TERKINI :

Monday, May 9, 2011

Orang Umno Masuk Pas

Ya Marhaban Ya Salam Sheikh Sobree Shafii

HARI ini satu sejarah kecil berlaku di pejabat MB Kelantan bila mana sdr Sobree Shafii penglima hitam Umno tahun-tahun 80-an telah menyerahkan borang untuk menyertai Pas kepada Murysidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Peristiwa kecil yang besar maknanya itu berlaku jam 10:30 pagi ini. Ikut mengiringi Sobree menyerahkan borang penyertaan beliau dalam Pas, ialah senator Rosli Ibrahim dan beberapa orang kanan Sobree dari Ketereh. Ekoran kemasukan Sobree ke dalam Pas itu seorang orang kanan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Annuar Musa dan bersama pengikutnya juga akan mengambil keputusan yang sama.

Dengan berlangsung peristiwa itu pada pagi ini maka tamatlah teka teki mengenai kedudukan Sobree yang sebelum ini kabur sama ada hendak bersama PKR atau Pas. Sobree meninggalkan Umno akhir tahun lepas selepas kecewa dengan sistem diamalkan parti berkenaan dan juga tindak tanduk pemimpin parti berkenaan.

Katanya semasa mengumumkan keluar dari Umno, beliau rela kecewa di luar Umno dari kecewa di dalam Umno.

Mulanya Sobree dikatakan berjinak-jinak dengan PKR. Tetapi sikap dingin yang ditunjukkan oleh pemimpin PKR menyebabkan beliau tawar hati dan akhirnya memilih Pas yang dilihat 'mudah basa' sebagai wadah baru jihadnya. Bagaimana pun pemilihan Pas bukan kerana lari selepas PKR yang tidak sudi menerimanya, tetapi setelah beliau merenung dan mengamati sejauh mungkin mengenai makrifat di dalam Pas.

Seperti mana katanya pada majlis ceramah beberapa hari lalu yang mendapat sambutan lebih 5,000 di Kadok, penyertaan beliau dalam Pas adalah jodoh atau sesuatu yang telah ditetapkan Tuhan. "Kalau Tuhan mahukan saya menyertai Pas, tidak ada usaha lain yang saya boleh lakukan melainkan akur saja sebab saya makhluk kerdil di mana sepanjang masa dalam kawalan takdir Allah," ujarnya tenang.

"Saya cuba merisik PKR tetapi akhirnya saya meminang dan berkahwin dengan Pas,"" kata berkonotasi mengenai nasibnya.

Mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Tokl Guru Nik Abdul Aziz hari ini, Sobree melahirkan rasa gembria yang amat sangat. "Saya tidak ada bahasa untuk melukiskan perasaan gembira saya kecuali hanya bersyukur kepada Allah dan terima kasih banyak kepada Tok Guru dan seluruh kepimpinan Pas Kelantan," ujarnya.

Beliau juga menyifatkan kemurahan hati Tok Guru untuk menerima borang kemasukannya menggambarkan sikap tawaduk, rendah diri dan jiwa besar Menteri Besar Kelantan itu sebagai seorang mursyid. "Beliau senang saja menerima kemasukan saya bila saya menyatakan hasrat, tanpa ada dolak dalih dan membayangkan berbagai kemungkinan dan implikasinya," ceritanya.

Sebelum ini beliau sudah berjumpa dengan Nik Aziz dan setiap kali berjumpa MB itu selalu bertanya beliau bila nak serah borang dan berceramah bila mana beliau mula memberi gambaran berminat dengan Pas.

Malam esok Sobree akan muncul di pentas ceramah di Ketereh buat pertama sekali sebagai bakal ahli Pas bersama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan Husam Musa. Katanya dalam ceramah itu dia akan mendedahkan kepincangan kepimpinan Umno Ketereh khasnya mengenai Alwi Che Amat. [ttdi.kl.1:00 t/hari 09/05/11]

Kerajaan 2kupang.... dulu Minyak 2kupang.. kini Gula 2kupang....

Harga gula naik 20 sen

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

azlan"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.

Kerajaan Negeri baiki bumbung Mat Bashah 'tumpang tui'

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Tengah dok gebang warung Pak Pin Taman Wira, seorang rakan mai hulur sebuah risalah haram bertajuk Suara Kedah. Belek depan belakang, rupanya semua bahan basi dan fitnah semata-mata. Jenis UMNO kalau sehari tak buat fitnah macam hantu raya tak makan telog, melisah tak buleh duduk.


Dalam banyak-banyak fitnah tu aku tertarik dengan pembohongan mengenai kununnya Mat Bashah hulur bantuan kat 47 mangsa ribut di Taman Wira. Mat Bashah pula yang dikatakan bagi atap untuk penduduk. Tudia aih kerin-kerin depa kelentong kununnya Mat Bashahlah penyumbangnya.

Yang sebenaqnya atap-atap tu semua dihantaq oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Kedah, siap kontraktor pi pasang. 41 buah rumah di Blok B dan 3 buah rumah di Blog E. Itupun hasil kepantasan tindakan MKK dan YB angkat Dr. Ismail Salleh. Harap Mat Bashah, habih basahlah rumah penduduk hujan turun bumbong tak dak.

Mokalu kata apa yang Mat Kering laporkan ni diragui, baiklah pakat-pakat pi tanya dekat Bahagaian Perumahan Wisma Darul Aman.

Yang dok jaja cerita muhong tu Mat Panah, bekas orang kuat MB Kedah dulu. La ni tukag kem dah kot, maklumlah bekas boss dah berada di penghujung karier politik.

