TERKINI :

Wednesday, May 4, 2011

Kami di KEDAHLANIE dah lama dah nak cakap macam nie.. apadia.. LUNCAI.!!

PR PERLEKEH..KUASA BLOGGER

PRU 13: Media

Oleh: MSK

Dari dulu sampai sekarang, pemimpin Pakatan masih lagi buat bising tentang Utusan dan TV3.
Utusan pembohong. Utusan putarbelit. Utusan berat sebelah. blah..blah…blah.
TV3 penipu. TV3 tak bagi ruang kepada Pakatan. TV3 tak ada etika. blah…blah…blah.

Sapa yang percaya Utusan akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bodoh.
Sapa yang percaya TV3 akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bangang.
Sama juga sapa yang berharap Harakah akan kata Umno bagus adalah bodoh.
Sama juga sapa yang berharap Keadilandaily menulis yang baik tentang BN adalah bangang.

Utusan, TV3, Harakah dan Keadilandaily adalah akhbar parti. Sudah semestinya depa tulis yang baik tentang parti depa, dan yang buruk tentang musuh depa.

Utusan dan TV3 dok kutuk kita sudah sekian lama. Depa dok menipu tentang kita sudah lama. Tapi pasai apa tahun 2008 kita boleh menang 5 negeri? Pasai apa di Parlimen kita boleh dapat 81 kerusi sehingga menafikan 2/3?

Orang Pakatan sudah lupa pasai blog dan blogger. Maklumlah sekarang sudah pandai berfesbuk dan twitter.

Dalam PRU 13 akan datang, ada dua kelompok pengundi yang menjadi majoriti. Gen X dan Gen Y. Gen Boomers mungkin ada nama saja dalam daftar pemilih. Yang akan datang kepusat pengundian pun, mungkin kena naik kerusi roda.

Gen Boomers adalah generasi kertas. Gen inilah yang masih dok baca Utusan dan tengok TV3 untuk mendapat berita. Kalau dapat masukSinar Harian, heboh keliling kampung. Tak kira orang BN atau orang Pakatan, tak ramai Gen Boomers yang baca berita melalui internet. Gen X dan Y tengok TV3 untuk hiburan. Masa Buletin Utama depa tukar channel.

Gen Boomers jugak yang dok heboh jangan baca Utusan atau tengok TV3. Geng Boomers jugak yang kata jangan percaya Utusan dan TV3. Tapi bila TV3 dan Utusan tulis pasai Raja Petra, geng ni jugak la yang percaya. Tak percaya? Pi tanya Chua Jui Meng.

Yang menyebabkan Pakatan menang besar dalam PRU 2008 adalah dari Gen X dan sedikit dari Gen Y. Gen X adalah Gen blog dan website. Manakala Gen Y adalah Gen Facebook dan Twitter. Gen X adalah Gen laptop, manakala Gen Y adalah Gen-mobile.

Pencapaian terbaik Pakatan pada tahun 2008 adalah disebabkan oleh laman-laman web dan blog. Web dan blog berjaya menangkis serangan Utusan dan TV3. Tapi aku tau, ada orang akan kata…”Eleh…Matsamankati syok sendiri.”

Sebaik saja PRU 2008, blog-blog tumbuh seperti cendawan. Prestasi Pakatan semakin meningkat. Dalam setiap PRK, Pakatan menang. Dalam krisis Perak, blog memainkan peranan utama menyampaikan maklumat kepada rakyat. Dan blog-blog pro-Pakatan dikunjungi oleh majoriti pembaca internet. Manakala blog-blog pro-Umno tak ada sapa yang nak baca. Kalau nak baca pun, mungkin depa baca blog Parpukari.

Pada November 2009, aku buat perbandingan diantara blog pro-Pakatan dengan blog pro-BN.

http://2.bp.blogspot.com/-U_-fRwd5ZUU/TcEmdQCpU2I/AAAAAAAAA44/limBxeTx6FA/s1600/alexa-20112009.png
Ranking Alexa 20 November 2009

Blog-blog pro-Pr bewarna biru dan blog pro-BN bewarna oren. Dalam Top10… PR menang 9-1. Dalam Top20… PR menang 16-4. Dalam Top50…PR menang 37-13.

Berapa ramai diantara blogger-blogger Pro Pakatan yang dibayar? Berapa banyak duit Pakatan habis untuk menaja blogger-blogger ini? Setakat blogger-blogger yang aku kenai, semua sengkek. Tu pasai ramai yang tak tahan dan berundur atau perlahan.

Dari mula Pakatan menang aku cuba menyatukan blogger-blogger pro-Pakatan untuk memastikan sekurang-kurangnya depa boleh bayar duit broadband pun jadi la. bukan senang nak jadi blogger. Takat blogger copy-paste boleh la. Tapi kalau nak berjalan cari maklumat, buat research…banyak modai. Sapa nak bagi? Sampai la….habuk pun tarak.

Aku pernah bagi tau kat seorang EXCO Perak yang bertanggungjawab tentang Penerangan untuk mengoptimumkan penggunaan internet kepada rakyat. Malah Pengarah Penerangan pun orang PKR. Apa jawapan mereka? “How many people read internet?”

Kalau depa tanya lagi macam tu, suruh depa pi blog Tukar Tiub. Dan suruh depa kira jumlah pengunjung yang mengunjungi blog Tukar Tiub. Aku ambik blog Tukar Tiub sebab dia maintain sejak dari dulu.14,348,309 pengunjung bahagi dengan 32 bulan. Sama juga dengan 448,384 pengunjung sebulan. Bayangkan…berapa ramai manusia yang tengok video porno dalam blog-blog Umno yang menduduki Top10? Tok Imam dan Tok Siak pun tengok!!!

Nak kata kerajaan Pakatan Rakyat tak dak duit pun tak boleh. Berapa juta dihabiskan untuk TV Antara, yang kemudian bertukar jadi Tv selangor, sekarang jadi TVSNews pulak? Gaji CEO saja dah dekat 20ribu sebulan…tapi apa pencapaiannya?

Bukan aku nak berlagak la. Tapi kalau bajet puluh ribu sebulan untuk nak maintain TVSNews…dan dengan ranking Alexa 832, bagi kat Anak Sungai Derhaka buat lagi bagus. Dengan gaji CEO TVSNews tu, aku rasa blogger-blogger boleh buat 10kali ganda lebih baik.
Berapa banyak bajet yang diperuntukkan untuk Selangorkini.com? Bukan aku nak riak. Tapi dengan hasil menebas rumput tepi highway, aku buat Malaysiatimes, dalam sebulan dah boleh potong ranking Selangorkini.com yang bajet depa saja ratus ribu setahun.

Ini masalah Pakatan terutama PKR yang sibuk menyalak tentang Utusan. Tak ada orang nak baca Selangorkini.com…manakala versi cetak pulak berlonggok kat Pusat Khidmat. Kat Kedah aku tak tau apa. Harap baca Kedah Lanie saja. Kat Penang nasib baik ada Din Binjai dan Zul Mamak. Tu pun dok harap FB. Blog depa pun makin lama makin gersang.

