TERKINI :

Wednesday, May 11, 2011

4 SOALAN MUDAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA

oleh NFB

http://2.bp.blogspot.com/-rv0V6xleqRU/TWtrqMGA5mI/AAAAAAAAD-4/ZTb_yzwfGlg/s320/najib-nik-aziz.pnghttp://3.bp.blogspot.com/_ZcYUaAmliLs/SVX1QX7OC3I/AAAAAAAABCo/9v12SHV58H8/s200/rahim_thamby_1new.jpghttp://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=26a0f61c8967fdfb0869357b41caba20&w=180&h=540&url=http%3A%2F%2Fupload.wikimedia.org%2Fwikipedia%2Fen%2Fd%2Fdb%2FDatuk_Seri_Ir_Mohammad_Nizar_Jamaluddin.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_614_8DBE1JI/Se68MW2lsEI/AAAAAAAABtg/cr81LGaPODo/s320/khir_toyo.jpg

1.Kalau di takdirkan anda mempuyai anak gadis jelita tiba-tiba anda terpanggil atau mendapat seru untuk berjihad ke jalan Allah dan anda hanya ada pilihan untuk mengamanahkan untuk menjaga anak gadis anda kepada 5 hamba Allah dibawah ini semasa permergian anda, siapa kah pilihan anda kluangman?
A)Rahim Thambi Chik
B)Jamaluddin Jarjis
C)Rais Yatim
D)Nizar Jamaluddin
E)Najib Tun Razak
2.Siapakah Wanita Model muslimat pilihan anda
A)Sharizat
B)Azalina Othman
C)Wan Azizah
D)Rosmah Mansor
E)Rafidah Aziz
3.Kalau anda mempunyai perniagaan dan mahu memberi amanah untuk menjaga keewangan anda, Siapakah diantara calon yang berikut yang menjadi pilihan anda
A)Khir Toyo
B)Isa Samad
C)Nik Aziz
D)Khairy Jamaluddin
E)Nor Yaakob
4.Diantara muka-muka bukan Islam dibawah ini, muka yang mana boleh dipercayai untuk bekerjasama dengan Islam
A)Samy Vellu
B)Kayveas
C)Chua Soi Lek
D)Lim Guan Eng
E)Koh Tsu Koon

Awat Yang Dok terrasa diri PADI KUTTY...



Pandi Kutty - Kenapa Najib Begitu 'terasa', tanya Azizah

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail "hairan" kenapa Utusan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu "terasa" terhadap perkataan 'Pandi Kutty' yang disebut suaminya pada satu ceramah Sabtu lalu.

"Kalaulah Perdana Menteri Najib kata Anwar kata dia 'pandi kutty', Anwar tak kata dia. Anwar kata siapa yang rasuah, siapa yang buat fitnah, siapa yang bunuh, itulah perangai 'pandi kutty'. Yang mereka nak terasa kenapa? Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya," kata Azizah dalam siri Ceramah Jelajah Selangor di Meru di sini malam tadi.

Akhbar Utusan Malaysia milik Umno semalam melaporkan kononnya Anwar menggunakan ungkapan bahasa Tamil itu yang bermaksud anak babi terhadap Najib.

Berasaskan laporan Utusan itu semata-mata, Perdana Menteri dan juak-juak Umno membidas Anwar tanpa usul periksa mengenai kesahihan laporan itu.


Najib semalam menuduh Anwar sebagai mengamalkan politik tak beretika kerana kononnya menggunakan perkataan kesat itu terhadap beliau.

Tuduhan Perdana Menteri itu tersasar. Rakaman ceramah Anwar di Kelang oleh TVSelangor menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik-taktik jijik yang digunakan, khususnya video lucah untuk menjatuhkannya.

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutti," Anwar berkata di Dewan Hamzah Kelang.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” tambah Anwar di ceramah itu.

Hari ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

Menurut Azizah, Utusan gagal menurut tujuannya iaitu pembina wacana orang Melayu sebaliknya melemahkan lagi pemikiran dengan isu remeh dan fitnah seperti ini.

Azizah turut merujuk berita muka hadapan Utusan 9 Mei lalu dimana bekas ahli PKR Aminah Abdullah meminta beliau bercerai dengan Anwar kerana video fitnah yang diuar-uarkan.

"Apa hal 'pandi kutty' pun nak jadik berita besar? Cik Aminah (Abdullah), orang Meru pun tak kenal Cik Min, boleh jadi muka depan suruh (saya) cerai. Ini pun jadi berita. Apa jadi dengan Utusan Malaysia? Sepatutnya menjana pemikiran orang Melayu. Apa orang Melayu tak ada pemikiran? Apa beginikah cara menjamu pemikiran orang Melayu?," kata Azizah.

Azizah kesal kerana media arus perdana termasuk Utusan cuba mengalihkan rakyat daripada masalah-masalah yang mencengkam kehidupan harian seperti kenaikan harga gula dan ketirisan kewangan di bawah pentadbiran Umno-BN.

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini dengan memetik pepatah Inggeris berbunyi: "Whatever you think, you are right!"

Ertinya di sini, jika anda fikirkan "pandi kutty" itu ditujukan kepada anda, maka betullah anda begitu (sekalipun Anwar tidak bermaksud demikian).
[GreenBoc]

SELANGOR TUMBANG..!!!!

SETAKAT MANA PELUANG BN DI SELANGOR?

