TERKINI :

Thursday, May 5, 2011

Mat Zain gesa Putrajaya tubuh suruhanjaya diraja siasat A-G


KUALA LUMPUR, 5 Mei — Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam “adalah terlalu besar untuk dimaafkan.”

“Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara.

“Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri,” kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini.

Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'.

“Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat,” katanya lagi.

Musa merupakan pegawai penyiasat ketika kes Anwar muncul pada 1998 manakala Gani pula anggota pasukan pendakwaan.

Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara.

Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan.

“Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani dan Musa didakwa berlaku 12 tahun lalu, tidak bermakna yang ia boleh dilupakan begitu sahaja atau 'swept under the carpet',” katanya sambil merujuk kepada peruntukan tiada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.

Contoh terbaik boleh dijadikan sandaran kata beliau, ialah kes bunuh beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 dan kerajaan telah menyatakan persetujuan untuk menyiasatnya pada 1993.

“Sekiranya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Batang Kali1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan, insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang, perbuatan Gani dan Musa sejak 1998 telah memusnahkan keseluruhan sistem keadilan jenayah negara.

“Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, rakyat akan mengungkitnya selama mana rakyat mengungkit tragedi Batang,” katanya.

Dalam suratnya Mat Zain berkata, sejak dua minggu ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk tentang cara polis menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar.

“Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan polis.

“Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian,” katanya lagi.

Secara peribadi kata Mat Zain, beliau merasakan polis terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.

Katanya, “sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan pisang akan berbuah dua kali.”

Pembohongan Eskay Tentang Video Fitnah Semakin Terserlah

Dari Keadilan Daily

Pembohongan Ahli Perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau diminta mengulas kenyataan Eskay semalam yang menafikan menuduh Anwar melakukan zina, ketika ditanya wartawan selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung sumpah laknat yang dibuatnya minggu lalu.

“Orang seperti Eskay, lama kelamaan kredibiliti akan terserlah dengan kebohongan. Ceritanya tidak konsisten. Kita boleh senaraikan daripada awal. Mula-mula kata tempat (kejadian seks) berlaku di hotel, kemudian di spa dan apartment di Ampang.

“Selain itu, perkara asas dia berbohong pasal jam (Omega) yang dikata dicuri tetapi dalam video jelas ia tidak dicuri dan tidak wujud pula. Pada awal dia kata jam itu adalah bukti yang kuat tetapi kemudian kata tidak ada kena mengena pula.

“Ini salah satu dari rentetan penipuan, kita boleh masukkan senarai-senarai baru. Malah sumpah laknat yang dibuatnya juga satu penipuan. Seperti pepatah Inggeris, orang yang berbohong dengan satu pembohongan akan terus berbohong untuk menutup pembohongan lain yang dilakukannya,” ujar Rafizi kepada Keadilandaily.com.

Rafizi dalam pada itu turut ditanya mengenai ugutan Eskay, kononnya akan mendedahkan ‘perkara baru’ mengenai Anwar.

Menurut Rafizi, sejak dari awal tuduhan yang dibuat Eskay terhadap Ketua Umum KEADILAN itu tidak memberi sebarang kesan kepada KEADILAN, kerana rakyat tidak mempercayai fitnah yang dilemparkan.

“Ia tidak memberi kesan kepada kita, fokus kita jadi kerajaan dan memenuhi kehendak rakyat yang bersabit tentang menjaga kebajikan rakyat.

“Di pihak KEADILAN, ini perkara biasa apabila kita dilontar fitnah demi fitnah. Tetapi kita tumpu hal ehwal pentadbiran negara dan membanteras rasuah.

“Mereka cipta fitnah baru, kita dah lali. Rakyat sudah muak dan tidak teruja lagi dengan cerita mereka, akhirnya ia makan diri,” ujar beliau yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kenyataan terbaru Eskay itu juga menunjukkannya semakin gelabah dan mula mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari tuduhan yang dibuatnya sebelum ini.

“Mungkin dia takut dikenakan tuduhan qazaf. Tetapi kita akan teruskan dan pastikan dia dikenakan tuduhan qazaf di mahkamah syariah.

” Dia mula cari jalan untuk keluar dari tuduhan menuduh Datuk Seri Anwar berzina,” katanya.

Semalam, Eskay menafikan menuduh Anwar melakukan zina, sebaliknya menyerahkan beban dakwaan itu kepada wartawan yang menonton video itu di Hotel Seri Carcosa Negara pada 21 Mac lalu.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,”

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” katanya kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan itu, lapor Malaysiakini.

Ketika ditanya mengenai jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada pihak polis, Eskay enggan menjawab mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya berikutan rakaman video itu langsung tidak menunjukkan jam tangan berkenaan.

Sebelum ini, terdapat percanggahan keterangan yang diberikannya dan kenyataan yang dibuat polis. Eskay mendakwa kejadian seks itu berlaku di sebuah hotel melibatkan seorang pelacur warganegara China.

Manakala polis pula berkata video itu dirakam di sebuah kondominium dan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelajar di sebuah kolej di ibu negara.

Negeri UMNO pun mana bagi rebat kat pusat pengajian dalam negeri depa pasai pa pulak kita nak bagi rebat kat UUM..bayaq laa oi..!!


Mengapa PAS bekerjasama dengan DAP yang tolak negara Islam?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Baru-baru ini Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek mengumumkan sedia menerima PAS menyertai BN dengan syarat PAS menggugurkan agenda menegakkan negara Islam. Ia membawa dua pengertian; Pertama, MCA sanggup bekerjasama dengan UMNO mempastikan tiada agenda negara Islam dalam perjuangan UMNO. Kedua, MCA tahu PAS tidak pernah menggugurkan agenda menegakkan negara Islam, maka secara automatik ia menolak tuduhan liar UMNO bahawa PAS menggugurkan agenda negara Islam kerana tunduk kepada DAP.

Penolakan DAP terhadap pelaksanaan negara Islam bukan penolakan peribadi Pengerusinya Karpal Singh tetapi sikap rasmi parti itu sejak dahulu. Bukan sekali DAP menegaskan bahawa ‘negara Islam dan hukum hudud’ tidak termasuk dalam agenda kerjasama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Sama seperti MCA, DAP tahu PAS tidak pernah mengugurkan agenda negara Islam namun mereka masih sanggup bekerjasama dengan PAS, menunjukkan dari MCA lebih teruk dari DAP berhubung tahap anti Islam mereka.

Dalam mengendalikan strategi dalam dakwah dan politik, jamaah Islam mestilah menggambilkira ‘waqi dan biah’ ataupun realiti dan suasana. Realiti politik di Malaysia ialah, tidak ada mana-mana parti politik pun (yang berasaskan kaum atau agama) boleh membentuk kerajaan secara bersendirian. Pola komposisi kaum yang diwujudkan oleh penjajah, menyebabkan mana-mana parti yang didominasi oleh orang Melayu memerlukan sokongan parti kaum minoriti untuk membentuk kerajaan.

