TERKINI :

Wednesday, April 27, 2011

Video Sex..Akhirnya ANDA SENDIRI BUAT KEPUTUSAN.. ANWAR @ TIDAK..!!??

http://3.bp.blogspot.com/-3FOGsP3cTjY/TbgUGA8UZlI/AAAAAAAAE2s/10Cd9KRYrHg/s1600/2011-04-27_205259.jpg

Video seks II: Polis, Datuk T bersekongkol, kata Saifuddin

SHAH ALAM 27 APRIL : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.

Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution percaya polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet.

" Penyebaran bahagian kedua atau ketiga sekali pun bukan merupakan satu perkara baru dan tidak memeranjatkan kerana perkara tersebut dilakukan oleh pihak polis sekali dengan bantuan Datuk T,” kata Saifuddin kepada TVSelangor.

" Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis.Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T," tambah beliau.

Saifuddin kesal diatas cubaan bertalu-talu untuk mengaibkan Anwar menerusi fitnah.

" Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka,” kata beliau.

Klip bahagian dua didedahkan pada hari sama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay menyerahkan DNAnya untuk “memperketatkan” fakta kes.

Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan.

Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.

Gandingan 'Datuk T” iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana “mahu menyelamatkan negara” .

Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk “membinasakan” Anwar kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman.

Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.

Saifuddin berkata persepsi umum bahawa video itu adalah fitnah Umno semata-mata diperkuatkan dengan tiadanya tindakan ke atas gandingan Datuk T sungguhpun terbukti mereka melakukan jenayah mengedar bahan lucah dan mengugut Ketua Pembangkang.

" Akibat dari pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas Datuk T, maka ini mengukuhkan lagi tanggapan awam bahawa video itu bermotif politik yang membabitkan pemimpin Barisan Nasional dengan kerjasama pihak polis sendiri,” kata Saifuddin.

Ditanya mengenai tindakan polis mengambil DNA Eskay, Saifuddin memnyifatkannya sebagai helah semata-mata untuk mengaburi agenda sebenar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

" Siasatan itu kononnya DNA diambil dan sebagainya hanyalah satu lakonan semata-mata… seolah-olah pihak polis sedang bertindak ke atas salah seorang Datuk T iaitu Datuk Eskay. Walaupun kesalahan mereka (Datuk T) sangat jelas di bawah Seksyen 292 tetapi siasatan polis kelihatannya tidak menjurus ke arah itu, “ kata Saifuddin.

Walaupun polis selesai menjalankan siasatan, Pejabat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berpuas hati dan dua kali mengarahkan siasatan lanjut dijalankan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai motif Gani.

Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin yang menyaksikan video penuh 21 minit itu menolak bahawa pelaku itu Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa tubuh pelaku.

ini video 22.feb. 2011 dari TVselangor



- TVSelangor News

Selepas Video Sex Kedua keluar di Youtube.. Anda Saksikanlah Hasilnya..

Video seks bahagian kedua di Youtube

Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.

Malaysiakini difahamkan bahawa video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.

Semakan Malaysiakini juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."

NONEIa dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam.

Namun pada jam 6.45 petang tadi, video berkenaan telah dikeluarkan kerna didakwa melanggar syarat-syarat penggunan Youtube kerana memaparkan bahan lucah dan gambar bogel.

NONENamun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain.

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.

Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.

Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam.

NONEBeberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.

Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok.

- Malaysia Kini

Serupa tapi tak sama...

Berita Harian edisi 21 April 2011 menyiarkan satu berita di bawah tajuk:

Sepadan Anwar
Oleh Safeek Affendy Razali dan Nor Fazlina Abdul Rahim
bhnews@bharian.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
2011/04/21

Agensi penyiaran Korea Selatan guna proses biometrik analisis video seks

KUALA LUMPUR: Sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing, mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang berkenaan berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.

Keputusan analisis visual dan teknikal video berkenaan diperoleh oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.

Itu apa yang dilaporkan oleh Berita Harian...

Mari kita guna BioMATAriks kurniaan Allah untuk untuk membuat perbandingan dua gambar berikut....

Gambar sebelah kiri dipetik daripada video yang dirakamkan pada 21.02.2011
manakala gambar kanan dirakam pada 22.02.2011, sehari selepas itu di
perkarangan mahkamah selepas tamat sesi perbicaraan kes Liwat2.

Anda gunakan BioMATAriks pun sudah memadai tanpa perlu dihantar hinga ke Korea atau
Jepun atau pun ke Mongolia untuk membuat analisis....

Kredit gambar: Lai Ee (Facebook)

http://blog.marhaen.info

Miskin sangatkah UUM, sampai ambil hak rakyat?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

http://4.bp.blogspot.com/-HO31xsffjlM/Ta6Ez-DY8wI/AAAAAAAAAos/1WxFR_W838w/s1600/uum.png

Seronok menulis politik apabila sering diasak oleh para pembaca supaya menghentam pihak-pihak tertentu berhubung isu berbangkit. Kali ini desakan bertubi-tubi datang dari rakan-rakan yang ‘naik angin’ terhadap kenyataan demi kenyataan dibuat oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Dato’ Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang mengkritik kerajaan negeri berhubung isu cukai tanah dan air.

“Belasah VC UUM cukup-cukup!”. Antara pesanan diterima yang membuatkan saya tersenyum sendirian. Memikir bagaimana sukarnya hendak membelasah rakan lama yang saling mengenali, pernah belajar satu sekolah dan satu kampus.

UUM bukan sebuah syarikat perniagaan. Ia sebuah institusi pengajian yang dibiayai kerajaan Pusat. Peruntukan untuk UUM dikatakan RM300 juta setahun. Siapa pun yang memimpin dan mengurus UUM tidak perlu berniaga mencari duit untuk menjelaskan segala utiliti yang ada. Naib Canselor tidak perlu begolok bergadai berhutang jika terdapat kekangan kewangan dalam mentadbir universiti. Kerja utama mereka ialah memajukan bidang pembelajaran, kajian dan penyelidikan. Masalah kewangan, jika ada, maklumkan saja pada kerajaan Pusat yang kekayaannya sangatlah sukar untuk diceritakan. Itu berdasarkan ‘cakap besar’ yang sering diucapkan oleh Perdana Menteri. Duit kerajaan BN sangat banyak, sana sini umum peruntukan berjuta-juta. Jika bapa (Pusat) orang kaya, maka anak (UUM) pun kayalah juga.

Apabila Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan kesediaan mengambil-alih Universiti Utara Malaysia (UUM) ekoran ketidakmampuan IPTA itu menjelaskan cukai tanah sebanyak RM1.74 juta setahun mengikut taksiran piawai tanpa rebat; ia tidak lebih dari sebuah kenyataan politik semata-mata.

Ia tidak perlu diulas dengan ‘fakta dan angka’ sebab semua orang tahu kenyataan itu tidak lebih dari sendaloka politik yang bertujuan menyerang balas tindakan pemimpin politik kerajaan Pusat yang menyalahkan kerajaan negeri kerana enggan memberi rebat cukai kepada UUM sebanyak RM1.64 juta.

Kerajaan Negeri perlukan sumber kewangan untuk menguruskan negeri. Sewaktu Kedah di bawah BN dulupun hingga kini hasil negeri tidak banyak berbanding Pusat. Hasil utama negeri ialah tanah, air dan balak, di samping beberapa cukai yang dikutip oleh kerajaan tempatan.