Najib Tun Razak
Minggu lepas, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak meminta pemimpin, ahli-ahli dan penyokong Barisan Nasional membantu memenangkan parti itu dalam PRU13. Maka, beberapa orang pemimpin politik pembangkang melompat dengan kenyataan tersebut dan cuba menggambarkan Najib mengarahkan BN untuk menang dengan cara yang tidak sah. Saya sebutkan "beberapa orang" kerana jumlahnya terlalu kecil. Sebahagian besar, termasuklah beberapa orang pemimpin pembangkang yang sering berhubung dengan saya menyatakan bahawa harapan Najib itu bukanlah di luar jangkauan (it is not out of reach).

Banyak isu antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat Selangor kini bagaikan api dalam sekam dan belum diselesaikan. Selain itu, Pakatan Rakyat Selangor yang kini diterajui oleh PKR dan didominasikan oleh DAP akan dinilai bukan sebagai pembangkang (seperti pilihanraya lepas) tetapi sebagai kerajaan. Sementara, pada masa yang sama saya lihat BN Selangor sudah mula menyusun strategi dan membina kekuatan baru - sesuatu yang hilang beberapa tahun selepas kehilangan negeri itu dalam pilihanraya umum lepas.

Pada masa ini saya tidak berhajat untuk mengulas isu-isu yang saya sebutkan di atas secara terperinci. Masa untuk kita mengadakan pilihanraya umum masih jauh. Paling kurang, satu tahun dari sekarang. Apabila tiba masanya, nanti saya huraikan secara terperinci.

Adakah BN sudah terlalu kuat untuk mengambilalih Selangor? Belum.

Adakah Pakatan Rakyat menjadi semakin kuat untuk mempertahankan Selangor? Tidak.

Setakat manakah peluang BN untuk menang di Selangor? Wah, ini soalan cepumas. Beginilah. Biar saya katakan bahawa 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN adalah dalam jangkauan (within reach).

Tak setuju? Tak mengapalah. Saya faham kadang-kadang warna politik menggagalkan kita untuk melihat warna-warna pelangi yang ada di hati rakyat.

Sewaktu pilihanraya negeri Sarawak dulu, saya ramalkan BN tewas 13 kerusi.

Rupa-rupanya, BN tewas 16 kerusi.

Ramalan saya tak tepat, tetapi salah pun tak jauh sangat!

http://nobisha.blogspot.com

Adakah orang akan terus panggil pandi kutty kepada Najib?

Dalam berita bertajuk "Pandi Kutty - Anwar dakwa difitnah lagi" Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tak kata pandi kutty kat Datuk Seri Najib Tun Razak. Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:
"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty."
Soal Anwar kata atau tak kata, itu tak penting. Akhbar, TV dan parti pandi kutty akan tetap kata Anwar kata pandi kutty kat Najib. Trend terkini akhbar, TV dan parti pandi kutty ialah mereka cipta pembohongan dan kemudian mereka beriman kepada pembohongan itu. Memang dasar pandi kutty.

Namun, yang lebih menarik untuk dilihat ialah adakah selepas ini orang akan panggil pandi kutty kepada Najib. Adakah Najib akan terus jendera tidurnya bila tak habis-habis dipanggil pandi kutty?

http://penarikbeca.blogspot.com

Isu cukai tanah UUM: 11 fakta yang perlu diketahui

Oleh AZAMIN AMIN

Satu isu yang cuba dimomokkan media arus perdana dan pemimpin BN ialah betapa kerajaan negeri didakwa seolah-olah tidak prihatin soal kebajikan dan pendidikan, yang dimainkan melalui isu cukai tanah Universiti Utara Malaysia.

Kerana menolak rayuan untuk rebet sehingga RM100,000, kerajaan negeri dilihat menekan UUM dengan jumlah cukai tanah yang mencecah RM1.7 juta dan terus dilabel sebagai tidak bertanggungjawab sedangkan fakta dan realiti sebenarnya memperlihatkan sebaliknya.

Isu ini, digembar-gemburkan kerana sikap BN yang tidak pernah senang dengan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan dan merupakan proses biasa dalam usaha untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri yang sudah melangkau tiga tahun lebih pentadbirannya.

Tanpa ulasan penjang, rakyat boleh menilai sendiri hujah karut yang menuduh kerajaan negeri dengan aneka tohmahan yang tidak berasas dengan berpandukan fakta berikut:

1.UUM telah menikmati rebet selama dua tahun (2006-2008) berjumlah RM100,000 berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar.

2. UUM telah membayar kadar penuh bagi tahun 2009 dan 2010 tetapi pada tahun ini meminta rebet untuk tempoh lima tahun lagi.

3. Cukai tanah UUM adalah yang termurah bagi IPTA di Utara Semenanjung iaitu 20 sen bagi satu meter persegi,menurut sumber Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

4. UiTM Merbok, Sungai Petani dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, Universiti Saind Malaysia Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi.

5. Kerajaan Negeri telah menurunkan cukai tanah antara 30 sehingga 70 peratus ketika mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan sejak 2008 lalu dan telah 'rugi' sekitar RM50 juta setahun. Kerajaan Negeri tidak pernah menaikkan cukai tanah sebaliknya, isu cukai UUM ialah 'kembali' kepada kadar asal setelah diberi rebet selama dua tahun.

6.Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta dan hasil itu, boleh diguna pakai untuk mebayar cukai tanah sejumlah RM1.7 juta.

7. Jika diberi rebet selama 5 tahun lagi, kerajaan negeri kehilangan hasil sebanyak RM8 juta.

8. Kerajaan Persekutuan membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri setiap tahun berjumlah RM31 juta yang mana menempatkan bangunan agensi kerajaan seperti bangunan bomba, polis termasuk juga bangunan IPTA yang dibangunkan atas tanah kerajaan negeri. Ini bukan sahaja melibatkan negeri kedah tetapi seluruh negara.

