TERKINI :

Saturday, April 23, 2011

UMNO YANG BERI TUBA KEPADA MELAYU

Sejak peristiwa Malayan Union, Melayu memberi sokongan padu kepada UMNO semata-mata kerana memperjuangkan hak mereka. Sokongan Melayulah yang membolehkan UMNO berkuasa di Malaysia sehingga kini. Dari tahun 1946 hingga 2011, di manakah Melayu diletakkan oleh UMNO? Adakah Melayu menjadi bangsa yang menguasai ekonomi di tanah tumpah darah datuk nenek mereka?

Melayu terkebelakang jika dibandingkan dengan orang Cina walaupun UMNO menjadi teras kepada Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Mengapa? UMNO tidak tolong naikkan Melayu. Mereka hanya naikkan Melayu di sekeliling mereka dan diri mereka sendiri. Adakah pemimpin UMNO yang miskin? Tiada. Jadi wakil rakyat satu penggal pun dah kaya. Jadi ketua bahagian pun kaya-raya.

Semua orang tahu bagaimana mereka kebas peruntukan dalam Dasar Ekonomi Baru. Akibatnya Melayu hanya dapat kumpul 18% ekuiti sepanjang dasar itu. Ada RM54 bilion saham. RM52 bilion disapu datuk-datuk dan tan sri- tan sri dalam UMNO dan di sekeliling pemimpin UMNO. Yang tinggal apa? RM2 bilion. Yang lain-lain tu sudah pun berpindah tangan kepada bukan Bumiputera.

Tanah Simpanan Melayu pun kena kebas. Dari 3 juta hektar yang ditinggal British, kini hanya ada 1.7 juta hektar. Semuanya dirompak oleh UMNO kononnya atas nama pembangunan. Janji nak ganti, tetapi tak ganti-ganti sampai la ni.

Kalau dicampur dengan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, dan entah apa-apa lagi, tak tahulah berapa laksa. Macam mana Melayu nak bangun kalau macam tu? Pengaliran wang secara haram ke luar negara ratus-ratus juta. Tanggung kerugian pun ratus-ratus juta. Beri barang mahal nak mampus. Janji komisyen masuk. Mungkin juga untuk isi tabung UMNO!

Melayu beri susu kepada UMNO. UMNO beri tuba kepada Melayu. Kelih tak kelih depa tuduh Cina balas susu dengan tuba. Sendiri bagi tuba kepada bangsa sendiri buat-buat tak nampak. Itulah UMNO. Kalau Cina tak sokong BN kerana mereka meluat dengan kelaku pemimpin BN apa salahnya? Baguslah begitu.

Melayu yang tak sedar-sedar kena tuba tu apa hal pula? Sepatutnya Melayu kena ikut macam Cina. Bagi tuba kepada BN. Biar mereka mati beragan. Naikkan Pakatan Rakyat!!! Kalau Pakatan pun buat perangai yang sama, kasi punah sampai akar umbi. Ganti pula dengan yang lain. Apa susahnya?

Apabila Cina bagi tuba kepada BN, orang Melayu yang kena tuba masih terhegeh-hegeh sokong UMNO. Tak mau bagi hilang hak Melayu konon. Dah hilang entah banyak mana tak sedar-sedar. Nak tunggu sampai tak dak apa-apa lagikah? Bangunlah Melayu. Kita pun kena bagi tuba kepada UMNO dan BN. Kuasa itu di tangan kita dalam sistem demokrasi. Nak takut apa. Apa UMNO boleh buat kalau Melayu tak sokong depa? UMNO dah hanyut dalam Laut Qalzum, habih lemaih. Nak buat apa lagi?

Ingatkan dalam UMNO semua dah otak sembab dah tapi rupa-rupanya ada sorang lagi yg OK..!!

'Jangan salahkan mereka yang undi Pakatan'

Ahli majlis teringgi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyeru rakan-rakannya dalam BN supaya henti melabelkan penyokong pembangkang sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih.

NONESaifuddin yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata BN sebaliknya mesti menghormati hak pengundi.

“Dengan segala hormatnya, saya minta rakan-rakan di BN jangan menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak undi kita sebagai tidak tahu bersyukur.

“Dalam demokrasi, kita mesti hormat hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang disukai mereka. Nanti kita nak jumpa merka lagi dalam pilihan raya akan datang.

