TERKINI :

Tuesday, April 26, 2011

hebatnya Malaysia email lain kat dunia FREE tapi mai kat depa RM0.50 satu email...

Tricubes kenakan caj RM0.50 setiap email

Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.

NONE"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.

Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.

"Namun setting asas adalah 'Secure Sockets Layer' (SSL) yang agak selamat.

"Malah dengan email seharian dan tanpa dikenakan bayaran semuanya adalah melalui SSL. Pengguna juga boleh menghantar email peribadi kepada rakan-rakan dan ia adalah percuma,” katanya.

Khairun juga berkata untuk menggunakan email itu seseorang perlu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftar.

Katanya, pengguna juga boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan alat biometrik-USB yang perlu dibeli mereka.[Malaysiakini]

Menteri Besar tidak akan hadir perhimpunan PERKASA

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Rakyat Kedah digemparkan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) menyatakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akan hadir ke Perhimpunan PERKASA di Stadium Suka Menanti 30 April ini.

SMS itu adalah seperti berikut, “Perhimpunan Melayu Kedah…pada 30April 2011 jam 3.00 petang di Stadium Suka Menanti Alor Setar, datang beramai. Kita gabungkan tiga pemimpin besar Melayu di satu pentas, YBhg Tun Mahathir, YAB Ustaz Azizan, YB Ibrahim Ali. DEMI KEDAULATAN MELAYU.”

Setiausaha akhbar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan, Helmi Khalid berkata, hebahan itu adalah tidak benar sama sekali dan Menteri Besar langsung tidak terlibat dengan perhimpunan ini.

Hebahan ini secara tempiasnya juga untuk menjatuhkan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan dan sebagai propaganda pembangkang mengaitkan beliau dengan PERKASA.

“Ustaz Azizan tak akan hadir sama sekali untuk sertai perhimpunan itu dan ini adalah taktik pembangkang untuk kaitkan beliau dengan PERKASA.

“Diminta rakyat jangan percaya dengan propaganda ini,” ujar beliau ketika dihubungi untuk mengulas isu ini.

Setiausaha politik YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor turut menafikan hebahan ini.

“Tajuk perhimpunan itu adalah Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara, jadi mereka guna nama Ustaz Azizan untuk tarik orang ramai datang, ataupun jika beliau tak hadir maka isu lain timbul seperti Ustaz Azizan tak sokong Melayu, kalau hadir pun ada isu juga,” jelas beliau.

Ekspo Perdagangan Melayu PERKASA Kedah bertemakan Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara akan diadakan pada 29 April hingga 30 April di Stadium Suka Menanti dan ucaptama perhimpunan disampaikan oleh mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohammad.[WartaKedah]

CEO SADA JELASKAN PERKARA SEBENAR ISU AIR DI UUM

ALOR SETAR, 25 April: “Mengenai air kita tidak boleh buat kenyataan berlandas kepada persepsi tanpa membuat perkiraan yang betul. Saya ingin maklumkan bahawa semasa isu air di Universiti Utara Malaysia (UUM) disensasikan pihak media, Syarikat Air Darul Aman (SADA) bukanlah duduk pada tahap tidak membuat apa-apa.”

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif SADA Dato’ Azdmi Din pada sidang media di pejabatnya.

Terangnya, untuk menampung air kepada 33,037 jiwa warga universiti berkenaan Kerajaan Negeri telahpun membina loji yang berkapisti 50 juta meter padu sehari. Semua saluran paip yang melibatkan bekalan ke institusi itu sepanjang 35 kilometer telahpun siap 100 peratus bersama tiga kolam takungan yang hanya menunggu bekalan elektrik dari Tenaga Nasional tiga minggu lagi iaitu pada 15 Mei ini.

“Saya telah dimaklumkan oleh pihak TNB yang bekalan elektrik akan siap 15 haribulan depan. Kerja-kerja kabel berkaitan sedang giat dijalankan di rumah pam Sebatin. Sekarang bekalan elektrik ini belum siap kerja-kerja pemasangan kabel sedang giat dijalankan. Begitu juga dengan rumah pam di Bukit Kayu Hitam akan siap serentak pada tarikh yang sama,” katanya.

Menurut beliau, sekarang SADA membekalkan 10 juta liter air sehari ke UUM dan jumlah ini adalah mencukupi bagi kegunaan 33,037 warga UUM.