Siapapun pemimpin kerajaan yang waras tidak terfikir untuk mengorbankan hasil negeri sebanyak RM1.64 juta dengan memberi rebat kepada ‘orang kaya’ UUM. Lebih munasabah untuk beri rebat kepada rakyat jelata yang miskin. Namun tiada seorang pun rakyat miskin di Kedah yang menghantar surat kepada kerajaan negeri sebanyak enam kali seperti yang dilakukan oleh Naib Canselor meminta rebat cukai tanah. Maknanya jika kerajaan negeri luluskan rebat RM1.64 juta kepada UUM yang kaya itu, ia semacam kerja orang tidak waras. Menteri Besar Kedah tidak peduli jika kerajaan BN dulu dianggap tidak waras, yang penting biarlah kerajaan pimpinannya sentiasa waras.

Isu bekalan air di kampus UUM juga turut mengundang polemik. Menteri Besar dan para Exco memberitahu bekalan yang disalur hingga ke pintu pagar UUM sudah mencukupi. Masalah yang berlaku ialah di dalam kampus. Saluran paip masih 27 tahun lalu, sempit dan bocor di sana sini. Kebocoran dianggarkan 43 peratus.

UUM menafikan. Kata mereka, infrastruktur yang ada mencukupi. Kebocoran kononnya tidak sampai 30 peratus. Punca keputusan bekalan ialah kerana bekalan dari paip utama masuk ke UUM tidak mencukupi.

Exco kerajaan menjelaskan pula, UUM gagal membesarkan stok air dengan menambah tangki seperti yang dilakukan UKM. Jika tangki penyimpanan air ditambah maka stok air sentiasa ada, tidak putus. Waktu malam semua orang tidur, hampir tiada orang menggunakan air tetapi bekalan air ke dalam tangki penyimpanan ‘tidak tidur’. Ia mengalir terus menerus. Keesokannya stok air yang ada dalam tangki mampu membekalkan air dari pagi hingga ke malam. Menurut Exco, tangki yang ada sekarang adalah sama seperti tangki 27 tahun lalu. Membina tangki baru bukan kerja kerajaan negeri. Ia tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi.

Puncak kepada perang isu tanah dan air ini ialah apabila Naib Canselor menawarkan untuk mengambilalih pengurusan air ke UUM dan sekitarnya dari SADA. Orang ramai tidak nampak bahawa cakap Naib Canselor itu professional dan ikhlas. Ia berbaur politik BN yang mahu menyindir kerajaan negeri.

“Eleh, nak ambil alih SADA konon, nak bayar cukai tanah pun tak mampu.” Begitulah cakap politik dibalas dengan jawapan politik juga.

ADUN Bukit Lada Ahmad Izzat Shauki mendesak Prof. Dato’ Dr Mohamed Mustafa meletakkan jawatan, menyertai parti politik dan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

“Professor berkenaan sengaja menjadikan cukai tanah sebagai isu bagi memburuk-burukkan kerajaan negeri dan perilaku begitu bukanlah datangnya dari seorang ahli akademik yang memegang amanah di menara gading.

“Oleh kerana beliau bertindak sebagai pentadbir tertinggi UUM dan berpegang kepada niat tidak mahu membayar cukai dengan harga asal maka beliau telah memutar belitkan fakta sebenar,” katanya.

Bahasa orang politik agak kasar. Jika Naib Canselor UUM memilih untuk terus berpolemik beliau menjerumuskan dirinya menjadi sasaran kecaman yang tiada sudahnya. Saya tidak sanggup melihat seorang rakan menjadi ‘beg sasaran peninju’ pihak tertentu, sedangkan pemimpin politik BN di atas sana bersenang lenang memerhati tanpa melakukan pembelaan yang sewajarnya ke arah penyelesaian masalah UUM.

Hari tu berlagak sangat PKR ni!!

eMalaysiakini melaporkan:
Beban yang digalas oleh PKR untuk bertanding di 49 kerusi, termasuk yang sukar dimenangi pada pilihan raya Sarawak, 16 April lalu akan dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat, kata pengarah strateginya, Rafizi Ramli.

Pada pilihan raya itu, PKR yang sepatutnya bertanding di 25 DUN sahaja tetapi akhirnya terpaksa bertanding di 24 kerusi tambahan bagi mengelakkan BN menang percuma pada hari penamaan calon.

"Saya berpendapat beban ini sepatutnya dikongsi bersama (dengan parti lain dalam Pakatan)," katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu. - Mkini.
Macamana pulak tiba-tiba PKR boleh berubah wajah.
Sebelum PRN Sarawak dulu, PRK nampak cukup berlagak dan cukup tamak. Sampaikan sanggup berpatah arang dengan SNAP.

Punya la tamak PKR sampai hanya tawarkan cuma 3 kerusi saja kepada SNAP. Mana la tak marah SNAP dihina sampai macam tu sekali. Tak sesuai langsung untuk sebuah parti orang dayak tertua di Sarawak.

Kalau la masa tu PKR tawarkan 24 kerusi DUN tu kepada SNAP dah tentu tak timbul soal beban.

Masa belum pilihanraya hari tu sembang bukan main kemas lagi, tapi bila dah kalah teruk bunyi macam lain pulak.

Macam yang aku tulis sebelum ni, kalau pun betul SNAP tu balaci Umno, terbukti PRK takkan rugi tara mana sangat pun.

Kalaupun mungkin dengan SNAP bersama Pakatan Rakyat masa PRN lepas dan Pakatan Rakyat menang majoriti kerusi dan tiba-tiba calon SNAP yang menang melompat masuk BN, Baru Bian tetap tak boleh jadi Ketua Menteri, sama macam la jugak. Tapi sekurang-kurangnya, kemarahan rakyat Sarawak tentu punya akan lebih meningkat bila ada wakil rakyat yang berubah jadi katak.

Ataupun, mungkinkah kenyataan dari Rafizi ni sebenarnya suara Anwar nak belasah Ezam Azmin sebagai pengarah pilihanraya PKR yang nyata gagal di Sarawak?

Berkaitan

Sedar Bahaya Rasuah, Bila Projek Untuk Kroni Sudah Habis

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Semalaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sedar tantang bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi.

Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin. Sama juga dengan nasihat Datuk Seri Najib. Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara makin kosong dan projek pun semakin kontang.

Kesan rasuah boleh merbahaya keselamatan negara kerana sempadan akan terbolos, dadah terlepas masuk, maklumat negara tergadai, projek terbengkalai kerana beri pada mereka yang tidak wibawa, kos meningkat, pendapatan negara berkurangan dan banyak lagi bahayanya.

Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan ketika majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.

Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah samaada pemilihan parti atau pilihanraya umum.

PAS merasa pelik, apabila kerajaan hendak memerangi rasuah, yang diburu ialah pegawai-pegawai kerajaan. Baru-baru ini 60 orang pegawai kastam Diraja Malaysia yang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin politik yang berskala jerung tidak diburu. Selalunya yang menjadi mangsa ialah ikan bilis dari kalangan pegawai kerajaan sahaja. Isu wang PPRT RM32 juta, yang ditangkap ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedangkan Menterinya Datuk Anuar Musa entah ke mana. Begitu juga yang ditangkap ialah Setiausaha Politik Datuk Mohd Nor Yaakob yang memiliki wang tunai RM2 juta.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

AMK curiga Umno dikaitkan dengan blog papagomo

AMK hari ini meminta Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menjelaskan kaitan mereka dengan beberapa laman blog yang didakwa telah menghina ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan berhubung video lucah.

Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata, pertubuhan berkenaan diminta berbuat demikian memandangkan timbulnya kecurigaan bahawa ia mempunyai kaitan dengan blog tersebut.

NONERozan Azen berkata, kecurigaan itu timbul memandangkan blog papagomo.com itu turut memuatkan pautan ke laman Umno Online dan juga PERKASA.

"Isu sekarang ini adalah untuk kenalpasti penulis blog ini. Kalau (Umno dan PERKASA) ada maklumat berkaitan, minta mereka kerjasama," katanya.

"Oleh kerana itu kita desak pihak berkenaan nafikan pembabitan mereka dengan penulis blog ini.

