TERKINI :

Friday, April 15, 2011

Grand Finale from Sarawak... TIME FOR CHANGE!!

Lintas Langsung Grand Finale di Kuching, Miri Dan Limbang !!

GAMBAR ATAS MIRI, BAWAH LIMBANG

KUCHING
KUCHING
KUCHING
MIRI BELAKANG STAGE
KUCHING
MIRI
KUCHING
Ini bukan di Tunisia!! Ini bukan di Dataran Tahrir Mesir!! Ini di Bumi Kenyalang!! Bumi Borneo yang dahagakan nikmat sebuah negara milik rakyat !!

Salut kepada warga Sarawak yang berdiri sepanjang ceramah !! Semangat untuk berubah !!

Macam ini punya crowd, BN menipu pun boleh tumbang !!

Tumbang BN!! Tumbang Taib!!

Sampai lah masanya untuk satu kerajaan baru lahir di bumi Kenyalang !!

UBAH SARAWAK !!

edyesdotcom

SARAWAK FOR CHANGE..!! SUARAKAN SEMANGAT ANDA DI KERTAS UNDI ESOK..!!

20,000 banjiri ceramah kemuncak DAP di Kuching

Keadaan menjadi kelam-kabut di perhimpunan anjuran DAP di Kuching lewat petang tadi apabila apabila polis menyerbu ke atas pentas untuk menghentikan pengasas DAP Sarawak, Chong Siew Chiang daripada berucap. Chong Snr ceramah in kuchingPara penyokong segera membentuk perisai manusia untuk menghalang kemaraan anggota polis yang ketuai OCPD Kuching, Mun Kok Keong. Berlaku tolak menolak antara penyokong DAP dan anggota polis, sehinggalah pihak polis berhenti mengasak. Pada atu ketika, Mun datang hampir kepada Chong menyebabkan para penyokongnya mara ke hadapan untuk menghalang pegawai polis itu daripada menghampiri pemimpin mereka. Suasana bergegar dengan laungan "Ubah" dan "DAP" dan keadaan kembali senyap selepas pengerusi majlis meminta mereka supaya bertenang. Chong Snr ceramah in kuchingAtas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, pihak polis beredar dari pentas tersebut, disambut dengan kegembiraan para hadirin yang jumlahnya mencecah 20,000 orang. Apabila ditanya sama ada mereka membenarkan polis menghentikan majlis tersebut, mereka membalas dengan laungan "Tidak!" [Baca berita penuh]

Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan parti itu malam ini.

Sri aman dap rally disrupt by policePolis menafikan permit kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan terbuka di Sri Aman. Bagaimanapun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut. Orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapan di situ. Sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang. “Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ. Dap sri aman ceramah shift to restaurantDAP Sri Aman gagal mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah di tempat terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak ini. Ceramah terbukanya yang pertama diadakan dua malam lalu, juga diganggu oleh polis, tetapi dibenar diteruskan selepas puas berunding. Pada jam 7.40 malam, Santiago merayu kepada seorang pegawai polis supaya membenarkan ceramah itu diteruskan untuk tempoh satu jam sahaja. Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga beusaha untuk memujuk Santiago supaya membatalkan ceramah tersebut kerana tidak mendapat permit. Cops break up kuching ceramahKetegangan meningkat, dan suara-suara kedengaran dari kalangan orang ramai yang nampaknya tidak sabar dengan apa yang berlaku, dengan melaungkan "Kami mahu ceramah" dan "Undi roket untuk perubahan". Selepas berunding, DAP akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memindahkan ceramah tersebut ke sebuah restoran berhampiran. Calon DAP bagi kerusi Simanggang, Leon Donald memberitahu orang ramai bahawa ceramah tersebut terpaksa dipindahkan ke Restoran Alisan berhampiran. Polis mengumumkan melalui pembesar suara bahawa ia adalah satu perhimpunan haram, dan mengarahkan orang ramai beredar dalam masa lima minit.

[Baca berita penuh]

PR ni memang Parti jahat! Kepada rakyat Sarawak besok jangan lupa pangkah parti jahat ini!

Kempen politik samseng Pakatan Rakyat di Sarawak

Kali ni gua nak tunjukkan bukti-bukti bergambar yang menunjukkan kepada kita betapa Pakatan Rakyat ini adalah satu gabungan parti-parti samseng PAS, KEADILAN dan DAP. Mereka kata memperjuangkan demokrasi, adil, baik dan mendahulukan rakyat tapi masa berkempen, parti-parti lawan dihalau tak bagi berkempen di Sarawak.

Lu orang tengoklah sendiri betapa jahatnya Pakatan Rakyat. Bila berkempen tak pernahnya nak berkempen betul-betul. Tak pernah nak berkempen cara adil, tapi melaung-laungkan keadilan.

RentaP© "Pakatan Rakyat ni memang Parti jahat! Kepada rakyat Sarawak besok jangan lupa pangkah parti jahat ini!"

