TERKINI :

Thursday, April 21, 2011

Putrajaya tanpa PM, TPM

Oleh Haji Abdul Subky Latif

Apa yang menarik tentang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berakhir dengan mengekalkan Tan Sri Patinggi Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri?

Apakah kemenangan semula kerajaan Barisan Nasional dengan majoriti dua pertiga? Atau kekalahan teruk SUPP di tangan DAP? Atau Taib Mahmud mampu buat apa yang Suharto dan Hosni Mubarak tidak mampu?

Semuanya menarik tetapi paling menarik ialah pilihan raya itu menjadikan Jabatan Perdana Menteri kosong dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri antara seminggu dan sepuluh hari.

Pertama kali dalam pilihan raya bukan Parlimen Jabatan Perdana Menteri atau kini masyhur dengan Putrajaya tanpa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri begitu lama.

Mungkin kecanggihan teknologi alam maya memungkinkan boleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri boleh serentak meninggalkan Jabatan Perdana Menteri buat tempoh semiggu atau lebih. Perdana Menteri dan timbalannya boleh memantau pejabat masing-masing dari jauh tanpa sedikit pun maklumat tercicir.

Setahun pun Perdana Menteri tidak turun ke pejabat, dengan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi yang serba canggih itu tiada perkembangan di pejabatnya yang dia tidak tahu dan ketiadaannya tidak dirasakan dia tidak ada di pejabatnya.

Saudagar komunikasi Jerman yang terkemka Axel Springer tidak menjenguk pejabat-pejabat akhbarnya barang sekali pun setahun, melainkan dia menghabiskan banyak masa di pergunungan Switzerland, tetap arahannya tiba kepada CEOnya dari masa ke masa dan syarikatnya tetap berkembang.

Boleh gaya saudagar itu dijadikan ikutan, tetapi ia mendedahkan orang terasa boleh berjalan tanpa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Siapakah yang menjalankan kerja Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri semasa ketiadaan mereka? Tentulah segala-galanya terserah kepada Ketua Setiausaha Negara. Kalau Tan Sri Sidik Hussein boleh menjalan dan menggerakkan pentadbiran negara tentulah Perdana Menteri seperti tidak diperlukan lagi.

Dalam sejarah Pilihan Raya Negeri Sarawak tiada yang lebih mencemaskan Kuala Lumpur selain dari pilihan raya untuk menggantikan pengaruh Datuk Stepen Kalong Ningkan dengan Tun Abdul Rahman Yaakub awal tahun 1970an dan pilihan raya bagi mengekalkan Taib Mahmud dari ancaman pengaruh Tun Abd Rahman Yaakub pertengahan tahun 80an.

Pilihan raya itu adalah untuk menentukan Kuching berada di tangan orang dipercayai oleh Perdana Menteri atau tidak.

Sekali pun Ketua Menteri Sarawak sebelum Tun Rahman adalah Tawi Sli yang penuh setia kepada pentadbiran Jabatan Perdana Menteri tetapi pengaruh bekas Ketua Menteri Stepen Kalong Ningkan adalah lebih besar. Masalah Kalong Ningkan ialah politiknya lebih dekat ke Singapura dari Kuala Lumpur.

Tun Razak tidak berada sepenuh masa di Kuching. Timbalannya Tun Dr Ismail lagilah terkenal sebagai orang yang suka menghabis banyak masa di pejabat. Walau pun Tun Razak ada juga ke Kuching masa pilihan raya itu, tetapi dia sekejap-sekejap saja ke sana. Tidak ditinggalkan Kuala Lumpur sampai seminggu.

Taib Mahmud pernah diancam oleh Tun Rahman, Ketua Menteri sebelumnya dan Yang Dipertua Negeri ketika Taib mula jadi Ketua Menteri. Taib boleh ditumbangkan oleh undi tidak percaya di DUN oleh penyokong-penyokong Tun Rahman.

Perdana Menteri Dr Mahathir menasihatkan Taib mengadakan Pilihan Raya Negera sebagai langkah menyelamatkannya. Pengaruh Tun Rahman adalah besar. Dia disukai pula oleh Timbalan Perdana Menteri Ghafar Baba tetapi orang Dr Mahathir adalah Taib.

Dr Mahathir lebih banyak masanya di Jabatan Perdana Menteri sepanjang kempen pilihan raya itu. Ternyata usaha Tun Rahman untuk kembali berpolitik semula gagal. Dr Mahathir dapat melakukannya tanpa beernaung lama di Kuching.

Mungkin cabaran Pakatan Rakyat dan pimpinan Anwar Ibraahim mencemaskan Taib dan Perdana Menteri Najib. Mungkin tanpa Najib dan Muhyiddin Yasin berkubu terus di Sarawak diperlukan bagi mengekalkan Taib dan BN.

Apa pun seolah-olah Perdana Menteri dan timbalannya tidak berani meninggalkan Sarawak sepanjang kempen itu. Adakah begitu?

Adalah penting bagi Najib dan Muhyiddin bagi memastikan Taib dan kerajaan BN dikekalkan, tetapi tidaklah sampai membiarkan Putrajaya ditinggalkan kepada Ketua Setiausha Negara sana semata-mata kedua-duanya mahu mempertahankan Taib.

Dalam pilihan raya-pilihan raya sebelumnya Perdana Menteri tidak berapa turun. Ia diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri saja. Itu pun tidak pula Timbalan Perdana Menteri meninggalkan pejabatnya langsung.

Hanya Najib dan Muhyiddin mengutamakan kempen lebih dari menjaga Jabatan Perdana Menteri. Ia tidak salah tetapi ia menjadi contoh, boleh kerja Perdana Menteri dibuat dari jauh.

Haji Abdul Subky Latif seorang penulis bebas dan tinggal di Kuala Lumpur. Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia

Rakyat memerlukan internet percuma bukan emel percuma

Kerajaan Negeri Selangor menyedari akan peranan internet yang banyak menyumbang kepada perluasan ilmu pengetahuan terhadap masyarakat. Justeru, projek-projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor adalah sebahagian daripada manifesto Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang mengutamakan kehendak dan kepentingan rakyat.