"Kalau terus berdiam diri, AMK anggap mereka bersubahat dengan jenayah siber ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas memberi satu keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pagi ini.

Beliau memberi keterangan selama kira-kira sejam hari ini susulan aduannya terhadap penulis blog papagomo.com yang didakwa terlibat menyebarkan satu video seks di Internet.

NONE"Dalam keterangan saya, saya beritahu bahawa kali terakhir saya melawat laman papagomo ialah pada pagi tadi.

"Saya dapati papagomo masih teruskan siar video itu dan terus memburukkan Datuk Seri Anwar.

"Contohnya ditulis dalam laman itu 'boleh download video porno Anwar Ibrahim di papagomo'," katanya.

Video seks berkenaan dipercayai merupakan sedutan daripada video lucah yang ditunjukkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Selain laman papagomo.com, laporan itu turut menamakan laman pisau.net dan juga gerakanantipkr.blogspot.com sebagai pihak yang perlu disiasat berhubung penyebaran video berkenaan.

Dalam laporan itu juga, AMK turut menuntut supaya siasatan dijalankan ke atas seorang pengguna Youtube yang menggunakan nama 'thepowercam' – individu yang memuatkan video pendek berkenaan di laman tersebut.[Malaysiakini]

Tudia aih.. warga UUM pengguna air terbesar di dunia!!!


ha ha ha merpati dua sejoli tuuu...

Secara purata seorang rakyat Malaysia menggunakan 230 gelen air sehari dan seorang rakyat Kedah menggunakan 250 gelen air sehari. Namun secara purata seorang warga Universiti Utara Malaysia (UUM) menggunakan 340 gelen air sehari!

Demikian didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) Dato’ Azdmi Din dalam sidang media di pejabatnya berhubung kajian yang dibuat oleh syarikat air itu terhadap UUM.

Menurutnya, berlaku pembaziran sebanyak 462 ribu gelen air sehari di Universiti Utara Malaysia (UUM) dari air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan kuantiti itu adalah terlalu tinggi.

Menurutnya, pengiraan dibuat secara teknikal berdasarkan jumlah pengguna sebenar dan mengukur tahap jumlah air yang sepatutnya dibekalkan.

“Maknanya warga UUM berjumlah 33,037 jiwa itu memerlukan air sehari secara normalnya hanya 8 juta liter padu sahaja sedangkan hari ini mereka secara purata setiap orang menggunakan 340 gelen sehari berbanding penduduk Kedah secara normal menggunakan 250 gelen dan penduduk Malaysia sebanyak 230 gelen sahaja sehari,” katanya.

Menurutnya, anggaran penggunaan yang efisien di UUM yang diperlukan kampus itu cuma berjumlah 8,260 juta liter padu sehari. Ia sudah mencukupi untuk penggunaan normal tanpa mengambil kira penyusutan (non revenue water) disebabkan kebocoran paip.

Katanya, oleh kerana pihak UUM mengatakan mereka memerlukan air lebih, biarlah isu ini dibincang dari aspek pembaziran penggunaan.

Katanya, SADA menghormati institusi ini sebagai universiti yang terkenal di Utara dan dengan ikhlasnya menghulurkan kerjasama berikutan UUM merupakan pengguna air terbesar di Kedah.

“Kita akan bekerjasama untuk melihat apa-apa kelemahan yang ada di UUM. Kita cari jalan tengah perbalahan tidak akan menyelesaikan apa-apa,” katanya.

KEBENARAN AKHIRNYA TERSERLAH JUA

Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
KEBENARAN TERSERLAH – PERJUANGAN KASE DIAKUI

Saya ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia khasnya pemilik kenderaan dan pengguna jalanraya kepada kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang disiarkan dalam akhbar theSun bertarikh 27/4/2011 di mukasurat 03. Beliau mengulas pertanyaan wartawan tentang keputusan Kerajaan menyenarai hitam pemilik kenderaan hanya setelah kesalahan yang dilakukan dibawa dan dibuktikan di Mahkamah. Antaranya beliau menyebut seperti berikut :

“It’s not (being lax). It’s only fair; innocent until proven guilty – that is the basic principle of law. Only when they are found to be guilty of their offences in court, will they be blacklisted”

Menyorot kembali polisi Kerajaan sebelum ini di mana Kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menguatkuasakan kaedah senarai hitam pemilik-pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu iaitu dengan menghalang segala transaksi melibatkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) dan lesen memandu jika didapati pemilik kenderaan dan pemegang lesen mempunyai “perkara yang belum selesai” di dalam rekod JPJ dan PDRM. Tidak pernah pada bila-bila masa semasa polisi ini dilaksanakan sebelum ini, para pemilik kenderaan dan pemegang lesen dibawa ke Mahkamah dan dibuktikan kesalahan mereka. Sebaliknya para pemilik kenderaan dan pemegang lesen terus dihalang transaksi dengan JPJ melainkan mereka membayar dahulu segala kompaun bagi setiap perkara yang terdapat di dalam rekod JPJ dan PDRM. Ekoran tindakan tersebut, balai-balai polis, kaunter-kaunter pejabat pos dan JPJ dikerumuni para pemilik kenderaan dan pemegang lesen untuk membayar kompaun-kompaun kerana terdesak dan takut mereka akan disenarai hitam. Mereka terpaksa bersusah payah beratur, mengambil cuti dan ada juga yang terpaksa membuat pinjaman peribadi dengan bank untuk melangsaikan kompaun sedangkan semua kesalahan yang direkodkan di dalam sistem JPJ dan PDRM masih belum dibawa ke Mahkamah dan dibuktikan kesalahan.

Kementerian Pengangkutan dan JPJ bertegas mengatakan mereka mempunyai kuasa untuk melakukan senarai hitam tersebut melalui peruntukkan Seksyen 17(1)(d) dan Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

Kami di Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) secara konsisten menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuching pada tahun 2009 di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Pengarah Jabatan pengangkutan Jalan Negeri Sarawak. Kami di KASE telah menyerahkan Memorandum Bantahan kepada Menteri Pengangkutan pada Ogos 2010 dan kemudiannya menyerahkan aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Walaubagaimana pun jawapan yang diterima pada waktu itu tetap sama iaitu Kerajaan mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam walaupun kes Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan sebaliknya.

Desakan demi desakan dilakukan sehinggalah pada 23/3/2011 Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju menarikbalik perlaksanaan senarai hitam atas kesalahan yang dikeluarkan Notis Pol 170A atau lebih popularnya “Saman Ekor”. Alasan yang diberikan beliau ialah Jemaah Menteri mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara bahawa keputusan perlu ditangguhkan sehingga suatu kes rayuan diputuskan di Mahkamah.

Kami di KASE menyambut baik keputusan tersebut. Walaubagaimana pun keputusan tersebut dengan jelas, nyata dan terang menunjukkan bahawa Kerajaan telah mendera, menindas, menzalimi dan memaksa rakyat khasnya pemilik kenderaan dan pemegang lesen untuk membayar dan mengakui sesuatu perkara yang belum pasti dan belum diputuskan kesalahan mereka oleh Mahkamah. Tindakan Kerajaan sebelum ini jelas membuktikan prinsip “innocent until proven guilty” (tidak bersalah melainkan dibuktikan salah) yang disebut oleh Timbalan Menteri itu tidak diendahkan. Kenapa setelah berjuta-juta duit rakyat diperas melalui tindakan senarai hitam baru sekarang hendak disebutkan prinsip “innocent until proven guilty”. Adakah semasa polisi ini dilaksanakan sebelum ini Kerajaan tidak pernah tahu prinsip “innocent until proven guilty”?