Umno tidak akan diterima di Sarawak

Oleh SULAIMAN YAHAYA

Kenapa Umno masih malu dan ketinggalan berbanding PAS, PKR dan DAP untuk bertapak di Sarawak? Apakah Umno yakin dengan kesetiaan PBB sebagai kerabat BN di Bumi Kenyalang itu? Atau Umno menunggu sehingga Taib Mahmud berundur daripada pucuk pimpinan.

Sarawak satu-satunya negeri yang masih belum mampu diterjah oleh Umno. Umno tidak ada apa-apa untuk dibanggakan oleh rakyat di Sarawak. Tanpa Umno, Sarawak didakwa terus menuju kemajuan.

Ini membuktikan negeri-negeri lain juga mampu memberi kemajuan dan keselesaan kepada rakyat jika ditakdirkan tidak ada Umno. Sarawak patut jadi pembukan mata dan minda rakyat negeri lain di Malaysia.

Sistem politik di Sarawak juga telus dan mesra. Adalah perkara biasa dalam satu keluarga mempunyai pandangan dan aliran politik yang berbeza dan ia tidak menimbulkan masalah pada ikatan kekeluargaan. mereka boleh hidup aman dan harmoni di bawah satu bumbung. Ini sangat berlainan di Semenanjung. Maknanya rakyat Sarawak lebih matang pemikirannya dari segi politik. Ini hasil didikan PBB yang Umno perlu belajar. Mereka lebih dulu mengamalkan konsep satu Malaysia dan ini diakui pemimpin BN di Kuala Lumpur.

Ini bermakna Taib Mahmud sendiri lebih bijak daripada pemimpin Umno yang ada dan ini menjadikan Umno malu untuk memulakan langkah untuk bertapak di Sarawak. Apa yang boleh ditunjuk ajar oleh Umno kepada PBB sedangkan Taib Mahmud pemimpin paling lama berkuasa sebagai Ketua Menteri, malah lebih lama berpolitik daripada Perdana Menteri sendiri. Kalau Umno cuba mengembangkan sayapnya ke Bumi Kenyalang itu ketika Taib Mahmud masih berkuasa ia seperti menempah kuburnya sendiri.

Memang ada jalan yang tersirat untuk Umno menapak di Sarawak, tanpa mengambil mana-mana kerusi yang ditandingi PBB dan komponen lain BN, iaitu dengan membuka seberapa banyak gugusan Felda dan membawa peneroka-peneroka daripada Semenanjung dan mengarahkan SPR membuat persempadan semula kawasan pilihan raya. Walau bagaimanapun, langkah ini mungkin dapat dilaksanakan apabila Sarawak mempunyai seorang Ketua Menteri yang baru yang terhutang budi kepada Perdana Menteri.

Taib Mahmud tidak akan menyerahkan tanah Sarawak kepada Felda sewenang-wenangnya. Jika kedudukannya terancam PBB mungkin lebih senang bergabung dengan Pakatan Rakyat untuk terus kekal di tampuk pemerintahan. Jika ini berlaku Umno akan kehilangan simpanan tetapnya dan ia tidak akan dapat melakukan seperti yang berlaku kepada Perak.

Atau Umno memang tidak mempunyai kekuatan dan pengaruh kerana tidak ada yang menyokong perjuanganya di Bumi Kenyalang itu. Atau rakyat Sarawak tidak mahu terperangkap

kementerian arah tukar sebab beliau buat kerja jujur...!!!

KSN patut kesal dengan penukaran Judin
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 April: Mulai 1 Mei ini, Datuk Seri Judin Abdul Karim akan meninggalkan kerusi Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan pihak yang sepatutnya merasa kesal dengannya adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Seri Mohd Sidek Hassan.

Ini kerana, Sidek juga adalah Pengerusi Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang berusaha untuk mempastikan rakyat Malaysia khasnya kakitangan kerajaan yang berada di bawahnya penuh intergriti.

Bagi kakitangan JKR, Judin (gambar) adalah antara kakitangan yang pernah mereka kenali sebagai pemimpin yang penuh intergriti yang menjaga kepentingan negara di tempat yang sensitif itu.

"Sidek adalah orang yang patut merasa kesal dengan apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Judin," kata seorang pegawai kanan JKR.

Ini kerana, setahu beliau, Judin adalah salah satu kakitangan kerajaan yang memenuhi kehendak segala nama singkatan promosi yang dibuat oleh kerajaan sekarang untuk meningkatkan intergritinya.

Pagi tadi, Judin memaklumkan kepada kakitangan JKR yang rapat dengannya bahawa surat menukar beliau dari jawatan itu sudah tiba.

Desas-desus Judin akan dikeluarkan dari JKR telah bertiup sekian laman. Satu blog pro Umno menamakan Judin sebagai Ketua Pengarah yang pro pembangkang.

"Demi maruah Umno dan kerajaan BN serta Melayu dan institusi Raja-Raja kumpulan SATE yang merupakan duri dalam daging harus disingkirkan dari JKR," tulis blog itu pada 2 November 2010 lagi.

Padahal, Judin bekerja mengikut garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan dalam mencapai sasaran kerajaan sendiri termasuk NKRA.

