TERKINI :

Saturday, May 7, 2011

isu UUM - UMNO saja2 buat pejam mata..ingat rakyat bodo macam depa kaa..!!??

5 soalan untuk Universiti Uzur Malaysia (UUM), mai pakat jawab

Oleh: Che Nad

Hari ni Che Nad nak ajukan 5 solalan berhubung cukai tanah UUM, jadi Che Nad nak mintaklah pihak UMNO Be End bermula dari Najib Razak, Mat Bashah hinggalah ke JKKKKK yang dok kilik fail terbalik kat kampung tu. Soalannya mudah saja, sapa boleh jawab semua soalan dengan betul Che Nad bagi hadiah melancong ke Koh Samui selama sebulan. Tambang pi mintak kat Syed Johan, kot-kot duit yang STDC bagi dulu tu tak habih belanja lagi.

Okaylah ini soalannya:

1. Cukai tanah UUM cuma RM0.20 semeter persegi, cukai tanah UiTM Merbok RM0.55 semeter persegi. Kenapa BN Kedah tak desak kerajaan negeri bagi rebat kat UiTM Merbok sama? Dua-dua tu IPTA jugak kan?

2. Cukai tanah Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPs) RM0.50 semeter persegi. Menteri jaga IPTA hentam Kedah sebab tak bagi rebat kat UUM, mengapa menteri tu tak hentam Perlis yang diperintah BN kerana tak bagi rebat kat UNIMEPs?

3. Pusat bagi RM300 juta setahun belanja urus UUM termasuk cukai tanah. UUM kata tak cukup duit, kemana agaknya UUM perabih peruntukan cukai tanah yang diberi Pusat itu?

4. BN kata Kedah tak prihatin dekat UUM sebagai institusi pendidikan. Baiklah BN yang prihatin.. mengapa setiap pelajar nak masuk belajar UUM kena yuran? Mengapa tak bagi free semuanya?

5. UUM yang mengaku takdak duit (uzur), tahun lepas umum syarikat2 miliknya untung RM80 juta. UUM dakwa bukan bussines oriented guna premis dan tanah yang cukainya berstatus IPTA (semeter persegi RM0.20)hingga buat untuk besar tapi liat nak bayar cukai ikut kadar sebenar. Agak-agak perangai macam ni namanya bertanggungjawab ke tak?

Selamat menjawab, masa menjawab sampai PRU ke 13.

UMNO PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Pakatan: Islam kekal agama rasmi Malaysia

Pakatan Rakyat tetap berpendirian Islam kekal sebagai agama rasmi negara ini dan tidak timbul persoalan gagasan itu akan mengambil langkah untuk mengubah statusnya jika berjaya menawan Putrajaya. Ini sekali gus menyangkal laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?

anwar ibrahim and islamKetua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi nota admin blog hari ini, berkata Utusan bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila memainkan isu agama rasmi di Malaysia.

“Utusan juga telah mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada adikuasa atau pemerintah, tanpa rasa malu dengan menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta sehingga mengelirukan rakyat,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan hari ini di bawah tajuk 'Kristian agama rasmi?'

utusan malaysia kritian agam rasmiLaporan itu juga memetik ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu.

Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan didedahkan oleh dua blog.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meeting“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

“Jelas, Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ia hanya layak menyandang gelaran 'Tabloid Umno' sesuai dengan kenyataan bahawa parti itu merupakan pemegang saham sekaligus majikan mereka.

“Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan pejuang pembebasan tanah air dahulu, dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini,” tulis Anwar lagi.

Katanya isu agama rasmi bagi Malaysia menjadi sasaran terbaru “aparatus pemerintah manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat.”

NONE“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan,” katanya.

Selain itu, nota berkenaan juga memuatkan penyataan bersama yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 September yang turut terkandung dalam Buku Jingga yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

NONE“Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak semua kaum yang dijamin Perlembagaan,” kata penyataan itu.[Malaysiakini, ]

M'sia negara Kristian? Utusan bakar 1Malaysia

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?'

NONEKatanya, dengan hanya berdasarkan pendedahan dua blog blog pro-Umno, Utusan sanggup “membakar 1Malaysia” dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

"Utusan mahu membakar 1Malaysia... ini amat jahat dan elemen bahaya ini sedang berlaku di negara kita sekarang,” kata Lim pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

"Saya telah minta pemimpin parti saya membuat laporan polis mengenai perkara itu. Bagaimana finah dan penipuan boleh dijadikan tajuk utama sebuah akhbar?”

