TERKINI :

Friday, May 6, 2011

Siaran Langsung : Kedah Vs Kelantan

Media Baru.. Pesanan Untuk Pakatan Rakyat.. Org muda boring ceramah-ceramah nie..!!

Populariti anak muda Nicole Seah mengatasi Lee Kuan Yew


Pagi tadi PM DS Najib bercakap di Hot FM dan tidak menyangkal keberkesanan peranan media baru dalam mendekati pengundi-pengundi muda khasnya yang di atas pagar.

Dalam kempen pilihanraya Singapura ramai calun –calun muda dari parti yang menentang PAP yang diasaskan Lee Kuan Yew sudah mula berani bersuara melalui media-media baru.

Salah seorang calun popular muda dari parti pembangkang National Solidarity Party (NSP)Nicole Seah 24, sedang kejar-mengejar dengan pemimpin tua bangka Lee Kuan Yew dalam Facebook dan populariti Nicole telah mengatasi Lee Kuan Yew.

Suara-suara anak muda ini begitu lantang kerana selama ini mereka tertekan untuk membuat sebarang kritikan terhadap parti baju putih, PAP.

Mereka ternyata tidak melepaskan peluang dengan perkembangan media-media baru untuk mereka bersuara menyatakan luahan isi hati mereka sebagai “third party point of view”.

Dalam kontek negara kita, masih ada ketua-ketua bahagian UMNO yang anti kepada media baru apabila mereka gagal bersaing dalam “online debating” dengan pengundi-pengundi muda.

Blog-blog dan social network mereka ada seperti tiada, diwujudkan sekadar suka-suka dan tidak pernah dikemaskini dan bahan-bahan yang cabuk serta lapuk dan gagal menarik pengunjung.

Jika ini berterusan UMNO akan dipimpin oleh pemimpin yang lapuk dan minda berhabuk seperti pemimpin Singapura Lee Kuan Yew yang bakal dimuziumkan tidak lama lagi.

http://mummyrokiah.blogspot.com

Hari ini ialah hari lahir ALTANTUYA....

Kalau Altantuya hidup hari ini, u/thn kelahiranya.

Jika Altantuya Shaariibuu masih hidup, hari ini genap 32 tahun warganegara Mongolia itu, menyambut hari lahirnya.

Altantuya dibunuh dengan kejam di Mukim Bukit Raja berdekatan Shah Alam Selangor, antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4, yang dikatakan hanya boleh diperoleh dari kementerian pertahanan. Cebisan mayatnya ditemui di Empangan Tasik Subang, di Hutan Simpan Puncak Shah Alam.

Ia menjadi kes berprofil tinggi, apabila rakan baik kepada perdana menteri, Abdul Razak Baginda ditahan dan didakwa dalam kes pembunuhan itu.

Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148, Jalan Ampang antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober 2006.

Abdul Razak Baginda, yang juga merupakan seorang penganalisis politik, dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya.

Namanya turut dikenali sebagai seorang broker atas pembelian kapal selam Scorpene, oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

Perundingan dijalankan menerusi Perimekar Sdn bhd, untuk membeli dua kapal selam Scorpene dan Agosta- di bawah usahasama syarikat Sepanyol-Perancis, Armaris.

Perimekar dimiliki satu syarikat bernama Ombak Laut, yang dimiliki sepenuhnya Abdul Razak dengan menerima komisyen sebanyak €114 juta (RM510 million) bagi pembelian kapal selam berkenaan.

Pada 31 oktober 2008, Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya kerana kononnya kes itu, tiada prima facie. Manakala tertuduh lain, Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Koperal Sirul Azhar Umar diarah membela diri.

Sepanjang perbicaraan selama 151 hari, Sirul Azhar dan Azilah Hadri enggan mendedahkan muka , sebaliknya hanya memakai topeng.

Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian menjatuhkan hukuman mati pada kedua-duanya pada 9 April 2009.

Pada 3 Julai 2009, seorang penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam, bekas anggota polis cawangan khas dan pernah bertugas dengan Abdul Razak, menggemparkan negara apabila membuat pendedahan mengaitkan Najib Razak dalam kes pembunuhan itu.

Beliau membuat sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, mengumumkan akuan bersumpah yang dirangka bersama peguamnya, Americk Singh Sidhu sebelum membuat akuan bersumpah kedua sehari selepas itu- sekaligus menafikan pendedahan yang dibuat nya.


Akuan bersumpah ke-2 didakwa dibuat setelah berjumpa dengan Deepak Jaikishan, seorang ahli perniagaan permaidani yang rapat dengan Najib dan seorang berpangkat Datuk di The Curve, Damansara, yang kemudian didedahkan sebagai Nazim Razak, adik kepada Najib.

Kedua-dua individu itu didakwa mahu Balasubramaniam segera meninggalkan Malaysia sehingga Najib sah menjadi perdana menteri yang baru, ketika itu.

Bagaimanapun, Najib Tun Razak menafikan pembabitan beliau dengan Altantuya dan spekulasi tindakan untuk mempngaruhi supaya Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah tersebut.

CheguBard

Umno musuh nombor 1 negara

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

“Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.

“Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?” soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.

Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.

“Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.

"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara,” ujarnya.

Laksana 10 perkara atau Hari Amarah lebih besar

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf) menuntut pelbagai pihak melaksanakan 10 perkara sempena perhimpunan aman Hari Amarah Rakyat yang diadakan di Dataran Masjid Negara dan di hadapan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), di sini, hari ini.

Pengerusinya, Azmi Abdul Hamid menegaskan, pihaknya memberikan tempoh sebulan kepada pihak-pihak terbabit untuk mengambil tindakan terhadap tuntutan-tuntutan itu dan sekiranya tidak, perhimpunan kemarahan mereka akan dilanjutkan dengan perhimpunan lebih besar dari yang diadakan hari ini.