“Pegguna yang seramai itu sepatutnya kita hanya bekal 8 juta liter sehari, namun disebabkan berlaku pembaziran air yang banyak iaitu 462,00 gelen air sehari di UUM menyebabkan bekalan air tidak cukup,” katanya.

Menurutnya lagi, kini fokus diberikan kepada loji di Padang Sanai yang berkapasiti 50 juta liter padu sehari sudah berjalan membekalkan air sekitar Padang Terap dan Padang Sanai dengan kapasiti sebanyak 5 juta padu sehari dan 10 juta liter padu ke Durian Burung.

Katanya, untuk percubaan sistem agihan ke UUM hanya mempunyai masa tiga minggu sahaja lagi dan selepas ini Kerajaan Negeri berharap isu ini boleh ditutup.

“(Itu hanya) selesai di pihak Kerajaan Negeri dan SADA. Tapi saya tak tahu pihak UUM. Dalam loji kapsiti 50 juta padu sehari ini sebahagian besar akan salurkan ke UUM sebanyak 30 juta liter padu sehari dan 5 juta liter padu akan salurkan ke Bukit Kayu Hitam,” katanya.

Katanya, sebagai sahabat kepada Naib Canselor UUM Prof Dato’ Dr Mohamed Mustafa Ishak, beliau bersyukur sekiranya infrastruktur dalaman mengenai bekalan adalah sempurna seperti yang didakwa.

“Tapi sekiranya terdapat keadaan paip dan tangki tidak berada dalam tahap sepatutnya untuk membekal air kepada warganya, apabila bekalan air berkapasiti 30 juta liter padu disalurkan akan menyebabkan saluran paip meletup-letup,” katanya dengan ketawa.

Sambungnya lagi, selepas loji Padang Sanai beroperasi nanti SADA mampu membekal sehingga 20 hingga 30 juta liter padu air.

“Saya jawab cara professional bukan persepsi. Tahun lepas kita dah masuk masa pentadbiran lama dulu Dr Nordin Kardi sebagai NCnya. Bersama SPAN, kita tengok banyak benda perlu dibuat kajian di UUM. Nanti dia marah saya pula. Termasuk untuk menambah kapasiti loji takungan,” ujarnya.

Dato’ Azdmi bimbang, apabila bekalan air ditingkatkan nanti, termasuk bagi memenuhi kehendak NRW (air yang hilang akibat kebocoran) akan mengakibatkan sistem paip dalaman akan pecah akibat tidak dapat menampung tekanan.

Beliau berkata demikian berdasarkan pengalaman loji air di Lubuk Buntar yang membekalkan air di Bandar Baharu.

“Sepatutnya loji lama (Lubuk Buntar) dinaiktaraf bukan membina loji yang baru. Kapasiti loji baru terlalu tinggi tidak seimbang dengan jumlah pengguna dan akibatnya tiap bulan SADA terpaksa perbaiki paip yang pecah dan meletup akibat tekanan tinggi,” katanya.

Oleh itu, katanya, demi kebaikan semua pihak beliau memohon kebenaran dari pihak UUM untuk benarkan Pasukan Teknikal Sada masuk ke UUM tapi sekiranya UUM mahu lantik konsultan sendiri terserahlah.

Katanya, perkhidmatan yang SADA tawarkan adalah percuma tapi kalau lantik konsultan lain perlu perlukan kos. “Sekiranya UUM mahu berjimat kos itu boleh beli bantal cantik untuk tidur dengan selesa,” ujarnya.

ALOR SETAR, 25 April: “Mengenai air kita tidak boleh buat kenyataan berlandas kepada persepsi tanpa membuat perkiraan yang betul. Saya ingin maklumkan bahawa semasa isu air di Universiti Utara Malaysia (UUM) disensasikan pihak media, Syarikat Air Darul Aman (SADA) bukanlah duduk pada tahap tidak membuat apa-apa.”

Terakhir Dikemaskini (Selasa, 26 April 2011 12:19)

TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA


Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya. Sebaliknya ujar beliau, PDRM akan tampil secara terbuka dalam proses penguatkuasaan undang-undang termasuk peraturan lalulintas. Beliau seterusnya memberikan peringatan bahawa dengan pendekatan baru ini jika pengguna jalanraya disaman, mereka perlu menjelaskannya.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mengalu-alukan pengumuman tersebut kerana secara tidak langsung ia mengesahkan perjuangan KASE selama ini bahawa tindakan menyorok di belakang tiang, menyorok di dalam belukar dan di atas jejantas dalam operasi perangkap laju yang disusuli dengan Saman Ekor adalah bukan suatu cara pendidikan undang-undang yang baik. KASE menyambut baik tindakan ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.