PDRM pula dengan bangganya mengumumkan bahawa sehingga Februari 2011 sejumlah lebihkurang RM496.7 juta telah berjaya dikutip. Kutipan ini hasil daripada perlaksanaan kaedah ugut dan paksa oleh Kerajaan selama ini. Kerajaan mengugut akan menghalang transaksi pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu jika kompaun tidak dijelaskan. Hasil ugutan itu, para pemilik kenderaan dan pemegang lesen berpusu-pusu membanjiri balai polis, pejabat pos dan JPJ untuk membayar kompaun sedangkan kesalahan mereka belum dibuktikan. Inikah prinsip “innocent until proven guilty” yang dipegang oleh Kerajaan? Bayar dahulu – salah atau tidak bukan isunya? Rakyat Didahulukan! Adakah PDRM tidak perlu menggunapakai prinsip “innocent until proven guilty”? Adakah duit kompaun lebih penting daripada pembuktian kesalahan?

Keputusan menarikbalik senarai hitam juga dikatakan ekoran nasihat Jabatan Peguam Negara. Mahkamah Tinggi Kuching telah membuat keputusan pada tahun 2009 tetapi hanya pada Mac 2011 baru Jabatan Peguam Negara memberikan nasihat kepada Jemaah Menteri bahawa tindakan Kerajaan menyenarai hitam itu tidak betul. Negara amat malang mempunyai “penasihat” seperti ini. Sudah berjuta-juta duit rakyat dikaut, sudah berapa ramai rakyat disusahkan baru Jabatan Peguam Negara memberikan nasihat bahawa tindakan Kerajaan tidak betul?

Kami di KASE ingin mendesak kepada Kerajaan untuk menjelaskan beberapa perkara. Pertama, atas prinsip undang-undang apa Kerajaan berpendirian bahawa Kerajaan boleh menghalang transaksi sebelum ini jika sekarang ditarik balik atas prinsip “innocent until proven guilty”? Kedua, siapa yang memberikan nasihat kepada Kerajaan untuk melaksanakan senarai hitam walau pun keputusan Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan bahawa tindakan itu salah? Ketiga, jika sekarang ditarik balik kerana prinsip “innocent until proven guilty”, bagaimana status mereka yang telah membayar kompaun sedangkan mereka tidak pernah didapati salah oleh Mahkamah? Mereka membayar kerana ugutan senarai hitam oleh Kerajaan, bukannya mengaku kesalahan.

Akhirnya KASE mendesak Kerajaan melakukan perkara-perkara berikut :

a) Memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya para pemilik kenderaan dan pemegang lesen atas tindakan senarai hitam tanpa bukti sebelum ini.

b) Memulangkan segala bayaran kompaun yang telah dibuat oleh para pemilik kenderaan dan pemegang lesen akibat perlaksanaa kaedah senarai hitam sebelum ini.

c) Mengeluarkan rekod kesalahan yang tidak dibuktikan di Mahkamah daripada sistem PDRM dan JPJ melainkan semua kesalahan tersebut dibawa dan dibicarakan di Mahkamah.

d) Menghapuskan semua saman-saman ekor dan perkara-perkara yang tidak dibuktikan kesalahan di Mahkamah daripada rekod JPJ dan PDRM.

Sekiranya tindakan ini tidak dilakukan, KASE berpendapat bahawa Kerajaan sememangnya tidak bertanggungjawab dan telah bertindak zalim kepada rakyat. Di mana slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan? Kebenaran Akhirnya Terserlah....



ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
27/04/2011

Yuran naik: Siswa tuntut UIAM beri penjelasan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 April: Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini dikejutkan dengan kenaikan yuran pengajian yang akan bermula semester 1 sesi 2011/2012.

Kenaikan itu disedari sendiri oleh beberapa mahasiswa termasuk pimpinan mahasiswa, SRC yang mendedahkan penyata yuran yang baru untuk mahasiswa Malaysia.

Mahasiswa UIAM dalam satu kenyataan menyatakan hal itu sangat dikesali mereka apabila diputuskan semasa cuti semester.

Dalam penyata yuran yang baru tersebut, kenaikan yuran pengajian bertambah sebanyak RM37.50 untuk setiap kuliyyah.

Jumlah kenaikan yang dibuat tidaklah terlalu melampau, namun satu penjelasan yang sewajarnya mesti diberikan oleh pihak pentadbiran UIAM kepada mahasiswa.

Mahasiswa tidak rela untuk membayarnya andai kenaikan tersebut sedikit pun tidak memberi manfaat kepada mahasiswa.

Berdasarkan penyata yuran yang baru juga, peningkatan yuran dikenakan adalah untuk menampung perbelanjaan transportation iaitu bas.

Pihak mahasiswa membantah setegas-tegasnya kenaikan yuran itu, antaranya kerana:

1) Mahasiswa yang menggunakan perkhidmatan bas tidak sampai 10 peratus.

2) UIAM dikenali sebagai 'walking university', tidak wajar untuk memperuntukkan kewangan yang lebih untuk bas.

3) Yuran bas dikenakan, namun sebarang penggunaan bas untuk persatuan tetap dimasukkan dalam bajet kewangan program.

4) Penyediaan bas untuk program kegunaan persatuan-persatuan adalah menjadi tanggungjawab pentadbiran, tanggungan kos di bawah penyeliaan pentadbiran bukan mahasiswa.

5) Manfaat bas tidak meliputi seluruh mahasiswa UIAM.

Mahasiswa tidak bersetuju sama sekali dengan kenaikan yuran yang dibuat oleh pihak UIAM.

Pada masa yang sama, pinjaman dan biasiswa masih seperti biasa tanpa kenaikan membuatkan mahasiswa merasai sedikit bebanan untuk membuat bayaran yuran yang baru ini.

Justeru, mahasiswa menggesa seluruh organisasi mahasiswa yang berdaftar mahupun tidak berdaftar untuk lebih responsif dan proaktif dalam menjaga kebajikan mahasiswa.

Perkara sebegini tidak boleh dipandang mudah oleh mana-mana pihak kerana ia melibatkan hak mahasiswa.

Mereka berharap pihak pentadbiran lebih cenderung untuk melihat keadaan mahasiswa berbanding kepentingan sendiri.

Patut laaa Amanah Saham Kedah tak untung-untung zaman UMNO Dulu... naya org buat loan jaa..!!

Amanah Saham Kedah merudum tapi Lembaga Pengarah sentiasa KENYANG

Oleh: Tok Senapi

Di masa pemerintahan BN, elaun setiap orang Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB) ialah sebanyak RM20-RM25 ribu setahun. Mereka yang kebanyakan terdiri dari pemimpin Umno juga menerima bonus raya RM3,000 seorang.

Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB ialah Dato’ Mahdzir Khalid, Dato’ Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato’ Ghazali Ibrahim, Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad, Dato’ Mohd Akhir Shafie dan Dato’ Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin Umno.

Keputusan memberi elaun RM20,000 seorang tercatat dalam minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 3/2006 bertarikh 10 Disember 2006.

Ini bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 13 pada 30 Jun 2007 yang memutuskan tiada ganjaran pengarah dibayar bagi tahun berakhir 31 Disember 2006. Manakala pembayaran imbuhan raya bagi tahun 2007 tidak diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah.

Penetapan ganjaran kepada Ahli Lembaga Pengarah hendaklah berasaskan kepada prestasi keuntungan yang diperolehi syarikat pada tahun kewangan tersebut, tapi mereka sudah tetapkan ganjaran pada tahun 2006 lagi, sebelum tahun kewangan berakhir.

Begitulah perangai para pemimpin UMNO mengagihkan duit PKB. Walaupun Amanah Saham Kedah yang diuruskan oleh PKB sahamnya jatuh merudum sedak diniagakan, pelabur tanggung rugi tapi ahli lembaga pengarah tetap kenyang memanjang.