Selain itu, kerajaan negeri telah membuktikan keprihatinannya berhubung soal pendidikan dan ini dapat dilihat daripada pendekatan yang telah dilakukan namun tidak dilaporkan sebaiknya oleh media.

9. Kerajaan Kedah telah menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajarnya ke Mesir di samping membekalkan wang saku RM500 seorang kepada mereka.Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan bagi tujuan tersebut melibatkan hampir 800 pelajar.

10. Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan wang saguhati kepada para pelajar anak negeri ini yang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dan Diploma.Sejumlah RM751,000 akan diberikan kepada seramai 2,298 pelajar Institusi Pengajian Tinggi, iaitu sebanyak RM400 untuk Ijazah dan RM200 untuk Diploma.

11. Kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil telah dibina dengan kos RM330 juta bagi menempatkan 7,000 penuntut yang mengikuti 42 jurusan yang ditawarkan.

12. Kerajaan Negeri telah membantu menyelesaikan hutang tertunggak bil utili 21 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berjumlah RM200,000 yang kini tidak dibantu Kementerian Pendidikan.

13. Kerajaan Negeri telah memberi bantuan berjumlah RM2.2 juta bermula pada tahun 2009 hingga 2011 kepada Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA) yang menggabungkan sekolah-sekolah agama, tahfiz dan pondok yang tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak.

14.Kerajaan Negeri juga memberi peruntukan sejumlah RM180,000 setiap tahun kepada sekolah kebangsaan Cina persendirian di negeri ini.

Justeru, rakyat boleh menilai setahap mana usaha dan kesungguhan kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan dalam meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini khususnya demi memastikan kualiti hidup rakyat serta anak-anak Kedah berada dalam keadaan terbaik dan isu cukai tanah UUM, bukanlah sesuatu yang boleh dipolemikkan untuk menutup kejayaan kerajaan negeri kedah ini.

----------

Zahirkan sokongan anda kepada Dato' Seri Dr Judin A Karim yang teraniaya, yang dipindahkan ke CIDB daripada jawatannya sebagai Ketua Pengarah JKR, dalam facebook Sokong Judin Karim

Umno: Nak jadi Jebat ke Siapa lagi?

Oleh Saiful Bahri

Anda sudah lupa ke? Orang yang kuat derhaka kepada Raja adalah Umno. Bahkan boleh menabatkan Sultan Kelantan Palsu dibawah pokok? Ketika krisis dengan raja-raja melayu, siapa yang jadi Jebat derhaka? Ketika itu media beberapa kali menayangkan filem Hang Tuah dan kisah Jebat derhaka. Ketika Datuk Idris Jusoh di Terengganu gagal menjadi MB, siapa yang mengamuk dan mengusung kain rentang mengata ‘binatang’ kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu? Angkara siapa? Umnolah… siapa lagi.

Semua orang tahu bahawa permainan isu sensitif demi mengaut kepentingan politik adalah rekayasa Umno-BN. Daripada isu perkauman melayu dan kini isu agama. Seolah-olah ada usaha untuk meletakkan agama kristian sebagai agama rasmi negara. Utusan melayu kekal berperanan membawa isu fitnahnya.

Tidak ketinggalan di Besut. Di sempena kehadiran Naib Presiden Umno selaku Menteri Dalam Negeri lalu diadakan bantahan kononnya menentang isu kristian sebagai agama rasmi. Kekallah Umno sebagai juara dalam memperbodohkan orang melayu sendiri. Kalau dulu dok cerca pembangkang kerana berdemo. Mengganggu orang ramai dan menghalang jalanraya yang dianggap oleh Khairy selaku Ketua Pemuda Umno sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’. Sekarang Umno pulak nak jadi juara berdemo. Nak jadi beruk-beruk ditengah jalan pulak ke?

Sekarang kuasa ada dalam tangan Umno dan pemimpin mereka. Datuk Seri Hisyamuddin sendiri sebagai Menteri Keselamatan. Bubuhlah paderi-paderi yang bersidang itu dalam ISA atau penjarakan sahaja. Dah kuasa ditangan kamu. Buktikan kehebatan kamu dalam mempertahankan Islam. Tak perlulah bertempik melolong ditepi jalan. Umno bukan pembangkang tetapi pemerintah. Undang-undang dalam tangan Umno kecuali kalau dah rasa nak jadi pembangkang.

Kita heran. Apabila kain rentang mereka rela menjadi Jebat!!! Umno nak derhaka siapa? Nak jadi Jebat kepada siapa. Yang memimpin Malaysia adalah Najib selaku presiden Umno! Takkan nak derhaka kepada boss mereka sendiri. Bukankah Datuk Deris sendiri AMT Umno. Atau perli kepada Datuk Hisyamuddin kerana melepaskan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu kepada Datuk Mat Said. Ataukah ia nak tunjukkan kepada Sultan Terengganu???

Belum serik ke Datuk Deris yang mengelonsor dari takta MB dan kini dah derhaka lagi? Nak jadi Jebat Derhaka semula ke? Entahlah! Siapa nak bagi jawapan? Kain rentang ‘Kami Nak Deris Natang’ pun tak tahu kesudahan sehingga kini? Ni nak jadi Jebat lagi pe???

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Tun Dr Mahathir Melayu yang semakin pelupa

Oleh Roslan SMS

Keputusan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak terus menjadi bahan perbualan di bibir orang politik sehingga hari ini. Walaupun BN Sarawak kekal menang dengan majoriti dua pertiga kerusi namun beberapa trend yang terbit dari keputusan tersebut menjadi tajuk ulasan dan kupusan hangat sesetengah pihak.

