TERKINI :

Saturday, April 30, 2011

RM1 billion lebih bajet ayaq, BN kona kot mana? Jawab sat…

oleh KedahLa

Oleh: Tok Senapi

Penemuan terbaru mengenai angka sebenar hutang Kerajaan Negeri Kedah terhadap Pusat berkaitan air sahaja lebih mengejutkan. Bukannya RM1.7 billion seperti yang didedahkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak buat kali pertama, sebaliknya RM1.83 billion apabila Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengemaskini akaunnya.

Sebelum ini bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu media bahawa hutang untuk urusan air hanyalah RM800 juta sahaja, iaitu menyiapkan infra struktur air di luar bandar. Ucapannya disiarkan oleh RTM dan beberapa media utama.

Apabila Kerajaan Negeri berjaya membuktikan bahawa hutang sebenar urusan air terhadap Pusat adalah RM1.83 billion (bukan RM800 juta sahaja), maka apakah bermakna kerajaan BN dulu menyelewengkan lebih separuh dari RM1.83 billion itu untuk projek yang bukan berkaitan air?

Mahdzir sendiri yang telah membuat pengakuan terbuka bahawa hanya RM800 juta diguna untuk urusan air, maknanya yang baki lagi tu depa kona kot lain ka?… Mahdzir kena habag hangpa buat apa lagi duit lebih RM1 bilion tu kalau bukan untuk urusan ayaq.

SPRM dok nganga apa lagi. Pilah siasat. Kena dekat PR bukan main cepat hangpa siasat, sampai terjun kot tingkap. Kena kat BN buat pekak badak.

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Najib nie peningkaa..?? Bila pula DAP perjuangkan Islam...??

Najib minta PAS keluar Pakatan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

najib tun razak may 2011"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat Kuala Terengganu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti PKR".

Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

umno pasBeliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya.

--Bernama

Anwar berjenaka dengan tuduhan seks padanya

Menghadapai dakwaan dalam bentuk seks video, kelihatannya, bagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketawa adalah penawar yang terbaik.

Bercakap di hadapan 1,500 hadirin di Ampang, Selangor semalam, Anwar menyentuh tentang video seks yang dikaitkan dengannya serta perbicaraan kes liwat kedua, dengan menggambarkannya sebagai dua perkara lawak.

anwar ibrahim at ampang ceramah may 2011 2"Sekarang bila orang tengok saya, tengok perut, tengok muka, tengok perut, tengok muka.

"Jadi bila makan, (isteri saya Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) kata, 'jangan makan banyak sangat'," katanya sambil ketawa.

Sama ada beliau terjejas dengan sumpah laknat yang dibuat oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah beberapa jam sebelum itu, nampaknya tidak.

"Saya dalam Umno lama, saya kenal mereka semua. Kata Islam tetapi sembahyang tidak. Nak angkat sumpah, tapi dah berhenti arak belum?

NONE"Nak sumpah beritahu suruh dia berhenti rogol dulu," katanya kepada hadirin yang rata-rata orang Melayu.

"Anwar ini kalau seks tak ada kerja lain. Sekejap depan, sekejap belakang, ke tepi, ke tengah. (Datuk Seri) Najib (Razak) adalah yang paling moral. Sheikh Najib dan Sheik ar-Rahim," sindirnya.

Anwar merujuk kepada dakwaan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa merogol pada tahun 1994. Pertuduhan terhadapnya di mahkamah bagaimanapun kemudian digugurkan.

Rahim dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) turut mencuri perhatian apabila muncul bersama Eskay ketika menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

BALAS SUMPAH

Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah balas

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.

Mahkamah syariah kena proaktif

Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!"

Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.

NONE"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan.

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.

Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam.

"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.

Sopan


Adab Sopan Santun Keluarnya Wanita dari Rumahnya


Oleh Haru Biru


Wajib bagi wanita untuk beradab sopan santun spt garis panduan ini:

[1] Meninggalkan wangian (yang boleh menggoda) jika dia keluar rumah.

[2] Berjalan di sisi jalan (bukan di tgh jalan untuk mencari perhatian).

[3] Hati-hati dengan menutupi diri jika dia memasuki rumah seseorang yang didalamnya banyak lelaki.

[4] Hendaknya dia keluar dengan menutup aurat.

[5] Wajib baginya untuk menghiasi diri dengan adab sopan santun.

[6] Wajib bagi dirinya untuk menghiasi dirinya dengan perasaan malu.

[7] Wajib baginya utk tidak bercampur baur dengan para lelaki, dan jangan sampai dia berhias dan bertingkahlaku sbgmana perilaku orang jahiliyah terdahulu.