Sejak sistem demokrasi berparlimen diperkenalkan di negara ini, Umno dianggap sebagai parti yang terkuat yang sehingga kini ia belum mampu dicabar dalam mana-mana pilihanraya umum. Umno adalah parti yang berasaskan kaum Melayu dan perjuangannya pun berteraskan asobiyyah Melayu sempit. Sekuat-kuat Umno pun, jika ia memilih untuk menyertai pilihanraya secara bersendirian, bertanding di kesemua kerusi Parlimen; Umno masih tidak mampu untuk membentuk kerajaan.

Tanpa kerjasama dengan bukan Melayu, ditambah dengan persaingan parti politik Melayu/Islam atau individu Melayu/Islam dari parti multi racial, maka Umno tidak berupaya memenangi kesemua kerusi.

PAS buat masa ini belum lebih kuat dari Umno, jika bercadang untuk bertanding di kesemua kerusi Parlimen maka jawapannya tetap sama, PAS tidak mampu menang semua dan jika menang semuanya masih tidak dapat membentuk kerajaan bersendirian tanpa sokongan kaum bukan Melayu/Islam. Ia adalah realiti politik yang sangat mudah untuk difahami.

Justeru itu, PAS perlu jalinan kerjasama dengan parti bukan Melayu untuk membentuk kerajaan di Pusat. DAP bukan parti Cina, tapi imej DAP adalah ‘parti Cina’. DAP adalah ‘parti Cina’ yang berpengaruh setanding dengan MCA dan Gerakan. Sebagai pembangkang, pilihan yang ada bagi PAS ialah DAP, sepertimana sebagai parti kerajaan pilihan bagi UMNO ialah MCA dan Gerakan.

Kerjasama PAS dan DAP dijalin atas banyak persetujuan bersama. Antaranya penentangan berterusan terhadap rasuah, kronisme, ISA, ketidakadilan sosial, beberapa akta Parlimen yang merampas hak rakyat, hedonisme yang keterlaluan, kepincangan sistem kehakiman, penyalahgunaan kuasa polis, penyalahgunaan instrument kerajaan untuk politik dan macam-macam lagi.

Segala kebejatan itu berakar umbi dalam kerajaan tanpa dapat dibendung lagi. Sehebat-hebat PAS sekalipun, tidak akan dapat melakukan apa-apa untuk membetulkan segala kepincangan itu seandainya bersama dalam BN (Wal’yazubillah, itu cuma andaian). Satu-satu cara untuk ‘membunuh’ semua kebejatan itu ialah dengan menumbangkan BN di Pusat.

Di peringkat negeri kerjasama seperti itu terbukti dapat mengalahkan BN di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Maknanya dengan kerjasama yang serupa BN boleh dikalahkan di Pusat.

Umno cukup sedar bahawa dengan kerjasama antara PAS, DAP dan KeADILan adalah satu-satunya cara BN boleh ditumbangkan di Pusat. Maka satu-satunya cara untuk menghalang perkara tersebut ialah dengan memecahkan kerjasama PAS, DAP dan KeADILan. Umno juga tahu bahawa isu besar yang boleh (dianggap) memecahkan PAS dan DAP ialah isu ‘Hudud atau Negara Islam’.

Maka soalan cepu emas yang sering diajukan Umno di kalangan umat Islam ialah, mengapa PAS sanggup bersama DAP yang menolak hudud? Manakala di kalangan bukan Islam pula, mengapa DAP nak bekerjasama dengan PAS yang nak laksanakan hudud?

Seperti yang dijelaskan tanggungjawab dan kewajipan menumbangkan BN sangatlah besar tuntutannya. Jika PAS perlu memilih parti politik bukan Islam yang kuat, dan sedia terima hudud (sebagai syarat), baru hendak dijadikan rakan kerjasama menumbangkan BN maka PAS tidak akan menjumpainya. Maka Umno/BN akan terus berkuasa.

Apabila DAP menolak perlaksanaan hudud, tidak bermakna PAS memadam terus cita-cita tersebut. Apa yang berlaku ialah PAS mahu tetapi tidak mampu. Terdapat berbezaan yang jelas antara ‘tidak mahu’ dan ‘tidak mampu’.

Pindaan perlembagaan ke arah pelaksanaan hudud perlukan sokongan dua pertiga di Parlimen. Khusus untuk mengizinkan pelaksanaan hudud di negeri, Parlimen perlu meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 terlebih dahulu. Tanpa sokongan dua pertiga maka PAS bersendirian ‘tidak mampu’ melakukannya. Tidak berdosa seorang miskin yang tidak mampu menunaikan haji di Mekah lantaran tiada wang, sedangkan dia memang menyimpan cita-cita dan berusaha untuk menunaikannya.

Ia berbeza dengan UMNO yang langsung tiada cita-cita untuk melaksanakan hudud, malah mempersenda-sendakan hukum tersebut dalam perhimpunan Agung UMNO.

Hudud adalah satu juzuk dari tuntutan Islam yang diwajibkan ke atas pemerintah, bukan kewajipan individu. Bagi individu Muslim, tanggungjawab mengembelingkan kekuatan ummah serta menjana kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang tersenarai 1001 kebejatan tadi adalah kewajipan yang lebih utama.

Jika waqi’ dan biah yang ada; menuntut kerjasama dengan DAP sebagai pra syarat mencapai cita-cita tersebut maka tentu ia menjadi keutamaan. Tidak betul untuk membiarkan pihak yang zalim terus berkuasa hanya kerana merasakan satu juzuk dari ajaran Islam (hudud) tidak dapat dilaksanakan jika berkongsi kuasa. Kita tidak boleh menunggu mampu buat semua perkara, baru hendak memulakan semua perkara. Kaedah feqah sangat jelas, ‘tak boleh buat semua jangan tinggal semua.’

Tidak boleh buat hudud (untuk sementara) sekurang-kurangnya PAS boleh memegang tampuk kuasa. Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan kuasa untuk kebaikan. Rakyat boleh difahamkan dengan Islam sama ada dengan lisan atau suri teladan yang baik bila parti Islam mentadbir.

Kalau kita mahu 100 peratus jadi macam kita baru boleh kerjasama, tidak wujud lagi DAP dan tiada lagi istilah kerjasama. Mestilah terdapat berbezaan, walaupun banyak aspek bersama yang diperjuangkan. Umno, MCA, Gerakan dan MIC pun berbeza dalam banyak perkara. Tetapi akibat permuafakatan mereka dapat berkuasa lebih separuh abad. PAS dan DAP kena begitu.

DAP tidak menjadi ancaman kepada kuasa politik Melayu kerana mereka bertanding di semua kerusi majoriti bukan Melayu atau majoriti bukan Melayu agak besar. Persaingan mereka ialah MCA, Gerakan, MIC atau parti-parti bukan Melayu. Siapa yang menang antara mereka pun tetap bukan Melayu.

Begitu juga dengan PAS pada umumnya hanya bersaing di kawasan yang ditandingi UMNO. Jika UMNO kalah yang menang ialah PAS bukan DAP. Jadi di mana hujah DAP menjadi ancaman Melayu?

Sekarang, isu yang diasak bertubi-tubi di kalangan rakyat ialah mengapa PAS memilih bekerjasama dengan DAP bukan UMNO? Sebahagian dari jawapannya terdapat dalam ulasan di atas dan insya'Allah penulis akan menulis jawapannya...

