TERKINI :

Thursday, April 28, 2011

Pemilihan perlu tampil ramai muka baru, kata pemimpin PAS

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
April 28, 2011

KUALA LUMPUR, 28 April — Pemimpin-pemimpin PAS pusat menyambut cadangan Datuk Husam Musa bahawa parti Islam itu perlu “disegarkan” dengan disuntik elemen-elemen baru termasuk membawa masuk muka-muka baru dalam barisan kepimpinan parti itu.

Selain bersetuju agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden parti, pemimpin-pemimpin PAS juga mahu lebih banyak ruang diberikan kepada pemimpin muda dan perubahan dilakukan agar parti itu mampu bersaing dalam era globalisasi.

Minggu lalu Husam, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat mempertahankan kepimpinan Hadi dengan menegaskan parti Islam itu hanya perlu “disegarkan” dengan elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti tersebut.

Beliau berkata kepimpinan pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.

Selain itu, Husam juga berkata, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS.

Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa, cadangan yang berikan Husam itu amat bernas memandangkan kepimpinan Hadi selaki presiden parti sangat diperlukan ketika parti Islam itu dilihat menjadi serangan politik Umno-Barisan Nasional (BN).

“Saya setuju dengan pandangan Husam bahawa soal Hadi dicabar atau tidak, itu tidak timbul kerana kepimpinan Hadi masih diperlukan, malah beliau telah membawa banyak perubahan semenjak memegang jawatan itu.

“Jadi apa yang paling penting adalah kepimpinan hari ini perlu mampu memberi keyakinan kepada golongan pelapis yang bawa hasrat pembaharuan dan golongan-golongan ini perlu diberi peluang untuk melonjakkan PAS dalam konteks politik sekarang.

“Ini bukan bermaksud pemimpin muda tapi adalah muka-muka baru yang boleh membantu melonjakkan PAS, saya yakin kepimpinan Hadi mampu memberi lebih ruang sebab selama ini beliau (Hadi) banyak memberi ruang agar perubahan dilakukan dalam parti,” katanya.

Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, elemen-elemen dan muka-muka baru dalam PAS boleh membawa satu perubahan besar, terutamanya untuk meyakinkan rakyat terutamanya orang Melayu bahawa parti itu bersedia untuk melakukan perubahan tanpa meninggalkan asas perjuangan iaitu menegakkan Islam.

“Jika PAS boleh melakukan pembaharuan dan perubahan sama ada dari segi pendekatan atau kepimpinan parti tidak mampu untuk menjadi sebuah parti yang kuat, kukuh dan diyakini rakyat di negara ini.

“Sebab itu, saya kata kepimpinan PAS bukan terletak atas bahu presiden tapi keseluruhan kepimpinan perlu memikul tanggungjawab ini tanpa meninggalkan dasar perjuangan parti . . . jadi amat jelas sekali PAS perlu melakukan perubahan ini, jika kita mampu melonjakkan PAS, maka ia akan kekal releven di masa mengundi dan pada masa sama ia boleh membuktikan kepada rakyat bahawa PAS menuju ke arah perubahan yang lebih besar,” kata Mujahid yang juga penulis buku “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad berkata pada pemilihan PAS Jun ini perwakilan perlu memilih pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan itu.

“Perwakilan kena ambil kira tugas yang hendak dimainkan pemimpin yang akan mereka pilih, perwakilan perlu pilih pemimpin yang boleh memainkan jawatan itu... pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan itu.

“Perwakilan perlu lihat jawatan dengan peranan yang akan dipikul, jawatan bukan penghormatan tapi adalah tugas yang harus dipikul jika dipertanggungjawabkan,” katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga berkata PAS perlu melakukan perubahan yang lebih dinamik dalam menarik sokongan rakyat.

“Kita perlu pemimpin yang sentiasa sensitif terhadap imej parti dan juga orang di peringkat akar umbi, kita perlukan fikirkan keadah yang baru untuk tarik perhatian rakyat serta untuk menafikan setiap tuduhan yang dilemparkan lawan kepada kita.

“Untuk melakukan perubahan dan menghadapi suasana baru kita memerlukan kaedah-kaedah baru, pemimpin yang lebih segar dan kita tidak lagi boleh menggunakan keadah lama,” katanya.

Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kaiat memberitahu, dalam menghadapi cabaran politik semasa PAS perlu menampilkan lebih banyak kaedah dan pendekatan yang lebih “segar” sekiranya mahu menjadi sebuah parti dinamik dan diterima rakyat.

“Saya melihat dalam menghadapi cabaran politik sekarang, maka PAS memerlukan lebih ramai tenaga muda serta mempunyai pendekatan dan kaedah lebih kreatif, inovatif dan dinamik.

“Justeru dalam menghadapi cabaran politik semasa, maknanya PAS perlu ada muka-muka baru supaya kita nampak lebih segar, bukan bermaksud tukar semua pemimpin tapi menampilkan tenaga-tenaga baru dalam parti,” katanya.

Selain itu, beliau berkata PAS juga perlu berubah dari segi pendekatan atau kaedah yang digunakan untuk mendekati rakyat yang mana parti Islam itu tidak boleh terlalu bergantung kepada strategi lama seperti ceramah dan penyebaran risalah.

“Dalam konteks politik sekarang, kita banyak cabaran baru dalam negara dan ia memerlukan satu buah fikiran yang baru, cara kreatif dan inovatif untuk menghadapi cabaran-cabaran ini.

“Dulu kita hanya parti pembangkang tapi sekarang kita adalah bakal menjadi kerajaan, jadi masalah-masalah semasa yang berkaitan dengan negara dan sebagainya memerlukan kita sentiasa melakukan perubahan...kalau tiada penyegaran kita akan jadi tepu,” katanya.

Oleh itu, tegas Suhaizan, sekiranya PAS gagal untuk melakukan perubahan atau transformasi seperti mana yang dilakukan DAP sudah pasti parti Islam itu tidak mampu bersaing terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Itu akan jadi masalah, sebab itu kita perlukan perubahan dan pembaharuan seperti bagaimana untuk menggerakkan negara, keperluan idea yang lebih kreatif dan penyegaran dari segi pendekatan dan kepimpinan parti.

“Sudah cukup dari segi penyegaran parti, kalau kita tak buat perubahan kita takut akan jadi parti yang mundur, pada saya semua parti politik mesti kena sentiasa ada suasana dinamik dalam parti,” katanya.

Seorang lagi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mazlan Aliman berkata parti itu memerlukan pemimpin yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa selain bijak dalam mengangani setiap itu yang berbangkit.

Menurut beliau, dalam era globalisasi ini pemimpin-pemimpin PAS perlu sentiasa bergerak satu langkah di hadapan dan boleh menjangka apa yang akan berlaku.

“Saya sokong kenyataan beliau (Husam), yang mana kalau kita lihat arus pembangunan negara yang sentiasa berubah dan cabaran yang semakin besar memerlukan kita melihat dunia ini secara intelektual dari pelbagai sudut dan pandangan.

“Sebab itu, kita perlukan barisan kepimpian yang pantas untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa selain harus memiliki kepekaan yang tinggi terhadap perkembangan semasa dan setiap pemimpin harus bijak menangani apa jua cabaran semasa,” katanya.

Tegas Mazlin, sekiranya pemimpin parti lambat bertindak untuk melakukan perubahan sudah pasti banyak perkara tidak dapat diselesaikan.

“Kalau lambat tangani masalah, nanti rakyat akan jadi korban sebab itu kepimpinan PAS harus peka dan sentiasa berada di hadapan selain boleh membaca apa yang akan berlaku.

“Kalau kita pasif, kita akan gagal untuk memahami kehendak rakyat dan apa yang kita mahu lakukan juga akan gagal,” katanya.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) bersetuju agar muka-muka baru ditampilkan untuk membawa perubahan dalam PAS.

“Saya sokong bahkan kita harus beri ruang kepimpinan dalam parti dengan muka-muka baru, bukan hanya golongan profesional tapi aktivis-aktivis parti juga kerana kita perlukan kepimpinan yang boleh mewarnai politik masa depan.

“Selain itu ruang untuk berinteraksi pada masa sekarang begitu banyak . . . kita tidak boleh berceramah dan mengedarkan risalah tapi kita peru menggunakan kaedah-kaedah baru seperti Internet dan sebagainya untuk menyebarkan maklumat, kalau lambat kita akan ketinggalan,” katanya.