Tuntutan pertama dari pihaknya berupa tuntutan ke atas Majlis Raja-Raja Melayu agar campur tangan untuk menghentikan gejala menabur fitnah dan menghina undang-undang Islam berkaitan sumpah laknat yang dilakukan secara bertentangan dengan hukum syarak, di samping diperalatkan untuk mempertahankan tuduhan zina yang mengaibkan keperibadian seseorang.

Menurut beliau, manakala Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dituntut melaksanakan peruntukan undang-undang terhadap pelanggaran Jenayah Syariah Qazaf dalam kes tuduhan zina dan liwat yang kini sedang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, selain itu, Saf turut menuntut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan lucah yang membawa kepada penyebaran fitnah dan mencetuskan kekeliruan dan perpecahan di kalangan masyarakat.

"Pihak kami juga menuntut pihak mufti-mufti di negeri-negeri di seluruh negara menyuarakan ketegasan mereka terhadap fitnah zina dan penguatkuasaan hukum qazaf serta menegur dengan keras mereka yang terbabit dalam penyebaran dan menyemarakkan fitnah zina.

"Sementara sidang Parlimen akan datang dituntut membentangkan keperluan untuk mengkaji ketelusan dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang dimandatkan untuk menjalankan pilihanraya secara bebas dan profesional," katanya.

Di samping itu, Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Operasi dan Pengurusan Polis yang ditubuh pada tahun 2008 untuk mengkaji tingkah laku badan kepolisan di negara kita yang telah menghasilkan 125 cadangan bagi pembaikan polis pula, dituntut dilaksanakan sepenuhnya melalui penubuhan sebuah suruhanjaya bebas, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (ASP/IPCMC).

"Kami juga menuntut agar imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dipulihkan segera akibat beberapa insiden yang telah mencemarkan wibawa agensi tersebut dalam melaksanakan fungsinya secara bebas, berintegriti dan profesional," tegasnya yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

Perkara-perkara lain yang turut dituntut termasuk menuntut Majlis Raja-Raja Melayu bertindak untuk mempertahankan kedudukan Islam di negara ini mengikut peruntukan perlembagaan persekutuan, bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama terjamin.

"Menerusi perhimpunan ini, kami menuntut agar agensi yang berkaitan dengan undang-undang iaitu polis, Peguam Negara, Ketua Hakim Mahkamah Sivil dan Ketua Hakim Mahkamah Syariah melaksanakan tugas merek dengan telus, berintegriti dan profesional," tegasnya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (Shura) menegaskan, pihaknya juga turut menuntut menteri kabinet memberikan perhatian serius kepada semua suara kemarahan yang dilafazkan pada hari ini dan meneliti setiap isu yang dibangkitkan secara khusus mahupun secara umum dan mengambil tindakan sewajarnya.

Kesemua tuntutan itu dikeluarkan dengan persetujuan bersama kesemua pihak yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut yang melibatkan parti-parti politik dan lebih 80 NGO termasuk Teras, Shura, Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama’iy), Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Menurut Azmi, memorandum yang mengandungi 10 tuntutan itu akan dihantar oleh pihak Saf dalam masa terdekat kepada Majlis Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, Perdana Menteri, Ahli Jamaah Menteri Kabinet Malaysia, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti-Mufti Negeri.

Selain itu, memorandum itu juga akan turut dihantar kepada Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia, Semua Ahli Parlimen, Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Semua Pengerusi Ahli Lembaga dan Ketua Pengarang Akhbar Harian, Semua CEO Stesyen TV awam dan Swasta.

Perhimpunan yang turut mendapat kerjasama Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah) bagi membantah gejala politik fitnah dan lucah di tanah air itu diadakan selepas solat Jumaat, dengan disertai lebih 1,000 orang dari seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain di seluruh negara.

Selesai tuntutan itu dibacakan, beliau dengan diiringi Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Rozan, Exco Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Muhammad Hassan, beberapa pemimpin lain dari PAS, PKR dan beberapa NGO, bergerak beramai-ramai menuju ke Pejabat Jawi untuk penyerahan memorandum.

Disebabkan halangan pihak polis, hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan mengiringinya untuk penyerahan memorandum yang mengandungi tuntutan itu yang diterima oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jawi, Abdul Murad Wahab bagi pihak Pengarah Jawi.

Terdahulu dari itu, beberapa orang pemimpin politik dan NGO turut berucap. Masing-masing mengutuk keras budaya politik kotor, hina, lucah dan fitnah yang sedang berleluasa di negara kita.

Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan?

"Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

NONEDemikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina itu adalah Anwar Ibrahim.

Lafaznya jelas dan maksud yang terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan.

Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong:

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Eskay.

eskay abdullah in kepong police station sex videoSebaliknya dalam penafiannya itu, Eskay meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu (yang membawa makna Anwar berzina), di bahu wartawan.

Eskay berkata, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu kerana mahu mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar atau bukan.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar. Itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada para pemberita.

Yang jelas kenyataan media itu bercanggah dengan sumpah laknat yang dilafazkannya di masjid Amru Al-As, Sentul.

alleged four full sex videos on youtube 290411 17Yang menjadi persoalan, mengapa Eskay kali ini berusaha menafikan pernah membuat tuduhan Anwar berzina? Adakah beliau bermaksud mengatakan bahawa beliau tidak faham kandungan lafaz sumpahnya kerana penguasaan bahasa Melayunya lemah?

Atau, beliau memang tidak faham lafaz sumpah itu kerana sebenarnya teks sumpah berkenaan bukan beliau tulis sendiri?

Atau, mungkinkah Eskay ada maksud lain yang hendak beliau sampaikan melalui majlis sumpah itu? Mungkinkah Eskay terpengaruh dengan taktik yang pernah digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menafikan beliau pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu?

azlanNamun seperkara perlu diingat kes Raja Petra dengan kes Eskay ini amat jauh bezanya. Raja Petra membuat perakuan bersumpah bahawa perdana menteri dan isterinya terbabit dalam kes pembunuhan ngeri itu berpaksikan maklumat yang diberikan oleh suatu sumber yang pada anggapannya sahih di sisi undang-undang negara. Justeru itu beliau mahu dakwaan sumber itu disiasat.