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Jangan terperangkap dengan jebak Umno

Fakhri Ali

NIBONG TEBAL, 27 April: Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak terperangkap dengan jebak yang dipasang oleh Umno dan BN semata-mata bagi memecahbelahkan serta memporak-perandakan kekuatan yang ada pada PR.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Yunus Jamhari berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ceramah isu penerangan anjuran PAS Kawasan Nibong Tebal di Sungai Acheh, malam tadi.

Menurut beliau lagi kebelakangan ini isu seperti pertandingan bagi merebut jawatan dalam kepimpinan PAS, telah dimainkan oleh mereka supaya adanya perasaan curiga antara sesama kepimpinan.

Beliau berkata, sekiranya tidak berhati-hati maka jebak itu akan memerangkap kumpulan sasaran yang telah mereka rencanakan.

"Yang terbaru ialah ura-ura penyertaan DAP bersama BN juga merupakan satu lagi dakyah jahat yang sengaja dimainkan bagi menimbulkan rasa prejudis dan prasangka di kalangan penyokong dan kepimpinan PR.

"Ini juga sebahagian dari usaha mereka bagi merenggangkan hubungan yang utuh antara PKR, PAS dan DAP. Setelah melihat kekuatan yang ada pada PR tidak berjaya dirungkai oleh mereka.

"Walaupun BN begitu kepingin mahu melihat adanya keretakan dalam PR, ia tidak mungkin mencapai realiti tersebut, kerana jebak dan perangkap yang mereka pasang tidak akan mengena," tegasnya lagi.

Katanya lagi, kepimpinan PR perlu sentiasa berhati-hati dengan gerakan terancang BN.

Beliau menambah, sekiranya tersilap langkah, padahnya amat berat kerana ia akan memberi impak yang begitu mendalam dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din


KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12261

Kebarangkalian PAS kalah dalam PRU ke 13 nanti adalah tinggi

http://www.mir.com.my/rb/photography/companies/canon/fdresources/fdlenses/pas.jpg
Ramai mengkritik PAS kerana telah banyak ketinggalan dalam memenangi pilihanraya baik PRK mahupun PRN Sarawak baru-baru ini. Beberapa siri kekalahan tersebut telah meningkatkan tekanan kepada PAS terutama kepada kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Macam-macam analisa dan pandangan serta kritikan dihamburkan.

Semua perhatian yang diberikan kepada PAS menunjukkan harapan rakyat kepada PAS terlalu tinggi. Namun dalam gelanggang politik Malaysia seperti yang ada pada hari ini, harapan yang tinggi itu masih tidak kesampaian.

Semacam sudah timbul rasa putus asa terhadap PAS, kenapalah PAS masih belum mampu menewaskan UMNO yang penuh dengan kekotoran itu, untuk menguasai undi masyarakat Melayu? Walaupun PAS sebuah parti yang berjuang atas dasar Islam yang sebenar dan bersih dari sebarang kekotoran moral, namun semakin hari semakin kelihatan PAS terus gagal memenangi hati orang-orang Melayu terutama di luar bandar dan kawasan-kawasan FELDA, yang dianggap kubu kuat UMNO.

Apakah rasa tidak puas hati dengan pencapaian PAS itu menunjukkan rakyat tidak sabar? Kalau begitu salahkah mereka itu bersikap tidak sabar?

Kalau ada yang bersikap tidak sabar mereka itu bukannya semua ahli jemaah PAS yang sentiasa dilatih akur kepada parti. Mereka adalah rakyat umum yang mahukan perubahan dan mengharapkan PAS menang dalam pilihanraya. Mereka bukan aktivis PAS tetapi mereka adalah rakyat yang celik politik. Di sini tidak boleh disamakan sikap politik rakyat prihatin yang mendesak dan mengharapkan PAS menguasai undi-undi masyarakat Melayu, dengan sikap ahli-ahli jemaah PAS yang merupakan pendokong parti. Namun demikian para pemimpin PAS wajar melayan rasa tidak puas hati itu kerana mereka mahukan Pas menang!

Nampaknya mahu tak mahu kepimpinan PAS mesti melakukan sesuatu secara jelas dan pratikal. Realitinya jentera parti PAS di peringkat cawangan dan kawasan begitu lemah pada masa ini. Apabila jentera parti lemah di peringkat bawah maka rakyat tidak nampak PAS berada entah di mana, atau PAS di bawah sana hanya sekadar berada di pinggiran dan bukan di aliran utama dalam kegiatan hidup masyarakat.

Kepimpinan PAS cawangan dan kawasan berada dalam keadaan terasing, malu-malu serta segan-segan dalam masyarakat. Keadaan ini wujud kerana kempimpinan Pas cawangan dan kawasan tidak ramai dalam kalangan yang berbakat dan berpengaruh dalam kepimpinan masyarakat. Kalau ada pun seorang dua sahaja dan mereka ini tidak mampu dibantu oleh AJK-AJK yang tidak berkemampuan baik dari kawasan mahupun cawangan.

Kedua ramai aktivis PAS di bawah sana terutama di kawasan luar bandar adalah kakitangan kerajaan yang mempunyai pergerakan terhad untuk beraktiviti secara terang-terangan dalam politik pembangakng (PAS) kerana ancaman terhadap mereka terlalu banyak. Mereka tidak bertaraf Mat Sabu atau Mahfuz yang rela melakukan apa sahaja dan diperlakukan apa sahaja oleh kerajaan zalim UMNO/BN. Ini mengakibatkan mereka ini hanya beraktiviti pada sebelah malam. Mampukah memenangi pilihanraya jika aktivis PAS dalam kalangan kakitangan kerajaan dan swasta hanya beraktiviti secara senyap-senyap pada malam hari?

Senario ini telah mengakibatkan para pemimpin PAS kawasan dan cawangan tidak kelihatan dalam urusan seharian masyarakat. Mereka jauh daripada masyarakat setempat. Ini mengakibatkan masyarakat tidak yakin untuk mengharapkan mereka menyelesaikan masalah kehidupan atau mereka tidak tahu langsung siapa para pemimpin Pas kawasan dan cawangan di tempat mereka. Walaupun UMNO begitu kotor dan tidak amanah, senario ini tidak berlaku kepada UMNO. Para pemimpin UMNO berselirat dalam masyarakat. Walau bagaimana pun para pemimpun UMNO ini, rakyat yang tidak kisah hal-hal politik tetap memilih mereka.

Isunya PAS perlu mencari jalan untuk menyegarkan aktiviti Pas dalam masyarakat (di peringkat cawangan atau kawasan) seperti yang dinyatakan oleh Datuk Husam. Pokoknya jika terdapat aktivis-aktivis Pas yang terikat dengan peraturan kerja dengan kerajaan, PAS tidak boleh mengharapkan mereka untuk berada di barisan hadapan walaupun mereka mungkin berbakat besar. Terdapat pula mereka yang tidak terikat dengan apa-apa ikatan tidak pula mempunyai bakat kepimpinan dan pengurusan yang boleh diharapkan. Inilah antara faktor yang mengakibatkan aktiviti PAS dalam masyarakat terutama di luar bandar terbantut.

Para pemimpin PAS harus sedar bahawa masih terlalu ramai para aktivis parti yang ramai terikat di bawah sana hanya bertugas menghadiri mesyuarat parti pada waktu malam dan program parti yang tidak membabitkan orang luar dan pengundi dalam kalangan masyarakat Melayu! Jika begini bilalah agaknya Pas boleh menang dalam kawasan Melayu yang dikuasai oleh UMNO? Nampaknya lambatlah lagi, bukan dalam PRU ke 13 nanti!

http://garamlada.blogspot.com

Papah Menantu mak mertua Cemburu

Pelakon, isteri dinasihat kaunseling

Shaharuddin Tambi (kiri) dan Nor'aini Muhammad.

KUALA LUMPUR: Isteri pelakon Shaharuddin Tambi mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, atas alasan tidak wujud persefahaman dalam perkahwinan mereka yang dibina hampir 33 tahun lalu, selain mendakwa tidak mendapat pembelaan sewajarnya sebagai isteri.