Itu dulu laporan Mat Kering untuk hari ini. Isu lain serah kat wartawan lainlah. Tok Senapi suruh Mat Kering jaga Mat Bashah jaa..

http://kedahla.blogspot.com

'Jalan rakyat' tak payah bayar tol

BUTTERWORTH, 9 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan 'jalan rakyat' khusus kepada penduduk sekitar Butterworth bagi mengelakkan membayar kadar tol 50 sen sehala di Tol Sungai Nyiur mulai semalam.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika merasmikan jalan sepanjang 1 kilometer dari Jalan Bagan 29 ke Jalan Siram menyifatkan satu lagi kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji pilihan raya membantu rakyat bukan membebankan mereka sebagaimana yang menjadi amalam Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pulau Pinang sekali lagi mencatit sejarah apabila berjaya memperkenalkan 'jalan rakyat' bagi kemudahan penduduk di sekitar Butterworth yang hendak ke Seberang Jaya mahupun ke lokasi lain tanpa membayar sesen pun tol," terangnya diiringi tepukan hadirin.

Tindakan Kerajaan BN yang membenarkan sebuah syarikat mengutip tol di jalan sedia ada dari Seberang Jaya ke Butterworth tiga tahun lalu dilihat membebankan rakyat apabila pengguna jalanraya Butterworth-Kulim terpaksa membayar RM1 pergi balik.

Pembinaan jalan rakyat itu juga, sambungnya yang juga Ahli Parlimen Bagan, boleh dijadikan pengajaran kepada pemerintahan yang zalim supaya membuang jauh tindakan menindas rakyat dengan bebanan kewangan.

Bahkan, katanya pembinaan tersebut juga merupakan satu contoh kebajikan yang Kerajaan Pakatan Rakyat berikan terhadap sokongan mereka pada pilihanraya umum lepas.

"Kita buat secara tander terbuka di mana kosnya RM5.7 juta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri semata-mata untuk melihat rakyat gembira. Melalui tender terbuka itu sebuah kontaraktor melayu yang tiada kabel dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat berjaya melaksanakan tugas dengan baik," jelasnya.

Dulu ujarnya, penduduk Taman Bagan tidak boleh keluar sebab jalanya adalah jalan mati melainkan menghala semula ke Butterworth tetapi setelah mendapati pembangunan pesat berlaku di situ, maka jalan rakyat dilaksanakan.

Kata Lim lagi, kerajaan negeri yang berjiwa rakyat bukan sahaja memberikan kesenangan dan kemudahan pada rakyat keseluruhanya malahan boleh menghidupkan semula jalan yang sudah mati.

"Untuk memberikan kesenangan kepada semua Kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menghidupkan jalan yang dah mati. Mana ada kerajaan yang sanggup buat macam tu," katanya.

5 soalan untuk UUM

ALOR SETAR, 9 Mei: Tindakan Umno mempermainkan isu rebat cukai tanah untuk Universiti Utara Melaysia (UUM) terbukti mempunyai agenda politik apabila isu cukai tanah lain-lain institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak dibangkitkan.

Laman Kedahlanie telah membangkit lima isu untuk dijawab oleh para pemimpin Umno dan orang ramai ekoran usaha keras Umno untuk memburukkan kerajaan negeri Kedah ini.

Soalan-soalan yang dikemukakan itu adalah:

1. Cukai tanah UUM cuma RM0.20 semeter persegi, cukai tanah UiTM Merbok RM0.55 semeter persegi. Kenapa BN Kedah tak desak kerajaan negeri bagi rebat kepada UiTM Merbok sama? Dua-dua tu IPTA jugak kan?

2. Cukai tanah Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPs) RM0.50 semeter persegi. Menteri yang jaga IPTA hentam Kedah sebab tak bagi rebat kepada UUM, mengapa menteri tu tak hentam Perlis yang diperintah BN kerana tidak bagi rebat kepada UNIMEPs?

3. Kerajaan Pusat bagi RM300 juta setahun belanja urus UUM termasuk cukai tanah. UUM kata tak cukup duit, kemana agaknya UUM habiskan peruntukan cukai tanah yang diberi Pusat itu?

4. BN kata Kedah tak prihatin dekat UUM sebagai institusi pendidikan. Baiklah BN yang prihatin.. mengapa setiap pelajar nak masuk belajar UUM
kena yuran? Mengapa tak bagi percuma semuanya?

5. UUM yang mengaku tiada duit (uzur), tahun lepas umum syarikat miliknya untung RM80 juta. UUM dakwa bukan bussines oriented guna premis dan tanah yang cukainya berstatus IPTA (semeter persegi RM0.20) hingga buat untuk besar tapi susah nak bayar cukai ikut kadar sebenar. Agak-agak perangai macam ni namanya bertanggungjawab ke tak?

Menanti Umno terjerat perangkap sendiri

Ahmad Lutfi Othman

Agak ramai bersetuju dengan rumusan awal saya bahawa PAS merupakan parti paling kritikal dalam pilihan raya umum akan datang. Kecenderungan pengundi Melayu menjadi perbahasan menarik, manakala mood masyarakat Tionghua yang berterusan menolak BN seperti sukar hendak dilentur lagi. Rata-rata membayangkan pengundi India, walaupun masih tidak dapat menerima MIC, tetapi mungkin "ada yang berpatah balik".

"Bukan saja DAP yang untung besar dengan mengekalkan prestasi Mac 2008, malah mungkin dapat melonjak lagi," seorang pembaca dari Ipoh memberi respons kepada tulisan saya. "Dan jika tiada usaha luar biasa dilakukan untuk mengubah persepsi masyarakat Melayu di luar bandar, terutama di kawasan bukan kubu tradisi PAS, saya juga percaya Umno boleh mempertahankan undi dan kuasa mereka," tambahnya.

