TERKINI :

Thursday, April 7, 2011

Video Seks : Suruhanjaya OK kata Anwar tapi buat dulu Suruhanjaya Altantuya, Port Dikson dan terjun Bangunan dulu...!!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengketepikan cadangan sesetengah pihak khususnya BN dan perdana menteri yang mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pembabitannya dalam sebuah video seks.

Katanya, tindakan itu hanya membazirkan masa.

anwar nangka 050411"Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” katanya dalam satu wawancara tergesa-gesa sebelum bergegas ke mesyuarat lain di Shah Alam hari ini.

Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tidak jelas ketika Anwar merujuk kes Port Dickson, ia adalah kaitan dengan sebuah kes khalwat pada sekitar tahun 1990-an yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan Umno yang kini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Kes Kastam pula merjuk kematian penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), semalam.

altantuya razak baginda crime scene 180707 policeKematian Sarbani adalah yang kedua membabitkan SPRM. Kes pertama melibatkan pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam pada 2009.

Anwar bagaimanapun sempat menambah bahawa kes pembunuhan Altantuya sepatutnya diberi keutamaan.

"RCI mengenai Altantuya akan menentukan cerita sebenarnya,” katanya merujuk kepada siasatan hambar yang dijalankan berhubung kematian model warga Mongolia itu.

'Abang handsome', 'peace' simbol Abang Mat

BATANG LUPAR, 7 April: Masyarakat di Dun Beting Maro bagai dilanda fenomena baru dengan kehadiran calon anak muda PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Pencalonan Abang Ahmad, 32, atau lebih mesra dengan panggilan 'Abang Mat', bukan sahaja ditunggu-tunggu, malah beliau dirai seperti seorang selebriti oleh masyarakat di sini.

Tinjauan Harakahdaily ketika hari pertama beliau berkempen bertemu rakyat semalam memperlihatkan betapa keterujaan rakyat menerima kehadiran beliau sebagai wakil mereka.

Manakan tidak, keluar sahaja dari kereta, beliau terus diserbu tidak kira golongan tua, muda mahupun kanak-kanak yang tidak mahu terlepas peluang bersalam dengan beliau.

Malah, ada sesetengah mereka yang mencium tangan beliau.

Panggilan 'handsome boy', 'Abg Mat handsome' kini mula dijadikan 'trademark' rakyat kepada calon yang berkerjaya peguam ini.

Satu lagi 'trademark' baru yang sedang dipopularkan di peringkat PAS kepada Abang Mat iaitu simbol dua jari iaitu 'peace' yang turut memberi makna calon nombor dua dalam cetakan senarai atas kertas undi.

Ianya juga sebagai melawan simbol satu jari '1Malaysia' yang dipopularkan BN.

Ditanya tentang sambutan luar biasa masyarakat terhadap beliau, Abang Mat berkata beliau terharu dan optimis akan berlaku perubahan besar di Dun ini.

"Alhamdulillah, sokongan tersangat baik...sepupu sepapat saya ramai di sini, kalau nak list tak cukup.

"Saya pun mula risau, sampai ada yang kata, hari ini tampal poster, esok semua hilang sebab masing-masing ambik simpan dalam almari kat rumah," katanya berseloroh.

Dalam pertemuan rakyat dengan beliau juga, didapati masalah tanah antara perkara yang sering diluahkan.

Tidak hairanlah, peguam muda ini sangat diharap sekurang-kurangnya mampu membawa masalah mereka dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.

Mengulas sambutan rakyat terhadap PAS, beliau berkata sambutan rakyat itu sangat berbeza berbanding pilihan raya negeri 2006 dulu.

"Kalau 2006 dulu kita nak masuk rumah panjang kereta kita disekat dengan parang, tapi kali ini tuai rumah dia sambut kita, hampar tikar untuk kita," katanya yang petah berkata-kata.

"Tapi sekarang, orang muda pun sokong parti PAS sebab mereka nak sangat perubahan.

"Mereka nak bagi pengajaran kepada kerajaan memerintah," katanya lagi.

Ditanya isu yang akan dibawa sepanjang kempen pula, beliau tidak menolak isu tanah menjadi agenda utama.

Selain itu, beliau juga mahu memperjuangkan isu pendidikan kepada masyarakat di sini.

"Kalau diberi mandat, kita akan bagi ilmu kepada rakyat, bukan seperti BN, bagi duit 5 tahun sekali," katanya.

Mengulas pendekatan kempen pula, beliau yang mempunyai 15 orang adik beradik mahu menggunakan pendekatan mesra keluarga kerana majoriti masyarakat di sini mengenali keluarganya.