Seharusnya keputusan rakyat dihormati oleh semua. Keputusan samada masyarakat Melayu, Melanau, Iban, Dayak, Cina atau Orang Ulu untuk memilih parti yang mereka yakini jangan dijadikan suatu kebimbangan sehingga mencetuskan prejudis dan syak wasangka sedangkan demikianlah amalan demokrasi, rakyat diberikan hak untuk menyatakan pilihan mereka. Keputusan mereka itu jangan dihukum tetapi diraikan kerana rakyat telah bersuara secara aman dan bebas.

Apabila BN contohnya menang besar dalam Pilihanraya Umum 2004 sehingga menawan kembali Terengganu dan meninggalkan Kelantan di bawah tangan PAS dengan majority yang rapuh keputusan rakyat itu dihormati. Apabila di Selangor contohnya dalam PRU 1995, pihak pembangkang ditolak sehingga DAP hanya bertahan dengan 1 kerusi iaitu melalui Teng Chang Khim di Kelang (sekarang Dato’) kecenderungan masyarakat Melayu, Cina dan India untuk kembali bernaung di bawah BN tidak pernah dipertikaikan.

Mengapa apabila ada segmen rakyat menolak BN contohnyanya dalam kes Sarawak maka ditonjolkanlah seolah masyarakat tertentu berbahaya dan mahu wujudkan dominasi dan ketegangan.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad baru-baru ini apabila mengulas perkembangan politik semasa menyatakan:

“.....sekarang kita lihat apa berlaku pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 lalu, kaum Cina hanya mahu bersama kaumnya dan tidak mahu bekerja dengan orang Melayu.”

Reaksi Dr Mahathir ini apabila melihat DAP memenangi 12 dari 15 kerusi yang dipertandinginya di Sarawak dirata-rata kerusi majoriti Cina. Tetapi apakah benar kenyataan bahawa kaum Cina hanya mahu bersama kaumnya? Tidakkah kenyataan serupa ini merendahkan intelek dan kewibawaan masyarakat tersebut?

Apa pun yang nyata komen bekas PM itu meleset dan mungkin dikeluarkan kerana menyedari bahawa BN dan bukannya Negara atau rakyat yang sesungguhnya akan menghadapi masa depan yang kelam. Ianya meleset kerana DAP diketahui bukan bersendirian dalam PR Negeri Sarawak mahupun PRU ke 12 yang lalu. Jika MCA dan Gerakan bersekongkol dengan Umno melalui BN, DAP diketahui umum termasuk oleh Dr Mahathir sendiri bekerjasama dengan PKR dan PAS melalui Pakatan Rakyat.

Kaum Cina, India dan Melayu di dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang di dalam BN menyedari bahawa mereka perlu bekerjsama jika mahu berkuasa dan berperanan dalam arus perdana politik Negara. Tiada suatu kaum boleh berkuasa secara mutlak di Malaysia melainkan di negeri-negeri tertentu contohnya Kelantan dan Terengganu yang memang didominasi orang-orang Melayu.

Bukan menjadi rahsia lagi bahawa di Sarawak tempoh hari DAP ketara bersama PKR dan PAS. Demikian juga calon-calon PKR dan DAP yang bertanding masing-masing menzahirkan secara terbuka kerjasama mereka melalui Pakatan Rakyat. Jadi dimanakah bukti kenyataan Dr Mahathir itu bahawa kaum Cina hanya mahu bersama kaumnya dan tidak mahu bekerja dengan orang Melayu.

Lupakah Dr Mahathir (yang mempopularkan terma “Melayu mudah lupa” itu) bahawa semasa DAP mendominasi Pakatan Rakyat di Perak pada PRU ke 12 lalu, calon yang diangkat sebagai Menteri Besar Perak adalah dari PAS, orang Melayu Islam.

Sesungguhnya masyarakat Cina sebagaimana masyarakat lain dalam Negara berhak untuk memilih dan memutuskan apa sahaja dalam amalan demokrasi yang dianuti oleh Negara kita. Saya merasakan Dr Mahathir lebih bimbang kepada kemampuan Pakatan Rakyat, berbanding dengan apa yang beliau cetuskan itu. Begitulah juga pimpinan lain dalam BN khasnya Umno dan MCA.

Sekiranya masyarakat Cina kekal trendnya begini sebagaimana yang ditunjukkan dalam PRU ke 12 dan Pilihanraya Sarawak baru-baru ini, ditambah dengan sokongan orang-orang Melayu yang pernah bangkit mengundi protes dalam PRU 1999 di era Reformasi serta masyarakat India yang sudah bosan dengan kepimpinan mereka dari MIC, tidak mustahil lanskap politik Negara akan turut berubah.

Itulah sebenarnya kebimbangan Dr Mahathir dan beliau pula sebagaimana doa Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor satu ketika dahulu, akan hidup menyaksikan kejatuhan Umno dan BN. Itulah kebimbangan beliau.

Malaysia perlu belajar menghormati suara rakyat sekiranya kita masih percaya dengan sistem demokrasi yang telah kita amalkan sejak lebih 50 tahun dahulu. Hari ini kita hidup menyaksikan Negara-negara yang mengawal, mengekang dan menghapuskan demokrasi satu per satu runtuh di hadapan mata kita. Malaysia jangan jadi seperti Libya, Mesir, Syria dan Negara-negara Timur Tengah lain.

