TERKINI :

Friday, May 13, 2011

Aduhai... Masa Agung nak mai baru semua hangpa kalut...jangan jadi kelaku UMNO...

Kesal terima notis roboh gerai 24 jam

SUNGAI PETANI – Seramai sembilan pemilik gerai yang menjalankan perniagaan pelbagai jenis di tepi Jalan Kelab Cinta Sayang kesal dengan tindakan Pejabat Tanah Kuala Muda yang memberi notis 24 jam untuk merobohkan kesemua gerai mereka atas alasan menghalang lalu lintas.

Peniaga roti canai, Anita Suriati Aziz, 33, berkata, dia sudah menjalankan perniagaan itu selama 12 tahun di lokasi sama namun, tidak sangka menerima notis daripada pihak berkenaan yang akan merobohkan gerai miliknya dalam masa 24 jam dari tarikh surat diterima.

Menurutnya, alasan yang diterima adalah laluan berkenaan akan digunakan Yang di-Pertuan Agong dalam kunjungan rasmi tuanku ke Kedah bermula 13 hingga 15 Mei ini.

"Alasan merobohkan diberi secara drastik sedangkan sebelum ini kami sentiasa mengamalkan dasar dan kehendak pihak jabatan tertentu yang menjalankan pemeriksaan ke atas gerai," katanya.

Anita berkata, kesemua pekerjanya juga sudah menjalani suntikan vaksin yang dikehendaki selain menaik taraf gerai sepertimana jabatan kesihatan mahukan ketika menjalankan pemeriksaan kebersihan di samping membayar denda setiap kali dikenakan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSKP).

"Semua gerai tidak lagi dibenarkan menjalankan operasi di tepi jalan berkenaan selain meminta mereka memohon gerai yang dibina MPSPK yang dikatakan terdapat banyak kekosongan.

"Saya sudah banyak kali memohon penempatan gerai daripada pihak MPSPK namun, tidak pernah menerima tindak balas positif," katanya.

Sementara itu, Ahli MPSPK, Syed Omar Syed Mahmud berkata, sebagai kelonggaran kesemua peniaga dibenarkan menutup operasi selama seminggu bermula esok (hari ini) bagi memberi laluan kepada keberangkatan tiba tuanku ke negeri ini.

"Jalan ini sudah menjadi laluan utama menyebabkan pertambahan kenderaan, oleh itu kami tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku apabila orang ramai mula berhenti dan memakir kenderaan di bahu jalan.

"Tindakan ini bukan sahaja dilakukan di sini, malah seluruh kawasan Kuala Muda kerana semalam (kelmarin) kita sudah merobohkan semua gerai di laluan Titi Semeling dan ia akan diteruskan di semua lokasi lain.

"Sebagai kelonggaran dan memikirkan bantahan peniaga termasuk campur tangan pemimpin termasuk wakil rakyat, arahan meroboh dibekukan dan kesemua peniaga dibenarkan menutup operasi selama seminggu," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...