Walaubagaimana pun pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar. Undang-undang dan peraturan bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi adalah bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat. Tindakan menyorok di belakang tiang dan sebagainya yang dilakukan PDRM sejak lebih dua dekad sudah terbukti bukan pendekatan yang baik dan wajar.

Pengumuman TKPN ini adalah suatu permulaan yang baik tetapi ia telah membuka beberapa persoalan lain yang perlu diperjelaskan oleh pihak berkuasa seperti PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya. Kita merasakan amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan. Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar?

Notis Pol 170A atau lebih popular dikenali sebagai “Saman Ekor” dikeluarkan ekoran perlaksanaan perangkap laju secara menyorok oleh PDRM. Apabila TKPN mengumumkan teknik menyorok tidak lagi akan digunakan, apakah status “Saman Ekor” yang dikeluarkan dahulu? Apakah status “Saman-saman Ekor” yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? KASE berpendapat bahawa “Saman-saman Ekor” yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman TKPN dibuat hendaklah dihapuskira. Ini kerana “Saman-saman Ekor” tersebut dikeluarkan secara tidak telus malah lebih kepada penyalahgunaan peraturan oleh pihak PDRM. Adalah lebih baik melupuskan sahaja daripada membuang masa dan tenaga untuk menguatkuasakan sesuatu yang tidak betul.

KASE seterusnya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada PDRM dan JPJ berkaitan proses penguatkuasaan perangkap hadlaju. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 (APJ 2010) mula berkuatkuasa pada 1/2/2011. Melalui APJ 2010 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dilaksanakan di mana ia merangkumi kesalahan-kesalahan seperti memandu melebihi hadlaju, tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu kenderaan selain bas di lorong bas. Sistem ini akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Pengenalan AES melalui APJ 2010 ini menggambarkan bahawa semua perangkap hadlaju akan dikendalikan hanya oleh dua syarikat swasta ini. Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 1/2/2011 ini? Tidakkah ianya bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap hadlaju?

Rakyat Malaysia juga secara keseluruhannya perlu faham bahawa APJ 2010 yang mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 telah memperakui “Saman Ekor” malah penguatkuasaan “Saman Ekor” pada masa depan tidak lagi bermusim malah secara 24 jam tanpa henti. Perlu diambil perhatian bahawa “Saman Ekor” di bawah APJ 1987 ialah Notis meminta maklumat di bawah Seksyen 115 APJ 1987 tetapi di bawah APJ 2010, Saman Ekor adalah saman yang sah bukan lagi notis. Walau pun PDRM mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menyorok tetapi apa yang lebih teruk ialah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalanraya selepas ini sudah diswastakan.

Akhirnya KASE mendesak kerajaan menghapuskira Saman-saman ekor yang lama dan seterusnya memperbanyakkan kempen penerangan berkaitan AES dan juga kesan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 kepada rakyat keseluruhannya. KASE berpendapat APJ 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat.


YB DATO’ MAHFUZ BIN OMAR
Pengerusi
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
25/4/2011

Aduhai Akhbar Melayu - Hentikan membodohkan minda melayu


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
26 April 2011 (Selasa)
Hentikan membodohkan minda melayu

Hari ini selasa 26hb April 2011, tajuk utama media cetak berbahasa Inggeris, New Straits Times memaparkan berita “Nasi lemak twice a week”. Akhbar The Star pula memaparkan berita “Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion”. Akhbar bebahasa Manderin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.

Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu, Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”. Akhbar bahasa Melayu mejoritinya mengambil kes liwat 2 Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama. Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini? Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja? Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut ?

Tiada halangan jika berita aib dan meloyakan ini dimasukkan dalam berita kecil dalam akhbar seperti New Strait Time yang memuatkan dalam muka surat 6 dan The Star dalam muka surat 10. Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama maka sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks. Sebahagian besar pembaca media Utusan Melayu, Berita Harian dan Sinar Harian adalah kelompok orang Melayu berpendidikan rendah dan tinggal di pinggir dan luar bandar. Sesetengah daripada mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan terhadap media baru.

