TERKINI :

Monday, April 25, 2011

Sudah 4 Bulan K'jaan Pusat belum turun peruntukan untuk perbaiki jalan persekutuan di serata Kedah.

http://1.bp.blogspot.com/-465Gv0suN5w/TbVbSf8oG0I/AAAAAAAAE2E/esjpO9bpXRk/s1600/2011-04-25_192926.jpg

Beza antara cakap orang yang nak berpolitik dengan cakap seorang jurutera yang buat UUM..

Populasi pelajar bertambah punca air UUM tidak cukup - Sinar Harian

ALOR SETAR - Bilangan populasi pelajar meningkat hampir sekali ganda dan kegagalan pengurusan Universiti Utara Malaysia(UUM) menaik taraf kemudahan infrastruktur dikenal pasti punca bekalan air universiti itu bermasalah.

Seorang jurutera perunding yang terlibat dalam pembinaan rekabentuk infrastruktur di UUM sekitar tahun 1989 berkata, objektif pembinaan universiti itu pada awalnya untuk menampung kapasiti pelajar tidak melebihi 18,000 orang, bagaimanapun peningkatan bilangan pelajar sehingga hampir 30,000 orang menyebabkan sistem bekalan air sedia ada gagal menampung keperluan mereka.

Beliau yang enggan dikenali berkata, UUM kini menggunakan lebih kurang 350,000 gelen air sehari untuk menampung keperluan pelajar dan kakitangan universiti, walhal jumlah itu sebenarnya kurang separuh daripada kapasiti ideal air yang diperlukan iaitu lebih kurang 750,000 gelen air sehari.

“Selain itu, kegagalan UUM menaik taraf sistem perpaipan, menambah kapasiti tangki air(reservoir), menambah rumah pam,menukar saiz paip penghantaran dan paip retrikulasi(perhubungan) kepada saiz lebih besar supaya mendapat tekanan air sekata dilihat penyumbang utama kepada permasalahan, bukan semata-mata berpunca Syarikat Air Darul Aman(Sada).

“Tindakan menyalahkan Sada tidak wajar kerana masalah bekalan air UUM berpunca daripada kelemahan sendiri dan ianya bukan sahaja dialami universiti itu sahaja, malah turut meliputi sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam(IPTA) di negara ini,”katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.

Jurutera perunding itu berkata, sebelum pembinaan Loji Air Padang Sanai, Padang Terap, UUM terpaksa mendapatkan bekalan air daripada Loji Air Bukit Pinang dan mengalami masalah tekanan air rendah memandangkan ianya disalurkan dari kawasan rendah(Bukit Pinang) ke kawasan tinggi(Sintok).

Menurutnya, pembinaan loji air itu pada asalnya bertujuan mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan Changlun dan Sintok, bagaimanapun ianya masih tidak mencapai objektif di UUM kerana sistem bekalan air dan perpaipan lama membataskan kuantiti bekalan air diterima.

“Peningkatan bilangan populasi pelajar sepatutnya seiring dengan peningkatan kemudahan asas dan infrastruktur universiti itu demi keselesaan penghuninya.

“Dalam isu bekalan air di UUM, apabila kemudahan infrastruktur tidak dinaik taraf, saiz paip bekalan air sedia ada tidak cukup dan memerlukan paip bekalan air lebih besar untuk sesuai dengan tekanan air lebih tinggi. Tiada guna Sada meningkatkan penyaluran bekalan air ke UUM sekiranya kemudahan infrastruktur di takuk lama,”katanya.

Menurutnya, UUM bukan sahaja perlu menaik taraf sistem bekalan air, malah perlu meningkatkan kualiti sistem bekalan kuasa, telekomunikasi, perparitan dan pengurusan sisa kumbahan memandangkan penambahan lebih daripada 10 blok bangunan di universiti itu memberi kesan langsung kepada kesemua infrastruktur tersebut.

“Berdasarkan perkiraan saintifik yang dibuat, anggaran RM50 hingga RM70 juta diperlukan UUM untuk menaiktarafkan sistem bekalan air di seluruh kawasan universiti, termasuk kos penyelenggaraan, menambah paip saliran, reservoir dan rumah pam baru memandangkan jumlah sedia tidak mencukupi.

“Manakala, anggaran keseluruhan sebanyak RM150 juta diperlukan untuk membiayai kos menaik taraf keseluruhan kemudahan infrastruktur terbabit untuk memastikan UUM selamat dan selesa diduduki,”katanya.

Beliau turut memberi amaran UUM bakal berdepan dengan masalah bekalan air yang lebih buruk pada masa akan datang sekiranya usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur universiti dipandang sepi oleh pengurusannya.