Namun, seperti kata Perdana Menteri, Najib Razak, "selagi semboyan belum dibunyikan, persiapan (menghadapi pilihan raya) boleh ditingkatkan." Ya, biar segenting mana sekalipun kedudukan PAS, berdepan dengan pelbagai tipu helah dan gugatan mencabar, khususnya berkaitan senarai pendaftaran pemilih yang mudah dimanipulasi, segalanya masih boleh dipengaruhi dan diperbetulkan.

Namun, untuk menggagalkan usaha terancang BN itu, ia memerlukan kerja kuat, berkemahiran dan mempunyai dana mencukupi. Proses pendaftaran pemilih dalam sistem First-Past-The-Post (FPTP) memang terdedah kepada "kerja jahat" elit penguasa. Oleh itu, masih ada desakan agar reformasi pilihan raya dapat dilaksanakan segera, antara lain memperkenalkan elemen sistem pengundian Proportional Representation (PR).

Mungkin proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, ala gerrymandering, tidak dapat dipraktikkan lagi disebabkan BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen, namun masih banyak ruang boleh diekspolitasi. Kadang-kadang ia sukar dihidu dan hanya dapat dikesan selepas pilihan raya, mengakibatkan pembangkang sekadar gigit jari.

Harakah telah mendedahkan komplot di antara Umno-BN, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya dirancang rapi bagi memindahkan pengundi ke kawasan strategik, menurut kepentingan parti itu, terutama di Selangor. Ini belum dikira taktik jahat memberikan kad pengenalan kepada warga asing, membolehkan mereka mengundi BN dalam PRU13.

Keghairahan (sebenarnya keserakahan) Najib, yang juga Pengerusi Umno Selangor, untuk merampas kuasa di negeri termaju itu tidak boleh disembunyikan lagi. Tidak salah untuknya menawan kembali Selangor dan juga negeri-negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat tetapi biarlah "bertarung secara anak jantan".

Ia mengingatkan kita tentang taktik kotor Najib menumbangkan kerajaan pilihan rakyat di Perak (waktu itu Pengerusi Umno Negeri) pada 2009. Rekod menunjukkan, hampir semua negeri yang pernah jatuh ke tangan pembangkang, diambil alih BN (sebelumnya Perikatan) secara "keji" misalnya dalam kes Kelantan (1978), Terengganu (1961, 2004) dan Sabah (1994). Target berikutnya adalah Selangor. Operasinya berbeza di antara sebuah negeri dengan negeri yang lain.


Melihat "permainan" Umno-BN terkini, mereka seolah-olah tidak mahu membuang masa lagi untuk meraih kepercayaan pengundi Cina yang dirasakan semakin menjarak, sebaliknya tertumpu untuk mengaut sebanyak mungkin sokongan masyarakat Melayu. Pengundi Melayu perlu dipindahkan ke kawasan yang mana BN kalah dengan majoriti kecil (lebih membabitkan kerusi PAS dan KeADILan) dengan membiarkan kawasan di sebelahnya yang mungkin sedia dimenangi DAP mendapat majoriti lebih besar.

Pokoknya, dalam sistem FPTP, menang dengan majoriti satu undi atau 10,000 undi tidak membawa apa-apa perbezaan. Oleh itu, Umno merancang untuk menyerakkan undi Melayu ke kawasan yang begitu diperlukannya, dengan andaian orang Melayu adalah asset buat mereka. Dalam proses gerrymandering selepas PRU1999, andaian Dr Mahathir Mohamad, pengundi Cina akan memberikan kelebihan kepada BN.

Akhirnya, strategi menyerakkan pengundi Cina itu, walaupun berjaya pada 2004, sehingga membentuk banyak kerusi campuran, telah "membunuh" BN pada 2008.

Pelawaan Najib agar PAS bekerjasama dengan Umno, dan meninggalkan Pakatan Rakyat (terutama DAP) juga dilihat mahu mengikat simpati umat Islam. Umno cuba mempamerkan watak "merendah diri", sekali gus mempersepsikan PAS sebagai parti "penuh kesombongan" yang menolak tawaran perpaduan. Meskipun dari segi jumlah penguasaan kerusi Parlimen, PAS berada di tangga terendah berbanding DAP dan KeADILan, namun ia tetap berada pada posisi paling penting dalam percaturan politik Melayu.

Strategis Umno cukup sedar hal ini. Justeru, perancangan secara halus difokuskan untuk melemahkan potensi PAS yang cukup membahayakan kedudukan Umno itu. Sekali pandang, seolah-olah Umno menghalakan sasarannya kepada KeADILan, tetapi bagi saya, yang lebih digeruninya adalah PAS.

Dalam pilihan raya umum 1999, PAS pernah mencipta kejutan apabila majoriti pengundi Melayu memihak kepadanya, terutama di negeri-negeri Malay belt, pengaruh PAS cukup dominan. Dan sekiranya pimpinan PAS berupaya menampilkan sosok parti itu yang meyakinkan orang Melayu, selain membetulkan persepsi salah mereka, dan dalam masa sama mengekalkan sokongan pengundi bukan Melayu, tidak mustahil penguasaan BN di Putrajaya dapat ditamatkan.

Mengandaikan undi Melayu adalah "simpanan tetap" BN hanya mengundah padah buat Najib, apatah lagi dalam suasana kematangan berpolitik semua kaum makin meningkat. Bagaimanapun ia lebih banyak bergantung kepada ketekunan PAS untuk melakukan usaha luar biasa menawan hati dan membetulkan persepsi masyarakat Melayu dalam tempoh sesingkat ini.

SMM tuntut Utusan, blogger mohon maaf jika dakwaan tak benar

sOleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Utusan Malaysia dan blog memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia jika didapati menyiarkan laporan tidak bertanggungjawab kononnya ada konspirasi mengubah status agama rasmi negara ini.

Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab berkata, Utusan Malaysia selaku media arus perdana tidak sepatutnya menyebarkan laporan yang dipetik daripada penulisan blog kerana ia kemungkinan tidak benar dan boleh menimbulkan ketegangan antara agama terutamanya orang Islam dan penganut Kristian.

Ahmad Syukri berkata demkian sebagai respons terhadap akhbar berkenaan kelmarin yang melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Laporan itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Laporan muka depan dengan tajuk “Kristian agama rasmi” itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Tegas Ahmad Syukri, penulisan blog yang dipetik Utusan Malaysia tidak seharusnya dijadikan bahan publisiti oleh akhbar milik Umno itu kerana ia tidak menghormati sensitiviti agama lain.

“Sekiranya penulis blog itu benar-benar memiliki bukti mengenai isu yang ditimbulkan, saluran yang betul perlu digunakan agar isu ini dapat disiasat tanpa mewujudkan ketegangan yang mengancam keharmonian rakyat.

“Selain itu, SMM juga mendesak agar mana-mana pihak tidak menjadikan isu ini sebagai isu politik bagi menamatkan kekeruhan yang telah tercetus... SMM berpendirian untuk menunggu siasatan polis dan sekiranya terbukti isu yang ditimbulkan adalah fitnah dan berniat jahat, maka blogger itu perlu dikenakan hukuman berdasarkan kesalahan fitnah,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya dakwaan penulis blog itu benar pihaknya menuntut agar siasatan lanjut dilakukan agar Perlembagaan Persekutuan dijaga dan terpelihara.

“Sekiranya isu yang ditimbulkan oleh blogger berkenaan adalah benar iaitu wujud sentimen yang cuba mencabar kedudukan agama Islam dalam Artikel 11 Perlembagaan, maka SMM menuntut agar siasatan lanjut diadakan agar integriti Perlembagaan Malaysia kekal sebagai undang-undang tertinggi negara,” katanya.[Malaysian Insider]

JAMIL KHIR YANG SONGSANG

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMALAM satu perhimpunan telah diadakan di Masjid Negara selepas Solat Jumaat bagi menentang sebarang bentuk politik fitnah dan lucah di negara ini. Perhimpunan yang dianjurkan oleh beberapa NGO itu kemudiannya membawa memorandum bantahan tersebut ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) agar kes video seks atau tuduhan zina yang kununnya melibatkan DS Anwar ini diadili mengikut Hukum Syarak bukan dengan cara Jahil iaitu bersumpah laknat.

Dipetik melalui Agenda Daily, Jamil Khir menyatakan bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk menunjukkan amarah bertujuan politik. Erti kata, Jamil Khir tetap istiqomah bahawa masjid bukan tempat berpolitik dalam kata lain politik tiada kena mengena dengan agama. Mungkin jika ada umat Islam yang tidak suka cara Jahiliyyah diamalkan di negara ini, jangan gunakan masjid tetapi gunakan padang bola atau pusat hiburan untuk meluahkannya.

Jamil Khir orang Umno dilantik menjadi Senator, dan Umno sejak dari azali lagi memang mengasingkan politik dari agama. Jadi, kenyataan Jamil Khir memang tepat sebagai ahli Umno tetapi jahil sebagai Muslim. Di dalam isu video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar, kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Syariah atas kes Qazaf yang bertepatan dengan ajaran Al-Quran sendiri. Adakah Jamil Khir bersetuju kes ini diadili mengikut Islam?

Ini ulasan atau komen Jamil Khir bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera di dalam hal ini seperti yang dilaporkan di dalam Agenda Daily, " Mengulas perkara itu, Jamil Khir berkata isu itu tidak sewajarnya dibebankan kepada JAWI tetapi diserahkan kepada polis dan pendakwa raya untuk menyiasat dan mengambil tindakan. "Seperti kebiasaan, sebelum sesuatu tindakan diambil, ia akan diuruskan oleh pihak penguatkuasa yang akan melakukan kajian dan penelitian. "Selepas proses tersebut, ia akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya yang akan melihat kekuatan kes sebelum dibawa ke Mahkamah Syariah. Saya rasa jika hendak diserahkan kepada JAWI, ini tanggapan yang salah," katanya-(Agenda Daily-6/5/2011).

Kekuatan kes apa yang dimaksudkan oleh Jamil Khir itu? Sumpah laknat Eskay secara terang-terang merupakan satu tuduhan melakukan zina tidak lagi mempunyai kekuatan kes? Sebelum ini, di dalam kes fitnah Liwat melibatkan DS Anwar dan juga Saiful, terdapat juga kekuatan kes yang mana ada dakwaan menuduh berlakunya liwat dan kes ini pun telah di rujuk kepada Mahkamah Syariah, tetapi tangan siapa yang menjadi Iblis sebagai penghalang?

Mengapa susah sangat untuk Jamil Khir berterus terang bahawa di negara ini tidak mengguna pakai Al-Quran sebagai rujukan berkaitan kes-kes seperti ini? Mengapa perlu berputar-putar untuk mengelirukan umat Islam semata-mata untuk memuaskan kehendak pemimpin yang sememangnya terkenal dengan anti Islam? Sebelum ini Jamil Khir juga pernah berkata biarlah Eskay mahu bersumpah laknat di masjid. Apabila beliau berkata demikian, samalah juga dengan beliau berkata biarlah orang mahu memuja nombor ekor di dalam masjid asalkan baca Bismillah terlebih dahulu.

Inilah tokoh agama yang ada di dalam Umno, dan inilah parti yang merayu siang dan malam mahu PAS bersamanya. Sebab itu saya katakan, DAP lebih baik dari Umno setidak-tidaknya DAP sekarang sudah tahu menjaga adab di dalam masjid. Memang tepat dan bijak PAS menolak Umno untuk dijadikan kawan kerana berkawan dengan orang jahil yang tidak boleh diajar ini membuang masa sahaja. /wfauzdin.blogspot.com

Mana Janji Manismu Najib !!?