Sebaliknya dalam lafaz sumpahnya Eskay mendakwa beliau berada di tempat perzinaan itu berlaku. Meskipun memberi alasan menayangkan video zina itu kepada wartawan terpilih kerana mahu mereka (wartawan) membuat pengecaman siapa pezina itu atas kepercayaan mereka (wartawan) lebih mengenali Anwar kerana sering mewawancara beliau, Eskay dengan jelas menyebut pelaku itu adalah Anwar. Lafaz itu dibuat di rumah Allah dengan menyebut nama Allah.

NONEPaling nyata ialah, Raja Petra membuat perakuan bersumpah mengikut undang-undang buatan manusia. Namun Eskay melafazkan tuduhan menurut peraturan agama Islam.

Meskipun sebelum itu beliau diberi nasihat di masjid yang sama bahawa sumpah laknat ini tidak sesuai dilafazkan dalam usahanya untuk membuktikan “kerendahan moral” Anwar, Eskay dengan yakin dan diapit oleh regu Datuk T – Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim - melakukannya juga.

Mungkinkah setelah lafaz sumpah laknat itu baru Eskay sedar sebilangan besar ulama di negara ini berfatwa penuduh orang lain berzina tetapi gagal mengemukakan empat saksi perbuatan dosa besar itu mesti dirotan 80 kali seperti yang diwajibkan Allah dalam al-Quran.

azlanMungkinkah Eskay dan regu Datuk T kemudiannya baru juga insaf tindakan bersumpah itu sebenarnya adalah satu strategi yang salah. Tindakan beliau sebenarnya meletakkan seluruh wibawa keIslaman kerajaan Umno-BN menjadi bahan senda gurau kerana gagal melaksanakan hukum Allah?

Regu Datuk T tidak ada empat saksi yang melihat perlakuan zina itu. Mufti dan ulama berhukum bahawa bahan mati seperti video tidak boleh menggantikan ketetapan Allah.

Pembuktian tuduhan zina mesti ada empat saksi yang tidak tercemar peribadi mereka. Lantas kesudahan kerja dan tuduhan Eskay dan rakan-rakannya ialah, mereka wajib dirotan 80 kali.

NONEAdakah Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Atau, mereka lebih takut “dirotan” oleh parti junjungan mereka, Umno, yang diaibkan oleh perbuatan mereka itu?

Maka, mungkinkah kerana itu Eskay perlu menarik balik sumpahnya dengan mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzina?

Siapa pelaku seks dalam video itu belum dapat dipastikan. Namun apa yang sudah pasti ialah, siapa yang merakam, menayangkan dan bersumpah dengan nama Allah akan butir video itu sudah diketahui umum.

Umum juga sudah tahu apakah hukuman yang perlu dikenakan terhadap pihak yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain berzina. Regu Datuk T memilih untuk menuntut keadilan dan membuktikan kebenaran tuduhan mereka di dalam mahkamah Allah. Hukum Allah jelas dan tegas.

NONEApa yang dinantikan khalayak umum di negara ini hari ini (tidak kira penganut Islam atau bukan) adalah, apakah kerajaan yang diterajui oleh Umno hari ini tegas melaksanakan hukum Allah?

Atau, adakah sama seperti Eskay dan Regu Datuk T nya, Umno juga akan cuba lari dari tanggungjawab dan peluang menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini?

Bagi pemerhati politik, apakah kegagalan Umno melaksanakan perintah Allah ini tidak akan menjejaskan lamarannya kepada PAS untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini?


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Kementerian Pelajaran lagi teruk dari DAP, rosak Melayu


Oleh: amkns

"Nampaknya Kementerian Pelajaran ni lagi teruk dari DAP. Menjahanamkan pelajar sekolah Melayu dengan tarian terkangkang-kangkang budak perempuan. Boleh pula Kementerian Pelajaran menjadi penaja atau penganjur bersama program My School Rocks 2011. Siapa yang merosakkan orang Melayu, pelajar sekolah pula tu, DAP atau Kementerian Pelajaran (UMNO) ?

Dari Blog Ustaz Abdul Halim Abdullah - Budaya Barat serang sekolah-sekolah Malaysia

3 Mei 2011 - Melalui Mickey Mouse, Astro dan berbagai saluran, institusi dan tokoh, Barat dan kuncu-kuncunya menyerang keperibadian dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Islam di sekolah-sekolah mereka.

Disamping Budaya Barat menyerang golongan belia dan dewasa di Malaysia melalui penyebaran isu-isu lucah sejak akhir-akhir ini, golongan kanak-kanak dan remaja pula diserang melalui penganjuran tarian rock, pengadilnya celebriti dari Barat.

Tarikh tutup pendaftaran “My School Rocks” pada 20 Mei 2011 ini adalah menggunakan promosi ala-Mickey Mouse yang mendapat tempat dalam minda ramai kanak-kanak sedunia.

Jika tidak kerajaan, RAKYAT HARUS BANGKIT MENENTANG SERANGAN BUDAYA BARAT YANG MEROSAKKAN GENERASI.

Baca seterusnya desakan dan saranan Ustaz Abdul Halim Abdullah agar menyekat Budaya KUNING ini pada Blog beliau di http://inijalanku.wordpress.com/2011/05/03/budaya-barat-serang-sekolah-sekolah-malaysia/

Gambar pelajar sekolah Malaysia terkangkang dihttp://amkns.blogspot.com/2011/05/kementerian-pelajaran-lagi-teruk-dari.html

Showbiz:

Which school rocks?