Mai belajaq bab "SUMPAH"

Sumpah: Penjelasan PGSM berhubung mubahalah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 April: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip berkata, ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible.

Jelasnya, mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis.

Katanya, seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar.

”Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat. ”Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah penjelasan beliau.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible. Mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis.

Seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar. Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat.

Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong.

Di dalam Islam sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah tersebut dipanggil sumpah tohmah. Sumpah ini sangat besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah tersebut di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun sumpah seperti ini adalah bertujuan semata-mata bagi membersihkan nama seseorang dari sebarang tohmah dan ianya bukan suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah.

Ini adalah kerana di dalam Islam serta perundangan negara kita ada kaedah serta undang-undang yang telah digariskan bagi mendakwa seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan. Di dalam undang-undang Jenayah Syariah, kaedah yang ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengan pihak pendakwa atau orang yang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke Mahkamah. Oleh itu, beban untuk membuktikan suatu dakwaan itu adalah terletak kepada orang yang mengemukakan dakwaan, dan mengkehendaki Mahkamah percaya akan kewujudan perkara di dalam dakwaan tersebut. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 73 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan – ”Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan fakta itu wujud.”

Selanjutnya Akta yang sama menyatakan cara memberikan keterangan di dalam kes-kes jenayah syariah, keterangan hendaklah diberikan oleh pendakwa dan tertuduh, melainkan jika tertuduh mengaku salah. Seksyen 87 (3) Akta Keterangan memperuntukkan bahawa – ”Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah.”

Oleh yang demikian, sesuatu dakwaan terhadap sesuatu kes itu hendaklah dibuktikan ke Mahkamah melalui proses pendakwaan oleh pihak yang mendakwa. Adalah menjadi beban kepada pihak yang mendakwa untuk membuktikan segala dakwaan atau tuduhan di Mahkamah. Sesuatu dakwaan atau pertuduhan tersebut hendaklah dibuat di Mahkamah dan bukannya di tempat-tempat awam atau di Masjid. Ini adalah kerana masjid adalah tempat yang suci untuk umat Islam beribadat dan bukannya menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan kebenarannya sesuatu dakwaannya itu adalah benar.

Orang mendakwa perlu mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya samada bukti tersebut adalah berbentuk saksi yang memberikan keterangan atau dokumen sebagai contoh laporan perubatan. Ini adalah penting bagi menyokong dakwaannya dan bukannya hanya bersumpah. Di dalam prinsip keterangan Islam sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kena dakwa dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam iaitu ”Keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpah kepada pihak yang mengingkarinya.”

Di dalam jenayah Islam kes-kes yang melibatkan qisos seperti membunuh para fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah. Imam Malik, Syafie dan Ahmad berpendapat, sumpah diterima oleh Islam sebagai dalil atau bukti jenayah ke atas tertuduh jika tiada bukti lain, atau bukti tidak cukup. Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat sumpah bukan suatu bukti atau dalil mensabitkan jenayah, tetapi satu cara bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh pendakwa ke atas tertuduh. Jenayah qisos yang dibolehkan bersumpah dalam mensabitkan jenayah hanyalah dalam jenayah membunuh sahaja.

Dalam kes-kes yang melibatkan hudud (zina, qazaf (menuduh zina), minum arak, mencuri, samun, memberontak dan murtad), sumpah hanya diterima sebahagian kecil ulama’ dalam kes-kes tertentu seperti qazaf dan mencuri sahaja.

Manakala di dalam kes qazaf (menuduh zina), menurut Mazhab Shafie, sekiranya pendakwa tidak mempunyai apa-apa keterangan atau tidak cukup bukti, maka tertuduh boleh diminta bersumpah menafikan dakwaan itu. Jika tertuduh bersumpah, maka gugurlah dakwaan itu. Walaubagaimanapun, Imam Malik dan Ahmad tidak menerima langsung sumpah sebagai satu bukti mensabitkan kesalahan qazaf.

Di dalam kes melibatkan curi, menurut Mazhab Shafie, sekiranya kesalahan mencuri tidak dapat dibuktikan maka pihak tertuduh boleh diminta bersumpah. Jika tertuduh enggan, pihak yang kena curi boleh bersumpah al-yamin al-mardudah. Tetapi pandangan ini tidak diterima oleh mazhab-mazhab yang lain. Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat sumpah hanya boleh diterima dalam kes-kes mal atau sivil sahaja.

Dalam kes-kes mal atau sivil, yakni yang melibatkan yakni yang melibatkan pertikaian suami isteri atau rumahtangga, atau perebutan harta, sumpah perlu dilakukan dalam Mahkamah setelah diperintahkan oleh Hakim untuk berbuat demikian. Seksyen 87 (1) dan (2) Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 memperuntukkan:- ”Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh Plaintif dan Defendan, dan jika Defendan menafikan tuntutan terhadapnya, dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut Hukum Syarak.”

”Jika Defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh Plaintif hendaklah ditolak.”

”Jika Defendan enggan mengangkat sumpah, maka Mahkamah bolehlah meminta Plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima.”

PGSM berpendirian bahawa di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta persetubuhan luar nikah hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di Mahkamah dan pihak yang dituduh boleh untuk menafikan tuduhan tersebut melalui keterangan dan boleh bersumpah sekiranya diperintah oleh Hakim berbuat demikian. Namun demikian sumpah tersebut tidak mengikat hakim di dalam membuat keputusan sabitan kesnya. [HarakahDaily]

RAKYAT MENOLAK TREND POLITIK LUCAH MELAMPAU

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
RAKYAT MENOLAK TREND POLITIK LUCAH MELAMPAU
(28 April 2011)

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) membidas kerajaan UMNO-BN yang menggunakan strategi politik video lucah serta mengaibkan dalam menjatuhkan kredibiliti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan ini jelas menunjukkan pemimpin UMNO-BN berada dalam keadaan terdesak dalam menyekat arus kebangkitan Pakatan Rakyat serta pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap rakyat Malaysia.

DPPP kesal kerana siri kedua video klip lucah dibiarkan ditayangkan untuk tatapan awam sehinggakan gambar sedutan video seks tersebut dijadikan objek utama dalam akhbar arus perdana hari ini. Apakah motif sebenar gambar video seks dijadikan bahan utama di dada akhbar hari ini selain untuk mencemar imej pemimpin tersebut? Apakah dengan penyiaran gambar itu dapat mendidik rakyat Malaysia ke arah yang lebih positif?

DPPP juga kecewa kerana Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang terkenal cekap dan tangkas tidak mampu membendung video itu daripada berleluasa. Sehingga hari ini trio Datuk T masih tidak ditangkap dan didakwa sedangkan merekalah menyebar asal video seks. Ataukah PDRM juga memainkan peranan penting dalam membenarkan konspirasi politik menjatuhkan kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Agaknya kalaulah video itu membabitkan pemimpin utama negara hari ini, sudah tentu PDRM bertindak ‘sepantas kilat’ dalam membendung penyebaran video seks tersebut. Barangkali sudah tentu penyebar video seks itu telah awal-awal lagi disumbat ke dalam ISA serta mengharamkan mana-mana akhbar memainkan isu ini.

DPPP tetap percaya bahawa isu ini adalah konspirasi politik tahap tertinggi dan mengulangi episod memalukan pada tahun 1998 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. DPPP yakin, rakyat turut berpandangan yang sama dengan melihat layanan serta tindakan kerajaan dan PDRM berhubung isu ini.

DPPP bertegas menolak modus operandi ‘politik lucah dan melampau’ seperti yang dijalankan sekarang kerana jelas ia bertentangan dengan Islam. Islam menetapkan tuduhan terhadap pelaku zina mesti disertai dengan empat orang saksi yang menyaksikan kejadian tersebut. Sekiranya pihak pendakwa gagal mengemukakan saksi, maka tuduhan qazaf perlu dikenakan terhadap trio Datuk T. Menyebarkan video seks bukanlah bukti yang boleh diterima disisi Islam. Rakyat juga menolak kaedah yang sama kerana ia bukanlah trend politik di negara ini.

Akhir sekali, DPPP menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar mengadakan solat hajat dan munajat berterusan di seluruh negara memohon kepada Allah swt supaya dibuktikan siapa dipihak yang benar dalam isu ini. Dan sekiranya ini merupakan konspirasi politik, DPPP berharap agar Allah SWT membalas kembali kejahatan yang dilakukan oleh para pelaku fitnah tersebut.