“Kalau mereka tempelak kita, apa macam?” soalnya dalam satu kenyataan.

Fokus jatuhkan BN, bukan pemimpin PAS- Husam

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa menegaskan bahawa PAS perlu fokus dalam usaha menumbangkan BN bukannya menjatuhkan kepimpinan PAS sedia ada.

Katanya, kepimpinan parti yang diterajui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Abdul Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Beliau yang juga Bekas Naib Presiden PAS berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.

Tambahnya, apa yang penting kepada PAS sekarang adalah proses "penyegaran" semula dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Abdul Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi juga disifatkannya sebagai "terbukti" layak untuk terus menyandang jawatan Presiden kerana sudah menghadapi banyak cabaran.

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau.

Sebelum ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden PAS pada Muktamar parti itu yang akan diadakan 3 hingga 5 Mei ini.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menyatakan kepada Abdul Hadi untuk terus menerajui kepimpinan PAS.

Kes Sarbani: Laporan Polis Tidak Lengkap, Keluarga Tunggu Respons Peguam Negara

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu melihat respons Peguam Negara berhubung laporan siasatan polis mengenai kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu bagi menentukan tindakan susulan pihaknya.

Peguam keluarga itu Ghazali Mohd Ramli berkata, sebarang tindakan lanjut bergantung pada keputusan Peguam Negara setelah menilai kertas siasatan yang akan diserahkan polis berhubung kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala.

“Tindakan sewajarnya akan diambil apabila diputuskan oleh pihak Peguam Negara berdasarkan laporan hasil siasatan polis.

“Setakat ini saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi, saya pun tidak tahu apa laporan itu... jadi kita tunggu keputusan Peguam Negara dulu,
” kata Ghazali kepada The Malaysian Insider.

Jelas Ghazali, beliau tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan bagi mengelakkan berlaku sebarang campur tangan dalam siasatan polis.

“Kita tidak tahu apa yang berlaku, apa yang kita tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi sebab apa dia jatuh kita tidak tahu.

“Apa yang kita tahu banyak spekulasi sahaja, kita tidak ada maklumat dan saya percaya polis tahu apa yang berlaku... apa-apa kita tunggu sahaja keputusan Peguam Negara,” kata beliau.

Kelmarin, polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.

Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Awal pagi semalam, The Malaysian Insider melaporkan keluarga Ahmad Sarbaini tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis sambil mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh untuk mengetahui sebab-sebab kematian bapa lima anak itu.

Sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini berkata, pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana nampaknya ia tidak dibuat secara menyeluruh selain nampaknya mahu “menyembunyikan” sesuatu daripada diketahui umum
.

Ahmad Sarbaini merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain. -TMI

Ulasan GB

Aneh, bagaimana polis boleh meminta rakyat berhenti dari membuat spekulasi sedangkan laporan polis itu tidak lengkap. Tidak dinyatakan bagaimana apa yang dikatakan "kemalangan" itu berlaku.

Semalam GB katakan:

Ia memang sudah dijangka dan polis sejak dari hari pertama kejadian "sudah pun" membuat rumusan sedemikian.

Laporan yang dikatakan telah lengkap itu sebenarnya tidak lengkap. Tidak komprehensif. Ia mengulangi siasatan polis di dalam kes Teoh Beng Hock.

Ahmad Sarbani dikatakan "mati kemalangan". Tergantung. Kemalangan disebabkan apa? Tanpa sebab?

Apakah kerana tergelincir? Terjun sendiri? Ditolak? Dicampak? Itu semua kena ada di dalam kertas siasatan. Sekarang NIL.

PAS PERLU DISEGARKAN, BUKAN TUKAR PRESIDEN


KUALA LUMPUR, 23 April — Sambil mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Husam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu “disegarkan” dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.

Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kubang Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden kerana beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.

“... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.

Kata Husam, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS.

“Pada pendapat saya Hadi perlu dibantu oleh profesional untuk memperkuatkan dan memperkasakan PAS, perlu dapatkan khidmat nasihat dari orang luar.

“Kita ada ramai profesional dan anak muda dalam PAS, beri sedikit ruang yang lebih kepada mereka. Selain itu, kita juga perlu melakukan transformasi dalam usaha memperkukuhkan PAS,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari bahawa Hadi libiliti kepada PAS, Husam menegaskan pemimpin veteren itu bukan seperti yang didakwa.