Isu terkini yang menekan Judin adalah projek Istana Negara yang baru apabila kontraktornya dianggap kakitangan JKR sebagai sangat 'hebat' dan mempunyai kuasa yang sangat tinggi dalam menjalankan kerja-kerjanya.

"Hanya Ketua Pengarah kami sahaja menjadi tempat kami bergantung dalam mengawal kehendak-kehendak mereka," kata pegawai kanan JKR itu.

Selain isu itu, katanya, ke mana sebenarnya Judin hendak diletak selepas dikeluarkan dari JKR agak sukar sebenarnya.

Ini kerana, Judin kini berada di Turus 3 perjawatan kerajaan, iaitu antara kakitangan kerajaan yang paling tinggi kedudukannya setaraf dengan Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera.

"Kami dengar dia akan dihantar ke CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) di mana satu jawatan baru akan dibentuk untuk beliau di situ," kata pegawai kanan itu.

Integriti, Ustaz Azizan dan Prof Judin yang dianiaya

Ahmad Lutfi Othman

Ramai pejuang yang bersedia diasak penderitaan, mampu ditekan kezaliman dan bersabar dikurung elit penguasa. Namun, apabila digoda pangkat dan kedudukan, dihampar khazanah dunia, ditawar kemasyhuran dan prestij, tidak sedikit yang kecundang lemas. Rasuah, salahguna kuasa dan penyakit beriringan, seperti kronisme, mudah merebak bersama arus deras "KUASA".

Integriti, maruah dan kehormatan diri sekadar basahan bibir tetapi sukar dipertahankan, apatah lagi jika ia tercabar semasa diri keseorangan dan tiada mata yang memandang. Malah ada individu yang menduduki singgahsana kuasa, mulanya berpegang dengan prinsip luhur dan etika mulia, tetapi secara perlahan-lahan meleburkan idealisme, dengan seribu satu justifikasi.

Selepas pilihan raya umum 2008, ramai aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat, yang dahulunya berdepan tekanan dan tribulasi daripada pemerintah, kini dikelilingi dugaan lebih mencabar. Sememangnya, akta-akta zalim seperti ISA masih menganga luas dan tetap mengintai mangsanya, tetapi "cubaan" yang datang bersama kuasa memerintah -- walaupun baru di peringkat negeri dan kerajaan tempatan -- cukup menakutkan.

Kuasa menawarkan kedudukan, imbuhan ekonomi dan penghormatan masyarakat. Peluang, dalam bermacam-macam aspek, untuk disambar begitu luas terbuka. Kesempatan itu begitu mengiurkan. Jika seseorang itu mahu bersama-sama berebut sumber, baik daripada segi politik mahupun ekonomi, maka pelbagai alasan boleh diberikan, termasuk yang dikaitkan dengan "kepentingan umum", termasuk parti politik yang diwakilinya.

Sebahagian tindakan itu mungkin tidak tergolong dalam kategori rasuah, yang boleh diserkup SPRM. Ia lebih bergantung kepada integriti dalaman. Seorang pemimpin kerajaan atau ketua jabatan, yang memegang posisi strategik, semasa membuat keputusan penting khususnya berkaitan kewangan, boleh sahaja memihak kepada mana-mana orang atau syarikat, tanpa melanggar mana-mana peruntukan undang-undang. Bagaimanapun nalurinya lebih mengetahui apakah ia bercanggah atau menepati prinsip integriti.

Ada yang menakrifkan integriti individu itu adalah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral (akhlak), etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan individu dengan kepentingan umum. Dan apa yang dilakukan itu pula cepat, tepat dan bermutu. Tindakannya pula konsisten.

Integriti ibarat konsep ihsan dalam Islam: "Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu." Maknanya, baik semasa bersendirian dan tiada yang menyaksikan, atau ketika di hadapan publik, menjadi tontonan awam atau diperhatikan CCTV, seseorang itu tetap berkeperibadian unggul.

Bercakap soal integiti, saya tertarik dengan khabar bahawa Ketua Pengarah Kerja Raya, Prof Ir Judin Abd Karim (gambar), secara tiba-tiba ditukarkan ke CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan), iaitu satu jawatan yang lebih rendah, yang meletakkannya seolah-olah diturun pangkat. Pertukaran ini memeranjatkan banyak pihak khususnya warga Jabatan Kerja Raya kerana Judin dikenali dengan ketegasannya berdepan kontraktor kroni dan politikus Umno, yang begitu tamakkan projek-projek di JKR.

Menurut seorang pegawai kanan JKR, Judin mungkin menjadi mangsa keadaan disebabkan menteri dan kontraktor tidak menggemari cara kerjanya yang tidak mudah berkompromi dengan perkara yang tidak mengikut peraturan. Difahamkan, menjelang pilihan raya, projek JKR merupakan di antara sumber utama dana Umno bagi membiayai kempennya nanti.