Dan rakyat pula jangan diancam dan ditakut-takutkan dalam bersuara. Rakyat Malaysia sudah matang dan dewasa. Mereka terdedah kepada maklumat dan berilmu. Jika mereka menolak parti atau kelompok tertentu kerana parti dan kelompok itu rasuah, zalim dan pincang, maka mereka sesungguhnya berhak berbuat demikian. Tidak kiralah orang Cina, Melayu atau India, siapalah kita untuk memaksa mereka menyokong yang kotor dan durjana

http://n32.blogspot.com

Kesian Nasib Agama Umno,JAKIM Pun Tiada Kuasa

Oleh Ibnu Hashim

Kesian nasib Agama Islam di bawah parti UMNO, parti kebangsaan Asobiah yang meletakkan agama di bawah telunjuk kaki politik pemimpin mereka. Kata seorang imam di sebuah masjid di sini, pagi ini. "Inilah buktinya.. Masalah Islam-Kristian pun JAKIM (Jabatan Kemajuan Islasm) tidak kuasa ambil tahu. Bagaimana Islam nak maju, walaupun nama jabatan kemajuan?"

Hal ini dirujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Isnin semalam menjelaskan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan usaha pihak tertentu menjadikan Kristian agama rasmi negara.

Sebaliknya beliau dipetik Bernama berkata perkara itu, yang melibatkan agama bukan Islam serta keselamatan negara, diuruskan oleh pihak berkuasa keselamatan termasuk polis.

“(Peranan) Jakim hanya untuk (menjaga urusan) agama Islam. Jakim tidak menjaga agama bukan Islam. Kalau berkaitan dengan hendak tukar agama, (itu tanggungjawab) pihak keselamatan.

“Jakim tiada hak untuk marah dan sebagainya... kerja-kerja untuk siasat (perkara ini) dan sebagainya... (biar) polis yang buat siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat 10 pensyarah dari Universiti Al-Azhar yang akan berkhidmat di Malaysia, di pejabatnya di sini hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan majlis pertemuan tertutup 100 paderi seluruh negara di Pulau Pinang dan antara lain dikatakan merangkumi ikrar menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Sementara itu, Jamil Khir berkata beliau masih meneliti nama-nama calon yang akan menggantikan Allahyarham Datuk Ilani Isahak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Antara Agama Kebangsaan.

“Ada beberapa nama yang boleh diketengahkan tetapi kita hendak mereka yang dapat memahami tugas sebagaimana Datuk Ilani lakukan kerana (jawatankuasa ini) terdiri daripada pelbagai bangsa dan anutan agama.

“Kalau tersilap pilih, kita bimbang akan wujud sensitiviti. Kita akan teliti dan buat keputusan nanti,” katanya. Ilani meninggal dunia pada Februari lalu kerana menghidap kanser payu dara.

Kata imam itu lagi,

"Kesian! Nasib agama Islam di Malaysia. Islam dipersempitkan kuasa dan peranannya. Walau timbul masalah Islam-Kristian, pun masih tiada kena mengena dengan agama Islam? Rumah sedang terbakar, baru nak lantik ketua jawatan kuasa pemadam api? Ulamanya jadi ulama haid dan nifas sahaja.

"Buang sampah di jalan didenda ribuan ringgit, berzina tak salah kalau suka sama suka!. Mahkamah sivil masih di atas kuasa mahkamah syariah.

"Wahai UMNO tulang belakang politik Malaysia, kembalilah kepada Islam seperti di zaman Rasulullah SAW. Kamu bertanggung jawab ke atas ketempangan agama Islam di negara ini.." (IH)

http://www.ibnuhasyim.com

Malaysia Negara Double Standard...

http://www.perisik-rakyat.com

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Nasib gua tak sebaik nasib para blogger UMNphorNO... Maksud gua, bukan nasib gua sorang je, malah nasib semua blogger pro Pakatan Rakyat tidak sebaik nasib blogger PenChaChai UMphorNO...

Kalaulah kami mengedar gambar-gambar super-impose pimpinan tertinggi politikus Negara Malaysia - Hari ini kami sudah berada dalam Kem Kamunting menikmati hari-hari indah sebagai tahanan ISA (tanpa bicara).

Kalaulah kami mengedar "video seks" yang dikaitkan dengan pimpinan tertinggi politikus Negara Malaysia - Hari ini kami sudah berada dalam Kem Kamunting menikmati hari-hari indah sebagai tahanan ISA (tanpa bicara).

Kalaulah kami yang menulis artikel yang berbau sentimen perkauman - Hari ini kami sudah berada dalam Kem Kamunting menikmati hari-hari indah sebagai tahanan ISA (tanpa bicara).

Kalaulah kami menulis apa-apa artikel yang berbau sentimen keagamaan - Hari ini kami sudah berada dalam Kem Kamunting menikmati hari-hari indah sebagai tahanan ISA (tanpa bicara).

Blogger pro UMNphorNO ini:


Selepas menulis artikel fitnah dalam blognya... Hari ini blogger ini masih bebas menulis.

Pandi Kutty betul la...!!!

Lucah boleh, kata kesat tak boleh

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang melaporkan kecaman terhadap Datuk Seri Anwar ekoran dakwaan menggelar Perdana Menteri sebagai 'Pandi kutty'.

Beliau mempersoal, bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

(Gambar: Laporan muka depan Utusan yang menyiarkan bantahan pandi kutty yang tidakpun ditujukan kepada Najib tetapi tindakan pihak yang tidak betul)

"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.

"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?"katanya di Facebook.

Utusan di muka depannya hari ini meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa menggelar Datuk Seri Najib dengan gelaran Pandi Kutty.

Antara lain, akhbar Umno itu mengambil pandangan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Bekas Ketua AMK yang menyertai Umno, senator Ezam Mohd Noor.

Najib ketika mengulas laporan itu pula berkata, beliau tetap tidur lena (jenera) walaupun dituduh dengan perkataan itu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, gesaan MCA agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.

"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,"tulisnya lagi.

Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak ekoran tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan di muka depan laporan serta gambar berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR. Turut dikecam dan dilebelkan sebagai media lucah adalah TV3.

Dalam pada itu, Anwar hari ini menyifatkan serangan terbaru isu Pandi Kutty terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN.