“Itu pendapat beliau (Aziz), akaun beliau dengan akaun saya lain... tidak sama.

“Bagi saya Hadi bukan liabiliti kepad PAS, kepimpinan beliau masih diperlukan, cuma PAS perlu disegarkan semula,” katanya.

Aziz sebelum ini menegaskan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Bagaimanapun dakwaan Aziz itu dinafikan pemimpin tertinggi PAS sambil menegaskan, kepimpinan Hadi masih diperlukan.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian mesyuarat agung itu, Husam menegaskan, BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan parti perikatan dalam Pakatan Rakyat.

Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu menyediakan pelan pengukuhan dalam menghadapi serangan daripada BN.

“Bagi saya musuh-musuh kita seperti BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan kita kerana asas kemenangan BN adalah perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan juga PAS.

“Bila berpecahnya Pakatan Rakyat... berpecahnya PAS dengan sendiri BN akan kekal berkuasa,” katanya.TMI

Opss Lenyek Anwar Sampai Tak Panggung Kepala..!!!

Kenapa Umno-BN terus cemari nama baik Anwar?

TV3
dilaporkan sudah hampir selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan-tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ketua pembangkang itu bergelut dengan dakwaan terbabit dengan video lucah uyang didalangi Datuk T.

nallakarupan interview 231107 respondLaporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S Nallakarupan (kiri) membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber-sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.

“Kemungkinan besar dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar,” kata sumber itu memberitahu penulis tanpa mengulas lanjut.

Kebanyakan dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu “bukan perkara baru,” cuma disadurkan dengan butir-butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, bahawa kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.

Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nallakarupan, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihan raya kecil Ijok pada tahun 2006.

Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar akan diperhebatkan di TV3 dan media arus perdana kawalan Umno selepas pilihan raya Sarawak.

NONEWalaupun pilihan raya negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya Umno, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.

Awal minggu ini, PKR memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T.

Terbukti benar

Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu.

NONEJusteru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan.

Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan Umno memetik sumber-sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video Datuk T sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio-metrik.

Semua “fakta-fakta” ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP.

NONEPerkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video Datuk T.

Pada masa sama, individu-individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan-tuduhan lain terhadap Anwar.

Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan Umno, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar?

Jawapannya berkait dengan pilihan raya umum ke-13 dan pemilihan Umno yang akan datang. Kedua-duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Razak.

NONEPara strategis Umno menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan.

Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik-beratkan soal agama dan moral – justeru Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu-talu dalam hasrat Umno untuk memberi isi kepada persepsi itu.

Saingan Muhyiddin

Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah Datuk T dimainkan di kem-kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

NONEPengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.

Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan presiden Umno akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun pemilihan Umno masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan-garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem-kem tertentu dibentuk dan dipupuk.

azlanKunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno.

Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri.

Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum.

azlanHanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu , Najib akan mendapat “ilham” untuk memanggil pilihanraya umum.

Sementara menunggu detik, itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca “cerita bukan-bukan” mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3.


ANALISIS ini adalah pandang peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna pernah menerajui beberapa media arus perdana dan cukup masak dengan mainan Umno-BN mempengaruhi persepsi orang ramai.

SU Pas dah gelabah.. Media meanstream putar belit kenyataan beliau..

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai, lapor Harakahdaily.

Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu, beliau berkata, laporan berkenaan berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

NONEMenurut Mustafa, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

"Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah.

"Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, polis siasat sahajalah.

"Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkan perkara yang sama.

Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil.

Apa kaitan video seks dengan buat bom?

Tidak jauh daripada daripada beberapa bangunan kodominium mewah yang dinamakan Bangsar South, ada sebuah rumah usang yang dibina menggunakan papan lapis dan beratapkan zink,. Beberapa tulisan dalam bahasa Arab menyambut kehadiran tetamu di ruang masuk.

NONEDi dalam rumah itu, menurut pihak berkuasa dihuni seorang lelaki yang mengancam keselamatan negara.

Pada 1 April lalu, beberapa anggota polis menyerbu rumah kecil itu dan mengheret seseorang yang dipercayai mereka seorang pembuat bom - iaitu seorang lelaki kurang upaya - Kadir Hashim yang berusia 43 tahun.

