TERKINI :

Tuesday, April 12, 2011

Najib pula mendendangkan lagu Siti Nurhaliza di Sarawak..

Selepas 'You help me' kini 'percayalah saya'



08 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUCHING, 12 April: "Percayalah saya, percayalah saya," yang menjadi ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya negeri Sarawak kini menjadi mainan pelbagai pihak.

Kata-kata itu menjadi popular dalam pilihan raya negeri kali ini. Semasa pilihan raya kecil Sibu, perkataan popular dari Najib adalah, "You help me, I help you." (Awak tolong saya, saya tolong awak).

Ia merujuk kepada permintaan dari beliau agar pengundi menolong parti beliau iaitu BN dengan mengundi calon BN. Jika mereka berbuat demikian, Najib berjanji akan menolong mereka pula.

Namun, kata-kata Najib ini ditolak oleh pengundi pilihan raya kecil Sibu apabila kerusi BN itu jatuh ke tangan calon Pakatan Rakyat dari DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi.

Wong Ho Leng mendapat 18,845 undi, calon BN dari SUPP Robert Lau Hui Yew 18,447 undi, manakala calon bebas Narawi Haron hanya mendapat 232 undi.

"Najib masih percaya rakyat Sarawak tidak tahu apa-apa dan mudah pergunakan. Saya meminta saudara-saudari semua di Sarawak bangun sekarang dan tuntut apa yang sepatutnya milik kita.

"Cukuplah setakat ini, sementara kita mengucapkan terima kasih kepada apa yang telah dibuat BN untuk kita, tetapi kita tidak patut lacurkan diri kita lagi. Sarawak milik rakyatnya," tulis seorang aktivis Ronnie Charles Klassen dalam Facebooknya.

Kini Najib berjanji akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya Sarawak apabila mengumumkan akan berada di sini sehingga 16 April. Beliau didakwa telah mengambil alih tunggak kempen BN di Sarawak dari Ketua Menteri, Datuk Patinggi Taib Mahmud.

Najib juga mengumumkan, Taib akan melepaskan jawatan Ketua Menteri selepas pilihan raya ini dan dijelaskan oleh Taib, dia akan bersara beberapa tahun lagi.

Harakahdaily/-

Monolog Omega

Namaku Omega. Aku bukan seperti orang lain seperti Casio, Tag Heuer, Rado, Rolex, Swatch, Chrocodile atau Puma. Aku sangat istimewa kerana khabarnya, Neil Armstrong memakaiku ketika menjejakkan kakinya ke bulan.

Aku juga disifatkan sebagai jam paling tepat waktunya. Kawan-kawanku yang lain kadang-kadang nyanyuk juga walau pun masih muda. Justeru, aku dikagumi dan sering dijadikan hadiah istimewa terutama kepada pembesar-pembesar.

Akhir-akhir ini, di sebuah negara ‘Islam’ yang ada kilang arak, namaku sering disebut. Pada mulanya aku kurang pasti sebabnya, bahkan aku merasa pelik. Wartawan sebut nama aku, blogger sebut nama aku, aku sering ditanya kepada Uncle Google.

Menariknya, Uncle Google tidak pernah mengecewakan mereka. Gambar aku dipaparkan. Semua orang puas kerana rupa aku memang menawan. Kebanggaanku bertambah. Kalau dulu aku hanya ditatap oleh orang-orang berada sahaja, kini aku ditatap oleh semua orang.

JKKK, tok penghulu, penarik beca, drebar teksi, tukang sapu, tukang bancuh simen, turut menyebut-nyebut namaku. Memang aku pelik, mengapa semua orang menyebut namaku? Walau pun hidungku kembang-kempis, namun kadang-kadang aku naik meluat kerana ada yang menyebut namaku itu tidak gosok gigi. Mulut busuk.

Sekarang aku menjadi bahan kontroversi. Aku dikatakan ditinggalkan oleh tuanku di bilik yang terpapar dalam video yang dipromosikan oleh ‘Tiga Boroi’. Tuanku menafikannya. Isterinya berkata, aku berada di tangannya.

Aku geram apabila wartawan meminta aku ditunjukkan kepada mereka kalau benar aku tidak ditinggalkan di dalam bilik video tiga boroi berkenaan. Tuanku berkata, buat apa ditunjukkan kepada mereka, itu bukan satu keperluan. Beliau hanya bersedia menyerahkan aku kepada polis, itu pun jika diminta.

Aku cuma jam. Aku boleh dipindahkan, dicuri atau disalah letak. Orang boleh curi aku, letak dalam bilik video tiga boroi tu dan macam-macam lagi. Aku tidak boleh buat apa-apa sebab aku tidak punya daya sendiri untuk bertindak.