UUM kena bayaq bukan mahai pon..20sen 1meter persegi.. USM lagi mahai sampai 2.50sen sekaki persegi..

Permohonan UUM sambung rebat cukai tanah ditolak

http://1.bp.blogspot.com/-1-_a5LlBYDE/TcJwDZtDREI/AAAAAAAABc4/2l1VlUNnWBE/s1600/2011-05-05_173759.jpg

Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Justeru, kata beliau pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.

"Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil di Baling, petang semalam.

Katanya, kadar cukai sebanyak RM0.20 bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi.

"Universiti Teknologi Mara pun bayar RM0.50 bagi satu kaki persegi... jadi UUM mampu nak bayar banyak tu dan kalau mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira RM1.6 juta setahun," katanya.

uumPertengahan April lalu, UUM menerusi Bendaharinya telah menghantar surat kepada PTG untuk mendapatkan rebat bagi cukai tanah untuk tempoh lima tahun setelah tempoh rebat terdahulu tamat pada 2008.

Azizan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meminta Pengarah PTG Negeri untuk memberi pandangan sama ada rebat yang diberikan kepada UUM sebelum ini selama dua tahun perlu disambung atau tidak.

Sepanjang tempoh rebat diberikan, UUM hanya membayar RM150,000 bagi cukai tanah universiti itu.

Sementara itu, mengenai hasrat UUM untuk menjadikan kawasannya zon bebas cukai, Azizan berkata sekiranya ia terlaksana, kadar cukai tanah yang akan dikenakan sudah pasti akan berbeza kerana tanah komersial cukainya berbeza.

- Bernama

Persidangan Parti Politik dan NGO ganti penyatuan UMNO – PAS

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
5 Mei 2011
"Persidangan Parti Politik dan NGO ganti penyatuan UMNO – PAS"

Isu penyatuan UMNO dan PAS kembali diperkatakan. Walaupun telah berpuluh tahun ianya ditimbulkan, polemik ini tidak nampak kesudahahannya, bahkan menjadi semakin kusut untuk diselesaikan. Kedua-dua pihak mempunyai hujah masing-masing. Saya berpendapat isu penyatuan UMNO dan PAS adalah isu yang besar dan rumit.

Isu ini tidak sesuai untuk dibincangkan pada waktu ini. Walaubagaimana pun komitmen untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Islam di negara ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama oleh semua pihak. Sebenarnya jika pun ada penyatuan antara UMNO dan PAS, belum tentu masalah masyarakat Islam di negara ini akan selesai. Saya yakin akan ada pihak lain yang akan menentang pula. Tentunya cabaran yang ada di hadapan terlalu besar untuk digalas. Cuma kita perlukan mekanisma baru yang lebih segar untuk menyatukan masyarakat Islam di negara ini.

Perbincangan masalah umat Islam di negara ini tidak boleh dikhususkan hanya kepada isu politik sahaja. Sebaliknya perlu diperluaskan kepada semua bidang seperti agama, pendidikan, ekonomi , perundangan, moral dan lain-lain lagi.

Untuk itu, perlu ada pihak ketiga yang dihormati dan tidak berkepentingan untuk menyatukan perbezaan pandangan pelbagai pihak yang terlibat. Antara tokoh-tokoh yang dihormati adalah seperti Yang Mulia Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid , Dato’ Abu Hassan Din Al Hafiz dan lain-lain lagi. Pihak ketiga ini perlu menyediakan mekanisma agar semua pertubuhan yang mempunyai keahlian majoritinya orang Islam dapat dilibatkan bersama. Ini bukan penyatuan antara UMNO dan PAS tetapi penyatuan seluruh umat Islam di negara ini.

Pihak ketiga ini perlu mengumpulkan semua pertubuhan yang mempunyai pengaruh di sisi masyarakat. Antaranya PAS, UMNO, PKR, ABIM, Ikram,Perkasa, MPM, Teras, PKPIM dan lain-lain lagi. Penyertaan dalam persidangan ini hanya terhad kepada pertubuhan yang berpengaruh sahaja. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu menghantar wakil tetapnya ke persidangan yang dianjurkan. Pemimpin berpengaruh seperti Presiden UMNO Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali, Pengerusi Teras Cikgu Azmi Bin Abdul Hamid dan lain-lain lagi perlu menjadi ahli dalam persidangan ini. Persidangan yang diadakan tidak perlu membincangkan isu-isu yang kontroversi seperti isu politik. Sebaliknya persidangan ini perlu membincangan isu-isu bersama yang serius seperti masalah sosial generasi muda di negara kita dan seumpamanya. Isu-isu yang berat dan kontroversi akan dibincangkan hanya apabila keadaan mengizinkan. Yang paling penting adalah wujudnya suasana harmoni dan saling hormat menghormati peranan masing-masing samaada sebagai parti pemerintah, parti pembangkang atau NGO. Di akhir persidangan, satu resolusi perlu digariskan untuk tindakan dan perlaksanaan oleh pertubuhan-pertubuhan ini.

Saya penuh yakin jika kita ikhlas untuk memperjuangkan nasib masyarakat Islam di negara ini maka Allah akan memberi petunjuk kepada kita semua. Mereka yang tidak ikhlas dan munafiq akan tercicir daripada arus perubahan ini. Allah SWT telah menggariskan panduan yang jelas untuk penyatuan umat ini. Dalam surah An Nisa ayat 59, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud ,

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “uli’l Amri ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah ( al Quran dan sunnah ) RasulNya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih bagi kamu, dan lebih elok pula kesudahannya.”

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat
019-7285174

Rosmah tokoh wanita baik untuk dicontohi?.. Mai Layan Selagu..!!!

Huzir Sulaiman



Saya tersedak dan kemudian tersenyum selepas mendengar Rosmah dikatakan sebagai contoh wanita terbaik seperti yang dipaparkan oleh ASTRO Awani semalam. Bukan kerana setuju atau bangga tetapi kerana kebingungan sambil terasa loya secara tiba-tiba. Selepas meneliti paparan berita online di Bernama.com pagi ini, ia dikhususkan melalui perbandingan dengan isteri-isteri pemimpin dunia. Mungkin betul maksud isi hati saya pada mulanya jika ia hanya diperbandingkan dengan sebahagian isteri-isteri pemimpin dunia yang hadir di Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 semalam.

Mungkin juga tidak jika ketokohan suami Emine Erdogan yang juga hadir di Sidang Kemuncak itu iaitu Recep Tayyip Erdogan diambil kira berbanding Datuk Seri Najib Razak, mungkin calon yang lebih sesuai dikatakan sebagai tokoh wanita yang harus dicontohi berbanding isteri-isteri pemimpin dunia yang lain khususnya Rosmah, lebih-lebih lagi penganjuran Sidang Kemuncak itu diadakan di Turki dan beliau, Emine Erdogan adalah tuan rumah kepada Sidang Kemuncak itu.