"Saya menganggap calon lawan itu, sebagai abang saya. Kita akan kempen dalam bentuk kekeluargaan dan tidak akan serang calon lawan.

"Yang penting, rakyat dahagakan perubahan," katanya.

Pada pilihan raya kali ini, Abang Mat ditentang calon BN, Razaili Gapor.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS mengetengahkan calon daripada kalangan ustaz, Alem Din yang tewas di tangan calon BN Bolhassan @ Ahmad Di dengan majoriti 895 undi. Kawasan Melayu Melanau itu mempunyai keseluruhan 7,868 pengundi.

Apa yang bezanya..Yang Pasti dua-dua orang mereka jatuh dari bangunan SPRM..!!

PM: Kes Ahmad Sarbani berbeza dengan Teoh

Kes seorang pegawai kastam yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur semalam adalah berbeza dengan kes Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

NONEKatanya, kes itu berbeza kerana Allahyarham Ahmad Sarbani tidak dipanggil untuk membantu siasatan tetapi datang sendiri ke pejabat SPRM.

"Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement.

"Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri kepada pemberita di Kuching hari ini.

Sehubungan itu, Najib berkata beliau telah mengarahkan polis dan SPRM melakukan siasatan secara rapi, telus dan profesional. Beliau juga berharap siasatan secara terperinci dapat dijalankan
segera kerana kerajaan tidak akan cuba melindungi apa-apa perkara.

Katanya, ini perlu bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian yang melibatkan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56.

Semalam, Allahyarham Ahmad Sarbani ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia yang dibongkar baru-baru ini.

Selamatkan wang negara

Ditanya apakah perlu untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes itu seperti dalam kes Teoh, Najib berkata biarlah polis menyiasat perkara itu terlebih dahulu.

azlanBeliau berkata tindakan SPRM melakukan siasatan adalah bagi menyelamatkan wang negara kerana ia adalah sesuatu yang serius.

"Kerajaan nak bersihkan Kastam dan jimatkan wang rakyat. Jika dapat berkas orang yang terlibat, yang untung adalah rakyat. Tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku.

"Kita mesti ingat tujuan siasatan itu dilakukan untuk menjimatkan wang rakyat dan (penyelewengan) dah berlaku bertahun-tahun. Ia mesti dihentikan dan (pihak bertanggungjawab) diberkas sama sekali," katanya.

Perdana Menteri berkata mungkin ada sedikit gangguan dalam tugas SPRM berikutan kejadian seperti itu sudah dua kali berlaku tetapi ia perlu diteruskan demi kebaikan rakyat.

NONE"Tindakan ini boleh jimatkan banyak hasil negara. Bila hasil negara bertambah, boleh buat banyak program untuk rakyat," kata Najib.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada satu majlis di SMK Santubong dekat Kuching, Najib berkata pemimpin Pakatan Rakyat sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.

Ketepikan soal prinsip

Katanya, Pakatan hanya akan mengambil kesempatan kepada isu yang menguntungkan mereka sahaja.

Perdana Menteri berkata ia jelas tergambar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung kontroversi video seks yang didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya.

Beliau mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang menolak cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang terbongkar bulan lepas.

Najib berkata kebiasaannya pembangkang akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.

"Ini yang ramai orang rasa pelik dan aneh sebab sebarangan isu, merekalah yang pertama akan mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan.

"Yang pelik bila isu ini bangkit, mereka membisu, malah mereka menolak untuk menubuhkan suruhanjaya diraja," kata Najib

HARI HARI AKHIR RAJA BEROOKE

TANAH TUNTUTAN MEREKA


HARI PERTAMA KEMPEN PAKATAN DAPAT SAMBUTAN HEBAT- mkini

Kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak bermula dengan baik malam tadi dan majlis anjurannya mendapat sambutan hebat di Kuching, Sibu dan Miri.

Di pusat komersial Premier 101 Kuching, dianggarkan 5,000 orang
membanjiri pusat penjaja untuk mendengarkan ceramah orang kuat pembangkang, termasuk setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Manakala di pusat komersial Boulevard di Miri, dan satu lagi berhampiran Specialist Medical Centre di Sibu, masing-masing dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Dalam twitternya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyifatkannya bukan sahaja satu rekod tetapi juga satu permulaan yang baik bagi Pakatan Rakyat.

Wartawan tempatan juga memberitahu Malaysiakini bahawa sambutan kepada pembangkang kali ini lebih menggalakkan berbanding dengan suasana pilihan raya 2006.