Ca pikiaq sikit

Politik Lucah, ini akan jadi pada anak bangsa...


Memetik petikan dari Malaysiakini.

Di Kelantan, PKR mendedahkan seorang pegawai polis kanan memberitahu guru-guru kononnya pelaku dalam video itu adalah Anwar. Kempen “pencerahan isu Anwar” oleh pegawai polis berkenaan berlarutan sejak awal bulan ini.

Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman pula mendedahkan penduduk setempat di Penanti dijemput menonton video itu di pejabat KEMAS. Video itu juga disajikan semasa kursus Biro Tata Negara untuk mahasiswa.

Untuk mereka, (termasuk kanak-kanak) yang tidak dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar dan blog-blog pro-Umno, jangan khuatir kerana gambar-gambar video itu dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan di merata tempat.

--------------------------------------------------------------------------------

Komentar: Jika poltik lucah menjadi tajuk utama dalam 'pembangunan' negara maka lihatlah nanti anak bangsa yang lahir.

Mana pi KDN

Video lucah di media, mana peranan kdn


ustaz idris ahmad

Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka.

Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahnnya.

Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Pas ingin mengigatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anuar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

Pas pun hairan kemana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja
?

awat skrip mcm ni?

Sumpah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 April: Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.

Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.

Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.

Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.

Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.

"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat,"kata Shamsul lagi.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.

"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam,"tegasnya

kerajaan perpaduan : umno-bn kembali terdesak


buletin 1.30 tgh hari melaporkan bahawa, datuk sri najib tun razak yang kini sedang berada di terengganu, kembali menghantar "jemputan" kepada PAS utk menyertai kerajaan perpaduan di bawah umno-bn. signifikannya, jemputan ini didendangkan kembali ketika mana beliau sedang berusaha utk menyelesaikan kemelut umno terengganu yang kembali hangat baru-baru ini, disamping terdapatnya kabar yang semakin kuat bertiup bahawa PAS sudah mula mendapat kembali tempat dalam hati rakyat terengganu itu sendiri. pelik bin ajaib. selepas pelbagai kutukan, fitnah, dan tohmahan yang ditujukan kpd PAS, umno-bn kembali meroyan utk menjilat kembali segala kutukan mereka itu. DPP kawasan Segambut pasti, tujuan isu ini kembali dihangatkan sudah pasti berkaitan dgn muktamar yang bakal berlangsung selewat-lewatnya bulan hadapan. seperti yang kita semua ketahui, polemik kerajaan perpaduan (UG) yang berkemundang selepas PRU-12 yang lalu, hampir-hampir sahaja menggoncang perpaduan yang dibina bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR), disamping menggoncangkan keyakinan terhadap ahli-ahli PAS itu sendiri. namun, selepas konvensyen khas yang diadakan di Taman Melewar yang disertai oleh para pimpinan PAS sendiri, PAS sepakat untuk menolak untuk menyertai kerajaan perpaduan anjuran umno-bn dan terus setia bersama rakan-rakan di dalam PR untuk menguburkan umno-bn di dalam pilihan raya akan datang. jelas lagi bersuluh, umno-bn cuba menggoncangkan kepercayaan para ahli terhadap pimpinan di dalam PAS dan cuba menimbulkan kecurigaan pada rakan-rakan di dalam PR terhadap PAS. DPP kawasan Segambut pasti, ahli-ahli PAS dan rakan-rakan di dalam PR tidak akan termakan dengan pujuk rayu dan taktik jahat yang sedang cuba dimainkan kembali oleh umno-bn yang terdesak utk mengekalkan kepercayaan dan undi rakyat malaysia dan orang melayu itu sendiri, yang kini telah beralih ke PR. justeru itu, DPP kawasan Segambut menasihati umno-bn supaya berhenti memalukan diri sendiri. PAS akan terus bersama mengemudi bahtera perjuangan bersama-sama rakan PKR dan DAP di dalam PR dan seterusnya menguburkan umno-bn pada PRU-13!

ibnu ibrahim

ketua penerangan

DPP kawasan Segambut

Ganas Sungguh Politik Malaysiaku!

Dua tiga hari lepas sewaktu klip Video Anwar Part 1 dan Part II tersiar di Youtube, nasib barangkali, saya sempat menatap Video tersebut berulang kali sebelum diblok access oleh You Tube provider.

Tergamam jugak saya dibuatnya.