Kita pasti ingat bagaimana Perdana Menteri Turki itu, di World Economic Forum bertikam lidah dengan Simon Peres Perdana Menteri Israel sambil menjerit “You’re killing people!” dan kemudian terus meninggalkan pentas itu sambil diberi tepukan gemuruh oleh para hadirin. Saya tidak melihat ketegasan seperti itu datangnya dari Datuk Seri Najib Razak khususnya pandangan tegas beliau ke atas polisi jahat Israel di bumi Palestin sehingga ke hari ini.

Faktor itu jika diambil kira, termasuk kewajipan Rosmah sebagai seorang muslim untuk memenuhi tuntutan dari Allah S.W.T dalam urusan menutup aurat, secara peribadi saya tidak akan bersetuju atau sependapat dengan Irene Natividad, Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 untuk melabelkan Rosmah sebagai tokoh yang baik untuk dicontohi khususnya kepada wanita ISLAM di seluruh dunia termasuk menggelarkan beliau sebagai Wanita Pertama Negara sedangkan gelaran itu hanya berhak disandang oleh Raja Permaisuri Agong.

Rakyat Kedah Nama Ahmad Marzuki dari Kg Lahar Buluh... cepat cari lawyer...!!


PERTAHANKAN PEMUAFAKATAN HAMAS-FATAH DAN IKTIRAF SEGERA SATU NEGARA PALESTIN BERDAULAT

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
5 Mei 2011
"PERTAHANKAN PEMUAFAKATAN HAMAS-FATAH DAN IKTIRAF SEGERA SATU NEGARA PALESTIN BERDAULAT"

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) merakamkan ucapan tahniah diatas persefahaman yang telah dimeterai antara HAMAS dan FATAH yang telah berlangsung dengan penuh rasa harapan di Kaherah kelmarin.

Bagi LA DPPP permeteraian tersebut adalah satu manifestasi permuafakatan persefahaman yang akan menguntungkan umat Islam Palestin dan antarabangsa kerana persengketaan yang berlaku sebelum ini antara Hamas dan Fatah hanya menguntungkan regim Zionis Isreal

Namun LA DPPP berharap, permuafakatan yang disepakati bersama kelmarin perlu diasaskan kepada keyakinan dan kepercayaan antara kedua-dua belah pihak yang sama-sama memperjungkan kemerdekaan Palestin dari cengkaman rejim Zionis Israel. Permuafakatan bersejarah ini menjadi permulaan baru kepada perjuangan berteraskan iman dan kepentingan umat Islam. Namun apa yang paling penting, kepercayaan dan keyakinan baru ini adalah pengorbanan paling besar buat Hamas dan pejuang-pejuang Palestin yang lain yang telah membuang semua prasangka terhadap Fatah terutama dalam konteks hubungan diplomatiknya dengan Israel.

Pada masa yang sama LA DPPP menggesa pemuafakatan ini dilaksanakan dengan suci hati tanpa campur tangan Israel dan pihak-pihak yang memperjuangkan kepentingannya secara unilateral. LA DPPP berharap negara umat Islam dan semua masyarakat madani umat Islam berjuang mempertahankan keutuhan pemuafakatan yang suci ini. Malah secara jelas, pemeterian pemuafakatan ini menjadi indikator kepada kejayaan revolusi menumbangkan rejim-rejim diktator Asia Barat.

LA DPPP juga menggesakan seluruh Negara umat Islam dan dunia agar segera mengiktiraf kerajaan Palestin yang merangkumi Tebing Barat dan Gaza. Setelah Hamas mengisytiharkan pemisahan kuasa antara Gaza dan Tebing Barat, dunia Islam yang takutkan Israel serta merta menarik sokongan kepada Kerajaan Hamas dan hanya mengiktiraf kerajaan Fatah di Tebing Barat. Namun dengan permeterian permuafakatan kelmarin, maka tiada alasan Negara-negara Islam dan dunia untuk tidak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah Negara berdaulat.

LA DPPP juga berharap satu pilihanraya baru dapat diadakan segera bagi memilih kerajaan supaya mandat yang baru dapat dizahirkan oleh rakyat bagi memimpin dan membawa suara sebenar rakyat Palestin. Harapan LA DPPP supaya pemimpin-pemimpin politik Palestin membuang semua kekusutan bagi membawa amanah rakyat kearah menuju Palestin yang Islami, makmur dan berdaulat.


RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB

Pengerusi

Lajnah Antarabangsa

Puak UMNO kata - Menentang Tok Guru Nik Nik Abdul Aziz Adalah Jihad

Menentang Tok Guru Nik Nik Abdul Aziz Adalah Jihad - Aktivis UMNO Pekan Naka

( DENGAN AKHLAK BAHASA YANG DIGUNAKAN AKTIVIS UMNO PEKAN NAKA NI SEBENARNYA TAK LAYAK DIA BERBAHAS SEBARANG TAJUK ILMIAH!-tetapi atas dasar berkongsi ilmiah dan pendapat serta komentar bersama rakan fb ,maka note ini sebagai jawapan)

Profile Aktivis Umno Pekan Naka


http://www.facebook.com/aktivisumno.pekannaka?sk=info

LANGKAH PERTAMA-SILA BACA KOMEN AKTIVIS UMNO PEKAN NAKA INI :

1. org mcm n.ajis tu bkn la ulama..dia hnya la ahli politik totok yg snggup mmperalatkn agama demi meraih kuasa..mnentang n.ajis dn pas adalah wajib,dn mnjadi jihad politik bg stiap um...at Islam di Malaysia..makin lm makin merapu org tua tu..dh lm dh..tp nk buat mcm mn,pas ketandusan pmimpin pelapis,jd trpksa brgntung harap pd ubat yg dh tamat tarikh luputnya..hahaha..kesiannn org2 pas ni krg cerdik,apa kata pas gabung dgn pkr,nnt blh la org2 pkr pimpin org2 yg krg cerdik pas..amacam? Ok x cadangan aku ni- Komen Aktivis Umno Pekan Naka

2. hahaha..hgpa ni mmg bodoh la..tgk,ppt sndri pn dh mengaku yg pmimpin hgpa mkn duit derma,cuma tnggl dia malu nk mengaku ja psl 70% tu..aku x ftnh tntang itu..hal ini diberitahu sndri oleh abg kpd pmimpin pas pusat..dgn nama Allah aku x ftnh.....


Ppt,jgn la hg dok pndai2 kata aku xda agama,jgn dok wt ftnh yg bkn2..prmainan politik akidah ni berat akibatnya pd akidah hg nnt..hehe xkn hg nk brsandar pd ftnh kot..aku cuma sindir prbuatan hgpa yg x segan silu dok wt ftnh seolah2 mcm malaikat x catit hgpa pnya ftnh tu sbb hgpa ahli pas..klu apa yg aku kata tu salah,sila kemukakn nas atau dalil2 yg sah..x pyh la dok ftnh,smata2 nk jthkn aku pnya imej..xkn brjaya pnya..hg ingat org2 hg ni bodoh mcm hg ka? Ms n.ajis kata Tuhan mencarut tu,hgPa x kira sbg hina Allah plk no? Hehe ms pru thn 99 dl,n.ajis kata bhw pas snggup bkerjasama dgn syaitan utk tewaskn BN..yg tu x hina Islam ka? Taktik pmbunuhan karektor yg hg nk gunakan tu xkn brjaya,sbb hg ni jns bodoh..