Berhubung Projek Emel 1Malaysia yang dilancarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan, saya ingin menegaskan bahawa sesuatu yang diinginkan oleh rakyat sebenarnya bukanlah emel percuma, tetapi kemudahan Internet percuma.

Dengan pemberian ini, bagaimana rakyat ingin menggunakan emel percuma sekiranya perkara asas untuk menggunakan emel iaitu internet tidak disediakan? Kerajaan Malaysia seolah-olah tidak tahu apa yang lebih penting untuk rakyat dan tidak tahu apa keperluan dan kehendak rakyat di bawah. Ini sekali lagi menunjukkan projek Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional dibuat secara tergesa-gesa, tidak teliti dan tidak dirancang rapi.

Syarikat Tricubes Berhad pula dilaporkan mengalami masalah kewangan dan berstatus GN3 di Bursa Malaysia. Bagaimana syarikat yang mempunyai masalah kewangan ini dapat menjayakan projek ini? Alasan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa projek ini tidak menggunakan dana awam adalah sesuatu yang tidak munasabah dan langsung tidak masuk akal.

Justeru, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bangkit mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan projek Emel 1Malaysia ini, sebaliknya mendesak kerajaan Malaysia memberikan kemudahan internet percuma seperti mana yang dilaksanakan Kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya benar Kerajaan Malaysia mendahulukan rakyat.

*Kenyataan media oleh Rodziah Ismail (gambar kanan) selaku Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Selangor.

2 KENYATAAN AKHBAR UUM BERKAITAN ISU CUKAI DAN AIR

PRESS RELEASE/KENYATAAN AKHBAR
GAGAL SEDIA BEKALAN AIR YANG CUKUP

SINTOK, 19 April 2011 - Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri Kedah gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) walaupun semua kemudahan infrastruktur sudah disediakan oleh pihak universiti.

Ini diakui oleh Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009 yang menyatakan bahawa pengeluaran di Loji Rawatan Air Pelubang, dekat Jitra telah mencapai tahap maksima dan tidak mampu menampung permintaan bekalan air termasuk di kawasan UUM dan sekitarnya.

Selain itu, masalah ini juga disebabkan Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri Kedah dan kini Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd yang merupakan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah tidak membuat perancangan yang teliti untuk menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk menampung keperluan warga kampus UUM.

Oleh itu, kenyataan Menteri Besar Kedah yang menyarankan UUM mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya menaik taraf infrastruktur bekalan air adalah tidak tepat kerana masalah sekarang bukanlah dari segi infrastruktur tetapi masalah yang sebenar ialah bekalan air yang tidak mencukupi.

Dakwaan mengatakan bahawa masalah bekalan air yang dialami oleh warga UUM perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi juga tidak tepat kerana bekalan air merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri.

Persoalan di sini ialah UUM memerlukan bekalan air sebanyak 12 juta liter air sehari dan kita hanya dapat bekalan air dalam anggaran 9 juta liter air sahaja sehari. Untuk menampung kekurangan tersebut, UUM terpaksa menyewa lori untuk mengangkut air dan perbelanjaan untuk tujuan ini mencecah purata lebih kurang RM80 ribu sebulan.

Bekalan air dari Loji di Pelubang, di Jitra hanya mampu menyediakan bekalan air sebanyak 15 juta liter air sehari dan ia bukan disalurkan khusus kepada UUM sebaliknya disalurkan kepada pelbagai kawasan pertumbuhan Kepala Batas, Jitra, Tanah Merah, Changlun, Kodiang, Bukit Kayu Hitam dan kawasan sekitar.

Permintaan bekalan air bagi Daerah Kubang Pasu khususnya Kawasan seperti tersebut di atas telah mengalami peningkatan dan ini diakui sendiri oleh pihak Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009. Ini bermakna bekalan air memang tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk khususnya warga UUM dan ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk menyelesaikannya dan bukanlah masalah infrastruktur di UUM seperti yang disebut oleh Menteri Besar Kedah.

Kalau infrastruktur ditingkatkan sekali pun tetapi air yang dibekalkan tidak cukup, maka masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi oleh UUM masih juga tidak dapat diselesaikan.

Soal ke mana bekalan air UUM digunakan bukan isu tetapi isunya ialah bekalan air kepada UUM tak cukup.

Oleh itu, UUM mencadangkan Kerajaan Negeri membuat perancangan rapi mengenai penyediaan bekalan air kepada Universiti ini dan sekitarnya untuk tempoh jangka panjang antara 20 hingga 30 tahun dari sekarang.


Prof Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.


Disediakan oleh : Unit Media, Unit Korporat Komunikasi,
Jabatan Canselori, Universiti Utara Malaysia


UUM TERPAKSA BAYAR LEBIH UNTUK CUKAI TANAH

SINTOK, 19 April 2011 - Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa mengeluarkan peruntukan besar bagi membayar cukai tanah apabila kerajaan negeri sekarang tidak mempertimbangkan permohonan rayuan mengurangkan cukai tanah yang dibuat oleh pihak pengurusan UUM.

UUM hanya membayar RM100,000 di bawah kerajaan negeri sebelum ini bermula pada 2006 hingga 2008. Tetapi mulai 2009, UUM terpaksa membayar sehingga RM1,744,357.00 untuk bayaran cukai tanah.

UUM telah membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri Kedah yang baru sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan tiga kali pada tahun 2010. Namun begitu, rayuan tersebut tidak dilayan.

Pada tahun 2009, UUM telah merayu melalui surat yang dihantar kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah pada 29 April 2009 dan sekali lagi rayuan dihantar terus kepada Menteri Besar Kedah sendiri pada 10 Jun 2009 tetapi dukacita rayuan tersebut tidak dilayan.

Pada tahun 2010, UUM sekali lagi mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar Kedah pada 25 Julai 2010 dan juga kepada Pentadbir Tanah Kubang Pasu pada 19 September 2010 dan 22 Disember 2010. Namun begitu, rayuan UUM masih tidak dilayan.

Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Dr Mohamed Mustafa Ishak pernah berbincang perkara ini dengan Menteri Besar Kedah sendiri di Pejabat Menteri Besar Kedah pada 25 Julai 2010 dan merayu supaya Kerajaan Negeri dapat memberi pertimbangan. Namun keputusannya tetap mendukacitakan.

UUM bukanlah sebuah institusi pengajian tinggi yang berorientasi keuntungan, sebaliknya memainkan peranan penting membangunkan modal insan demi menjayakan agenda pembangunan negara.

Berdasarkan jumlah cukai tanah yang dibayar oleh UUM mulai 2009 hingga kini, maka jumlah yang dibayar oleh UUM ialah 10 kali ganda daripada jumlah cukai yang dibayar oleh UUM sebelum ini.

Justeru, adalah wajar Kerajaan Negeri Kedah tidak mengenakan cukai tanah yang tinggi kepada UUM seperti mana yang pernah dinikmati oleh UUM sebelum 2008.

Tanah seluas 1,061 hektar milik UUM itu yang dikenakan cukai bukanlah semua telah dibangunkan oleh UUM. Sebaliknya terdapat 100 hektar lagi masih belum dibangunkan tetapi kadar cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Kedah tidak mengambil kira mengenai perkara ini.

UUM juga telah membelanjakan bajet yang besar yang diperolehi daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk menampung keperluan pengajian tinggi negara. Perbelanjaaan ini sudah tentu memberi kesan yang positif dari segi limpahan ekonomi kepada negeri Kedah. Sepatutnya Kerajaan Negeri Kedah menghargai usaha ini dan boleh membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh UUM melalui pengurangan cukai tanah yang boleh disalurkan kepada aktiviti penyelidikan, penerbitan dan pelbagai aktiviti pembangunan akademik di Universiti ini.


Prof Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Disediakan oleh : Unit Media, Unit Korporat Komunikasi,
Jabatan Canselori
Universiti Utara Malaysia
Tarikh : 19 April 2011

Sindrom memperalatkan Kaabah

Ahmad Tajdid

TRIO Umno penayang video lucah - Abdul Rahim Tamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuib Lazim dilaporkan sanggup ke tanah suci Makkah untuk bersumpah di hadapan Kaabah bagi membuktikan kebenaran tuduhan mereka terhadap pembabitan seorang pemimpin pembangkang dalam video lucah hitam putih berteknologi rendah yang kini sudah menjadi tatapan umum termasuk kanak-kanak di bawah umur.

Pengumuman itu dibuat mereka melalui akhbar yang mempromosi video pornografi, Utusan Malaysia bertarikh 20 April lalu. Akhbar ini khabarnya diedarkan secara percuma di sekolah-sekolah terpilih atas biaya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan yang berketuakan seorang pencinta budaya Melayu, Dr Rais Yatim.

"Kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi juga bersedia melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar," kata Eskay, seorang muallaf.

Kenyataan Eskay itu disokong Rahim dan Shuib. Malah Shuib yang dilapor suka menginap di salah sebuah hotel di ibu negara atas urusan yang beliau dan Allah SWT sahaja yang tahu mendakwa, 'perjuangan' menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman mahkamah.

Trio Umno pejuang moral itu diminta mengulas kemungkinan akan didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menayangkan rakaman video seks kepada umum. Video seks itu disiarkan pula oleh blogger pro-Umno dan dimuat turun di Youtube. Trio Umno dan polis menafikan menjadi 'jembalang' kepada kegiatan tidak bermoral itu. Dan pihak yang melakukan perbuatan tidak berakhlak itu masih menjadi tanda-tanya sehingga sekarang menyebabkan Ketua Polis Negara menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

Artikel ini bukan ditulis untuk mengulas isu video seks yang dipromosikan Utusan Malaysia dan Kosmo!, tetapi hanya sekadar ingin menyentuh kesediaan trio Umno untuk bersumpah laknat di hadapan Kaabah.

Memanglah kita sedari kejahilan trio Umno terhadap hukum agama dan syariah Islam. Dan tidak wajar pula untuk mengulas isu fitnah video seks ini kerana ia hanya sekadar memanjangkan lagi 'lidah syaitan'.

Tetapi budaya sebahagian masyarakat Islam di negara kita yang begitu mengagungkan Kaabah dan Hajar Aswad perlu dibendung supaya ianya tidak sampai ke peringkat syirik.

Ketika Makkah diselimuti fahaman jahiliah, masyarakatnya menyembah berhala. Bahkan kaum Quraisy telah meletakkan tidak kurang dari 360 berhala di dalam dan di sekitar Kaabah. Dalam keadaan itupun, mereka tidak terfikir untuk menyembah Kaabah kerana dalam keyakinan mereka Kaabah bukan tuhan atau berhala.

Mereka hanya melakukan ibadah dan tawaf di sekelilingnya. Kaabah bagi para penyembah berhala itu bukanlah berhala yang disembah. Kaabah bagi mereka adalah rumah Allah SWT untuk melaksanakan ibadah.

Ketika raja Abrahah dari Habsyah mengancam menyerbu Kaabah dengan tentera bergajah, kaum Quraisy tidak merasa takut akan musnahnya Kaabah. Mereka yakin bahawa Kaabah bukan tuhan tetapi 'rumah Allah'. Sudah tentu tuan punya rumah itu akan menjaganya.

Datuk Nabi Muhammad s.a.w., seorang pemuka Quraisy, pada saat genting itu sibuk mengurus kambing-kambing miliknya yang dirampas Raja Habsyah. Abdul Muttalib lebih risaukan kambingnya yang dijarah tentera Abrahah daripada matlamat mereka datang ke Makkah untuk meruntuhkan Kaabah.

Seorang Quraisy bertanya kepadanya: "Wahai Abdul Muttalib! Mengapa engkau sibuk mengurus kambing-kambingmu sedang rumah Tuhanmu hendak dihancurkan?"

Maka beliau menjawab: "Kambing ini kepunyaan saya maka saya menjaganya, sedangkan Kaabah kepunyaan Allah maka Dialah yang menjaganya."

Dan Allah menerangkan dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia, dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)." (Surah Al-Fiil: 1-5)

Begitulah tamatnya episod tentera bergajah.