Bila kita bagi tau, macam-macam alasan. Yang tu tak boleh, yang ni tak boleh.

Pirrrah!! Iban kat Sarawak pun boleh buat Radio Free Sarawak, tapi empat negeri Pakatan nak buat suratkhabar pun tak boleh.

Dalam PRU 13 akan datang, nak harap sapa? Nak harap Utusan dan TV3 buat laporan seimbang? Mampuih pi la kat hangpa.

Dalam PRU 13 akan datang, blog masih memainkan peranan. Tetapi oleh kerana Pakatan buat tak tau kat blogger..blogger nak buat apa? Anak bini kena tanggung jugak. Dan apa akibatnya?

http://2.bp.blogspot.com/-CLTBIUgrSqw/TcEos4nDf0I/AAAAAAAAA5A/apsfOj5HCW8/s1600/Alexa-03052011.png

Blog-blog pro-BN sudah mengambil alih ruang siber. Kalau dulu Top10, PR menang 9-1, sekarang sudah tewas 3-7. Dalam top 20, dulu menang 16-4, sekarang sudah tewas 8-12. Dalam Top50, dulu menang 37-13, sekarang sudah tewas 22-28.

Kalau dulu blog-blog pro-Pakatan Rakyat menguasai hampir 80% pelayar-pelayar blog-blog politik, sekarang sudah tinggal hanya 35%.

Tapi jangan risau. Blog Matsamankati hanya tau mengkritik. Bukan tau macam mana nak bagi teguran membina.

Dan jangan risau. Bila kalah nanti sudah ada alasan yang disediakan.
Pakatan tewas kerana maklumat tak sampai kepada pengundi.
Pakatan tewas kerana Utusan berbohong. Pakatan tewas kerana konspirasi TV3.

Kepala bapak hangpa.

Admin KedahLanie - depanie tau ka sapa dia minah ALEXA tuuu...???

Metafora yang jelas menggambarkan mengapa PAS tidak akan bersatu dengan UMNO & BN.

Mengapa UMNO perlu diganti oleh PAS..!!

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah menggariskan beberapa sebab mengapa UMNO perlu diganti oleh PAS. Antaranya ialah :
1. Islam tidak menjadi dasar UMNO
2. Dasar UMNO yang pragmatis (ikut suasana)
3. Islam hanya kuda tunggangan UMNO
4. Program Islam sebagai alat politik
5. UMNO peralatkan Melayu untuk kepentingan peribadi
6. Sikap individualistik dalam kalangan pemimpinan UMNO
7. UMNO melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak dan penuh dengan skandal
8. UMNO tidak membela agama
9. Ulama UMNO hanya subang tembaga
10. Amalkan dasar UMNOputera bukan bumiputera
11.Gagal meningkatkan ekonomi bumiputera
12.Khianat bangsa sendiri
13.Rasuah dalam pemilihan pimpinan UMNO
14.UMNO kena sakit 'ketuaan" - Tun Musa Hitam
15.Gagal mengatasi masalah akhlak
16.Keselamatan sosial semakin merosot
17.Peranan masjid dimatikan
18.Menyuburkan industri maksiat
19.Gagal atasi masalah rasuah
20.Mengkhianati hak orang miskin
21.Membayar wang rakyat kepada Syarikat APCO Israel
22.Harta negara tergadai di tangan asing

TAHNIAH.. Minyak Naik Lagi.. PM pertama yang penaik harga minyak paling tinggi dalam sejarah..

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter. Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Siapa Pengkhianat Islam?

Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Mereka yang menghalang penyatuan UMNO dan PAS digelar pengkhianat Islam oleh Mufti Perlis. Sekilas pandang, siapa jua yang menghalang usaha penyatuan adalah pengkhianat. Justeru penyatuan secara asasnya adalah suci malah dituntut. Tiada siapa yang mahu berpecah dan berpisah tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh. Tetapi apabila bercakap soal penyatuan antara PAS dan UMNO, saya sarankan sohibus samahah Mufti Perlis mengkaji terlebih dahulu secara mendalam dan teliti.

2. Antara PAS dan UMNO jangan hanya dilihat pada bangsa dan warna kulit semata - mata lalu disogok agenda penyatuan bangsa melayu. Sebaliknya perlu dilihat bagaimana pula sikap kedua - dua parti melayu itu [PAS dan UMNO] terhadap Islam. Sikap terhadap Islam dan bagaimana mereka menanggapi Islam adalah kayu ukur yang paling penting untuk bercakap soal penyatuan antara kedua parti ini.

3. Sungguhpun Islam menggalakkan malah menyuruh supaya ummatnya bersatu padu, namun Islam meletakkan syarat serta garis panduan yang jelas bagaimana penyatuan itu wajar dilakukan atau sebaliknya. Antaranya Firman Allah yang bermaksud :

Wahai orang - orang yang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar - benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan kamu tunduk menyerah diri kepada Allah swt. dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah dan jangan sekali - kali kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika dulunya kamu saling bermusuhan maka Allah telah menyatukan hati - hati kamu, lalu dengan nikmat Allah itu kamu bersaudara sedang kamu telah berada di jurang api neraka, lantas Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah dijelaskan oleh Allah kepada kamu ayat - ayatNya, mudah - mudahan kamu beroleh petunjuk.

Surah Aali Imran 103

4. Ayat di atas jelas meletakkan syarat utama untuk tidak berpecah belah ialah berpegang teguh dengan Tali Allah iaitu Al Quran atau Al Islam bukan bangsa atau warna kulit jauh sekali harta benda, pengaruh dan pangkat. Lantaran penyatuan manusia adalah melibatkan penyatuan hati dan hati tidak boleh dijinakkan dengan harta benda dunia. Firman Allah swt yang bermaksud :

Dialah [Allah] yang telah menyatukan antara hati - hati mereka. sekiranya engkau membelanjakan keseluruhan apa yang ada di atas muka bumi ini, nescaya engkau tidak boleh menyatukan hati - hati mereka akan tetapi Allah swt telah menyatukan antara mereka sesungguhnya Ia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Surah al Anfaal 63

5. Islam adalah asas penyatuan. Tanpa Islam bagaimana mungkin penyatuan itu boleh direalisasikan. Sementara kebajikan dan taqwa pula menjadi objektif utama kepada penyatuan yang dianjurkan oleh syariah. Firman Allah swt yang bermaksud :

dan bertolong bantulah kamu dalam perkara yang membawa kepada kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara yang mengundang dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah swt sesungguhnya balasan Allah sangat dahsyat.

Surah al Maaidah 2

6. Ayat di atas pula bukan sahaja menyuruh kita bertolong bantu, bekerja sama dan bersatu padu untuk melakukan amal kebajikan dan bertaqwa kepada Allah [ dengan melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah swt dan meninggalkan apa jua yang telah dilarang oleh Allah swt.] tetapi nas di atas juga melarang sebarang kerjasama dan penyatuan yang menumbuhkan bibit dosa serta menyuburkan permusuhan sesama ummat manusia.