Apakan dayaku, aku dihadiahkan kepada orang itu. Kalau aku dihadiahkan kepada PM negara ‘Islam’ sekarang tentu aku tidak berhadapan dengan situasi ini. Atau, setidak-tidaknya, aku dihadiahkan kepada ‘First Lady’, tentu aku tidak akan menghadapi semua ini.

Namun, kalau aku diberi pilihan, aku tidak mahu menjadi hadiah kepada PM negara ‘Islam’ itu. Aku tahu dia bukan bersih, cuma dia tidak disiasat. Kalau dia disiasat macam tuanku disiasat, aku percaya rakanku yang dipakai oleh PM itu akan menjadi mangsa seperti aku.

Aaaahh, aku faham mana orang berani siasat PM negara ‘Islam’ tu. Ya, dia ada kuasa walau pun aku tahu kuasanya akan hilang dalam tempoh terdekat. Aku dengar di Sarawak, PM itu sudah mula ketar lutut kerana sambutan orang ramai kepada tuanku dan rakan-rakannya.

Aku tidak mahu hidup bersama PM negara ‘Islam’ itu. Aku lebih rela hidup bersama tuanku yang difitnah dan ditohmah itu. Aku lebih rela hidup bersama keluarganya kerana bagiku, seteruk mana pun mereka ditohmah, difitnah, dinista, mereka tetap idolaku.

Aku yakin orang dalam video itu bukan tuanku. Aku kenal benar tuanku. Beliau memang tidak maksum, tetapi aku yakin beliau bukan seperti apa yang ditohmah oleh puak-puak PM negara ‘Islam’ itu.

Namun aku tetap Omega. Aku bukan siapa-siapa.

BN dijangka tabur jutaan ringgit menjelang 4 hari terakhir kempen


SATOK: Barisan Nasional dijangka akan menabur jutaan ringgit bukan sahaja kepada pengundi, malah kepada calon-calon KEADILAN yang bertanding pada 4 hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas laporan mengenai calon KEADILAN bagi kerusi DUN Baleh, Bendindang Manja yang ditawarkan sejumlah wang supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya itu, 16 April ini.

“Kita menjangkakan wang akan digandakan dan ia diluar kawalan kami. Pihak lawan sememangnya menggunakan taktik ini, bahkan hanya satu hari selepas penamaan pun ada diantara calon KEADILAN yang ditawarkan untuk menarik diri.

“Tapi, syukurlah setakat pemantauan kita, calon-calon masih bersama dengan rakyat. KEADILAN akan mengawal supaya tiada anasir Barisan Nasional yang akan mendekati untuk membeli calon kita,” kata Rafizi pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN, dekat Satok hari ini.

Beliau menjelaskan, sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan calon-calon KEADILAN akan goyah walaupun tahu bahawa tawaran tersebut akan datang dari pelbagai pihak.

“Agak sukar sekarang ini bagi mereka menarik diri dan mengkhianati melihatkan kepada gelombang sokongan rakyat,” kata Rafizi.

Dalam pada itu, Rafizi mengingatkan kepada pengundi di Sarawak bahawa jumlah ribuan ringgit yang ditawarkan adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan 30 tahun penderitaan rakyat Sarawak.

“Mereka beri seribu kita minta dua ribu. Mereka beri dua ribu, kita minta tiga ribu.

“Justeru saya ulang kepada para calon untuk turun bertemu dengan rakyat dan beritahu mereka untuk ambil wang itu, sebab ia memang wang anda.

“Tetapi undi adalah rahsia. Jangan lepaskan peluang, kerana hanya masa inilah sahaja kita mampu buat perubahan. Jika mahukan perubahan, undilah Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11266

Siasat jam tangan, bukti konspirasi peringkat tertinggi

PETALING JAYA: Pengumuman polis bahawa mereka kini sedang menyiasat pemilik jam tangan Omega, yang dikaitkan dengan pelaku video seks palsu baru-baru ini, merupakan bukti bahawa ia merupakan satu konspirasi politik peringkat tertinggi.

Ini kerana, siasatan ke atas pemilik jam tangan tersebut langsung tidak bersangkut-paut dengan laporan polis ke atas penyebar video itu yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayangkan bahan lucah.

“Kenyataan terkini polis adalah bukti kepada perkara ini. Ternyata mereka berat sebelah dan rela menjadi perkakas kepada plot politik BN,” kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran.

“Siapa pemilik jam itu tiada kena-mengena dengan siasatan polis. Kita perlu ingat bahawa siasatan polis terhadap laporan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berdasarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dan kesalahannya adalah kerana memiliki dan menayangkan bahan-bahan lucah,” tambah beliau.

Menurutnya, bukan satu kebetulan yang tidak sengaja apabila Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Acryll Sani Abdullah membuat pengumuman akan mendedahkan pemilik jam tangan berkenaan, sehari selepas wartawan media perdana bertanya kepada Anwar mengenainya.

