TERKINI :

Thursday, April 14, 2011

PAS yakin lahirkan anak 'kembar' - Nasharudin

SADONG JAYA, 14 April : PAS yakin akan melahirkan kejutan dalam pilihan raya umum negeri (PRN) Sarawak ke-10 16 April ini dengan melahirkan 'anak sulung kembar' (menang lebih dua Dun), kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah di Sadong Jaya 14 April lalu bersama calon Pesuruhjaya PAS Sarawak yang juga calon PAS Sebuyau, Adam Ahid.

Ujar Nasharudin, beberapa kawasan kini termasuk di Beting Maro, Sebuyau dan Sadong Jaya memperlihatkan tanda-tanda sokongan rakyat semakin meningkat, hingga membimbangkan BN.

"Perkembanagn saya lihat sepanjang tempoh kem;pen dan sebelaum kempen saya lihat peningkatan yang cukup ketara, sokongan moral rakyat Sarawak tanpa melihat kaum atau bangsa, mereka mesra dengan PAS," katanya.

PAS cukup diterima bukan Islam di sini dengan Iban, Dayak dan Cina amat meraikan kehadiran PAs di Sarawak, katanya.

Sebagai contoh, perarakan calon dan kempen PAS di Beting Maro, Sebuyau dan Sadong jaya dihadiri orang tempatan, katanya.

Beliau yakin akan sokongan itu tercerna dalam pilihan raya 16 September ini.

"Dapat dilihat kebimbangan BN terhadap sokongan yang semakin kurang terhadap mereka di Sarawak.Mereka (BN) bimbang dengan sekiranya tidak berjaya kekalkan dua pertuga majoriti, apapun itu seranga psikologi mereka terhadap kita, saya harap rakyuat Sarawak tekad melakukan perubahan.

"Banyak isu berkaitan rakyat Sarawak tidak dapat pembelaan kerajaan sekarang (BN)," katanya

Disebabkan itu, pengundi mula beralih arah dan tidak lagi mempercayai kepimpinan BN untuk mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan, katanya.

"Saya yakin akan berlaku perubahan, bukan sahaja satu mungkin kembar," katanya.

Sementara itu menurut maklumat Adam, calon BN Sebuyau didakwa dihalau oleh masyarakat Iban semasa mahu masuk ke rumah panjang di salah satu Unit Peti Undi (UPU) Kampung Iban dekat Sebuyau.

Ujarnya, calon BN itu dihalau kerana masyarakat Iban cukup marah dengan Julahi yang sejak dahulu tidak pernah prihatin kepada masyarakat Iban di sini.

"Sokongan masyarajat Iban cukup tinggi, saya lihat mereka cukup marah.Meraka mahu perubahan berlaku, saya letakkan 70 peratus Iban menyokong kita, saya harap begitulah, hingga hari pembuangan undi," ujarnya.

Beliau yakin perubahan akan berlaku, dan masyarakat Iban sebenarnya sudah meletakkan satu asas untuk perubahan berlaku.

"Kita akan dapat anak sulung kembar, dua tiga ataupun lima sekali," katanya sambil disambut hilai tawa Timbalan Presiden PAS.

Taib Tumbang - Ramai-ramailah kita bersembahyang hajat memohong drpd Allah semoga ianya menjadi kenyataan

Zentrum ramal BN Sarawak akan jatuh

KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.

(Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum)

Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Polis kenalpasti individu dalam video seks

Polis telah memperolehi bukti yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

NONEKatanya, polis membuat kesimpulan itu berdasarkan fakta penyiasatan yang dijalankan pasukan itu.

"Berdasarkan siasatan kita, kita percaya kita tahulah siapa di dalam video itu. Ini berdasarkan fakta-fakta yang ada pada pegawai penyiasat," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terlibat.

Ketika ditanya, beliau juga enggan mendedahkan sekiranya polis telah mengenalpasti sama ada video berkenaan dirakamkan di dalam atau di luar negara.

"Saya rasa yang penting ialah kesahihan video itu, maknanya ia bukanlah diadakan, (atau) superimpose. (Sama ada) buat di Malaysia ke, yang penting ialah kesahihan.

Ditanya lanjut, beliau turut mengesahkan bahawa siasatan polis kini masih di peringkat dalam negara.

Dalam pada itu, beliau turut diminta menjelaskan sekiranya polis berkuasa untuk bertindak sekiranya rakaman video berkenaan dijalankan di luar negara.

Beliau ditanya demikian memandangkan satu video pendek yang dikatakan sebagai sebahagian daripada video seks berkenaan mempunyai tulisan dalam bahasa Thai.

Video pendek berkenaan disebarkan di Internet oleh seseorang yang tidak dikenali sejak awal bulan ini.

Ismail berkata, perkara itu "terserah kepada kebijaksanaan polis" dalam menjalankan tugas mereka.

"Ini melibatkan keterangan. Bila melibatkan keterangan kita ada Akta Keterangan yang kita harus patuhi, kita kena menepati semua prosedur (siasatan)," katanya.

Beliau turut meminta supaya pihak media tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

Siasatan ke atas kes berkenaan dijangka selesai menjelang minggu depan, katanya lagi.

Utusan dan adab songsang cari kebenaran

oleh Wira Arjuna

Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya.

Kajian saintifik penting dalam proses mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirical dibuat barulah rumusan dijadikan fatwa.

NONEAdab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia demi membuktikan perbuatan zina berlaku seperti tuduhan yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah pasti apabila Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-duanya membabitkan seks.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Sesungguhnya syor Utusan ini bukan kaedah atau adab Islam. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina.

Kaedah lebih tepat ialah kehadiran empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah bererti biadap kepada Ilahi.

Soal maruah

Soal tuduhan zina – tidak kira dengan wanita merdeka, berlainan agama atau kaum – membabitkan soal maruah.