"Malang sekali apabila JKR kehilangan seorang ketua pengarah yang dikenali dengan sifat warak, solat dhuha dan puasa sunatnya, selain komited dengan amalan profesionalime yang tinggi," tambah pegawai kanan itu. Karier Judin, yang berkelulusan PhD dalam bidang Kejuruteraan Sivil dari University of Southern California, Amerika Syarikat, lebih tertumpu dalam bidang rekabentuk.

Sikap Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abd Razak lebih mengujakan. Beliau cukup berhemat dalam membelanjakan wang negeri. Posisinya dalam parti dan kerajaan sentiasa dibezakan. Hinggakan ada ahli PAS yang merungut disebabkan parti tidak mendapat apa-apa kelebihan walaupun selepas memerintah. Kedudukan kerusi Pakatan di Kedah mungkin tidak sekukuh Kelantan, Pulau Pinang mahupun Selangor, namun Ustaz Azizan tetap berpegang dengan prinsipnya untuk tidak menyalahgunakan kuasa demi survival parti.

Dalam satu program PAS di Baling baru-baru ini, beliau menegaskan, walaupun sudah mentadbir kerajaan selaku MB, namun beliau tidak membenarkan sama sekali wang kerajaan digunakan untuk parti apatah lagi untuk kepentingan diri sendiri. "PAS sentiasa berdikari dan bergerak atas duit dan sumbangan ahlinya, tidak pernah menggunakan duit kerajaan. Bukan macam parti sebelah sana, yang bergantung kepada harta dan jentera kerajaan untuk apa juga program yang dilakukan," tegasnya.

Justeru, gaya pentadbirannya turut dipuji mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin. Sikap sederhana beliau terlihat jelas dalam kehidupan sehariannya, dan menjadi buah mulut rakyat Kedah, termasuk penyokong dan ahli Umno. Kepada pegawai kerajaan negeri, beliau memberi kebebasan sepenuhnya untuk menyokong mana-mana parti politik.

Ketika berucap kepada anak-anak Kedah yang belajar di Mesir (dan ibu bapa mereka), yang menerima bantuan kerajaan negeri untuk kembali selepas revolusi Medan Tahrir, Ustaz Azizan menitipkan kata-kata hikmatnya: Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai."

Raja Petra: Saya tak belot, masih bersama pembangkang

April 15, 2011


KUALA LUMPUR, 15 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamaruddin menegaskan beliau masih bersama barisan pembangkang sambil menafikan beliau telah membelot hanya kerana memberi TV3 satu temu bual eksklusif, yang disiarkan semalam dan kelmarin.

Raja Petra (gambar) mencetuskan kegemparan dua hari lalu apabila dalam temu bual itu mengatakan bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menter Datuk Seri Najib Razak atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Editor portal Malaysia Today ini menjelaskan keputusan memberikan temu bual itu kepada The Malaysia Insider hari ini.

Respons penuh adalah seperti berikut:

TMI: Baru-baru ini anda berada di Australia, bermakna anda mempunyai pasport untuk mengembara. Di mana anda berada sekarang dan di mana anda tinggal (sekarang)? Adakah anda akan balik ke Malaysia dalam waktu terdekat?

RPK: Sekarang saya di Bali. Dan, tidak. Saya tidak akan balik ke Malaysia, sekurang-kurangnya sehingga kerajaan (yang ada sekarang) tukar. Jika Barisan Nasional (masih memerintah, maka saya sepatutnya akan dikebumikan di Brookwood sebelah ibu saya apabila saya meninggal dunia.

Mengapa anda bertanya sama ada saya balik ke Malaysia? Disebabkan temu bual saya dengan TV3? Jika saya mengadakan temu bual dengan TV3 dan kemudian kembali ke Malaysia (yang bermakna saya tidak boleh jika saya tidak memberikan temu bual), bukannya terlalu jelas bahawa temu bual itu menyebabkan (saya) membelot?

Langkah bodoh, bukan anda fikir begitu?

TMI: Mengapa anda memberikan TV3 temu bual? Anda pernah menyerang akhbar, khususnya media arus perdana di Malaysia sebelum ini. Mengapa percaya mereka? Apakah tiada ruang lain?

RPK: Adakah saya perlu percaya mereka untuk memberikan satu temu bual? Saya tidak percaya sama ada anda sendiri atau Malaysia Insider. Saya fikri anda alat bagi Khairy Jamaluddin dan Kalimullah Hassan. Lagi anda hantar (soalan) dan saya pun jawab.

Anda datang kepada saya. Saya tidak pergi kepada anda. TV3 juga datang jumpa saya. Saya tidak pergi jumpa mereka.

TMI: Sekarang, PKR menyifatkan anda sebagai orang yang tidak berpendirian, seolah-olah mahu mencemar nama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ia benar ataupun mereka memberi reaksi berlebihan?

RPK: Sesiapa yang mengecam Najib, (Datin Seri) Rosmah (Mansor), (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), Khairy, (Datuk) Mukhriz (Mahathir) dan sebagainya adalah (mereka) yang mencintai tanah air, anugerah Tuhan, rakyat Malaysia yang setia, dan penjelmaan Ghandi dan Mother Teresa, sebagaimana dianggap oleh pembangkang.

