TERKINI :

Thursday, May 12, 2011

Isu Pejabat MBAS di sita.. Apa kata rakyat..??

Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar disita

Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Jalan Kolam Air di Alor Bandar disita dua jam hari ini setelah Mahkamah Tinggi mendapati ia gagal menjelaskan bayaran hampir RM750,000 kepada sebuah syarikat memasang alat penjimatan elektrik.


Perintah penyitaan dan penjualan dikeluarkan terhadap Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din, kerana didapati gagal membuat bayaran berkenaan kepada Syarikat Veecan Management sejak September 2008.

Pejabat berkenaan disita pada 12.30 tengah hari dan dibuka semula pada 2.30 petang selepas MBAS membuat bayaran deposit kepada mahkamah dan memfailkan rayuan untuk mengetepikan perintah itu.

Khazali berkata MBAS membuat rayuan berkenaan kerana yakin tuntutan yang dibuat oleh Veecan Management tidak munasabah.[lagi.......]

Kenyataan media dato husam 11 mei 2011: Royalti petroleum adalah hak milik rakyat kelantan

Royalti petroleum

Pembayaran Royalti Petroleum kepada Terengganu berjumlah RM 938 juta secara berperingkat sehingga Jun 2011 seperti yang disahkan oleh Menteri Besar Terengganu YB Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) ke-12 semalam membuktikan bahawa isu 3 batu nautika adalah adalah isu yang sengaja diada-adakan untuk menafikan hak Royalti Petroleum Kelantan.

Pembayaran semula royalty minyak Terengganu ini juga menunjukkan Perdana Menteri mempunyai dua polisi berlainan bagi isu yang sama dan ia memberi petanda aras bahawa slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan adalah slogan kosong tidak bermakna.

Pembayaran kepada Terengganu dengan menafikan hak Kelantan dalam hal ini sedangkan kedua-dua negeri bersempadan dan telaga minyak Kelantan adalah berhampiran menjelaskan hasrat menganak-tirikan Kelantan atas faktor politik. Keadaan ini menunjukkan Barisan Nasional mempunyai dasar yang berubah-ubah dalam isu yang sama.

Pembayaran royalty ini, sebagaimana kenyataan YAB Menteri Besar Terengganu adalah berasaskan perjanjian 1975. Justeru Kelantan dan Terengganu menandatangani perjanjian yang sama 36 tahun yang lalu. Secara jelas asas undang-undang adalah sama. Jika pembayaran terpaksa dibuat kepada Terengganu kerana kehendak perjanjian 1975, jelas tidak ada sebab hak Kelantan dalam hal yang sama dinafikan.

Bagi berlaku adil dan merealisasikan kebajikan secara saksama serta pengembalian hak rakyat Kelantan, YAB Perdana Menteri seharusnya menjelaskan segera pembayaran royalty minyak Kelantan sama sebagaimana yang dilakukan kepada Terengganu.

Sekian terima kasih

Dato Husam Musa
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum

Utusan oi Utusan

Selepas jadi akhbar porno, Utusan main api pula
Harakahdaily

PARIT BUNTAR, 12 Mei: Selepas bertukar menjadi ‘akhbar porno’ dan gagal dalam projek video lucah bersama Umno, Utusan Malaysia bermain api pula dalam soal agama dan perkauman demi untuk menarik sokongan Melayu.

"Kerana itu saya beranggapan dan beri nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa musuh utama negara sekarang bukannya dadah dan lain-lain tetapi ia adalah fitnah dari pemimpin Umno dan akhbar Utusan,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar jangan mengikuti pemberitaan jijik dan kotor Utusan sebagai media Umno.

Sebelum ini, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Bagi Khalid Idham (gambar bawah), apa yang berlaku kini menunjukkan Umno semakin tidak beretika dalam berpolitik dengan segala cara dihalalkan demi untuk kekal berkuasa termasuk menggunakan media.

Menurutnya, kebiadaban dan pembohongan Utusan Malaysia dalam laporannya kononnya pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara langsung tiada logik dan tidak berasas.

“Kerana itu rakyat perlu tolak pemimpin yang tidak bermoral dan etika ini pada PRU 13 nanti,” katanya yang juga Adun Titi Serong.

Katanya, pemimpin Umno menggunakan fitnah, seks dan perkauman melalui Utusan kerana mahu menutup isu sebenar negara iaitu rasuah, pembunuhan warga Mongolia yang dikaitkan dengan pimpinan tertinggi parti itu dan isu yang lebih besar lagi.

“Saya kira ini taktik lama yang diulang-ulang untuk mencetus rasa benci rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di samping menutup isu yang lebih besar itu,” katanya.

Tambahnya, ekoran itu menyebabkan rakyat sekarang rasa meluat dan benci terhadap Umno BN.

Buktinya, kata beliau dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak di mana rakyatnya telah membuktikan pada 16 April lalu betapa BN mula tidak diterima dengan peratusan undi yang merosot dan mereka malah hilang 8 kerusi.