Aku x anggap n.ajis sbg ulamak,hg p putar kata aku hina ulamak..tu bodoh ke x? N.ajis tu ahli politik totok sj..bknnya ulamak,sbb ulamak yg digelar sbg pewaris Nabi xkn brkelakuan mcm n.ajis..AKU AUPN,DGN INI MENCABAR PPT UTK BERDEBAT 1 LWN 1 MENGENAI ISU LAYAK ATAU TDK N.AJIS DIGELAR SBG ULAMAK..BLH BUAT DIMANA2 SJ..hehehe kita tgk satgi btapa baculnya ppt..hahaha (gelak hina)-Komen Aktivis Umno Pekan Naka

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=206793242681807&id=100000533981667

Antara asas yang di pegang Aktivis Umno Pekan Naka mengatakan wajib menentang Tok Guru Ialah:

Tok Guru Nik Aziz Ahli Politik Totok Bukan Ulamak

Jawapan PPT : Ya, tok guru seorang ahli politik kerana beliau ADUN,MB Dan Mursyidul AM PAS(Jelas Dia Ahli Politik!) dan beliau juga diktiraf sebagai ulamak.

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.[6] Keputusan pilihan raya itu menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249---19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.4 Tahun Sebagai Ahli DUN. Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun

Tok Guru juga dianggap ulamak kerana beberapa sebab yang jelas,antaranya memiliki keilmuan agama yang tinggi,Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.Beliau juga aktif memberi kuliah pada setiap hari jumaat secara terbuka diluar premis dan surau atau masjid.Latar belakang pendidikan Tok Guru adalah contoh mudah untuk orang seperti Aktivis Umno Pekan Naka memahaminya :Latar Belakang Pendidikan Tok Guru:

  • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
  • Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
  • Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
  • Universiti Deoband, India – 1952
  • Universiti Lahore, Pakistan - 1957
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
  • Universiti al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
  • Beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.

Terlalu banyak bukti jika hanya mahu memaparkan ketinggian ilmu tok guru.Bahkan Tok guru yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh Di Dunia!(RUJUK BUKU The 500 Most Influential Muslims In The World)

Namun apakah takrif ulamak?terlalu banyak takrif dan pemahaman yang perlu kepada banyak perincian mengenai takrifan ulamak.Cukuplah sekadar AUPN merenung firman Firman Allah:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28]

Ayt ini mnjelaskan seseorang dikatakn mencapai tahap ulama apabila memiliki rasa 'khashyah' iaitu 'takut dan cinta-harap yang tinggi kepada Allah SWT serta sentiasa memelihara hubungannya dengan Allah’. Selain itu, pengajaran dan ilmu yang disampaikan kepada masyarakat mencerminkan takwanya kepada Allah. Dalam aspek ini, Said Hawwa dalam kitabnya al-Asas fi al-Tafsir (1985) mengupas pendapat Ibnu Mas'ud yang menyatakan bahawa ulama’ bukanlah semata-mata orang yang mempunyai banyak ilmu tetapi juga orang yang banyak 'khashyah' (takut dan cinta-harap yang tinggi) kepada Allah.

Antara sebab Aktivis Umno Pekan Naka menafikan Tok guru sebagai ulamak ialah :

1. Tok Guru Mengatakan Tuhan Mencarut Jadi Tok Guru Hina Tuhan, Jadi Tok Guru Bukan Ulamak

Jawapan PPT : Ya, Tuhan ada carut dalam Al-Quran.Ini dipanggil uslub atau gaya bahasa dalam ilmu tafsir Al-quran .Adakah saudara AUPN memahami uslub dzamm, tawbikh, taqri`, istihza', la`nah yg ada dlm al-Quran? Ianya ada persamaan atau kesesuaian dgn perkataan @ uslub carut, maki, sumpah, laknat, cela dan seumpamanya dalam Bahasa Melayu. ( RUJUK MAKNA CARUT DALAM KAMUS DEWAN / DAN JUGA BUAT PERBANDINGAN 'CARUT' DALAM LOGHAT PANTAI TIMUR) Semua uslub yang ada itu sesuai dan kena pada tempat dlm al-Quran, iaitu utk org2 yg sesuai diperkatakan sedemikian, yg degil lagi ingkar. .Cukuplah sekadar ppt membawa sedikit contoh :

”,ayat Al Quran Surah Al Baqarah juga (ayat 65), bila Tuhan marah pada Yahudi (maksudnya), “Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu (hari yang khusus untuk beribadat bagi orang-orang Yahudi), lalu Kami berfirman kepada mereka, Jadilah kamu

Allah Taala marah pada orang Yahudi, kamu semua kena jadi kera. Tidakkah itu (Tuhan berfirman dengan perkataan) mencarut?-SEDUTAN TRANSKRIP GURU NIK AZIZ DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV KOTA BHARU - 1 MEI 1999

Isu ini rentetan daripada karya sasterawan Shahnon dalam judul karyanya SHIT.Ada wartawan batu api pi tanya tok guru tentang buku SHIT.maka jawab tok guru(apa salahnya mencarut kalau kena pd tempatnya. Allah pun mencarut dlm al-Quran)Jawapan tok guru ini dimanupulasi UMNO untuk membentuk persepsi negatif awam terhadap tok guru.Jawapanya tok guru tidak menghina Tuhan berdasarkan makna carut dan uslub carut yang terdapat didalam Al-Quran!

2.Aupn menafikan tok guru sebagai ulamak kerana dia kata tok guru pernah menyatakan pas sanggup berkawan dengan 'syaitan' untuk tewaskan BN.-Nantikan ulasan PPT berkenaan isu pada note yang akan datang!


Aduhai Eskay..Ni dah kena laknat ke dah jadi lahanat..?

Eskay sudah mula pening - Masa sumpah kata anwar dalam video mai hari nie kata wartawan pulak yang kata..!!

Kenyataan Dato' Shazryl Eskay hari ini berbunyi begini:

"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” katanya.

Eskay juga menafikan beliau menuduh Anwar 'berzina'.

Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercengang dengan kenyataan beliau.

Bla... bla... bla... bla... bla... bla... bla...

Kenyataan bersumpah Dato' Shazryl Eskay beberapa hari sebelum ini berbunyi begini:


"A'uzubillahiminassyaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahiminassyaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Bla... bla... bla... bla... bla... bla... bla...

Ni dah kena laknat ke dah jadi lahanat..?

Gua tak paham beberapa perkara dalam beberapa perenggan dekat atas yang gua rasa malas sangat-sangat nak copy & paste balik dekat bawah, jadi lu orang carik la sendiri dalam perenggan mana perkara-perkara berkenaan gua maksudkan... Jangan bazirkan kebolehan kepala otak lu orang yang Allah dah kurniakan.

Pertama: Gua tak paham bila Eskay nyatakan bahawa dia menghubungi wartawan untuk bertanya pada wartawan adakah individu dalam gambar itu adalah Anwar atau tidak.