Sesiapa, walaupun membuat kritikan kecil terhadap pembangkang atau pemimpin mereka, dianggap sebagai pengkhianat, orang yang tidak berpendirian, telah membelot, melakukannya kerana wang dan macam-macam lagi.

Inilah mentaliti pembangkang yang tipikal.

Mereka menuduh kerajaan tidak membenarkan kebebasan bersuara. Mereka maksudkan, sudah tentu, kebebasan untuk mengkritik kerajaan. Tetapi apabila anda mengkritik pembangkang, itu bukan kebebasan untuk bersuara. Anda Judas.

Tunjukkan saya satu perkara dalam temu bual dengan TV3 yang saya tidak pernah sebutkan sebelum ini. Adakah ada apa-apa yang baru dalam temu bual TV3 atau saya hanya mengulangi?

Orang kata: Saya hanya tulis di Malaysia Today. Berapa ramai yang sebenarnya membaca Malaysia Today? Berapa ramai yang akses internet? Sangat sedikit! Televisyen, bagaimanapun, televisyen menjangkaui 97 peratus penduduk, mereka kata.

Tetapi, akhirnya apabila saya muncul dalam televisyen mereka kecewa. Mengapa? Adakah anda fikir TV3 akan menyiarkan temu bual, kalau saya membantai Najib dan mengecam kerajaan? Mereka memberikan saya masa siaran kerana saya mengkritik Anwar.

Bermakna saya tidak pernah mengkritik Anwar sebelum ini? Malah, Anwar mengkritik ketika saya berucap di Sydney, Australia. Anda boleh melihat video di YouTube. Jadi, sudah lama kami telah mengkritik satu sama lain.

Pada 2004, saya berhenti daripada Suara Keadilan dalam keadaan meradang ketika konvensyen PKR di Ipoh ekoran konflik dan bertumpu sepenuh masa di Malaysia Today. Jadi itulah persengketaan, jika anda mahu memanggilnya, sudah berusia tujuh tahun, bukan sesuatu yang baru.

Apa yang berbeza antara dulu dan sekarang ialah, dulu kritikan saya tertumpu kepada internet. Sekarang ia muncul dalam televisyen nasional. Itu sahaja perbezaannya. Dan, itu adalah isu sebenar di sini.

Jika saya mengatakan apa yang saya kata menerusi radio dan televisyen Australia (yang saya ada lakukan), maka orang tidak akan kecewa. Tetapi, apabila saya mengatakan yang sama menerusi TV3, mereka kecewa. Ini kerana TV3 dimiliki oleh Umno.

Tetapi jika TV3 dimiliki oleh Anwar Ibrahim, mereka tidak kisah. Oleh kerana ia dimiliki oleh Umno, maka mereka kecewa.

Masalahnya ialah mereka mengaitkan (kepimpinan) pembangkang dengan Anwar. Saya Rom, Rom adalah saya! Kita kena mengubah yang itu. Anwar adalah Anwar dan pembangkang adalah pembangkang. Anwar tidak boleh diketepikan. Kita tidak boleh meletakkan keseluruhan masa depan pembangkang hanya pada Anwar.

Apa akan berlaku jika Anwar dihantar ke penjara? Dan, ada sebab-sebab untuk percaya yang beliau akan (dipenjarakan). Adakah pembangkang akan berakhir? Kita harus melihat persekitaran menjangkaui Anwar. Ini bukan berkaitan dengan Anwar. Ia berkaitan dengan matlamat, perjuangan untuk membawa perubahan. Kadangkala kita mungkin kena mengkritik Anwar untuk menyelamatkan pembangkang.

Dan, bukankah saya sudah mengatakan perkara ini banyak kali sebelum ini? Jadi, apa yang katakan sekarang, saya tidak mengatakan sebelum ini? Saya hanya mengulangi apa yang saya katakan di sini. Hanya buat kali ini, ia tersiar menerusi televisyen.

Secara kebetulan, apa yang saya katakan ini adalah apa yang ramai sama-sama mengatakan. Perbezaannya ialah: mereka membisik di belakang Anwar dan memuji beliau di depan. Saya bercakap terus-terang. Itu sahaja perbezaannya.

Ketika Anwar berada di penjara dari 1998 hingga 2004, berapa ramai ‘orang ketegar’ ini datang ke rumah Anwar setiap malam Khamis. Saya biazanya ke rumah beliau pada malam Khamis dan mereka yang datang dalam lingkungan 100 orang.

Hari ini, ramai menjadi orang ketegar Anwar. Biar kita lihat balik (keadaan ini) apabila kerajaan menghantar Anwar ke penjara, adakah orang yang sama akan berada di rumah Anwar setiap malam Khamis atau sama ada kumpulan itu akan merosot lagi sekali, sehingga hanya sekitar 100 orang.