“Sehari sebelum pengumuman itu, satu soalan berkenaan jam Omega itu yang sudah dirancang sejak awal lagi ditanya kepada Anwar (sewaktu sidang media pilihan raya negeri Sarawak) di Kuching.

“Soalan itu tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya Sarawak atau siasatan ke atas video itu,” kata Surendran.

Surendran juga kesal kerana sejak awal kes video itu disiasat, polis berulang kali membuat kenyataan yang tiada kena mengena dengan siasatan. Keadaan itu katanya, menimbulkan persepsi bahawa polis seolah menyokong strategi politik kotor BN- untuk menjatuh dan mengaibkan Anwar.

Justeru itu, beliau mengingatkan polis bahawa tugas mereka adalah mengawal keselamatan rakyat negara ini dan bukannya bertugas untuk Umno-Barisan Nasional.

Video seks palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan kepada sekumpulan wartawan dan editor kanan pada 21 Mac 2011 di Carcosa Seri Negara, pada hari yang sama Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubarkan.

Anwar sendiri sejak awal lagi menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video tersebut.

Satu sedutan daripada video itu dibocorkan ke Internet pada 4 April 2011, tarikh yang sama KEADILAN menyambut ulang tahun ke-12 penubuhannya.

Namun sehingga kini, trio ‘Datuk T’ yang menayangkan video itu , masih lagi belum ditangkap polis walau pun mereka mengaku sebagai dalang tayangannya. Identiti Datuk T dikenalpasti sebagai bekas Ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11260

Malaysiakini hadapi masalah teknikal, usaha BN sekat maklumat?

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional kini dipercayai berusaha menyekat maklumat kepada rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak apabila bertindak menyekat maklumat dalam talian kepada rakyat.

Terbaru, laman portal berita Malaysiakini berhadapan masalah teknikal apabila penyedia rangkaian internet yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan, Jaring Communications Sdn Bhd, mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik mereka.

Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara.

Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau.

“Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini,” kata Premesh.

Malaysiakini akhir-akhir ini semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana menyiarkan berita-berita yang adil dan semasa berkenaan politik tanah air.

Ia ditubuhkan pada tahun 1999, dan kini adalah portal berita dalam talian utama di Malaysia.
-keadilandaily-

Sayang Sarawak: Kewajaran untuk berubah?

Apakah benar "angin perubahan" yang dikatakan sedang bertiup di Bumi Kenyalang ini bakal menyaksikan satu perubahan mentaliti rakyat Sarawak? Setidak-tidaknya mampu menafikan majoriti 2/3 BN yang telah menguasai negeri itu sejak sekian lamanya. Lantas, PRN Sarawak ini dilihat bakal mengundang pelbagai spekulasi dan ada pendapat bahawa PRN kali ini merupakan PRN paling sukar dan paling mencabar buat BN. Dari satu sudut yang lain, Pakatan Rakyat pula dilihat begitu ghairah untuk mengambil alih pentadbiran di Sarawak walaupun sejak awal-awal lagi berlaku perebutan kerusi kurang sihat di antara PKR dan SNAP.

Merujuk kepada siapa yang akan kalah dan menang dalam PRN Sarawak pada kali ini, kita boleh mengandaikannya kepada empat kemungkinan utama. Pertama, BN berjaya mempertahankan majoriti dengan selesa. Kedua, BN hilang majoriti 2/3 tetapi masih membentuk kerajaan. Ketiganya, Pakatan Rakyat berjaya merampas Sarawak dari BN dan keempat, wujudnya kerajaan campuran di Sarawak. Daripada empat kemungkinan yang dikemukakan di sini, salah satu di antaranya adalah pasti.

Berdasarkan penelitian yang dilakukan, kejayaan BN mempertahankan kerusi di Kerdau dan Merlimau sama sekali tidak boleh dijadikan kayu ukur di PRN Sarawak. Ini kerana situasi politik, budaya, agama dan geografi di Sarawak jauh sekali berbeza. Walaupun sebelum ini Sarawak merupakan kawasan "core" yang memberi laluan mudah kemenangan untuk BN, kini, landskap politik telah mula berubah, perubahan pertama dilihat berlaku semasa Pilihanraya Kecil di Sibu lepas yang menyaksikan kemenangan calon dari DAP.

Apakah yang membuatkan PRN Sawarak pada kali ini dilihat panas sehingga BN dikatakan dalam keadaan cemas manakala PR begitu ghairah dalam kempen-kempen mereka? Apakah para pengundi di Sarawak melihat ada kewajaran untuk menukar kerajaan baharu di Sarawak? Tentu ada isu besar yang mencuri tumpuan.