KL IT'S finally down to four teams. Sekolah Kebangsaan Convent (1) Bukit Nanas KL, Sekolah Menengah La Salle, Sabah, Sekolah Seni Malaysia Johor Baru and Penang Chinese Girls' High School scored the highest for their energetic and creative dance performances.

They beat 300 participating school teams at the recent auditions to enter the finale of Disney Channel’s High School Musical: My School Rocks! 2010

http://www.nst.com.my/nst/articles/Showbiz_Whichschoolrocks_/Article/index_html

"

Patut la puteri mewah...

Anak syarikat kerajaan Kedah tanggung Puteri Umno
Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 6 Mei: Sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) didakwa telah menymbangkan dana tetap kepada Puteri Umno ketika Kewdah ditadbir oleh BN sebelum ini.

Ia melibatkan sumbangan dana syarikat milik kerajaan (GLC) itu kepada Pergerakan Puteri Umno Kedah yang berjumlah RM30,250 bagi tempoh Julai 2003 hingga Februari 2004.

Pendedahan ini dibuat melalui laman blog prokerajaan 'Kedah La Ni' dan turut disebarkan melalui laman sosial 'facebook' penyokong-penyokong kerajaan termasuk Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh.

Turut disenaraikan adalah butiran lengkap sumbangan syarikat kepada sayap Umno itu yang menyalahi matlamat penubuhan syarikat dan dikategorikan sebagai perbelanjaan tidak berkepentingan ketika pergerakan tersebut diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Suraya Yaakub (gambar).

Mengikut rekod perbelanjaan syarikat 2003, pergerakan itu menerima sumbangan cek berjumlah RM1,000 (27 Julai), RM7,000 (5 Ogos) dan RM1,000 (22 Disember). Manakala pada 2004 pula, mereka menerima RM7,000 (5 Januari), RM4,250 (24 Februari) dan RM10,000 (25 Februari).

Sidang Dun Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan penyelewengan dana GLC berjumlah hampir RM8 juta oleh pengurusan terdahulu hingga mengakibatkan STDC mengalami kerugian.

Susulan pendedahan itu Pemuda PAS Alor Setar telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 April lalu dan menyerahkan dokumen berkaitan penyelewengan bagi membantu siasatan.

Bila sebut BOLA..depakata PAS dengan UMNO sama saja..!!

oleh DepaKata

http://1.bp.blogspot.com/_sDHQWqABwwE/S9pe0pIGHBI/AAAAAAAACYk/m7P0OdhV0p8/s1600/bomba+jln+alor,ribut+pdg+luar,piala+mb+014.jpg

Alhamdulillah TAHNIAH sudah 3 tahun kerajaan PR Kedah berkuasa... masih tabah bersilat dengan kerenah dan mehnah dari pihak sebelah sana... hari ini kami nak sembang bab apa yang anak mudah dok kata kat padang bola masa kami dok main bola dengan depa petang semalam.... nampaknya ada juga anak muda yang prihatin dengan situasi yang berlaku dengan anak muda di Kedah nie... depa ada dok bertanya pasai pa bila ada pertandingan futsal atau bolasepak anjuran MB ka YB ka AHLI MAJLIS ka dan sewaktu dengannya kita susah nak suruh pemain pakai pakaian yang menutut aurat....

Bukan apa depa dok kata kalau boleh kami nak tengok kelainan sikit laaa dalam bolasepak ataupun futsal di negeri kita nie yang mana dianjurkan oleh kita... OK lah nak suruh team KEDAH pakai yang tutup aurat susah sikit sebab depa akan tertakluk dengan undang2 FAM sana dan akan jadi masalah negara...lanie kita nak anjuran2 yang di buat dalam negeri kita... sepatutnya kita kena tunjuk kemas sikit nak main tak kesah tapi syariat ALLAH kita kena jaga laaa....kita buatkan arahan nie dalam kejohanan PIALA YB ka MB ka alaaa yg kecik-kecik kat bawah nie... suruh pemain pakai seluaq panjang dan tak pon pakai seluaq 3suku lepas lutut tu tak pon suruh depa pakai seluaq tight dalam yg lepas lutut tuuu.. alaaa kita penganjur takan tak boleh buat benda nie kot....

Bukan apa lanie depa dok buat bandingan apa beza UMNO dengan PAS...bila tengok gaya di tengah padang bola kira 2x5 jaaa...depa dulu main bola tak tutup aurat kita pun sama juga main bola tak tutup aurat... sedangkan kita dengan depa kata beza....kita nie pejuang ISLAM tapi mai bab kecik nie pon tak boleh nak lakukan....habih macamana nak sembang bab syiar ISLAM yang besaq-besaq....lepas tu nak best yang mai bagi hadiah & tengok pakai lebai putih..perghhhh hebat...

Jadi pakat-pakat pikiaq laa nooo depa kata nie dah 3 tahun dah nie bukan kata 1 tahun atau 2 tahun..... budak pon dah boleh jalan dah nie... jadi sama-samalah pakat pikiaq nak buat camna.....jangan nanti org kata dan buat modai PAS dan UMNO sama jaaa.....

Mahfuz: Usah samakan isu Umno-PAS bersatu dengan Fatah-Hamas

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata usaha mahu menyatukan parti mereka dengan Umno, komponen teras BN, tidak boleh disamakan dengan kesediaan Fatah dan Hamas untuk bersatu demi rakyat Palestin.

Kata beliau, kedua-dua Fatah dan Hamas bersatu untuk menghadapi keganasan Israel yang menjajah bumi Palestin.

“Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?

“Pertamanya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

“ Penjajahan yang zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Mahfuz (gambar)memberikan pendirian PAS ini ketika timbul semula isu syor penyatuan Umno-PAS, yang sebenarnya berlarutan sejak pasca-pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Dalam komen balasnya semalam, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata, mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.

“Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Malah kata beliau, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai di Mesir pertengahan minggu ini, “kenapa tidak (PAS-Umno) di Malaysia?”

“Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk,” katanya lagi.

Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyoal bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan “Umnolah yang menjajah” bumi dan rakyat Malaysia, bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia, mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

Kata beliau, bagaimana boleh “kami PAS bersatu dengan golongan, yakni Umno yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan mempersendakan hukum Allah s.w.t.”

Kata Mahfuz, PAS akan terus memperjuangkan usaha untuk meminda perlembagaan dan undang-undang agar badan keadilan dan perundangan benar-benar bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen.

Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

“Kesimpulannya 'kembalikan 'supremacy' Parliamen yang telah dinodai oleh kerajaan Umno dan BN semenjak merdeka lagi.

“Jika Umno jujur, dia bentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang. Kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Kata Mahfuz, PAS menentang Umno bukan kerana ia Umno tetapi kerana mereka “merompak negara dan mereka (parti Umno, bukannya ahli-ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara.”

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahfuz-usah-samakan-isu-umno-pas-bersatu-dengan-fatah-hamas/

Najib makin terhimpit politik perkauman BN

Di satu sudut, Umno sekali lagi berjinak dengan PAS dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengajak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan Umno demi Islam dan penyatuan orang Melayu.

umno pas mcaTidak apa jika ada bantahan keras dari parti komponen kedua terbesar BN, MCA, yang menolak agenda Islam PAS.

Di satu lagi penjuru, MCA mengugut kaum Cina kononnya mereka akan hilang suara dalam kerajaan jika terus menyokong DAP yang akrab dengan PAS dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran pihaknya akan menolak segala jawatan dalam kerajaan jika parti itu kecundang pada pilihan raya umum seperti yang dialami parti itu pada tahun 2008.

umno mca chua soi lek najibInilah pendekatan politik yang digunapakai oleh dua tonggak BN, satu-satunya parti yang memerintah negara sejak kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

Islam, survival Melayu serta ugutan bahawa orang Cina akan kehilangan suara dalam kerajaan dicanang dengan sewenang-wenangnya, dijaja dalam media setiap hari, demi mencari kemenangan di peti undi.

Dalam politik negara ini, lazimnya matlamat menghalalkan cara. Justeru, keghairahan Umno melamar PAS dan ugutan MCA kepada pengundi Cina tidak menghairankan sungguhpun ia membangkitkan beberapa persoalan asas.

Selamatkan Islam

Kenapa Umno begitu terdesak sehingga sanggup melamar PAS berulang kali dan membelakangkan perasaan rakan setianya MCA?

mca chua soi lek 050511 lost again then no cabinet 02Apakah MCA begitu tertekan sehingga terpaksa memberikan ugutan halus kepada pengundi Cina bahawa “sokong kami, jika tidak…”

Kalau itu bukan ugutan namanya, maka kita menunggu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan definisi yang lebih tepat.

Tindakan sebegini oleh Umno dan MCA untuk mendapatkan undi daripada kaum yang mereka wakili menyerlahkan politik perkauman sempit yang menjadi teras perjuangan mereka.

Sejak tahun 2008, Umno tidak pernah lelah untuk meyakinkan PAS supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Pelbagai alasan dilontarkan saban hari menerusi TV3 dan Utusan Malaysia bagi meyakinkan pemimpin-pemimpin PAS bahawa langkah itu cara terbaik untuk menyelamatkan Islam dan orang Melayu.

NONE“Pentingnya” Umno-PAS duduk semeja bagi memperjuangkan Islam, video lucah yang mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rekod DAP yang kononnya mengabaikan umat Islam di Pulau Pinang menjadi sandaran Umno kenapa PAS perlu bercerai dari Pakatan.

Segala perkembangan ini meresahkan MCA kerana strategi parti itu adalah menggunakan kerjasama DAP-PAS untuk menakut-nakutkan pengundi Cina demi meraih undi mereka.

Bagaimana MCA akan berbuat begitu, jika Umno semakin bersungguh-sungguh melamar PAS?

Muhyiddin-Mahathir menunggu

Malah Umno dikatakan menawarkan jawatan kanan dalam kerajaan kepada pemimpin-pemimpin PAS jika sanggup keluar dari Pakatan.

MCA pimpinan Chua Soi Lek sudah pun mengumumkan akan menolak jawatan kerajaan jika parti itu di tolak oleh pengundi pada PRU akan datang.

NONEBagaimana untuk mengekang kemaraan DAP, jika PAS tidak lagi menjadi rakan DAP dalam Pakatan Rakyat?

Persoalan ini membelenggui Chua namun tidak menjadi pertimbangan Umno dan Najib.

Ini kerana Umno terpaksa menjaga kepentingannya sendiri untuk mencari kemenangan mutlak daripada pengundi Melayu khususnya di kawasan luar bandar pada pilihan raya umum ke-13.

Hanya kemenangan sebegitu dan penguasaan semula majoriti dua pertiga di Parlimen akan membolehkan Najib menang selesa pemilihan Umno tahun depan. Jika tidak gandingan Muhyiddin-Mahathir menunggu untuk mencabar beliau.

NONEWalaupun Umno meminggirkan MCA demi survival politiknya sendiri, parti kaum Cina itu bernasib baik kerana PAS menolak pelawaan Najib.

PAS menolak undangan Najib itu bukan kerana parti Islam itu sayangkan MCA, tetapi kerana perjuangan Islam yang didokong PAS melarang kerjasama dengan pihak yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Tidak akan kerjasama

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi menegaskan PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awang“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama Pakatan adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” katanya lagi.

Kenyataan Hadi itu pasti melukai dan mencalar ego dan jatidiri Umno, khususnya Najib. Segala perancangan mengenai video lucah dan laporan Utusan mengenai rekod DAP di Pulau Pinang tidak mengenai sasaran.

Namun ada juga pihak yang berterima kasih kepada Hadi – iaitu MCA kerana satu-satu senjatanya (kerjasama DAP-PAS) untuk menakut-nakutkan pengundi Cina -- masih boleh bernyawa.