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/janjinajib.jpgKetika kehadiran Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke Terengganu pada 30 April 2011 lalu, kononnya rakyat di negeri Darul Iman ini sangat gembira dan seronok.

Maklumlah, seorang pembesar negara yang datang dan lagi terkenal di seluruh dunia termasuk di Mongolia.

Sehubungan itu, Awang diberitahu orang bahawa Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) merayu agar Perdana Menteri itu segera menepati serta menunaikan ‘janji-janji manis’ untuk mengembalikan semula hak royalti petroleum kepada rakyat Terengganu.

Pengerusinya, Muhamad Fauzi Abu Samah berkata sempena lawatan PM ke negeri ini adalah wajar masalah hak royalti yang dinafikan sejak 11 tahun lalu diselesaikan.

Ini kerana, katanya isu royalti merupakan hak dan maruah rakyat serta kedaulatan negeri yang dinodai kerana sentimen politik.

“Mampat mewakili suara rakyat Terengganu mengambil kesempatan di atas lawatan Dato Seri Najib ke negeri ini untuk mendengar rintihan kami (Rakyat Terengganu) untuk mengembalikan semula ‘Hak dan Maruah’ kami yang telah dinafikan selama 11 tahun.

“Kembalikan Royalti kami kerana ianya adalah lambang “ Hak dan maruah “ kami yang telah ‘dinodai’ hanya kerana sentiment politik kepartian,” tegasnya dalam satu sidang media, 29 April lalu.

Menurutnya, pada persidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) Terengganu 13 Disember tahun lalu Menteri Besarnya, Dato' Seri Ahmad Said mengumumkan Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan (kerajaan pusat untuk membayar kembali royalti sepenuhnya).

http://buletinonline.net

Politik Melayu: Seks, Seks, Seks ?

Oleh Syed Azman Syed Nawawi

Sepanjang minggu ini rakyat Malaysia semakin hangat dihidangkan dengan pelbagai paparan video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemana sahaja saya pergi pasti akan ada manusia yang bertanya tentang persoalan video seks ini.

Dari pejabat-pejabat, ke pusat beli-belah sehingga ke kedai-kedai kopi ianya menjadi isu dan topik paling hangat yang diperbincangkan oleh orang-orang Melayu khususnya. Malah ada guru yang memberitahu saya bahawa anak-anak remaja sekolah menengah juga bertanya mereka akan hal video seks ini.

Media arus perdana pula seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM begitu ghairah dan rancak menyajikan isu seks ini kepada masyarakat awam sehingga tiada lagi batas-batas ‘kelucahan’ dan ‘’kejijikan’. Malahan tidak lagi perlu peduli akan batas-batas dan adab kesopanan yang selama ini di hormati oleh masyarakat Melayu kita. Anak-anak remaja juga turut diseret dalam kancah ini apabila mereka dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar serta gambar-gambar video yang dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan secara percuma di merata-rata tempat awam.

Ya, rakyat terutamanya orang-orang Melayu kini menjadi keliru dan bingung dengan apa yang sedang di paparkan dihadapan mereka oleh media massa di negara kita. Ini di tambah lagi dengan sikap sesetengah pemimpin politik Melayu yang begitu ghairah mencanangkan isu video seks ini kepada masyarakat awam seolah-olah tanpa kesudahan. Kelucahan boleh diketepikan demi kepentingan politik yang begitu sempit. Apatah lagi soal hukum yang menjadi teras kehidupan orang-orang Melayu sendiri.

Lebih parah lagi apabila soal hukum hakam agama kini diseret sama dalam polemik dan konflik politik Melayu di negara kita. Persoalan ‘sumpah laknat’ yang dilakukan di dalam Masjid dan merupakan tempat suci bagi setiap umat Islam juga menjadi perbualan ramai. Di kalangan sesetengah ulamak serta cendekiawan Islam pula, ada yang memberi pelbagai reaksi yang amat mengelirukan sehinggakan rakyat awam yang jahil tentang agama menjadi bertambah keliru dan kini seolah-olah dibiarkan membuat pelbagai penafsiran menurut lojik akal masing-masing mengenai soal ‘sumpah laknat’ dan Qazaf’.

Pandangan serta nasihat sesetengan mufti-mufti dan ulamak bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukannya secara sumpah laknat terus cuba di pinggirkan dan ditenggelamkan oleh media arus perdana seolah-olah tidak berguna langsung nasihat ini. Bagi mereka, yang penting nafsu ‘politik seks’ Melayu mengatasi segala-segalanya demi mencapai matlamat kuasa dan takhta yang ada.

Ya, siapa sahaja boleh ‘bersumpah laknak’ di mana-mana maasjid di negara kita tanpa perasaan takut serta tanpa perlu mengambil pandangan para Mufti dan ulamak serta meneliti soal hukum hakam. Semuanya berpaksi kepada isu video seks yang kini meletakkan masa depan politik Melayu di tahap yang amat jijik memualkan serta tidak betamadun langsung.

Persoalan yang harus di tanya, ke manakah hala tuju politik orang-orang Melayu di negara kita kini? Amalan politik apakah yang ingin di laksanakan dan dicapai oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu yang ada? Kemana perginya adab serta kesopanan tata susila Melayu yang selama ini kita sama-sama junjung? Dan dimanakah pula nilai-nilai agama yang suci dan murni yang selama ini masyarakat Melayu pertahankan? Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik? Bagi saya, jika isu dan polimik ini bukan “politik jijik dan kotor’ maka maknanya akan hancurlah masa depan kepimpinan politik Melayu di negara kita dek kerana tamak haloba dengan kuasa dan tahkta.