Taib Mahmud: Dilema tanah adat dan kebangkitan Dayak

Sebelum itu, benarkan saya untuk memetik tulisan Mior Kamarul Shahid di dalam bahagian Rencana, Berita Minggu 10 April 2011 muka 26 bertajuk Persoalan Siapa Akan Menang. Antara lain beliau menulis, "Isu Taib tidak sepatutnya timbul jika pembangkang melihat cermin mengenai status dan latar belakang barisan kepemimpinan mereka sendiri. Mengapa tempoh perkhidmatan Taib selama 30 tahun dipertikaikan sedangkan ia tidak berbeza dengan beberapa pemimpin pembangkang.."

Ini soal penting. Anda juga mungkin bersetuju dengan pendapat saya. Kita harus faham dan tahu apakah yang sedang berlaku di dalam negeri ini. Penulis Mior Kamarul Shahid mungkin tersilap pandang. Tentu sekali, isu umur bukanlah halangan untuk seseorang itu berkhidmat. Apa yang harus diberi penekanan adalah sejauh mana usia pemerintahan itu diisi dengan pemerintahan yang baik. Secara umum, pemerintahan yang baik adalah pemerintahan yang menekankan prinsip-prinsip keadilan dalam pelaksanaan dasar mahupun undang-undang.

Persoalannya, apakah Taib telah memerintah Sarawak dengan baik? Pasti soalan ini akan mengundang pelbagai reaksi. Sama ada pro maupun kontra, itu tidak penting. Perkara yang harus diberi penekanan sekarang adalah fakta dan realiti yang sedang dan telahpun berlaku.

Sejak sekian lamanya penduduk Bumiputera Sarawak terutama dari suku Dayak yang mewakili kira-kira hampir 50% penduduk negeri ini dibelenggu dengan masalah Tanah Adat (NCR). Sehingga kini masalah tanah adat mencatatkan lebih dari 200 kes dan paling menggusarkan, ia mencatatkan peningkatan saban tahun. Walaupun isu ini telah lama wujud, persoalannya, mengapa kerajaan negeri di bawah pentadbiran Taib tidak begitu mengendahkannya.

Selain di atas nama pembangunan, mungkinkah jawapan di sebalik masalah Tanah Adat ini berada di balik isu pembalakan haram yang berleluasa. Isu pembalakan haram juga bukanlah sesuatu yang baru. Malah, dalang di sebalik syarikat-syarikat pembalakan ini juga dikaitkan dengan keluarga dan teman-teman Ketua Menteri Sarawak ini.

Isu pembalakan haram ini pula telah menyebabkan timbulnya isu-isu lain terutamanya yang melibatkan alam sekitar dan ancaman besar kepada penempatan masyarakat Dayak yang menjadikan hutan sebagai ruang penempatan dan sumber makanan. Begitu juga, ia telah mengancam populasi flora dan fauna yang telah hidup sejak lebih 130 juta tahun lampau. Kita juga telah digemparkan bagaimana samseng-samseng yang mewakili syarikat balak telah mencederakan Minggat Anak Nyakin dan anak lelakinya Juan Anak Minggat baru-baru ini berikutan bantahan mereka terhadap pencerobohan. Begitu juga dengan aduan ugutan yang dilakukan mereka terhadap penduduk kampung.

Isu Tanah Adat ini sebenarnya menyedarkan masyarakat kepada gesaan-gesaan agar diselesaikan segera. Kita juga harus mengetahui bahawa isu pencerobohan Tanah Adat ini selain melibatkan masalah pembalakan haram dan alam sekitar; ia telah membuka mata rakyat kepada persoalan-persoalan lain seperti mengapakah kerajaan negeri seolah membiarkan pencerobohan ini terus berleluasa?

Dalam isu Tanah Adat ini rakyat terus bertanya. Di manakah pihak-pihak berwajib dalam menguatkuasakan undang-undang? Di manakah peranan pihak Polis dalam menangani jenayah yang dilakukan oleh samseng-samseng pembalak ini? Apakah ada perlindungan diberikan kepada penduduk kampung yang diancam pencerobohan dan ugutan? Apakah ada campur tangan politik dalam isu pencerobohan tanah adat ini? Jelas, isu Tanah Adat ini benar-benar telah pun menjadi duri dalam daging pentadbiran Taib Mahmud.

Negeri kaya rakyat miskin

Tidak dapat dinafikan dalam tempoh 30 tahun memegang tampuk kuasa pemerintahan di Sarawak, kerajaan negeri di bawah Taib Mahmud telah berjaya membawa pembangunan dan pembaharuan. Kita juga sering dimaklumkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan berbilion ringgit dari tahun ke tahun untuk projek pembangunan negeri dan sebagainya. Kita semestinya bersetuju. Malah pada tahun ini Sarawak memperuntukkan RM4.974 billion dalam belanjawannya. Sejumlah RM3.63 billion yang mewakili 73% daripadanya diperuntukkan untuk pembangunan manakala selebihnya RM1.344 billion untuk tujuan mengurus.