Khalifah ar-Rasyidin, Saidina Umar Al-Khattab terkenal dengan ungkapannya yang abadi: "Sesungguhnya aku tahu bahawa engkau (hajar aswad) adalah batu yang tidak membahayakan, dan tidak pula dapat memberi manfaat. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, maka sekali-kali aku tidak akan menciummu." (Riwayat Bukhari)

Peringatan Saidina Umar itu perlu bagi mengingatkan umat Islam agar tidak terlampau mengagung hajar aswad, salah satu komponen penting Kaabah kerana ia boleh mengundang syirik.

Umat Islam menghadap Kaabah ketika solat dan tawaf mengelilinginya atas perintah Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan." (Surah Al-Baqarah: 144)

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w. mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah dengan menunggang seekor unta pada ibadah haji terakhir dan menyentuh hajar aswad dengan tongkatnya. (Sahih Bukhari juz 2, no. 677)

Dengan demikian nyatalah bahawa Kaabah dan Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak dapat mendatangkan celaka atau tidak dapat mendatangkan untung kecuali dengan izin Allah SWT.

Maka hasrat untuk bersumpah laknat di hadapan Kaabah bukanlah daripada ajaran Islam kerana tidak terdapat sebarang nas berhubung kelebihan bersumpah di hadapan Kaabah berbanding di tempat-tempat lain.

Sumpah laknat juga hanya dibenarkan dalam kes li'an, iaitu sisuami yang bersumpah bahawa isterinya seorang yang curang dan nusyuz (derhaka). Sumpah suami juga tidak membolehkan isterinya dihukum hudud kerana ia hanya membersihkan sisuami daripada jenayah Qazaf (menuduh seseorang melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil) dan bukan mensabitkan kesalahan siisteri.

Hanya yang wujud adalah nas-nas tentang kelebihan beribadah (solat dan beriktikaf) di Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa dan kesemua ibadah yang dilakukan itu juga perlulah menepati kehendak syariah dan bukan sekadar ikut-ikutan seperti diyakini trio Umno.

Mutakhir ini Masjidil Haram dan Kaabah seringkali dijadikan objek untuk mempamerkan 'komitmen' seseorang terhadap Islam yang dianutinya. Ada yang bernikah di Masjidil Haram dan bergambar di hadapan Kaabah selepas majlis pernikahan. Malangnya apabila pulang ke tanah air, si pengantin perempuan hanya berkemban apabila bersanding di pelamin dan majlis kenduri kahwin itu pula mengandungi unsur-unsur yang tidak menepati syarak.

Banyak lagi kejadian orang ternama yang menggunakan Masjidil Haram untuk mempamerkan imej warak mereka di mata umum. Bagaimanapun apa yang mahu dilakukan oleh trio Umno, iaitu bersumpah laknat di hadapan Kaabah, adalah bid'ah terbaru kumpulan juhala dan jahil murakkab (jahil yang bertimpa-timpa) yang sudah lama berkampung di dalam Umno.

Insafilah bahawa sumpah laknat hatta di hadapan Kaabah pun tidak akan melepaskan mereka daripada jenayah qazaf.

Elok kiranya artikel ini diakhiri dengan petikan buku "Qazaf: Mangsa Fitnah" tulisan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang:

"Orang yang dituduh melakukan perbuatan zina (al-maqzuf), liwat atau sepertinya tidak perlu dibicarakan. Sebaliknya yang perlu dibicarakan ialah orang yang menuduh. Sebab dia telah melemparkan tuduhan qazaf (melemparkan tuduhan zina) maka dia wajib mengemukakan bukti-bukti yang kukuh.

"Kaedah syariat berkenaan hal ini adalah: Orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti dan orang yang dituduh wajib mengucapkan sumpah. Bagaimanapun dalam kes seperti ini, orang yang dituduh tidak dituntut untuk bersumpah. Sebab pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan, seperti mana secara hukum asalnya setiap muslim mesti berbaik sangka dan memandang dengan pandangan yang baik sesama mereka.

"Adalah hak setiap orang yang dituduh dengan tohmahan keji ini untuk menuntut orang yang menuduhnya dalam satu perbicaraan mahkamah syariah yang adil. Manakala kewajipan seorang kadi muslim yang menangani kes ini dengan cara yang diredhai Allah dan hukum syariat-Nya adalah: Menuntut penuduh untuk mengemukakan bukti dakwaannya, iaitu empat orang saksi sepertimana yang diterangkan oleh al-Qur'an. Jika dia tidak berbuat demikian maka gugurlah dakwaannya.

"Kadi wajib menegakkan hukuman Allah ke atas dirinya iaitu dengan menyebatnya sebanyak 80 sebatan, menghilangkan haknya dalam memberikan kesaksian, dan mengecapnya sebagai fasik melainkan jika ia bertaubat."

Setelah membaca penjelasan ini, masih adakah manusia bergelar muslim sanggup pergi ke hadapan Kaabah untuk bersumpah laknat semata-mata untuk menuduh "si polan bin si polan telah melakukan zina?"

Utusan, PERKASA lagakan Melayu - Cina

Naib Presiden PKR, Tian Chua mengesyorkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera menamatkan konsep 1Malaysia yang dicanangnya selama ini kerana ia nyata tidak selari dengan perjuangan gagasan itu.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chuaBercakap kepada TV Selangor, Tian Chua berkata bukan hanya rencana terbitan media kawalannya yang mendesak supaya digerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi" diutamakan, bahkan NGO proksi Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga mendesak kerajaan meminggirkan masyarakat Cina yang didakwa sanggup “membalas susu dengan tuba”.

“Kalau itu pendirian Umno, sepatutnya Najib secara rasminya perlu mengumumkan penamatan kempen 1Malaysia yang disebarkan merata tempat.

"Jadi, sokongan sekarang menunjukkan sebenarnya BN tidak ikhlas dengan kempen 1Malaysia dan cogan kata ini sebenarnya sebagai satu penipuan,” katanya.