Bayangkan jika dibiarkan gosip tentang hubungan intim hingga menyindir terjadinya perbuatan zina di antara artis dan orang popular seperti ahli politik dibiarkan berleluasa seperti amalan kebanyakan akhbar dan majalah picisan di negara ini, natijahnya ialah ia akan membajai persepsi manusia umumnya bahawa perbuatan zina adalah lumrah.

azlanRuntuhlah sistem sosial jika amalan media Utusan ini tidak ditegur dan ditentang.

Sebab itu, Allah menggariskan khusus apabila membuat penghakiman mengenai tuduhan zina ini.

Perhatikan sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. apabila seorang wanita datang menemui baginda minta dikenakan hukum rejam kerana berzina. Didorong oleh rasa menyesal yang mendalam, wanita berkenaan mahu dan reda dikenakan hukuman mati.

Namun sikap Rasulullah amat penting dijadikan barometer memelihara maruah seseorang insan.

Wanita berkenaan berkata, bukti dia berzina ialah ketika itu dia sudah mengandung. Oleh kerana tiada saksi selain pengakuan wanita berkenaan, Rasulullah menasihatkan beliau pulang hingga melahirkan bayinya.

NONESetelah melahirkan, wanita berkenaan menemui Rasulullah minta dihukum kerana berzina. Kali ini beliau membawa bayinya untuk jadi bahan bukti perbuatan jeleknya.

Namun Rasulullah mempersoalkan siapakah akan menyusui bayi itu jika beliau dihukum rejam sampai mati. Bagindapun menasihatkan supaya wanita itu pulang dan menyusui bayinya.

Rejam sampai mati

Selang beberapa waktu, wanita berkenaan datang menemui Rasulullah lagi. Kali ini membawa bayinya yang sudah pun boleh memamah roti demi membuktikan bayi itu tidak memerlukan air susunya lagi. Oleh kerana ketegasan wanita yang benar-benar mahu bertaubat, Rasulullah pun menjatuhkan hukum dia direjam sampai mati kerana berzina.

Yang jelasnya, dalam tiga pertemuan itu Rasulullah tidak bertanya wanita itu siapa pasangan zinanya. Mungkin umum berfikir si lelaki terbabit pun patut dihukum. Lantas ia membuktikan doktrin bahawa memelihara maruah adalah amat penting dalam Islam. Soal tuduhan zina atau perkara yang mengaibkan tidak boleh diperpanjangkan.

Sebab itu, mufti-mufti yang bertanggungjawab seperti yang disebutkan sebelum ini memfatwakan video bukan bahan yang boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan perbuatan zina.

Ini semangat memelihara kehormatan dalam Islam. Ini semua terzahir daripada ketetapan Allah bahawa tuduhan zina memerlukan empat saksi.

Maknanya, tuduhan melulu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya terhadap sesiapa hanya bersandarkan gosip atau bahan bukti video kabur yang dicuri rakam. Lebih buruk dan jijik lagi jika video itu dirakam untuk tujuan memfitnah.

Soal memelihara maruah ini nampaknya secara sengaja (demi mencapai objektif politik tertentu) dilanggar oleh Utusan dan juak-juak politik yang ingin menjatuhkan Anwar Ibrahim. Yang jelas, tuduhan liar itu membelakangkan syariah dan adab Islam.

NONESyor Datuk Zaini Hasan (kiri), salah seorang pemimpin akhbar Utusan yang mendabik dada pejuang kepentingan Melayu dan Islam, supaya tayangan penuh video seks 21 minit itu dibuat kepada umum adalah jelas satu sikap yang benar-benar membelakangkan ajaran agama tauhid ini.

Mungkin ini agaknya yang dimaksudkan oleh Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid sebagai unsur yang “amat rendah moralnya”.

Matlamat Utusan dan Zaini serta ahli-ahli politik seperti Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (yang masing-masing ada kepentingan peribadi) yang mahu video lucah dipamerkan kepada awam memang benar-benar meloyakan sesiapa yang beriman.

Media rendah moral

Didepani oleh orang media yang “rendah moralnya” mereka ini mahu video lucah dijaja seluas-luasnya ke seluruh pelosok negara untuk mengaibkan Anwar Ibrahim. Kenapa mereka begitu yakin bahawa pelaku video lucah itu Anwar?

Sebenarnya, mereka tidak yakin. Yang mereka yakini ialah jika sekalipun terbukti kelak pelaku itu bukan Anwar, mereka percaya tidak ada tindakan akan diambil ke atas mereka; dan, mereka tidak perlu meminta maaf.

Perkembangan awal isu ini adalah bukti kukuh. Mempamerkan video lucah adalah satu kesalahan menurut undang-undang Malaysia. Sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas mereka oleh pihak polis, Peguam Negara mahupun mahkamah.

Mereka tahu, jika isu ini diperpanjangkan jadi bahan perbualan, apa yang mereka sifatkan sebagai kejelekan Anwar yang mereka khuatiri layak jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti, akan memalukan Malaysia.

Namun apa yang sebenarnya mereka sedang lakukan sekarang ialah menyebarkan fitnah dan memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia.

Jika mereka memang didorong oleh iman yang tulen, mereka sewajibnya mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bersikap seperti Rasulullah – jaga maruah insan dengan melaksanakan tuntutan qazaf Anwar dalam kes dakwaan liwat Saiful dan laporan Angkatan Muda Keadilan yang mahu qazaf dikenakan terhadap penjaja fitnah – Rahim, Eskay dan Shuib.

---------------------------------------------------------------------------------------------
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang editor kanan beberapa media harus perdana sebelum ini dan beliau kini melihat sesuatu berita daripada perspektif berbeza.

Dr M ingatkan Taib: Belajar daripada sejarah Terengganu dan Selangor

[MK] Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya ‘belajar daripada sejarah’ apabila membuat keputusan mengundurkan diri.

Meskipun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Taib harus berundur, Mahathir memberi beberapa contoh kekalahan BN kerana pemimpin negeri enggan melepaskan jawatan masing-masing.

“Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan persidangan pelancongan Islam di ibu negara.

Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.

PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.

Seorang lagi menteri besar yang dijadikan contoh Mahathir adalah Dr Mohamed Khir Toyo, yang menerajui Selangor dari 2000 hingga 2008, apabila negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Mahathir juga tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua perita untuk BN.

“Saya fikir BN akan menang,” katanya dan enggan mengulas apabila soalan berkaitan terus diajukan oleh wartawan.

Blogger ParpuArak terkantoi di tangan blogger Hanief

~ KOMEN: ParpuArak atau ParpuStout ialah nama barua kepada blogger ParpuKari, lahanat inilah yg disyaki melaporkan kepada SKMM hingga menyebabkan blogger Hanief disoal-siasat. Gambar ParpuArak menonggang air kencing syaitan baru2 ni berjaya didedahkan oleh Topeng Perak. Gambarnya dibawah sekali.

ParpuKari Ialah Reentrycapsule

http://parpukari.blogspot.com/2011/04/cili-kasi-taruk-nicky-ajis-si-perasuah.html


http://hanief.blogspot.com/2011/03/kurang-pekerja-waktu-kerja-panjang.html

Hanief: Dengan ini saya akan lancarkan perang habis-habisan pada geng Mahathir! Bangsat ini memang nak kena dihalau dari bumi Nusantara. Awas kau tong drum! Bangsa cilaka! SKMM anak Kelantan juga jadi barua Mahathir. Bangsat!

http://2.bp.blogspot.com/_jVRRPIsSc5s/SqYvOJWN-NI/AAAAAAAABfQ/9ooH6Jn3iuw/s400/parpukari.jpg

Raja Petra ‘ubah’ sejarah, kata Pengarah Strategi PKR

KUALA LUMPUR, 14 April — Mohd Rafizi Ramli menafikan dakwaan Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa satu pertemuan pernah diadakan di pejabat Tengku Razaleigh Hamzah tiga tahun lalu untuk membincangkan strategi menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada menjadi perdana menteri, sebaliknya peluang tersebut memihak veteran Umno itu.

Rafizi (gambar), Pengarah Strategi PKR menegaskan, pertemuan dimaksudkan itu diadakan pada Oktober 2007 tetapi tidak pernah menyentuh soal Najib dan ia dianjurkan oleh penulis-penulis blog yang probekas perdana menteri tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahu melihat pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi berakhir.

“Raja Petra mengubah cerita supaya memihak kepada beliau,” katanya.

Dr Mahathir ketika itu “menyerang” Abdullah sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada April 2009.


Ia terjadi disebabkan rasa kurang senang apabila Abdullah merombak sistem dan dasar pentabiran diwarisi Dr Mahathir termasuk membatalkan rancangan “jambatan bengkok”, projek yang sepatutnya menggantikan Tambak Johor.

Raja Petra menyatakan demikian dalam tulisan terbaru portalnya hari ini, yang mendedahkan wujud konspirasi cuba mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan, Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri.

Beliau membuat pendedahan itu sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.

“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.

“Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.

Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan Rafizi sendiri, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.

Bagaimanapun Rafizi berkata pertemuan itu “tidak bercakap soal Najib, Rosmah atau Altantuya.”

“Mereka yang bercakap hanya menyatakan perasaan meluat mereka dengan Abdullah dan berkata, hanya Ku Li (Tengku Razaleigh) boleh menyelamatkan negara.

“Najib bukan satu faktor kerana beliau terlalu lemah untuk mencabar Abdullah,” katanya.

Beliau menambah, sebelum petanda pilihan raya umum 2008 yang memperlihatkan Barisan Nasional (BN) tewas lima negeri dan gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

“Jadi semua orang menyangka BN kebal dan Abdullah hanya boleh digantikan seseorang dalam Umno. Ku Li dilihat mampu untuk menerima cabaran itu kerana apa yang telah beliau lakukan sebelum ini,” kata Rafizi merujuk kepada Tengku Razaleigh yang disingkirkan Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987.

“Tetapi Ku Li tidak makan umpan,” katanya.

“Pertama beliau mahu melihat sokongan. Sebaliknya, jika tiada sesiapa dari Umno menyokong dia, dia akan diskru,” tambah Rafizi.

“Tapi Ku Li tidak berminat. Beliau mahu melihat sokongan dulu, kalau tiada sesiapa dalam Umno yang sokong, beliau akan tarik diri,” tambahnya.

Jelas Rafizi, beliau hadir pertemuan itu atas dasar peribadi sama seperti Raja Petra yang dijemput untuk hadir dalam satu program anjuran Allahyarham Adlan Benan Omar.

Beliau setuju untuk menghadiri pertemuan itu, yang mana kali pertama berjumpa dengan Raja Petra pada 2003.

Rafizi berkata, temu bual Raja Petra bersama TV3 itu adalah untuk menjatuhkan kredibiliti Tengku Razaleigh dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ancaman kepada Najib.

Bagaimanapun Rafizi berkata, beliau tidak tahu mengapa Raja Petra, yang dulu memihak pembangkang kini membuat dakwaan sedemikian, sementara beliau tidak bercakap dengan blogger kontroversional itu sejak 2009. - MI

Gambar-Diharamkan di Media BN] Ceramah Pakatan Rakyat DiSERBU Menjelang PRN






Saya petik:
[MK] Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.

Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.

Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.

Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.

Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.

"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan,” kata Lim.

Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang. Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.

Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.

"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak.

"Jadi kita mesti bagi tahu BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!” katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.

Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.

Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
P/s: Di kawasan bandar, PR mempunyai peluang yang cerah. Sukar meramalkan undi di bahagian pedalaman dan pinggir bandar yang ratanya masih kurang terdedah dengan sumber berita alternatif. Lebih malang, banyak juga yang masih belum mendaftarkan diri dengan SPR.