Disediakan oleh;
YB MOHD FIRDAUS JAAFAR
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Pusat

ISU KELANTAN MERAMPAS TANAH PENDUDUK DI RTM1 - Dah tahu bohong nganga lagi saman je lah..!!

Media berbohong dakwa Kelantan rampas tanah
M Faqih

KUALA KRAI, 28 April: Mungkin ramai terpengaruh dengan laporan media yang mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah yang diteroka penduduk di Kampung Jeram Panjang, Mukim Manjor.

Lebih-lebih lagi apabila dipaparkan visual lelaki dan perempuan tua menangis seperti disiarkan RTM melalui slot berita perdana, baru-baru ini.

Tahukah anda, tidak pernah berlaku sebarang rampasan tanah seperti didakwa media massa, sebaliknya penduduk terbabit didakwa menceroboh hutan simpan kekal (HSK).

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, penduduk yang menceroboh HSK tersebut telah diberi beberapa kali peringatan oleh Jabatan Perhutanan Negeri, namun mereka tidak mengendahkan.

Katanya, HSK di mana-mana negeri sekali pun tidak boleh diceroboh kerana ia merupakan zon penampang.

“Jabatan Perhutanan Negeri sejak dari awal lagi melarang penduduk meroboh kawasan tersebut. Renjer Hutan sudah beberapa kali memberi amaran dan menghalang mereka namun tidak diendahkan.

”Sebaliknya seramai 18 penduduk berdegil dan menanam pokok getah di kawasan HSK di Mukim Manjor,” katanya di sini.

Menurutnya juga Jabatan Perhutanan melaksanakan program penanaman getah jenis klon di kawasan tersebut bagi tujuan melestari alam sekitar termasuk di kawasan yang diceroboh penduduk.

Kata beliau syarikat yang mendapat tender menanam getah jenis klon di kawasan tersebut telah menandakan kawasan yang akan dilaksanakan program berkenaan.

“Bagi menyelesaikan masalah dengan penduduk, Jabatan Perhutanan telah memanggil kesemua 18 orang yang menceroboh kawasan HSK terbabit.

“Perjumpaan itu diadakan awal tahun ini bertempat di Taman Tengku Anis, Cabang Tiga Sungai Syam yang mana saya juga hadir. Selain itu anggota polis dari Balai Polis Laloh, Renjer di Manek Urai dan Jabatan Perhutanan Negeri.

“Pada perjumpaan tersebut syarikat yang diberi tanggungjawab melaksanakan program menanam getah klon bersetuju membayar pampasan kepada penduduk mengikut batang getah yang ditanam.

“Penduduk yang hadir bersetuju dan telah menerima bayaran mengikut bilangan pokok getah yang ditanam. Namun hari ini mengapa pula media cuba membohongi perkara sebenar yang berlaku,” ujarnya.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan penduduk yang mengusahakan kebun getah dan dusun buah-buahan di Kampung Jeram Panjang mendakwa tanah diteroka sejak 40 tahun lalu dirampas kerajaan negeri.

Dilaporkan 30 penduduk berdepan dengan kerugian apabila pokok getah yang mereka tanam akan ditebang bila-bila masa sahaja bagi membolehkan pembangunan Ladang Rakyat dijalankan.

Oleh itu Arifabillah bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas media yang menyembunyikan fakta sebenar sehingga memperlihatkan kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

“Saya sungguh kecewa dengan laporan akhbar dan televisyen yang menyembunyikan cerita sebenar. Ini bukan pertama kali berlaku.

“Isu ini sengaja diputar belit oleh pihak ketiga yang mengharap mendapat imbalan politik secara tidak bermaruah,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, pihaknya tidak pernah melaksanakan projek perladangan di kawasan berkenaan.

Katanya, apa yang disiarkan media adalah tidak benar sama sekali dan perkara itu disahkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri. [HarakahDaily]

Kes Beng Hock : Patut la boleh tarik emergency break sebab tayar kanan dan kiri dah lari alligment


SURUHANJAYA DIRAJA SEKONGKOL DENGAN SPRM , DAKWA ADIK TEOH - mkiniProsiding Suruhanjaya Diraja (RCI) yang menyiasat kematian pembantu politik yang ditangguhkan secara tiba-tiba mungkin 'plot' bagi memastikan kenyataan saksi adalah 'konsisten'.

Adik perempuan Teoh, Lee Lan berkata beliau mengesyaki keputusan suruhanjaya itu untuk menangguhkan prosiding kepada minggu depan adalah percubaan adalah menutup kepincangan saksi Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONESemalam, penolong penguasa SPRM Azeem Hafeez Jamaluddin mengakui bahawa ada arahan supaya tidak menceritakan peranan ketuanya, Hishamuddin Hashim, dalam siasatan berhubung salah guna dana kerajaan negeri.

Menurut Azeem arahan yang diberikan mereka adalah “supaya semua kenyataan kepada polis dan juga semasa memberi pengakuan (semasa inkues dan juga RCI) mesti selaras.”

“Saya lihat tidak ada sesiapa pun dalam SPRM yang bercakap benar, (ini) amat jelas. Jika tidak ada sesiapa melakukan pembunuhan, tidak perlu tutup. Ini amat jelas semasa inkues juga,” kata Lee Lan kepada wartawan selepas prosiding ditangguhkan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Malah wartawan yang meliputi prosiding RCI sejak ia bermula pada 14 Februari lalu juga tidak dimaklumkan mengenai perubahaan jadualnya sehingga pagi ini.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Pengerusi Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen hari ini menangguhkan prosiding itu ke 3 Mei setelah semua saksi bagi minggu ini selesai memberi keterangan.

Beliau berkata pada prosiding minggu depan, suruhanjaya akan memanggil ADUN Ean Yong Hian Wah dan anggota keluarga Teoh untuk memberi keterangan.

NONEBercakap kepada pemberita di luar bilik suruhanjaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini, Foong berkata beliau berharap suruhanjaya dapat menyelesaikan siasatan kematian Teoh dalam minggu depan.

Namun, katanya sekiranya saksi belum selesai memberi keterangan, suruhanjaya akan dilanjutkan seperti yang telah ditetapkan iaitu pada 25 Jun depan.

Seramai 18 saksi yang terdiri daripada 15 pegawai SPRM dan tiga pegawai syarikat telekomunikasi telah dipanggil memberi keterangan bermula Isnin lalu (25 April).

Sementara itu, adik perempuan Teoh iaitu Lee Lan (bawah, kanan), memberitahu pemberita beliau tidak berpuas hati dengan pihak suruhanjaya kerana tidak menyatakan mengapa bapanya, Teoh Leong Hwee perlu hadir untuk memberi keterangan dalam prosiding suruhanjaya pada 4 Mei ini.

NONEBeliau hadir bagi yang hadir pada prosiding ini kerana menemani rakan mendiang abangnya, Mandy Ooi

azlan"Kenapa bapa saya perlu memberi keterangan dalam suruhanjaya sedangkan beliau telah ditemu bual oleh pakar psikiatri secara tertutup di sebuah bilik di kompleks mahkamah di Kuala Lumpur, pada 15 April lalu.

"Bapa saya juga terpaksa datang jauh dari Melaka ke Kuala Lumpur dan saksi-saksi seperti kami bukannya 24 jam perlu bersedia untuk datang ke suruhanjaya kerana kami perlu mengambil cuti," katanya kepada pemberita dalam bahasa Mandarin ketika ditemui di luar bilik suruhanjaya.

Mandy, yang merupakan bekas rakan sekerja Teoh di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, sepatutnya memberi keterangan di suruhanjaya hari ini tetapi diminta untuk memberi keterangan pada minggu hadapan.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

- Bernama

PROSIDING SURUHANJAYA KEMATIAN TEOH DITANGGIH KE 3 MEI – berita hairan

Pengerusi Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, hari ini menangguhkan prosiding itu ke 3 Mei selepas semua saksi bagi minggu ini selesai memberi keterangan.

Beliau berkata, pada prosiding minggu depan, suruhanjaya akan memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ean Yong Hian Wah dan anggota keluarga Teoh untuk memberi keterangan.

Bercakap kepada pemberita di luar bilik suruhanjaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di sini hari ini, Foong berkata beliau berharap suruhanjaya dapat menyelesaikan siasatan kematian Teoh dalam minggu depan.