Pada masa yang sama, kita juga harus faham bahawa apa jua peruntukan itu adalah tanggungjawab siapapun yang menjadi kerajaan yakni menguruskan hasil mahsul negeri dan cukai-cukai yang diterima dari rakyat sendiri. Soalnya sekarang; bagaimana sejumlah peruntukan itu diagihkan dalam ertikata lain bagaimana wang hasil negeri diurus belanjakan? Apakah ianya dalam nisbah yang wajar atau sebaliknya?

Persoalan sebegini timbul kerana rakyat semakin celik. Lihat sahaja statistik pada tahun 2009, bagaimana sejumlah besar 70% penduduk rumah panjang masih belum menikmati bekalan air bersih, pada masa yang sama dibelenggu dengan masalah jalan raya dan elektrik yang serius walhal pendapatan negeri Sarawak ketika itu yang mencatatkan hampir RM3.726 bilion.

Walaupun kerajaan negeri tidak mengabaikan peruntukan kepada pembangunan luar bandar dalam program membasmi kemiskinan, mengapa masyarakat di luar bandar masih diselubungi kemunduran dan kemiskinan? Paling malang, isu ini telah menyelubungi rakyat Sarawak sejak puluhan tahun lamanya. Apakah fakta-fakta ini membenarkan bahawa telah berlakunya ketirisan dalam pelaksanaan program yang berkaitan. Isu ketirisan ini pula telah membawa kita kepada persoalan lain (persoalan dan terus persoalan!) iaitu apakah pentadbiran BN di Sarawak mengutamakan urus tadbir yang baik? Sekiranya baik, mengapa ketirisan berlaku?

Harapan Menggunung Bumi Kenyalang

Setelah kita ketahui sedikit sebanyak perkara melibatkan masalah-masalah utama di Sarawak, kita mungkin tertanya-tanya adakah pengundi di Sarawak untuk kali ini berani dan bersedia melakukan perubahan? Dan sekiranya ya, apakah perubahan ini bakal menjadikan Sarawak lebih maju dan baik?

Kempen pilihanraya pada kali ini benar-benar panas. BN menjanjikan pembangunan berterusan, PR pula memusatkan kempen kepada isu-isu integriti dan urus tadbir yang baik. Pada masa yang sama PR turut berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah domestik yang sedia ada.

Perihal apakah rakyat di Bumi Kenyalang ini bakal membuat kejutan masih tetap samar. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Walau bagaimanapun, kita telah mengetahui betapa isu batang tubuh Taib Mahmud sahaja telah berjaya menarik perhatian rakyat untuk memperkatakan mengenainya. Malah telah wujud sentimen "anti-taib" yang tidak hanya berlaku kepada penyokong PR malah ia turut melibatkan sejumlah pengundi yang dilihat pro-BN sebelum ini.

Buktinya, lihatlah bagaimana ceramah Pakatan Rakyat mendapat sambutan luar biasa di kalangan masyarakat setempat. Fenomena ini sedang berlaku di mana-mana dan semestinya hal ini menggusarkan kepimpinan BN. Apa yang lebih menarik, PAS yang selama ini dipandang sepi di Sarawak mula mendapat tempat terutama di kalangan orang muda. Lebih-lebih lagi apabila PAS meletakkan calon-calon mereka dari kalangan golongan profesional dan wanita. Malah, hampir di mana-mana sekalipun, sambutan terhadap calon dan kempen Pakatan Rakyat mendapat respon positif. Berbeza dengan pilihanraya sebelum ini.

Mungkin, perkara ini boleh dijadikan kayu ukur dalam menilai kepekaan rakyat-para pengundi dalam mereka menilai sesuatu isu. Kehadiran sejumlah besar audien di majlis anjuran PR menjelaskan beberapa kondisi. Pertama, rakyat mahukan informasi alternatif. Kedua, pengundi di Sarawak telah berani menyatakan pendirian mereka. Secara peribadi saya seolah merasakan seperti wujud sebuah "tenaga" tertentu yang bakal mencipta sejarahnya tersendiri.

Paling penting adalah mulakan langkah pertama: ketahui sebab untuk berubah dan lakukannya. Lihatlah bagaimana keberkesanan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Good governance sebagai paksi utama dalam memastikan pentadbiran kerajaan berintegriti dan berkesan.

Apakah angin perubahan yang sedang bertiup di Sarawak ini mempunyai momentum yang sama sepertimana PRU 2008 yang telah kita lalui? Sesuatu yang hebat mungkin akan berlaku. Kita mengharapkan perubahan berlaku dalam ruang demokrasi yang adil dan telus demi masadepan kita semua: meniti hari-hari gemilang sebagai sebuah bangsa Malaysia yang demokratik dan progresif. Buat Taib dan BN, apakah masih ada jalan untuk membersihkan nama dan mempertahankan kuasanya?