Berkaitan:

Awas.. Blog Kedahlanie di klasifikasikan sebagai blog 'pornography'

http://1.bp.blogspot.com/-nc0nP0lvefU/TaaViwctPSI/AAAAAAAAE0c/q9406utlLTo/s1600/2011-04-14_143426.jpg

Admin - Aduhai..nak sekat pon tak kesah tapi yang lawaknya tu..ada kaa patut blog kedahlanie diklasifikasikan sebagai blog "PORNOGRAPHY".... relaxx laa Video blue pon orang boleh Simpan, Tengok & Tayang selamba jeee......

Solat hajat seluruh negara malam ini

KUCHING, 14 April: PAS mengarahkan semua ahli seluruh negara melaksanakan solat hajat pada malam ini untuk kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat di Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata ni adalah jalan yang terbaik bagi pejuang agama Allah supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon PAS dan petugas PAS di Sarawak.

“Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

“Alhamdulillah, petugas PAS dan PR menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak,” ujarnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, Mursyidul Am dan Presiden PAS telah mengarahkan semua ahli agar menunaikan solat hajat di seluruh negara malam ini.

Idris dalam kenyataannya menambah, semua penyokong PAS di seluruh negara hendaklah bermohon kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas parti selamat menjalankan tugas sepanjang pilihan raya ini.

“Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya,” ujarnya.

Menurutnya, PAS sudah tidak asing lagi kepada mereka, terutama generasi muda.

UUM Mula Sekat Penceramah..Tapi Artis OK aje..!!

UUM Mula Sekat Penceramah
Oleh : Anak Sintok

Semalam semasa sedang minum dengan seorang teman yang isterinya berkerja di UUM, dia menceritakan situasi terbaru di UUM yang agak mengejutkan. Sejak pertukaran Naib Canselor yang baru, kelihatan cengkaman UMNO semakin kuat dalam pentadbiran UUM.

Isu yang terbaru adalah menyekat seorang penceramah untuk meneruskan kuliah ilmu di UUM. Kuliah ilmu mingguan yang disampaikan oleh Fadillah AS-Syeikh Zainol Asri Bin Romli di Pusat Islam UUM akan dihentikan bermula minggu hadapan atas perintah pihak atasan UUM. Panggilan telefon tersebut datang daripada seorang pegawai atasan yang dipercayai orang kuat UMNO. Menurutnya, walaupun kerajaan PAS memerintah Kedah, tetapi UUM adalah dibawah kerajaan persekutuan. Oleh itu, penceramah yang mempunyai latar belakang bersangkut paut dengan Kerajaan PAS Kedah tidak boleh menjejakkan kaki ke UUM walaupun diiktiraf oleh RTM dan Kerajaan Negeri Kedah

Menurut isterinya lagi, dibawah pentadbiran baru ini terdapat staff Pusat Islam yang ditukarkan ke jabatan yang tidak berkaitan. Sebagai contoh seorang staff bertaraf Imam di tukarkan ke bahagian yang melibatkan kerja-kerja pengkeranian dan menguruskan berkenaan penyelidikan.

Seharusnya pihak UUM lebih prihatin dengan usaha dakwah yang dijalankan di UUM. Biarlah dakwah berkembang kerana Islam itu milik semua umat Islam. Jangan hanya mengagung-agungkan artis yang datang ke UUM, tetapi dalam pada masa yang sama menolak ulama yang hadir untuk menyampaikan ilmu agama.Andai datang bala Allah ke UUM. Andai datang ulama dapat menolak bala, tetapi dengan mengundang artis untuk berkonsert sehingga terlampau banyak sama saja seperti mengundang bala.

Taib Mahmud janji berundur dalam dua tahun

Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud akhirnya berjanji untuk berundur dalam tempoh dua tahun, walaupun sebelum ini mendakwa bahawa dirinya tidak akan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan waktu berundur dan penggantinya.

"Secara terus-terang saya berkata kepada anda. Saya berkata dari hati saya, kerana saya akan meninggalkan anda dalam masa dua tahun. Sebagai kata perpisahan, saya sayang kamu semua. Tak apa kalau kamu tak dengar kata-kata saya. Tapi saya mesti beri amaran kepada anda. Negara ini tidak akan ke mana, tidak baik untuk orang Cina, melainkan orang Cina memilih pemimpin yang betul, untuk bekerjasama dengan bangsa lain," kata Taib Mahmud (gambar kiri) dalam satu jamuan anjuran pertubuhan Cina tempatan di Kuching, malam tadi.

Taib Mahmud yang menerajui tampuk kerajaan negeri Sarawak sejak 26 Mac 1981 berkata, banyak perubahan yang berlaku di Sarawak. Mereka yang kononnya mahu "berubah", tidak menyedari perubahan yang telah dilaksanakan dalam kerajaan. Perubahan-perubahan ini dijalankan dengan lancar, kerana dilaksanakan mereka yang berpengalaman dalam kerajaan negeri, katanya.

BN semakin terdesak

Luahan Taib Mahmud malam tadi memberi petanda bahawa Barisan Nasional semakin terdesak dengan sentimen masyarakat Sarawak yang dilihat memihak kepada Pakatan Rakyat. Pada 19 Mac 2011, Taib Mahmud mengumumkan bahawa dirinya akan memimpin BN dalam PRN Sarawak 2011, dan bakal memastikan peralihan kuasa yang lancar apabila beliau bersara.

Bagaimanapun, pengumuman rancangan bersara tanpa had tempoh tersebut dijadikan tema kempen pembangkang kemudiannya, dan berjaya mengeksploitasi sentimen rakyat yang menuntut agar Taib berundur segera. Perdana Menteri Najib Razak jelas merasai bahang tersebut, sehingga mengulangi jaminannya pada 10 April bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas PRN Sarawak 2011.