Kedua: Gua tak paham bila dalam kenyataan sumpah laknat atau sumpah lahanat Eskay dia nyatakan bahawa dia adalah individu kedua selain dari Anwar dalam video tersebut.

Ketiga: Gua tak paham bila individu kedua dalam video tersebut iaitu Eskay terpaksa bertanyakan wartawan adakah individu selain dari dia adalah Anwar atau tidak..? Adakah Eskay tidak kenal akan Anwar..? Adakah Eskay pada masa kejadian menghadapi masalah penglihatan..?

Keempat: Gua tak paham bila Eskay dalam kenyataan terbarunya menafikan bahawa dia menuduh Anwar berzina sedangkan dalam sumpah laknat atau sumpah lahanatnya Eskay mengakui bahawa Anwar adalah "pelaku" dalam video tersebut.

Kelima: Gua tak paham apa sebenarnya maksud Eskay bahawa Anwar adalah pelaku dalam video tersebut... apa sebenarnya yang dilakukan oleh Anwar..?

Keenam: Gua tak paham kenapa tiba-tiba gua terasa nak sebut - "UMphorNO Lan *****"...!!!

Mufti Perlis pulak suruh PAS masuk UMNO..!! Tak Boleh suruh UMNO masuk PAS kee ??

Ahmad Fadhli: Kenyataan Dr Juanda 'separuh masak'

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan meminta Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan pelan cadangannya secara terperinci berhubung penyatuan PAS dan Umno supaya ia dapat difahami dengan jelas.

NONEAhmad Fadhli Shaari yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan berkata pada hakikatnya parti itu tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam.

"Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.

"Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah Umno telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?

"Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat?

NONE“Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," kata Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam berhubung kenyataan Dr Juanda yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai 'pengkhianat Islam' dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Dr Juanda dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam berdasarkan tuntutan al-Quran antaranya melalui ayat 13 surah Asy-Syura
memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

umno mca chua soi lek najibDalam kenyataannya, Ahmad Fadhli turut menggesa Dr Juanda memberi komen mengenai hukum kerjasama Umno dengan MCA apabila presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa berkata parti Cina itu boleh menerima kehadiran PAS dalam BN dengan syarat parti Islam itu menggugurkan agenda perjuangan Islam.

"Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia
membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 1 yang lalu di muka surat 9 untuk rujukan pihak mufti Perlis.

NONE"Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan: However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold...

"Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam BN membisu seribu bahasa?" soalnya.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Oleh itu, sambil bersangka baik terhadap Dr Juanda (kiri), Ahmad Fadhli menganggap kenyataan mufti Perlis itu "separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak" bagi meletakkan persepsi bahawa beliau menghentam pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS-Umno.

Justeru, Ahmad Fadhli berharap agar mufti Perlis itu dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar semua pihak dapat memahami kenyataan beliau


UMNO Pula Mai Join PAS

1. Politik tanahair kini menyaksikan UMNO dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi tidak dipeduli. Malah seninya kian pudar dan "tone"nya kehilangan sentuhan pitching yang tepat. Persembahan tidak seimbang dan penampilan tampak pincang. Apabila UMNO mengajak PAS sekali lagi menyertai Barisan Nasional dan jikalau PAS tidak mahu menyertai Barisan Nasional, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah. Saya lihat UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan.

2. Mengatas nama bangsa dan agama, UMNO melalui Presidennya terus mendesak agar PAS menyertai BN atau sekurang - kurangnya keluar Pakatan Rakyat. Jelas agenda mereka hanya satu iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat yang dilihat semakin utuh atau dalam erti kata lain ialah untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat.

3. Demi bangsa dan agama ! begitulah tone lama yang pitchingnya sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana DAP menentang perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Tiba - tiba MCA yang menjadi rakan kongsi UMNO di dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Inilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P. Ramle sebagai Masuk Angin Keluar Asap.

4. Menariknya, UMNO seperti telah mengiktiraf bahawa perjuangan PAS adalah untuk Islam, justeru itu mereka sangat bimbang kalau - kalau perjuangan suci itu dihalang oleh DAP lantas menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kalaupun tidak mahu menyertai BN. Saya mahu ucapkan terima kasih diatas pengiktirafan secara tidak langsung itu setelah sekian lama sejak tahun 51, PAS diitentang serta dibelasah habis - habisan oleh UMNO dan BN lantaran mereka tidak pernah mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam sebelum ini.

5. Setelah saya kemukakan 4 perenggan di atas, isunya terhenti di atas dua point.

Pertama : Demi bangsa dan agama, PAS tidak boleh menyertai Barisan Nasional kerana kompenan kedua besar parti Barisan Nasional MCA telah memberi amaran agar PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Sedang DAP melalui pengerusinya Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu telah memperlihatkan keterbukaan beliau terhadap dasar perjuangan PAS ini apabila Karpal Singh mengisyaratkan bahawa isu negara Islam boleh dibincang. Sedang DAP memberi isyarat bahawa isu negara Islam boleh dibincangkan, MCA pula membentak keras memberi amaran kepada PAS supaya jangan memperjuangkan negara Islam.

Kedua : Apabila UMNO telah mengiktiraf Islam yang diperjuangkan oleh PAS, lantaran itulah UMNO kelihatan malu malu sayang lalu menggesa supaya PAS keluar Pakatan Rakyat bimbang ianya dihalang oleh DAP. Maka saya berpandangan, amat wajarlah UMNO yang menyertai PAS demi masa depan bangsa dan agama atau sekurang - kurangnya UMNO keluar Barisan Nasional kerana MCA jelas lantang menentang Islam dan penubuhan negara Islam sementara UMNO kini kelihatan sangat berminat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Untuk apa lagi UMNO menahan rasa dan membendung resah bersekongkol dengan MCA.

6. Saya meninjau pandangan umum dari kalangan rakyat awam yang mempunyai akses dengan maklumat ketiga dan rata - rata dalam kelompok yang saya temui mempercayai bahawa kini UMNO dan BN terdesak untuk kembali memulih potensi memiliki dua pertiga majoriti mereka di parlimen. Tiada link kedua melainkan UMNO mesti merencana sesuatu untuk memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat ekoran inilah satu - satunya tembok penghalang untuk UMNO dan BN merealisasikan impian mereka.

7. Mengaibkan peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video lucah kepada umum, pula mendahului siasatan yang adil dan saksama adalah diyakini sebagai sebahagian usaha untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Character assassination ini dilakukan dengan penuh teliti dan terancang. Merentasi kewajaran dan rasional masyarakat bertamadun. Berteraskan prinsip politik Mechavelli "matlamat menghalalkan cara", kini UMNO mencipta satu lagi sejarah hitam politik negara dengan memperkenalkan Politik Lucah yang jijik dan mual.

8. Sebahagian masyarakat pula cepat mengesan bahawa ini tidak lebih dari sandiwara UMNO dan BN apabila tangan kirinya menggapai PAS untuk menyertai mereka sementara tangan kanannya pula siap belati dan sabit bermata dua untuk menikam dan mencincang PAS. Realiti ini jelas diperhati umum, sebagai contoh pilihanraya peringkat negeri Sarawak tempohari, walaupun BN tahu PAS hanya bertanding di 5 kerusi, tetapi Presiden BN yang juga Presiden UMNO terus mengasak dan mengganyang PAS seolah - seolah PAS satu - satunya lawan mereka di Sarawak.