Plaintif, Nor’aini Muhammad, 51, berkata demikian ketika ditanya Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, berhubung permohonannya itu terhadap Shaharuddin (defendan), 54, dan memberitahu mereka masih tinggal serumah tetapi berasingan bilik, antara dua atau tiga tahun lalu.

Nor’aini berkata, hubungannya dan suami selalu tidak menentu selain banyak bersabar dengan perbuatan defendan termasuk yang terbaru membabitkan kes antara anak dan menantu mereka.

Menjawab dakwaan itu, Shaharuddin berkata, “Demi Allah, saya tidak ada niat nak bercerai.”

Katanya, dakwaan isterinya tidak mendapat pembelaan sewajarnya berdasarkan kepada tindakan beliau membantu menyelesaikan pergaduhan kes anak lelaki dan menantu mereka, baru-baru ini.

“Saya ingin menyelamatkan suasana dengan memarahi anak lelaki kami supaya lebih bertanggungjawab. Waktu itu menantu menelan lima pil tekanan dan apabila ditegur beliau telan lima lagi sehingga lemah dan terjatuh.

“Saya dan anak memapah menantu saya itu dari tingkat lima untuk dibawa ke hospital menyebabkan isteri saya mendakwa saya lebih mengutamakan menantu kerana apa yang menantu saya hendak beliau akan dapat, ”
katanya.

Shaharuddin yang kini berlakon dalam filem Ratu The Movie berkata, isterinya mengalami perubahan emosi ketara selepas menjalani pembedahan barah rahim bagi mengelakkan penyakit pada peringkat bahaya itu merebak sehingga menjejaskan kesihatannya.

Katanya, doktor yang merawat isterinya sudah menasihatkannya supaya bersabar dengan emosi pesakit yang akan berubah-ubah dan perkara itu sememangnya berlaku, berkemungkinan emosi terganggu sehingga mendesaknya untuk bercerai.

Shaiful Azli kemudian menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang kepada pasangan itu mendapatkan khidmat kaunseling sebelum memutuskan sama ada meneruskan permohonan bercerai atau tidak.

“Saya syorkan kedua-dua menghadiri kaunseling di pejabat agama. Sayang rumah tangga dibina lama runtuh. Sepatutnya pada usia tua kamu perlu beribadah, bercuti dan menjaga cucu bersama-sama, ” katanya.

Pasangan itu bernikah pada 25 November 1978 dan dikurniakan tiga anak. Sebelum ini, mereka pernah bercerai pada 7 Ogos 1984 sebelum rujuk semula keesokannya. -BhH

MB sedia timbang, UUM bayar cukai tanah secara ansuran

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri sentiasa membuka ruang perbincangan dengan UUM dan bersedia menimbang untuk membenarkan universiti itu membayar cukai tanah secara ansuran.

“Sebaiknya janganlah pihak UUM membuat kenyataan yang tidak tepat kepada media,” ujar Menteri besar Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak kepada pihak media.

Menurut beliau, pihaknya bersedia menimbang semula permohonan rebat cukai tanah daripada Universiti Utara Malaysia sekiranya universiti itu berhasrat untuk membuat permohonan baru.

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya menerima permohonan UUM untuk menyambung semula rebat pada Jun 2009 namun selepas merujuk kepada pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) permohonan itu terpaksa ditolak.

“Pihak UUM ada menulis surat mohon sambung rebat cukai tanah, tetapi setelah dibincang dengan PTG dan dibawa masuk mesyuarat Exco permohnan itu tidak berjaya. Jika UUM bercadang buat permohonan semula, kita sedia timbang,” katanya di Wisma Darul Aman.

Beliau berkata, setiap tahun Kerajaan Negeri menerima RM31 juta bayaran cukai tanah daripada Kerajaan Persekutuan meliputi pebagai bangunan milik kerajaan pusat termasuklah UUM.

Menurutnya, keluasan tanah tapak UUM ialah 2,155.2 ekar dan cukai yang perlu dibayar oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak RM1,743,745 setahun atau 20 sen bagi satu meter persegi.

“Rebat yang UUM dapat selama dua tahun 2006 hingga 2008 UUM hanya perlu membayar sebanyak RM100,000 setahun dan tindakan oleh kerajaan dahulu menyebabkan rakyat Kedah kerugian RM1.6 juta setahun namun Kerajaan Negeri akur kepada perjanjian.

“Hal ini adalah biasa kerana selama ini, menjadi tanggungjawab kita untuk membayar hutang-hutang yang dibuat oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Sambungnya lagi selepas ini mereka ikutlah perjanjian kerana tempoh rebat telah berakhir sepatutnya dibayar mengikut nilai asal iaitu RM1.7 juta.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) Dato’ Azdmi Din dan Pengarah PTG Dato’ Muhamad Nor Raffie. [WartaKedah]

Kedah lancar pelan pelaksanaan ICT aplikasi pelbagai sektor

ICT aplikasi pelbagai sektor

SUNGAI PETANI – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan penggunaan ICT mampu membantu melaksanakan urusan dengan mudah, cepat, efisien dan produktif yang ternyata boleh dimanfaatkan dalam sektor pelancongan, pembuatan, pertanian serta pendidikan.

Menurutnya, melalui agenda pembangunan Negeri Kedah yang menggunakan aplikasi ICT untuk membangunkan industri, ia bakal menjadi pemangkin pembangunan ekonomi negeri.

“Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk melaksanakan program berteraskan ICT bagi memastikan sasaran dapat dicapai,” katanya ketika hadir ke Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju ICT Negeri Kedah 2011-2015 di Hotel Amanpura semalam.

Azizan berkata, semua pihak termasuk syarikat, jabatan, pertubuhan, usahawan dan peniaga perlu meningkatkan tahap penggunaan ICT dalam memajukan sektor masing-masing terutama dalam memajukan pentadbiran negeri, pengurusan sosioekonomi dan pemantauan pelaksanaan untuk kesejahteraan serta pembangunan.

“Saya berasa bersyukur kerana Kerajaan Negeri dapat menyediakan Pelan Hala Tuju ICT Kedah 2011-2015 selain penghargaan kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) yang membiayai pelan ini,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sains dan Inovasi Negeri Kedah, Dr Ismail Salleh, Pengerusi MDeC, Tan Sri Abdul Halim Ali dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Datuk Bashirudin Abdul Jamil.

Bagaimanapun, Azizan berkata, tahap penggunaan ICT dalam kalangan penduduk negeri ini berada pada tahap rendah berbanding negeri lain yang terdedah kepada pembangunan pesat seperti Selangor dan Pulau Pinang.

“Kita harapkan dengan adanya pelan pelaksanaan ini yang merangkumi pelbagai aspek termasuk pendidikan, industri, ekonomi dan komunikasi, kita yakin aplikasi ICT akan dipertingkatkan dari masa ke semasa,” katanya. [Sinar Harian]



Sada tawar pasukan teknikal untuk UUM


ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman (Sada) menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan kemelut bekalan air di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan menubuhkan pasukan teknikal untuk mengaudit sistem agihan dan infrastruktur air di universiti terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sada, Datuk Adzmi Din berkata, kerjasama UUM diperlukan dalam menangani isu ini memandangkan pihaknya perlu memasuki kawasan universiti untuk membuat kajian dan meneliti infrastruktur sedia ada, sama ada masih mampu memenuhi keperluan pengguna atau perlu dinaik taraf, terutama setelah loji Padang Sanai beroperasi kelak, selewat-lewatnya Mei ini.