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP mengulas laporan di dua blog dan dipetik oleh Utusan yang mendakwa pemimpin parti itu bekerjasama dengan paderi-paderi seluruh negara yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan.

utusan malaysia, malaysia negara kristianSelain itu, penulis blog Bigdog menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu

Nama ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Utusan Malaysia pada halaman cetaknya hari ini bukan sahaja menyemak kesahihan berita tersebut sebaliknya mengapi-apikan perkara itu dengan melaporkan “selain menjamu selera (Jeff Ooi) turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.”

utusan malaysia, malaysia negara kristian, bigdogPenulis blog Bigdog.com, adalah pengkritik lantang mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi penyokong taksub Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam laporannya itu juga disiarkan sekeping gambar yang kononnya menunjukkan seramai 35 orang paderi tersebut dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

Utusan yang memetik blog itu melaporkan "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi."

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meetingManakala blog Marahku, pula memilih tajuk 'Kedudukan agong terancam? DAP mahu jadikan Kristian agama rasmi? Menurut penulisnya parti berkenaan akan cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan mereka yang bearagama Kristian menjadi perdana menteri.

Menurut Lim tidak ada sesiapa yang akan mempercayai dakwaan yang dibuat oleh penulis blog berkenaan kerana DAP tidak pernah terlintas untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, marahkuTambahnya lagi, DAP juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa agama rasmi Malaysia iaitu Islam ditukar kepada Buddha, Kristian, Hindhu ataupun mana-mana agama lain.

“Ini permainan politik orang yang terdesak,” kata Lim sambil menambah, “dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja”.

Sementara itu, penganjur mesyuarat tersebut, National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship, juga menafikan dakwaan berkenaan.

utusan malaysia kritian agam rasmiDalam kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, pertubuhan itu menganggap tulisan tersebut sebagai “tidak berasas dan tidak bertanggungjawab serta bertujuan memecah-belahkan dan menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.”

Mereka juga menganggap tulisan berkenaan berbaur fitnah.

Menurut kumpulan itu, mesyuarat dan seminar yang diadakan itu bagi membincangkan isu rasuah dan sumbangan masyarakat Kristian bagi memeranginya.

"Ia tidak ada kena mengena dengan politik atau menukar agama rasmi negara,” kata mereka.[Malaysiakini, ]

Persiapan PRU 13 agenda penting muktamar

GOMBAK, 7 Mei: Kekuatan PAS mesti diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke-13 dan persiapannya harus dijadikan agenda penting untuk dibincangkan dalam muktamar parti Jun ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS harus memenangi pilihan raya umum kerana ianya akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti itu dan ianya merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pimpinan dan ahli parti.

"Cabaran dalam muktamar kali ini, bagaimana PAS nak perkukuhkan persiapan untuk menghadapi PRU ke-13. PAS parti yang paling lama, paling banyak pengalaman, cawangan banyak, ahli banyak tapi data yang ada tak mencukupi kalau tak diterjemahkan dalam konteks pilihan raya.

"Kemenangan pilihan raya jadi ukuran dalam konteks politik. Memanglah dalam Islam kita menang ke kalah kita kena istiqamah,tapi umum menilai kita bergantung kepada pencapaian dalam pilihan raya.

"Jadi kalau kita masuk pilihan raya tiba-tiba pencapaian kita rendah,akan ada kesan politik dan mempengaruhi keyakinan rakyat," kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) ke-28, dekat sini, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berkata, muktamar kali ini juga harus memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.

"Bagaimana kita nak perkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.Kita tak mahu kita hanya menumpang tapi kena bersama menerajui perubahan dan kepimpinan dalam Pakatan.

"Ini cabaran besar kerana terdapat isu-isu yang dibangkitkan berkaitan agama dan melibatkan hukum yang merupakan cabaran kepada pemimpin-pemimpin PAS," katanya.

Menurutnya juga, PKR dan DAP akhir-akhir ini turut menerima serangan yang teruk daripada BN dan PAS sebagai parti Islam pula sering diserang berkaitan pendekatan Islam yang dibawa.

"Kita lihat sekarang cabaran dalam PKR, Datuk Seri Anwar (Ibrahim) kena serang teruk dengan beberapa ahli lompat parti.

"DAP pula berhadapan dengan cabaran untuk meluaskan pengaruh untuk keluar daripada orang Cina sahaja.