Nurul Izzah (Anwar) dan saya telah pergi untuk menemui Jawatankuasa Hal Ehwal Australia bulan lalu untuk memberi taklimat kepada ahli-ahli Parlimen mengenai apa yang kerajaan lakukan ke atas Anwar dan untuk bertanya bantuan daripada kerajaan Australia. Sebulan sebelum itu, saya memberikan temu bual dengan TV3, (walaupun ia hanya siar sekarang).

Jadi, pada satu sebelah, saya minta bantuan kerajaan asing untuk membantu Anwar. Pada satu sebelah, saya juga mengkritik Anwar. Anwar dan matlamat perjuangan adalah dua isu yang berbeza. Saya mungkin sokong satu tetapi saya mungkin mengkritik yang lain sebab kedua-duanya isu yang berbeza.

TMI: Sesetengah orang mentafsir anda mengatakan yang DS Najib dan isterinya tidak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Adakah itu yang anda berkata? Atau anda masih percaya mereka terlibat?

RPK: Adakah anda ada membaca akuan bersumpah (SD), yang merupakan fokus temu bual pertama saya (kelmarin)? Adakah saya mendakwa mereka terlibat dalam pembunuhan atau adakah saya mengatakan yang Lt Kol Azmi Zainal Abidin membuat dakwaan itu dan oleh itu, yang ini perlu disiasat? Apa yang tandatangan dalam SD pada Jun 2008 adalah masih apa yang saya katakan pada hari ini.

TMI: Orang ramai masih membuat spekulasi, seperti yang lazimnya dilakukan oleh rakyat Malaysia, anda memberi temu bual ini kerana sebab-sebab seperti wang atau urus janji yang membolehkan anda kembali ke Malaysia tanpa dicaj atau ditahan. Respons anda?

RPK: Lazimnya rakyat Malaysia adalah begitu dan hanya fikir pasal duit. Jadi, mereka cuba untuk membaca setiap yang anda katakan atau lakukan kerana duit. Jika saya puji Anwar dan pembangkang, ia bukan pasal duit. Ia berkaitan perjuangan, matlamat, ideal dan sebagainya.

Mengapa tidak mereka juga mengatakan bahawa anda dibayar oleh Anwar untuk menyokong pembangkang? Hanya apabila anda mengkritik pembangkang dan/atau Anwar, ia berkenaan dengan duit.

Jika seseorang itu adalah pencuri, dia akan membayangkan bahawa setiap orang adalah pencuri. Jadi, apabila orang hanya fikir mengenai duit, mereka selalu fikir bahawa apa yang anda lakukan adalah kerana duit. Tidak akan ada sebab-sebab lain.

(Nota: The Malaysian Insider tiada apa-apa kaitan dengan Khairy Jamaluddin atau Datuk Seri Kalimullah Hassan)

MENYUSUL LAGI

Ceramah CheguBard : Politik Haprak UMNO/BN..!!


Buat Sahabat di Sarawak..... Inilah janji-janji yang akan kami tepati....!!

Janji Pakatan TERBUKTI Janji Ditepati!

Saudara-saudara ku Rakyat Sarawak sekelian. Esok adalah hari yang amat penting bagi menentukan nasib masa depan saudara-saudara ku sekelian. Semenjak manusia pertama tercipta, seluruh manuasia yang ada di muka bumi adalah bersaudara. Jadi adalah menjadi tanggung jawab kita untuk saling ingat mengingati sesama kita.

Pada bulan Mac 2008 tidak ramai yang dapat meramalkan kemenangan Pakatan Rakyat di negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak ( kemudian dirampas dengan cara yang paling tidak demokratik), tetapi itulah kenyataannya.

Tahukah Saudara-saudaraku, rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mendapat hasil dari keberanian mereka memberi undi kepada satu kerajaan yang baru yang lebih telus dan berintegriti.

Dalam masa 3 tahun hampir keseluruhan menifesto pilihanraya PR di negeri-negeri tersebut telah dapat dilaksanakan walaupun terdapat beberapa perkara yang dikekang oleh birokrasi Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Regim Ala Zionis Be End.

Yakinlah, menifesto Pakatan Rakyat boleh dan dapat dilaksanakan walau apa tohmahan dan perlekehan pemimpin Regim Ala Zionis Be End. Di Selangor tempohari Regim Ala Zionis Be End mengatakan jika Negeri Selangor akan Bankrap jikalau melaksanakan air percuma untuk kegunaan rakyat, tetapi ternyata kenyataan mereka meleset malah Selangor mampu melaksanakanya tanpa masalah, malah Kerajaan Negeri Selangor PR juga sudah mampu memberikan pinjaman mikrokredit untuk rakyat tanpa faedah.

Di bawah adalah ringkasan dari Menifesto Pakatan Rakyat bagi PRN Sarawak

  1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.
  3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.
  4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
  5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
  6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
  7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.
  8. Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
  9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
  10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.

Ayuh saudara-saudara ku, kita perlu beranikan diri untu merubah kerajaan yang ada sekarang. Kalian adah pahlawan sejati, hidupkan semangat Pahlawan Rentap yang gugur kerana inginkan perubahan. Cekalkan hati saudara seperti Rosli Dhoby yang gugur kerana mahukan perubahan. Mereka berdua mengunus senjata untuk mencari perubahan, tuan-tuan cuma perlukan pen atau pensel.