Ya lah, sewaktu siang hari itu, kerana tugasan di pejabat, saya menghabiskan masa hampir separuh hari menonton rakaman CCTV mengenai satu kejadian di tempat kerja yang perlukan lapuran dan analisis segera daripada saya dan pasukan. Ringkas cerita, menonton dan playback rakaman CCTV berulangkali ini memang dah jadi lumrah dan kerja utama saya.

Malamnya pula, atas rasa ingin tahu, saya terketemu dengan rakaman video Anwar yang disiarkan di laman You Tube itu. Sekali lalu, ilmu saya mengatakan itu bukanlah rakaman CCTV black n white biasa, ianya lebih berkemungkinan rakaman video camera yang biasa orang gunakan. Tidak ada apa yang specialnya mengenai Video ini jika bukan kerana wajah pelakunya yang seimbas DSAI seperti yang diwar-warkan.

Saya jadi tergamam, kerana hampir semalaman setelah menonton sendiri rakaman yang disiarkan di You Tube itu, saya mula sangsi dengan apa yang saya dengar dan percayai selama ini.

Tak perlulah saya tulis apa yang saya sangsikan, cuma sekadar cukup saya katakan dari segi politik, sekiranya Video ini disebarkan dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibilit DSAI, maka ketahuilah, sekiranya naruni saya - seorang penyokong setia Pakatan menjadi pertaruhan - maka percayalah kesan Video ini adalah MAHA hebat berbanding dengan cerita Liwat terutamanya kepada mereka-mereka di atas pagar sementelah lagi mereka yang memang sudah sedia anti-Pakatan.

Nasib baik team KeADILan cepat mengawal keadaan; bukti bergambar yang ditunjukkan oleh Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media pada 29 Apr 2011 ini menunjukkan bahawa gambar imej potongan rambut individu di dalam video tersebut jauh berbeza dengan Anwar.




Fuh! sedikit lega rasanya.

Fikir-fikir sekali, orang macam saya yang hari-hari dok main dengan CCTV ini pun hampir-hampir terpedaya, inikan pula makcik dan pakcik kat luar sana yang sumber beritanya hanyalah RTM/TV3 dan Utusan Malaysia.

Walaupun begitu, saya mula naik confuse bila mana Datuk T diberitakan sudah melakukan sumpah laknat di dalam Masjid. Saya tak pasti berapa lama pula terpaksa menanti untuk mendengar sendiri penjelasan daripada Tok-Tok Mufti mengenai perkara ini. Begitu mudah sekalikah dalam agamaku sipenganutnya bersumpah-sumpah dengan nama Allah seperti itu?

Ganas sungguh politik di bumi Malaysiaku ini.

moniermatdin@yahoo.com
30.4.2011
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

Jawatan YDP tidak dipertandingkan

PENDANG – Pemangku Timbalan Yang Dipertua Pas Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati memaklumkan bahawa jawatan Yang Dipertua (YDP) Pas Pendang tidak dipertandingkan pada Mesyuarat Agung Pas kawasan itu yang akan dilaksanakan pagi esok (Sabtu).

Menjelang mesyuarat berkenaan, beberapa khabar angin mengenai pencalonan terus perbualan pelbagai pihak apabila dikatakan tiga pihak bakal bertanding iaitu bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang, Abdullah Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Haji Abdul Rahim, Pemangku Yang Dipertua Pas kawasan Pendang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Pemangku Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr Mohd Hayati Othman bagi jawatan berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa memang tiga pihak berkenaan dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan terbabit, namun mereka bertiga sudah mengadakan mesyuarat bersama bagi membincangkan mengenai perkara terbabit.

“Selepas perbincangan, kami bersetuju agar jawatan YDP itu diserahkan kepada Taulan tanpa ada pertandingan lain,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi apabila diminta memberi penjelasan mengenai khabar angin terbabit.

Katanya lagi, Taulan sudah bersetuju dengan perbincangan berkenaan.

Sementara itu, ditanya mengenai pencalonan untuk jawatan Timbalan YDP, beliau bersetuju dicalonkan untuk jawatan terbabit dan pertandingan untuk jawatan terbabit akan diadakan, namun beliau tidak mengetahui berapa penjuru yang akan dicalonkan.

Polis trafik parah


KULIM - Seorang anggota polis trafik, Mohd Izudin Mohd Salleh, 22, cedera parah apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang menghalang laluannya ketika sedang menjalankan Operasi Ninja di sekitar kawasan pekan Kulim kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Trafik Daerah Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua anggota lain sedang membuat rondaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Mangsa menunggang motosikal ketika membuat rondaan di lorong sebelah kiri jalan di Jalan Tungku Abdul Rahman. Apabila tiba di stesen minyak, sebuah kereta memotong dari lorong kanan dan masuk ke stesen minyak itu.