Dan menurut lelaki yang kudung pergelangan tangan kirinya dan tidak membunyai ibu jari kanan sejak hari tersebut beliau ditahan dan disoal siasat selama 21 hari di mengikut Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

“Saya memang bersedia untuk pergi (dipenjarakan) selama dua tahun atau lebih. Saya tahu saya tidak buat apa-apa kesalahan dan akhirnya saya mesti dibebaskan. Dan selepas dua tahun itu saya bersedia untuk menjawap untuk dua tahun lagi.

NONE“Tetapi sudah tentu saya terfikirkan keluarga saya. Perkara paling saya benci jika dipenjarakan selama dua tahun jika tidak dapat menyertai kebangkitan rakyat di Malaysia seperti di Timur tengah... jika ia berlaku,” katanya.

Kadir yang ditemui ketika dikunjungi oleh pemuda PKR semalam berkata soalan-soalan yang dilemparkan kepadanya oleh polis seolah-olah satu bentuk jenaka,

“Mereka tuduh saya hendak bom Suruhanjaya Pilihan raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, polis, sistem maklumat mereka... Saya rasa ini agak lucu dan mereka yang mengenali saya juga akan berpendapat yang sama.

“Saya cacat. Macam mana nak buat bom?” soalnya di rumah yang dikongsinya bersama ibunya yang uzur.Main mercun

Malah, beberapa rakannya bergurau paling hampir Kadir yang bersaiz kecil itu mendekati bahan letupan ialah ketika berumur lapan tahun, apabila beliau hilang tangan dan separuh ibu jarinya akibat bermain mercun.

NONEMeskipun menafikan beliau tahu sebab polis menangkapnya, Kadir membayangkan kemungkinan ia ada kaitan dengan tulisannya di Facebook yang sesetengahnya menyokong perang gerila.

Antaranya, Kadir yang bekerja secara penuh masa mengendalikan sebuah warung tomyam secara berjenaka menulis bahawa kerja beliau adalah 'gerila sambilan'. Namun dakwanya beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung senjata api.

“(Semasa disoal) polis membawa tiga kotak senjata api dan minta saya kenalpasti jenisnya dan jenis peluru yang diperlukan oleh setiap satu senjata itu. Saya hanya pernah tengok senjata api di televisyen,” katanya.

NONEMenurut Kadir, matanya ditutup apabila dibawa dari satu balai polis ke satu balai polis yang lain. Pakaiannya juga ditanggalkan bagi pemeriksaan sebelum beliau dibawa ke pusat tahanan yang tidak diketahui lokasinya.

“Tak ada tilam atau bantal, kena tidur di lantai saja. Apabila dibawa untuk mandi, mata saya juga ditutup. Saya juga naik empat tingkat tangga ke bilik pegawai penyiasat (IO) untuk disoal setiap hari.

“Kemudian, mereka pindahkan saya ke sel di bangunan yang sama dengan pejabat IO. Di situ ada tilam dan bantal.

“Mata saya juga tidak lagi ditutup apabila meninggalkan bangunan itu, saya diberi makan di pejabat IO... makan baik, biryani dan macam-macam. Tetapi saya tidak ada selera,” katanya sambil menambah beliau tidak dicederakan secara fizikal.[Malaysiakini]

Ucapan MB Kedah di Perhimpunan Bulanan, 18 April 2011




1Malaysia Bukannya 1Islam - Perak Islam Lain Negeri Lain Islamnya pulak lain...!!!

Majlis Fatwa benarkan poco-poco di negeri lain
April 22, 2011

SEPANG, 22 April — Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

“Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.

Bagaimanapun Bernama Online memetik beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Pada 6 April lalu, Harussani memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Mufti Perak berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam.

“Saya bersedia (buat penjelasan), kita haramkan tarian poco-poco sebab kita dah siasat... kita dah kaji...kita dah teliti sebab itu kita haramkan kerana ia menyimpang dari ajaran Islam.

“Keputusan ini bukan keputusan main-main, kita tahu dan sedar apa yang kita buat, jika ada sesiapa yang tidak faham saya sedia jelaskan dan bersedia memberikan sebab kenapa ia diharamkan termasuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan,” kata Harussani.