"Jadi PAS dilihat dalam pendekatan agama.Jadi kita tak nak lihat pendekatan agama dalam konteks yang negatif.

"Kita tak tegaskan agama yang PAS bawa bukan tertutup tapi agama sebagai rahmat kepada seluruh alam samaada kepada orang Islam atau bukan Islam.

"Kita kena terjemahkan supaya orang bukan Islam tidak melihat PAS ini sebagai ancaman. Tapi kalau pendekatan PAS sendiri agak tetutup, menyebabkan mereka salah anggap terhadap PAS," katanya juga.

Tambahnya lagi, PAS menafikan kekalahan mereka di kesemua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak disebabkan orang bukan Islam menolak dasar Islam yang dibawa.

"Ada orang cuba kaitkan kekalahan PAS di Sarawak kerana dasar Islam yang kita bawa tapi kita bantah.

"Kita dapat dokongan daripada orang Kristian.Mereka bawa kita ke rumah panjang dan bersama-sama kita dalam kempen. Jadi kita tak ditolak kerana agama.

"Ini yang perlu kita yakinkan masyarakat dan PAS perlu bersama dalam arus perubahan politik negara," katanya.

MB Bersarapan Nyok Kukoq dengan Pulut

Program Sebuah Rumah 10 Tanaman...Oleh YAB MB Kedah


Rumah aku yg penuh nostalgia bersama arwah ayah dan ibu....alfatihah ..antara sebahagian nangka yg telah di tanam.....40 tahun yg lalu tapak pokok nangka ni adalah hutan...di sini lah kami akan main combat dgn sahabat sahabat aku...

YAB MB di sambut oleh saudara mara..

sarapan pagi...ala ala kampung..pulut ikan kerin ngan nyog kukog...aku pun lama tak makan...

YAB MB mintak set nyog kukog nya...kopi O ...

YB Dato Amirudin Hamzah bermesra dgn tuan rumah...

dari facebook - Fakhri's Profile

Khalid Samad: Memilih pemimpin semasa muktamar

Justify FullKhalid Samad

Ada yang bertanya saya berhubung pemilihan yang akan diadakan semasa Muktamar tahun ini. Mereka bertanya, “atas dasar apa perlu kami memilih dan siapa patut kami sokong?” Saya menjawab secara umum, “pilih yang boleh menunaikan tanggungjawab yang datang bersama jawatan tersebut”.

Seperti yang sering diingatkan, jawatan adalah tanggungjawab dan bukan penghormatan. Atau dalam istilah yang digunakan Ketua Pemuda PAS Pusat, ‘takhlif laa tasyrif’. Ini bermakna, kita pilih seseorang itu dengan tujuan utama supaya dia memainkan sesuatu peranan, bukan sebagai pengiktirafan terhadap kehebatan dirinya. Ini adalah lebih-lebih lagi sekiranya jawatan tersebut bersifat ‘eksekutif’ atau untuk ‘execute’ iaitu melaksanakan sesuatu tugas atau peranan.

Dalam PAS, semua jawatan AJK PAS Pusat adalah bersifat ‘executive’. Mungkin itu sebabnya ianya disebut sebagai Jawatankuasa KERJA PAS Pusat. Penekanan diberi kepada perkataan KERJA! Maknanya, seseorang yang dipilih untuk menyandang mana-mana jawatan dipilih kerana dipercayai dia boleh membuat kerja yang perlu dibuat oleh seseorang yang menyandang jawatan tersebut. Sekiranya kemudiannya dia didapati tidak mampu atau tidak sesuai untuk kerja berkenaan, maka dia boleh ditukar.

Ini sebenarnya semangat disebalik kata-kata ‘takhlif laa tasyrif’. Sekiranya atas dasar penghormatan, atau ‘tasyrif’, ianya penganugerahan atas sebab kehebatan seseorang dalam bidang tertentu. Maka anugerah itu adalah atas sebab apa yang telah dan sedang dilakukan dan ianya tidak menuntut sesuatu prestasi atau perlaksanaan selain dari apa yang telah dicapai. Sebagai contoh, tokoh perniagaan untuk tahun 2011 adalah berdasarkan pencapaian seseorang peniaga pada tahun berkenaan dan walau apa sekalipun yang berlaku selepas itu, beliau yang dianugerah tokoh perniagaan 2011 tetap merupakan tokoh pada tahun tersebut, walaupun pada 2015 katakan, dia bankrupt! Dalam erti kata lain penganugerahan itu tidak mewajibkan beliau melakukan sesuatu, termasuk meneruskan prestasi cemerlang dalam perniagaan beliau.