Menurutnya yang juga Pengerusi Idham Care , peratusan undi kepada PR meningkat walaupun BN menghalang PR dari berkempen secara bebas di samping dinafikan hak menggunakan media arus perdana seperti mana yang BN lakukan semasa berkempen.

“Kalau dulu Najib kata Anwar boleh demam kalau berdebat dengannya tetapi realitinya sekarang Najib yang tidak nyenyak tidur," katanya.

Umno: 10 dia cakap, 12 tak boleh percaya

Umno bagai sinetron Indonesia. Bohong tak habis-habis dan ketagih menipu. Contohnya, dia kata undilah Umno untuk jaga Melayu. Bohong. Yang sebenarnya untuk jaga tembolok dan perut dia.

Saya bagi contoh. Cerita seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno. Masyhur cerita dia. Adun ni kena bayar road tax sahaja dalam RM20,000 setahun. Cuba bayangkan berapa banyak kereta mewah atau tak mewah yang dia ada. Cuba bayangkan pula kalau Umno kalah. Siapa nak bayar ansuran kereta-kereta tu? Bayangkan berapa banyak ansuran bulanannya kalau road tax sahaja RM20,000 setahun.

Bukan takat loan kereta, kalau dia ambil loan rumah, siapa nak bayar kalau Umno kalah? Tu belum kira loan lain lagi. Mudah-mudahan dia tak ada perempuan simpanan. Kalau ada, lagi besar tanggungannya. Tak ada pilihan. Umno mesti menang. Kalau tak, boleh mampoih Mamat tu.

Tu baru Adun. Bayangkan kepentingan Datin Seri Rosmah Mansor. Kos menanggung Rosmah tentu sangat besar. Mana nak korek duit kalau Umno kalah? Mungkin ada simpanan. Mungkin dah bergunung dah kaut. Tapi gunung pun boleh runtuh kalau korek tak habis.

Tapi Umno cerdik. Dia pun macam sinetron Indonesia juga. Orang tetap nak tengok walau pun menipu dan membodohkan depa.

Umno pandai guna isu yang masuk ke hati Melayu. Kuasa Melayu terancam, DAP akan perintah Malaysia. Apa lagi, Melayu yang bodoh senang-senang ditipu Umno. Pembangkang pula hanya tahu menjerit. Nak lawan, tak panjang akal. Tak habis-habis jerit. Lihat muka depan Harakah di atas. Hello, Umno guna perkauman bukan news la!!

Bak kata orang, kalau cerita anjing gigit orang, tu bukan news. Yang news ialah cerita orang gigit anjing.

Ada pula yang perasan bagus nak lawan Umno dengan isu yang tak masuk ke hati rakyat. Hello, hang cakap fasal demokrasi, benda tu tak masuk dalam hati rakyat. Civil liberties? Masturbate la engkau puas-puas.

Pembangkang cakap fasal rasuah pun saya rasa tak banyak masuk ke hati rakyat. Anak-anak aku faham dan sakit hati kat rasuah lepas tengok cerita Hindustan.

Tapi apa nak buat, Umno pandai menipu dan pandai bodohkan orang. Macam sinetron, Umno tetap laku walaupun ramai orang kata, 10 perkara orang Umno cakap, 12 perkara tak boleh percaya. Contoh banyak. Jangan tak dak contoh lansung, baca laporan Berita Harian hari ini bertajuk "Perihal Orang Muda: Bank perlu longgar syarat pinjaman". Skim Rumah Pertamaku konon. Menipu tak habis-habis. Kalau aku kata taghut, depa marah.


Sila klik Pencinta Nabi s.'a.w.w. dan Ahlul-Bait

Matematik UUM dengan GULA... yang mana hebat..???

oleh Anakkedah007

http://2.bp.blogspot.com/-X_okNkavkZg/TchrYCozN0I/AAAAAAAAE5E/sQwpsM817-s/s1600/2011-05-10_063106.jpg

ha ha ha gula naik laa pulak....mana dia PUAK-PUAK UMNO yang dok hingaq pasai rebat UUM tuuu..hangpa bab nie tak mau hingaq sama kaa dok belasah MB KEDAH kesayangan aku mai bab nie semua pakat kancing gigi...

Jenis parti politik MELAYU bangang maka kelaku hangpa jadi macam tuu laa... apa Azizan buat semua hangpa nak kamplain mai tang NAJIB buat hangpa pakat jilat sampai licin....

Kalau hangpa anak jantan dan ada teloq pie laa kempen dan komen dan komplain bab GULA NAIK nie bukan apa sebab bab gula nie yg akan efeknya ialah 1MALAYSIA bukan macam budak2 kat UUM tuuu dok pulon hingaq kata kat azizan tapi efeknya kat budak2 dalam UUM tu saja..

mai budak bodo nak sekolahkan hangpa dengan cara MATEMATIK yg belajaq dalam bahasa Malaysia...