“Hampir keseluruhan paip saliran air yang digunakan di UUM diperbuat daripada paip asbestos yang kurang tahan lama manakala reservoir yang sedia ada pula hanya mampu menampung separuh daripada kuantiti sebenar air diperlukan.

“Saya minta pengurusan UUM memandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan keselesaan pelajar dan kakitangan, lebih-lebih lagi universiti itu dalam usaha menarik pelajar luar negara melanjutkan pelajaran ke sana,”katanya.

Ada kaa 'depa' suruh kerajaan negeri buat amal jariah pasai cukai...!!!


Bukan tak mau bantu paklong oi dah bantu dah la tu charge 20sen ja sekaki persegi.. Kira murah dah tu lepas tu thn lepas ok ja UUM bayaq tak kecoh pon.. Saja nak hingaq supaya azizan nampak hudoh..
Added 8 hours ago · ·



    • Rohaizat Izat cheh...cheh....cheh!!!!!!! sedapnye habaq!!! tlg latuju kat k,jaan pusat.. pulangkan duit petronas kat k,tan!
      8 hours ago · · 1 person
    • Ku Muhyi Hamid xdak modai la tu...2kupang ja sekaki..bukan mahai pun.. dah ejnih baloq nak bayaq x praya la nk wat gena..
      8 hours ago ·
    • Mohammad Luthfi Memang dah hudoh.. toksah nak nafikan..
      8 hours ago ·
    • Ku Muhyi Hamid hudoh2 dia hudoh lagi MB hat dulu2...hudoh rupa hudoh akhlak hudohh perangai
      8 hours ago ·
    • Kedah Lanie Hudoh tangmana habaq mai la kami dok nampak segak dr yg dulu lg..
      8 hours ago ·
    • Ku Muhyi Hamid nak kata depa dok kata ust azizan ni hudoh, dah tngok belum pemimpin depa nu hudoh ka segak..
      8 hours ago ·
    • Beend Umco MB yg dulu tu kira segak la kot no...kalo dak takkan 'puteri' bekenan kot...
      8 hours ago ·
    • Azman Ahmad ‎2 kupang semeter persegi bukan sekaki...
      8 hours ago ·
    • Yeop Azhar pandai la depa ni..kat kerajaan PR suruh buat amal jariah...apasal tak suruh kerajaan pusat buat amal jariah sama..dpt jugak pahala
      8 hours ago ·
    • Shamsul Nizam Sam
      Cubalah KERAjaan Pusat bertimbang rasa, berbudi bicara dan buat amal jariah dengan mengekalkan subsidi minyak dan subsidi barang keperluan lain yg berkaitan. Pemilik tanah lain pun tahu tanggungjawap membayar cukai. Perjanjian rebat dah tam...See More
      8 hours ago · · 1 person
    • Mohammad Luthfi Haha kesian. Ni la bila kerajaan negeri takdak duit.
      8 hours ago ·
    • Ku Muhyi Hamid pasai kerajaan negeri KEdah bukan penyangak...
      8 hours ago ·
    • Kedah Lanie Duit taudak pon sb habih kat rakyat dan bayaq hutang umno 2bilion tu
      8 hours ago ·
    • Yeop Azhar lagi pun UUM kenalah tanggungjawab sikit....semua pihak kena cukai tanah....
      8 hours ago ·
    • Kedah Lanie Tq man..krn perbetul
      8 hours ago ·
    • Muhammad Mad rakyat kedah cerdik2,pandai2,itu semua mainan tektik kotoq bn/umno...
      8 hours ago ·
    • Azman Ahmad depa suruh kedah cari sumber perndapatan lain.... tak dak pikiaq ka punya orang? dah la cukai lain semua pusat ambik, kedah cuma harap hasil bumi dan cukai tanah saja.... yang tu termaktub dalam perlembagaan....
      8 hours ago ·
    • Namy Daris Usim Ni takdak lain puak2 UMNGOK punya komen la ni...amal jariah apa kebenda dok bg rebat kat UUM lama2...sepatutnya tu hasil utk kerajaan negeri Kedah. Banyak la dia punya amal jariah, suruh kerajaan negeri cari 'perniagaan' lain plak.. Apa ingat cukai tanah ni meniaga ka?
      8 hours ago · · 1 person
    • Beend Umco nak buat amal jariah kat uum konon...
      7 hours ago ·
    • Yeop Azhar udah lama uum dpt rebat....apa salahnya bayar penuh la pulak....takkan yg tu pun tak boleh.....
      7 hours ago ·
    • Kapten Power eehhh..duit yg patut kena bayaq kat Kedah RM 100 juta kerana tak tebang hutan di kawasan tadahan hujan...mana dia ?..janji kerajaan pusat tuu..sejak zaman be end merintah lagi..spa lagi huduh nii
      7 hours ago · · 1 person
    • Kedah Lanie Standat umno la selagi boleh spin depa akan buat pekak badak punya..
      7 hours ago ·
    • Kapten Power dekat UUM tu dulu ada bekas lombong..area sungai badak di kaki bukit 884...hahahha...
      7 hours ago ·
    • Shamsul Nizam Sam Amal jariah kena ke depa laaaa..... Sbb tu aku kata depa ni dlm denial syndrome. Kena batang hidung sendiri mcm subsidi minyak tak hingaq tapi kena kat org lain, depa spin berita dok kononnya suruh org buat amal jariah.
      6 hours ago ·
    • Mohammad Luthfi Kesian.. kedah makin lingkop bawah pemerintahan pakatan haprak.. Pas tu dok jadi balaci ja. Cakap pandai, nak memerintah negeri pon terketaq ketaq. Haih.. bagi balik la kat bn.. selesai kes
      5 hours ago ·
    • Mohammad Salleh Mohammad Luthfi (serupa nama la pulak...) cakap kena ada fakta.... Semaklah laporan persidangan DUN, laporan audit negara dan seangkatan dgnnya... jangan dok dengaq media yg dah memang klear carca marbanya.
      5 hours ago ·
    • Shamsul Nizam Sam Bukan Kedah yg makin lingkop tapi "depa-depa" tu yg makin terteromoih... "Depa-depa" tu bukan tau apa dia yg dikatakan laporan audit negara dan siapa yg sediakannya. Entah-entah buta hurup kuutttt... Wakakakakakaka................................
      4 hours ago ·
    • Kedah Lanie Bagi balik utk senang nak faraid harta negeri sama hangpa.. Perabih 8juta duit glc utk mesyuarat umno.. Ambik ketua putri jd pengarah glc mkn elaun buta.. Boleh buat mcm nie suka la hangpa
      4 hours ago ·
    • Beend Umco kedah bwh umporno dah tenat tunggu nak mampoih ja dulu...nasib baik ustaz Azizan dpt selamatkan...kalo dak jatuh miskin kedah dgn hutang keliling pinggang...
      4 hours ago ·
    • Mohammad Salleh Dalam kewangan, tak ada istilah amal jariah, kalau adapun akan dimasukkan dalam perbelanjaan luar jangka. Agaknya bila dah terlalu banyak konsep amal jariah dalam kewangan ni lah yg menyebabkan segala perbelanjaan tak dapat diuruskan dengan cekap dan ketirisan berlaku disana sini. Secara prinsipnya bayaran cukai tanah bukanlah bayaran luar jangka yg boleh ditampung dengan amal jariah tu. kenalah ada badgetnya....
      4 hours ago ·
    • Yeop Azhar yang glc dok bagi RM8juta kat umno tu amal jariah la kot....
      2 hours ago ·