Bagaimanapun, Taib Mahmud mendakwa bahawa dirinya akan berundur "beberapa tahun kemudian" pada 12 April, malah berkata dirinya enggan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan masa beliau bersara dan penggantinya. Sentimen ini terus dimainkan, malah pada 11 April, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution telah menunjukkan satu keratan akhbar Borneo Post bertarikh
7 November 1995 yang melaporkan bahawa Taib berjanji akan berundur dalam tempoh lima tahun.

Pada 13 April, Najib Razak mengumumkan bahawa sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan dalam PRN Sarawak 2011, dan majoriti dua pertiga dianggap sebagai "bonus". Matlamat yang "rendah" sebegitu sememangnya menandakan sesuatu, memandangkan Pakatan Rakyat hanya menang 9 daripada 71 kerusi dalam PRN Sarawak 2006, walaupun dua daripadanya menyertai BN kemudiannya.

Jelas, PRN Sarawak adalah pertarungan yang sengit buat BN, dan semestinya memberi impak terhadap lanskap politik Malaysia secara keseluruhannya.

16.4 | Bersama MB Kedah & Presiden PAS di Dataran Tmn. Tasik Bdr. Darulaman

Kad Pendaftaran Jam Omega mai kot mana pulak??

Mana Pulak Datangnya Kad Pendaftaran jam OMEGA tu?????

NOTA EDITOR: Syabas kepada Anak Sungai Derhaka kerana menaikkan isu ini. Maknanya, selepas ini kita kena terima "kenyataan" bahawa Anwar telah pergi melakukan seks dengan pelacur dengan membawa jam dan kad "warranty" jam sekali. Benda yang tiada siapa yang siuman dalam dunia ini buat.

Kahkahkah terkantoi lagi UMNO dan Najib.

Omega : Kad pendaftaran jam datang dari mana pulak?
Kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

Kad pendaftaran jam??
Kebanyakkan barangan mewah yang dikeluarkan untuk pasaran biasanya mempunyai nombor siri yang dicetak dan biasanya ianya akan disertakan dengan warranty card dan pembeli juga akan diberikan kad pendaftaran barangan itu.
Kad pendaftaran dan warranty card ini biasanya tidak diusung kehulu kehilir oleh pembeli barangan tersebut, biarpun barangan itu merupakan sebuah beg tangan hatta ianya Prada sekalipun takut nanti orang kata gila. Kad tersebut pasti akan ditinggalkan di rumah.
Tapi berita dibawah ini menceritakan sebaliknya.. ianya menceritakan bahawa pemilik jam Omega yang dikatakan dicuri oleh China Doll itu seolah-olah membawa kad pendaftaran atau melekatkan kad pendaftaran tersebut pada jam yang dipakainya dan menayangkannya kehulu kehilir… apa cerita ni??
Adakah pemilik jam Omega itu memang gila kerana memakai Jam Omega itu bersama dengan kad pendaftarannya sehingga ianya ditemui oleh China doll itu? atau jam tersebut baru dibeli?
Tapi hari tu Datuk ‘T’ kata dia telah menyerahkan hanya Video dan jam sahaja kepada polis.. dari mana datangnya kad pendaftaran ni?
Jurucakap The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd, pengedar jam Omega di negara ini menjelaskan setiap jam Omega mempunyai nombor siri yang dicetak pada jam sebagai jaminan untuk membolehkan pengguna menuntut ganti rugi sepanjang tempoh jaminan dua tahun.
Katanya, nombor siri tidak direkodkan oleh syarikat pengedar berkenaan sebaliknya hanya direkodkan oleh penjual dalam kad jaminan.
Tanya kawan aku MiloSuam - Persoalannya di sini, bagaimanakah Polis memperolehi kad pendaftaran jam Omega tersebut? Bukankah kad pendaftaran seperti ini diperolehi semasa jam Omega tersebut dibeli? Secara logiknya, pihak Polis telah menerima kad pendaftaran jam ini daripada Dato T. Maka persoalan yang lebih penting ialah, dari mana Dato T dapat kad pendaftaran jam Omega tersebut?- MiloSuam
Identiti Pemilik Jam Omega Akan Diketahui
KUALA LUMPUR, 11 April – Identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi, kata polis.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.
“Sebelum ini kita telah memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan diberikan,” katanya di sini hari ini.
Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara dua bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung video itu.
Jam itu dilaporkan ditemui di bilik aksi seks berkenaan berlaku. Dalam satu sidang akhbar sebelum ini, Anwar, yang ditanya mengenai jam tangannya berkata, jam tangan beliau ada pada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Semalam pula, pada satu sidang akhbar di Kuching, ketika ditanya kenapa jam itu tidak diserahkan kepada polis, Anwar berkata polis tidak meminta jam itu dan biarlah polis yang minta.
Acryl Sani, ketika ditanya sama ada polis akan memanggil Anwar untuk menunjukkan jam itu, berkata: “Kita perlu selesaikan soal identiti pemiliknya sebelum mengambil langkah susulan. “Keutamaan kita (ialah) pada siasatan video dahulu, baru jam dan lain-lain lagi,” katanya.
Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kes rakaman video itu, beliau berkata ada beberapa perkara kecil perlu dikemaskini dan siasatan mungkin dapat diselesaikan dalam minggu ini dan kertas siasatan dapat dihantar semula ke pejabat Peguam Negara untuk semakan dan perbincangan lanjut.
“Ada beberapa perkara membabitkan keterangan perlu diberi gambaran semula. Walaupun ada keterangan kecil yang telah diambil tetapi ianya juga penting bagi membantu siasatan,” katanya.
Siasatan polis itu dibuat berikutan laporan yang dibuat oleh Anwar pada 22 Mac yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.
Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan berhubung kes memuat naik video seks itu ke sebuah laman web, Acryl Sani berkata polis menerima salinan asal dan tidak tahu siapa yang memuat naik video itu.
“Soal siapa dan bagaimana ianya diedarkan awak kena tanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang sedang siasat,” katanya. Ketika ditanya mengenai identiti seorang wanita dalam rakaman video seks itu, Acryl Sani berkata polis masih lagi mengesan identiti dan lokasi wanita itu berada.