Saya fikir lebih wajar media arus perdana berbahasa melayu meletakan tajuk utama mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Orang Melayu sudah berdepan dengan masalah sosial khususnya anak muda yang terlibat dengan masalah seks bebas, dadah, arak, anak luar nikah, sumbang mahram, VCD lucah dan lain-lain lagi. Akhbar berbahasa Melayu seolah-olah kurang sensitif terhadap isu sosial yang sedang dihadapi oleh orang Melayu sekarang.

Secara umumnya media berbahasa Inggeris, Manderin dan Tamil yang pembacanya terdiri daripada kelompok Melayu kelas menengah ke atas, masyarakat Cina dan masyarakat India tidak dihidangkan dengan cerita aib dan meloyakan seperti media berbahasa Melayu. Secara perbandingannya seolah-olah mereka dihidangkan dengan isu-isu yang lebih bertamadun daripada kelompok masyarakat Melayu berpendidikan rendah. Saya memohon agar media arus perdana berbahasa Melayu menghentikan agenda membodohkan minda orang-orang Melayu ini. Sudah cukuplah penjajah membodohkan orang Melayu lebih 400 tahun. Hidangkanlah minda semua rakyat Malaysia dengan perkara yang segar dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat.
(019 728 5174)

MAHASISWA UUM DESAK NC MOHON MAAF

ALOR SETAR - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak digesa memohon maaf terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berikutan kenyataannya kelmarin, yang dianggap tidak menghormati dan menghina pemimpin tertinggi kerajaan negeri.

Desakan itu dibuat berikutan kenyataan lantang Dr Mohamed Mustafa yang menyifatkan Ustaz Azizan hanya layak mengurus sekolah pondok, setelah Azizan mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan UUM untuk diambil alih Kerajaan Negeri apabila universiti itu mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta setahun.

Mahasiswa UUM memandang serius perkara ini kerana selaku pegawai kerajaan, beliau tidak sepatutnya
bertindak seperti itu yang jelas menghina Menteri Besar selaku tuan rumah,”

Kerajaan Negeri berhak menerima atau menolak permohonan rebat cukai tanah. Ia tidak terkecuali pada mana-mana tuan tanah, sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Tiada yang merungut pun kecuali UUM, mungkin kerana mereka faham tanggung jawab sebagai pemilik tanah,

Mengulas mengenai kenyataan Dr Mohamed Mustafa yang mempertikai kemampuan Kerajaan Negeri untuk mengurus UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi, mencecah RM300 juta setahun untuk mengurus 15,000 pelajarnya, Muhammad Sanusi iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar kedah berkata, Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduk hanya dengan pendapatan RM500 juta.

“Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan,” katanya.

Muhammad Sanusi turut mempertikai tujuan isu cukai tanah dan bekalan air di UUM dibangkitkan oleh Dr Mohamed Mustafa, memandangkan KPT sebelum ini tidak pernah mempersoal pembayaran cukai tanah terbabit.

Menurutnya, kewibawaan Azizan untuk mentadbir sebuah pusat pengajian tidak harus dipertikaikan, berikutan beliau berpengalaman selama 21 tahun dalam bidang IPT.

“Azizan pernah menjadi Ketua Jabatan di UKM, selain antara pengasas UIA dan menubuhkan fakulti syariah dan undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina. Beliau juga yang memperluas program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh program kepada 42, malah membina kampus induk di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat,” katanya.

Mahasiswa juga berpandangan UUM tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok, kerana pentadbiran pondok sekarang jauh lebih baik dan ia merupakan institusi terpenting dalam peneyebaran ilmu Islam di Malaysia sejak daru dahulu lagi.

“Seharusnya kita sebagai seorang Islam harus memandang tinggi institusi agama seperti ini kerana ia telah banyak menyumbang dalam melahirkan para alim ulamak di Malaysia sehingga kini”, kata seorang wakil mahasiswa.

Mahasiswa UUM juga berharap agar pihak atasan universiti bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan isu-isu yang berlaku tanpa melibatkan kepentingan politik pihak tertentu. [HarakahDaily]

Pertahan pimpinan Pakatan sehingga terbukti bersalah

SEREMBAN, 25 April: PAS memberi jaminan mempertahankan semua pimpinan Pakatan Rakyat, yang seorang demi seorang ditohmah oleh BN mutakhir ini, sehinggalah mereka dibuktikan bersalah.

Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli berkata, atas semangat Pakatan Rakyat, PAS tetap pertahankan sesiapa sahaja yang belum dibuktikan bersalah.

Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, terkini media pro-BN menyerang peribadi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sedang dicari kelemahannya bagi memburukkan DAP dan kredibiliti Pakatan.

Beliau berucap demikian dalam program pidato umum anjuran Keadilan Seremban, dekat sini malam tadi.

Turut berucap adalah Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ketua Penerangan Keadilan, Dr Mohd Nur Manuty, Ketua DAPSY yang juga Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Cikgu Bard.

Majlis berjalan dalam keadaan hujan lebat namun hadirin tidak meninggalkan lokasi dengan terus mendengar ucapan pimpinan.

Bercakap tentang 1Melayu 1Bumi, Dr Hatta menegaskan isu terbaharu ini menunjukkan ada pihak cuba menimbulkan suasana tidak kondusif dalam kalangan rakyat berbilang kaum dalam negara ini.

Beliau mencabar Perdana Menteri Najib Razak segera mengambil tindakan menyiasat dan membicarakan mereka yang dengan mudah merangsang isu perkauman di negara ini.

"Jika Najib tidak mengambil tindakan segera terhadap golongan yang membangkitkan soal bahaya ini, bererti beliau juga bersetuju dengan isu perkauman ini," tegasnya dengan mendapat sambutan hadirin.

Jika Anwar tumbang


Sementara itu, Dr Wan Azizah yakin jika seorang Anwar tumbang, ramai lagi Anwar dalam kalangan anak muda akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dalam negara ini.

Beliau yang menceritakan semula rentetan peristiwa sejak 1998 dulu yang banyak menguji perasaan hatinya.

Menurutnya, selepas Anwar bebas, beliau terus berkempen dengan semua sahabat seperjuangan sehingga Pakatan menang besar pada Mac 2008.

"Sekarang Kak Wan rasa cukup kuat, berapa lama dah, cukuplah, sudahlah...," ujarnya lagi.

Sementara itu, Cikgu Bard berkata, pengundi Negeri Sembilan perlu berubah untuk membolehkan seluruh rakyat mendapat nikmat hidup lebih selesa di bawah pentadbiran Pakatan nanti.

Usah mimpi kami mahu melutut kepada umno!

RAKYAT dah pasang niat, samada DS Anwar disabitkan bersalah atau tidak tumpuan rakyat kini adalah untuk menjatuhkan kerajaan Umno/Bn di dalam PRU Ke-13 akan datang. Apabila PR berjaya menduduki Putrajaya, barulah kita akan ketahui siapa sebenarnya yang selama ini menipu rakyat, yang merompak hak rakyat dan konspirator fitnah yang banyak memecah-belahkan masyarakat.

Justeru itu, kita biarkan saja pihak Polis mahu siasatan kes video seks itu seberapa lama yang ia mahu. Begitu juga dengan trio datuk T, samada mereka ditangkap atau dilindungi rakyat sudah tidak peduli lagi kerana yang paling besar tugas kita selaku rakyat yang bermaruah adalah untuk menguburkan Umno/Bn di negara ini.

Samalah juga dengan kes Liwat, rakyat sudah tidak peduli lagi berapa hari Saiful tidak membasuh duburnya kerana maruah dan nasib kita bukan terletak pada dubur pemuda itu. Itu beza kita dengan satu pihak lagi yang bersekutu dengan Apco itu.

Adakah mereka ingat dengan mensabitkan Anwar dengan liwat dan video seks itu maka PKR akan berkubur? Kalau dulu PKR hanya ada seorang Ahli Parlimen sebagai wakil kita boleh berjuang dengan gigih, masakan ketiadaan DS Anwar kita mahu melutut dengan sekutu Apco? Kita masih ada PKR, DAP dan PAS yang boleh menyambung perjuangan Anwar.