7. Penyatuan antara PAS dan UMNO mesti disokong malah wajib diusahakan jika ianya berteraskan Islam dan berobjektifkan taqwa kepada Allah swt. Pengusahanya dijulang dan penyokongnya dialu - alukan. Sementara penentangnya adalah jahat dan pengkhianat.

8. Sebaliknya penyatuan antara PAS dan UMNO tidak boleh dilaksanakan jika ianya tidak diasaskan kepada Islam dan pula berobjektifkan dosa kepada Allah swt. Pengusahanya dilarang dan penyokongnya pula sia - sia. Sementara penentangnya pula adalah hebat dan berwibawa.

9. Bahkan kerjasama yang disertai PAS bersama Pakatan Rakyat adalah kerana Islam dan ianya dilandaskan di atas konsep Tahaaluf Siasi [kerjasama politik] untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional guna menamatkan siri penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kezaliman, penindasan yang dilakukan oleh Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun yang lalu.

10. Tanpa perlu membuang masa lagi, saya mengundang UMNO meninggalkan Barisan Nasional dan meninggalkan segala perbuatan mungkar demi masa depan agama, rakyat dan negara. Ayuh kita bersatu dan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk membina masa depan dan peradaban baru yang lebih dinamis, jauh dari pengaruh mungkar yang dimurkai oleh Allah swt. Pengusaha yang gigih untuk menamatkan siri keangkuhan kuasa dan sombong dengan dosa yang dilakukan oleh mereka adalah pejuang sementara Penentang usaha inilah pengkhianat Islam !


Murnikan Perjuangan dan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Umno kini terhegeh-hegeh cari simpati PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan tindakan Umno yang mempelawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan duduk bersama dengan BN sebagai tindakan tersepit dan terdesak.

Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar berkata, Umno kini ibarat ‘orang hampir lemas yang cuba berpaut pada apa sahaja’ sedangkan mereka selama ini yang memburukkan PAS di mata masyarakat dengan pelbagai tuduhan hodoh dan menghinakan.

Selama ini, katanya mereka sombong dengan menganggap mereka sahaja parti terbaik untuk kaum Melayu dan PAS adalah sebuah parti yang sesat serta tidak mempunyai masa depan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, perlu dingat bahawa selama puluhan tahun Umno hidup dengan membuli dan mengganyang musuh politik mereka.

Menurutnya, PAS dan lain-lain parti pembangkang tidak pernah diberikan hak dalam pentas demokrasi yang sebenar.

Bahkan, ujarnya hampir setiap hari media massa milik mereka memburukkan pemimpin PAS dan PR.

Selain itu, katanya hampir seluruh jentera kerajaan dipergunakan semaksima mungkin dalam memastikan pembangkang khususnya PAS terus jatuh terduduk dalam setiap pilihan raya umum dan kecil.

“Apakah dalam keadaan demikian, Umno masih terhegeh-hegeh mencari simpati PAS?” soalnya.

Tegasnya, DPPP mengingatkan bahawa PAS telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang jalan perjuangan mereka dalam pentas politik di Malaysia, bukan sekadar ugutan dan fitnah, bahkan pemimpin PAS pernah dikenakan ISA, dipenjara, bahkan dibunuh.

Ini semua, jelasnya dilakukan oleh pemimpin Umno yang kononnya mahu memperjuangkan bangsa Melayu.

Beliau menambah, masih segar dalam ingatan bagaimana tindakan Umno terhadap kerajaan Terengganu yang majoritinya bangsa melayu pada tahun 1999-2004 apabila dinafikan royalti petroleum hanya kerana mereka diperintah oleh PAS.

Begitu juga, ujarnya nasib yang sama diterima oleh Kerajaan PAS Kelantan yang sehingga ke hari ini terpaksa memperjuangkan hak untuk mendapatkan royalti petroleum di mahkamah.

Menurutnya lagi, sejarah juga membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengkhianati hak orang melayu sebaliknya Umnolah yang menjadi petualang dalam menghakis hak keistimewaan orang melayu.

“Apakah kita lupa bahawa biasiswa telah digantikan dengan PTPTN, bagaimana bantuan sekolah agama rakyat ditarik?” tanya beliau.

Beliau turut mempersoalkan ke mana perginya saham bumiputera yang bernilai 52 bilion.

Ini, katanya semua berlaku kerana Umno sememangnya tidak pernah memikirkan bagaimana mahu membantu orang melayu sebaliknya menyalahgunakan kuasa yang di amanahkan dengan mengaut keuntungan peribadi.

Tambahnya tindakan mempelawa PAS ini menjelaskan kepada semua bahawa sebenarnya sokongan orang Melayu kepada Umno sudah semakin terhakis.

“PAS pula dilihat sebagai pengganti yang sesuai bagi orang Melayu, lebih-lebih lagi dengan budaya politik kotor dan keji yang mereka amalkan seperti video lucah seperti yang dipaparkan sekarang,” katanya.

Tegasnya, orang Melayu sudah semakin meluat dengan politik ‘Machiavelli’ Umno sehingga sanggup mengenepikan syariat Islam.

DPPP juga, katanya melihat tindakan Presiden Umno yang mempelawa PAS keluar daripada PR dan bersama dengan BN sebagai helah politik semata-mata demi untuk menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakan-rakan di dalam PR.

“Dan ini juga merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan sisa-sisa riwayat Umno yang semakin menghampiri penghujungnya.

“PAS tidak sesekali akan terpedaya dengan umpan Umno sehinggalah akhirnya Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13,” tegasnya.

Strategi Umno BN buli Cina, tipu Melayu

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Buli Cina, tipu Melayu, itulah sahaja cara Umno BN untuk terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Pada masa yang sama, parti itu juga terpaksa menjangkitkan wabak takut Cina ke dalam pemikiran orang-orang Melayu sebagai salah satu strategi utamanya untuk menipu orang-orang Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa, kata beliau.

"Setelah menggunakan bermacam-macam cara untuk memeras ugut orang-orang Cina supaya menyokongnya, termasuk ancaman tidak ada lagi menteri dari kalangan kaum Cina jika kaum itu enggan mengundi Barisan Nasional (BN), sokongan orang-orang Cina terhadap parti itu tetap semakin pupus.

"Akibatnya, Umno hanya mengharapkan undi orang-orang Melayu sahaja. Untuk menghasut orang-orang Melayu supaya menyokongnya, parti itu terpaksa menyebarkan wabak fobia Cina dan fobia DAP.

"Itu taktik Yahudi Zionis yang digunakan oleh Amerika Syarikat yang menakut-nakutkan dunia dengan fobia Islamnya.

Tidak menghairankan jika Umno khususnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menggunakan taktik yang sama kerana Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide adalah tempat beliau dan parti yang dikepalainya memohon petunjuk," kata beliau ketika menolak hasutan perkauman Najib terhadap PAS.

Dengan memainkan sentimen perkauman, Perdana Menteri mendakwa penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) hanya menguntungkan DAP.