Di Kuching, tempat perhimpunan penuh sesak, sehingga memaksa penganjur meletakkan pembesar suara dan projektor di kawasan berhampiran untuk memboleh lebih ramai mengikuti ceramah di situ


DENGAR DAN HAYATI




nota:
kita bernasib baik kerana taib mahmud bertanding
orang jahat macam ini membantu kita
kita lebih senang buat kerja menaikkan
kesedaran rakyat dari cara
yb salehuddin ayub yang menyamar
tetapi pro nuklear

jahat yang jelas senang dilawan
jahat menyamar pakai jubah agama
susah sikit!

Duit Lompak Buat Nikah Lagi???

baca lagi dari sumber MSO

Terserempak Wakil Rakyat Lompat

Wakil Rakyat Lompat Berkepit Dengan Bini Muda

SUDAH lama dan acap kali orang memaklumkan mengenai kisah hidup salah seorang wakil rakyat PKR Perak yang melompat parti yang menjadi kaya, hidup bahagaia dengan isteri mudanya di sebuah kawasan terpencil di pinggir ibu kota Kuala Lumpur. Ia dilaporkan hidup di sebuah banglow di Ukay Height, Selangor. Katanya wakil rakyat ini selalu berkepit dengan isteri mudanya, dan akan keluar bersantai di restoran mamak dan coffee house tertentu waktu malam.

Ada orang berkata dia senang lenang sekarang termasuk dapat berbini muda setelah mengkhianati parti dan membantu UBN merampas kerajaan Perak dari Pakatan. Sebenarnya saya tidak hairan dengan apa yang dilakukan itu kerana begitulah dunia politik. Dunia politik susah untuk kita ramalkan mengenai pemainnya. Hari ini dia kawan baik esok dia akan jadi musuh yang keparat kejam dan dahsay.

Sebab apa, sebabnya orang politik tidak ada iman. Tidak ada kepercayaan kepada hari akhirat. Kerana kalau dia percaya kepada hari pembalasan, dia perlu takut kepada balasan-balasan dihari kemudian. Sebab itu bagi saya orang politik adalah munafik, ya munafik.

UMNO TAK ADA KEMALUAN!!?


Umno dah hilang kemaluan? Atau memang tak ada kemaluan?

Tindakan Umno selama ini kepada bangsa Melayu khasnya parti pembangkang PAS dan PKR ternyata amat melampaui batas. Umno sanggup melakukan perkara yang diluar norma-norma kehidupan, bahkan melanggari perintah agama pun telah menjadi kebiasaan bagi mereka!. Sultan tak berani tegur dan mufti juga sama, 2x5.


Menggadai maruah bangsa sendiri, berbohong dan membuat fitnah sudah menjadi makanan harian mereka. Umno sepatutnya malu kepada diri sendiri dan malu kepada bangsa lain. Tetapi Umno tetap berdegil! Malah semakin tamak dan rakus mempertahankan kuasa yang hampir terlepas!.

Satu demi satu keburukan Umno terdedah, namun mereka sedikitpun tidak rasa menyesal atau rasa bersalah. Rasa malu?,…. Jauh sekali! Semua ini disebabkan pemimpin Umno termasuk Najib sudah hilang kemaluan. Kalau tidak takkan mereka sanggup menaja dan menjaja dua kes tuduhan liwat terhadap rakan sebangsa dan seagamanya. Dan terbaru kes video seks lucah yang mana seluruh masyarakat dunia telah mengetahui dan menontonnya! . Sekali lagi Malaysia diketawakan!

Sampai bila Umno nak berubah? Jawabnya,.. Umno susah nak berubah!. Tabiat buruk mereka sudah menjadi kematu dan sebati di dalam diri. Ada banyak sebab mengapa Umno menjadi buta mata dan buta hati,…Mereka tak menghayati rukun Islam dan rukun Iman. Mereka tak yakin kepada Islam, mereka tak yakin bahawa Allah itu maha mengetahui dan maha berkuasa! … Habis apa yang mereka yakin? Ini dia,…..