9. Saya tidak bermaksud malah tidak pernah berselera untuk UMNO dan BN menghulurkan simpati kepada PAS sehingga memberi laluan selesa kepada PAS untuk memenangi satu - satu edisi pilihanraya, tetapi apa yang tekankan ialah sikap. Pastinya adab kita mengundang, adab kita mahu berkawan dan sebagainya didahului dengan langkah berbuat baik, beramah mesra dan seumpamanya. Apa yang berlaku, UMNO dan BN terus menunjukkan sikap permusuhan dan dendam politiknya yang berterusan kemudian mengajak PAS menyertai mereka. Jika bukan sandiwara politik maka drama apakah ini ?

10. PAS tidak pernah menolak suatu yang diajar oleh Islam seperti perpaduan ummah dan kerjasama baik demi negara, bangsa dan agama selama mana ia benar - benar dibina di atas landasan Islam. Wajarnya UMNO pula menyertai PAS demi merealisasikan hasrat murni tersebut. Sementelah PAS pernah mempunyai pengalaman menyertai Perikatan suatu ketika dahulu, kini eloklah UMNO pula mengambil pengalaman tersebut. Jika UMNO enggan untuk menyertai PAS demi kerana bangsa dan agama maka bagaimanalah UMNO boleh fikir bahawa PAS mahu menyertai UMNO dan BN ?

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan

Ketua DPP Malaysia

Ahli PAS mai kot mana.. Isi borang pon tidak.. nasib laa..lepas nai naik turun mahkamah la jawabnya..!!

Rahaiza & Rozuki… naik turun mahkamah hangpa lepas ni

Oleh: Mujahidah (Wartawan Kedah La)

ALOR SETAR, 4 Mei 2011 – Berikutan penyamaran yang dilakukan individu-individu tertentu di majlis 'penyerahan borang keahlian UMNO' pada 30 April 2011 bertempat di Kuala Sungai, Alor Setar, Kedah baru-baru ini, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah, Sdr Azizi Abdullah.

Individu yang dimaksudkan ialah Ahmad Rozuki (510930-02-5563) yang telah menyamar dengan niat melakukan penipuan sebagai Ketua Cawangan PAS Lahar Buluh sedangkan beliau bukan ahli PAS dan cawangan terbabit juga tidak pernah wujud dalam PAS Kawasan Kuala Kedah.

“Tindakan beliau semata-mata bertujuan menipu, sedangkan beliau sendiri bukan ahli PAS dan cawangan Lahar Buluh tidak wujud dalam kawasan Kuala Kedah,” ujar Azizi.

Tambah Azizi lagi, dakwaan Rahaiza Abd Rahim (gambar) yang kononnya seorang ahli muslimat PAS cawangan Kuala Sungai juga merupakan satu pembohongan kerana cawangan tersebut juga tidak pernah wujud dalam kawasan Kuala Kedah.

“Beliau sendiri (Rahaiza) tidak pernah mendaftar sebagai ahli PAS, macamana dia boleh mengaku dia ahli muslimat PAS.

“Penyamaran tersebut bertujuan jahat dan semata-mata mengelirukan orang ramai,” tegasnya.

Tegoq Untuk Bagi Elok.. Salah kaa..????

oleh AnakKedah007

ini aku copy paste dari facebook KedahLanie dan aku tujukan ini kepada semua Pemuda-Pemuda Pakatan Rakyat... dimana hangpa kena ingat RAKYAT letak harapan paling tinggi kat hangpa sebab hangpa saff pemuda.... namun sejak dua menjak nie bila aku cuit sikit ada yang duduk tak senang sampai maki hamun aku kat blog aku.... jadi aku rasa hangpa semua fahamlah kot apa message yang aku nak beritahu kat hangpa yang telah berusia 3 tahun pegang negeri Kedah dengan mana waktu itu hangpa diangkat jadi Pemimpin pemuda...

Jadi aku rasa aku stop dulu nak tegoq hangpa semua kerana aku sangka message aku dah sampai jadi hangpa pikiaq laa nooo.....

Dan satu lagi aku nak habaq kat semua yg aku bukan mamat yg hangpa dok canang dalam komen di blog aku tuuu... aku sebenarnya tak ada sekelumit pon nak menentang hangpa semua... tujuan aku sekadar cuma untuk menegoq...

Akhir kata... Ampon maaf di pinta... kepada semua... waa permisi dulu... ariossssss....

Wassalam....

Dari facebook Kedah lanie....
Ada org mintak supaya pemuda pakatan rakyat kedah supaya cergas sikit spt mana pemuda pas buat laporan polis tghari tadi.. Nak buat laporan pasaipa boleh rujuk dekat blog kedahla.blogspot contohnya.. Kisah sidang dun.. Dan mcm2 lg..mau dgn tak mau jaa
6 hours ago via Mobile Web · ·