SABTU TU NIE ANDA DI MANA ?

http://2.bp.blogspot.com/-RwH0leiBmig/TaUvaGauWpI/AAAAAAAAE0M/9q-Taxw_QPU/s1600/Banner%2BKuliah%2BHarun%2BDin.jpg

Saya terima SMS berbunyi : PASTIKAN ANDA HADIR DLM MAJLIS ILMU BERSAMA TG DATO HARUN DIN PADA 30.4 SABTU 9PG MASJID SULTANAH A.STAR. 2.30 PTG MASJID BUKHARI A.MALAI A.STAR. 1 MEI AHAD JAM 4 PAGI QIAM UL LAIL IMAM SYEIKH RODHI ALHAFIZ KULIAH SUBUH SYEIKH ZAINAL ASRI.

Di Surat khabar dok promosi perhimpunan Perkasa di Stadium Sultan Abd Halim Sukamenanti sabtu nie. Samada dalam bentuk positif atau negetif semuanya nak bagi tau program pekasa tu. Sms disebar habaq kata MBKEDAH pun akan hadir sama. Hakikatnya MB tak mau pi pun.

Dianggarkan 30 000 akan menghadirinya dengan wajah EXPO perdangangan. Muka Tun dr, Mahadir terpampang disepanjang jalan. Banner dan strimmer digantung tanpa steker bandaraya. Banner dan strimmer yang lain semua kena buang kerana gantung bukan tempat yang dibenarkan tapi yang perkasa punya nampak PERKASA ( bandaraya tak berani buangka?)

Dengar kata MB tak halang perkasa nak guna stadium. Ikut peraturan sewa stadium yang ditetapkan, Hebat MB kedah itulah demokrasi sapa saja boleh guna. PKR kedah pun setuju dengan tindakan MB kedah.

Kumpul ramai-ramai kebanyakkan pastinya UMNO. . Apapun hakikatnya program nie ada agenda nak pejatuh kerajaan Kedah yang ada hari nie.

Kalau yang berhimpun tu ada semangat melayu depa tak akan serang kerajaan kedah sebab ustaz Azizan bukan Cina malah seorang yang berilmu dan berwibawa kalau nak banding pemimpjn umno kedah yang dok ada.

Tapi ... nak tanya yang sokong kerajaan yang dok ada ... samada yang memang ahli pas..ahli PKR penyokong dan simpati di mana anda hari sabtu nie.

Ahli Pas mungkin ramai yang ikuti mesyuarat agung PAS kawasan masing-masing seperti PAS kawasan Pokok Sena dan Pendang. Tapi yang lain ke mana anda ?

Saya cadangkan rakyat kedah JOM PAKAT PI TAMBAH ILMU BERSAMA TUAN GURU DATO DR. HARUN DIN DI MASJID SULTANAH BAHIYAH JAM 9.00 -11.30 PAGI DAN 2.30-4.00 PETANG DI MASJID BUKHARI ALOR MALAI.

Berada dalam majlis ilmu nie berkat nya lebih .. pahalanya berganda. majlis ilmu dok kat masjid pula tu. Pahala iktikaf pun dapat sama

Kehadiran anda membuktikan juga sokongan anda kepada kerajaan PR kedah pimpinan PAS yang tak mahu rakyat Jahil dan diperbodohkan dengan semangat semata-mata.

Jesteru tu nilailah ke mana kita sabtu nie.......

Sebarkan maklumat majlis ilmu nie kepada sahabat-sahabat yang lain

Dari pemuda pas kedah

Notis saman disertakan gambar mulai 1 Mei

KUALA LUMPUR, 28 April — Polis memutuskan untuk menyerahkan notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati telah melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) hari ini.

Bagaimanapun menurut Khalid, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.

Beliau berkata polis akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.

“Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman berserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik,” kata beliau dipetik media hari ini.

Khalid juga berkata kaedah itu akan diguna pakai bagi kesemua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.

Laporan Utusan Online memetik Khalid sebagai berkata kaedah itu digunakan akan berperanan sebagai ‘bahan bukti’ bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya.

Membantah penahanan Muhd Arif di bawah Ordinan Darurat

MEMBANTAH PENAHANAN MUHAMAD ARIF BIN ABU SEMAH DIBAWAH SEKSYEN 3 (1) ORDINAN DARURAT (KETENTERAMAN AWAM PENCEGAHAN JENAYAH 1969) DAN MENUNTUT AGAR TAHANAN DIBERIKAN RUANG UNTUK MENDAPAT BANTUAN GUAMAN

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Lawyers for Liberty (LFL), serta anggota keluarga Muhamad Arif Bin Abu Semah (19 tahun) mengecam penangkapan dan penahanan terbaru di bawah Seksyen 3, Ordinan Darurat (Kenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 yang mana membenarkan penahanan tanpa bicara selam 60 hari. SUARAM &LFL mengecam penggunaan EO atau mana-mana undang-undang yang melanggar prinsip asas hak asasi manusia, keadilan dan piawaian antarabangsa berhubung hak asasi.

Pada hari ini SUARAM & LFL bersama dengan ahli keluarga dan pihak peguam ingin membawa perhatian media berkenaan beberapa pencabulan hak asasi yang berlaku dalam penahanan ini dan memohon perhatian segera dalam isu ini.

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Pada 8.03.2011, pada pukul 5 pagi Muhamd Arif telah ditangkap oleh beberapa anggota polis yang perkenalkan diri sebagai polis dari IPD Gombak. Muhamad Arif ditahan di rumah flat kos rendah, Selayang. Anggota Polis telah memasuki rumah dan membawa keluar Muhamad Arif tanpa sebarang pemberitahuan kepada pihak keluarga sebab penangkapan Muhamad Arif. Pada pukul 9.30 pagi- Muhamad Arif telah menghubungi abangnya Aswan untuk memberitahu bahawa beliau sihat dan memberitahu bahawa beliau tidak tahu di mana beliau berada pada ketika itu.

1.2 Pada tempoh masa tersebut Muhamad Arif telah diberitahu bahawa beliau telah ditahan kerana beliau terlibat dalam kecurian motor di kawasan sekitar.

1.3 Pada masa yang semasa tahanan reman, Muhamad Arif telah dibawah secara "tukar gari" atau "roadshow" ke balai polis yang berlainan. Beliau telah dibawa dari IPD Gombak ke IPD Kepong, kemudian ke IPD Jinjang, Pusat tahanan reman Bukit Jalil dan kemudian dihantar ke Balai polis Rawang.

1.4 Pada 19 Mac 2011, pada hari yang ke-11 Arif ditahan, Muhamad Arif telah menghubungi keluarga dan memberitahu bahawa beliau telah ditahan lanjut di bawah Seksyesn 3(1) Ordinan Darurat dan akan ditahana selama 60 hari. Pada hari yang sama keluarga telah berjumpa dengan Inspektor Fadhil (012 3301110) dari IPD Gombak untuk mendapatkan sebab penahanan Muhamad Arif dibawah EO. Namun, menurut Ins. Fadhil, Muhamad Arif ditahan kerana terlibat dalam kegiatan mencuri motorsikal.

1.5 Pada 21 Mac 2011, Keluarga telah berjumpa dengan Muhamad Arif. Arif memberitahu keluarga bahawa beliau ditahan bersama dengan 6 orang lagi pada hari yang sama. Arif juga memberitahu bahawa beliau tidak bersalah namun akibat pihak polis memaksa maka, Arif telah mengaku tuduhan ke atasnya secara paksaan. Keluarga merasakan Arif berada dalam keadaan yang ketakutan dan asyik melihat pegawai polis sebelum memberitahu sesuatu kepada pihak polis. Ini telah menimbulkan kesangsian kepada ibu bapa. Maka, ibu bapa Arif bertanya berkali-kali, adakah pihak Polis telah memukulnya. Arif telah mengaku bahawa memang beliau telah dipukul dan diseksa dengan teruk. Beliau mengaku bahawa beliau telah dipukul oleh polis di bahagian kakinya dengan menggunakan kayu yang panjang dan wayar. Menurut Arif, walaupun beliau telah meminta untuk bantuan perubatan kerana kesakitan di bahagian kaki namun, permintaan beliau diendahkan sehingga hari ini.