1. Mereka yakin bumi Malaysia ini hanya milik mereka (Umno). 2. Mereka yakin kuasa yang ada di tangan mereka adalah milik mutlak mereka!
3. Mereka terlebih yakin bahawa hanya Umno sahaja yang layak memerintah
4. Mereka yakin wang boleh membeli segala-galanya termasuk perempuan, harta dan kuasa..
5. Mereka yakin semua rezeki di bumi Malaysia ini datangnya dari UMNOBN, bukan Allah.
6. Mereka yakin untuk menang pilihanraya cerita fitnah wajib disebarkan kepada rakyat.
7. Mereka juga yakin untuk menang pilihanraya maruah agama Islam tak salah jika digadaikan
8. Mereka yakin membuat fitnah dan memalukan sesama insan tak salah sebab ia bukan jenayah.
9. Mereka yakin mengumpul harta melalui rasuah tak salah, asalkan tidak mencuri atau menipu.
10. Mereka yakin dan percaya, mahkamah civil lebih baik dari mahkamah syariah
11. Mereka yakin dan percaya bangsa Melayu bangsa yang terunggul dan termulia di Malaysia.

Oleh : rahimothman

Muara Tuang: Peluang Pengundi Untuk Tegakkan Hak Dan Keadilan

Muara Tuang: PAS masih tak puas hati

Walaupun akan bertanding seperti biasa, PAS masih tidak berpuas hati dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon BN Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud bertanding di DUN Muara Tuang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, perasaan itu ekoran SPR sebagai pengendali pilihan raya mengambil masa terlalu lama, sehingga melewati jam 1 tengah hari untuk mengumumkan keputusannya.

PAS SEMAKIN DITERIMA DI BUMI SARAWAK

Dicatat oleh MisbahulMunir

Sehingga sekarang empat cawangan PAS berjaya ditubuhkan Jawatankuasa Penajanya di beberapa buah kampung di DUN Muara Tuang Sarawak. Bermula dengan Kg. Tanjung Bundong, Taman Desa Ilmu, Kg. Pinang dan malam tadi Kg. Pengkalan Kuap. Rakyat di Muara Tuang sebelum ini tidak pernah diperkenalkan tentang PAS dan perjuangannya. Melalui penerangan-penerangan dalam siri ziarah dan ceramah, akhirnya Jawatankuasa Penaja PAS berjaya ditubuhkan.

Pilihanraya yang disertai oleh PAS di Sarawak adalah peluang terbaik untuk PAS diperkenalkan kepada rakyat. Melalui PAS, rakyat diperkenalkan Islam yang sebenar, rakyat akan dididik melalui program-program ilmu yang dianjurkan oleh PAS, rakyat boleh menjadikan PAS sebagai wadah dalam memperjuang dan membela nasib mereka dan rakyat juga berpeluang mendengar pendedahan-pendedahan salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah, amalan rasuah dan sebagainya melalui program-program politik semasa.

Kerja buat selepas ini, PAS akan terus diperkukuhkan, ahli PAS perlu ditambah seramai mungkin, cawangan-cawangan didaftarkan manakala program-program ilmu dan tarbiyyah dilaksanakan di cawangan-cawangan.

Selepas kain ANWAR di selak kini KJ pulak nak kena selak...!!!

[PANAS] Khairy & isteri pemimpin tertinggi pun ada BERLAKON video lucah?

Saya petik:


Chegu bard dakwa Khairy, isteri pimpinan tertinggi berlakon ‘video lucah’

[KD] KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, ketika media di seluruh dunia membincangkan pelbagai isu penting seperti krisis radiasi di Jepun dan kebangkitan rakyat di Timur Tengah, media di negara ini lebih seronok memainkan isu politik berasaskan tuduhan seks dan video lucah.

Menurutnya, masyarakat dunia kini sudah beralih kepada politik baru berasaskan nilai dan idea, namun Malaysia pula seolah mundur ke belakang dengan politik ‘selak kain’ yang langsung tidak memajukan pemikiran rakyat.

“Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru ‘desparado politik sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang.

“Buku yang terdapat gambar – gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks, cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka.

“Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini diedar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang dipos ke rumah,” katanya yang mengaitkan penyebaran buku lucah yang mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lembah Pantai, baru-baru ini.

Menurut Badrul, apa yang lebih membimbangkan, anak-anak kecil pula didedahkan dengan bahan-bahan berbentuk lucah tersebut, malah lebih parah ada yang menyimpan dan meniru perbuatan buku lucah berkenaan.

“Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buletin Utama TV3, mana pergi nilai kewarasan manusia? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, beliau menganggap tidak salah melakukan sesuatu serangan politik, tetapi ia harus berlandaskan pertembungan idea dan bukan menggunakan politik ‘selak kain’.

“Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar.

“Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara,” ujar beliau.

Justeru itu, katanya SAMM mengajak rakyat menolak politik selak kain dan mendesak agar pemain – pemain utama politik di Malaysia kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat.

“Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” ujar beliau.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...