Lebih malang lagi isu video seks ini juga sedang mengheret kredibiliti Institusi kepolisian dan keselamatan negara yang dilihat gagal menangani isu ini dengan baik sejak dari awal lagi. Rakyat awam kini tertanya-tanya, apakah begitu sukar untuk Polis mencari dan mengenalpasti pelaku seks dalam video tersebut? Kebimbangan kita adalah institusi-institusi awam negara akan terus diseret dalam kancah politik seks Melayu ini sehingga rakyat akan terus hilang kepercayaan kepada kredibiliti institusi yang sepatutnya menjamin dan melindungi rakyat sendiri tanpa memilih bulu.

Ya, inilah nasib politik Melayu di negara kita. Kalau saya di Terengganu, orang-orang Melayu di sibukkan dengan perbincangan hangat politik video seks ini di merata-rata tempat. Malangnya di hadapan mata mereka sendiri tanah-tanah mereka milik ratus tahun dan turun temurun kini terus terhakis di telan pembangunan dan sesetemgah mereka kini menjadi pelarian di bumi mereka sendiri.

Ini di tambah lagi dengan persoalan keruntuhan akhlak yang seolah-olah tidak dapat di bendung lagi; dari penagihan dadah menbawa kepada persoalan buang bayi dan seks bebas yang kesemua sedang menempelak kredibiliti kepimpinan politik orang-orang Melayu di negara kita. Malang sungguh nasib dan masadepan politik orang-orang Melayu...menang sorak kampong tergadai.

http://warta-utara.blogspot.com/

‘Cik nak burger berape butir?’

oleh MUHAMAD MAT YAKIM
5/5/2011 11:31:13 AM

Rakan saya, Fauzi yang berasal dari Batu Kurau, Perak malam kelmarin, mengadu dia pernah dituduh berlagak gara-gara menyebut ‘pasar’ yang dianggap istilah orang Kuala Lumpur di depan orang kampungnya.

Ini kerana, di Batu Kurau, dan kawasan lain di utara Semenanjung, pasar tidak dipanggil pasar, sebaliknya ‘market’ atau ‘merket’.

Berdepan tuduhan itu, Fauzi bertanya kepada orang yang menuduhnya: “Pak Long atau saya yang berlagak? Saya guna bahasa Melayu tapi Pak Long bahasa orang putih.” Reaksi yang menurut Fauzi, buat si Pak Long terus diam.

Dialek yang popular di Batu Kurau, bukan loghat Perak mahupun utara. Kebanyakan warga wilayah durian itu bertutur dalam loghat Melayu Pattani yang disebut bahasa ulu. Kawasan penutur loghat ini menganjur dari Padang Terap di Kedah, Sik, sebahagian Pendang, Baling, Kulim termasuk Mahang, tanah tumpah darah saya.

Manakala di Perak, penutur bahasa ulu terdapat di Pengkalan Hulu, Grik hingga Lenggong. Agak menarik, loghat ini dituturkan juga di Bukit Gantang yang terpisah jauh dari wilayah ulu lain. Di Kuala Lumpur, penutur loghat Melayu Pattani yang terkenal antaranya pendakwah, Datuk Md Daud Che Ngah yang berasal dari Kupang, Baling.

Meskipun sudah berdekad jadi ‘orang Kuala Lumpur’ dan tidak lagi menggunakan istilah ‘merket’ tetapi ‘pasar’, Ustaz Daud tidak luntur akan bahasa ‘ulu’nya. Ketika berceramah kepada sekumpulan ‘Mak Datin’ di Masjid Abu Bakar Assidiq, Bangsar.

Beberapa tahun lalu, Ustaz Daudberkata: “Kalu gi makan knuri, ambik lauk pun jenggo hat jauh sekali, seghupa trekta korek pasir pasal nak tunjuk gelang sekerat lengan!”

Mafhum kata-katanya: “Jika pergi makan kenduri, sengaja hulur tangan ambil lauk paling jauh seperti traktor korek pasir kerana nak tunjuk gelang banyak!”

Saya perhatikan, kumpulan ‘Mak Datin’ itu terpinga-pinga tak faham tetapi Ustaz Daud tetap ‘relax’. Jelas sekali dia amat bangga dengan bahasa ibundanya!

Abang Ustaz Daud, Ustaz Mohamad Che Ngah bercerita kepada saya mengenai pengalamannya mengurus jemaah haji. Katanya, pernah seorang ahli jemaah yang dipimpinnya sebaik memijak Tanah Suci, tiba-tiba lumpuh.

Setelah diselidik, rupanya orang itu dikatakan pernah menendang ibunya hingga jatuh dari ‘pelantar’. Ustaz Mohamad guna istilah pelantar merujuk binaan buluh pada rumah orang Melayu kampung sebagai tempat basuhan.

Mendengar istilah itu, saya bertanya: “Ustaz, pelantar ka jemoghan?” Saya sengaja mengusiknya untuk secara tidak langsung memberitahu, saya juga orang ulu.

Ustaz Mohamad bertanya balas: “Mu orang mana ‘de’ (sebutannya ‘there’)?” Saya beritahu berasal dari Mahang.

Selepas itu, suasana perbualan kami ternyata lebih mesra. Banyak istilah loghat ulu yang bagi orang luar boleh jadi jenaka.

Jali, adik Fauzi yang amat pekat bahasa ‘ulu’nya, teruk ditertawakan apabila dia beritahu kami nak ke kedai ‘kerat rambut’.

‘Kerat rambut’ bagi orang ulu bermaksud gunting rambut. Kain basahan pula disebut ‘kain pesan’. Saya sering bertanya kepada mereka yang gunakan istilah itu, mengapa tidak tukar kepada ‘kain mesej’ kerana kini, pesan biasanya disebut mesej.