Kata Harussani, Jawatankuasa Fatwa Perak telah mengambil kira sembilan asas, antaranya soal akidah dan kepercayaan umat Islam lebih penting daripada penjagaan kesihatan apabila memutuskan tarian poco-poco sebagai haram.

Sementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau sebaliknya.

“Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin ‘mencevax’ iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.

“Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada itu,” katanya.

Menurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.

“Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan,” kata beliau.

Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian.

Telefonlah ibu anda sekarang juga!

oleh MUHAMAD MAT YAKIM

http://2.bp.blogspot.com/-6BTm0KRFhvY/TanJP7T2jsI/AAAAAAAAC9c/GoSR0VIS55c/s1600/farish-noor_ibu.jpg

Ya, dengarnya ramai yang menitik air mata baca Kelab 40 minggu lalu. Tidak! Saya bukan mahu masuk bakul angkat sendiri. Kisah saya dengan Maksu hanya sekadar satu cerita, satu momento dalam lipatan sejarah hidup kami, yang kini hanya tinggal saya untuk mengenangi.

Jika benar ia menyentuh hati - sebagaimana reaksi yang banyak saya terima menerusi panggilan, SMS, Facebook dan sebagainya - ia adalah kerana apa yang saya kisahkan itu sama saja dengan apa dilalui ramai orang lain.

Ini bukan semata-mata kisah ‘Muhamad dengan Maksu’ tetapi adalah realiti hampir semua orang.

Daripada maklum balas ini, jelas bagi saya bahawa amat ramai dalam kalangan kita yang hidup memandang enteng akan keluarga. Saya bukan bermaksud kita sengaja tidak peduli tetapi kerana sikap diri kita sendiri yang sering berlebihan pada perkara lain, hingga akhirnya tanpa sedar, kita telah melukakan hati mereka yang sebenarnya amat dekat dengan kita. Mereka yang sentiasa mengalir kasih sayangnya untuk kita tanpa jemu dan putus asa.

Mereka yang seumpama sungai, yang meskipun tebing dan perutnya telah sobek di sana-sini lantaran dikaut pelombong pasir, namun airnya tetap juga menghilir tanpa putus ke kuala.

Mereka boleh jadi sesiapa saja, terutama ibu dan ayah kita, datuk, nenek, adik-beradik, emak atau bapa saudara. Mereka adalah darah daging kita, yang hatinya amat dekat dengan wajah kita, kebimbangan dan rasa resahnya sentiasa untuk kita, yang sering tertanya-tanya sama ada kita selamat, sakit atau bagaimana!

Lazimnya, penyesalan dan rasa insaf hanya akan hadir setelah mereka tidak ada lagi dunia. Tidak! Saya bukan paku dulang atau paku serpih. Saya marahkan diri sendiri juga. Seorang rakan, dalam SMS selepas baca kisah saya dengan Maksu, mengakui tulisan itu mengingatkan dia kepada ibunya yang meninggal beberapa tahun lepas. Kepada saya, dia mengadu: “sampai sekarang aku tak boleh maafkan diri aku...”

Apabila saya tanya mengapa, rupa-rupanya apa yang membuatkan dia diburu rasa berdosa yang tak kunjung padam itu adalah keadaan ibunya ketika menghembuskan nafas terakhir. Rupa-rupanya si ibu pergi dalam keadaan seorang diri, tanpa anak atau sesiapa pun di sisi ...

Saya faham, bukan niat si anak mahu membiarkan ibunya pergi dalam keadaan seperti itu, namun ada sebab tertentu yang membuatkan takdir mereka jadi begitu.

Kepada si rakan, saya nasihatkan, apa lagi yang boleh kita buat untuk satu perkara yang sudah berlalu melainkan jangan putus niat menghadiahkan segala pahala kebajikan dibuat agar ganjarannya dapat dikongsi si ibu. Itu saja yang termampu!

Memang, keengganan seseorang ibu terutama yang memegang ‘title’ balu untuk berpindah tinggal bersama anak atau sekurang-kurangnya tinggal dalam tempoh agak lama di rumah anak, bukan perkara luar biasa. Saya sendiri mengalami dilema serupa. Namun apa lagi yang boleh dibuat? Hendak dipaksa, ibu kita. Nanti terluka hatinya, akan menyalalah neraka. Hendak dibiar, kita sendiri pula yang sengsara.