Pemilihan atas dasar ‘takhlif’ pula mengambil kira kerja yang perlu dilakukan dan orang yang dianggap paling mampu untuk melakukannya. Oleh itu, dua aspek penting perlu diambil kira semasa membuat pilihan. Yang pertama kerja atau tanggung jawabnya dan yang kedua kemampuan calon-calon yang dicadangkan.

Dalam soal kerja untuk setiap jawatan, ianya dijelaskan secara umum di dalam perlembagaan. Sebagai contohnya, kerja atau tanggung jawab Presiden dinyatakan dengan jelas sebagai 5 tugas utama, iaitu, secara ringkas:

1. Melaksana pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan
2. Bertanggung jawab atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas JK PAS Pusat
3. Melantik SUA, Penolong SUA, Bendahari dan lain-lain di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat JK PAS Pusat.
4. Mengambil apa-apa jua langkah demi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli JK PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing
5. Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat JK PAS Pusat dan Jk Harian PAS Pusat.

Adalah jelas dari yang di atas bahawa jawatan Presiden menuntut peranan tertentu dan bukan sekadar anugerah atas kehebatan atau ketokohan seseorang. Ianya adalah jawatan yang bersifat eksekutif atau untuk membuat kerja tertentu.

Begitu juga semua jawatan yang terdapat di dalam JK PAS Pusat!

Setelah dipilih maka prestasi mereka yang dipilih dipantau selama tempoh dua tahun dan sepanjang tempoh itu, apa-apa kekurangan dan kelebihan perlu disuarakan dengan ikhlas dan terbuka dalam muktamar tahunan atau apa-apa program muhasabah parti yang diadakan. Teguran dan kritikan ini tidak wajar dianggap sebagai bersifat tidak hormat atau tidak wala’ kerana seperti yang dijelaskan, mereka dipilih untuk melaksanakan sesuatu tugas, bukan sebagai penganugerahan sesuatu penghormatan atau darjat. Maka sekiranya perwakilan beranggapan tugas tersebut tidak dilaksanakan dengan baik oleh mana-mana pemimpin, maka perwakilan berhak untuk menegurnya.

Sekiranya selepas segala teguran dan nasihat, prestasi tidak berubah atau tidak mampu ditingkatkan, maka pada Muktamar tahun kedua, pejawat-pejawat yang tidak menyerlah dan tidak berprestasi baik boleh ditukar. Pengguguran dari jawatan tidak bererti seseorang itu tidak baik, tidak mantap imannya atau kurang ‘alim, tetapi hanya bererti bahawa dia tidak sesuai untuk jawatan berkenaan.

Inilah sebabnya mengapa pilihan tidak wajar dilakukan semata-mata atas dasar menghormati ketokohan seseorang tanpa mengambil kira kemampuannya untuk memainkan peranan seperti yang diperlukan bagi jawatan tersebut. Sekiranya dia tidak berprestasi dengan baik, maka dia tidak akan ditukar atau ditegur disebabkan dia dipilih atas sebab ketokohan tertentu yang tetap dimilikkinya. Ketokohan seorang pemidato, ulama’, professional atau penulis tidak hilang di atas sebab dia bukan seorang pelaksana (executive) yang baik. Ketokohan tersebut tetap kekal pada dirinya tetapi dia tidak merupakan orang yang sesuai untuk jawatan pelaksana yang diinginkan dan diperlukan parti.

Orang yang dipilih dibebankan dengan tanggungjawab yang berat dan oleh itu, tidak wajar kita menzalimi seseorang yang kita tahu tidak mampu tetapi oleh kerana suka dan hormat, kita meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas bahunya. Itu bukan ‘suka’ atau ‘hormat’ pada seseorang. Sebaliknya ianya sesuatu penganiayaan. Namun, lebih zalim lagi, setelah kita membebannya dengan tanggungjawab sebegitu berat, kita tidak pula membantunya.

Oleh itu saya menyeru kepada semua yang akan ke Muktamar PAS tahun ini untuk memahami apa yang kita lakukan semasa kita membuat pilihan. Semoga pilihan itu adalah yang terbaik bagi jawatan berkenaan dengan kita memberikan amanah itu kepada yang ahli padanya atau yang mampu melaksanakannya. Kedua saya menyeru semua untuk menerima keputusan Muktamar dengan hati terbuka dan siapa sahaja yang terpilih, mereka hendaklah diberi sokongan yang padu dan tidak berbelah-bagi. Namun sekiranya walaupun dengan sokongan ini ada yang gagal menunjukkan prestasi yang diinginkan, maka ditukarnya selepas 2 tahun!