Demokrasi perlu diperkayakan dengan semangatnya sekali

demokrasi itu sendiri akan memaksa mereka untuk menghormatinya.


PM Najib mengakui yang pilihanraya di Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit di dalam sejarah negeri Sarawak. Walaupun keseluruhan jentera persekutuan datang ke Sarawak, sambutan terhadap BN nampaknya bertambah berkurangan. Rakyat jelas menampakan penolakan terhadap BN dengan mengeksploitasi isu Taib Mahmud dan isu ini merupakan isu yang sangat mujarab bagi parti-parti pembangkang, iaitu PR dan SNAP.

PM Najib berkata apa yang diperlukan BN hanyalah ‘simple majority’ dan kemenangan 2/3 itu merupakan bonus bagi BN. Kenyataan PM Najib ini memberikan bayangan bahawa BN memang sedang menghadapi jalan sukar untuk mengekalkan sokongan rakyat. Sekali gus PM Najib sudah mengakui yang Sarawak tidak akan lagi menjadi ‘fixed deposit’ bagi BN lagi dan tidak ada satu negeri pun dalam negara ini menjadi kubu mutlak bagi BN.

Pengakuan pemimpin nombor satu negara merupakan satu pengakuan yang jujur. Untuk mengakui nya bukanlah satu perkara yang mudah, melainkan sudak tidak ada lagi sebab untuk menafikannya. PM Najib tentunya mempunyai asas yang kukuh untuk berkata seperti ini kerana beliau telah berkampong di Sarawak sejak beberapa hari yang lepas.

Yang menarik untuk diolah ialah apa kah natijahnya dari keputusan kemangan mudah bagi BN di dalam pilihanraya di negeri Sarawak ini? Kemenangan 'simple majority' bagi BN bermakna pembangkang mampu untuk memenangi setidak-tidaknya 30 kerusi dari 71 kesemuanya. Jumlah 30 itu merupakan lonjakkan 400 peratus kemaraan pembangkang di Sarawak. Jika ini benar-benar berlaku, ia akan memberi kesan yang besar terhadap landskap politik negara terutamanya dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Kemenangan pembangkang di dalam banyak kawasan di Sarawak akan pasti membantutkan semangat UMNO dan BN di semenanjung yang mereka rasakan telah kembali kearah pemulihan keyakinan rakyat terhadapnya. Selain dari memberikan impak negative terhadap kepimpinan Taib di Sarawak ianya juga memberikan impak yang sama kepada Najib dan barisan kepimpinan BN di peringkat persekutuan. Elok kita berikan ‘emphasis’ yang kehilangan keyakinan kepada pimpinan persekutuan bukan sahaja terhadap Najib tetapi juga terhadap keseluruhan kepimpinan BN khusunya UMNO.

‘Accountability’ ini tidak seharusnya di tanggung oleh Najib semata-mata tetapi dibebankan juga kepada keseluruhan barisan kepimpinan kerana ‘accountability’ itu wajar ditanggung secara ‘collective’ oleh semua di antara mereka dalam kepimpinan negara.

Bagi parti-parti pembangkang mereka akan lebih bersemangat dan berkeyakinan dan selalunya jika seseorang atau sesuatu pertubuhan itu mendapat semangat yang tinggi ianya akan memberikan impak yang baik kepada usaha mereka. Semangat pembangkang di Sabah juga akan meningkat dan di Sabah juga masalah kepimpinan Musa Aman bukan kecil. Tidak menghairankan jika Sabah juga akan menghadapi masalah penolakan besar jika tidak di ambil kira perasaan rakyat terhadap pucuk pimpinan di negeri itu.

Jika keyakinan terhadap kepimpinan Najib berkurangan maka BN terpaksa melakukan apa yang sepatutnya. Dalam situasi ini kesetiaan Najib kepada parti dan negaranya akan diduga dengan hebat.. Banyak pihak akan memerhatikan beliau samada beliau berkesanggupan untuk melakukan pengorbanan terhadap parti dan negaranya dengan mengundurkan diri dari tugas mentadbir parti dan negara.

Demokrasi bukan sahaja di ukur dari sudut siapa menang dan siapa yang kalah semata-mata. Yang lebih penting dari isu siapa menang dan siapa yang kalah itu ialah semangat demokrasi itu sendiri. Jika seseorang itu betul-betul mempunyai semangat demokrasi yang tinggi ianya tidak akan merasa segan dan silu untuk mengundurkan diri semata-mata untuk menyelamatkan telapak perjuangan bangsanya.

Jika seseorang pemimpin yang sudah tidak mendapat sokongan yang bulat maka ianya akan mengundurkan diri kerana dalam demokrasi dia mesti menerima yang jika dia tidak mengundurkan diri partinya akan di tolak pengundi.

Husein Onn merupakan seorang yang tegas mengamalkan demokrasi. Beliau boleh meneruskan kepimpinan negara dengan masa yang lebih lama lagi kalau beliau hanya mengambil demokrasi sebagai pihak yang menang sahaja. Apabila beliau dicabar oleh Hj Sulaiman Palestin sebagai presiden UMNO pada tahun 1978 beliau menang dengan majoriti yang sangat besar kerana Hj Sulaiman hanya memperolehi 125 undi sahaja dari perwakilan seramai 1300 orang.

Husein sebaliknya mengumunkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan pada tahun 1981. Kerana apa? Sebabnya beliau menghormati semangat demokrasi itu. Beliau sedar walau pun beliau memenangi pertandingan itu dengan jumlah undi yang sangat besar, beliau sedar sokong ahli UMNO terhadap beliau tidak lagi sebulat sebelumnya. Maka beliau bertindak mengundurkan diri untuk mempastikan ahli-ahli partinya bersatu di bawah kepimpinan yang baru.