Hendak pulang menjenguk setiap minggu, soal masa, belanja, harus difikirkan juga. Walau apa pun, mahu tidak mahu, sebagai anak, kita hanya boleh menarik rambut dalam tepung. Inilah ujian sebenarnya!

Mengenai ibu, jika seseorang anak mengakui sentiasa mengingati ibunya, si ibu, saya percaya sepuluh kali, malah mungkin seratus atau seribu kali ganda mengingati anaknya. Manakala jika hatinya pula yang terluka, seseorang ibu akan lebih cenderung untuk memendam rasa. Dia tidak akan bercakap atau bersuara secara terbuka. Anak tidak pulang menjenguk untuk satu tempoh yang lama, atau tidak bertelefon tanya khabar, hati ibu mana yang tidak terluka?

Itu yang saya percaya ada dalam diri ramai ibu di muka dunia ini. Kerana itu, meskipun ibu kita tidak mempunyai akaun Facebook, tidak mampu untuk melayan kita bersembang mengenai Justin Bieber, apabila berjalan bersama, dia selalunya tertinggal jauh di belakang lantaran langkah yang sudah perlahan, atau sekurang-kurangnya tidak boleh untuk kita ajak berborak mengenai Krisdayanti yang mengakui hamil empat bulan, sebulan selepas bernikah, jangan tunjukkan rasa bosan di hadapannya!

Ingatlah, dialah ibu yang dulu menyuapkan kita nasi kepal berkicap, atau yang hanya digaul dengan ikan tamban masin tergeliat, yang hari ini membuat kita terus hidup untuk dapat merasa makan hidangan ikan patin masak lemak tempoyak yang harganya RM13,000. Tanpa ibu, tanpa keluarga, tiadalah kita. Oleh itu, pulanglah menjenguk mereka barang seketika, mengambil sebahagian daripada masa emas kita. Untuk sementara ini, ayuh, telefonlah ibu sekarang juga!

Berdebar menanti Pengumuman Ketua Jurulatih Kedah

PERSOALAN siapakah bakal mengemudi pasukan Kedah akan terjawab esok (23 April 2011) apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan Ketua Jurulatih baru selepas Ahmad Yusof dilepaskan.

Setiausaha KFA, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, surat jemputan daripada KFA akan dihantar kepada pihak media.

“Insya-Allah, kalau tiada apa-apa masalah, KFA akan umumkan keputusan esok,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian, semalam.

Penuntut UUM bertambah punca air tidak cukup

ALOR SETAR - Bilangan penuntut meningkat hampir sekali ganda dan kegagalan pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) menaik taraf kemudahan infrastruktur dikenal pasti punca masalah bekalan airnya.

Seorang jurutera perunding yang terlibat dalam reka bentuk infrastruktur di UUM sekitar 1989 berkata, objektif pembinaan universiti itu pada awalnya untuk menampung kapasiti tidak melebihi 18,000 penuntut tetapi peningkatan sehingga hampir 30,000 penuntut menyebabkan sistem bekalan air sedia ada gagal menampung keperluannya.

Beliau yang enggan dikenali berkata, UUM kini menggunakan lebih kurang 1,591,131.5 liter air sehari untuk menampung keperluan pelajar dan kakitangan universiti, walhal jumlah itu sebenarnya kurang separuh daripada kapasiti ideal air yang diperlukan iaitu lebih kurang 3,409,567.5 liter air sehari.

“Selain itu, kegagalan UUM menaik taraf sistem paip, menambah kapasiti tangki air (reservoir), menambah rumah pam, menukar saiz paip penghantaran dan paip retikulasi (perhubungan) kepada saiz lebih besar supaya mendapat tekanan air sekata dilihat penyumbang utama kepada permasalahan, bukan semata-mata berpunca Syarikat Air Darul Aman (Sada).

“Menyalahkan Sada tidak wajar kerana masalah bekalan air UUM berpunca daripada kelemahan sendiri dan ia bukan sahaja dialami universiti itu malah meliputi sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Jurutera perunding itu berkata, sebelum pembinaan Loji Air Padang Sanai, Padang Terap, UUM terpaksa mendapatkan bekalan air daripada Loji Air Bukit Pinang dan mengalami masalah tekanan air rendah memandangkan ia disalurkan dari kawasan rendah (Bukit Pinang) ke kawasan tinggi (Sintok).