Kisah sepupu saya lebih melucukan. Ketika mula tiba Kuala Lumpur, dia menumpang di rumah rakannya, peniaga burger. Pada suatu malam, dia ditinggalkan seorang diri di warung burger sementara si rakan pergi solat. Kemudian, datang seseorang mahu beli burger. Mahu tak mahu terpaksalah sepupu saya melayan pelanggan itu meskipun rasa kekok kerana tidak biasa bercakap bahasa orang Kuala Lumpur.

Akhirnya dia memberanikan diri bertanya dengan bahasa yang dirasanya sudah ‘Kuala Lumpur habis’: “Cik nak burger berape butir?” Pada jangkaannya, kata-kata itu sudah dikualalumpurkan lantaran perkataan ‘berapa’ sudah ditukar ‘berape’ tapi dia terlupa, istilah ‘butir’ sepatutnya ditukar kepada ‘biji’.

Demikianlah adanya, bahasa orang ulu, lidah ibunda saya yang amat saya cintai dan hargai.

Istana terbakar

Foto Salah Satu 'Istana Raja-raja Umno' Yang Terbakar


Takziah Ku Nan, Setiausaha Agung Umno kerana tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini. Kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api

Kebakaran itu hendak menunjukkan kepada kita betapa besarnya 'istana raja-raja Umno'. Ini salah seorang kalangan 'raja-raja Umno yang memiliki 'istana', begitu juga dengan 'raja-raja' yang lain. Ini banglo empat tingkat yang jarang-jarang dimiliki 'rakyat biasa'. Tahniah kerana kesungguhan dan kerajinan mereka mampu memiliki 'istana', tak gitu!!
Sabar Ku Nan, apalah sangat...banglo lain kan masih ada!!

JANGAN MENGEROH KUAT SANGAT

ISU KRISTIAN - RUPANYA JAMIL KHIR TERTIDOR

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR mungkin terlena di kerusi Senator dan menterinya apabila membuat cabaran bodoh terhadap DAP berkaitan isu kununnya Kristian menjadi agama resmi negara ini. Cabaran beliau yang telah disiarkan oleh TV 3 suku malam tadi ditertawakan orang dan menampakkan kecetekan bekas Pengarah KAGAT ini.

Memang kita jangka isu ini akan dijaja sepuas-puasnya oleh sekutu Apco setelah isu liwat dan video seks menjadi bahan lucuan masyarakat yang berakal. Hakikatnya, sebelum Jamil Khir membuat cabaran kebudak-budakan itu, DAP telah pun menyatakan pendirian parti berkenaan tentang Islam sebagai agama resmi negara ini. Bermula dari konvensyen PR yang lalu lagi, DAP bersama PAS dan PKR bersama-sama menandatangani perakuan secara hitam putih (dokumen) bahawa PR menyanjung Perlembagaan berkaitan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Ugama Islam sebagai Agama Resmi negara ini.

Apabila isu ini dimainkan semula oleh media pencacai, sekali lagi DAP menegaskan pendiriannya dan kenyataan DAP ini lebih awal dibuat sebelum Jamil Khir menunjukkan `hero'nya untuk mencabar parti tersebut. Saya petik kenyataan Lim Guan Eng semalam yang disiarkan oleh Malaysiakini, "Beliau berkata dakwaan kononnya DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat. "Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita di Georgetown(Malaysiakini).

Saya menghormati kenyataan oleh Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi yang mahukan isu ini disiasat segera samada memang benar berlaku atau hanya mainan untuk mencetuskan kegelisahan rakyat di negara ini. Cuma, kenyataan Zahid Hamidi yang saya merasa sangsi adalah apabila beliau menyebut sekiranya dua blog yang mendedahkan isu ini ternyata berbohong, blog ini perlulah membuat pembetulan segera. Adakah itu sahaja tindakan terhadap blog yang menimbulkan isu yang amat sensitif ini? Sekiranya pihak Pembangkang yang melakukannya, agak-agaknya apa tindakan yang bakal diambil? Kita jangan lupa, Akta ISA masih releven di negara ini dan kemungkinan besar sedia menanti jika Pembangkang yang terlibat.

Bagaimana pula dengan akhbar yang meletakkan isu ini sebagai tajuk besar mereka? Akhbar jenis apa yang mengambil sumber hanya melalui blog tanpa menemui pihak penganjur yang terlibat? Apa motif akhbar yang berkait rapat dengan sebuah parti sekutu Apco ini? Mengapa kenyataan Lim Guan Eng di atas tidak menarik minat akhbar ini termasuk TV 3 suku?

Saya yakin puak mereka akan terperangkap dengan isu ini. Namun kita masih meletakkan harapan agar pihak berkuasa berani untuk menyiasat isu yang sensitif ini dan mengambil tindakan tegas kepada yang terlibat tidak kira mereka dari kumpulan mana sekali pun. Jika benar Jeff Oii terlibat, atau mana-mana Paderi terlibat, tindakan tegas perlu diambil sekiranya bukti mencukupi tetapi Akta ISA bukan caranya untuk membuat pengadilan. Kita telah maklum, Jeff Oii telah pun membuat laporan Polis terhadap fitnah yang dilemparkan kepadanya. Kita biarkan Polis meneruskan siasatan dan kita harap hasil siasatan mesti didedahkan./wfauzdin.blogspot.com

POLIS ANGGOTA KOMPONEN BN?

video ceramah Anwar dihalang polis di Pelabuhan Klang



Lagi dihalang lagi lawan...lawan tetap lawan...lawan sampai menang...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Video terbaru Osama

Pentagon Keluar VIDEO TERBARU Osama Laden



Salah satu klip kononnya Syeikh Osama sedang menonton televisyen.