Itulah realiti politik BN. Kerangka perkauman sempit telah lama mencorakkan agenda parti pemerintah untuk menakut-nakutkan pengundi menerusi isu-isu agama dan perkauman.

NONESebenarnya kedudukan Islam di negara ini tidak luntur jika ada Umno dan PAS di pihak bertentangan, kerana kedudukan Islam terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga dengan soal kedudukan Raja-Raja dan hak keistimewaan Bumiputera dan pribumi.

Kedudukan Islam

Soal perbezaan politik Umno dan PAS tidak langsung menjejaskan kedudukan Islam di Malaysia.

Namun hakikat adalah penyatuan antara PAS dan Umno secara rasmi atau sebaliknya amat penting, kerana tanpanya Umno tidak boleh mendabik dada sebagai suara orang Melayu.

“Lesen” ini yang diperlukan oleh pemimpin Umno untuk menjamin jangka hayat politik mereka.

azlanTun Dr Mahathir Mohamad hilang lesen itu sejak tahun 1999 selepas memecat Anwar dan terpaksa berundur pada tahun 2003.

Penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekalkan mandat yang diperolehinya pada tahun 2008 dan dipaksa oleh Umno-Mahathir untuk meletakkan jawatan.

Kini tiba giliran Najib untuk mencari semula balik kiblat Umno – justeru beliau tidak putus-putus mencuba meleraikan ikatan PKR-PAS-DAP dengan pelbagai helah dan sogokan supaya tidak mengalami nasib sama seperti Abdullah.

Biarpun pelawaan kepada PAS mengundang kemarahan MCA dan parti lain dalam BN, bagi Najib matlamat menghalalkan cara – kemenangan mutlak harus dicari untuk

Umno supaya beliau boleh terus diangkat menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan editorial Malaysiakini

'Piya' akui Kelantan sukar jinakkan Kedah

KOTA BHARU - Aksi yo-yo kapten The Red Warriors, Mohd. Badri Radzhi dalam beberapa perlawanan sebelum ini, menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan peminat pasukan itu.

Ekoran keluhan peminat The Red Warriors, Mohd. Badri atau Piya akhirnya tampil dengan aksi bertenaga, dengan meledak dua jaringan penting ketika bertemu Kuala Lumpur dan Johor FC, yang membantu Kelantan kembali meneraju Liga Super.

Bertindak selaku 'arkitek' pasukan, dia berdepan tuntutan cukup berat untuk memastikan Kelantan meneruskan momentum kemenangan apabila melayan kunjungan Skuad Kenari dalam perhitungan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, hari ini.

Menyedari tekanan tinggi yang digalas, anak jati kelahiran Kampung Atas Paloh, Kota Bharu itu melaungkan keyakinan untuk terus mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan gerakan yang dihasilkan dapat disudahkan dengan sempurna oleh barisan penggempur berbisa Kelantan seperti Norshahrul Idlan Tahala, S. Chanturu, Muhammad Razmul Zahini Adenan, Nizab Ayub mahupun Muhammad Khalid Jamlus.

Kebijaksanaan serta ketenangan Piya mengemudi jentera tengah, amat dituntut untuk merencanakan gerakan serta membuka peluang kepada jentera serangan.

"Menumbangkan Kedah bukan satu tugas yang mudah. Biarpun beraksi di tempat sendiri, mereka liat untuk ditumbangkan.

"Lihat sahaja perlawanan pusingan pertama lalu, kami hanya mencatatkan keputusan seri meskipun mempunyai banyak peluang gol namun gagal di manfaatkan.

"Perlawanan malam esok (ini) cukup penting buat Kelantan dalam usaha terus menjarakkan kedudukan dengan Selangor dan Terengganu.

"Tiga mata harus diraih. Jadi untuk perhitungan kali saya dan rakan-rakan sudah bersedia sepenuhnya," katanya ketika temui di sini semalam.

Tambahnya, tumpuan dan komitmen lebih seratus peratus perlu diberikan sepanjang perlawanan jika Kelantan mahu terus kekal sebagai peneraju liga.

"Perlawanan sepanjang bulan lalu dan bulan ini akan menjadi penentu siapa yang akan menjuarai liga musim ini,'' katanya.

MCA penentang Islam sebenar - Pejabat MB Kelantan

KOTA BHARU, 4 Mei: Semua pihak diminta mengkaji pendirian politik MCA yang menjadi kawan Umno sejak sekian lama sebelum mempertikaikan hubungan antara PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Ini kerana, kenyataan-kenyataan dari pimpinan MCA terbukti menentang Islam berbanding dengan DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Fadhli Shaari (gambar kanan).

Pegawai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengulas laporan muka depan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan kenyataan Mufti Perlis kononnya siapa yang menentang perpaduan antara Umno dan PAS adalah pengkhianat Islam.

"Mufti Perlis seharusnya memberikan komen apakah hukum kerjasama di antara Umno dengan MCA apabila Presiden MCA menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh menerima kehadiran PAS di dalam BN tetapi dengan syarat PAS menggugurkan agenda perjuangan negara Islam," katanya.

Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa?

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mempermainkan tindakan calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang, Normala Sudirman, yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya tanpa memakai sarong tangan.

Beliau juga berkata, apa gunanya beliau memahami kehendak Islam dalam isu ini.

Bagi pegawai Nik Aziz itu, PAS mempunyai hujjah yang jelas kenapa parti Islam itu berkawan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat? Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," katanya.

PAS dan DAP

Sebelum ini, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad (gambar kanan) ketika berhujjah dalam isu ini berkata, "MCA menolak PAS daripada menyertai BN jika PAS kekal dengan dasar perjuangan Islam. Najib jemput, Soi Lek tolak!"