“Jika UUM bersetuju dengan penubuhan pasukan teknikal ini, saya akan susuli dengan tawaran surat rasmi dalam masa terdekat. Tidak perlulah kita asyik menyalahkan sesiapa, kerana jalan penyelesaian adalah rundingan,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, ketika tinjauan ke UUM pertengahan tahun lalu, pihaknya mendapati masih terdapat beberapa kelemahan dalam sistem agihan air dalam kawasan kampus, dan sekiranya UUM bersedia bekerjasama, Sada akan memberi khidmat nasihat serta kajian secara percuma.

“Saya buat analisis ini berlandaskan realiti, dan nasihat saya ialah UUM perlu buat beberapa penambahbaikan sistem paip dan yang berkaitan kerana kebanyakan paip sudah lama. Saya bimbang jika sistem sedia ada masih digunakan, apabila loji Padang Sanai membekalkan 30 juta liter air sehari, boleh menyebabkan paip lama pecah,” katanya.

Adzmi berkata, pihaknya sudah pun mengenal pasti beberapa pakar dan jurutera untuk menganggotai pasukan teknikal terbabit untuk menjalankan audit keseluruhan berkaitan sistem agihan air di UUM.

“Saya hanya tunggu kebenaran Naib Canselor UUM untuk laksana cadangan ini untuk penambahbaikan sistem agihan di UUM. Selain faktor infrastruktur, sikap pengguna yang menggunakan air secara berlebihan dikenal pasti antara punca bekalan air tidak mencukupi,” katanya.

Menurutnya, Sada membekalkan 10 juta liter air sehari ke UUM dan jumlah ini adalah mencukupi bagi kegunaan 33,037 warga UUM.

“Bekalan air yang sepatutnya disalurkan bagi kegunaan pengguna seramai itu hanya 8 juta liter sehari, namun disebabkan berlaku pembaziran air sebanyak 462,000 gelen air sehari, menyebabkan bekalan tidak cukup,” katanya.

Adzmi berkata, Sada akan membantu UUM menyediakan infrastruktur lebih baik manakala UUM diminta membuat semakan semula terhadap infrastruktur sedia ada, supaya masalah bekalan air dapat diatasi.

“Saya minta mereka bersabar sehingga akhir Mei ini kerana loji Padang Sanai akan mula beroperasi setelah Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyalurkan bekalan elektrik. Saya yakin selepas loji beroperasi, bekalan mencukupi dengan syarat saluran paip dalam kampus mampu menampung kapasiti bekalan yang tinggi,” katanya.[Sinar Harian]

STDC: MB sedia dedah nama


ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia mendedahkan senarai penerima dalam kalangan pemimpin UMNO berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan perbelanjaan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC), sekiranya pemimpin UMNO berterusan memburuk-burukkan Kerajaan Negeri.

Katanya, membelanjakan duit dengan tidak mengikut peraturan adalah salah di sisi undang-undang, terutama wang milik rakyat yang digunakan parti tertentu bagi tujuan aktiviti politik.

“Kita bukannya mempersoal sama ada STDC rugi atau untung bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), sebaliknya mempertikai perbelanjaan yang secara terang-terangan digunakan untuk tujuan politik,” katanya.

Azizan berkata, Pemuda Pas pada 14 April lalu telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan berjumlah RM8 juta ekoran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak meluluskan pengecualian cukai korporat terbabit, dan kini pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada badan itu untuk siasatan lanjut.

“Saya akan dedahkan nama-nama pemimpin UMNO terlibat yang menerima peruntukan itu apabila tiba masanya kelak. Saya ada butiran terperinci yang mengesahkan wang disalah guna bagi tujuan mesyuarat UMNO dan sebagainya,” katanya.

Azizan turut menyelar kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mempertahan tindakan UMNO Kedah yang menggunakan ‘sedikit peruntukan syarikat terbabit’ bagi menampung kehadiran pemimpin Kerajaan Persekutuan.

“Saya minta beliau tafsir sendiri bentuk perbelanjaan itu salah atau tidak, atau tunggu sahaja SPRM buat penilaian. Catatan pada laporan jelas menunjukkan perbelanjaan menjurus pada aktiviti politik, bukannya program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR),” katanya.

Menurutnya, sekiranya peruntukan itu benar-benar disalurkan pada program CSR, ia tidak menjadi kesalahan kerana dibelanjakan untuk masyarakat seperti anak yatim atau sumbangan orang miskin.

“Yang saya sangsi ialah kenapa wang itu dibelanjakan pada parti politik? Saya ingin nasihatkan mereka jangan lagi mahu putar belit fakta.

”Selama ini saya diamkan sahaja sebab tidak mahu dedahkan isu ini, namun jika berterusan pentadbiran saya diganggu, saya akan dedahkan,” katanya.

Isu perbelanjaan STDC mula didedahkan oleh Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah pada Sidang DUN, 4 April lalu, apabila mendakwa pembayaran dan aliran wang keluar STDC sebahagian besar dibuat atas nama politik dan bukannya aktiviti Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan portfolio GLC berkenaan.[Sinar Harian]

Umno Kedah.................... Ceroi....!!

Oleh adiib

"Istilah ceroi ini,diperkenalkan oleh Ustaz Shahril Long dalam kuliah-kuliahnya yang melata di negeri Kedah ni.Maksud ceroi ni,buat sesuatu kerja dengan penuh sifat penyegan,tak bersungguh-sungguh,tak tepat dan menyalahi tata kerja beretika.Kata lainnya,hentam keromo aje,janji buat dan hasilnya............ para pembaca tengokla apa yang jadi kepada Umno Kedah la ni.

Lepas satu-satu kerja ceroi mereka menikam diri sendiri.Jadi bahan lawak rakyat Kedah.Tak perlu banyak-banyak bagi menceritakan keceroian mereka.Cukup untuk tahun ini saja.Tahun 2011.Jangan ambil dari 2008,sebermulanya era,PAS,Pakatan Rakyat.Terlampau banyak pula keceroian mereka.4 isu,bagi 4 bulan tahun 2011,sudah cukup.

Pertama berkenaan dengan kegagalan Umno menyediakan prasarana mereka sendiri.Semua bangunan kerajaan negeri buat,tak kira la zaman BN dulupun mereka kata itu hak parti mereka.Ambil contoh,balai raya.Mereka mengaku itu hak parti Umno,sebaliknya itu adalah hak rakyat,tak kira parti apa pun.Semua boleh guna.Punyalah ceroi,hak rakyat pembayar cukai ini pula dijadikan markas mereka.Marahlah rakyat setempat.Contoh,di Mergong.Ada sebuah balai raya dijadikan pejabat ADUN Umno,di situ.Tentulah itu bukan premis parti.Natijahnya baru-baru ini program mereka menjemput Umi Hafilda berceramah dikepung pemuda setempat.Alasannya,permit tak dipohon.Nak buat ceramah di tempat awam kena permit.Tu bukan markas Umno.Malu,malu.Parti yang dakwa ada 3 juta ahli seluruh Malaysia,nak buat markas pun tak boleh.Kalau parti lawan boleh dikatakan tiap cawangan ada markas masing-masing.Itu lah parti ceroi.

Kedua,suka sembunyi maklumat daripada rakyat.Nak tunjuk mereka ni penuh berkebajikan dan betul menolong rakyat.Kes Taman Kota Nelayan Kuala Kedah.Rakyat diberi rumah.Tapi tiada hitam-putih.Ramai rakyat yang duk ditepi muara sungai Kuala Kedah itu yang tinggalkan rumah masing dan duduk dirumah baru ni.Kecuali 58 keluarga yang was-was.Mereka duduk dengan aman di rumah lama masing-masing.Sampai sekarang tiada sesiapa yang kacau,tambahan la ni Kerajaan PR,lagi aman.Bagi yang berpindah tu,ada yang bayar RM 100,tiap-tiap bulan.Ada juga yang duduk free(budaya orang Umno).Namun sekarang status rumah itu masih dipertikai.