Selamat bermesyuarat Agung Tahunan dan seterusnya bermuktamar.

---------------------------------------------------------

Penulis adalah anggota Parlimen Shah Alam dan juga AJK Lajnah Politik PAS Pusat

Luahan Rakyat M@RHAEN untuk kerajaan negeri Kedah

Anda ada apa2 cadangan utk disampaikan kepada kerajaan negeri..habaq mai sini
15 hours ago via Mobile Web · ·

  • Fakhri Ahmad likes this.
    • Mohammad Salleh Dah tiba k'jaan negeri war2kan secara agresif ttg kemajuan k'jaan negeri sbg persiapan PRU-13. Gunalah apa2 media yg ada dah hebahkan keseluruh pelusuk negeri agar k'jaan negeri tk diperlekehkan.
      15 hours ago · · 7 people
    • Fadzli Suhana Setuju! Masih ramai rakyat kedah yg 'xnmpak' apa dia ustaz azizan ni dok wat.
      15 hours ago · · 3 people
    • Ismail Abi Hashim Setuju tu kerajaan perlu jelaskan apa yg dah dibuat utk makluman rakyat jangan sampai diputar belitkan oleh media arus perdana yg sentiasa diberi tanggungjawab utk memperlekehkan kemampuan dan keupayaan kerajaan ustaz azizan
      15 hours ago · · 2 people
    • Norpuadi Abd kadang2 bantuan tak sampai ke kg2..yg trtentu je
      15 hours ago ·
    • Mustaqeem Abdullah
      betul tu..rakyat xtau apa kemajuan yang kedah dah capai dibawah pemerintahan kerajaan negeri sekarang..xkan nak tunggu ekspo kedah sejahtera baru bleh tau..kerajaan negeri xleh nak harapkan rakyat yg cari maklumat, kerajaan negeri kena samp...See More
      15 hours ago · · 3 people
    • محمد فكري عبدالرحمن InshaAllah bekerja dan terus bekerja untuk rakyat...
      15 hours ago ·
    • Damak Sdi keluarkan buletin rkyt tiap2 jumaat htr seluruh negeri kedah bg umno dan bn gentar sikit
      15 hours ago · · 2 people
    • Fakhri Ahmad dok keluag warta da pun tak ter edar...dok nak keluag yg len plak...huhh....perabih duit rakyat lak...pekemaih edaran warta da tu dulu...
      14 hours ago · · 2 people
    • Mohd Rejab Ahmad orang bukan nak dengaq cerita tapi depa nak tengok apa yang dibuat didepan mata.jalan berlopak dimerata tempat tak bolih dijawap itu hal kerajaan pusat walaupun itulah hakikat sebenar,tetapi guna duit yang selalu dicanang ada lebihan tu,gunakan.(satu contoh saja ni)
      14 hours ago · · 2 people
    • Mustaqeem Abdullah
      keluaq warta tu baguih, tapi bp percent warta tu sampai kat rakyat..?kalau xmau buat len pun, rebranding warta tu n giatkan edaran dan promosi ke seluruh negeri..biaq tiap2 daerah ada tempat edaran warta tu..baru rakyat xkira UMNO,PAS,DAP,M...See More
      14 hours ago · · 2 people
    • Husaini Harun Kedah lanie tu ada 2 biji gambar. cadangan sy utk campus baru KUIN di kuala ketil .. saya akan salute apabila pas kedah boleh buat 2 benda tu .
      14 hours ago ·
    • يوسف أحمد buat roadshow ke seluruh daerah atas nama krjn bkn parti.
      14 hours ago · · 1 person
    • Mohd Rejab Ahmad jangan tinggaikan politik orang kampung, politik kok tanah merah
      14 hours ago · · 1 person
    • Mustaqeem Abdullah benda2 asas keperluan rakyat spt jalan, ayaq, api tu kena pekemaih..kalau benda tu dibawah tanggungjawab kerajaan pusat, atleast tunjukkan usaha kerajaan negeri nak selesaikan masalah tu samaada dengan guna peruntukan negeri atau desakan/permohonan kepada kerajaan pusat..baru nampak yg kerajaan negeri btoi2 nak bantu selesaikan masalah ni..benda2 asas ni ja..
      14 hours ago ·
    • Wan Deris masalah arak d langkawi.. Ada org kata krajaan pr x buat pa.. Arak semakin dhsyat d langkawi trutamanya pantai cenang..
      Arak dlm tin yg di isytihar sbg minuman ringan oleh BN menyebabkan ramai melayu Islam terbabit dgn arak tu, kesian tgk melayu Islam yg kerja d kedai toke cina,trpaksa jual, angkat, susun arak..
      14 hours ago ·
    • Jas Jasmi Ada atau lantikan "tok guru @ al quran" utk setiap kawasan perumahan utk mengajar anak2. Buat mcm kat kg suatu masa dulu.
      14 hours ago ·
    • Mohammad Salleh Wan Deris: Arak di Langkawi dan arak di 7-E tu urusan pusat melalui kem perdgn. Yg tu tak adil jika nak salah kan k'jaan negeri.