WASHINGTON : Syeikh Osama bin Laden rahimahullah telah syahid, namun masih ramai membincangkan berita mengenai dirinya dan menjadi topik hangat di pelbagai media massa di seluruh dunia. Kali ini, berita telah melaporkan mengenai video-video Syeikh Osama bin Laden yang dikeluarkan oleh Pentagon, Pentagon mendakwa bahawa lima klip video itu diambil dari kem di Abottabad, di mana serangan dilakukan oleh pasukan AS terhadap lokasi Syeikh Osama.

Dalam video-video tersebut kelihatan Syeikh Osama bin Laden rahimahullah mengeluarkan kenyataan kepada kaum Muslimin dan terdapat salah satu video 'pelik' yang menunjukkan dirinya sedang menonton televisyen siaran Arab.


Read more...

Nik Aziz ragui laporan akhbar


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui laporan sebuah akhbar arus perdana yang mendedahkan terdapat usaha pihak tertentu jadikan Kristian agama rasmi negara.

“MCA pun tidak percaya akhbar ini, takkan saya mahu percaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Muamalat dan Perbankan Islam peringkat Kebangsaan, di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

Sebuah akhbar semalam melaporkan terdapat majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut laporan itu yang memetik sebuah blog menyatakan majlis itu dihadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi namun beliau menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan hanya menghadiri majlis kesyu�kuran yang diadakan secara tertutup sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog iaitu ‘bigdog’ di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk ‘Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Difahamkan, majlis makan malam dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel kelmarin.

OKU segagah golongan normal

ALOR SETAR - Jika orang lain boleh buat, dia juga pasti boleh. Itulah yang menjadi kekuatan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) apabila mahu mencuba apa yang dilakukan oleh golongan normal.

Atlet OKU, Zulman Kadir, 45, berkata, keinginan untuk cuba angkat beras yang dipertandingkan oleh Mr Badang sempena Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) disertainya untuk menunjukkan kebolehan yang ada.

Menurutnya, dia menyertai pertandingan itu adalah menyahut permintaan rakan-rakan yang memberi sokongan kepada dirinya untuk memasuki pertandingan berkenaan.

“Ini adalah kali pertama saya memasuki pertandingan angkat beras, walaupun ia nampak sukar namun saya tetap mencubanya kerana yakin saya mampu melakukannya.

“Apabila saya mewakili rakan OKU yang lain, ini mampu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa golongan OKU juga mampu untuk melakukan apa yang orang biasa lakukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Zulman yang juga atlet sukan lontar peluru, lembing dan cakera berkata, menerusi pertandingan itu dia juga mampu bersaing dengan orang biasa yang memasuki pertandingan berkenaan.

Menurutnya, percubaan pertama yang berjaya mengumpul markah dua kampit beras dalam tempoh empat saat amat dibanggakan kerana ia adalah usahanya sendiri.

Sementara itu, pengelola pertandingan Mr Badang, Azman Azib berkata, Zulman adalah penampilan pertama golongan OKU dalam pertandingan Mr Badang sepanjang ia diadakan selama empat tahun dan mendapat sokongan daripada Sinar Harian.

Menurutnya, percubaan yang dilakukan oleh Zulman sangat dihargai kerana dia mahu membuktikan golongan OKU juga mampu melakukan apa yang dilakukan oleh golongan biasa.

“Kita sememangnya mengalu-alukan penyertaan daripada golongan OKU kerana mereka juga mempunyai bakat sama seperti golongan biasa.

“Ini juga mampu menjadi platform kepada golongan OKU untuk menonjolkan bakat yang ada pada diri mereka,” katanya. Azman berkata, pertandingan Mr Badang yang diadakan itu bakal menjelajah satu Malaysia bagi mencari bakat yang mampu memecah rekod tujuh kampit beras dalam tempoh enam saat yang dicatatkan oleh peserta di Perlis.

Percaturan Wan Jamak

JURULATIH Kedah, Wan Jamak Wan Hassan meletakkan harapan kepada barisan pemain muda apabila bertemu Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Ini kerana, ramai pemain utama pasukan itu masih cedera atau belum cergas sepenuhnya.

Wan Jamak berkata, dia menyedari aksi menentang Selangor yang menduduki tangga kedua liga akan memberikan tekanan kepada pemain-pemain muda yang tidak banyak pengalaman.

Begitupun, dia tetap berharap barisan pemain pelapis ini dapat mempamerkan kesungguhan untuk mencapai kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

"Saya harap dengan strategi yang telah kita atur dapat mencipta satu kejutan untuk mengutip tiga mata penuh di tempat sendiri," katanya di Alor Setar semalam.

Antara pemain utama yang masih cedera dan tidak cergas sepenuhnya adalah pemain sayap, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, penyerang, Azlan Ismail serta dua pemain tengah, Mohd. Azmi Muslim dan V. Thirumurugan.

Wan Jamak berkata, meskipun akan berhadapan tekanan daripada penyokong sendiri, dia menasihatkan anak-anak buahnya agar bermain seperti biasa dan memberi fokus dalam padang serta bijak mencari peluang untuk memperoleh gol.

"Tekanan daripada penyokong sebenarnya bagus untuk melonjakkan semangat pemain bagi beraksi di padang tetapi bukan semua pemain dapat terima.

"Saya harap anak buah saya tenang dan beri fokus sepenuhnya sepanjang perlawanan itu berlangsung agar mereka tidak memberi peluang kepada lawan untuk membolosi pintu gol Kedah," katanya.

Kedah kini menduduki tangga keempat liga dengan mengumpul 28 mata hasil daripada lapan kemenangan, empat seri dan enam kali kalah.[Kosmo]





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...