2.0 PENCABULAN YANG BERLAKU

1. PENYEKSAAN DAN PEMAKSAAN UNTUK MENGAKU
2. RASUAH DAN PERAS UGUT
3. TUKAR GARI/ ROADSHOW
4. PENAHANAN TANPA BICARA

a. PENYEKSAAN DAN PAKSAAN UNTUK MENGAKU
Muhamad Arif yang merupakan seorang pembantu di sebuah syarikat di Segambut. Penyeksaan yang berlaku ke atas beliau semasa penangkapan adalah satu pencabulan hak asasi yang serius dan polis sekali lagi manyalahgunakan kuasa mereka dan melakukan pencabulan hak asasi yang teruk. Muhamad Arif dipukul di bahagian kaki dengan menggunakan, kayu dan wayar. Ini adalah satu pencabulan manusia yang amat teruk. Menurut piagam Antarabangsa sebarang tahanan tidak kira penjara ataupun masih berada dibawah jagaan polis harus dilayan sebagai manusia dan mereka tidak boleh didedahkan kepada sebarang keadaan yang boleh membawa penyeksaan atau torture. Kami dari SUARAM dan LFL melihat isu penyeksaan keatas tahanan khususnya tahanan yang ditahan di bawah Penahanan tanpa bicara ini adalah satu pencabulan dan penyalahgunaan kuasa yang amat teruk.

Paksaan untuk mengaku keatas satu tuduhan yang tidak berasas ini menimbulkan persoalan bahawa adakah pihak polis cuba menggunakan satu cara yang short cut di mana menahan budak-budak remaja untuk menutup kes yang kerana polis tidak mampu untuk mencari pencuri yang sebenar? Adakah Muhamad Arif dan mangsa-mangsa yang lain ini menjadi mangsa keadaan polis akibat kegagalan polis untuk mencari pesalah yang sebenar? Sekiranya pihak polis mempunyai bukti yang kukuh keatas Muhamad Arif dan yang lain mengapa mereka tidak dibawa ke Mahkamah untuk perbicaraan? Mengapa mereka dipaksa untuk mengaku satu kesalahan yang tidak dibuat?

Maka, ini jelas menunjukkan bahawa pihak polis memang mencari jalan pintas untuk mencari pesalah sebenar dan mereka tidak melakukan penyiasatan yang sebenar sebelum melakukan sebarang kesalahan.

B. RASUAH DAN PERAS UGUT
Keluarga Arif juga telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang pegawai polis yang tidak tahu nama dan pangkat serta balai mana, telah memberitahu bahawa sekiranya ahli keluarga Muhamad Arif mahukan Arif bebas maka mereka harus memberikan wang sebanyak RM 15,000 kepada pihak polis.

Kami SUARAM dan LFL memandang amat serius terhadap perbuatan pegawai polis yang tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan ugutan serta meminta wang sebanyak RM 15000 adalah rasuah dan ianya satu kesalahan yang amat berat. Malah, perbuatan polis untuk melakukan ugutan dan meminta rasuah adalah menjadi sesuatu yang amat biasa dalam sebarang penahanan tanpa bicara. Ini dengan jelas menunjukkan penahanan Muhamad Arif adalah malafide dan ianya bermotifkan jahat!

C. TUKAR GARI/ROADSHOW
Mengikut Muhamad Arif sebelum beliau dikenakan EO, beliau telah dibawa secara tukar gari ke beberapa balai polis. Beliau telah dibawa dari IPD Gombak ke IPD Kepong, kemudian ke IPD Jinjang, Pusat tahanan reman Bukit Jalil dan kemudian dihantar ke Balai polis Rawang. Proses tukar gari atau roadshow yang dilakukan oleh pihak polistelah menjadi satu lagi amalan yang semakin digunakan oleh polis kononya.

Di bawah Akta Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedure Code). Di Malaysia CPC memperuntukkan beberapa perlindungan kepada tahanan di bawah penahanan tanpa bicara apabila pihak polis dikehendaki membawa suspek yang ditahan tanpa surat perintah kehadapan majisteret dalam tempoh 24 JAM. Jika polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam maka mereka harus memohon untuk perintah reman yang lebih lama.

Namun kebanyakan masa, sebagai cara untuk mendapatkan tempoh reman yang lebih lama, maka polis akan membawa tahanan ke hadapan Majistret-majistret yang berbeza untuk melanjutkan permohonan reman kononya untuk melakukan penyiasatan yang terperinci. Taktik ini kemudian diulang beberapa kali. Tukar Gari atau Roadshow ini oleh polis untuk meneruskan penyiasatan ke atas tahanan dengan melebihi tempoh tahanan reman.

Tukar Gari ini sering dikaitkan dengan EO. Ini adalah kerana apabila polis gagal untuk kemukakan bukti ke atas tahanan selepas beberapa pusingan reman, maka mereka seringkali menggunakan EO untuk menahan tahanan selama 60 hari kononnya untuk melakukan penyiasatan yang menyeluruh.

Malah, SUHAKAM juga mengesyorkan bahawa bahagian 117 daripada CPC harus mengikut proses yang betul dimana sekiranya pihak polis gagal mendapatkan sebarang bukti terhadap suspek dalam masa 24 Jam, maka barulah proses reman boleh digunakan, itupun sekiranya pihak polis mempunyai ground yang kukuh untuk menahan seseorang.

C. PENAHANAN TANPA BICARA
Isu utama dalam undang-undang pencegahan ini adalah Penahanan Tanpa bicara. Menahan seseorang individu ataupun manusia dibawah akta-akta yang tidak memberikan peluang untuk mendapatkan perbicaraan dan proses bela diri di mahkamah adalah sesuatu yang menyalahi undang-undang Hak asasi Antarabangsa dan Hak asasi seorang manusia yang fundamental seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948; Fasal 9,10,11 dan 13 Konvenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966 Fasal 9 dan 12, Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia Fasal 12 dan Perlembagaan Malaysia Fasal 5.

Tiada seorang pun bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah adalah asas utama dalam persoalan penahanan tanpa bicara. Sekiranya ianya tidak dihormati dan dengan adanya kuasa yang berlebihan di tangan kerajaan dan polis maka, undang-undang seperti ini sering digunakan untuk mempertahankan kedudukan pihak kerajaan dan polis yang seringkali gagal untuk membuktikan sebarang individu yang ditahan di bawah akta-akta ini.

Amatlah memalukan bahawa kerajaan mengamalkan "double standards" dalam isu berhubung ISA, EO dan LLPK. Di satu pihak, rancangan untuk mengkaji semula akta-akta ini dan penahanan terbaru secara sembunyi tanpa sebarang pengumuman dibuat adalah sesuatu yang kontradik. Ini lebih kepada Retorik daripada praktikal. Amalan kerahsiaan dan tidak bermaruah yang menyelubungi Akta-akta penahanan tanpa bicara ini jelas bercanggah dengan prinsip keadilan, kebenaran dan ketelusan. Ianya sekali lagi menggambarkan citra sebenar Akta-akta ini yang sangat arbitrari dan tiada kena mengena dengan keselamatan negara.

Kami menuntut:

1. Pihak polis dan KDN untuk membebaskan Muhamad Arif bin Abu Semah dengan segera atau bicarakan di mahkamah keadilan.
2. Muhamad Arif harus diberikan bantuan perubatan dengan segera
3. Muhamad Arif dan keluarga harus diberikan hak untuk mendapatkan dan menemui peguam dengan segera.
4. Akhirnya, sebarang undang tanpa bicara seperti EO, ISA dan LLPK/DDA (1985) harus dimansuhkan dengan serta merta!

*Kenyataan media oleh SUARAM dan Lawyers for Liberty (LFL).

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11802

RPK nafi Deepak bayar dia RM50,000

RPK nafi dakwaan 'peras ugut' Deepak

Penulis blog kontroversial Raja Petra Kamaruddin menafikan dakwaan yang dibuat oleh Deepak Jaikishan bahawa beliau dibayar RM50,000 untuk mengeluarkan beberapa artikel mengenai ahli perniagaan itu dari laman web Malaysia Today dan diberikan sebuah komputer riba Sony.

NONE"Jika dia bayar saya RM50,000 untuk mengeluarkan artikel-artikel itu, dia cuma bazirkan wangnya kerana artikel tersebut masih di Malaysia Today... ia kini di arkib.

“Jika awak melayari Malaysia Today dan taip 'Deepak', semua artikel yang saya tulis mengenainya masih di sana,” kata Raja Petra kepada Malaysiakini melalui wawancara video Skype pada Ahad lalu.

Beliau juga menafikan bahawa menerima sebuah komputer riba daripada Deepak.

"Saya lebih canggih, saya gunakan Macbook Pro. Jika awak hendak rasuah saya, ia mestilah sebuah a Macbook Pro dan iPhone... saya memilih barangan terkini... tolong, berilah saya lebih kredit daripada ini,” kata penulis blog itu dalam nada menyindir.