(Gambar kanan: Utusan disifatkan akhbar lucah apabila menyiarkan gambar-gambar dari klip video Trio Umno yang mendakwa Anwar adalah pelakunya)

Menurut laporan TV Selangor yang merakam penuh ceramah Anwar di Klang, Sabtu lalu itu, ketua pembangkang itu tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty."

Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” katanya dalam ceramah itu.

Felda beli kilang ‘Raja Gula’?

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Kerajaan didesak untuk mengumumkan jumlah transaksi pembelian Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok, lapor Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (gambar) mendakwa pembelian itu dilakukan menerusi anak syarikat Felda, iaitu Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH).

“Felda ialah sebuah syarikat berkepentingan kerajaan. Mengapa jumlah pembelian tersebut tidak diumumkan secara terbuka?

“Agensi mana yang dilakukan untuk membuat penilaian aset dan liabiliti syarikat tersebut?” soal Azan.

Azan mendakwa, kerajaan seolah-oleh menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan rakyat, sehinggalah rentetan dari siri kenaikan barangan keperluan termasuk kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang diumum kerajaan semalam.

Menurut laporan media, FGVH turut membeli Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, sebidang tanah seluas 5,800 hektar di Chuping, Perlis dan 20% pegangan Tradewinds (M) Bhd dengan anggaran jumlah RM1.5 billion.

Difahamkan kini, Robert Kuok, yang juga jutawan pertama di Malaysia kemudiannya membeli syarikat CSR Limited, iaitu pengeluar gula terbesar di Australia.

“Sekarang ini, jika Felda mahu mengimport gula dari Australia, agensi tersebut akan membeli dari syarikat yang dimiliki oleh Robert Kuok.

“Ini tidak memberikan makna kepada Felda kerana pada akhirnya nanti, sekiranya ada kenaikan harga gula di negara ini, maka Felda akan dipersalahkan.

“Sedangkan, keuntungan awal telah dikaut oleh orang yang sama, iaitu kroni Barisan Nasional dan pernah mendapat faedah dari monopoli gula selama puluhan tahun di negara ini.

“Felda belum tentu mendapat keuntungan, kerana gula adalah barangan kawalan. Jika ada pun, sudah tentu ia ‘disedut’ oleh pihak ketiga yang menjadikan nilai terkumpul tersebut sebagai dana pilihan raya bagi pihak Barisan Nasional,” tambah Azan.

Dalam pada itu, Azan Ismail mendakwa, kerajaan cuba mewujudkan suasana tenteram di kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dengan mendakwa, pembelian syarikat gula tersebut oleh Felda menunjukkan kerajaan prihatin terhadap agensi yang banyak memberikan faedah kepada orang Melayu itu.

“Orang Melayu jangan terperangkap dengan tindakan kerajaan ini. Pembelian kilang gula milik Robert Kuok oleh Felda tidak memberi jaminan bahawa nasib orang Melayu lebih terbela.

“Kita tidak tahu siapa yang berkepentingan di dalam transaksi tersebut yang akan mengaut keuntungan. Apatah lagi proses pembelian FGVH tidak diumumkan secara terbuka.

“Sebab itu, kita tuntut dokumen tersebut didedahkan kepada umum,” ujar Azan.

Pemimpin menyusahkan rakyat jika tiada wang

KUALA LUMPUR, 10 Mei: PAS berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram sebagai lambang kegagalan BN.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen).

Alasan daripada kerajaan ia akan menjimatkan wang negara ialah RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen.

“Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara?” soalnya.

Nampaknya, kata beliau pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikkan harga petrol, gula dan tol.

PAS, ujarnya hairan kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan kepada Permata yang dipengerusikan oleh Datin Seri Rosmah sebanyak RM111 juta untuk tahun 2011.

“Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja,” katanya.

Baginya, kerajaan memberi alasan yang dangkal untuk menipu rakyat ialah harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Begitu juga, katanya alasan kenaikan harga gula sebagai langkah untuk hidup sihat supaya rakyat mengurangkan pengambilan gula.

Natang apa nie " Pandi kutty"

Anwar kata UMNO 'Pandi Kutty'.. bukannya Najib!! (Video Inside)
Nampaknya ada blogger Pro UMNO yang menyambung fitnah oleh Lidah Rasmi UMNO terhadap Anwar Ibrahim yang kononnya Anwar menggelar Najib sebagai “pandi kutty" ..

Semalam Lidah Rasmi UMNO sekali lagi menfitnah Anwar Ibrahim apabila mendakwa Ketua Pembangkang itu menggunakan perkataan kesat “pandi kutty" terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu ceramah di Klang Sabtu lalu..

Video yang disiarkan oleh beberapa blog Pro PR telah disunting mereka bagi menunjukkan bahawa Anwar ada menyebut perkataan “pandi kutty" itu..

Tetapi mereka tidak berani untuk menjelaskan siapa yang dimaksudkan oleh Anwar sebagai “pandi kutty" atau Anak Babi itu..

Read more »

Penantian Ibu tunggal berakhir


BINJAL -Selepas lima bulan memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), akhirnya penantian seorang ibu tunggal yang menyara keluarga dengan menjual pisang goreng diluluskan.

Norbi Mydin, 47, dari Kampung Tradisi Paya Pahlawan di sini, mengambil tugas menyara empat anaknya yang masih bersekolah sejak kematian suaminya kira-kira lima bulan lalu.

Menurutnya, dia hanya bergantung harap kepada pendapatan tidak tetap dengan menjual pisang goreng dan mengambil upah menjahit di rumah.

“Pendapatan yang diperoleh digunakan membayar sewa rumah RM250 sebulan, keperluan rumah dan persekolahan anak-anak.