Dengan harapan untuk memudahkan partinya memenangi pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno itu kelihatan berharap sangat agar PAS keluar dari PR.

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," katanya ketika berucap di Kuala Terenganu Sabtu lalu.

Mahfuz menyifatkan hasutan perkauman Najib itu sebagai keluhan orang putus asa dan terdesak.

"Najib dan Umno sudah berputus asa dengan undi orang-orang Cina dan hanya mengharapkan sokongan orang Umno.

"Untuk memastikan Umno menang di kawasan-kawasan yang ditandinginya, racun perkauman digunakan habis-habisan untuk menghasut PAS supaya bersendirian dan bila ada pertandingan tiga penjuru di antara Umno, PAS dan PR, Najib menyangka mudahlah Umno memenangi kerusi-kerusi yang ditandinginya.

"Tidak perlu aktivis politik, budak berhingus pun boleh membaca muslihat yang sangat tidak cerdik itu. Apa boleh buat, setakat itu sahaja kemampuan dan kebolehan Perdana Menteri untuk berfikir bagi memastikan partinya terus berkuasa," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan orang-orang Melayu agar tidak membiarkan Umno yang membawa wabak perkauman terus menipu mereka kerana jika dibiarkan, negara ini boleh terjerumus ke dalam kehancuran akibat rusuhan kaum.

"Keganasan strategi buli Cina, tipu Melayu tidak boleh terus dibiarkan.

"Jika dibiarkan dan Umno terus berkuasa, rusuhan kaum mungkin tercetus dan orang-orang Melayu pula akan terus rugi dan ketinggalan kerana parti perasuah tentulah lebih mengutamakan tuan-tuannya yang terdiri dari tauke-tauke yang selama ini menjadi rakan kongsinya, bukannya orang-orang Melayu yang tidak mampu mengenyangkan perasuah," katanya.

Beliau juga mengingatkan, orang-orang Melayu juga tidak boleh membiarkan Umno terus berkuasa untuk membuli orang-orang Cina.

"Jika dibiarkan, orang-orang Melayu juga akan terpalit dengan imej jahat itu. Orang-orang Melayu tidak boleh membiarkan Umno mempalitkan mereka dengan imej pembuli yang jahat dan gila bermusuh," kata Mahfuz.

Beliau bagaimanapun tidak nampak kemungkinan Umno akan menghentikan agenda buli Cina dan tipu Melayu itu kerana hanya itulah satu-satunya cara untuk membolehkan parti itu terus berkuasa.

"Umno nampaknya begitu selesa dengan strategi buli Cina, tipu Melayu itu," kata Mahfuz.

Amerika: Dipersilakan Keluar Dari Afghanistan

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
Amerika: Dipersilakan Keluar Dari Afghanistan
4 Mei 2011 (Rabu)

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat, LA DPPP ingin merakamkan ucapan takziah di atas laporan pemergian as-syahid Osama Bin Laden. LA DPPP berpendapat bahawa selagi mana kamu tidak dibuktikan bersalah, maka kamu tidak bersalah (you are not guilty unless you are prove guilty). Osama telah terkorban dalam serangan hendap oleh tentera Amerika Syarikat di Pakistan. Sehingga hari ini, tiada bukti jelas bahawa gambar yang disiarkan media antarabangsa adalah wajah sebenar beliau, namun rata-rata dunia seolah telah meratapi kematian beliau sebagai pejuang yang memperjuangkan keadilan bagi umat Islam. Namun oleh kerana beliau tidak diadili oleh mahkamah, maka teka-teka siapakah yang menjadi dalang atas segala serangan selama ini tidak terjawap. LA DPPP secara jelas tidak bersetuju diatas serangan keganasan yang mengorbankan orang awam termasuk kanak-kanak , wanita dan harta awam, namun setakat ini tiada bukti konkrit bahawa ianya dilakukan oleh Osama.

Osama dikenali oleh umat Islam sebagai pejuang yang menentang ketidakadilan dan imperilis barat, kecekalan beliau dalam mengkritik dasar luar Negara barat seperti Amerika dan Eropah jelas dirasai heningnya oleh masyarakat Islam antarabangsa. Musuh utama beliau adalah imperilis barat di ketuai Amerika, dan itulah perjuangannya sehingga ke Akhir perjuangannya, jika benar beliau telah terkorban.

Presiden Obama, telah memaklumkan kepada dunia, bahawa Amerika telah Berjaya menumpaskan Osama dan Al-Qaeda melalui operasinya di Pakistan. Secara dasarnya tujuan dan misi utama Amerika di bumi Asia telah selesai. Oleh itu LA DPPP mendesak agar Amerika Syarikat dan sekutunya supaya dengan segera keluar dari bumi Afghanistan, Pakistan dan seluruh bumi Arab kerana alasan yang diguna pakai mereka sebelum ini ialah untuk menangkap dan menumpaskan Osama dan Al-Qaeda. Dengan terkorbannya Osama maka misi Amerika di Asia Tengah sepatutnya TAMAT. Oleh yang demikian, tiada lagi hujah dan alasan dangkal Amerika untuk terus berada di rantau umat Islam. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga perlulah mengadakan siding khas bagi mengarahkan dengan kadar segera pengunduran tentera-tentera Amerika dan NATO dari bumi Asia terutamanya Afghanistan.


RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Pengerusi
Lajnah Antarabangsa

Idris Jala nie kristian la nak habaq hangpa.. Jadi takan dia nak buat kerja untuk ISLAM.. tentulah untuk agama dia...!!

Alkitab: Idris Jala didakwa bias, tak peduli umat Islam


GOMBAK, 4 Mei — Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bersikap “berat sebelah” dalam isu kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang menjadi pertikaian sekian lama.

Jurucakap Pembela Dr Yusry Mohamad menegaskan, tindakan Idris (gambar) mengumumkan 10 formula menyelesaikan isu kitab Injil — awal bulan lalu — dilihat memihak kepada penganut Kristian walaupun menteri itu berkata tidak akan memihak sesiapa.

“Cara beliau (Idris) bertindak seperti itu... cara beliau tonjolkan itu dilihat beliau mengamalkan sikap memihak, sebelum ini beliau kata beliau tidak terlibat dalam politik tapi dalam isu kitab Injil ini beliau bersikap memihak.

“Kita tidak kata... tapi cara beliau keluarkan kenyataan seolah-olah menunjukkan beliau seseorang yang memihak, beliau seperti bertindak macam menteri Kristian,” katanya pada sidang media di sini.

Justeru kata Yusry, sepatutnya pertikaian dalam isu kitab Injil atau Alkitab ditentukan oleh Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama dan bukannya Idris.

“Ia sepatutnya dibincangkan dalam Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Agama, dan kita juga ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal agama Islam (Datuk Seri Jamil Khir Baharon) dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut berada dalam jawatankuasa ini.

“Jadi biarlah ia diputuskan jawatankuasa ini, kenapa perlu diputuskan di Kabinet dan Idris Jala,” katanya.

