari masalah
      10 hours ago ·
    • Cpo Nordin tahun ni tak payah bayar yuran la mamat ni..tempat tinggal pun percuma...bukan susah pun nak dapat smua yu, jadi je pencacai Umno/BN, bodek PM sikit dpn press, salahkan musuh politik Umno/Bn...esok muka masuk tv3, dapat la apa yang dihajat...
      10 hours ago ·
    • Oni Husni bestnyer student kuin senang2 jaa bleh buat demonstrasi, student ipta kaa, kena auku laa jawabnya..
      10 hours ago ·
    • Abdul Raof Syok ooooooo.
      10 hours ago ·
    • Wak Ashraf agak2 la bro...
      10 hours ago ·
    • Ahmad Pazil Md Isa pelik, dgn assignment dan kuliah pack sempat nak buat demo2 ni
      10 hours ago ·
    • Hamzah Shawal tv pon slalu tunjuk,,,bila ada masaalah di p.pinang,kedah n klantan,,nampak mcam masalah tapi hanya di bua2 ja,,,kerja sapa ni,,,tentu ni la kerja setan...kan setan memohan dari ALLAH untuk menyesat anak cucu ADAM,,,ni la setan nya....
      8 hours ago ·
    • Mahmoud Spurs Ad Duta-i
      Terkejut dan terkesima saya melihat semua ni. Bukan disebabkan video, tapi komen2 yg anda semua taipkan di sini. Kenapa takdak walau sedikit pon rasa ingin nak memahami dulu apa situasi sebenar sblm sangka yg bukan-bukan? Kami mahasiswa KUIN ni kerana takmau kerajaan negeri kedah beralih tanganlah yg sampai kami sungguh2 nak perbetulkan keadaan. Saya minta tolong kepada semua saudara saudari yg membaca komen saya ni supaya tak menganggap kami sebagai pencacai umno/bn ataupun syaitan (na'uzubillah) yg ingin menyesatkan anak adam. Salahkah kami nak menegur kerjaan negeri yg dipimpin PAS yg kami sayangkan selama ni? Setiap manusia mesti ada melakukan kesilapan kan? Kalau katalah sebab kami ni masih pelajar dan tak layak buat semua ni, secara automatiknya anda dah menjadi seperti mereka2 yg suka menyekat suara mahasiswa ni. Kita semua mahukan keadilan. Kerana atas dasar itulah Islam terbina. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau silap di mana2.
      8 hours ago · · 2 people
    • Don Boen Adnan bekpi kat depa la depa nak demo....kalo sampai tak leh kritik langsung pon...jadi serupa dgn umno pulak....manusia had atas bukan tak leh buat silap...nama pon manusia....gamak tak betoi kena tegoq la....lama sangat kena perintah ngan umno...kepala hotak kita pon tak free....sapa dok atas kena ikut pungkoq...mana buleh lagu tu...
      8 hours ago · · 2 people
    • Ahmad Pazil Md Isa
      yg buat demo ni tak pernah terfikir langsung masalah yg diaorg bawa atas nama KUIN. Ingatlah, bukan dua tiga orang sahaja yg belajar dekat KUIN, beribu2 lagi belajar kat sana. Kenapa semester ni sahaja banyak masalah yg sesetengah pelajar KUIN bawa? kadang2 benda tu bukannya masaah BESAR tetapi diperbesar2kan sampai pelajar lain pun terpalit sama. setakat ni nampak bukannya nak menyelesaikan masalah tetapi menambahkan masalah. sendiri yg cari masalah, selesaikan sendiri, kenapa perlu sampai babitkan satu negara nak dengar masalah korang pula?
      8 hours ago ·
    • Mahmoud Spurs Ad Duta-i
      Pertama, kami buat demo tu mendapat sokongan beribu-ribu mahasiswa insaniah. Hanya yg tak paham maslah shj yg akan terpinga-pinga krn tak ambil tahu hal u sndiri. Kedua, krn bru2 ni mcm2 hal pentadbiran insaniah buat ke atas kami. Ketiga, bukan masalah besar? Ada kami kata maslah besar ke? Yg jadi masalah besar adalah kerana setiap masalah2 kecil kami tu setelah dirujuk, dibincang dan dirunding dgn pihak pentadbiran insaniah tak disettlekan jugak. Dahla tak settle, makin tambah lagi adala... So kami minta MB kedah back up kami untuk tengok2 masalah2 di KUIN kerana dia adalah antara org atasan dlm pentadbiran KUIN selain Dato' rektor kami. Tapi MB kedah pun nampaknya takmau tolong kami. So kami rujuklah masalah kami ke PAS pusat. Tak besar kan? Sapa yg perbesarkan keadaan? Kami cuma cari jalan penyelesaian. Yg perbesarkan keadaan tu, pentadbiran KUIN sendiri. Media pon apa lagi kalau ada apa2 jadi d negeri yg diperintah PR ni. So nmpk tak? Patutkah kami dipersalahkan kerana mencari jalan penyelesaian..? Hmmm...? Minta jangan terburu-buru dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. =]
      7 hours ago · · 1 person
    • Shariez Ezra Izzuddin xpo2....cari la jalan penyelesaian k....tpi igat berfikir cara minda mahasiswa..degree eden xabeh lagi nie....apa2 p0n sama2 kita find the right way to solve all this problems..
      7 hours ago ·
    • Mahmoud Spurs Ad Duta-i yep... fikir secara rasional. Di semua peringkat. Tak kira dari pelajar mahupun pentadbiran. Benda ni jadi isu politik sebab pentadbiran tak settle masalah. So sedarlah wahai para2 pentadbir KUIN. Media memandang kita. Settle la masalah2 kami sblm tmbh mslh baru ye... =]
      7 hours ago ·
    • Shahrul Hafiz Silentchaos yg dok ckp kat atas ni faham ke x isu sbnrnya????jgn dk men msuk je...
      5 hours ago ·
    • Hamdi Fahmy sebagai rakan mahasiswa yg juga anak jati kedah sy berharap kerajaan negeri khususnya mb kedah menangani isu ini secara lebih positif kerana pada dasarnya PR menyokong kebebasan bersuara mahasiswa...jgn pula apabila mahasiswa menegur mereka dianggap agen mana2 pihak...
      4 hours ago · · 1 person
    • Mza Abi Naufal Mahasiswa perlu berani ambil risiko, teruskan usaha kamu sehingga idealisme mahasiswa tercapai...tak kira siapa yang memerintah....Pemuda agen perubahan....
      2 hours ago · · 2 people





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...