Boleh duk percuma ke,sebagai ganti rumah lama?Hak milik ke? Tapi geran tak ada.Nak bayar ke ,secara sewa beli?Nanti jadi milik sendiri,akhirnya,penduduk limbang-libu(bimbang),hinggalah sampai ke sekarang.Natijahnya penduduk berdemo,minta mana-mana parti politik yang perihatin menyelesaikan kes mereka.Mereka janji parti yang berjaya tolong mereka,akan diundi PRU 13 nanti.Kerajaan negeri hantar YB IR.Phakrolrazi Zawawi berunding sebagai Exco Perumahan Kerajaan Negeri,manakala Umno yang ceroi cuma menyalak dalam kitab Utusan mereka mengatakan wakil Kerajaan Negeri Kedah enggan bertemu dengan penduduk.Bohong,itulah yang mereka pandai.Tapi siapa yang rugi nanti.Comfom jika isu ini diselesaikan Kerajaan PR,Kuala Kedah jangan mimpi la,diambil balik oleh Umno.

Ketiga,ceroi mentadbir Kerajaan Negeri apabila mereka berkuasa dahulu.Sampai perbendaharaan Kerajaan Negeri pun kata duit Umno,duit BN.Semua hasil negeri mesti masuk poket mereka.Kalau tak ambil semua,sikit-sikit mesti juga masyukkkk.Isu terbaru jelas mereka mengebas duit GLC,anak syarikat Kerajaan Negeri.Berjuta-juta wang,mereka songlap,kepunyaan Seri Temin Development Snd.Bhd.Pengarahnya pun kroni depa,senang hati lulus.Buat apa wang juta-juta itu???Untuk urus parti Umno,melancong.beli cenderamata dengan harga yang langsung tak munasabah.Sebatang pen RM 1800.00!Gulppp,hei mak depa.Itu duit siapa tu?Kalau bukan duit rakyat!Bila YB IR.Amiruddin Hamzah membongkar isu ini,semua ADUN Umno diam,nganga.

Nak pertikai apanya,semuanya benar.vLepas sidang DUN baru ada bunyi, kunun nafi dengan alasan,duit yang mereka guna itu adalah hasil keuntungan syarikat itu.Modal tak kacau.Ya,lah kalau untung tu semua hak Umno belaka,kakitangan depa makan kuah?La ha,senyum kakitangan GLC-GLC di Kedah,bonus semakin tebal.Nampak ceroinya Umno,lepas ni siapa lagi yang nak undi mereka jika rakyat Kedah semakin lama semakin faham.

Ini,last,isu terbaru masih panas lagi.Kununnya cukai tanah di negeri Kedah ni,naik 10 kali ganda.UUM kena bayar sampai RM 1.2 juta setahun cukai tanah,kampus mereka di Sintok.Dulu setahun bayar RM 100 ribu aje.La kena RM 1.2 juta.Apa ke he nya???Rakyat yang beriman dengan Utusan Meloya menyesali kezaliman Kerajaan PR,Kedah.Rakyat yang cerdik,bukan balaci Umno ceroi,buka Harakahdaily.Ada video penjelasan MB Ust.Azizan.Baru tahu.Hampeh Umno!!!Rupanya,memang cukai tanah UUM yang melibatkan ribuan hektar tanah itu cukainya setahan RM1.2 juta.Zaman Kerajaan BN dulu pun sama.Cumanya pada tahun 2006 hingga 2008 UUM minta nak bayar rebat RM100 ribu setahun.La dah lebih dah.La tahun 2011,bayar la dari 2009 dulu RM 1.2 juta setahun.Untuk 2009.Kerajaan Negeri tak minta pun bayar sampai 2011.Kalau istitusi lain di Negeri Kedah boleh bayar juta-juta juga.pasal apa UUM tak boleh?Pasal apa 2006-2008,minta bayar rebat??? UUM ni nak bankrap ke???Sampai YM MB,kata kalau dah tak boleh nak bayar SERAH SAJA UUM PADA KERAJAAN NEGERI.BIAR KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH!Itu la menteri pengajian tinggi Umno tak study dahulu,sebelum serang,kan dah kena sebijik.Tunjuk sangat keceroian tu pasai apa???

Sebenarnya banyak lagi isu, airlah, banjirlah, ribut, kebajikan rakyat, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya yang boleh diutarakan bagi menunjukkan betapa ceroi dan pandirnya Umno ini.Setiap ada isu,mereka sibuk nak menyibuk tanpa mereka sedari di luar sana banyak rakyat yang perhati dan bersedia nak gelakkan mereka.

SELARAS FATWA AGAR TIDAK JADI BAHAN GURAUAN

23 Jamadil Awal 1432 H | 26 April 2011

PAS menggesa seluruh umat Islam menghormati sesuatu fatwa yang telah dikeluarkan, kerana fatwa bukan untuk menjaga hati mana-mana pihak tetapi ia berdasarkan garispanduan yang mengikuti peraturan syarak.

Kita kesal bilamana golongan yang tidak mempunyai asas agama dalam memahami kaedah syarak mempertikaikan sesuatu fatwa yang telah dikeluarkan. Apakah mereka membuat kajian, penelitian dan memahami kaedah pengambilan sesuatu hukum, sehingga mempertikaikannya?

Persoalan ini timbul akibat kegagalan kerajaan melalui kementerian menjadikan mata pelajaran agama sebagai mata pelajaran teras dalam mana-mana peperiksaan, sehingga golongan jahil berani mempertikaikan pandangan Majlis fatwa.


PAS juga mencadangkan agar sesuatu fatwa yang ingin diputuskan dapat diselaras terlebih dahulu, walau ianya berada dalam bidang kuasa negeri; kerana tindakan dan fatwa yang berbeza akan menyusahkan rakyat. Biasanya kalau asas pengharaman itu sama, maka tidak timbul fatwa berbeza antara negeri-negeri.

Tetapi akibat tiadanya penyelarasan antara ahli-Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan menyebabkan ada negeri terlalu 'laju' dalam memberi fatwa, sedangkan implikasi fatwa itu sangat besar.


Seperti Pahang mengharamkan merokok, sedangkan negeri lain belum mengharamkannya. Ini bermakna kalau seseorang menghisap rokok, bilamana ia melepasi terowong ke Pahang mesti dipadamkan rokoknya. Akibatnya fatwa akan jadi bahan gurauan dan mainan. Ini akan merendah-rendahkan sesuatu fatwa itu.


Beliau turut berkata perkara yang sama turut berlaku dalam isu fatwa tarian poco-poco di mana Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah terlebih dahulu memutuskan bahawa tarian poco-poco adalah haram untuk orang Muslim di negeri Perak telah menimbulkan pelbagai pertikaian daripada pelbagai pihak.

Perkara ini menjadi lebih mengelirukan untuk umat Islam, Jumaat lalu, apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dipetik sebagai berkata bahawa umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Walaupun berbeza dengan fatwa negeri Perak, Abdul Shukor turut dipetik sebagai berkata bahawa jawatankuasa itu menghormati keputusan negeri tersebut untuk mengharamkan poco-poco sejak Januari lalu.

Namun begitu, perkara ini dinafikan Harrusani hari ini.

Harussani terkejut

“Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan, kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

“Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini... jadi bagaimana boleh kata macam itu,” kata Harussani (gambar) yang dipetik The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa beliau sudah mendapatkan penjelasan Abdul Shukor dan dimaklumkan media telah salah faham.

Dalam pandangannya terhadap perkara ini, Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa fatwa bukan direka untuk menjaga hati mana-mana pihak dan dibuat berdasarkan garis panduan yang mengikuti peraturan syarak.

“Oleh itu, PAS menggesa seluruh umat Islam menghormati sesuatu fatwa yang telah dikeluarkan,” katanya. - Harakahdaily




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...