Prof Aziz: Kritik Hadi bukan makna saya orang suruhan Anwar

Aziz Bari
KUALA LUMPUR, 23 April — Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang awal minggu ini menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan agar parti itu menerima perubahan kepimpinan menafikan beliau bertindak sebagai “orang suruhan Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Sebaliknya, ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa ini menegaskan, beliau hanya membuat pandangan sedemikian berdasarkan pengamatannya, selain menerima input daripada pelbagai pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

“Faktanya ialah saya tidak menjalankan arahan DSAI (Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Ini fitnah, ini tak betul sebab ia tidak wujud. Persepsi orang itu soal mereka. Tetapi mereka tak boleh kata saya ini orang suruhan DSAI.

“Sebab ini memang tidak wujud. Saya komen sendiri tanpa diarah atau berbincang dengan DSAI,” kata beliau mengulas kenyataan bekas pemimpin Angkatan Muda PKR Johari Md Yassin semalam, yang mendakwa penganalisis itu nenerima arahan daripada Ketua Umum PKR itu.

PR dianggotai PAS, PKR dan DAP.

Sehubungan itu kata Aziz, beliau berani menggertak mereka untuk mengambil tindakan undang-undang jika merasakan tidak betul.

Laporan media sebelum ini memetik Aziz, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya Sabtu lalu.

Dalam reaksi balasnya ini, Aziz berkata beliau membuat pandangan berdasarkan pengamatan dan juga menerima maklumat daripada pimpinan tertinggi dalam PAS.

“Tapi saya tak boleh dedahkan mereka. Saya buat pemerhatian berdasarkan kajian yang dibuat oleh pelbagai pengkaji yang disahkan oleh keresahan dalam parti; contohnya Bukit Bintang. Maklumat yang saya perolehi itu hanyalah secebis tip,” katanya sambil menambah, sebab itu media termasuk akhbar arus perdana menghubunginya untuk komen dan ulasan.

Bagaimanapun kata beliau, apa yang diperkatakan oleh bekas pemimpin PKR itu “bukan ‘fair comment’, yakin mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud.”