Deepak membuat dakwaan itu dalam satu kenyataan akhbar dan diulanginya pada satu wawancara dengan media pada 16 April lalu. Dakwanya, penulis blog itu yang juga popular dengan nama RPK diperkenalkan kepadanya melalui seorang tengah yang bergelar 'datuk' di sebuah restoran di Subang Jaya.

NONEKetika itu, Deepak mendakwa beliau membayar Raja Petra bagi mengeluarkan beberapa artikel tertentu dengan bayaran RM50,000 dan sebuah komputer riba Sony. Beliau juga menuduh RPK cuba memeras ugut dan mencari keuntungan menerusi tulisannya.

Ditanya mengenai perkara berkenaan, RPK mengakui beliau berjumpa dengan 'datuk' berbangsa Cina itu di sebuah restoran di Subang Jaya selepas ditahan mengikut ISA tiga tahun lalu dan menambah 'datuk' itu adalah kenalan rapat keluarganya lebih 30 tahun.

Beliau juga mengakui seorang lelaki berbangsa India yang tidak diundangnya tiba-tiba menyertai pertemuan mereka tetapi berkata beliau tidak tahu siapa individu itu dan mengapa beliau juga datang.

"Sepatutnya hanya keluarganya (datuk Cina itu) dengan keluarga saya. Tiba-tiba ada seorang lelaki ini, saya tidak mengenalinya. Beliau duduk bersama dan menyertai kami untuk makan malam. Saya tidak diperkenalkan,” dakwa penulis blog itu.

Dok kalut kesah DNA Anwar last Si Askay pulak pie bagi DNA dia..!!

Kenapa Datuk Eskay perlu diambil DNA – kerana jam?

Kenapa Datuk Eskay perlu memberi DNA nya. Satu persoalan yang timbul bila polis meminta DNA Datuk Eskay. Mungkin kerana jam Omega tersebut mempunyai banyak DNA di atasnya. Selain dari itu setakat ini tidak ada sebab lain yang dapat difikirkan kenapa DNA, Datuk Eskay diperlukan.

Isu video ini semakin berat dan semakin hangat diperkatakan. Setakat ini polis masih mengeluarkan kenyataan yang tidak konklusif dalam menyelesaikan isu ini. Isu ini perlu diselesaikan segera. Kita tahu manipulasi isu ini – mungkin memberi ruangan yang lebih kepada pembangkang. Untuk itu polis seharusnya bertindak segera untuk ia tidak disensasikan dan akhir kita terperangkap dalam isu video lucah ini.

Jam Omega ini telah ditunjukkan kepada saya, nasib baik saya tidak menyentuhnya. Apa pun penyelesaian adalah amat perlu.

http://umno-reform2.com

Tu dia blogger UMNO buka tajuk baru bab 'rambut'... lanie apa kata hangpa pulak...???

BEZA RAMBUT INI DIJADIKAN ISU ... GENG PR KATA ITU BUKAN ANWAR !! Mai Sini Aku Nak Tunjuk ...

Heboh gila dan sudah bersepah-sepah dalam merata blog Puak Pakatan Reput sejak malam tadi, deorang dok kalut edar gambar Perbandingan LELAKI BERAMBUT GONDOI dengan GAMBAR ANUGERAH TUHAN MEREKA YANG DIAMBIL DI PERBICARAAN KES MELIWAT PADA 22 FEB 2011 (sehari selepas ANU buat sex dengan China Doll) ...

Kononnya gambar kanan tu adalah bukti paling fresh yang deorang ada la tu ! ... cehhhh ! blah la puak pakatan ! hangpa kencing ja kuat ! ...

JOM ajak diorang mai AloQStaQBlog sini kita tengok sama-sama , apa depa nak auta lagi lepas ni ? ... Aku dah besarkan gambaq2 di bawah ke satu paparan saiz YANG MEMANG BESARRR PUNYAAA dan memang boleh jelas nampak ...

PERINGATAN PENTING : SILA KLIK PADA SETIAP GAMBAR DI BAWAH UNTUK ANDA DAPAT MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS DALAM SAIZ GAMBAR YANG LEBIH BESAR ... OK !

Bukan Saiz *************


Biaq deorang tengok sendiri dan nilaikan ... Buat apa amik shot yang tak nampak ada rambut, sedangkan banyak lagi shot-shot lain yang nampak jelas LELAKI tu ada rambut , sepadan pulak tu dengan rambut ANUGERAH TUHAN ! .... mampuih la hang ANwar oiiii ! ....

ADA APA-APA CADANGAN LAIN ATAU BANTAHAN ????????? .......

AloQStaQ
KHAMIS
28 April 2011
2:30 Petang

Admin KedahLanie - kami saja layan cerita anda nie bukan apa nak bagi tahu satu dunia anda ada hujah anda kami ada hujah kami....yg pasti ingatkan nak ambik gambaq yg ter clear untuk buat bandingan... tapi makin besaq makin kelabu dan makin kelabu bila jadi kelabu maka akan jadi tompok hitam..bila tompok hitam maka...arhhhh biaq pembaca sendiri yg ulasnya... layannnnnnnnnnnn

Pelaburan Dinar Emas jadi tarikan utama bank antarabangsa melabur di negeri Kelantan

dina emas kelantan

Kota Bharu, 26 April 2011 - Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB), adalah bank antarabangsa Islam pertama di Malaysia telah secara rasminya beroperasi di Negeri Kelantan dengan berlangsungnya majlis pembukaan cawangan bank antarabangsa tersebut yang disempurnakan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammed V di Kota Bharu hari ini.


Ketua Eksekutif Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) , Puan Jamelah Jamaluddin di dalam ucapan alu-aluannya berkata bahawa dasar pembangunan ekonomi Islam kerajaan negeri kelantan yg berasaskan emas dinar, Peningkatan dan permintaan tinggi terhadap akaun pelaburan emas di negeri Kelantan menjadi penyebab utama mengapa Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) membuka cawangan di Negeri Kelantan.Lebih dari 20KG Emas 995 telah dijual di Kelantan dan permintaan terhadap Akaun Pelaburan Emas dalam bentuk Emas Dinar amatlah tinggi serta mendapat sambutan yang menggalakkan di negeri ini

Di antara jemputan khas yang memeriahkan majlis tersebut adalah Setiusaha Kerajaan Negeri Kelantan,Speaker DUN Kelantan, Exco-exco kerajaan Negeri Kelantan, para pegawai tinggi kerajaan Negeri Kelantan, para ahli perniagaan dan usahawan tempatan serta pelanggan Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad di Kota Bharu. Fenomena positif Ini menandakan bahawa kehadiran mana-mana syarikat tempatan atau asing sepertimana Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) di negeri Kelantan mendapat kerjasama dan galakan dari Kerajaan Negeri Kelantan.

Turut hadir sebagai jemputan khas di majlis pembukaan cawangan Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad tersebut adalah YB Dato Haji Husam selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan

YB Dato Haji Husam,dilaporkan berkata bahawa kerajaan Negeri Kelantan amat mengalu-alukan syarikat multinasional dan antarabangsa melabur dan beroperasi di negeri Kelantan di dalam pelbagai bidang industri hiliran dan teknologi tinggi. Masih terdapat banyak peluang perniagaan dan pelaburan jangka masa panjang untuk diterokai di negeri Kelantan ujar beliau.

Malahan ujar beliau, Kerajaan Negeri Kelantan bersedia membantu dan bekerjasama dengan semua syarikat tempatan dan antarabangsa yang berminat untuk melabur dan beroperasi di Negeri Kelantan untuk kemajuan dan kemakmuran rakyat negeri Kelantan di bawah pemerintahan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Konsep Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan kerajaan Negeri Kelantan terbukti berkesan kerana menarik minat DAN pelabur asing untuk berurus niaga di negeri Kelantan.Suasana politik yang aman dan pemerintahan kerajaan negeri yang bebas dari rasuah menjadi salah satu faktor penyebab bank antarabangsa ini untuk beroperasi dan berurusniaga di Negeri Kelantan.Gerbang Kota Darul Naim sentiasa terbuka buat mereka di bawah polisi pembangunan ekonomi mengikut acuan sistem ekonomi islam kerajaan negeri Kelantan yang mesra pelabur.