Silap besar mereka jika ingat PR akan hancur apabila Anwar tiada. Bahkan, PR akan menjadi bertambah kuat dan bersemangat lagi untuk menghentikan kezaliman Umno/Bn. Perjuangan kita bukan kerana batang tubuh Anwar tetapi untuk agama dan negara. Umno usah bermimpi untuk melihat PKR akan menjadi seperti Parti Melayu Semangat 46 yang mati setelah ramai pemimpinnya melutut dengan Umno./wfauzdin.blogspot.com

Naib Canselor... elok resign, masuk UMNO bertanding pilihanraya

oleh KedahLa

ALOR SETAR, 25 April - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Profesor Dato’ Dr Mohamed Mustafa Ishak disaran supaya meletak jawatan, menyertai UMNO dan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Saranan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Lada YB Ahmad Izzat Shauki, memandang professor berkenaan sengaja menjadikan cukai tanah sebagai isu bagi memburuk-burukkan Kerajaan Negeri dan prilaku begitu bukanlah datangnya dari seorang ahli akademik yang memegang amanah di menara gading.

Menurutnya, terdahulu professor berkenaan telah memanipulasi isu cukai tanah yang menggambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri menaikkan cukai tanah UUM sehingga mencecah sepuluh peratus.

Kondisi sebenar ialah pihak UUM perlu membayar cukai tanah ikut harga asal apabila tamat tempoh rebat yang diperolehi sehingga UUM perlu membayar cuma RM100,000 dari tahun 2006 hingga 2008.

“Oleh kerana beliau bertindak sebagai pentadbir tertinggi UUM dan berpegang kepada niat tidak mahu membayar cukai dengan harga asal maka beliau telah memutar belitkan fakta sebenar dengan menuduh Kerajaan Negeri sengaja menaikkan cukai tanah berkenaan,” katanya.

Ujarnya lagi, tanah yang menjadi tapak kampus universiti itu paling murah iaitu hanya 20 sen bagi satu meter persegi.

Cukai tanah sebanyak RM1.74 juta setahun adalah hak mutlak rakyat merupakan sumber tetap Kerajaan Negeri dan kerajaan hari ini menjaga hak rakyat bukan menurunkan sewenang-wenangnya dan harga ini adalah berpatutan megikut kiraan waktu universiti itu dibina 27 tahun lalu dan kekal sehingga hari ini, katanya.

Mengulas dakwaan professor berkenaan yang tersiar dalam akhbar tempatan beliau berkata, sekiranya Kerajaan Negeri menyambung lagi rebat berkenaan bermakna Kerajaan Negeri telah mengambil hak rakyat.

“Setahu saya UUM mendapat peruntukan yang bukan sedikit dari Kerajaan Pusat, adalah mustahil tidak dimasukkan cukai tanah dalam bajet berkenaan,” katanya.

Mat Bashah malu besaq, Pemuda keluaq ramai-ramai tengah dia ceramah

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Semalam ada satu ceramah haram anjuran UMNO di Dewan Orang Ramai Alor Melintang. Penceramahnya ialah bakal MB Kedah dalam khayalan, Tok Mat Bashah. Masa zaman BN jadi kerajaan negeri dulu, jangankan pembangkang nak guna dewan tu, pijak sebelah kaki pun depa tak bagi.

UMNO dah jadi pembangkang pun dengan terhegeh-hegeh dan muka tak malu masih dok guna dewan tu. Kalau depa tak guna dewan orang ramai memang UMNO tak boleh buat program apa satu pun, sebab depa bukan ada markaz macam PAS. PAS ada markaz tiap-tiap cawangan.

UMNO adalah parti tak larat hidup, asyik menenggek atas reta meredak kerajaan dan masa merintah dulu pun sapu duit GLC untuk buat program parti. Kalau kalah di Pusat, percayalah akan pupus specis UMNO di muka bumi macam terhapusnya makhluk Dinosaur. Dinosaur pernah jadi makhluk gagah perkasa, sekarang nak cari benih pun tak dak.

Balik pada cerita ceramah haram UMNO tadi. Macam biasa ceramah UMNO tak lengkap kalau tak dah fitnah dan maki hamun terhadap PAS. Tengah sedap dok maki hamun PAS tiba-tiba para Pemuda UMNO yang memenuhi ruang tempat ceramah itu keluar beramai-ramai.

Penganjur jadi panik, pasai apa pulak dah. Setelah disiasat rupanya puak muda UMNO tu meluat dengan ceramah UMNO asyik dok mengutuk orang tak habis-habis. Kalau depa keluaq pi isap rokok itu biasalah, tapai keluaq kerana protes ni adalah isu besaq. Maknanya orang muda UMNO pun dah meluat dekat UMNO. Harapkan ceramah untuk pengaruh anak-anak muda, sebaliknya ceramah UMNO yang menjauhkan anak muda dari UMNO/BN.