Berbeza dengan sikap Dr Mahathir yang mengatakan ‘walaupun saya menang satu undi saya masih menjadi PM’ kerana Mahathir tidak mengambil semanagt demokrasi itu sebagai elemen yang penting untuk mempastikan partinya bersatu. Malahan beliau selanjutnya berkata jika beliau kalah sekalipun beliau masih boleh menjadi PM jika mendapat sokongan Dewan Parlimen.

Taib sepatutnya sudah merasakan yang beliau sudah berhadapan dengan banyak pihak dalam BN sendiri untuk beliau mengundurkan diri. Jika beliau telah mendapat ‘signal’ itu dari awal lagi dan bertindak mengundurkan diri maka beliau akan di anggap sebagai orang yang menghormati demokrasi tulin. Tetapi sebaliknya beliau terus mengambil sikap mempertahankan diri dengan mengira undi dalam demokrasi itu.

Sekarang oleh kerana beliau tidak mahu menghormati semangat demokrasi itu maka demokrasi itu sendiri akan menolak parti yang dipimpinnya untuk terus memerintah. Samada rakyat berjaya untuk menolaknya belum kita ketahui lagi. Kita tunggu sahaja dua tiga hari lagi untuk mendapatkan jawapannya setelah semua undi dikira pada 16hb yang akan datang.

Jika kita dengar kenyataan PM Najib yang sekarang BN telah menurunkan ‘target’nya kepada hanya memenangi ‘simple majority’ dalam pilihanraya Sarawak, maka itu sudah menjadi petanda yang BN sudah tidak mempunyai keyakinan untuk menang besar dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini.

Sebab apa? Jawapannya ialah kerana Taib dan ramai di antara pimpinan parti pemerintah tidak mahu menghayati semangat demokrasi itu. Maka demokrasi itu sendiri akan memaksa mereka untuk menghormatinya.

Wassalam-aspan alias

BN makin cemas, 3 pesawat rasmi sudah tiba di Kuching


KUALA TERENGGANU - Kehadiran tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia di Lapangan Terbang Kuching membayangkan betapa 'seriusnya' perasaan cemas pemimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Sebuah pesawat ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta diletakkan di terminal utama, manakala sebuah lagi jenis Bombardier Global Express, ketika dirakam gambarnya semalam Rabu 13 April, sedang menghampiri terminal yang sama.

Sementara itu sebuah lagi pesawat jenis Falcon 900A diletakkan di 'hangar' TUDM di lapangan terbang terbabit.

Pesawat rasmi tersebut dilaporkan adalah untuk kegunaan dua pemimpin utama kerajaan Malaysia iaiu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Kedua-dua pemimpin kanan BN yang juga adalah pemimpin Umno dilaporkan layak menggunakan pesawat khas rasmi kerajaan Malaysia untuk tujuan urusan rasmi sahaja.

Namun begitu, adakah menghadiri kempen pilihanraya negeri Sarawak merupakan urusan rasmi kerajaan?

Dan persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang menggunakan pesawat rasmi yang ketiga?

Garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan BN Sarawak dalam PRN Sarawak dalam keadaan genting sebagaiamana dilaporkan Harakahdaily, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Menurut akhbar rasmi internet PAS itu lagi, 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Sehubungan itu, Presiden Umno, Najib Razak, pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, semalam, mengakui BN menghadapi tentangan hebat di kawasan bandar, dan cabaran yang dihadapi kali ini "mungkin yang paling sukar dalam sejarah politik Sarawak".BO

MoU ditandatangani untuk hantar produk tempatan ke luar negeri

http://wartakedah.net/images/stories/April2011/dsc_4102.jpg

ALOR SETAR, 13 April 2011 – Kerajaan negeri mengorak langkah ke hadapan dengan memasarkan hasil-hasil pengusaha tempatan ke luar negara. Memorandum sefahaman yang dijalinkan dengan sebuah syarikat di Dublin, Republic Of Ireland memberi ruang kepada usahawan-usahawan tempatan memasarkan produk keluaran mereka ke luar negara.

“Hasil keluaran tempatan kini bukan hanya mendapat pasaran di dalam negara malah kini boleh dipasarkan ke luar negara. Tuntutan makanan dari orang Asia sendiri di luar negara membolehkan usahasama ini direalisasikan,” ucap Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Majlis Menandatangi Persefahaman (MoU) Di Antara Kedah Agro Holdings Berhad Dan Manma & Hibiscus Asian Store LTD. Ireland.

Tambahnya lagi, melalui perjanjian tersebut, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Kedah Agro Industries bertanggung jawab memastikan usaha sama itu berjalan dengan baik serta lancar. Kedah Agro akan memainkan peranan mengumpul serta memasarkan produk berkenaan untuk dihantar ke Ireland.

“Saya mengharapkan pengusaha produk tempatan meningkatkan kualiti dan pembungkusan untuk menarik pasaran di sana. Penambahbaikan sangat penting untuk persaingan agar bekalan kita akan berterusan mendapat tempat di sana,” ujarnya lagi.

Dengan nada terharu, beliau bersyukur kerana harapannya terlaksana tapi dalam masa yang sama beliau berharap janganlah pengusaha-pengusaha hanya aktif di peringkat awal tapi semakin lama semakin lesu untuk masa akan datang.

Selain produk keluaran individu, kerajaan negeri juga akan mula pasarkan hasil pertanian seperti buah-buahan tempatan rambutan, nenas dan mempelam. Tambah beliau lagi, kerajaan negeri telah mula membeli mempelam di daerah Yan untuk dibuat jus.

Beliau mengumumkan 12 pengeluar produk makanan yang berjaya dipilih menjadi perintis usahasama tersebut. Bagi peringkat pertama, produk Kedah akan dihantar pada awal Mei.

“Yang dipilih saya ucap tahniah tapi yang tidak disebut tadi bukan bermakna tak dipilih tapi akan dilihat semula dan mungkin akan dipilih untuk hantaran yang akan datang,” katanya.