Semalam, PERKASA cawangan Sarawak dalam satu kenyataan media meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada DAP sekiranya nasib masyarakat Cina di negeri itu tidak lagi terbela berikutan trend pengundi kaum itu yang menyokong Pakatan Rakyat.

Mainan politik juak Umno

NONE“Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” kata ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari.

Ironinya, kenyataan itu timbul selepas rentetan siri artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia Ahad lalu dalam ruangan 'Awang Selamat' yang menggesa kerajaan supaya mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya.

Artikel itu mendakwa, sentimen anti-BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan masyarakat itu bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka dalam ekonomi, malah dalam arena politik juga.

NONEMalah semalam, Timbalan Pengarang Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan pula mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

Menurut Tian Chua semua gesaan itu hanyalah mainan politik juak Umno yang gemar mengeksploitasikan sentimen perkauman dalam meraih semula sokongan rakyat kepada Umno-BN.

“Ini tipikal sebagai PERKASA yang sentiasa menghasut mewujudkan suasana tegang di antara kaum. PERKASA cuba mengapi-apikan sentimen ini demi membantu Umno,” kata Tian Chua.

Soal khianat tidak timbul

gerakan women forum 080306 mah siew keongDalam perkembangan berkaitan, Gerakan juga membidas PERKASA dan menganggap kenyataan Abang Abdul Nasser itu sebagai bersifat 'pendedam dan rendah citarasanya".

Naib presiden parti komponen BN itu, Datuk Mah Siew Keong (kanan) berkata soal mengkhianati tidak timbul kerana masyarakat Cina di Sarawak tidak pernah membuat sebarang janji bahawa mereka menyokong BN.

"Lagipun, pilihan raya negeri Sarawak diadakan bagi membolehkan rakyat secara demokrasi melantik wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Mah juga menganggap kenyataan PERKASA itu berbaur perkauman dan tidak matang.

Chong Snr ceramah in kuching“Kita sepatutnya menghormati keputusan majoriti. Ia adalah undi di bandar yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menolak parti pemerintah dan bukan hanya pengundi Cina.

"Kerajaan harus mendengar suara majoriti pengundi bandar, kajinya dan memperkenalkan perubahaan yang dapat diterima demi manfaat semua kaum," katanya.

Melayu tidak dihukum

Menurut Mah, meskipun pengundi di Kedah dan Kelantan yang majoriti mereka masyarakat Melayu menolak BN namun kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan kedua-duia negeri berkenaan.

dap miri ceramah crowd big shot"Tidak ada sebarang desakan dari mana-mana pihak supaya kerajaan meminggirkan kedua-dua negeri itu kerana pengundinya tidak menyokong kerajaan. Jadi, tolong jangan biarkan keputusan pilihan raya Sarawak menjadi satu isu perkauman.

“Mereka (penduduk bandar) mahu melihat dasar-dasar yang adil dan saksama; mereka juga prihatin dengan isu kebangsaan dan juga cara-cara kerajaan menangani masalah berkenaan," kata Mah. [Malaysiakini]

Aziz Bari: Pemuda PAS ‘jangan naik minyak’ kerana kritik Hadi

Oleh G Manimaran
April 20, 2011

KUALA LUMPUR, 20 April — Prof Abdul Aziz Bari menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya tidak “mengamuk dan naik minyak” ekoran pandangannya bahawa Presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Justeru tegas penganalisis politik ini, Dewan Pemuda PAS khususnya kepimpinan Wilayah Persekutuan seharusnya memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah (Persektuuan) tak perlu melenting. Mereka kena faham konsep dan implikasi kepemimpinan dalam politik moden berperlembagaan hari ini,” kata ahli akademik ini.

“Mungkin Dewan Pemuda Wilayah berasa PAS sekarang hebat. Itu hak mereka. Tetapi tak perlulah mereka mengamuk.

“Saya fikir elok mereka bekerja untuk memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik,” kata beliau dalam satu kenyataan balas hari ini.

Semalam, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.

“Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.

“Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008, malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari tujuh kerusi pada 2004,” katanya.

Sebagai presiden kata beliau, keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja.

“Dan, ia sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah presiden,” katanya.

Kata beliau, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Hadi adalah punca kegagalan 16 September.

“Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai profesor atau sekadar menggantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

“Nampaknya beliau sengaja mengkambinghitamkan presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca,” kata beliau lagi.

Pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan kepimpinan Hadi sambil menegaskan pemimpin veteran itu bukan liabiliti kepada parti Islam sepert didakwa Aziz.

Sebaliknya, mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi pula berkata alasan yang diberikan Aziz itu adalah perkara yang akan sentiasa dibangkitkan setiap kali menjelang pemilihan parti itu.

Dalam kenyataan hari ini, Aziz juga berkata, ramai yang akur bahawa ruang yang ditinggalkan oleh Fadhil tidak dapat diisi oleh Hadi.

“Fadhil hebat kerana beliau meninggalkan landasan yang hari ini menjadi asas Pakatan Rakyat. Sebaliknya, Hadi mempunyai imej yang berbeza. Walaupun belum ke tahap meninggalkan Pakatan golongan ini sudah pernah mengungkit kedudukan mereka dalam Pakatan,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, mereka yang mahu perubahan dalam negara perlu menyokong perubahan dalam PAS.

Katanya, perubahan dalam negara sukar untuk berlaku tanpa sistem dua parti yang mantap. PAS di bawah Hadi tidak peduli konsep ini.

“Meskipun Hadi dan kumpulannya menjerit-jerit untuk menggantikan Umno mereka tidak bekerja untuk membina sebuah sistem yang perlu ke arah itu. Sebab itu Umno senang dengan mereka,” katanya lagi.

Aziz berkata, sesiapa yang berjawatan dalam politik perlu akur bahawa prestasi mereka sentiasa dinilai dan dikritik.

“Siapa raja, baik putera raja, ulama, cendekiawan dan lain-lain, perlu akur bahawa mereka tidak lagi kebal dari penilaian dan kritikan,” katanya lagi.

Aziz menambah, “komen saya mungkin keterlaluan bagi mereka” tetapi bagi mereka yang prihatin tentang perlunya perubahan, komen itu boleh dipertimbangkan.