Pembela sebelum ini membantah langkah Putrajaya menawarkan 10 formula menyelesaikan isu Alkitab dan bertegas akan mencabar tindakan itu di mahkamah.

Idris ketika mengumumkan langkah itu berkata 10 formula itu bertujuan untuk menyelesaikan masalah kitab Injil atau Alkitab yang masih berlarutan sehingga kini - antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tambah Yusry, keputusan yang diumumkan Putrajaya itu langsung tidak mengambil kira pandangan kumpulan yang dibuat masyarakat Islam di negara ini.

“Kita tidak bantah secara muktamad kitab Injil ini tapi apa yang menjadi masalah adalah penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu.

“Kita mungkin akan cabar di mahkamah formula ini tapi disebabkan ia masih belum muktamad kita akan tunggu dan lihat perkembangan,” katanya.

Eishh Ingatkan Kat Chernobyl & Jepun sana yg kena 'radioaktif' jadi cacat.. rupa-rupanya di Malaysia pun ada dah..!!

Kering sudah air mata

Sudah 30 tahun berlalu selepas Lai Kwan kali pertama menjejakkan kaki di kilang nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak.

Wanita itu sedar dia sedang mengandung anak keenam, sekali gus yang bongsu.

NONETetapi kemiskinan tidak memberikannya peluang dan beliau terpaksa menjadi buruh dengan kontraktor tempatan yang dibayar untuk membina struktur tambahan di tempat itu.

Tanpa diketahuinya, keputusan untuk mencari sesuap nasi itu akhirnya berkesudahan dengan sungguh menyedihkan.

Beberapa bulan bertugas di ARE, anak lelakinya, yang hanya diperkenalkannya sebagai Kok Leong dilahirkan cacat.

Budak itu mengalami beberapa masalah pada matanya dan hilang penglihatan di sebelah kiri ketika berumur lima tahun. Anak kecil itu juga menderita penyakit jantung berlubang.

Tetapi yang paling menyentap perasaannya apabila Kok Leong juga mengalami masalah mental.

Kok Leong kini sudah dewasa dan sudah 29 tahun. Tetapi mindanya tidak banyak berkembang dan hanya seperti budak yang baru bertatih.
NONE
Dia hampir tidak berupaya bercakap dan masih memakai lampin. Dia hidup terpisah dengan dunia lain di rumah kecil itu.

Di situlah, Lai Kwan, kini 69, menghabiskan masanya selama tiga dekad memerhati zuriatnya.

Dalam masa yang sama, seorang anak perempuannya terpaksa berhenti sekolah lebih awal untuk membantu Lai Kwan -- yang bergelar ibu tunggal -- menyara keluarga.

"Bila kami lihat saya dan anak, boleh kami rasa apa yang saya rasa," katanya dalam Hakka, satu-satunya dialek bahasa Cina yang dikuasainya kerana kurang berpelajaran.

LCD kat pejabat MBAS dah jadi tongkoi buruk.. beli sampai RM2.9juta harga dia...

Tau berapa harga 'tongkoi buruk' dekat MBAS ni?

Oleh: Tok Senapi

WARGA Bandaraya Alor Setar mesti biasa tengok screen tv gergasi yang terletak dalam kompleks MBAS. LED (Light Emission Display) ni dibeli oleh Kedah Communications & Event Sdn Bhd merupakan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah di zaman BN. Masa tu Dato' Seri Mahdzir Khalid adalah MB.

Ia hanya digunakan dalam beberapa bulan bulan, lepas tu terus lingkop (jahanam) sampai ke hari ni tak boleh digunakan lagi. Nak repair tak boleh, nak tolak kat kelin botoi pun tak laku. Sebabnya LED yang dibeli tu adalah barang 'second hand'. Mengikut nilaian semasa, harga pasaran sewaktu dibeli ialah RM800 ribu.

Mengikut rekod dalaman, sebutharga LED tersebut yang diterima oleh KCE ialah RM1.4 juta. Ia sudah terlalu tinggi. Tetapi tahukah anda berapakah harga yang dibeli? Harganya ialah RM2.9 juta... ulang sekali lagi RM2.9 juta!!!

Aneh, bagaimana pihak pengurusan KCE boleh membeli dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga yang ditawarkan? Depa ni gila ka apa? Ha, gila kena kat depa...

Dari mana depa dapat RM2.9 juta tu? Siapakah Ahli Lembaga Pengarah KCE? Apakah peranan Jasni Shafie (TV3), Zahir Senapiah (TV3) dan Zahari Morad dalam KCE? Siapakah pemilik Tanjung Nusa? Nak tau cerita selanjutnya... tunggu selepas ini.

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Laporan polis terhadapan penyamaran ahli PAS masuk UMNO oleh DPPKK


Ketua pemuda kola kedah dan ketua penerangan kola kedah Salinan laporan polis terhadap penyamaran ahli pas masuk umno seramai 225orang.

KENYATAAN MEDIA DPPP : TALIAN HAYAT UMNO KINI HANYA PADA PAS!

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
TALIAN HAYAT UMNO KINI HANYA PADA PAS!
(4 Mei 2011)

http://hazrul7.files.wordpress.com/2009/04/mohd-firdaus-jaafar.jpg

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan tindakan UMNO yang mempelawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan duduk bersama dengan BN sebagai tindakan tersepit dan terdesak.

UMNO kini ibarat ‘orang hampir lemas yang cuba berpaut pada apa sahaja’ sedangkan mereka selama inilah yang memburukkan PAS di mata masyarakat dengan pelbagai tuduhan huduh dan menghinakan. Selama ini mereka sombong dengan menganggap mereka sahaja parti terbaik untuk kaum Melayu dan PAS adalah sebuah parti yang sesat serta tidak mempunyai masa depan.

Perlu dingat bahawa selama puluhan tahun UMNO hidup dengan membuli dan mengganyang musuh politik mereka. PAS dan lain-lain parti pembangkang tidak pernah diberikan hak dalam pentas demokrasi yang sebenar. Bahkan hampir setiap hari media massa milik mereka memburukkan pemimpin PAS dan PR. Selain itu, hampir seluruh jentera kerajaan dipergunakan semaksima mungkin dalam memastikan pembangkang khususnya PAS terus jatuh terduduk dalam setiap pilihanraya umum dan kecil. Apakah dalam keadaan demikian, UMNO masih terhegeh-hegeh mencari simpati PAS?

DPPP mengingatkan bahawa PAS telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang jalan perjuangan mereka dalam pentas politik di Malaysia. Bukan sekadar ugutan dan fitnah, bahkan pemimpin PAS pernah di ISA kan, dipenjara, bahkan dibunuh. Ini semua dilakukan oleh pemimpin UMNO yang kononnya mahu memperjuangkan bangsa Melayu. Masih segar dalam ingatan bagaimana tindakan UMNO terhadap kerajaan Terengganu yang majoritinya bangsa melayu pada tahun 1999-2004 apabila dinafikan royalti petroleum hanya kerana mereka diperintah oleh PAS. Begitu juga nasib yang sama diterima oleh Kerajaan PAS Kelantan yang sehingga ke hari ini terpaksa memperjuangkan hak untuk mendapatkan royalti petroleum di mahkamah.