AYUH RAKYAT SARAWAK ESOK KUBURKANLAH REGIM ALA ZIONIS BE END

Sumber: Lanun Selat Melaka

Video Sex ada 7 soalan yang perlu di fikirkan bersama oleh rakyat Malaysia

Video seks: 7 soalan yang perlu dijawab

Berikut beberapa perkara yang mencurigakan berhubung pita video yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

1) Catatan masa di vedeo: Sekejap ada, sekejap tiada

Apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendalangi kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'Datuk T' menayangkan video berkenaan kepada Malaysiakini Hazlan Zakaria di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac, beliau menarik perhatian wartawan berhubung catatan masa yang dirakamkan pada video berkenaan.

NONE"Sila perhatikan tarikh dan juga kod masa,” kata Eskay (kanan) sambil menegaskan tarikh rakaman adalah pada 21/2/2011 dan kod masa video adalah 22:23.

Apabila versi yang disunting selama dua minit itu disiarkan di YouTube minggu lalu, kod masa telah ditampal dengan perkataan bahasa Thai yang berbunyi, "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011".

Eskay agak berhati-hati dan mendakwa hanya beliau mempunyai satu-satunya rakaman video itu. Malah, wartawan yang dijemput menonton tayangan video berkenaan juga diminta meninggalkan telefon bimbit, pen dan buku nota di luar bilik. Mereka juga dikehendaki memakai jaket khas sehingga paras lutut.

Soalan No 1: Jika Eskay hanya mempunyai hanya salinan klip video itu yang kemudiannya diserahkan kepada polis, siapa yang membocorkan video yang telah disunting kepada YouTube? Dan kenapa ada perkataan bahasa Thai pada rakaman itu bagi menutup kod masa rakaman.

2) Buatan Malaysia atau Thailand?

"Video ini dirakamkan di sebuah spa di KL," kata Eskay, yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Langkawi kepada Hazlan.

NONESebaik Eskay disiasat oleh polis, terdapat laporan mereka telah mengunjungi beberapa tempat sekitar Ampang bagi mencari bukti.

Wartawan Malaysiakini juga menunggu sehari suntuk di sebuah apartmen selepas diberitahu polis mungkin mengunjungi lokasi itu tetapi gagal merakamkan sebarang aksi.

Pihak polis bagaimanapun memaklumkan mereka telah menyiasat di tempat di mana video berkenaan dikatakan dirakamkan.

Walaupun polis agak liberal dengan maklumat siasatan video seks itu dan mengatakan video berkenaan adalah 'tulen' dan mereka sedang mencari pemilik jam Omega - tetapi polis membisu mengenai tempat video seks itu dirakamkan.

Visual berkenaan tidak mempunyai audio dan tidak diketahui jika tiga orang yang dirakamkan dalam tersebut bertutur dalam bahasa asing.

Yang menarik, Eskay mendakwa beliau dan Anwar telah melawat Thailand beberapa kali dan menuntut ketua pembangkang itu mendedahkan semua lawatan berkenaan.

Soalan No 2: Adakah video itu dirakamkan di Malaysia ataupun tempat lain?

3) Stamina lelaki 63 tahun

Eskay tegas mengatakan aksi seks itu dirakam pada 21 Februari 2011. Pada hari berkenaan, Anwar Ibrahim menghabiskan masa sepanjang hari menghadiri perbicaraan mahkamah kes dakwaan liwat - dari jam 8.35 pagi hingga 4.15 petang.

NONEMengikut catatan masa di video yang ditunjukkan oleh Eskay, aksi seks berlaku pada 10.23 malam hari berkenaan dan berlangsung selama 17 minit.

Menurut wartawan Malaysiakini, Hazlan - antara wartawan terpilih yang menyaksikan video berkenaan - pasangan itu terbabit dengan pelbagai aksi. Bermula dengan wanita itu di atas diikuti beberapa aksi lain di bahagian-bahagian tertentu katil.

Dipercayai lelaki itu 'sampai kemuncaknya' sebanyak dua kali tetapi ini tidak dapat dipastikan.

Soalan No 3: Mampukah lelaki berusia 63 tahun dan pernah menjalani rawatan sakit tulang belakang melakukan aksi seks ganas, lebih-lebih lagi dengan kedudukan wanita di atasnya?

[Baca empat soalan lain]

MBAS Vs Luahan Rakyat..!!!