Susulan komen Aziz, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Rabu lalu, mempertahankan Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, “pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.”

Malah Rabu lalu, Hadi berkata, beliau sedia ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selama-lamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Kata Hadi, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu sambut baik jika ada pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu daripada latar belakang dan pendidikan yang berbeza.

Justin Bieber mai melalak sampai tak tahu negara mana pun belambak anak muda Malaysia minat..

Bieber dikritik kerana sebut Hello, Manila di KL

Justin Bieber Live In Kuala Lumpur

MANILA - Penyanyi terkenal, Justin Bieber dikritik di laman Twitter kerana dia menyebut, "Hello, Manila" semasa melakukan persembahan di Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Menurut laporan stesen televisyen ABC semalam, dia sepatutnya menyebut Hello, Malaysia dan bukannya Hello, Manila dalam persembahan pada 21 April lalu.

"Justin Bieber mengalu-alukan rakyat Malaysia Hello, Manila, memakai jersi Barcelona (kelab bola sepak) di Madrid. Justin Beiber, anda memerlukan peta," kata seorang peminat yang mahu dikenali sebagai abygo.

Seorang lagi pengguna Twitter menyatakan: "Justin Biber kepada para peminatnya di Malaysia: Hello Manila! Hahaha! Saya menyayanginya. Dia seperti makhluk planet Marikh."

Bagaimanapun, gelagat Bieber itu mencetuskan kegembiraan dalam kalangan peminat di Filipina kerana dia akan membuat konsert di sini pada 10 Mei depan.

"Justin Bieber menjerit Hello Manila berbanding Hello Malaysia .. haha mungkin dia terlalu teruja untuk datang ke sini," kata seorang pengguna Twitter ClichaeyeLuvJB.

Seorang lagi pengguna laman itu, JerielBeliebs berkata:

"Hello Manila? teruja sangat si Justin."

Bieber yang berusia 17 tahun dan dilahirkan di Kanada kini dalam siri lawatan ke Asia.

Kelmarin, dia yang terkenal dengan lagu Baby membuat persembahan di Sentul, Bogor, Indonesia. - Agensi

Malaysia negara ISLAM kata No Problem kalau nak pakai SKIRT nampak Spenda..!!

DATUK SUKA WANITA PAKAI SKIRT

بسم الله الرحمن الرحيم

Badminton: Peraturan pakai skirt diwajibkan (pemain wanita)



NEW DELHI: Peraturan baru yang mewajibkan pemain badminton wanita memakai skirt di gelanggang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pemain yang terpaksa membiasakan diri dengan peraturan wajib berpakaian itu.
Terbuka India yang akan bermula Selasa depan adalah kejohanan terakhir buat pemain wanita memakai seluar pendek di gelanggang sebelum pemakaian skirt diwajibkan bermula 1 Mei.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan perubahan pada 2009 itu dengan tujuan menjadikan sukan berkenaan lebih menarik di kalangan penonton dan penaja.
Pakar beregu yang juga pemain wanita popular India, Jwala Gutta yang sentiasa memakai skirt berkata kod baru pemakaian itu mungkin mampu menarik minat ramai, tapi pemain tidak sepatutnya dipaksa memakainya.

“Anda tidak boleh menjadikannya satu perkara wajib kepada setiap orang untuk memakai skirt. Ia terpulang kepada individu untuk mencapai keselesaan masing-masing. Saya tidak tahu jika orang akan gembira jika diarah dan dilarang memakai sesuatu,” katanya.

Apa kata Preseden BAM ?

Siaran berita sukan TV malam tadi bila Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh menyokong pemain wanita Malaysia memakai skirt seperti yang diarahkan oleh BWF. Datuk Nadzmi dalam kenyataannya berkata Malaysia menyokong pemain wanita memakai skirt, "No problem (pakai skirt)... it looks better...." kata Datuk Nadzmi.

It looks better? Apa yang betternya Datuk? Better tengok skirt terselak bila pemain wanita itu melompat menyambut bulu tangkis?

Note: Datuk.. datuk... datuk umporno la tu... kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

http://rubbertapperz.blogspot.com


Admin KedahLanie - pada kawe sekurang2nya katakanlah yg MALAYSIA membantah akan peraturan mewajibkan undang2 tersebut.. biarlah pemain yg menentukan sendiri mana yg sesuai pada diri mereka dan sempena MALAYSIA negera ISLAM kami taknak ini menjadi perkara yg membatasi pemain yang beragama ISLAM kerana ini terletak dalam pendedahan AURAT... habis jawab camtu bukan salah pun...lepas tuu terpulang laa pada pemain nak pakai apa spenda ka kain batik kaa...janji pemain tersebut tahu mana yg bagus untuk dirinya....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...