Sejarah juga membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengkhianati hak orang melayu sebaliknya UMNO lah yang menjadi petualang dalam menghakis hak keistimewaan orang melayu. Apakah kita lupa bahawa biasiswa telah digantikan dengan PTPTN. Bagaimana bantuan sekolah agama rakyat ditarik. Kemana perginya saham bumiputera yang bernilai 52 bilion. Ini semua berlaku kerana UMNO sememangnya tidak pernah memikirkan bagaimana mahu membantu orang melayu sebaliknya menyalahgunakan kuasa yang di amanahkan dengan mengaut keuntungan peribadi.

Tindakan mempelawa PAS ini menjelaskan kepada semua bahawa sebenarnya sokongan orang melayu kepada UMNO sudah semakin terhakis. PAS pula dilihat sebagai pengganti yang sesuai bagi orang melayu.Lebih-lebih lagi dengan budaya politik kotor dan keji yang mereka amalkan seperti video lucah seperti yang dipaparkan sekarang. Orang Melayu sudah semakin meluat dengan politik ‘Machiavelli’ UMNO sehingga sanggup menengepikan syariat Islam. Dalam kes video lucah yang disebarkan hari ini, DPPP mencabar UMNO agar membawa kes ini ke Mahkamah Syariah dan sanggup menghadapi hukuman Qazaf sekiranya mereka terbukti benar.

Sebelum ini, bangsa Cina dan India juga sudah semakin hilang kepercayaan kepada UMNO-BN akibat kegagalan BN memerintah Malaysia dengan aman dan adil. Bangsa Cina dan India telah lama membuka mata melihat keabsahan pemerintahan BN yang rasuah, korupsi, kronisme serta bersifat perkauman. Sedangkan PAS bersama PR terus konsisten dengan memperjuangkan keadilan sejagat tanpa mengira bangsa dan kaum serta mengembalikan hak-hak rakyat yang hilang selama ini.

DPPP juga melihat tindakan Presiden UMNO yang mempelawa PAS keluar daripada PR dan bersama dengan BN sebagai helah politik semata-mata demi untuk menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakan-rakan di dalam PR. Dan ini juga merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan sisa-sisa riwayat UMNO yang semakin menghampiri penghujungnya. PAS tidak sesekali akan terpedaya dengan umpan UMNO sehinggalah akhirnya Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13.

Disediakan oleh;

YB MOHD FIRDAUS JAAFAR
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Pusat

Sumpah dipermain, rumah Allah diperalat

Muhayat Jasmin

SUNGAI PETANI, 4 Mei: "Sumpah dipermainkan, rumah Allah diperalatkan. Ayat dan kitab suci Al Quran hanya diambil sebahagian dari sebahagian untuk kepentingan individu yang boleh menyesatkan umat Islam," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsudin.

Katanya, isu yang cuba dibawa oleh Datuk Eskay Shazryl Abdullah semasa melafazkan sumpah di Masjid Amru Al-As baru-baru ini termasuk dalam hukum qazaf dan bukannya mubahalah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pandangan dalam 'Forum Sumpah Laknat' yang telah diadakan di Masjid Al Barakah, Tikam Batu, di sini bersama-sama dengan Yang Dipertua Abim Kedah, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Hamid, semalam.

Menurutnya, isu yang ditimbulkan sekarang ini tidak langsung memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Islam sebelum ia dilaksanakan.

Antaranya, kata beliau ialah ikhlas niat kerana Allah semata-mata, berilmu serta diadakan perbahasan terlebih dahulu.

"Yang membuat tuntutan itu perlulah orang yang soleh dan bukannya ahli maksiat, mesti dilakukan selepas adanya hujah-hujah yang tepat dikemukakan serta adanya kepentingan untuk agama Islam," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia turut berkata, isu ini jelas memaparkan ianya mempunyai kepentingan politik yang boleh merosakkan moral masyarakat dan juga negara.

"Rujuklah kepada Al Quran sebagai pedoman. Jangan gunakan akal sebagai sandaran yang boleh menyesatkan kita di dunia dan juga akhirat.

"Pihak kerajaan harus terlibat secara langsung bagi menegakkan hukum Islam yang menjadi tuntutan, kerana keengganan untuk melaksanakan hukuman tersebut membawa kepada padah seperti mana yang berlaku sekarang ini.

Anwar 'gelojoh'

KENYATAAN MEDIA.
3 Mei 2011

Isu : "ANWAR IBRAHIM GELOJOH"
Berdasarkan petikan akhbar ( Sinar Harian 2 Mei 2011 ) (Nasional) m/s N 7

Terima kasih kepada semua Rakan Media dan Rakan Kepimpinan yang sudi hadir pada tengah hari ini untuk kita bersama meneruskan perjuangan ke arah menyuburkan demokrasi dan melahirkan Malaysia yang baru yang bebas dari fitnah rasuah, pembohongan, kekejaman dan ketidak adilan.

Susulan kenyataan media oleh Tun Dr Mahathir yang disiarkan di dalam ( Sinar Harian 2 Mei 2011 ) (Nasional) m/s N 7, PKR Cabang Jelutong mengakui insan yang bernama Anwar Ibrahim memang gelojoh.

1.Anwar Ibrahim gelojoh untuk Ketuanan Rakyat tetapi Mahathir gelojoh untuk Ketuanan Melayu.

2.Anwar Ibrahim gelojoh untuk menghapuskan rasuah tetapi Mahathir gelojoh mengamalkan rasuah.

3.Anwar Ibrahim gelojoh untuk menzahirkan kebenaran tetapi Mahathir gelojoh menzahirkan fitnah.

4.Anwar Ibrahim gelojoh untuk menegakkan keadilan tetapi Mahathir gelojoh melakukan kezaliman.

5.Anwar Ibrahim gelojoh memperjuangkan kesamarataan tetapi Mahathir gelojoh memperkayakan kroni.

6.Anwar Ibrahim gelojoh menyatukan rakyat berbilang kaum tetapi Mahathir gelojoh memporak-perandakan rakyat berbilang kaum.

7.Anwar Ibrahim gelojoh untuk berkuasa demi membela rakyat tetapi Mahathir gelojoh memegang kuasa membela anak menantu dan kroni.

Di antara dua kegelojohan ini, siapa yang rakyat pilih ? Kepada Tun Mahathir, ingatlah kata-kata kamu dulu ketika Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002... Dah lama dah....

PKR Cabang Jelutong menasihatkan pada usia yang sudah senja ini, lebih baik tutup mulut dan bertaubat kerana semakin banyak Tun Mahathir becakap, semakin terserlah kenyanyukan Tun Mahathir.

Ini tebukti dengan kenyataan Tun Mahathir yang menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim disingkirkan dari UMNO kerana terlalu cepat berkuasa dan tidak memilih jalan yang betul di dalam UMNO.