Isu UUM.. mintak REBAT 5 Tahun
nak kena cukai setahun RM1.7juta
Student dok ada dalam 30k

kalau macam tu RM1,700,000.00 dibahagi dgn 30ribu studen = RM56.66 sekepala

mai tang gula pulak...
Subsidi di selamatkan = RM116.6juta
Rakyat Malaysia = 24juta
kalau macam tu sekepala rakyat Malaysia = RM116,600.000.00 dibahagi dengan 24juta rakyat = RM4.86sen sekepala

Tu dia mak hang aihhh cuba tengok mana yang patut jadi Isu dan yang mana patut kita bagi tumpuan... kalau tengok cara bodo nie sekadar RM4.86 sen pun kerajaan najib tak sanggup nak jaga rakyat dia mai tang azizan kos sampai RM56.66sen hangpa hingaq macam anak haram bejadah....

Lanie hangpa pie hingaq kat PUTRAJAYA sana suruh depa jaga dulu kebajikan RAKYAT terbanyak...kalau RM5 nak huluq kat rakyat pun hangpa berkira taik hidung masin tak payah laa dok sembang bab RM56.65 sen isu UUM tuuu.....

Ada pimpinan PAS buta IT..???

Belum Pandai Buka Inbox SMS?

Dikatakan, TG Hj Hadi mula belajar IT semenjak tahun 1984. Komputer pertama beliau ialah IBM. Selepas itu rakan-rakan beliau menghadiahkannya Macintosh versi Arab. Laptop pertama yang digunakan ialah pada tahun 1986.

Khabarnya TG juga jarang lekang dengan komputer. Beliau juga pengguna Maktabah Syamilah, sebuah perisian yang menyediakan ribuan kitab untuk rujukan melalui komputer. Program ini boleh diinstall terus ke dalam laptop, boleh dirujuk pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Beliau turut menasihatkan ahli PAS supaya membudayakan ICT khususnya para ulama dan pemimpin PAS. Jika mereka lambat, tentu akan ketinggalan.

TG Hj Hadi adalah orang PAS paling sibuk, tetapi beliau punya masa untuk menulis dan membaca termasuk membuka beberapa laman web kesukaannya seperti al-Jazeerah dan sebagainya.

Mengapa saya timbulkan perkara ini?

Peperangan zaman dahulu menggunakan kuda dan panah. Seseorang takkan terpilih sebagai tentera sehingga dia pandai menunggang kuda dan memanah. Jika dia tidak pandai dia perlu berlatih sehingga pandai.

Peperangan zaman ini adalah peperangan maklumat. Semua itu berada di layar komputer. Jika seseorang itu tidak pandai komputer, bagaimana dia ingin menyertai peperangan zaman ini. Sekarang, orang meletupkan bom pun menggunakan komputer.

Belajar komputer bukan sukar, anak-anak Pasti pun sudah boleh menguasainya. Jika Najib ada laman facebook, twitter dan blog, bolehkah pemimpin PAS, termasuk pemimpin kanan, ada yang masih ‘belum’ tahu untuk membuka kotak SMS?

Ada pemimpin yang beralasan begini, “Ini bukan dunia saya! Cukuplah orang-orang muda yang menguasainya, saya sudah tua!” Atau ada pula yang berkata, “Tak sempatlah nak belajar…!”

Kepada pemimpin yang beralasan begitu, kita tanyakan soalan ini, “Adakah TG Hj Hadi masih muda? Mengapa TG Hj Hadi masih sempat belajar?”

Tidak perlu semua pemimpin PAS menjadi seperti Ust Abdul Ghani Shamsuddin, tetapi memadailah dengan ada email dan tahu membuka laman-laman web utama untuk mendapat maklumat segera. Kalau ada FB, twit dan blog, tentu itu lebih bagus.

Pemimpin PAS memang pandai berceramah dan berkuliah. Cuma, pendengar ceramah dan kuliah adalah orang yang sama dan kuat PAS pula. Bahkan, semenjak akhir-akhir ini, ceramah PAS semakin kurang, kalau ada ceramah pun pendengarnya tidak seramai dahulu.

Mengapa? Tentu kerana maklumat di layar komputer lebih pantas daripada maklumat penceramah. Kadang-kadang analisis sesuatu isu di laman sesawang lebih menarik, pedas dan terkini daripada analisis yang dibuat oleh penceramah.

Justeru, apa perlunya dengar ceramah.

Situasi sebegitu menjadi hujah kuat supaya pemimpin PAS menguasai ICT. Bukan bermakna kalau pemimpin PAS tidak tahu ICT tidak boleh menjadi pemimpin. Boleh, tiada masalah.

Cuma, dia tidak boleh memimpin PAS pada zaman ini. Dia boleh menjadi pemimpin PAS tahun 70 an. Kalau dia mahu menjadi pemimpin zaman ini, dia wajib menguasai ilmu ICT.

Ini adalah ‘Wajibul Waqti’ – kewajipan semasa.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...