YB Dato Haji Husam juga berkata bahawa Kerajaan negeri Kelantan menggalakkan institusi kewangan lain melabur serta memajukan produk mereka untuk dinikmati bersama oleh rakyat Negeri Kelantan.


majlis pembukaan cawangan bank antarabangsa turut mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa, seperti di web portal berita yang berpengkalan di UAE, www.zawya.com

YB Dato Haji Husam juga turut membuka akaun di Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad.


Di antara senarai kemudahan kewangan di bank Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad adalah seperti pelaburan emas, akaun simpanan semasa dan tetap, akaun tabungan haji dan umrah, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan perniagaan, pembelian kenderaan dan banyak lagiboleh dirujuk di laman web rasmi Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad.

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) juga turut melancarkan produk kewangan khas di negeri Kelantan, iaitu kemudahan pinjaman tanpa faedah dan tempoh masa (minimum pinjaman ialah RM3,000 dan pinjaman maksimum pula sebanyak RM30,000) untuk para ibu tunggal memulakan perniagaan di Kelantan.

Kuwait Finance House di Kota Bharu adalah cawangan KFHMB yang ke 9 di Malaysia.Cawangan-cawangan lain Kuwait Finance House di Malaysia adalah di Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Bureau de Change, KLIA, LCCT serta KL Sentral.

- www.husammusa.com

Depa kata - lanie Pemuda PAS Kedah kena tukaq dreba baru...

Assalamualaikum PEMUDA-PEMUDA ku Sekelian....

http://2.bp.blogspot.com/-1Ds3tNTQvFc/TV9qD19obLI/AAAAAAAAAC8/yzJo-EiIMIM/s1600/09d0e17746df78e9eafa9f001abacaa1.jpg
pemuda sebegini yang penoh semangat...

kali nie kawan nak mintak hangpa semua pikiaq elok-elok laaa.... kawan suruh pikiaq pasai pa... tentulah pasai pemuda sebab tajuk kat atas tu pon mukaddiman dengan PEMUDA PAS Kena tukaq drebar....

Pasai apa kawan dok kata macam nie...sebab dia kawan dah naik semak kepala dah dok pikiaq pasai depa dok kata la nie kat kawan yg dua drebar kat atas tu iaitu KETUA dan TIMBALAN dia macam dah tak reti nak bawak kereta nie laju-laju dah....kira bawak macam pakai AUTO CRUSE jaaaa....

Sebab dari pandangan kawan dan geng2 yang depa dok kata... depa dua orang nie slow sangat macam tak ada idea lepas tu tak jadi pemuda tahan lasak macam pihak lawan...standard laaa dah ketua seorang Ustaz takan nak maki hamun macam ketua pemuda UMNO kan.... tapi taknak maki hamun pun just nak kena tunjuk aura tu ada laaa namun semua nie depa dok kata macam tak ada aura tu kat ketua sekaran nie....

Bila tak nampak benda nie kat Ketua sekarang kira kot-kot boleh tuoi dengan Timb. ketua pemuda....seorang anak muda yang gagah perkasa bila dilihatnya dan juga pemegang jawatan yg paling dekat sekali dengan MB iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar.... namun dilihat 2x5 jaa dengan ketua dia... macam tak berahi pegang pemuda.....tu pon jangan nak lawan Timb. YDP kat kawasan dia... tapi rakyat kawaan dia pon tolak tak mau terima..... jadi takan macam nie kita nak angkat lagi.....

Kita biaqkan mereka berdua dengan bidang mereka yg sedia ada skrg nie iaitu pada ketua teruskan mencurah ilmu dan pada Timb. ketua biaq dia back up MB dengan isu2 yg UMNO/BN cuba kacau pentadbiran kita....

Jadi Kita angkat yang baru laaa....

Boleh dikatakan setiap hari macam-macam UMNO cuba provokasikan kepimpinan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat... saff bimbingan mereka macam tak ada suara nak berbunyi.... entahlaaa jika nak dibandingkan di zaman era MAHFUZ, ARIS AWANG, HAJI NAN.... kira pemuda Kedah meletup laa zaman tuuu....

Bila mai zaman Musodak kira dah start mandom.... dan bila mai zaman yang dok ada sekarang nie rasanya terus cair kot jika dilihatnya.... entahlaaa kalau nak di pikiaqkan rasanya zaman sekarang kena best lagi laa sebab skrg kita yg memerintah negeri Kedah.... tapi benda nie jadi sebaliknya......

Jadi skrg nie kalau hangpa tak nampak jugak..pasai pa aku suruh tukaq dreba dan pembantu dia ialah pasai nie laaa....sepenggal depa pegang pon kita dah tau apa cerita takan nak bagi lagi kot... kita tukaq drebar jaaa lepas nie kita angkat yg baru....eishhhh takan tak ada tokoh-tokoh pemuda yg hebat-hebat kat Kedah nie....

Nuuu ust Izzat Shauki ada.. Nasir Zakaria ada... Ust Firdaus ada..... dan banyak lagi laaaaa............ Kedah tak ketandusan bakat-bakat yang hebat.....

jadi buatlah keputusan yang bijak....
Alhamdulillah..........

http://www.depakata.co.cc

facebook MB KEDAH ...!!!


Alhamdulillah... hari ini team kami terjumpa satu facebook atas nama MB KEDAH..Azizan Abdul Razak.... jika ini dari MB KEDAH yang sebenarnya alhamdulillah...setelah 3 tahun kami menekankan supaya MB KEDAH mempunya satu facebook untuk medium menyampaikan maklumat dan pergerakan beliau sepertimana TOK GURU NIK AZIZ, ANWAR IBRAHIM serta beberapa pimpinan besar yang lain.

Cuma satu sahaja kami ingin beri peneguran iaitu jika boleh facebook MB KEDAH nie di buat dalam bentuk FAN PAGE kerana jika guna facebook biasa nie ianya sekadar mampu mengisi 5000 orang friend sahaja... Jika guna FAN PAGE yang kita klik "LIKE" tuuu insya'allah ianya akan mampu mencecah Sejuta seperti FAN PAGE LISA SURANI .

Apa-apa pon tahniah sekali lagi... dan jadikanlah wadah facebook ini sebagai tempat hendak menyiarkan berita-berita santai MB KEDAH kita seperi lanie MB buat apa... Satgie MB nak pie mana... Esok MB nak Ziarah siapa....kira macam-macam kita boleh gunakan semua tu.. di samping dengan gambar-gambar santai MB bersama pimpinan dan RAKYAT... ini semua penting kerana nanti boleh juga di jadikan bukti sperti mana video sex yang kedua tu dimana rakyat sendiri boleh menilai dengan pergerakan dan gambar-gambar yang ada di internate nie...

Jadi teruskan menceria Rakyat Kedah dan berita-berita fresh MB KEDAH untuk tatapan semua.... cuma satu saja... jangan-jangan hangat taik ayam sudah laa....

ini link facebook beliau.. Azizan Abdul Razak

Pengerusi PKR Kedah setuju K'jaan Negeri Kedah meluluskan permit bagi PERKASA berhimpung di Suka Menanti

Pas tidak perlu nyata pendirian terbuka : PKR

ALOR SETAR - Pas tidak wajar mengkaji semula pendirian parti selepas isu siasatan video seks yang didakwa pemimpin kanan pembangkang selesai kerana tindakan itu boleh mendatangkan keburukan pada kedua-dua parti.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, pihaknya bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali membuat kenyataan secara terbuka dan menegaskan isu dalaman tidak perlu didedah kepada media.

Menurutnya, Pas seharusnya membincangkan perkara itu secara dalaman disebabkan ianya melibatkan kerjasama di antara tiga parti komponen utama dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Sekiranya Pas mahu letak apa syarat tambahan sekalipun, ianya boleh dibincangkan dalam mesyuarat PR memandangkan semua parti dalam gabungan itu bersikap terbuka.

“Saya berpendapat Mustaffa tidak perlu beri komen perkara melibatkan hubungan PR kerana ianya boleh menimbulkan pelbagai tafsiran bukan sahaja kepada rakan parti komponen, malahan rakyat,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Wan Salleh menyifatkan keputusan Kerajaan Negeri PR meluluskan permit kepada Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bagi mengadakan Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah di Stadium Suka Menanti, di sini membuktikan gabungan itu bersikap telus dan terbuka dalam memberi kebebasan bersuara kepada semua orang.

Menurutnya, keadaan itu berbeza sekiranya Kerajaan Negeri dipimpin UMNO dan BN sebagaimana ditunjukkan di beberapa negeri apabila PR dihalang mendapat permit perhimpunan tanpa sebarang penjelasan.