“Mangsa tidak sempat mengelak dan merempuh bahagian hadapan tayar kereta. Akibat rempuhan kuat, mangsa mengalami kecederaan serius. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan, ”katanya.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan patah tulang rusuk, bahu dan tulang belakang. Akibat kecederaan yang serius, mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk menjalani pembedahan.

Katanya, kes ini akan di siasat di bawah seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cara merbahaya dan mendatangkan kecederaan parah. Hasil siasatan awal dijalankan mendapati kereta berkenaan menghalang laluan mangsa sehingga mengakibatkan kemalangan.

“Sehingga kini keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih di bawah pengawasan doktor,” katanya kepada Sinar Harian.

Resah hasil tidak dapat dituai


KEPALA BATAS - Kira-kira 100 pesawah di Kampung Naga di sini, berhadapan masalah untuk menuai padi apabila sawah mereka yang melibatkan keluasan kira-kira 300 hektar menghadapi masalah tanah jerlus.

Kebanyakan hasil padi mereka tidak dapat dituai berikutan masalah tanah jerlus yang berlaku sedalam kira-kira 1.5 meter sejak beberapa musim tuaian lalu.

Pesawah, Mohd Yusof Ahmad, 51, yang mengusahakan sawah seluas dua hektar itu mendakwa, mereka mengalami kesukaran menuai padi apabila sawah mereka tidak kering dan tanah semakin jerlus.

Menurutnya, masalah itu mula timbul selepas banjir pada 2005, kerana terpaksa mengubah jadual tanaman yang kebiasaannya pada September kepada November dan sekali gus jadual penuaian juga berubah dari Januari kepada Mac.

“Pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) sudah melepaskan air walaupun kami belum selesai menuai keseluruhannya.

“Saya pernah menghubungi Mada Jitra bagi merayu supaya menghentikan seketika jadual pelepasan air, namun pihak berkenaan memberitahu mereka terpaksa melepaskan air mengikut jadual ditetapkan.

“Bila sawah masih tidak kering dan tanah jerlus, kami pesawah kerugian kerana jentera membajak sukar menuai padi pada kawasan yang tanahnya jerlus,” katanya.

Mohd Yusof berkata, sejak dilanda masalah terbabit, dia menanggung kerugian kerana hasil pendapatan yang diperoleh kurang daripada modal yang dibelanjakan untuk mengusahakan tanaman itu pada setiap musim.

Menurutnya, mereka sangat berharap masalah itu dapat diatasi kerana itu sahaja punca pendapatan mereka dan kebanyakan yang mengusahakan sawah di kawasan itu terdiri daripada warga emas.

Bagi Abd Razak Zain, 38, dia yang mengusahakan lima hektar sawah di situ mengalami kerugian hampir RM9,000.

Menurutnya, daripada keseluruhan keluasan sawah yang diusahakan, hanya separuh daripadanya dapat dituai, manakala selebihnya terpaksa dibiarkan begitu sahaja kerana jentera tidak boleh masuk ke sawah.

Sementara itu, seorang lagi pesawah, Md Isa Rejab, 64, yang mengusahakan sawah seluas dua hektar berkata, dia terpaksa mengupah orang lain untuk menuai hasil memandangkan jentera tidak boleh digunakan.

Menurutnya, dia terpaksa mengeluarkadin kos tambahan pula untuk mengupah orang menuai padi kerana tiada pilihan lain.

“Saya mengalami kerugian kerana terpaksa membelanjakan kos upah orang menuai sebanyak RM300 untuk masa tiga hari, masalah ini amat membimbangkan mereka jika dibiarkan.

“Kami meminta jasa baik Mada supaya dapat mempertimbangkan masalah ini supaya ia tidak mendatangkan masalah kepada pesawah di situ,” katanya.

Bagaimanapun Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas dengan pihak berkenaan untuk mengetahui status sebenar masalah yang timbul dalam kalangan pesawah di kawasan berkenaan.

Jurucakap Mada Wilayah Dua Jitra ketika dihubungi memberitahu bahawa kawasan berkenaan sememangnya berada di kawasan yang dalam dan pihaknya sudah berusaha menghantar pam air untuk mengeluarkan air dalam sawah berkenaan.

Menurutnya, pada masa sama, pihaknya juga dalam proses mendapatkan persetujuan daripada pesawah di situ, bagi membina parit jejari dalam usaha untuk mengurangkan masalah pesawah terbabit.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, ia perlu memakan kos yang tinggi memandangkan Mada perlu membawa masuk tanah dan menambun tanah pada kawasan berkenaan,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...