“Pendapatan yang diperoleh sebanyak RM400 sebulan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan rumah dan persekolahan anak-anak, tetapi saya terpaksa berjimat cermat bagi memastikan pelajaran anak-anak tidak terjejas,” katanya kepada :Sinar Harian: selepas menerima kunjungan JKM dan wakil Ahli Parlimen Kubang Pasu di rumahnya di sini, semalam.

Norbi berkata, bagaimanapun dia bersyukur kerana akhirnya bantuan yang dipohon dari JKM berjaya diluluskan, sekurang-kurangnya beban yang ditanggung dapat diringankan.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu, Mohd Shabbri Othman berkata, selepas menilai dan meneliti permohonan Norbi, pihaknya mendapati keluarga itu layak menerima bantuan melalui skim kanak-kanak sebanyak RM400.

Menurutnya, bantuan itu diberikan sebanyak RM400 mengikut jumlah anak pemohon dan ia akan tamat setelah anak pemohon mencapai usia 18 tahun.

“JKM meluluskan skim bantuan kanak-kanak itu bermula bulan ini dan pada masa sama, kita juga mencadangkan untuk pemohon mengikuti program Productive Welfare:, memandangkan Norbi mempunyai kesungguhan untuk berniaga.

“Kita akan melihat semula apa kesesuaian perniagaan yang boleh diusahakannya dan bantuan modal dari segi peralatan dan sebagainya berjumlah RM10,000,” katanya.

Wakil Ahli Parlimen Kubang Pasu, Zulfitri Yaccob berkata, pihaknya juga memberikan sumbangan keperluan kepada keluarga itu dan pada masa sama akan melihat bentuk keperluan yang boleh dibantu dari semasa ke semasa.

“Kita minta supaya Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) di sini memantau keadaan keluarga ini dan lapor segera jika terdapat sebarang masalah untuk bantuan selanjutnya,” katanya.

Ada Teater Muzikal lagi : Syabas DPPPP

Teater Muzikal SRIBU - Sempena muktamar DPPPP yang diadakan di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, BM


Penjawat awam saman Keda


ALOR SETAR - Seorang penjawat awam memfailkan saman terhadap Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) di Mahkamah Tinggi Alor Setar, semalam, kerana mendakwa Keda gagal mengesahkan jawatannya dalam perkhidmatan.

Nur Dini Mohd Noh, 33, selaku plaintif memfailkan writ saman dan menamakan Keda sebagai defendan.

Berdasarkan tuntutannya, plaintif adalah seorang kakitangan Keda yang menyandang jawatan Juruaudit Gred W41, beliau ditawarkan Pelantikan Jawatan Tetap sebagai Juruaudit Gred W41 pada 16 November 2006 dengan gaji permulaan RM2,039.72 dan berada bawah Skim Perkhidmatan Tetap serta berpencen.

Nur Dini turut mendakwa menerima surat arahan pertukaran bertarikh 16 Julai 2008, daripada Unit Dalam kepada Unit Kutipan Hasil, berkuat kuasa 20 Julai 2008.

Plaintif menerima satu lagi surat bertarikh 12 November 2009 berhubung tarikh lanjutan tempoh percubaan, bermula 16 November 2009 sehingga 15 November 2010 serta tidak akan mendapat pergerakan gaji tahunan, kerana tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan.

Nur Dini menerusi pengacaranya, menyampaikan notis bertarikh 8 Disember 2010 kepada Pengurus Pentadbiran dan Pengurus Sumber Manusia, Ahmad Hilmi Talib, bagi mengetahui status pengiktirafan dan perakuan Ketua Jabatan.

Sebaliknya surat balas daripada Keda bertarikh 26 Disember 2010 menyatakan Nur Dini tidak dapat disahkan ke dalam jawatan kerana tidak mendapat perakuan dan sokongan Ketua Jabatan, malah defendan gagal memberikan alasan munasabah mengapa plaintif tidak mendapat perakuan dan sokongan Ketua Jabatan.

Plaintif dalam writ samannya antara lain menuntut pengiktirafan ke jawatan tetap sebagai Juruaudit Gred W41 yang sepatutnya diperoleh pada 9 September 2008, pembatalan arahan bertulis daripada Ketua Jabatan berkaitan pergerakan gaji tahunan yang disekat, pelarasan gaji bermula tahun pergerakan gaji terhenti, serta ganti rugi am dan ganti rugi teladan RM50,000.

Jamak bidas barisan muda


PEMAIN Kedah, Mohd. Azmi Muslim (tengah) dicabar dua pemain Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin. Selangor menang 2-0.


JURULATIH Kedah, Wan Jamak Wan Hassan ternyata kecewa dengan prestasi barisan pemain mudanya ketika tewas 0-2 kepada Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Jelas Wan Jamak, peluang yang diberikan kepada pemain muda untuk beraksi sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya, namun gagal memberi persembahan baik seperti yang diharapkan.

Katanya, biarpun anak-anak buahnya mampu beraksi dengan baik pada babak pertama, namun keadaan sebaliknya berlaku pada separuh masa kedua yang menyaksikan Selangor memperoleh dua gol.

"Saya lihat pemain muda, terutamanya Ahmad Shakir Ali yang dimasukkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan Mohd. Khyril Muhymeen Zambri tidak bermain bersungguh-sungguh dan tidak banyak melakukan gerakan agresif seperti yang saya harapkan.

"Hilang bola tak nak kejar, ini bukan pasukan bola sepak kampung, ini pasukan negeri dan dia perlu menghormati bendera dan pasukan negeri sendiri," tegas Wan Jamak sejurus selepas tamat perlawa- nan kelmarin.