    • محمد فكري عبدالرحمن KL>depa bkn tak mau buat,tapi kdg2 buat repot mcm curah ayaq ataih daun keladi...
      5 hours ago ·
    • Kedah Lanie Kita jgn lihat one way sahabat kita tgk segenap sudut..antaranya dgn laporan yg dibuatkan itu ia akan menyebabkan beban menjawab ada dipihak sblh sana cth hari nie depa kata 225 lompat kita nafi dan kita saman yg nipu tu skrg siapa yg harus jwb.. Mereka.. Jk diam camtu isu nie maka tugas kita p cerita pelusuk dunia..ingat dulu rakyat cuma baca laporan polis fotostat tu ja rakyat boleh berubah..
      5 hours ago ·
    • Sedaka Sejahtera ana setuju dengan KL
      5 hours ago ·
    • Zul Hazmi
      bg aku yg tak berapa cerdik politik ni cenggini ja la.. mudahnya..segala kemungkaran yg depa dok buat selama dok perintah Kedah dulu ni kena dibongkar.... kalau perlu buat report polis ka SPRM ka.. kena buat la... sbbnya dulu masa dok berkempen puak2 belah kita gak la yg bagai nak gila berjanji nak perelokkan pemerintahan negeri... nak bongkar salahlaku puak2 belah sana.... nak ligan sampai lubang cacin bagai... la ni bila dah boleh buka rekod depa... ada bukti kesalahlakuan... buat ja report.. samada pihak berkuasa ie PDRM/SPRM nak siasat atau tak tu terpulang pd depa.. at least klu depa tak siasat pun kita buleh dah bgttau rakyat yg kita dah bongkar..kita dah report tp depa dpt perlindungan drpd pihak2 berkeris..... rasanya dah masuk 3 thn dah dok simpan kelaku depa.. depa dok attack kita bagai nak gila.... kita dok nganga saja ka??? hari tu dah dedah dlm DUN.... Audit Negara pun ada dedah tp tak jd apa... la ni sampai la masanya kena buat report terus bg depa disiasat.. klu PDRM/SPRM tak siasat.. kita terjah plk PDRM/SPRM... apa depa buat dgn report kita??? nganga jugak ka??? Tu la pandangan aku yg tak arif sgt nie....
      5 hours ago · · 3 people
    • Kedah Lanie Laaa apa yg hang katakan tu kira kana habaq camtu laa tp tak tau nak karang mcmana mudah2an saf pimpinan pemuda yg baru dipilih dan yg kekal lg tu fikir2kan lah mana yg terbaik
      5 hours ago · · 2 people
    • Kedah Lanie Apa kata pemuda buat plak laporan polis ka sprm ka seminggu 1 mcm blog kedahla buat pendedahan 1hari1.. Ada berani?
      5 hours ago ·
    • Sedaka Sejahtera Kita Ustaz Ahmad Yahya selaku Ketua Pemuda PAS Kedah menggerakkan satu biro yang lebih agresif untuk tindakan segera berkaitan dengan isu semasa. BIAR PEMUDA PAS BENAR-BENAR JANTAN!!!!
      4 hours ago · · 1 person
    • Zul Hazmi boleh ka Pemuda Kedah yg dilantik semula ni buat lagu tu???? Kalau boleh elok sgt la..... jgn dok koro ja..... org bagi amanah kan??
      4 hours ago · · 1 person
    • محمد فكري عبدالرحمن KL>ana sebut di atas sbb dan musabab knp pemuda jadi malaih nak buat laporan polis ni,tu pun tadi sblm pi buat laporan mai jumpa ana dulu sbg penasihat undang2 kwsn (tdk berbayar) hehehe,tlg deraf repot bagi sempurna,bkn depa tak mau,tapi anta sendiri faham sistem kita yg ada skrg...
      4 hours ago ·
    • Zul Hazmi MAQOM dah naik la hang Bro fikri oi..... leh gak depa mintak nasihat.... ada bg nasihat lain dak???
      3 hours ago · · 1 person
    • محمد فكري عبدالرحمن Zul>tak dak apa loyaq cabuq saja,kita test S.416 KK tgk apa respond pihak polis,tapi kami dlm proses mengkaji kes untuk fail civil suit terhadap kedua2 indvidu tersebut...hehehe
      3 hours ago ·
    • Zul Hazmi mola mmg cabok... tp koi naik la MAQOM tu.... test jgn tak test... kena kerap2 test puak2 tu.... asyik Hafarizam ja dok test kita Bro...... kita kena test depa gak.....
      3 hours ago · · 1 person
    • محمد فكري عبدالرحمن Zul>dah lama jadi legal advisor ni sblm tukaq gomen lagi,tapi low profile dibelakang tabir...
      3 hours ago ·
    • Zul Hazmi aku tao dah lama.... tp kira ok la tu depa nak jgk ambik nasihat....
      3 hours ago ·
    • محمد فكري عبدالرحمن Zul>kwsn kola kedah mana ada sapa dah,terpaksalah
      3 hours ago ·
    • Zul Hazmi ok lah klu depa nak jgk tanya pendapat...tp benda2 lain pun kena gak la tanya pendapat... klu la loyar2 cabok bg pendapat jgn dikesampingkan sj..... w/pun loyar ni bkn ustad2.....
      3 hours ago ·
    • محمد فكري عبدالرحمن setuju Zul,depa kena tanya jugak pdpt mcm mana pun,kita pulak ikhlas mberi pdpt unt kbaikan jamaah,mgkin kdg2 pdgn kita agak pedas dn sukar diterima ttp unt mlihat jamaah menjadi kuat semua perlu berlapang dada...
      3 hours ago ·
    • Zul Hazmi tu lah maksudnya....bila kita bercakap...mengkritik & memberikan pandangan..bkn nak menjatuhkan sesiapa.. tp nak memantapkan & memperteguhkan Jamaah yg kita sokong..... berlapang dada menerima pandangan itu ciri2 pemimpin berjiwa besar....
      3 hours ago · · 1 person
    • محمد فكري عبدالرحمن BERJIWA BESAR...ya itulah yg aku impikan kpd jamaah yg disayangi ini.
      3 hours ago ·
    • Kampong Alor Pering Setuju ngan zul hasmi & KL.. memang hat tu la yg kita nak pon dari barisan PEMUDA2 ni... biaq nampak cergas skit.. ni bila org kata PEMUDA naik angin x tentu pasal kes Teguran Prof. Aziz hari tu,, tau pulak depa melenting..... kes mcm ni awat sengap...??
      2 hours ago ·
    • Kampong Alor Pering setuju ngan zul hasmi: berlapang dada menerima kritikan itu, memg ciri2 pemimpin bjiwa besar,,,, malangnya ada lg pimpinan yg x leh ditegor dan cepat Naik angin...!!!
      2 hours ago ·
    • Kedah Lanie
      tengok root couse kami nak bagi tahu nie --> UMNO KATA ADA AHLI PAS JOINT DIA---->mereka merak 1Malaysia canang dalam paper & tv --->KITA DIAM bermakna kita akui apa yg dilakukan ----> Kita bantah dan NAFI ----> SAMAN MALU BALIK ----> POLIS TAK BUAT APA SIMPAN SAJA LAPORAN KITA ---> Takpa ----> mesage kita kepada RAKYAT ----> depa akan lihat kita nafi dan kita saman balik UMNO yg bawa cerita itu... ----> skrg siapa yg RUGI & UNTUNG..??/ lantak laa polis tak buat apa pon janji RAKYAT di bawah faham dan mengerti apa yg kita perjuangkan... masalah skrg kita jadi lemah bila kita kata POLIS tak buat apa.... awat selama ini POLIS siasat kah laporan kita... dah berapa org kah UMNO kena dakwa... namun target kita RAKYAT.... fikirlahhh sebaiknya....
      37 minutes ago · · 2 people
    • Zul Hazmi
      Sbb tu kena ada pimpinan yg kemaih.. Yg cargas.. Yg berani.. Pro aktif.. X mandom & tak koro!! Dulu sblm perintah negeri.. Sikit2 buat report polis.. Sikit2 report polis w/pun bukti x brapa ada.. Sejak perintah negeri.. Jd lemau semcm ja.. Awatnya??? Pakat dok jaga Bukit Uhud sampai x mau turun ka??? Bab polis x mau siasat tu satu pasai la.. Tp masa kita jd pembangkang dulu, lambat lepa nak report!! Awat dulu polis siasat ka?? Jgn dok nganga ja bila org dah bg amanah utk jd pemimpin!! X tau la org bg amanah @ lobi utk org bg amanah.. Sendiri mau ingat la.. Org di bwh dok perati ja.. Diam org bwh bkn bermaksud setuju, cuma perati.. Ada yg dok tgu masa nak meletup ja.. Jaga... Jgn dok syok sendiri sgt sahabat2 yg mendapat amanah br2 ni... Jaga.. Bila ada yg meletop tu bkn makna nak pejatuh tp nak perbaik.. Klu rs x mampu pikul amanah, jgn ambik amanah tu.. Org bwh tau kerja buat kita.. Jaga baik2...
      20 minutes ago · · 2 people




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...