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Chegubard: Undi BN beerti undi Taib

Pergilah ke mana - mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatanya. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga.

Setelah sekian lama, di bawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka. Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak'

Menyedari hakikat tersebut, Datuk Seri Najib selaku Presiden BN sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib, jentera BN akan berada di luar kawalan jika Taib tidak menerajui BN dalam pilihanraya negeri kali ini, maka Najib bersetuju Taib terajui jentera pilihanraya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu.

Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.

Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen BN jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program - program kempen Pakatan Rakyat. BN terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin BN hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib.

Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program.

(Gambar: Laporan yang menunjukkan Najib panik di Sarawak ekoran sambutan hambar terhadap kempen BN)

Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib di hadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi.

Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur Faizah dan Anuar Zain di samping artis - artis porpular berbangsa Cina. Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ.

Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa.

Rakyat perlu disedarkan

* mengundi PBB beerti mengundi Taib
* mengundi SUPP beerti mengundi Taib
* mengundi SPDP beerti mengundi Taib
* mengundi SNAP beerti memecahkan kekuatan melawan Taib

Kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang BN.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN.

dari blog http://chegubard.blogspot.com

Zul Nordin.. ’firman’ Allah pun hang nak mainkan

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA@KedahLa.blogspot



Saya beristighfar panjang selepas membaca tulisan Zulkifli Nordin. Hampir keseluruhan isinya mengandungi andaian terhadap sikap Allah dalam isu Anwar Ibrahim. Hanya satu patah perkataan untuk disimpulkan terhadap ZN iaitu SESAT!

Senang-senang beliau membuat kesimpulan bahawa Anwar meliwat dan berzina hanya berdasarkan bukti-bukti yang tiada satu pun berasaskan ketentuan syariat Islam. Mengajak orang ramai berfikir bahawa Allah yang mengutuskan semua ‘bukti-bukti’ itu untuk mensabitkan ‘kedurjanaan’ Anwar. Paling biadap ialah dengan mengandaikan akan firman Allah... (seperti yang ditulisnya). Ulamak-ulamak perlu bangkit untuk menyanggah kesesatan ZN ini.

Jika dahulu beliau mempertahankan bahawa tuduhan zina mesti dibuktikan dengan 4 orang saksi yang adil tetapi selepas beralih kem tuduhan zina hanya boleh disahkan dengan 4 bukti: 1. Datuk SK 2. Video lucah 3.Twitter 4.Jam Omega. Kemudian bermati-matian memberitahu dunia bahawa Anwar memang seorang penzina.

Pada hari pertama isu video lucah itu ditayangkan di TV3... ZN dengan yakin memberitahu seluruh dunia bahawa, memang betul itu Anwar. Hukum apa yang hang pakai untuk mengizinkan melakukan perbuatan Qazaf (menuduh zina) terhadap seorang Muslim?

Padankah dengan sedikit laba dunia, ZN pulun sungguh melakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa Najib, BN dan konconya2 sehingga menyepak ke tepi hukum halal haram; sehingga melupakan akibat besar sedang menunggu di akhirat.

Video Ucapan TG Nik Aziz sewaktu berkempen di Sarawak



Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kedah

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman).

Jawatan yang ditawarkan adalah:

JAWATAN GRED
1 Pembantu Tadbir (P/O) N17
2 Pembantu Tadbir (Kewangan) N17
3 Pembantu Akauntan W17
4 Pegawai Khidmat Pelanggan N17

Lihat Iklan Jawatan Di www.spakedah.gov.my

PAS: Ajar pemimpin angkuh dengan bahasa undi

Rakyat Sarawak bernasib baik kerana masih ada pembangkang yang kuat sehingga pemimpin BN tidak boleh tidur lena.

NONE“Insya Allah rakyat Sarawak akan ajar pemimpin yang angkuh pada 16 April ini, bahasa undi sahaja pemimpin BN boleh faham untuk mereka insaf tentang tanggungjawab mereka kepada rakyat,” kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad (dua dari kanan).

Dalam satu kenyataan akhbarnya, beliau berkata hanya setelah ditolak rakyat baru pemimpin BN akan sudi turun meninjau kesempitan rakyat sedangkan sewaktu berkuasa mereka tidak pernah memikir keperluan rakyat.

Justeru, katanya, apa yang berlaku di Sarawak hari ini adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya Sarawak. BN kini diberi tentangan hebat sejak pada hari penamaan calon pada 6 April lalu.

NONEMenurutnya, menjadi kelaziman pada hari penamaan calon BN akan menang beberapa kerusi tanpa bertanding, tetapi pilihan raya kali ini tidak berlaku seperti yang dijangkakan.