“Komen saya berdasarkan pemerhatian dan suara yang dizahirkan oleh pemimpin dan ahli parti. Saya tak perlu dedahkan siapa mereka. Itu kerja parti, termasuk Dewan Pemuda Wilayah, untuk menyiasatnya,” katanya lagi.

Soal Aziz, jika Presiden Umno boleh dikritik, mengapa tidak Presiden PAS.

“Lagipun PAS sudah mendakwa yang ia bersedia mengganti Umno. PAS juga mendakwa ia parti untuk semua, termasuk orang bukan Islam.

“Dengan itu PAS perlu inklusif, bukan eksklusif. Mengamuk dan naik minyak bila dikritik bukan ciri parti politik,” katanya.

Aziz juga berkata, beliau tidak mengkritik Hadi atas dasar peribadi, sebaliknya mengkritik prestasnya kerana ingin melihat PAS parti penting.

“Ia bukan sahaja parti utama Pakatan Rakyat tetapi ia parti yang senior dan mempunyai banyak ahli, khabarnya sejuta. Ertinya PAS parti terbesar dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebab itu katanya, Umno sentiasa gelisah dengan PAS dan cuba mencari jalan untuk menggoncang kesetiaannya dalam Pakatan Rakyat.

“Sikap dolak dalik Presiden PAS dalam isu 16 September semua orang tahu. Begitu juga dengan gagasan kerajaan perpaduan,” katanya.

Aziz juga mengaitkan kritikan terbaru ini dengan prestasi parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu.

“Cuba bandingkan perancangan DAP di Sarawak. Mereka bekerja sejak tahun yang lalu. Saya rasa PAS tidak berbuat begitu.

“Mereka sepatut menang di Beting Maro. Dalam soal ini, siapa yang patut menanggungnya?” katanya.

Beliau seterusnya memberikan analogi “jika pemain gagal bermain dengan baik pasti ada yang tidak kena dengan sistem permainan dan taktik yang dipakai.”

“Dan, siapa yang hendak dipersalahkan? Jawabnya jurulatih atau pengurus pasukan. Kita akur bahawa menukar ketua tidak semestinya menghasilkan keputusan yang positif.

“Tetapi kita mesti mencuba. Kita tidak boleh mengekalkan pengurusan yang prestasinya hambar,” katanya lagi.

RM5 juta untuk skim air percuma rumah kos rendah bertingkat

Gambar Hiasan

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntuk RM5 juta untuk melaksanakan skim air percuma di rumah kos rendah berstrata (bertingkat) sebagai permulaan dan ditambah mengikut keperluan apabila lebih banyak pembangunan dikenal pasti untuk dimasukkan ke skim itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata kempen penerangan itu akan diadakan besar-besaran bagi memaklumkan rakyat dan mengelakkan pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB) dan ejen pengurusan melakukan pemotongan bil penduduk.

“Kerajaan negeri akan mengenal pasti pihak yang akan bertanggung jawab untuk mengendalikan potongan kepada bil-bil mereka. Salah satu alternatif adalah melalui persatuan penduduk.

“Pemberian air percuma ini akan dijalankan sebaik sahaja mendapat maklumat jumlah unit-unit yang didiami bagi pembangunan-pembangunan kos rendah ituyang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,” kata Iskandar dalam kenyataan media, semalam.

Kata beliau, tiga syarikat itu akan mengeluarkan bil-bil kepada penduduk dan membuat pemotongan secara terus kepada bil-bil di meter pukal.

“Kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menyiapkan satu senarai yang menyatakan jumlah unit yang didiami bagi setiap pembangunan kos rendah di Selangor.

“Sebenarnya kerajaan negeri menggalakkan migrasi dari meter pukal kepada meter individu dengan memperkenalkan sistem kupon dan telah berbincang dengan Syabas agar proses ini dapat dipercepatkan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10445

Hadi: Saya sedia ditentang jika ada calon layak

April 21, 2011

Hadi berkata beliau “bukan mahu menjadi pemimpin selamanya”. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 April — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang sebelum ini disifatkan sebagai liabiliti kepada parti itu berkata, beliau sedia ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa iaitu ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanding jawatan presiden.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Kata Hadi, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu sambut baik jika ada pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu daripada latar belakang dan pendidikan yang berbeza.

Susulan komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mempertahankan Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, “pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.”

Beliau menambah PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.

“Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya,” kata beliau.

Laporan media kelmarin memetik Aziz, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS sebagai berkata, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.

Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

Nik Aziz menambah kata, sememangnya memenangi pilihan raya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihan raya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

“Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar?

“Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT,” kata beliau lagi.

Anak Mantan menteri BN jawab TUN Dr M

Anak Khir Johari Tempelak Mahathir: BN Yang Mainkan Isu Perkauman, Bukan DAP

Zairil kepada Mahathir: Usah berkata jika tiada yang bernas

Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Mahathir Mohamad yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami.

Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Mungkin dalam pendapat Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian?
Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?

Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA.

Namun, rakyat Sarawak telah membuktikan kematangan mereka kerana tidak termakan umpan bersifat parokial seperti dakwaan bahawa "masyarakat Cina" akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan jika wakil-wakil Cina daripada BN tidak berjaya dalam pilihanraya.

Seperti yang sudah sedia maklum, keputusan pilihanraya jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak menolak sama sekali unsur-unsur politik perkauman dan sebaliknya inginkan wakil-wakil yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran!

Tambahan pula, kenaikan undi yang diperolehi parti DAP bukan hanya daripada satu kaum tertentu. Dalam kawasan-kawasan seperti Meradong, Dudong dan Kirudong, kejayaan kami adalah hasil tambahan undi kaum Dayak yang cukup memberangsangkan. Di Batu Kawah pula, kemenangan DAP di situ tidak mungkin akan berlaku tanpa undi-undi orang Melayu/Melanau yang telah meningkat dalam sokongannya terhadap DAP.

Hakikatnya, saya yakin bahawa Mahathir sedar dan memahami dinamik politik di negeri Sarawak dan juga di seluruh negara. Namun disebabkan motivasi politik, beliau memilih untuk memainkan sentimen sempit perkauman untuk menjaga kepentingan BN. Sekali lagi, rakyat boleh melihat dengan sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin BN akan menggunakan taktik pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa mereka.