Beliau seterusnya menyaksikan Pengarah Urusan ManMa, Kamarulzaman Abdul Manan menyerahkan MOU kepada Pengarah Urusan Kumpulan Kedah Agro Holdings Berhad, Haji Mohd Hassan Salleh.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar.

Kira-kira 250 orang hadir mewakili 26 pengusaha/peniaga pelbagai pengeluaran. Majlis diadakan di tingkat 6, Bilik Gerakan, Wisma Darul Aman.

Isu paking - Adakah MBAS Zalim..???

Jangan parkir di tempat salah, jika tidak mahu disaman
Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menasihatkan orang ramai supaya parkir kenderaan masing-masing di tempat yang dibenarkan sahaja jika tidak mahu dikenakan saman.

Demikian diegaskan oleh Penguatkuasa MBAS Encik Saifullizam Othman sebagai mengulas isu saman terhadap pemilik kereta yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan, sebaliknya merungut apabila dikenakan saman.

Menurut Saifullizam lebih 3,000 saman kompaun dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan setiap bulan atas pelbagai kesalahan termasuk menghadang lalu lintas dan meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan seperti garisan kuning dan bahu jalan.

“Kebanyakan kesalahan ini dan kompaun yang dikeluarkan melibatkan kawasan Pusat Bandar iaitu sekitar Jalan Tunku Ibrahim, Jalan Kolam Air dan berhadapan Pekan Rabu,” katanya.

Tambahnya, pihak MBAS pernah mengeluarkan kompaun sehingga mencecah 5,000 keping sebulan menjelang musim perayaan atau ketika cuti sekolah.

Selain itu terdapat juga kenderaaan dikenakan tindakan ‘clamping’ kerana kesalahan parkir di kawasan salah yang dianggarkan sebanyak 200 kenderaan dalam sebulan.

“Terdapat tiga jenis tempat parkir utama dibandaraya ini iaitu parkir bermeter, berkupon dan tertutup,” katanya.

Beliau memberitahu kompaun yang dikenakan bagi kesalahan parkir ialah RM20 (dalam tempoh 1-15 hari) dan denda meningkat kepada RM30 selepas 30 hari dan denda RM50 jika mencecah 60 hari.

Bagi motosikal pula, kompaun adalah RM10 (dalam tempoh 1-15 hari), RM20 (16-30 hari), RM30 (31-60 hari) dan sekiranya melebihi 60 hari akan berdepan dengan tindakan mahkamah.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga sehingga RM2,000. Bagaimanapun, pihak MBAS akan menghantar surat kompaun dan peringatan sebelum perkara ini dibawa ke mahkamah.

Jika pemilik kenderaan masih tidak endahkan notis tawaran kompaun, barulah mereka dikenakan tindakan mahkamah. Manakala denda denda bagi kesalahan ‘clamping’ adalah mandatori iaitu sebanyak RM100 tanpa rayuan.

'Murid' hampakan 'tok guru'


RADHI gembira selepas Kedah berjaya menewaskan Negeri Sembilan kelmarin.

GEMBIRA dan simpati.

Begitu perasaan pemangku jurulatih Kedah, Radhi Mat Din setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-0 yang dibimbing Mohd. Azraai Khor Abdullah yang merupakan bekas tok gurunya pada saingan Liga Super di Paroi, kelmarin.

Pertembungan anak murid dan tok guru itu menarik kerana mereka pernah bersama dalam skuad Kenari pada musim 2007 dan 2008 dengan Radhi merupakan penolong jurulatih manakala Azraai adalah ketua jurulatih yang menjulang Kedah sebagai juara treble.

Bagi Radhi, pertemuan itu adalah perlawanan biasa, namun penyokong bola sepak melihat sebaliknya sebagai pertembungan anak murid dan tok guru.

Katanya, beliau gembira kerana anak buahnya mampu mencatat kemenangan ke atas lawan yang merupakan antara pasukan terbaik yang dibarisi ramai pemain berpengalaman dan hebat dalam Liga Malaysia.

“Kedah berhati-hati dan waspada berdepan dengan Negeri Sembilan. Azraai sememangnya maklum dengan pemain Kedah kerana dia pernah membimbing pasukan ini.

“Apa yang penting, saya mengingatkan pemain agar tidak membenarkan gawang dibolosi pasukan lawan dan pemain berjaya melakukannya. Saya bersyukur kemenangan berpihak kepada Kedah,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar, semalam.

Jaringan kemenangan Kedah diraih menerusi Mohd. Azlan Ismail pada minit ke-61 dan Baddrol Bakhtiar melengkapkan kejayaan skuad Hijau Kuning pada minit ke-88.

Menurut Radhi, beliau simpati dengan Azraai dan Negeri Sembilan kerana beraksi dalam keadaan tempang tanpa beberapa pemain utama akibat kecederaan.

Katanya, keadaan itu amat memeritkan kepada mana-mana jurulatih yang terpaksa menyusun strategik terbaik untuk pasukan, namun ia tidak berpihak kepada Negeri Sembilan.

“Sekiranya Negeri Sembilan menurunkan kesebelasan utama mungkin keputusan perlawanan berbeza,'' katanya.

Negeri Sembilan tidak dapat menurunkan beberapa pemain utama termasuk Idris Karim, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak, Hairuddin Omar dan Norhafiz Zamani Misbah akibat kecederaan.

Apa pun ujar Radhi, beliau mengucapkan syabas kepada pemain kerana bijak memanfaatkan peluang di atas kehilangan ramai pemain utama lawan untuk meraih kemenangan.

Katanya, kemenangan ini memberi suntikan moral kepada pemain untuk terus mempamerkan aksi terbaik bagi kejayaan pasukan.

“Tahniah kerana pemain berjaya mengambil kesempatan di atas kelemahan lawan yang hilang beberapa tonggak. Namun perjuangan belum selesai dan pemain perlu terus memberi komitmen dan kesungguhan yang tinggi kepada pasukan,'' katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...