“Pemimpin BN daripada atas sampai ke peringkat bawah menabur berbagai janji untuk pengundi di Sarawak.

Kemiskinan dirancang

“Kemiskinan suatu yang dirancang supaya modal pembangunan sentiasa relevan untuk BN kepada pengundi,” katanya.

Justeru, kata Idris, peruntukkan jarang sekali sampai ke sasaran agar ia dapat dijadikan modal kempen sepanjang hayat untuk rakyat yang miskin.

“PAS merasa hairan kenapa Sarawak masih miskin dan ketinggalan dari sudut kemudahan jalan raya, air dan elektrik.

NONE“Pada hal dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diperuntukkan RM13 bilion untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk tempoh lima tahun.

“Daripada jumlah berkenaan sebanyak RM1.7 bilion adalah untuk pembinaan jalan luar bandar, RM1.7 bilion untuk bekalan elektrik, selain RM900 juta untuk bekalan air dan RM100 juta untuk Program Bantuan Rumah,” katanya.

Menurut Idris dalam pembentangan RMK-10, perdana menteri juga mengumumkan pembinaan 2,800 kilometer jalan berturap, liputan 95 peratus bekalan air dan memperluaskan kemudahan elektrik di kawasan luar bandar ke 76,000 buah rumah di Sarawak.

sarawak poll sungai pinang 100411 houses by the river big image“Jika melihat kepada peruntukan yang diberikan kepada negeri Sarawak kita tidak akan bertemu di sana jalan raya, rumah, air yang begitu daif.

“Persoalannya kenapa jadi begini?

“Ke mana hasil bumi Sarawak sedangkan pemimpin BN Sarawak hidup mewah sedangkan rakyat merempat dan melarat,” soalnya.

Adakah TAIB akan kekal sebagai Ketua Menteri.. hanya anda yang boleh menentukan..??

Peralihan kuasa: Saya tak akan masuk perangkap Pakatan, kata Taib

Taib Mahmud
KUCHING, 12 April — Dalam kenyataan kedua tidak sampai 24 jam mengenai isu peralihan kuasa, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau sama sekali tidak akan “terperangkap” dengan desakan agar mengumumkan tarikh mahu melepaskan jawatannya itu.

Pembangkang menggesa Taib, Pengerusi BN Sarawak, mengumumkan tarikh mahu berhenti daripada menjadi Ketua Menteri sebelum hari pengundian Sabtu ini bagi membuktikan beliau benar-benar ikhlas dengan janjinya.

“Pembangkang tahu bawa ia (desakan) tidak boleh memerangkap saya,” kata Ketua Menteri Sarawak paling lama ini, yang memutuskan untuk mengetuai BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri kali ke-10.

“Kita tidak sebegitu jahil untuk mengumumkan (pelan) peralihan dan kemudian menetapkan tarikh (melepaskan jawatan),” kata beliau kepada pemberita di Pullman Hotel di sini pagi ini.

Siapa YB yang jaga kawasan Lubok Merbau... Tolong tengok sat masalah nie..!!

kami ambik aduan nie kat fb Anak Lubuk Merbau...
Jadi kepada pihak yang terlibat tuu rasanya boleh la kot
tolong depa selesaikan masalah nie....!!!

PRU 13 - SEMAKIN JELAS TANDANYA

8 Jamadil Awal 1432 H | 11 April 2011

KUALA LUMPUR 11 April : Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pada pertengahan tahun ini akan dipercepatkan dipercayai sebahagian daripada persiapan menghadapi hari pengundian kelak.

Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, kerajaan persekutuan telah mengedarkan satu notis yang meminta pihak sekolah supaya mempercepatkan peperiksaan kerana pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan juga telah menerima notis tersebut dan peperiksaan mesti diadakan pada bulan depan serta dewan sekolah pula tidak boleh disewakan kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.


Penganalisis dan pemerhati politik berkata pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai dan mungkin pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji.


Dalam pada itu, pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan.


“Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat,” kata pengetua yang enggan namanya didedahkan.


Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak.
Proses pembuangan undi bagi pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan 16 April ini.

Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya.


Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak. - tvnews.net

EXCO pun dok pulon jawatan YDP apa pasal pulak..!!

dari - depakata.co.cc

http://lh3.ggpht.com/_k6h1DIEhlt8/SnDnsPW-LlI/AAAAAAAAFU8/4uZit-dSQQY/image%5B12%5D.pnghttp://lh3.ggpht.com/_k6h1DIEhlt8/SnDnsPW-LlI/AAAAAAAAFU8/4uZit-dSQQY/image%5B12%5D.pnghttp://lh3.ggpht.com/_k6h1DIEhlt8/SnDnsPW-LlI/AAAAAAAAFU8/4uZit-dSQQY/image%5B12%5D.png

Aduhai nie apasal pulak EXCO pun kalut nak berebut jawatan YDP Kawasan nie.... dok pulon sumbat kat tembolok masing-masing sahaja buat apa awat orang lain tak ada dah ka nak jadi YDP lepas tu YDP yang lama tu bodoh tak reti buat kerja dah kaaa....kalau tak kerana kerja buat YDP yang lama tu rasanya hangpa pun belum tentu boleh jadi ADUN rasanya....tapi mai lanie hangpa haloba kat hangpa semua.....awat ingat kami tak tau kaa apa yang terbuku dalam hati hangpa bila dok pulon jawatan YDP nie.......

Bukan apa jawatan EXCO tu ingat kecik anak kaaa.....tu amanah nak jaga negeri yg dok kalut mai pulon jawatan kat kawasan nie apa pasal pulak......hangpa dan pusing kaa nak cover buat kerja semua tuuuu... sat kena balik kawasan sat kena pie wisma urus negeri....ingat dah la jaga bola pun dah makin huru hara dah sekarang nie... dok pulon ambik jawatan kat kawasan tuuu.....aku pun tak tau laa kelaku hangpa macamana...

Nuuu ada sorang lagi EXCO...jugak depa kata dok pulon jugak nak jawatan YDP tuuuu...kata2 nak buat rekod laaa YDP pertama kat malaysia bukan mai dari kaum ADAM.... tak tau laa kelaku hangpa skrg nie macamana.... semua dah gila jawatan skrg nie...

Dulu bukan main kata kat UMNO tapi lanie semua dah berjangkit kat diri sendiri.....ingat pihak lawan akan buat cerita pasai kelaku hangpa nie jadi pada2 laa nak buat sesuatu tindakan tuuuu ingat kesan dia dimasa hadapan sama....jangan dok ingat kelaku kita sendiri saja....

anak-anak buah kat bawah nie tak dan nak menepisnya bila kena sembuq dengan pihak lawan.... pimpinan tamak jawatan kawasan tak terurus dan terjaga lepas tu semua tunggang langgang....

mampuih pie kat hangpa laaaa......



Dakwaan telur tiruan tidak benar


PERBEZAAN dua jenis kuning telur dari telur ayam yang berlainan gred.

PUTRAJAYA – Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya.

Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.

“Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.

Jangan sembarangan makan cendawan liar


(Kiri:cendawan liar yang boleh dimakan )schizophyllum Commune atau cendawan sisir,
termitomyces atau cendawan busut,(Kanan:cendawan liar yang beracun ) macrolepiota dan lepiota

KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan ladang diminta tidak memakan cendawan yang tumbuh liar di kawasan mereka dengan sewenang-wenangnya terutamanya pada musim hujan ketika ini kerana dibimbangi terkena keracunan.

Menurut Pensyarah Biologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Johari Jalinas, terdapat banyak cendawan beracun yang tumbuh selepas hujan tetapi bentuknya sekan-akan cendawan yang boleh dimakan.

Ekoran persamaan itu, katanya, ia sering mengelirukan orang ramai yang gemar memakan cendawan liar dan mereka berisiko terkena keracunan akibat cendawan beracun yang dikutip.

Sehubungan itu, orang ramai perlu mengenali cendawan liar yang boleh dimakan sebelum mengutip dan memakannya kerana perbezaan sesetengah cendawan yang boleh dimakan dengan yang beracun cukup kecil.

“Walaupun cendawan liar itu dikenal pasti boleh dimakan, seseorang itu perlu makan dalam kuantiti sedikit untuk kali pertama.

“Jika terdapat tanda-tanda alergi terhadap cendawan yang dimakan, mangsa harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

TAK DAK ORG BUAT SUMMARY KA BERAPA JUTA DAH DIA JANJI SEMPENA PRN INI?

Najib Umum Peruntukan RM4.5 Juta Untuk Penyelidikan Ikan Empurau

BETONG: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM4.5 juta untuk penyelidikan ikan empurau, sejenis ikan air tawar yang hampir pupus di Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu pada majlis perjumpaan pemimpin bersama rakyat di gelanggang futsal pekan Spaoh, kira-kira 50km dari sini, Isnin.

AWAT JADI LAGU NI?

Azalina ‘Belasah’ Rahim Tambhy Chik Pulak

amboi mak ngah..potong sayoq nampak

dah lah hiris pun nipis nipis aja tu ..mak ngah

duk ingat kot bekas ketua puteri nak support rahim 3Tummy..rupa rupanya tolong tambah beban lagi..tahniah

eloklah pencacai umno berfikir macam azalina berfikir..jangan duk tambah dosa fitnah aja..


Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” kata Azalina.

Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.

“Banyak sabotaj dalam Umno, ” katanya di majlis dengfan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

“Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...