Sebagai pengakhir kata, saya ingin mencadangkan satu pepatah bahasa Inggeris: if you have nothing good to say, say nothing at all. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang bernas untuk dikatakan, usahlah meluahkan walau sekata.

*Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari selaku Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP)
.

DAH HABAQ DAH : depa dok tebiang caya jugak

Video fitnah sudah ada sejak 1999 dan bermotif politik- Bekas Polis


KANTOI...

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan ‘video seks’ pertama yang diedar pada 1999.
Bekas Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL itu berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti “sumber” video pertama 1999 tetapi gagal mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya.
“Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10,” ujarnya.
Zain berkata, pengedaran video seks itu dilakukan di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 November 1999, beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.
Menurutnya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu”, yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.
Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes dalam kes fitnah 1 Anwar berkata, orang awam yang menemui video berkenaan yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah, pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.
“Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.
“Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar,” katanya lagi.
Oleh itu katanya, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan pendedahan berkenaan rakaman video pertama dan kedua.
“Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.
“Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka,” katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.
“Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.
“Terdapat ‘nexus’ (penghubung) antara kedua video seks ini,” kata beliau lagi.KD


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1K8mObpn8

Gila dah event ka Malaysia nie..sampai tahap suruh pakai bra dan panties jaa..!!!


Dah la arak dorang bagi percuma.., nak masuk tak diwajibkan pakai Bra dan Panties lah pulak... Ni apa kejadahnya yang sedang berlaku?

Takkan Ali Rustam dan pemimpin UMNO nak bagi Melaka jadi negeri Darul Beer pulak kot? Mana perginya Majlis Bandaran? Takkan makan gaji buta bila benda-benda macam ni korang sanggup tutup mata?

Mana perginya Majis Agama Islam Melaka (MAIM)? Takkan tak bagi nasihat kepada bos korang yang tengah rileks di kerusi empuk dalam pejabat berhawa dingin tu?

Gua pernah dengar puak-puak Pakatan bagi gelaran Ali Ketam pada Ketua menteri Melaka ni... Tapi kalau macam ni punya peel penguatkuasaan di negeri Melaka, memang patut lah gelaran tu...

Jangan terlampau nak ajar rakyat berjalan lurus sedangkan pentadbiran kita sendiri berjalan senget macam ketam.

Kalaupun acara sosial ni hanya untuk kaum cina.., lu semua yang jadi pemimpin tertinggi di Melaka tu boleh jamin ke yang tak ada melayu-melayu bangang join the party? Kalau lu semua tak boleh bagi jaminan, baik lu semua buat kerja.

Jangan dok makan elaun buta saja. Lu semua patut ingat, rakyat bukannya buta dan bukan semua yang suka benda-benda macam ni ada dikawasan dorang. Mangkuk hayun betullah kalau macam ni...!

http://mediapermatangpauh.blogspot.com

Video Sex 1999 Vs 2011 - Terdapat ‘nexus’ antara kedua video seks ini

Video seks Anwar Ibrahim dan Mat Sabu 1999



KUALA LUMPUR, 21 April — Seorang bekas pegawai polis kanan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan oleh itu, mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan video oleh “Datuk T” bulan lalu.

Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumput Datuk Mat Zain Ibrahim berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.

Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan.

“Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka,” katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

Pengedaran pertama itu berlaku lebih setahun selepas Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan dan parti.

Semalam, Ismail berkata, polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin Pakatan Rakyat kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu terdekat.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Mertajam semalam, Ketua Polis Negara berkata kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.

“Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa.

“... dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan,” kata beliau.

Siasatan itu dijalankan selepas rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

Dalam surat terbukanya, Zain menambah, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan video seks pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga, yang diedarkan pada 1999.

Pengedaran video seks ini di sekitar Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.

Katanya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu”, yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes Anwar akhir 1990-an berkata, beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.

Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.

“Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar,” katanya lagi.

Zain juga berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti “sumber” video seks pertama 1999 tetapi gagal untuk mengenal pasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum.

“Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10.

“Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab mengedarkan video seks berkenaan,” katanya lagi dalam surat kepada Ismail bertarikh 18 April ini.

Beliau beberapa kali menghantar surat terbuka berkaitan kes Anwar sebelum ini.

Beliau menambah, memandangkan kumpulan yang menggelar diri mereka “Datuk T” — terdiri daripada Rahim, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggungjawab di atas penemuan dan penayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu, maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini.

“Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.

“Terdapat ‘nexus’ antara kedua video seks ini,” kata beliau lagi.


ReJaM© "Baru tau ada juga video seks 1999"

Video: Apa beza trio Umno dengan rakyat lain

PERMATANG PAUH, 21 April: Kenyataan pro dan kontra dalam isu sama ada mendakwa trio Umno, Datuk 'T' atau sebaliknya bukan suatu perkara yang sukar untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Trio Umno itu terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan Dato Shazril Eskay Abdullah

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man (gambar) berkata, jika trio Umno itu dibiarkan bebas dengan sewenang-wenangnya, boleh memiliki dan menayang video seks dalam negara tanpa tindakan oleh pihak berkuasa, sudah pasti rakyat melihat perkara itu sebagai tidak adil dan berpihak.

Oleh kerana itu, katanya jika kerajaan dan pihak polis ingin dihormati sebagai penguatkuasa undang-undang yang telus dan adil, mereka mesti menunjukkan kebenaran tersebut dengan mendakwa ketiga-tiga manusia itu dan bukannya melindungi mereka.

Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, jika rakyat biasa tanpa berlengah terus dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman, tetapi trio Umno itu seolah-olah kebal walaupun seluruh negara telah mengetahui tindakan mereka.

"Jangan berdolak-dalik untuk mendakwa mereka. Yang jelas seluruh negara ini tahu, video seks tak boleh dimiliki oleh sesiapa pun kerana ia menyalahi undang-undang negara.