MBAS tambah lot parking bandaraya Alor Setar

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini dalam proses menaik taraf tempat meletak kenderaan terutama di kawasan bandar dan tumpuan ramai berikutan masalah orang ramai yang mengalami kesulitan setiap kali mahu parkir kenderaan di kawasan pusat bandar.

Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, Zamzama Mohd berkata, masalah itu akan dapat diatasi setelah bangunan parkir bertingkat siap sepenuhnya kelak.

“Kita sedang merancang untuk menambah bilangan petak meletak kenderaan dengan menaik taraf parkir bertingkat di kompleks MBAS,” ujarnya.

Zamzama memberitahu, buat masa ini, hanya paras bawah hingga tingkat enam yang boleh digunakan bagi menempatkan lebih 100 kenderaan.

Setelah proses penyelenggaraan dan menaik taraf selesai kelak, ia dijangka dapat menyediakan 300 petak tempat meletak kenderaan.

“Saya berpendapat setelah beroperasi kelak, ia mampu menampung jumlah kenderaan dan masalah tidak cukup parkir akan selesai,” katanya.

Beliau menjelaskan, kerja-kerja untuk memulakan projek berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh tiga bulan akan datang selepas tawaran tender dibuka kepada kontraktor yang layak.

“Ini alternatif terbaik dalam jangka pendek untuk mengatasi masalah parkir kerana pusat bandar ketiadaan kawasan lapang untuk dibangunkan kawasan parkir,” tambahnya.

Bagi perancangan jangka panjang, katanya, MBAS kini dalam proses memohon kelulusan tanah kuarters lama polis di Jalan Kolam Air bagi dibangunkan sebagai kawasan meletak kenderaan.

“Kita baru sahaja buat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan dan sehingga kini masih menunggu jawapan sama ada diluluskan atau sebaliknya,” jelasnya.

Menurutnya, MBAS kini turut memperluaskan penggunaan parkir berkupon dan antara kawasan yang telah dikenal pasti ialah Simpang Kuala, Jalan Pegawai, Kompleks Taman Perindustrian Kristal, Kompleks Perniagaan Shahab Perdana dan Kompleks Perniagaan Utama Jalan Sultanah Sambungan.

Fomca & PPIM bantah e-Mel 1Malaysia

E-mel 1Malaysia bazir wang rakyat

SHAH ALAM – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan mengkaji semula projek e-mel 1Malaysia kerana dikhuatiri membazirkan dana wang rakyat.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata, kekeliruan timbul dalam isu itu kerana tiada faedah tertentu kepada rakyat sekiranya e-mel baru ini dibuat

“Kita berharap pembaziran wang rakyat tidak berlaku lagi seperti mana projek WauMail yang telah digodam pada 2001.

“Sebarang pembiayaan oleh kerajaan yang menggunakan wang rakyat perlu dilakukan dengan telus dan penjelasan terperinci mengenai pembangunan yang dirancang,” katanya.

Beliau berkata, projek itu dijangka memberi implikasi kepada rakyat kerana tahap keselamatan dan kemampuan email itu masih di khuatiri.

“Mengapa perlu diwujudkan e-mel baru se:dangkan rakyat kin:i mempunyai e-mel persendirian yang selamat dan efektif melalui laman sesawang lain dalam Internet, ”katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, kerajaan sepatutnya memberi projek e-mel yang dicadangkan itu kepada syarikat Telekom Malaysia Bhd berdasarkan keupayaannya mengendalikan pelbagai perkhidmatan Internet.

“Kepakaran Telekom Malaysia tidak diragui kerana berjaya menghasilkan perkhidmatan seperti Uni-fi, wi-fi dan lain-lain,” katanya.

Depa dok taboq SMS kata Azizan nak pie Perhimpunan Melayu Kedah anjuran PERKASA..!!

oleh DepaKata

http://1.bp.blogspot.com/-h0yv_lSK7vk/TaR_5shxoZI/AAAAAAAABa8/7ID0CdoOb4Q/s1600/Ekspo_10.jpg
banner

sms 1

sms 2

Assalamualaikum...

nie apa dia SMS yang kami dapat nie...?? depa dok taboq 1Kedah nie kata AZIZAN nak pie ke perhimpunan PERKASA di Stadium Suka Menanti 30hb April nanti...