"Tapi, DAP tidak pernah sesekali meminta PAS untuk menggugurkan negara Islam, ia cuma bukan agenda bersama Pakatan Rakyat,” tulis Dzulkefly di laman Twitternya, yang secara langsung ingin memberitahu Najib bahawa MCA adalah jauh lebih teruk daripada DAP dalam hal yang berkaitan dengan Islam.

Dzulkefly juga menyifatkan drama antara Najib dan Chua hanyalah sebagai satu percubaan untuk memberikan lesen kepada kedua-dua pihak untuk memburukkan kaum Tionghua, PAS dan Islam, semua pada masa yang sama, tapi kepada hadirin berlainan.

“Chua tengah memberikan Umno lesen untuk memburukkan kaum Tionghua, dan Umno memberikan lesen kepada Chua untuk membusukkan PAS dan Islam. Satu gabungan yang sesat!” kata Dzulkefly.

“Chua selalu didedahkan oleh Umno bahawa PAS sentiasa berpendirian untuk sebuah negara teokratis dan otokratik. Aduh, betapa ianya jauh menyimpang daripada kebenaran!” kata Dzulkefly.

Hari ini, Utusan menyiarkan kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang dilaporkan berkata mana-mana pihak yang menentang penyatuan di antara Umno dan PAS ialah pengkhianat kerana al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu dan Islam perlu ditegakkan.

"Dengan bersangka baik kepada Sohibus Samahah Mufti Perlis, saya menganggap kenyataan tersebut separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak untuk meletakkan persepsi bahawa Mufti Perlis menghentam pihak-pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS dan Umno," tulis Fadli dalam kenyataannya.

Katanya, perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.

Kenyataan ini pernah disiarkan dalam sebuah media Rabu 14 Julai 2010 yang lepas.

Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah UMNO telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?, soal Fadli.

Justeru, beliau berharap agar Mufti Perlis dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar dapat difahami dengan jelas letak duduknya kenyataan beliau.

"Hakikatnya, PAS tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam tetapi perlulah diletakkan Islam sebagai dasar terlebih dahulu," katanya.

Jangan sampai orang kata nilai mufti lebih murah dari seluar dalam

Bila baca kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dalam berita Utusan Malaysia Rabu lalu bertajuk "Pengkhianat Islam", saya malas nak komen. Jenis cakap foot in the mouth, komen buat apa.

Mafhum cakap dia ialah, kalau tak nak bersatu dengan Umno, itu pengkhianat Islam. Tu yang saya kata jenis cakap foot in the mouth tu. Nak aku carut-carut. Segan la pulak nak mencarut sebab mencarut tak dibenarkan oleh Islam. Allah s.w.t. serta Rasul-Nya s.'a.w.w. tak pernah mencarut.

Semalam Mamat tu merapu lagi. Lihat berita Malaysian Insider semalam "Mufti Perlis: Mengapa melenting, saya cakap ikut nas al-Quran". Kena debik jugak nampaknya Mamat cakap kot kaki ni. Ajaq supaya jangan sedap-sedap cakap menyesatkan orang.

Saya tak peduli sama ada PAS nak bersatu dengan Umno atau tidak. Itu urusan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Depa boleh putuskan dalam muktamar depa. Saya bukan ahli PAS. Saya hanya sokong dasar Islam, seruan Allahu Akbar dan cita-cita mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Saya hanya nak bercakap sebagai orang Islam biasa atau ordinary Muslim.

Saya bukan ahli PAS. Tetapi sebagai orang Islam biasa, nas al-Quran mana yang menyatakan saya pengkhianat agama kalau saya tak nak dan benci sangat-sangat nak bersatu dengan parti perasuah yang busuk hingga ke usus? Woi Mamat, hang jangan sedap-sedap nak dakwa hang bercakap ikut al-Quran.

Hang jangan nak sesatkan orang dengan gelaran mufti yang dipakaikan kepada hang. Tu yang aku sakit hati tu. Sesatkan orang dengan dakwaan kononnya dia cakap ikut nas al-Quran.

Bukan saya yang kata Umno sudah jadi parti perasuah. Tun Dr Mahathir yang tulis gitu dalam blog dia. Berjuta-juta orang dah baca. Dr Mahathir juga yang tulis dalam blog dia bahawa Umno dah busuk hingga ke usus (rotten to the core). Saya yakin yang buruk dan busuk tu ialah kelaku. Sebab tu la saya selalu ingatkan anak-anak saya supaya jangan buat kelaku busuk macam Umno.

Hello mufti, hang nak lempaq tang mana amaran Allah dalam surah Hud ayat 113?

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Cakap pakai otak la, mufti. Jangan sesatkan orang dan dakwa pula hangan cakap ikut nas. Jangan sampai orang tuduh hang mufti sekupang tiga. Umno boleh beli sekupang tiga. Lebih murah dari harga seluar dalam di pasar malam (Komen-komen saya malas nak moderate lagi. Nanti la bila-bila senang).

Sila klik Pencinta Nabi s.'a.w.w. dan Ahlul-Bait

wang oh duit

TERKINI!! "WANG PANAS" Umno-APCO SUDAH SAMPAI!!

TERKINI!!


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Gegak gempita seluruh alam kroni Umno-APCO kah kah kah...

Wang panas, wang pelincir, wang seluk dan segala bapak jenis rasuah bakal berterabur TIGA bulan lagi kah kah kah...

Sikit sikit, GAMUDA, MMC... Sikit sikit GAMUDA, MMC kah kah kah...

Macam takde kompeni lain kat Malaysia ni kah kah kah...

Tapi semua olang tau maaaa kah kah kah...

Tak lain tak bukan, semuanya buat modal untuk pilihanraya kah kah kah...

Takkan RM500 juta hangus macam tu saja kat Sarawak kah kah kah...

Mesti la kena masuk balik, tapi beratus kali ganda laa kah kah kah...

SPRM pun macam bodoh lembu nampak hulur rasuah juta-juta tapi "kenyang" sama kah kah kah...

Kah kah kah...