“Jadi apabila adanya pengakuan video lucah tersebut ditayangkan dan dimiliki, apakah undang-undang tidak sama kepada Datuk trio Umno ini dengan rakyat jelata yang lain?" soalnya.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada ahli jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Pelet, Penanti, Mohamad Roadhi Ishak, yang kehilangan tempat tinggal setelah rumah yang didiami hangus dijilat api, petang kelmarin.[HarakahDaily]

E-Mel 1Malaysia: Projek kerajaan atau projek swasta?

"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa Email 1Malaysia adalah projek sektor swasta.  Ia tidak melibatkan dana awam terlibat, dan keseluruhannya adalah sukarela," demikianlah mesej tweeter Perdana Menteri Najib Razak semalam.

Malah sebelum Najib, PEMANDU juga menyatakan bahawa Email 1Malaysia tidak diwajibkan kepada semua warga Malaysia.  Ia adalah satu projek yang diterajui Tricubes Berhad dari sektor swasta, dan Tricubes Bhd yang bertanggungjawab terhadap pelaburannya, bukan kerajaan.

Penjelasan ini diumumkan setelah projek bernilai RM50 juta ini mencungkil pertikaian dari pelbagai pihak.  Malah, seperti bantahan terhadap pembinaan Menara 100 tingkat sebelum ini, satu laman telah direka di facebook bernama "1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email" , menarik penyertaan puluhan ribu dalam masa 24 jam.

Sungguhpun demikian, maklumat yang diperolehi menunjukkan kata-kata Najib adalah saling bertentangan.  Menurut media internet The Malaysian Insider, unit kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memantau projek ini, MAMPU - telah mengeluarkan satu panduan pembidaan.  KPI untuk projek ini adalah, menjadikan 100% warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sebagai pengguna Email 1Malaysia menjelang tahun 2015.

Dokumen yang berkenaan juga menunjukkan bahawa syarikat yang berjaya untuk membida projek ini perlu mengemukakan kepada kerajaan, bagaimana untuk menjadikan 50% pengguna Email 1Malaysia menggunakan perkhidmatan tambahan, seperti e-bayar dan sebagainya, menjelang tahun 2020.

Petanda-petanda ia sebagai projek kerajaan

Selain itu, penjelasan Najib dan PEMANDU bahawa projek ini adalah pelaburan sektor swasta dan tidak melibatkan dana awam juga memperlihatkan kontradiksi.  Pertama, sila rujuk laporan Bernama pada 19 April.

"Najib berkata kerajaan telah mula meninjau inisiatif tanpa kertas dan e-kerajaan dalam usaha untuk menjadi lebih mesra alam dan moden, inisiatif berikutnya, yang termasuk dalam CCI (Communications Content and Infrastructure) NKEA, merupakan kajian asas terhadap perkhidmatan kaunter dan kerajaan tanpa kertas.

Projek tersebut bertujuan mewujudkan pengukuran asas terhadap inisiatif kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan, khususnya dalam transformasi ke arah kerajaan elektronik (EG) dan ke arah tanpa kertas.

Diuruskan oleh Unit Permodenan, Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (GITN), projek itu melibatkan kutipan data dan analisis perkhidmatan e-kaunter, transaksi elektronik dan inisiatif kerajaan tanpa kertas dalam sektor awam, penilaian pusat data agensi kerajaan serta perkhidmatan dan infrastruktur rangkaian.

Apabila siap kelak, ia akan memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan lebih telus, sesuai bagi tujuan, berkesan kepada rakyat. 

Kerajaan akan melabur RM3.261 juta dalam projek itu yang akan menyaksikan pewujudan 155 pekerjaan.

Perdana Menteri berkata dengan kesan PNK sebanyak RM39 juta sehingga 2015, inisiatif e-mel 1MY ini akan membolehkan komunikasi langsung dan terjamin antara warga Malaysia dan kerajaan serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan dan perniagaan."

Dengan kata lain, projek e-mel 1MY ini adalah sebahagian daripada pelaburan kerajaan di bawah CCI NKEA.  Pada masa yang sama, Najib mengumumkan bahawa "Tricubes Bhd akan menerajui pelaburan berjumlah RM50 juta ini yang turut termasuk pembangunan portal web, akaun e-mel semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas, pusat setempat bagi perkhidmatan kerajaan, peruntukan untuk perkhidmatan nilai tambah seperti perangkaian sosial, semakan bil dalam talian serta pembayaran, tambahan kepada perkakasan pembangunan web untuk warga dan entiti perniagaan untuk aplikasi membangunkan kreatif."

Bagaimana syarikat bermasalah melabur?

Di samping itu, Tricubes Bhd telah mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia pada 4 April 2011 bahawa syarikatnya memperolehi satu projek e-mel daripada MAMPU.  MAMPU mengeluarkan surat rasmi kepada Tricubes berhubung kontrak projek e-mel 1MY pada 29 Mac 2011, dan Tricubes akan berbincang dengan kerajaan dalam projek ini.  Tiada maklumat terperinci dilampirkan, tidak dinyatakan sama ada ia Public Private Partnerships (PPP) atau Private Finance Initiative (PFI).  Dalam keadaan biasa, ia menunjukkan pada dasarnya, ia adalah procurement.

Pada masa yang sama, menurut laporan The Malaysian Insider, sejumlah lima buah syarikat terlibat dalam pembidaan projek ini.  Seandainya projek ini adalah pelaburan swasta, mengapa MAMPU tidak memilih syarikat yang lebih kukuh keadaan kewangannya, sebaliknya memilih sebuah syarikat yang bermasalah kewangan?

Menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib "delist".  Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752).

Melihat kepada Tricubes yang sudah dibeban dengan masalah kewangan sendiri, persoalan yang timbul adalah, bagaimana syarikat ini mampu untuk mendapatkan modal yang secukupnya untuk memastikan kestabilan dan kelangsungan projek ini?  Tiada jawapan untuk soalan ini daripada Najib, PEMANDU malah Tricubes Bhd sendiri sehingga sekarang.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview.  Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.









Beliau berkata CCI NKEA juga memulakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan akaun e-mel rasmi dan unik serta pengenalan bagi warganegara Malaysia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...