Depa dok bising kata MBAS buat kerja nak bagi saman kat rakyat alor setar atas sb paking dan gerai tepi jalan.. Tgk2 sama la nanti takpasai depa kalih naya ooo..
17 hours ago via Mobile Web · ·

    • Son Goku Kedah aku pun meluat kat MPSP dok mai saman keta parking.... tak dan 5 minit nak ambik duit kat depan bank islam..balik2 terus kena saman... tak pecaya...hampa pi letak tgk...tak dan 5 minit dah ada surat saman...suruh depa juai kupon parking 5 minit..dlm erti kata lain.... 10 sen sahaja.................dulu 10 sen...6minit oooo... masa pakai mesin buh duit siling kaler hijau....
      17 hours ago · · 2 people
    • Mohd Razzekhi B Musa Business maaa.....mesti mau untung.
      17 hours ago ·
    • Enoi Cham MBAS buat kerja tu nak bg rakyat benci pembangkang. Arahan drp BNM la tu kalau BOS MBAS xikut nnt kena pecat, kenapa negeri yg diperentah BN xder camtu pun,
      17 hours ago ·
    • Maba Budu penguatkuasa dimana2 pun mcm tu, tp hal tikam belakang ni kena hati2 jugak.
      17 hours ago · · 1 person
    • Kedah Lanie Itu yg teman tanya nie sb dah ada start suara2 kat blkg dok bunyi kata mb tak buat apa
      17 hours ago ·
    • Son Goku Kedah
      tula...sejak kerajaan pembangkang memerintah...Sungai Petani tak dan sat...asyik dok mai ja org yg saman parking......jadi rakyat akan kata....ooooo bila PAS memerintah...saman parking belambak2...org yg dok jaga parking pakai baju kaler bi...See More
      17 hours ago · · 1 person
    • محمد فردوس mainan politik semua tu... dah muak dah
      17 hours ago ·
    • Keropok Lekor Panas mmg dh nk kena kalih pun pakatan rakyat ni.skrg ni bil air pun tggi,masa BN dl tak la tinggi sgt pun.ckp nk bela rakyat tp bil air makin tggi.sama je pakatan rakyat dgn BN ni perintah
      17 hours ago · · 1 person
    • Anas Azlan mana2 pun sama... dbkl lg truk... parking kawasan pejabat ada ka patut bagi max 2jam.. xkan 2jam skali kna bli kupon parking.. mana2 pun sama... mungkin kt kedah masih baru kot penguatkuasa buat mcm tu...
      17 hours ago ·
    • Son Goku Kedah apadia punya kerajaan asyik nak kutip duit ja.....dah gores 1jam... 60sen....kadang2 pi buat urusan 1jam 20 minit....bila masa dah habis 1jam....kena saman lagi....lambat byq saman kena denda lewat bayaq pulak....haram betoi....
      16 hours ago ·
    • Mohammad Tarmizi x yah pkai kupon,pkai meter mcm dulu lagi senang........!
      16 hours ago · · 1 person
    • Son Goku Kedah tak pun buat mcm road tax keta...bayaq untuk setahun.... pi parking kat melaka..johor..lumut semua dah ada road tax parking.... ini asyik nak gores..beli..dan kena saman....bayaran parking tahunan di semua lokasi majlis bandaran RM20hinggit setahun....kertas pun tak habis....
      16 hours ago ·
    • Maba Budu tp kawan aku meniaga kat SP cerita lain pulak....dia kata dibawah pakatan dia tidak lagi kena saman oleh majis---dia meniaga kedai makan .....haha
      16 hours ago ·
    • Son Goku Kedah jgn habaq kat sini...esok kompom depa pi serbu kedai makan pulak.....hehehe....
      16 hours ago ·
    • Maba Budu tu yg aku tak sebut kawasan mana tu !!.....haha
      16 hours ago ·
    • Kedah Lanie Tuu dia baru ada akai rupa2nya
      15 hours ago ·
    • Nazir Aziz awat ingat dah kalih nanti tak kena saman parking ka? kupon parking sapa yg buat? saman ekoq dgn black list bila nak kalih?
      13 hours ago ·
    • Izul Ishak Kawan cukup tak faham la ahli majlis mesyuarat PBT bercampur UBN dan PR keputusan siapa yg buat..yang mana satu org bawahan nak ikut ......kawan skg nie dah jarang kemana2 kebanyak urusan pakai internet banking...sb kos nak pi ke sana tinggi sgt..kalau kena saman lg tambah kos kena berjimat cermat loo..
      8 hours ago ·
    • Muhammad Mad kalau x mau bayaq prking tunggu dlm keta,depa tak saman eihhh!!!
      6 hours ago ·
    • Fakhri Ahmad bg aku...kalau rakyat tak selesa kena pikiag jalan bg selesa...kena ingat....negeri datang dr rakyat...dan kalau ada kelaku nak sabotaj...pentadbir kena amik tindakan la..jgn dok biag...nanti depa pulaih kepala...jgn dok kira nak jek sj...hu...hu...hu..
      6 hours ago ·
    • Kedah Lanie Entahlaa nak kata apa pon tak kena nak marah depa guna law yg betoi lanie kira budi bicara tu yg penting.. Tp dok rasa mb pon kena usha sama jgn biaqkan ada yg ambik kesempatan
      6 hours ago ·
    • Muhammad Mad exco bnyk,abih depa buat keja pa,suruh depa usyaalah!!
      6 hours ago ·
    • Wan Abdul Hadi sokonggggg!!!
      6 hours ago · · 1 person




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...