Menurutnya, pembinaan loji air itu pada asalnya bertujuan mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan Changlun dan Sintok tetapi tidak mencapai objektif di UUM kerana sistem bekalan air dan perpaipan lama membatasi kuantiti bekalan air diterima.

“Peningkatan bilangan penuntut sepatutnya seiring dengan peningkatan kemudahan asas dan infrastruktur universiti itu demi keselesaan penghuninya.

“Dalam isu bekalan air di UUM, apabila kemudahan infrastruktur tidak dinaik taraf, saiz paip bekalan air sedia ada tidak cukup dan memerlukan paip bekalan air lebih besar untuk sesuai dengan tekanan air lebih tinggi. Tiada guna Sada meningkatkan penyaluran bekalan air ke UUM sekiranya kemudahan infrastruktur di takuk lama,” katanya.

Menurutnya, UUM bukan sahaja perlu menaik taraf sistem bekalan air, malah meningkatkan kualiti sistem bekalan kuasa, telekomunikasi, perparitan dan pengurusan sisa kumbahan memandangkan penambahan lebih daripada 10 blok bangunan di universiti itu memberi kesan langsung kepada kesemua infrastruktur itu.

“Berdasarkan perkiraan saintifik yang dibuat, anggaran RM50 hingga RM70 juta diperlukan UUM untuk menaiktarafkan sistem bekalan air di seluruh kawasan universiti termasuk kos penyelenggaraan, menambah paip saliran, reservoir dan rumah pam baru memandangkan jumlah sedia tidak mencukupi.

“Manakala, anggaran keseluruhan sebanyak RM150 juta diperlukan untuk membiayai kos menaik taraf keseluruhan kemudahan infrastruktur terbabit untuk memastikan UUM selamat dan selesa diduduki,” katanya.

Beliau memberi amaran UUM bakal berdepan masalah bekalan air yang lebih buruk sekiranya usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur universiti dipandang sepi pengurusannya.

Kedah sanggup urus UUM

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) sekiranya pengurusan universiti berkenaan tidak mampu mengurus kewangan universiti itu dengan baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, cabaran itu dibuat berikutan dakwaan UUM yang mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta, hingga timbul persepsi bahawa Kerajaan Negeri menaikkan cukai tanah sebanyak 10 kali ganda.

“Ini bukan soal naikkan cukai tanah, kerana nilainya kembali pada asal setelah tempoh rebat tamat. Jika mereka tak mampu urus, kita bersedia ambil alih kerana kita yakin mampu urus UUM dengan sumber kewangan yang ada,” kata kepada Sinar Harian.

Menurutnya, UUM atau Kementerian dialu-alukan untuk berbincang mengenai pembayaran cukai tanah malah pihaknya bersedia bertolak ansur dalam hal ini, antaranya menawarkan bayaran ansuran dan sebagainya.

“Sejak dua tahun lalu, mereka boleh bayar tetapi sekarang kecoh pula, apa motif mereka sebenarnya,” katanya.

Azizan berkata, cukai tanah di Kedah adalah terendah setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah memperkenalkan dasar baru penurunan cukai tanah antara 35 hingga 75 peratus sejak tiga tahun lalu.

“Sejak dasar baru cukai tanah diperkenalkan, Kerajaan Negeri hilang hasil tanah sebanyak RM50 juta. Takkan pula selepas tiga tahun, nak naikkan pula. Saya harap pihak terbabit faham istilah mengekalkan atau menaikkan cukai tanah kerana fakta awal tak tepat,” katanya.

Menurutnya, KPT harus menyalurkan peruntukan secukupnya kepada UUM sama ada untuk pembayaran cukai tanah atau menaikkan taraf infrastruktur saluran paip atau membina tangki air berkapasiti tinggi untuk mengatasi kemelut di universiti terbabit.

Sebelum ini, Azizan memaklumkan bahawa keluasan tanah milik UUM adalah 872 hektar dan cukai yang perlu dibayar oleh Kementerian ialah RM1,743,745 setahun atau 20 sen bagi satu meter persegi.

Namun setelah Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) ketika itu memberikan rebat selama dua tahun, iaitu dari 2006 hingga 2008, UUM hanya perlu melunaskan cukai tanah sebanyak RM100,000.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...