      K'jan negeri terbitkan statistik kejayaan pemerintah secara paling simple ringkas dan padat. Tak perlu mahal yg penting sampai kpd seluruh pelosok negeri. Antara yg kreatif, buatkan nota jecil berpelekat dan rampal di suratkhabar. sekali sekala pasang banner/billboard.
      14 hours ago · · 2 people
    • Mahadzir Ab Malek salah satu saluran yg tersedia ada utk menyalurkan makluimat kerajaan negeri ialah melalui MKK. Di Kedah ada hampir 2 ribu orang MKK. Maklumat mesti sampai kepada mereka ini dan mereka inilah yang akan menghebabkan kepada segenap ceruk kampung dan taman2 di negeri Kedah. Sebagai contoh seorang MKK boleh membuat edaran Warta Darulman 10 naskah seorang ditempat masing2..kalau 2 orang ribu MKK ...
      14 hours ago ·
    • Mohd Fadzil Bahari saya baru dapat cd dari kerajaan negeri kedah yg saya sayang...terima kasih saya akan tengok kedah sejastera..surat rasmi urusan seri paduka baginda.
      12 hours ago ·
    • Zurul Na'im check sama kutipan sampah depa buat secara berkala ka dak....jgn sampai ada org pi longgok depan umah Mahfuz macam dia longgok depan MBAS dulu..benda2 remeh ni yg dekat ngan hati rakyat xkira apa parti pun...depa bkn nak tau sgt benda2 besaq kat federal nun..depa amik berat benda xbetoi yg kena ke depa saja...
      11 hours ago ·
    • Izul Ishak Nak mintak wifi free kat Jeniang...
      11 hours ago ·
    • Husaini Harun wifi free kat alor setar boleh ?
      11 hours ago ·
    • Husaini Harun tarif ayaq kalau boleh bagi mcm selangor ,alhamdulilah .
      11 hours ago ·
    • Khairon Bibi Bibi pindah sini larr..................
      10 hours ago ·
    • Husaini Harun xmaw , sy anak jati kedah !
      10 hours ago ·
    • Khairon Bibi Bibi kata nak ayaq pre..:-D
      9 hours ago ·
    • Mohd Faizal kami nk wifi free.....
      7 hours ago · · 1 person
    • Ahmad Shukri Abd Rahman hapus pusat maksiat..jgn rakyat kata sama ja mcm bawah umno.no xcuse....
      5 hours ago ·
    • Sujairi 'Jerry' Salleh tang mana pusat maksiat kat kedah ni?
      4 hours ago ·
    • Ahmad Shukri Abd Rahman pi la langkawi,kedai ekoq,toto,magnum.karaoke..tak caya tanya ustaz kamaruddeen sg petani....
      4 hours ago ·
    • Mohammad Salleh Edaran CD satu langkah yg baik. Kos murah, sekeping CD tak sampai 0.03 sen pun.
      4 hours ago ·
    • Sujairi 'Jerry' Salleh Oooo...
      3 hours ago ·
    • Ahmad Zaki Salleh Kedai kuda belambak, restoren karaoke becambah kjaan tempatan tak dak kuasa ka?
      19 minutes ago ·
    • Ahmad Zaki Salleh Masa pru 12 tu antara kempen aku "tak teringin ka nak tgk kedai ekoq tak dak kat kedah mcm klantan? kalau tringin x pas" pasni kudong pala kalau depa tanya...
      3 minutes ago ·




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...