Apakah yang dimaksudkan dengan jalan yang betul itu ?
Adakah dengan cara mengampu dan mengamalkan kronisme dan nepotisme?

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2011/05/anwar-gelojoh.html

Tak wajar kait isu Kota Siputeh

ALOR SETAR - Mana-mana pihak tidak wajar mengaitkan isu Kota Siputeh dengan tempoh matang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai tindakan untuk menggagalkan usaha diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kedah bagi memilih wakil rakyat DUN Kota Siputeh, berikutan kes masih di peringkat mahkamah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri tiada masalah dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak diadakan PRK sekiranya berlaku kekosongan kerusi DUN ekoran penggal DUN negeri genap tiga tahun.

“Kita akur keputusan dan tidak menjadi masalah pada Kedah, sebab kita mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya kesal sekiranya ada pihak yang cuba menimbulkan sentimen politik kepartian dalam isu ini dan menyifatkan mereka yang membangkitkan isu berkenaan sebagai tidak celik undang-undang.

“Tindakan kita berdasarkan undang-undang apabila kita tuntut diadakan pilihan raya kecil, dan kita masih menghormati undang-undang walaupun kes Kota Siputeh belum selesai,” katanya.

Azizan berkata demikian apabila ditanya mengenai beberapa blog yang melaporkan tindakan SPR yang mengumumkan tidak diadakan PRK selepas 29 April adalah suatu usaha untuk menidakkan atau menggagalkan tuntutan Kerajaan Negeri untuk diadakan PRK di kawasan berkenaan.

Pilihan raya kecil tidak akan diadakan di empat negeri sekiranya berlaku kekosongan kerusi DUN ekoran penggal DUN negeri berkenaan telah genap tiga tahun, iaitu Sabah (29 April), Negeri Sembilan (25 April), Selangor (22 April) dan Melaka (21 April).

Kedudukan DUN di negeri berkenaan berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan PRK perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Tiga negeri yang akan cukup tempoh tiga tahun DUN pada bulan ini ialah Terengganu (6 Mei), Kedah (20 Mei) dan Pahang (21 Mei) manakala DUN yang cukup tempoh tiga tahun bulan hadapan adalah Perlis dan Perak (24 Jun) serta Johor (19 Jun).

Tempoh tiga tahun bagi DUN Kelantan adalah pada 7 Julai manakala Pulau Pinang pada 21 Julai.

Pada Rabu lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pilihan raya kecil kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April kerana penggal Parlimen ke-12 sudah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya.

Menurutnya, tempoh akhir bagi mengadakan PRK kerusi DUN adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN itu bersidang selepas pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, katanya, PRK boleh diadakan selepas tempoh itu sekiranya ada keperluan khas termasuklah jika berlaku situasi kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri.

Pada 23 November 2009, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan perintah terdahulu yang dibuat di Mahkamah Tinggi pada 16 November mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi ADUN.

SPR membuat rayuan berkenaan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, berikutan kegagalan ADUN, Abu Hassan Sarif hadir ketika sidang Dewan pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Kematian Osama Laden - Adakah Umat Islam menumpang gembira?

Ketika pemimpin Islam Saddam Husin dbunuh, umat Islam dunia, khususnya Iraq bergembira kunun segala kejahatan telah dimusnahkan. Bagaimanapun sehingga kini rekod mencatatkan bukan sedikit rakyat Iraq yang mati kerana keganasan tentera asing dalam misi menawan Iraq. Bahkan keamanan yang mereka bayangkan asih juga belum benar-benar dapat dinikmati. Tanpa rakyat sedari, sumber minyak khazanah negara mengalir ke tangan orang lain.

Patut juga diimbas kembali, kekuasaan Saddam dibentuk oleh ejen Amerika bagi mengimbangi pengaruh di teluk dan Amerika mendapat banyak manafaat darinya suatu ketika dulu.

Apabila rakyat memberontak dan menyingkirkan pemimpin Islam Presiden Mesir. Amerika menyokongnya konon atas nama kebebasan. Mungkin juga kita tidak sedar bahawa sudah berapa lama ejen-ejen Amerika menjalankan kerja propogandanya mengadu domba rakyat Mesir dengan menggunakan media sosial khususnya laman facebook.

Rakyat Mesir bergembira, namun masa depan mereka yang masih samar siapa yang berani menduganya? Kuasa besar sedang mencaturkan siapa yang akan memimpin Mesir, namun yang pasti pemimpin itu adalah boneka mereka.
Baru-baru ini, Osama Ben Ladin diberitakan terbunuh dalam satu serangan terancang Amerika. Tentera mereka bukan berhak mempertahankan negara mereka bahkan berhak menyerang sesiapa yang dianggap musuhnya dinegara mana sekalipun atas nama memerangi kejahatan.

Ketika satu lagi nyawa umat Islam dicabut, kekuatan Islam semakin tidak dihormati, umat Islam seluruh dunia bergembira kononnya penyebab kejahatan sudah dihapuskan. Osama juga seperti Saddam Husin, tokoh yang dibina ejen Amerika untuk memecahbelahkan kekuatan didunia Arab dari kuasa yang pro kepada Rusia dalam era perang dingin US vs. USSR.

Banyak jasa Osama kepada Amerika ketika itu namun kebergantungan kepadanya sudah dirasakan tidak diperlukan lagi. Maka dengan hanya alasan terlibat dalam tregedi 911 (WTC) Osama dihukum tanpa berpeluang membela diri.

Atas nama kebebasan manusia sejagat mereka memiliki lesen untuk membunuh dan menyerang mana-mana negara. Atas nama paksi kejahatan mana-mana pemimpin Islam dan negara Islam mereka hapuskan, namun musuh sebenar umat manusia masih berdiri tegak disitu dan melakukan segala kejahatan tanpa ragu-ragu.

Berapa lamakan masa diperlukan untuk keamanan sebenarnya di Palestin? Selagi ada Israel, selagi itulah tidak akan ada keamanan dunia. Selagi Amerika berkuasa selagi itulah ia akan terus jadi proksi Israel untuk menghancurkan kekuatan Islam.

Malangnya bila kita juga turut mengenakan kaca mata sama seperti yang ditempa oleh barat dan Yahudi Zionis memandang pemimpin dan negara Islam lain didunia. Bimbangkan kebangkitan semangat perjuangan Islam akan lahirkan simpati kepada Osama, maka kuburnya pun tidak ingin kaum kafir itu membiarkannya dibina.



Dipetik daripada blog Pahang ku

Bloggers Malaysia harus bertaubat dari terlibat secara terus dengan Ghibah!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sahabat sahabatku para penulis blog seMalaysia yang diingati.

Izinkan daku memperingati tuan tuan dan puan puan sekelian termasuk diri saya ini untuk berhenti sejenak dan merenung akan maksud ayat suci Al-Quranul Karim yang saya petik dari Surah Al-Hujurat Ayat ke 12, Juzuk ke 49 yang menyentuh tentang bab 'Ghibah' atau didalam ertikata Bahasa Melayunya membawa kepada maksud 'menggunjingkan' diantara satu sama lain didalam kelompok masyarakat kita.