“Saya minta UMNO dan BN tunjukkan kematangan dalam politik sebagaimana dilaksanakan PR dan beri ruang kebebasan kepada kami bersuara kepada rakyat,” katanya.

Ketua Pemuda PAS Kedah akan ada Pertandingan tiga penjuru?

Pertandingan tiga penjuru?

ALOR SETAR - Pemilihan Muktamar Pemuda Pas Negeri Kedah bakal menyaksikan jawatan Ketua Pemuda, yang disandang Ahmad Yahya dicabar oleh dua wakil rakyat yang disegani.

Menurut sumber, pertandingan tiga penjuru itu adalah berdasarkan adanya pencalonan daripada ahli, namun belum disahkan sama ada dua wakil rakyat terbabit menyatakan kesediaan untuk bertanding.

“Ura-ura bertiup kencang mengatakan Ahmad bakal dicabar seorang ADUN dan seorang lagi Ahli Parlimen. Namun kedua-dua calon berkenaan belum beri kata putus,” katanya.

Jawatan Timbalan Ketua Pemuda turut dijangka sengit apabila penyandangnya, Muhammad Sanusi Md Nor bakal bersaing dengan seorang pemimpin senior yang juga popular dalam kalangan ahli Pemuda.

“Pertandingan jawatan Timbalan juga menarik perhatian ramai memandangkan kedua-dua calon yang disebut-sebut ada tarikan tersendiri. Saya berpendapat Muhammad Sanusi harus mempertahankan kedudukannya dalam barisan Pemuda kerana selaku Setiausaha Politik Menteri Besar, dia memerlukan sokongan yang kuat bagi memberi gambaran positif dalam parti,” katanya.

Sumber itu berkata, pemilihan jawatan nombor dua ini juga boleh mencetuskan kontroversi memandangkan kedua-dua calon amat berkaliber dan mesra rakyat.

“Saya tidak sokong mana-mana calon, tetapi kedua-duanya memang layak untuk jawatan itu,” katanya.

Bagi jawatan Naib pula, difahamkan ADUN Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki turut dicalonkan semula, dan tidak menolak kemungkinan beliau turut dicalonkan bagi merebut jawatan lebih tinggi.

“Ketokohan Ahmad Izzat tidak boleh dipertikai dan saya percaya beliau mempunyai sokongan yang banyak untuk mana-mana jawatan yang dipertandingkan,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, kemungkinan barisan ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda tidak berubah namun sekiranya berlaku perubahan, hanya membabitkan rombakan kecil.

“Difahamkan 10 AJK sedia ada mungkin tidak berlaku banyak perubahan, namun pencalonan tetap dibuat untuk memilih AJK bagi penggal baru,” katanya.

Muktamar Pemuda Pas Kedah pada 1 Mei ini dijangka dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani di Dewan MPSP, Tikam Batu bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Tu Diaa..Duit GLC @ duit kerajaan @ duit rakyat BN/UMNO bedak sama-sama depa untuk pi bersukaria

Ni cerita BN seleweng duit Yiked Kuari pulak...

Oleh: SAIBURI SUDIN

Terdapat 29 buah anak syarikat diwujudkan di zaman BN di bawah Yiked Holdings walhal tidak berfungsi apa-apa pun. Mungkin tujuannya nak bagi elaun dekat para pemimpin UMNO. Bila PAS ambil alih, kini sebahagian besarnya ditutup, cuma tinggal lima.


Yiked Kuari Sdn Bhd (YKSB) adalah syarikat utama di bawah Yiked Holdings. Semakan oleh sebuah badan Audit mendapati pada tahun 2007 dan 2008 mereka telah membelanjakan sejumlah RM85,375 untuk membiayai kos hari keluarga yang diadakan di Hong Kong dan New Zealand.

Isunya ialah keputusan pi makan angin dengan perbelanjaan besar tu dibuat oleh Lembaga Pengarah tanpa mendapat kebenaran atau pengesahan dalam mesyuarat agung.

Menurut Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965, pengarah syarikat tidak boleh menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapat manfaat bagi dirinya tanpa kebenaran atau pengesahan mesyuarat agung.

Siapa ahli lembaga pengarahnya? Di antara ahli lembaga pengarah YKSB ialah Dato’ Haji Arzmi Hamid (bekas ADUN BN Tanjung Dawai) dan Dato’ Haji Mohd Hadzir Ismail (bekas ADUN BN Kuala Ketil).

Duit GLC @ duit kerajaan @ duit rakyat depa bedak sama-sama depa untuk pi bersukaria. Depa pi makan angin, rakyat masuk angin keluaq asap.

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Jika Azizan yang tebang pokok nie kompom jadi isu 7 hari 7 malam aihh..!!

Pokok ratusan tahun sembah bumi


MOHD. YUSOF mengukur lilitan sebatang pokok besar yang ditebang tanpa mendapat permit di Banda Hilir semalam.


MELAKA – Tindakan kontraktor sebuah projek membina hotel di Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini menebang beberapa batang pokok berusia ratusan tahun amat dikesali Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Ahli Majlisnya, Mohd. Yusof Abu Hassan berkata, pokok-pokok yang mempunyai nilai sejarah itu sepatutnya dilindungi dan dipulihara bersesuaian dengan kedudukannya di Zon Penampan Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008.

“Saya kesal dengan perbuatan syarikat kontraktor yang menebang lima batang pokok di tanah lapang di antara Jalan Merdeka dan Jalan Parameswara berhampiran Hotel Equatorial di sini kerana ia dilakukan secara haram.

“Salah satu batang pokok yang ditebang itu dikenali sebagai angsana berusia ratusan tahun yang menjadi tanda sempadan laut sebelum Banda Hilir ditambak antara yang telah ditebang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Mohd. Yusof memberitahu, tindakan menebang pokok terbabit oleh syarikat kontraktor swasta itu tidak pernah mendapat sebarang kelulusan daripada Jabatan Perancang Bandar, MBMB,” ujarnya.

SADA sokong UUM jadi pembekal air bersih persendirian


ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman (Sada) menyambut baik hasrat Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menjadi penghasil bekalan air bersih persendirian (IWP) bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang membelenggu universiti itu sejak sekian lama.

Namun, pengurusan universiti terbabit perlu membuat kajian menyeluruh termasuk mematuhi kaedah dan prosedur yang betul, sekiranya benar-benar mahu menjadi IWP untuk kegunaan warga kampusnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sada, Datuk Adzmi Din berkata, untuk menjadi IWP, UUM perlu mempunyai sumber bekalan air bawah tanah atau membina lojinya sendiri bagi membolehkan universiti itu menyalurkan air bersih secukupnya, selain perlu mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

“Sada mengalu-alukan hasrat UUM itu namun mereka perlu guna kaedah dan prosedur yang ditetapkan. Buat masa ini, Sada satu-satunya operator berlesen yang membekalkan air bersih di Kedah kerana mempunyai loji dan kelengkapan mencukupi, yang dibenarkan oleh Span,” katanya.

Adzmi berkata demikian ketika mengulas kesediaan UUM menjadi penghasil bekalan air bersih persendirian untuk membantu Sada menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Changlun, Sintok dan Kubang Pasu.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak sebelum ini berkata, UUM berharap Kerajaan Negeri mempertimbangkan permohonan itu setelah pihaknya yakin mempunyai segala kepakaran yang diperlukan untuk menjadi IWP.

Adzmi berkata, Sada bersedia membantu UUM menjadi IWP dengan menyalurkan input berkaitan sekiranya mereka benar-benar berminat.

“Jika UUM berjaya menjadi IWP, 12 juta liter air sehari yang disalurkan ke UMM boleh kita salurkan ke kampung-kampung berhampiran,” katanya.

Menurutnya, namun secara rasionalnya, UUM tidak perlu menawarkan diri menjadi IWP kerana pihaknya yakin sejurus loji Padang Sanai mula beroperasi penghujung Mei ini, masalah gangguan bekalan air dapat diatasi sekiranya sistem paip UUM turut dinaik taraf.

“Sada kini dalam usaha menaik taraf sistem termasuk infrastruktur supaya khidmat menyalurkan bekalan air dapat dipertingkatkan. Kita akur masalah air di UUM berlarutan sejak tahun 90-an lagi disebabkan pembangunan pesat yang tidak mampu menampung permintaan, setelah loji baru siap dan bekalkan 30 juta liter air sehari, masalah dijangka selesai,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...