Hang biaq betoi AZIZAN dah nak joint geng KEPALA LEMBU nie dah kaa.. tak pon hang dah syok habih dah dok atas kerusi MENTERI BESAQ tuuu....

Hang kena ingat hang menang dan jadi MB kat Kedah nie bukan kerana hang kuat sangat tapi atas kesepaduan rakyat menolak politik kaum dan korupsi UMNO/BN yang bertapak sekian lama dah...

kalau hang dok gatal butir pergi program PEKASA nie nampaknya hang akan membuka semula perjuangan KAUM di bumi KEDAH nie... hang akan membuat semula CINA INDIA dan MELAYU akan berfikir semula perjuangan PAKATAN RAKYAT nie....tah tah depa boleh tolak hang sampai terbungkin keluaq WISMA DARULAMAN tuuu....

awat hang ingat dengan nama MELAYU hang dapat perintah KEDAH... hang menang kerana rakyat berbangsa MELAYU CINA INDIA telak menolak perjuangan busuk UMNO tuuu... ingat sama kami dah bertahun berjuang atas nama PAKATAN RAKYAT KEDAH dan menolak perjuangan busuk PERKASA yg diterajui oleh IBRAHIM ALI tuuu..

hang kena tau IBRAHIM ALI tu dia ada perkara paling besaq dengan perjuangan kita dimana dia telah khianati keikhlasan yang kita berikan untuk bertanding di PASIR MAS tapi akhirnya TUBA yang dia berikan kepada Tok Guru Nik Aziz di KELANTAN...

dan hang kena ingat juga apa jasa MAHADET kat pejuang PAS MEMALI....hang jangan lupa semua tuu...gedebe gedebe jugak... tapi jangan lupa perjuangan pejuang yg sebelum hang....

dan hang kena ingat wahai AZIZAN bahawasanya 'Puak' inilah yg dok pijak kepala lembu di Selangor tempohari... mereka inilah golongan yang melalak bising memperjuangkan MELAYU tetapi apa yg ada pada MELAYU sepanjang depa melalak selama ini....

nuuuu puak MELAYU tu lah yang perabih RM8juta duit GLC untuk temolok depa... pauk MELAYU itulah yang dok buat onak mintak rebet cukai kat UUM.. puak MELAYU itulah yg dok sekat projek SULIHH dari terlaksana di bumi KEDAH...

Ini pon hang masih dok terhegeh2 nak pie berdempek dengan mereka....kami tak kelapaq MELAYU macam nie... nie semua MELAYU tembolok depa sahaja....

Nie satu lagi kami heran macamana puak2 nie boleh dapat bertapak di STADIUM SUKA MENANTI.. sedangkan stadium tersebut kalau nak mintak kena mintak kat hang... adakah hang dah ada kautim dengan depa tuuu...jika tidak macamana hang boleh bagi depa ambik stadium tu untuk buat kerja perkauman depa nie....

Mat Bashah nak sewa bagi Tilam kami tak kesah.. Anwar nak sewa bagi ceramah kami tak kesah tapi kalau bagi kat puak nie nak perjuangkan BANGSA..1BUMI 1MELAYU itu kami kesah...

kami taknak keharmonian kaum yang dok aman damai di KEDAH nie dikucar kacirkan oleh puak2 ini...hang pie laa kalau nak tau jadi apa selepas itu...

Entah laa AZIZAN oii sebelum nie AZIZ BARI kata Tuan Guru Hj Hadi ialah liability tapi selepas MUSTAFA ALI bercakap pasal video kami dah ingat dia yang betul2 liability.. tapi lanie pada kami jika betoi hang pie program tersebut hanglah LIABILITY kepada PAKATAN RAKYAT yang sebenaqnya....

jadi sendiri mau ingat laa nooooo.....pie laaa kalau nak tengok jadi apa lepas nie dengan PAKATAN RAKYAT KEDAH dan MALAYSIA AM nya.....

Kita tunggu 30hb adakah benaq atau tidak SMS itu....tungguuuuu.................

note - buat bacaan AZIZAN..30k tu penyokong PAS kaa wahai AZIZAN...klik bawah..Read more »





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...