Dua jaringan Selangor dihasilkan oleh Mohd. Fadzli Shaari pada minit ke-59 dan Rudie Ramli (87).

Menurut Wan Jamak, tahap ketahanan dan kecergasan pemain-pemain Kedah juga lemah se- hingga menyebabkan mereka melakukan beberapa kesilapan sehingga memberi ruang kepada pasukan lawan.

Katanya, beliau mempunyai masa selama seminggu untuk memperkemaskan kembali jentera pasukan dan memperbaiki beberapa kesilapan bagi menghadapi perlawanan akan datang.

"Saya nak tekan mereka (pemain) pun tak patut, sebab soal kecergasan dan ke- tahanan tenaga perlu dilakukan sebelum saingan liga berlangsung.

"Kita akan mengenal pasti pemain lain bagi membantu jentera serangan mencari gol pada perlawanan berikutnya," katanya.

Video Pertemuan Biro Pendidikan UMNO dengan MB Kedah



Berteduh dalam rumah usang


TIKAM BATU – Seorang lelaki hidup sebatang kara lebih 10 tahun lalu dengan hanya berteduh di rumah pusaka peninggalan arwah ibu dan bapanya yang serba kekurangan.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Masjid Batu, Zahidi Saad berkata, kehidupan Abu Bakar Ahmad, 53, dari Kampung Padang Binjal Simpor Besar, Tikam Batu, hidup melarat selain tidak mempunyai pekerjaan.

Menurutnya, penduduk sekitar kasihan melihatkan keadaan Abu Bakar kerana terpaksa berteduh di bawah rumah yang kebanyakan bumbungnya sudah tercabut.

“Dia juga tidak pernah mengganggu orang lain dan hanya menetap di rumah sendiri walaupun hampir roboh” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, keadaan rumah Abu Bakar daif kerana kelengkapan dalam rumah berada dalam keadaan tercemar dan tidak terurus.

Zahidi berkata, selepas kematian orang tua, Abu Bakar pernah menjalankan projek tanaman sayuran bersama adik lelakinya, namun apabila hasil tidak memberangsangkan, adiknya berpindah ke Teluk Air Tawar setelah berkeluarga dan bertugas menjadi pengawal keselamatan di sana.

“Abu Bakar seorang yang rajin kerana sanggup ke pasar hanya untuk menjual seikat sayur kangkung atau satu jantung pisang yang dikutip di sekitar rumahnya.

“Hasil jualan sayuran yang dikutip walaupun hanya dengan 30 sen, dia akan gunakan untuk membeli makanan,” katanya.

Menurutnya, JKKKP berusaha membawa permohonan bantuan ke pihak yang sepatutnya beberapa kali selain ke pengetahuan pemimpin tempatan, namun sehingga kini tiada respons yang diperoleh.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Muda, Mohamad Md Nor berkata, permohonan pertama yang dilakukan tidak diluluskan atas faktor pemohon masih sihat dan berupaya bekerja.

“Bagaimanapun, kami menerima rayuan permohonan dan keputusan perbincangan yang dilakukan April lalu, mengesyorkan bahawa pemohon menerima bantuan am sebanyak RM150 sebulan dan akan dimulakan pada Julai nanti berikutan masih bujang dan mempunyai masalah pembelajaran,” katanya.

Pas Alat Dap, Tun Mahathir Makin Merapu

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Semalaysia menganggap Tun Dr Mahathir semakin merapu, kerana mendakwa Pas alat Dap, ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Umno Cheras. Tun Mahathir mendakwa kewujudan Pas menyebabkan orang Melayu berpecah.

Pas hendak tanya balik kepada Tun Dr Mahathir kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebagsaan Melayu Malaya (PKMM) 1945 yang mewakili orang Melayu.

Menunjukkan Umno juga parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah, buktinya kenapa umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

Pas alat DAP adalah modal lapok umno ketika orang Melayu menolak Umno dan cuba untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi kuda tunggangan MCA, Gerakan dan MIC. Siapa yang bagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan.? Apa bukti Pas alat DAP?. Pas boleh buktikan pengkhianatan Umno kepada Melayu atas nama Melayu terutama di zaman beliau memerintah negara selama 22 tahun. Tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang tinggal di tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual kepada Vicent Tan.

Nampaknya Tun Dr Mahathir masih cuba untuk membodohkan rakyat kononnya ulamak yang berada di dalam umno menubuh Pas, kerana tidak mendapat tempat kerana tidak pandai berbahasa Arab. Faktanya ialah ulamak keluar untuk menubuhkan Pas kerana teguran ulamak mengenai judi tidak diperdulikan, maka ulamak merasakan perlu ada jamaah yang bebas daripada umno supaya Islam terpelihara.

Dulu Tun menipu rakyat mengatakan Pas ditubuhkan restu penjajah, hakikatnya umno ditubuhkan atas restu penjajah.

Pas ingin mengigatkan kepada Tun Mahathir tidak boleh tipu orang dalam semua masa, insyaAllah Pas akan membetulkan fakta yang ditipu oleh Tun supaya rakyat tahu siapa pengkhianat Melayu dan Islam

Pas merasa geli hati apabila Tun memuji perjuangan Pas zaman Dr Burhanudin Helmi dan Datuk Asri, kerana perjuangan mereka betul. Bukankah beliau orang yang bertanggungjawab sehingga Pas ditendang daripada BN, ketika krisis politik di Kelantan. Beliaulah orang yang diamanahkan oleh Umno untuk menyelesaikan kemelut tersebut, akhirnya Pas ditendang kerana menentang undang-undang dharurat di Parlimen. Bukankah waktu itu Pas dipimpin oleh Datuk Asri Muda? Kenapa sekarang baru memuji Datuk Asri?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...