MRT mula operasi Januari 2017, kerja pecah tanah 8 Julai

Perkhidmatan Transit Rapid Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang dijangka bermula Januari 2017 – satu bulan selepas laluan pertama projek infrastruktur paling mahal itu selesai dibina pada Disember 2016.

Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) berkata MRT Lembah Klang juga akan memuktamadkan kerja-kerja pengubahsuaian laluan Sungai Buloh-Kajang akhir bulan depan, selepas sesi memperoleh maklum balas awam selama tiga bulan berakhir 14 Mei ini.

Kerja pecah tanah laluan pertama projek Transit Aliran Massa (MRT) akan diadakan pada 8 Julai ini manakala kerja-kerja penyediaan tapak akan dimulakan pada hujung bulan ini, demikian menurut Prasarana pada taklimat media di sini hari ini.

Prasarana juga berkata tender projek pula akan dibuka akhir bulan depan dengan anugerah tender yang pertama akan diumumkan November ini.

“Kerja-kerja pembinaan bagi cadangan laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dijangka bermula pada penghujung tahun 2011, tertakluk kepada kelulusan skim laluan rel terakhri,” kata Pengarah Urusan Prasarana Zulkifli Mohd Yusoff.

Tambah beliau, hanya selepas laluan dan lokasi stesen ditetapkan “barulah anggaran kos boleh dibuat.”

Katanya, secara keseluruhan tender untuk projek akan diumumkan secara berperingkat-peringkat bagi semua pakej, bermula dari bulan depan sehingga penghujung 2012.

Zulkifli juga menjelaskan, kontraktor akan dipilih berdasarkan rekod pretasi, kestabilan kewangan dan pengalaman mereka manakala pemilik projek MRT Lembah Klang, SPNB komited dalam memastikan ketelusan dan penyerahan projek mengikut jadual menurut garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan.

“Kerajaan menyedari tentang saiz dan kompleksiti inisiatif infrastuktur negara ini dan telah menetapkan garis panduan yang ketat bagi proses pemerolehan termasuk pemilihan kontraktor untuk pakej kerja,” Zulkifli.

Tempoh pembinaan yang dirancang bagi laluan Sungai Buloh-Kajang adalah dari 2011 hingga 2016 dan apabila siap kelak akan menyediakan perkhidmatan kereta api kepada 1.2 juta orang di sepanjang laluan itu.

Laluan itu akan digabungkan dengan laluan KTM Komuter, LRT dan rangkaian bas transit yang sedia ada.

antara Osama dan Memali

Bagaimana pula dengan tragedi Memali ha Che' Det????

Setuju bebenor teman dengan Che' Det bahawa pembunuhan Osama adalah tidak bertamadun.

Bagaimana pula dengan pembunuhan Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan anak2 muridnya? Siapakah Perdana Menteri Malaysia ketika itu?

Renung2kan....



Dr M says killing of Osama 'uncivilised'
Husna Yusop

newsdesk@thesundaily.com

PUTRAJAYA (May 4, 2011): Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has described the US as being “uncivilised” in killing Al Qaeda leader Osama bin Laden during a shootout in Pakistan on Sunday.

“He is indeed guilty, but to send a team to kill someone, that is not the way to enforce the law. If you can catch him, catch him.

“But instead, you encroach there, with him (Osama) being unarmed, killed him, then put him in the sea. To me this is like being uncivilised people,” he said here today.

Mahathir said this when asked whether he think it was right for the US to kill Osama and whether the authorities should instead bring him to court.

He was speaking to reporters after presenting prizes to winners of the Perdana Leadership Foundation-MPH “Nurturing the minds of future leaders” essay competition 2010.

Mahathir said although Osama has been killed, the incident could possibly lead to more anger and more violent actions from amongst the people or his followers.

“Perhaps now they tone down for a while as they have lost their leader. But in the end, they will react. This is not a way to curb violence. This is actually revenge.

“Revenge by the US for the Sept 11 attack,” he said, referring to the coordinated attacks by Al Qaeda in 2001 whereby two hijacked airlines crashed into the Twin Towers of the World Trade Centre in New York, killing 2,752 people.

He was also asked whether Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak’s call for the Chinese to support Barisan Nasional or risk losing representation in the government is a cause of worry to the community.

To this, he said: “It is a cause of worry for the whole nation. Once we divide ourselves into Chinese and Malays, and we fight each other, that’s the end of cooperation and there will be no stability in this country.”

Meanwhile, the grand prize winner of the essay competition was Eric Lee Vui Loong of HELP University College, followed by Koh Aun Qi of University of Sydney (1st prize), Calvin Lee Eng Siong of Sunway University College (2nd prize) and Chua Jack Yune also of HELP (3rd prize).

111111

11.11.11 tarikh PRU13?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.

tipah tertipu tipu tertipah

Najib Menipu Lagi...

>> JUMAAT, MEI 06, 2011

“Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habisan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lepas).

“Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan,” katanya.

Najib juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa mereka.

“Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi.

“Sebagai contoh dalam sesebuah negeri mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi tidak bersatu, maka tidak akan membawa sebarang kesan seperti yang diharapkan,” katanya. -xbernama

Patutlah ramai yang mengelarkan puak2 umnoPorno nih sebagai burung tekukur beb... asyik angguk jer... mengeleng jauh sekali..., apa saja yang pemimpin diorang cakap semuanya main angguk jer.... kan bangang namanya tuuuu... senang amat untukdiperbodohkan... oopppsss memang bodoh pun... selagi masih terus menyokong umnoPorno.... kah..kah...kah....

Wooiiiittt.... Najib Razak... tak habis2 nak menipu kenapa...???? Bila masa pulak umno kalahkan British dan berapa ramai pejuang umno yang terkorban....????

Najib anak Razak ni tak sekolah ke apa...??? Camna boleh jadi PM... sejarah malaya pun dia tak tau... yang penyokong umnoPorno nih ikut jer... cakap pemimpin penipu tu....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...