Ghibah itu sendirinya berunsur mengatakan tentang kekurangan, kekhilafan dan keburukan atau kemaksiatan yang dilakukan oleh saudara seagama kita.

Bukannya suatu pekerjaan yang membawa ketenangan pada sesiapa sahaja yang terlibat dengannya atau menyenangkan hati mereka yang mendengarnya!

Dari segi lahiriahnya sahaja, sudah begitu menjengkelkan apatah lagi bahawa diri yang terlibat samada menjadi penyebarnya atau pun mangsa perbuatan ghibah itu?
Cuba kita berhenti sejenak dan memikirkan akan arah tuju gejala atau wabak 'ghibah' yang kini menjadi modus operandi kebanyakan mereka yang mengaku menjadi penulis blog terutamanya blog blog yang dibanggakan sebagai wadah perjuangan media baru di gelanggang sosio-politik.

Tuan tuan dan puan puan sesama Islam dengan ku sekelian.

Risau jadinya saya melihat keghairahan para penerbit blog tanpa segan dan silu memaparkan adegan adegan perzinaan kepada tatapan khalayak umum tanpa memikirkan akan natijahnya perbuatan jenayah tersebut baik terhadap diri sendiri di Yaum al Mahsyar nanti mahupun kepada kepada masyarakat kita secara umumnya dimana sudah pasti ianya tersebar luas seantero dunia melalui jaringan internet dan kini pencapaian broadband!

Apakah ini yang mahu kita perjuangkan demi Allah dan Rasul?
Bukti penzinaan seorang yang dikatakan dan dipercayai bahawa ianya adalah seorang ahli politik pembangkang dan dengan alasan ianya harus disekat dengan segala cara dari terus bebas bermaksiat ikut suka?

Pertuduhan telah dibuat oleh beberapa orang manusia yang masing masing tidaklah pulak tercanang sebagai insan insan maksum sesuci embun pagi.

Namun kita mengakui bahawa itu adalah hak mereka untuk membuat apa sahaja mengikut lunas gerak hati mereka yang entah bermotifkan dendam kesumat terhadap individu yang dikatakan 'pelakon utama' rakaman perzinaan bersama seorang pelacur China!

Perkara itu kini disiasat pihak Polis DiRaja Malaysia dan seeloknya dibiarkan mereka sahaja mengendalikannya.

Apa yang saya kesalkan adalah penerusan penyiaran babak babak perzinaan selanjutnya oleh beberapa blogger yang seolah tak tahu langsung tentang hukum hakam dan larangan agama kita terhadap kerja kerja sebegitu yakni yang melibatkan soal aurat dan pendedahan babak babak perzinaan kepada umum!

Takkan lah sampai begitu jahil sekali tentang halal haram cara penyampaian maklumat kepada pengguna pengguna internet?

Takkan tak tahu mana satu batas batas dan etika kewartawanan walaupun yang sedang buat kerja ba alif ngang ini menamakan diri sebagai blogger?

Macamanakah nanti hendak menjawab depan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan kewajaran ia menerbitkan untuk tontonan umum sedunia akan kerja kerja penzinaan individu sasaran mereka?

Sedangkan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam menghindari seberapa dapat dari mengadili sipenzina yang terus terang datang membuat pengakuan inikan pulak kita orang orang yang hidup di zaman seribu satu macam fitnah dan kebejatan perangai manusia?
Blogger blogger terlibat juga sudah tentu mempunyai anak anak dan ahli keluarga yang mereka sayangi.

Apakah ada diantara blogger terlibat sanggup untuk menayangkan hasil kerja masum mereka yakni memaparkan klip klip video perzinaan sasaran mereka kepada anak isteri mereka tanpa segan dan silu?

Sanggupkah membiarkan anak anak anda menonton aksi aksi lucah sebegitu melalui paparan skrin laptop dan desktop mereka dirumah atau dimana sahaja?

Apakah yang akan blogger berkenaan menjawab bila si anak kecil bertanya akan apakah yang sedang ditunjukkan didalam video video tersebut kepada mereka?

Sudah sudahlah membuat kerja yang hanya membusukkan nama dan menghancurkan segala usaha murni para pejuang kebenaran dari hilang lesap hancur berterabur hanya kerana ada dua tiga kerat blogger yang terkena sindrom 'marahkan nyamuk membakar kelambu'.

Blogger sepatutnya menggunakan kebijaksanaan masing masing menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Ini tidak, semakin lama semakin rosak nama nama baik angkatan penulis dan pengendali blog.

"Akai pi mana beb?"

Bertaubatlah sebelum terlambat. Takut tak sempat mengucap beb. Bawa bawa beringat. Kita ni sendiri tak le semaksum tara mana pun.

Dah tegur, dah dedah mukadimahnya sudah lah.

Ini sampai melatah naik syeh dedah segala benda pasai apa?

Hilang pertimbangan pun, takkan sampai benda benda sulit macam tu pun boleh gi siar ke seantero alam siber kot syeikh?

Lani, semua dah 'gone case'.

Blogger blogger Melayu Muslim seMalaysia dah hilang maruah, hilang saki baki integriti yang dok ada.

Takut nanti ada yang meludah bilamana terserempak dengan blogger blogger otak kelabu berkenaan nanti.

Kira ..jangan dok mengamuk gila babi nanti bila terkena, ye?

Sendiri cari pasal, beb!

Sendiri mau ingat, aa?

Hai lah manusia manusia....raplah betoi!

Dipetik daripada blog Zainol Abideen

Warga emas mohon bantuan

GUAR CHEMPEDAK - Seorang warga emas hidup menderita apabila menghidapi sejenis penyakit kulit di kedua-dua bahagian tangan dan kakinya.

Tan @ Mustaffa Awang, 70, berkata, hampir dua tahun dia menghidapi penyakit berkenaan.

“Semuanya berpunca daripada alahan makanan.

“Sudah banyak doktor saya pergi untuk mengubati penyakit ini, namun ia tidak membuahkan hasil, kulit saya tetap begini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, sebelum ini dia mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, namun kerana terpaksa berulang alik dalam jarak yang jauh lalu dia berhenti daripada mendapatkan rawatan di situ.

“Saya juga ada cuba memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun masih belum mengetahui statusnya lagi,” katanya.

Tan berkata, selain itu dia juga pernah memohon bantuan zakat sejak Februari lalu, namun masih belum menerima sebarang perkembangan.

“Tetapi pada tahun lalu, saya ada menerima bantuan zakat sebanyak RM1,000 setahun,” katanya.

Menurutnya, bagi mengubati penyakit kulit yang dihadapi, sekarang dia bergantung sepenuhnya kepada ubat yang dibeli di farmasi berharga RM15 satu tiub.

“Satu tiub hanya mampu bertahan selama beberapa hari sahaja, dalam masa sebulan saya terpaksa membelanjakan sebanyak RM120 untuk kos ubat sahaja,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...